terma dan syarat kelayakan kempen - uob.com. · pdf fileketika pemberian uniringgit, akaun ......

4
KAD UOBM LADY’S: KEMPEN “BEAUTY TEN” TERMA DAN SYARAT Kelayakan Kempen 1. United Overseas Bank (Malaysia) Bhd (271809-K) (“UOBM”) “Kad UOBM Lady’s : Beauty Ten Promotion”(“Kempen”) terbuka kepada semua Ahli Kad Kredit Utama dan Tambahan UOB Lady’s (“Ahli Kad”) yang mempunyai akaun terkini, sah, wujud dan dalam keadaan kredit yang baik yang ditentukan oleh UOBM mengikut budi bicara mutlaknya. 2. Kempen ini hanya dibuka kepada Kad Lady’s UOBM yang dikeluarkan di Malaysia. 3. Berikut adalah mereka yang tidak layak untuk Kempen ini :- a. Ahli Kad yang akaun(-akaun)nya telah ditamatkan, digantung atau dibatalkan dalam Tempoh Kempen; b. Semua Ahli Kad Kredit dan Debit UOBM lain yang tidak memiliki Kad UOB Lady’s; c. Sebarang akaun dengan UOBM yang didapati delinkuen, atau tidak diuruskan dengan baik seperti yang ditentukan oleh UOBM mengikut budi bicara mutlaknya; d. Individu yang tidak siuman atau yang menjadi tidak siuman, telah meninggal dunia, bankrap atau mereka yang mempunyai apa-apa bentuk prosiding undang-undang yag dikenakan terhadap mereka. TEMPOH KEMPEN 4. Tempoh Kempen adalah dari 1 Januari 2017 sehingga 31 Disember 2017 (kedua-dua tarikh termasuk) (“Tempoh Kempen”) kecuali dimaklumkan sebaliknya. MEKANISME KEMPEN 5. Di bawah Kempen ini, Ahli Kad perlu berbelanja menggunakan Kad UOB Lady untuk Kategori Kod Saudagar ( "MCC") dalam ruang kedua disenaraikan yang dalam jadual di bawah semasa tempoh kempen. Ahli Kad akan layak menerima sepuluh (10) UNIRinggit untuk perbelanjaan di bawah MCC pada setiap hari Sabtu dan Ahad sepanjang tempoh kempen (“Perbelanjaan Yang Layak”). Contohnya: 6. Jumlah UNIRinggit diberikan untuk Perbelanjaan Yang Layak setiap bulan calendar adalah seperti yang berikut: Perbelanjaan Yang Layak Kod Kategori Saudagar (“MCC”) Penerangan Contoh Saudagar 7230 BEAUTY & BARBER SHOPS 7297 MASSAGE PARLOURS 7298 HEALTH & BEAUTY SPAS 7299 MISC PERSONAL SERVICES - NEC Personal Care Number76, Shawn Cutler, Marie France,Sothys,The Nail Parlour, True Harmony & dll.

Upload: vudien

Post on 05-Mar-2018

231 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: TERMA DAN SYARAT Kelayakan Kempen - uob.com. · PDF fileKetika pemberian UNIRinggit, akaun ... akan bertanggungjawab untuk memberi sebarang sebab atau membuat apa-apa surat ... sebarang

KAD UOBM LADY’S: KEMPEN “BEAUTY TEN”

TERMA DAN SYARAT

Kelayakan Kempen

1. United Overseas Bank (Malaysia) Bhd (271809-K) (“UOBM”) “Kad UOBM Lady’s : Beauty Ten

Promotion”(“Kempen”) terbuka kepada semua Ahli Kad Kredit Utama dan Tambahan UOB

Lady’s (“Ahli Kad”) yang mempunyai akaun terkini, sah, wujud dan dalam keadaan kredit yang

baik yang ditentukan oleh UOBM mengikut budi bicara mutlaknya.

2. Kempen ini hanya dibuka kepada Kad Lady’s UOBM yang dikeluarkan di Malaysia.

3. Berikut adalah mereka yang tidak layak untuk Kempen ini :-

a. Ahli Kad yang akaun(-akaun)nya telah ditamatkan, digantung atau dibatalkan dalam

Tempoh Kempen;

b. Semua Ahli Kad Kredit dan Debit UOBM lain yang tidak memiliki Kad UOB Lady’s;

c. Sebarang akaun dengan UOBM yang didapati delinkuen, atau tidak diuruskan dengan

baik seperti yang ditentukan oleh UOBM mengikut budi bicara mutlaknya;

d. Individu yang tidak siuman atau yang menjadi tidak siuman, telah meninggal dunia,

bankrap atau mereka yang mempunyai apa-apa bentuk prosiding undang-undang yag

dikenakan terhadap mereka.

TEMPOH KEMPEN

4. Tempoh Kempen adalah dari 1 Januari 2017 sehingga 31 Disember 2017 (kedua-dua tarikh

termasuk) (“Tempoh Kempen”) kecuali dimaklumkan sebaliknya.

MEKANISME KEMPEN

5. Di bawah Kempen ini, Ahli Kad perlu berbelanja menggunakan Kad UOB Lady untuk Kategori Kod Saudagar ( "MCC") dalam ruang kedua disenaraikan yang dalam jadual di bawah semasa tempoh kempen. Ahli Kad akan layak menerima sepuluh (10) UNIRinggit untuk perbelanjaan di bawah MCC pada setiap hari Sabtu dan Ahad sepanjang tempoh kempen (“Perbelanjaan Yang Layak”). Contohnya:

6. Jumlah UNIRinggit diberikan untuk Perbelanjaan Yang Layak setiap bulan calendar adalah

seperti yang berikut:

Perbelanjaan

Yang Layak

Kod Kategori

Saudagar (“MCC”)Penerangan Contoh Saudagar

7230 BEAUTY & BARBER SHOPS

7297 MASSAGE PARLOURS

7298 HEALTH & BEAUTY SPAS

7299 MISC PERSONAL SERVICES - NEC

Personal Care

Number76, Shawn Cutler,

Marie France,Sothys,The

Nail Parlour, True

Harmony & dll.

Page 2: TERMA DAN SYARAT Kelayakan Kempen - uob.com. · PDF fileKetika pemberian UNIRinggit, akaun ... akan bertanggungjawab untuk memberi sebarang sebab atau membuat apa-apa surat ... sebarang

Jenis Kad UOB

Lady’s

Perbelanjaan Yang Layak di

Bulan Kalendar

Jumlah UNIRinggit layak setiap bulan

kalendar

Classic RM300 3000 UNIRinggit

Platinum RM500 5000 UNIRinggit

Solitaire RM800 8000 UNIRinggit

7. Transaksi yang dibuat oleh Ahli Kad Tambahan akan diagregatkan dengan perbelanjaan Ahli Kad

Utama dan yang UNIRinggit memperoleh hanya akan diberikan kepada akaun kad Utama.

8. Penentuan sama ada UNIRinggit maksimum yang ditawarkan bagi Perbelanjaan yang Layak

seperti yang dinyatakan dalam fasal 5 di atas adalah berdasarkan kepada tarikh caj diproses oleh

UOBM dan didebitkan ke dalam akaun Ahli Kad UOB Lady’s dan bukan tarikh transaksi

Perbelanjaan yang Layak dibuat oleh Ahli Kad.

9. UNIRinggit maksimum yang diberikan kepada semua Ahli Kad adalah dihadkan pada 7,000,000

sebulan sepanjang Tempoh Kempen dan akan diberikan atas dasar siapa cepat dia dapat,

mengikut rekod transaksi UOBM. UOBM tidak mempunyai sebarang tanggungjawab untuk

memaklumkan mana-mana Ahli Kad sekiranya UNIRinggit yang diberi mencapai had maksimum.

10. Sekiranya mana Ahli Kad mempunyai lebih daripada satu Kad Lady’s, UNIRinggit akan

dikreditkan ke dalam akaun yang tertinggi. Contohnya, jika Ahli Kad mempunyai Kad Platinum

Lady’s dan Kad Solitaire Lady’s, UNIRinggit akan dikreditkan ke dalam akaun Kad Solitaire Lady’s.

11. Pengkreditan UNIRinggit akan dinyatakan di dalam Penyata Akaun bulanan dalam tempoh dua

(2) bulan dari bulan Perbelanjaan yang Layak seperti yang dinyatakan dalam Jadual A: Jadual

Pulangan Tunai di bawah.

Jadual A: Jadual UNIRinggit

Perbelanjaan yang Layak di bulan UNIRinggit dikredit di bulan

1 January 2017 – 31 January 2017 February 2017 / March 2017

1 February 2017 – 28 February 2017 March 2017 / April 2017

1 March 2017 – 31 March 2017 April 2017 / May 2017

1 April 2017 – 30 April 2017 May 2017 / June 2017

1 May 2017 – 31 May 2017 June 2017 / July 2017

1 June 2017 – 30 June 2017 July 2017 / August 2017

1 July 2017 – 31 July 2017 August 2017/ September 2017

1 August 2017 – 31 August 2017 September 2017 / October 2017

1 September 2017 – 30 September 2017 October 2017 / November 2017

1 October 2017 – 31 October 2017 November 2017 / December 2017

1 November 2017 – 30 November 2017 December 2017 / January 2018

1 December 2017 – 31 December 2017 January 2018 / February 2018

Page 3: TERMA DAN SYARAT Kelayakan Kempen - uob.com. · PDF fileKetika pemberian UNIRinggit, akaun ... akan bertanggungjawab untuk memberi sebarang sebab atau membuat apa-apa surat ... sebarang

12. Ketika pemberian UNIRinggit, akaun Kad Lady’s Ahli kad mestilah berada dalam keadaan sah,

terkini, wujud dan dalam keadaan kredit yang baik sebagaimana yang ditentukan oleh UOBM

mengikut budi bicara mutlaknya dan tidak bercanggah dengan mana-mana terma dan syarat

yang termasuk dalam Perjanjian Ahli Kad UOB Visa/MasterCard .

13. UOBM berhak untuk:

a. Membatalkan UNIRinggit jika terdapat penarikbalikan transaksi yang layak di Pusat Membeli-

belah yang Layak atau penamatan Kad Lady’s sebelum UNIRinggit dikreditkan ke dalam Akaun

Kad Lady’s atau tidak mematuhi atau perlanggaran terma dan syarat ini atau Perjanjian Ahli Kad

UOB Visa/MasterCard dengan notis terlebih dahulu tanpa sebarang sebab.

b. Menarik balik,menangguhkan, melanjutkan atau membatalkan Kempen ini lebih awal sebelum

tarikh tamat Tempoh Kempen secara keseluruhan atau sebahagiannya pada bila-bila masa

dengan notis terlebih dahulu mengikut budi bicara mutlaknya.

14. UNIRinggit yang diberikan tidak boleh dipindah milik dan tidak boleh ditukar dengan barangan lain.

15. UNIRinggit yang diperolehi oleh Ahli Kad tidak mempunyai nilai wang.

TERMA DAN SYARAT AM

16. Kempen ini adalah tertakluk kepada terma dan syarat ini, terma dan syarat UNIRinggit Program

Ganjaran 2016/2017 dan Perjanjian Ahli Kad UOB Visa /MasterCard.

17. Dengan menyertai Kempen ini, Ahli Kad bersetuju untuk terikat dengan terma dan syarat ini, terma

dan syarat UNIRinggit Program Ganjaran 2016/2017 dan Perjanjian Ahli Kad UOB Visa / MasterCard.

18. Rekod transaksi yang dikekalkan oleh UOBM dan keputusan UOBM mengenai semua perkara yang

berkaitan dengan Kempen ini adalah muktamad, tidak boleh dipertikaikan dan terikat. UOBM tidak

akan bertanggungjawab untuk memberi sebarang sebab atau membuat apa-apa surat-menyurat

dengan mana-mana individu mengenai apa-apa perkara yang berkaitan dengan Kempen ini.

19. UOBM tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang kegagalan atau kelewatan dalam

penghantaran bukti transaksi penjualan oleh Visa International Incorporated, MasterCard

Worldwide, pertubuhan pedagang, pihak pos atau telekomunikasi atau lain-lain pihak yang mungkin

mengakibatkan Ahli Kad tidak layak menerima UNIRinggit daripada Kempen ini.

20. UOBM tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang salah nyataan atau salah nyataan fakta oleh

mana-mana pihak ketiga yang tidak dibenarkan berkenaan dengan Kempen dan diterbitkan dalam

mana-mana media massa, pemasaran atau pengiklanan.

Page 4: TERMA DAN SYARAT Kelayakan Kempen - uob.com. · PDF fileKetika pemberian UNIRinggit, akaun ... akan bertanggungjawab untuk memberi sebarang sebab atau membuat apa-apa surat ... sebarang

21. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, UOBM secara jelas mengecualikan dan menafikan

sebarang perwakilan, waranti atau pengendorsan, sama ada tersurat atau tersirat, bertulis atau

lisan, tanpa terhad kepada apa-apa yang diterbitkan dalam mana-mana media massa, bahan

pemasaran atau pengiklanan, termasuk tetapi tidak terhad kepada, sebarang jaminan kualiti,

kebolehdagangan atau kesesuaian untuk tujuan tertentu berkenaan dengan Kempen ini.

22. UOBM tidak akan bertanggungjawab dan tidak akan menanggung sebarang liability dalam apa jua

bentuk yang dialami oleh Ahli Kad dan/atau pihak ketiga secara langsung atau tidak langsung

daripada Kempen.

23. UOBM tidak mempunyai kaitan dengan Saudagar dan tidak membuat sebarang perwakilan atau

jaminan berhubung dengan kualiti barangan atau kesesuaiannya untuk sebarang tujuan.

24. Jika terdapat sebarang percanggahan antara terma dan syarat ini dengan sebarang bahan

pengiklanan, Kempen, publisiti dan bahan-bahan lain yang berkaitan dengan Kempen ini, terma dan

syarat ini akan digunakan.

25. UOBM berhak untuk menambah, memadam, menggantung atau mengubah terma dan syarat

Kempen dari semasa ke semasa, secara keseluruhan atau sebahagian, mengikut budi bicara

mutlaknya, dengan memberi dua puluh satu (21) hari notis terlebih dahulu kepada Ahli Kad melalui

paparan di laman web UOBM, memaparkan notis di cawangan UOBM dan / atau melalui Penyata

Akaun atau apa-apa cara sebagaimana yang ditentukan oleh UOBM dari masa ke semasa.

26. UOBM berhak untuk membatalkan, menamatkan atau menggantung kempen ini dengan memberi

notis terlebih dahulu. Untuk mengelakkan keraguan, sebarang pembatalan, penamatan atau

penggantungan oleh UOBM kempen ini tidak akan memberi hak kepada Ahli Kad untuk membuat

sebarang tuntutan atau pampasan terhadap UOBM untuk sebarang dan semua kerugian atau

kerosakan yang dialami atau ditanggung oleh Ahli Kad sama ada secara langsung atau tidak langsung

daripada pembatalan, penamatan atau penggantungan tersebut.

27. Terma dan syarat ini adalah ditadbir dan ditafsirkan mengikut dengan undang undang Malaysia dan

Ahli Kad bersetuju untuk tertakluk kepada bidang kuasa yang tidak eksklusif mahkamah Malaysia.

[Tamat]