titas kebaikan dan keburukan interaksi antara tamadun di asia

Upload: fiona-yong

Post on 10-Oct-2015

250 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Titas Kebaikan Dan Keburukan Interaksi Antara Tamadun Di Asia

TRANSCRIPT

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN INTERAKSI ANTARA TAMADUN DI ASIA1.0 PengenalanSetiap tamadun mempunyai pelbagai kelebihan dan kekurangan yang menyebabkan berlakunya interaksi di antara tamadun-tamadun. Tamadun-tamadun ini tentunya mempunyai pencapaian dan keunikan yang berbeza antara satu sama lain. Interaksi budaya yang berlaku iaitu bermula dengan proses pembudayaan yang menggabungkan masyarakat berbilang etnik sebelum membentuk interaksi tamadun. Proses interaksi ini membawa kepada perkongsian nilai, pemikiran, institusi dan keinsanan. Interaksi merupakan hubungan aktif yang saling bertindak balas atau saling mempengaruhi antara satu sama lain. Agama, pegangan nilai, bahasa, budaya, adat dan sistem sosial mempengaruhi interaksi pelbagai tamadun. Terdapat pelbagai cara dan sebab berlakunya interaksi tamadun. Interaksi ini kemudiannya akan melahirkan kebaikan atau keburukan kepada tamadun-tamadun yang terlibat. Namun, interaksi antara tamadun sebenarnya dapat memperkayakan tamadun daripada berbagai-bagai aspek dan mengelakkan tamadun itu menjadi jumud yakni kaku dan kolot.Manusia merupakan pembangun sesebuah tamadun, sesuai dengan hakikat kejadiannya sebagai al-insan madaniyyun lil tabiyy. Oleh itu, tamadun mempunyai ciri-ciri dan nilai-nilai sejagat sesuai dengan fitrah dan keperluan asas kehidupan manusia. Manusia sudah difitrahkan hidup dengan mempunyai pegangan dan kepercayaan. Namun kepercayaan antara kelompok manusia adalah berbeza. Perbezaan wujud pada sudut fahaman dan anutan serta cara melahirkan ketundukan dan kepatuhan, kesan dari latar belakang, persekitaran dan pengalaman hidup yang berbeza. Perbezaan ini merangkumi persoalan falsafah dan konsep sesuatu pegangan dan kepercayaan. Contoh persamaan yang jelas ialah kepercayaan dan pegangan keseluruhan Tamadun Asia kepada kuasa ghaib. Kuasa ini memberi kesan kepada kehidupan manusia di alam nyata seperti sihat, sakit, aman, malapetaka, miskin dan kaya. Namun antara setiap tamadun mempunyai tafsiran dan kepercayaan masing-masing terhadap kuasa ghaib.Melalui perbezaan dan persamaan ini, negara-negara di Asia telah berjaya mewujudkan interaksi antara pelbagai tamadun yang berjiran sejak beberapa dekad silam dan terbukti dapat terjalin secara harmonis. Sebagai contohnya, interaksi antara Tamadun Cina dan Islam terjalin melalui Laluan Sutera dan Tamadun India dengan Alam Melayu melalui laluan lautan Hindi. Antara tamadun-tamadun ini tidak wujud satu pertembungan yang bersifat konflik seperti yang diistilah oleh S. Huntington sebagai Clash of civilization. Satu ciri sepunya yang dikongsi bersama dan berfungsi membangun tamadun-tamadun besar Asia ialah kerana dasar pembinaannya berteras kepada nilai keagamaan dan etika. Sebaliknya, pasti berlaku konflik lantaran perbezaan nilai yang ketara antara dua tamadun seperti pertembungan tamadun moden yang jelas didominasi oleh Tamadun Barat dengan Tamadun Timur yang berteras nilai tradisional. Oleh itu, tidak hairanlah mengapa selepas kedatangan penjajah Barat ke beberapa negara di Asia sejak abad ke 16 masihi telah mencetuskan rangkaian konflik hingga masa kini.

2.0 Kebaikan Interaksi Antara Tamadun Di AsiaInteraksi Tamadun India dengan China telah membawa kesan positif seperti penyebaran agama Buddha di negara China. Agama Buddha dibawa masuk ke China pada kurun pertama Masihi. Ketika itu, maharaja China menghantar wakil ke India untuk mendalami ajaran agama ini dan menyesuaikannya dengan budaya masyarakat Cina seperti doktrin (prinsip) Daoisme dan Konfusianisme. Sami dari China menetap di India untuk mempelajari kitab Buddha yang menggunakan bahasa Sanskrit dan Pali sehingga berjaya menyusun doktrin Buddha dalam satu koleksi yang digelar Tripitaka. Selain itu, pelbagai kemahiran juga diperkembangkan dalam sains dan teknologi seperti teknologi membuat gula daripada tebu dan bidang astronomi diperkembangkan oleh India kepada China. Karya perubatan India diterjemah ke dalam bahasa Cina selain daripada 60 koleksi ilmu astronomi India turut melalui perkara yang sama. Manakala, Tamadun India melalui perkembangan teknologi membuat kertas, bahan letupan, percetakan dan penggunaan kompas dari Tamadun China. Dalam bidang bahasa, kesusasteraan dan kesenian, Tamadun China turut menerima banyak keuntungan melalui interaksinya dengan India. Bidang fonetik di China menggunakan teknik daripada ilmu fonetik Sanskrit yang dipelajari melalui ajaran Buddhisme. Disebabkan itu, perbendaharaan kata bahasa Sanskrit dan Pali banyak mempengaruhi kesusasteraan China. Malahan, alat muzik China seperti pipa dan konghou juga berasal dari India. Interaksi di antara kedua-dua tamadun ini berlangsung secara aman melalui hubungan perdagangan dan keagamaan.

Rajah 1: PipaRajah 2 : KonghouTamadun India[footnoteRef:1] turut melalui interaksi dengan Tamadun Islam apabila negeri Sind dan selatan Punjab dikuasai oleh orang Muslim pada tahun 712 Masihi. Penyebaran agama Islam[footnoteRef:2] dilakukan oleh orang Turki. Walaupun berlakunya asimilasi budaya, wujud satu budaya yang bersifat budaya komposit iaitu Indo-Muslim yang merupakan hasil campuran budaya Hindu dan Islam. Identiti kedua-dua budaya tetap dikekalkan. [1: Nama Tamadun India pada zaman klasik ialah dalam bahasa Sanskrit iaitu Bharata-Varsha atau Bhrarata-Khanda yang diambil sempena nama pemerintah India, Bharata. Orang Greek menamakannya sebagai Indu sehingga terbitnya nama India seperti sekarang.] [2: Penganut agama Islam merupakan penduduk kedua teramai di India selepas penganut agama Hindu dengan hampir 150 juta orang daripada hampir 1 billon penduduk India.]

Hasil daripada budaya komposit ini, berlaku perubahan pada unsur-unsur budaya seperti bahasa. Satu bahasa yang dikenali sebagai Zaban-e-Hindawi iaitu Urdu muncul. Bahasa Urdu mempunyai tatabahasa Prakrit dengan perbendaharaan kata Parsi, Arab dan Turki. Bahasa ini ditulis dengan skrip Arab tetapi, diubah untuk mewakili bunyi bukan Arab. Urdu di kawasan-kawasan lain disebut Urdu Dekani dan Urdu Lucknowi, tetapi yang menjadi dominan ialah Urdu Kerajaan Moghul. Bahasa ucapan disebut Hindustani dan contoh bagi perbendaharaan kata Urdu ialah wajib dan munsyi. Dalam bahasa Urdu majalah dan surat khabar sangat banyak diterbitkan oleh umat Islam di India. Antaranya ialah majalah al-Maarif yang diterbitkan oleh Darul Mushannifin di kota Azamgarh yang diterbitkan sejak tahun 20an sehingga hari ini. Seterusnya ialah majalah al-Hilal yang diterbitkan di Calcutta oleh Maulana Abu Kalam Azad dan kawan-kawannya serta majalah Tamir Hayat yang diterbitkan oleh Nadwatul Ulama Lucknow. Majalah ini memuatkan rencana ilmiah dan perkembangan yang terjadi di dalam dunia IslamPendidikan juga turut dipengaruhi oleh budaya Indo-Muslim apabila dasar pendidikan yang baru diperkenalkan oleh Akbar, pemerintah teragung zaman Mughul. Orang Hindu berpeluang mempelajari bahasa Persia dan cemerlang di madrasah-madrasah sehingga ada yang menjadi guru. Malahan, buku sains perubatan turut ditulis dalam bahasa Persia oleh ahli-ahli fizik Hindu. Manakala, dalam bidang sejarah pula Tarikh-i-Muzaftarim oleh Muhammad Ali Ansari, Ibrat-Nama oleh Khairuddin, Sair-ul-Mutakherin oleh Ghulam Husain dan Imad-ur-Saadat oleh Ghulam Ali Naqvi adalah antara karya-karya penting pada zaman pemerintahan Islam di India.Ketika zaman pemerintahan Akbar juga, gaya lukisan Hindu telah mendominasi gaya lukisan Parsi kerana kehadiran pelukis Hindu yang ramai di istananya. Kemudian, Institut Lukisan Mughul diasaskan yang bertujuan mengabungkan gaya lukisan Islam dan Hindu. Setelah kematian Akbar, lukisan Mughul terus dipengaruhi oleh elemen-elemen Hindu dan pemerintah-pemerintah menggalakkan pelukis menggambarkan kehidupan Akbar dalam seni lukis mereka. Institut Lukisan Moghul telah mencerminkan aspirasi politik Akbar. Keadaan ini dapat dilihat melalui lukisan dinding yang berkembang maju di ibu kota Akbar iaitu Fathpur Sikri (1570-85). Pelukis handalan Hindu yang terlibat ialah Basavan, Lal dan Dasvanth. Terdapat juga lukisan dalam Razm-Nama iaitu terjemahan Mahabharata dalam bahasa Parsi.Seterusnya, persajakan juga merupakan unsur-unsur budaya komposit Indo-Muslim. Dalam bidang persajakan dan sastera, karyawan terulung ialah Amir Khusraw (1253-1325) seorang Indo-Muslim. Nuh Siphr (The Nine Skies), ialah karya beliau yang memberi corak kehidupan masyarakat India, iklim, bunga-bungaan, binatang, agama serta bahasa-bahasa di India. Khawaja Najm-ud-din Hasan yang turut dikenali sebagai Mir Hasan Dihlvi merupakan penyajak Hindi yang terkenal. Ghazal Persia beliau amat menarik dan mudah difahami yang banyak membuatkannya terkenal. Sementara itu, Ghalib pula seorang penyair Urdu yang cemerlang. Sehingga kini, ghazal ciptaan beliau masih popular.Seni bina merupakan unsur budaya komposit terakhir daripada interaksi Tamadun India dan Tamadun Islam. Bidang seni bina mengalami perkembangan yang pesat pada zaman Mughul dengan pembinaan bangunan Kabuli Bagh di Panipat, Jami Masjid di Sambal dan sebuah masjid di Agra. Salah satu daripada tujuh keajaiban di dunia iaitu Taj Mahal dibina oleh Shah Jahan[footnoteRef:3] adalah berdasarkan konsep dan gaya Islam. Namun demikian, penggunaan bahan, kerja-kerja ukiran dan motif-motif bunga-bungaan lebih bercirikan seni bina Hindu. [3: Shah Jahan merupakan salah seorang pemerintah Islam di India pada tahun 1627-1658.]

Rajah 4: Masjid JamiRajah 3: Masjid Kabuli Bagh

Interaksi di antara Tamadun India dengan Tamadun Barat bermula dengan Portugal yang merupakan kuasa Eropah pertama yang datang ke India. Pada tahun 1498, Vasco da Gama sampai ke Calicut di Kerala yang menggunakan bahasa Portugis sebagai bahasa perdagangan di situ. Tujuan Barat ke India ialah untuk memperoleh rempah dan meyebarkan agama Kristian. Pada tahun 1810-1820-an, sekolah-sekolah Inggeris, mubaligh-mubaligh Kristian dan buku-buku Inggeris memonopoli sistem pendidikan di India. Menurut Thomas B. Macauay, tujuan pendidikan di India ialah mewujudkan satu kelas India dalam darah dan warna; manakala Inggeris melalui rasa, pandangan, moral dan intelek.Interaksi kedua-dua tamadun ini mempengaruhi sastera di India apabila pada akhir abad ke-19, sastera India telah dipengaruhi oleh pendidikan Inggeris. Dalam pada itu, orang India sendiri mula hilang minat kepada sastera mereka sendiri kerana tidak bersesuaian dengan perubahan zaman. Genre sastera tradisional India seperti kavya, campu dan drama lebih sesuai untuk kisah-kisah seperti epik, agama dan dharma. Sudah tentulah ini tidak sesuai dengan kehendak sosial dan politik yang membawa nafas baru sehingga turut munculnya sajak-sajak romantik.Interaksi Tamadun India dan Tamadun Barat mempengaruhi hubungan sosial dan budaya di antara bandar dan kampung. Perhubungan di antara penghuni bandar yang kebanyakkan berhijrah dari kampung masih erat dengan kaum keluarga mereka yang berada di kampung. Selain itu, media elektronik seperti panggung wayang, radio dan televisyen mula menggantikan alat komunikasi tradisional seperti wayang kulit dan drama. Bandar menjadi pusat reformasi dalam aspek agama dan tradisi di kampung. Sekolah-sekolah, buku-buku, kuil-kuil, upacara umum agama dan media massa memperkenalkan tafsiran yang baru dalam masyarakat kampung sehingga berlaku desakan agar pembentukan keseragaman dalam amalan budaya dan agama dilakukan.Bahasa Inggeris turut diakui oleh Perlembagaan India yang digunakan untuk tujuan rasmi selama 15 tahun. Malah, dua pertiga daripada rakyat India tidak menggunakan bahasa Hindi dalam komunikasi mereka. Namun demikian, terdapat juga negeri di India yang mengenakan syarat supaya menggunakan bahasa Hindi dalam pentadbiran seperti di Rajasthan, Uttar Pradesh, Bihar dan Haryana. Manakala, kawasan seperti Punjab, Kerala, Tamil Nadu, Gujarat dan Bengal Barat menggunakan bahasa Inggeris.Interaksi tamadun seterusnya ialah di antara Tamadun Islam dengan Yahudi dan Kristian yang berlaku semasa zaman kemunculan Islam di Tanah Arab yang telah membawa beberapa kesan positif. Dalam Perlembagaan Madinah (Sahifah Madinah) yang digubal oleh Nabi Muhammad s.a.w. di Madinah, hak-hak orang Kristian dan Yahudi serta penganut-penganut agama lain telah diberikan perlindungan. Hak ini adalah berkaitan dengan kebebasan mengamalkan tuntutan agama mereka tanpa gangguan oleh umat Islam yang lain termasuklah Nabi Muhammad s.a.w. sendiri. Hal ini terus diikuti oleh pemerintah-pemerintah Islam ketika zaman Khulafa al-Rasyidin, Bani Umaiyah, Abbasiyah, Uthamaniyah dan kerajaan-kerajaan Islam di India. Penganut-penganut Kristian dan orang Yahudi turut mendapat kedudukan yang tinggi dalam pentadbiran beberapa buah kerajaan Islam. Misalnya, ketika zaman pemerintahan Abbasiyah, tokoh-tokoh intelektual Yahudi dan Kristian telah memberikan sumbangan mereka dalam penterjemahan buku-buku Greek ke dalam bahasa Arab. Di Andalusia, Sepanyol juga ramai penulis dan ahli intelektual dari kalangan individu-individu Yahudi dan Kristian.Tamadun Islam juga turut berinteraksi dengan Tamadun China yang berlaku secara aman melalui perdagangan, perkahwinan, politik dan sifat pendakwah agama Islam. Pedagang-pedagang Arab dan Parsi banyak memainkan peranan dalam proses interaksi ini. Disebabkan terdapat komuniti Arab Islam yang menetap di situ, berlakulah perkahwinan campur antara pedagang dengan wanita tempatan. Hasilnya, penyebaran agama Islam kemudiannya mewujudkan komuniti Islam tempatan China. Semasa zaman pemerintahan dinasti-dinasti Tang, Sung, Yuan dan Ming, muncul beberapa tokoh Islam yang memainkan peranan penting dalam pentadbiran. Kemudian, muncul pula cendikiawan-cendikiawan Islam tempatan yang mashyur seperti Liu Zhi dan Mha Zhu. Mereka mencari keselarian ajaran-ajaran dan nilai Islam dengan Konfusianisme. Agama Islam diperkenalkan kepada masyarakat China[footnoteRef:4] melalui konsep hubungan kekeluargaan, ketaatan kepada ibu bapa dan raja serta nilai-nilai moral yang terdapat dalam ajaran Konfusianisme. Hal inilah yang meyebabkan ajaran Islam tidak mendapat tentangan daripada ahli-ahli Konfusianisme seperti yang telah dihadapi oleh agama Buddha. Melalui interaksi ini juga, berlakunya pertembungan seni bina Arab-Islam dengan seni bina China yang dapat dilihat menerusi masjid-masjid di China hari ini. [4: Penganut agama Islam berbangsa Cina dikenali sebagai Hui.]

Dinasti Tang, Dinasti Sung dan terutamanya Dinasti Yuan melahirkan ramai tokoh Islam terkenal yang mengamalkan budaya China dan kesetiaan terhadap negeri China tanpa berbelah bahagi. Antaranya ialahh Prof. Muhammad Pai Shao Yi yang menyebabkan Islam di negeri China memperolehi kekuatan di peringkat akar umbi. Masyarakat Islam berjaya menubuhkan institusi pengajian agama di masjid-masjid dan akhirnya pendidikan agama dilakukan di sekolah-sekolah.Ketika interaksi kedua-dua tamadun ini berlaku, terdapat juga penerbitan media massa dalam kalangan masyarakat Islam di negeri China. Lebih daripada 70 Review Islam telah diterbitkan dan Review Bulanan Islam di Yunan dalam tahun 1915 adalah yang terawal diterbitkan. Review yang paling lama bertahan ialah The Crescent-Bulan Sabit dan The Light Of The Crescent-Cahaya Bulan Sabit (Yueh Hwa) di Bei Jing dan juga Islamic Review di Shang Hai. Antara penulis yang terkenal dalam bidang penerbitan ialah Elias Wang Ching Chai dan Muhammad Yang Chong Ming. Mereka ini juga merupakan penterjemah al-Quran ke dalam bahasa Mandarin dan kamus Arab-ChinaDalam bidang kesusasteraan, terdapat juga masyarakat Cina Islam yang aktif seperti Lee Yen Shen yang terkenal pada zaman Dinasti Tang. Lee Hsiun dan Lee Shun Hsuan pula merupakan penyair-penyair besar manakala Mi Fei seorang penyair dan penulis kaligrafi yang terkenal dalam dunia penulisan Cina . Kaligrafinya yang berbentuk bulat pada hujung tulisan masih digunakan sebagai model oleh orang-orang Cina, Korea dan juga Jepun.Ketika zaman Dinasti Manchu pula, terdapat ahli falsafah Islam yang terkenal seperti Ma Ming Loong, Sheikh Wang Tai Yu dan dan Pu Sung Ling. Pu Sung Ling telah menulis cerita Liao Chai yang bermaksud rumah yang tidak dikehendaki atau rumah perbualan. Cerita Liao Chai dianggap setaraf dengan cerita Arab, Seribu Satu Malam. Pu Sung Ling dianggap sebagai salah seorang penulis besar China. Dari aspek kesenian pula, Syed Omar Shamsuddin, putera Hsien Yang Dinasti Yuan merupakan orang yang membuat lukisan Yin dan Yang.Interaksi tamadun ini juga telah melahirkan ramai negarawan Cina dan tentera Cina adalah beragama Islam. Antaranya ialah Takutur Khan, iaitu cucu kepada Jenghis Khan dan Laksamana Cheng Ho yang nama asalnya ialah Muhammad Ma Ho dilahirkan di Yunan. Jeneral Muhammad Tso Pao Kwei pula merupakan seorang jeneral yang terlibat dalam peperangan antara tentera China dan Jepun pada tahun 1894. Jeneral Omar Pai Chung-His merupakan Marshal tentera empat bintang yang meninggal dunia di Taipei pada 2 Disember 1966 dan Jeneral Muhammad Ma Chi Yuan, orang yang menumpaskan tentera Komunis di wilayah Kansu pada tahun 1948. Tamadun Islam turut berinteraksi dengan Tamadun Melayu yang juga berlaku secara aman menerusi perdagangan. Dikatakan bahawa pengaruh Islam di Asia Tenggara khususnya Kepulauan Melayu datang dari tiga kawasan berbeza iaitu dari Arab dan Parsi, dari India serta dari China. Namun kesan positif iaitu dengan tersebarnya agama Islam di Kepulauan Melayu adalah kesan yang paling menonjol. Lalu, muncul pula kerajaan Islam tempatan seperti Pasai, Melaka, Aceh, Johor-Riau, Brunei, Patani, Sulu, Banten, Demak, Tuban, Mataram dan banyak lagi. Interaksi ini juga turut membawa tulisan jawi yang banyak mempengaruhi perkembangan ilmu pengetahuan di Kepulauan Melayu. Kesan positif yang dapat dilihat termasuklah pengaruh dari segi perundangan, kesusasteraan, kesenian, kebudayaan berupa pakaian dan makanan serta penggunaan istilah-istilah Arab dalam bahasa Melayu.Rekod rasmi China yang menyatakan Kedah pernah menjalinkan hubungan diplomatik dengan China dan kehadiran pedagang Kedah ke China yang bertarikh 638M menunjukkan interaksi di antara Tamadun Melayu dan Tamadun China. Kesan daripada interaksi ini, penyebaran agama Islam di Tanah Melayu di peringkat awal dikatakan datang dari Tanah Besar China ekoran daripada hubungan perdagangan kedua-dua belah pihak. Hal ini terbukti dengan penemuan batu bersurat di Campa bertarikh 1039, di Brunei (1048) dan di Laren, Jawa (1082) yang mengatakan Islam datang dari Canton dan Hainan pada kurun ke-9.Selain itu, Tamadun Melayu juga mewarisi Cina Peranakan yang dikenali sebagai Baba dan Nyonya. Kebudayaan Baba dan Nyonya mempunyai unsur-unsur kebudayaan Melayu. Bahasa Melayu Baba pula banyak dipengaruhi oleh perkataan Hokkien, salah satu cabang dalam bahasa Cina. Cina Peranakan juga turut dipengaruhi oleh gaya masakan Melayu dan mereka juga biasa makan menggunakan tangan. Malahan, golongan ini menggunakan kebaya dan kain sarong sebagai pakaian mereka seharian. Dalam interaksi kedua-dua tamadun ini, unsur kebudayaan juga dipengaruhi oleh kebudayaan masing-masing. Disebabkan oleh pertukaran barang yang dijadikan sebagai hadiah, Tamadun Melayu telah diperkenalkan dengan pelbagai jenis tekstil seperti kain sutera dan kain kapas, barangan porselin, tembikar dan logam serta makanan seperti kicap, taugeh dan tauhu. Malahan, adat memberi ang pau yang bermaksud sampul merah ketika perayaan Tahun Baru Cina juga diperkenalkan.Tamadun Melayu turut memperoleh keuntungan dari aspek perubatan dan teknologi yang dibawa oleh Tamadun China. Seperti yang kita ketahui, rawatan akupuntur dan herba adalah sangat mujarab dan bertujuan menyeimbangkan yin dan yang mengikut kepercayaan masyarakat Cina. Perubatan herba Cina menggunakan lebih seribu jenis herba juga dapat mengubati penyakit seperti asma, anemia dan kanser. Teh Cina iaitu teh hijau juga mempunyai banyak khasiat kepada tubuh badan. Dalam bidang teknologi, Tamadun China membawa teknologi membuat gula dari tebu ke Kepulauan Melayu seperti di Jawa selain daripada penghasilan barangan lain seperti kertas, kain, bahan letupan dan lilin.Seterusnya ialah interaksi di antara Tamadun Melayu dengan Tamadun India. Interaksi kedua-dua tamadun ini telah bermula sedari abad ke-3 SM. Buktinya, bahan bertulis dari India ada menyebut tentang Malayadvipa yang bermaksud Semenanjung Melayu. Para pedagang dari India ke Tanah Melayu bagi mendapatkan emas sementelah mereka menggelarkan Tanah Melayu Suvarnabhumi yang bermaksud tanah emas. Hasil daripada interaksi ini, agama Hindu dan Buddha telah disebarkan dan menjadi pegangan penduduk tempatan yang sebelumnya memegang kepercayaan animisme. Antara tinggalan pengaruh ajaran Hindu ialah Candi Bukit Batu Pahat di Lembah Bujang ketika kerajaan Chola menguasai Kedah.Sistem pemerintahan kita pada hari ini juga mempunyai unsur-unsur konsep ketuhanan agama Hindu. Keadaan ini berdasarkan konsep Dewaraja[footnoteRef:5]. Warisan yang masih dikekalkan berdasarkan konsep ini ialah membesarkan keagungan dan kedudukan Raja dalam upacara pertabalan baginda. [5: Dewaraja ialah bahasa Sanskrit yang bermaksud God King.]

Struktur masyarakat dalam masyarakat Melayu juga dipengaruhi oleh sistem kasta. Sistem ini ialah susun lapis dalam masyarakat di mana terdapat pemisahan yang jelas di antara golongan atasan atau bangsawan dengan rakyat biasa. Keadaan ini membawa kepada kemunculan masyarakat feudal dalam kehidupan masyarakat Melayu.Adat resam dan budaya masyarakat Melayu juga turut menerima pengaruh daripada agama Hindu iaitu amalan jampi dan mantera. Ini dapat dilihat daripada golongan bomoh atau dukun ketika melakukan upacara yang berkenaan. Amalan seperti melenggang perut, bertindik telinga, bersanding dan berinai serta mencecah garam dan menjejak kaki ke bumi bagi bayi dalam masyarakat Melayu juga dipengaruhi oleh amalan masyarakat India.Bahasa adalah unsur yang ketara dipengaruhi oleh interaksi kedua-dua tamadun ini. Tamadun Melayu menerima pengaruh bahasa Sanskrit yang diubah sedikit menjadi kosa kata bahasa Melayu. Penemuan Batu Bersurat Kedukan Bukit (683 M), Batu Bersurat Talang Tuwo (684 M) dan Batu Bersurat Karang Berahi (692 M) membuktikan pengaruh bahasa Sanskrit dalam bahasa Melayu kuno ketika itu. Dalam Batu Bersurat Terengganu, 29 perkataan bahasa Sanskrit turut ditemui bersama bahasa Arab. Antara contoh bahasa Sanskrit yang mempengaruhi bahasa Melayu lama ialah bhakti (bakti), prakara (perkara) dan vela (bila).Unsur terakhir yang dipengaruhi dalam interaksi ini ialah kesusasteraan. Contohnya, kesusasteraan Sanskrit seperti Epik Ramayana dan Mahabhrata. Hikayat Seri Rama diinspirasikan daripada Epik Ramayana manakala versi tempatan bagi Epik Mahabhrata ialah Hikayat Pendawa Lima, Hikayat Pandawa, Hikayat Panda Delima dan Hikayat Sang Boma. Karya sastera Melayu tradisional begitu mementingkan aspek kesenian, keromantisan, keagungan raja-raja serta penyelitan unsur mitos dan epik. Karya sastera ini turut diadaptasi ke dalam wayang kulit.Dalam interaksi di antara Tamadun China dan Tamadun Jepun, banyak kesan positif yang dapat diperhatikan. Jepun mendapat banyak faedah daripada hubungan ini kerana beberapa sumbangan penting dari Tamadun China. Antaranya ialah dari segi agama dan tulisan[footnoteRef:6]. Tamadun China mengembangkan agama Buddha di Jepun dan diasimilasikan dengan agama asal Jepun iaitu Shinto. Asimilasi ini langsung tidak mengubah identiti ajaran Buddha. Malah kuil-kuil Buddha didirikan di Jepun dan mencapai zaman kemuncaknya pada zaman Nara dan Heian. Melalui aspek tulisan pula, tulisan Cina menjadi asas kepada pembentukan tulisan Jepun iaitu Hiragana dan Katakana[footnoteRef:7]. Pengaruh tulisan ini juga memberi kesan kepada perkembangan intelektual dan kesusasteraan Tamadun Jepun. [6: Negara Jepun dikatakan mempunyai kadar celik huruf tertinggi di dunia iaitu 98 peratus.] [7: Selain daripada tulisan Hiragana dan Katakana, dua lagi tulisan Jepun ialah Kanji dan Romanji.]

Selain itu, Tamadun China turut meninggalkan unsur kebudayaannya[footnoteRef:8] seperti upacara minum teh[footnoteRef:9], seni taman dan struktur pembinaan bandar. Begitu juga ajaran falsafah Konfusianisme yang diasimilasi dalam Tamadun Jepun. Ajaran Konfusianisme memberi penekanan kepada institusi kekeluargaan dan ini memberi kesan kepada pemantapan institusi keluarga di Jepun. Manakala, konsep mandat dan syurga pula memperkukuhkan kedudukan Maharaja Jepun yang dipercayai berasal dari keturunan Dewi Amaterasu. [8: Kini, Jepun merupakan antara pengeksport budaya pop yang terbesar seperti anime, manga, fesyen dan permainan video.] [9: Upacara minum teh di Jepun dipengaruhi oleh mazhab Zen Buddhisme. Mutu istimewa teh Jepun dihasilkan dengan mengeringkan daunnya tanpa penapaian.]

Tamadun Jepun juga turut berinteraksi dengan Tamadun Barat. Interaksi kedua-dua tamadun ini berlaku secara tidak sengaja apabila tiga orang Portugis yang menumpang sebuah kapal Cina dari Melaka hanyut berdekatan Pulau Kyushu pada tahun 1542. Hal ini menyebabkan orang Portugis mula berdagang di Kagoshima apabila mereka bertapak di Macao pada tahun 1557. Mereka turut menyebarkan agama Kristian di Kagoshima. Kemudian, penyebaran ini lebih giat dilakukan ketika Revolusi Pertanian dan Perindustrian di Eropah kerana Jepun menitikberatkan pertanian ketika itu. Bandar Nagasaki seolah-olah diperintah oleh orang Kristian dan paderi-paderi mempunyai kuasa yang agak besar. Mereka telah mengambil sebahagian daripada keuntungan jualan barang-barang muatan kapal Portugis untuk meluaskan gereja-gereja dan sekolah-sekolah Kristian. Penyebaran ini banyak dipengaruhi oleh kebolehan mereka berbahasa Jepun dan ketinggian peribadi yang menyebabkan mereka mudah diterima oleh golongan bangsawan dan maharaja. Tamadun Barat turut mempengaruhi Tamadun Jepun dari aspek kebudayaan. Daripada memusuhi dunia luar, Jepun menukarnya kepada dasar buka pintu. Orang Jepun mula tertarik dengan kasut-kasut dari Barat yang menggantikan penggunaan terompah, pemakaian cara Barat menggantikan kimono, menjadikan daging dan susu sebagai makanan seharian, penggunaan sudu dan garpu menggantikan penyepit serta penggunaan lampu elektri dan jam dari Barat. Namun begitu, orang Jepun tetap mengekalkan adat dan sopan dalam kehidupan seharian terutama golongan atasan. Dalam pada itu, kelas sosial[footnoteRef:10] juga telah ditamatkan perbezaannya dengan penguatkuasaan undang-undang. Masyarakat Jepun menganggap semua masyarakat sama taraf walaupun pekerjaan mereka berbeza. [10: Perbezaan kelas berpunca daripada golongan tuan tanah yang hidup di atas sewa yang dibayar kepada mereka dan penyewa yang tiada bertanah.]

Dalam bidang ekonomi pula, interaksi di antara Jepun dan Barat menyebabkan sistem bank yang moden ditubuhkan yang berperanan memulihkan nilai mata wang Jepun. Penubuhan bank ini pada tahun 1872 adalah dengan mencontohi bank-bank di Amerika Syarikat. Perdagangan Jepun dengan dunia luar juga membawa banyak keuntungan kerana pengaliran mata wang asing ke Jepun.Selain itu, dalam bidang pemilikan tanah, Jepun juga telah mengubah cara pemilikan tanah mereka dan menurut cara Barat. Dalam sistem tradisi, tanah adalah milik pembesar-pembesar sahaja, tetapi kini hak milik tanah diberikan kepada semua termasuklah golongan petani. Sistem bayaran cukai kepada golongan feudal juga diganti dengan pembayaran cukai tanah kepada kerajaan.

3.0 Keburukan Interaksi Antara Tamadun Di AsiaTidak semua interaksi di antara tamadun menghasilkan kesan yang positif. Terdapat juga yang menyebabkan kesan negatif berlaku sama ada pada peringkat awal interaksi atau sebahagian daripada kesan interaksi yang telah berlaku. Umpamanya, hubungan orang Islam dan Kristian ketika Zaman Pertengahan di Eropah. Pemerintah-pemerintah Kristian di Eropah telah melancarkan Perang Salib ke atas orang Islam. Ramai orang Islam dan Yahudi yang terkorban akibat perang ini disebabkan faktor perbezaan agama, ekonomi dan politik.Seterusnya ialah ketika interaksi di antara Tamadun India dan Tamadun Islam. Hubungan penganut agama Islam dan Hindu di India berada dalam ketegangan. Orang Islam dibunuh dan masjid-masjid dimusnahkan raja-raja India yang beragama Hindu. Begitu juga pemerintah-pemerintah Islam telah memusnahkan kuil-kuil Hindu dan orang Hindu dibunuh. Contohnya, raja-raja Islam dalam Kesultanan Dehli[footnoteRef:11] telah mengharamkan pembinaan kuil-kuil dan upacara keagamaan Hindu. [11: Semasa zaman pemerintahan Moghul, raja Moghul, Aurangzeb telah mengharamkan pembinaan kuil-kuil baru, upacara mandi suci di Sungai Jamuna dan mengharamkan upacara Sati.]

Konflik turut wujud ketika agama Buddha mula diperkenalkan ke dalam masyarakat China semasa zaman pemerintahan Dinasti Han Timur semasa interaksi di antara Tamadun India dan China. Hal ini disebabkan pengaruh cendikiawan Konfusianisme dalam pentadbiran Dinasti Han. Tentangan mereka menyebabkan sami-sami Buddha telah dikurung dan kuil-kuil Buddha dimusnahkan.Interaksi di antara Tamadun Islam dengan China juga menimbulkan konflik seperti rasa tidak puas hati terhadap pencapaian ekonomi pihak yang bertentangan. Penduduk Han di Tenggara China mewujudkan permusuhan dengan orang Islam kerana tidak puas hati terhadap kemewahan orang Islam dalam aktivti perdagangan. Pemberontakan kemudian berlaku pada tahun 758 Masihi dan 876 Masihi menyebabkan orang islam dibunuh dan ramai yang melarikan diri ke Asia Tenggara seperti Palembang dan Kedah. Selain itu, rasa tidak puas hati orang Islam turut muncul apabila ajaran Konfusianisme diutamakan pada pemerintahan Dinasti Ching. Rasa tidak puas hati[footnoteRef:12] orang Islam disokong oleh gerakan Kaum Muda (Wahabi) dalam kalangan orang Cina beragama Islam. [12: Beberapa siri pemberontakan telah berlaku akibat rasa tidak puas hati orang Islam seperti Pemberontakan Sinkiang 1 (1756 Masihi), Kebangkitan Yussof Syamsuddin (1828-31 Masihi) dan Pemberontakan Yunan (1850-68 Masihi).]

KESIMPULANBerdasarkan pemerhatian terhadap kehidupan bertamadun, jelaslah bahawa teras kepada konsep-konsep kehidupan dan pencapaian matlamat hidup dalam tamadun-tamadun tradisional mempunyai beberapa ciri persamaan. Namun begitu, dalam persoalan-persoalan tertentu, terutamanya yang berkaitan dengan teologi, wujud beberapa kebaikan dan keburukan yang harus kita fahami. Memahami kebaikan dan keburukan antara satu tamadun dengan tamadun yang lain seharusnya mendorong kita untuk bersikap lebih toleransi ke arah mewujudkan keharmonian sejagat. Kesimpulannya, mengetahui persoalan-persoalan dasar berkaitan dengan ilmu ketamadunan membuka ruang kepada seluruh manusia untuk berinteraksi secara positif ke arah kehidupan yang lebih saksama.

BIBLIOGRAFIAfifah Abu Yazid, (2004). Pengajian Tamadun Asia. Pahang Darul Makmur: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.Ahmad Zaki Abd Latiff, Azam Hamzah, Azhar Mad Aros,(2009). Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS)Ros Aiza Mohd Mokhtar, Abd Hakim Mohad, Dg Hafizah Dg Basir Siti Halimah Putung, (Jan 2011). Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Selangor Darul Ehsan : Multimedia Sdn. Bhd.http://tamadun-islam551.blogspot.com/2008/06/interaksi-antara-tamadun.html

http://titas-haba.blogspot.com/2008_12_02_archive.html

http://www.geocities.com/durontekno/TAMISLAM.htm#TAJUK-TAJUK

REFLEKSIDalam menjalankan tugasan ini, saya mendapati bahawa setiap orang di dalam kelas memperolehi tajuk tugasan yang berbeza. Tajuk tugasan yang saya perolehi ialah mengenai kebaikan dan keburukan interaksi antara tamadun di asia. Aspek yang perlu saya huraikan ialah dari segi kebaikan (positif) dan keburukan ( negative) yang berlaku daripada hasil interaksi antara tamadun di asia dan bersertakan buktinya.Untuk permulaan dalam proses pencarian maklumat, saya mencari maklumat menggunakan sumber internet. Walaupun terdapat banyak maklumat yang ada di sana, tetapi hanya sedikit sahaja yang menepati aspek yang ingin saya cari. Selain itu juga, maklumat yang saya peroleh dari sumber internet itu juga kurang menyakinkan kerana kesahihannya tidak terbukti. Oleh itu, saya pergi ke perpustakaan untuk mencari bahan rujukan tambahan yang dapat menambahkan kesahihan maklumat yang telah peroleh. Selain itu, saya juga pergi kedai-kedai untuk untuk mencari buku rujukan terbaru yang mempunyai kaitan dengan tugasan saya ini. Saya mendapati bahawa berdasarkan bahan-bahan rujukan yang saya perolehi daripada internet, perpustakaan dan kedai buku, tidak banyak penjelasan mengenai aspek kebaikan dan keburukan interaksi antara tamadun di asia yang dijelaskan, tetapi, aspek yang banyak diterangkan adalah seperti nilai-nilai universal tamadun dan perbezaan dan persamaan antara tamadun. Namun begitu, dengan beberapa maklumat yang saya peroleh, saya membuat banding beza untuk memastikan kesahihan maklumat yang saya perloleh itu dan mencari bukti kesahihannya di dalam internet. Saya mengenal pasti penulis-penulis buku yang saya rujuk tersebut dan melihat latar belakang mereka. Setelah selesai, saya memlilih isi-isi yang terbukti boleh dipercayai dan saya huraikannya mengikut kefahaman saya berdasarkan bukti dan pendapat tokoh-tokoh yang terdapat di dalam sumber rujukan saya. Pencarian bahan dan memproses maklumat yang saya perolehi ini merupakan agak mencabar bagi diri saya kerana subjek TITAS ini amat meluaskan dan mendalam. Di samping itu, tugasan ini juga memerlukan saya untuk membuat persembahan slide untuk dibentangkan kepada rakan-rakan sekelas dan dinilai. Berdasarkan jawapan esei yang telah saya selesai siapkan, saya perlu meringkasnya lagi untuk dijadikan sebagai persembahan slide yang mudah difahami dan ringkas.Setelah selesai melakukan tugasan ini, saya lebih menyedari apa itu kepentingannya interaksi antara tamadun bukan sahaja di asia, malahan di tanah Melayu kita, Malaysia. Berdasarkan interaksi yang berlaku sejak berjuta tahun dahulu, kita dapat perhatikan banyak perubahan yang berlaku di dalam Negara masing-masing. Berlaku banyak pengubahsuaian dan penigkatan tahap hidup antara kita. Antara factor semua perkara ini terjadi adalah kerana interaksi antara tamadun. Seperti yang kita dapat lihat di dalam Negara kita, Malaysia, kita berkongsi budaya, agama, makanan, bahasa, seni bina dan amalan di dalam satu negara. Semua ini berlaku kerana terdapatnya interaksi antara tamadun dan ini telah terbukti. Namun di sebalik kebaikan yang wujud dalam interaksi ini, lahir juga keburukan di sampingnya. Oleh itu, dengan melakukan tugasan ini saya dapat melihat keburukan interaksi tamadun ini dan menyedarkan saya bahawa betapa pentingnya untuk tidak menjadikan keburukan itu berleluasa. Sesebuah tamadun itu boleh runtuh akibat interaksi dan berlakunya pertumpahan darah yang dahsyat. Justeru itu, saya menyedari bahawa betapa pentingnya untuk kita memelihara keamanan Negara yang telah kita kecapi dan tidak menimbulkan keburukan. Kesimpulannya, berdasarkan pemerhatian terhadap kehidupan bertamadun, jelaslah bahawa teras kepada konsep-konsep kehidupan dan pencapaian matlamat hidup dalam tamadun-tamadun tradisional mempunyai beberapa ciri persamaan. Namun begitu, dalam persoalan-persoalan tertentu, terutamanya yang berkaitan dengan teologi, wujud beberapa kebaikan dan keburukan yang harus kita fahami. Memahami kebaikan dan keburukan antara satu tamadun dengan tamadun yang lain seharusnya mendorong kita untuk bersikap lebih toleransi ke arah mewujudkan keharmonian sejagat. Kesimpulannya, mengetahui persoalan-persoalan dasar berkaitan dengan ilmu ketamadunan membuka ruang kepada seluruh manusia untuk berinteraksi secara positif ke arah kehidupan yang lebih saksama.

LAMPIRAN

MUHAMMAD AFIF YUSRI BIN YAHYA911225-08-5349 19