tips membuat cheesecake - · pdf fileaneka kek, tart, biskut dan pencuci mulut dari keju...

6

Upload: vukhanh

Post on 18-Mar-2018

249 views

Category:

Documents


13 download

TRANSCRIPT

Page 1: TIPS MEMBUAT CHEESECAKE - · PDF fileAneka kek, tart, biskut dan pencuci mulut dari keju semakin mendapat perha - ... kek keju, tambahkan 1 atau 2 sudu besar tepung jagung atau tepung
Page 2: TIPS MEMBUAT CHEESECAKE - · PDF fileAneka kek, tart, biskut dan pencuci mulut dari keju semakin mendapat perha - ... kek keju, tambahkan 1 atau 2 sudu besar tepung jagung atau tepung

TIPS MEMBUAT CHEESECAKE

Aneka kek, tart, biskut dan pencuci mulut dari keju semakin mendapat perha-tian dan menambat hati setiap lapisan kerana keenakan dan rasa keju lemak berkrim yang cukup istimewa. Keju boleh di gandingkan dengan apa saja dari kek, pastri, pencuci mulut hinggalah ke salad.

Suhu Membakar Kek Keju

Membuat kek keju memerlukan ketelitian. suhu memainkan peranan penting ketika membakarnya. Suhu yang tinggi akan menjadikan kek keju merekah dan tidak nampak cantik. Suhu yang sesuai diantara 160C - 170C dan masa selama 45 minit hingga 1 jam.

Kaedah Membakar Kek Keju

Membakar kek keju banyak menggunakan kaedah stim (steam bath) atau bain marie atau juga di panggil double boil iaitu meletakkan loyang berisi kek ke da-lam satu lagi loyang yang mengandungi air panas. Kaedah ini untuk mengim-bangi suhu dan mengelakkan kek menjadi hangus di atasnya.

Jangan sekali-kali membuka pintu ketuhar semasa membakar kek keju. Setelah masak, tutup suis dan biarkan kek menyejuk di dalam ketuhar dengan meren-gangkan sedikit pintu ketuhar selama satu jam supaya kek tidak merekah ker-ana perbezaan suhu ketuhar dan suhu bilik.

Kek yang di bakar dengan cara ini juga lebih lembab dan berkrim dari kek yang di bakar terus di dalam ketuhar yang biasanya menjadi kuning keemasan dan lebih kering.

Jangan risau jika kek keju masih lembut setelah di bakar. Ia akan menjadi pejal dengan sendirinya setelah beberapa jam di rehatkan. Adalah perlu merehat-kannya selama 4 jam atau semalaman supaya keju set sepenuhnya.

Untuk mengelakkan kek yang masak menjadi retak semasa proses penyejukan, longgarkan pinggir kek di sekeliling loyang dengan pisau tajam.

Page 3: TIPS MEMBUAT CHEESECAKE - · PDF fileAneka kek, tart, biskut dan pencuci mulut dari keju semakin mendapat perha - ... kek keju, tambahkan 1 atau 2 sudu besar tepung jagung atau tepung

Mengadun Kek Keju

Sebaiknya krim keju di biar lembut pada suhu bilik sebelum memukulnya. Krim keju hendaklah di putar hingga licin sebelum menambah bahan-bahan ramuan cecair seperti telur, krim, yogurt, jus dan sebagainya. Sebaik sahaja ramuan cecair di tambah, keju akan menjadi berketul-ketul dan susah untuk di sebatikan.

Jika adunan menggunakan putih telur atau krim yang di putar dahulu kaupbalikkan saja ke dalam adunan.

Menyimpan Keju dan Kek Keju

Jangan menyimpan keju di dalam peti sejuk beku, ini akan menyebabkan kejumenjadi berketul-ketul. Simpan di dalam chiller dan perlu di habiskan dalamtempoh dua minggu setelah membuka bungkusannya.

Bungkus kek keju dengan aluminium foil atau plastik wrap sebelum di simpan di dalam peti sejuk , kecuali loaf, kek cawan dan kek keju chiffon. Cara ini un-tuk mengelakkan kek keju menjadi kering dan menyerap bau dalam peti sejuk

Memotong Kek Keju

Kek keju tidak boleh di potong terus apabila baru di keluarkan dari ketuhar kerana masih lembut dan bersifat melekit. Rehatkan di dalam peti sejuk 4 jam atau seeloknya semalaman supaya kek dapat set dengan sepenuhnya.

Gunakan pisau yang di bilas dengan air panas untuk memotong kek dan mengelapnya selepas di potong. Kek Keju adalah lebih enak semasa dingin

Page 4: TIPS MEMBUAT CHEESECAKE - · PDF fileAneka kek, tart, biskut dan pencuci mulut dari keju semakin mendapat perha - ... kek keju, tambahkan 1 atau 2 sudu besar tepung jagung atau tepung

PRINSIP MEMBUAT CHEESECAKE

Bagaimana mendapatkan kek keju yang sedap dan menyelerakan pada pan-dangan pertamnya? Berikut adalah beberapa prinsip untuk membantu anda memahami kek keju.

Prinsip 1

Kek keju ialah sejenis kastad, bukan kek. Sebagai kastad, ia sepatutnya tebal dan kaya berkrim. Sebagaimana kastad, kek keju bergantung kepada protin di dalam telur untuk memberikan strukturnya.

Protinnya mula membentuk apabila suhu mencecah 160 darjah. Jika ia ter-lebih bakar, kastad akan menjadi kering.

Prinsip 2

Pembakaran yang lama dan perlahan memberikan suhu dalaman yang seka-ta. Jangan bakar lebih dari 350 darjah. Sebaiknya gunakan acuan berwarna gelap untuk menyerap haba.

Prinsip 3

Jangan terlebih bakar kek anda. Kebanyakan kek keju terlebih bakar lalu menjadi kering dan tidak berkrim. Kek keju yang terlebih bakar akan mer-ekah.

Untuk menentukan jika ia masak pada kadar sepatutnya, bahagian atas kek harus ’bergoyang’ tetapi bahagian tengahnya kelihatan lembut. Jika bahagian atasnya tidak `bergoyang’ dan kek berwarna keemasan, menandakan kek sudah terlebih masak.

Jangan cucuk pisau atau penculik gigi ke dalam kek. Ini akan menyebabkan kerekahan.

Page 5: TIPS MEMBUAT CHEESECAKE - · PDF fileAneka kek, tart, biskut dan pencuci mulut dari keju semakin mendapat perha - ... kek keju, tambahkan 1 atau 2 sudu besar tepung jagung atau tepung

Prinsip 4

Pukul krim keju hingga lembut dan sekata. Lebih senang untuk membuat adunan krim keju jika dimulakan dengan melembutkan krim keju. Ambil krim keju dari peti sejuk sekurang-kurangnya 1 jam sebelum diadun.

Prinsip 5

Campurkan bahan-bahan kepada krim keju. Jangan adunkannya. Jika udara memasuki adunan, kek keju akan kembang apabila dibakar tetapi kecut apa-bila ia sejuk. Rekahan juga mungkin terjadi.

Prinsip 6

Kastad adalah lembut dan senang cair. Untuk memberi lebih tekstur kepada kek keju, tambahkan 1 atau 2 sudu besar tepung jagung atau tepung.

Prinsip 7

Tekstur kek keju bergantung kepada telur. Adunan harus mengandungi telur yang mencukupi.

Prinsip 8

Kek keju lebih mudah dikeluarkan dari acuan setelah dibiarkan sejuk se-bentar. Biar selama 10 minit. Jika terlalu lama, kek mungkin mula melekat kepada acuan dan merekah.

Acuan yang tidak melekat bukan sahaja memudahkan proses mengeluarkan kek, malah mengelakkan dari kek merekah.

Page 6: TIPS MEMBUAT CHEESECAKE - · PDF fileAneka kek, tart, biskut dan pencuci mulut dari keju semakin mendapat perha - ... kek keju, tambahkan 1 atau 2 sudu besar tepung jagung atau tepung