thibahars usungan

Upload: thibahar-rajendran

Post on 07-Mar-2016

442 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

usungan

TRANSCRIPT

  • MENGANGKAT DAN PEMINDAHAN

  • PEMINDAHAN DAN MENGANGKUT MANGSADEFINISI Apabila berlaku kemalangan, salah satu perkara yang diutamakan untuk diambil perhatian ialah menentukan samada mangsa perlu dirawat ditempat kejadian atau perlu dipindahkan ke tempat lain. Hal ini bergantung kepada keadaandan situasi mangsa dan tempat kemalangan.Seorang yang menolong perlu memindahkan pesakit tersebut ke tempat yang lebih selamat. Sebelum memindahkan pesakit, anda perlu terlebih dahulu mengetahui kecederaan yang dialami oleh pesakit dan mereka yang boleh membantu anda memindahkan pesakit.Seorang penolong cemas juga seharusnya meneliti beberapa perkara:Mengutamakan keselesaan pesakitMemastikan kecederaan pesakit tidak bertambah teruk.Contohnya pesakit yang patah tulang memerlukan cara pengangkutan yang sesuai dengan kecederaannya.Memerhatikan keadaan pesakit semasa memindahkannya.

  • OBJEKTIF

    Untuk memberi panduan berhubung dengan cara-cara bagaimana memindahkan pesakit mengikut kategori sakit yang dialami.

  • TINDAKANBertindak dengan pantas, jangan panik dan lakukan perkara yang difikirkan penting.Jika kecederaan lebih teruk, rawatan serta merta perlu dilakukan, kemungkinan pemindahan akan lebih membahayakan mangsa.Anda tidak digalakkan memindahkan mangsa sekiranya tidak ada orang lain yang mahir.Jangan pindahkan mangsa sebelum membuat pemeriksaan rapi terutamanya dikepala, leher, dada dan perut dan anggota-anggota lain.

  • CARA CARA MEMINDAHKANDAN MENGANGKUT MANGSATerdapat pelbagai kaedah bagi memindahkan orang yang tercedera. Antaranya:Kaedah menarik dengan kain selimut, tikar dan sebagainya.Kaedah MenopangKaedah Menggendong MangsaKaedah MendukungKaedah Usungan BombaUsungan Empat TanganUsungan KerusiUsungan BerempatUsungan BertigaUsungan Selanjar BertigaUsungan Tangan BersilangUsungan PengusungUsungan Menggunakan Selimut/Gebar

  • 1.KAEDAH MENARIKKaedah MenarikMeletakkan pesakit ke atas selimut tebal yang kemudiannya ditarik dengan memegang tepian selimut. Usungan ini membolehkan pesakit diangkut ke tempat yang jauh sedikit dan sepatutnya diusahakan jika pesakit mempunyai kecederaan pada badan dan di dalam ketenatan. Sila lihat rajah 1.

  • 2.KAEDAH MENOPANG Digunakan sekiranya pesakit boleh berjalan . Pesakit menopang dan bergantung di sisi penolong yang berjalan mengiringnya. Sila rujuk rajah 2.Rajah 2

  • 3.KAEDAH MENGGENDONG Bagi pesakit yang masih sedar dan berupaya bekerjasama, dia dikendong pada belakang penolong dan seterusnya menampung paha dan kaki pesakit seperti di rajah 3Rajah 3

  • 4.KAEDAH MENDUKONG Cara ini ialah mendukung di mana sebelah tangan pesakit memaut bahu penolong yang tangannya menampung berat badan pesakit di pinggang dan di paha. Tentulah kaedah ini tidak dapat dijalankan jika berat badan pesakit di luar kemampuan kekuatan tenaga penolong. Sila rujuk rajah 4.Rajah 4

  • 5.KAEDAH USUNGAN BOMBARajah 5 menunjukkan peringkat-peringkat langkah mengangkat dan seterusnya mengusung pesakit dalam kaedah ini usungan ini penting dipelajari kerana berguna untuk pesakit yang tidak sedar diri dan dia terpaksa diangkut agak jauh sedikit melalui rintangan-rintangan seperti tangga, titian atau tanah berbatu tinggi rendah.

  • 6.KAEDAH USUNGAN EMPAT TANGANKaedah ini memerlukan dua penolong yang berpegang tangan secara bersilang. Tangan bersilang empat ini adalah untuk tempat duduk mangsa manakala mangsa akan memegang bahu kedua-kedua penolong. Kaedah ini bagi magsa yang sedar diri dan tidak boleh berjalan.Lihat Rajah 6.

  • 7.KAEDAH USUNGAN BEREMPATMemerlukan empat orang penolong mangsa dengan menggunakan pengusung. Kaedah ini sesuai jika ramai penolong dan magsa tak sedar diri atau tidak boleh bergerak dan perjalanan yang jauh.Rajah 7

  • 8.KAEDAH USUNGAN KERUSIUsungan ini memberi keselesaan kepada pesakit. Sila rujuk rajah 8

  • 9. KAEDAH USUNGAN BERTIGAJika penolong dapat dibantu oleh orang-orang lain, maka kerja menyelamat menjadi lebih ringan dan sempurna bagi pesakit. Rajah 9 menunjukkan dua orang penolong menampung badan pesakit yang kakinya pula ditampung oleh seorang sahaja. Semua penolong berlutut di sebelah kaki. Dari kedudukan melutut, ketiga-tiga penolong perlahan-lahan bangun serentak.

  • 10.KAEDAH USUNGAN SELANJAR BERTIGAPesakit juga boleh diangkat oleh ketiga-tiga penolong yang melutut selanjar dan meletakkanya ke atas usungan yang tersedia.

  • KAEDAH USUNGAN TANGAN BERSILANGUsungan ini memerlukan dua orang penolong. Kaedah ini hampir sama dengan kaedah Usungan Empat Tangan cuma yang berbeza ialah kedua tangan penolong memegang tangan secara cengkaman lihat gambarajah manakala tangan satu lagi kedua penolong akan memegang pinggang mangsa sebelah menyebelah. Lihat rajah 11.

  • Rajah 11

  • 12.KAEDAH USUNGAN PENGUSUNGUsungan kaedah ini memerlukan ramai pembantu dan khususnya mangsa tidak dapat bergerak disebabkan patah tulang belakang, leher atau kaki. Kaedah ini juga memerlukan mangsa dipindahkan secara jarak jauh. Caranya ialah tiga orang pembantu berada disebelah mangsa manakala satu orang berada disebelah satu lagi mangsa. Pembantu akan melutut dengan mengangkat lutut sebelah kanan.(lihat Rajah 12A Tahap Satu). Mangsa akan diletakkan ke atas lutut kanan ketiga-tiga pembantu secara serentak ( Lihat Tahap Dua ),kemudian mangsa akan dipindahkan ke atas usungan (Lihat Tahap Tiga dan Tahap Empat).

  • Rajah 12 A

  • Rajah 12B

  • 13. KAEDAH USUNGAN SELIMUTKaedah ini adalah sama dengan kaedah menggunakan pengusung.Sebagai menggantikan pengusung jika tiada pengusung/papan keras.Kain selimut juga digunakan sebagai pengantara dari tempat mangsa ke pengusung ( lihat rajah 13)

  • Langkah 1

  • Langkah 2

  • Langkah 3

  • Jenis-jenis Usungan Dengan PeralatanUsungan Ambulans BerodaUsungan Mudah AlihPengusung Scoop (ortopedik)Usungan Kerusi Spine Board Alat Pelepasan Jenis-vesUsungan FleksibleUsungan ImprovisiUsungan Bakul

  • Usungan Ambulans BerodaKedudukan yang selesa untuk kebanyakan mangsa adalah kedudukan separuh-duduk.Untuk mangsa dalam kejutan, kaki ditinggikan ke 8-12 inci jika tiada kecederaan tulang belakang.

  • Usungan Ambulans BerodaKosongkan bahagian dalaman ambulans.

    Pindahkan pengusung ke ambulans serapat mungkin.

    Kuncikan pengusung pada tahap paling rendah sebelum mengangkat.

    Penolong kecemasan berdiri bertentangan di kedua-dua sisi pengusung, membengkokkan lutut & menggengam rangka pengusung.

  • Usungan Ambulans BerodaKedua-dua penolong kecemasan berdiri tegak.

    Laluan lorong tepi yang kecil digunakan untuk memindahkan mangsa ke dalam ambulans.

  • Usungan Ambulans BerodaPengusung dipindahkan masuk ke lorong usungan dalam ambulans.

  • Usungan Ambulans BerodaKunci di depan dan belakang dikuncikan.

  • Usungan Mudah Alih

    Penghubung melintang harus diluruskan

  • Pengusung Scoop (ortopedik)

  • Pengusung Scoop (ortopedik)

    Dipanggil pengusung scoop kerana ia boleh dibahagikan kepada dua bahagian secara tegak.

    Mangsa boleh scooped dengan menggunakan pengusung dengan mudah.

    Penolong kecemasan menyokong kepala mangsa semasa pengusung ditempatkan.

    Dua bahagian pengusung dikunci dengan elok dan penyokong kepala ditempatkan dengan betul.

  • Usungan kerusiKerusi TanggaCara mengusung mangsa dengan kerusi dan ianya memberi keselesaan kepada mangsa.

  • Spine Board Apabila melakukan log roll, tulang belakang penolong kecemasan dipastikan lurus.

    Condongkan mangsa daripada bahagian pinggang dengan menggunakan otot bahu penolong kecemasan.

    Spine Board yang panjangSpine Board yang pendek

  • Alat Pelepasan Jenis-ves

  • Usungan BakulGunakan squat lift untuk mengangkat mangsa

  • Usungan Fleksible

  • Usungan ImprovisiKemalangan di kawasan terpencil yang sukar mendapat bantuan lain, hendaklah dikendalikan dengan alatan-alatan yang terdapat di tangan.

    2 helai baju dan 2 batang kayu dibuat usungan.

  • Usungan ImprovisiMangsa dibaringkan di atas usungan itu dan diikat badannya supaya tidak tergelincir jatuh.

    Penolong kecemasan selanjutnya mengangkat usungan di sebelah kepala mangsa dengan membelakangkan mangsa & menarik ke pusat bantuan lanjut.

  • Usungan ImprovisiJika penolong dapat dibantu oleh orang lain, maka kerja penyelamatan menjadi lebih ringan dan sempurna bagi mangsa.

    Kaedah berikut memberi idea bagaimana pengusungan dikerjakan.

    2 orang penolong kecemasan menampung badan mangsa yang kakinya pula ditampung oleh seorang sahaja.

  • Usungan ImprovisiSemua penolong kecemasan berlutut di di sebelah kaki. Dari kedudukan melutut, ketiga-tiga penolong kecemasan perlahan-lahan bangun serentak.

    Mangsa juga boleh diangkat oleh ketiga-tiga penolong kecemasan yang melutut selanjar dan meletakkannya ke atas usungan yang tersedia.

  • Usungan Improvisi(DENGAN SELIMUT)Gulungkan selimut & ditempatkan di atas lantai berdekatan dengan mangsa dengan gulungan selimut bertentangan arah dengan bahagian mangsa yang cedera.

    Jika mangsa sedar diri, terangkan prosedur.

  • Usungan Improvisi(DENGAN SELIMUT)Keempat-empat penolong kecemasan harus melutut sama tahap dengan kepala, bahu, paha & kaki mangsa.

    Dengan serentak, pusingkan mangsa ke arah penolong kecemasan.

    Kemudian, gulungan selimut diletakkan di belakang mangsa.

  • Usungan Improvisi(DENGAN SELIMUT)Gulingkan mangsa semula di atas selimut dengan perlahan-lahan melepasi gulungan selimut itu.

    Untuk meratakan gulungan selimut itu, gulingkan mangsa ke sebelah.

    Kemudian, gulingkan mangsa semula supaya belakang mangsa di atas lantai.

  • Usungan Improvisi(DENGAN SELIMUT)Pindahkan pengusung sejajar dengan tubuh mangsa & serapat yang mungkin dengan kepala mangsa.Gulungkan kedua-dua bahagian selimut ke arah mangsa dengan kukuhnya.2 penolong kecemasan harus berada bertentangan antara satu sama lain sama tahap dengan bahu mangsa.2 penolong kecemasan harus berada bertentangan antara satu sama lain sama tahap dengan lutut mangsa.

  • Usungan Improvisi(DENGAN SELIMUT)Semua penolong kecemasan melutut ke bawah dan menggenggam selimut dengan jari di sebelah dalam pinggir gulungan.2 penolong kecemasan di bahagian kepala mangsa harus menggengam selimut di bahagian kepala dan satu lagi di pinggang.2 penolong kecemasan di bahagian kaki mangsa harus menggengam selimut di bahagian paha dan satu lagi di buku lali.Dengan serentak, angkat mangsa secukup tinggi untuk membolehkan penolong kecemasan lain menyelit masuk pengusung di bawah mangsa.Akhirnya turunkan mangsa dengan perlahan-lahan di atas pengusung.