terseliuh

4
TERSELIUH Terseliuh berlaku pada sendi dan melibatkan ligamen. Terseliuh yang paling biasa berlaku pada pergelangan kaki. Ketegangan pula adalah satu kecederaan pada otot-otot dan tendon, terutama sekali apabila ia diregang. Merawat terseliuh dan ketegangan menggunakan R.I.C.E. 1) R - Rest Tindakan dan langkah pertama yang perlu dan sepatutnya kita buat adalah “merehatkan” bahagian yang mengalami kecederaan serta bersihkan luka sekiranya ada luka. Dalam kata lain minta mangsa supaya tidak menggerakkan anggota yang cedera sama sekali. Ini secara praktikalnya akan memberikan 3 kelebihan kepada mangsa: 1 – Dapat mengurangkan kesakitan yang dialami 2 – Mengelakkan kecederaan menjadi semakin teruk. 3 – Mengurangkan inflamasi. 2) I – Ice Tindakan kedua yang perlu di buat dalam rawatan awal kecemasan ini ialah melakukan demahan sejuk dengan ais batu atau bahasa lain lapik bahagian cedera samaada dengan sapu tangan atau tuala kecil sebelum meletakkan ketulan ais atau “ice pack” selama 15 ke 30 minit. Terdapat 4 tindakbalas yang dirasai oleh mangsa : 1* - 3 minit : sejuk. 2* - 8 minit : panas. 3* - 10 minit : seperti menyucuk. 4* - >10 minit : kebas. Kelebihan daripada demahan sejuk ini juga adalah [pertama] mengurangkan kesakitan kesan daripada rasa kebas, [kedua] mengurangkan kesan bengkak pada bahagian terlibat oleh tindakbalas pengecutan salur darah kesan daripada demahan sejuk tersebut. 3) C – Compress

Upload: ratu-syahadah

Post on 24-Oct-2015

31 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: TERSELIUH

TERSELIUH

Terseliuh berlaku pada sendi dan melibatkan ligamen. Terseliuh yang paling biasaberlaku pada pergelangan kaki. Ketegangan pula adalah satu kecederaan pada otot-otot dan tendon, terutama sekali apabila ia diregang.

Merawat terseliuh dan ketegangan menggunakan R.I.C.E.

1) R - Rest

Tindakan dan langkah pertama yang perlu dan sepatutnya kita buat adalah “merehatkan” bahagian yang mengalami kecederaan serta bersihkan luka sekiranya ada luka. Dalam kata lain minta mangsa supaya tidak menggerakkan anggota yang cedera sama sekali. Ini secara praktikalnya akan memberikan 3 kelebihan kepada mangsa:

1 – Dapat mengurangkan kesakitan yang dialami

2 – Mengelakkan kecederaan menjadi semakin teruk.

3 – Mengurangkan inflamasi.

2) I – Ice

Tindakan kedua yang perlu di buat dalam rawatan awal kecemasan ini ialah melakukan demahan sejuk dengan ais batu atau bahasa lain lapik bahagian cedera samaada dengan sapu tangan atau tuala kecil sebelum meletakkan ketulan ais atau “ice pack” selama 15 ke 30 minit. Terdapat 4 tindakbalas yang dirasai oleh mangsa :

1* - 3 minit      : sejuk.

2* - 8 minit      : panas.

3* - 10 minit    : seperti menyucuk.    

4* - >10 minit  : kebas.

Kelebihan daripada demahan sejuk ini juga adalah [pertama] mengurangkan kesakitan kesan daripada rasa kebas, [kedua] mengurangkan kesan bengkak pada bahagian terlibat oleh tindakbalas pengecutan salur darah kesan daripada demahan sejuk tersebut. 

3) C – Compress

Maksud compress di sini ialah membalut, melilit atau mengikat bahagian terlibat sama ada dengan pembalut crepe bandage atau kain yang bertujuan untuk mengurangkan dan menghentikan pendarahan jika berlaku di samping mengurangkan kebengkakan.

Teknik ini juga diguna pakai dalam rawatan awal kecemasan untuk kecederaan selain sukan seperti luka terkena pisau atau jatuh yang menyebabkan pendarahan.

Page 2: TERSELIUH

4) E – Elevete

Tinggikan anggota yang cedera atas daripada aras jantung kita. Ini bertujuan supaya tidak berlakunya 'kongesi darah' atau bahasa mudah pengumpulan cecair badan ke bahagian terlibat dan secara tidak langsung mengurangkan tekanan pada anggota tercedera.

Kesan daripada pengurangan tekanan itu dapat membantu menghentikan pendarahan jika ada membantu dalam mengurangkan inflamasi dan bengkak.

p/s : Elakkan mengurut dalam tempoh 24 jam pertama pada bahagian cedera kerana ini boleh menyebabkan pendarahan (jika ada) atau bengkak menjadi semakin teruk.

Rest: Rehatkan sendi yang terseliuh Ice: Aiskan atau guna tekanan sejuk pada bahagian yang terseliuh

Compress: Padatkan Elevate: Tinggikan sendi yang terseliuh sendi yang terseliuh menggunakan pembalut

atau pelapik lembut.

Rawatan Kecemasan

Apabila pesakit terseliuh, pergerakan hendaklah dikurangkan, terutama bahagian yang tercedera. Untuk mengurangkan kesakit-an, lakukan kompres sejuk pada tempat yang tercedera. Di samping itu, tinggikan  bahagian  yang tercedera. Kemudian ambil pembalut  yang  sesuai dan balut dengan kemas untuk menutupi kawasan yang cedera. Pastikan juga balutan tersebut tidak menghentikan peredaran darah.  

Page 3: TERSELIUH

Rawatan Homeopati

Umumnya kecederaan terseliuh menim-bulkan implikasi langsung terhadap bahagian anggota terlibat atau perasaan pesakit bila bergerak. Penawar sepertiArnica, Bryonia dan Rhus tox adalah di antara penawar yang kerap dirujuk.

Sebagai rawatan awal, gunakan Arnica 30. Ia dapat mengubat kesan bengkak dan lebam yang teruk. Kalau bengkak nampak merah dan menyakitkan bila disentuh, dapatkan penawar Belladonna 30. Dengan  satu atau dua dos, ia boleh melegakan pesakit.

         Sekiranya pesakit masih merasa tidak lega dan dia dapat pastikan bahawa tiap pergerakan menambahkan sakit, berikan penawar Bryonia 30. hanya apabila tiap pergerakan menyebabkan pesakit bertambah lega, sesuai diberikan Rhus tox.

Ringkasan:

Arnica 30 – tergeliat, lebam dan rasa lenguh.

  Belladonna 30 – Bengkak dan sakit bila disentuh.

  Rhus tox 30 – sakit bila mula bergerak, tapi lega kemudiannya.