terma-terma dan syarat-syarat utama bagi kemudahan ......faedah dan/atau keuntungan dan semua caj...

25
Terma-terma dan Syarat-syarat Utama Bagi Kemudahan Overdraf Bercagar CIMB 1. SYARAT-SYARAT TERDAHULU BAGI KETERSEDIAAN KEMUDAHAN Kemudahan (termasuk sepertimana disemak semula atau ditambah dari semasa ke semasa oleh Bank) sedia digunakan oleh Peminjam setelah semua syarat terdahulu berikut dipenuhi:- (a) dokumen cagaran relevan yang perlu disempurnakan oleh Peminjam atau penyedia cagaran pihak ketiga dan sebarang dokumen lain yang perlu disempurnakan sepertimana dikehendaki oleh Bank menurut budi bicara mutlaknya telah disempurnakan dan dikembalikan kepada Bank. (b) cagaran relevan yang perlu disediakan oleh Peminjam atau penyedia cagaran pihak ketiga telah disediakan kepada dan diterima oleh Bank (termasuk kebenaran yang diperlukan jika berkenaan dan pengesahan dalam bentuk dan bahan yang boleh diterima oleh pihak Bank dari Amanah Saham Nasional Berhad untuk Unit Amanah Saham Bumiputera yang digadai janji dan/atau diserah hak dan/atau didepositkan memihak kepada Bank, di mana Unit Amanah Saham Bumiputera disediakan kepada Bank sebagai jaminan); (c) setelah membuka akaun semasa atau mengekalkan akaun semasa oleh Peminjam dengan Bank; (d) sebarang dokumen yang diperlukan oleh Bank menurut budi bicara mutlaknya telah disempurnakan dan/atau didaftarkan dan/atau sebaliknya diisi dengan wajar; (e) pematuhan dengan undang-undang/ peraturan kawal selia seperti yang dinyatakan dalam Fasal 15 Terma-terma dan Syarat-syarat Utama; (f) anda atau mana-mana pihak cagaran tidak melakukan sebarang Peristiwa Keingkaran yang dinyatakan dalam Fasal 13 Terma-terma dan Syarat-syarat Utama; (g) Bank berpuas hati (keputusan Bank adalah muktamad dalam hal ini melainkan jika terdapat kesilapan yang nyata) bahawa tiada perubahan material telah berlaku terhadap keadaan kewangan Peminjam (dan/atau penjamin atau mana-mana pihak cagaran, jika berkenaan) yang menjejaskan atau mungkin menjejaskan cagaran Bank. Syarat-syarat terdahulu bagi penyediaan kemudahan yang dibentangkan di dalam ini adalah untuk manfaat tunggal Bank dan boleh diketepikan oleh Bank, sama ada secara keseluruhan atau sebahagian, tanpa memudaratkan sebarang hak Bank untuk menegaskannya secara keseluruhan atau sebahagian untuk penggunaan Kemudahan yang seterusnya. 2. CAGARAN 2.A DEPOSIT TETAP/ DEPOSIT TERMA SEBAGAI CAGARAN (a) Jika deposit tetap/ deposit terma dinyatakan dalam LAMPIRAN pada Surat Tawaran sebagai cagaran yang diperlukan, Peminjan (dan/atau mana-mana pihak cagaran, jika berkenaan) melalui cagaran berterusan dengan ini menggadai dan/atau menyerahhakkan secara mutlak kepada Bank melalui gadaian tetap pertama semua wang dalam kredit dalam Deposit Tetap yang dirujuk di dalam LAMPIRAN pada Surat Tawaran (selepas ini dirujuk sebagai "FD") sebagai cagaran berterusan untuk membayar balik, apabila dituntut, semua/atau mana-mana

Upload: others

Post on 18-Jan-2020

25 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Terma-terma dan Syarat-syarat Utama Bagi Kemudahan ......faedah dan/atau keuntungan dan semua caj lain sehingga tarikh pembayaran. (b) Bank mempunyai budi bicara mutlak untuk membaharui

Terma-terma dan Syarat-syarat Utama

Bagi Kemudahan Overdraf Bercagar CIMB

1. SYARAT-SYARAT TERDAHULU BAGI KETERSEDIAAN KEMUDAHAN

Kemudahan (termasuk sepertimana disemak semula atau ditambah dari semasa ke semasa oleh

Bank) sedia digunakan oleh Peminjam setelah semua syarat terdahulu berikut dipenuhi:-

(a) dokumen cagaran relevan yang perlu disempurnakan oleh Peminjam atau penyedia cagaran

pihak ketiga dan sebarang dokumen lain yang perlu disempurnakan sepertimana dikehendaki

oleh Bank menurut budi bicara mutlaknya telah disempurnakan dan dikembalikan kepada

Bank.

(b) cagaran relevan yang perlu disediakan oleh Peminjam atau penyedia cagaran pihak ketiga telah

disediakan kepada dan diterima oleh Bank (termasuk kebenaran yang diperlukan jika berkenaan

dan pengesahan dalam bentuk dan bahan yang boleh diterima oleh pihak Bank dari Amanah

Saham Nasional Berhad untuk Unit Amanah Saham Bumiputera yang digadai janji dan/atau

diserah hak dan/atau didepositkan memihak kepada Bank, di mana Unit Amanah Saham

Bumiputera disediakan kepada Bank sebagai jaminan);

(c) setelah membuka akaun semasa atau mengekalkan akaun semasa oleh Peminjam dengan Bank;

(d) sebarang dokumen yang diperlukan oleh Bank menurut budi bicara mutlaknya telah

disempurnakan dan/atau didaftarkan dan/atau sebaliknya diisi dengan wajar;

(e) pematuhan dengan undang-undang/ peraturan kawal selia seperti yang dinyatakan dalam Fasal

15 Terma-terma dan Syarat-syarat Utama;

(f) anda atau mana-mana pihak cagaran tidak melakukan sebarang Peristiwa Keingkaran yang

dinyatakan dalam Fasal 13 Terma-terma dan Syarat-syarat Utama;

(g) Bank berpuas hati (keputusan Bank adalah muktamad dalam hal ini melainkan jika terdapat

kesilapan yang nyata) bahawa tiada perubahan material telah berlaku terhadap keadaan

kewangan Peminjam (dan/atau penjamin atau mana-mana pihak cagaran, jika berkenaan) yang

menjejaskan atau mungkin menjejaskan cagaran Bank.

Syarat-syarat terdahulu bagi penyediaan kemudahan yang dibentangkan di dalam ini adalah untuk

manfaat tunggal Bank dan boleh diketepikan oleh Bank, sama ada secara keseluruhan atau

sebahagian, tanpa memudaratkan sebarang hak Bank untuk menegaskannya secara keseluruhan atau

sebahagian untuk penggunaan Kemudahan yang seterusnya.

2. CAGARAN

2.A DEPOSIT TETAP/ DEPOSIT TERMA SEBAGAI CAGARAN

(a) Jika deposit tetap/ deposit terma dinyatakan dalam LAMPIRAN pada Surat Tawaran sebagai

cagaran yang diperlukan, Peminjan (dan/atau mana-mana pihak cagaran, jika berkenaan)

melalui cagaran berterusan dengan ini menggadai dan/atau menyerahhakkan secara mutlak

kepada Bank melalui gadaian tetap pertama semua wang dalam kredit dalam Deposit Tetap

yang dirujuk di dalam LAMPIRAN pada Surat Tawaran (selepas ini dirujuk sebagai "FD")

sebagai cagaran berterusan untuk membayar balik, apabila dituntut, semua/atau mana-mana

Page 2: Terma-terma dan Syarat-syarat Utama Bagi Kemudahan ......faedah dan/atau keuntungan dan semua caj lain sehingga tarikh pembayaran. (b) Bank mempunyai budi bicara mutlak untuk membaharui

liabiliti Peminjam dengan Bank sama ada terhutang pada masa ini atau selepas ini termasuk

faedah dan/atau keuntungan dan semua caj lain sehingga tarikh pembayaran.

(b) Bank mempunyai budi bicara mutlak untuk membaharui FD bersama-sama dengan faedah

dan/atau keuntungan ke atasnya (melainkan faedah/keuntungan yang tersebut adalah

dibenarkan untuk dikeluarkan oleh terma penempatan) pada tarikh matang mengikut sebarang

terma yang dianggap wajar olehnya dan gadaian/ penyerahan hak FD hendaklah termasuk

semua faedah dan/atau keuntungan yang diperolehi terhadap deposit tersebut dan Bank berhak

menyimpan deposit tersebut bersama-sama faedah dan/atau keuntungan yang terakru sehingga

keseluruhan liabiliti Peminjam dengan Bank telah dibayar balik.

(c) Di samping hak Bank sebagai pemegang gadaian/pemegang serah hak, Bank mempunyai budi

bicara mutlak dan kebebasan pada sebarang masa atau dari semasa ke semasa dan walau

tempoh bagi FD atau mana-mana bahagiannye yang telah ditempatkan mungkin telah tamat

tempoh, dengan memberikan notis terdahulu selama tujuh (7) hari kalendar kepada Peminjam

(atau mana-mana pihak cagaran, jika berkenaan) untuk melaksanakan hak untuk menolak FD

(termasuk sebarang faedah dan/atau keuntungan yang terakru) terhadap sebarang liabiliti

Peminjam dengan Bank. Sementara menunggu pihak Bank melaksanakan hak untuk menolak

yang tersebut, pihak Bank berhak untuk menahan dan atau menggantung bayaran untuk

sebarang wang dari FD tersebut (termasuk apa-apa faedah dan/atau keuntungan yang

terkumpul). Semasa melaksanakan sebarang budi bicara dan haknya, Bank tidak mempunyai

liabiliti atau bertanggungjawab untuk sebarang kerugian kepada Peminjam atau pihak cagaran

termasuk kerugian faedah/keuntungan melainkan ianya disebabkan secara langsung oleh

kecuaian Bank atau kelalain yang sengaja.

(d) Sepanjang tempoh Kemudahan ini berkuat kuasa dan selepas itu sehingga keseluruhan

Kemudahan dijelaskan dengan sepenuhnya, FD dan sebarang faedah dan/atau keuntungan yang

terakru tidak boleh dikeluarkan atau diserah hak atau dipindahkan atau diwujudkan sebarang

amanah terhadapnya atau diwujudkan sebarang hak memihak kepada atau diberikan kepada

mana-mana pihak.

(e) Bank boleh menurut budi bicara mutlaknya menghendaki Peminjam (dan/atau pihak cagaran,

jika berkenaan) untuk melakukan apa-apa tindakan atau perkara atau melaksanakan apa-apa

dokumen, notis, pengendorsan bagi tujuan menyempurnakan cagaran Bank dan/atau

penyerahan hak mutlak terhadap FD dan Peminjam (dan/atau pihak cagaran, jika berkenaan)

hendaklah bertindak/melakukan perkara yang dikehendaki dalam tempoh yang ditetapkan oleh

Bank.

2.B UNIT AMANAH SAHAM BUMIPUTERA OLEH AMANAH SAHAM NASIONAL

BERHAD DAN CAGARAN LAIN YANG BOLEH DITERIMA KEPADA BANK

(a) Jika ditetapkan dalam LAMPIRAN pada Surat Tawaran ini sebagai cagaran yang diperlukan,

Peminjam dengan ini secara mutlak menyerah hak, dan/atau mendeposit dengan Bank melalui

gadaian tetap pertama Unit Amanah Saham Bumiputera oleh Amanah Saham Nasional Berhad

yang dimiliki oleh Peminjam (dan/atau mana-mana pihak cagaran, jika berkenaan) dan cagaran

lain yang boleh diterima oleh Bank (selepas ini dirujuk sebagai "Unit ASB") sebagai cagaran

berterusan untuk pembayaran balik, apabila dituntut, semua dan/atau sebarang liabiliti

Peminjam dengan Bank sama ada terhutang pada masa ini atau selepas ini termasuk faedah dan

semua cagaran lain sehingga tarikh pembayaran.

Page 3: Terma-terma dan Syarat-syarat Utama Bagi Kemudahan ......faedah dan/atau keuntungan dan semua caj lain sehingga tarikh pembayaran. (b) Bank mempunyai budi bicara mutlak untuk membaharui

(b) Bank boleh mengikut budi bicara mutlaknya memerlukan Peminjam melakukan apa-apa

tindakan atau perkara atau melaksanakan sebarang borang atau dokumen, notis, sokongan bagi

tujuan menyempurnakan penyerahan hak Bank keatas Unit ASB, dan Peminjam hendaklah

bertindak/lakukan sebagaimana yang dikehendaki dalam tempoh yang ditetapkan oleh Bank.

(c) Sebarang Unit ASB yang disediakan oleh Peminjam kepada Bank hendaklah, kecuali

dipersetujui sebaliknya oleh Bank, berbayar sepenuhnya atau dikreditkan sebagai berbayar

sepenuhnya. Pelaburan juga hendaklah bebas daripada semua tuntutan atau bebanan daripada

mana-mana pihak.

(d) Setelah Surat Tawaran dan Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini, Peminjam hendaklah

(kecuali telah melakukannya sebelum ini): -

(i) menyerahkan atau menyebabkan penyerahan Penyata Pegangan Pelaburan Unit Amanah

ASNB, Surat Akuan dan Pengesahan ASNB yang telah dilengkapkan dan Penyata

Pegangan Risiko Pelaburan Dalam Unit Amanah menerusi pinjaman yang telah

dilengkapkan dan/atau bukti jubin dokumentari lain yang berkaitan kepada Bank atau

pemilikan kepada Unit ASB sebagaimana yang dikehendaki oleh Bank mengikut budi

bicara mutlaknya,

(ii) menyempurnakan sebarang borang atau dokumen yang dikehendaki oleh Bank dari

semasa ke semasa bagi penyerahan hak, sandaran, gadaian terhadap sebarang sijil atau

sebarang cagaran yang dipegang oleh mana-mana pihak dalam akaun Peminjam untuk

memenuhi obligasi Peminjam di dalam ini.

(e) Sepanjang tempoh Kemudahan berkuat kuasa dan selepas itu sehingga keseluruhan Kemudahan

dijelaskan dengan sepenuhnya, Unit ASB tidak boleh dikeluarkan atau diserah hak atau

dipindahkan tidak juga diwujudkan amanah terhadapnya tidak juga sebarang hak terhadapnya

diwujudkan bagi pihak atau diberikan kepada mana-mana pihak.

(f) Peminjam hendaklah pada semua masa tidak mengambil atau abai mengambil apa-apa

tindakan, yang mana tindakan atau peninggalan tersebut boleh menjejaskan secara material dan

mudarat atau boleh mengurangkan nilai sebarang Unit ASB atau yang boleh mengubah atau

menjejaskan Surat Tawaran dan Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini atau sebarang hak

yang diwujudkan disini.

(g) Peminjam hendaklah pada semua masa memastikan bahawa Margin Pembiayaan tidak

dilampaui sama ada dengan mendeposit dengan atau menyediakan kepada Bank cagaran

tambahan yang diluluskan oleh Bank dan dengan itu cagaran tambahan tersebut akan menjadi

sebahagian daripada Unit ASB di sini atau dengan membayar kepada Bank atau penamanya

secara tunai sebarang jumlah dan berdasarkan sebarang terma yang dikehendaki oleh Bank.

(h) Cagaran yang diwujudkan di dalam ini akan menjadi boleh dikuat kuasa dan kuasa penjualan

dan sebarang kuasa lain yang diberikan oleh undang-undang, Surat Tawaran, Terma-terma dan

Syarat-syarat Utama ini akan menjadi boleh dilaksana, menurut budi bicara Bank, selepas notis

terdahulu selama tujuh (7) hari kalendar diberikan, jika Peminjam gagal membayar atau

menjelaskan mana-mana bahagian Kemudahan apabila kena dibayar atau selepas Bank

menuntut pembayaran sama ada keseluruhan atau sebahagian daripada liabiliti Peminjam atau

jika Peminjam melanggar sebarang obligasi kepada Bank di bawah Kemudahan ini.

(i) Bank merizabkan hak untuk memusnahkan secara serta merta, membubarkan atau menjual Unit

ASB tersebut yang disandarkan atau dicagarkan kepada Bank, yang difikirkan patut melalui

Page 4: Terma-terma dan Syarat-syarat Utama Bagi Kemudahan ......faedah dan/atau keuntungan dan semua caj lain sehingga tarikh pembayaran. (b) Bank mempunyai budi bicara mutlak untuk membaharui

ejen yang dilantiknya atau mana-mana syarikat dalam Kumpulan CIMB Group Holding

Berhad, syarikat induk muktamad Bank, sekiranya Peminjam lalai dalam bayaran balik

Kemudahan Peminjam atau apabila berlakunya apa-apa kejadian yang melanggar perjanjian

seperti yang dinyatakan di sini atau pelanggaran Peminjam terhadap apa-apa obligasi kepada

Bank di bawah Kemudahan ini. Hasil jualan ini akan dikreditkan kearah memulihkan dan/atau

menyelesaikan liabiliti Peminjam dengan Bank. Apa-apa kekurangan dalam akaun itu akan

diselesaikan oleh Peminjam. Di samping itu dan tanpa menjejaskan sebarang peruntukan di

dalam ini, kuasa Bank termasuk (tetapi tidak terhad kepada) kuasa untuk:-

(i) mengambil milikan, memungut dan mendapatkan Unit ASB atau mana-mana bahagian

daripadanya;

(ii) menjual, bertukar, menukar kepada wang atau melupuskan atau merealisasikan atau

bersetuju menjual, bertukar, menukar kepada wang atau melupuskan atau merealisasikan

atau bersetuju menjual, bertukar, menukar kepada wang atau melupuskan atau

merealisasikan Unit ASB atau mana-mana bahagian daripadanya yang dianggap wajar

oleh Bank sama ada melalui tawaran awam atau triti persendirian dan untuk sebarang

balasan atau nilai dan berdasarkan sebarang terma yang diputuskan oleh Bank menurut

budi bicaranya (bagi sebarang Pelaburan yang tidak boleh dipindahkan, lantas

menyebabkan ianya tidak dapat dijual, Bank berhak melaksanakan penebusan awalnya

selaras dengan terma-terma di sini dan hasilnya boleh digunakan untuk membayar balik

liabiliti Peminjam terhadap Bank);

(iii) melaksanakan atau menyebabkan atau membenarkan pelaksanakan semua kuasa atau hak

sampingan dengan pemilikan Unit ASB atau mana-mana bahagian daripadanya;

(iv) menjelaskan, melaraskan, mengkompromi dan menyusun sebarang tuntutan/penyelesaian,

akaun, pertikaian, persoalan dan tuntutan yang berkaitan dalam apa cara jua dengan Unit

ASB atau mana-mana bahagian daripadanya;

(v) membawa, mendakwa, menguatkuasakan, membela dan/atau menggugurkan sebarang

tindakan, guaman atau prosiding terhadap apa-apa perkara atau terhadap mana-mana pihak

yang berkaitan dengannya yang dianggap wajar dan perlu oleh Bank; dan

(vi) mengambil semua tindakan dan/atau perkara yang perlu atau wajar atau sesuai untuk

merealisasikan Unit ASB dan penjelaskan penuh semua liabiliti yang kena dibayar kepada

Bank.

(j) Peminjam hendaklah menanggung rugi Bank terhadap semua tindakan, kerugian, tuntutan,

prosiding, kos, tuntutan dan liabiliti yang ditanggung oleh Bank (jika ada) untuk melaksanakan

atau cuba melaksanakan sebarang hak, kuasa, remedi atau budi bicara yang diletak hak pada

Bank.

(k) Bank (termasuk wakilnya dan sub-wakilnya) tidak akan bertanggungjawab dalam apa-apa

keadaan pun jua atau atas apa-apa sebab pun jua terhadap Peminjam atau mana-mana pihak lain

atas sebarang kerugian atau kerosakan atau pengurangan harga/nilai yang disebabkan oleh

Bank merealisasikan keseluruhan atau sebahagian daripada Unit ASB atau atas sebarang

keingkaran atau peninggalan oleh Bank berkaitan dengan Unit ASB atau kerana Bank

melaksanakan atau tidak melaksanakan sebarang kuasa atau budi bicara yang diletak hak

padanya melainkan jika ianya timbul dari dan disebabkan secara langsung oleh kecuaian Bank

atau kelalaian yang sengaja.

Page 5: Terma-terma dan Syarat-syarat Utama Bagi Kemudahan ......faedah dan/atau keuntungan dan semua caj lain sehingga tarikh pembayaran. (b) Bank mempunyai budi bicara mutlak untuk membaharui

2C. CAGARAN BERTERUSAN

Sebarang cagaran yang diambil oleh Bank atau diwujudkan dibawah ini adalah cagaran yang

berterusan bagi tujuan pembayaran semua wang yang terhutang pada masa ini atau selepas ini

kepada Bank oleh Peminjam dan/atau setiap pihak cagaran dari semasa ke semasa, meskipun:

(a) Peminjam atau mana-mana pihak cagaran tidak lagi berhutang kepada Bank untuk suatu

jangka masa;

(b) sebarang akaun Peminjam dan/atau pihak cagaran dengan Bank atas sebarang sebab pun jua

tidak lagi aktif dan meskipun sebarang penjelasan akaun atau sebaliknya;

(c) sebarang perubahan melalui penggabungan, penyatuan atau sebaliknya yang mungkin dibuat

pada susunan mana-mana pihak cagaran (yang merupakan sebuah pertubuhan perbadanan)

atau Bank; atau

(d) kebankrapan Peminjam atau kebankrapan mana-mana pihak cagaran, sama ada secara

sukarela atau paksa.

2D. LIEN DAN HAK LAIN

(a) Di samping dan tanpa prejudis terhadap sebarang remedi, kepentingan atau cagaran lain

di pihak Bank, Bank akan, selagi Kemudahan masih berkuat kuasa atau sebarang wang

masih boleh dipinjamkan atau perlu dibayar oleh Peminjam dan/atau pihak cagaran,

mempunyai lien am terhadap semua sekuriti dan aset lain Peminjam dan/atau pihak

cagaran yang kini atau mungkin dari semasa ke semasa selepas ini dideposit dengan atau

dalam atau menjadi milik, dijaga atau dikawal atau dipegang dalam nama atau atas

perintah atau untuk Bank dan/atau penama Bank sama ada untuk simpanan selamat atau

cagaran atau sebaliknya atau untuk sebarang tujuan khusus atau secara amnya.

(b) Tiada apa-apa pun jua yang terkandung di dalam Perjanjian ini akan memudaratkan atau

menjejaskan hak dan remedi atau sebarang cagaran lain yang menjadi hak Bank dari

semasa ke semasa atau yang mungkin dipegang oleh Bank untuk atau bagi jumlah

prinsipal yang belum dijelaskan dari semasa ke semasa di bawah Kemudahan atau

sebarang wang lain yang terhutang oleh Peminjam kepada Bank dan tiada apa-apa yang

terkandung di dalam ini akan memudaratkan atau menjejaskan sebarang bil, nota,

jaminan, gadaian atau cagaran lain yang mungkin dipunyai atau dipegang oleh Bank pada

masa itu untuk sebarang wang yang dipinjamkan atau didahulukan, faedah ke atasnya dan

wang lain yang disebut sebelum ini atau sebarang hak atau remedi Bank di bawah bil,

nota, jaminan, gadaian atau cagaran lain tersebut.

2E. WAAD UNTUK MENYEDIAKAN CAGARAN LANJUT

Peminjam hendaklah, jika dan apabila dikehendaki oleh Bank, menyempurnakan memihak

kepada Bank atau sepertimana yang diarahkan oleh Bank, sebarang instrumen undang-undang atau instrumen cagaran, bebanan atau perjanjian lain atau sepertimana yang dikehendaki oleh Bank terhadap sebarang aset Peminjam. Instrumen cagaran, bebanan atau perjanjian tersebut hendaklah disediakan oleh atau bagi Bank dengan kos dan perbelanjaan ditanggung oleh Peminjam dan hendaklah mengandungi semua terma dan syarat untuk manfaat Bank sepertimana dikehendaki oleh Bank.

Page 6: Terma-terma dan Syarat-syarat Utama Bagi Kemudahan ......faedah dan/atau keuntungan dan semua caj lain sehingga tarikh pembayaran. (b) Bank mempunyai budi bicara mutlak untuk membaharui

3. PENETAPAN TENTANG FAEDAH, FI, CAJ, KOS DAN KOMISYEN

(a) Peminjam hendaklah membayar faedah pada Kadar Faedah Semasa atau Kadar Had

Lebihan (mengikut keadaan), komisyen, fi komitmen, caj bank, fi dan sebarang caj lain

terhadap Kemudahan pada sebarang kadar dan dalam cara yang ditetapkan oleh Bank di

dalam Surat Tawaran.

(b) Faedah ke atas Kemudahan akan dikira atas dasar baki harian seperti yang dinyatakan

dalam Surat Tawaran dan dikira berdasarkan bilangan hari sebenar yang berlalu dan 365

hari setahun (366 hari pada tahun lompat) dan akan didebit kepada akaun Kemudahan

Peminjam setiap bulan kecuali dinyatakan atau dipersetujui sebaliknya oleh Bank.

(c) Kadar faedah (termasuk faedah pada Kadar Had Lebihan, faedah tambahan dan faedah

dimodalkan), adalah tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa oleh Bank menurut

budi bicaranya. Perubahan tersebut termasuk tetapi tidak terhad kepada mengubah asas

bagaimana Bank menentukan Kadar Faedah Semasa, daripada tanda aras Kadar Asas Bank,

spread kuantum yang perlu dibayar melebihi Kadar Asas, atau peratusan faedah itu sendiri

sekiranya kadar faedah tidak dikira terhadap Kadar Asas Bank dan asas yang telah diubah

untuk mengira Kadar Faedah dan/atau kadar faedah baru akan berkuat kuasa dari tarikh

yang ditetapkan oleh Bank.

(d) Berhubung dengan perubahan pada komisyen, fi komitmen, caj bank, fi terhadap

Kemudahan dan perubahan pada sebarang kadar faedah yang diperuntukkan di dalam ini

berbangkit daripada perubahan pada profil risiko anda, Bank berhak mengubah komisyen,

fi komitmen, caj bank, fi dan/atau kadar faedah yang terpakai yang terkandung di dalam ini

dengan memberikan notis terdahulu sekurang-kurangnya 21 hari kalendar kepada

Peminjam.

(e) Faedah yang dicaj dan sebarang fi, caj, kos dan komisyen berkaitan dengan Kemudahan

perlu dibayar setiap bulan secara tertunggak dan Bank boleh, pada bila-bila masa selepas

tarikh kena dibayar berhak mendebit faedah dan sebarang fi, caj, kos dan komisyen

berkaitan dengan Kemudahan kepada akaun Kemudahan Peminjam dan hendaklah dicagar

dan dibayar sewajarnya.

"Kadar Faedah" bermaksud kadar faedah berkenaan yang terpakai pada Kemudahan sepertimana

dinyatakan dalam Surat Tawaran atau sebarang kadar lain yang mungkin dari semasa ke semasa

ditetapkan oleh Bank.

4. FAEDAH PERLU DIBAYAR SEBELUM DAN SELEPAS PENGHAKIMAN

MAHKAMAH

Semua faedah ke atas sebarang jumlah yang didahulukan selaras dengan Kemudahan yang pada

masa itu dicagar dan sebarang fi, caj, kos dan komisyen berkaitan dengannya (termasuk faedah

pada Kadar Had Lebihan, faedah yang diubah dan faedah dimodalkan) perlu dibayar sebelum dan

selepas penghakiman mahkamah dan sebelum dan selepas tuntutan dibuat untuk pembayaran

terhadap Peminjam dan semua waad dan syarat yang terkandung di dalam atau dibayangkan

secara tersirat oleh Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini dan semua kuasa dan remedi yang

diberikan oleh undang-undang atau melalui Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini dan semua

peraturan daripada undang-undang atau ekuiti berkaitan dengan jumlah prinsipal dan faedah

hendaklah dengan sama-rata kena kepada faedah yang dimodalkan dan meskipun perhubungan

jurubank dan pelanggan antara Bank dan Peminjam telah terhenti atas apa-apa sebab pun jua.

Page 7: Terma-terma dan Syarat-syarat Utama Bagi Kemudahan ......faedah dan/atau keuntungan dan semua caj lain sehingga tarikh pembayaran. (b) Bank mempunyai budi bicara mutlak untuk membaharui

Bagi tujuan memastikan sama ada had prinsipal di bawah Kemudahan telah dilampaui atau tidak,

semua faedah yang didebitkan dan faedah yang telah dimodalkan hendaklah disifatkan sebagai

faedah dan bukan had prinsipal.

5. HAK UNTUK MENYEMAK SEMULA DAN MENGUBAH TERMA-TERMA DAN

SYARAT-SYARAT

Meskipun terma-terma dan syarat-syarat yang terkandung dalam Surat Tawaran, Terma-terma

dan Syarat-syarat Utama ini atau di dalam sebarang dokumen cagaran lain, Bank berhak untuk

menyemak semula Kemudahan pada bila-bila masa yang dianggap wajar oleh Bank menurut budi

bicara mutlaknya, setelah memberikan notis terdahulu selama dua puluh satu (21) hari kalendar,

tanpa sebarang obligasi sama ada di sisi undang-undang atau ekuiti, untuk memberi sebarang

sebab untuknya dan sama ada peristiwa yang dibentangkan di dalam fasal 13 di dalam ini telah

berlaku atau tidak, dan untuk mengubah dan/atau meminda pada bila-bila masa dan dari semasa

ke semasa dan dalam sebarang cara pun jua;-

(a) had Kemudahan (yang termasuk tetapi tidak terhad kepada menurunkan atau menambah

had Kemudahan pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa);

(b) cara Kemudahan disediakan;

(c) sebarang terma dan syarat lain Kemudahan; dan/atau

(d) sebarang dokumen cagaran berkaitan dengan Kemudahan.

Tertakluk kepada Bank memberikan notis terdahulu selama dua puluh satu (21) hari kalendar

kepada Peminjam dan atau pihak cagaran (jika berkenaan), sebarang perubahan dan/atau pindaan

(sama ada dengan menambah, meminda atau memadamkan terma-terma dan syarat-syarat

Kemudahan dan/atau mengurangkan, memadamkan, membatalkan, memodifikasi, meminda,

menukar, mengganti Kemudahan atau sebaliknya) hendaklah dianggap berkuat kuasa dari tarikh

yang ditetapkan oleh Bank dan tidak akan dalam apa cara pun jua menjejaskan hak dan remedi

Bank yang terkandung di dalam ini dan/atau sebarang dokumen cagaran lain atau kesahan

cagaran, liabiliti dan obligasi yang diwujudkan di dalam ini atau di dalam sebarang dokumen

cagaran lain. Bank tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kerosakan sekiranya

sebarang cek atau nota yang dibayar atau bil yang diterima oleh Peminjam tidak dilayan

disebabkan tindakan yang disebut sebelum ini oleh Bank melainkan jika ianya timbul dari dan

disebabkan secara langsung oleh kecuaian Bank atau kelalaian yang sengaja.

5A. KOMUNIKASI TENTANG PERUBAHAN DAN PINDAAN

Peminjam dengan ini bersetuju bahawa Bank berhak untuk mengambil mana-mana satu atau lebih

daripada satu cara atau kaedah komunikasi berikut berkaitan dengan variasi, pindaan dan/atau

perubahan pada Kemudahan, sebarang terma dan syarat berkenaan dengannya dan sebarang

faedah yang dicaj dan sebarang caj, kos dan komisyen berkaitan dengannya termasuk tarikh

apabila perubahan demikian mula berkuat kuasa:-

(a) dengan menampal notis di premis Bank menyatakan perubahan demikian dan tarikh apabila

perubahan tersebut berkuat kuasa dan notis tersebut akan dianggap sebagai diterima oleh

atau dimaklumkan kepada Peminjam pada tarikh notis tersebut ditampal di premis Bank;

dan/atau

(b) dengan menerbitkan dalam satu atau lebih daripada satu akhbar yang dipilih oleh Bank,

notis tentang perubahan tersebut dan tarikh apabila perubahan tersebut berkuat kuasa dan

Page 8: Terma-terma dan Syarat-syarat Utama Bagi Kemudahan ......faedah dan/atau keuntungan dan semua caj lain sehingga tarikh pembayaran. (b) Bank mempunyai budi bicara mutlak untuk membaharui

notis tersebut akan dianggap sebagai diterima oleh atau dimaklumkan kepada Peminjam

pada tarikh penerbitan pertama dalam mana-mana akhbar yang dipilih oleh Bank; dan/atau

(c) dengan memasukkan ke dalam penyata akaun Bank notis tentang perubahan tersebut dan

tarikh apabila perubahan tersebut berkuat kuasa dan notis tersebut akan dianggap sebagai

diterima oleh atau dimaklumkan kepada Peminjam tiga (3) hari kalendar selepas tarikh

pengeposan penyata akaun Bank kepada Peminjam; dan/atau

(d) dengan menghantar melalui pos biasa atau pos berdaftar kepada Peminjam notis tentang

perubahan tersebut dan tarikh apabila perubahan tersebut berkuat kuasa dan notis tersebut

akan dianggap sebagai diterima oleh atau dimaklumkan kepada Peminjam tiga (3) hari

kalendar selepas tarikh pengeposan notis tersebut kepada Peminjam melalui pos biasa atau

pos berdaftar; dan/atau

(e) dengan menghantar notis tentang perubahan tersebut dan tarikh apabila perubahan tersebut

berkuat kuasa melalui sistem pesanan ringkas (SMS) atau mel elektronik kepada Peminjam

atau dengan meletakkan notis tentang perubahan tersebut dan tarikh apabila perubahan

tersebut berkuat kuasa di laman web Bank dan notis tersebut akan dianggap sebagai

diterima oleh atau dimaklumkan kepada Peminjam pada tarikh apabila notis tentang

perubahan tersebut dihantar melalui SMS atau mel elektronik kepada Peminjam atau tarikh

apabila notis tentang perubahan tersebut diletakkan di laman web Bank, mengikut keadaan.

6. PEMBAYARAN BALIK

(a) Meskipun sebarang peruntukan yang terkandung di dalam ini dan di dalam Surat Tawaran,

segala jumlah belum dijelaskan di bawah Kemudahan (sama ada prinsipal, faedah atau

sebarang wang lain yang terhutang kepada Bank) hendaklah perlu dibayar apabila dituntut.

(b) Peminjam bertanggungjawab untuk membayar kepada Bank sebarang jumlah yang

dibentangkan di dalam Surat Tawaran atau yang dimaklumkan oleh Bank sebagai jumlah

yang terhutang dan perlu dibayar kepada Bank (melainkan ada terdapat kesilapan yang

nyata di dalam pemberitahuan Bank tentang jumlah yang terhutang itu) dalam masa tujuh

(7) hari kalendar.

(c) Semua pembayaran yang akan dibuat kepada Bank hendaklah pembayaran penuh tanpa

tolakan atau tuntutan balas, bebas dan bersih dan tanpa potongan sebarang cukai, levi,

impos, duti, caj, fi, potongan, penahanan, sekatan atau syarat tidak kira jenisnya.

(d) Jika undang-undang menghendaki sebarang potongan daripada sebarang pembayaran,

Peminjam hendaklah memastikan bahawa jumlah bersih yang diterima oleh Bank adalah

bersamaan dengan jumlah penuh yang akan diterima oleh Bank, jika potongan tersebut

tidak dibuat.

7. REPRESENTASI DAN JAMINAN

Dengan menerima Surat Tawaran dan Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini, Peminjam

membuat representasi dan menjamin kepada Bank bahawa:

(a) Peminjam mempunyai kapasiti untuk menyempurnakan, memenuhi dan melaksanakan

terma-terma di dalam Surat Tawaran dan di dalam Terma-terma dan Syarat-syarat Utama

ini;

Page 9: Terma-terma dan Syarat-syarat Utama Bagi Kemudahan ......faedah dan/atau keuntungan dan semua caj lain sehingga tarikh pembayaran. (b) Bank mempunyai budi bicara mutlak untuk membaharui

(b) baik Peminjam mahupun mana-mana pihak cagaran tidak mengingkari sebarang perjanjian

(sama ada berkenaan dengan pembayaran, pelaksanaan atau sebaliknya) yang mana

Peminjam atau mana-mana pihak cagaran adalah pihak padanya atau yang mengikat

Peminjam atau mana-mana pihak cagaran;

(c) tiada litigasi, timbang tara atau pertikaian sama ada sebenar, belum diputuskan atau

diancam terhadap Peminjam atau mana-mana pihak cagaran;

(d) semua penyata kewangan yang diterima atau akan diterima oleh Bank berkenaan dengan

Peminjam memberikan gambaran yang benar dan tepat tentang kedudukan kewangan

Peminjam;

(e) tiada perubahan material yang buruk berlaku pada keadaan kewangan Peminjam atau

keadaan kewangan pihak cagaran, dan jika berkenaan, persekitaran operasi atau pengurusan

perniagaan Peminjam atau perniagaan mana-mana pihak cagaran yang akan menjejaskan

secara material keupayaan Peminjam atau keupayaan pihak cagaran untuk melaksanakan

obligasi Peminjam/mereka di bawah Surat Tawaran, Terma-terma dan Syarat-syarat Utama

ini dan/atau dokumen cagaran;

(f) Peminjam dan jika berkenaan dan setiap pihak cagaran adalah pemilik undang-undang dan

benefisial sebarang aset atau harta yang ditawarkan sebagai cagaran kepada Bank

berhubung dengan Kemudahan, Surat Tawaran, Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini

dan dokumen cagaran;

(g) penerimaan Surat Tawaran dan Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini merupakan

obligasi yang sah dan boleh dikuat kuasa dan tidak atau tidak akan melanggar peruntukan

mana-mana undang-undang, peraturan, kaedah, perintah, writ, injunksi atau dekri mana-

mana mahkamah, badan pentadbiran atau badan kawal selia yang mempunyai kuasa

terhadap Peminjam, dan tidak melanggar sebarang perjanjian lain yang mana Peminjam

adalah pihak padanya atau akujanji yang mengikat Peminjam atau asetnya;

(h) Peminjam telah mendedahkan kepada Bank dengan sepenuhnya dan secara bertulis semua

fakta berkaitan dengan Peminjam dan pihak cagaran yang diketahui atau secara munasabah

sepatutnya diketahui oleh Peminjam dan yang wajar didedahkan kepada Bank dalam

konteks Kemudahan;

(i) semua pengisytiharan yang dibuat kepada Bank dan maklumat yang diberikan oleh

Peminjam dan jika berkenaan, setiap pihak cagaran berhubung dengan Kemudahan tidak

mengandungi sebarang kenyataan yang tidak benar atau tidak menyatakan sebarang fakta

dan semua ungkapan tentang jangkaan, niat, kepercayaan dan pendapat semua unjuran yang

terkandung di dalamnya dibuat dengan jujur dan berdasarkan alasan munasabah selepas

pertanyaan yang wajar dan berhati-hati;

(j) Peminjam dan setiap pihak cagaran adalah tertakluk kepada undang-undang sivil dan

perdagangan berhubung dengan setiap obligasi Peminjam/ mereka di bawah Kemudahan

dan penyempurnaan, penyerahan dan pelaksanaan obligasi yang diwujudkan di bawah ini

merupakan tindakan peribadi dan perdagangan dan bukan tindakan kerajaan atau awam dan

Peminjam, pihak cagaran mahupun mana-mana harta/Cagaran tidak menikmati sebarang

kekebalan atas alasan kedaulatan atau sebaliknya berhubung dengan obligasi mereka

berbangkit daripada Kemudahan;

Page 10: Terma-terma dan Syarat-syarat Utama Bagi Kemudahan ......faedah dan/atau keuntungan dan semua caj lain sehingga tarikh pembayaran. (b) Bank mempunyai budi bicara mutlak untuk membaharui

(k) tiada prosiding kebankrapan telah dimulakan terhadap Peminjam dan/atau mana-mana

pihak cagaran;

(l) Jumlah peminjaman Peminjam daripada semua sumber dalam Malaysia, termasuk

kemudahan ini (tidak termasuk kemudahan untuk pembiayaan/pembiayaan semula bagi

pembelian atau pembinaan harta tak alih dan pembelian tanah) tidak melebihi RM10 juta

secara agregat atau sebarang had maksimum lain yang mungkin dikenakan oleh pihak

berkuasa yang mengawal dari semasa ke semasa. (Hanya terpakai kepada warga asing)

(m) Peminjam dan setiap pihak cagaran telah memperolehi semua kebenaran, lesen,

pengecualian, kelulusan atau pemberikuasaan yang perlu yang mungkin dikehendaki di

bawah sebarang undang-undang, peraturan atau arahan yang terpakai berkaitan dengan

penyempurnaan, pelaksanaan, kesahan atau kebolehkuatkuasaan terma-terma yang

dibayangkan oleh Surat Tawaran, Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini, dan jika

berkenaan dan dokumen cagaran dan pelaksanaan setiap perniagaan Peminjam atau mana-

mana pihak cagaran; dan

(n) semua tindakan, syarat dan perkara yang perlu diambil, dipenuhi dan dilakukan (termasuk

memperolehi semua Kebenaran untuk Penyerahan Hak yang dikehendaki daripada pihak

berkaitan, jika berkenaan) telah dipenuhi dan dilakukan untuk membolehkan Peminjam:

(i) memasuki, melaksanakan hak, menjalankan dan mematuhi obligasi di dalam Surat

Tawaran dan Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini dengan sah;

(ii) memastikan bahawa obligasi dan penyerahan hak, sandaran, cagaran adalah sah,

mengikat dan boleh dikuat kuasa; dan

(iii) menjadikan Surat Tawaran dan Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini boleh

diterima sebagai keterangan dalam Mahkamah Undang-undang di Malaysia; dan

(o) Terdapat tiada pelanggaran mana-mana peruntukan yang terkandung dalam Akta

Perkhidmatan Kewangan 2013 atau mana-mana undang-undang atau keperluan peraturan

atau arahan atau garis panduan yang dikeluarkan atau yang dari semasa ke semasa boleh

dikeluarkan atau dipinda oleh Bank Negara Malaysia berkaitan dengan pemberian

Kemudahan secara amnya atau kepada orang-orang yang berkaitan dengan pihak Bank

('Undang-Undang atau Garis Panduan').

Setiap representasi dan jaminan yang dinyatakan di atas akan kekal berkuat kuasa selepas Surat

Tawaran dan Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini ditandatangani dan diserahkan dan

Peminjam akan dianggap membuat reprentasi dan jaminan kepada Bank bahawa representasi dan

jaminan di atas adalah benar dan tepat dalam semua segi dan diulang setiap hari.

8. KOS, PERBELANJAAN DAN FI

Meskipun Kemudahan mungkin dibatalkan atau dibantutkan atas apa-apa sebab pun jua:

(a) Semua kos dan perbelanjaan pun jua termasuk kos pembantutan, pencetakan, perbelanjaan

tunai langsung dan semua kos lain berkaitan dengan Kemudahan yang ditanggung oleh

Bank berhubung dengan rundingan, persediaan atau pennyiapan Kemudahan atau langkah

mendapatkannya kembali atau penebusan akaun Kemudahan Peminjam atau berkaitan

dengan apa-apa akaun atau aset Peminjam perlu dibayar oleh Peminjam selepas Bank

Page 11: Terma-terma dan Syarat-syarat Utama Bagi Kemudahan ......faedah dan/atau keuntungan dan semua caj lain sehingga tarikh pembayaran. (b) Bank mempunyai budi bicara mutlak untuk membaharui

memberikan notis terdahulu kepada Peminjam selama tujuh (7) hari kalendar, atas dasar

tanggung rugi penuh.

(b) Jika berkenaan, dokumen cagaran berkenaan dengan Kemudahan akan disediakan oleh

peguamcara dalam panel Bank dan Peminjam bersetuju untuk membayar kepada

peguamcara tersebut semua fi undang-undang dan kos sampingan berkaitan dengan

langkah menyediakan, selepas Bank memberikan notis terdahulu kepada Peminjam selama

tujuh (7) hari kalendar (termasuk lain-lain duti dan cukai yang sama dan mana-mana denda

atasnya dan 'upstamping') dan mendaftarkan apa-apa dokumen cagaran yang diperlukan

oleh Bank di bawah ini walaupun dokumen tersebut tidak disempurnakan oleh Peminjam.

(c) Jika sebarang wang yang perlu dibayar di bawah Kemudahan perlu didapatkan kembali

melalui proses undang-undang atau sebarang proses lain, atau diserahkan kepada

peguamcara untuk pungutan, Peminjam bertanggungjawab untuk membayar fi kepada

peguamcara Bank (atas dasar peguamcara-anakguam) dan sebarang pembayaran dan

perbelanjaan yang ditanggung berkaitan dengan pungutan tersebut. Peminjam

bertanggungjawab membayar semua duti setem, fi penilaian, caj jurulelong, bayaran

pungutan hutang dan fi profesional lain yang mungkin ditanggung oleh Bank berhubung

dengan langkah mendapatkan kembali wang tersebut dan/atau penguatkuasaannya dan/atau

dalam menjalankan mana-mana haknya dan remedi di bawah Surat Tawaran ini, Terma-

terma dan Syarat-syarat Utama ini dan/atau dokumen-dokumen cagaran berhubung dengan

Kemudahan ini. Peminjam juga hendaklah menanggung rugi Bank terhadap sebarang

liabiliti berkaitan dengan atau disebabkan sebarang kelewatan untuk membayar atau

kegagalan untuk membayar sebarang duti atau cukai, melainkan jika ianya timbul dari dan

disebabkan secara langsung oleh kecuaian Bank atau kelalaian yang sengaja.

(d) Bank berhak mendebit akaun Kemudahan Peminjam pada bila-bila masa untuk komisyen,

caj, fi, duti setem, duti, penalti dan semua wang berbangkit daripada Kemudahan termasuk

kos yang disebut dalam Fasal 8(c) di atas. Jumlah yang didebit tersebut akan dikenakan

faedah pada kadar semasa atau Kadar Faedah Semasa, dan boleh tertakluk kepada sebarang

faedah tambahan pada Kadar Had Lebihan dan boleh dimodalkan di bawah peruntukan di

dalam ini pada akhir setiap bulan kalendar.

(e) Tanpa prejudis terhadap mana-mana peruntukan di bawah ini, Peminjam adalah

bertanggungjawab ke atas apa-apa cukai yang dikenakan yang berhubungan dengan atau

berikutan daripada perjanjian ini atau kemudahan atau apa-apa perkhidmatan yang

berhubungan dengannya. Peminjam hendaklah menanggung rugi Bank dan dengan tak

boleh batal memberi kuasa kepada Bank untuk mendebit akaun Kemudahan Peminjam bagi

sebarang jumlah yang diperlukan untuk membayar apa-apa cukai yang dikenakan.

9. BUDI BICARA BANK TERHADAP PENGGUNAAN/PEMINDAHAN WANG

Jika sebarang jumlah yang diterima atau didapatkan kembali berkaitan dengan liabiliti Peminjam

adalah kurang daripada jumlah yang terhutang kepada Bank, Bank tertakluk pada mana-mana

garis panduan yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia dari semasa ke semasa boleh

menggunakan jumlah tersebut untuk membayar faedah, fi, jumlah prinsipal atau sebarang jumlah

lain yang kena dibayar menurut sebarang kadar dan turutan dan secara amnya mengikut sebarang

cara yang difikirkan wajar oleh Bank atau boleh mengkredit atau memindahkan sebarang jumlah

wang yang diterima atau digantikan dalam kredit akaun bank Peminjam tidak kira jenisnya dan di

mana jua lokasinya untuk menjelaskan jumlah yang kena dibayar kepada Bank kepada akaun

gantungan tanpa faedah buat sebarang tempoh yang difikirkan wajar oleh Bank tanpa sebarang

Page 12: Terma-terma dan Syarat-syarat Utama Bagi Kemudahan ......faedah dan/atau keuntungan dan semua caj lain sehingga tarikh pembayaran. (b) Bank mempunyai budi bicara mutlak untuk membaharui

obligasi sementara itu untuk menggunakannya atau mana-mana bahagian daripadanya untuk atau

bagi tujuan menjelaskan sebarang wang atau liabiliti yang kena dibayar atau yang ditanggung

oleh Peminjam kepada Bank.

10. PENDEDAHAN

Tertakluk kepada peruntukan di bawah yang (i) melarang pendedahan maklumat kepada Syarikat-

syarikat Kumpulan jika dibantah oleh Peminjam; dan (ii) menghendaki kebenaran nyata daripada

Peminjam bagi pendedahan maklumat kepada pihak ketiga untuk tujuan yang dinyatakan,

Peminjam dengan ini bersetuju dan memberi kuasa kepada Bank untuk mendedahkan sebarang

maklumat berhubung dengan Peminjam dan/atau urusan atau akaun Peminjam dan/atau

perhubungan akaun atau perhubungan urusan Peminjam dengan Bank termasuk tetapi tidak

terhad kepada butir-butir Kemudahan, sebarang cagaran yang diberikan, transaksi yang

dilaksanakan dan/atau baki dan/atau kedudukan dengan Bank:

(a) kepada ejen Bank, penyedia perkhidmatan, juruaudit, peguam, penasihat profesional

Bank yang lain dan kepada mana-mana orang di dalam atau di luar Malaysia yang

menyediakan cagaran atau jaminan dan/atau adalah pihak pada mana-mana perjanjian

yang mungkin merupakan atau membentuk asas untuk cagaran atau jaminan tersebut;

(b) kepada Biro Kredit Pusat, Biro Maklumat Cek atau pihak berkuasa relevan lain kepada

mana Bank dikehendaki membuat pendedahan sedemikian dan/atau kepada mana-mana

pihak berkuasa yang mempunyai bidang kuasa terhadap Bank;

(c) kepada mana-mana institusi kewangan yang berurusan atau bakal berurusan dengan

Peminjam;

(d) kepada mana-mana syarikat insurans yang dianggap wajar oleh Bank berhubung dengan

sebarang polisi insurans yang ingin diambil oleh Bank selaras dengan terma-terma

Perjanjian ini;

(e) kepada syarikat yang kini atau di masa hadapan mungkin menjadi syarikat di dalam

kumpulan Bank serta syarikat di dalam kumpulan CIMB Group Holdings Berhad,

syarikat induk muktamad Bank ("Syarikat-syarikat Kumpulan") sama ada Syarikat-

syarikat Kumpulan tersebut bermastautin, menjalankan perniagaan, diperbadankan atau

ditubuhkan di dalam atau di luar Malaysia;

Untuk memudahkan perniagaan, operasi, kemudahan dan perkhidmatan oleh atau yang diberikan

atau disediakan oleh Bank dan/atau Syarikat-syarikat Kumpulan kepada pelanggan mereka atau

seperti yang dikehendaki oleh undang-undang atau selaras dengan sebarang sepina atau perintah

mahkamah.

Pendedahan kepada Syarikat-syarikat Kumpulan hendaklah bagi tujuan memudahkan operasi,

perniagaan, penjualan silang dan tujuan lain di pihak Bank dan/ atau Syarikat-syarikat Kumpulan

dengan syarat sentiasa bahawa pendedahan bagi tujuan penjualan silang tidak akan

dilaksanakan jika pendedahan tersebut dibantah oleh Peminjam dengan menghubungi Bank

di nombor telefon atau alamat berikut (yang boleh diubah oleh Bank dari semasa ke semasa

melalui notis kepada Peminjam): CIMB Bank Berhad, Unit Resolusi Pelanggan (CRU), Peti

Surat 10338 Pejabat Pos Besar Kuala Lumpur 50710 Wilayah Persekutuan. Nombor Telefon:

+603 6304 7788.

Page 13: Terma-terma dan Syarat-syarat Utama Bagi Kemudahan ......faedah dan/atau keuntungan dan semua caj lain sehingga tarikh pembayaran. (b) Bank mempunyai budi bicara mutlak untuk membaharui

Selanjutnya, jika Bank bercadang untuk berkongsi maklumat Peminjam (tidak termasuk

maklumat berkaitan dengan urusan atau akaun Peminjam) dengan pihak ketiga untuk tujuan

perikatan strategik, pemasaran dan promosi, Bank hendaklah memastikan bahawa kebenaran

daripada Peminjam telah diperolehi.

Peminjam dengan ini secara nyata membenarkan pendedahan tersebut dan dengan ini

mengesahkan bahawa Bank, pegawai dan ejennya tidak akan menanggung sebarang liabiliti pun

jua kerana memberikan maklumat tersebut sama ada disebabkan sebarang salah nyata, kesilapan,

ketinggalan, kelewatan atau apa-apa perkara berhubung dengannya pun jua dan sama ada

sebelum pada atau selepas tarikh Surat Tawaran melainkan jika ianya timbul dari dan disebabkan

secara langsung oleh kecuaian Bank atau kelalaian yang sengaja.

11. FASAL PRIVASI

(a) Peminjam mengesahkan bahawa Peminjam telah membaca, memahami dan bersetuju

untuk terikat dengan Notis Privasi Kumpulan CIMB (yang boleh didapati di

www.cimbbank.com.my atau www.cimbislamic.com) dan fasal-fasal di dalam ini, yang

berkaitan dengan pemprosesan maklumat peribadi Peminjam. Bagi mengelakkan

keraguan, Peminjam bersetuju bahawa Notis Privasi tersebut hendaklah disifatkan

sebagai terkandung di dalam Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini secara rujukan.

(b) Sekiranya Peminjam memberikan maklumat peribadi dan kewangan yang berkaitan

dengan pihak ketiga, termasuk maklumat yang berkaitan dengan waris seterusnya dan

tanggungan (di mana Peminjam seorang individu ) atau maklumat yang berhubungan

dengan pengarah, pemegang saham, pegawai, penjamin individu dan pemberi jaminan

Peminjam (di mana Peminjam sebuah perbadanan), untuk tujuan membuka atau

mengendalikan akaun / kemudahan Peminjam dengan Bank atau sebaliknya melanggan

produk dan perkhidmatan Bank, Peminjam (a) mengesahkan bahawa Peminjam telah

mendapatkan persetujuan mereka atau sebaliknya berhak untuk memberikan maklumat

ini kepada Bank dan untuk Bank menggunakannya mengikut Terma-terma dan Syarat-

syarat Utama ini; (b) bersetuju untuk memastikan bahawa maklumat peribadi dan

kewangan pihak ketiga tersebut adalah tepat; (c) bersetuju untuk memberi kemas kini

kepada Bank secara bertulis sekiranya ada apa-apa perubahan yang material kepada

maklumat peribadi dan kewangan tersebut; dan (d) bersetuju akan hak Bank untuk

menamatkan perjanjian dan Kemudahan ini, sekiranya persetujuan dari mana mana pihak

ketiga tersebut ditarik balik.

(c) Di mana Peminjam mengarahkan Bank untuk melaksanakan sebarang bentuk transaksi

rentas sempadan (termasuk untuk membuat atau menerima pembayaran), butiran yang

berkenaan dengan transaksi merentas sempadan tersebut (termasuk maklumat yang

berkaitan dengan sesiapa yang terlibat di dalam urusniaga tersebut) boleh diterima dari

atau dihantar ke luar negara, di mana ia mungkin boleh diakses(sama ada secara langsung

atau tidak langsung) oleh pengawal selia dan pihak berkuasa luar negara berkaitan

dengan kewajipannya yang sah (contohnya, pencegahan jenayah). Dalam mengarahkan

Bank dan/atau ejen-ejen Bank untuk memasuki apa-apa transaksi rentas sempadan bagi

pihak Peminjam, Peminjam bersetuju akan pendedahan tersebut di atas bagi pihak diri

sendiri dan orang lain yang terlibat dalam urus niaga rentas sempadan tersebut.

(d) Bank mungkin pada sebarang masa dan dari semasa ke semasa sekarang dan/atau di masa

hadapan melakukan pemeriksaan rujukan yang perlu termasuk tetapi tidak terhad kepada

laporan kredit/rujukan pemeriksaan dengan agensi pelaporan / agensi rujukan termasuk

Page 14: Terma-terma dan Syarat-syarat Utama Bagi Kemudahan ......faedah dan/atau keuntungan dan semua caj lain sehingga tarikh pembayaran. (b) Bank mempunyai budi bicara mutlak untuk membaharui

tetapi tidak terhad kepada CCRIS, Perkhidmatan Maklumat Kewangan (FIS) dan/atau

sebarang agensi-agensi lain dan/atau dari sebarang institusi kewangan bagi membolehkan

Bank untuk menentukan status Peminjam sebagaimana yang dikehendaki untuk

membantu membuat keputusan, contohnya apabila Bank perlu (a) memeriksa butiran

mengenai permohonan kredit, berkaitan dengan kredit atau permohonan kemudahan lain;

(b) menguruskan akaun atau kemudahan kredit atau berkaitan dengan kredit, termasuk

menjalankan semakan portfolio-portfolio Peminjam; mendapatkan semula hutang

dan/atau sebarang tujuan berkait dengan atau berhubung dengan Kemudahan ini.

Peminjam akan dihubungkan oleh agensi pelaporan/rujukan kredit kepada mana-mana

nama lain yang Peminjam gunakan atau telah gunakan, dan mana-mana pemohon

bersama dan berasingan. Bank juga boleh berkongsi maklumat tentang Peminjam dan

bagaimana Peminjam menguruskan akaun/kemudahan Peminjam dengan agensi-agensi

laporan/rujukan kredit yang berkenaan.

(e) Selepas Peminjam memberi maklumat Peminjam kepada Bank, Peminjam masih

mempunyai pilihan untuk menarik balik kebenaran yang diberikan sebelum ini. Dalam

keadaan itu, Bank mempunyai hak untuk tidak memberi atau memberhentikan

penyediaan mana-mana produk, perkhidmatan, akaun dan/atau kemudahan yang

berhubung dengan maklumat tersebut.

(f) Bank menyimpan hak untuk meminda fasal ini dari masa ke semasa mengikut budi bicara

mutlak Bank dan akan memberi notis terdahulu dua puluh satu (21) hari kalendar secara

bertulis kepada Peminjam dan meletakkan pindaan tersebut di dalam laman web dan/atau

meletak notis-notis di dewan perbankan atau di ruang utama di dalam cawangan-

cawangan Bank.

(g) Untuk tujuan fasal ini, Kumpulan CIMB terdiri daripada CIMB Group Holdings Berhad

dan semua syarikat-syarikat yang berkaitan dengannya sebagaimana yang ditakrifkan di

dalam Seksyen 6, Akta Syarikat 1965 dan syarikat-syarikat dikawal bersama yang

menyediakan perkhidmatan kewangan dan perkhidmatan lain yang dikawal selia, yang

tidak termasuk syarikat, cawangan, pejabat dan bentuk kehadiran lain yang beroperasi di

luar Malaysia, dan penggunaan perkataan "Bank" hendaklah dibaca sebagai merujuk

kepada Kumpulan CIMB.

(h) Peminjam selanjutnya bersetuju bahawa Bank tidak akan pada mana-mana peristiwa

untuk bertanggungjawab keatas mana-mana tuntutan, kerugian, kerosakan (kewangan

atau sebaliknya), kecederaan, rasa malu atau liabiliti walau secara mana pun ia terjadi,

sama ada di dalam perjanjian, tort, kecuaian, liabiliti keras atau sebarang asas (termasuk

secara langsung atau bukan secara langsung, istimewa, bersampingan, berbangkit atau

ganti rugi punitiva atau kerugian atas keuntungan atau simpanan), daripada sebarang

ketidaktepatan atau kerugian, penghapusan atau pengubahsuaian maklumat atau sebarang

alasan-alasan lain apa jua yang berkaitan kepada mana-mana informasi yang

dikemukakan oleh Bank kepada laporan kredit/agensi rujukan tersebut dan/atau pihak

lain yang tersebut, sebagaimana kes itu mungkin akan, atau berhubung dengan mana-

mana akses atau guna, atau ketidakupayaan untuk akses atau guna oleh laporan

kredit/agensi rujukan tersebut dan/atau pihak lain yang tersebut atau sekutu pada

informasi yang terkandung di dalamnya, sama ada disebabkan oleh sebarang teknikal,

perkakasan, atau kegagalan perisian yang sebagainya, gangguan, kesilapan, peninggalan,

penundaan, virus atau bagaimana jua pun selainnya, melainkan punca yang sama adalah

disebabkan oleh kecuaian melampau secara langsung oleh Bank atau kesilapan yang

sengaja.

Page 15: Terma-terma dan Syarat-syarat Utama Bagi Kemudahan ......faedah dan/atau keuntungan dan semua caj lain sehingga tarikh pembayaran. (b) Bank mempunyai budi bicara mutlak untuk membaharui

(i) Fasal ini adalah tanpa prejudis kepada fasal-fasal lain di dalam Perjanjian ini yang

berkaitan dengan pendedahan maklumat

12. PENYATA OLEH BANK

Penyata atau notis oleh pengurus atau mana-mana pegawai atau ejen Bank yang diberi kuasa pada

masa itu atau notis daripada Bank yang dihasilkan oleh komputer yang tidak memerlukan

tandatangan, yang diberikan setiap bulan, berkaitan dengan jumlah baki dan liabiliti yang

ditanggung oleh atau kena dibayar kepada Bank atau tentang kadar faedah atau jumlah faedah

yang perlu dibayar akan tersimpan sebagai kesilapan yang nyata, menjadi bukti konklusif untuk

segala tujuan (termasuk tetapi tidak terhad kepada prosiding undang-undang). Di samping itu,

jika Peminjam gagal melaporkan kepada Bank tentang apa-apa kesilapan di dalamnya dalam

empat belas (14) hari kalendar dari tarikh penyata dan notis Bank, penyata atau notis tersebut

akan menjadi bukti konklusif tentang liabiliti Peminjam kepada Bank dalam jumlah yang

dinyatakan di dalamnya.

13. PERISTIWA KEINGKARAN

Meskipun obligasi keseluruhan Peminjam untuk membayar balik semua jumlah yang belum

dijelaskan apabila dituntut oleh Bank, Kemudahan atau mana-mana bahagian daripadanya yang

pada masa itu belum dijelaskan dan tidak dibayar bersama-sama dengan faedah ke atasnya dan

semua wang lain yang dijamin oleh apa-apa cagaran hendaklah, melalui notis bertulis oleh Bank

kepada Peminjam, menjadi kena dan perlu dibayar dan cagaran memihak kepada Bank selepas

tujuh (7) hari kalendar dari notis bertulis Bank tersebut akan menjadi dengan serta-merta boleh

dikuat kuasa dan boleh dilaksanakan oleh Bank, dan Kemudahan akan dibatalkan dan

pengeluaran lanjut atau ketersediaan Kemudahan tidak akan dibenarkan, apabila berlaku satu atau

lebih daripada satu peristiwa berikut (tidak kira sama ada peristiwa tersebut berlanjutan):

(a) Jika Peminjam, mana-mana pihak cagaran gagal membayar kepada Bank (i) sebarang

wang terhadap Kemudahan, apabila dituntut atau (ii) sebarang wang yang terlebih

keluar/wang berlebihan, dalam masa yang ditetapkan, atau (iii) sebarang wang yang perlu

dibayar yang disebut di dalam Surat Tawaran atau di bawah sebarang perjanjian atau

pengaturan dengan Bank, pada tarikh kena dibayar.

(b) Jika Peminjam, mana-mana pihak cagaran melanggar atau mengancam untuk

memungkiri sebarang waad, akujanji, terma, syarat atau peruntukan dalam Surat Tawaran

atau Terma-Terma dan Syarat-Syarat Utama ini atau dalam dokumen yang diserahkan

selaras dengan Kemudahan atau dokumen cagaran dan gagal meremedi kemungkiran

tersebut dalam tempoh tujuh (7) hari kalendar selepas notis daripada Bank atau sebarang

tempoh lain yang ditetapkan oleh Bank.

(c) Jika Peminjam, mana-mana pihak cagaran atau mana-mana syarikat di mana Peminjam

dianggap oleh Bank sebagai mempunyai kepentingan mengawal (sama ada melalui

pemegangan saham, atau sama ada syarikat tersebut lazimnya atau mempunyai obligasi

untuk bertindak mengikut arahan, kepentingan atau hajat Peminjam) gagal membayar

pada tarikh kena dibayar sebarang wang yang perlu dibayar oleh Peminjam di bawah

Kemudahan ini.

(d) Jika suatu distres atau pelaksanaan dikenakan ke atas atau dikeluarkan terhadap sebarang

harta atau aset Peminjam atau pihak cagaran dan tidak dibayar atau dilepaskan dalam

Page 16: Terma-terma dan Syarat-syarat Utama Bagi Kemudahan ......faedah dan/atau keuntungan dan semua caj lain sehingga tarikh pembayaran. (b) Bank mempunyai budi bicara mutlak untuk membaharui

tempoh lima (5) hari kalendar daripada tarikh permulaan distres atau pelaksanaan

tersebut.

(e) Jika prosiding undang-undang guaman atau tindakan tidak kira jenisnya (sivil atau

jenayah) diambil terhadap Peminjam atau mana-mana pihak cagaran.

(f) Jika Peminjam atau mana-mana pihak cagaran dihukum bankrap atau melakukan

tindakan kebankrapan (atau peristiwa serupa) atau jika Peminjam, mana-mana pihak

cagaran menjadi tidak waras atau meninggal dunia.

(g) Jika Peminjam, mana-mana pihak cagaran memasuki persetujuan, moratorium atau

pengaturan atau membuat penyerahan hak secara umum untuk manfaat

Peminjam/pemiutangnya.

(h) Jika berlaku sebarang persitiwa atau berbangkit hal keadaan termasuk perubahan pada

keadaan kewangan Peminjam atau keadaan kewangan mana-mana pihak cagaran yang

menurut pendapat Bank akan memudaratkan keupayaan Peminjam atau pihak cagaran

untuk melaksanakan obligasi Peminjam atau pihak cagaran yang terkandung di dalam ini

atau di bawah sebarang dokumen cagaran.

(i) Jika notis atau cadangan untuk pengambilan paksa mana-mana aset Peminjam atau, jika

berkenaan, aset mana-mana pihak cagaran atau mana-mana bahagian daripadanya

dikeluarkan atau dibuat di bawah atau menurut Akta Parlimen atau undang-undang.

(j) Jika Bank berpendapat bahawa cagaran memihak kepadanya selaras dengan dokumen

cagaran terancam dan/atau tidak boleh dikuatkuasa atau dilaksana oleh pihak Bank.

(k) Jika Peminjam disenaraikan sebagai pesalah cek 'tendang' oleh DCHEQS yang

ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia.

(l) Jika Peminjam dan/atau mana-mana pihak cagaran gagal untuk mengendalikan akaun

Peminjam/mereka di sini dengan Bank dalam cara yang memuaskan.

(m) Dalam situasi di mana Peminjam atau pihak cagaran adalah tuan punya tunggal atau

perkongsian, berlaku sebarang peristiwa yang membawa kesan buruk yang material

terhadap pemilikan tunggal/perniagaan tersebut.

(n) Jika Peminjam atau pihak cagaran (sebagai tuan punya tunggal, perkongsian) berhenti

atau mengancam untuk berhenti menjalankan keseluruhan atau sebahagian besar daripada

perniagaan Peminjam/perniagaannya.

(o) Jika mana-mana bahagian perniagaan Peminjam atau perniagaan mana-mana pihak

cagaran (sebagai peniaga tunggal/perkongsian) terancam.

(p) Jika sebarang pengisytiharaan, representasi atau jaminan yang dibuat atau dibayangkan

secara tersirat kepada Bank adalah tidak benar atau mengelirukan pada tarikh representasi

atau jaminan tersebut dibuat.

(q) Jika pelaksanaan obligasi Bank atau Peminjam di bawah ini menjadi mustahil atau

menyalahi undang-undang.

Page 17: Terma-terma dan Syarat-syarat Utama Bagi Kemudahan ......faedah dan/atau keuntungan dan semua caj lain sehingga tarikh pembayaran. (b) Bank mempunyai budi bicara mutlak untuk membaharui

(r) Jika berlaku sebarang peristiwa lain yang, menurut pendapat tunggal Bank, boleh atau

mungkin menjejaskan atau memudaratkan keupayaan atau kesanggupan Peminjam (atau

keupayaan atau kesanggupan mana-mana pihak cagaran) untuk mematuhi semua atau

mana-mana obligasi Peminjam di bawah Surat Tawaran atau Terma-Terma atau Syarat-

Syarat Utama ini atau obligasi pihak cagaran di bawah dokumen cagaran.

(s) Jika Peminjam atau dan/atau mana-mana Peminjam bersama (iaitu apabila Peminjam

terdiri daripada lebih daripada seorang) dan/atau mana-mana pihak cagaran telah

meninggal dunia atau menjadi tidak waras.

(t) Sekiranya terdapat pelanggaran atau menyalahi mana-mana undang-undang atau garis

panduan oleh Peminjam.

Bagi tujuan fasal ini, dalam keadaan di mana Peminjam adalah dalam perkongsian, rujukan

terhadap "Peminjam" hendaklah termasuk rujukan kepada mana-mana rakan kongsi Peminjam,

tidak kira sama ada orang tersebut telah menyediakan sebarang cagaran kepada Bank.

14. TOLAKAN/CAGARAN BAGI KETERHUTANGAN MASA KINI DAN MASA

HADAPAN

Keterhutangan anda kepada Bank di dalam ini yang termasuk keterhutangan masa kini dan masa

hadapan yang mungkin ditanggung oleh anda pada bila-bila masa atau dari semasa ke semasa

sama ada sebagai peminjam dan atau penjamin dan atau pihak cagaran hendaklah dijamin oleh

cagaran yang diwujudkan di dalam ini atau dari semasa ke semasa oleh anda memihak kepada

Bank. Tanpa menjejaskan perkara yang disebut sebelum ini, dengan ini selanjutnya

diperuntukkan bahawa Bank berhak menahan, menggabungkan atau menyatukan semua atau

mana-mana akaun sedia ada Peminjam dan pihak cagaran (sama ada akaun semasa, deposit,

pinjaman atau sebarang sifat lain pun jua dan sama ada dalam Ringgit Malaysia atau sebarang

mata wang lain) di mana jua letaknya (Akaun-akaun tersebut) dan menolak atau memindahkan

sebarang baki yang ada atau sebarang jumlah kredit dalam mana-mana satu atau lebih daripada

satu akaun tersebut untuk atau bagi tujuan menjelaskan sebarang keterhutangan Peminjam dan

pihak cagaran setelah Bank memberikan notis terdahulu selama tujuh (7) hari kalendar kepada

Peminjam dan pihak cagaran. Sementara menunggu Bank melaksanakan tolakan tersebut, Bank

berhak menahan dan atau menggantung pembayaran apa-apa wang daripada baki kredit dalam

Akaun.

15. PEMATUHAN UNDANG-UNDANG/KEPERLUAN KAWAL SELIA / AKTA

PERKHIDMATAN KEWANGAN 2013

(a) Tawaran dan ketersediaan Kemudahan di dalam Surat Tawaran ini adalah tertakluk

kepada tiada perlanggaran dilakukan terhadap sebarang undang-undang berkaitan

dengannya.

(b) Tanpa menjejaskan sifat am perkara yang disebut sebelum ini, tawaran dan ketersediaan

Kemudahan di dalam Surat Tawaran ini adalah tertakluk kepada representasi dan akujanji

oleh Peminjam bahawa pembiayaan oleh Bank di dalam ini dan persetujuannya untuk

memberi atau membuat atau menyediakan Kemudahan secara berterusan kepada

Peminjam tidak akan melanggar atau memungkiri sebarang undang-undang sedia ada

atau keperluan kawal selia atau terma-terma dan syarat-syarat atau peruntukan ditetapkan

oleh atau dinyatakan dalam arahan atau garis panduan yang dikeluarkan atau dari semasa

ke semasa akan dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia ("BNM") dan/atau mana-mana

Page 18: Terma-terma dan Syarat-syarat Utama Bagi Kemudahan ......faedah dan/atau keuntungan dan semua caj lain sehingga tarikh pembayaran. (b) Bank mempunyai budi bicara mutlak untuk membaharui

orang atau badan yang mempunyai bidang kuasa atau bidang kuasa ke atas Bank

("Undang-Undang dan Peraturan Yang Terpakai"). Undang-Undang dan Peraturan

Yang Terpakai yang mengawal Kemudahan ini termasuk tetapi tidak terhad kepada (i)

semua peruntukan yang berkuat kuasa di dalam Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan

semua garis panduan dan arahan oleh BNM yang dikeluarkan terhadapnya dan semua

garis panduan BNM tentang atau yang terpakai bagi pemberian kemudahan kepada

orang-orang yang mempunyai kaitan dengan Bank, dan (ii) sebarang had atau sekatan

peminjaman yang boleh dikenakan ke atas Bank dari semasa ke semasa oleh BNM atau

mana-mana pihak berkuasa kerajaan yang lain.

(c) Peminjam hendaklah dengan serta-merta memaklumkan Bank secara bertulis jika mana-

mana Undang-undang dan Peraturan Yang Terpakai atau mana-mana terma dan syarat di

dalam Surat Tawaran ini tidak dipenuhi atau didapati tidak dipenuhi.

(d) Dengan memberikan deklarasi tentang apa-apa perkara yang disebut sebelum ini atau

mana-mana terma dan syarat di dalam Surat Tawaran ini seperti yang dikehendaki oleh

dan mengikut terma-terma yang ditetapkan oleh Bank, Peminjam akan dianggap sebagai

membuat representasi dan menjamin kepada Bank bahawa kandungan di dalamnya

adalah benar dan tepat dalam semua segi selagi Kemudahan masih tersedia atau sebarang

jumlah masih perlu dibayar.

16. GARIS PANDUAN SISTEM MAKLUMAT CEK TENDANG (DCHEQS)

Operasi akaun semasa anda antara lainnya turut tertakluk kepada peruntukan yang ditetapkan oleh

Bank Negara Malaysia (BNM) di bawah Garis Panduan BNM mengenai DCHEQS, di mana

Bank merizab hak untuk menutup akaun Peminjam apabila berlaku tiga (3) kejadian cek tendang

dalam tempoh dua belas (12) bulan dari tarikh kejadian pertama dan selepas itu satu laporan akan

dihantar kepada Biro Kredit BNM mengenai penutupan akaun tersebut.

17. PEMINDAHAN/ JUALAN/ PENYERAHAN HAK

Bank berhak pada bila-bila masa untuk memindahkan, menjual, atau menyerahhakkan semua atau

mana-mana bahagian hak, hakmilik, kepentingan, manfaat dan obligasinya di bawah Surat

Tawaran, Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini dan/atau mana-mana dokumen cagaran

kepada mana-mana pihak lain dengan memberikan notis terdahulu selama empat belas (14) hari

kalendar kepada Peminjam. Peminjam tidak boleh memindahkan atau menyerahhakkan sebarang

hak, manfaat dan obligasi Peminjam di bawah Surat Tawaran, Terma-terma dan Syarat-syarat

Utama ini dan /atau sebarang dokumen cagaran tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada

Bank dan setiap penyerahan hak yang dikatakan tanpa kebenaran sedemikian adalah batal dan

tidak sah.

18. UNDANG-UNDANG YANG MENGAWAL

Surat Tawaran dan Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini akan ditafsirkan mengikut dan

tertakluk kepada undang-undang Malaysia dan Peminjam dengan ini berserah kepada bidang

kuasa Mahkamah Malaysia. Penyampaian sebarang writ atau saman atau sebarang proses undang-

undang terhadap sebarang tindakan atau prosiding boleh dilaksanakan oleh Peminjam dengan

menghantar sesalinan writ atau saman atau pernyataan tuntutan atau proses undang-undang lain

melaui pos pra-bayar (atau sebarang kaedah lain yang dibenarkan oleh undang-undang) ke alamat

Peminjam yang dinyatakan di dalam Surat Tawaran atau alamat terakhir Peminjam yang

diketahui. Sekiranya diserahkan melalui pos, writ atau saman atau pernyataan tuntutan atau

Page 19: Terma-terma dan Syarat-syarat Utama Bagi Kemudahan ......faedah dan/atau keuntungan dan semua caj lain sehingga tarikh pembayaran. (b) Bank mempunyai budi bicara mutlak untuk membaharui

sebarang proses undang-undang lain tersebut akan dianggap sebagai disampaikan kepada

Peminjam tiga (3) hari kalendar selepas tarikh pengeposan meskipun notis atau tuntutan tersebut

mungkin dikembalikan melalui pejabat pos tanpa diserahkan atas apa-apa sebab pun jua.

19. CARIAN KEBANKRAPAN

Bank boleh tetapi tidak mempunyai obligasi untuk membuat carian kebankrapan ke atas

Peminjam/mana-mana pihak cagaran sebelum pelepasan Kemudahan dan pada bila-bila masa dan

dari semasa ke semasa selepas itu. Semua kos yang ditanggung berhubung dengan carian

kebankrapan hendaklah ditanggung oleh Peminjam.

20. TERMA-TERMA YANG DIKENAKAN OLEH BANK NEGARA MALAYSIA

Kemudahan hendaklah dikawal pada setiap masa oleh peraturan dan/atau arahan (sama ada

mempunyai kuasa undang-undang atau tidak) yang dikehendaki atau dikenakan ke atas Bank dari

semasa ke semasa dan pada bila-bila masa oleh Bank Negara Malaysia atau mana-mana pihak

berkuasa yang mempunyai bidang kuasa terhadap Bank.

21. NOTIS

(a) Sebarang tuntutan, permintaan, notis atau komunikasi lain (secara kolektif dirujuk sebagai

"Notis") oleh atau bagi pihak Bank atau Peminjam hendaklah dibuat secara bertulis.

(b) Notis boleh diberikan atau dibuat melalui pos, telegram, faks, penyerahan kediri atau

kaedah lain yang dibenarkan oleh Bank. Notis hendaklah dikeluarkan oleh atau bagi Bank

(termasuk notis/penyata yang dihasilkan oleh komputer yang tidak perlu ditandatangani)

kepada Peminjam di alamat, nombor faks atau alamat e-mel Peminjam yang dinyatakan di

dalam Surat Tawaran atau alamat, nombor faks atau alamat e-mel yang terakhir diketahui

yang dimaklumkan oleh Peminjam secara bertulis. Peminjam hendaklah memaklumkan

Bank dengan segera tentang sebarang perubahan pada alamat dan/atau butir-butir hubungan

Peminjam. Notis akan dianggap telah dihantar kepada Peminjam;-

(i) sekiranya melalui pos, tiga (3) hari kalendar selepas tarikh pengeposan meskipun

Notis tersebut dikembalikan kerana tidak diserahkan atau tidak dituntut;

(ii) sekiranya melalui telegram, pada hari perniagaan selepas tarikh penghantaran;

(iii) sekiranya melalui faks, pada hari penghantaran;

(iv) sekiranya melalui e-mel, pada hari penghantaran dengan syarat Bank tidak menerima

mesej kegagalan penghantaran atau penghantaran tidak diterima daripada penyedia

host penerima pada hari penghantaran.

(v) sekiranya melalui penyerahan kediri, pada masa penyerahan.

(c) Notis oleh Peminjam kepada Bank hendaklah ditandatangani sewajarnya oleh Peminjam

atau jika dibenarkan oleh Bank, oleh penandatangan yang diberi kuasa oleh Peminjam dan

diserahkan kepada Bank di alamat atau nombor faks yang dimaklumkan secara bertulis

oleh Bank dari semasa ke semasa. Notis akan dianggap diterima oleh Bank apabila

sebenarnya diterima kecuali sekiranya Bank menganggapnya perlu untuk menentusahkan

identiti Peminjam atau sumber Notis tersebut, Peminjam mungkin dikehendaki

menyerahkan, seperti yang dikehendaki oleh Bank, sebarang bukti dokumen (termasuk

Notis sebenar atau Notis asal) kepada Bank dengan kos ditanggung oleh Peminjan. Jika

penentusahan dikehendaki oleh Bank, Notis akan dianggap diterima oleh Bank hanya

apabila Bank menerima bukti berdokumen tambahan yang diminta oleh Bank.

Page 20: Terma-terma dan Syarat-syarat Utama Bagi Kemudahan ......faedah dan/atau keuntungan dan semua caj lain sehingga tarikh pembayaran. (b) Bank mempunyai budi bicara mutlak untuk membaharui

(d) Peminjam bersetuju bahawa Bank boleh, menurut budi bicara tunggalnya, merakamkan dan

memantau semua komunikasi lisan dan bertulis dengan Peminjam mengikut sebarang cara

dan pada sebarang masa yang dianggap wajar oleh Bank.

22. PERTUKARAN ATAU PENGGANTIAN KEMUDAHAN

Untuk memperluaskan dan di samping hak Bank di bawah Fasal 5 dan meskipun sebarang

peruntukan lain yang terkandung di dalam Perjanjian ini atau dokumen lain, Bank berhak selepas

memberikan notis terdahulu selama empat belas (14) hari kalendar dan tanpa menjejaskan

cagaran yang diwujudkan selaras dengan Surat Tawaran, Terma-terma dan Syarat-syarat Utama

ini atau mana-mana dokumen cagaran, untuk memberikan kemudahan lanjut, mengubah,

menukar atau menggantikan mana-mana Kemudahan dengan kemudahan perbankan lain yang

akan diberikan kepada Peminjam (termasuk hak untuk mengganti atau menukar Kemudahan

menjadi Pinjaman Bertempoh) dan selepas itu Surat Tawaran, Terma-terma dan Syarat-syarat

Utama ini atau sebarang dokumen cagaran akan menjamin kemudahan lanjut atau kemudahan

yang ditukar atau digantikan tersebut. Bank mempunyai hak untuk memberikan nombor akaun

baru atau untuk memindahkan dan/atau menyatukan akaun-akaun sedia ada Peminjam dengan

Bank kepada akaun baru apabila perubahan, penukaran atau penggantian tersebut dilakukan,

tanpa menjejaskan hak Bank di bawah Surat Tawaran, Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini

atau sebarang dokumen cagaran.

23. MODIFIKASI DAN KELONGGARAN

Bank boleh pada bila-bila masa dan tanpa dalam apa cara jua menjejaskan hak, kuasa dan remedi

yang diberikan kepada Bank dibawah Surat Tawaran, Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini

dan/atau dokumen cagaran, untuk;-

(a) memberikan kepada Peminjam atau mana-mana pihak cagaran sebarang tempoh masa

atau kelonggaran atau penepian atau kebenaran atau pelepasan;

(b) berurusan dengan, menukar, melepaskan atau memodifikasi atau menahan diri daripada

menyempurnakan atau menguatkuasakan sebarang cagaran atau hak lain yang dipunyai

oleh Bank pada masa ini atau pada bila-bila masa selepas ini atau dari semasa ke semasa

daripada atau terhadap Peminjam mana-mana pihak cagaran;

(c) melepaskan atau mencapai persetujuan atau memasuki sebarang suratikatan atau

persetujuan dengan Peminjam atau mana-mana pihak cagaran;

(d) memperbaharui sebarang bil atau sekuriti boleh niaga; atau

(e) memberikan atau terus memberikan atau memperbaharui sebarang kemudahan sedia ada

atau tambahan atau baru atau kemudahan perbankan atau kredit lain atau Kemudahan

kepada anda dan/atau mengubah atau menyusun semula sebarang kemudahan sedia ada

yang telah diberikan kepada anda dengan cara (tetapi tidak terhad kepada) penggantian,

penambahan, kenaikan atau pengurangan pun jua atau sebaliknya menurut terma-terma

masing-masing.

Page 21: Terma-terma dan Syarat-syarat Utama Bagi Kemudahan ......faedah dan/atau keuntungan dan semua caj lain sehingga tarikh pembayaran. (b) Bank mempunyai budi bicara mutlak untuk membaharui

24. OBLIGASI PEMBAYARAN BEBAS

Peminjam dengan ini secara nyata bersetuju dan mengisytiharkan bahawa setiap obligasi

Peminjam untuk membuat pembayaran atau pembayaran balik di bawah mana-mana peruntukan

Surat Tawaran dan Terma-Terma dan Syarat-Syarat Utama ini, atau jika berkenaan, sebarang

dokumen cagaran terdiri daripada obligasi yang berasingan dan bebas, akan membangkitkan

kausa tindakan yang berasingan dan bebas, akan terpakai tidak kira sama ada sebarang penepian

atau kelonggaran diberikan oleh Bank terhadap sebarang obligasi lain, akan kekal berkuat kuasa

dan berkesan meskipun sebarang penghakiman, perintah, tuntutan atau bukti bagi jumlah tertentu

terhadap kewajipan lain dan boleh disandarkan dan dikuat kuasa oleh Bank secara berasingan

atau serentak, dengan atau tanpa perlu memulakan sebarang tindakan lain di bawah obligasi

tersebut atau di bawah sebarang dokumen cagaran atau tanpa perlu terlebih dahulu menghabiskan

sebarang remedi atau terlebih dahulu menolak, menjual atau melupuskan sebarang aset atau

Cagaran, harta atau perusahaan yang mungkin disediakan sebagai cagaran kepada Bank dari

semasa ke semasa.

25. PEMINJAM BERSAMA

Jika Kemudahan ditawarkan kepada dua atau lebih daripada dua peminjam, Peminjam dengan ini

bersetuju bahawa:

(a) semua perjanjian, waad, terma, penepatan dan akujanji yang dinyatakan sebagai dibuat

oleh dan bagi pihak Peminjam hendaklah dianggap dibuat oleh atau mengikat ke atas

semua peminjam secara bersama dan berasingan;

(b) semua wang yang perlu dibayar atau yang dipersetujui sebagai perlu dibayar (termasuk

liabiliti kontingen) oleh setiap peminjam bersama-sama dengan faedah dan sebarang

jumlah lain yang belum dijelaskan terhadapnya akan menjadi kena dibayar dan dengan

serta-merta perlu dibayar atas dasar liabiliti bersama dan berasingan sama ada apabila

dituntut atau apabila berlakunya peristiwa keingkaran yang melibatkan mana-mana

peminjam.

26. KENAIKAN KOS

Peminjam hendaklah selepas memberikan notis terdahulu selama dua puluh satu (21) hari

kalendar membayar dengan segera kepada Bank, sebarang jumlah yang boleh ditetapkan oleh

Bank mengikut budi bicara mutlaknya dan menanggung rugi Bank terhadap sebarang kos atau

kenaikan kos jika Bank menetapkan bahawa pengenalan atau perubahan sebarang undang-

undang, perintah, peraturan atau arahan rasmi (sama ada mempunyai kuasa undang-undang atau

tidak) daripada mana-mana pihak berkuasa relevan yang, bersama-sama dengan obligasi Bank di

bawah Surat Tawaran, Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini atau apa-apa dokumen cagaran

yang dimasuki:-

(a) menyebabkan Bank menanggung kos; atau

(b) menambah kos kepada Bank untuk membiayai atau meneruskan obligasinya di bawah

Surat Tawaran atau Terma-Terma dan Syarat-Syarat Utama ini atau sebarang dokumen

cagaran.

Page 22: Terma-terma dan Syarat-syarat Utama Bagi Kemudahan ......faedah dan/atau keuntungan dan semua caj lain sehingga tarikh pembayaran. (b) Bank mempunyai budi bicara mutlak untuk membaharui

27. MAKLUMAN

Peminjam hendaklah memberikan notis bertulis kepada Bank jika berlaku sebarang peristiwa

keingkaran di bawah Surat Tawaran, Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini atau sebarang

dokumen cagaran dalam tempoh tiga (3) hari kalendar perniagaan apabila kejadiannya diketahui

oleh Peminjam.

28. KESAN MENGIKAT

Surat Tawaran, Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini atau sebarang dokumen cagaran

hendaklah mengikat waris, wakil diri, pengganti hakmilik dan penerima serah hak Peminjam

yang dibenarkan dan pengganti hakmilik dan penerima serah hak Bank.

29. TANGGUNG RUGI

Tanpa memudaratkan terma-terma dan peruntukan yang disebut di atas dan di samping dan tanpa

menjejaskan kuasa, hak dan remedi lain yang dipunyai oleh Bank, Peminjam hendaklah

menanggung rugi Bank dan memastikan Bank tidak dipertanggungjawabkan terhadap dan atas

sebarang kerugian, kerosakan dan perbelanjaan pun jua, sama ada di sisi undang-undang atau

sebaliknya, (termasuk tetapi tidak terhad kepada semua kos undang-undang yang ditanggung oleh

Bank atas dasar peguamcara-anakguam) yang mungkin ditanggung atau dialami oleh Bank akibat

sebarang keingkaran untuk membuat pembayaran di bawah Kemudahan tersebut dan faedah ke

atasnya atau mana-mana bahagian daripadanya atau sebarang jumlah lain yang perlu dibayar di

bawahnya atau di bawah dokumen cagaran, atau disebabkan ketidakpatuhan terhadap semua atau

mana-mana terma penetapan perjanjian dan peruntukan oleh Peminjam atau oleh pihak cagaran

yang terkandung di dalam ini atau di bawah dokumen cagaran, dan kerugian, kerosakan dan

perbelanjaan tersebut hendaklah termasuk tetapi tidak terhad kepada jumlah yang diperakui oleh

Bank (perakuan tersebut hendaklah disertai dengan asas dan pengiraan jumlah tersebut dan

menjadi konklusif dan mengikat Peminjam kecuali jika berlaku kesilapan nyata). Kewajipan

untuk menanggung-rugi Bank bagi segala kerugian dan kerosakan dan perbelanjaan, apa jua pun,

di bawah fasal ini tidak akan terpakai sekiranya ia timbul daripada dan disebabkan secara

langsung oleh kecuaian Bank atau kesilapan yang sengaja.

30. MASA

Masa di mana jua disebut adalah menjadi asas.

31. AKUJANJI

Peminjam dan/atau pihak cagaran dengan tak boleh batal dan tanpa bersyarat memberi kuasa

kepada Bank untuk mengeluarkan akujanji pada sebarang masa dan mengikut sebarang cara dan

untuk sebarang jumlah dan berdasarkan sebarang kontingensi dan syarat yang difikirkan wajar

oleh Bank mengikut budi bicara tunggal dan mutlaknya memihak kepada mana-mana orang dan

juga untuk membuat pembayaran di bawah Kemudahan secara terus kepada orang tersebut selaras

dengan akujanji tersebut. Bank pada semua masa berhak membuat sebarang pembayaran dan/atau

melaksanakan sebarang obligasi yang dikenakan di bawah akujanji tersebut tanpa perlu

menjalankan penyiasatan atau membuat pertanyaan. Peminjam dan/atau pihak cagaran tidak

berhak sama ada di sisi undang-undang atau ekuiti untuk melarang atau menuntut agar Bank

menahan sebarang pembayaran atau menahan daripada melaksanakan sebarang obligasi yang

dikehendaki selaras dengan akujanji tersebut, tidak kiralah sama ada Peminjam dan/atau pihak

cagaran mungkin mempunyai apa-apa tuntutan, tuntutan balas atau hak tolakan terhadap

Page 23: Terma-terma dan Syarat-syarat Utama Bagi Kemudahan ......faedah dan/atau keuntungan dan semua caj lain sehingga tarikh pembayaran. (b) Bank mempunyai budi bicara mutlak untuk membaharui

penerima akujanji tersebut. Meskipun peruntukan di dalam ini, Bank mempunyai budi bicara

tunggal dan mutlak untuk mengubah, meminda, membatalkan, menarik balik, menggantikan,

menggantung dan/atau untuk meminta pelepasan akujanji tersebut tanpa menjejaskan atau

memudaratkan obligasi Peminjam dan/atau pihak cagaran kepada Bank.

32. PERWAKILAN

Bank boleh, menurut budi bicara mutlaknya, pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa

melalui surat kuasa wakil atau melalui sebarang kaedah lain yang tersedia, mewakilkan kepada

mana-mana orang atau badan orang yang berubah-ubah, semua atau sebarang kuasa dan budi

bicara yang diletak hak kepada Bank di bawah Surat Tawaran dan Terma-Terma dan Syarat-

Syarat Utama ini berkenaan dengan Cagaran atau mana-mana bahagian daripadanya dan sebarang

perwakilan tersebut (termasuk sub-perwakilan) boleh berdasarkan sebarang terma dan syarat yang

dianggap wajar oleh Bank dan Bank tidak akan bertanggungjawab dalam apa jua keadaan atas

sebarang kerugian atau kerosakan yang ditanggung oleh Peminjam berbangkit daripada sebarang

tindakan, keingkaran, peninggalan, salah laku atau kecuaian oleh wakil atau sub-wakil tersebut.

33. SURAT KUASA WAKIL

Peminjam sebagai jaminan dengan ini melantik Bank dan setiap wakil atau sub-wakilnya (jika

ada) yang ditetapkan oleh Bank sebagai Wakil Peminjam dalam nama Peminjam atau sebaliknya

dengan kuasa penggantian yang penuh untuk melaksanakan dan melakukan semua jaminan,

tindakan dan perkara yang seharusnya dibuat oleh Peminjam di bawah peruntukan Surat Tawaran

dan Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini untuk menyempurnakan dan menyiapkan sebarang

pemindahan atau dokumen yang diperlukan oleh Bank untuk menyempurnakan hakmiliknya atau

untuk meletak hak Cagaran kepada atau dalam nama Bank atau penamanya dan/atau untuk

mendapatkan kembali dan/atau menerima daripada mana-mana pihak yang terlibat, semua jumlah

yang kena dibayar kepada Peminjam terhadap Cagaran dan/atau untuk menguatkuasakan

sebarang hak berkenaan dengannya dan untuk memberi resit sah dan/atau untuk memulakan

sebarang prosiding dengan kos dan perbelanjaan ditanggung oleh Peminjam, sama ada melalui

tindakan, distres atau sebaliknya sebagaimana dianggap sesuai dan wajar oleh Bank mengikut

budi bicara mutlaknya dan/atau untuk menguatkuasakan sebarang hak yang disebut sebelum ini

dan Peminjam dengan ini meratifikasi dan mengesahkan semua tindakan dan perbuatan Wakil

atau Wakil-wakil yang dilaksanakan secara sah olehnya/oleh mereka di bawah Surat Kuasa Wakil

ini.

34. PIHAK CAGARAN DAN PEMINJAM ADALAH PIHAK BERLAINAN

(a) Jika pihak cagaran dan Peminjam adalah pihak yang berlainan, pihak cagaran dengan tak

bersyarat dan tanpa boleh batal secara bersama dan berasingan menjamin pembayaran

kepada Bank terhadap liabiliti Peminjam kepada Bank bagi Kemudahan sama ada dalam

Ringgit Malaysia atau mana-mana mata wang lain, yang adalah kena dibayar atau terakru

kepada Bank sama ada liabiliti tersebut adalah atau mungkin adalah bersama atau

berasingan atau utama atau sampingan atau kontingen. Jika sebarang pembayaran adalah

tertakluk kepada apa-apa cukai atau jika pihak cagaran dikehendaki membuat potongan

atau penahanan, pihak cagaran hendaklah membayar cukai tersebut, hendaklah

memastikan pembayaran, potongan atau penahanan tersebut tidak melebihi liabiliti

undang-undang minimum untuknya dan hendaklah dengan serentak membayar kepada

Bank sebarang jumlah tambahan yang diperlukan untuk membolehkan Bank menerima,

setelah semua pembayaran, potongan dan penahanan tersebut, jumlah bersih yang

Page 24: Terma-terma dan Syarat-syarat Utama Bagi Kemudahan ......faedah dan/atau keuntungan dan semua caj lain sehingga tarikh pembayaran. (b) Bank mempunyai budi bicara mutlak untuk membaharui

bersamaan dengan jumlah penuh yang perlu dibayar di bawah Surat Tawaran ini dan

Terma-Terma dan Syarat-Syarat Utama.

(b) Jika terdapat dua (2) atau lebih daripada dua orang yang dirangkum atau termasuk di

dalam ungkapan "pihak cagaran" semua persetujuan, waad, obligasi, penetapan dan

akujanji yang dinyatakan sebagai dibuat oleh dan bagi pihak cagaran hendaklah dianggap

sebagai dibuat oleh atau mengikat orang-orang tersebut secara bersama dan berasingan.

(c) Pihak cagaran bersetuju secara bersama dan berasingan dengan Peminjam untuk

membayar atau membayar balik kepada Bank duti setem (termasuk 'upstamping') dan

kos, caj dan perbelanjaan Bank untuk menguatkuasakan semua hak Bank di dalam ini

termasuk, tanpa had, kos dan perbelanjaan undang-undang atas dasar tanggung rugi

penuh.

35. HAK UNTUK MENYUMBERLUARKAN PUNGUTAN HUTANG

Jika sebarang wang yang perlu dibayar di bawah Kemudahan perlu didapatkan kembali daripada

Peminjam, Bank berhak selepas memberikan notis terdahulu selama tujuh (7) hari kalendar

kepada Peminjam untuk menyumberluarkan pungutan hutang kepada agensi luar yang dipilih

oleh Bank menurut budi bicara tunggalnya dan Peminjam bertanggungjawab bagi fi pungutan

hutang, fi penilaian, fi jurulelong, fi profesional lain dan caj dan kos lain yang ditanggung untuk

mendapatkannya kembali dan/atau untuk menguatkuasakannya. Bank akan memaklumkan

Peminjam kesan ke atas hak-hak Peminjam dan obligasi selepas pelantikan sedemikian atau di

mana hutang itu telah dijual kepada pihak ketiga. Di bawah keadaan yang khusus di mana

Peminjam tidak boleh dihubungi, Bank adalah dianggap telah memenuhi kewajipan itu jika notis

tersebut telah dihantar ke alamat terakhir Peminjam yang diketahui sekurang-kurangnya tujuh (7)

hari kalendar terlebih dahulu. Bank akan menyediakan kepada Peminjam nama dan butiran

kenalan yang telah dilantik sebagai ejen pihak ketiga atau pihak ketiga yang mana Bank telah

salurkan untuk pungutan semula semuanya dan sebarang jumlah yang terhutang oleh Peminjam

kepada Bank.

36. KEBOLEHASINGAN

Sebarang terma, syarat, penetapan, peruntukan waad atau akujanji dalam Surat Tawaran atau

Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini yang menyalahi undang-undang, dilarang, atau tidak

boleh dikuat kuasa tidak membawa kesan setakat kepenyalahan undang-undang, keterbatalan,

larangan atau ketidakbolehkuatkuasaan sahaja tanpa membatalkan peruntukan lain.

37. PENTAFSIRAN

Kecuali konteks menghendaki sebaliknya, perkataan yang ditulis dengan huruf besar yang

digunakan di dalam ini yang tidak ditafsirkan akan membawa maksud yang sama seperti yang

ditakrifkan di dalam Surat Tawaran. Jika terdapat sebarang perkara yang tidak konsisten, konflik,

kesamaran atau percanggahan antara teks Bahasa Inggeris atau sebarang versi lain bagi terma-

terma dan syarat-syarat ini, versi Bahasa Inggeris akan mengatasi yang lain. Meskipun perkara

yang disebut sebelum ini, sekiranya anda meminta versi terma-terma dan syarat-syarat di dalam

ini dalam Bahasa Malaysia, Bank hendaklah menyediakannya kepada Peminjam dan jika

perjanjian dimasuki atas dasar ini, maka versi terma-terma dan syarat-syarat ini dalam Bahasa

Malaysia akan mengatasi yang lain.

************************************

Page 25: Terma-terma dan Syarat-syarat Utama Bagi Kemudahan ......faedah dan/atau keuntungan dan semua caj lain sehingga tarikh pembayaran. (b) Bank mempunyai budi bicara mutlak untuk membaharui

(Bahagian seterusnya dalam muka surat ini sengaja dibiarkan kosong)