titas. tamadun islam

Upload: sitiasmasalsabila-naharuddin

Post on 03-Mar-2016

105 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

tamadun islam. tapi half je. lect suruh buat half.. sabar.

TRANSCRIPT

Slide 1

Tamadun IslamPENGENALANTamdun Islam meliputi:Persoalan konsep tamadun islam Prinsip dan matlamatnyaMenifestasi dan sifat-sifatnyaFaktor-faktor kelahirannya dan perkembangannyaSumbangan tamadun kepada peradaban duniaPengaliran ilmu ke eropah dan kegiatan ilmuan para sarjana islam

Konsep tamadun islamBerasal dari bahasa arab: TamaddunDari segi bahasa: kemajuan atau peradaban penggunaan bahasa melayu:Kemajuan- pencapaian manusia dalam aspek kebendaan dan ilmu pengetahuaanPeradaban- percapaian dan ketinggian dalam aspek moral atau kerohanianIstilah sinonim dengan tamadunIbnu khaldunDi dalam Kitab al-ibar wa diwan al-mubtada wa al-khabar fi ayyam al-arab wa al-ajam wa al-barbar, Ibnu Khaldun menggunakan umran-mengambarkan tahap kemajuan material dan spritual yang dicapai sesuatu bangsaHadharan-menjurus kepaada kebudayaan bandar.Muhammad Farid Wajdi (Al-madaniah wa al-islam,1899M) dan Syeikh Muhammad Abduh (al-islam wa al-nasraniyyal wa al-ilm wa al-madaniyyah,1901M) menggantikan perkataan umran kepada madaniyyah.

Kelahiran istilah tamadun dengan makna tamadunJurji Zaydan, Tarikh al-tamaddun al-islamiyy (sejarah tamadun islam) menggunakan perkataan tamadunPerkataan madaniyyah dan tamaddun berasal daripada akar kata yang sama dan mempunyai konsep yang hampir serupaAbu Hassan Ali Al-nadawi, Western Civilization, Islam and Muslim berpendapat istilah hadharah lebih menepati konsep tamadun.Intipati tamadun islamIslam merupakan satu sistem hidup yang amat lengkap dan sempurna, bersifat rabbani serta meliputi keseluruhan kehidupan.Bersifat keagamaan dan bermatlamatkan keredaan Allah S.W.T.Dibimbing oleh akidah dan diatur oleh syariah serta diwarisi oleh nilai-nilai akhlak mulia.Peraturan hidup yang merangkumi aspek rohaniah serta jasmani yang menjadikan al-quran dan al-sunnah sebagai pedoman.Kemajuan tertinggi yang dicapai oleh umat dan negara islam yang berteraskan syariat islam.Ciri-ciri masyarakat bertamadunMenjalani kehidupan dunia ini atas dasar melaksanakan tugas sebagai hamba Allah S.W.T dan khalifah dimuka bumiBerusaha melaksanakan syariat dalam segenap aspek kehidupan dan membebaskan diri dari segala bentuk penghambaan kepada selain Allah S.W.T.Prinsip tamadun islamKeimanan dan pengabdian diri kepada AllahMatlamat Tamadun IslamJalan mencapai matlamat tamadun IslamAdab-adab dalam pembinaan TamadunMaqasid al-Syariah (Tujuan Syariah) Tamadun Islam

Keimanan dan pengabdian diri kepada AllahPenyempurnaan tugas dan kewajipan manusia sebagai hamba kepada penciptanya

Prinsip utama ialah sejauh mana seseorang itu beriman dan berusaha menjelmakan keimanannya itu ke alam realiti. Firman Allah SWT yang bermaksud :

Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama Allah. (Tetapkan atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan kepada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus ; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (Surah ar-Rum: 30)Benar dan amanahBenar bermaksud sesuatu yang bepandukan ajaran Allah SWT seperti mana firman Allah SWT yang bermaksud :

Kebenaran itu daripada Tuhanmu, maka janganlah kamu menjadi seorang daripada mereka yang ragu-ragu. (Surah al-Baqarah:147)

Setiap peganut Islam dituntut agar selalu bersikap benar sama ada dalam fikiran, perkataan dan tindakan. Firman Allah SWT bermaksud :

Wahai orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan jadilah kamu bersama-sama orang yang benar.

Kehidupan manusia di dunia ini juga satu amanah. Tugas utamanya adalah untuk beribadat kepada Allah SWT. Oleh itu, dalam membina kehidupan didunia ini manusia tidak boleh lari daripada amanah yang telah dipertanggungjawabkan itu.Adil dan saksamaAdil bermaksud meletakkan segala sesuatu sesuai pada tempatnya. Setiap orang perlu sedar bahawa mereka dipertanggungjawabkan oleh Allah SWT diakhirat kelak terhadap apa sahaja yang dilakukan mereka di dunia ini.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:Ketahuilah bahawa setiap kamu adalah pemimpin. Masing-masing kamu akan dipertanggungjawabkan terhadap apa yang kamu pimpin. (Hadis Riwayat Ibn Umar)Manusia diperintahkan supaya sentiasa berlaku adil dalam setiap tindakannya seperti mana firman Allah SWT yang bermaksud:

Sesungguhnya Allah SWT menyuruh kamu berlaku adil dan berbuat kebaikan, memberi kepada kaum kerabat, mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar serta permusuhan. Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu mendapat pelajaran. (Surah an-Nahl:90)Matlamat tamadun islamMemperoleh kebaikan dan kesejahteraan Mencapai keselamatan serta kebahagian hidup yang hakiki di akhirat

Untuk mencapai matlamat dalam tamadun Islam , orang Islam perlulah menjadikan kehidupan mereka didunia ini suatu amanahBerusaha bersungguh-sungguh melaksanakan kewajipan amar makruf, nahi mungkar (mengajak ke arah kebaikan, mencegah kemungkaran).Melaksanakan tugas khalifah dengan mengikut panduan Allah SWT dan sentiasa bertakwa kepada-Nya.

Kehidupan yang berasaskan pengabdian diri dan ketakwaan kepada Allah SWT akan menyuburkan nilai-nilai kemanusiaan seperti :

Sifat kasih sayangJujur dan amanahCintakan kedamaianMenghormati kemuliaan insan

Jalan mencapai matlamat tamadun islamMenjalin dan menjaga hubungan baik dengan Allah SWTHubungan baik dengan seisi alamHubungan baik dengan sesama manusia

Menjalin dan menjaga hubungan baik dengan Allah SWT

Pelaksanaan ibadatSolatPuasa

Hubungan baik dengan seisi alam

Tidak merosakkan alam ini dengan sesuka hatiAlam ini amanat Allah SWT kepada manusiaSeluruh alam ini diciptakan-Nya untuk kemudahan manusia

Hubungan baik dengan sesama manusia

Menghormati dan berbuat baik antara satu sama lainAllah SWT menciptakan berpuak-puak dan berbangsa-bangsa untuk saling mengenali dan membantu ke arah kebaikan

Ukuran kemuliaan seseorang manusia di sisi Allah SWT berdasarkan ketakwaan dan taabudiyah (pengabdian diri) mereka kepada-Nya

Adab-adab dalam pembinaan tamadunManusia diperintahkan manusia oleh Allah SWT agar menjaga adab-adab dalam memanfaatkan seluruh sumber alam ini untuk kesejahteraan hidup mereka didunia ini.

Allah SWT melarang keras manusia daripada melakukan kerosakan di muka bumi atau berbangga-bangga dengan apa yang diperoleh kerana semuanya merupakan pinjaman daripada Allah SWT dan bersifat sementara

Firman Allah SWT yang bermaksud:Janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi setelah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan kepadanya, dan memohnlah kepada-Nya dengan perasaan bimbang (takut tidak diterima) dan juga perasaan berharap-harap. Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang yang berbuat kebaikan.(Surah al-Araf: 56)19Maqasid al-syariah (tujuan syariah) tamadun islamPrinsip utamaMemelihara agamaMenjaga nyawaMemelihara kewarasan akalMenjaga maruah dan keturunan manusiaMelindungi harta benda manusiaMemelihara agamaPegangan menggambarkan keimanan dan nilai diri seseorangPerkara yang tidak boleh dipermainkanWajib berpegang teguh kepada agamaMereka yang meninggalkan Islam hendaklah diberi peluang bertaubatJika mereka enggan, pemerintah Islam boleh mengenakan hukuman bunuh ke atas pesalah murtad.Menjaga nyawaNyawa ialah pinjaman Allah SWT kepada manusiaManusia tidak dibenarkan bunuh diri atau membunuh orang lain secara tidak sahMereka yang membunuh orang lain tanpa hak boleh dikenakan hukuman bunuh oleh pemerintah.

Memelihara kewarasan akalUntuk kesejahteraan dan keharmonian hidup seluruh manusiaMereka yang tidak waras akan melakukan apa sahaja yang boleh memudaratkan dirinya atau orang lainIslam mengharamkan semua perkara yang boleh merosakan akal fikiran yang waras sepertiPenyalahgunaan dadahMeminum arakDan sebagainyaMelakukan kesalahan boleh mengenakan hukuman sebanyak 40 sebatan

Menjaga maruah dan keturunan manusiaAgama Islam amat menjaga kesucian keturunan manusia supaya taraf hidup manusia tidak jatuh kke taraf haiwanDalam memelihara kesucian keturunan manusia, Islam bukan sahaja mengharam perbuatan zina malah juga mengharamkan sesiapa menuduh orang lain melakukan zina tanpa bukti yang jelas dan kukuh.Melindungi harta benda manusiaAgama Islam menitikberatkan soal menjaga hak-hak individu termasuklah dalam soal pemilikan harta benda.

Islam tidak menghalang penganutnya mengumpul harta tetapi mereka juga perlu menunaikan kewajipan berzakat.

Pemerintah wajib melindungi hak-hak mereka daripada dirampas atau dicuri.

Mereka yang melakukan jenayah seperti merompak meragut dan mencuri boleh dikenakan hukuman yang bersesuaian yang mereka lakukan seperti dipotong tangan.