temuduga spp

98
http://fadzilmahasiswa.blogspot.com SKOP TOPIK TEMUDUGA SPP BAB 1 : TERAS PENDIDIKAN NEGARA 1.1 : Rukun Negara 1.2 : Falsafah Pendidikan Kebangsaan 1.3 : Wawasan 2020 1.4 : Islam Hadhari 1.1 : RUKUN NEGARA Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut: (1)Kepercayaan kepada Tuhan (2)Kesetiaan kepada Raja dan Negara (3)Keluhuran Perlembagaan (4)Kedaulatan Undang-undang (5)Kesopanan dan Kesusilaan Kepercayaan kepada Tuhan Bangsa dan Negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan. Melalui kepercayaan beragama inilah akan menjadikan bangsa dan negara ini sebagai satu bangsa dan negara yang berdaulat. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah agama rasmi Persekutuan, tetapi agama dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram di mana-mana bahagian di dalam Persekutuan dan tindakan membeza-bezakan terhadap seseorang warganegara atas alasan agama adalah dilarang sama sekali. Jawatankuasa penggubal Rukun Negara menyedari akan pentingnya agama dan kepercayaan kepada Tuhan dalam kehidupan manusia. Ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang dan juga sesuatu bangsa dan negara. Menyedari betapa pentingnya keteguhan pegangan anggota masyarakat terhadap ajaran agama masing-masing, prinsip ini telah dipilih sebagai prinsip pertama dalam Rukun Negara. Kesetiaan kepada Raja dan Negara Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Selaras dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja mengikut Perlembagaan, sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri, dan Yang Di-Pertua Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja. Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri adalah merupakan lambang perpaduan rakyat. Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud, bahawa setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong. Keluhuran Perlembagaan Prinsip ini menekan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara adalah sumber perundangan yang tertinggi. Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara. Setiap warga negara Malaysia dikehendaki menghormati, menghargai, serta memahami maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara telah digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan semua pihak di negara ini. Dengan demikian ia merupakan satu kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat oleh mana-mana individu atau mana-mana pihak. Perlembagaan Malaysia menentukan pola politik dan kedudukan sosio-ekonomi rakyat di negara ini. Ia adalah sumber rujukan bagi segala hal yang berkaitan denga sistem pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak sosio-ekonomi rakyat. Kedaulatan Undang-undang Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat sama tarafnya di sisi undang-undang negara. Kebebasan asasi terjamin bagi semua warganegara Malaysia. Undang-undang negara berasaskan kepada Perlembagaan. Oleh itu kedaulatannya perlu diterima dan dipertahankan. Tanpa undang-undang, hidup bermasyarakat dan bernegara tidak aman dan stabil. Oleh itu undang-undang negara dijamin pula oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa. Setiap negara memerlukan undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman, stabil dan makmur. Kewujudan undang-undang akan menjamin kehidupan anggota masyarakat dapat bergerak dengan licin dan teratur tanpa sebarang kekacauan, di mana semua anggota masyarakat akan merasa selamat. Hak-hak semua rakyat boleh diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang serta perkara-perkara sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Negara. Hak-hak dari kebebasan yang dijamin oleh Perlembagaan itu tidaklah termasuk hak menggulingkan kerajaan sama ada dengan kekerasan atau dengan cara-cara yang tidak menurut Perlembagaan. Kesopanan dan Kesusilaan Prinsip ke lima ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang rakyat. Tujuannya ialah untuk membentuk warga negara yang bersopan santun dan bersusila selaras dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dijalankan sekarang. Sifat individu yang bersopan santun dan bersusila adalah paling bermakna dan amat penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Sikap bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi membentuk seseorang individu dan masyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggi yang akan membantu mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni. Tatasusila ini membenci dan mengutuk tingkah laku atau perbuatan yang angkuh atau menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu golongan. Tingkah laku sopan juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi dalam kedua-dua kehidupan persendirian dan kehidupan bernegara. Prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni. 1.2 : FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dulunya disebut Falsafah Pendidikan Negara (FPN) merupakan dasar kepada pendidikan di Malaysia. Hal ini bermakna, semua aktiviti pendidikan dan persekolahan di Malaysia mestilah selaras dengan FPK ini. Justeru setiap bakal guru di Malaysia diwajibkan membaca, memahami dan mengingati falsafah ini agar setiap tindakan mereka melalui proses pengajaran dan pembelajaran sentiasa berada dilandasan yang betul. Intipati utama dalam FTK ini ialah melahirkan insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual Sosial yang sering disebut oleh guru-guru sebagai JERIS. Perlu diingat bahawa tidak ada yang lebih utama antara keempat-empat unsur tersebut, yakni tidak boleh dikatakan jasmani lebih penting daripada intelek atau sebaliknya. Falsafah Pendidikan Kebangsaan. "Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara." Unsur-Unsur Penting FPK Menjadi warganegara Malaysia yang baik · Unsur intelek · Unsur rohani dan emosi · Unsur jasmani · Memperkembangkan potensi individu ·

Upload: viana89

Post on 24-Dec-2015

445 views

Category:

Documents


15 download

DESCRIPTION

spp

TRANSCRIPT

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

SKOP TOPIK TEMUDUGA SPP

BAB 1 : TERAS PENDIDIKAN NEGARA

1.1 : Rukun Negara 1.2 : Falsafah Pendidikan Kebangsaan 1.3 : Wawasan 2020 1.4 : Islam Hadhari

1.1 : RUKUN NEGARAMaka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

(1)Kepercayaan kepada Tuhan (2)Kesetiaan kepada Raja dan Negara (3)Keluhuran Perlembagaan (4)Kedaulatan Undang-undang (5)Kesopanan dan Kesusilaan

Kepercayaan kepada Tuhan

Bangsa dan Negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan. Melalui kepercayaan beragama inilah akan menjadikan bangsa dan negara ini sebagai satu bangsa dan negara yang berdaulat. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah agama rasmi Persekutuan, tetapi agama dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram di mana-mana bahagian di dalam Persekutuan dan tindakan membeza-bezakan terhadap seseorang warganegara atas alasan agama adalah dilarang sama sekali. Jawatankuasa penggubal Rukun Negara menyedari akan pentingnya agama dan kepercayaan kepada Tuhan dalam kehidupan manusia. Ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang dan juga sesuatu bangsa dan negara. Menyedari betapa pentingnya keteguhan pegangan anggota masyarakat terhadap ajaran agama masing-masing, prinsip ini telah dipilih sebagai prinsip pertama dalam Rukun Negara.

Kesetiaan kepada Raja dan Negara

Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Selaras dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja mengikut Perlembagaan, sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri, dan Yang Di-Pertua Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja. Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri adalah merupakan lambang perpaduan rakyat. Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud, bahawa setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong.

Keluhuran Perlembagaan Prinsip ini menekan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara adalah sumber perundangan yang tertinggi. Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara. Setiap warga negara Malaysia dikehendaki menghormati, menghargai, serta memahami maksud

dan kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara telah digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan semua pihak di negara ini. Dengan demikian ia merupakan satu kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat oleh mana-mana individu atau mana-mana pihak. Perlembagaan Malaysia menentukan pola politik dan kedudukan sosio-ekonomi rakyat di negara ini. Ia adalah sumber rujukan bagi segala hal yang berkaitan denga sistem pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak sosio-ekonomi rakyat.

Kedaulatan Undang-undang Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat sama tarafnya di sisi undang-undang negara. Kebebasan asasi terjamin bagi semua warganegara Malaysia. Undang-undang negara berasaskan kepada Perlembagaan. Oleh itu kedaulatannya perlu diterima dan dipertahankan. Tanpa undang-undang, hidup bermasyarakat dan bernegara tidak aman dan stabil. Oleh itu undang-undang negara dijamin pula oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa. Setiap negara memerlukan undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman, stabil dan makmur. Kewujudan undang-undang akan menjamin kehidupan anggota masyarakat dapat bergerak dengan licin dan teratur tanpa sebarang kekacauan, di mana semua anggota masyarakat akan merasa selamat. Hak-hak semua rakyat boleh diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang serta perkara-perkara sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Negara. Hak-hak dari kebebasan yang dijamin oleh Perlembagaan itu tidaklah termasuk hak menggulingkan kerajaan sama ada dengan kekerasan atau dengan cara-cara yang tidak menurut Perlembagaan.

Kesopanan dan KesusilaanPrinsip ke lima ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang rakyat. Tujuannya ialah untuk membentuk warga negara yang bersopan santun dan bersusila selaras dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dijalankan sekarang. Sifat individu yang bersopan santun dan bersusila adalah paling bermakna dan amat penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Sikap bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi membentuk seseorang individu dan masyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggi yang akan membantu mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni. Tatasusila ini membenci dan mengutuk tingkah laku atau perbuatan yang angkuh atau menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu golongan. Tingkah laku sopan juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi dalam kedua-dua kehidupan persendirian dan kehidupan bernegara. Prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.

1.2 : FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dulunya disebut Falsafah Pendidikan Negara (FPN) merupakan dasar kepada pendidikan di Malaysia. Hal ini bermakna, semua aktiviti pendidikan dan persekolahan di Malaysia mestilah selaras dengan FPK ini. Justeru setiap bakal guru di Malaysia diwajibkan membaca, memahami dan mengingati falsafah ini agar setiap tindakan mereka melalui proses pengajaran dan pembelajaran sentiasa berada dilandasan yang betul. Intipati utama dalam FTK ini ialah melahirkan insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual Sosial yang sering disebut oleh guru-guru sebagai JERIS. Perlu diingat bahawa tidak ada yang lebih utama antara keempat-empat unsur tersebut, yakni tidak boleh dikatakan jasmani lebih penting daripada intelek atau sebaliknya. Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara."

Unsur-Unsur Penting FPK

· Menjadi warganegara Malaysia yang baik· Unsur intelek· Unsur rohani dan emosi· Unsur jasmani· Memperkembangkan potensi individu· Menyeluruh dan bersepadu· Insan yang seimbang· Kepercayaan kepada Tuhan· Rakyat Malaysia yang boleh memberikan sumbangan.

Implikasi FPK Terhadap Sistem Pendidikan di Malaysia

Implikasi Terhadap Kurikulum.

Kurikulum di sekolah mengalami perubahan sukatan pelajaran yang berorientasikan kepada program bersepadu. Setiap sekolah menerima sukatan pelajaran yang sama dan selaras. Ini kerana mengelakkan dari berlakunya sifat iri hati di kalangan pelajar kerana setiap sekolah belajar mengikut sukatan yang berlainan. Ini adalah bersalahan dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan individu yang seimbang. Bahan-bahan pelajaran yang dibekalkan juga diserapkan di dalamnya nilai-nilai murni dengan tujuan untuk mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sistem pendidikan juga diubah menjadi pendidikan yang umum. Semua rakyat mampu untuk ke sekolah tetapi berlainan pada zaman dahulu hanya golongan berada sahaja yang mampu untuk ke sekolah. Pelajaran untuk melatih pelajar mahir dalam teknologi pula diserapkan bagi membawa Malaysia kea rah yang maju dan tidak ketinggalan.

Implikasi Terhadap Pendidik.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini menggalakkan guru memahami sistem pendidikan selain daripada membimbing guru melaksanakan fungsi pendidikan. Ia boleh diperolehi di mana-mana dan bila-bila diperlukan. Guru boleh menjadi ejen perubahan untuk mendidik dan mengeluarkan generasi yang bertanggungjawab membantu merealisasikan matlamat dan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Visi 2020. Guru mendedahkan sesuatu kepada pelajar bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran terutamanya dalam ICT untuk membolehkan pelajar mengikuti perubahan sistem pendidikan yang berteraskan teknologi. Guru mempunyai sikap bertanggungjawab sepenuhnya untuk menjadi guru yang baik, sentiasa cuba berlatih dan mendapatkan apa yang telah dipelajari untuk memenuhi matlamat dan aspirasi falsafah ini. Pada masa yang sama guru bertindak sebagai pengawal kepada aktiviti negatif. Guru memperkembangkan dan memperkayakan pendidikan melalui perkembangan kurikulum bilik darjah, seperti, menjalankan aktiviti dan lembaran kerja yang diusahakan oleh guru.

Implikasi Terhadap Institusi Pendidikan.

Institusi pendidikan juga mengalami perubahan demi untuk merealisasikan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini. Pelbagai perubahan telah dilakukan. Kemudahan-kemudahan di sekolah diubah dan ditambah supaya pelajar mampu untuk merperkembangkan kemahiran mereka dari segi intelek,rohani,emosi dan jasmani. Ini adalah untuk melahirkan individu yang sempurna dan seimbang. Budaya di sekolah juga diubah untuk memupuk nilai-nilai murni di dalam diri pelajar supaya supaya saling bekerjasama, toleransi dan mengamalkan

sikap perpaduan. Ini adalah matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan individu yang mampu untuk menyumbangkan keharmonian kepada negara. Suasana di sekolah juga diubah untuk melahirkan pelajar yang cintakan ilmu dan membentuk budaya membaca di kalangan mereka.

Kesimpulannya, implikasi-implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini mempunyai satu matlamat dan tujuan dan ia dinyatakan dalam bentuk falsafah iaitu:

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggung jawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara”.

* Nota Tambahan pengkhususan bidang ;Implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam Pendidikan Teknik dan Vokasional di Malaysia

Falsafah Pendidikan Negara

Falsafah Pendidikan Negara (FPN) yang disuratkan pada tahun 1987 berbunyi:-

"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan kearah perkembangan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara"

Falsafah Pendidikan ini menjurus ke arah mencirikan insan dan warganegara yang baik dengan mengemukakan ciri-ciri:

a. Percaya dan patuh kepada tuhan b. Berilmu pengetahuan c. Berakhlak mulia d. Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara. e. Berbakti dan memberi sumbangan kepada masyarakat, agama. Bangsa dan negara. f. Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu.

Falsafah Pendidikan Guru

"Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin pembangunan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin."

1.3 : WAWASAN 2020

Wawasan 2020 ialah sebuah wawasan kerajaan Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia ketika itu, yang bertujuan untuk meningkatkan Malaysia menjadi sebuah negara perindustrian dan negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020. Yang dimaksudkan sepenuhnya terangkum bukan sahaja bidang ekonomi, tetapi juga bidang-bidang politik, sosial, kerohanian, psikologi, serta juga perpaduan nasional dan sosial, antara lain. Kesemua ini juga melibatkan persoalan keadilan sosial, kestabilan politik, sistem kerajaan, mutu hidup, nilai

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

sosial dan kerohanian, maruah bangsa, serta juga keyakinan.

Cabaran utama

Dalam penyampaian kertas kerjanya, Laluan ke Depan (The Way Forward), kepada Majlis Perniagaan Malaysia, Dr Mahathir Mohamad menghuraikan sembilan matlamat utama Wawasan 2020:

Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang dikongsi bersama: Malaysia mesti menjadi sebuah negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam keharmonian, bekerjasama sepenuhnya secara adil, dan terdiri daripada satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara.

Mewujudkan sebuah masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju, dengan keyakinan akan keupayaan sendiri, berbangga dengan apa yang ada, dengan apa yang telah dicapai, cukup gagah menghadapi pelbagai masalah. Masyarakat Malaysia ini mesti dapat dikenali melalui usaha mencapai kecemerlangan, amat sedar akan semua potensinya, tidak mengalah kepada sesiapa, dan dihormati oleh rakyat negara lain.

Mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang, yang mengamalkan satu bentuk demokrasi Malaysia yang mempunyai persefahaman matang, berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada beberapa banyak negara membangun.

Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika, dengan warganegaranya teguh dalam nilai agama dan kerohanian dan didukung oleh nilai etika paling tinggi.

Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, dengan rakyat Malaysia pelbagai kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan, dan kepercayaan agama mereka dan pada masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara.

Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya perubahan tinggi dan berpandangan ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun sains dan teknologi masa depan.

Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu sistem sosial yang mementingkan masyarakat lebih daripada diri sendiri, dengan kebajikan insan tidak berkisar pada negara atau orang perseorangan tetapi di sekeliling sistem keluarga yang kukuh.

Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi. Ini merupakan masyarakat yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama, dengan wujudnya perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi.

Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat dan kental.

Menurut Dr Mahathir, kesembilan-sembilan matlamat utama ini tidak semestinya menjadi urutan keutamaan masyarakat Malaysia untuk tiga dekad yang akan datang. Tentunya keutamaan dalam satu-satu masa mesti memenuhi keadaan khusus pada masa berkenaan.

Adakah matlamat menjadi negara maju dari segi ekonomi itu realistik?

Pada dekad 1960-an, pertumbuhan ekonomi Malaysia adalah pada kadar purata sebanyak 5.1% setahun. Pertumbuhan purata ini dinaikkan menjadi 7.8% semasa dekad pertama Dasar Ekonomi Baru dalam dekad 1970-an, dan 5.9% setahun pada dekad 1980-an, akibat kemelesetan bertahun-tahun. Pertumbuhan KDNK pada 30

tahun tersebut dalam nilai sebenar adalah pada kadar purata 6.3 peratus setahun, dengan kadar pada 20 tahun yang lalu merupakan 6.9 peratus setahun pada puratanya. Oleh itu, yang diperlukan ialah tambahan pertumbuhan sebanyak 0.1 peratus untuk mencapai matlumat ekonomi Wawasan 2020i, sesuatu matlamat yang bukannya tidak mungkin.

KDNK Malaysia pada tahun 1990 ialah $115 bilion, dengan sasaran kira-kira $920 bilion dalam nilai sebenar (ringgit pada 1990) menjelang tahun 2020. Pertumbuhan pesat ini memerlukan pertumbuhan pada kadar purata kira-kira 7.0% (dalam nilai sebenar) setahun untuk 30 tahun akan datang. Jika ini dapat dicapai, dan diandaikan kadar pertumbuhan penduduk tahunan ialah 2.5%, menjelang tahun 2020, rakyat Malaysia akan kaya empat kali ganda (dalam nilai sebenar), berbanding dengan tahun 1990. Inilah ukuran masyarakat makmur yang dimaksudkan oleh Wawasan 2020. Dengan itu, KDNK Malaysia akan menjadi lapan kali lebih besar menjelang tahun 2020 berbanding 1990.

1.4 : ISLAM HADHARI

Islam Hadhari (Arab: الحضاري اإلسالم ) atau "Islam yang bertamadun" merupakan teori kerajaan Malaysia pimpinan Abdullah Ahmad Badawi berasaskan Islam dari al-Quran. Ia bukanlah agama baru, bukan ajaran baru dan bukan mazhab baru. Ia adalah usaha untuk mengembalikan umat Islam kepada asas fundamental menurut yang terkandung dalam al-Quran dan Hadis yang merupakan teras pembinaan Tamadun Islam.

Tujuan Visi: Menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh. Misi: Melaksanakan agenda pembangunan negara dan ummah berlandaskan pendekatan Islam yang universal, maju, bertamadun, bertoleransi dan berimbang. Objektif:Melahirkan individu dan masyarakat yang mempunyai kekuatan spiritual (rohani), akhlak, intelektual, material, mampu berdikari, berdaya saing, melihat ke hadapan, inovatif serta cekap menangani cabaran-cabaran semasa secara bijaksana, rasional, praktikal dan damai.

Prinsip

(1) Keimanan dan Ketakwaan Kepada Allah s.w.t. (2) Kerajaan Adil dan Beramanah. (3) Rakyat Berjiwa Merdeka. (4) Penguasaan Ilmu Pengetahuan. (5) Pembangunan Ekonomi Seimbang dan Komprehensif. (6) Kehidupan Berkualiti. (7) Pembelaan Hak Kumpulan Minoriti dan Wanita. (8) Keutuhan Budaya dan Moral. (9) Pemeliharaan Alam Semulajadi. (10) Kekuatan Pertahanan.

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

BAB 2 : KEMENTERIAN

Kementerian Pelajaran Malaysia |Kementerian Pelajaran Malaysia ialah sebuah kementerian yang bertujuan untuk membangunkan sebuah sistem pendidikan yang berkualiti bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara Malaysia. Matlamatnya ialah untuk: melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan, dan sejahtera menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.

Pendidikan wajib

Pendidikan wajib adalah satu undang-undang yang memerlukan setiap ibu bapa warganegara Malaysia (yang menetap di Malaysia) yang mempunyai anak mencapai umur enam tahun mendaftarkannya di sekolah rendah. Tempoh pendidikan wajib adalah selama selama enam tahun, iaitu tempoh pendidikan rendah.

Pendidikan wajib dilaksanakan mulai tahun persekolahan 2003. Kegagalan ibu bapa memastikan anaknya mengikut pendidikan wajib merupakan satu kesalahan dari segi undang-undang, dan jika disabitkan, ibu bapa berkenaan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan tidak lebih 6 bulan atau kedua-duanya sekali.

Senarai Menteri Pelajaran Malaysia

# Nama Tempohperkhidmatan

1 Tun Abdul Razak bin Haji Dato' Hussein 1955 - 19572 Mohamed Khir Johari 1957 - 19593 Abdul Rahman Talib 1959 - 19654 Mohamed Khir Johari 1965 - 19685 Tun Hussein bin Dato' Onn 1970 - 19736 Tun Dr. Mahathir bin Mohamad 1974 - 19787 Tun Musa Hitam 1978 - 19818 Datuk Amar Dr. Sulaiman bin Hj. Daud 1982 - 19849 Abdullah bin Haji Ahmad Badawi 1984 - 198610 Tun Abdul Rahman Yakub 1969-197011 Datuk Seri Anwar bin Ibrahim 1986 - 199112 Datuk Amar Dr. Sulaiman bin Hj. Daud 1991 - 199513 Najib bin Tun Haji Abdul Razak 1995 - 199914 Tan Sri Dato' Seri Musa Mohamad 1999 - 200415 Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein 2004 - 200916 Tan Sri Muhyiddin Yassin 2009 - Kini

Menteri: Y.A.B. Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd. Yassin

Timbalan Menteri: 1Y.B. Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Timbalan Menteri: 2Y.B. Dr. Haji Mohd Puad Bin Zarkashi

Ketua Setiausaha Y.Bhg. Dato' Dr. Rosli bin Mohamed

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Y.Bhg. Dato' Sri Abd. Ghafar bin Mahmud

Pengkhususan Negeri Terengganu

Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu, En.Razali bin Daud

Pegawai Pelajaran Daerah MarangEncik Md. Yasin bin Mohd Salleh

Pengkhususan Bahagian Teknik & Vokasional

Pengarah Tuan Haji Ahmad Tajudin Bin Jab

Timbalan Pengarah Pengoperasian Sekolah En. Zainuren Bin Mohd Nor

Timbalan Pengarah Pengurusan Akademik Tuan Haji Wan Mohd Noor bin Wan Endut

Timbalan Pengarah Pembangunan Puan Hajah Zalihar Bt. Abd. Ghani

Timbalan Pengarah Pembangunan Kejurulatihan PTV Tuan Haji Zakaria Bin Md Noor

Kementerian Pengajian Tinggi

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia mula ditubuhkan pada 27 Mac 2004. Ia adalah hasil rombakan kabinet yang dilakukan oleh Perdana Menteri dengan membahagikan Kementerian Pendidikan Malaysia kepada 2 kementerian iaitu Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Menteri yang pertama memikul tugas Jawatan adalah Datuk Dr. Mohd Shafie Salleh dan kini disandang oleh Dato' Seri

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

Mohamed Khaled Nordin. Pada 15 Julai 2004, Kementerian Pengajian Tinggi telah mula beroperasi di Blok E3, Parcel E, Pusat Perbadanan Kerajaan Persekutuan Putrajaya.

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia terdiri daripada dua jabatan dan agensi. Jabatan-jabatan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi ialah Jabatan Pengurusan IPT (JPIPT) dan Jabatan Pengurusan Politeknik & Kolej Komuniti . JPIPT pula terdiri dari dua sektor pengurusan iaitu Sektor Pengurusan IPTA & Sektor Pengurusan IPTS. Sementara agensi-agensi di bawah Kementerian Pengajian Tinggi ialah LAN, PTPTN,Yayasan TAR dan 20 Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) iaitu :

Objektif Memastikan supaya sekurang-kurangnya 2 universiti negara disenaraikan sebagai antara 200

universiti terbaik di dunia dan salah sebuah universiti berkenaan disenaraikan di kalangan 50 universiti terbaik dunia.

Membangunkan sekurang-kurangnya 10 pusat kecemerlangan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa dari segi hasil penyelidikan, hakcipta, penerbitan, kerjasama penyelidikan dan pengkomersilan hasil penyelidikan.

Memastikan sekurang-kurangnya 75% pensyarah institusi pengajian tinggi awam mempunyai kelayakan ijazah Doktor Falsafah atau setaraf dengannya dan 30% pensyarah politeknik dan kolej komuniti mempunyai kelayakan ijazah Sarjana, Doktor Falsafah atau setaraf denganya.

Menghasilkan graduan-graduan yang kompeten untuk memenuhi keperluan guna tenaga negara dan antarabangsa dengan sasaran 75% graduan mendapat pekerjaan dalam bidang relevan dalam tempoh enam bulan selepas tamat pengajian.

Menggalakkan pengantarabangsaan pengajian tinggi negara dengan menarik pelajar-pelajar dari luar negara bersamaan dengan 10% dari keseluruhan jumlah pelajar pengajian tinggi di peringkat diploma, ijazah dan lepasan ijazah

Mempertingkatkan kohort (17-23 tahun) yang mempunyai akses pengajian tinggi kepada 40% dan memperluaskan peluang pembelajaran sepanjang hayat bagi semua bentuk pengajian tinggi yang konvensional dan bukan konvensional

Memastikan terdapat peningkatan secara berterusan dari sumber-sumber lain dalam pembiayaan universiti awam dengan nisbah 30% ditanggung oleh universiti dan 70% oleh kerajaan.

Menyediakan kemudahan prasarana pengajian tinggi yang mencukupi, setanding dengan amalan yang terbaik digunakan di peringkat antarabangsa

Menyediakan kemudahan pembiayaan untuk pelajar yang berpotensi dan layak mendapat akses kepada pengajian tinggi.

Meningkatkan jalinan hubungan strategik diantara institusi pengajian tinggi tempatan dengan institusi pengajian tinggi luar negara, serta institusi penyelidikan ternama dalam dan luar negara dalam bidang penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan.

Lima Teras Utama Mewujudkan perancangan pengajian tinggi yang strategik dan sistematik. Mengukuhkan pengurusan pengajian tinggi negara. Menambah kapasiti, akses dan penyertaan dalam bidang pengajian tinggi. Meningkatkan kualiti pengajian tinggi negara setanding di peringkat antabangsa. Mengantarabangsakan pengajian tinggi negara.

Senarai Menteri

Datuk Shafie Mohd Salleh 2004–2006

Dato' Mustapha Mohamed 2006–2008

Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin 2008 –Kini

BAB 3 : Sejarah Perkembangan Sistem Pendidikan Di Malaysia

1.1 : Perkembangan Dasar dan Kemajuan Sistem Pelajaran Kebangsaan1.2 : Perkembangan Pelajaran Masa Kini

Perkembangan Dasar dan Kemajuan Sistem Pelajaran Kebangsaan

Sistem Pendidikan Negara telah mengalami evolusi penting sejajar dengan pembangunan dan kemampuan negara. Evolusi pendidikan ini telah melalui lima fasa berikut:

Zaman Pramerdeka (sebelum 1957); Zaman Pasca Merdeka (1957-1970); Zaman Dasar Ekonomi Baru (1971-1990); Zaman Dasar Pembangunan Negara (1991-2000); dan Zaman Dasar Wawasan Negara (2001-hingga sekarang).

Zaman pramerdeka (sebelum 1957)Semasa pentadbiran British, sekolah-sekolah di Tanah Melayu dipecahkan kepada empat aliran , iaitu Sekolah Inggeris, Sekolah Melayu, Sekolah Cina dan sekolah Tamil. Setiap sekolah mempunyai bahasa penghantarnya sendiri dan kurikulum yang berbeza di antara satu sama lain. Namun menjelang kemerdekaan, timbul kesedaran untuk mewujudkan satu sistem persekolahan. B eberapa jawatankuasa telah ditubuhkan untuk mengkaji sistem persekolahan pada masa itu dan menghasilkan laporan-laporan berikut:

1. Laporan Barnes (1951) – menyemak dan memperbaiki keadaan pendidikan kaum Melayu;2. Laporan Fenn-Wu (1951) – menyemak pendidikan kaum Cina;3. Ordinan Pelajaran (1952) – mengesyorkan sekolah kebangsaan sebagai corak sistem persekolahan

kebangsaan; dan4. Laporan Razak (1956) – meletakkan asas bagi perkembangan sistem pendidikan untuk memupuk

perpaduan melalui Sistem Pelajaran Kebangsaan untuk semua, Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama serta kurikulum kebangsaan, sukatan pelajaran dan sistem peperiksaan yang sama bagi semua sekolah.

Zaman Pasca Merdeka (1957-1970)Sebaik mencapai kemerdekaan, usaha ditumpukan untuk mewujudkan satu sistem pelajaran kebangsaan. Sehubungan itu, Ordinan Pelajaran 1957 digubal berdasarkan perakuan Laporan Razak (1956) yang mengutamakan perpaduan dan menjadi teras Dasar Pendidikan Kebangsaan. Perakuan Laporan Razak dikaji semula oleh Jawatankuasa Rahman Talib pada tahun 1960. Laporan jawatankuasa ini menjadi asas kepada

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

penggubalan Akta Pelajaran 1961 yang menggariskan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama pada semua peringkat pendidikan serta penggunaan kurikulum dan peperiksaan yang sama untuk semua pelajar.

Dasar pendemokrasian pendidikan bermula pada tahun 1962 dengan memberi penekanan kepada pendidikan percuma untuk semua pelajar. Dasar ini diperluas dengan mengadakan pendidikan universal selama sembilan tahun apabila peperiksaan pemilihan masuk ke sekolah menengah dihapuskan pada tahun 1964. Penghapusan peperiksaan pemilihan ini menyebabkan peningkatan kadar penyertaan ke sekolah menengah. Kadar ini terus meningkat apabila terdapat perubahan dasar yang melanjutkan pendidikan universal kepada 11 tahun secara berperingkat mulai tahun 1992.

Zaman Dasar Ekonomi Baru (1971-1990)Dasar Ekonomi Baru (DEB) adalah satu falsafah pembangunan yang menekankan keseimbangan antara pembangunan sosial dan perkembangan ekonomi (Universiti Terbuka Malaysia, 2008). Dalam tempoh ini, pendidikan diberikan keutamaan untuk menangani masalah ketidakseimbangan dalam masyarakat dengan menyediakan peluang pendidikan yang sama untuk semua kaum.Pada masa ini juga Sistem Pendidikan Kebangsaan mengalami banyak perubahan, antaranya Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar utama yang dilaksanakan sepenuhnya pada peringkat menengah di Semenanjung Malaysia dan Sabah pada tahun 1982, manakala di Sarawak pada tahun 1990. Penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua juga turut diberi tumpuan. Walau bagaimanapun, selaras dengan Akta Pelajaran 1961, sekolah rendah kerajaan dan bantuan kerajaan yang menggunakan bahasa Cina atau bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar terus dikekalkan. Mata pelajaran Sivik diperkenalkan bagi menyemai semangat jati diri di kalangan pelajar. Pendidikan Sains dan Teknikal diberi lebih penekanan pada peringkat menengah bagi menghasilkan tenaga kerja mahir.Pada tahun 1979, semakan semula pelaksanaan dasar pendidikan oleh Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979) telah menggariskan cadangan pendekatan dan strategi baru untuk memantapkan sistem pendidikan. Pada tahun 1980-an, peluang pendidikan untuk warganegara turut ditingkatkan dengan menambahkan kemudahan fizikal dan infrastruktur terutama di luar bandar. Seterusnya Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah digubal pada tahun 1988 bagi memperteguh hala tuju dan matlamat pendidikan negara. Falsafah ini menekankan pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu bagi membentuk pelajar yang seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Zaman Dasar Pembangunan Negara (1991-2000)Dekad terakhir abad ke-20 menyaksikan perubahan yang pesat dalam pendidikan negara. Asas perundangan bagi pelaksanaan dasar pendidikan diperkukuhkan melalui penggubalan dan pindaan beberapa akta yang berkaitan dengan pendidikan, misalnya Akta Pendidikan 1996; Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996; Akta Majlis Pendidikan Tinggi Negara 1996 dan lain-lain.Selain itu, banyak lagi perubahan berlaku dalam bidang pendidikan termasuk:

1. Peningkatan akses dalam pendidikan khususnya peringkat tertiari;2. Perkembangan ICT dalam pendidikan termasuk penubuhan Sekolah Bestari pada tahun 1999;3. Menaiktarafkan kelayakan guru-guru daripada sijil kepada diploma;4. Menaiktarafkan Maktab Perguruan Sultan Idris kepada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI); dan5. Menaiktarafkan Sekolah Menengah Vokasional kepada Sekolah Menengah Teknik.

Zaman Dasar Wawasan Negara (2001-hingga sekarang)Pada zaman ini Sistem Pendidikan Kebangsaan diperkemas sejajar dengan perkembangan dunia teknologi maklumat. Dengan mengambil kira pelbagai perubahan dan cabaran alaf ke-21, penambahbaikan dan pemantapan sistem pendidikan diperlihatkan dalam perundangan, dasar dan program utama, antaranya: Akta Pendidikan 1996 (Pindaan 2002); Program Bimbingan dan (Keputusan Jemaah Menteri, 2002); Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris dilaksanakan pada tahun 2003 (Keputusan Jemaah Menteri, 2002). Bayaran Insentif Subjek Pendidikan (BISP) diperkenalkan pada tahun 2003; Program j-QAF

diperkenalkan pada tahun 2005 dan diperluaskan pada tahun 2006 bagi memastikan murid Islam menguasai Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain apabila tamat sekolah rendah (Keputusan Jemaah Menteri, 2003); dan banyak lagi program-program pendidikan diperluas.Perubahan paling signifikan dalam sejarah perkembangan pendidikan negara ialah penubuhan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) pada tahun 2004. Dengan pembahagian ini KPM dipertanggungjawabkan kepada pembangunan pendidikan prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, matrikulasi dan pendidikan guru.

1.2 : Perkembangan Pelajaran Masa Kini

Lihat 7 Dasar Baru KPM

1. KSSR2. Pentaksiran Berasaskan Sekolah3. MBMMBI4. 1 Murid 1 Sukan5. Transformasi Pendidikan Vokasional6. KSSM7. NKEA

BAB 4 : SISTEM PELAJARAN MASA KINI

1.1 : Pendidikan Pra Sekolah 1.2 : Program PERMATA 1.3 : Pendidikan Rendah1.4 : Pendidikan Menengah 1.5 : Pendidikan Khas 1.6 : Program Pendidikan Khas 1.7 : Sekolah Sukan 1.8 : Sekolah Seni 1.9 : Pembestarian Sekolah 2.0 : Pendidikan Pasca Menengah( Tertiari) 2.1 : Institusi Pengajian Tinggi 2.2 : Pendidikan Swasta 2.3 : Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2.4 : Sekolah Kluster2.5 : Sejarah Pendidikan Teknik & Vokasional

1.1 : Prasekolah

Prasekolah (bahasa Inggeris: pre-school) merupakan pilihan pendidikan bagi kanak-kanak sebelum memasuki sekolah.

Prasekolah merupakan sebahagian daripada sistem pendidikan Malaysia. Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan pendidikan prasekolah bagi membolehkan kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun memasuki persekolahan lebih awal, terutamanya kanak-kanak daripada golongan berpendapatan rendah.

Latar belakang

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

18 Disember 1991 - Mesyuarat Jemaah Menteri mengarahkan Kementerian Pelajaran Malaysia melaksanakan program prasekolah.27 Januari 1992 - Mesyuarat antara Kementerian. - Projek Rintis Pendidikan Prasekolah KPM (1,131 kelas).

Akta Pendidikan 1996Pendidikan Prasekolah dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan.Mesyuarat Jemaah Menteri pada 6 Jun 2001 mengarahkan dilaksanakan peluasan program Prasekolah oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Matlamat pendidikan prasekolahPendidikan prasekolah bertujuan menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan untuk masuk ke sekolah rendah.

KonsepPendidikan prasekolah adalah satu program yang menyediakan pengalaman pembelajaran kanak-kanak yang berumur 4-6 tahun dalam jangka masa satu tahun atau lebih sebelum masuk ke Tahun Satu di sekolah formal. Konsep yang digunakan ialah "Belajar Sambil Bermain" dengan menekankan "Pembelajaran Bertema". Kaedah pembelajaran ialah meliputi aktiviti kelas, aktiviti kumpulan dan aktiviti individu.

Keunikan prasekolah yang dianjurkan Kementerian Pelajaran Malaysia ialah aktiviti kumpulan yang berupaya meningkatkan kualiti kawalan emosi dan intelektual. Pendedahan terhadap aktiviti ini adalah bagi menyediakan asas yang kukuh bagi pembelajaran berkonsepkan sekolah bestari.

ObjektifMenyediakan pengalaman pembelajaran kepada murid-murid yang berumur antara 4 hingga 6 tahun bagi menyuburkan potensi mereka dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah

LokasiBangunan prasekolah anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia terletak di kawasan sekolah rendah.

PengurusanSetiap kelas prasekolah diurus oleh seorang guru dan seorang pembantu yang dilantik oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Gred jawatan bagi guru prasekolah ialah DG29 atau DG41 manakala gred jawatan bagi pembantu prasekolah ialah N17, yakni setaraf dengan jawatan Pembantu Tadbir.

MuridSetiap kelas mestilah tidak melebihi 25 orang kanak-kanak berumur 5 dan/atau 6 tahun. Kelayakan untuk memasuki prasekolah dikira berdasarkan pendapatan keluarga iaitu di bawah RM500. Walau bagaimanapun had itu boleh dinaikkan sekiranya masih terdapat kekosongan.

KurikulumKurikulum Pendidikan prasekolah dirangka dengan teliti bagi memenuhi keperluan dan tahap keupayaan kanak-kanak berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Mulai tahun 2002, semua pusat pembelajaran kanak-kanak samada diuruskan oleh Kementerian Pelajaran mahupun dikelolakan oleh pihak swasta mestilah mengikut sukatan pelajaran yang telah ditetapkan dan disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kriteria Pemilihan SekolahTiada operator tadika lain. Pihak kementerian mendapati di satu-satu kawasan itu tidak atau kurang mempunyai tadika/prasekolah samada oleh pihak swasta atau badan berkanun lain.

Kriteria Pemilihan Murid Warganegara Malaysia. Berumur 5 dan 5+ tahun. Setiap kelas 25 orang murid.

1.2 : PERMATA

Segalanya bermula pada suatu hari, hampir tiga tahun yang lalu, apabila peningkatan kadar jenayah dan masalah sosial menjadi semakin ketara di Negara ini. Datin Paduka Seri Rosmah cuba memikirkan jalan penyelesaian kepada masalah-masalah itu.

Pada pandangan bekas pelajar jurusan sosiologi ini, semestinya masalah berkenaan berakar daripada didikan semasa usia kanak-kanak.

Kerana begitu ‘terganggu’, beliau tidak boleh berhenti memikirkan bahawa ada sesuatu yang tidak kena. Barangkali ada sesuatu yang hilang semasa dalam proses membesar. Itulah yang membawa kepada tercetus idea untuk pelaksanaan Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak PERMATA.

Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kerja Dasar PERMATA Negara, apabila idea itu datang, beliau tidak teragak-agak untuk melaksanakannya, satu kerana matlamatnya ialah mahu melahirkan modal insan terbaik kepada negara dan satu lagi kerana tidak mahu lagi ‘terganggu’ dengan laporan-laporan jenayah disiarkan hampir saban hari.

Lantas, 25 individu profesional dalam pelbagai bidang, kepakaran dan latar belakang dicari untuk sama-sama mengumpul, mencari idea selain membantu merealisasikan hasrat murni berkenaan. Kumpulan profesional ini bukan calang-calang orang dan mereka juga senada bahawa pembentukan insan akan menjadi lebih berkesan sekiranya dimulakan lebih awal lagi

Kumpulan ini terdiri daripada mereka yang mempunyai kepelbagaian kepakaran, latar belakang, pendidikan dan pengalaman antaranya pakar kanak- kanak, ahli akademik, aktivis wanita dan aktivis masyarakat memulakan usaha ini dengan mengadakan kajian dan penyelidikan secara sukarela dan dapatannya lantas dijadikan input bagi pembangunan konsep pendidikan sedemikian.

Dan bagi menjayakan konsep pendidikan sedemikian, ia memerlukan satu pendekatan bersepadu yang melibatkan pelbagai pihak seperti ibu bapa, masyarakat setempat, pihak berkuasa tempatan dan ahli-ahli politik dapat dimanfaatkan bagi menjadikan kanak-kanak setempat yang agak mundur kepada yang lebih berjaya dan membanggakan.

Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) pula diberi tanggungjawab untuk menyediakan modul pembelajaran dan teknik pengajaran serta kursus penjagaan kanak-kanak kepada pendidik-pendidik di Pusat Anak PERMATA Negara.

Kurikulum PERMATAKurikulum PERMATA berbeza kerana ianya member penekanan kepada pembangunan kanak-kanak secara holistik dalam aspek kemahiran kognitif, sosio-emosi, komunikasi dan fizikal. Antara ciri-ciri penting dalam kurikulum PERMATA:-

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

1.3 : Pendidikan Sekolah Rendah

Walaupun kebanyakan ibubapa memilih untuk memulakan sistem pendidikan formal anak-anak mereka dari pendidkan pra-sekolah namun pada dasarnya, pendidikan yang diwajibkan di Malaysia bermula dari pendidikan sekolah rendah.

Pendidikan sekolah rendah adalah merupakan satu asas pembelajaran. Untuk tujuan ini, satu kurikulum yang seragam telah diwujudkan untuk memastikan kurikulum pendidikan nasional merangkumi subjek-subjek asas dan penting. Untuk mengukur prestasi kemajuan pelajar di tahap ini, satu peperiksaan yang dikenali sebagai UPSR (Ujian Pencapaian Sekolah Rendah) dilaksanakan di semua sekolah.

Pendidikan sekolah rendah bermula semasa kanak-kanak berusia enam tahun dan mengambil masa enam tahun sebelum melangkah ke pendidikan sekolah menengah. Ibubapa dikehendaki untuk mendaftarkan anak-anak mereka di mana-mana sekolah rendah berhampiran sebelum mereka mencapai umur tujuh tahun. Ini adalah untuk memastikan tempat dapat diperuntukkan dalam masa yang ditetapkan. Sila kunjungi sekolah-sekolah yang berdekatan di kawasan anda.

Ibubapa juga boleh memohon pertukaran anak-anak mereka ke sekolah lain di atas alasan-alasan tertentu.

1.4 : Pendidikan Sekolah Menengah

Pendidikan menengah merupakan tahap kedua peringkat pendidikan formal, di mana asas pendidikan yang telah diterapkan semasa pendidikan sekolah rendah dipertingkatkan dan diperkukuhkan lagi sebagai persediaan untuk menghadapi pendidikan tinggi ataupun latihan vokasional.

Pendidikan di tahap ini di kawal oleh Kementerian Pelajaran. Satu kurikulum yang seragam telah diaturkan bagi memastikan pembelajaran yang konsisten. Pada tahap ini, prestasi kemajuan para pelajar akan dinilai melalui beberapa peringkat peperiksaan am.

Persekolahan menengah pada lazimnya bermula pada umur tiga belas tahun dan berlanjutan sehingga enam tahun. Peralihan pelajar di dalam transisi daripada peringkat rendah ke menengah memerlukan pendaftaran yang berdasarkan pendidikan rendah mereka.

Di samping itu, pihak ibubapa boleh memindahkan anak-anak mereka ke sekolah lain jika mempunyai alasan-alasan yang kukuh.

1.5 : Pendidikan Khas

Pendidikan Khas ialah program yang dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan murid khas, termasuk penggunaan bahan khas, peralatan khas, teknik p & p mengikut tahap kebolehan & keupayaan pelajar:-

Perkembangan mental Kestabilan emosi Integrasi sosial

KANAK-KANAK KHASMerupakan kanak-kanak yang telah dikenal pasti dan disahkan oleh pakar professional klinikal sebagai mengalami masalah yang mengganggu proses pembelajaran.

“……… Kanak-kanak yang berbeza dari kanak-kanak sederhana atau biasa (1) dalam ciri-ciri mental (2) keupayaan-keupayaan deria (3) dalam ciri-ciri saraf dan otot atau fizikal (4) dalam tingkahlaku sosial atau emosi (5) dalam keupayaan komunikasi atau (6) dalam pelbagai kekurangan sehinggakan ia memerlukan amalan-amalan sekolah yang diubahsuai, atau perkhidmatan-perkhidmatan pendidikan khas , supaya ia boleh berkembang sehingga kemampuan yang maksimum ”.

1.6 : Program Pendidikan Khas

Program pendidikan khas di Malaysia dilaksanakan melalui:-1. Sekolah Khas 2. Progam pendidikan Khas Integrasi (pengasingan/inklusif) 3. Pemulihan Khas 4. Program Disleksia 5. Pendidikan Vokasional sekolah khas/integrasi(teknik/Vokasional)

KATEGORI PENDIDIKAN KHASKanak-kanak yang berada dalam program Pendidikan khas adalah mereka yang menghadapi masalah untuk belajar di dalam aliran biasa. Terdapat tiga aliran :

Masalah Pembelajaran Masalah Pendengaran Masalah Penglihatan

Sekolah Pendidikan Khas Pendidikan khas Kementerian Pelajaran Malaysia dilaksanakan melalui:

Sekolah Khas bagi murid bermasalah penglihatan dan bermasalah pendengaran. Program Pendidikan Khas Integrasi disediakan untuk murid-murid berkeperluan khas bermasalah pembelajaran, bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan. la diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan menengah dan sekolah menengah teknik/vokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara pengasingan dan separa inklusif.

Di antara program yang ditawarkan ialah:

PrasekolahSyarat kemasukan murid ke Program Prasekolah di Sekolah Pendidikan Khas ialah:berumur 6+ hingga 14+ tahun disahkan oleh pengamal perubatan dan boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain.

Pelajaran RendahSyarat kemasukan murid ke Program Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia ialah:berumur 6+ hingga 14+ tahun disahkan oleh pengamal perubatan dan boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain

Semua sekolah rendah pendidikan khas mengikuti aliran akademik. Kemudahan-kemudahan yang disediakan di peringkat sekolah rendah termasuklah asrama dan makan minum percuma. Murid yang mengikuti Program Pendidikan Khas Integrasi boleh mengikuti kurikulum kebangsaan atau kurikulum alternatif.

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

Pelajaran MenengahSyarat kemasukan murid ke Program Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia ialah:Berumur 13+ hingga 19+ tahun disahkan oleh pengamal perubatan dan boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain. Pelajaran menengah menyediakan 2 jenis aliran iaitu akademik dan vokasional.

Pendidikan Teknik dan Vokasionali) Sekolah KhasSekolah Menengah Pendidikan Khas Persekutuan Pulau Pinang menawarkan elektif mata pelajaran vokasional (MPV) manakala Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia.

ii) Program Pendidikan Khas Integrasi Masalah Pendengaran

Sekolah Menengah Vokasional (EAT) Azizah, Johor Baru Sekolah Menengah Teknik Langkawi, Kedah Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat, Johor Sekolah Menengah Vokasional Bagan Serai, Perak Sekolah Menengah Teknik Tanah Merah, Kelantan Sekolah Menengah Vokasional Keningau, Sabah

Tempoh PengajianTempoh belajar bagi murid-murid berkeperluan khas rendah adalah enam (6) tahun. Tempoh belajar bagi murid-murid berkeperluan khas menengah adalah lima (5) tahun. Tempoh ini boleh dilanjutkan hingga dua (2) tahun maksimum di mana-mana peringkat iaitu sarna ada rendah atau menengah mengikut keperluan murid berkenaan.

1.7 : Sekolah Sukan Malaysia (SSM)

Sekolah Sukan Malaysia (SSM) adalah sekolah elit khas untuk atlit-atlit di kalangan pelajar sekolah yang berpotensi untuk dikembangkan bakatnya ke tahap lebih cemerlang. Di samping pembelajaran berasaskan akademik, pelajar-pelajar dilatih mengikut bidang kemahiran sukannya. SSM ini di bawah kawalan Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Setakat ini terdapat dua buah Sekolah Sukan Malaysia (SSM) iaitu:1. Sekolah Sukan Bukit Jalil2. Sekolah Sukan Bandar Penawar

Sistem Pembelajaran

Pelajar-pelajar yang ditawarkan ke SSM ini diwajibkan tinggal di asrama. Sistem persekolahannya berbeza sedikit kerana untuk meningkat ketahanan mental dan disiplin pelajar.Berikut antara rutin kaedah kehidupan di sekolah sukan.

1.8 Sekolah Seni Malaysia

Sekolah Seni adalah merupakan satu usaha Kementerian Pelajaran meningkatkan potensi dan bakat pelajar dalam bidang kesenian di Malaysia. Ini membuka kepada kelahiran dua sekolah perintis iaitu Sekolah Seni Johor Bahru dan Sekolah Seni Kuching.

Visi Sekolah Seni Malaysia ini ialah untuk "menjadi pusat kecemerlangan pendidikan kesenian dan kebudayaan bagi melahirkan insan budayawan bertaraf dunia".

Mengikut sejarah awal, cadangan penubuhan kedua buah sekolah tersebut telah diputuskan dalam Persidangan Perancangan Strategik Kementerian Pelajaran Malaysia Tahun 2004. Y.B Dato’ Seri Hishamuddin Bin Tun Hussein, Menteri Pelajaran Malaysia mengumumkan penubuhan dua buah Sekolah Seni Malaysia di bawah Rancangan Ke-9 iaitu di negeri Sarawak dan Johor.

Konsep Sekolah Seni ialah sekolah yang membangunkan potensi dan bakat kesenian murid. Kurikulum kesenian di peringkat menengah rendah ini merangkumi empat bidang iaitu Seni Muzik, Seni Teater, Seni Tari dan Seni Visual. Selain empat komponen ini, kurikulum juga termasuk mata pelajaran kreativiti, kokurikulum, persembahan, sesi apresiasi dan rangkaian rakan seni. Kaedah penilaian yang dilaksanakan pula berasaskan kepada pemerhatian semasa pelajar menjalankan setiap aktiviti praktikal, teori dan nilai. Mata pelajaran yang ditawarkan ialah seperti berikut:

1. Bahasa Malaysia 2. Bahasa Inggeris 3. Sejarah 4. Pendidikan Islam 5. Sains 6. Matematik 7. Geografi 8. Seni Visual 9. Seni Tari 10. Seni Muzik 11. Seni Teater 12. Kreativiti

Setakat ini, kedua-dua sekolah seni ini beroperasi di premis sementara, iaitu:1. Sekolah Seni Johor Bahru2. Sekolah Seni Kuching, Sarawak

1. 9 : Pembestarian Sekolah

Pembestarian Sekolah merupakan proses berterusan ke arah meningkatkan lagi penggunaan ICT dalam pendidikan dengan memberi fokus pada peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran (P&P), keberkesanan pengurusan dan pentadbiran sekolah dan kompetensi guru. Program Pembestarian Sekolah juga memberi maksud mengaplikasikan konsep Sekolah Bestari iaitu sebagai satu institusi pembelajaran yang direka semula secara sistemik dari segi amalan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah untuk membantu murid-murid menghadapi era teknologi maklumat. Komponen utama Pembestarian Sekolah adalah berfokus kepada pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah berbantukan ICT. Proses Pembestarian Sekolah ini akan dapat melatih guru dan murid berkemahiran dalam bidang ICT. Justeru, kemahiran yang diperoleh dapat

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

melahirkan murid yang boleh mengamalkan pembelajaran akses kendiri (self-accessed), terarah kendiri (self-directed) dan kadar kendiri (self-paced).

Pengenalan Pembestarian

Sistem pendidikan sedia ada perlu dimantapkan selaras dengan perkembangan era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Beberapa penambahbaikan dalam pelbagai aspek perlu dilakukan supaya modal insan yang dilahirkan mampu berdaya saing dan relevan dengan kehendak semasa. Pewujudan Sekolah Bestari merupakan satu senario dalam pendidikan alaf baru di Malaysia dan bersesuaian dengan perkembangan teknologi, sosial serta budaya masa kini. Perkembangan seumpama ini memerlukan sesebuah institusi pendidikan menggabungkan serta memberikan penekanan terhadap beberapa aspek, antaranya pengajaran dan pembelajaran berbudaya fikir, pemusatan kepada pelajar, penggunaan bahan teknologi secara bijak, strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai, serta pengurusan sekolah yang efektif.

Sekolah bestari

Sekolah bestari merupakan satu konsep sekolah di Malaysia. Konsep ini akan membawa kepada pendemokrasian pendidikan sepenuhnya. Sekolah ini bukan hanya untuk mereka yang pintar tetapi ia merupakan cara bestari bagi menjamin setiap pelajar - kuat atau lemah, kaya atau miskin - mencapai potensi sepenuhnya dalam cara yang paling sesuai mengikut kadar dan gaya pembelajaran yang berlainan. Teknologi komputer akan membolehkan kepelbagaian dibina dalam sistem pendidikan.

Pada peringkat permulaan, empat mata pelajaran, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains, akan diperkenalkan di Sekolah Bestari dengan menggunakan teknolgi terkini sebagai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran. Semua bahan pengajaran dan pembelajaran disediakan dalam bentuk perisian yang direka oleh Pusat Pemkembangan Kurikulum bersama dengan Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Untuk menentukan kejayaan pelaksanaan konsep Sekolah Bestari, guru-guru di sekolah yang dipilih menjadi sekolah bestari, akan diberi latihan dalam perkhidmatan, khasnya dalam bidang pedagogi untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran melalui penggunaan teknologi terkini. Bagi sekolah-sekolah bestari yang ditubuhkan, tenaga pengajar dan pentadbirnya akan dipilih oleh Ketua Pasukan Bertugas Sekolah Bestari di bawah Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Perkembangan Sekolah Bestari telah menjadi satu arah-aliran dalam perkembangan pendidikan yang tidak dapat dielakkan dalam reformasi pendidikan di Malaysia. Sekolah Bestari ini merupakan sekolah satu-satunya dapat melahirkan pelajar-pelajar yang cerdik dan berpengetahuan, dan dijangkakan akan mampu bersaing apabila menghadapi cabaran-cabaran Wawasan Negara.

2.0 : Pendidikan Pasca Menengah( Tertiari)

Takrif Pendidikan Tertiari - PENDIDIKAN tertiari adalah peralihan selepas tamat pendidikan menengah, sebelum ke peringkat pendidikan tinggi.

PENDIDIKAN tertiari dalam konteks sistem pendidikan Malaysia adalah pendidikan selepas pendidikan menengah sehingga ke peringkat pendidikan tinggi. Pendidikan pada peringkat ini merangkumi program pendidikan di kolej komuniti, politeknik, institut latihan yang dikendalikan oleh agensi kerajaan dan swasta, universiti awam dan institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS).

Menurut Menteri Pendidikan, Tan Sri Musa Mohamad, menjelang tahun 2010 negara memerlukan 1.2 juta

tenaga profesional dan separa profesional dalam pelbagai bidang termasuklah bidang teknikal, perubatan, kesihatan dan perguruan untuk terus berdaya maju dan membina tapak ekonomi yang kukuh sebelum mencapai sepenuhnya taraf negara maju sedekad kemudian dalam tahun 2020.

Justeru itu dalam pembentangan pelan Pembangunan Pendidikan 2001-2010 baru-baru ini, Kementerian Pendidikan telah merangka strategi dan pelan tindakan yang perlu dilaksanakan segera dalam menghasilkan sumber manusia yang mampu menangani cabaran-cabaran globalisasi dan k-ekonomi ke arah mencapai tahap negara maju sepenuhnya.

Melalui pelan itu, tindakan segera yang digariskan oleh kementerian ialah penubuhan kolej komuniti di setiap kawasan Parlimen menjelang tahun 2010 setelah penubuhan 12 kolej sedemikian di kawasan Parlimen terpilih sebagai pelaksana rintis pada tahun ini.

Sebanyak 12 politeknik ditubuhkan menjelang tahun 2005 dan 12 buah lagi antara tahun 2006 sehingga 2010 serta meningkatkan kapasiti 5,000 pelajar bagi setiap satu politeknik sedia ada. Sejajar dengan itu penubuhan lebih banyak universiti awam untuk menampung 1.05 juta pelajar pada tahun 2005 dan 1.6 juta pelajar pada tahun 2010 juga akan dilaksanakan segera.

Penaikan taraf kolej universiti dan meningkatkan kapasiti universiti awam yang sedia ada segera dilaksanakan selain menggalakkan penubuhan lebih banyak kolej universiti melalui peningkatan taraf IPTS bukan bertaraf universiti dan menambah bilangan kolej universiti serta universiti swasta baru.

2.1 : IPTA

Bagi merealisasikan matlamat negara sebagai pusat kecemerlangan pengajian tinggi dan percambahan ilmu di rantau ini menjelang tahun 2020, pelbagai usaha dan tindakan telah dilakukan. Dengan tertubuhnya Universiti Malaya, era pengembangan ilmu di Malaysia sudah bermula.

Penubuhan IPTA di Malaysia

Universiti-universiti yang menjadi perintis kepada penubuhan IPTA di Malaysia ialah:

Universiti Malaya (UM) - Ditubuhkan pada tahun 1962 hasil daripada kertas cadangan Suruhanjaya Carr-Saunders yang bertujuan mewujudkan sebuah pusat umum di mana pelbagai kaum, agama dan ekonomi dapat bersama.Universiti Sains Malaysia (USM)- Penubuhan USM bermula dengan persetujuan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang terhadap resolusi penubuhan sebuah kolej universiti di negeri tersebut. USM ditubuhkan pada tahun 1969.Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)- Penubuhan UKM pada tahun 1970 membuktikan bahawa Bahasa Melayu boleh dijadikan sebagai bahasa pengantar di peringkat universiti dengan terbuktinya beberapa kejayaan yang telah dikecapi oleh universiti ini.

Percambahan dan Pengiktirafan IPTA di Malaysia

Dewasa ini, percambahan ilmu dan pengetahuan berlaku dengan cepat dan pantas. Maka, kerajaan telah mengambil beberapa langkah dengan mewujudkan beberapa universiti dan bidang pengajian yang baru bagi menyediakan sumber tenaga pakar selari dengan perkembangan industri di negara ini.

Universiti awam di Malaysia telah dikategorikan kepada tiga kumpulan iaitu:1. Universiti Penyelidikan

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

2. Universiti Komprehensif3. Universiti Berfokus

Kategori-kategori ini mencerminkan bidang dan jurusan utama yang ditawarkan oleh universiti-unversiti tersebut kepada para pelajarnya.

Selain itu, pengiktirafan antarabangsa yang diterima oleh Universiti Sains Malaysia (USM) sebagai Unversiti Apex merupakan satu pencapaian yang terbaik diterima oleh universiti awam di Malaysia. Dengan pencapaian ini, Malaysia telah mengorak langkah untuk menjadi pusat kecemerlangan pengajian tinggi serantau menjelang tahun 2020.

Pertumbuhan universiti-universiti IPTS yang semakin pesat membuatkan universiti awam perlu berdaya saing untuk menghasilkan modal insan yang sentiasa berdaya saing dan berpengetahuan luas bagi membantu dalam meningkatkan lagi ekonomi serta pembangunan negara seiring dengan Teras 4 dalam Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara iaitu Memperkasa Institusi Pengajian Tinggi.

Latar Belakang

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah ditubuhkan pada 27 Mac 2004 dan bermatlamat membangun serta mewujudkan persekitaran pengajian tinggi yang menggalakkan untuk menghasilkan pusat ilmu yang unggul, melahirkan insan yang kompeten, berinovasi serta berakhlak mulia dalam memenuhi keperluan negara dan antarabangsa.

KPT berperanan penting dalam melahirkan ekosistem pengajian tinggi yang terbaik di institusi pengajian tinggi awam (IPTA), institusi pengajian tinggi swasta (IPTS), politeknik dan kolej komuniti. Semua institusi ini merupakan komponen utama ekosistem pendidikan dan latihan negara yang akan melahirkan para pemikir, ilmuwan, sarjana, tenaga kerja mahir dan separa mahir sesuai dengan peranan masing-masing.

Bersesuaian dengan matlamat ini, KPT mempunyai tiga (3) jabatan bagi pengurusan institusi pengajian tinggi iaitu:

1. Jabatan Pengajian Tinggi (JPT) - menguruskan IPTA dan IPTS2. Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) - menguruskan Politeknik3. Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK) - menguruskan Kolej Komuniti

Usaha untuk mencapai matlamat ini turut disokong oleh agensi yang berperanan penting dalam pengajian tinggi iaitu:

Malaysian Qualification Agency (MQA) - badan tunggal yang menyelia dan menyelaras jaminan kualiti dan akreditasi pendidikan tinggi negaraPerbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) - badan yang mengurus pembiayaan untuk tujuan pendidikan tinggi.Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN)Teras Utama PSPTN

Dalam usaha mencapai matlamat pengajian tinggi negara, PSPTN dirangka dengan menggariskan tujuh (7) teras utama iaitu:

Teras 1

Meluaskan Akses dan Meningkatkan Ekuiti Pendemokrasian melalui meritokrasi kepelbagaian (50% akses pengajian tertiari; 33%

tenaga kerja berpendidikan tertiari)

Dana Pembangunan Modal Insan Pengajian Tinggi - biasiswa berprestij (pelajar cemerlang) dan biasiswa khas (kumpulan tertentu)

Teras 2

Menambah baik Kualiti Pengajaran dan Pembelajaran Dasar kebangsaan latihan pelajar dan sangkutan pensyarah di industri Penambahbaikan kurikulim berkala, kaedah pembelajaran interaktif dan Bahasa Inggeris

diperluaskan Graduan berketerampilan dan kebolehpasaran

100,000 PhD atau setaraf

Teras 3

Memperteguh Penyelidikan dan Inovasi Membina massa kritikal penyelidik (100 RSE bagi setiap 10,000 tenaga kerja) 6 buah Universiti Penyelidikan 20 pusat kecemerlangan diiktiraf antarabangsa Budaya inovasi di kalangan pelajar

10% hasil penyelidikan dikomersialkan

Teras 4

Memperkasa Institusi Pengajian Tinggi Satu (1) atau dua (2) buah Universiti Apex daripada kalangan IPT dalam tempoh terdekat Tiga (3) IPT di antara 100 universiti terbaik dan satu di antara 50 universiti terbaik di

dunia Kuasa autonomi mengikut KPI 75% pensyarah berkelayakan PhD

Penarafan IPT mengikut KPI

Teras 5

Mempergiat Pengantarabangsaan Jaringan kolaborasi di kalangan IPT luar negara Purata 10% keseluruhan enrolmen pelajar antarabangsa 5% pelajar antarabangsa dalam kursus kompetitif Pelajar pasca kedoktoran di IPT terbaik dunia (top schools) Purata 15% keseluruhan tenaga pengajar antarabangsa di Universiti Penyelidikan Mobiliti pelajar dengan pemindahan kredit

Biasiswa Antarabangsa Malaysia

Teras 6

Membudayakan pembelajaran sepanjang hayat Pengiktirafan pembelajaran sepanjang hayat (PSH) melalui MQF Pengiktirafan pembelajaran dan pengalaman terdahulu Peningkatan penyertaan golongan dewasa

Laluan alternatif dan mobiliti programTeras 7 Mengukuh sistem penyampaian Kementerian Pengajian Tinggi

KPT sebagai pemudah cara

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

Sistem penyampaian terbaik Keberkesanan pelaksanaan dan pemantauan KPI - berdasarkan prestasi Perbelanjaan berhemah

Pemilihan pengurusan tertinggi IPTA berdasarkan merit

2.2 : Pendidikan Swasta

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menyediakan segala kemudahan untuk proses pengajaran dan pembelajaran kepada semua kanak-kanak di Malaysia khususnya di sekolah-sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan. Antara kemudahan-kemudahan yang dimaksudkan termasuklah keselesaan bangunan, kerusi meja, buku teks, makmal komputer dan guru bertauliah serta bilangan guru yang mencukupi.

Seiring dengan hasrat kerajaan untuk menyediakan peluang pendidikan untuk semua, sektor swasta turut sama menyumbang kepada usaha tersebut. Banyak institusi pendidikan swasta atau ringkasnya IPS, beroperasi di seluruh negara bagi menyediakan peluang pendidikan kepada warganegara Malaysia dan juga warganegara antarabangsa.

Pendidikan swasta adalah pendidikan yang disediakan kepada pelajar oleh institusi pendidikan swasta. Institusi pendidikan swasta adalah institusi bukan bantuan Kerajaan dan ia dibiayai sepenuhnya oleh sektor swasta. Penubuhan, pengurusan dan pengoperasian institusi pendidikan swasta adalah tertakluk di bawah Akta Pendidikan 1996 dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya.

SEJARAH PERKEMBANGAN :-

Pendidikan swasta telah wujud di Malaysia semenjak tahun 1950an. Pada ketika itu banyak sekolah pondok didirikan untuk mengajar pelajar-pelajar sebagai persediaan untuk menyambung pelajaran di luar negeri khususnya dalam bidang agama. Pada awal 1970an, perkembangan semasa peranan dan fungsi sistem pendidikan telah mewujudkan sekolah swasta bagi menampung pelajar-pelajar untuk meneruskan pelajaran di peringkat menengah.

Tahun 1980an telah menyaksikan suatu perubahan yang penting di mana pendidikan swasta turut sama menyediakan peluang pendidikan di peringkat pendidikan tinggi sebagai alternatif kepada mereka yang tidak terpilih memasuki institusi-institusi pendidikan tinggi awam (IPTA). Pada hari ini pendidikan swasta di Malaysia telah berkembang dengan begitu pesat dengan penubuhan lebih banyak institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS) dan IPS.

KATEGORI INSTITUSI :-

Sistem pendidikan kebangsaan merangkumi daripada peringkat prasekolah hinggalah kepada peringkat pendidikan tinggi. Institusi pendidikan swasta secara amnya terdiri dari dua kategori utama yang dibahagikan mengikut peringkat pendidikan yang ditawarkan.

Institusi Pendidikan Swasta seperti sekolah swasta, sekolah antarabangsa, tadika, pusat-pusat kemahiran termasuk pusat bahasa, pusat tuisyen, pusat latihan komputer, pusat kemahiran teknikal dan pusat perdagangan adalah di bawah seliaan dan tanggungjawab Kementerian Pelajaran Malaysia.

Operasi institusi pendidikan swasta dibiayai sepenuhnya oleh sektor swasta. Walau bagaimanapun proses penubuhan dan pendaftaran, pengurusan dan operasi sesebuah IPS adalah tertakluk di bawah Akta Pendidikan 1996.

Kategori kedua merupakan institusi pendidikan tinggi swasta yang terdiri dari institusi pendidikan bertaraf kolej, kolej universiti dan universiti yang terletak di bawah kawalan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Ringkasnya dua kategori utama institusi tersebut adalah terdiri daripada Institusi Pendidikan Swasta yang di bawah seliaan KPM, dan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) yang di bawah seliaan KPTM. Kesemua institusi pendidikan berkenaan perlu berdaftar dengan Kementerian berkaitan terlebih dahulu sebelum dibenar beroperasi.

Institusi pendidikan yang tergolong dalam kategori ini menawarkan pendidikan dari peringkat pra sekolah, sekolah rendah hinggalah ke peringkat menengah. Jenis-jenis institusi pendidikan swasta dalam kategori yang perlu didaftarkan dengan Kementerian Pelajaran termasuklah:

1. Tadika swasta yang mengikuti Kurikulum Kebangsaan Prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia2. Sekolah rendah dan menengah swasta yang mengikuti Kurikulum Kebangsaan dan penilaian yang

dicadangkan3. Sekolah rendah dan menengah agama swasta yang mengikuti Kurikulum Kebangsaan4. Sekolah persendirian Cina yang mengikuti garis panduan Kementerian Pelajaran5. Sekolah Ekspatriat6. Sekolah Antarabangsa7. Pusat tuisyen yang menyediakan bantuan pelajaran kepada para pelajar mengikut Kurikulum

Kebangsaan8. Pusat bahasa, pusat latihan komputer, pusat kemahiran/ perdagangan, sekolah gaya pos dan lain-lain

2.3 : PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN 2006-2010

1.Membina bangsa negara2.Membangunkan modal insan3.Memperkasakan sekolah kebangsaan4.Memartarbatkan profesion keguruan5.Merapatkan jurang pendidikan6.Melonjakkan kercermerlangan institut pendidikan

Pendahuluan

Modal insan berminda kelas pertama merupakan salah satu kunci utama untuk membolehkan negara mencapai Wawasan 2020 yang telah digagaskan. Merekalah yang akan meningkatkan tahap produktiviti dan daya saing negara dalam mendepani cabaran dan tekanan besar persaingan abad ke 21. Agenda membina dan memupuk modal insan yang menjadi benih generasi masa depan ini amat bergantung kepada kualiti sistem pendidikan negara. Justeru, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 telah dirangka untuk melaksanakan dan merealisasikan satu sistem pendidikan yang holistik, progresif, bermoral dan bertaraf dunia. PIPP telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi pada 16 Januari 2007 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. PIPP 2006-2010 telah menggariskan enam teras iaitu membina Negara bangsa, membangunkan modal insan, memperkasakan Sekolah Kebangsaan, merapatkan jurang pendidikan, memartabatkan profesion keguruan dan melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan.

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

1. Membina negara bangsa

Pembinaan negara bangsa bagi sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysiaadalah amat penting terutama dalam era globalisasi yang membenarkan pengaliran secara bebas dan pantas bukan sahaja maklumat, modal serta manusia tetapi juga sistem nilai, budaya dan kepercayaan dari pelbagai negara. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai serta semangat patriotisme, lingua franca, integrasi, kewarganegaraan dan demokrasi.

Cabaran globalisasi dan liberalisasi menuntut perubahan dinamik dalam system pendidikan bagi melahirkan warganegara “glokal” yang bertindak bijak menghadapi cabaran globalisasi dan liberalisasi mengikut acuan local atau tempatan. Fokus utama dalam membina negara bangsa mencakupi usaha-usaha seperti memperkasakan bahasa kebangsaan sebagai asas perpaduan, integrasi nasional dan bahasa ilmu. Fokus lain ialah memupuk kecintaan terhadap seni, warisan dan budaya bangsa serta memupuk kefahaman yang jelas terhadap pendekatan Islam Hadhari dalam membentuk pemikiran kehidupan. Antara strategi untuk membina negara bangsa ialah :

Menggerakkan gelombang baru gerakan memperkasakan bahasa kebangsaan.Memantapkan pelaksanaan Dasar Buku Negara.Menyelaras peranan semua pihak terlibat untuk menggiatkan aktiviti kebahasaan, kesusasteraan, pengkaryaan, penterjemahan dan penerbitan.Mewujudkan bulan bahasa dan sastera negara dalam usaha memperkasakan bahasa kebangsaan.

Bagi memantapkan perpaduan negara dan integrasi nasional, pelbagai usaha akan dilaksanakan untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman rakyat agar menghormati Perlembagaan Malaysia, meningkatkan semangat patriotik melalui aktiviti kokurikulum dan menanam semangat hormat-menghormati sensitiviti masyarakat pelbagai kaum. Selain itu, memberi kefahaman menyeluruh tentang pentingnya semangat kejiranan ke arah perpaduan dan integrasi nasional turut dititikberatkan. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) turut menyusun program bagi memupuk kecintaan terhadap seni, warisan dan budaya melalui kurikulum kesenian, membina sekolah seni, meningkatkan kerjasama dengan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KEKWA) serta membudayakan penggunaan tulisan jawi. Bagi memupuk kefahaman yang jelas tentang pendekatan Islam Hadhari, pelbagai aktiviti untuk bimbingan melalui siri ceramah, seminar dan penerbitan bahan bacaan berkaitan Islam Hadhari akan dilaksanakan.

2. Membangunkan modal insan

Pembangunan modal insan bertujuan memastikan anak bangsa Malaysia mempunyai ilmu pengetahuan serta kepakaran tinggi bagi penyediaan guna tenaga dalam pelbagai jenis pekerjaan. Di samping itu, para pelajar akan dilengkapi kemahiran, komunikasi berkesan, kebolehan menggunakan teknologi komunikasi maklumat (ICT) dengan baik, berupaya berfikir secara kreatif dan kritis serta mampu bertindak secara rasional, mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat, mempunyai nilai tinggi serta berupaya menjadi pemimpin berkesan dalam keluarga dan masyarakat. Bagi mencapai dasar dan matlamat tersebut, fokus pembangunan modal insane sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) adalah :

Mengadakan lebih banyak pilihan pendidikan kepada ibu bapa dan pelajarKPM akan meneruskan kewujudan pelbagai jenis sekolah, aliran, mata pelajaran dan bidang pengkhususan. Pendaftaran Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Sekolah Agama Negeri (SAN) akan diteruskan. Pelaksanaan mata pelajaran vokasional (MPV) di sekolah-sekolah akan diperluaskan. Peruntukan belanja mengurus akan ditingkatkan bagi sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan.Meningkatkan keupayaan dan minat pelajar untuk menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran

Pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) akan dikaji

semula agar lebih menekankan kemahiran berfikir aras tinggi. Budaya cintakan ilmu pengetahuan akan dipupuk dengan menggalakkan tabiat membaca. Penerbitan dan penterjemahan pelbagai jenis bahan bacaan sama ada dalam bentuk bercetak atau bukan bercetak akan dipergiatkan. Bagi menjayakan Program Pembestarian Sekolah, infrastruktur yang mencukupi akan disediakan seperti komputer, televisyen dan cakera video digital (DVD). Bagi memastikan program ini dapat beroperasi dengan lancar, program latihan dan bimbingan akan diadakan iaitu Latihan Asas Penggunaan Komputer, Latihan Penggunaan Komputer untuk pengajaran dan pembelajaran (P&P), Latihan Penggunaan Perisian Khusus dan latihan Penggunaan Televisyen Pendidikan (TVP) dalam P&P. Beberapa pendekatan P&P baru akan diperkenalakn supaya menarik minat para pelajar seperti program F1 Technology Challenge dan Robotik.

Memupuk pelajar supaya memiliki kemahiran dan ketrampilan

Kemahiran berkomunikasi merentas kurikulum dan kokurikulum dengan memperbanyakkan aktiviti literasi dan secara langsung akan dipergiatkan. MPV akan diperluas di sekolah-sekolah selain memastikan pelajar menguasai kemahiran ICT. Bagi membina penampilan diri yang positif, aktiviti bina diri seperti kerja berpasukan dan pembinaan karakter akan diperbanyakkan. Ceramah, seminar, motivasi dan bengkel berunsur pembangunan insan akan ditingkatkan bagi memupuk nilai-nilai murni, budi bahasa dan adab di kalangan pelajar. Kerja amal dalam masyarakat setempat seperti di rumah orang tua dan anak yatim juga akan diperbanyakkan. Aspek keselamatan, kesihatan dan kebersihan (3K) turut diberi keutamaan. Program Amalan Kebersihan Sekolah turut dimantapkan sepanjang RMK-9.

Memantapkan sistem pentaksiran dan penilaian supaya lebih holistik

KPM akan mengubah penekanan peperiksaan awam daripada berasaskan kandungan kepada kemahiran atau daripada bersifat ujian kepada kebolehan am. Bilangan mata pelajaran dalam peperiksaan awam juga akan dikurangkan bagi mata pelajaran tertentu. Sistem penggal akan dikaji semula dan digantikan dengan sistem semester bagi menjadikan suasana persekolahan tidak berorientasikan peperiksaan. Bagi memantapkan kualiti system pentaksiran dan penilaian, standard prestasi kebangsaan bakal diperkenalkan untuk dibandingkan dengan standard negara lain.

Memantapkan program kokurikulum dan sukan

Budaya bersukan dan kokurikulum akan diterapkan kepada pelajar dengan menyediakan kemudahan serta peralatan sukan yang mencukupi di semua sekolah tidak kira lokasinya. KPM akan bekerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Majlis Sukan Negara (MSN) untuk melaksanakan program pembangunan sukan lebih menyeluruh di samping mengenal pasti sekolah yang dapat dijadikan Pusat Sukan Daerah dan Negeri. Bagi meningkatkan semangat patriotik, Rukun Negara akan dipelajari dan dihayati dari peringkat awal persekolahan. Penubuhan Kelab Rukun Negara akan dilaksanakan di sekolah rendah dan menengah.

Memperkukuh disiplin pelajar

Kempen Anti Buli, Kempen Anti Ponteng, kempen melibatkan penglibatan ibu bapa dalam Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta Kempen Pencegahan Salah Laku akan di perhebatkan. Program Pendidikan Keselamatan Jalan Raya 2005 akan dilaksanakan di sekolah rendah secara berperingkat dengan menerapkannya ke dalam mata pelajaran bahasa Melayu.

Mempercepat perkhidmatan sistem aduan masalah disiplin denganmempelbagaikan saluran aduan terus. Saluran aduan terus akan dipelbagaikan termasuk talian terus, e-mail, faks dan khidmat pesanan ringkas (SMS).

Memantapkan kurikulum

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

Pelaksanaan j-QAF kepada murid Islam dan Pendidikan Moral kepada bukan Islam akan diperluaskan. Selain itu, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan akan diperluas pelaksanaannya ke Tahap Dua sekolah rendah dan sekolah menengah.

Meningkatkan kerjasama KPM dengan pelbagai agensi. Ini akan dilakukan dengan menjalankan pelbagai aktiviti bagi membangunkan modal insan.

3. Memperkasakan Sekolah Kebangsaan

Dalam PIPP, tumpuan memperkasakan Sekolah Kebangsaan (SK) diberi kepada sekolah rendah. Ini kerana SK berperanan penting sebagai tapak untuk menyemai serta memupuk perpaduan di antara kaum dari peringkat awal persekolahan. Ciri-ciri SK perkasa ialah :

Infrastruktur lengkap dan berkualiti.Pemimpin dan guru cekap, terlatih dan berkualiti, semua pelajar menguasai 3M.Beraspirasi nasional.Menawarkan bahasa Cina dan bahasa Tamil.Pencapaian akademik cemerlang.Sistem sokongan yang kuat dan mencukupi.Iklim dan budaya sekolah yang sihat.Penawaran dan pelaksanaan kurikulum berasaskan pelanggan.Penawaran dan pelaksanaan kokurikulum yang berkesan.Pencapaian sahsiah pelajar cemerlang.

4. Merapatkan jurang pendidikan di luar bandar

PIPP bakal merapatkan jurang pendidikan antara lokasi dengan membangunkan infrastruktur dan kemudahan pendidikan luar bandar di seluruh negara. Selain itu, ia turut memfokuskan peningkatan kadar penyertaan dan mengurangkan risiko keciciran pelajar. Tumpuan akan diberi kepada sekolah-sekolah di pedalaman Sabah dan Sarawak. KPM turut memfokuskan untuk mengurangkan jurang pencapaian akademik dengan menambah bilangan komputer, TV Pendidikan, video teleconferencing, SchoolNet, makmal komputer, kemudahan perkakasan, pengisian dan tenaga kerja. Ini akan mengurangkan jurang digital yang wujud di kalangan murid dan guru luar bandar. Beberapa langkah telah dikenal pasti untuk meningkatkan penyertaan Orang Asli dan minoriti iaitu meningkatkan penguasaan 3M (membaca, menulis dan mengira).

5. Memartabatkan profesion perguruan

Guru-guru yang baru menamatkan pengajian perguruan dari maktab atau institusi pengajian tinggi akan diwajibkan berkhidmat di kawasan pedalaman dahulu tanpa sebarang pengecualian. KPM akan menambah baik insentif dan mewujudkan skim insurans khusus kepada guru yang berkhidmat di pedalaman selain menyediakan rumah guru dan kemudahan asas yang sempurna. Kurikulum Institut Pendidikan Guru (IPG) secara berpusat akan digubal bagi memberi penekanan kepada elemen baru dalam kurikulum pendidikan guru. Ia akan memberi focus kepada membangunkan infrastruktur yang meliputi Pusat Maklumat Latihan Keguruan, Sistem Penyaluran, rangkaian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), Portal Pendidikan Guru dan Total Campus Management System. Guru tugas-tugas khas bakal menikmati elaun baru apabila PIPP 2006-2010 dilaksanakan sepenuhnya. Pelbagai keistimewaan bakal dilaksanakan seperti mewujudkan laluan pantas untuk kenaikan gred DG berasaskan merit dan prestasi akan dilaksanakan, kemudahan tempat tinggal di kawasan pedalaman dan Bandar besar akan disediakan dan menempatkan guru mengikut opsyen dan keperluan.

6. Melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan

Bagi melonjakkan lagi kecemerlangan institusi pendidikan dalam system pendidikan negara, dasar KPM adalah untuk mengadakan pendekatan, piawaian

dan penanda aras yang lebih tepat serta bersesuaian dengan ciri dan keperluan kluster institusi pendidikan yang ada iaitu mengikut bidang khusus (niche areas) masing-masing. Hal ini kerana pada masa ini terdapat pelbagai jenis sekolah dalam sistem pendidikan negara. Institusi-institusi model yang dapat dijadikan contoh akan dibangunkan supaya dapat dijadikan showcase di peringkat antarabangsa. Ia bertujuan untuk membuktikan keupayaan sistem pendidikan negara di samping membantu usaha untuk menjadikan Malaysia Pusat Kecemerlangan Pendidikan. Dalam pada itu, sebanyak 300 buah institusi pendidikan yang menyerlah dan cemerlang dalam kluster institusi pendidikan tertentu akan dikenal pasti dan dipilih mengikut elemen berikut :

Elemen utama (pencapaian purata, kokurikulum).Elemen sokongan (pengurusan dan pentadbiran sekolah, ketrampilan guru, pengurusan kewangan yang cekap, penglibatan ibu bapa dan masyarakat).

Kesimpulan

Dengan termeterainya PIPP 2006-2010, diharapkan bidang pendidikan bukan sahaja dapat melahirkan modal insan yang berpengetahuan, kuat fizikal dan cerdik minda tetapi juga mempunyai nilai-nilai yang sempurna dan murni untuk memikul amanah bagi membantu memajukan negara. Modal insan yang mempunyai celik minda dan nilai-nilai ditambah sangat penting untuk melakukan anjakan besar selain mampu bersaing untuk berjaya. Negara perlu melahirkan lebih ramai Ulul-Albab (pemikir) yang bersyukur kerana mereka merupakan golongan yang mampu melaksanakan amanah bagi membawa kebaikan kepada negara.

2.4 : Sekolah Kluster

Sekolah Kluster ialah sekolah yang bertaraf tinggi antara sekolah-sekolah lain di Malaysia. Sehingga kini, beberapa buah sekolah telahpun diisytiharkan sebagai sekolah kluster sejak 30 Mac 2007.

Latar BelakangPenubuhan Sekolah Kluster terkandung dalam Bab 9 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang telah dilancarkan pada 16 Januari 2006. Pewujudan Sekolah Kluster adalah berdasarkan pendekatan kedua PIPP iaitu untuk mengembangkan sepenuhnya potensi sekolah dalam kluster kecemerlangan yang mekanismenya dinyatakan dalam Teras Strategik Ke-6, Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan. Tinjauan literatur menunjukkan bahawa amalan mengelompokkan sekolah dilaksanakan di luar negara untuk peningkatan kualiti pendidikan. Pengelompokan yang dilaksanakan di luar negara adalah berasaskan lokaliti ataupun kecemerlangan.

DefinisiSekolah kluster ialah satu jenama yang diberi kepada sekolah yang dikenal pasti cemerlang dalam klusternya daripada aspek pengurusan sekolah dan kemenjadian murid. Pewujudan sekolah kluster bertujuan melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia dan membangun sekolah yang boleh dicontohi oleh sekolah dalam kluster yang sama dan sekolah lain di luar klusternya.

TujuanSekolah Kluster diwujudkan bagi melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia.

PelaksanaanTerdapat tiga jawatankuasa yang ditubuhkan bagi melaksanakan konsep sekolah kluster. Jawatankuasa tersebut ialah:-

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

Jawatankuasa Pemilihan Sekolah - dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran MalaysiaPanel Penasihat- dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr. Abdul Rahman ArshadJawatankuasa Pelaksana - dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Jabatan Sekolah)

Pelaksanaan sekolah kluster adalah berasaskan kepada proses desentralisasi yang melibatkan pengupayaan sekolah menerusi pemberian autonomi terpimpin. Pandangan stakeholder seperti PIBG, Alumi, pemimpin sekolah dan guru turut diambil kira dalam pelaksanaan sekolah kluster. Mereka telah terlibat secara langsung dalam Bengkel Autonomi Sekolah Kluster Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah diadakan pada 19-20 Mac 2007. Panel Penasihat Sekolah Kluster pula akan membantu menyumbangkan kepakaran mereka bagi memastikan pelaksanaan sekolah kluster dapat berjalan dengan jayanya.

Kriteria pemilihanPemilihan sekolah kluster akan dibuat berdasarkan kepada kluster berikut:

1. Sekolah Rendah yang terdiri daripada Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dan Sekolah Orang Asli.

2. Sekolah Menengah yang terdiri daripada Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Harian, Sekolah Premier, Sekolah Seratus Tahun, sekolah dalam persekitaran Putrajaya dan Cyberjaya, dan Sekolah Model Khas.

3. Sekolah Rendah Pendidikan Khas (SPK) dan Sekolah Menengah Pendidikan Khas (SMPK), dan Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional (SMPKV).

4. Sekolah Antarabangsa dan Sekolah Swasta5. Institusi lepas menengah seperti Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru (IPG)

Pemilihan sekolah tersebut perlu memenuhi prasyarat dan syarat berikut:

Prasyarat PertamaPengukuran Standard Sekolah:Sekolah mestilah mencapai sekurang-kurangnya Taraf Cemerlang berdasarkan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM)

Prasyarat KeduaKecemerlangan Kurikulum (Sekolah Menengah)

Gred Purata Sekolah (GPS) untuk peperiksaan awam PMR dan SPM 3 tahun berturut-turut:

SBP : GPS 2.5 dan ke bawahSMKA : GPS 3.0 dan ke bawahSMT : GPS 4.0 dan ke bawahSM Harian : GPS 4.0 dan ke bawah

Kecemerlangan Kurikulum (Sekolah Rendah):Sekolah Rendah Harian : 80% dan ke atas murid lulus semua mata pelajaran dalam UPSR, atauPeratus kelulusan menunjukkan peningkatan; atauGPS UPSR : 2 dan ke bawah

Syarat pemilihan1. Kecemerlangan murid dalam aspek:2. Akademik

3. Kokurikulum4. Sahsiah5. Pengurusan sekolah berwawasan dan berkesan.6. Pembangunan sumber terurus dan digunakan secara optimum.7. Pemimpin sekolah mengamalkan kepimpinan berkualiti.8. Pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.9. Iklim sekolah kondusif untuk pembangunan modal insan.10. Keberkesanan pelaksanaan program KPM11. Sekolah berwatak

Sekolah yang memenuhi prasyarat dan syarat yang ditetapkan di atas boleh mengemukakan permohonan dan prosedur pemilihan adalah seperti berikut:

Langkah 1: Penerimaan pencalonanLangkah 2: Penilaian menggunakan instrumen SKPM dan AnnexLangkah 3: Penentuan standard (standard fixing) oleh JK Pelaksana Sekolah KlusterLangkah 4: Kesahan calon dalam Mesyuarat Hal-hal ProfesionalLangkah 5: Calon dimaklumkan kepada Lembaga PenasihatLangkah 6: Pengumuman oleh YB Menteri Pelajaran

2.5 : SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL DI MALAYSIA *pengkhususan bidang

1.0 PENGENALAN

Perubahan era globalisasi masa kini menjadikan pendidikan teknik dan vokasional salah satu agenda utama negara terhadap pembangunan negara melalui visi dan misi negara iaitu Wawasan 2020 dalam mencapai taraf negara maju pada tahun 2020. Oleh itu, dalam usaha mencapai taraf negara maju tersebut beberapa perkara perlu diambil perhatian oleh pihak tertentu iaitu yang pertama, penambahan tenaga kerja dalam bidang berkaitan teknik dan vokasional dan yang kedua penambahan institusi pendidikan teknik dan vokasional. Namun demikian, tahukah anda bagaimana pendidikan teknik dan vokasional di Malaysia ini berkembang bagi merealisasikan impian negara?. Maka, dalam kajian ini akan mengupas sejarah perkembangan teknik dan vokasional di Malaysia.

2.0 PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL DI ZAMAN IMPERIALISME BARAT

2.1. Sebelum Zaman Kolonialisme British

Pendidikan di Tanah Melayu bermula sejak kewujudan Empayar Melaka lagi sewaktu perkembangan ajaran Islam ke rantau Asia Tenggara. Masyarakat pada ketika itu, menuntut ilmu berpusatkan rumah-rumah guru dan surau-surau. Selepas berlaku pertambahan bilangan anak murid maka wujudkan sekolah pondok dengan sukatan berdasarkan kurikulum Masjid Al-Haram di Makkah.

Reformasi kecil telah berlaku setelah kehadiran Portugis pada tahun 1511 apabila mereka telah memperkenalkan pendidikan berasaskan agama Kristian mazhab Roman Katolik. Kemudian, apabila Melaka jatuh ke tangan Belanda pula, menyebabkan berlakunya perubahan daripada mazhab Katolik ke mazhab Protestant di Melaka pada ketika itu.

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

Kebanyakkan masyarakat pada ketika itu menerima ilmu kemahiran secara tidak formal seperti kemahiran berladang atau berkebun, bersawah, bertukang kayu dan logam, membuat keris dan kerja-kerja kraftangan seperti anyaman.

2.2. Semasa Zaman Kolonialisme British

2.2.1. Sebelum Perang Dunia Kedua

Semasa British menjajah Tanah Melayu, British telah mengategorikan sistem pendidikan kepada lima peringkat iaitu:• Pendidikan Rendah• Pendidikan Menengah• Latihan Perguruan• Pendidikan Teknik dan Vokasional• Pendidikan Tinggi

Pendidikan teknik dan vokasional turut diberi perhatian oleh kerajaan British pada ketika itu. Sejarah perkembangannya bermula pada tahun 1900. Orang-orang Melayu yang berkemahiran dalam seni menganyam, menyulam dan mengukir diambil untuk menjadi tenaga pengajar di sekolah-sekolah Melayu yang berdekatan dengan Kuala Lumpur.

Kemudian, pada tahun 1905 Sekolah Teknik Treacher Kuala Lumpur telah dibuka untuk memberi latihan kepada pembantu-pembantu teknik di Jabatan Kerja Raya, Jabatan Ukur dan Keretapi Tanah Melayu. Pada tahun 1918 pula, Suruhanjaya Pendidikan Teknik dan Industri telah dibentuk untuk mengkaji keperluan pelajaran vokasional dan teknik di Negeri-negeri Tanah Malayu.

Pada tahun 1923, Pusat Latihan Pertanian telah ditubuhkan bagi memberi latihan kepada orang Melayu mengenai cara-cara berladang dan berkebun. Kemudian, pada tahun 1926, Sekolah Teknik telah ditubuhkan dan kemudiannya pada tahun 1941 statusnya telah ditukar ke Maktab Teknik dan dinaik taraf menjadi Universiti Teknologi Malaysia pada tahun 1972. Bagi memberi pendidikan yang lebih mendalam kepada Pegawai-pegawai pertanian, Sekolah Pertanian telah diwujudkan pada tahun 1931 di Serdang, Selangor dan kemudian dinaik taraf sebagai Kolej Pertanian sebelum diiktiraf sebagai Universiti Pertanian Malaysia pada tahun 1972 dan hari ini dikenali sebagai Universiti Putra Malaysia.

2.2.2. Selepas Perang Dunia Kedua

Beberapa dasar telah diperkenalkan oleh British dalam pendidikan di Tanah Melayu selepas menghadapi Perang Dunia Kedua bagi memantapkan sistem pendidikan dan kepentingan politik mereka di Tanah Melayu.

British telah memperkenalkan Laporan Barnes (1951) yang telah dipengerusikan oleh L.J. Barnes yang merupakan Pengarah Bahagian Latihan Sosial, Universiti Oxford telah menyatakan hasrat untuk mendirikan sekolah vokasional moden yang mengutamakan matapelajaran Sains, Seni Perusahaan dan Sains Rumah Tangga. Namun, rancangan beliau gagal kerana laporan beliau gagal untuk mencadangkan penambahbaikan kepada sekolah-sekolah Melayu tanpa merombak semula sistem pendidikan secara keseluruhan.

Menyedari bahawa masyarakat cina di Tanah Melayu juga ingin mejaga kepentingan mereka, maka satu laporan yang dikenali sebagai Laporan Fenn-Wu (1952) telah diperkenalkan oleh Dr. Fenn yang merupakan Setiausaha Kerja Bersekutu kepada Lembaga Amanah bagi beberapa buah universiti di China dan beliau telah dibantu oleh Dr.Wu yang merupakan petugas di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Dalam laporan ini, sekolah cina ingin meminta bantuan pusat dan latihan perguruan untuk masyarakat cina.

Melihat kepada laporan-laporan yang telah dibentangkan, maka kerajaan British telah mengambil jalan tengah dengan memperkenalkan satu ordinan yang dikenali sebagai Ordinan Pelajaran 1952. Ordinan ini telah mengkaji kedua laporan dan mengambil keputusan untuk memperkenalkan sekolah kebangsaan, bahasa Melayu dan Inggeris diperkenalkan di sekolah-sekolah jenis kebangsaan, sekolah aliran Ingeris dikekalkan, pendidikan agama Islam dijalankan untuk murid-murid beragama Islam, dan penubuhan Sekolah Menengah Vokasional dicadangkan dan termaktub sebagai Polisi Pelajaran Kebangsaan.

3.0 SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH TEKNIK dan VOKASIONAL DAN PERTUKANGAN

Penubuhan sekolah teknik bermula pada tahun 1905. Sekolah teknik pertama ialah Sekolah Teknik Treacher yang dikelolakan oleh Jabatan Kerjaya Raya Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Tujuan penubuhan sekolah teknik ini adalah untuk melahirkan pembantu-pembantu jurteknik di Jabatan Kerja Raya, Jabatan Keretapi Tanah Melayu dan Jabatan Ukur.

Pada tahun 1914, telah berlaku perang dunia kedua menyebabkan semua jabatan-jabatan tersebut ditutup. Sekolah teknik juga turut ditutup. Pada tahun 1918, sekolah teknik telah dibuka semula dan telah diambil alih oleh Jabatan Pelajaran pada tahun 1931. Sekolah teknik ini telah menerima pelajar-pelajar dari agensi swasta pada tahun 1933. Antara kursus yang diperkenalkan ialah kejuruteraan awam, kejuruteraan mekanikal dan kejuruteraan ukur.Sekolah pertukangan atau Trade School bermula pada tahun 1926 dengan tertubuhnya 4 buah sekolah pertama di Kuala Lumpur. Guru terdiri daripada orang eropah yang ditadbir oleh seorang pengetua dibawah kelolaan Jabatan Pelajaran. Bertujuan untuk melahirkan mekanik-mekanik terlatih untuk memenuhi keperluan di Jabatan Keretapi dan di sekolah-sekolah untuk mata pelajaran pertukangan. Murid akan mengikuti kursus selama 3 tahun. Latar belakang murid kebanyakkannya merupakan pelajar yang gagal untuk meneruskan pelajaran ke sekolah menengah. Tiga mata pelajarn menjadi teras iaitu seni perusahaan, sains pertanian dan sains rumah tangga.

4.0 PENUBUHAN POLITEKNIK DI TANAH MELAYU

Pada tahun 1964, Bahagian Pendidikan Teknikal dan Vokasional (BPTV), Kementerian Pelajaran Malaysia telah ditubuhkan dan dipertanggungjawab untuk mempromosikan pendidikan teknikal dan vokasional. Bahagian ini seterusnya diberi status jabatan dan dinamakan Jabatan Pendidikan Teknikal (JPTek) pada tahun 1995. Selain merangka polisi, jabatan baru ini juga bertanggungjawab menentukan halatuju pendidikan teknikal dan vokasional selaras dengan program pengindustrian dan modernisasi Negara. Satu badan khusus telah ditubuhkan bertanggungjawab dalam mengurus politeknik iaitu Bahagian Pengurusan Politeknik.

Pendidikan Politeknik mula diperkenalkan di Malaysia melalui Pelan Colombo pada tahun 1969 dengan penubuhan politeknik pertama iaitu Politeknik Ungku Omar, Ipoh. Ini dikukuhkan lagi melalui satu resolusi yang telah dipersetujui oleh Jemaah Kabinet dalam Pelan Perlaksanaan Pendidikan (1979) dan Pelan Industri Kebangsaan pada tahun 1985 – 1995. Keputusan Jawatankuasa Kabinet mengenai latihan(1991) sekali lagi memberi ruang kepada penambahan bilangan politeknik dan penawaran kursus-kursus bagi memenuhi permintaan tenaga separa profesional dalam bidang kejuteraan, perdagangan dan hospitaliti.

Perubahan struktur kabinet kerajaan Malaysia pada tahun 2004 telah mengubah pengurusan politeknik daripada Kementerian Pelajaran Malaysia ke kementerian baru iaitu Kementerian Pengajian Tinggi dimana pengoperasian politeknik diletakkan di bawah Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) yang ditubuhkan pada Tahun 2005. Bermula 1 September 2007, Bahagian Pengurusan Politeknik dikenali sebagai Sektor Pengurusan Politeknik dan diketuai oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan Politeknik), Tn Hj Mokhlis bin Jaafar.

5.0 PENUBUHAN BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional ( BPTV )ditubuhkan pada tahun 1964. Pada awalnya, penubuhan bahagian ini berfungsi untuk memastikan kesinambungan polisi pendidikan dan perkembangan Pendidikan teknik dan vokasional di Malaysia.

Antara bidang operasi yang terdapat di BPTV pada ketika itu ialah menyediakan perkhidmatan dalam penyelidikan, perancangan, pelaksanaan, pengkoordinasian, pengawasan dan pemantauan perkembangan pendidikan teknik dan vokasional sebagai agensi pusat untuk Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional. Dalam usaha menyelaraskan setiap bidang operasi yang ada di BPTV maka tujuh buah unit diwujudkan, iaitu:1. Unit Ketukangan Kejuruteraan2. Unit Perdagangan3. Unit Ekonomi Rumah Tangga (ERT)4. Unit Sains Pertanian5. Unit Kursus Pendek6. Unit Politeknik7. Unit Pentadbiran Pada tahun 1986, unit di dalam BPTV telah bertambah menjadi sepuluh unit iaitu:1. Unit Kejuruteraan Awam2. Unit Kejuruteraan Elektrik3. Unit Kejuruteraan Mekanikal4. Unit Perdagangan5. Unit ERT6. Unit Sains Pertanian7. Unit Pembangunan8. Unit Pengurusan pelajar9. Unit Pengurusan10. Unit PentadbiranBahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional dinaik taraf dan bertukar nama sebagai Jabatan Pendidikan Teknikal pada tahun 1995.

6.0 PENUBUHAN MAKTAB PERGURUAN TEKNIK

Selaras dengan syor-syor dalam Penyata Razak dan Penyata Rahman Talib tentang pendidikan teknik dan vokasional, Jawatankuasa Penyemak Dasar Pelajaran 1960 mencadangkan sebuah maktab perguruan teknik ditubuhkan selewat-lewatnya pada tahun 1962. Oleh itu dalam bulan Jun 1960, Kerajaan Persekutuan telah bersetuju untuk mendapatkan pakar teknik dari Kanada bagi mengkaji penubuhan maktab perguruan teknik di negara ini.

Kemudian pada bulan Jun 1961, dengan kerjasama Kerajaan Kanada melalui Rancangan Colombo, dua orang pakar pendidikan teknik dan vokasional Kanada iaitu Encik C.C. Aschroft, pakar kejuruteraan dan bekas Pengetua Maktab Perguruan Teknik Ontario, Kanada dan Encik D.T. Dingwell, bekas guru teknik di Junior Technical Trade School, Kuala Lumpur (1956-1958) telah datang ke negara ini untuk membuat kajian. Hasilnya, mereka telah mengesyorkan kepada kerajaan beberapa langkah yang perlu diambil termasuklah anggaran perbelanjaan pembinaan bangunan, reka bentuk bangunan, bengkel, makmal, kurikulum dan sebagainya.Berikutan itu, satu perjanjian kerjasama lima tahun telah ditandatangani antara Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan Kerajaan Kanada. Mengikut perjanjian tersebut, Kerajaan Kanada bertanggungjawab untuk menyediakan tenaga pengajar, merangka data kursus dan menganjurkan latihan untuk kakitangan tempatan di Kanada.

Dengan itu lahirlah Maktab Perguruan Teknik (MPT) pada 17 Mei 1962, selepas tibanya sekumpulan guru teknik dan vokasional dari Kanada yang diketuai oleh Encik B.F. Addy. Bangunan MPT yang pertama terletak di Jalan

Damansara, Kuala Lumpur. Bangunan ini adalah bekas bangunan Kolej Perempuan Melayu (Malay Girl's College) yang telah berpindah ke Seremban, Negeri Sembilan. Kemudian pada akhir tahun 1967 apabila perkhidmatan kakitangan dari Kanada tamat, semua tanggungjawab untuk mengurus maktab ini diambil alih oleh pegawai-pegawai tempatan.

Peranan maktab ini telah menjadi bertambah penting dengan terlaksananya Sistem Pelajaran Aneka Jurusan dalam tahun 1965 yang memperkenalkan empat mata pelajaran baru di peringkat sekolah menengah rendah, iaitu Seni Perusahaan, Sains Pertanian, Perdagangan dan Sains Rumah Tangga.

MPT mula mengendalikan Kursus Pertukangan pada awal tahun 1970, apabila jabatan berkenaan di Maktab Perguruan Pertukangan di Kuantan dipindahkan ke sini. Pada tahun 1972 kursus Pengajian Perdagangan pula dimulakan apabila Jabatan Pengajian Perdagangan Maktab Perguruan Ilmu Khas dipindahkan ke maktab ini dalam usaha menggabungkan jurusan teknik dan vokasional.

MPT juga telah mengendalikan latihan perguruan dalam tiga komponen kursus Kemahiran Hidup: Ekonomi Rumah Tangga, Kemahiran Manipulatif Tambahan dan Pertanian sejak 1989 sehingga kursus-kursus tersebut dipindahkan ke Maktab Perguruan Batu Pahat dalam tahun 1992.

Mulai tahun 2006, MPT dinaiktarafkan dengan kemampuan menganugerakan Ijazah Perguruan kepada para pelajarnya. Ia mula dikenali sebagai Institut Perguruan Teknik (IPTKL).

7.0 PENUTUP

Bagi merealisasikan impian negara iaitu menjadikan Malasia sebgai negara maju menjelang tahun 2020, maka pelbagai perubahan perlu dibentuk berdasarkan pengalaman-pengalaman yang lalu. Kita hendaklah memastikan bahawa setiap perancangan dan tindakan selari dengan dasar yang telah digariskan oleh kementerian seperti Dasar Pendidikan Kebangsaan, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan sebagainya.

Setiap guru perlu membuat anjakan dalam proses pembelajaran dan pengajaran selari dengan perubahan globalisasi yang berlaku. ICT merentas kurikulum boleh dipraktikkan oleh guru sebagai salah satu bahan bantu mengajar di dalam kelas.

BAB 5 : KURIKULUM

1.1 : Teori Pendidikan 1.2 : Kurikulum Prasekolah 1.3 : Kurikulum Baru Sekolah Rendah 1.4 : Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah 1.5 : Kurikulum Kursus Perguruan Lepasan Ijazah 1.6 : Pengurusan Kurikulum 1.7 : Program JQAF 1.8 : Kia2M

1.1 : Teori Pendidikan dan Kurikulum

Kurikulum memiliki keterkaitan yang sangat erat dengan teori pendidikan. Suatu kurikulum disusun dengan mengacu pada satu atau beberapa teori kurikulum dan teori kurikulum dijabarkan berdasarkan teori pendidikan

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

tertentu. Nana S. Sukmadinata (1997) mengemukakan 4 (empat ) teori pendidikan, yaitu : (1) pendidikan klasik; (2) pendidikan pribadi; (3) teknologi pendidikan dan (4) teori pendidikan interaksional.

1.Pendidikan klasik (classical education),Teori pendidikan klasik berlandaskan pada filsafat klasik, seperti Perenialisme, Eessensialisme, dan Eksistensialisme dan memandang bahwa pendidikan berfungsi sebagai upaya memelihara, mengawetkan dan meneruskan warisan budaya. Teori pendidikan ini lebih menekankan peranan isi pendidikan dari pada proses. Isi pendidikan atau materi diambil dari khazanah ilmu pengetahuan yang ditemukan dan dikembangkan para ahli tempo dulu yang telah disusun secara logis dan sistematis. Dalam prakteknya, pendidik mempunyai peranan besar dan lebih dominan, sedangkan peserta didik memiliki peran yang pasif, sebagai penerima informasi dan tugas-tugas dari pendidik.Pendidikan klasik menjadi sumber bagi pengembangan model kurikulum subjek akademis, yaitu suatu kurikulum yang bertujuan memberikan pengetahuan yang solid serta melatih peserta didik menggunakan ide-ide dan proses ”penelitian”, melalui metode ekspositori dan inkuiri.

2.Pendidikan pribadi (personalized education).Teori pendidikan ini bertolak dari asumsi bahwa sejak dilahirkan anak telah memiliki potensi-potensi tertentu. Pendidikan harus dapat mengembangkan potensi-potensi yang dimiliki peserta didik dengan bertolak dari kebutuhan dan minat peserta didik. Dalam hal ini, peserta didik menjadi pelaku utama pendidikan, sedangkan pendidik hanya menempati posisi kedua, yang lebih berperan sebagai pembimbing, pendorong, fasilitator dan pelayan peserta didik.Teori ini memiliki dua aliran yaitu pendidikan progresif dan pendidikan romantik. Pendidikan progresif dengan tokoh pendahulunya- Francis Parker dan John Dewey - memandang bahwa peserta didik merupakan satu kesatuan yang utuh. Materi pengajaran berasal dari pengalaman peserta didik sendiri yang sesuai dengan minat dan kebutuhannya. Ia merefleksi terhadap masalah-masalah yang muncul dalam kehidupannya. Berkat refleksinya itu, ia dapat memahami dan menggunakannya bagi kehidupan. Pendidik lebih merupakan ahli dalam metodologi dan membantu perkembangan peserta didik sesuai dengan kemampuan dan kecepatannya masing-masing. Pendidikan romantik berpangkal dari pemikiran-pemikiran J.J. Rouseau tentang tabula rasa, yang memandang setiap individu dalam keadaan fitrah,– memiliki nurani kejujuran, kebenaran dan ketulusan.Teori pendidikan pribadi menjadi sumber bagi pengembangan model kurikulum humanis. yaitu suatu model kurikulum yang bertujuan memperluas kesadaran diri dan mengurangi kerenggangan dan keterasingan dari lingkungan dan proses aktualisasi diri. Kurikulum humanis merupakan reaksi atas pendidikan yang lebih menekankan pada aspek intelektual (kurikulum subjek akademis),

3.Teknologi pendidikan,Teknologi pendidikan yaitu suatu konsep pendidikan yang mempunyai persamaan dengan pendidikan klasik tentang peranan pendidikan dalam menyampaikan informasi. Namun diantara keduanya ada yang berbeda. Dalam tekonologi pendidikan, lebih diutamakan adalah pembentukan dan penguasaan kompetensi atau kemampuan-kemampuan praktis, bukan pengawetan dan pemeliharaan budaya lama. Dalam konsep pendidikan teknologi, isi pendidikan dipilih oleh tim ahli bidang-bidang khusus. Isi pendidikan berupa data-data obyektif dan keterampilan-keterampilan yang yang mengarah kepada kemampuan vocational . Isi disusun dalam bentuk desain program atau desain pengajaran dan disampaikan dengan menggunakan bantuan media elektronika dan para peserta didik belajar secara individual. Peserta didik berusaha untuk menguasai sejumlah besar bahan dan pola-pola kegiatan secara efisien tanpa refleksi. Keterampilan-keterampilan barunya segera digunakan dalam masyarakat. Guru berfungsi sebagai direktur belajar (director of learning), lebih banyak tugas-tugas pengelolaan dari pada penyampaian dan pendalaman bahan.Teknologi pendidikan menjadi sumber untuk pengembangan model kurikulum teknologis, yaitu model kurikulum yang bertujuan memberikan penguasaan kompetensi bagi para peserta didik, melalui metode pembelajaran

individual, media buku atau pun elektronik, sehingga mereka dapat menguasai keterampilan-keterampilan dasar tertentu.

4.Pendidikan interaksional,Pendidikan interaksional yaitu suatu konsep pendidikan yang bertitik tolak dari pemikiran manusia sebagai makhluk sosial yang senantiasa berinteraksi dan bekerja sama dengan manusia lainnya. Pendidikan sebagai salah satu bentuk kehidupan juga berintikan kerja sama dan interaksi. Dalam pendidikan interaksional menekankan interaksi dua pihak dari guru kepada peserta didik dan dari peserta didik kepada guru. Lebih dari itu, interaksi ini juga terjadi antara peserta didik dengan materi pembelajaran dan dengan lingkungan, antara pemikiran manusia dengan lingkungannya. Interaksi ini terjadi melalui berbagai bentuk dialog. Dalam pendidikan interaksional, belajar lebih sekedar mempelajari fakta-fakta. Peserta didik mengadakan pemahaman eksperimental dari fakta-fakta tersebut, memberikan interpretasi yang bersifat menyeluruh serta memahaminya dalam konteks kehidupan. Filsafat yang melandasi pendidikan interaksional yaitu filsafat rekonstruksi sosial.

Pendidikan interaksional menjadi sumber untuk pengembangan model kurikulum rekonstruksi sosial, yaitu model kurikulum yang memiliki tujuan utama menghadapkan para peserta didik pada tantangan, ancaman, hambatan-hambatan atau gangguan-gangguan yang dihadapi manusia. Peserta didik didorong untuk mempunyai pengetahuan yang cukup tentang masalah-masalah sosial yang mendesak (crucial) dan bekerja sama untuk memecahkannya.

TEORI-TEORI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

TEORI BEHAVIOURISME

Teori ini dikenali umum dengan aliran mazhab tingkah laku yang mengutamakan pembelajaran kemahiran tertentu khususnya kemahiran fizikal. Mengikut Pavlov (1962), setiap rangsangan menimbulkan gerakbalas dan berlaku pembelajaran apabila terdapat perkaitan antara ransangan dan gerakbalas. Pembelajaran yang berlaku kerana ada perkaitan antara dua rangsangan dinamakan pelaziman. Teori Skinner pula menekankan peneguhan positif dan peneguhan negatif bertujuan untuk menambahkan kebarangkalian berulangnya sesuatu tingkahlaku dana bukan untuk menghentikannya. Peneguhan positif ialah untuk menentukan tingkah laku positif dengan maklumbalas yang positif. Contohnya, pujian terhadap murid-murid yang memberikan jawapan yang betul. Peneguhan negatif pula diberi untuk memberi kesan yang tidak menyeronokkan atau tidak menyenangkan seseorang individu Kesimpulannya, teori behaviourisme memberi fokus terhadap tingkahlaku yang ingin dilihat, diukur dan dinilai. Tingkahlaku ini boleh dibentuk melalui persekitaran dan peneguhan yang diberi.

TEORI KOGNITIF

Teori kognitif lebih menumpukan kepada aspek pemikiran pelajar. Setiap pelajar mempunyai kebolehan mental untuk mengelola, menyimpan dan mengeluarkan semula segala pembelajaran lanjutan atau untuk menyelesaikan masalah. Menurut Bloom (1950), aras pengetahuan terbahagi kepada 6 iaitu:1. Pengetahuan 2. Kefahaman3. Aplikasi4. Analisis 5. Sintesis 6. Penilaian

Teori Pembelajaran Gagne

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

Teori pembelajaran Gagne juga dikenali sebagai teori pemprosesan maklumat. Mengikut Gagne, organisma menerima pelbagai jenis rangsangan daripada persekitarannya secara sedar dan tidak sedar. Rangsangan ini akan diterima dan diproses oleh deria-deria orgnisma. Setiap individu akan menilai input daripada persekitarannya, mentafsirkannya dan memindahkannya kepada tindakbalas tertentu. Rangsangan diproses oleh sistem saraf untuk dikenali dan diletakkan dalam bahagian otak ingatan jangka Gagne juga mengatakan bahawa pembelajaran dan penyampaian isi pengajaran mesti bergerak daripada aras paling mudah kepada yang lebih kompleks. Beliau mengemukakan 8 fasa yang melibatkan proses pembelajaran : i) motivasiii) kefahamaniii) pemerolehan iv) penahananv) mengingat kembali vi) generalisasi vii) pelakuan ix) maklum balas

TEORI KONSTRUKTIVISME

Teori konstruktivisme pada dasarnya menekankan pembinaan konsep yang asas sebelum konsep itu dibangunkan dan kemudiannya diaplikasikan apabila diperlukan . Menurut Brooks (1998), manusia membentuk pemikiran dan membina pemahaman berdasarkan peristiwa yang mereka alami sebelum ini. Ini merujuk kepada teori konstruktivisme yang menekankan pembinaan konsep melalui pengetahuan lepas. Menurut Jones (1997) pula, konstruktivisme ialah proses menambah dan mensintesis maklumat baru berpandukan pengetahuan sedia ada untuk mendapatkan satu maklumat baru. Kesimpulannya, konstruktivism ialah proses membuat analisis dan menilai maklumat baru diterima berdasarkan pengetahuan yang sedia ada dan menggunakan pengalaman individu untuk menjana suatu maklumat baru. Hasilannya, individu tersebut akan membentuk pemahamannya sendiri dan suatu konsep tertentu berhubung pengetahuan dan maklumat berkenaan.

Prinsip-prinsip Konstruktivisme

1. Pengetahuan dibina pelajar.2. Pemahaman dibentuk melalui analisis dan sintesis pengalaman lalu.3. Aktiviti pembelajaran menggabungkan 3 domain iaitu domain kognitif, domain afektif dan domain psikomotor.

4. Refleksi membantu membentuk pengetahuan dan pemahaman. 5. Pelajar berperanan menentukan pembelajaran sendiri. 6. Hasilan pembelajaran adalah pelbagai dan sukar hendak dijangka. 7. Menggalakkan pelajar berfikir dan mencuba idea baru. 8. Menyokong dan mencabar pemikiran seseorang pelajar.

Guru perlu mengenalpasti cara untuk mengaitkan pengajaran dengan pengetahuan sedia ada pelajar supaya pelajar dapat menggambarkan perkara yang diajar dan memudahkan mereka untuk faham . Menurut Sells dan Glasgow (1998), konstruktivism menekankan penerokaan dan penemuan kendiri melalui aktiviti penyelesaian masalah. Oleh itu, teori ini sesuai digunakan untuk gaya pembelajaran reflektif kerana pelajar mengaitkan pengetahuan dan pengalaman lepas untuk membentuk pemahaman baru. Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan ialah melalui perbincangan, perdebatan, eksplorasi, pembinaan dan kolaboratif.

Teori Sosial

Mazhab sosial pula menyarankan teori pembelajaran dengan menggabungkan teori mazhab behavioris bersama dengan mazhab kognitif. Teori ini juga dikenali sebagaiTeori Perlakuan Model. Albert Bandura, seorang tokoh mazhab sosial ini menyatakan bahawa proses pembelajaran akan dapat dilaksanakan dengan lebihberkesan dengan menggunakan pendekatan ‘permodelan’. Beliau menjelaskan lagi bahawa aspek pemerhatian pelajar terhadap apa yang disampaikan atau dilakukanoleh guru dan juga aspek peniruan oleh pelajar akan dapat memberikan kesan yang optimum kepada kefahaman pelajar.

TEORI MULTIPLE INTELLIGENCE

Menurut Alick (1999), teori multiple intelligence diperkenalkan oleh Howard Gardner. Teori ini mencadangkan 8 jenis kecerdasan yang mungkin dimiliki oleh setiap individu yang boleh membantu pembelajaran mereka iaitu:

Jenis Sifat

Linguistik

Pelajar menggunakan bahasa secara berkesan dan mempunyai keupayaan auditori yang optimum. Belajar paling baik melalui pendengaran .Tidak membina gambaran mental . Suka bercakap .Gemar membaca, bermain teka kata dan penulisan

Logikal Pemikiran secara konsep, abstrak. Berkebolehan menjelajahi dan menghubungkait .Gemar pembuktian, pengiraan, permainan berasaskan logik dan menyelesaikan puzzle

Bodily / KinestheticGemar pergerakan aktif dalam pembelajaran. Mempunyai kemahiran berkomunikasi melalui body language dan aktiviti fizikal. Cemerlang dalam aktiviti 'hands-on' . Sukar memberi tumpuan dan fokus.

Visual / spatialPerlukan visual untuk membina kefahaman . Belajar paling berkesan melalui gambar dan imej . Menukar apa yang dibaca dan didengar kepada gambaran mental. Cemerlang dalam pembelajaran bilik darjah.

Muzik Sensitif terhadap irama dan bunyi .Boleh belajar dengan muzik latarbelakang

Interpersonal Suka berinteraksi dengan individu lain . Belajar paling baik melalui aktiviti berkumpulan.

Intrapersonal Sensitif . Belajar paling baik secara individu

Naturalist Mampu berinteraksi dengan persekitaran

Teori Humanisme

Mazhab humanis pula berpendapat pembelajaran manusiabergantung kepada emosi dan perasaannya. Seorang ahli mazhab ini, Carl Rogers menyatakan bahawa setiapindividu itu mempunyai cara belajar yang berbeza denganindividu yang lain. Oleh itu, strategi dan pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran hendaklah

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

dirancang dan disusun mengikut kehendak danperkembangan emosi pelajar itu. Beliau juga menjelaskan bahawa setiap individu mempunyai potensi dan keinginanuntuk mencapai kecemerlangan kendiri. Maka, guru hendaklah menjaga kendiri pelajar dan memberi bimbingan supaya potensi mereka dapat diperkembangkan ke tahap optimum.

Model Robert Glazer

Robert Glaser mengemukakan model pengajarannya dengan membahagikan proses pengajaran kepada empat komponen utama iaitu objektif pengajaran, pengetahuan sedia ada pelajar, kaedah mengajar dan penilaian. Beliau juga menekankanmaklum balas pelajar sebagai aspek penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut beliau, objektif pengajaran harus ditentukan sesuai dengan pengetahuan sediaada pelajar. Kemudian, kaedah mengajar harus dipilih berdasarkan objektif pengajaran dan pengetahuan sedia ada pelajar. Seterusnya, penilaian harus dijalankan ke atas segalaproses pengajaran dengan tujuan untuk mengesan kelemahan, agar guru dapat mengubahsuai proses pengajarannya, demi meningkatkan keberkesanan pengajaran pada masa hadapan. Kesimpulannya, Model Pengajaran Robert Glaser dibinaberlandaskan konsep pengajaran sebagai suatu proses yang menitikberatkan langkah-langkah pengajaran iaitu perancangan, pelaksanaan, penilaian dan maklum balas.

Model Taba

Model Pengajaran Taba pula menekankan penyusunan bahan-bahan pengajaran dalam suatu sistem yang sesuai yang dapat meningkatkan kemahiran berfikir pelajar. Penyusunan maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah diutamakandalam model ini. Model ini menerangkan bahawa seseorang pelajar melakukan operasi kognitif ke atas bahan pengajaran atau pemilihan sesuatu konsep haruslah dilakukan melalui empat peringkat seperti berikut; menyusun data atau fakta dengan memerhati ciri-ciri persamaan dan perbezaan, menggolong dan mengelas fakta-fakta menjadi kategori dan memberi label kepadanya, membuat generalisasi atau kesimpulan atas hubungan-hubungan antara kategori-kategori itu, dan mengaplikasi generalisasi yang diperolehi. Rumusannya, dengan merujuk kepada model ini, guru dapat merancang pengajaran dengan membahagikan topik kepada generalisasi, konsep dan fakta-fakta yang berguna untuk menentukan kaedah pengajaran yang sesuai.

Model Latihan Terus

Model Arahan Terus pula merupakan satu model pengajaran yang bertujuan untuk membantu pelajar mempelajari ilmu pengetahuan atau kemahiran asas yang boleh diajar dengan cara langkah demi langkah. Model ini juga dikenali sebagai ‘Model Latihan’ dan ‘Model Pengajaran Aktif’. Model ini dibentuk khas untuk merangsang pembelajaran pelajar berkaitan pengetahuan berprosedur (procedural knowledge) yang memerlukan sama ada kemahiran asas atau komprensif dan juga berkaitan ilmu pengetahuan yang memerlukan pengajaran langkah demi langkah. Model ini menekankan aspek pemerhatian pelajar terhadap apa yang ditunjukkan oleh guru sebelum pelajar melakukannya semula.

Model Inkuiri

Model Inkuiri pula merangkumi segala proses soal selidik untuk mendapatkan jawapan atau kesimpulan

daripada soalan, atau daripada masalah yang dikemukakan. Aktiviti soal selidik ini memerlukan pelajar mengenal pasti soalan bermasalah, membentuk hipotesis, merancang aktiviti kajian, manjalankan kajian atau siasatan dan seterusnya mendapatkan jawapan dan membuat rumusan. Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, terdapat dua jenis teknik inkuiri iaitu ‘inkuiri terbimbing’ dan ‘inkuiri terbuka’. Inkuiri terbimbing memerlukan guru membimbing pelajar menjalankan segala proses kajian. Inkuiri jenis ini sesuai dilaksanakan pada peringkat sekolah rendah dan menengah. Dalam inkuiri terbuka, pelajar tidak diberi sebarang bimbingan. Segala proses kajian dijalankan olehpelajar sendiri. Oleh itu, ianya sesuai dilaksanakan pada peringkat pengajian yang lebih tinggi seperti di universiti. Kesimpulannya, model inkuiri ini amat berguna bagimendapatkan maklumat dan pengetahuan baru dalam pelbagai bidang khususnya bidang pendidikan.

Aplikasi Teori dalam Rekabentuk Perisian PPBK

Pada peringkat awal perisian ini , khususnnya set induksi akan memperkenalkan objektif -objektif pembelajaran akan diperlihatkan bagi membolehkan pengguna mengetahui dan membuat pemilihan sama ada sesuai untuk dirinya atau sebaliknya . Dalam teori behaviorisme, set induksi diperlukan untuk membolehkan pengguna khususnya pelajar menunjukkan tindakbalas dan kesediaan mereka untuk mempelajari cara-cara membina laman web dengan MS Frontpage 2000.Oleh itu, kami aka menggunakan bimbingan, latihan,ganjaran dan pengukuhan bagi menarik minat pengguna untuk terus menggunakannya sehingga ke penghujung perisian.Soalan-soalan berbentuk kuiz akan disediakan bagi menguji kefahaman. Setiap jawapan yang betul akan diberikan ganjaran seperti mana yang dinyatakan dalam teori behaviorisme.Ini akan membentuk peneguhan positif seterusnya akan masuk dalam ingatan bagi tempoh yang lama.

Untuk mempraktikkan teori kognitif, perisian ini akan menggunakan bahasa yang mudah difahami dan ringkas bagi menyusun fakta mengikut turutan mudah kepada yang lebih sukar.Di samping itu kami akan cuba mengaitkan dengan memberikan contoh yang berkaitan dengan persekitaran mereka dalam kehidupan seharian.Dengan ini akan membantu pelajar mudah mengingati pengetahuan yang dipelajari.

Teori kontruktivisme juga akan dipraktikkan oleh pelajar semasa menggunakan perisian PPBK kerana mereka terpaksa melakukan "hand-on" .Pelajar bebas memilih mana-mana tajuk dan boleh berpindah-randah dari satu tajuk ke tajuk yang lain dengan menggunakan butang navigasi yang disediakan.Dengan menggunakan bantuan multimedia, sudah tentu teori multiple intelligences akan diaplikasikan bagi membantu menyokong persembahan yang lebih baik dari segi gaya dan teknik penyampaian sesuatu pengetahuan atau kemahiran lebih-lebih disokong oleh bunyi,video,animasi dan latar yang sesuai.Pembelajaran hyperteks yang berpusatkan pelajar digunakan dan terpulang kepada pelajar untuk menentukan tajuk yang hendak dimulakan dahulu.

Perbezaan Instruksi:Behaviorisme, Kognitivisme & Konstruktivisme

Aspek Behaviorisme Kognitivisme Konstruktivisme

Fokus Pengajaran Berfokuskan pembentukan Berfokus kepada transmisi Berfokuskan pembinaan

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

tingkah laku pelajar proses pemikiran pelajar mental realiti pelajar.

Instruksi & Manipulasi

Pengajar memanipulasikan perubahan tingkah laku dengan pengukuhan terpilih

Pengajar memanipulasikan proses pemikiran pelajar dengan membekalkan model mental yang perlu diikuti oleh pelajar.

Pengajar fasilitasikan pemodelan konseptual pelajar. Pengajar mesti memahami struktur kognitif sedia ada pada pelajar dan membekalkan aktiviti pembelajaran yang sesuai untuk membantu pelajar membina pengetahuannya.Menggunakan konteks dan strategi yang benar serta coaching. Mencipta pelbagai persekitaran untuk pelajar agar ia dapat melatih berfikir dengan berbagai-bagai kaedah. Hasilnya ialah pelajar yang lebih bersedia untuk menangani situasi berbeza-beza.

Realiti Yang dipromosikan

Realiti pelajar adalah konvergen - semua realitinya dipusatkan kepada satu realiti yang sama.Pengajaran berpusatkan realiti tersebut

Realiti pelajar adalah konvergen.

Realiti pelajar adalah divergen. Pelajar digalakkan untuk memajukan realiti yang berbeza-beza.

1.2 : Kurikulum Prasekolah

MODUL KONSEPTUAL KURIKULUM KEBANGSAAN PRASEKOLAH

Kurikulum prasekolah berasaskan empat prinsip iaitu :

i. Perkembangan diri secara menyeluruh dan bersepadu - memberi fokus kepada penyuburandari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Potensi murid hendaklah dikembangkan secara bersepadu kerana setiap aspek perkembangan saling mempengaruhi antara satu sama lain. Individu yang seimbang dan harmonis memiliki:

Kepercayaan kepada Tuhan Ilmu pengetahuan Kemahiran asas Akhlak mulia Emosi yang stabil kesihatan dan kecerdasan

ii. Pembelajaran yang menggembirakan - memberi penekanan kepada minat dan semangat untuk belajar. Semangat ini akan dapat dipupuk melalui suasana dan persekitaran pembelajaran yang

menarik, selesa, mencabar dan menggembirakan. Suasana yang kondusif untuk belajar dengan sendirinya memupuk semangat cinta akan ilmu pengetahuan yang akan menjadikan seseorang itu berfikiran luas dan terbuka.

iii. Pengalaman pembelajaran yang bermakna memberi penekanan kepada penglibatan murid secara aktif dalam aktiviti sebenar supaya mereka dapat mengaitkan pembelajaran dengan pengalaman kehidupan seharian . Usaha ini akan menghasilkan pembelajaran yang berkesan dan bermakna.iv. Pendidikan sepanjang hayat adalah suatu usaha yang berterusan untuk memperolehan dan pemindahan pengetahuan , nilai murni dan kemahiran . Pengalaman pendidikan prasekolah yang mengembirakan dan bermakna akan dapat mengekalkan minat untuk terus belajar dalam diri sesorang sejak kecil hingga ke akhir hayat.Perkembangan murid akan dicapai melalui enam komponen pembelajaran yang dilaksanakan secara bersepadu . Komponen tersebut adalah seperti beriku:

Bahasa dan Komunikasi Perkembangan Kognitif Kerohanian dan Moral Perkembangan Sosioemosi Perkembangan Fizikal dan Kreativiti dan Estatika

Penekanan diberi kepada bahasa yang merentas semua komponen kerana penguasaan bahasa penting dalam proses pembelajaran . Penguasaan kemahiran bahasa boleh diperoleh melalui kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Penguasaan kemahiran bahasa akan membantu murid berfikir, memahami sesuatu konsep, berimaginasi, melahirkan idea, berinteraksi dan berkomunikasi secara lisan.Pelaksanaan kurikulum adalah secara bersepadu yang dirancang melalui Amalan Bersesuaian dengan Perkembangan kanak-kanak (ABP)ABP ialah satu pendekatan yang menekankan kepada penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan umur, perkembangan diri, kebolehan, bakat serta minat murid.Pendekatan kurikulum berfokus kepada hasil pembelajaran ( outcome-based learning) iaitu memberi penekanan kepada apa yang murid perlu tahu, faham dan buat serta amalkan, hasil daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna aktiviti pembelajaran memberi penekanan kepada apa yang harus diperoleh dan dicapai oleh murid.Melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang fleksibel dan bersepadu, murid dapat menguasai dan memperoleh ciri-ciri berikut:

Kecekapan berbahasa dan berkomunikasi Kemahiran berfikir Berakhlak mulia dan beretika Berkeyakinan dan berdisiplin Sihat dan cergas dan imaginatif, kreatif dan ekspresif.

1.3 : Kurikulum Baru Sekolah Rendah ( KBSR )

Berdasarkan Laporan Jawatankuasa Kabinet yang mengkaji perlaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan (1979), Rancangan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)mula dilaksanakan di semua sekolah rendah di seluruh negara

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

mulai tahun1983. Rancangan KBSR ini menekankan penguasaan terhadap kemahiran asas 3M iaitu membaca , menulis dan mengira.Di samping itu juga, ia juga memberi tumpuan terhadap perkembangan individu secara menyeluruh yang meliputi aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS).Pada tahun1989, Rancangan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pula diperkenalkan di semua sekolah menengah. KBSM ini dirancang untuk memperkembangkan potensi individu daripada aspek JERIS secara menyeluruh dan bersepadu dalam usaha untuk melahirkan pelajar yangberilmu, berakhlak mulia serta berupaya memberi sumbangan kepada kemajuan , kesejahteraan serta pembangunan negara. Walaubagaimanapun, faktor utama Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang berasaskan 3M iaitu membaca, menulis dan mengira pada tahun 1983 yang menjurus kepada kurikulum bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1989. Matlamat utama kurikulum baru ini adalah untuk melahirkan individu yang seimbang dari segi ilmu pengetahuan dan kemahiran yang sesuai dan mempunyai moral serta nilai etika yang kukuh;

KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH ( KBSR )

1. Matlamat Pendidikan PersekolahanMatlamat pendidikan persekolahan adalah untuk memastikan perkembangan potensi pelajar secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu dan meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia.

2. Matlamat KBSR Matlamat pendidikan sekolah rendah adalah untuk memastikan perkembangan potensi murid secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Perkembangan ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia.

3. Objektif KBSR Bagi mencapai matlamat tersebut, pendidikan di peringkat rendah bertujuan untuk membolehkan untuk membolehkan murid:

i. menguasai bahasa Melayu sesuai dengan kedudukannya sebagai Bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi negara;ii. menguasai kemahiran asas berbahasa iaitu bertutur, membaca dan menulis dalam bahasa pengantar sekolah;iii. menguasai asas yang kukuh dalam kemahiran mengira dan menggunakannya dalam menyelesaikan masalah harian;iv. menguasai kemahiran belajar;v. menguasai kemahiran berfikir;vi. bertutur, membaca, menulis dan memahami bahasa Inggeris selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua;vii. memperolehi ilmu pengetahuan dan berusaha menambahnya;viii. membina daya kepimpinan dan daya keyakinan diri;ix. mempunyai pengetahuan, kefahaman, minat serta kepekaan terhadap manusia dan alam sekitar;x. menguasai kemahiran sainstifik dan teknikal;xi. memahami, meminati, menikmati dan menyertai aktiviti-aktiviti amal, kesenian dan rekreasi dalam lingkungan kebudayaan nasional;xii. menjaga kesihatan dan kecergasan diri;xiii. menguasai kemahiran serta membina minat dan sikap yang positif terhadap keusahawanan dan produktiviti;xiv. menguasai kemahiran membaca, menghafaz dan memahami pengertian ayat-ayat tertentu dalam Al-Quran bagi murid Islam;xv. menyakini asas-asas keimanan, mengerjakan amal ibadat dan mengamalkan akhlak mulia;xvi. membina semangat patriotisme;xvii. mengembangkan bakat dan kreativiti; danxviii. mengamalkan sikap dan perlakuan yang berpandukan nilai murni yang menjadikannya asas bagi amalan hidup.

4. Prinsip KBSRKBSR digubal berlandaskan prinsip-prinsip berikut yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan:-

i. Pendekatan Bersepadu;ii. Perkembangan individu secara menyeluruh;iii. Pendidikan yang sama untuk semua murid; daniv. Pendidikan seumur hidup.v. murid sekolah rendah lazimnya mudah memperolehi ilmu dan kemahiran melalui aktiviti kemahiran dibilik darjah berbanding dengan penglaman hidup mereka, justeru semua aktiviti pembelajaran harus dihubungkaitkan dengan pengalaman hidup mengikut peringkatvi. suasana kondusif sekolah adalah untuk meberi peluang dan galakkan interaksi sosial , bertukar pendapat dan kerjasama di kalangan muridvii. aktiviti dibilik darjah harus membolehkan murid mengembangkan pemikiran kritis dan kreatif serta melibatkan diri mereka secara aktif dalam proses menguasai kemahiran asasviii. aktiviti organisasi dan pengurusan bilik darjah perlu fleksibelix. penekanan kepada nilai (merentas kurikulum)x. penguasaan 3M (membaca, menulis dan mengira)xi. penilaian perlu di intergrasikan dalam semua aktiviti pembelajaran dalam bilik darjah

Ciri-Ciri KBSR

5. Penekanan

Fokus Tahap I

i. Penguasaan kemahiran asas berbahasa

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

(mendengar, bertutur, membaca dan menulis)ii. Penguasaan nombor dan operasi asas mengiraiii. Mengenal huruf serta membaca, menhafaz dan menghayati ayat-ayat Al-Quran;iv. Menyedari dan memahami norma dan nilai murni masyarakat.

Fokus Tahap II

i. Pengukuhan kemahiran asas berbahasa;ii. Pengukuhan kemahiran asas operasi matematik dan penyelesaian masalah;iii. Pemerolehan pengetahuan dan kemahiran-kemahiran lainiv. Kemahiran Belajar serta Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif;v. Membaca, menghafaz, memahami dan menghayati pengajaran Al-Quran;vi. Menghayati dan mengamalkan nilai-nilai

6. Struktur KBSRStruktur KBSR terdiri daripada tiga bidang iaitu:-

i. Komunikasi;ii. Manusia dan Alam Kelilingnya; daniii. Perkembangan Diri Individu.Tiga bidang tersebut dibahagi pula kepada enam komponen yang menjadi teras kepada struktur KBSR. Komponen-komponen tersebut ialah:-

i. Kemahiran Asas;ii. Manusia dengan Persekitaran;iii. Kesenian dan Kesihatan;iv. Kerohanian, nilai dan sikapv. Kemahiran Hidup; danvi. Kokurikulum

7. Bidang Pelajaran

Bidang

Komponen

MatapelajaranFasa 1 Fasa 2

Komunikasi

Kemahiran Asas

Bahasa MelayuBahasa Inggeris

Bahasa CinaBahasa Tamil

Bahasa MelayuBahasa Inggeris

Bahasa CinaBahasa Tamil

Matematik Matematik

Manusia dan Persekitaran

Sikap , Nilai dan Spiritual

Pendidikan IslamPendidikan Moral

Pendidikan IslamPendidikan Moral

-

SainsKajian Tempatan

Perkembangan Diri Individu

Kemahiran Hidup

- Kemahiran HidupPendidikan Muzik Pendidikan Muzik

Seni dan RiadahKokurikulum

Pendidikan Seni Pendidikan Seni

Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan

Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan

Dalam struktur KBSR terdapat tiga bidang iaitu:-

i. Bidang Komunikasiii. Bidang Manusia dan Alam Kelilingnyaiii. Bidang Perkembangan Diri Individu

9. Teras KBSR

i. Penggabungjalinan;ii. Penyerapan;iii. Penilaian;iv. Pengkayaan; danv. Pemulihan.

10. Penekanan Dalam KBSR

Dalam melaksanakan KBSR, penekanan diberi kepada:-

i. Kemahiran asas;ii. Kemahiran berfikir;iii. Nilai Merentas Kurikulum;iv. Bahasa merentas kurikulum;v. Patriotisme merentas kurikulum;vi. Strategi pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid;vii. Penilaian berterusan;viii. Pemulihan dan pengayaan;ix. Prinsip mudah ubah; danx. Sains dan teknologi merentas kurikulum

11. Strategi Pengajaran dan Pembelajaran

Dalam menjalankan pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan kepada murid, seseorang guru seharusnya;

i. mewujudkan suasana persekitaran yang merangsang pembelajaran;

Kemudahan fizikal kelas

· ruang pembelajaran yang selesa;· sudut pembelajaran dilengkapkan dengan bahan yang interaktif;

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

· ruang pameran hasil kerja;· bahan rujukan untuk penggunaan murid;· bahan pembelajaran yang mencabar daya pemikiran.

Aspek emosi sosial

· penggunaan bahasa yang mesra;· keupayaan guru memahami muridnya;· penggunaan teknik yang pelbagai.

ii. mengamalkan prinsip-prinsip tertentu dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

· Melibatkan murid secara aktif;· Menjalankan penilaian yang berterusan;· Mewujudkan peluang murid menilai kerja mereka;· Melatih murid meneroka pelbagai cara dalam menyelesaikan tugasan;· Memberi peluang murid mendapatkan pengalaman yang berulang kali dalam situasi yang berlainan;· Menyediakan suasana pembelajaran yang menggalakkan murid membuat keputusan secara rasional;· Memberikan penghargaan di atas usaha murid supaya dapat membantu dan membina sifat berani, yakin dan daya juang;· Melatih murid menguasai kemahiran belajar dalam kemahiran berfikir;· Mengambil tindakan segera terhadap masalah pembelajaran murid.

iii. Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran

Bagi menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang lebih bermakna, berkesan dan menyeronokkan guru hendaklah menggunakan kaedah yang melibatkan murid secara aktif. Guru boleh mengelolakan secara kelas, kumpulan, berpasangan ataupun individu. Pembentukan kumpulan berdasarkan kepada kebolehan murid yang hampir-hampir sama ataupun kepada kebolehan yang pelbagai.

Pelbagai kaedah boleh dijalankan melalui aktiviti seperti berikut;

· Simulasi· Lakonan· Permainan· Tunjuk ajar· Lawatan· Bercerita· Projek· Sumbangsaran· Main peranan· Pidato

12. Penilaian

i. Penilaian Kemajuan Berasas Sekolah (PKBS)· Penilaian Kendalian Sekolah Rendahii. Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)

13. Pengubahsuaian Dalam Sukatan KBSR

Program KBSR memulakan percubaannya dalam tahun 1982 sementara KBSM dilaksanakan berperingkat-peringkat mulai tahun 1988. Selepas tahun 1988, program KBSR disemak semula untuk melihat kekuatan dan kelemahannya. Akibatnya KBSR, yang dikenali sebagai KurikulumBaru Sekolah Rendah ditukar menjadi Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah untuk mencerminkan matlamat dan objektif Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan 2020, globalisasi dan pengunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Draf baru sukatan Tahun 1 disediakan pada November 1992 dan kemudian dilaksanakan pada Disember 1994.

Antara perubahan besar dalam KBSR ialah

i) penerapan nilai dalam pengajaran dan pembelajaranii) penguasaan dan aplikasi kemahiran asas dalam aktiviti harianiii) menyusun semula kemahiran belajar daripada yang paling atas kepada yang paling kompleks mengikut topikiv) mengulang kaji sukatan bagi setiap mata pelajaranv) mengintegrasikan penyelesaian masalah dan arithmetik perniagaan ke dalam topik berkaitan seperti wang, ukuran panjang dan beratvi) mata pelajaran Alam dan Manusia dibahagikan kepada dua matapelajaran iaitu Sains dan Kajian Tempatanvii) pengunaan Bahasa Inggeris dalam pengajaran Matematik, Sains dan semua matapelajaran teknikal bagi Tahun 1 sekolah rendah, Tingkatan 1 dan Tingkatan 6 Rendah mulai Januari 2003 sertaviii) pengunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains

14. Peranan Guru dalam Pelaksanaan Kurikulum (KBSR/KBSM)

15. Rumusan

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

Program KBSR terbahagi kepada dua tahap . Tahap satu (Tahun 1 hingga Tahun 3) menekankan penguasaan 3M dan Tahap dua (Tahun 4 hingga Tahun 6) memperkukuhkan semula penguasaan 3M serta pembinaan dan kandungan sains yang kukuh

Pengubahsuaian tertentu pada KBSR dilakukan pada Tahun 1994 supaya matlamat dan objektif Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan 2020 dapat direalisasikan dengan lebih berkesan lagi.Guru-guru memainkan peranan penting dalam pelaksanaan kurikulum. Peranan mereka termasuk menginterpretasi, merancang, memodifikasikan, dan melaksanakan kurikulum.

1.4 : Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah ( KBSM )

• KBSM memberi penekanan kepada perkembangan potensi individu secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu. • Oleh itu kandungan kurikulum KBSM merangkumi pengetahuan, kemahiran, kefahaman dan amalan nilai-nilai kerohanian, kemanusiaan, kemasyarakatan serta kewarganegaraan sebagai asas untuk pendidikan seumur hidup. • Konsep bersepadu dalam KBSM membawa maksud bahawa penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran, bahasa dan pemupukan nilai-nilai murni dilakukan secara integrasi dan menyeluruh. (Pukal Latihan KBSM, 1990)

Kesinambungan Dan Kesepaduan Dalam KBSM

Kesinambungan

• Kandungannya diolah kesinambungan daripada 3 bidang utama KBSR: – Komunikasi (Bahasa, Matematik) – Manusia dan Alam Sekeliling (Pend Agama Islam, Peng Moral, Sains dan Kemasyarakatan) – Perkembangan Diri (PJK, PS, Aktiviti Kokurikulum) • Usaha perkembangan potensi pelajar dalam bidang emosi dan rohani diperluaskan dengan menerapkan nilai-nilai murni dalam semua mata pelajaran.

Objektif KBSM

• Membolehkan pelajar-pelajar menguasai kemahiran-kemahiran berinteraksi dalam semua situasi hidup, serta memperkembangkan pemikiran dan penaakulan. • Memberi peluang pelajar memahami alam sosial dan fizikal supaya mereka dapat menikmati keadaan kehidupan daan nilai-nilai yang berkaitan serta membolehkan mereka menjadi anggota-anggota masyarakat yang berkesan dan bertanggung jawab. • Menekankan pembelajaran ke arah memahami diri, mengembangkan bakat, serta mempertingkatkan peribadi dan watak. • KBSM Menengah Rendah : fokus kepada pencapaian pendidikan umum dan perkembangan sifat-sifat kewarganegaraan. KBSM Menengah Atas : fokus kepada penguasaan kemahiran dan ilmu pengetahuan yang lebih meluas dan mendalam. • Menitikberatkan aktiviti kokurikulum. • Pendekatan dan strategi pembelajaran seimbang dengan KBSR dan berpusatkan murid.

1.5 : Kurikulum Kursus Perguruan Lepasan Ijazah

Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI)

Matlamat Kurikulum Program Ijazah

· Meluaskan keintelektualan dalam bidang yang berkaitan· Meluaskan kesedaran dan kefahaman terhadap bidang disiplin dan antara disiplin· Menjadikan pelajar lebih berdikari dan bekerjasama· Bersedia untuk bekerja atau melanjutkan pelajaran dan diterima umum bidang keprofesionalan mereka i. Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI)

Program KPLI ini ditawarkan kepada pemohon yang memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda atau setaraf dengannya yang berminat dan berkelayakan untuk menjadi guru di sekolah rendah mengikut bidang yang ditawarkan. Kursus 1 tahun ini ditawarkan bagi pengambilan Februari dan Julai pada setiap tahun. Unjuran pengambilan pelatih bagi program ini adalah berdasarkan keperluan guru semasa dan contoh bidang program yang ditawarkan

Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI(R)) telah diperkenalkan mulai Januari 2003 untuk melatih guru siswazah dalam bidang perguruan sekolah rendah. Kurikulum ini digubal berasaskan keperluan mengoptimumkan perkembangan kognitif kanak-kanak, keperluan meningkatkan ilmu pedagogi dan pengalaman berasaskan sekolah rendah serta keperluan memupuk nilai positif dan amalan profesional di kalangan guru. Keperluan-keperluan tersebut diterjemahkan dalam kandungan kurikulum latihan perguruan yang mendefinisikan bagaimana seseorang guru perlu mereka bentuk pengajaran yang berkesan, mewujudkan suasana bilik darjah yang selesa dan kondusif untuk menimba ilmu serta memupuk ciri-ciri guru profesional yang disanjung tinggi oleh masyarakat. Kurikulum ini juga menuntut agar guru-guru yang mengikuti program latihan ini berketrampilan dalam penggunaan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (TMK).

1.6 : Pengurusan Kurikulum

Pengenalan Kepada Kurikulum dan Teori Asas Kurikulum

Definisi Kurikulum

Perkataan kurikulum berasal daripada perkataan Latin iaitu "currere" bermaksud "a race course" atau “satu litar perlumbaan.” Berdasarkan asal perkataan ini maka definisi kurikulum yang biasa digunakan merujuk kepada “a course of study” atau "satu rancangan pengajian."

Perkataan kurikulum telah diberi berbagai-bagai definisi bergantung kepada tujuan dan fungsinya.

Menurut Taba (1962), kurikulum ialah "a plan of learning" atau "satu rancangan pembelajaran."Saylor et. al (1981) pula mendefinisikan kurikulum sebagai "a plan for providing sets of learning opportunities for person to be educated."

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

Menurut Tanner & Tanner (1978), kurikulum ialah "the planned and guided learning experiences and intended learning outcomes, formulated through the systematic reconstruction of knowledge and experience..’for the learners' continuous and willful growth in person-social competence."Bushoff et. al pula mendefinisikan kurikulum seperti berikut; “a curriculum is an educational plan defining:·        The aims, goals and objectives of an educational action;·        The ways, means and activities employed to achieve these goals·        The methods and instruments required to evaluate the success of the action.”

Menurut Bowen, kurikulum ialah “a total instructional program composed of syllabus or individual course programs.”

Good pula memberi definisi kurikulum sebagai “a general over-all plan of the content or specific materials of instruction that the school should offer to the students by way of qualifying him for graduation or certification for entrance into a professional or vocational field.”

Berdasarkan kepada definisi kurikulum yang telah disenaraikan, kurikulum mengandungi elemen-elemen berikut:·        Rancangan pendidikan·        Mengandungi matlamat dan objektif.·        Menyenaraikan kandungan, topik atau pengalaman pembelajaran·        Menentukan kaedah dan aktiviti.·        Menetapkan kaedah dan instrument yang perlu untuk menilai pencapaian matlamat dan objektif.

Dengan demikian, kurikulum boleh didefinisikan sebagai berikut:Satu rancangan pendidikan yang dibentuk untuk suatu kumpulan pelajar bagi mencapai  matlamat yang telah ditentukan.

Berdasarkan definisi ini:·        pembentukan kurikulum memerlukan perancangan yang teliti dan sistematik.·        oleh sebab ianya merupakan perancangan maka kurikulum perlu

didokumenkan dalam bentuk bertulis.·        kurikulum yang dirancang adalah khusus bagi sesuatu kumpulan pelajar tertentu.·        kurikulum berkenaan adalah bagi tujuan mencapai matlamat dan objektif yang telah ditentukan lebih awal.

Dalam konteks kurikulum sekolah, pembentukan kurikulum adalah dirancang oleh pakar di PPK dan rancangan ini didokumenkan secara bertulis melalui silibus bagi setiap mata pelajaran yang ditawarkan bagi kumpulan pelajar tertentu iaitu pelajar sekolah rendah atau menengah yang bertujuan untuk mencapai matlamat dan objektif seperti yang dinyatakan dalam Falsafah dan Matlamat Pendidikan Negara.Kurikulum sekolah didokumenkan dan dikenali sebagai Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).

Pengurusan Kurikulum Di Sekolah

Jawatankuasa Kurikulum Sekolah adalah bertindak sebagai badan akademik tertinggi yang memainkan peranan penting memastikan pelaksanaan pengurusan kurikulum sekolah berkesan dan berkualiti. Semua bidang / unit dalam Jawatankuasa Kurikulum Sekolah adalah bertanggungjawab secara langsung mempertingkatkan prestasi akademik sekolah.

OBJEKTIF 1. Mempertingkatkan pengurusan kurikulum supaya sistematik dan berkesan. 2. Menghayati dan melaksanakan Dasar Kurikulum Sekolah. 3. Mengetahui dan memahami setiap bidang tugas supaya pelaksanaannya menjurus ke arah piawaian kualiti.

DASAR KURIKULUM SEKOLAH 1. Menentukan dan menyelaras segala dasar kurikulum sekolah supaya selari dengan dasar yang ditetapkan oleh JPN/KPM dan Akta Pendidikan Negeri. 2. Mesyuarat

mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Sekolah minimum 4 kali setahun. menetapkan jadual mesyuarat panitia minimum 4 kali setahun. menetapkan sistem fail / format dokumen Jawatankuasa Kurikulum Sekolah dan panitia mata

pelajaran.

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

3. Sukatan / Rancangan Pelajaran menetapkan dasar penyediaan RPT dan Huraian serta kaedah penyediaan Rekod Persediaan

Mengajar. garis panduan jenis buku/bahan/alat rujukan yang boleh digunakan dlm menyediakan rancangan

pengajaran.

4. Jadual Waktu menetapkan waktu sekolah. menetapkan sistem jadual waktu. menetapkan dasar pengagihan tugas-tugas mengajar dan bilangan waktu mengajar untuk penyediaan

jadual waktu induk dan persendirian. menetapkan dasar penyediaan jadual waktu ganti dan pengisiannya

5. Penilaian Dan Peperiksaana ) menetapkan sistem pengurusan penilaian dan peperiksaan sekolah yang berkaitan dengan:

jenisnya (formatif, sumatif, kerja kursus, ujian lisan, PEKA, PAFA dan lain-lain) bilangan dan takwim format (bentuk soalan, masa dan skema jawapan) syarat lulus kumpulan sasaran jadual penentu ujian ( JPU ) pengawasan headcount

6. Anggaran Perbelanjaan menetapkan dasar perbelanjaan tahunan dengan wang kerajaan, SUWA dan lain-lain bagi setiap

panitia /unit. menentukan dasar perolehan, penggunaan, penyenggaraan, hapus kira peralatan dan kemudahan

prasarana.

7. Pemantauana.) menentukan dasar dan sistem pemantauan yang berkesan

pengurusan P & P pengurusan panitia peperiksaan dan penilaian jadual waktu pengurusan kewangan bilik-bilik khas

b) menetapkan jawatankuasa pemantauanc) menetapkan jadual waktu pemantauan

1.7 : Program JQAF

KONSEP PROGRAM j-QAF

Program j-QAF adalah suatu usaha memperkasakan Pendidikan Islam melalui penekanan khusus dalam pengajaran Jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain yang dilaksanakan di peringkat sekolah rendah. Pelaksanaan j-QAF menggunakan kurikulum serta model dan modulnya yang tersendiri. Tenaga guru yang khusus digunakan untuk pemulihan, bimbingan, kemahiran, pengukuhan, pengayaan dan penghayatan murid. Pelaksanaannya menggunakan peruntukan jadual waktu sedia ada.

OBJEKTIF PROGRAM j-QAF

Setelah program ini dilaksanakan dengan baik dan berkesan, semua murid Islam sekolah rendah akan dapat: 1. Menguasai bacaan dan tulisan jawi2. Khatam al-Quran3. Menguasai asas Bahasa Arab Komunikasi4. Memantapkan dan menghayati amalan Fardhu Ain

KEPENTINGAN PROGRAM j-QAF

Program j-QAF menjadi lebih penting sebagai suatu usaha ke arah memperkasakan PI yang sedia ada supaya semua bidang dalam PI iaitu bidang Tilawah al-Qur’an, bidang Aqidah, Ibadah, Sirah Nabawi Akhlak dan Jawi lebih berkesan dan dapat dihayati dan diamalkan dalam kehidupan.

1. Pemulihan Jawi

Jawi adalah sebahagian daripada komponen pendidikan Islam dan mula dilaksanakan pada tahun 2003 dengan pendekatan pengajaran 2 waktu seminggu pada 6 bulan pertama di tahun satu. Laporan pemantauan mengenainya mendapati penguasaan bacaan dan tulisan Jawi perlu dibaiki lagi. Ini bermakna jawi dalam pendidikan Islam semata- mata masih belum mencukupi dan berkesan. Oleh itu pemulihan Jawi dalam j-QAF menjadi keutamaan khasnya kepada murid tercicir supaya semua murid boleh menguasai Jawi setelah diberi bimbingan secara berterusan.

2. Kepentingan Khatam al-Qur’an

al-Quran pula telah diajar sebagai sebahagian Pendidikan Islam dalam bidang Asuhan Tilawah al–Quran pada masa ini. Namun ia tidak menekankan pembelajaran sehingga khatam al-Quran kerana ia memerlukan bimbingan berterusan daripada bilangan guru yang sesuai dengan nisbah murid yang menepati pendekatan talaqqi dan musyafahah (iaitu satu kaedah pembelajaran secara bersemuka dengan guru bagi mendengar, membetul kesalahan dan menyebut semula dengan baik dan lancar). Oleh itu PI pada masa ini hanya menjurus kepada kebolehan membaca sahaja manakala aspek khatam tidak ditekankan di sekolah tetapi menyerahkannya kepada masyarakat.

3. Kepentingan Bahasa Arab

Status Bahasa Arab Sekolah Rendah pada masa ini sebagai mata pelajaran bahasa tambahan. Ia diajar di sekolah-sekolah rendah secara berpilih dan terhad. Tidak semua murid berpeluang mempelajarinya.

4. Kepentingan Fardhu Ain

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

Ramai ibu bapa masih belum berpuas hati dengan tahap pencapaian dan penguasaan anak-anak mereka terhadap amalan Fardu Ain terutama dalam hal ibadah mendirikan solat. Tambahan pula Penilaian Perkara Asas Fardhu Ain (PAFA) yang dilaksanakan pada masa ini perlu dikaji dan disemak semula supaya ia dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. Oleh itu satu pendekatan baru perlu diperkenalkan bagi memantapkan perlaksanaan Fardhu Ain ini.

MODEL-MODEL PROGRAM j-QAF

Enam (6) model telah dikenalpasti akan dilaksanakan iaitu 5 model pengajaran dan 1 model kokurikulum. Model-model pengajaran adalah seperti berikut:

1. model Kelas Pemulihan Jawi; 2. model Tasmik; 3. model 6 bulan Khatam al-Quran; 4. model Perluasan Bahasa Arab Kumunikasi; 5. model Bestari Solat.

Bagi aktiviti-aktiviti pengukuhan pula yang telah dikenalpasti akan dilaksanakan adalah model-model berikut:

1. Kelab Seni Tulisan Jawi; 2. Kem Bina Juara; 3. Majlis Khatam al-Quran; 4. Kem Literasi al-Quran; dan 5. Pertandingan Bahasa Arab.

MODEL-MODEL j-QAF

1. Model Kelas Pemulihan Jawi

Model Pemulihan Jawi diperjelaskan di dalam Buku Panduan Perlaksanaan Model kelas Pemulihan Jawi. Ia akan diajar oleh guru khas pemulihan jawi dalam waktu yang sama dengan kelas jawi biasa di semua sekolah dengan menggunakan modul pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran. Semua sekolah hendaklah menubuhkan Kelab Seni Tulisan Jawi dan menjalankan aktiviti pengukuhan di peringkat sekolah dengan menyediakan bahan-bahan bacaan tambahan yang bersesuaian serta mempertingkatkan penggunaan kemudahan ICT sedia ada.

2. Model Khatam Al-Quran

Khatam Al-Quran diperjelaskan di dalam buku panduan Perlaksanaan Program Khatam Qur’an Model 6 Bulan dan Buku Panduan Program Khatam al-Qur’an Model Tasmik.

Model 6 Bulan dilaksanakan mengikut modul yang telah ditetapkan dengan menggunakan peruntukan waktu PI sedia ada. Model ini akan menggunakan pendekatan talaqqi dan musyafahah. Murid yang belum menguasai bacaan al-Quran dibimbing dengan kaedah IQRA’, sementara yang telah menguasainya diteruskan menggunakan model khatam al-Quran.

Model Tasmik pula dilaksanakan di luar waktu persekolahan normal mengikut kesesuaian dan keupayaan murid serta dengan persetujuan ibu bapa mereka dan kesediaan guru pembimbing yang terdiri daripada guru j-QAF, GPI, guru-guru mata pelajaran lain yang berkemampuan, atau pembimbing luar yang sesuai. Guru pembimbing tersebut hendaklah dilantik secara rasmi oleh pihak sekolah dan insentif khas wajar dipertimbangkan.

3. Model Bahasa Arab

Bahasa Arab Komunikasi (BAK) yang sedang dilaksanakan pada masa ini di sekolah-sekolah kebangsaan akan diperluaskan pelaksanaannya di semua sekolah. Status mata pelajaran ini adalah sebagai mata pelajaran pilihan. Walau bagaimanapun murid diwajibkan memilih BAK sekiranya tidak mengambil mata pelajaran Bahasa Cina dan Tamil. Peruntukan waktu adalah 60 minit seminggu dan diajar oleh guru Bahasa Arab yang dilantik khusus.

1.8 : Kia2M

Program Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M) merupakan satu program yang dirancang khusus untuk membantu murid tahun satu menguasai kemahiran asas iaitu membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu. Pada masa yang sama program ini adalah bertujuan yang satu iaitu untuk membantu murid yang belum menguasai kemahiran membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu pada tahun satu.

Kumpulan murid ini adalah terdiri daripada mereka yang lambat atau belum menguasai kemahiran asas membaca dan menulis. Mereka ini bukan hanya terdiri daripada murid pemulihan khas tetapi juga dari kalangan murid yang hanya perlukan pemulihan dalam kelas. Fokus KIA2M adalah untuk membolehkan murid menguasai kemahiran asas Bahasa Melayu secara intensif. KIA2M ini akan dijalankan spenuh masa oleh guru Bahasa Melayu tahun satu.

Oleh itu konsep pengajaran Bahasa Melayu merentas kurikulum mestilah dijalankan sepenuhnya dengan menggunakan strategi penggabungjalinan. Subjek-subjek Pendidikan Jasmani Kesihatan, Pendidikan Muzik dan Pendidikan Seni digabungjalinkan dengan kemahiran-kemahiran dalam Bahasa Melayu.

Secara keseluruhannya program ini dijalankan selama 3 atau 6 bulan. Masa yang dijalankan merupakan pilihan yang dibuat oleh sekolah. Selain itu juga semua murid tahun satu akan mengikuti ujian penapisan. Ujian ini merupakan ujian yang terpenting bagi mengetahui murid-murid yang tidak menguasai kemahiran asas iaitu kemahiran membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu. Murid yang lulus akan meneruskan kelas biasa manakala murid yang gagal, mereka akan ditempatkan dalam program ini.

Oleh itu strategi pengajaran dan pembelajaran yang hendak digunakan perlulah sesuai dengan keperluan untuk membantu murid ini menguasai kemahiran asas ini dengan seberapa segera yang boleh.

BAB 6 : PROGRAM SOKONGAN DAN HAL EHWAL MURID

1.1 : Asrama 1.2 : Skim Pinjaman Buku Teks 1.3 : Biasiswa dan Pinjaman 1.4 : Program Bersepadu Sekolah Sihat 1.5 : Program Pemakanan Sekolah 1.6 : Bimbingan dan Kaunseling 1.7 : Malaysia Teacher Standard atau Standard Guru Malaysia (SGM) 1.8 : PIBG 1.9 : Skim Baucer Tuisyen

1.1 : Asrama

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

Pengawasan Asrama 4.1 Menentukan sistem kemasukan dan penempatan pelajar ke asrama.4.2 Membantu di dalam pemilihan dan penyeliaan warden-warden asrama.4.3 Menyelaras hal-hal pembelajaran dan menentukan langkah-langkah keselamatan asrama.4.4 menyelaras penyeliaan kebersihan dan mewujudkan keceriaan asrama.4.5 Menyelaras penyeliaan hal makanan dan dapur.4.6 Menyelaras pengawasan hal-hal kesihatan penghuni asrama.4.7 Membantu dalam urusan sebutharga/tender makanan asrama sekolah.4.8 Memastikan bahawa kemudahan dan penyertaan penghuni asrama dalam aktiviti riadah dan kokurikulum diadakan.4.9 Menyelaras segala jenis pungutan wang dan pembayaran yang berkaitan dengan asrama.

1.2 : Skim Pinjaman Buku Teks

Pengenalan

Program Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) mula dilaksanakan pada tahun 1975. SPBT merupakan satu program pinjaman buku teks kepada murid yang layak di semua sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan. Pemberian pinjaman buku teks dilaksanakan mengikut Dasar Kelayakan SPBT yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Kabinet. Dasar Kelayakan ini digunakan untuk menentukan sama ada seseorang murid itu layak atau tidak layak menerima pinjaman buku teks SPBT sebagaimana yang digunakan pada borang SPBT

Program SPBT asalnya dilaksanakan bertujuan untuk meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga yang kurang mampu dan memastikan murid daripada keluarga yang kurang mampu tidak tercicir dalam persekolahan mereka. Namun, bermula tahun 2008, kerajaan Malaysia telah memberi bantuan pinjaman buku teks kepada semua murid yang bersekolah di sekolah kerajaan tanpa mengira taraf kewangan keluarga. Justeru, keadaan ini menjadikan tanggungjawab unit SPBT bertambah berat bagi memastikan setiap buku diproses dan diagihkan kepada semua murid di SMKS19.

Objektif Murid- murid yang layak mendapat bekalan buku yang mencukupi.Pengurusan dan pengagihan buku- buku teks dapat dijalankan dengan lancar dan sistematik.Murid - murid dapat menggunakan buku- buku tersebut secara berkesan di dalam kelas dan sebagai rujukan ketika di rumah.

Skim Pinjaman Buku Teks

a. Menyelaras hal-hal pengeluaran, pengambilan, pengagihan dan hapuskira.b. Menguruskan kutipan-kutipan data, mengawal buku-buku stok dan mengawal bilik Buku Bantuan.c. Menyediakan anggaran belanjawan mengurus skim pinjaman buku teks.

1.3 : Biasiswa dan Pinjaman

Pinjaman dan Biasiswa

Beberapa program biasiswa telah diwujudkan bagi para pelajar yang memerlukan bantuan dalam meneruskan pengajian mereka. Ini termasuklah program-program yang dimulakan oleh kerajaan, syarikat-syarikat berkepentingan kerajaan (GLC) serta entiti-entiti korporat.

Maklumat lanjut mengenai program biasiswa yang ditawarkan oleh badan-badan kerajaan:

Dana Pendidikan dari Kementerian Pendidikan Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang Skim Tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam Sabah Pinjaman dan Biasiswa MARA Bantuan Pendahuluan Pendidikan Tinggi (HESK) Lembaga Tembakau Negara (LTN) Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional

1.4 : Program Bersepadu Sekolah Sihat

Kementerian Pelajaran dengan kerjasama Kementerian Kesihatan telah melancarkan Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS). Program ini bertujuan untuk menyediakan pelbagai perkhidmatan kesihatan kepada murid di sekolah rendah hingga sekolah menengah. Usaha murni untuk mewujudkan Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS) adalah berasaskan rasional berikut:

Terdapat beberapa program kesihatan sekolah sedia ada yang perlu diselaraskan di bawah satu program bersepadu

Untuk mewujudkan satu sistem yang fleksibel, inovatif dan kreatif serta menjurus kepada keperluan sekolah berlandaskan kepada keperluan semasa

Hasrat untuk mewujudkan satu program kesihatan yang mampu melahirkan rasa kekitaan dan komitmen di kalangan warga sekolah

Keperluan untuk mewujudkan satu program bersepadu yang menghasilkan impak serta dapat dinilai keberkesanannya

Satu usaha yang meningkatkan kesefahaman dan kerjasama perlu diwujudkan antara sekolah dan masyarakat dalam menangani isu-isu kesihatan

Satu usaha yang teratur dan berfokus ke arah amalan kesihatan perlu dipraktikkan melalui program yang terancang dan bersepadu

1.5 : Program Pemakanan Sekolah

Program-program pemakanan seperti Program Rancangan Makanan Tambahan Sekolah (RMTS) yang mula diperkenalkan ke seluruh sekolah rendah di Malaysia pada tahun 1979 dan diikuti oleh Program Susu Sekolah yang mula dipekenalkan pada tahun 1989, adalah antara program yang dijalankan bagi meminimumkan masalah tersebut. (Abdul Rahman, 1993).

1.6 : Bimbingan dan Kaunseling a. Merancang dan menyelaras pelaksanaan program bimbingan dan kaunseling.b. Menyelaras dan menyediakan rekod bimbingan dan keunseling murid dan menyediakan laporan yang diperlukan.c. Merancang dan melaksanakan program kebajikan dan orientasi bagi murid-murid baru.

Apa itu kaunseling?

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

Suatu proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip psikologi. Ia dijalankan oleh kaunselor profesional bagi membantu perkembangan dan penyesuaian peribadi klien yang baik dan menyeluruh. Pertemuan adalah secara sukarela dan berterusan sepanjang hayat berlandaskan Etika Kaunseling.

Kaunseling bukan bererti nasihat, walaupun terdapat nasihat yang diberikan. Malah kaunselor tidak memberi jawapan secara langsung kepada semua persoalan klien, kerana apa yang baik untuk kaunselor tidak semestinya baik juga untuk klien . Keistimewaan khidmat kaunseling ialah ia membimbing klien mencari sumber dirinya yang menyumbang kepada isu yang dihadapi. Penerimaan dan perakuan sumber diri adalah penting dalam menghasilkan perubahan diri.

1.7 : Malaysia Teacher Standard atau Standard Guru Malaysia (SGM)

Pengertian Standard Guru Malaysia

" Standard Guru Malaysia ialah pernyataan kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru (Standard) dan pernyataan aspek yang patut disediakan serta dilaksanakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan (Keperluan). "

Standard Guru Malaysia (SGM) menggariskan kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru, dan keperluan yang patut disediakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi membantu guru mencapai tahap kompetensi yang ditetapkan. Dokumen ini disediakan sebagai panduan dan rujukan kepada guru, pendidik guru, agensi dan institusi latihan perguruan dalam usaha untuk melahirkan dan melestarikan guru berkualiti. Dokumen ini akan disemak semula secara berkala bagi tujuan penambahbaikan berterusan.

Malaysia memberi penekanan tinggi terhadap pembangunan modal insan kelas pertama di mana bina upaya adalah pendekatan utama ke arah mencapai status negara maju pada tahun 2020. Modal insan adalah harta yang boleh disuntik nilai tambahnya, diinjakkan nilai inteleknya serta diperbanyakkan modal budayanya.

Pembangunan modal insan berkualiti bergantung kepada pendidikan berkualiti; yang dapat menghasilkan individu yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan, berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan negara maju. Pendidikan juga perlu membentuk modal insan yang mampu berfikiran kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang baru, mempunyai daya tahan serta kebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran global yang sering berubah.

Dalam abad ke-21 ini, negara menghadapi cabaran baru kesan daripada globalisasi, liberalisasi, pengantarabangsaan dan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). Sehubungan dengan itu Malaysia memerlukan modal insan yang juga celik TMK, progresif dan mampu bersaing di pasaran kerja global.

Pembangunan sistem pendidikan bertaraf dunia mengikut acuan Malaysia adalah agenda utama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Justeru itu, guru perlu memahami, menunjukkan kesungguhan, dan mempunyai iltizam yang tinggi dalam melaksanakan daya usaha dan pendekatan baru ke arah usaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan seperti petikan yang berikut:

”... as the most significant and costly resource in schools, teachers are central to school improvement efforts. Improving the efficiency and equity of schooling depends, in large measure, on ensuring that competent people want to work as teachers, that their teaching is of high quality, and that all students have access to high quality teaching.”

(Organization for Economic Co-operation and Development; petikan daripada Pelan Induk Pembangunan Pendidikan KPM 2007; hal. 106 )

Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan pelbagai usaha untuk melahirkan guru yang berkualiti dan memastikan mereka yang berkualiti kekal dalam sistem pendidikan negara dan kekal berkualiti di sepanjang tempoh perkhidmatan. Antara langkah yang telah diusahakan termasuklah memantapkan latihan perguruan, menambah baik sistem pemilihan calon guru, melonjakkan kecemerlangan institusi latihan perguruan, dan menambah baik laluan kerjaya serta kebajikan guru.

Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kementerian Pelajaran Malaysia merupakan peneraju utama latihan perguruan di Malaysia. BPG bersama-sama Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) bertanggungjawab merancang dan melaksanakan latihan perguruan untuk memenuhi keperluan tenaga pengajar di institusi pendidikan seluruh negara. Bagi menjamin guru yang dihasilkan berkualiti tinggi, tiga aspek utama ditekankan iaitu amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran.

Bahagian Pendidian Guru telah mengambil langkah proaktif dalam membangunkan standard guru sebagai panduan dan rujukan kepada guru, pendidik guru, agensi dan institusi latihan perguruan di Malaysia.

Rasional

Standard Guru Malaysia ini digubal berdasarkan rasional yang berikut: Guru perlu mempunyai tahap amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman,

serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang tinggi bagi membolehkan mereka berfungsi sebagai guru profesional dengan berkesan,

Agensi dan institusi latihan perguruan patut menyediakan keperluan yang jelas dan lengkap seperti dasar, kurikulum, infrastruktur, tenaga pengajar, sumber pengajaran dan pembelajaran, serta jaminan kualiti untuk membolehkan proses latihan dijalankan dengan lancar, berkesan dan bermutu tinggi,

KPM sedang berusaha untuk melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan guru yang dapat dijadikan showcase. Justeru itu, adalah wajar standard bagi institusi latihan perguruan diwujudkan, dan

Standard Guru Malaysia menggariskan kriteria dan standard am guru selaras dengan Malaysian Qualifications Framework (MQF) yang menggariskan kriteria dan standard am pendidikan tinggi.

Tujuan

Standard Guru Malaysia digubal bagi tujuan yang berikut: mengenal pasti tahap kompetensi profesional guru dalam aspek amalan nilai profesionalisme

keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran, mengenal pasti tahap penyediaan dan pelaksanaan keperluan latihan oleh agensi dan institusi latihan

perguruan bagi menjamin tahap kompetensi guru yang ditetapkan tercapai. Standard Guru Malaysia akan dapat mengenal pasti dasar dan strategi pembangunan pendidikan guru

yang patut ditambahbaik sejajar dengan perkembangan dan cabaran semasa dunia pendidikan.

Penggubalan Penggubalan SGM adalah berasaskan kepada prinsip dan proses yang berikut: Pernyataan Standard dan Keperluan jelas, tepat, relevan, praktikal, adil, dan realistik, Standard dan Keperluan yang dicadangkan adalah berasaskan kajian serta penandaarasan, dan

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

Proses penggubalan dilaksanakan secara kolaboratif, telus, terbuka dan persetujuan bersama dengan pihak-pihak berkepentingan.

Penggunaan

Standard Guru Malaysia adalah dokumen rujukan yang patut diguna pakai oleh pihak yang berikut:

Guru Membuat refleksi kendiri terhadap tahap pencapaian standard. Mengenal pasti keperluan pembangunan profesionalisme diri.

Pendidik Guru di Institusi Latihan Perguruan Membuat refleksi kendiri terhadap tahap pencapaian standard. Mengenal pasti keperluan pembangunan profesionalisme diri. Mengenal pasti tahap pencapaian standard oleh guru pelatih (guru praperkhidmatan) atau peserta

kursus (guru dalam perkhidmatan). Mengenal pasti strategi bagi membantu guru pelatih atau peserta kursus meningkatkan tahap

pencapaian standard.

Pengurus dan Pentadbir Institusi Latihan Perguruan Mengenal pasti tahap pencapaian standard oleh guru pelatih dan peserta kursus. Mengenal pasti tahap penyediaan dan pelaksanaan keperluan latihan oleh institusi. Mengenal pasti strategi bagi meningkatkan tahap pencapaian standard dan keperluan.

Guru Besar dan Pengetua Sekolah Mengenal pasti tahap pencapaian standard oleh guru. Menyediakan dan melaksanakan strategi bagi meningkatkan tahap pencapaian standard oleh guru.

Agensi Latihan Perguruan Mengenal pasti tahap pencapaian standard oleh guru pelatih dan peserta kursus di institusi latihan

perguruan. Mengenal pasti tahap penyediaan dan pelaksanaan keperluan oleh agensi dan institusi latihan

perguruan. Mengenal pasti dasar dan strategi pembangunan pendidikan guru yang boleh ditambahbaik.

Komponen SGM

Standard merangkumi tiga aspek berikut:

Standard 1: Amalan Nilai Profesionalisme KeguruanStandard ini memperincikan kompetensi amalan nilai profesionalisme keguruan berdasarkan domain diri, profesion dan sosial, yang patut ada pada seseorang guru.

Standard 2: Pengetahuan dan Kefahaman Standard ini memperincikan kompetensi ilmu pengetahuan dan kefahaman tentang subjek pengkhususan, ilmu pendidikan, kurikulum dan kokurikulum yang patut ada pada seseorang guru.

Standard 3: Kemahiran Pembelajaran dan PembelajaranStandard ini memperincikan kompetensi kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang patut dikuasai oleh seseorang guru.

KEPERLUAN

Bagi menyokong dan membantu guru mencapai tahap kompetensi amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang diharapkan, agensi dan institusi latihan perguruan patut menyediakan dan melaksanakan keperluan yang berikut:

Keperluan 1: Kelayakan dan Prosedur Pengambilan Calon Program Latihan PerguruanKeperluan ini memperincikan syarat dan kriteria serta prosedur pengambilan calon program latihan perguruan.

Keperluan 2: Latihan, Pentaksiran dan Penilaian Keperluan ini memperincikan program latihan, sistem pemantauan, dan pentaksiran dan penilaian.

Keperluan 3: KolaborasiKeperluan ini memperincikan permuafakatan antara agensi dan institusi latihan perguruan dengan pihak sekolah, institusi pendidikan tinggi tempatan dan luar negara, badan bukan kerajaan serta lain-lain institusi yang boleh memantapkan lagi latihan perguruan.

Keperluan 4: Infrastruktur dan InfostrukturKeperluan ini memperincikan prasarana pengajaran dan pembelajaran, informasi dan komunikasi bagi mengoptimum kecekapan dan keberkesanan program latihan.

Keperluan 5: Jaminan KualitiKeperluan ini memperincikan semua aspek perancangan dan pelaksanaan dasar, strategi, prosedur serta aktiviti bagi mewujudkan keyakinan bahawa kualiti latihan sentiasa terpelihara dan ditingkatkan secara berterusan.

Perincian standard dan keperluan yang digariskan amat penting bagi menjamin program latihan yang dilaksanakan akan menghasilkan guru yang kompeten, kreatif, inovatif, dan berketerampilan.

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

Guru (digambarkan oleh huruf G) yang dihasratkan oleh Malaysia mempunyai kompetensi yang tinggi dalam aspek amalan nilai profesionalisme keguruan (Standard 1), pengetahuan dan kefahaman (Standard 2) serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran (Standard 3). Ketiga-tiga standard tersebut digambarkan oleh tiga lingkaran kecil yang bertindan; membawa maksud ketiga-tiga aspek kompetensi yang dikuasai oleh guru adalah saling berkait dan bersepadu.

Lingkaran besar putih yang melingkari Standard menggambarkan Keperluan utama yang patut disediakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi menyokong dan membantu guru mencapai Standard. Keperluan yang dimaksudkan ialah kelayakan masuk dan prosedur pengambilan calon program latihan perguruan (Keperluan 1), latihan, pentaksiran dan penilaian program perguruan (Keperluan 2), kolaborasi (Keperluan 3), infrastruktur dan infostruktur (Keperluan 4), dan jaminan kualiti (Keperluan 5).

Lingkaran besar yang memagari Keperluan menggambarkan asas penentuan Standard dan Keperluan iaitu Misi Nasional, Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Falsafah Pendidikan Guru, Tatasusila Profesion Keguruan, dan Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia,Glob di tengah-tengah lingkaran Standard merujuk kepada kualiti guru bertaraf dunia yang dipertanggungjawab membangunkan modal insan berminda kelas pertama, iaitu menguasai ilmu dan kemahiran tinggi, menjunjung nilai budaya bangsa, memiliki semangat patriotisme yang utuh, mempunyai daya saing yang tinggi dan berwibawa.

Standard Guru Malaysia menetapkan tahap pencapaian kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru untuk menjamin dan mengekalkan pendidikan yang berkualiti kepada warganegara Malaysia kini dan akan datang. Buku Standard Guru Malaysia, bersama-sama dengan buku Panduan Standard Guru Malaysia dan Manual Instrumen Standard Guru Malaysia akan dapat memastikan guru yang dihasilkan mempunyai kompetensi yang tinggi dalam aspek amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman serta

kemahiran pengajaran dan pembelajaran.

Penutup

Standard Guru Malaysia menetapkan tahap pencapaian kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru untuk menjamin dan mengekalkan pendidikan yang berkualiti kepada warganegara Malaysia kini dan akan datang. Buku Standard Guru Malaysia, bersama-sama dengan buku Panduan Standard Guru Malaysia dan Manual Instrumen Standard Guru Malaysia akan dapat memastikan guru yang dihasilkan mempunyai kompetensi yang tinggi dalam aspek amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran.

Glosari

Berikut adalah penjelasan kepada istilah yang digunakan dalam dokumen Standard Guru Malaysia, Panduan Standard Guru Malaysia dan Instrumen Standard Guru Malaysia.

GuruTiga kategori guru yang dimaksudkan ialah guru terlatih yang sedang mengajar di sekolah, guru terlatih yang sedang mengikuti kursus dalam perkhidmatan di institusi latihan perguruan, dan guru pelatih yang sedang mengikuti kursus praperkhidmatan di institusi latihan perguruan.

Institusi PendidikanSekolah atau mana-mana tempat lain, di mana dalam menjalankan kerja sesuatu organisasi atau institusi, individu lazimnya diajar, sama ada di dalam satu kelas atau lebih.

StandardPernyataan kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru.

KeperluanPernyataan aspek latihan perguruan yang patut disediakan dan dilaksanakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan.

Bilik DarjahLokasi dan ruang di mana sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan, termasuk bilik kuliah, bengkel dan makmal.

KompetensiKemahiran profesional guru berdasarkan amalan nilai profesionalisme, pengetahuan dan kefahaman, dan kemahiran pengajaran dan pembelajaran.

Institusi Latihan PerguruanOrganisasi yang bertanggungjawab mereka bentuk dan melaksanakan latihan perguruan termasuklah IPG dan fakulti pendidikan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Agensi Latihan PerguruanOrganisasi yang menggubal dasar dan memantau pelaksanaan latihan perguruan seperti Kementerian Pengajian Tinggi dan BPG

Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM)Institusi yang melaksanakan latihan perguruan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

SekolahInstitusi pendidikan ini merangkumi sekolah rendah dan menengah, sekolah teknik, sekolah pendidikan khas, sekolah vokasional.

MuridPelajar sekolah yang menerima pengajaran dan pembelajaran daripada guru.

ProgramSusunan kursus dan isi kandungan pembelajaran yang dirancang serta direka bentuk bagi suatu tempoh tertentu untuk mencapai hasil pembelajaran seperti yang ditentukan dalam matlamat dan objektifnya. Program yang dimaksudkan akan menjurus kepada penganugerahan sesuatu kelayakan.

KursusUnit asas pembelajaran yang membentuk sesuatu program, mempunyai hasil khusus, kandungan dan kaedah pengajaran dan pembelajaran serta kaedah penilaian bagi menyokong pencapaian hasil pembelajaran.

KurikulumSkop dan isi kandungan sesuatu mata pelajaran di institusi latihan perguruan. Kurikulum merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan, dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang pelajar dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.

Aktiviti KokurikulumAktiviti persatuan atau kelab, sukan dan olahraga, serta unit beruniform yang wajib diikuti oleh semua guru pelatih yang mengikuti latihan perguruan.

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS)Guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) ditempatkan di sekolah selama satu minggu untuk memberi peluang kepada mereka memahami sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan dan peranan guru di dalam bilik darjah melalui pemerhatian, penelitian dokumen, refleksi dan interaksi dengan guru dan komuniti sekolah.

Minggu Orientasi Sekolah (MOS)Guru pelatih Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI SR) Jawi, Quran, bahasa Arab dan Fardu Ain (j-QAF) ditempatkan di sekolah selama satu minggu untuk memberi peluang kepada mereka memahami sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan dan peranan guru di dalam bilik darjah melalui pemerhatian, penelitian dokumen, refleksi dan interaksi dengan guru dan komuniti sekolah.

PraktikumSemua guru pelatih yang mengikuti latihan perguruan di tempatkan di sekolah untuk pengalaman praktik di dalam dan di luar bilik darjah. Praktikum menyediakan peluang kepada guru pelatih mempraktikkan teori dalam amalan pengajaran dan pembelajaran serta menghasilkan teori pengajaran dan pembelajaran yang tersendiri.

PenilaianPengukuran berterusan yang dijalankan sepanjang tempoh kursus pengajian atau program latihan dan termasuklah apa-apa peperiksaan bertulis yang membawa markah atau gred bagi sesuatu kursus atau program latihan atau sebahagian daripadanya.

Pembangunan Profesionalisme BerterusanProgram latihan secara sistematik yang menjurus ke arah peningkatan profesionalisme dan pembangunan kerjaya serta kecemerlangan perkhidmatan.

Hasil PembelajaranPenguasaan guru dalam amalan nilai profesionalisme keguruan, ilmu pengetahuan dan kefahaman serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran.

Pihak BerkepentinganPihak yang mempunyai kepentingan bersama secara langsung dalam konteks perkhidmatan pendidikan. Contohnya sekolah, ibu bapa, penaja, ketua perkhidmatan.

Budaya IPGAmalan kerja warga IPG bertujuan mewujudkan identiti institusi unggul yang melahirkan guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara, serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.

InfrastrukturKemudahan fizikal di institusi latihan perguruan bagi menyokong penterjemahan dan pelaksanaan kurikulum serta kokurikulum yang berkesan, bermakna dan menyeronokkan.

InfostrukturPemilihan dan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) secara berkesan, jaringan dalaman dan luaran serta perkhidmatan pusat sumber.

Pengurusan KualitiMekanisme dan kerangka kualiti semua proses aktiviti organisasi bagi menjamin kualiti produk dan perkhidmatan yang ditawarkan.

Pendidik GuruMerupakan individu yang bertauliah yang melatih guru di institusi latihan perguruan.

1.8 : PIBG (Persatuan IbuBapa dan Guru)

Tujuan-tujuan Persatuan

a) untuk mengadakan sesuatu forum dan perkhidmatan bagi kebajikan dan kemajuan murid-murid dalam Sekolah dalam meningkatkan imej Sekolah;b) untuk membantu dan menambah usaha Sekolah dalam memenuhi kehendak dan keperluan kebendaan murid-murid dalam kegiatan mereka;c) untuk membolehkan ibu bapa dan guru dalam Sekolah bertukar-tukar fikiran dan maklumat mengenai pendidikan;d) untuk memberi peluang kepada ibu bapa dan guru dalam sekolah berunding antara satu sama lain dengan cara memperbaiki taraf pendidikan anak-anak mereka pada amnya; dane) untuk membolehkan ibu bapa dan guru dalam Sekolah untuk berusaha menambah kewangan Sekolah dan meningkatkan kemudahan fizikal bagi tujuan meningkatkan kemudahan pengajaran dan pembelajaran

Fungsi Persatuan

Fungsi Persatuan ialah untuk menjalankan aktiviti atau program bagi mencapai tujuan-tujuan persatuan yang dinyatakan di perenggan 3, seperti:

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

a) membantu dalam memajukan perkembangan murid dan menjaga kebajikan murid;b) menambah sumber kewangan Sekolah bagi menambah dan meningkatkan kemudahan di Sekolah;c) meningkatkan kemesraan dan menyediakan saluran komunikasi dan hubungan antara Sekolah dengan masyarakat setempat;d) meningkatkan kecerian premis Sekolah supya dapat mewujudkan suasana yang kondusif bagi menjayakan aktiviti dan program pendidikan

Keanggotaan Persatuan

Anggota Persatuan terdiri daripada:

a) semua guru di Sekolah;b) ibu bapa kepada murid yang belajar dalam Sekolah; danc) warganegara Malaysia yang diluluskan permohonan untuk menjadi anggota Persatuan oleh Pegawai Pendidikan Daerah atau Pegawai Pendidikan Bahagian atau Pendaftar, mengikut mana yang berkenaan (seperti di Lampiran A); dan

Guru Besar atau Pengetua Sekolah hendaklah menjadi ex-officio dan Penasihat Persatuan.

Jawatankuasa Persatuan

Persatuan hendaklah diuruskan oleh suatu jawatankuasa yang dikenali sebagai "Jawatankuasa PIBG". Jawatankuasa PIBG hendaklah dilantik oleh anggota Persatuan pada setiap Mesyuarat Agung Tahunan.

Anggota Jawatankuasa PIBG hendaklah terdiri daripada warganegara Malaysia sahaja.

Keanggotaan Jawatankuasa PIBG adalah seperti berikut:

a) seorang Yang Di-Pertua;b) seorang Naib Yang Di-Pertua;c) seorang Setiausaha;d) seorang Bendahari; dane) .......... orang Ahli Jawatankuasa

Bilangan ibu bapa dan guru yang menganggotai Jawatankuasa PIBG hendaklah, seboleh-bolehnya, seimbang.

Guru Besar atau Pengetua tidak boleh menganggotai Jawatankuasa PIBG dan hanya bertindak sebagai Penasihat Persatuan.

Bilangan Ahli Jawatankuasa PIBG di perenggan 9(e) hendaklah antara 1 hingga 11 orang.

Bilangan anggota Jawatankuasa PIBG di kalangan anggota Persatuan (bukan anggota guru di sekolah tersebut) yang tidak mempunyai anak di sekolah itu hendaklah tidak melebihi 1/5 daripada keseluruhan bilangan anggota Jawatankuasa PIBG berkenaan.

Tertakluk kepada perenggan 13 Perlembagaan ini dan subperaturan 6(4) hingga (6) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Ibu Bapa - Guru) 1998, Pegawai Pendidikan Daerah atau Pegawai Pendidikan Bahagian (mengikut mana yang berkenaan) boleh melantik tidak lebih daripada 2 orang yang bukan anggota Persatuan untuk menjadi anggota Jawatankuasa PIBG setelah mendapat kelulusan bertulis Pendaftar.

Tempoh memegang jawatan dalam Jawatankuasa PIBG adalah bermula dari tarikh pelantikan sehingga tarikh

Mesyuarat Agung Tahunan pada tahun berikutnya atau sehingga suatu tempoh yang diluluskan oleh pendaftar.

Jika berlaku kekosongan jawatan dalam Jawatankuasa PIBG, Yang Di Pertua hendaklah melantik mana-mana anggota biasa Persatuan, berdasarkan undian terbanyak di kalangan anggota Jawatankuasa PIBG, untuk mengisi kekosongan jawatan itu.

Jawatankuasa PIBG hendaklah mengedarkan kepada anggota Persatuan senarai nama dan alamat pemegang jawatan dalam Jawatankuasa PIBG pada setiap tahun selewat-lewatnya 14 hari selepas tarikh Mesyuarat Agung Tahunan.

Fungsi Jawatankuasa PIBG

Fungsi Jawatankuasa PIBG ialah mengelola dan mengatur kegiatan Persatuan dan membuat keputusan atas perkara-perkara yang menyentuh perjalanan Persatuan, tanpa bercanggah dengan dasar umum yang ditetapkan oleh Mesyuarat Agung Tahunan, Perlembagaan ini dan Akta Pendidikan 1996 serta peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya.

1.9 : Skim Baucer Tuisyen

PENGENALAN

Skim Baucar Tuisyen adalah merupakan satu usaha murni kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia untuk merapatkan jurang pencapaian antara murid keluarga miskin dengan murid keluarga berada. Matlamat Skim Baucar Tuisyen adalah untuk memberi tuisyen kepada murid miskin yang lemah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik bagi membolehkan murid tersebut menguasai pengetahuan dan kemahiran asas dalam mata pelajaran berkenaan.

OBJEKTIF

Membolehkan murid miskin yang lemah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik dapat menguasai pengetahuan dan kemahiran asas yang diperlukan agar setanding dengan murid yang lain.

KUMPULAN SASARAN

Murid yang belajar di Tahun 4, 5 atau 6;

Semenanjung : Keluarga yang berpendapatan bulanan RM 530.00 dan ke bawah,Sarawak : Keluarga yang berpendapatan bulanan RM585.00 dan ke bawah,Sabah/Labuan: Keluarga yang berpendapatan bulanan RM685.00 dan ke bawah.

PELAKSANAAN PROGRAM

Setiap murid yang terpilih diberikan satu buku baucar bagi setiap mata pelajaran yang bernilai RM10.00.

Berdasarkan senarai murid yang layak, sekolah akan menubuhkan pusat tuisyen dengan menyediakan jadual waktu tuisyen dan keperluan guru tuisyen.

Pegawai Pelajaran Daerah akan melantik dan mengagihkan guru tuisyen kepada sekolah daripada pool guru tuisyen SBT daerah.

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

Sekolah akan mengadakan kelas tuisyen SBT untuk murid mereka sendiri. JPN/PPD akan memantau dan menyediakan pelaporan status pelaksanaan SBT kepada KPM.

PENUTUP

Adalah diharapkan melalui SBT ini, peluang dan pencapaian di antara murid daripada keluarga miskin dan murid daripada keluarga yang berada dapat di seimbangkan. Kejayaan program ini bergantung kepada komitmen dan kerjasama antara pihak sekolah, guru tuisyen dan ibu bapa.

BAB 7 : PROGRAM KHAS KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

1.1 : Gerak Kerja Kokurikulum1.2 : Sekolah Harapan Negara1.3 : Hari Guru1.4 : Projek Nilam1.5 : Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia1.6 : Majlis Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran

1.1 : Gerak Kerja Kokurikulum

Pada asasnya gerak kerja kokurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum dan setiap orang pelajar harus melibatkan diri. Gerak Kerja ini boleh dijalankan didalam dan di luar bilik darjah, mengikut kesesuaian sesuatu gerak kerja itu. Dengan andaian bahawa pelajar-pelajar tidak dapat pengalaman-pengalaman tertentu di bilik darjah. Maka gerak kerja kokurikulum boleh menyediakan pengetahuan dan pengalaman tersebut bagi perkembangan mental, minat, bakat, jasmani, rohani dan pembentukan nilai-nilai estetika serta sosial yang positif.

Sebagai satu bidang pendidikan, penglibatan semua pelajar dan ahli masyarakat adalah perlu, berasas kepada anggapan bahawa :

i) Semua pelajar harus mempunyai perseimbangan antara perkembangan mental (akademik ) dengan perkembangan sahsiah yang bersepadu ( sosial, jasmani dan rohani ) ii) Semua pelajar mempunyai minat dan bakat yang boleh dimajukan. iii) Semua pelajar boleh dididik dan boleh pula mendidik diri sendiri. iv) Sekolah bertanggungjawab bagi melahirkan pelajar-pelajar untuk keperluan masyarakat. v) Masyarakat juga bertanggungjawab dan memainkan peranan mereka dalam mendidik pelajar-pelajar, termasuklah pendidikan kemasyarakatan.

Menyemaikan kesedaran dan kepatuhan terhadap agama dan kepercayaan kepada Tuhan sebagaimana yang dinyata dalam Falsafah Pendidikan Negara dan matlamat utama gerak kerja kokurikulum. Matlamat gerak kokurikulum hendak dicapai adalah : i) Perseimbangan antara perkembangan ,mental (akademik ) dengan perkembangan sosial, jasmani dan rohani pelajar dengan Falsafah Pendidikan Negara. ii) Pengukuhan interaksi dan intergrasi dikalangan pelajar di sekolah. iii) Peningkatan minat, bakat dan kemahiran pelajar dalam gerak kerja kokurikulum yang diceburi. iv) Pengukuhan dan pengayaan perkara yang dipelajari dalam bilik darjah serta perluasan pengetahuan dan pengalaman pelajar dalam bidang tertentu. v) Pengisian masa lapang pelajar dengan berfaedah, memberi kegembiraan serta pembinaan kesihatan dan

kesejahteraan diri. vi) Peningkatan disiplin pelajar melalui penyemaian dan pemupukan nilai dan sikap positif selaras dengan hasrat Rukunegara. vii) Peningkatan suasana sekolah yang lebih menarik dan menggembiraan pelajar. viii) Peningkatan penglibatan kerjasama dan sumbangan dua hala antara sekolah dengan ibubapa dan masyarakat.

Bagi meningkatan gerak kerja kokurikulum ( berikut adalah beberapa pelaksanaan ) i) Memberi wajaran yang sesuai kepada gerak kerja kokurikulum supaya kurikulum dan gerak kerja kokurikulum boleh saling melengkapi dalam proses pendidikan di sekolah. ii) Menambahkan lagi bilangan-bilangan pasukan pakaian seragam, persatuan/kelab dan sukan serta mempelbagaikan gerak kerja, dengan tujuan memberi peluang kepada semua pelajar melibatkan diri dengan aktif secara individu, kumpulan dan beramai-ramai. iii) Melibatkan pelajar dari semua kaum dalam semua gerak kerja kokurikulum, dimana yang sesuai, untuk tujuan pemupukan perpaduan. iv) Melibatkan pelajar dan pihak sekolah gerak kerja khidmat masyarakat. v) Melibatkan Persatuan Ibubapa/guru-guru dan pelajar-pelajar dalam perancangan dan perlaksanaan gerak kerja kokurikulum. vi) Merancang dengan teliti gerak kerja kokurikulum bagi menetapkan matlamat yang dikehendaki. vii) Merekod dan menilai kemajuan gerak kerja kokurikulum. viii) Mengadakan pertandingan dengan melibatkan semua secara berterusan. ix) Mengadakan penyeliaan dan penilaian yang sistematik secara berterusan. x) Memberi penghargaan kepada pelajar dan lain-lain pihak, dari semasa ke semasa.

Gerak kerja kokurikulum mempunyai fungsi-fungsi yang tertentu. Diantaranya ialah :

Pengetahuan yang diperolahi dari mata pelajaran akademik dapat di perkukuhkan dan diamalkan melalui kerja kokurikulum. Ini juga dapat member peluang kepada para pelajar memahami konsep latihan dalam bidang tertentu dengan menggunakan pengetahuan tersebut dalam konteks yang lebih bermakna dan realistik. Di samping itu cara begini juga dapat memberi pengalaman yang mungkin tidak terdapatdi dalam bilik darjah. Segala gerak kerja kokurikulum hendak di rancang terlabih dahulu supaya selaras dan saling melengkapi dengan apa yang diajar di bilik darjah. Ini boleh membantu pelajar-pelajar meningkatkan lagi prestasi mereka dalam pelajaran.

Gerak kerja kokurikulum dapat memberi asas kerjaya kepada pelajar. Ia dapat juga membantu dan melengkapi pengajaran dan pembelajaran serta dapat menimbulkan kesedaran dan penyediaan pemilihan kerjaya. Pengetahuan dan kemahiran ini dapat berguna apabila mereka memasuki dunia pekerjaan kelak. Gerak kerja ini boleh dijalankan secara kumpulan atau individu dan tidak hanya terbatas kepada kemudahan dan peralatan atau kepakaran yang ada di sekolah itu saja.

Para pelajar, guru-guru dan kakitangan sekolah boleh memberi khidmat kepada masyarakat dan begitulah sebaliknya. Tujuannya adalah untuk memupuk dua hala antara masyarakat serta menyemai semangat berkhidmat bekerja sama dan saling bantu membantu.

Pengetahuan yang diperolahi dari mata pelajaran akademik dapat di perkukuhkan dan diamalkan melalui kerja kokurikulum. Ini juga dapat member peluang kepada para pelajar memahami konsep latihan dalam bidang tertentu dengan menggunakan pengetahuan tersebut dalam konteks yang lebih bermakna dan realistik. Di samping itu cara begini juga dapat memberi pengalaman yang mungkin tidak terdapatdi dalam bilik darjah. Segala gerak kerja kokurikulum hendak di rancang terlabih dahulu supaya selaras dan saling melengkapi dengan

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

apa yang diajar di bilik darjah. Ini boleh membantu pelajar-pelajar meningkatkan lagi prestasi mereka dalam pelajaran.

Semua kerja korikulum boleh memberi peluang kepada melatih diri sendiri untuk kesihatan diri disiplin, memupuk minat bakat serta membina semangat untuk menghayati nilai perpaduan dan kewarganegaraan.

Gerak Kerja Kokurikulum sekolah dapat dikelompokkan kepada tiga jenis iaitu :

Badan Beruniform Pengakap Persatuan Bulan Sabit Merah Kadet Remaja Sekolah Pandu Puteri Kadet Tentera Udara Puteri Islam

Persatuan/KelabBahasa Melayu Bahasa Inggeris Sejarah dan Geografi Seni dan Kraftangan Sains Matematik Kemahiran Hidup dan Pengguna Pelajar Islam Rekacipta Kelab Kebajikan dan Pendidikan Moral Kelab Pencegah Jenayah

Sukan & PermainanBola Sepak Bola Tampar Bola Jaring Bola Keranjang Badminton Hoki Catur Tenis Renang, Terjun dan Polo Air Olahraga

Pasukan Rumah : Laksamana/Temenggung/Bendaraha/Syahbandar

1.2 : Sekolah Harapan Negara

"Anugerah Sekolah Harapan Negara" merupakan pengiktirafan dan penghargaan Kementerian Pelajaran Malaysia terhadap segolongan guru (secara kolektif), di sebuah sekolah, iaitu, satu unit institusi asas pendidikan, di atas dedikasi serta pengorbanan mereka sebagai pendidik terhadap pembangunan pendidikan umumnya serta pembinaan warganegara khususnya.

Penganugerahan ini mengiktirafkan model sekolah contoh dalam konteks semasa yang dapat dimanfaatkan oleh

sekolah-sekolah lain untuk menilai secara ikhtisas tentang pencapaian, cabaran dan hambatan yang dialami oleh para pendidik di sekolah berkenaan dalam melaksanakan tanggungjawab pendidikan dalam konteks masa ini.

OBJEKTIF PENGANUGERAHAN

" Memberi pengiktirafan kepada peranan guru masa kini yang telah dan sedang berusaha untuk mempertingkatkan mutu pendidikan negara sebagai langkah ke arah pembinaan warganegara yang berguna.

" Memupuk, mengembang serta menyuburkan perasaan perpaduan di kalangan guru-guru bagi mencapai tahap profesion keguruan yang tinggi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka dalam konteks semasa. " Memberi penilaian secara objektif terhadap sumbangan guru-guru dalam melaksanakan Dasar dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan supaya penganugerahan ini akan mencetuskan semangat bersaing yang sihat dan berkesan.

1.3 : Hari Guru

PENGENALAN HARI GURU

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

LOGO HARI GURU

Putih : Menunjukkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan.Perak : Menunjukkan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan teguh. Kuning: Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan.Bulan dan bintang membawa erti yang terkandung dalam bendera Malaysia.Merah : Menunjukkan keteguhan semangat.Biru : Menunjukkan perpaduan muhibah.

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

OBJEKTIF HARI GURU MALAYSIA

Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.

Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.

Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru. Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat. Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-

persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru. Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-

langkah supaya peranan itu lebih berkesan.

Anugerah

Anugerah Tokoh Guru Kebangsaan Anugerah Kepimpinan Pendidikan Menteri Pelajaran Anugerah Guru Cemerlang Pendidikan Khas Anugerah Guru Cemerlang Kurang Upaya Anugerah Guru Inovatif

IKRAR HARI GURU

Bahawasanya kamiGuru-guru negara MalaysiaDengan ini berikrarMendukung terus cita-cita kamiTerhadap tugas kamiDan menyatakan keyakinan kamiPada cita-cita murni pekerjaan kamiKami akan berbaktiKepada masyarakatDan negara kami.Kami sentiasa menjunjungPerlembagaan negaraKami mengamalkanPrinsip-prinsip Rukun NegaraPada setiap masa.

TEMA HARI GURU MALAYSIA 2010 Guru Pembina Negara Bangsa2011 Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara

1.4 : Projek Nilam

Program galakan membaca yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia adalah Program ‘Nadi Ilmu Amalan Membaca atau Program NILAM yang telah mula dilaksanakan pada tahun 1999. Pelaksanaan Program

NILAM ini dimulakan hasil daripada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Gerakan Tabiat Membaca peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 1998. Program ini dilaksanakan bermula dengan Tahun Satu bagi sekolah rendah dan Tingkatan Satu atau Peralihan bagi sekolah menengah dan rekod pembacaan murid-murid ini diteruskan sehingga mereka tamat persekolahan.

‘NILAM’ atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Pelaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan markah dikumpulkan secara kumulatif sehinggalah mereka tamat persekolahan.

Program ini ialah satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia dengan matlamat untuk membina tabiat membaca di kalangan murid. Bahagian Teknologi Pendidikan ialah urus setia di Kementerian Pelajaran yang ditugaskan untuk menyelaras program ini.

Program ini telah mula dilaksanakan dengan Tahun Satu di sekolah rendah dan Tingkatan Satu atau Peralihan di sekolah menengah dengan rasminya pada 1999, melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.13/1998: Program Membina Tabiat Membaca bertarikh 22 Mei 1998.

Matlamat Program NILAM ialah supaya terbina tabiat membaca dalam kalangan murid.

Apakah objektif Program NILAM?

• Menjadikan murid banyak membaca• Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca ini

Bilakah aktiviti Program NILAM boleh dilaksanakan?

Program NILAM mengalakkan murid membaca di mana jua walaupun selepas tamat waktu persekolahan. Walaubagaimanapun, satu masa membaca di Pusat Sumber Sekolah atau di sudut bacaan kelas wajar dimuatkan dalam jadual kelas terutamanya matapelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris untuk menjalankan aktiviti membaca.Waktu lain juga boleh diperuntukkan untuk aktiviti PSS yang melibatkan pengajaran kemahiran membaca, contohnya aktiviti dalam Minggu Pusat Sumber Sekolah, Minggu Bahasa atau mata pelajaran lain.Murid juga boleh meluangkan masa sekurang-kurangnya 10 minit semasa waktu perhimpunan mingguan untuk aktiviti membaca seperti Bicara Buku dan menulis ulasan buku.Program NILAM mengalakkan murid membaca di mana jua walaupun selepas tamat waktu persekolahan. Walaubagaimanapun, satu masa membaca di Pusat Sumber Sekolah atau di sudut bacaan kelas wajar dimuatkan dalam jadual kelas terutamanya matapelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris untuk menjalankan aktiviti membaca.

Waktu lain juga boleh diperuntukkan untuk aktiviti PSS yang melibatkan pengajaran kemahiran membaca, contohnya aktiviti dalam Minggu Pusat Sumber Sekolah, Minggu Bahasa atau mata pelajaran lain.

Murid juga boleh meluangkan masa sekurang-kurangnya 10 minit semasa waktu perhimpunan mingguan untuk aktiviti membaca seperti Bicara Buku dan menulis ulasan buku.

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

1.5 : Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia

Ditubuhkan pada 3 Mac 1958 di atas nama Majlis Sukan Sekolah-sekolah Persekutuan Tanah Melayu melalui satu mesyuarat yang dihadiri oleh Ketua Penasihat Pelajaran,Ketua Pegawai Pelajaran Negeri dan wakil-wakil negeri. Pada tahun 1968 ditukarkan kepada Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia. MSSM ini di bawah Majlis Sukan Negara untuk menganjurkan Kejohanan Peringkat MSSM dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia. Kejohanan Peringkat MSSM hanya terbuka kepada pelajar-pelajar sekolah bantuan kerajaan bawah umur 18 tahun.

Pada tahun 1968, Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia telah ditubuhkan untuk menganjur dan melaksanakan program pembangunan sukan sekolah-sekolah di Malaysia. Dasar Pelajaran Kebangsaan telah dibentuk dan ia menekankan domain psikomotor, kognitif dan afektif. Pada tahun 1972, kemudahan infrastruktur dan tenaga pengajar telah dimajukan bersama.

VISI MSSM

Memberi peluang kepada pelajar menyertai kejohanan yang mempunyai unsur-unsur keseronokan sambil mempamerkan kecemerlangan.

MISI MSSMMelahirkan atlet elit yang berpotensi tinggi melalui program pertandingan sukan di dalamdan di luar negara

OBJEKTIF MSSM Menggalakkan, memajukan, memelihara dan mengatur aktiviti-aktiviti sukan. Menganjurkan dan menjalankan semua aktiviti sukan sekolah sama ada di peringkat

negeri,kebangsaan dan antarabangsa. Mengelola dan menjalankan kursus kejurulatihan dan kepegawaian sukan sekolah. Menyelaras segala kaedah dan undang-undang pertandingan sukan sekolah di peringkat kebangsaan

dan negeri Bekerjasama dengan mana-mana badan sukanlain atau pertubuhan-pertubuhan sukan. Memajukan dan meningkatkan prestasi sukan keseluruhannya di Malaysia. Membuat syor-syor kepada kerajaan mengenai cara, langkah, kaedah dan dasar yang patut diambil

bagi kemajuan sukan sekolah dan jika diluluskan oleh kerajaan,melaksanakan dan membantu dalam melaksanakan syor-syor itu.

1.6 : Majlis Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran

Pertandingan Majlis Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran Malaysia hendaklah mengikut Peraturan - Peraturan Am Pertandingan Majlis Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran.

JENIS-JENIS PERMAINAN

BilJenis Permainan Jantina Jenis Pertandingan

Bola Sepak Senior LelakiBerpasukan

Bola Sepak Veteran Lelaki Berpasukan Bola Jaring Senior Wanita Berpasukan Bola Jaring Veteran Wanita Berpasukan Sepak Takraw Senior Lelaki Berpasukan/antara regu Badminton Lelaki/Perempuan Ind/Berpasukan

BilJenis Permainan Jantina Jenis Pertandingan

Jogathon Lelaki/Perempuan Ind/Berpasukan Boling Tenpin Lelaki+Wanita Ind/Berpasukan Pentanque Lelaki/Perempuan Ind/Berpasukan

10. Tenis Lelaki Ind/Berpasukan11. Ping Pong Lelaki/Perempuan Ind/Berpasukan12. Kebudayaan Lelaki+Perempuan Berpasukan13. Golf Lelaki Ind/Berpasukan14. Hoki Lelaki Berpasukan15. SepakTakraw Veteran Lelaki Antara Regu

6.1 Pemain yang layak menyertai pesta ini adalah:

6.1.1. Seorang warganegara Malaysia yang sedang berkhidmat dan menerima gaji daripada Kementerian Pelajaran Malaysia sama ada bekerja secara tetap atau kontrak ( Kontrak bermaksud dari segi Perkhidmatan Awam )

6.1.2. GSTT dan KGSK yang berkhidmat selama 3 bulan secara berterusan

6.1.3. Pegawai Khidmat singkat dibenarkan menyertai pertandingan ini dengan syarat telah berkhidmat selama 3 bulan secara berterusan.

6.1.4. Guru yang melanjutkan pelajaran secara penuh masa dibenarkan mengambil bahagian dengan syarat gajinya masih dibayar oleh pihak sekolah atau Jabatan asalnya dan mendapat kebenaran daripada Dekan.

6.1.5. Kakitangan Politeknik, Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kolej Komuniti Kementerian Pelajaran Malaysia boleh bermain di daerah dimana pusat pengajian itu berada dan mewakili Daerah tersebut di pesta ini.

6.2. Pemain yang tidak layak

6.2.1. Pegawai dan Kakitangan Maktab Rendah Sains Mara, Sekolah-Sekolah atau Maktab tajaan Jabatan Agama Islam Negeri, Sekolah-Sekolah Swasta dan persendirian.

6.2.2. Pekerja Kontrak Swasta

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

6.2.3. Guru Ganti

6.2.4. Guru dan Kakitangan Sekolah Sukan Bandar Penawar tidak dibenarkan bermain untuk Pesta MSKPP Johor kerana status kakitangan dan pegawainya telah diputuskan bertanding di bawah MESCA.

6.2 Dalam acara veteran umur peserta lelaki adalah 40 tahun ke atas dan peserta wanita adalah 35 tahun di kira pada tahun pertandingan.

6.3 Seorang pemain hanya dibenarkan bertanding / didaftarkan di bawah satu bahagian/ peringkat umur iaitu senior atau veteran dalam satu permainan sahaja.

6.4 Pemain tidak dibenarkan mewakili pasukan MSKPPM Daerah lain melainkan mendapat kebenaran dengan pelepasan bertulis dari Daerah asal dimana mereka berkhidmat. Tempuh 7 hari bekerja.

6.5 Pemain dalam kategori veteran ( jika ada permainan bercampur ) dibenarkan mengambil bahagian dalam kategori senior dan mesti bermain dalam kategori yang sama hingga akhir pesta. Tegasnya tidak boleh bertukar kategori dalam permainan itu.

6.6 Setiap peserta hendaklah bersedia menunjukkan kad pengenalan ( ASAL ) dan Slip gaji asal atau surat tawaran kerja secara kontrak yang disahkan oleh ketua majikan masing-masing.

6.7 Pegawai Pelajaran Daerah dan pengurusan pasukan berkenaan adalah bertanggungjawab penuh pada setiap nama pemain yang didaftarkan.

6.8 Sebarang bentuk penyelewengan adalah tanggungjawab Pegawai Pelajaran Daerah dan jika berlaku perkara seumpama ini, kenyataan bertulis hendaklah dibuat oleh Jawatankuasa Pengelola kepada Yang Dipertua MSKPP Johor.

BAB 8 : URUSAN PERKHIDMATAN

1.1 : Perintah-Perintah Am1.2 : Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 19931.3 : Arahan Perbendaharaan1.4 : Panduan Perbendaharaan Tatacara Pengurusan Stor1.5 : Arahan Perkhidmatan1.6 : Akta Acara Kewangan1.7 : Peraturan-Peraturan Pegawai Awam

1.1 : Perintah Am

Perintah Am dan pekeliling kerajaan ini menjadi nadi utama yang mengawal selia serta memastikan urus tadbir kerajaan daripada peringkat akar umbi hingga ke tahap tertinggi, harus berjalan lancar serta mematuhi prosedur ditetapkan. Pada dasarnya, Perintah Am adalah rangkuman syarat, garis panduan, kod etika, disiplin dan undang-undang kecil berkaitan apa yang boleh dilakukan selain prosedur bagi melakukannya dan larangan terhadap penjawat awam. Pekeliling kerajaan pula terbahagi kepada tiga kategori iaitu pekeliling perkhidmatan, surat dan surat edaran yang lazimnya menjadi saluran untuk menerangkan bidang kuasa dan kaedah bagaimana sesuatu elemen Perintah Am disesuaikan untuk kementerian, jabatan atau sektor perkhidmatan awam tertentu.

Pekeliling bersifat lebih anjal berbanding Perintah Am kerana ia harus diterjemahkan mengikut keperluan semasa walaupun terikat kepada ruang lingkup yang ditetapkan Perintah Am. Ini lazimnya dikeluarkan ketua

pengarah di kementerian berkenaan khusus bagi kakitangan tertentu. Tetapi ada juga pekeliling yang dikeluarkan Ketua Setiausaha Negara jika membabitkan keseluruhan kakitangan awam secara umum. Antara lain, Perintah Am merangkumi Perkhidmatan Awam Persekutuan, Perkhidmatan Awam Negeri, Perkhidmatan Badan Berkanun Persekutuan, Perkhidmatan Badan Berkanun Negeri dan Perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan. Ia meliputi perihal pelantikan, elaun, cuti, tatatertib rumah kerajaan, perubatan dan waktu bekerja selain skim pencen perkhidmatan awam, skim pencen badan berkanun dan kuasa tempatan, acara kewangan, serta penyelarasan pencen.

Perintah Am juga menggariskan tugas-tugas suruhanjaya perkhidmatan bagi melantik, mengesahkan, memberi taraf berpencen, menaikkan pangkat, menukar, kawalan tatatertib dan tugas-tugas lain. Ia juga menetapkan kuasa melantik bagi anggota perkhidmatan kehakiman dan perundangan, perkhidmatan awam persekutuan dan bersama, anggota pasukan polis, serta perkhidmatan pelajaran. Selain itu, Perintah Am menetapkan tahap penggredan mengikut kelayakan akademik penjawat awam serta status pegawai (sama ada tetap, sementara, kontrak, sambilan atau berasingan). Ia juga menentukan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dan tangga gaji. Lazimnya setiap profesyen dalam sektor awam perlu ada perintah am yang khusus mengenainya dan diperincikan menerusi pekeliling yang dikeluarkan mengikut keperluan semasa oleh ketua jabatan berkenaan, tertakluk kepada bidang kuasa yang diberi. Delegasi kuasa bagi mengguna pakai Perintah Am sering diturunkan kepada pegawai peringkat jabatan. Ini secara tidak langsung menyebabkan tiada keseragaman dari segi pelaksanaan, yang lazimnya mengikut budi bicara pegawai atasan berkenaan. Walaupun pegawai atasan terbabit juga terikat kepada Perintah Am atau Pekeliling lain, pemantauan yang menyeluruh sukar dilakukan terhadap mereka, terutama jika jabatan kerajaan itu terletak di pedalaman. Sehubungan itu, wujud aduan di kalangan kakitangan awam bahawa berlaku pilih kasih dalam pelaksanaan tindakan tatatertib mengikut Perintah Am kerana hukum berlainan dikenakan bagi kesalahan sama.

1.2 : Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Pegawai Awam

(Kelakuan dan Tatatertib) 1993

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) sukacita memaklumkan beberapa perkara yang berkaitan pengurusan tatatertib dalam Perkhidmatan Awam seperti berikut:

Latar belakang

Peraturan tatatertib yang digunakan adalah terkandung dalam Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Peraturan ini mengandungi peraturan dan kelakuan yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh seseorang pegawai awam. Pelanggaran ke atas sebarang peraturan yang ditetapkan akan membolehkan tindakan tatatertib diambil.

Tujuan utama peraturan adalah untuk menjaga imej kerajaan khasnya dan Perkhidmatan Awam amnya. Tindakan tatatertib merupakan langkah yang perlu diikuti bagi menghukum pegawai awam yang didapati melanggar mana-mana peraturan supaya dapat memperbaiki tingkah laku mereka pada masa hadapan dan pada masa yang sama dapat dijadikan panduan kepada orang lain.

Kes Tatatertib Pegawai Awam Bagi Tempoh Tahun 2002-2006

A. Statistik

Pada keseluruhannya untuk tempoh 5 tahun (2002 – 2006) bilangan pegawai yang dikenakan tindakan tatatertib (tidak termasuk ATM, PDRM bagi tahun 2002 hingga 2004 dan Badan Berkanun Negeri) ialah seramai 10,438 orang. Trend/aliran walau bagaimanapun menunjukkan penurunan yang ketara. Butiran statistik pegawai yang

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

dikenakan tindakan tatatertib mengikut klasifikasi perkhidmatan adalah ditunjukkan dalam Jadual 1:

Bilangan pegawai dan anggota ATM dan PDRM yang telah dikenakan tindakan tatatertib bagi tempoh yang sama masing-masingnya ialah berjumlah 7,390 dan 4,819.

Faktor Penurunan

Secara amnya kesedaran pegawai akan tindakan punitif dengan sendirinya berkeupayaan mencegah sebarang pelanggaran di kalangan pegawai awam. Analisis kepada rekod mendapati antara faktor utama yang menyumbang kepada aliran penurunan adalah:

i. Program Latihan dan Taklimat

Bengkel, kursus dan ceramah tatatertib anjuran JPA/Kementerian/Jabatan telah adakan dari masa ke semasa bagi memantapkan pemahaman berkaitan peraturan-peraturan tatatertib.

ii. Perkhidmatan Kaunseling;

Jawatan kaunselor telah diwujudkan di semua kementerian/jabatan. Dalam hubungan ini Kaunselor bertindak sebagai pemudah cara dalam menangani isu-isu yang dihadapi oleh kakitangan yang bermasalah sebelum tindakan tatatertib diambil ke atas pegawai.

Sehingga tarikh semasa terdapat lebih kurang seramai 6,000 kaunselor/pegawai yang dilatih untuk menjalankan tugas-tugas kaunseling. Daripada jumlah tersebut, 95 adalah Pegawai Kaunselor di bawah perkhidmatan gunasama awam persekutuan.

iii. Penguatkuasaan Peraturan-peraturan Tatakelakuan

Peraturan-peraturan yang ada telah diperkemaskan dari semasa ke semasa bagi memastikan ianya mudah difahami oleh penjawat awam.

Ketua Jabatan turut diingatkan supaya memastikan pegawai dan anggota di bawah kawalannya sentiasa mematuhi peraturan- peraturan yang berkuatkuasa; beserta amaran di mana sekiranya berlaku pelanggaran tatatertib tindakan tegas akan diambil.

Y. Bhg. Tan Sri Ketua Setiausaha Negara dalam mesyuarat berkala dengan Ketua-Ketua Setiausaha / Ketua Jabatan telah bersetuju supaya semua kes-kes tatatertib yang dirujuk oleh Badan Pencegah Rasuah hendaklah diselesaikan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kes dirujuk.

Kumpulan Pegawai

Pegawai dalam Kumpulan Sokongan merupakan kumpulan pegawai yang paling ramai dikenakan tindakan tatatertib iaitu 9,649 (92%) daripada 10,438 pegawai. Fenomena ini disebabkan populasi pegawai daripada Kumpulan Sokongan mendominasi bilangan pegawai awam iaitu seramai 887,665 (77%) daripada keseluruhan 1.1 juta pegawai awam. Butiran pegawai yang dikenakan tindakan tatatertib mengikut Kumpulan ialah seperti di Jadual 3:

Jenis KesalahanKes-kes yang berkaitan tidak hadir bertugas di kalangan pegawai awam adalah kesalahan tertinggi dan paling ketara iaitu 7,668 kes (55%) berbanding jumlah keseluruhan sebanyak 13,761 kes. Butiran dan jenis-jenis kesalahan lain termasuk tatakelakuan adalah seperti di Jadual 4:

Implikasi kepada Hukuman Tatatertib

Jika seseorang pegawai didapati bersalah atas sesuatu kesalahan tatatertib, mana-mana satu atau apa-apa gabungan dua atau lebih hukuman, implikasi kepada pelaksanaan adalah seperti dihuraikan di Lampiran berkepil.

PENUTUP

Pendedahan secara terperinci adalah selari dengan prinsip dan amalan ketelusan Perkhidmatan Awam seperti mana yang diumumkan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Y. Bhg. Tan Sri Ismail Adam semasa pertemuan khas JPA dengan wakil media-massa pada 4 Jun 2007 di JPA.

PELAKSANAAN DAN IMPLIKASI HUKUMAN TATATERTIB HUKUMAN

PELAKSANAAN / IMPLIKASI

1. Amaran (Warning)

Tidak boleh dinyatakan amaran pertama atau amaran keras atau sebagainya.Pegawai tidak layak dinaikkan pangkat dalam tempoh 6 bulan atau satu urusan mana terdahulu.

2.Denda (Fine)

Denda yang dikenakan adalah berasaskan emolumen pegawai. Denda maksimum ialah tidak melebihi 7 hari emolumen. Jika dikenakan lebih sekali dalam satu bulan kalendar, agregat denda tidak boleh melebihi amaun yang sama banyak 45% daripada emolumen bulanan pegawai.Pegawai tidak layak dinaikkan pangkat dalam tempoh 12 bulan atau satu urusan mana terdahulu.

3.Lucut Hak Emolumen

(Forfeiture of Emoluments)

Lazimnya dikenakan bagi kes tidak hadir bertugas.Pegawai tidak layak dinaikkan pangkat dalam tempoh 18 bulan atau satu urusan mana terdahulu.

4.Tangguh Pergerakan Gaji

(Deferment of Salary Movement)

Dikenakan bagi tempoh 3, 6, 9 atau 12 bulan dan dilaksanakan pada tarikh ulang tahun pergerakan gaji pegawai. Pegawai tidak berhak menerima pergerakan gaji dalam tempoh hukuman dan tarikh pergerakan gaji akan berubah ke tarikh yang paling hampir selepas tamat tempoh hukuman.Pegawai tidak layak dinaikkan pangkat dalam tempoh 30 bulan atau satu urusan mana terkemudian.

5.Turun Gaji (Reduction of Salary)

Gaji diturunkan secara mendatar dalam peringkat gaji yang sama dan penurunan gaji itu tidak melebihi tiga pergerakan gaji. Tempoh hukuman ialah tidak boleh kurang daripada 12 bulan tetapi tidak boleh lebih 36 bulan. Hukuman dilaksanakan pada tarikh yang ditetapkan oleh Lembaga Tatatertib atau pada tarikh hukuman dijatuhkan. Pegawai tidak berhak menerima pergerakan gaji dalam tempoh hukuman dan tarikh pergerakan gaji

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

akan berubah ke tarikh pergerakan gaji berikutnya selepas hukuman tamat.Pegawai tidak layak dinaikkan pangkat dalam tempoh 36 bulan atau satu urusan mana terkemudian.

6.Turun pangkat (Reduction in Rank)

Gred pegawai diturunkan ke gred yang lebih rendah dalam skim perkhidmatan yang sama. Gaji pegawai ditetapkan pada satu mata gaji dalam jadual gaji bagi gred yang dikurangkan itu supaya lebih rendah dan berhampiran dengan gaji akhir sebelum hukuman.Pegawai tidak layak dinaikkan pangkat dalam tempoh 48 bulan atau dua urusan mana terkemudian.

7.Buang Kerja (Dismissal)

Tarikh hukuman ialah pada tarikh Lembaga Tatatertib menjatuhkan hukuman.Pegawai tidak berhak menerima apa-apa kemudahan dalam perkhidmatan awam.

1.3 : Arahan Perbendaharaan

Pendahuluan

Arahan Perbendaharaan ini diterbitkan bagi menggantikan Arahan Perbendaharaan yang dikeluarkan pada 29 Disember 1997.

2. Pendahuluan ini bukan merupakan sebahagian daripada Arahan Perbendaharaan. Pendahuluan ini menekankan ciri-ciri penting dalam Arahan Perbendaharaan sebagai panduan kepada pegawai-pegawai awam amnya dan pegawai-pegawai perakaunan khususnya.

3. Seksyen 4 Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61] memperuntukkan bahawa tiap-tiap pegawai perakaunan adalah tertakluk kepada Akta ini dan hendaklah menjalankan apa-apa kewajipan menyenggara buku dan menyediakan akaun yang ditetapkan oleh atau di bawah Akta ini atau oleh arahan-arahan yang dikeluarkan oleh perbendaharaan mengenai perkara tatacara kewangan dan perakaunan yang tidak bertentangan dengannya:

dengan syarat bahawa seorang pegawai perakaunan negeri adalah di samping itu tertakluk kepada apa-apa arahan pihak berkuasa Kewangan negeri yang tidak bertentangan dengan yang tersebut di atas.

4. Berasaskan seksyen 4 Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], Arahan Perbendaharaan ini menerangkan tatacara kewangan dan perakaunan yang perlu dipatuhi oleh semua Pegawai Pengawal atau Pegawai Yang Diberi Kuasa (di mana berkaitan) yang bertanggungjawab bagi perkara- perkara berikut:

(i) memungut, menerima atau mengakaun Wang Awam;

(ii) membelanja atau membayar apa-apa Wang Awam; dan

(iii) menerima, menyimpan, mengeluar, melupus, menghapus kira dan mengakaun Aset Awam (kecuali tanah dalam Persekutuan dan negeri).

5. Arahan Perbendaharaan ini dibahagikan kepada tiga bab iaitu, Bab A – Tatacara Kewangan, Bab B – Tatacara Perakaunan dan Bab C – Audit, Kehilangan dan Tatacara Hapus Kira.

6. Bab A – TATACArA KeWAnGAn menjelaskan tatacara mengenai pemberian kuasa oleh Badan Perundangan bagi perbelanjaan mengurus dan pembangunan serta bagaimana perbelanjaan itu (selepas peruntukan

diluluskan oleh Badan Perundangan) dilakukan, tertakluk selanjutnya kepada kawalan Perbendaharaan. Ia juga menjelaskan tatacara mengenai pindah peruntukan dan anggaran tambahan. Tujuan bab ini adalah untuk

menjelaskan dan bukan menggantikan apa-apa peruntukan Perlembagaan dan undang-undang dan sekiranya didapati apa-apa pertentangan antara Arahan ini dengan peruntukan Perlembagaan dan undang-undang itu, maka peruntukan Perlembagaan dan undang-undang itu akan diguna pakai.

7. Bab b – TATACArA perAKAUnAn dibahagikan kepada tiga (3) seksyen seperti berikut:

I - Mengawal Terimaan dan Bayaran dan Menyimpan Wang Awam;II - Perakaunan; danIII - Tatacara Perolehan Bekalan, Perkhidmatan dan Kerja.

(i) Di bawah seksyen I diterangkan bahawa kawalan terimaan dan bayaran serta penyimpanan Wang Awam adalah terletak di bawah tanggungjawab Pegawai-pegawai Pengawal.

(ii) Di bawah seksyen II diterangkan tanggungjawab Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Akauntan Negara, Pegawai Kewangan Negeri dan Akauntan Negeri/Bendahari Negeri dalam perkara-perkara mengenai tatacara perakaunan.

(iii) Seksyen III pula menerangkan tatacara perolehan bekalan, perkhidmatandan kerja.

8. Bab C – AUdIT, KehILAnGAn dAn Tatacara Hapuskira menegaskan tanggungjawab Pegawai Pengawal berkenaan:

(i) perbelanjaan, pemungutan, penyimpanan dan perakaunan yang sepatutnya mengenai Wang Awam;

(ii) penyimpanan, pelupusan dan perakaunan yang sepatutnya mengenai Aset Awam di bawah jagaan mereka; dan

(iii) Laporan Ketua Audit Negara mengenai Akaun Awam dan keterangan kepada Jawatankuasa Akaun Awam.

Bab ini juga menjelaskan tatacara yang perlu dipatuhi sekiranya berlaku apa-apa kehilangan atau sekiranya tatacara perakaunan yang telah ditetapkan tidak dipatuhi. Di mana perlu, tindakan surcaj hendaklah diambil terhadap pegawai-pegawai yang bertanggungjawab ke atas sesuatu kehilangan.

9. Semua pegawai awam perlu memahirkan diri dengan Arahan Perbendaharaan. Kurang pengetahuan mengenai Arahan Perbendaharaan tidak akan diterima sebagai suatu alasan sekiranya Arahan Perbendaharaan tidak dipatuhi, atau pun jika berlakunya apa-apa kehilangan Wang Awam atau Aset Awam akibat ketidakpatuhan kepada Arahan Perbendaharaan.

1.4 : Panduan Perbendaharaan Tatacara Pengurusan Stor

DEFINISI STOR

• Tempat bagi melaksanakan penerimaan, perekodan, penyimpanan, penyelenggaraan, pengendalian dan

pengeluaran stok.

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

OBJEKTIF PENGURUSAN STOR

• Pengurusan Stor hendaklah dilaksanakan secara

(a) Stok sentiasa ada apabila dikehendaki dan menepati kehendak pelanggan; dan(b) Kualiti stok sentiasa terjamin dengan cara memberi perlindungan, penjagaan dan penyelenggaraan yang sewajarnya semasa dalam simpanan.

1. Menyimpan2. Merekod3. Susun Atur4. Pengeluaran

PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 5 TAHUN 2009– TATACARA PENGURUSAN STOR

1.5 : Arahan Perkhidmatan

Panduan asas pentadbiran sesebuah pejabat / jabatan yang meliputi pentadbiran am, perkara perkhidmatan, alat kelengkapan pejabat, rekod awam dan kemudahan perhubungan.

1.6 : Akta Acara Kewangan

Satu Akta untuk menyediakan kawalan dan pengurusan kewangan awam di Malaysia dan untuk prosedur kewangan dan pengakaunan, termasuk prosedur untuk memungut, menyimpan dan membayar wang awam Persekutuan dan Negeri.

1.7 : Peraturan-Peraturan Pegawai Awam

Contoh ; Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan

2005) (Bhg. V,VII dan VIII) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993

BAB 9 : DASAR, KURIKULUM & SISTEM BARU

1.1 : KSSR1.2 : KSSM1.3 : Pentaksiran Berasaskan Sekolah1.4 : MBMMBI1.5 : 1 Murid 1 Sukan1.6 : Transformasi Pendidikan Vokasional1.7 : NKEA1.8 : NKRA Pendidikan

1.1 : Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

KURIKULUM Standard Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan sebagai usaha menyusun semula dan menambah baik kurikulum sedia ada bagi memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai relevan untuk memenuhi keperluan semasa serta menghadapi cabaran abad ke-21.

Pelaksanaan KSSR menggantikan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) bermula sesi persekolahan Januari lalu bertujuan meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran bahasa Inggeris.

KSSR digubal dalam pernyataan standard terdiri daripada standard kandungan dan pembelajaran yang perlu dicapai murid dalam satu tahap persekolahan.

Standard Kandungan ialah penyataan spesifik mengenai perkara murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai, manakala Standard Pembelajaran ialah penetapan kriteria atau petunjuk kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.

Berikut adalah soal jawab KSSR bagi membolehkan kita memahami konsep diperkenalkan Kementerian Pelajaran.

Apakah perbezaan KSSR dengan KBSR?

KSSR adalah reka bentuk kurikulum berasaskan 6 tunjang iaitu Komunikasi; Kerohanian, Sikap dan Nilai; Kemanusiaan, Perkembangan Fizikal dan Estetika; Sains dan Teknologi serta Keterampilan Diri.

KSSR menggunakan Elemen Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) secara eksplisit dengan memfokuskan kepada 4M (Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul).

KBSR adalah reka bentuk kurikulum berasaskan tiga bidang iaitu Komunikasi; Manusia dan Alam Kelilingnya dan Perkembangan Diri Individu. Kaedah ini menggunakan Elemen Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif dengan fokus kepada 3M (Membaca, Menulis dan Mengira)

Adakah terdapat perubahan mata pelajaran dalam KSSR Tahap Satu?

Dalam KSSR Tahap Satu, ada beberapa mata pelajaran baru di samping penggabungan semua disiplin ilmu dalam Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif bagi pengurusan kurikulum lebih berkesan.

Mengapa Sains tidak dijadikan Modul Teras Asas?

Sains tidak dijadikan Modul Teras Asas kerana Modul Teras Asas memberi fokus kepada literasi dan numerasi, kesejahteraan diri dan pembangunan rohani. Manakala Sains pula diperkenalkan dalam Modul Teras Tema bagi memberi pengetahuan asas disiplin ilmu Sains.

Adakah murid akan bosan di dalam kelas dengan penambahan waktu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) bahasa Inggeris?

Tidak. Kaedah dan teknik yang pelbagai diperkenalkan oleh guru untuk menarik minat murid. Modul Language Arts yang menekankan pendekatan didik hibur dan apresiasi bahasa. P&P bahasa yang menarik dan efektif dijalankan melalui aktiviti menyanyi, jazz chants, choral speaking, drama, muzik dan bahan bantu mengajar lain yang sesuai.

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

Apakah usaha dilakukan bagi menyediakan guru bagi pelaksanaan KSSR?

KPM menjalankan kursus penyebaran KSSR kepada semua guru terbabit dalam pelaksanaan KSSR. Guru juga dibekalkan bahan sokongan dan boleh mengakses maklumat daripada laman web di KPM seperti berikut: http://www.moe.gov.my/bpk atau menghubungi Bilik Gerakan KSSR di nombor telefon 03-88842283 .

S: Adakah KSSR mampu mendorong kreativiti guru dan murid dalam P&P?

J: KSSR mampu mendorong meningkatkan kreativiti guru dan murid melalui pendekatan P&P seperti didik hibur dan elemen nilai tambah merentas kurikulum. Guru dibekalkan dengan buku panduan kreativiti untuk membantu pelaksanaan P&P.

S: Dalam tahap 1, setakat manakah pendidikan seks diajarkan?J: Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) tidak diajar sebagai satu mata pelajaran tetapi sebagai komponen yang besar (75%) dalam mata pelajaran Pendidikan Kesihatan.

KSSR terap 1 Malaysia

KURIKULUM baru sekolah rendah yang dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) akan diperkenalkan pada 2011 dengan subjek yang lebih sedikit tetapi menggunakan pendekatan yang lebih interaktif.

Kurikulum tersebut bakal menggabungkan beberapa subjek menjadi satu selain turut akan memperkenalkan satu subjek baru yang bertema semangat kenegaraan dan patriotik.

KSSR akan mula diperkenalkan dan diterapkan kepada murid tahun satu kerana kesesuaian murid tersebut yang baru menduduki alam persekolahan atau peringkat awal pendidikan mereka.

Penerapan dari peringkat awal akan membantu memudahkan perjalanan serta pembelajaran murid-murid tersebut yang akan melangkah ke tahun-tahun seterusnya sejajar dengan perubahan umur.

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata, KSSR tidak akan menggantikan tetapi beriringan dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR).

Melalui KSSR katanya, pengajaran dan pembelajaran akan menggunakan modul yang akan menggantikan buku teks oleh itu guru-guru sedang disedia dan dilatih untuk KSSR.

Ia diharap dapat meningkatkan penguasaan murid-murid sekolah rendah khususnya dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

Pendekatan teknik pengajaran dan pembelajaran (P&P) akan menjadi lebih menarik dan interaktif di mana ia melibatkan penggunaan dua bahasa tersebut serta meningkatkan penguasaannya bagi guru-guru untuk mengajar dalam subjek Matematik dan Sains sejajar dengan matlamat kerajaan.

Buat peringkat permulaan, sebanyak 500 buah sekolah telah menjalani uji rintis mulai 31 Mac 2009 sehingga akhir Jun 2009.

Sebanyak 50 buah sekolah akan menjalani uji rintis semua mata pelajaran manakala sekolah selebihnya akan menjalani uji rintis dalam mata pelajaran terpilih.

KSSR membahagikan mata pelajaran kepada tiga modul iaitu Modul Asas Teras, Modul Asas Tema dan Modul

Asas Elektif.

Tahap satu sekolah rendah (tahun 1 hingga 3) akan tertumpu kepada penguasaan 4M (membaca, menulis, mengira dan menaakul) serta kemahiran asas teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sikap dan nilai.

Sementara tahap dua sekolah rendah (tahun 4 hingga 6) akan tertumpu kepada pengukuhan dan aplikasi 4M, kemahiran asas ICT, perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, sikap dan nilai.

Selain itu, kementerian juga akan memperkenalkan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) bagi murid-murid prasekolah berumur lima dan enam tahun seluruh negara.

Pada peringkat ini pula, tumpuan akan diberikan kepada perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sahsiah, persediaan ke sekolah rendah serta pendedahan awal mengenai kemahiran 4M.

KSPK akan memudahkan lagi murid-murid prasekolah ini untuk menyediakan mereka memasuki alam persekolahan selain pendekatan yang lebih mesra dan menarik digunakan bersesuaian dengan peringkat umur kanak-kanak prasekolah.

Isu Terkini KSSR ( UTUSAN 30 Disember 2011)

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

Dasar MBMMBI, KSSR lonjak kualiti pendidikan negara.

PELAKSANAAN Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia clan Memperkukuh Bahasa, Inggeris (MBMMBI) yang diperkenalkan tahun ini nyata bertepatan dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan bahasa Malaysia sebagai alat perpaduan, bahasa perhubungan clan bahasa ilmu. Pada masa sama peningkatan penguasaan bahasa Inggeris turut diberi kepentingan supaya pelajar dapat bersaing clan meneroka ilmu di peringkat antarabangsa.

Sukar untuk menafikan bahawa kedua-dua bahasa ini sememangnya memainkan peranan penting ke arah melahirkan modal insan berilmu, berkemahiran tinggi clan berketrampilan untuk memacu ekonomi berasaskan pengetahuan.

Justeru, dalam usaha meletakkan MBMMBI pada tempat sewajarnya, maka beberapa kaedah clan strategi pelaksanaan diperkenal berasaskan langkah yang mampu melonjakkan keberkesanannya. Tumpuan utama ialah melalui transformasi kurikulum sekolah clan peningkatan kapasiti guru.

Malah, kedua-dua aspek ini jugs dikenal pasti berupaya menjadi elemen asas melahirkan sumber manusia yang mengisi keperluan negara.

Untuk itu, kurikulum yang dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan sebagai usaha menyusun semula clan menambah balk kurikulum sedia ada bagi memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa untuk menghadapi cabaran abad ke-21.

Menerusi transformasi kurikulum, modul Pengajaran clan Pembelajaran (P&P) bagi kurikulum bahasa Malaysia clan bahasa Inggeris disedia berdasarkan kemahiran bahasa berkenaan, membabitkan proses mendengar, bertutur, membaca clan menulis selain penekanan terhadap modul tatabahasa clan seni bahasa. Apa yang diharapkan melalui pendekatan modul sedemikian, setiap sesi pengajaran akan berupaya mewujudkan fokus kepada sesuatu kemahiran utama dengan mengintegrasikan kemahiran lain secara bersepadu. KSSR dibangun berteraskan enam tunjang utama merangkumi komunikasi; sains clan teknologi; perkembangan fizikal dan estetika; kerohanian,sikap dan nilai; kemanusiaan; dan ketrampilan diri. Setiap tunjang mengandungi disiplin ilmu, kemahiran dan nilai yang menjadi asas kepada pembangunan insan yang seimbang dan berpemikiran kreatif, kritis dan inovatif

Secara dasarnya, KSSR digubal dalam bentuk pernyataan standard kandungan dan standard p e m b e l a j a r a n y a n g p e r l u d i c a p a i o l e h m u r i d dalam, satu tempoh persekolahan yang ditetapkan. Standard kandungan adalah pernyataan lebih t e r p e r i n c i m e n g e n a i p e r k a r a y a n g m u r i d p a t u t ketahui dan boleh lakukan dalam satu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Sementara standard pembelajaran pula merujuk kepada satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelaiaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.

KSSR diketengahkan dalam bentuk modular yang mans kandungan pembelajaran disediakan berbentuk unit kendiri lengkap (self-contained) yang dinamakan modus. Seliap unit adalah tersendiri dan mengandungi pengetahuan, kemahiran dan nilai yang sudah dikenal pasti untuk dikuasai murid. Bagi tahap satu, kandungan kurikulum disusun dalam Modul Asas Teras, Modul Asas Tema dan Modul Asas Elektif manakala tahap dua dalam bentuk mata pelajaran teras dan elektif.

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

Apa yang jelas KSSR juga diperkenalkan untuk menangani isu pendidikan seperti kepadatan jadual waktu, bi langan mata pelajaran yang banyak serta keterlaluan penekanan terhadap kecemerlangan akademik.Justeru, terlalu pendekatan sebegini ia memberi penegasan kepada pelaksanaan kaedah pentaksiran berasaskan sekolah bagi menjadikan proses P&P lebih menyeronokkan dan tidak terlalu berorientasikan peperiksaan. Murid jugs digalak meningkatkan pembabitan dalam kokurikulum dan kegiatan luar bilik darjah.

Sesungguhnya pelaksanaan KSSR diharap m a m p u m e m b a n t u m e m p e r b a h a r u i k u r i k u lum sedia adsa serta memastikan is relevan dengan keperluan pendidikan semasa, sekali gus berfungsi sebagai agen perubahan bagi mencapai objektif melahirkan modal insan terbilang dan berketrampilan tinggi.

Sejajar tumpuan terhadap peningkatan kapisiti guru bagi menjayakan Dasar MBMMBI, maka Kementerian Pelajaran Malaysia menjadikan Standard Guru Malaysia (SGM) yang mengandungi komponen standard dan keperluan sebagai rujukan piawaian kualiti guru di seluruh negara.

Selain itu, usaha meningkatkan jumlah guru siswazah dan guru bahasa Malaysia dan Inggeris yang berkualiti turut diberi perhatian. Maka, tanggungjawab Institut Pendidikan Guru (IPG) telah dikembangkan untuk melatih guru pads peringkat ijazah.

Bagi meningkatkan kapasiti guru bahasa Inggeris pula, program penutur jati diperkenalkan dengan melantik 360 penutur jati dari luar negara ,sebagai mentor di 1,800 sekolah rendah manakala 15 lags sebagai training fellows di IPG yang dipilih sebagai Pusat Kecemerlangan Bahasa Inggeris.

1.2 : Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)

Mulai 2014 Kementerian Pelajaran akan memperkenalkan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang mula diguna pakai pelajar Tingkatan Satu, sementara Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) membabitkan murid Tahun Satu.

Adalah dimaklumkan Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia sedang dalam usaha untuk melaksanakan tinjauan terhadap kandungan kurikulum Sejarah Sekolah Menengah sebagai persediaan menggubal Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang akan dilaksanakan mulai tahun 2014.

Sehubungan dengan itu, satu soal selidik akan diadakan bagi mengumpul pandangan dan cadangan masyarakat dari pelbagai lapisan terhadap aspek-aspek yang berkaitan dengan reka bentuk dan kandungan kurikulum Sejarah Sekolah Menengah. Maklumat ini penting kepada proses penambahbaikan kurikulum mata pelajaran Sejarah dalam usaha transformasi kurikulum.

a) Matlamat Kajian

Matlamat tinjauan kurikulum Sejarah Sekolah Menengah ini adalah untuk mendapatkan input dari masyarakat tentang aspek-aspek yang terkandung dalam kurikulum Sejarah Sekolah Menengah di samping cadangan-cadangan penambahbaikan terhadap kurikulum mata pelajaran Sejarah.

b) Objektif

• Mendapatkan cadangan-cadangan penambahbaikan terhadap kurikulum Sejarah Sekolah Menengah • Mendapatkan input tentang aspek-aspek skop kandungan kurikulum Sejarah Sekolah Menengah

1.3 : PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

Konsep PBS

1. Soalan: Apa itu PBS?

Jawapan: PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). PBS mentaksir bidang akademik dan bukan akademik

PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan.

PBS dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksirannya dilaksanakan oleh guru-guru mata pelajaran secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Komponen PBS terdiri daripada Pentaksiran Sekolah, Pentaksiran Pusat, Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum, dan Pentaksiran Psikometrik.

2. Soalan: Adakah konsep PBS ini sesuatu yang baru?

Jawapan: Konsep PBS bukanlah sesuatu yang baru, kerana pentaksiran inilah yang selama ini dilaksanakan oleh guru di sekolah (kerja rumah, projek, kuiz, soal-jawab dan lain-lain). PBS yang dicadangkan ini merupakan penambahbaikan kepada PBS yang telah sedia dilaksana dengan memperkenalkan pentaksiran merujuk standard dan aplikasi Sistem Pengurusan PBS (SPPBS) untuk membantu guru merekod pencapaian murid secara berterusan.

3. Soalan: Kenapa PBS perlu dilaksana sekarang?

Jawapan: Pelaksanaan PBS adalah seiring dengan program transformasi negara untuk menghasilkan modal insan yang bertaraf dunia.

4. Soalan: Bila PBS mula dilaksanakan?

Jawapan: PBS dilaksanakan mulai Tahun 1 pada 2011 dan penambahbaikan UPSR pada 2016, mulai Tingkatan 1 pada 2012 dan penambahbaikan PMR pada 2014.

5. Soalan: Apakah perbezaan antara PBS dengan pentaksiran sedia ada?

Jawapan:

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

• PBS adalah lebih holistik dan memberi penekanan kepada kesemua aspek JERI iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelek berbanding kepada pentaksiran sedia ada yang lebih memberi penumpuan kepada pencapaian akademik melalui peperiksaan. PBS akan mentaksir proses dan produk secara formatif dan sumatif iaitu mengamalkan konsep assessment for learning dan assessment of learning manakala fokus utama pentaksiran sedia ada lebih kepada pencapaian akademik murid di akhir pembelajaran yang merupakan assessment of learning.

• Dalam usaha penambahbaikan kepada pentaksiran sekolah sedia ada, Pentaksiran Rujukan Standard diperkenalkan, iaitu menggunakan Standard Prestasi untuk melihat kemajuan dan pertumbuhan (growth) pembelajaran serta pencapaian prestasi seseorang murid. Ia merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan pernyataan standard prestasi yang ditetapkan mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan dalam dokumen kurikulum.

Pentaksiran Rujukan Standard tidak membandingkan pencapaian seseorang murid dengan murid lain tetapi melapor prestasi murid dalam pembelajaran dengan menerangkan tentang kemajuan dan pertumbuhan (growth) murid dalam pembelajaran merujuk kepada pernyataan standard.

• PBS juga memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran formatif dan sumatif yang berasaskan sekolah. Ini akan dapat meningkatkan integriti dan kredibiliti profesion perguruan kerana guru merupakan orang yang paling sesuai untuk mentaksir murid masing-masing kerana mereka: - boleh memantau perkembangan murid secara berterusan - boleh memberi maklum balas yang membina untuk penambahbaikan pembelajaran murid - lebih memahami konteks yang sesuai dengan persekitaran dan perkembangan murid - mentaksir dan memberi maklum balas berpandukan standard prestasi

6. Soalan: Apakah standard prestasi?

Jawapan: Standard Prestasi merupakan satu pernyataan yang menerangkan tentang pencapaian atau penguasaan seseorang individu dalam sesuatu bidang yang telah dilalui dalam satu tempoh pembelajaran berdasarkan satu penanda aras (benchmark) yang telah dikenal pasti. Standard Prestasi memandu pentaksir bagaimana aktiviti pentaksiran boleh dan dapat dilaksanakan secara adil dan berfokus merujuk kepada standard yang ditetapkan.

7. Soalan: Bagaimana penjaminan kualiti PBS dapat dilaksanakan?

Jawapan:

Penjaminan kualiti bagi pelaksanaan PBS dapat dicapai melalui: • Pementoran • Penyelarasan

• Pemantauan • Pengesanan

• Pementoran PBS adalah proses membantu, memudah cara dan membimbing guru untuk melaksanakan PBS mengikut prinsip dan prosedur pelaksanaan yang ditetapkan.

• Pemantauan ialah satu proses untuk mendapatkan maklumat dan memastikan pentaksiran dilaksanakan mengikut prosedur dan garis panduan yang ditetapkan agar mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan.

• Penyelarasan PBS adalah proses penyeragaman skor merujuk kepada Standard Prestasi yang disediakan atau berdasarkan rubrik sesuatu tugasan.

• Pengesanan PBS adalah proses memastikan kekuatan dan keberkesanan instrumen pentaksiran dalam pelaksanaan PBS.

8. Soalan: Bagaimana ibu bapa mendapat maklum balas mengenai perkembangan pembelajaran anak-anak mereka?

Jawapan: Laporan deskriptif dan formatif dapat dibuat melalui SPPBS pada bila-bila masa sekiranya diperlukan. Sistem ini juga menyimpan maklumat perkembangan murid daripada Tahun 1 hinggalah ke Tingkatan 5 (life-time data base).

9. Soalan: Bagaimana hasil pentaksiran berguna untuk murid?

Jawapan: Maklum balas yang diberi berdasarkan standard prestasi boleh membantu murid mengenalpasti kekuatan, kelemahan, kesilapan dan apa yang perlu dibaiki, bagaimana perlu diperbaiki untuk memberi hasil yang lebih baik.

Maklum balas yang memberi makna boleh membantu murid tentang tujuan dan perkembangan pembelajaran mereka. Keadaan inilah yang memberi motivasi untuk mencuba lagi bagi meningkatkan prestasi mereka di masa hadapan.

10. Soalan: Apakah nilai UPSR dan PMR dalam PBS?

Jawapan: PBS untuk penambahbaikan UPSR dan PMR masih tetap bernilai dari segi pembentukan modal insan yang holistik tetapi tidak lagi high stake kerana pentaksiran dijalankan secara berterusan dan menyeluruh.

11. Soalan: Bolehkah pentaksiran yang dibuat guru dipercayai?

Jawapan: Guru merupakan orang yang paling sesuai untuk mentaksir murid masing-masing kerana mereka:

- boleh memantau perkembangan murid secara berterusan - boleh memberi maklum balas yang membina untuk penambahbaikan pembelajaran murid - lebih memahami konteks yang sesuai dengan persekitaran dan perkembangan murid

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

- mentaksir dan memberi maklum balas berpandukan standard prestasi

12. Soalan: Apakah guru sudah bersedia untuk melaksanakan PBS?

Jawapan: Setiap guru merupakan guru terlatih yang mempunyai asas pengajaran dan pembelajaran tetapi akan diberi pendedahan semula tentang Pentaksiran Berasaskan Sekolah.

Tambahan ;1. Apa itu SPPK/SPK?

- SPPK ialah satu system pentaksiran pendidikan yang merangkumi pentaksiran yang dikendali secara bersama oleh Lembaga Peperiksaan dan pentaksiran yang dikendali oleh sekolah.

2. Apa itu PBS?

-PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah. PBS dirancang, ditadbir, diskor, direkod dan dilaporkan secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan.

PBS dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksirannya dilaksanakan oleh guru-guru mata pelajaran secara berterusan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Komponen PBS terdiri daripada Pentaksiran Sekolah, Pentaksiran Pusat, Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum, dan Pentaksiran Psikometrik.

3. Adakah konsep PBS ini sesuatu yang baru?

Konsep PBS bukanlah sesuatu yang baru, kerana pentaksiran inilah yang selama ini dilaksanakan oleh guru di sekolah (kerja rumah, projek, kuiz, soal-jawab dan lain-lain). PBS yang dicadangkan ini merupakan penambahbaikan kepada PBS yang telah sedia dilaksanakan dengan memperkenalkan pentaksiran merujuk standard dan didokmentasi.

4. Apakah perbezaan antara SPPK dengan pentaksiran sedia ada?

Pentaksiran sedia ada SPPK

Pentaksiran sekolah(PS) Pencapaian murid tidak direkodkan

Pentaksiran sekolah Pencapaian murid direkodkan

Pentaksiran pusat(PpP) PLBS untuk matapelajaran Bahasa PEKA untuk matapelajaran

Pentaksiran sekolah Semua matapelajaran mempunyai komponen pentaksiran

Sains di jalankan dan pencapaian murid direkodkan

Pusat dan pencapaian murid direkodkan

Tiada Pentaksiran aktiviti jasmani sukan dan kokurikulum (PAJSK)

Tiada pentaksiran ini Ada PAJSK Pencapaian murid direkodkan

Pentaksiran Psikometrik (pPSI)

Ada dalam komponen pentaksiran sekarang

pPSI dijalankan pada dua tahap iaitu tahun 3 dan

Ada dalam komponen SPPK

tahun 6

Peperiksaan Pusat (PP) Ada dalam komponen pentaksiran sekarang.Wajaran adalah 100%

Ada dalam komponen SPPK.Tetapi untuk matapelajaran TERAS.Wajaran 60%

40% merangkumi PS,PAJSK dan PP

SPPK bersifat holistic,system ini mentaksir aspek jasmani,emosi,rohani dan intelek(JERI).PBS member penekanan kepada kesemua aspek JERI.Ia akan mentaksir proses dan produk iaitu mengamal konsep assessment for learning dan assessment of leaning.PBS terdiri daripada empat komponen iaitu Pentaksiran pusat,pentaksiran sekolah,pentaksiran aktiviti jasmani,sukan dan kokurikulum dan pentaksiran psikometrik.Kesemua komponen ini ditadbir disekolah.

5. Apakah komponen PBS?

-PBS merangkumi empat komponen iaitu pentaksiran pusat,pentaksiran sekolah,pentaksiran aktiviti jasmani,sukan dan kokurikulum dan pentaksiran psikometrik.

6. Apakah PBS akan menambah beban tugas guru?

-Pihak LP telah menyediakan dua system aplikasi untuk membantu guru-guru.

7. Kenapa PBS dilaksana? Kenapa sekarang?

-Seiring dengan program transformasi negara untuk menghasilkan modal insan yang bertaraf dunia.

8. Bila PBS mula dilaksanakan?

-Mulai Tahun 1 pada 2011 dan penambahbaikan UPSR 2016. Mulai Tingkatan 1 pada 2012 dan PMR sepenuhnya pada 2014.

9. Apakah asas pemilihan murid untuk kemasukan ke sekolah berasrama penuh?

-Ujian khas kemasukan ke asrama penuh akan diperkenalkan dan akan diuruskan oleh Bahagian-bahagian KPM yang berkenaan.

10. Bagaimana penjaminan kualiti PBS dapat dilaksanakan?

-Pementoran ialah satu usaha untuk memastikan wujudnya kefahaman di kalangan pentaksir supaya skor yang diperoleh mempunyai darjah kesahihan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Pementoran dijalankan secara berterusan bersama Jurulatih Utama pentaksiran dengan tujuan memantapkan dan menambahbaik pengetahuan, kefahaman dan kesefahaman berhubung perkara yang ditaksir, kriteria yang dirujuk, evidens yang dicari, instrumen yang digunakan dan kaedah pemberian skor.

Pemantauan ialah satu proses untuk mendapatkan maklumat dan memastikan pentaksiran dilaksanakan mengikut prosedur dan jadual yang ditetapkan agar mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan.

Pengesanan ialah proses menilai komponen Pentaksiran Pusat dari segi pencapaian objektif, kekuatan dan kelemahan instrumen serta impaknya untuk tujuan memperbaiki program Pentaksiran Pusat.

Penyelarasan diperingkat sekolah merujuk kepada proses pemberian skor kepada konstruk yang ditaksir

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

berdasarkan skema pemarkahan. Ia adalah untuk memastikan keselarasan kefahaman terhadap konstruk dan skema pemarkahan tersebut. Sesi penyelarasan akan diatur mengikut prosedur yang ditetapkan dan akan diwakili oleh semua guru yang terlibat dengan PBS.

11. Apakah peranan Pentaksiran Psikometrik?

Maklumat yang bersifat akademik dan peribadi diperlukan untuk membantu pembelajaran murid.

Pentaksiran Psikometrik melengkapkan keperluan ini dengan mendapatkan data selain daripada pencapaian akademik. Maklumat yang memperihalkan kepelbagaian ciri peribadi dan potensi murid ini dapat memberi panduan kepada ibu bapa, guru dan murid untuk lebih memahami murid itu supaya pembelajaran boleh dipertingkatkan. Selain digunakan untuk mengenal pasti dan mengasah kebolehan atau bakat terpendam murid dapat dipertingkat dan dimanfaat manakala kelemahan murid dapat diperbaiki.

Pentaksiran Psikometrik boleh mengukur kebolehan semula jadi (innate ability) dan kebolehan yang diperoleh (acquired ability) daripada pengalaman dan persekitaran murid. Pentaksiran Psikometrik tidak berasaskan kurikulum dan proses pengajaran dan pembelajaran.

12. Apakah standard kurikulum?

Penyataan standard tentang apa yang murid patut tahu dan boleh buat seperti yang terkandung dalam KSSR:

- standard kurikulum terdiri daripada standard kandungan dan standard pembelajaran - standard kandungan adalah apa yang murid patut tahu, faham dan boleh buat - standard pembelajaran adalah apa yang murid perlu belajar dan boleh dilihat melaui tingkah laku

13. Apakah standard prestasi?

- standard prestasi menunjukkan tahap penguasaan dan kualiti kerja murid - standard prestasi memberi makna kepada band yang dicapai murid

14. Bolehkah pentaksiran yang dibuat guru dipercayai?

Guru merupakan orang yang paling sesuai untuk mentaksir murid masing-masing kerana mereka:

-Boleh memantau perkembangan murid secara berterusan -Boleh member maklum balas yang membina untuk penambahbaikan pembelajaran murid -Lebih memahami konteks yang sesuai dengan persekitaran dan perkembangan murid -Mentaksir dan member maklum balas berpandukan standard prestasi

15. Apakah guru sudah bersedia untuk melaksanakn PBS?

-Setiap guru merupakan guru terlatih yang mempunyai asas pengajaran dan pembelajaran tetapi akan diberikan pendedahan semula tentang pentaksiran berasaskan sekolah.

16. Bagaimana ibu bapa mendapat maklum balas mengenai perkembangan pembelajaran anak-anak mereka?

-Laporan deskriptif dan formatif dapat dibuat melalui system aplikasi pada bila-bila masa sekiranya diperlukan.Sistem ini juga menyimpan maklumat perkembangan murid daripada Tahun 1 hinggalah ke Tingkatan 5 (life-time data base)

17. Apakah nilai UPSR dan PMR?

-UPSR dan PMR dalam SPPK masih tetap bernilai dari segi pembentukan modal insane yang holistik tetapi tidak lagi high stake kerana pentaksiran dijalankan secara berterusan dan menyeluruh.

18. Adakah guru menggunakan standard dalam kurikulum atau standard prestasi untuk mengajar?

-Guru hendaklah menggunakan standard dalam kurikulum untuk mengajar manakala menggunakan standard prestasi untuk mentaksir.

19. Bagaimana ibu bapa boleh memahami laporan yang disediakan?

-Guru akan menerangkan perkembangan anak mereka berdasarkan evidens dan deskriptor dalam portfolio anak masing-masing. Laporan adalah berbentuk diskriptif.

20. Bagaimana PBS akan dilaksanakan jika kemudahan komputer dan internet tiada di sekolah?

-Sistem akan desediakan dalam bentuk standalone dan data dihantar dalam bentuk text file dalam CD.

21. Bagaimana hasil pentaksiran berguna untuk murid?

-Maklum balas yang diberi berdasarkan standard prestasi boleh membantu murid mengenalpasti kekuatan,kelemahan,kesilapan dan apa yang perlu dibaiki, bagaimana perlu diperbaiki untuk memberi hasil yang lebih baik.

Maklum balas yang memberi makna boleh membantu murid tentang tujuan dan perkembangan pembelajaran mereka. Keadaan inilah yang memberi motivasi untuk mencuba lagi bagi meningkatkan prestasi mereka di masa hadapan.

22. Apakah nilai PBS kepada murid-murid aliran agama?

-Kerangka standard prestasi merangkumi penguasaan pengetahuan,kemahiran dan pengamalan adab tingkah laku. Jesteru, pentaksiran dilakukan untuk melihat perkembangan semua aspek pembangunan insan yang selama ini tidak ditaksir.

23. Apakah PMR akan digunakan sebagai indikator untuk pemilihan aliran di peringkat menengah atas?

-Lima komponen pentaksiran dalam SPPK dapat memberi kepelbagaian maklumat secara komprehensif bagi membantu murid membuat pemilihan aliran yang lebig tepat.

24. Adakah PBS mengambil kira murid berkeperluan khas dalam pelaksanaannya?

-PBS mengambil kira murid berkeperluan khas dengan menyediakan kaedah dan instrument pentaksiran yang sesuai dengan mereka.

25. Apakah peranan PAJSK dalam PBS? -PAJSK membekalkan maklumat sebagai pelengkap kepada kemenjadian murid yang seimbang dan harmonis, pencapaian, penglibatan dan penyertaan murid dalam aktiviti jasmani, kesihatan, sukan dan kokurikulum diambil kira sebagai sebahagia daripada wajaran 40% PBS untuk UPSR.

Isu Terkini ( UTUSAN 30 DISEMBER 2011)

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

1.4 : MBMMBI

SOALAN LAZIM BERKAITAN DASAR MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS (MBMMBI)

1. Apakah itu Dasar MBMMBI Dasar MBMMBI ialah dasar Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk memastikan penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar di semua sekolah kebangsaan dan sekolah menengah serta memastikan murid boleh menguasai bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dengan fasih dan betul.

2. Apakah perbezaan antara Dasar PPSMI dan Dasar MBMMBI?Dasar PPSMI menetapkan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengajaran dan pembelajaran (p&p) sains dan matematik di sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Tamil dan sekolah menengah.

Dasar MBMMBI menetapkan penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa p&p sains dan matematik di sekolah kebangsaan dan sekolah menengah, bahasa Cina di sekolah jenis kebangsaan Cina dan bahasa Tamil di sekolah jenis kebngsaan Tamil.

3. Bagaimanakah Dasar MBMMBI dilaksanakan di sekolah?

Dasar MBMMBI dilaksanakan di sekolah melalui pendekatan mengembalikan peranan bahasa Malaysia sebagai

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

bahasa p&p sains dan matematik, meningkatkan penguasaan bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris melalui pelaksanaan tambahan waktu p&p, transformasi kurikulum, peningkatan kapasiti guru dan sumber manusia, penyediaan bahan dan peralatan serta mengintegrasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam p&p 4. Mengapakah Dasar MBMMBI diperkenalkan? Kajian yang dijalankan oleh pelbagai pihak mendapati PPSMI tidak dapat dilaksanakan seperti yang dihasratkan. Hasil kajian juga mendapati murid sukar memahami mata pelajaran matematik dan sains dalam bahasa Inggeris. Murid mengambil masa yang lama untuk memahami konsep matematik dan sains kerana mereka tidak faham bahasa Inggeris. Hal ini memaksa guru-guru untuk mengajar dalam bahasa Malaysia supaya murid dapat memahami kedua-dua mata pelajaran tersebut. Masalah seperti ini bukan sahaja dialami oleh sekolah-sekolah di luar bandar, tetapi juga di bandar. Oleh yang demikian, sekiranya PPSMI diteruskan, sebahagian besar murid di negara kita tidak akan dapat menguasai ilmu matematik dan sains dengan baik dan mereka akan terus ketinggalan. Kajian KPM juga menunjukkan bahawa kebanyakan sekolah telah melaksanakan p&p sains dan matematik dalam bahasa Malaysia. 5. Bagaimanakah pendekatan soft landing dilaksanakan di sekolah? Dasar MBMMBI dilaksanakan secara berperingkat-peringkat (soft landing) mulai tahun 2010. Dalam proses peralihan ini, p&p sains dan matematik boleh menggunakan bahasa Inggeris dan/atau bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan dan sekolah menengah, bahasa Inggeris dan/atau bahasa Cina di sekolah jenis kebangsaan cina, bahasa Inggeris dan/atau bahasa Tamil di sekolah jenis kebangsaan Tamil. Ini bertujuan membantu guru dan murid menyesuaikan diri dengan perubahan dasar berkenaan. Soft landing membolehkan murid sekolah rendah dan sekolah menengah yang telah mengikuti p&p sains dan matematik dalam BI pada atau sebelum tahun 2010 meneruskan penggunaan BI sehingga tamat Tingkatan Lima berdasarkan kesediaan guru dan murid di sekolah. Dengan pendekatan soft landing ini, p&p matematik dan sains di sekolah rendah akan dilaksanakan dalam bahasa Malaysia sepenuhnya pada tahun 2016. Manakala di sekolah menengah, penggunaan bahasa Malaysia sepenuhnya bagi kedua-dua mata pelajaran ini adalah pada tahun 2021. 6. Bagaimanakah guru dilatih untuk melaksanakan Dasar MBMMBI?

KPM telah merancang dan melaksanakan pelbagai program di bawah dasar MBMMBI untuk melatih guru Bahasa Inggeris dalam perkhidmatan untuk meningkatkan profesionalisme guru dan juga melengkapkan guru dengan kemahiran selaras dengan pembangunan pendidikan nasional. ELTC telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan program serta kursus berikut:

Training of Trainers for English Language Lecturers in Institutes of Teacher Education (ELITE-ToT) untuk Pensyarah IPG

Certificate in the Practice of English Language Teaching (C-PELT) untuk guru bukan opsyen bahasa Inggeris

Reinforcing English Language Teaching for Non-Option English Language Teachers (RELTNOTe) untuk guru bukan opsyen bahasa Inggeris yang tidak mengikuti C-PELT

Oral Proficiency in English for Secondary Schools (OPS-ENGLISH) untuk meningkatkan kemahiran bertutur dan berkomunikasi dalam kalangan pelajar Tingkatan 1 di sekolah-sekolah Band 3 – 5

BPG juga mengendalikan program latihan dan peningkatan profesionalisme guru bagi mata pelajaran BM dan BI:

Latihan untuk bahasa Malaysia:

i. Kursus Pendek Kelolaan Institusi (KPKI) ii. KDP 4 Minggu iii. Kursus Kolaboratif Dengan Dewan Bahasa Dan Pustaka

Latihan untuk bahasa Inggeris:

i. Kursus Pemantapan Profisiensi Guru Bukan Opsyen bahasa Inggeris ii. Kursus Peningkatan Pedagogi Guru Opsyen bahasa Inggeris iii. Latihan Guru Kontrak bahasa Inggeris

7. Bagaimanakah kita memastikan guru bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris yang berkualiti?(BPG/ELTC/IPGM)

Institut Pendidikan Guru

a. IPG akan memantau prestasi / penglibatan guru-guru baru ini selama 6 bulan selepas tamat pengajian dan di tempatkan disekolah.b. “Teacher Study “ untuk guru-guru bagi memastikan prestasi mereka di sekolah.c. Lengkapkan guru pra perkhidmatan dengan kemahiran pedagogi yang sesuai dengan pelbagai kebolehan dan gaya pembelajaran murid.d. Bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) – ada komponen Amalan Professional, Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) dan Praktikum.

Bagi PBS, pelajar akan mengikuti setiap semester pengajian.

Praktikum – 3 kali praktikum :

a. Semester 5 – 4 minggub. Semester 6 – 8 mingguc. Semester 7 – 12 minggu

Semester 8 – pelajar akan menjalani internship di mana kajian permasalahan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kajian ini dapat membantu pelajar ini di sekolah sebagai guru permulaan.

Pedagogy Standards for English Language Teaching (PSELT) telah dibangunkan sebagai satu inisiatif ELTC untuk membantu guru-guru bahasa Inggeris mengenalpasti keperluan latihan professional mereka serta memberi petunjuk untuk pembangunan profesionalisme secara berterusan. Selain itu, ianya juga boleh dijadikan panduan dalam merancang, mereka bentuk dan mengurus program pembangunan profesionalisme untuk guru-guru bahasa Inggeris.

Di samping itu, instrumen PSELT yang berunsur self-evaluative juga telah dibina dan akan dapat diakses secara atas talian oleh guru bahasa Inggeris untuk mengenalpasti keperluan latihan profesional serta memohon untuk mengikuti kursus yang diperlukan untuk pembangunan profesionalisme secara berterusan. 8. Bagaimanakah KPM memastikan guru bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris mencukupi bagi menampung penambahan waktu pengajaran matapelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris? ELTC melaksanakan Certificate in the Practice of English Language Teaching (C-PELT) untuk guru bukan opsyen bahasa Inggeris yang mengajar matapelajaran Bahasa Inggeris di sekolah rendah di seluruh Malaysia. Kursus ini merupakan kursus tambah opsyen.

BPG melaksanakan 2 jenis program bagi tujuan tersebut:

i. Program Intervensi Tambah Opsyen guru-guru Sains dan Matematik sekolah menengah yang telah

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

berkhidmat antara 1 – 5 tahun ii. Program Latihan Guru Kontrak bahasa Inggeris guru-guru bahasa Inggeris yang telah bersara dari seluruh negara

9. Apakah peranan guru penutur jati dalam membantu meningkatkan pencapaian Bahas Inggeris?

Pada tahun 2008 KPM telah bersetuju untuk mengambil penutur jati bahasa Inggeris sebagai pakar atau mentor kepada guru dan pensyarah Bahasa Inggeris di sekolah rendah dan institusi pendidikan guru di negara ini. Keputusan dibuat untuk melaksanakan Program Penutur Jati Bahasa Inggeris mulai 2011 hingga 2013.

Petunjuk Prestasi Utama Program Penutur Jati adalah untuk meningkatkan kapasiti guru bahasa Inggeris di 1800 buah sekolah rendah dan pensyarah di lima Institut Pendidikan Guru (IPG) yang telah dikenal pasti sebagai Pusat Kecemerlangan Bahasa Inggeris (PKBI, iaitu:

IPG Kampus Batu Lintang, Kuching, Sarawak IPG Kampus Gaya, Kota Kinabalu, Sabah IPG Kampus Dato’ Razali Iamail, Kuala Terengganu, Terengganu IPG Kampus Bahasa Antarabangsa, Kuala Lumpur, dan English Language Teaching Centre, Kuala

Lumpur

Peranan Training Fellows (TF) yang ditempatkan di setiap PKBI adalah untuk menjadi mentor dan coach kepada pensyarah Bahasa Inggeris dengan tujuan membantu dalam pembangunan profesionalisme pensyarah tersebut. Selain itu, TF juga bekerjasama dengan pensyarah dalam membangunkan program latihan. Tugas yang dilaksanakan oleh TF adalah sejajar dan selaras dengan keperluan dan kehendak institusi.

Mentor yang terlibat di sekolah rendah adalah untuk membantu guru bahasa Inggeris dalam aspek seperti berikut:

a. Perancangan dan pelaksanaan program peningkatan profesionalisme guru Bahasa Inggeris;b. Pengendalian program/kursus/ bengkel/ latihan dalam kluster dan zonc. Kerjasama dengan pakar dari luar negara yang lain dalam kluster dan zond. Perkhidmatan pakar dalam perancangan dan pelaksanaan aktiviti ko-kurikulume. Bantuan dalam aktiviti sokongan pengajaran dan pembelajaranf. Pelaksanaan aktiviti penyelidikan yang sesuaig. Kerjasama dengan pihak KPM dalam pengendalian penilaian programh. Pembentukan pasukan jurulatih yang berpotensi di dalam kalangan guru sekolah

10. Apakah bahan yang dibekalkan untuk menjayakan Dasar MBMMBI? English Language Teaching Centre (ELTC) telah menyediakan bahan bagi meningkatkan profesionalisme serta memperkukuh penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan guru:

a. Pedagogy Standards for English Language Teaching (PSELT)· Untuk pembangunan profesionalisme guru bahasa Inggeris, ELTC telah menerbitkan buku Pedagogy Standards for English Language Teaching yang membolehkan guru bahasa Inggeris mengenalpasti keperluan latihan profesional mereka.

b. Oral Proficiency in English for Secondary Schools (OPS-ENGLISH)· Buku Panduan Guru OPS-English yang membolehkan guru melaksanakan P & P untuk pelajar Tingkatan 1 tahun 2012 dalam kemahiran bertutur dan berkomunikasi dengan lebih berkesan.· CD Audio-Video (Teacher’s CD) yang membolehkan guru melaksanakan pengajaran kemahiran bertutur dan berkomunikasi dengan lebih efektif.

· OPS-ENGLISH Student’s Handbook untuk pelajar.

Bahagian Teknologi Pendidikan telah menyediakan dan membekalkan bahan digital pengajaran dan pembelajaran ke semua sekolah. Bahan tersebut merupakan bahan perisian kursus pendidikan khusus bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Bahan digital ini berbentuk CD Stand-alone yang dapat dijalankan di semua komputer. Bahan diterapkan dengan unsur didik hibur di samping menitikberatkan kemahiran berbahasa. 11. Bagaimanakah penggunaan makmal bahasa dapat membantu dalam penguasaan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris? Makmal bahasa merupakan salah satu inisiatif ICT yang menjadi agenda utama dalam pelaksanaan dasar MBMMBI. Infrastruktur makmal bahasa akan dilengkapi dengan alat pandang dengar, perisian kawalan murid dan perisian interaktif Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris yang lebih menitikberatkan dalam penguasaan berbahasa. 12. Bagaimanakah pentaksiran dilaksanakan di sekolah? Pentaksiran di sekolah akan dilaksanakan dalam dua bentuk iaitu;

Pentaksiran Formatif iaitu pentaksiran pada peringkat pembentukan dengan tujuan untuk memperbaiki dan meningkatkan pembelajaran (pentaksiran pembelajaran atau assessment for learning)

Pentaksiran Sumatif iaitu pentaksiran pada peringkat merumuskan dengan tujuan untuk mengetahui sejauh mana murid telah belajar dan menguasai apa yang dipelajari (pentaksiran tentang pembelajaran atau assessment of learning)

Pentaksiran formatif memberi tumpuan bukan semata-mata kepada membuat ujian, memeriksa, merekod skor murid dan membuat analisis kepada skor malahan yang lebih penting ialah melihat perkembangan pembelajaran murid dan aktiviti memberi maklumbalas kepada sesiapa sahaja yang memerlukan terutama murid sendiri. Oleh itu, pelaporan bertulis tidak perlu dibuat secara berkala sebaliknya, guru mestilah mampu memberinya secara bertulis atau verbal apabila dikehendaki pada bila-bila masa oleh mana-mana pihak berkepentingan seperti ibu bapa, guru besar atau nazir.

Pentaksiran sumatif dilaksanakan dengan guru membuat pertimbangan tentang tahap penguasaan murid dalam pembelajaran menggunakan pelbagai maklumat (kuantitatif dan kualitatif) yang diperoleh melalui pelbagai aktiviti pentaksiran. Maklumat tersebut perlu dinilai dan dilaporkan oleh guru untuk digunakan pula oleh guru lain yang akan meneruskan pengajaran murid di semester atau tahun berikutnya. Sekali lagi guru tidak perlu membandingkan murid dengan murid yang lain sama ada secara kuantitatif atau kualitatif. 13. Adakah soalan peperiksaan awam bagi mata pelajaran Sains dan Matematik di peringkat UPSR, PMR dan SPM dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris atau dwibahasa? Selaras dengan soft-landing MBMMBI, soalan peperiksaan awam bagi mata pelajaran Sains dan Matematik di peringkat UPSR, PMR dan SPM akan dibuat dalam dwibahasa sehingga tahun 2020. Selepas daripada tahun 2020 semua soalan bagi kedua mata pelajaran tersebut akan dibuat dalam Bahasa Malaysia. Ini adalah selaras dengan hasrat MBMMBI. 14. Bagaimanakah Dasar MBMMBI akan membantu murid menghadapi cabaran dari segi bahasa pengantar dalam pembelajaran Matematik dan Sains di peringkat prauniversiti? Di bawah Dasar MBMMBI, KPM sedang melaksanakan pelbagai inisiatif baru yang lebih efektif untuk

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan murid. Antara inisiatif tersebut ialah penambahan masa p&p bahasa Inggeris, penambahbaikan kurikulum bahasa Inggeris di bawah pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), penyediaan guru, pengambilan penutur jati bagi meningkatkan kapasiti pensyarah dan guru Bahasa Inggeris, penyediaan bahan sokongan yang berkualiti seperti bahan bacaan tambahan dan bahan digital bagi menyokong pelaksanaan p&p di bilik darjah. Oleh itu, pelaksanaan Dasar MBMMBI diharapkan dapat meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan murid bagi membantu mereka meneruskan pengajian di peringkat prauniverisiti mahupun universiti.

1.5 : 1Murid 1Sukan (1M 1S)

Apa Itu Dasar 1Murid 1Sukan?

Dasar 1Murid 1Sukan (1M 1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah.

Setiap murid dikehendaki melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun.

Kenapa Dasar 1M 1S Ini Diwujudkan? Dasar 1M 1S diwujudkan untuk memberi akses kepada semua murid untuk mendapatkan faedah dari penglibatan dalam sukan khususnya kepada murid yang kurang atau tidak aktif;Membangunkan sukan sekolah ke arah meningkatkan kadar penyertaan murid dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah; danMemberi peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi untuk digilap ke tahap yang lebih tinggi.

Apakah Objektif Dasar 1M 1S Ini?

i. Meningkatkan kecergasan jasmani;ii. Membentuk sahsiah, jati diri, disiplin atau nilai murni;iii. Memupuk perpaduan di antara kaum;iv. Membentuk budaya sukan di kalangan murid;v. Memenuhi naluri semulajadi murid dalam aktiviti fizikal;vi. Memberi keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal; danvii. Mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan.

Apakah Perkara-perkara Yang Perlu Diambil Kira Sebelum Melaksanakan Dasar 1M 1S Ini?

Sebelum pelaksanaan Dasar 1M 1S ini, ia hendaklah mengambil kira prinsip-prinsip berikut:

i. Setiap murid termasuk murid bekerpeluan khas yang tidak mengalami masalah kesihatan hendaklah wajib mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan;ii. Murid boleh menyertai lebih dari 1 sukan mengikut kemampuan dan sukan yang ditawarkan oleh sekolah atau yang dijalankan dengan pengetahuan serta persetujuan pihak sekolah;iii. Sukan yang ditawarkan di bawah 1M 1S hendaklah berunsurkan aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal.iv. Aktiviti sukan di sekolah diadakan sepanjang tahun berdasarkan kepada aktiviti rumah sukan dan kelab sukan. Kejohanan olahraga sekolah yang didahului oleh kejohanan merentas desa dan sukan tara menjadi aktiviti teras sukan di sekolah.v. Asas kepada Dasar 1M 1S adalah pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) yang berkualiti di sekolah. Segala sumber mata pelajaran PJK hendaklah diguna sama bagi pelaksanaan dasar ini;vi. Aspek yang diutamakan adalah penyertaan aktif oleh semua murid dalam aktiviti sukan;

vii. Ibu bapa dan agensi luar/ rakan sukan adalah digalakkan untuk menyumbang kepada pembangunan sukan sekolah; danviii. Setiap sekolah yang sudah mempunyai prasarana, kemudahan dan peralatan sukan hendaklah mengoptimumkan penggunaannya bagi meningkatkan lagi penyertaan aktif setiap murid.

Siapakah Yang Harus Terlibat Di Dalam Pelaksanaan Dasar 1M 1S Ini?

i. Dasar 1M 1S adalah diwajibkan untuk Tahun 4 hingga Tahun 6 di Sekolah Rendah dan Tingkatan Peralihan, Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 di Sekolah Menengah. Manakala murid Prasekolah hingga Tahun 3, digalakkan menyertai program ini berdasarkan kemampuan sekolah.ii. Pihak sekolah hendaklah mengadakan pertandingan antara tingkatan, kelas, rumah sukan, dorm asrama dan kelab sukan sekolah. Penyertaan murid dalam kejohanan Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD)/Majlis Sukan Sekolah Negeri (MSSN)/Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) serta peringkat antarabangsa adalah merupakan aktiviti 1M 1S

Dasar 1Murid 1Sukan

Dasar 1 Murid 1Sukan (1M 1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Justeru dengan dasar ini, setiap murid akan melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun. Dasar ini adalah selaras dengan Dasar Sukan Negara untuk membudayakan sukan di kalangan masyarakat dan hendaklah dimulakan di peringkat sekolah melalui dua strategi iaitu Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan.

Aktiviti sukan di bawah Sukan Untuk Semua adalah sangat penting dalam membina kesihatan, sahsiah dan kesejahteraan ke semua murid. Bagi Sukan untuk Kecemerlangan, prestasi murid yang berbakat dan berpotensi hendaklah terus dibangunkan di bawah Program Kecemerlangan Bakat Muda, Sukan Prestasi Tinggi Sekolah serta sukan lain yang mampu ditawarkan oleh pihak sekolah. Oleh yang demikian, penyertaan setiap murid dalam sukan adalah amat penting sebagai satu landasan mendokong aspirasi 1 Malaysia yang sihat, cergas, dinamik dan bersatu padu. Dasar ini selaras dengan hasrat YAB Perdana Menteri dalam mendokong semangat 1 Malaysia. Dasar 1 M 1 S berhasrat untuk:

1. Membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dari kalangan murid dalam kegiatan sukan sepanjang tahun.

2. Memupuk budaya bersukan di kalangan murid sekolah agar menjadi ahli masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas.

Dasar 1 M1 S berhasrat untuk memenuhi objektif-objektif berikut:

1. Meningkatkan kecergasan jasmani.2. Membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni.3. Memupuk perpaduan di antara kaum.4. Membentuk budaya sukan di kalangan murid.5. Memenuhi naluri semulajadi murid dalam aktiviti fizikal.6. Memberi keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal.7. Mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan.

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) bermatlamat untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani (JERI). Konsep Dasar 1 M 1S diwujudkan untuk menyokong FPK agar dapat:

1. Memberi akses kepada semua murid mendapatkan faedah daripada penglibatan dalam sukan khususnya kepada murid yang kurang atau tidak aktif.2. Membangunkan sukan sekolah ke arah meningkatkan kadar penyertaan murid dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah.3. Memberi peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi untuk digilap ke tahap yang lebih tinggi.

Pelaksanaan Dasar 1M 1S hendaklah mengambil kira prinsip-prinsip berikut:

1. Setiap murid termasuk murid berkeperluan khas yang tidak mengalami masalah kesihatan hendaklah wajib mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan. Dasar 1M 1S adalah diwajibkan untuk Tahun 4 hingga Tahun 6 di sekolah rendah dan Peralihan , Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 di sekolah menengah. Walau bagaimanapun murid-murid Pra Sekolah hingga Tahun 3 digalakkan menyertai program ini berdasarkan kemampuan sekolah.2. Murid boleh menyertai lebih dari satu sukan mengikut kemampuan dan sukan yang ditawarkan oleh sekolah atau yang dijalankan dengan pengetahuan dan persetujuan pihak sekolah;.3. Asas kepada 1M 1S adalah pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang berkualiti di sekolah. Segala sumber untuk mata pelajaran pendidikan jasmani hendaklah diguna sama bagi 1M 1S.4. Aspek yang diutamakan adalah penyertaan aktif oleh semua murid dalam aktiviti su kan.5. Penyertaan dalam sukan adalah asas kepada perkembangan Intelek Rohani, Jasmani, dan Emosi murid.6. Ibu bapa dan agensi luar rakan sukan adalah digalakkan untuk menyumbang kepada pembangunan sukan sekolah.7. Setiap sekolah yang sudah pun mempunyai prasarana, kemudahan dan peralatan sukan hendaklah mengoptimumkan penggunaannya bagi meningkatkan lagi penyertaan aktif setiap murid.

Bagi memenuhi prinsip-prinsip pelaksanaan 1M 1S, setiap sekolah mempunyai pendekatan dalam melaksanakan program sukan mengikut acuan dan kemampuan sedia ada. Dengan itu, pelaksanaan 1M 1 S adalah berdasarkan kepada pendekatan berikut:

1. Aktiviti sukan bermaksud melibatkan diri dan mengambil bahagian secara aktif dalam latihan sukan dan permainan di bawah pengurusan sekolah. Sukan yang ditawarkan di bawah 1M 1S hendaklah berunsurkan aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal.2. Aktiviti sukan di sekolah diadakan sepanjang tahun berdasarkan kepada aktiviti rumah sukan dan kelab sukan. Kejohanan tahunan olahraga sekolah yang didahului oleh kejohanan merentas desa dan sukan tara menjadi aktiviti teras sukan di sekolah.3. Pihak sekolah hendaklah mengadakan pertandingan antara tingkatan, kelas, rumah, dorm asrama, kelab sukan sekolah. Penyertaan murid dalam kejohanan MSSD/MSSN/MSSM serta peringkat antarabangsa adalah merupakan aktiviti 1M1S.

Penilaian murid adalah berdasarkan kepada sistem penilaian sedia ada yang berasaskan:

1. Kehadiran;2. Jawatan Serta Sumbangan;3. Penglibatan; dan4. Pencapaian.

Perubahan pada sistem penilaian sedia ada akan berkuatkuasa untuk murid Tingkatan 4 dan Tingkatan 1 mulai

tahun 2012. 1.6 : Transformasi Pendidikan Vokasional

Pengenalan ;

1. Apakah yang dimaksudkan aliran teknikal?

Aliran teknikal dikhususkan kepada pelajar cemerlang dalam akademik pada peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR). Objektif aliran teknikal adalah untuk membantu melahirkan tenaga profesional dalam bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan (pertanian, perdagangan dan ekonomi rumah tangga).

2. Apakah pula makna aliran vokasional?

Aliran vokasional memberikan peluang kepada pelajar yang pencapaian baik dan sederhana dalam akademik dan berminat kepada pembelajaran bercorak pekerjaan (vocational). Komponen pembelajaran adalah seimbang teori dan amali. Objektif aliran ini ialah membantu melahirkan pekerja separa profesional seperti juruteknik/ pembantu teknik.

3. Maksud aliran kemahiran?

Manakala aliran kemahiran dikhususkan kepada pelajar pencapaian PMR yang rendah tetapi berminat kepada pembelajaran amali (hands-on). Objektif aliran ini apabila tamat kursus akan menjadi tenaga mahir di industri atau bekerja sendiri. Kandungan kursus aliran kemahiran ditetapkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia. Mereka yang berjaya mengikuti kursus ini akan dianugerah dengan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM).

Transformasi Pendidikan Vokasional

APABILA transformasi pendidikan vokasional dilaksanakan mulai tahun 2013 maka aliran ini tidak lagi dianggap sebagai pendidikan kelas dua. Ketika ini umum beranggapan ia sebagai tempat pelajar yang tidak berminat belajar dalam aliran akademik. Pelajar aliran ini juga dikira kurang berpeluang untuk ke menara gading jika dibandingkan dengan sebahagian rakan-rakan mereka daripada aliran akademik yang akan memasuki kelas matrikulasi atau tingkatan enam selepas menamatkan peperiksaan SPM.

Pengumuman sistem baru pendidikan vokasional oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini telah melonjakkan kedudukan aliran tersebut dalam sistem pendidikan negara. Transformasi ini telah menjanjikan kelulusan hingga ke peringkat diploma secara jalan pintas melalui pewujudan Kolej Vokasional (KV) selepas tingkatan tiga.

Apa yang menarik pelajar mula didedahkan asas mata pelajaran vokasional dan boleh memilih jurusan kemahiran seawal usia 13 tahun iaitu semasa berada di tingkatan satu.

Sesungguhnya peluasan aliran vokasional dalam sistem pendidikan telah diamalkan di kebanyakan negara dan bilangan pelajarnya sangat ramai kerana ia dianggap selari dengan kemajuan teknologi dan tuntutan ekonomi sesebuah negara.

Transformasi pendidikan vokasional yang bermula pada tahun 2013 nanti memberi penekanan kepada amalan industri atau amali teknikal dan akan mengurangkan komposisi akademik. Apa yang menariknya Pendidikan Asas Vokasional (PAV) akan diperkenalkan kepada pelajar mulai tingkatan satu.

Mereka juga dibenarkan mengambil peperiksaan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) pada tahap satu iaitu semasa

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

berada di tingkatan dua dan SKM tahap dua semasa berada di tingkatan tiga. Sementara itu pelajar yang mengikuti aliran vokasional ini selepas tingkatan tiga akan diberi peluang mengikuti pendidikan selama empat tahun sehingga peringkat diploma iaitu SKM tahap empat.

Kurikulumnya merujuk kepada Piawaian Kemahiran Guna Tenaga Kebangsaan (NOSS), SKM dan lain-lain bentuk pensijilan yang diiktiraf oleh pihak industri.

Sudah sampai masanya diperkenalkan bidang bertahap tinggi seperti aviation, maritime, oil and gas, ICT, kejuruteraan, perakaunan, pengajian perniagaan dan lain-lain dalam aliran ini.

Dengan kata lain usaha memartabatkan pendidikan vokasional perlu dilaksanakan supaya berlaku perubahan landskap di mana aliran ini akan menjadi pilihan utama pelajar-pelajar dan ibu bapa seperti kebiasaan amalan di negara-negara maju.

Ketika ini dalam sistem pendidikan kita hanya 10 peratus (%) daripada jumlah pelajar yang mengikuti pendidikan vokasional. Bilangan ini dikira kecil jika dibandingkan dengan negara lain seperti Korea Selatan 28%, Thailand 41%, Indonesia 51%, Jerman 59%, Australia 62% dan Belanda 68%. Sementara itu di kalangan negara OECD yang berjumlah 44 negara puratanya ialah sebanyak 44%.

Seperti yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri bilangan pelajar vokasional akan ditingkatkan kepada 20% pada tahun 2013. Jumlah ini boleh dicapai sekiranya pihak swasta diberi peluang dan dilibatkan sama bagi menyediakan kemudahan pendidikan tersebut.

Mengapakah perlu dilakukan transformasi pendidikan vokasional ini? Perubahan ini diperlukan tidak lain tidak bukan untuk menyediakan tenaga kerja terlatih yang berkemahiran bagi memenuhi keperluan negara untuk memasuki pasaran pekerjaan.

Dengan mengikuti bidang kemahiran dan teknikal serta didedahkan dengan latihan amali sejak dibangku sekolah akan membolehkan mereka menyesuaikan diri dengan mudah dalam alam pekerjaan. Pekerja yang mempunyai kemahiran teknikal dan pernah mengikuti latihan amali sangat diperlukan oleh pihak industri pada masa kini.

Dilaporkan juga hampir 80% daripada tenaga kerja yang memasuki pasaran pekerjaan adalah mereka yang hanya mempunyai kelulusan SPM. Kelayakan akademik tanpa kemahiran teknikal ini akan memberi kesan kepada kualiti pekerjaan dan pendapatan bulanan. Pendapatan permulaan sekitar RM600 hingga RM800 sebulan.

Sekiranya mereka mempunyai kelulusan diploma pendapatan permulaan boleh meningkat di antara RM1,000 hingga RM1,500 sebulan. Peningkatan pendapatan ini adalah selaras dengan Program Transformasi Kerajaan yang menyasarkan pendapatan tinggi di kalangan pekerja dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai negara maju pada tahun 2020.

Memartabatkan aliran pendidikan ini juga ada kaitan dengan usaha membantu kerajaan bagi menyediakan peluang pekerjaan. Peningkatan pertambahan penduduk dan jumlah pelajar yang meninggalkan bangku sekolah lebih daripada setengah juta orang setiap tahun menyukarkan pihak kerajaan dan swasta menyediakan pekerjaan.

Transformasi pendidikan vokasional ini sudah tentu akan menarik minat lebih ramai pelajar cemerlang memasuki aliran ini. Sekiranya pendidikan ini dapat menjanjikan peluang pekerjaan yang baik dan pendapatan yang tinggi kepada pelajar maka sudah tentu ibu bapa turut menggalakkan anak-anak mereka mengambil peluang untuk mengikuti aliran ini.

Diharapkan dengan memartabatkan pendidikan vokasional ini akan mempercepatkan lagi usaha untuk

menyediakan tenaga kerja yang berkebolehan, berkemahiran dan berpendapatan tinggi bagi menjadikan Malaysia negara maju dalam tahun 2020.

Program Asas Vokasional (PAV)

Program Asas Vokasional Di 15 Sekolah Harian Terpilih Mulai 2013. Program Asas Vokasional (PAV) yang dikhususkan untuk pelajar Tingkatan 1 hingga 3 akan dilaksanakan mulai tahun 2013 dalam usaha menjadikan vokasional sebagai pendidikan arus perdana, kata Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.

Beliau berkata PAV akan menggantikan mata pelajaran vokasional (MPV) yang sedang diajar di sekolah harian dan ia adalah sejajar dengan proses transformasi pengajian teknik dan vokasional.

"Pelajar lepasan PAV di peringkat menengah rendah kita akan benarkan melanjutkan pelajaran di kolej-kolej vokasional, sebab kita juga akan melaksanakan transformasi dengan mengubah Sekolah Menengah Vokasional kepada Kolej Vokasional. Ini yang kita usahakan supaya vokasional akan menjadi pendidikan arus perdana setaraf Sijil Pelajaran Malaysia," katanya kepada pemberita di sini Ahad.

Katanya PAV akan dilaksanakan di kesemua 15 sekolah harian yang terpilih sebagai sekolah rintis untuk program itu di seluruh negara serta para pelajar yang lulus dalam PAV akan menerima Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap I dan II apabila tamat.

Beliau berkata lanjutan daripada PAV, antara pendekatan yang diambil kerajaan adalah sama ada dengan kerjasama swasta melalui Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) iaitu penubuhan kolej vokasional baru oleh mereka atau kementerian menghantar pelajar ke kolej vokasional sedia ada.

Mohd Puad berkata antara kaedah yang akan digunakan kementerian untuk memilih pelajar di sekolah rendah khususnya Tahun 6 bagi mengikuti PAV di peringkat menengah adalah menggunakan penilaian psikometrik.

"Kita memilih pelajar antaranya melalui penilaian psikometrik di sekolah rendah untuk melihat minat mereka...bukan menggunakan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), PAV ini mempunyai penilaian psikometrik tersendiri," katanya.

Beliau berkata Kementerian Pelajaran juga akan berbincang dengan Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Sumber Manusia mengenai tahap kelulusan pelajar yang melanjutkan pelajaran selama tiga tahun di Kolej Vokasional sama ada tahap Diploma atau SKM Tahap IV.

Katanya pelajar lulusan PAV sewajarnya meneruskan pengajian di kolej vokasional dan ia adalah matlamat transformasi pendidikan teknik dan vokasional walaupun mereka mempunyai pilihan untuk kembali meneruskan pengajian dalam aliran sekolah biasa.

"Masalah pendidikan vokasional di negara ini, komponennya adalah 55 peratus vokasional dan teknik (Voktech) manakala 45 peratus lagi akademik, sedangkan di negara-negara maju komponen pendidikan vokasionalnya 70 peratus Voktech dan hanya 30 peratus akademik," katanya.

Mohd Puad berkata sekiranya selepas PAV mereka hanya mengikuti kursus dua tahun di kolej vokasional, ia adalah tidak mencukupi kerana di negara-negara maju sekurang-kurang perlukan tiga tahun termasuk 'job training' yang penting bagi melahirkan graduan berkemahiran tinggi.

Terdahulu, beliau mewakili Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin merangkap Menteri Pelajaran menutup 'Perak Expo for Young Scientis' bertemakan 'Innovation of Science and Technology for Environmental Sustainability' yang berlangsung tiga hari berakhir Ahad. Ekspo anjuran bersama Universiti Pendidikan Sultan

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

Idris, Jabatan Pelajaran Negeri Perak, K-Perak Implementation and Coordination Corporation (KPerak), Kementerian Pengajian Tinggi serta Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi antaranya bertujuan mengukuhkan pengetahuan dan kemahiran sains, matematik dan teknologi di kalangan pelajar dan orang ramai ke arah mengurus serta mengekalkankesejahteraan alam.

Isu Terkini ; ( UTUSAN 30 Disember 2011)

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

Transformasi Pendidikan Vokasional lahir tenaga Mahir

PENDIDIKAN teknikal dan vokasional sememangnya memerlukan satu anjakan baru yang bukan sahaja membolehkan pelajar memilih jurusan kemahiran seawal usia 13 tahun, malah dijangka mengubah lanskap pendidikan negara untuk mengarusperdanakan pendidikan vokasional serta mengubah komposisi modal insan daripada berorientasikan lepasan akademik kepada lepasan aliran vokasional sejajar amalan di negara maju.Justeru, langkah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menstruktur semula sistem pendidikan ini menerusi Transformasi Pendidikan Vokasional (TPV) yang akan dikuatkuasakan pada 2013 kena pada masanya bagi

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

mengangkat martabat pendidikan vokasional sebagai aliran pendidikan yang akan menjadi pilihan pelajar.

Apabila transformasi ini dilaksanakan, maka aliran vokasional tidak lagi dianggap sebagai pendi¬dikan kelas kedua. Apa yang pasti, rancangan penstrukturan semula sistem pendi¬dikan vokasional ini, sudah tentu ditunggu-tunggu oleh pelbagai pihak yang ingin melihat bidang ini menjadi teras utama dalam sistem pendidikan negara.

Untuk itu, persepsi umum terhadap pendidikan vokasional harus diubah. Jika selama ini, ramai menganggap pelajar vokasional tergolong dalam kalangan yang lemah atau dikategorikan dalam kelas kedua maka transformasi besar-besaran ini diharap mengubah stigma masyarakat umum bahawa tanggapan sedemikian tidak lagi berasas.

Jika halangan persepsi sebegini dapat di atasi, tidak mustahil pendidikan vokasional menjadi rebutan pelajar sebagaimana yang berjaya dilaksanakan di negara Eropah.

Kemajuan pesat dalam sektor industri negara yang rancak berjalan sekarang sudah pasti akan mengalami gangguan sekiranya tenaga mahir secukupnya tidak dapat disediakan. Malah, harapan seterusnya dapat memberi ruang dan peluang lebih besar kepada pelajar untuk memiliki keupayaan dan tahap kemahiran luar biasa bagi memenuhi permintaan pasaran.

Secara langsung juga, langkah kerajaan mengarusperdanakan pendidikan vokasional turut terkandung dalam Bab 5, Rancangan Malaysia ke-10.

Pendidikan dan latihan vokasional sememangnya mempunyai peranan cukup penting dalam menyediakan laluan utama ke arah melahirkan modal insan yang berkemahiran tinggi seterusnya menyumbang kepada penjanaan kekayaan baru bagi negara. Untuk itu, kualiti kuriku¬lumnya perlu dipertingkat dan dise¬suaikan dengan keperluan industri.

Justeru dalam konteks ini, TPV yang diperkenalkan itu akan membabitkan dua aspek penting iaitu program Pendidikan Asas Vokasional (PAV) dan Kolej Vokasional (KV) sebagai laluan dalam usaha mencapai matlamat berkenaan. Malah, la akan dilaksanakan mengikut pelan tindakan strategik dalam tempoh 2011 hingga 2020 yang dibahagikan kepada tiga fasa, iaitu fasa lonjakan dari 2011 hingga 2013, fasa Peningkatan (2014 hingga 2016) clan fasa pemerkasaan (2017 hingga 2020).

Sehubungan itu, bagi meman¬tap dan melestarikan penerimaan keseluruhan sistem serta kurikulum di bawah TPV, maka mulai sesi persekolahan 2012 Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melaksanakan projek rintis PAV di 15 sekolah harian atau sekolah menengah kebangsaan (SMK), di samping menaik taraf 15 sekolah menengah vokasional menjadi KV, masing-masing di setiap negeri.

PAV akan menggantikan mata pelajaran vokasional yang ketika ini diajar di sekolah harian clan akan ditawarkan kepada pelajar menengah rendah seawal tingkatan satu sehingga tingkatan tiga, khusus kepada lepasan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang cenderung kepada pendidikan bercorak amali. Dalam aspek ini, sistem PAV akan dilaksanakan selama tiga tahun di SMK terpilih itu berdasarkan beberapa tahap sejajar proses transformasi pengajian teknik clan vokasional,

Lepasan PAV dibenarkan menyambung pelajaran di KV atau ke institusi kemahiran awam dan swasta. la akan dilaksanakan sepanjang tempoh empat tahun sehingga peringkat diploma mengguna pakai sistem semester dengan kurikulumnya berasaskan kepada kemahiran tertentu.

Kurikulum KV mempunyai dua komponen membabitkan 70 peratus kemahiran clan 30 peratus akademik bagi memenuhi falsafah pendidikan kebangsaan.

Malah, kurikulum ini akan merujuk kepada Piawaian Kemahiran Guna Tenaga Kebangsaan (NOSS), SKM dan lain-lain bentuk persijilan yang diiktiraf pihak industri dan pada akhir tahun keempat, pelajar sudah memperolehi Diploma Kolej Vokasional, iaitu selari dengan kepatuhan SKM Tahap 4.

Dalam merancakkan pendidikan vokasional, pembabitan sektor swas¬ta (industri) turut dipelawa bersama -sama menjayakan transformasi ini. Tanggungjawab yang boleh dimain¬kan oleh sektor ini ialah menyedia¬kan tenaga pakar industri sebagai tenaga pengajar jemputan di kolej vokasional.

Menerusi kaedah ini, pendedahan dan maklumat langsung berkaitan industri semasa dapat disalurkan kepada pelajar. Malah, sektor swasta digalak untuk membangunkan institusi vokasional berdasarkan kurikulum yang dipersetujui bagi menam¬pung kemasukan pelajar berpotensi tajaan Kementerian.

Hakikat betapa penting pelan ini perlu dilaksanakan juga merujuk kepada keperluan negara yang memerlukan sekurang-kurangnya 3.3 juta pekerja mahir dalam tempoh 10 tahun akan datang bagi menampung kehendak industri tempatan.

Tidak terkecuali, transformasi sedemikian perlu diketengahkan berikutan penyertaan pelajar peringkat menengah dalam bidang vokasional masih rendah.

Ketika ini, enrolmen pelajar Malaysia dalam bidang ini hanya mencapai lima peratus. la jauh ketinggalan berbanding negara maju yang rata-rata mencatat paras lebih 50 peratus.

Malah negara serantau seperti Indonesia dan Thailand mengatasi jumlah peratusan berbanding Malaysia dengan jumlah pelajar yang mengambil aliran ini menjangkau 40 hingga 60 peratus. Pendidikan teknikal dan vokasional dianggap sebagai satu daripada kekuatan utama dalam sistem, pendidikan di German, Hampir 60 hingga 70 peratus daripada pelajarnya iaitu melebihi 1.6 juta orang memasuki sekolah vokasional. la merangkumi kira-kira 340 jenis pekerjaan dan sangat popular di kalangan lepasan sekolah di negara itu.

Pendekatan ini berjaya mengurangkan kadar pengangguran siswazah dalam tempoh setahun selepas tamat pengajian kepada tiga peratus sahaja. Sementara di Austria, 78 peratus pelajarnya memasuki bidang vokasional dan hampir 60 peratus mereka yang bekerja mendapat pendedahan dalam bidang itu. Berdasarkan pelbagai usaha bersungguh-sungguh yang dilaksanakan kerajaan bagi memperkasa pendidikan teknik dan vokasional, diharap mampu meningkatkan peratusan pelajar aliran berkenaan kepada 20 peratus menjelang 2015.

Apa yang jelas, pelan transformasi vokasional ini bukan sekadar memberi satu alternatif dalam sistem pendidikan negara, tetapi antara pendekatan bagi merealisasikan hasrat kerajaan dalam mengisi perancangan dan keperluan Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA).

Download penuh Konsep Kolej Vokasional

1.7 : Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA)

Untuk menjadikan Malaysia Negara berpendapatan tinggi pada tahun 2020, Kerajaan pada bulan Oktober 2010 telah melancarkan Program Transformasi Ekonomi (ETP) bagi meningkatkan pendapatan per kapita daripada AS$6,700 (RM23,700) pada tahun 2009 kepada AS$15,000 (RM48,000) pada tahun 2020. Peningkatan ini akan dicapai melalui pertumbuhan pendapatan negara kasar (GNI) sebanyak 6% setahun sehingga 2020.

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

ETP memberi fokus kepada 12 Bidang Ekonomi Utara Negara (NKEA) iaitu:

Minyak, Gas dan TenagaMinyak SawitPerkhidmatan KewanganPelanconganPerkhidmatan PerniagaanElektronik dan ElektrikalBorong dan RuncitPendidikanKesihatanTeknologi Maklumat dan KomunikasiPertanian

Greater Kuala Lumpur Dibawah ETP, NKEA tersebut talah dikenalpasti sebagai pemacu aktiviti ekonomi yang mempunyai potensi untuk memberi sumbangan secara langsung kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia. Sebanyak 131 Projek Penggerak Ekonomi (EPP) dan 60 peluang perniagaan (BO) telah dikenalpasti untuk menyumbang kepada peningkatan pendapatan negara kasar (GNI). Bidang Ekonomi Utama Nasional

MEMACU MALAYSIA KE ARAH MENJADI NEGARA MAJU DAN BERPENDAPATAN TINGGI

Program Transformasi Ekonomi (Economic Transformation Programme atau ETP) adalah satu usaha komprehensif yang akan mentransformasikan Malaysia ke arah sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Ia akan meningkatkan pendapatan negara kasar (PNK) per kapita Malaysia dari lebih kurang AS$6,700 atau RM23,700 pada 2009 ke lebih daripada AS$15,000 atau RM48,000 pada 2020, dengan itu memacu kemajuan negara ke tahap yang sama dengan negara-negara berpendapatan tinggi yang lain.

Perkembangan PNK sebanyak 6 peratus setahun akan membolehkan kita mencapai sasaran yang ditetapkan di bawah Wawasan 2020.

Pelaksanaan ETP yang berjaya akan menyaksikan ekonomi Malaysia berubah dengan ketara mirip negara-negara maju yang lain. Kami akan meneruskan anjakan ke arah ekonomi berdasarkan perkhidmatan dengan menyaksikan sektor perkhidmatan berkembang dari 58 peratus ke 65 peratus pada tempoh yang sama.

Lebih 3.3 juta pekerjaan baru merentasi kawasan bandar dan luar bandar negara akan diwujudkan menjelang 2020.. Ciri-ciri pekerjaan baru ini akan menyebabkan anjakan ke arah julat pendapatan sederhana dan tinggi.

Greater Kuala Lumpur/Klang Valley akan ditransformasikan kepada sebuah bandar raya bertaraf dunia.

Akhirnya, pertumbuhan akan dicapai dengan cara mampan dan tanpa kos kepada generasi akan datang melalui inisiatif-inisiatif seperti pembinaan kapasiti penjanaan tenaga alternatif dan pemuliharaan alam sekitar bagi mempromosikan ekopelancongan.

ETP Berbeza dari Percubaan Lampau untuk Mengembangkan Ekonomi

Satu pendekatan baru dan berani telah diambil untuk membangunkan ETP. Ini adalah kali pertama usaha sebegini diambil dalam sejarah Malaysia, atau oleh mana-mana negara maju yang lain.

Program ini menyediakan fokus mantap pada beberapa enjin pembangunan utama: 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (National Key Economic Areas atau NKEA). NKEA ini dijangka akan menyumbang dengan ketara kepada prestasi ekonomi negara, dan ia akan menerima keutamaan dalam pelaburan awam dan sokongan polisi.

Sektor swasta akan menerajui ETP; manakala Kerajaan akan memainkan peranan utama sebagai fasilitator. Sebahagian besar daripada pembiayaan akan datang dari sektor swasta (92 peratus) dan pelaburan sektor awam akan digunakan sebagai pemangkin untuk memulakan penyertaan sektor swasta.

Keberkesanan sebarang program transformasi bergantung kepada butir-butir khususnya. ETP berbeza dari program-program lain kerana ia menumpu pada tindakan – bukan pada prinsip teori dan idea. Kami telah mengenal pasti 131 projek permulaan (entry point projects atau EPP) yang menggariskan tindakan yang perlu diambil untuk mengembangkan ekonomi.

EPP dan peluang-peluang perniagaan lain yang dikenal pasti di bawah setiap NKEA diasaskan pada jumlah sumbangan mereka kepada PNK; dan dipilih berdasarkan pada analisis ekonomi dan kewangan yang teliti. Sebarang perbelanjaan awam akan diperuntukkan pada dasar memaksimumkan PNK daripada setiap ringgit perbelanjaan.

Akhirnya, ETP dirumuskan supaya telus dan rapi, di mana sebuah Unit ETP baru di bawah PEMANDU (Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan di bawah Jabatan Perdana Menteri) telah ditugaskan untuk mengawasi dan melaporkan kemajuan ETP kepada pemimpin Kerajaan, komuniti perniagaan dan rakyat.

Diwujudkan bersama oleh Sektor-sektor Swasta dan Awan

Semenjak permulaannya, sektor swasta dan komuniti perniagaan telah terlibat dalam pembentukan ETP.

Pada Mei 2010, Bengkel Seribu Orang telah dijalankan untuk membantu mengenal pasti 12 NKEA. Sektor awam terus memainkan peranan yang besar apabila makmal-makmal NKEA bermula pada Jun 2010.

Lima ratus minda terbaik dari sektor swasta (350 orang dari 200 syarikat berlainan) dan Kerajaan (150 orang dari 60 institusi awam berlainan, kementerian dan agensi) telah berkumpul untuk membangunkan pelan bagi 12 NKEA tersebut.

Idea-idea dan rancangan-rancangan yang dikenalpasti dan dibangunkan di makmal telah disindiketkan dengan meluas sepanjang tempoh lapan minggu makmal tersebut. Lebih 600 mesyuarat pensindiketan telah diadakan dengan kementerian-kementerian, agensi-agensi, syarikat-syarikat multinasional, syarikat-syarikat tempatan dan badan-badan bukan kerajaan.

Pemegang berkepentingan utama seperti Perdana Menteri, Menteri-menteri dan para pemimpin perniagaan telah menyertai makmal pada peringkat awal dan memberi maklum balas kepada peserta.

Berikutan dari makmal-makmal tersebut, Hari Terbuka telah diadakan di Kuala Lumpur, Sabah dan Sarawak di mana pelawat (komuniti perniagaan, syarikat multinasional, rakyat dan media) telah melawat gerai-gerai NKEA dan memberi input yang lanjut.

Hasil daripada proses ini adalah satu hala tuju yang jelas untuk Malaysia menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi dalam masa sepuluh tahun akan datang.

Dalam melancarkan ETP, kami mengesahkan bahawa EPP yang tersenarai dalam hala tuju ini hanyalah satu permulaan, dan melalui pelaksanaannya, kami akan mempelajari dan menyesuaikan program tersebut bagi memastikan pencapaian aspirasi kami.

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

Tinjauan umum NKEA

Dua belas NKEA tersebut adalah teras kepada ETP.

NKEA ditakrifkan sebagai pemacu aktiviti ekonomi yang berpotensi untuk menyumbang secara langsung dan material kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia. Dua belas NKEA yang terpilih ialah Minyak, Gas dan Tenaga; Minyak Sawit, Perkhidmatan Kewangan; Pelancongan, Perkhidmatan Perniagaan, Elektronik dan Elektrikal; Pemborongan dan Peruncitan; Pendidikan; Penjagaan Kesihatan; Kandungan Komunikasi dan Infrastruktur; Pertanian; dan Greater Kuala Lumpur/Klang Valley.

Apakah Maknanya untuk menjadi NKEA?

Malaysia akan menumpukan usaha-usaha pertumbuhan ekonomi pada NKEA. NKEA akan menerima sokongan utama daripada Kerajaan termasuk pembiayaan, pembekalan bakat dan tenaga kerja terbaik dan medapat perhatian khusus Perdana Menteri. Sebagai tambahan, penyusunan semula polisi seperti penyingkiran halangan untuk bersaing dan liberalisasi pasaran akan disasarkan pada NKEA.

Program-program yang diusulkan akan melibatkan pemilihan dan keseimbangan keseluruhan yang nyata kepada ekonomi. Misalnya, mengutamakan pelaburan dalam sektor NKEA membawa kepada pengurangan pelaburan dalam sektor-sektor lain.

Pelantikan sektor-sektor sebagai sektor-sektor NKEA perlu mempunyai implikasi sebenar pada sumber-sumber utama sekiranya mereka akan menerajui suatu perubahan yang bermakna.

Falsafah yang sama bagi keutamaan juga akan digunapakai untuk sokongan lain yang disediakan oleh Kerajaan kepada sektor-sektor ini, seperti perbelanjaan operasi dan usaha-usaha penyusunan semula polisi tertentu sektor-sektor tersebut dan dan perubahan regulatori.

NKEA akan mendapat tumpuan khusus daripada Perdana Menteri dan akan mempunyai mekanisme laluan pantas untuk menyelesaikan pertelingkahan atau sebarang penyempitan.

Kerajaan adalah komited untuk memberi sokongan berterusan bagi pertumbuhan sektor bukan NKEA. Namun demikian, Kerajaan akan menumpukan usahanya pada NKEA berdasarkan sumbangan PNK yang amat ketara yang bakal dijana oleh sektor-sektor inidalam memacupembangunan ekonomi negara.

Dua Belas Bidang Ekonomi Utama Nasional adalah: Minyak, Gas, dan Tenaga Minyak Sawit Perkhidmatan Kewangan Pelancongan Perkhidmatan Perniagaan Elektronik dan Elektrikal Pemborongan dan Peruncitan Pendidikan Penjagaan Kesihatan Kandungan dan Infrastruktur Komunikasi Pertanian Greater Kuala Lumpur / Klang ValleyDownload Penuh NKEA PENDIDIKAN

1.8 : Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)

NKRA – National Key Result Area

“The Government is set to begin the transformation process in strengthening the efficiency of its delivery system”

“ The KPI / KRA are not mere acronyms as they offer clear measures designed to ensure that the government is continuously working to better serve the needs of Malaysians” “ Our real work will begin as we make the transformation of government services happen”

Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan

Dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan, kerajaan akan memberi tumpuan kepada 4 sub-NKRA untuk meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan.

Sub-NKRA 1: Prasekolah

7 teras untuk meluaskan akses kepada pendidikan prasekolah yang berkualiti dan berkemampuan:

1. · Penubuhan Jawatankuasa Penyelarasan Prasekolah Kebangsaan dan Bahagian Prasekolah dan PERMATA Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

2. · Perlaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) 3. · Menyeragamkan bantuan kepada murid prasekolah kerajaan 4. · Meningkatkan kualiti guru dan pembantu guru 5. · Menambah bilangan kelas prasekolah di kawasan miskin Bandar, luar Bandar dan pedalaman 6. · Meningkatkan Perkongsian Pintar Kerajaan-Swasta dalam pendidikan Prasekolah. 7. · Mewujudkan Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan

Sub-NKRA 2: Literasi dan Numerasi

· NKRA – Peluasan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan · Setiap kanak-kanak* menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi selepas 3 tahun mengikuti pendidikan rendah pada akhir tahun 2012 · *Kanak-kanak berkeperluan khas – didefinisikan sebagai murid bermasalah pembelajaran, masalah pendengaran, masalah pertuturan, masalah penglihatan, terencat akal, mempunyai pelbagai kecacatan, dan kurang upaya secara fizikal. Kurikulum khas literasi dan numerasi dibentuk untuk kanak-kanak berkeperluan khas.

Sub-NKRA 3: Sekolah Berprestasi Tinggi

- Mengangkat kualiti sekolah-sekolah yang terbaik · Meningkatkan kualiti pencapaian institusi pendidikan melalui peningkatan tahap autonomi dan akauntabiliti, membenarkan sekolah melaksanakan inovasi dalam pengurusan masing-masing (pemusatan dalam aspek kurikulum dan anggota perkhidmatan)

- Menghasilkan pelajar yang cemerlang · Sebagai tempat untuk melatihkan pelajar cemerlang bertaraf antarabangsa dan yang menjadi personaliti unggul dalam semua bidang

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

- Merapatkan jurang antara sekolah-sekolah di dalam sistem · Sebagai inspirasi kepada sekolah-sekolah lain untuk membangunkan kecemerlangan tahap yang lebih tinggi melalui bimbingan dan jaringan antara sekolah sekolah tersebut.

Sub-NKRA 4: Tawaran Baru kepada Pemimpin Sekolah

Meningkatkan kualiti keberhasilan murid menerusi peningkatan prestasi pemimpin sekolah di Malaysia:

NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Nasional)

1. Prasekolah 2. Literasi dan Numerasi 3. Sekolah Berprestasi Tinggi 4. Pengetua/Guru Besar

Download Penuh NKRA Pendidikan

A : Dasar, Kurikulum & Sistem

1.1 : SBPA

SBPA (Saraan Baru Perkhidmatan Awam)

Apa Itu SBPA ?

Bajet 2012 telah memperkenalkan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam atau SBPA yang akan menggantikan Sistem Saraan Malaysia atau SSM. Sesungguhnya, SBPA digubal dengan matlamat mentransformasikan Perkhidmatan Awam Malaysia supaya menjadi organisasi yang lebih dinamik, responsif dan berorientasikan

prestasi. SBPA akan memperkenalkan prinsip perubahan radikal dalam pengambilan dan pengisian jawatan serta pembangunan kerjaya dengan teras pengekalan atau penamatan perkhidmatan penjawat awam berasaskan prestasi kerja.

Antara intipati pelaksanaan SBPA yang dipersetujui oleh Kerajaan adalah seperti berikut:

1. Pelaksanaan transformasi Perkhidmatan Awam melalui lima (5) inisiatif iaitu Perkhidmatan Awam yang kejat (lean civil service), kepimpinan dinamik, modal insan berkualiti, Perkhidmatan Awam yang fleksibel dan saraan yang kompetitif;

2. Pewujudan Pelan Induk Saraan Perkhidmatan Awam (PISA) bagi melaksanakan rombakan sistem saraan Perkhidmatan Awam secara tersusun.

3. Pengekalan prinsip-prinsip saraan yang berkuat kuasa dengan penambahan empat (4) prinsip baru iaitu kadar upah untuk kerja mengikut Kumpulan Perkhidmatan, kadar upah untuk individu berdasarkan bakat, keupayaan dan pengalaman, kadar upah untuk kerja bagi individu (subject matter expert) serta kadar upah tambahan untuk kerja mengikut prestasi;

4. Pembentukan hierarki Perkhidmatan Awam yang terdiri daripada empat (4) peringkat iaitu Kumpulan Premier, Kumpulan Pengurusan Tertinggi, Kumpulan Pengurusan dan Profesional, serta Kumpulan Pelaksana yang menggantikan Kumpulan Sokongan;

5. Peruntukan gaji secara single point tanpa Kenaikan Gaji Tahunan kepada Kumpulan Premier dan konsep Jadual Gaji Minimum-Maksimum kepada Kumpulan Pengurusan Tertinggi dengan Kenaikan Gaji Tahunan diberi mengikut pencapaian prestasi;

6. Peruntukan Jadual Gaji Sebaris kepada pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional, serta Kumpulan Pelaksana;

7. Pelaksanaan enam (6) strategi untuk merealisasi inisiatif Perkhidmatan Awam yang kejat iaitu kawalan saiz Perkhidmatan Awam (right-sizing), kajian pertindihan fungsi antara agensi (duplication), penjajaran fungsi utama perkhidmatan (realignment), perkhidmatan yang boleh diserah urus (outsourcing), perekayasaan proses kerja (business process reengineering) dan kajian semakan skim perkhidmatan (revision);

8. Penambahbaikan laluan kerjaya Pegawai Perkhidmatan Pendidikan melalui pelaksanaan konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru dengan memberi fokus kepada Laluan Pengajaran dan Pembelajaran (LPDP);

9. Penambahbaikan laluan kerjaya pegawai dan anggota dalam Senarai Tugas Am ATM berdasarkan subject matter expert dalam bidang-bidang kritikal dengan diberi kenaikan gred gaji tanpa bersandarkan kepada pangkat;

10. Pemberian peningkatan gred gaji yang setara dengan gred kenaikan pangkat tanpa dinaikkan pangkat ke jawatan kosong kepada pegawai yang diiktiraf sebagai subject matter expert;

11. Pengenalan Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (PROSPEK) yang mengandungi dua (2) komponen iaitu Penilaian Kompetensi dan Potensi (PKP), dan Program Pembangunan Kompetensi dan Potensi (BKP) bagi menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan;

12. Perluasan pemberian kemudahan Cuti Belajar Bergaji Penuh kepada pegawai dalam Kumpulan Pelaksana bagi membolehkan pegawai mengikuti latihan kemahiran di bawah program SkillsMalaysia;

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

13. Pengekalan prinsip-prinsip pemberian elaun sedia ada dan penambatan kadar bagi empat (4) elaun yang pada ketika ini kadarnya ditentukan berdasarkan gaji iaitu Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal, Bayaran Insentif Subjek Pendidikan, Bayaran Insentif Wilayah dan Bayaran Insentif Pedalaman;

14. Pengekalan prinsip-prinsip pemberian kemudahan sedia ada dengan penambahbaikan melalui Program Keseimbangan Kehidupan dan Kerjaya yang memperkenalkan pelaksanaan dasar bekerja dari rumah;

15. Pemansuhan dasar pelepasan dengan izin yang diganti dengan dasar pelepasan jawatan bagi mempertingkat mobiliti pegawai dalam perkhidmatan;

16. Pelaksanaan Dasar Pemisah (Exit Policy) kepada penjawat awam yang berprestasi rendah dan mereka yang memilih untuk meninggalkan perkhidmatan;

17. Penyelarasan pencen kepada pesara Perkhidmatan Awam secara peratusan berasaskan kajian berkala kos sara hidup berkuat kuasa mulai 1 Januari 2013;

18. Peningkatan umur persaraan wajib dari 58 tahun ke 60 tahun bertujuan mengekalkan pegawai mahir di dalam perkhidmatan; dan

19. Pengekalan pegawai yang menolak SBPA di bawah sistem saraannya, skim perkhidmatan dan syarat perkhidmatan sedia ada (SSM)

Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) Perubahan Panggilan Gred DG Guru ;

Perubahan Panggilan Gred DG Guru iaitu selepas Ini Tiada Lagi Gred DG 41, DG44, DG48, DG52,dan 54. Semua Gred DG itu diganti dengan 1-1,1-2,1-4,1-5 dan 1-6. Untuk lebih mudah lihat dibawah.

DG41 kepada 1-1 DG 44 kepada 1-2 DG 48 kepada 1-4 DG 52 kepada 1-5 DG54 kepada 1-6

Gaji Kakitangan Awam Akan Disemak Setiap 3 Tahun Sekali, Bermakna 2015 Ada Lagi Semakan, Demikian Juga Pada 2018. Pada 2013 Dan 2016 Kadar Elaun Akan Disemak Semula, Dan Pada 2014 Dan 2017.

Pelarasan Gaji Akan Dilakukan Bergantung Kepada Kedudukan Kewangan Kerajaan Supaya Menjelang 2020 Pendapatan Perkapitan Kakitangan Awam Pada 2020 Adalah USD 15,00

Semua Kenaikan Pangkat Tidak Lagi Bergantung Kepada Kekosongan Jawatan Tetapi Bergantung Kepada Tahap Prestasi Dan Syarat Kelayakan. Seseorang Guru Boleh Mencapai Ke Tahap Dg 54 ( 1-6 ) Setelah 25 Tahun Berkhidmat.

1) Guru DG41

- Ditukar kepada 1-1 - Gaji Permulaan Rm 1925 & Gaji Maksimum Rm 6220 - Kenaikan Gaji Tahunan ialah Rm 230 - Kenaikan Pangkat Daripada Dg 1-1 Ke Dg 1-2 ialah 8 Tahun

2) Guru DG 44 kepada 1-2

- Ditukar kepada 1-2 - Gaji Permulaan Rm 2985 & Gaji Maksimum Rm 7235 - Kenaikan Gaji Tahunan ialah Rm 250 - Kenaikan Pangkat Daripada Dg 1-2 Ke Dg 1-4 ialah 8 Tahun

3) Guru DG 48

- Ditukar kepada 1-4 - Gaji Permulaan Rm 4390 & Gaji Maksimum Rm 8710 - Kenaikan Gaji Tahunan ialah Rm 270 - Kenaikan Pangkat Daripada Dg 1-4 Ke Dg 1-5 ialah 6 Tahun

4) Guru DG 52

- Ditukar kepada 1-5 - Gaji Permulaan Rm 5260 & Gaji Maksimum Rm 9610 - Kenaikan Gaji Tahunan ialah Rm 290 - Kenaikan Pangkat Daripada Dg 1-4 Ke Dg 1-5 ialah 3 Tahun

5) Guru DG54

- Ditukar kepada 1-6 - Gaji Permulaan Rm 7250 & Gaji Maksimum Rm 11,505 - Kenaikan Gaji Tahunan ialah Rm 320

KEBAIKAN DAN KELEBIHAN SKIM SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM

SBPA ini mempunyai elemen-elemen berikut:

(1) Mewujudkan Dasar Pemisah atau exit policy bagi penjawat awam yang berprestasi rendah dan mereka yang memilih untuk meninggalkan perkhidmatan;

(2) Menambah baik struktur gaji penjawat awam melalui pembentukan gaji sebaris dengan mewujudkan lebih banyak mata gaji supaya penjawat awam terus mendapat kenaikan tahunan bagi tempoh yang lebih lama. Dengan itu, gaji maksimum bagi sesuatu gred adalah lebih tinggi daripada sekarang. Contohnya, jika di bawah SSM, bagi seorang guru pada gred DG48, gaji maksimum adalah 6,325 ringgit dan 39 sen, kelak, di bawah SBPA, gaji maksimum beliau akan meningkat 37.7 peratus kepada 8,710 ringgit. Bagi guru bukan siswazah pula, jika di bawah SSM kini, yang berada pada gred DG34, gaji maksimum adalah 3,860 ringgit dan 52 sen, kelak nanti, di bawah SBPA ia akan meningkat 39 peratus kepada 5,370 ringgit;

(3) Pada perutusan khas Hari Guru yang lalu, saya telah mengumumkan laluan kerjaya perkhidmatan perguruan siswazah yang lebih baik. Tidak perlu lagi seperti dulu, seorang guru terpaksa menunggu sehingga 20 tahun untuk naik pangkat, sebaliknya sekarang, dalam skim baru mengikut time-based, seorang guru akan mendapat gred 44 pada tahun ke-8 dan gred 48 pada tahun ke-16. Bagi guru bukan siswazah, dari gred 29 kepada 32, jika mengikut sistem time-based sekarang, ia memakan masa 10 tahun, namun, di bawah SBPA hanya mengambil tempoh lapan tahun sahaja. Seterusnya pula, bagi kenaikan gred 32 ke 34, jika sekarang ini bergantung pada kekosongan, tetapi di bawah SBPA kelak, kaedah time-based lapan tahun turut diterima pakai; dan

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

(4) Kenaikan Gaji Tahunan tidak pernah disemak sejak 1991. Mulai tahun 2012, Kenaikan Gaji Tahunan penjawat awam akan ditingkatkan antara 80 hingga 320 ringgit mengikut gred. Di samping itu, bagi penjawat awam yang menerima opsyen ke SBPA, akan mendapat faedah kenaikan gaji, di antara 7 hingga 13 peratus.

Kerajaan sentiasa prihatin ke atas beban kewangan yang ditanggung oleh pesara. Dengan pelaksanaan SBPA, lebih 600 ribu pesara Kerajaan akan menikmati pelarasan pencen yang melibatkan peruntukan 600 juta ringgit. Mulai tahun 2013 nanti, Kerajaan akan melaksanakan kenaikan tahunan pencen pesara sebanyak dua peratus setahun tanpa perlu menunggu sebarang semakan sistem saraan atau pelarasan gaji.

5 SEBAB MENGAPA CUEPACS MINTA SBPA DITELITI ATAU MENOLAK SBPA

(1)Tiada Perbincangan yang dilakukan diantara pihak JPA dan Cuepacs dalam memtuskan skim baru ini. (2)Masa yang diberikan untuk Penjawat Awam memahami dan memilih SBPA adalah terlalu singkat.(3)Jabatan Perkhidmatan Awam dituntut agar memberi penerangan tentang kenaikan gred Penjawat Awam dan faedah yang akan diterima di bawah SBPA secara jelas.(4)Memperjelaskan tentang kenaikan 7-13% gaji Penjawat Awam dalam SBPA(5)Tiada sokongan yang jelas untuk 'exit policy'

Penyelesaian Isu ;

(30 Dis). - BERNAMA

Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan memberi faedah kepada penjawat awam menikmati kenaikan gaji dan jumlah pencen lebih baik berbanding Sistem Saraan Malaysia (SSM).

Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Tan Sri Abu Bakar Abdullah berkata SBPA merupakan semakan semula, dan bukan penambaikan kerana skim gaji serta wang persaraan penjawat awam tidak disemak bagi satu tempoh yang lama.

“Sebagai contoh, sekiranya penjawat awam menerima SBPA sebelum tarikh tutup pada 15 Jan 2012, beliau akan menerima kenaikan gaji yang dikira bermula 1 Jan berbanding sekiranya penjawat awam enggan menerima skim baru tersebut,” katanya selepas diwawancara dalam program Helo Malaysia terbitan Bernama TV di Wisma Bernama malam Khamis.

Mengenai pindaan markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) daripada 75 peratus kepada 65 peratus untuk kenaikan gaji, beliau berkata ia tidak menjadi masalah.

Kajian JPA menerusi Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS)mendapati hanya 0.4 peratus penjawat awam gagal mencapai LPNT yang ditetapkan bagi 2010, katanya.

Oleh itu, Abu Bakar berkata tidak timbul isu JPA menurunkan standard LPNT ekoran penurunan kepada 65 peratus kerana akhirnya prestasi penjawat awam akan dinilai pihak berkepentingan iaitu pelanggan dan rakyat.

Jumaat lepas, JPA bersetuju melanjutkan tarikh penerimaan tawaran opsyen SBPA bagi penjawat awam sehingga 15 Jan depan, bagaimanapun, tempoh penerimaan opsyen bagi umur persaraan pada 60 tahun kekal hari ini.

Soalan ;

1. Terima SBPA ni kena wajib opsyen pencen 60 tahun ke?

- Tak semestinya, kepada yang melapor diri pada 1 Jan 2012, opsyen 60 tahun diberi, namun boleh bersara awal

55/56/58 sekiranya punya alasan munasabah. Bayara pencen juga dibayar pada umur 55 tahun [walaupun bersara 60. Bayaran juga diselaraskan bagi penjawat lelaki dan perempuan]. Kepada yang di bawah skim SSB dan SSM dan nak tukar SBPA, opsyen diberi sama ada kekal pada umur saraan sebelum ini atau pilih 60 tahun SAHAJA tahun lain tak boleh.

2. Apa perbezaan jadual gaji SBPA dengan skim SSM, ada kenaikan ke?

- Gaji memang berbeza sama sekali. Seperti yang dibentangkan oleh PM pada pembentangan bajet 2012, ada kenaikan antara 7% – 13%. Jadual gaji masih berstatus “sulit” dan kebanyakan yang ditujukkan di laman² sosial adalah daripada slaid taklimat SBPA. Kebanyakan yang ditunjukkan adalah benar. Namun berbeza mengikut skim. – tak erlu risau, mana yang memilih SBPA, akan ada kenaikan pada gaji pada Januari nanti.

Jadual gaji juga adalah mendatar (sebaris) dan kebarangkalian untuk seseorang penjawat awam untuk sampai ke “dinding” adalah mustahil kerana selain tempoh T di dipanjangkan sedikit, ada kemungkinan pihak kerajaan akan membuat pelarasan gaji semula selepas setiap 3 tahun selepas ini.

Lain² persoalan utama: - Penjawat yang telah mendapat borang penukaran kepada SBPA ini perlu menyatakan persetujuan

[jika bersetuju] dalam tempoh bertenang 15 hari. Jika penjawat diluar negara dan tida mengetahui, boleh juga diberi borang SBPA [jika ingin mengisi] dan perlu memberi jawapan dalam tempoh 15 hari selepas menerima borang. Bagi yang telah mengetahui tetapi tidak mengisi surat persetujuan penukaran, akan dianggap kekal dengan skim SSM.

- Tempoh percubaan staf baru dipendekkan daripada 1-3 tahun kepada 6 bulan hingga 12 bulan. - Gaji bagi pekerja berstatus kontrak juga akan diselaraskan semula berdasarkan skim SBPA ini. - PTK digantikan dengan PROSPECT dan penjawat tidak memohon di bawah PROSPECT malah

ditawarkan [ini untuk kenaikan pangkat. - Penilaian tahunan seseorang akan dinilai bukan sahaja oleh pegawai atasan malah oleh pekerja

bawahan dan juga rakan sekerja [yang lain]. - Penilaian yang kurang daripada 75% akan menyebabkan penjawat awam berkenaan diberikan kata

dua melalui pelaksanaan EXIT POLICY [yang kini di bantah CUEPACS]. - Staf punya peluang diberikan kenaikan gaji [asalkan perform] dengan gaji akan melebihi gaji bosnya.

– menarik!. - Kursus induksi digantikan dengan Program Transformasi Minda dengan tempoh program

dipendekkan daripada 3 minggu kepada 5 hari sahaja. - Kepada yang telah lulus SKT dan menunggu untuk kenaikan gaji pada tahun hadapan, harap

bersabar untuk menanti kata putus daripada JPA. Anda pasti risau tentang kenaikan gaji anda. Daripada apa yang aku dengar, kenaikan gaji [SSM] tak sama dengan SBPA. SBPA lagi menarik.

- Bagi pekerja lama, skim ini hanya tertakluk dan berpeluang kepada mereka yang masih berkhidmat pada 2 januari. Mana yang bersara pada 1 Januari 2012.

- Penjawat awam tidak perlu lagi pelepasan dengan izin jika hendak menukar agensi. - Penjawat awam juga diberi kebenaran untuk meninggalkan perkhidmatan awam dan ke sektor

swasta. Jika ingin ke sektor awam SEMULA adalah dibolehkan dan tempoh perkhidmatan sebelum itu juga akan dikira untuk tujuan persaraan [pencen]. – Ni pun CUEPACS tak setuju]

- Syarat kelayakan masuk ke perkhidmatan awam juga diperbaiki antaranya, BMI individu berkenaan mestilah dalam lingkungan “unggul”.

Kesimpulan ringkas: - SBPA ni sangat bermakna untuk pekerja baru. Sebab terus dapat gaji yang tinggi bersama orang

lama. Ada sesetengah kes, orang lama pun akan dapat tangga gaji yang sama dengan staf yang baru.

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

- Ada juga kes, orang lama pun ada kebaikannya [terutama yang dah langgar "dinding". Mereka ini punya peluang merasa kenaikan gaji, jika memilih skim SBPA ini.

- CUEPACS bantah sbelum ni pun sebab skim SBPA ni belum diterangkan secara jelas dan terperinci. Aku setuju juga, sesuatu yang belum jelas, tak kan kita nak bersetuju. Mungkin JPA boleh tambah baik proses selepas ini.

Apabila anda bersetuju untuk menerima tawaran SBPA, anda sebenarnya telah bersetuju untuk : menggunakan Jadual Gaji Sebaris menggantikan Jadual Gaji Matriks yang digunakan dalam SSM.

Dalam erti kata lain, mata gaji anda yang baru adalah mengikut susunan tangga dalam sebaris.

menerima kadar kenaikan gaji tahunan yang lebih menarik dan tinggi berbanding SSM seperti jadual di bawah. Namun, kenaikan gaji tahunan adalah berdasarkan penilaian prestasi perkhidmatan anda (markah LNPT). Anda mungkin tidak akan diberi kenaikan gaji tahunan sekiranya markah LNPT anda di bawah 70.

ditawarkan opsyen untuk melanjutkan umur persaraan sehingga 60 tahun (tapi sekiranya anda tidak berminat, anda boleh terus memilih umur persaraan 56 tahun atau 58 tahun mengikut SSM)

menerima 'dasar pemisah' di mana anda boleh memilih untuk bersara atau dibersarakan sekiranya prestasi anda adalah rendah (LNPT bawah 70) atau anda mempunyai masalah yang boleh menjejaskan kepentingan negara atau perkhidmatan. Namun, sekiranya prestasi anda rendah, anda tidak akan terus diberhentikan kerja. Sebaliknya, KPM akan menyiasat terlebih dahulu punca sebenar kenapa anda mendapat markah LPNT 69 dan ke bawah (a.k.a pegawai berprestasi rendah).

Banyak pihak mempersoalkan tentang perlaksanaan dasar pemisah atau exit policy kerana dasar ini diyakini tidak akan berlaku secara adil. Kerana apa?? Kerana instrumen penilaian yang diguna pakai oleh SBPA boleh dipersoalkan dan diragui ketelusannya. Instrumen penilaian yang digunakan ada tiga: kaedah pelbagai penilai (multi-rater), KPI dan LNPT.

Instrumen penilaian KPI (mengikut pemahaman penulis) adalah diguna pakai oleh Kumpulan Pengurusan Tertinggi. Sekiranya KPI yang disasarkan oleh mereka tercapai, mereka akan menikmati 5% hingga 15% kenaikan gaji tahunan daripada gaji pokok.

Katakanlah instrumen yang digunakan untuk Kumpulan Perlaksana (seperti guru) adalah LNPT (seperti yang dilaksanakan tahun ini). Pegawai penilainya adalah pengetua sekolah tersebut (manusia... yang mempunyai EMOSI yang boleh mempengaruhi ketelusan penilaian). Pegawai A menunjukkan prestasi yang benar-benar baik

dalam perkhidmatannya namun beliau tidak sekepala dengan pengetua sekolah tempat beliau bertugas. Adalah tidak mustahil sekiranya Pegawai A akan mendapat markah LNPT di bawah 70 sekiranya pengetua tersebut berniat untuk menabur pasir ke periuk nasi Pegawai A. Oleh hal yang demikian, SBPA seharusnya dilengkapi dengan instrumen penilaian yang lebih efisyen bagi memastikan ketelusan perlaksanaannya tidak dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu yang berkepentingan.

Istilah penting :

Dasar Pemisah (Exit Policy) Bagi memastikan kecemerlangan penyampaian Perkhidmatan Awam, Kerajaan memperkukuhkan dasar pemisah dengan mengambil tindakan tegas untuk mengeluarkan pegawai berprestasi rendah dan bermasalah. Dasar ini juga menyediakan laluan keluar bagi pegawai berprestasi yang tiada peluang kemajuan kerjaya serta pegawai yang menghadapi masalah kesihatan yang menjejaskan keupayaannya untuk menjalankan tugas.

1.2 : LINUS & PROTIM

PROGRAM LINUS & PROTIM

APA MAKSUD PROGRAM LINUS?

Akronim kepada perkataan LI (Literasi), NU (Numerasi) dan S (Screening – Saringan). Jadi maknanya Program Saringan Literasi dan Numerasi.

Program ini dirancang dan dibentuk sebagai penambahbaikan program sedia ada (KIA2M), memastikan semua murid Tahun 1 pada 2010menguasai asas membaca, menulis dan mengira pada akhir tahun 3 menjelang Tahun 2011.

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

DEFINISI LITERASI

Keupayaan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan dan ayat serta mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran dan komunikasi harian.

KEMAHIRAN ASAS LITERASI

TAHUN 1 – Boleh membaca, menulis dan memahami minima 500 patah perkataan dan ayat mudah.TAHUN 2 – Boleh membaca, menulis dan memahami minima 800 patah perkataan dan ayat mudah menggunakan kata sendi.TAHUN 3 – Boleh membaca, menulis dan memahami minima 1000 patah perkataan dan ayat mudah dengan kata sendi dalam satu perenggan.

DEFINISI NUMERASI

Keupayaan untuk melakukan operasi asas matematik dan memahami idea matematik yang mudah serta mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam kehidupan harian.

KEMAHIRAN ASAS NUMERASI

TAHUN 1- Kemahiran : Membaca, menulis dan mengira mengikut turutan nombor hingga 50.- Operasi asas : Faham fakta asas tambah dan tolak- Aplikasi : Mengira wang hingga RM 10, memahami masa dan ukuran asasTAHUN 2- Kemahiran : Membaca, menulis dan mengira turutan nombor hingga 100- Operasi asas : Faham fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi-Aplikasi : Mengira wang hingga RM 50, memahami waktu dalam jam dan mengukur panjang/pendek objekTAHUN 3- Kemahiran : Membaca, menulis dan mengira mengikut turutan nombor hingga 1000.- Operasi asas : Faham fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi- Aplikasi : Mengira wang hingga RM 100, memahami waktu dalam jam dan minit serta mengukur objek dalam unit piawai

LINUS

Semua murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah pada akhir 2012

Terdiri dari guru Bahasa Malaysia dan guru Matematik serta dibantu oleh Guru Pemulihan KIA2M (2006) memfokuskan kepada Tahun 1 sahaja. Tahun 2 dan 3 dibawah kendalian guru

pemulihan PROTIM memfokuskan pada Tahap 2 yang dirasakan terlalu lewat dalam usaha memulihkan

kemahiran literasi dan numerasi

LATAR BELAKANG * Satu daripada National Key Result Area (NKRA) “semua murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran berkeupayaan untuk menguasai asas

literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah pada akhir 2012”. (NKRA = Bidang Keberhasilan Utama Negara) * Mula dilaksanakan pada tahun 2010 melibatkan murid Tahun 1 di sekolah rendah (Kohort Pertama). * Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) telah dipertanggungjawabkan untuk menerajui usaha

mengatasi masalah literasi dan numerasi dalam kalangan murid sekolah rendah. Rasional * Program pemulihan untuk murid Tahun 2 dan 3 yang dikendalikan oleh guru pemulihan khas di

sekolah masing-masing. * Program Pemulihan Asas Kemahiran Membaca, Menulis dan Mengira (PROTIM) untuk murid Tahap

II. Masalah murid (yang tidak mempunyai masalah pembelajaran) yang belum menguasai kemahiran

asas M3 dengan baik masih belum dapat diatasi sepenuhnya walaupun KPM telah melaksanakan pelbagai program pemulihan. Antaranya:

Program-program yang dilaksanakan tidak gagal tetapi tidak dapat memenuhi kehendak NKRA. * KPM berpendapat suatu pendekatan yang bersepadu perlu dilaksanakan supaya masalah 3M dapat

dikesan dan dipulihkan seawal Tahap I. Perkara ini perlu diberi perhatian yang serius kerana murid yang belum menguasai kemahiran asas 3M merupakan kumpulan yang berisiko keciciran dan sukar memenuhi keperluan melanjutkan pelajaran dan kerjaya.

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

* Program alternatif yang dirangka merupakan suatu program yang bersepadu untuk murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran Tahun 1, 2 dan 3 (Tahap I) menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi. Program ini dinamakan Program Saringan Literasi dan Numerasi (LINUS).

Matlamat LINUS - Celik huruf - Celik nombor

Strategi Pelaksanaan Di Sekolah Program LINUS ini wajib dilaksanakan di semua SK, SJKC, SJKT dan SABK. Terdapat 3 peringkat saringan bagi setiap tahun (Tahun 1, 2, 3): Saringan 1 (Mac) Saringan 2 (Jun) Saringan 3 (September) Semua murid Tahun 1 akan menduduki ujian LINUS Saringan 1 untuk menilai tahap penguasaan

kemahiran asas mereka pada awal tahun setiap tahun. Dikendalikan oleh guru BM/Matematik/Pemulihan. Instrumen dibina dalam dwi bahasa iaitu BM-BI, BC-BI, BT-BI.

PROTIM ( PROGRAM PEMULIHAN 3M)

PROTIM adalah satu program ‘pembangunan’ yang dilaksanakan ke atas murid tahun 4, 5 dan 6 di setiap sekolah di mana murid-muridnya menghadapi masalah penguasaan asas membaca, menulis dan mengira atau lebih dikenali dengan masalah 3M. Sebelum PROTIM diperkenalkan, Guru Pemulihan bertanggungjawab sepenuhnya mengajar murid yang ‘bermasalah’ ini.

PROTIM pula adalah sebahagian daripada sejarah hidup Program PEMULIHAN. PROTIM mempunyai maksud dan tujuan yang sama dengan PEMULIHAN.

Aras modul dalam program PROTIM ini sedikit berbeza dengan aras modul dalam program PEMULIHAN. Ini kerana modul PROTIM melibatkan penguasaan sistem bahasa. Gambar masih menjadi pilihan utama dalam modul ini untuk membantu pemahaman murid. Berbanding program PEMULIHAN, program PROTIM mahukan murid menyelesaikan banyak latih tubi dalam satu-satu masa yang ditetapkan.

Aras soalannya sederhana sukar kerana kebanyakan murid dalam program PROTIM sudah menguasai asas 3M. Murid dalam program PROTIM sudah ramai yang tahu membaca. Cuma yang menjadi masalah adalah, murid seringkali melakukan kesilapan semasa menulis.

Gambar yang sepatutnya ditulis sebagai : SELIPAR murid tulis SIPE LOCENG ditulis LONCENG SELUAR ditulis SUAR dan banyak lagi.

Sesetengah sekolah melaksanakan PROTIM dalam dua sesi iaitu, pagi sebelum rehat untuk mata pelajaran Bahasa Melayu dan selepas rehat untuk mata pelajaran Matematik.

Kedua-dua program ini akan ‘melepaskan’ murid mereka setelah didapati cemerlang dalam ujian penilaian yang

dijalankan. Semoga, coretan ini dapat memberi maklumat berguna untuk semua.

PROTIM dilaksanakan di sekolah bagi murid yang juga menghadapi masalah 2M dalam kategori aras rendah. Sasaran program PROTIM ini adalah untuk murid tahun 4, 5 dan 6 pada mulanya. Di bawah modul yang sama, murid dikehendaki menjalani satu ujian ‘tapisan’. Murid yang gagal mencapai sekurang-kurangnya 90 daripada 100 markah akan terlibat dalam program PROTIM ini. PROTIM bagi Tahun 6 pula dijalankan selepas murid-murid selesai menduduki peperiksaan UPSR.

1.3 : Tonggak 12

Tonggak Dua Belas

Penjawat-penjawat awam yang beretika dan bermoral tinggi dapat membantu kerajaan bagi mencapai Wawasan 2020. Lanjutan dari itu kerajaan telah mengetengahkan kepentingan dua belas nilai dan norma-norma kerja yang dikenali sebagai Tonggak Dua Belas.

1. Menghargai Masa2. Ketekunan Membawa Kejayaan3. Keseronokan Bekerja4. Kemulian Kesederhanaan5. Ketinggian Peribadi6. Kekuatan Sifat Baik Hati7. Pengaruh Teladan8. Kewajipan Menjalankan Tugas9. Kebijaksanaan Berhemat10. Keutamaan Kesabaran11. Peningkatan Bakat12. Nikmat Mencipta

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

-------------------

1. Menghargai Masa

Amalan Positif -Menepati Masa-Menyengerakan Tugas-Mempunyai Perancangan Waktu-Bijak Menguruskan Masa Yang Diberi-Menumpukan Masa kepada Kerja Produktif-Menetapkan Target Date-Menyelesaikan Tugas Dalam Masa Yang Ditetapkan

Amalan Negatif -Berbual-bual Kosong-Tidak Menyenggarakan Tugas-Tidak Merancangkan Pekerjaan-Melayan Tetamu Yang Tidak Berkenaan-Tinggalkan Pejabat Untuk Urusan Peribadi-Berniaga di Waktu Pejabat-Ke Kantin Waktu Bertugas-Tiada Sence Of Urgency-Tidak Merancang Pekerjaan-Membuat Kerja Peribadi Di Pejabat-Tidak Peka Kepada Pembaziran Masa

2. Ketekunan Membawa Kejayaan

Amalan Positif - Gigih, Rajin, Tekun, Sabar, Berdisiplin, Cekal dan bersemangat dalam melaksanakan sesuatu tugas yang diarahkan walaupun menghadapi banyakrintangan.- Bercita-cita tinggi- Sanggup berkorban

Amalan Negatif -Mudah tersinggung-Mudah putus asa-Tidak bercita-cita tinggi-Disuruh buat baru buat-Kurang berdisiplin-Tidak bersemangat-Tiada inisiatif-Suka bertangguh

3. Keseronokan Bekerja

Amalan Positif -Menggap kerja sebagai ibadat-Mempunyai Inisiatif sendiri-Menghasilkan sesuatu yang berfaedah

-Sedia memberi kerjasama

Amalan Negatif -Menganggap kerja sebagai beban-Tidak diberi masa yang cukup-Tidak diberi tanggungjawab yang mencabar-Tidak dipercayai dan selalu dicurigai-Hanya menunggu arahan sahaja.

4. Kemulian Kesederhanaan

Amalan Positif -Tidak tamakkan pangkat dan kedudukan-Tidak membazir dalam perbelanjaan pejabat-Merendah diri-Mesra dalam pergaulan-Tidak memperagakan kemewahan-Sedia menerima cadangan dan nasihat

Amalan Negatif -Menonjol-nonjolkan diri-Berlakuan mengada-ngada-Berlebih-lebihan mengampu ketua-Memperagakan kemewahan dan kedudukan-Sombong dan meninggi diri-Membesarkan perkara kecil

5. Ketinggian Peribadi

Amalan Positif -Tertib dan baik budi bicara-Berilmu dan berpengetahuan luas-Berlumba-lumba membuat kebajikan-Bersopan-santun dan sederhana dalam kelakuan-Bekerjasama dan saling hormat-menghormati-Bertanggungjawab -Bersih dari sifat dengki

Amalan Negatif -Sombong dan suka menunjuk-nunjuk-Sukar untuk membuat kebajikan-Mengumpat dan memfitnah rakan sejawat-Tamak mengejar pangkat dan kedudukan-Menghina dan merendahkan usaha orang lain-Hasad dengki-Berpura-pura dalam tindakan-Pemarah dan tidak sabar

6. Kekuatan Sifat Baik Hati

Amalan positif -Pemaaf dan berhemah tinggi

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

-Ikhlas dan bertimbang rasa-Simpati kepada kesusahan dan masalah orang lain-Pemurah dalam usaha kebajikan-Ramah,berbudi mulia-Dan berkerjasama-Boleh menerime teguran

Amalan Negatif -Kasar dan kurang sopan-Berdendam-Bermuka-muka-Mudah buat kritikan tetapi tidak boleh menerima kritikan-Suka hina dan caci orang-Sombong & penting diri sendiri-Cepat menuduh dan menghukum tanpa siasatan

7. Pengaruh Teladan

Amalan Positif -Bermoral dan berakhlak tinggi-Tertib dan beradap sepanjang masa-Rajin dan kuat kerja-Amanah dan bertanggungjawab-Berbudi mulia serta merendahkan diri-Gemar da cintakan ilmu yang bermanafaat

Amalan Negatif -Buruk perangai-Jahil dan tidak suka membaca-Dengki dan buruk sangka-Mempersendakan agama-Kedekut-Suka mencari helah untukmengelak tanggungjawab-Sensitif dan pemarah

8. Kewajipan Menjalankan Tugas

Amalan positif -Sentiasa bertangungjawab terhadap tugas yang diberi-Tekun dan sabar menjalankan tugas-Boleh di harap untuk menyempurnakan tugas-Mementingkan kualiti-Bersikap profesional dan cekap-Cepat,cermat dan berdisiplin-Inisiatif

Amalan Negatif -Tidak boleh diharapkan-Suka bangkang dan berdalih apabila diberi tugas-Tidak bersungguh-sungguh

-Tidak peka kepada kualiti-Tidak taat kepada arahan-Selalu buat silap-Tidak ikut peraturan-Suka bertangguh

9.Kebijaksanaan Berhemat

Amalan Positif -Berhati-hati apabila berbelanja-Mengadakan sistem kewangan yang berkesan-Tidak membazir harta kerajaan datangnya dari rakyat-Bertanggungjawab keatas setiap perbelanjaan-Tahu membezakan antara keperluan dengankemewahan

Amalan Negatif -Boros dan suka membazir-Tidak cermat dengan harta kerajaan-Kurang peka dan bakhil kepada keperluan awam-Suka berbelanja besar tidak kena pada tempatnya-Bermewah dengan harta kerajaan-Memperaga kehebatan dan kemewahan

10. Keutamaan Kesabaran

Amalan Positif * Tenang menghadapi masalah rumit* Mempunyai perhitungan jauh* Tahan menerima cabaran* Tidak putus asa* Pemaaf dan berhemah tinggi* Cermat dalam tutur kata

Amalan Negatif * Cepat mengalah* Berpandangan sempit* Tidak tahan menghadapi kesusahan* Tidak sanggup berkorban* Takutkan cabaran* Selalu mengubah pendirian dan keputusan

11. Peningkatan Bakat

Amalan Positif -Memberi dorongan terhadap kreativiti-Memberi pengiktirafan kepada usaha-usaha orginal-Mengalakkan pencambahan fikiran-Memberi galakan kepada pemikiran baru-Berani mencuba idea-idea baru-Mengenal dan memupuk bakat yang ada

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

-Menyediakan persekitaran yang dapat melahirkan idea-idea baru

Amalan Negatif * Tidak memberi galakan dan menyekat pemikiran baru* Tidak menghargai bakat yang ada* Memperkecilkan usaha orginal* Berpuashati dengan tahap bakat yang ada

12. Nikmat Mencipta

Amalan Positif * Berani mencuba* Sentiasa mencari idea baru dalam menyelesaikanmasalah* Gembira melihat wujudnya idea dan kaedah baru dalam pentadbiran* Sentiasa dalam cabaran intelektual* Merasa puas kerana sesuatu idea atau cadangan dapat dilaksanakan dan dimanafaatkan

Amalan Negatif * Takut menemui kegagalan* Memandang remeh usaha orang lain* Berpuashati dengan kedudukan yang sedia ada* Pemikiran tidak dinamik* Tidak suka pembaharuan* Tidak sabar dalam penciptaan baru —

1.4 : PPSMI

(PPSMI) Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris

Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) ialah nama rasmi bagi satu dasar pendidikan Malaysia yang menetapkan bahasa Inggeris menggantikan bahasa kebangsaan/ibunda sebagai bahasa perantara mata pelajaran Sains dan Matematik di semua peringkat pendidikan. Dasar PPSMI sering menjadi isu perdebatan yang hangat semenjak dilaksanakan oleh pentadbiran Tun Dr Mahathir bin Mohamad pada tahun 2003.Akhirnya pada 8 Julai 2009 dasar ini akan dimansuhkan sepenuhnya pada tahun 2012 seperti yang diumumkan oleh Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin setelah kajian mendalam dilakukan.

Sejarah perlaksanaan

PPSMI telah termaktub sebagai keputusan dasar kerajaan Malaysia hasil daripada Mesyuarat Khas Jemaah Menteri pada 19 Julai 2002 di bawah pentadbiran Perdana Menteri Malaysia ke-4, Tun Dr Mahathir bin Mohamad. Mengikut Kementerian Pelajaran Malaysia, ia dilaksanakan secara berperingkat, bermula pada sesi persekolahan tahun 2003 dengan perintisnya ialah semua murid Tahun 1 untuk peringkat Sekolah Rendah dan Tingkatan 1 serta Tingkatan 6 Rendah untuk peringkat Sekolah Menengah. Pelaksanaan penuh PPSMI ialah pada tahun 2007 untuk peringkat Sekolah Menengah sementara peringkat Sekolah Rendah ialah pada tahun 2008.Objektif

Menurut penerangan mengenai dasar PPSMI di laman web Kementerian Pelajaran Malaysia[3]:

Rasional kepada peralihan bahasa pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik daripada bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris adalah atas dasar keprihatinan kerajaan terhadap pembangunan sumber tenaga manusia untuk mencapai taraf negara maju dan persiapan dari peringkat awal persekolahan untuk bersaing dalam era globalisasi.

Umum mengetahui bahawa sains dan matematik adalah bidang yang menjadi asas dan berperanan penting dalam kemajuan dan pembangunan sesebuah negara. Pelbagai inovasi dan penemuan baru dalam bidang ini berlaku dengan pantas dan capaian maklumat mengenai perkembangan dalam bidang ini banyak terdapat dalam bahasa Inggeris.

Selain itu, bahasa Inggeris adalah bahasa hubungan antarabangsa dan penguasaan dalam bahasa ini memudahkan perolehan ilmu dalam bidang ini.

Ketika mencadangkan dasar ini, Tun Dr Mahathir berpendapat bahawa Malaysia makin ketinggalan dalam arus globalisasi, dan diharapkan dasar ini memberi kelebihan kompetitif kepada negara, mencontohi kejayaan Singapura dan India yang semakin melangkah ke depan kerana kebiasaan dengan bahasa Inggeris.[4]

Pelaksanaan

PPSMI dilaksanakan kepada masukan pelajar Tahun 1 dan Tingkatan 1 pada tahun persekolahan 2003; pelajar-pelajar lain pula tidak terlibat, sebaliknya meneruskan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa perantara lama. Bahan-bahan pembelajaran PPSMI berbentuk pakej yang terdiri daripada komponen-komponen berikut:

Buku Teks (Textbook): Buku Teks disediakan untuk murid sebagai sumber asas mendapatkan pengetahuan tentang konsep dan kemahiran dalam pembelajaran sains dan matematik.

Buku Latihan dan Aktiviti (Activity Book): Buku Latihan dan Aktiviti (BLA) disediakan untuk murid bagi mengukuhkan kefahaman konsep dan penguasaan kemahiran sains dan matematik yang telah dipelajari daripada buku teks. BLA membekalkan soalan latihan dan aktiviti yang dapat dilaksanakan oleh murid. BLA adalah komponen Pakej Buku Teks Sains dan Matematik Tahap Satu sahaja.

Buku Panduan Guru (Teacher's Guide): Buku Panduan Guru disediakan untuk guru sebagai sumber rujukan dan panduan supaya memudahkan guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara berkesan. Buku panduan ini juga membantu guru mengemaskini dan meningkatkan pengetahuan sains dan matematik serta merangsang kreativiti guru dalam P&P. Buku Panduan Guru adalah komponen Pakej Buku Teks Sains dan Matematik untuk Tahap Dua serta Pakej Buku Teks Matematik Tahun Satu.

MyCD (Pupil's CD-ROM): MyCD ialah CD-ROM untuk murid yang bertujuan mengukuhkan kefahaman murid berkaitan konsep sains dan matematik yang telah mereka pelajari melalui persembahan multimedia. Kandungan MyCD adalah Latihan dan Aktiviti secara interaktif, permainan, simulasi dan e-ujian.

CD-ROM Guru (Teacher's CD-ROM): CD-ROM Guru bertujuan membantu guru dalam merancang dan melaksanakan P&P sains dan matematik. Antara kandungan di dalam CD-ROM Guru ialah strategi P&P, bank soalan, aktiviti tambahan dan senarai URL yang relevan dengan pendidikan sains dan matematik. CD-ROM Guru adalah komponen Pakej Buku Teks Sains dan Matematik untuk Tahap Satu sahaja.

Buku Amali Sains (Science Practical Book): Buku Amali Sains diterbitkan untuk memastikan mata pelajaran Sains diajar secara amali dan bukan hanya secara teori. Selain itu, daya pemikiran dan kreativiti murid dapat

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

dikembangkan melalui amali serta menimbulkan minat murid terhadap Sains. Buku Amali Sains adalah komponen Pakej Buku Teks Sains untuk Tahap Dua sahaja.

Buku Glosari: Buku Glosari Sains dan Matematik adalah bahan rujukan guru dan murid untuk mengenal sesuatu istilah melalui definisi dan penggunaan istilah tersebut dengan lebih tepat.

Bagi perlaksanaan pada sekolah-sekolah jenis kebangsaan (Cina) setelah bantahan dibuat oleh Dong Jiao Zong satu kompromi oleh Majlis Tertinggi Barisan Nasional, satu formula “2-4-3” telah dilaksanakan mulai tahun 2003 untuk Tahap I dengan menggunakan bahasa Inggeris dan bahasa Cina secara serentak dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik, manakala bagi Tahap II, formula “6-2-3-2” telah dilaksanakan mulai tahun 2006 untuk tujuan tersebut.[5]

Hasil dan reaksi

Sejak pelaksanaannya lagi, PPSMI banyak menghadapi pembidasan dan tentangan berkenaan idea dan pelaksanaannya dari pelbagai pihak termasuk ahli politik, akademik, ibu bapa dan pelajar sendiri. Antara isu-isu yang diketengahkan pihak-pihak tersebut termasuklah kesukaran murid-murid mengikuti pelajaran dan guru-guru menyesuaikan diri kepada perubahan bahasa perantara, serta kesannya terhadap penguasaan bahasa ibunda murid-murid, terutama di peringkat sekolah rendah.

Kanak-kanak lebih cepat belajar dalam bahasa ibunda, oleh itu kanak-kanak yang bahasa ibundanya bukan bahasa Inggeris (luar bandar) akan ketinggalan berbanding kanak-kanak yang bahasa ibundanya merupakan bahasa Inggeris. Sekiranya perkara ini berlaku pada peringkat memahami konsep, ini memberi kesan kepada kanak-kanak tersebut, tidak dapat mengikuti peringkat pembelajaran seterusnya dengan baik, menjadikan mereka sentiasa keciciran berbanding rakan-rakan berbahasa Inggeris mereka. [6]

Sokongan terhadap perlaksanaannya juga bergantung kepada bahasa ibunda/harian yang digunakan. Dengan itu pembaca akhbar Inggeris yang cenderung menggunakan bahasa Inggeris dalam pertuturan harian menyokong perlaksanaannya, sementara pembaca akhbar berbahasa Tempatan (Akhbar Melayu, India dan Cina) yang bahasa ibunda bukan bahasa Inggeris cenderung membantah perlaksanaannya.

Prestasi akademik Peperiksaan

Pada tahun 2007, kelompok pelajar sekolah menengah pertama yang melalui PPSMI mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Keputusan rasmi memperlihatkan peningkatan, khususnya bagi mata pelajaran berkenaan ilmu sains dan matematik. Menurut pemangku Pengarah Jabatan Pendidikan Johor, Ramlan Sariman, mata pelajaran Biologi menunjukkan peningkatan kelulusan sebanyak 4.87% (91.45%-96.32%), Matematik Tambahan 6.81% (68.61%-74.76%), Fizik 8.76% (94.87%-97.63%), Matematik 1.04% (77.61%-78.65%) dan Sains Tambahan 4.29% (86.25%-90.54%), sekaligus membuktikan bahawa bahasa perantara bukan penghalang dalam kejayaan dalam pelajaran peringkat menengah.[7]

Pada tahun 2008, 518,616 pelajar sekolah rendah perintis PPSMI menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah. Para pelajar diberi pilihan menjawab soalan Sains dan Matematik dalam Bahasa Malaysia, Inggeris, Cina atau Tamil atau lebih dari satu bahasa tersebut. Pada 13 November, keputusan rasmi dilaporkan mencatatkan hasil yang menggalakkan dari segi penggunaan Bahasa Inggeris dalam matapelajaran sains dan matematik. Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Alimuddin Mohd Dom dilaporkan berkata, 159,234 orang murid (31% dari keseluruhan pelajar) menjawab kertas Sains dalam bahasa Inggeris sementara untuk kerta Matematik, bilangannya adalah 238,153 orang (46%).[8] Walau bagaimanapun, keputusan ini dipertikaikan oleh sesetengah

pihak. Menurut Presiden Kesatuan Guru-guru Semenanjung Malaysia, Mohd Sabri Mohd Arshad, "sebanyak 31.1 peratus murid-murid yang menguasai pembelajaran itu khususnya subjek sains ataupun matematik adalah dari kalangan mereka yang tinggal di bandar dan mempunyai latar belakang keluarga berpendidikan. Mereka yang tinggal di luar bandar masih lagi menggunakan bahasa ibunda, maka memberi kesan kepada jurang perbezaan yang jauh," di samping menggesa kerajaan memperkasakan Bahasa Inggeris itu sendiri dengan menambahkan waktu pembelajaran selaras dengan subjek bahasa lain.[9]

Kaji selidik akademik

Kajian Permuafakatan Badan Ilmiah Nasional (Pembina)

Kajian "Tahap Kompetensi Guru dalam PPSMI serta Implikasinya terhadap Pembangunan Modal Insan Murid" mendapati dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) membantutkan tahap kecerdasan murid serta merugikan generasi akan datang. Kajian ini mendapati PPSMI hanya mampu menunjukkan peningkatan minimum kepada penguasaan bahasa Inggeris sebanyak empat peratus dan pada masa yang sama mengurangkan minat untuk mempelajari subjek Sains dan Matematik.[10]

Kajian oleh Permuafakatan Badan Ilmuah Nasional ini menggunakan kepakaran 53 pakar bahasa dan melibatkan tujuh universiti awam dibuat pada Jun hingga Disember 2008. Antara universiti terlibat termasuklah Universiti Putra Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Universiti Sains Malaysia dan Universiti Teknologi Mara.[11]

Kos kajian adalah sebanyak RM470,000, melibatkan 15,089 orang daripada pelbagai jenis dan aliran sekolah dari pelbagai kawasan perbandaran seluruh negara. Seramai 553 guru termasuk pengetua, guru besar dan penolong kanan sekolah turut dipilih sebagai sampel bagi kajian yang dijalankan selama tujuh bulan.

Antara hasil kajian juga mendapati PPSMI:

menimbulkan kerugian berganda kepada kepada murid, terutama kepada 75 peratus murid yang tergolong dalam kategori (pencapaian) sederhana dan lemah dalam tiga mata pelajaran terbabit, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.PPSMI telah dan akan membunuh minat, semangat dan keghairahan murid-murid untuk belajar Sains dan Matematik sejak di peringkat sekolah rendah lagi.

Hasil kajian merumuskan PPSMI harus ditamatkan dan mengembalikan sistem pengajaran sebelum dasar itu diperkenalkan pada 2003. Laporan eksekutif kajian ini diedarkan buat pertama kali kepada umum di Kongres Kebudayaan Melayu Kedua anjuran Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena), Persatuan Sejarah Malaysia, Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan Negara dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di Kuala Lumpur pada 18 Mac 2009.[sunting] Kajian Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS 2007)

Kajian antarabangsa yang dinamakan Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS 2007)[12] dibuat oleh Sekolah Pendidikan Lynch, Boston College, Chestnut Hill, Massachusetts, Amerika Syarikat. Kajian penting ini walaupun tidak merujuk secara khusus kepada dasar PPSMI tetapi ia mengenai pencapaian matematik dan sains (pelajar Gred 8 atau Tingkatan 2) yang membabitkan 59 negara termasuk Malaysia pada tahun 2007.[13]

Hasil kajian menunjukkan skor purata pencapaian pelajar Malaysia dalam matematik dan sains merosot dengan ketara. Skor matematik 2007 merosot kepada 474 mata berbanding 508 mata pada 2003 dan 519 bagi 1999, iaitu penurunan sebanyak 34 mata. Skor sains pula merosot kepada 471 mata pada 2007 daripada 510 pada 2003 dan 492 bagi kohort 1999. Ini mencatatkan penurunan 40 mata antara 2007 dan 2003.

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

Kemerosotan skor purata pencapaian pelajar Malaysia sebanyak 34 mata bagi matematik dan 40 mata bagi sains adalah besar, mengikut laporan itu dan terbesar sekali di kalangan 59 negara itu. Antara hasil kajian, didapati hanya dua peratus pelajar Malaysia tergolong dalam kategori Advanced Benchmark Matematik dalam TIMSS 2007 berbanding enam peratus pada 2003.

Bagi kategori Highbench Mark (skor 550), peratus dalam kategori ini merosot kepada 18 peratus pada 2007 daripada 30 peratus pada 2003. Dalam Intermediate Benchmark (skor 475) pula merosot daripada 71 peratus dalam 2003 kepada 50 peratus bagi 2007. Penurunan Malaysia adalah paling ketara berbanding negara lain.

Berdasarkan perbandingan dengan negara lain, peratus pelajar Malaysia dalam ketiga-tiga kategori matematik juga merosot. Dalam kategori Advanced Benchmark Mathematics TIMSS 2007, hanya dua peratus pelajar Malaysia berada dalam kategori ini berbanding Taiwan (45 peratus), Korea (40 peratus), Singapura (40 peratus), Jepun (26 peratus), Hungary (10 peratus), England dan Russia (lapan peratus), Amerika Syarikat (enam peratus) dan Serbia (lima peratus).

Dalam kategori 'High Benchmark 550' Matematik, hanya 18 peratus pelajar Malaysia tergolong kategori ini, berbanding Taiwan dan Korea (71 peratus), Singapura (70 peratus), Jepun (61 peratus) England (35 peratus), Hungary 36 (peratus), Russia (33 peratus), Amerika Syarikat (31 peratus), Australia dan Serbia (24 peratus) dan Romania (20 peratus). Secara bandingan dengan negara lain, peratus pelajar Malaysia yang tergolong dalam ketiga-tiga kategori pencapaian sains juga merosot secara mendadak.

Laporan TIMSS mengenai faktor yang dikaitkan dengan pencapaian matematik dan sains ialah di kebanyakan negara mendapati pelajar belajar matematik dan sains dalam bahasa keluarga (home language) puratanya lebih tinggi pencapaian ujian TIMSS berbanding pelajar yang belajar kedua-dua mata pelajaran ini dalam bukan bahasa keluarga atau bahasa kedua/asing.

Hasil kajian TIMSS ini menunjukkan wujud hubungan rapat antara proses pembelajaran matematik dan sains dalam bahasa asing, selain bahasa ibunda dengan kelemahan dalam prestasi subjek berkenaan. Semua negara dalam kajian TIMSS 2007 yang pelajarnya mengguna bahasa keluarga dalam pembelajaran Matematik dan Sains di sekolah seperti Taiwan, Korea, Jepun, Singapura, England dan Romania mencapai skor yang tinggi.

Kajian Prof Dr Nor Hashimah Jalaludin

Satu kajian telah dilakukan oleh Prof Dr Nor Hashimah pada tahun 2004 menunjukkan 75% pelajar setuju belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris mendatangkan masalah pemahaman dan 77% setuju bahawa bahasa Melayu mampu menyampaikan Sains dan Matematik dengan berkesan. Kajian sama yang dibuat ke atas guru pula mendapati 96% guru setuju pelajar semakin kurang minat dalam Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Inggeris dan 98% guru setuju pelajar mempunyai masalah memahami Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Sampel bagi kajian ini adalah seramai 971 orang pelajar bumiputera dan bukan bumiputera dalam aliran kebangsaan dan jenis kebangsaan di bandar dan luar bandar. Sementara bagi guru ia melibatkan 43 orang guru yang berpengalaman mengajar 1 hingga 20 tahun berumur melebihi 25 tahun pada tahun kajian dibuat.[14]Kajian UPSI

Pihak Universiti Pendidikan Sultan Idris menerbitkan hasil kajian mengenai kesan dasar PPSMI pada April 2008, berasaskan tiga kali tinjauan soal selidik dan ujian terhadap murid-murid Tahun Lima, iaitu pada bulan-bulan Februari 2007 (sampel bersaiz 1564 orang) dari 27 buah sekolah rendah; Julai 2007 (636 orang) dari 13 buah sekolah; dan Januari 2008 (1703 orang) dari 28 buah sekolah. Menurut abstrak kajian tersebut[15]:

“ Lebih 80% murid menyatakan yang guru Matematik dan Sains mereka mengguna campuran Bahasa Inggeris

dan Bahasa Malaysia untuk mengajar kedua-dua mata pelajaran ini. Purata lebih 70% murid menyatakan mereka ‘tidak faham/kurang faham’ pengajaran guru Matematik dan dan 80% Sains dalam Bahasa Inggeris, dan mereka ‘sukar/agak sukar’ mempelajari kedua-dua mata pelajaran ini. Prestasi murid dalam Ujian Matematik dan Sains rendah, terutama item-item yang memerlukan murid membaca arahan dalam Bahasa Inggeris dan ‘menyelesaikan masalah’. Bagi kohort Januari 2008 skor min Matematik 7.89 daripada skor maksimum 20.0; dan skor min Sains hanya 4.08 daripada maksimum 14.00. Skor min Bahasa Inggeris juga rendah iaitu 11.87 daripada skor maksimum 31.0. Kelemahan ini nyata sekali di kalangan murid Melayu dan murid Orang Asli, berbanding murid Cina dan India. … Dapatan dari kajian-kajian ini menunjukkan objektif asal dasar PPSMI tidak tercapai, bahkan negatif: ia menyusah dan melemahkan lagi pembelajaran Matematik dan Sains pelajar, dan terlalu sedikit meningkatkan pembelajaran Bahasa Inggeris pelajar. ”

Kajian ini turut menerima bidasan oleh sesetengah pihak kerana kajiannya yang tidak kurang kepincangannya. Antara kelemahan utama yang ditekankan adalah: kelemahan guru berbahasa Inggeris dikaitkan dengan kegagalan dasar padahal ini masih boleh dibaiki; kekurangan analisa statistik dalam data yang memerlukan sampel terlibat dibahagi mengikut latar belakang sekolah dan murid; ketiadaan kelompok kawalan sebagai alat perbandingan statistik untuk mengukuhkan hujahnya, memandangkan semua sekolah mengajar dalam bahasa Inggeris[16]; perbandingan hasil soalan berbahasa Inggeris dan soalan berbahasa Malaysia, yang mana hanya 37.3% menjawab soalan berbahasa Malaysia berkenaan dengan betul berbanding 39.6% yang menepati soalan berbahasa Inggeris itu, menjadikan hasil kajian ini seolah-olah tidak menyokong dengan sebaiknya saranan kajian ini agar memansuhkan dasar ini.[17]

Reaksi dari bidang pendidikan

Kesan negatif

Menurut satu memorandum yang dikarang bersama oleh 11 pertubuhan pendidikan sekitar hujung tahun 2007, dinyatakan bahawa kajian-kajian telah dijalankan untuk membuktikan bahawa PPSMI membawa kesan negatif di peringkat sekolah rendah, termasuk amaran dari Kongres Pendidikan Melayu Kedua bahawa 500,000 orang pelajar Melayu akan keciciran dalam mata pelajaran terbabit kerana lemah menguasai bahasa Inggeris; formula-formula "2-4-3" dan "6-2-3-2" bagi SJK(C) bukan sahaja menjejaskan pembelajaran Sains dan Matematik, bahkan juga bahasa Cina di kalangan murid-murid; Persatuan Pendidikan Tamil juga meluahkan kebimbangan murid-murid SJK(T) yang kebanyakannya berasal dari keluarga miskin turut akan menghadapi keciciran kerana ketidakmampuan menguasai bahasa Inggeris, sekaligus memburukkan keadaan sosio-ekonomi masyarakat India kerana anak-anak sukar disalurkan ilmu untuk menaikkan taraf hidup masyarakat mereka.[5][sunting] Bahasa setempat lebih sesuai

Memorandum 11 pertubuhan tersebut turut menyentuh satu laporan kajian UNESCO yang turut menegaskan bahawa pembelajaran mata pelajaran terpenting di peringkat sekolah rendah lebih sesuai diajar dalam bahasa setempat. Ini sejajar dengan resolusi pendidikan yang diluluskan oleh UNESCO (1951:691) yang berbunyi:“ Berkenaan kepentingan pendidikan, kami menggesa supaya bahasa ibunda digunakan selama yang boleh dalam semua peringkat pendidikan. Ini lebih-lebih lagi penting supaya kanak-kanak memulakan pendidikan mereka dalam bahasa ibunda sebagai bahasa penghantar, kerana itulah bahasa yang sangat mereka fahami, dan penggunaan bahasa ibunda akan menghapuskan kelainan antara bahasa di rumah dan bahasa di sekolah. ”

(On educational grounds we recommend that the use of the mother tongue be extended to as late a stage in education as possible. In particular, pupils should begin their schooling through the medium of the mother tongue, because they understand it best and because to begin their school life in the mother tongue will make the break between home and school as small as possible.) [18], [19]

Selain itu, memorandum juga merujuk laporan bertajuk Education for All: Policy Lessons From High-Achieving

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

Countries[20] ditulis oleh Santosh Mehrotra pada tahun 1998. Mehrotra menegaskan kepentingan mengutamakan bahasa ibunda sebagai bahasa perantara dalam buku yang dikarangnya bersama Enrique Delamonica bertajuk Eliminating Human Poverty: Macroeconomic & Social Policies for Equitable Growth yang mencatatkan pemerhatian terhadap persada pendidikan di benua Asia Selatan dan Afrika sub-Sahara, di mana adalah didapati bahawa jika bahasa perantara bukan bahasa ibunda, lebih-lebih lagi jika ibu bapa pelajar itu buta huruf, maka bertambah buruklah masalah belajar dalam persekitaran yang dikelilingi kemiskinan, diiringi kemungkinan keciciran bertambah.[21]

Dasar memihak kepada keluarga di bandar

Bill Templer, seorang pensyarah kanan yang melawat di Fakulti Pendidikan Universiti Malaya, berhujah dalam satu surat kepada akhbar, bahawa dasar ini berat sebelah kepada anak-anak keluarga bandar yang berpendapatan tinggi, sambil meluaskan lagi jurang antara yang kaya dan miskin, baik di bandar mahupun di luar bandar, malahan boleh juga menjejaskan pemahaman konsep sains dan matematik kepada murid-murid biasa kerana mereka tidak mempelajarinya dalam bahasa ibunda mereka.[22]

Reaksi awam

Bantahan golongan sasterawan, budayawan dan cendekiawan

Kebanyakan cendekiawan antaranya Prof Diraja Ungku Aziz termasuk golongan sasterawan dan budayawan menyatakan penentangan kepada dasar PPSMI. Ini termasuk kesemua Sasterawan Negara yang masih hidup di antaranya A. Samad Said, Prof Muhammad Hj Salleh dan Anwar Ridhwan bersatu menyatakan pendirian menentang dasar PPSMI.[23] Mereka menyatakan penentangan mereka dalam satu kenyataan bersama di sidang media pada 5 Mei 2009.[24]

Enam alasan yang diberikan diringkaskan seperti berikut:1. Malaysia seharusnya mencontohi sistem pendidikan negara Scandinavia, Belanda, Belgium dan

Switzerland yang rakyatnya boleh berbahasa Inggeris dengan tidak mengabaikan bahasa ibunda.2. Pemenang Anugerah Nobel dalam semua bidang bukan sahaja datang daripada negara-negara

berbahasa Inggeris, tetapi lebih banyak berasal daripada negara bukan berbahasa Inggeris seperti Perancis, Jerman, Jepun, Spanyol, Switzerland, India dan Bangladesh. Yang mencemerlangkan mereka bukanlah bahasa lnggeris tetapi ilmu yang baru dan eksperimen yang penuh tekun dan berterusan.

3. Beberapa masalah yang dihadapi Malaysia bukan berpunca daripada penguasaan bahasa Inggeris. Terdapat banyak negeri yang pernah dijajah oleh Inggeris yang menggunakan bahasa itu sebagai bahasa pengantar di sekolah tetapi masih tidak cemerlang dalam pentadbiran, ekonomi dan ilmu. Sebaliknya di Malaysia yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan telah membawa kita jauh ke dalam dunia industri, sains dan teknologi.

4. Kegagalan mengembalikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu semua bidang menyebabkan pemimpin hari ini dirakam dalam sejarah sebagai "pemusnah bahasa Melayu yang telah lama menjadi lingua franca".

5. Penggunaan bahasa Inggeris untuk bidang terpilih dengan sendirinya menciptakan dua jenis kewarganegaraan: yang pertama warganegara yang menguasai bahasa Inggeris dan bidang sains dan teknologi, dan seterusnya yang kedua, warganegara yang berbahasa Melayu dan menguasai bidang-bidang sastera dan sains sosial, iaitu bidang-bidang yang dianggap tidak penting dan lebih rendah darjatnya.

6. Mereka menyokong dasar yang membuka mata dan ilmu pelajar kepada dunia yang luas, relevan dan kemaskini. Mereka tidak membantah pengajaran bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa, malah ingin mencadangkan bahawa lebih banyak bahasa antarabangsa diajarkan. Namun untuk perkembangan budaya dan jati diri bangsa, MaIaysia perlu mempunyai sebuah bahasa penyatuan yang dipelajari, didalami dan dibanggai oleh seluruh rakyat Malaysia. Sementara itu kerajaan juga

harus mengajar bahasa ibunda pelajar-pelajar ini di peringkat sekolah rendah supaya bahasa itu tidak pupus.

Ahli politik yang mendokong

Perbahasan mengenai dasar PPSMI tidak terlepas pandangan ahli politik, baik pihak pembangkang mahupun pemerintah. Antara ahli politik yang mendukung dasar PPSMI ialah Mukhriz Mahathir, anak kepada pencadang dasar itu sendiri. Beliau pernah menyatakan bahawa tujuan mengajar matapelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris bukanlah untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris, sebaliknya memudahkan rakyat mencapai pengetahuan yang bernilai dalam bidang sains dan matematik melalui pengetahuan bahasa Inggeris.[25]

Aktivis sosial, Tan Sri Lee Lam Thye turut mendokong PPSMI, beliau dilihat hanya mengesyorkan untuk kerajaan bagi menangani kelemahan daripada dasar PPSMI ini dengan lebih berkesan khususnya yang melibatkan kefasihan guru-guru dalam bahasa Inggeris. Namun beliau tetap berpendirian bahawa tidak perlu dimansuhkan dasar PPSMI itu.[26][sunting] Ahli politik yang menentang

Pada April 2008, pemimpin de facto Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata "Pakatan Rakyat tetap tidak akan bertolak ansur mengenai kedudukan bahasa kebangsaan dan lain-lain hal yang telah diputuskan melalui Perlembagaan Persekutuan sebelum ini, dan "pimpinan mestilah serius dalam usaha meletakkan semula bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar Sains dan Matematik."[27] Anwar mengulangi ikrar beliau untuk mengembalikan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa ibunda sewaktu parti campuran Pakatan Rakyat pimpinan beliau menerima memorandum membantah PPSMI dari Gerakan Mansuhkan PPSMI di Kuala Terengganu pada 15 Januari 2009.[28]

YB Khairy Jamaluddin, naib ketua Pemuda UMNO, turut menggesa agar dikembalikan bahasa kebangsaan sebagai perantara mata pelajaran Sains dan Matematik. Katanya, "(Berdasarkan maklum balas akar umbi) bahasa Inggeris jadi tembok penghadang untuk fahami sains dan matematik. Guru pun ada masalah untuk mengajar, bukan sahaja lidah tergeliat, proses pengajaran juga terencat. Saya takut yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran." Tambahnya lagi, cara terbaik bagi meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris ialah dengan memantapkan teknik pengajaran subjek itu secara menyeluruh, antara lain dengan memperkenalkan pelajaran sastera bahasa Inggeris di sekolah.[29]

Menurut Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) merupakan satu-satunya parti politik di Malaysia yang benar-benar memperjuangkan pengembalian bahasa Melayu sebagai bahasa untuk medium pengajaran bagi subjek sains dan matematik, ini kerana menurut beliau, PPSMI yang diperkenalkan oleh Kabinet Malaysia sejak tahun 2002, telah melanggar sekurang-kurangnya 5 peruntukan perundangan dan Perlembagaan Malaysia iaitu, Perkara 8 (1) dan 153 Perlembagaan Persekutuan Malaysia, Akta Bahasa Kebangsaan, Akta Pendidikan 1996, Peraturan Mahkamah Tinggi 1987, Penyata Razak 1956, Laporan Rahman Talib 1960. Tambahan, kaedah pelaksanaan PPSMI oleh kerajaan Barisan Nasional dilihatnya sebagai suatu konsep prikmatik (percubaan yang dilakukan jika tidak berjaya akan diundurkan).[30]

Penentangan awam: Gerakan Mansuhkan PPSMI

Perarakan Keranda Mac 2009

Sekitar akhir tahun 2008 dan awal tahun 2009, bangkitnya sebuah pergerakan bergelar Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) yang matlamat utamanya adalah memastikan dasar PPSMI dimansuhkan secepat mungkin. Gerakan yang asalnya dikenali sebagai "Sekretariat Selamatkan Bahasa Melayu" ini dipimpin Datuk Dr Hassan

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

Ahmad, bekas ketua pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka.[31] Walaupun kelihatan erat dengan Pakatan Rakyat, GMP menolak tanggapan bahawa mereka menyokong parti campuran tersebut[32], apatah lagi ada juga beberapa ahli politik Barisan Nasional yang menyokong perjuangan mereka, misalnya Datuk Puad Zarkashi dari UMNO.[33]

GMP mengadakan tunjuk perasaan pertama mereka di ibu kota, di perkarangan pusat beli-belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman pada 31 Januari 2009, yang dihadiri oleh tokoh-tokoh berkenaan bahasa seperti Sasterawan Negara Datuk A Samad Said, penyair Dinsman dan Pyanhabib, ahli jawatankuasa Persatuan Penulis Nasional (Pena) Ibrahim Ghaffar, aktivis teater Khalid Salleh, serta ahli-ahli politik Tian Chua, Shamsul Iskandar Md Akin, dan Kamaruzzaman Mohamad,[34] dan juga pejuang bahasa-bahasa Cina dan India seperti Yayasan Tamil Malaysia dan Dong Jiao Zong.[35] Kemuncak bantahan GMP ke atas PPSMI ditunjukkan melalui perarakan secara besar-besaran pada 7 Mac, di mana mereka menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memohon campur tangan baginda dalam menyelesaikan isu PPSMI.[36]

Perjuangan GMP turut dibantu Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena) yang cuba mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan kerana melaksanakan dasar PPSMI yang didakwa mereka sebagai mencabuli Perkara 152 Perlembagaan yang menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.[37], di samping dilaporkan merancang untuk mengadakan tunjuk perasaan bergelar "Keranda 152", sempena dakwaan PPSMI tersebut pada bulan Februari.[38]Akan tetapi pada 15 Februari 2009, tunjuk perasaan "Keranda 152" itu tidak menjadi kenyataan, akhirnya mereka membuat laporan polis berhubung pelaksanaan dasar pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) di Balai Polis Brickfields, Kuala Lumpur yang diiringi kira-kira 20 tokoh bahasa dan diketuai oleh Ketua 1 Gapena, Tan Sri Ismail Hussin dan berkata, laporan tersebut merupakan proses pertama Gapena menggunakan saluran itu.[39]

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) turut kuat membangkang dasar PPSMI. Pada 18 Februari 2009, PKPIM mengikut jejak Gapena membuat laporan polis yang seumpamanya terhadap kerajaan di Balai Polis Gombak, Selangor.[40]

Perspektif

Perundangan: Percanggahan dengan perlembagaan

Menurut Prof Dr Aziz Bari, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan sangat jelas dalam Perkara 152 di mana segala urusan rasmi baik di peringkat persekutuan dan negeri hendaklah dijalankan dalam bahasa itu. Walaupun terdapat pengecualian kepada penggunaan bahasa Melayu oleh Yang Dipertuan Agong, PPSMI tidak boleh dihujah sebagai sesuatu yang dibenarkan tambahan pula dasar ini tidak dilaksanakan melalui parlimen tetapi dibuat oleh pihak eksekutif secara tiba-tiba yang sepatutnya perlu melalui proses rundingan dan perbincangan awam.[41] Polisi ini sudah pun dicabar pada tahun 2002 yang oleh empat orang pelajar Melayu Perak pada tahun 2002 kerana melanggar Perkara 152.[42] Menurut Prof Dr Aziz lagi, mahkamah belum membuat keputusan mengenai PPSMI sedangkan dalam kes Universiti Merdeka pada tahun 1981,[43] isu Perkara 152 Perlembagan Persekutuan telah timbul dan diputuskan oleh mahkamah. Dalam kes Universiti Merdeka ini, mahkamah telah menolak petisyen penubuhan Universiti Merdeka yang akan menggunakan bahasa Cina sebagai bahasa pengantar kerana bertentangan dengan Perkara 152.

Menurut bekas pengerusi MAS, Tan Sri Dato' Dr Abdul Aziz Abdul Rahman berkata bahawa penggunaan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Matematik dan Sains tidak sah di sisi undang-undang kerana bertentangan dengan seksyen 17(1) Akta 550 Akta Pendidikan 1996 dan dengan sendirinya bercanggah dengan kehendak dan tujuan Artikel 152(1) dan 152(6) Perlembagaan Malaysia.[44] Kenyataan ini disokong oleh ramai penulis muda Malaysia seperti Faisal Tehrani[45] dan lain-lain.

Nasib PPSMI

Rencana utama: Pemansuhan PPSMI

Sepanjang separuh kedua tahun 2008, Kementerian Pelajaran telah mengadakan lima sesi persidangan meja bulat di kalangan ahli-ahli akademik, persatuan ibu bapa dan guru, kesatuan perguruan dan pertubuhan bukan kerajaan, untuk mengkaji semula dasar PPSMI dan dijangka mengambil keputusan terhadap PPSMI pada hujung tahun, berdasarkan keputusan UPSR dan faktor-faktor lain.[46] Di sidang terakhir pada bulan Disember, usul-usul yang dikemukakan para hadirin persidangan dikumpul menjadi tujuh pilihan berkenaan nasib dasar ini, iaitu:[47]

Meneruskan PPSMI seperti sedia ada; Menggunakan bahasa Melayu atau bahasa ibunda di peringkat sekolah rendah tetapi meneruskan

PPSMI di sekolah menengah; Memulakan PPSMI dari Tahun Empat hingga sekolah menengah; Menggunakan bahasa Melayu atau bahasa ibunda di sekolah rendah dan digunakan sepenuhnya di

sekolah menengah; Penggunaan bahasa pengantar untuk Sains dan Matematik ditentukan oleh sekolah; Penggunaan bahasa Melayu atau bahasa ibunda di Tahun Satu hingga Tiga, diikuti dwibahasa pada

Tahun Empat hingga Enam dan penggunaan bahasa Inggeris sepenuhnya di sekolah menengah; dan Memansuhkan mata pelajaran Sains di Tahun Satu hingga Tiga, tetapi mengajar ilmu Sains dalam

mata pelajaran lain.

Pada 8 Januari 2009, Datuk Hishamuddin berkata keputusan muktamad mengenai nasib PPSMI hanya akan dicapai pada "tahun hadapan", walaupun hampir selesai mengkaji segala maklum balas yang dikumpul.[48]

Setelah Dato' Seri Najib Tun Razak mengambil alih tampuk pentadiran negara selaku Perdana Menteri pada bulan April, timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik menjadi Menteri Pelajaran baru. Pada bulan Mei, Tan Sri Muhyiddin berkata beliau masih belum puas hati dengan yang hasil kajian yang pernah dilakukan dan dibentangkan di sesi perbincangan meja bulat, oleh itu tidak dapat mencapai kata putus mengenai nasib dasar PPSMI[49], sebaliknya masih membuka pintu kepada kajian dan memorandum baru oleh semua pihak mengenai isu ini.[50]

Akhirnya pada 8 Julai 2009, Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan dasar PPSMI diberhentikan mulai tahun 2012 setelah melakukan kajian mendalam.[1]. Dalam pada itu Tun Mahathir Mohamad memberi reaksi tidak puas hati, lalu mengadakan undian isu tersebut di blognya bagi menguji sikap terhadap dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).[51] Hasilnya dari 100,024 undi, 86% penjawab mengundi tidak kepada soalan sama ada matapelajaran sains dan matematik harus kembali ke bahasa kebangsaan sebagai pengantar.[52]

Bagaimanapun, pada 9 Ogos, Tan Sri Muhyiddin mengumumkan para pelajar yang memulakan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris boleh meneruskannya hingga tamat sekolah menengah[53] sekaligus menundakan pemansuhan sepenuhnya PPSMI ke tahun 2014. Sehubungan dengan itu, beliau memperkenalkan dasar MBMMBI (Memartabatkan Bahasa Malaysia, Memperkukuh Bahasa Inggeris) sebagai ganti PPSMI yang memberi tumpuan kepada peningkatan pembelajaran matapelajaran bahasa-bahasa, sambil mengaku bahawa kerajaan tidak akan kembali ke dasar PPSMI.[54] Pada masa yang sama, kerajaan berdepan dengan gesaan agar sekolah berbahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dikembalikan dalam sistem pendidikan negara demi meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan anak-anak Malaysia.[55]

Pada 7 Mei 2010, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan yang difailkan pada 21 Januari 2006 oleh empat orang pelajar, termasuk Mohammad Syawwaal Mohammad Nizar (anak lelaki Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin), agar mengisytiharkan PPSMI sebagai batal dan tidak sah, setelah hakim memutuskan bahawa "dua surat pekeliling ikhtisas berhubung pelaksanaan PPSMI di sekolah kebangsaan dan

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

jenis kebangsaan (Cina dan Tamil) adalah tidak bercanggah dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan."[56]

Sekitar masa kontoversi PPSMI memuncak, wujudnya sebuah pertubuhan penyokong PPSMI, bernama Persatuan Ibu Bapa Untuk Pendidikan Malaysia (PAGE) yang memperjuangkan PPSMI supaya dijadikan pilihan untuk sekolah-sekolah yang ingin menyambung pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Atas tujuan tersebut, mereka menghantar memorandum kepada kerajaan pada 19 Januari 2011.[57] Tegas Pengerusi PAGE Datin Noor Azimah Abdul Rahim, "pencapaian cemerlang" pelajar dalam peperiksaan awam yang diambil oleh pelajar yang menjalani PPSMI pada tahun 2010 membuktikan keberkesanan dasar tersebut, malah penguasaan Bahasa Kebangsaan di kalangan pelajar tidak terjejas pula oleh pelaksanaan dasar tersebut.[57] Tambahnya pula, PPSMI tidak pernah mendukung gagasan pembelajaran bahasa Inggeris menerusi Sains dan Matematik, sebaliknya bertujuan membantu pemerolehan ilmu dalam bahasa Inggeris selaku lingua franca ilmu sains dan matematik.[58] Bagaimanapun kajian tempatan itu tidak mengambil kira dapatan kajian antarabangsa dalam "Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS 2007)".[59] Kajian tersebut dibuat oleh Sekolah Pendidikan Lynch, Boston College, Chestnut Hill, Massachusetts, Amerika Syarikat. Hasil kajian menunjukkan skor purata pencapaian pelajar Malaysia dalam matematik dan sains merosot dengan ketara. Skor matematik 2007 merosot kepada 474 mata berbanding 508 mata pada 2003 dan 519 bagi 1999, iaitu penurunan sebanyak 34 mata. Skor sains pula merosot kepada 471 mata pada 2007 daripada 510 pada 2003 dan 492 bagi kohort 1999. Ini mencatatkan penurunan 40 mata antara 2007 dan 2003.

Pada April 2011, Kementerian Pendidikan mengumumkan hasrat untuk membenarkan semula pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris untuk sekolah-sekolah terpilih.[58]

Pada 4 November 2011, Kabinet Malaysia telah memutuskan pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) adalah "kekal" dan kerajaan tidak bercadang untuk melaksanakan semula PPSMI seperti dituntut sesetengah pihak. Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang juga merangkap sebagai Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata PPSMI di sekolah rendah akan dilaksanakan dalam Bahasa Melayu sepenuhnya pada 2016, manakala di sekolah menengah bagi kedua-dua mata pelajaran itu akan dilaksanakan sepenuhya pada 2021.

Kabinet juga memutuskan untuk membenarkan murid kohort PPSMI untuk meneruskan pembelajaran kedua-dua mata pelajaran itu dalam bahasa Inggeris sehingga Tingkatan Lima.

Ini bermakna murid kohort PPSMI boleh memilih sama ada untuk meneruskan Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris, bahasa Malaysia atau dalam kedua-dua bahasa apabila mereka memasuki Tingkatan 1 bermula tahun depan.[60]

Dalam perkembangan lain, Dalam satu wawancara televisyen di TV3 dalam program Soal Jawab yang disiarkan kepada umum pada jam 11.00 malam 9 November 2011, Tan Sri Muhyiddin telah mengakui PPSMI yang dijalankan di Malaysia, telah menemui kegagalan dan tidak mencapai hasrat dan dasar kerajaan dalam menggunakan kaedah pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Sebaliknya beliau dilihat lebih berpendirian dalam menegakkan dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI). Walaubagaimanapun dalam wawancara tersebut, Tan Sri Muhyiddin tidak menjelaskan secara terperinci tentang kesan dan nasib pelajar lepasan persekolahan yang akan melanjutkan pelajaran ke institut pengajian tinggi khususnya di Malaysia, yang kini rata-rata IPT (baik IPTA dan IPTS) menggunakan bahasa Inggeris sebagai medium perantara pengajaran dan mengenepikan bahasa Melayu. Di Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia dilihat hanya merupakan satu-satunya IPT di Malaysia yang telus dalam menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa perantara dan pembelajaran dalam kebanyakan kursus pengajian yang ditawarkan dalam pelbagai bidang.

Persepsi pelajar

Berdasarkan rekod Kementerian Pelajaran Malaysia, berkenaan dengan peratusan pelajar yang memilih untuk meneruskan pembelajaran bagi subjek sains dan matematik dalam bahasa Melayu, sebanyak 89 peratus pelajar Tingkatan Satu yang akan memulakan persekolahan 3 Januari 2011 memilih menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya dan dwibahasa bagi mempelajari mata pelajaran Sains dan Matematik. Manakala hanya 11 peratus pelajar memilih belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris sepenuhnya.

Berdasarkan peratusan tersebut, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata ini menunjukkan keputusan kerajaan untuk melaksanakan dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) bagi menggantikan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) adalah tepat.

Beliau turut mendakwa, bahawa anggaran tersebut telah lama diramalkan, kerana itu kerajaan menetapkan untuk meminda PPSMI kepada MBMMBI.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran menyifatkan dasar yang diputuskan itu sesuai dengan tahap keupayaan pelajar yang akan mengikuti proses Pembelajaran dan Pengajaran (P&P) bagi Sains dan Matematik.

Jawatankuasa Khas MBMMBI merumuskan 164,324 pelajar bersetuju menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya untuk mempelajari Sains dan 161,123 dalam Matematik, berbanding 56,025 orang pelajar berhasrat menggunakan bahasa Inggeris untuk belajar Sains dan Matematik pula seramai 56,248 pelajar.

Selebihnya seramai 258,622 orang pelajar berhasrat untuk mempelajari Sains dan 261,600 orang lagi ingin pelajari Matematik dalam dwibahasa.

Tambahan itu, Muhyiddin akan menubuhkan Majlis Bahasa Inggeris pada tahun 2012 bagi menentukan penanda aras dan tahap pencapaian BI pelajar dalam sistem persekolahan negara.

Katanya, majlis tersebut bakal berkelayakan sebagai tempat rujukan dan menentukan tanda aras bahasa itu akan menggunakan pakar dalam dan luar negara serta mengadakan kerjasama dengan Universiti Cambridge.

Muhyiddin juga menetapkan mulai tahun depan beberapa sekolah dipilih menyertai projek rintis apabila ibu bapa boleh mengikuti perkembangan pelajaran anak mereka menerusi konsep maya.[61]

1.5 : RMK - 10 ( Pendidikan)

RMK10 - Pendidikan

BAB 5 MEMBANGUN DAN MENGEKALKAN MODAL INSAN BERTARAF DUNIA

Modal insan merupakan pelaburan terpenting bagi pembangunan sesebuah negara dan menjadi teras kepada inovasi dan ekonomi berpendapatan tinggi yang produktif. Tidak ada negara mampu mencapai kemajuan tanpa memiliki modal insan cemerlang yang berkemahiran tinggi, boleh bertindak balas dengan pantas dan kreatif terhadap perubahan ekonomi, dan berpaksikan kepada penjanaan dan penggunaan pengetahuan. Oleh itu,

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

membangun, menarik dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia merupakan prasyarat penting bagi mencapai hasrat negara. Kelayakan pendidikan yang tinggi bagi menyokong pembangunan pengetahuan dan inovasi, tahap kemahiran yang tinggi dalam bidang teknikal dan profesional, serta paras produktiviti yang tinggi adalah antara ciri utama modal insan dan tenaga kerja negara berpendapatan tinggi. Berdasarkan ciri ini, usaha perlu ditumpukan bagi mencapai tahap modal insan bertaraf dunia menjelang tahun 2020. Carta 5-1 menunjukkan tahap modal insan Malaysia pada masa kini berbanding dengan beberapa negara berpendapatan tinggi berasaskan ciri tersebut. Masih terdapat jurang yang luas untuk Malaysia mencapai modal insan bertaraf dunia dan risiko untuk ketinggalan semakin bertambah. Beberapa kajian antarabangsa menunjukkan prestasi pelajar Malaysia merosot berbanding dengan pelajar negara lain. Mengikut Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS)1, 2007, lebih kurang 20% daripada pelajar Malaysia gagal mencapai tanda aras minimum dalam Matematik dan Sains, berbanding dengan hanya 5% dalam Sains dan 7% dalam Matematik pada tahun 2003. Di samping itu, tenaga kerja secara relatifnya adalah tidak mahir. Sebanyak 77% daripada tenaga kerja hanya mempunyai pendidikan asas selama 11 tahun, iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengannya dan hanya 28% daripada guna tenaga dalam kumpulan pekerjaan berkemahiran tinggi. Kekurangan modal insan mahir akan menjadi lebih meruncing dalam persaingan global yang sengit memandangkan modal insan berkualiti 1 TIMSS menyediakan perbandingan dalam pencapaian Matematik dan Sains di peringkat antarabangsa dari semasa ke semasa bagi pelajar yang mengikuti lapan tahun persekolahan. Pada tahun 2007, sebanyak 59 buah negara menyertai kajian ini. akan tertarik ke negara yang menyediakan peluang paling baik. Negara Asia seperti Republik Korea dan Singapura telah berjaya menjadi negara maju dalam tempoh satu generasi. Kejayaan ini adalah hasil daripada penentuan yang jitu dan teliti terhadap sektor keutamaan yang perlu diberi fokus di samping memberi tumpuan kepada usaha membangun, meningkatkan kemahiran dan menghasilkan modal insan yang diperlukan bagi memacu pertumbuhan sektor ekonomi tersebut. Pembangunan modal insan bertaraf dunia di Malaysia memerlukan usaha yang komprehensif dan bersepadu daripada sektor awam dan swasta serta masyarakat. Sehubungan ini, kolaborasi antara pelbagai kementerian dan sektor swasta perlu diperkukuhkan untuk meningkatkan keberkesanan pembangunan modal insan dan memanfaatkan semua lapisan masyarakat. Pendekatan holistik akan memenuhi keperluan setiap rakyat Malaysia di sepanjang peringkat kehidupan.

Pengalaman mengagumkan tentang pertumbuhan dan pemodenan Republik Korea melalui pembangunan modal insan. Pada masa kini, Republik Korea merupakan sebuah negara maju dalam semua aspek. Ekonomi Republik Korea mencecah satu trillion dolar dan merupakan ekonomi yang ke-13 terbesar di dunia. KDNK per kapita menyaingi kebanyakan negara maju yang lain. Republik Korea juga maju dalam bidang teknologi dan kadar penembusan jalur lebar yang tertinggi di dunia, iaitu lebih 90%. Prestasi pelajar Republik Korea juga sentiasa berada di kedudukan terbaik dalam kalangan negara yang mempunyai pencapaian tertinggi dalam penilaian pelajar di peringkat antarabangsa seperti Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) dan Programme for International Student Assessment (PISA). Pencapaian ini amat menarik. Namun apa yang lebih menakjubkan ialah kepantasan Republik Korea membangun daripada sebuah negara yang musnah akibat peperangan kepada negara kuasa besar ekonomi. Setengah abad lalu, Republik Korea yang mempunyai ramai tenaga kerja berkos murah telah menjadikan pendidikan dan pembangunan modal insan sebagai satu cara meningkatkan produktiviti bagi melonjak pembangunan dan mencapai status negara maju. Republik Korea menyedari bahawa untuk bersaing di peringkat global, perlu diwujudkan sistem pendidikan yang dapat memastikan semua pelajar disokong dan boleh berjaya tanpa mengenepikan pelajar yang berprestasi rendah.Bagi mencapai matlamat ini, Republik Korea memberi tumpuan kepada pengukuhan pendidikan di semua peringkat, dari sekolah rendah sehingga universiti dan latihan kemahiran. Inisiatif yang diambil termasuk bukan sahaja menjadikan pendidikan sekolah peringkat menengah sebagai pendidikan wajib, tetapi mempercepat pengukuhan pendidikan teknikal dan latihan menerusi kerjasama erat dengan chaebol dan syarikat-syarikat besar di Republik Korea seperti menubuhkan universiti korporat sebagai institusi pembelajaran sepanjang hayat. Pelaburan yang besar telah dibuat dalam pendidikan tertiari. Pada masa kini, jumlah enrolmen di institusi pengajian tinggi awam dan swasta dianggarkan seramai 3.6 juta pelajar. Di samping itu, Kerajaan Republik Korea merekayasa keseluruhan sistem pendidikan untuk menyediakan modal insan yang diperlukan oleh industri yang diberi keutamaan.

Rangka kerja pembangunan modal insan yang bersepadu bagi Malaysia

Pendidikan Awal Kanak- Kanak Prasekolah Pendidikan Asas Pendidikan Tertiari

Universiti/ Kolej Politeknik Kolej Komuniti InstitusiPendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional(TEVT)

Alam Pekerjaan Pesara/ Kerjaya Kedua Tema ▪ Mengarusperdanakandan memperluas TEVT ▪ Meningkatkan kompetensi siswazah ▪ Mempercepat penyusunan semula pasaran pekerjaan ▪ Menarik dan mengekal bakat terbaik ▪ Meningkatkan kemahiran tenaga kerja sedia ada ▪ Memastikan setiapkanak–kanak boleh berjaya ▪ Menjadikan sekolah bertanggungjawab terhadap prestasi pelajar ▪ Membuat pelaburankeataspemimpin unggul disetiapsekolah ▪ Meningkatkan daya tarik profesion keguruan dan menghasilkanguru terbaik

Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesepuluh (2011-2015), Kerajaan akan mengguna pakai rangka kerja pembangunan modal insan yang bersepadu.

Rangka kerja ini akan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran rakyat di sepanjang kitar hayat, bermula daripada pendidikan awal kanak-kanak, pendidikan asas, pendidikan tertiari sehingga ke alam pekerjaan dengan melaksanakan strategi berikut: • Merombak sistem pendidikan untuk meningkatkan prestasi pelajar dengan signifikan; • Meningkatkan kemahiran rakyat untuk meluaskan kebolehpasaran; dan • Menyusun semula pasaran pekerjaan untuk menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi.

Penc paia ini mat mena ik. N mun apa y ng leb h mena jubk n ial h kep ntasan Republi Korea m mbang n daripa a se uah nega a yan mu nah akiba pepera gan epada negara k as besar ekon mi. Seteng h abad la u, Republi Korea yang memp nyai amai ten ga ke ja b rkos murah telah enjadikan pen idika dan pemba gunan modal insa sebagai at 198 Malaysia telah mencapai kemajuan besar dalam sistem pendidikan dengan kadar literasi dalam kalangan orang dewasa sekitar 92% dan enrolmen pendidikan rendah yang universal serta merupakan antara negara yang menikmati kadar pertumbuhan enrolmen sekolah menengah yang terpantas. Pendidikan bukan hanya merupakan hak asasi manusia, malah amat penting kepada perkembangan ekonomi. Prestasi pendidikan yang rendah memberi kesan negatif kepada masa depan negara memandangkan tahap pendidikan yang tinggi berkait rapat dengan kadar pertumbuhan ekonomi. Sekiranya tahap pendidikan negara tidak ditingkatkan ke peringkat piawaian antarabangsa, serta jurang pencapaian sekolah tidak dikurangkan, Malaysia akan ketinggalan dalam pendidikan dan kehilangan daya saing pada masa hadapan. Prestasi pelajar akan terus ditanda aras dengan penilaian dan piawaian antarabangsa. Bagi memastikan pencapaian dan peningkatan pelajar diukur secara objektif dan konsisten dengan negara lain, Malaysia akan mengambil bahagian dalam Programme for International Student Assessment (PISA) di samping meneruskan penyertaan dalam TIMSS. TIMSS dan PISA adalah dua alat pengukuran perbandingan pencapaian pelajar yang diiktiraf tinggi di peringkat global. Dalam penilaian terkini, 59 negara telah menyertai TIMMS pada tahun 2007, dan 65 negara menyertai PISA pada tahun 2009. Dalam tempoh Rancangan, Kementerian Pelajaran (KPM) akan menjalankan penilaian dan kajian semula sistem pendidikan secara komprehensif dengan memberikan tumpuan khusus kepada peningkatan

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

keberkesanan pelaksanaan program pendidikan. Usaha untuk merombak sistem pendidikan akan berpandu kepada Falsafah Pendidikan Negara yang diperkenalkan pada tahun 1989 dan menjadi asas kepada semua usaha transformasi pendidikan. Matlamat Falsafah ini adalah untuk membangunkan potensi individu secara holistik dan bersepadu bagi melahirkan individu yang seimbang dari segi keupayaan intelek, rohani, emosi dan jasmani. Bagi memperkukuh hasrat Falsafah ini, penekanan yang lebih akan diberi kepada penglibatan dalam aktiviti sukan dan ko-kurikulum sebagai usaha ke arah memupuk pembangunan sahsiah pelajar. Sistem pendidikan negara akan terus menekankan penerapan nilai dan etika yang menjadi asas penting kepada pencapaian Wawasan 2020. Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi di sekolah akan dipergiatkan bagi memupuk kreativiti dan inovasi pelajar ke arah melengkapkan mereka dengan kemahiran dan keupayaan terkini yang diperlukan oleh negara berpendapatan tinggi.

MEROMBAK SISTEM PENDIDIKAN UNTUK MENINGKATKAN PRESTASI PELAJAR DENGAN SIGNIFIKAN

Pend dika adal h satu aripada Bidang Keberhasi an Uta a N gara ( KRA). NKR pend dik n merupak n landasa dan titi permu aan da am saha me ambah aik pre tasi pelajar dalam sistem pendidi an p ringkat seko ah secara menye uruh serta m mboleh an mere a me dapat kses ke ada pendidikan yan berkualiti.Sistem pe didika adalah penti g un uk mempe kuk h daya s ing us seko ah keban gsaa akan teru diperkuk hkan bagi me jadikann a sekol h p lihan kepad semua rakya Malays a mel lui peni gkatan piaw ian dan merapatkan urang p estasi ntara sekol h kebang aan Untuk me percepa pe ambahb ikan p esta i pel jar secara be rkesan, be terusa dan menyeluruh, Ker jaan tidak a an ha ya mem eri tu mp an ke pada pemb ng un n fiz kal t tapi a an l bih men mpuka kepad aspek yan memberi mpak be ar kep da prestasi pelaj r seperti k aliti uru dan epimp nan di sekolah.

S lara dengan pen galama pelaksana n sist m pendi ikan erbaik duni dan keper uan un uk enghasilkan ening kat n p restas i ela jar ya g signifik an, empat s rategi akan iguna akai dal m tempo Rancangan ni:

Memastikan Setiap Kanakkanak Boleh Berjaya

Dalam setiap sistem pendidikan yang unggul, kejayaan setiap pelajar sentiasa menjadi keutamaan. Matlamat ini boleh dicapai melalui dua pendekatan. Pertama, meletakkan sasaran pencapaian yang sama tinggi kepada semua pelajar tanpa mengira latar belakang atau tempat. Pendekatan kedua pula, menerima hakikat bahawa sebahagian pelajar memerlukan sokongan yang lebih untuk mencapai piawaian prestasi yang ditetapkan, terutama bagi mereka daripada kalangan isi rumah 40% terendah. Sehubungan ini, Kerajaan akan terus memainkan peranan yang besar dan memberi komitmen yang sepenuhnya untuk menyerlahkan potensi diri setiap kanak-kanak di Malaysia.

Penyediaan Asas Pendidikan yang Kukuh kepada Lebih Ramai Kanak-kanak

Pendidikan awal memainkan peranan penting dalam pembinaan minda kanak-kanak dan dapat membantu mengurangkan masalah pembelajaran semasa dan pencapaian pada masa hadapan. Peringkat awal pembelajaran kanak-kanak merupakan tempoh kritikal yang menjadi penentu kepada perkembangan minda individu • Memastikan setiap kanak-kanak boleh ggi kepa a semua pe ajar ta pa m ngira atar b lakan dan me yedia an bant an da sokonga ya g sistemati teruta a k pada mer ka y ng ketingg lan dala pem bel ja ran;• M njadikan sekolah bertanggu ng terhadap p estasi elajar. Memberik n autono i kepada beberapa aspek peng rusan s kolah ebagai g njara ke atas p ingkata sig ifika n pe ncapai an pelaja ;• Membuat pe buran bagi memba ng emimpin n unggul i se iap sekol h.Membuat pe aburan ya g besa bagi me ningkat an presta i ke impin n se olah sebagai pemangki utama per bahan m nerusi riteria p milih n yang ke at, lati an dan p ngurusan rest si yan mantap be rdasa kan pr sta si pelajar; dan• Me ngkatkan daya ta kan pr of keguruan dan meng asilkan guru terb ik.Menja ika profesion k guru n lebih menarik su aya lebih ramai in ividu berkebo ehan t nggi ermin t menyer ainya, menin katkan kualiti atihan prakti um, dan mema tapkan penguru an prestas se ta pembangu n profesio al berta af du ia yang ber erusan.

dan bersifat kumulatif. Sehubungan itu, Kerajaan akan memberi tumpuan untuk meningkatkan dan memperluas pendidikan awal bagi menyediakan asas yang kukuh kepada lebih ramai kanak kanak supaya mereka boleh berjaya. Pada tahun 2011, program pembangunan awal kanak-kanak berumur empat tahun dan ke bawah (PERMATA), iaitu program bagi melahir dan mendidik ‘permata’ masa hadapan negara, akan diletakkan di bawah tanggungjawab KPM dengan tujuan untuk menyelaras dan mengintegrasikannya ke dalam sistem pendidikan formal. Tumpuan PERMATA adalah kepada kanak-kanak daripada isi rumah berpendapatan bawah RM1,500. Selepas kejayaan program perintis PERMATA yang dilancarkan pada tahun 2007, sebanyak 181 buah pusat PERMATA akan dibina dengan peruntukan RM36 juta dalam tempoh Rancangan.

Peningkatan Enrolmen dan Kualiti Prasekolah Kanak-kanak yang mengikuti program prasekolah lebih komited terhadap pendidikan dan memperoleh pendapatan yang lebih tinggi pada masa hadapan2. Pada masa ini, kadar enrolmen prasekolah dalam kalangan kanak-kanak berumur empat dan lima tahun hanyalah sekitar 67%. Memandangkan kepentingan pendidikan prasekolah dan keupayaan negara meningkatkan kadar enrolmen, pendidikan prasekolah telah dijadikan fokus utama di bawah NKRA Pendidikan. Seperti yang ditunjukkan dalam Carta 5-3, program ini bertujuan meningkatkan kadar enrolmen kepada 87% pada tahun 2012 dan 92% pada tahun 2015. Pada masa yang sama, kualiti pendidikan prasekolah akan terus dipertingkatkan. Dalam tempoh 2010–2012, sebanyak RM2 bilion diperuntukkan untuk program ini.

Merendahkan Umur bagi Permulaan Persekolahan

Dengan pelaksanaan program pembangunan pendidikan awal kanak-kanak, lebih ramai kanak-kanak akan bersedia untuk memasuki sekolah pada umur yang lebih rendah berbanding amalan sekarang. Dalam tempoh Rancangan, umur bagi memulakan persekolahan akan dikurangkan daripada 6+ kepada 5+. Langkah ini adalah selaras dengan amalan di negara maju. Pelaksanaannya akan dilakukan secara berperingkat dan akan dimulakan dengan sekolah di kawasan luar bandar dan perladangan terutama di sekolah kurang murid, bagi membolehkan pelajar dari kawasan ini mendapat manfaat daripada asas pendidikan yang kukuh pada peringkat lebih awal. 2 High Scope Perry Pre-School Study, the United States of America (2005)202 di peringkat awal sangat penting kerana tanpa kemahiran ini mereka akan menghadapi kesukaran mengikuti pembelajaran di peringkat selanjutnya. Program Penyaringan Literasi dan Numerasi (LINUS) adalah bertujuan untuk memastikan semua pelajar menguasai asas kemahiran literasi dan numerasi selepas tiga tahun pertama pendidikan sekolah rendah. Bagi melaksanakan program ini, peruntukan sebanyak RM400 juta disediakan dalam tempoh tiga tahun, iaitu 2010–2012.

Memastikan Penguasaan Literasi dan Numerasi

Peningkatan kadar literasi dan numerasi adalah penting untuk mengurangkan kadar keciciran pelajar berpunca daripada ketidakupayaan mereka untuk mengikuti pembelajaran. Dengan penguasaan kemahiran literasi dan numerasi asas yang kukuh pada peringkat awal persekolahan, kemungkinan berlaku keciciran pelajar daripada sistem persekolahan dapat dikurangkan. Penguasaan literasi dan numerasi

Program LINUS memberi tumpuan kepada intervensi awal dengan menempatkan fasilitator dan guru pemulihan terlatih di sekolah. Sehingga kini, seramai 15,500 fasilitator dan guru pemulihan telahpun dilatih.

Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memantapkan Penguasaan Bahasa Inggeris

Kerajaan akan melaksanakan program Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memantapkan Penguasan Bahasa Inggeris (MBMMBI) dalam tempoh Rancangan. Program ini bertujuan memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan memantapkan penguasaan bahasa Inggeris untuk memperkukuh daya saing negara. Program ini akan mengguna pakai pendekatan modular yang bersepadu dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dan akan memperluas pengajaran Kesusasteraan Melayu di peringkat sekolah rendah. Program MBMMBI akan juga memperkukuh

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

Program LINUS di seluruh negara bertujuan meningkatkan kemahiran literasi dan numerasi murid sekolah rendah

1 Program ini memfokus kepada intervensiawal (Tahun1-3) untuk kemahiran literasi dan numerasi. Program sebelumnya hanyamenumpukan kepada kemahiranliterasi(KIA2M) ataukepada kanak-kanak diTahun4-6 (PROTIM) Meningkatkan nisbahguru pemulihan daripada seorangguru bagisebuahsekolah kepada seorangguru bagi15 murid 2 Pengurusan dan penyeliaan diturunkuasa kepada Pejabat Pendidikan Daerah & dipantau oleh Inpektorat Sekolah. Sebelumini, dipantau secara berpusat 3 Guru terbaik akanditempatkandi Tahun 1 dan 2 iaitu, Program LINUS (bukannya pada tahun peperiksaaniaitu, Tahun 6) 4 Sokongan profesional untuk guru LINUS melalui fasilitatorkhusus(FasiLINUS) 5 15,500 guru pemulihan dan fasilitator program LINUS dilatih pada tahun 2010 Perbezaan program LINUS berbanding program sebelum ini Sasaran Pencapaian Program Literasi dan Numerasi selepas 3 tahun disekolah rendah pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris melalui kurikulum baru dengan memberi penekanan kepada lima bidang utama kemahiran iaitu membaca, mendengar dan berucap, menulis, tatabahasa, dan seni bahasa. Masa yang diperuntukkan untuk pengajaran bahasa Inggeris ditambah daripada 4 jam kepada 5.5 jam seminggu untuk Tahap 1 (Tahun 1 hingga 3), dan daripada 3.5 jam kepada 5 jam untuk Tahap 2 (Tahun 4 hingga 6) di peringkat sekolah rendah. Sebanyak empat daripada 27 buah Institut Pendidikan Guru (IPG) akan menumpukan kepada pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris kepada guru. Kerajaan akan menilai dan memantau keberkesanan program secara berterusan dan melaksanakan inisiatif untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar.

Akauntabiliti Sekolah Terhadap Prestasi Pelajar Sistem sekolah berprestasi tinggi menetapkan harapan besar kepada sekolah dalam aspek peningkatan prestasi pelajar, pemantauan jurang prestasi dan penyediaan sokongan yang sewajarnya apabila sasaran tidak tercapai. Seterusnya, rombakan kepada sistem pendidikan akan memberi tumpuan yang jelas terhadap prestasi pelajar, dan sekolah akan dipertanggungjawabkan ke atas pencapaiannya.

Meningkatkan Prestasi Semua Sekolah melalui Program Peningkatan Kualiti Sekolah Secara Menyeluruh

Program Pembangunan Prestasi Sekolah yang dilancarkan pada April 2010 merupakan usaha yang menyeluruh dengan harapan dan cabaran yang tinggi, serta meningkatkan motivasi dan sokongan kepada semua sekolah awam untuk mengukuhkan prestasi pelajar, khususnya sekolah berprestasi rendah yang amat memerlukan bantuan. Program ini mengandungi elemen elemen berikut: • Penyenaraian Kedudukan Prestasi Sekolah: Setiap tahun semua sekolah akan dinilai dan disusun mengikut kedudukan pencapaian prestasi. Penjelasan terperinci berkenaan penarafan prestasi akan dimaklumkan kepada sekolah untuk meningkatkan pemahaman dan ketelusan terhadap kaedah penilaian yang dibuat. Langkah ini bertujuan mendorong sekolah untuk mencapai prestasi yang lebih baik dan membolehkan KPM menyalurkan sumber kepada sekolah yang amat memerlukan sokongan; dan • Pelan dan Instrumen Penambahbaikan Sekolah: Pelan dan Instrumen Penambahbaikan Sekolah akan dilaksana di semua sekolah awam sebagai alat sokongan untuk membantu sekolah membuat penambahbaikan. Instrumen ini akan memberi gambaran menyeluruh kepada guru besar dan pengetua tentang prestasi sekolah masing-masing untuk menentukan isu yang perlu ditangani mengikut keutamaan serta menyediakan pelan tindakan selanjutnya. Sekolah akan merangka pelan penambah baikan sebagai asas bagi memantau kemajuan dan membantu KPM menyediakan sokongan yang sesuai untuk menjayakan pelan tersebut. Infrastruktur dan kemudahan asas seperti bekalan elektrik, air, sanitasi dan alat bantuan mengajar adalah asas kepada peningkatan prestasi pelajar. Kerajaan komited bagi menyediakan kemudahan dan infrastruktur asas ini kepada semua sekolah. Sebagai sebahagian daripada Program Pembangunan Prestasi Sekolah, Kerajaan akan terus memberi fokus kepada penyediaan kemudahan dan infrastruktur di sekolah yang amat memerlukan sokongan,

khususnya sekolah di luar bandar di Sabah dan Sarawak.

Peningkatan Prestasi Sekolah melalui Program Sekolah Berprestasi Tinggi

Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) ditakrif sebagai sekolah yang mempunyai etos dan identiti unik yang boleh mendorong pelajar mencapai kecemerlangan dalam semua aspek pendidikan. Sekolah ini mempunyai budaya kerja yang kukuh dan sentiasa berusaha ke arah mencapai kemajuan berterusan di samping mempunyai jaringan antarabangsa yang kukuh. SBT akan berusaha meningkatkan piawaian sekolah setaraf dengan sekolah terbaik di dunia dan menjadi model kepada sekolah lain serta memberi sokongan melalui rangkaian bimbingan dan latihan. Sejumlah 100 SBT akan dibangunkan menjelang 2012 dengan peruntukan sebanyak RM140 juta. Sebanyak 20 SBT telah dikenal pasti seperti ditunjukkan dalam Carta 5-5. Sekolah ini diberi status SBT berdasarkan pencapaian dan prestasi mereka yang tekal. Sekolah ini terdiri daripada pelbagai kategori termasuk sekolah rendah, sekolah menengah, sekolah harian dan sekolah berasrama penuh.

Membuat Pelaburan ke atas Pemimpin Unggul di Setiap Sekolah

Sistem sekolah berprestasi tinggi memanfaatkan guru besar dan pengetua sebagai penjana perubahan melalui proses pemilihan ketat dan latihan intensif untuk mereka, dan seterusnya memastikan mereka memainkan peranan sebagai pemimpin instruksional yang berkesan. Peningkatan pencapaian guru besar dan pengetua mempunyai kesan positif yang signifikan ke atas pencapaian pelajar. Mereka juga memainkan peranan yang penting dalam merancang, menyelaras dan memantau pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Guru besar dan pengetua juga memastikan suasana pembelajaran yang kondusif dengan mengurangkan tekanan dan gangguan luaran, serta mewujudkan persekitaran yang teratur di dalam dan di luar bilik darjah.

Memperkenal Bai’ah atau Tawaran Baru bagi Guru Besar dan Pengetua Sekolah Pendekatan baru dalam pengurusan pencapaian (Tawaran Baru) untuk guru besar dan pengetua yang dimulakan pada 2010 akan memberi ganjaran kewangan dan bukan kewangan bagi mereka yang berprestasi cemerlang. Tawaran Baru ini adalah terpakai kepada semua guru besar dan pengetua di semua sekolah awam di Malaysia. Pencapaian semua sekolah akan dinilai dan ditaraf mengikut prestasi tahunan berdasarkan kepada markah komposit.

Ringkasan pendekatan penarafan sekolah GredPurataSekolah (GPS) Kewajaran

1 Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) adalah instrumen piawaian untuk menilai sekolah berasaskan 4 aspek utama (visi dan misi; pengurusan organisasi; program pengurusan pendidikan; dan prestasi murid) . Mereka akan diberi ganjaran sekiranya mencapai markah komposit yang telah ditetapkan atau menambah baik pencapaian sekolah. Program ini memberi peluang kepada guru besar dan pengetua untuk menerima ganjaran tanpa mengambil kira prestasi awal sekolah mereka, asalkan sekolah berkenaan menunjukkan peningkatan yang signifikan dalam senarai penarafan prestasi. Di samping itu, dianggarkan 10% guru besar dan pengetua berprestasi rendah akan diberi latihan kemahiran pengurusan sebagai usaha untuk meningkat prestasi mereka. Peruntukan sebanyak RM160 juta akan disediakan untuk program ini dalam tempoh 2010-2012.

Peningkatan Sokongan dan Bimbingan kepada Guru Besar dan Pengetua

Kepimpinan sekolah memainkan peranan penting dalam memastikan peningkatan prestasi pelajar. Kerajaan menyedari pemimpin adalah kritikal dalam membuat perubahan, oleh itu akan terus mengukuhkan latihan kepimpinan serta memberikan dorongan kepada mereka untuk meningkatkan prestasi. Institut Aminuddin Baki (IAB) adalah institut latihan kepimpinan asas untuk warga pendidik termasuk pengetua, pentadbir dan pegawai pendidikan. IAB menyasarkan untuk melatih sekurang-kurangnya 14,000 orang pemimpin sekolah dan pegawai pendidikan setiap tahun dalam tempoh Rancangan berbanding dengan 8,000 orang pada tahun 2009. Kaedah penyampaian latihan di IAB akan berubah daripada berasaskan syarahan kepada penekanan terhadap

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

pembelajaran berdasarkan pengalaman. Kursus pendidikan dan pengurusan akan dijalankan di kampus dan secara atas talian menggunakan platform e-learning, serta dilengkapi repositori pengetahuan digital. Selain daripada latihan, IAB akan menyediakan perkhidmatan konsultasi dan bimbingan kepada pemimpin sekolah untuk meningkatkan prestasi. Selaras dengan Program Pembangunan Prestasi Sekolah, pakar pembimbing pengetua akan menyediakan bimbingan kepimpinan tambahan dan sokongan kepada sekolah berprestasi rendah.

Meningkatkan Daya Tarikan Keguruan dan Menghasilkan Guru Terbaik

Kualiti guru merupakan penentu utama kepada prestasi pelajar seperti ditunjukkan dalam Carta 5-7. Pengalaman daripada sistem sekolah berprestasi tinggi global menunjukkan bahawa pelajar akan hanya boleh ditingkatkan dengan meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Sistem sekolah berprestasi tinggi berupaya menarik dan menerima hanya calon terbaik sebagai guru, meningkatkan prestasi mereka secara berterusan serta memupuk budaya berprestasi tinggi di sekolah. Dalam tempoh Rancangan, Kerajaan akan mengambil pendekatan yang sistematik untuk meningkatkan kualiti guru baru serta menambah baik kualiti dan profesionalisme guru sedia ada.

Mempertingkatkan Kualiti Guru Baru Secara SignifikanSetiap tahun, KPM menerima lebih 175,000 permohonan untuk menyertai profesion keguruan dan 20,000 orang ditempatkan di sekolah. Ramai pemohon tidak mempunyai sikap dan aptitud yang sesuai untuk menjadi guru. Daripada permohonan kemasukan ke program latihan perguruan di IPG pada tahun 2010, hanya 7% mendapat 7A dan ke atas dalam SPM

Menjadikan Profesion Keguruan Pilihan Utama

Menarik siswazah cemerlang menyertai profesion keguruan adalah kritikal. Dalam tempoh Rancangan, Kerajaan akan melancarkan kempen profil tinggi untuk meningkatkan kesedaran tentang keguruan sebagai profesion yang berprestij. Kerajaan akan menjadikan profesion keguruan sebagai kerjaya pilihan dengan menekankan empat perkara berikut: • Ganjaran kewangan: Profesion ini sebenarnya merupakan antara profesion awam yang menyediakan gaji permulaan yang tinggi; • Pembangunan kerjaya: Melalui Tawaran Baru untuk guru, prospek kerjaya guru akan menjadi lebih menarik dengan peluang pembangunan profesionalisme yang lebih luas selain daripada peluang kenaikan pangkat yang lebih cepat kepada guru yang cemerlang; • Berprestij: Sebagai kerjaya elit, profesion keguruan akan menggunakan kriteria pemilihan dan proses penilaian yang ketat. Hanya calon cemerlang akan diterima dalam profesion ini; dan • Pembangunan nusa bangsa: Profesion keguruan bertanggungjawab membentuk generasi pemimpin masa depan dan penting dalam membawa Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi. Pengukuhan Latihan Perguruan Melalui Latihan Praktikum Pengalaman praktikum merupakan elemen penting dalam latihan perguruan kerana dapat memberi pengalaman pengajaran dan pembelajaran sebenar di bilik darjah. Dalam sistem persekolahan terbaik seperti di Finland dan New Zealand, latihan dan pengalaman praktikum guru pelatih, dari segi kualiti dan kuantiti, sentiasa dipertingkatkan. Oleh itu, Kerajaan akan mengambil langkah untuk meningkatkan kualiti dan ketekalan latihan praktikum kepada guru pelatih, seperti memanjangkan tempoh latihan praktikum, dan meningkatkan kerjasama guru berpengalaman yang mempunyai kemahiran membimbing yang tinggi untuk menyelia guru pelatih. Dalam tempoh Rancangan, latihan praktikum kepada guru pelatih akan ditingkatkan melalui langkah berikut:

• Kursus Perguruan Lepasan Ijazah akan dilanjutkan daripada satu tahun kepada 212 satu tahun setengah untuk meningkatkan pengalaman praktikum guru pelatih; • Jabatan Pelajaran Negeri akan menyelaras penempatan guru pelatih di sekolah yang layak melaksanakan program ini dan memantau pematuhan oleh guru pembimbing;

• Guru berpengalaman akan diberikan kursus pembimbing untuk meningkatkan kebolehan membimbing mereka; dan • Program praktikum akan menjadi sebahagian daripada penilaian prestasi sekolah dan guru pembimbing.

Penghapusan Jaminan Penempatan Guru Pelatih

Pada masa ini, guru pelatih IPG dan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dijamin pelantikan sebagai guru tanpa mengambil kira prestasi mereka. Jaminan pelantikan ini akan dihapuskan dalam tempoh Rancangan. Dengan ini, hanya guru pelatih yang memperoleh pencapaian terbaik dan berkelayakan akan ditawarkan jawatan guru. Penghapusan jaminan pelantikan ini bertujuan memastikan penetapan keperluan kualiti minimum bagi guru baru.

Peralihan kepada ‘Sistem Terbuka’ dalam Latihan Guru

Pelaksanaan latihan perguruan akan diperluaskan kepada universiti swasta berbanding hanya daripada IPG dan IPTA. Langkah ini akan meliberalisasikan sistem latihan guru dan beralih kepada ‘sistem terbuka’ bagi menambah sumber guru terlatih. Dengan pertambahan ini, lebih ramai guru pelatih yang cemerlang dapat dilantik sebagai guru di sekolah rendah dan menengah. Pendekatan ini akan meningkatkan persaingan di kalangan guru pelatih dan menambah baik kualiti sistem pendidikan secara keseluruhan.

Tawaran Baru untuk Semua Guru bagi Meningkatkan Kualiti Perkhidmatan Dalam tempoh Rancangan, Kerajaan akan melancar dan melaksanakan Tawaran Baru yang menyeluruh kepada semua guru bagi menjadikan profesion keguruan lebih menarik serta meningkatkan profil dan profesionalisme kerjaya ini. Di samping itu, Kerajaan akan meningkatkan guru berijazah di sekolah menengah daripada 89.4% dalam tahun 2009 kepada 90.0% menjelang tahun 2015. Bagi sekolah rendah pula, kadar ini akan ditingkatkan daripada 28% dalam tahun 2009 kepada 60% menjelang tahun 2015. Tawaran Baru ini mengandungi tiga elemen: • Peluang kenaikan pangkat yang cepat berdasarkan kecekapan dan prestasi; • Meningkatkan pembangunan profesional berterusan (CPD) secara sistematik kepada semua guru; dan • Kaedah pengurusan prestasi baru yang lebih mantap.

Kemajuan Kerjaya Lebih Cepat Berasaskan Kompetensi

Kemajuan kerjaya yang perlahan merupakan antara sebab utama siswazah di Malaysia tidak memilih kerjaya perguruan. Sepanjang 30 tahun perkhidmatan, kebanyakan guru menikmati hanya satu atau dua kali kenaikan pangkat sahaja. Mengikut dasar kenaikan pangkat berasaskan tempoh perkhidmatan, pada kebiasaannya guru mengambil masa selama 10 tahun untuk dinaikkan daripada gred permulaan ke gred jawatan yang seterusnya. Kemajuan kerjaya yang cepat untuk guru berprestasi tinggi adalah penentu untuk menjadikan profesion keguruan lebih menarik terutama kepada calon guru yang berpotensi tinggi. Pendekatan ini juga membolehkan lebih ramai guru berpeluang mencapai gred yang lebih tinggi dalam masa yang singkat dan dengan ini boleh membimbing guru baru lebih awal. Melalui inisiatif Tawaran Baru, pergerakan gred yang lebih cepat berasaskan kompetensi dan prestasi akan dilaksanakan. Laluan cepat untuk kenaikan pangkat secara automatik akan diberi kepada semua guru tanpa mengira tempoh perkhidmatan dan keperluan memajukan permohonan. Sistem laluan kerjaya baru dijangka bermula pada tahun 2011 dan dilaksana sepenuhnya menjelang tahun 2015.

Pembangunan Profesional yang Berterusan yang Bersesuaian bagi Menyokong Pembangunan Keupayaan dan Kemajuan Kerjaya

Latihan yang berfokus kepada bidang tugas baru berdasarkan kenaikan pangkat dan memberi penambahbaikan kepada kebolehan pengajaran akan memberi faedah kepada guru. Pada masa ini, tiada pendekatan yang sistematik berkaitan CPD dalam sistem pendidikan. Pendekatan CPD yang menyeluruh akan dilaksana pada tahun 2011 dan mengandungi elemen berikut:

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

• Modul CPD yang bersesuaian mengikut keperluan dirangka untuk setiap gred jawatan bagi melengkapkan guru dengan peranan baru selepas kenaikan pangkat; • Modul ini memberi lebih fokus kepada peluang pembelajaran di sekolah; dan • Pelbagai modul CPD seperti kursus latihan formal, pengajian pasca siswazah, pengajian jarak jauh dan aktiviti bimbingan akan membolehkan guru membuat pilihan terbaik untuk pembangunan kerjaya mereka tanpa mengganggu pengajaran dan pembelajaran.

Pelaksanaan Instrumen dan Proses Baru untuk Penilaian dan Penaksiran Guru

Kaedah penilaian semasa ke atas guru adalah sama dengan penilaian penjawat awam yang lain. Kaedah ini tidak mengambil kira prestasi pelajar, keupayaan sebenar pengajaran atau kecekapan utama yang diperlukan dalam profesion keguruan. Skor penilaian untuk guru akan menjadi lebih bermakna sekiranya ia dapat mengukur prestasi sebenar guru, kurang subjektif dan berasaskan bukti. Satu pendekatan baru yang selari dengan amalan di sekolah berprestasi tinggi akan dilaksana pada tahun 2011 untuk memastikan penilaian dibuat secara tekal, objektif dan dapat memupuk budaya cemerlang di sekolah. Pendekatan ini akan mengandungi instrumen baru bagi menilai guru yang menggunakan kombinasi berwajaran beberapa aspek utama seperti penekanan kepada pengajaran dan pembelajaran, nilai profesional, aktiviti di luar kelas dan sumbangan kepada sekolah dan masyarakat.

Transformasi Keberkesanan Penyampaian

Sistem penyampaian yang cekap dan berkesan sangat diperlukan untuk meningkatkan prestasi pelajar. Pendekatan yang lebih inovatif akan diguna pakai untuk memastikan penyampaian dilaksanakan dengan efektif.

Pengukuhan Penyampaian Perkhidmatan untuk Menyokong Kemajuan Sekolah

Penambahbaikan mekanisme penyampaian kepada sekolah memerlukan perubahan dalam proses kritikal yang memberi kesan secara langsung terhadap sekolah seperti penempatan guru, pengurusan prestasi sekolah dan juga peranan Kementerian, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah. Untuk memastikan perkhidmatan disampaikan secara optimum, KPM akan melaksana ‘Service Line’ iaitu perkhidmatan khusus untuk membantu sekolah yang amat memerlukan, antaranya bimbingan, bina upaya dan kemudahan peralatan yang sewajarnya. Di peringkat prasekolah, Kerajaan akan terus mengharmoni dan menambahbaik kualiti semua prasekolah awam yang disediakan oleh pelbagai agensi Kerajaan. Pendekatan ini memerlukan peningkatan produktiviti sumber manusia dan kewangan, serta pengukuhan kemampuan penyampaian.

Pelaksanaan Kurikulum Baru untuk Memupuk Kreativiti dan Inovasi

Dalam tempoh Rancangan, kurikulum baru untuk sekolah rendah dan menengah akan diperkenalkan. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah akan diganti dengan Kurikulum Standard Sekolah Rendah pada 2011 dan ini akan diikuti dengan kurikulum baru untuk sekolah menengah. Kurikulum baru berbentuk modular ini akan memberi peluang kepada setiap pelajar melalui proses pembelajaran mengikut kemampuan sendiri, memupuk sikap bertanggungjawab 216 terhadap pembelajaran sendiri menerusi aktiviti eksplorasi yang dapat menyerlahkan potensi mereka. Kurikulum ini juga akan menekankan kreativiti, inovasi dan keusahawanan merentasi semua mata pelajaran. Penerapan nilai dan etika di peringkat awal amat penting dalam pembinaan sahsiah individu. Kurikulum yang bakal diperkenalkan akan menerapkan prinsip 1Malaysia bagi pendekatan pedagogi dalam penyampaian pendidikan. Sebagai usaha untuk membentuk pelajar yang seimbang dari segi akademik dan kesukanan, kurikulum baru ini akan menjadikan Sukan sebagai satu subjek mata pelajaran bermula tahun 2011. Dasar ‘1Murid, 1Sukan’ mewajibkan setiap pelajar mengikuti sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan. Setiap pelajar dikehendaki mengikuti aktiviti sukan pilihan masing-masing selama 90 minit seminggu bagi sekolah menengah dan 60 minit bagi sekolah rendah. Peruntukan untuk geran sukan bagi setiap pelajar akan dinaikkan daripada RM2.40 kepada RM4 bagi sekolah rendah dan daripada RM4 kepada RM6 bagi sekolah menengah.

Pendidikan Asas dan Prasekolah Swasta

Pendidikan yang ditawarkan oleh sektor swasta semakin diterima oleh Kerajaan dan orang ramai. Sehubungan ini, pihak swasta akan digalak untuk menyediakan pendidikan di semua peringkat bermula daripada prasekolah sehingga pendidikan tertiari. Kerajaan akan melaksana pelbagai kaedah perkongsian awam swasta seperti dalam pengurusan sekolah dan pembiayaan yuran pelajar.

Perkongsian Awam-Swasta dalam Pembangunan Prasekolah

Kerajaan akan memanfaatkan penyediaan pendidikan prasekolah oleh sektor swasta untuk menampung kemudahan yang disediakan oleh agensi Kerajaan. Insentif akan disediakan kepada pengusaha swasta bagi mempercepatkan penyediaan prasekolah untuk mencapai objektif meningkatkan enrolmen pelajar di peringkat ini. Insentif ini akan membolehkan pihak swasta mendapatkan geran bagi pembinaan prasekolah di kawasan yang kurang membangun di luar bandar. Sektor swasta dijangka akan membina 488 buah prasekolah pada tahun 2010, sebanyak 1,000 buah pada tahun 2011 dan 1,145 buah pada tahun 2012. Skim pembiayaan bersama bagi meningkatkan permintaan terhadap pendidikan prasekolah akan dilaksanakan dalam tempoh Rancangan. Usaha ini juga boleh membantu isi rumah berpendapatan rendah mengurangkan bebanan pembiayaan pendidikan prasekolah. Bantuan sehingga RM150 sebulan diberikan kepada mereka untuk pendidikan kanak-kanak berumur 4+ dan 5+ tahun di prasekolah swasta.

Perkongsian Awam-Swasta dalam Pendidikan Asas

Perkongsian awam-swasta dalam pendidikan asas memberi autonomi signifikan kepada pengendali sekolah, sebagai tukaran kepada penambahbaikan yang spesifik dalam prestasi pelajar sebagaimana dipersetujui dalam kontrak rasmi. Sebagai contoh, charter school di Amerika ecialist chool dan pecial st United Kingdo d n inde endent cho l di indepe dent s ho juga te ah di una pa ai d seko ah per endir an Cina di Malaysia. Ke ajaa a an memper enalkan angk kerja Sekolah Amanah kepad sekola awam ang te pilih. ekol h Am nah adala sekola awam ang di adbir b rsam ole pihak s asta da pem mpin ekolah awa

MENINGKATKAN KEMAHIRAN RAKYAT MALAYSIA UNTUK MELUASKAN KEBOLEHPASARAN

Dalam beberapa dekad yang lalu, Malaysia telah membuat pelaburan yang besar dalam pendidikan lepasan menengah dan tertiari. Pada masa kini, Malaysia telah menubuhkan 20 universiti awam dan 26 universiti swasta serta 405 institusi latihan kemahiran awam dan 584 institusi latihan kemahiran swasta. Pada tahun 2009, institusi pendidikan tinggi dalam negara telah mengeluarkan lebih daripada 181,000 siswazah. Daripada jumlah ini, lebih daripada 81,000 siswazah adalah lepasan institusi pendidikan tinggi swasta. Institusi latihan kemahiran pula mengeluarkan lebih daripada 120,000 pelatih pada tahun 2009. Seramai 30,000 pelatih adalah daripada institusi latihan kemahiran swasta. Pada masa kini, hanya 23% sahaja daripada jumlah tenaga kerja di Malaysia mempunyai pendidikan tertiari berbanding dengan kadar purata bagi negara Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD), iaitu hampir 28% dan mencecah 35% di Singapura dan Finland. Pada tahun 2009, sebanyak 27% daripada siswazah institusi pengajian tinggi tempatan masih menganggur dalam tempoh enam bulan selepas menamatkan pengajian. Bagi yang berjaya mendapat pekerjaan pula, 29% daripada mereka pada tahun 2006 dan 33% pada tahun 2009 hanya memperoleh pendapatan kurang daripada RM1,500 sebulan. Majikan dan persatuan industri sering mengaitkan kekurangan soft skills seperti etika kerja yang positif, kemahiran berkomunikasi, kerja berpasukan dan kebolehan membuat keputusan serta kepimpinan sebagai faktor utama yang menjejaskan kebolehpasaran siswazah Malaysia. Memandangkan terdapat jurang yang besar antara tahap kompetensi siswazah Malaysia dengan piawaian antarabangsa, isu ini perlu ditangani bagi memastikan negara mempunyai siswazah yang berkemahiran, serba boleh dan kebolehpasaran yang tinggi. Pada masa yang sama, dianggarkan seramai 100,000 atau 22% pelajar Malaysia memasuki pasaran pekerjaan sebaik sahaja menamatkan 11 tahun persekolahan, iaitu dengan hanya memiliki kelayakan SPM. Kumpulan pelajar ini

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

mungkin lebih cenderung kepada kemahiran teknikal, oleh itu mempunyai peluang yang besar untuk meningkatkan kemahiran mereka dalam bidang teknikal. Malaysia perlu memesatkan pembangunan modal insan bertaraf dunia bagi mencapai status negara berpendapatan tinggi. Justeru, peningkatan kemahiran secara radikal perlu dilaksana bagi meningkatkan kebolehpasaran dengan memberi tumpuan kepada strategi berikut:

• Mengarusperdanakan dan memperluas akses kepada pendidikan teknikal dan latihan vokasional yang berkualiti; dan • Meningkatkan kompetensi siswazah sebagai persediaan untuk memasuki pasaran pekerjaan.

Mengarusperdanakan dan Memperluas Akses kepada Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional yang Berkualiti

Malaysia berhasrat meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai untuk menjadi ekonomi berpendapatan tinggi. Oleh itu, enrolmen dalam pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TEVT) perlu ditambah dan kualiti latihan secara keseluruhan dipertingkatkan untuk meningkatkan dengan ketara tahap kemahiran tenaga kerja. TEVT bertujuan menambah bekalan modal insan berkemahiran di Malaysia melalui penyediaan pendidikan berkualiti kepada pelajar yang mempunyai kecenderungan dan keupayaan dalam bidang teknikal dan vokasional. TEVT menjurus kepada penyediaan kemahiran yang boleh digunakan dengan segera dalam pasaran pekerjaan. TEVT menjadi pilihan pendidikan perdana di kebanyakan negara maju. Model binari atau dwi-laluan pendidikan yang fleksibel diguna pakai di kebanyakan negara berpendapatan tinggi. Model ini membolehkan pelajar menukar aliran antara akademik dengan teknikal atau vokasional yang mempunyai prospek kerjaya yang setara. Kadar purata enrolmen pelajar yang memasuki aliran teknikal dan vokasional di peringkat menengah atas bagi negara OECD adalah 44%, berbanding hanya 10% di Malaysia. Penambahbaikan peluang, akses dan kualiti TEVT untuk laluan teknikal adalah sama penting dengan penambahbaikan laluan akademik pendidikan tertiari.

Pendidikan TEVT di peringkat sekolah menengah mempunyai dua aliran utama, iaitu teknikal dan vokasional. Aliran teknikal mempunyai lebih banyak komponen akademik, manakala aliran vokasional mempunyai lebih banyak komponen hands-on. Kemahiran TEVT memberi manfaat secara langsung kepada majikan, pekerja serta sektor industri yang berkaitan. Faedah yang diperoleh bergantung kepada gabungan kemahiran pekerja. Oleh itu, kos berkaitan TEVT perlu dibiayai bersama antara Kerajaan, majikan, industri dan pelajar berdasarkan kepada faedah yang diperoleh.222 Dalam tempoh Rancangan, empat strategi berikut akan diguna pakai untuk mengarusperdanakan dan memperluas akses kepada TEVT yang berkualiti: • Menambah baik persepsi terhadap TEVT dan menarik minat lebih ramai pelajar; • Membangunkan tenaga pengajar TEVT yang lebih efektif; • Mempertingkat dan mengharmonikan kualiti kurikulum TEVT selaras dengan keperluan industri; dan • Memperkemas penyampaian TEVT.

Menambah Baik Persepsi Terhadap TEVT dan Menarik Minat Lebih Ramai Pelajar

Terdapat banyak peluang untuk penyedia TEVT awam dan swasta menarik lepasan sekolah yang tidak melanjutkan pengajian untuk mengikuti latihan TEVT dan meningkatkan bilangan pekerja berkemahiran dalam pasaran pekerjaan. Bagi tujuan ini, penekanan akan diberi untuk meningkatkan nilai dan daya tarikan TEVT kepada pelajar, penyedia latihan dan industri. Dalam tempoh Rancangan, kempen media di peringkat nasional akan dilaksana secara berterusan untuk meningkatkan kesedaran dan menambah baik persepsi terhadap TEVT. Kumpulan sasar utama adalah pelajar yang berpotensi dan ibu bapa mereka. Kempen akan memberi penekanan terhadap manfaat memasuki pasaran pekerjaan dengan kelayakan TEVT, seperti gaji permulaan, jenis pekerjaan dan laluan kerjaya serta pengiktirafan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) untuk lebih banyak jawatan dalam sektor awam. Pelbagai saluran penyampaian seperti televisyen, radio, majalah dan selebriti akan diguna untuk menyampaikan maklumat tersebut kepada kumpulan sasar. Kaunselor di sekolah akan diberi tanggungjawab untuk membimbing dalam tempoh yang panjang bagi membantu pelajar, bermula daripada tingkatan 4 berterusan sehingga pelajar berkenaan memasuki pendidikan tertiari. Langkah ini adalah untuk memastikan

lebih ramai pelajar meneruskan pelajaran ke peringkat tertiari. Bagi meningkatkan keberkesanan bimbingan, kumpulan kaunseling yang terdiri daripada kaunselor sekolah akan dibentuk di setiap daerah. Kumpulan kaunseling ini akan bertanggungjawab untuk menjalinkan hubungan yang erat dengan institusi TEVT dan majikan, serta meningkatkan penyelarasan antara pihak berkepentingan melalui pertukaran maklumat. Kumpulan ini juga akan bertanggungjawab untuk menyediakan panduan

Membangunkan Tenaga Pengajar TEVT yang Lebih Efektif

Laluan kemajuan kerjaya tenaga pengajar TEVT akan diperkemas untuk menjadikannya sebagai kerjaya pilihan yang menarik kepada tenaga pengajar yang berprestasi tinggi. Tenaga pengajar yang memenuhi syarat kompetensi yang jelas di setiap gred boleh dinaikkan pangkat tanpa bergantung kepada kekosongan jawatan. Personel industri yang berpengalaman tinggi dan mempunyai kemahiran praktikal di tempat kerja akan digalak menjadi tenaga pengajar di institusi TEVT. Untuk memudahkan pengambilan ini, laluan kemasukan ke profesion tenaga pengajar vokasional yang fleksibel akan diwujudkan, dan syarat yang menyukarkan kemasukan di peringkat pertengahan akan dihapuskan. Langkah ini akan meningkatkan kapasiti latihan dan membantu untuk memastikan tenaga pengajar mempunyai pengalaman di tempat kerja.

Penambahan bilangan tenaga pengajar yang cemerlang akan dilaksanakan melalui peluasan program tenaga pengajar sambilan. Langkah ini akan menarik mereka yang berminat untuk menjadi tenaga pengajar di samping terus kekal bekerja di industri. Tenaga pengajar yang memiliki pengetahuan terkini tentang teknologi dan perkembangan industri akan memberi latihan yang paling relevan dan seterusnya meningkatkan kebolehpasaran pelatih. Kerjasama antara institusi TEVT dengan industri dalam pertukaran personel akan diperkukuhkan bagi membolehkan tenaga pengajar vokasional menjalani program penempatan di industri bagi mendapat pendedahan dan pengetahuan teknologi terkini. Pada masa yang sama, tenaga pengajar vokasional dari industri ditempatkan di institusi TEVT bagi memperkukuh kemahiran pedagogi mereka. Bagi memperkukuh penyampaian latihan dan meningkatkan pengambilan tenaga pengajar, kapasiti Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan akan dipertingkatkan dengan menggunakan metodologi dan pendekatan latihan yang baru. Sebuah pusat latihan tenaga pengajar yang baru akan dibangunkan bagi menambah kapasiti latihan sebanyak 800 setiap tahun. Selain daripada itu, Jabatan Pembangunan Kemahiran akan menyelaras program latihan pengajar di institusi latihan kemahiran awam yang lain.

Mempertingkat dan Mengharmonikan Kualiti Kurikulum TEVT Selaras dengan Keperluan Industri

Pembangunan kurikulum TEVT dilaksana oleh setiap agensi penyedia latihan dengan keupayaan, kapasiti dan agenda tersendiri. Amalan ini menjejaskan kualiti penyampaian TEVT. Langkah akan diambil bagi menyeragam dan mengharmonikan kurikulum, mengurangkan kos pembangunan kurikulum, dan memastikan kurikulum selaras dengan keperluan terkini industri. Jabatan Pembangunan Kemahiran akan dilantik sebagai agensi untuk membangun dan menyeragamkan kurikulum TEVT mulai tahun 2011. Jabatan Pembangunan Kemahiran akan memastikan kurikulum yang dibangunkan memenuhi piawaian minimum dan selaras dengan bidang ekonomi yang diberi keutamaan. Kurikulum TEVT akan mengandungi komponen kemahiran asas berkaitan dengan literasi dan numerasi serta penguasaan pelbagai bahasa. Kemahiran asas ini penting sebagai sokongan kepada kemahiran praktikal serta pembinaan kemahiran dan keupayaan individu untuk menyesuaikan diri dengan perubahan suasana kerja. Di samping itu, Jabatan Pembangunan Kemahiran akan membangun bank kurikulum untuk menyimpan semua kurikulum yang dibangunkan. 226 Agensi penyedia TEVT mengeluarkan sijil tersendiri dan sijil TEVT ini belum diiktiraf sepenuhnya sebagai sijil yang melayakkan calon memasuki institusi pengajian tinggi. Penerimaan sijil TEVT dalam kalangan pelajar, ibu bapa dan majikan dapat diperluas dengan menghapuskan keraguan terhadap kualiti latihan yang diberikan oleh pelbagai agensi. Pada masa ini, SKM, Diploma Teknologi dan Sarjana Muda Teknologi tidak diiktiraf sepenuhnya oleh institusi pengajian tinggi dan Lembaga Jurutera Malaysia. Untuk penyeragaman dan pengiktirafan persijilan TEVT, SKM akan diguna pakai sebagai persijilan kebangsaan bagi TEVT. Langkah berikut akan diambil bagi memperkukuh pengiktirafan sijil

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

TEVT: • Mengiktiraf dan menyeragam pelbagai tahap SKM dengan kesemua sijil yang dikeluarkan oleh penyedia TEVT menjelang tahun 2012; • Mewajibkan pekerja dalam pekerjaan terpilih memiliki SKM atau sijil yang setaraf. Syarat ini akan dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2012; dan • Memperluas penerimaan SKM sebagai syarat kelayakan masuk ke dalam skim perkhidmatan awam, dan ke institusi teknikal dan vokasional di peringkat tinggi dan ke institusi pengajian tinggi menjelang tahun 2011. Lembaga Teknologis Malaysia akan ditubuh untuk mempercepat pengiktirafan sijil berkaitan kemahiran dan teknologi. Pengiktirafan ini akan menggalakkan institusi pengajian tinggi termasuk institusi TEVT menawarkan kursus berkaitan teknologi selaras dengan keperluan ekonomi berpendapatan tinggi. Selaras dengan hasrat untuk membangunkan pendidikan teknikal dan keperluan industri, Malaysia-Japan International Institute of Technology akan ditubuh sebagai institusi berautonomi di bawah Universiti Teknologi Malaysia dengan matlamat memperkukuh kerjasama dan rangkaian dengan Jepun dalam bidang teknikal dan kejuruteraan. Institut ini berupaya memberi pendedahan kepada pelajar dan meningkatkan keberkesanan kos dalam menyediakan latihan tentang pembangunan teknologi terkini di tempat kerja, etika kerja dan amalan pengurusan Jepun. Pada masa ini, terdapat keperluan untuk mengurangkan pertindihan kursus yang ditawarkan oleh pelbagai institusi latihan bagi mengoptimumkan penggunaan kapasiti TEVT dan mengelak pembaziran sumber. Dalam tempoh Rancangan, perkara ini akan diberi perhatian memandangkan kadar enrolmen di institusi TEVT dijangka akan meningkat. Institusi TEVT akan mengkaji semula, merasionalisasi dan memperkemas penyelarasan kursus menjelang akhir tahun 2011.

Memperkemas Penyampaian TEVT

Kaedah pembiayaan semasa akan dikaji semula untuk meningkatkan keberkesanan dan kecekapan institusi TEVT awam. Bagi menggalakkan persaingan dalam kalangan institusi TEVT awam, penyediaan peruntukan akan berdasarkan kepada prestasi institusi. Kerajaan juga akan menyediakan bantuan kewangan kepada pelajar di peringkat SKM Tahap 3 dan ke atas di institusi TEVT awam yang berprestasi tinggi. Bagi mencapai matlamat ini, sistem penarafan untuk menilai prestasi institusi awam dan swasta akan diperkenalkan. Pencapaian dalam sistem penarafan institusi TEVT akan menjadi asas kepada Kerajaan untuk membiayai pelatih di institusi TEVT swasta. Pendekatan ini akan dipertingkat dan diperluas dalam tempoh Rancangan bagi mengoptimumkan penggunaan kapasiti latihan di institusi TEVT awam dan swasta. Pelajar tercicir adalah sumber tenaga kerja yang besar dan berpotensi untuk diberi latihan kemahiran. Jika diberi latihan dan dilengkapkan dengan kemahiran yang tepat, mereka akan meningkatkan dengan ketara bilangan pekerja mahir. Pada tahun 2007, seramai 20,000 pelajar tercicir daripada sistem pendidikan asas dan jumlah ini meningkat kepada 30,000 orang pada tahun 2008. Liputan Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) akan diperluaskan bagi menyediakan latihan yang khusus untuk memenuhi keperluan golongan ini. Peruntukan tambahan juga akan disediakan bagi membiayai kos latihan dan elaun perantisan. Dalam tempoh Rancangan, sebanyak RM150 juta akan diperuntukkan dan seramai 20,000 pelajar tercicir akan mendapat manfaat. SLDN menekankan penglibatan langsung industri dalam latihan dan menetapkan 70% daripada latihan perlu dijalankan di tempat kerja. Dalam tempoh Rancangan, latihan di tempat kerja akan digalak dan dijadikan sebagai 228 sebahagian daripada pendidikan formal TEVT, kerana latihan ini menyediakan: • Persekitaran pembelajaran yang kondusif. Tempat kerja mewujudkan persekitaran pembelajaran yang baik melalui pengalaman sebenar. Kemahiran praktikal dan soft skills yang diperoleh akan meningkatkan kebolehpasaran; • Aliran maklumat untuk meningkatkan kecekapan pengambilan pekerja. Majikan mengetahui perkembangan prestasi pelatih dan perantis, justeru memudahkan mereka membuat keputusan menggaji pekerja; dan • Sumbangan produktif. Pelatih menjalankan tugasan yang memberi manfaat kepada majikan, ini menjadikan TEVT berfaedah kepada pelatih dan majikan. Melalui SLDN, pekerja industri yang berpengalaman akan diberi peranan sebagai pembimbing kepada perantis. Bagi mencapai tujuan ini, pembimbing mesti cukup terlatih untuk memberi latihan yang berkesan di tempat kerja. Tenaga pengajar di institusi TEVT pula perlu mempunyai kemahiran tinggi untuk melatih pembimbing. Sebanyak RM7.5 juta akan diperuntukkan kepada SLDN untuk melatih pembimbing dan tenaga pengajar.

Meningkatkan Kompetensi Siswazah bagi Menyediakan Mereka Memasuki Pasaran Pekerjaan

Ekonomi berasaskan pengetahuan dan inovasi memerlukan sebilangan besar pekerja yang berpengetahuan seperti ahli sains, jurutera, ahli profesional, agen paten dan usahawan berasaskan teknologi. Institusi pengajian tinggi mempunyai peranan yang penting dalam menghasilkan modal insan berkemahiran tinggi dan berkeupayaan untuk mencipta, menginovasi, menghasil dan mempelopori pengetahuan baru serta mengaplikasi dan membangunkan teknologi. Usaha untuk menarik pelaburan langsung asing dan memacu pertumbuhan sumber domestik yang baru memerlukan bilangan siswazah yang mencukupi dan kompeten. Walau bagaimanapun, tahap kebolehpasaran, kekurangan dan ketidakpadanan kemahiran siswazah masih menjadi isu utama dalam pembangunan modal insan. Banyak kajian mendapati siswazah Malaysia kurang kompeten dalam kemahiran teknikal yang diperlukan oleh industri, dan lemah dalam soft skills termasuk etika kerja profesional, kemahiran berkomunikasi, kerja berpasukan, membuat keputusan dan kepimpinan. Oleh itu, usaha bersepadu akan diambil untuk mempertingkat ompetensi siswazah dan keberkesanan pembiayaan kos pengajian tinggi, iaitu dengan:• Memperkukuh kerjasama industri dan penyelidikan; • Memberi lebih autonomi kepada universiti dan memperkukuh budaya berprestasi tinggi; • Memperkukuh kurikulum kursus pengajian bagi menyeimbangkan kandungan akademik dan soft skills; dan• Melantik dan mengekalkan staf akademik yang terbaik.

Memperkukuh Kerjasama Industri dan Penyelidikan

Latihan industri adalah penting untuk membantu siswazah mempersiapkan diri bagi memenuhi keperluan industri yang sentiasa berubah dan aktiviti ekonomi baru. Penglibatan sektor swasta dalam penyediaan pendidikan melalui perkongsian awam-swasta akan dipertingkat bagi menggalakkan penyertaan industri dalam penyediaan kursus dan latihan industri. Di samping itu, kursus berorientasikan pasaran akan ditambah bagi memudahkan transisi pelajar ke dalam pasaran pekerjaan dan meningkatkan kebolehpasaran pelajar secara keseluruhannya. Rangka kerja dasar yang standard bagi program latihan industri yang berstruktur akan dilaksana oleh institusi pengajian tinggi dengan kerjasama industri untuk meningkatkan keberkesanan program. Program ini dirancang untuk diperluas kepada kursus selain daripada kursus yang mewajibkan latihan klinikal seperti perubatan, pergigian dan kejururawatan. Di samping itu, program latihan industri untuk staf akademik akan dipergiat bagi memastikan tidak kurang 15% daripada staf akademik mengikuti sekurang-kurangnya enam bulan latihan industri bagi setiap lima tahun tempoh perkhidmatan. Bagi memperluas pengalaman industri kepada staf akademik, program Knowledge Transfer Partnership (KTP) akan diperkenal pada tahun 2011 untuk meningkatkan kerjasama antara industri dengan universiti berkaitan. KTP bertujuan memudahkan pemindahan kepakaran dan hasil kajian melalui projek inovatif yang dikendalikan bersama oleh staf akademik dan rakan kongsi perniagaan daripada industri. Di samping itu, KTP juga menyediakan latihan berasaskan industri kepada siswazah bagi meningkatkan pengetahuan dan pengalaman, kemahiran keusahawanan serta kebolehpasaran semasa menjalankan projek berkenaan.230 Universiti akan digalak untuk mewujudkan kerjasama strategik dengan institusi penyelidikan antarabangsa dan universiti luar negara untuk meningkatkan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D), terutama dalam bidang teknologi baru. Antara langkah yang akan diambil adalah: • Melaksanakan lebih banyak program sangkutan bagi membolehkan staf akademik berkongsi pengetahuan, meneroka idea baru bagi meningkatkan kualiti penyelidikan dan menggalakkan pertukaran staf akademik; • Mengukuhkan pengurusan harta intelek yang dibangunkan di universiti bagi menambahbaik tadbir urus aktiviti penyelidikan; dan • Mengukuhkan pusat kecemerlangan di universiti melalui kerjasama industri dalam aktiviti R&D bagi menyokong dan mempercepat pengkomersialan inovasi dan teknologi baru.

Memberi Lebih Autonomi kepada Universiti dan Memperkukuh Budaya Berprestasi Tinggi

Di negara lain, universiti awam bekerjasama dengan penggubal dasar bagi membangunkan kaedah untuk membantu institusi pendidikan tertiari mencapai kecemerlangan. Pemberian autonomi, ketelusan dan akauntabiliti terhadap prestasi cemerlang merupakan elemen kritikal bagi membolehkan universiti di Malaysia

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

setanding dengan institusi terbaik dunia. Universiti awam perlu bertanggungjawab terhadap prestasi yang dicapai memandangkan sebahagian besar keperluan kewangan dibiaya oleh peruntukan awam. Di samping itu, ketelusan yang lebih tinggi dalam pencapaian prestasi akan memudahkan Kerajaan membuat penambahbaikan dan memberi sokongan dalam bidang yang diperlukan.

Menginstitusikan Autonomi dalam Universiti

Universiti terbaik dunia berupaya meningkatkan inovasi dan prestasi serta menggalak kecemerlangan melalui autonomi yang signifikan dalam bidang berikut: • Peruntukan. Keupayaan untuk mengagih peruntukan mengikut keperluan, menentukan keutamaan bidang pembiayaan, dan menetapkan yuran pengajian dalam had yang ditetapkan; • Fakulti. Bebas untuk menarik dan mengekalkan staf akademik terbaik melalui insentif yang menarik dan ganjaran yang kompetitif;• Tadbir urus. Tanggungjawab yang lebih besar dan hak membuat keputusan penting tentang universiti termasuk hala tuju strategik, keutamaan dan pengagihan sumber serta mendapat hak yang lebih besar dalam membuat keputusan; dan • Pengambilan pelajar. Meningkatkan kawalan terhadap kualiti dan profil pelajar yang akan diambil. Di bawah Accelerated Programme for Excellence (APEX), universiti APEX akan diberi autonomi dalam bidang tadbir urus, sumber manusia (lantikan anggota sokongan, staf akademik dan pengurusan atasan), kewangan dan pengambilan pelajar. Program ini diperkenalkan pada tahun 2008, dan Universiti Sains Malaysia (USM) telah dipilih sebagai universiti pertama diberi status APEX. Pada masa ini, USM mempunyai autonomi dalam pengambilan pelajar. Autonomi dalam bidang lain hanya akan dipertimbangkan setelah USM memenuhi beberapa prasyarat yang ditetapkan. Pemberian autonomi akan diperluas kepada universiti penyelidikan dan universiti awam lain yang mencapai tahap kesediaan yang ditetapkan.

Mengukuh Budaya Berprestasi Tinggi di Universiti

Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (SETARA) telah diperkenalkan kepada universiti awam dan akan diperluas kepada semua institusi tertiari swasta yang menawarkan pengajian di peringkat ijazah. SETARA bertujuan membuat penilaian yang jelas dan seragam bagi meningkatkan ketelusan serta memberi tekanan ke atas prestasi, dan seterusnya meningkatkan kualiti keseluruhan sistem pendidikan tinggi. Penarafan mengenai pencapaian prestasi institusi dari aspek kebolehpasaran siswazah akan dihebahkan kepada umum. Penarafan ini akan diperluas untuk meliputi aspek seperti kaedah pengajaran dan pembelajaran serta khidmat sokongan kepada pelajar. Dalam tempoh Rancangan, sistem penarafan ini akan merangkumi setiap jabatan di institusi berkenaan. Naib canselor bertanggungjawab ke atas prestasi universiti dan pembaharuan kontrak mereka bergantung kepada prestasi yang dicapai. Prestasi yang rendah boleh menyebabkan kontrak tidak disambung. Petunjuk prestasi utama (KPI) yang jelas bagi naib canselor telah disediakan, termasuk KPI bagi kebolehpasaran siswazah. Dengan ini, naib canselor akan memastikan semua staf bertanggungjawab terhadap prestasi 232 mereka dan seterusnya meningkatkan budaya akauntabiliti di institusi. Dalam tempoh Rancangan, pembiayaan berasaskan prestasi institusi tertiari awam akan dilaksana bertujuan menyediakan mekanisme pembiayaan yang telus untuk memangkin peningkatan prestasi. Pendekatan baru ini akan mengandungi komponen berikut: • Pembiayaan Kerajaan berasaskan prestasi yang dikaitkan dengan SETARA. Pembiayaan kepada universiti akan dikaitkan secara langsung dengan prestasi jabatan dan institusi secara keseluruhan. Kaedah ini menyediakan mekanisme yang telus dalam penyediaan pembiayaan dan peningkatan akauntabiliti dalam perbelanjaan peruntukan awam. Mekanisme pembiayaan ini mempunyai dua komponen, iaitu komponen tetap dan komponen berubah. Komponen tetap merangkumi item operasi asas seperti gaji staf akademik dan kos utiliti, dan pembiayaannya tidak bergantung kepada pencapaian prestasi. Komponen berubah pula bergantung secara langsung kepada prestasi yang diukur melalui SETARA. Universiti yang menerima penarafan yang rendah akan menerima peruntukan yang lebih kecil. Komponen berubah ini termasuk pembangunan intelektual dalam R&D dan aktiviti ko-kurikulum pelajar; • Peralihan kaedah pembiayaan daripada berasaskan-penawaran kepada berasaskan-permintaan. Kerajaan

akan mengharmonikan kapasiti pendidikan tertiari dan mewujudkan keserataan persaingan bagi institusi pengajian tinggi awam dan swasta dalam mengukuhkan budaya berprestasi tinggi serta meningkatkan kualiti dan daya saing pendidikan tertiari di Malaysia. Pendekatan sedia ada, iaitu pembiayaan awam langsung dan pemberian geran kepada institusi awam akan beralih kepada pembiayaan berasaskan-permintaan melalui pinjaman dan biasiswa selaras dengan pendekatan yang lebih berasaskan-pasaran; dan • Pengurangan kadar pembiayaan Kerajaan kepada universiti. Universiti awam perlu menambah dana melalui sumber kewangan alternatif termasuk sumbangan daripada perbadanan, sektor swasta atau alumni. Pendekatan ini akan memperkukuh kerjasama antara universiti dan industri, dan seterusnya meningkatkan kesesuaian serta kualiti pengajaran dan penyelidikan.

Memperkukuh Kurikulum Kursus Pengajian bagi Menyeimbangkan Kandungan Akademik dan Soft Skills

Kualiti dan kesesuaian kursus dan kurikulum adalah faktor penting yang mempengaruhi kebolehpasaran siswazah. Dalam tempoh Rancangan, institusi pengajian tinggi akan menyemak semula kurikulum dan kursus serta menyelaras pencapaian program dan pembelajaran selaras dengan keperluan industri dan majikan. Sebanyak 2,730 program sedia ada akan disemak semula bagi memastikan pematuhan kepada Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF). Semakan semula ini adalah berdasarkan kepada prinsip berikut: • Kandungan kursus yang ditawarkan akan ditanda aras dengan kriteria dan piawaian yang dipersetujui di peringkat nasional dan selaras dengan amalan terbaik antarabangsa; dan • Penerapan domain yang ditetapkan dalam MQF yang merangkumi soft skills seperti etika kerja positif, kemahiran berkomunikasi dan membuat keputusan, kerja berpasukan dan kepimpinan. Selaras dengan pertambahan permintaan bagi pekerja mahir dan profesional, semua politeknik di Malaysia akan disusun semula untuk menawarkan kursus di peringkat diploma dan ijazah serta mengurangkan secara berperingkat kursus di peringkat sijil menjelang akhir tempoh Rancangan. Politeknik akan meningkatkan pengkhususan dalam bidang tertentu untuk menjadi pusat kecemerlangan. Tiga politeknik sedia ada akan dinaik taraf kepada politeknik premier bagi melaksanakan penyelidikan gunaan melalui kerjasama dengan industri berkaitan untuk memupuk inovasi dan membangunkan teknologi tempatan dalam bidang baru. Kurikulum institusi pendidikan tertiari perlu memberi lebih penekanan terhadap pembangunan soft skills pelajar selaras dengan maklum balas yang diterima daripada majikan. Atribut Umum Pelajar yang kini dikenali sebagai Skala Soft Skills Malaysia (My3S) merupakan ujian penilaian kendiri untuk menilai kompetensi siswazah dalam soft skills. Ujian ini akan dilaksana mulai Julai 2010. Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) akan terus memainkan peranan penting dalam pelaksanaan MQF sebagai asas jaminan kualiti pengajian tinggi dan pusat rujukan kriteria dan piawaian kelayakan nasional. MQA akan memperluas kerjasama dengan agensi jaminan kualiti luar negara melalui pemeteraian Memorandum of Arrangement sebagai usaha menetapkan tanda aras yang 234 piawai dan membantu meningkatkan keupayaan anggotanya.

Melantik dan Mengekalkan Staf Akademik yang Terbaik

Usaha akan dipergiat untuk menambah bilangan staf akademik berkelayakan PhD. Peratusan staf akademik berkelulusan PhD di semua universiti awam pada tahun 2009 adalah 35.9%. Menjelang akhir tempoh Rancangan, staf akademik berkelayakan PhD di universiti penyelidikan disasarkan sebanyak 75%, manakala universiti awam lain 60%. Bagi mencapai sasaran ini, program MyBrain15 menetapkan matlamat untuk meningkatkan jumlah pemegang PhD kepada 18,000 pada tahun 2015 dan 60,000 pada tahun 2023. Program ini akan menyediakan lebih ramai calon untuk dilantik sebagai staf akademik. Sejumlah RM2.26 bilion akan diperuntukkan bagi menyediakan biasiswa kepada 16,800 staf akademik melanjutkan pengajian di peringkat PhD. Proses pelantikan staf akademik juga akan diperhalusi dan dijadikan lebih telus untuk menarik calon terbaik. Ganjaran akan dijadikan lebih kompetitif supaya setanding dengan faedah yang ditawarkan oleh sektor swasta serta menyediakan manfaat bukan kewangan seperti waktu mengajar yang fleksibel. Sokongan kemajuan kerjaya staf akademik akan diberi keutamaan. Modul latihan asas akan diwajibkan kepada semua staf akademik baru. Bagi memastikan mereka mendapat panduan dan sokongan yang mencukupi pada awal kerjaya, staf akademik baru akan diletakkan di bawah seliaan staf akademik kanan yang bertanggungjawab membimbing dan memberi nasihat kemajuan kerjaya secara berkala. Di samping itu, dalam tempoh tiga tahun pertama sebagai staf

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

akademik, tugas mengajar akan dikurangkan untuk membolehkan mereka membangunkan portfolio penyelidikan yang mantap dan memperoleh geran daripada sumber luar. Sebagai usaha penambahbaikan kualiti staf akademik, mereka yang telah bersara dan pensyarah luar negara akan digalakkan untuk berkhidmat di universiti awam secara kontrak. Pensyarah sambilan dan pensyarah pelawat terutama daripada industri juga akan digalakkan untuk mengajar di universiti awam. Bagi tujuan ini, pakej ganjaran yang lebih menarik dan kompetitif telah disediakan. Di samping itu, skim perkhidmatan pensyarah akan disemak semula untuk membolehkan mereka dinaikkan pangkat ke gred yang lebih tinggi dalam skim perkhidmatan yang sama tanpa perlu memegang jawatan pentadbiran seperti dekan atau ketua jabatan.

MENYUSUN SEMULA PASARAN PEKERJAAN UNTUK MENJADIKAN MALAYSIA NEGARA BERPENDAPATAN TINGGI

Matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi akan dicapai, antara lain, melalui pewujudan pasaran pekerjaan yang efisien untuk membangunkan, menarik dan mengekalkan modal insan berkepakaran. Kekurangan kemahiran yang diperlukan akan menghalang transformasi negara kepada ekonomi berpendapatan tinggi berasaskan pengetahuan dan inovasi. Usaha penyusunan semula dan pengukuhan pasaran pekerjaan perlu untuk memastikan kecekapan pemadanan antara permintaan dengan penawaran, meningkatkan keupayaan mengekalkan modal insan terbaik serta memperkukuh daya tarikan Malaysia kepada pakar asing dan diaspora Malaysia. Kepelbagaian tenaga kerja Malaysia terus kekal sebagai aset negara. Rakyat Malaysia mempunyai silang budaya yang kukuh dan mudah menyesuaikan diri. Sikap keterbukaan dan keupayaan menguasai pelbagai bahasa membolehkan modal insan negara mewujudkan rangkaian yang kukuh di peringkat serantau dan global. Dalam tempoh Rancangan, Kerajaan komited untuk memperbaharui pasaran pekerjaan dengan penekanan khusus ke atas peningkatan mobiliti pekerja dan peningkatan kemahiran tenaga kerja semasa, terutama dalam kalangan isi rumah 40% terendah. Pembaharuan pasaran pekerjaan adalah penting bagi menyedia landasan kepada negara untuk terus berkembang ke arah ekonomi berpendapatan tinggi. Tumpuan pembaharuan akan diberi kepada tiga bidang utama: • Menjadikan pasaran pekerjaan lebih fleksibel; • Mempertingkat kemahiran dan keupayaan tenaga kerja sedia ada; dan • Memperkukuh keupayaan Malaysia menarik dan mengekalkan modal insan terbaik.

Menjadikan Pasaran Pekerjaan Lebih Fleksibel

Sistem pasaran pekerjaan yang cekap merupakan faktor penting dalam mengurangkan kos menjalankan perniagaan, mempengaruhi iklim pelaburan dan mewujudkan lebih peluang pekerjaan. Berdasarkan laporan Doing Business 2008 oleh Bank Dunia, Malaysia menduduki tangga ke-43 dalam aspek pemudahan penggajian pekerja. Di samping itu, kebergantungan yang tinggi terhadap pekerja asing tidak mahir bergaji rendah telah mengurangkan kadar upah dan melambatkan syarikat beralih kepada aktiviti bernilai tambah yang tinggi, serta menyumbang kepada pengaliran keluar berterusan modal insan tempatan.

Mengkaji Semula Rangka Kerja Perundangan dan Institusi bagi Menyediakan Kaedah Penggajian dan Pemecatan yang Fleksibel

Dalam tempoh Rancangan, usaha akan diambil untuk mengkaji semula undang undang perburuhan supaya selaras dengan ekonomi berasaskan pengetahuan dan cabaran globalisasi. Kajian semula ini akan memastikan hubungan industri kekal relevan dengan persekitaran semasa perniagaan, mengimbangi kestabilan sosial serta memudahkan mobiliti tenaga kerja. Kerajaan akan mengambil langkah untuk meningkatkan kecekapan penyelesaian pertikaian pekerja di Malaysia. Dalam kes lebihan pekerja, kos pemecatan pekerja di Malaysia secara relatifnya lebih tinggi berbanding negara Asia Tenggara yang lain. Secara purata, majikan di negara ini perlu membayar pampasan sehingga 75 minggu gaji kepada pekerja yang telah berkhidmat selama 20 tahun semasa penamatan kontrak, berbanding hanya 56 minggu di Thailand dan empat minggu di Singapura. Di samping itu, masa yang panjang diambil untuk menyelesaikan pertikaian kerja. Sehubungan ini, undang-undang

perburuhan akan dikaji semula dalam tempoh Rancangan bagi mengoptimumkan keseimbangan antara fleksibiliti pasaran pekerjaan dengan kestabilan pekerjaan serta mempercepat penyelesaian pertikaian pekerja. Bilangan pekerja yang diberhentikan meningkat akibat daripada perubahan struktur ekonomi negara dan pendedahan kepada kejutan luaran. Jumlah pemberhentian pekerja yang meningkat mewujudkan keperluan bagi penyediaan jaringan keselamatan sosial untuk membantu mereka. Jaringan keselamatan sosial juga memberi fleksibiliti kepada syarikat untuk mengurus tenaga kerja ketika dalam kesukaran. Tabung Bantuan Kehilangan Pekerjaan akan diperkenalkan bagi menyediakan bantuan kewangan kepada pekerja yang diberhentikan dan tidak mendapat pampasan sewajarnya daripada pihak majikan semasa pemberhentian. Pekerja yang diberhentikan dan layak menerima bantuan akan diberi RM600 sebulan bagi tempoh maksimum enam bulan, dengan syarat mereka masih belum mendapat pekerjaan dalam tempoh tersebut. Sebanyak RM80 juta akan diperuntukkan kepada Tabung ini dalam tempoh 2010-2012.

Memperkukuh Perkhidmatan Pekerjaan bagi Meningkatkan Mobiliti Pekerja

Komponen penting bagi pasaran pekerjaan yang fleksibel adalah keupayaan membuat pemadanan pekerjaan secara efektif untuk menyelesaikan ketidakpadanan penawaran dan permintaan tenaga kerja. Terdapat peluang yang besar untuk mewujudkan kerjasama industri dan perkongsian awam-swasta ke arah mengukuhkan perkhidmatan pekerjaan kepada tenaga kerja Malaysia bagi menghapuskan herotan dalam pasaran pekerjaan. Kerajaan akan mengukuh dan memodenkan perkhidmatan pekerjaan awam melalui penaiktarafan pusat pekerjaan awam sedia ada. Langkah ini akan meningkatkan penyampaian khidmat nasihat kerjaya, menyedia perkhidmatan pemadanan dan penempatan yang dipacu oleh industri, dan melaksanakan program pendidikan atau jangkauan komuniti yang berterusan mengenai arah aliran pekerjaan dan kerjaya. Pencari kerja dan masyarakat akan dimaklumkan tentang peluang pekerjaan yang wujud dan potensi laluan kerjaya. Majikan akan mendapat faedah daripada akses kepada platfom tambahan bagi memenuhi keperluan pekerja mereka. Bagi mencapai matlamat ini, pusat pekerjaan awam yang berkesan dan cekap yang dikendali secara bersama oleh sektor awam dan swasta perlu diwujudkan.

Memperbaharui Dasar Pekerja Asing Tidak Mahir

Pekerja asing tidak mahir telah meningkat lebih dua kali ganda semenjak tahun 2000 kepada 1.9 juta orang, seperti ditunjukkan dalam Carta 5-9. Kebanjiran pekerja asing tidak mahir berkos rendah telah melambatkan pelaburan dalam mekanisasi dan inovasi, terutama dalam sektor pertanian dan pembuatan, dan seterusnya mengurangkan pertumbuhan produktiviti dan menjejaskan aspirasi negara untuk beralih kepada ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi. Sektor yang sangat bergantung kepada pekerja asing tidak mahir mempunyai produktiviti yang rendah, seperti ditunjukkan dalam Carta 5-10. Kebergantungan kepada pekerja asing tidak mahir akan dikurangkan secara berperingkat. Walau bagaimanapun, sektor yang menghadapi kekurangan tenaga kerja, seperti pembinaan dan perladangan akan dibenarkan menggaji pekerja asing berdasarkan keperluan. Langkah akan diambil untuk memastikan majikan menambah baik persekitaran kerja dan kebajikan pekerja termasuk penyediaan perumahan dan kemudahan asas. Sistem levi multi-tier akan dilaksana ke atas erkerja asin tidak ma ir. Mela ui si tem i i, sya ikat ak n terd rong untuk me ingk tkan kema iran ekerja merek atau men gaji pe erja a ing ang berk mahiran tingg . Sistem levi baru ini bertujuan mengawal kemasukan pekerja asing tidak mahir kerana levi akan dibayar oleh majikan dan bukannya pekerja. Penetapan kadar levi adalah berasaskan kepada tiga prinsip, iaitu bayaran levi berkadar langsung dengan nisbah pekerja asing kepada jumlah pekerja, kadar akan meningkat setiap tahun, dan berbeza mengikut tahap kemahiran pekerja asing.

Meningkatkan Penyertaan Tenaga Kerja

Arah aliran isi rumah dengan dua sumber pendapatan meningkatkan keperluan terhadap kaedah bekerja yang lebih fleksibel. Sehubungan ini, Kerajaan akan memperkenal Peraturan Kerja Separa Masa di bawah Akta Kerja 1955 dalam tempoh Rancangan. Inisiatif ini bertujuan menggalakkan penyertaan lebih besar dalam kalangan penduduk yang berada di luar tenaga kerja seperti suri rumah, pesara dan orang kurang upaya. Kaedah bekerja

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

dari rumah, teleworking, dan separa masa atau masa anjal akan digalakkan. Di samping itu, penyertaan tenaga kerja tempatan dapat ditingkatkan dengan memanfaatkan sepenuhnya golongan wanita di luar tenaga kerja. Oleh itu, langkah akan diambil untuk meningkatkan kadar penyertaan wanita dalam tenaga kerja daripada 46% pada tahun 2010 kepada 55% pada tahun 2015. Jangka hayat rakyat Malaysia kini setara dengan negara maju. Pelaksanaan dasar dan amalan bekerja secara fleksibel dan separa masa akan menggalakkan rakyat Malaysia yang bersara untuk terus menyumbang kepada ekonomi, terutama dalam sektor dan pekerjaan yang memerlukan kepakaran mereka.

Meningkatkan Kemahiran dan Keupayaan Tenaga Kerja Sedia Ada

Pada masa ini, hanya 28% daripada jumlah tenaga kerja di Malaysia bekerja dalam pekerjaan berkemahiran tinggi. Peratusan ini menunjukkan sebahagian besar tenaga kerja mempunyai tahap pencapaian akademik yang rendah. Peningkatan kemahiran dan latihan semula tenaga kerja sedia ada amat diperlukan ke arah meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai yang lebih tinggi. Kerajaan menyasarkan 33% tenaga kerja dalam kategori pekerjaan berkemahiran tinggi menjelang tahun 2015, dan 50% menjelang tahun 2020. Pencapaian matlamat ini memerlukan penglibatan yang lebih besar daripada sektor swasta.

Menggalakkan Perkongsian Kos Latihan

Liputan Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran akan diperluaskan untuk menggalakkan peningkatan kemahiran dan latihan semula tenaga kerja. Tabung ini akan memperluas bantuan kewangan daripada lepasan sekolah kepada pekerja. Menyedari bahawa tidak semua pekerja mampu untuk membiayai latihan, pinjaman pada kadar faedah yang rendah akan disediakan oleh Tabung ini untuk membiayai kos latihan peningkatan kemahiran. Sebanyak RM500 juta akan diperuntukkan untuk menyediakan pinjaman kepada pekerja, dan jumlah yang sama juga disediakan kepada lepasan sekolah. Enterpris kecil dan sederhana (EKS) memainkan peranan penting dalam memacu pertumbuhan ekonomi. Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp.) akan membantu dalam pembangunan EKS yang berkeupayaan dan berdaya tahan serta mampu bersaing di pasaran global. Di samping menyediakan kemudahan infrastruktur, bantuan kewangan, khidmat nasihat, akses kepada pasaran dan program sokongan yang lain, SME Corp. akan terus melaksanakan Program Peningkatan Kemahiran. Program ini bertujuan meningkatkan kemahiran dan keupayaan pekerja EKS di peringkat teknikal, penyeliaan dan pengurusan terutama dalam bidang kejuruteraan elektrikal dan elektronik, teknologi maklumat serta reka bentuk industri. Di bawah program ini, SME Corp. akan membiayai 80% daripada kos latihan yang ditanggung oleh majikan untuk melatih pekerja mereka di pusat latihan bertauliah. Perkongsian kos latihan akan dipergiatkan melalui peluasan liputan Tabung Pembangunan umber Manusia Berhad daripada 44 kepada 70 subsektor. Tabung ini adalah kumpulan wang yang disumbangkan melalui levi oleh majikan untuk melatih semula dan meningkatkan kemahiran pekerja mereka. Dalam tempoh Rancangan, sebanyak RM50 juta akan diperuntukkan bagi meneruskan pembiayaan geran sepadan untuk latihan dan peningkatan kemahiran pekerja EKS. Di samping itu, RM50 juta akan diperuntukkan untuk membiayai program perantisan yang melibatkan lebih 8,000 perantis. Peruntukan ini akan digunakan bagi membiayai elaun perantis dan yuran latihan vokasional. Kerajaan menggalakkan semua peringkat tenaga kerja untuk terus meningkatkan kelayakan dan keupayaan ke peringkat lebih tinggi. Dalam tempoh Rancangan, program akan diperkenal bagi menggalakkan penyertaan industri supaya bersama menaja pekerja mereka untuk melanjutkan pengajian ke program PhD perindustrian. Program ini akan melibatkan latihan dan penyelidikan projek berkaitan dengan pekerjaan serta berfokus kepada keperluan industri. Program ini akan dilaksana secara bersama oleh syarikat dengan universiti. Pendekatan ini akan menggalakkan inovasi dan perkongsian pengetahuan yang dapat menyumbang kepada pertumbuhan dan pembangunan enterpris, menjana pengetahuan baru di universiti, dan menggalakkan penyelidikan yang berkaitan dengan industri dalam negara. Bagi tujuan ini, sebanyak RM50 juta akan diperuntukkan. Di samping itu, Kerajaan akan meneruskan pelaksanaan program di bawah pakej rangsangan ekonomi 2009 dengan menyediakan peruntukan bagi membiayai sebahagian daripada kos pengajian di peringkat PhD di universiti tempatan. Sebanyak RM350 juta akan diperuntukkan dalam tempoh Rancangan yang akan memanfaatkan 5,000 pelajar PhD.

Menggerakkan Industri bagi Meningkatkan Kemahiran Tenaga Kerja

Penyediaan latihan secara langsung oleh syarikat dalam industri tertentu akan memastikan kandungan latihan menepati keperluan industri. Bagi tujuan ini, latihan vokasional akan diselaras dan diterajui oleh sektor swasta. Kerajaan akan mempergiat dan menggalakkan sektor swasta untuk membangunkan program latihan dalaman yang diiktiraf dan memperluas program tersebut dengan menyediakan latihan kepada pelatih yang bukan hanya terdiri daripada pekerja mereka bagi memenuhi keperluan industri. Kerajaan juga akan melaksanakan pendekatan pembiayaan tempat latihan bagi program latihan dalam bidang kemahiran khusus untuk sektor yang diberi keutamaan. Kursus ini akan dipersijilkan 242 sama ada di bawah Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia atau badan persijilan antarabangsa. Program Peningkatan Kemahiran Perindustrian (INSEP) merupakan program latihan untuk meningkatkan kebolehpasaran siswazah dalam bidang seperti kejuruteraan, ICT dan pengurusan. Program bridging ini dilaksanakan oleh 11 pusat pembangunan kemahiran negeri dengan kerjasama majikan. Tujuan program ini adalah untuk menyediakan siswazah yang baru tamat pengajian dengan kemahiran khusus dan kompetensi yang sesuai dengan keperluan industri untuk meningkatkan kebolehpasaran mereka. Kerjasama dalam pembangunan kerjaya dan bimbingan antara universiti dan industri akan digalakkan. Skim Pengurusan Kebolehpasaran Siswazah (GEMS) yang diuruskan oleh Jawatankuasa Syarikat Berkaitan Kerajaan Berprestasi Tinggi Putrajaya akan terus dilaksana dan diperluaskan bagi meningkatkan kebolehpasaran siswazah yang menganggur. Inisiatif ini bertujuan memudahkan pemadanan antara siswazah dengan majikan, melengkapkan siswazah dengan pengetahuan, kemahiran dan sikap yang menepati keperluan industri dan jawatan yang disasarkan, dan meningkatkan asimilasi serta integrasi siswazah dengan tempat kerja. Selain daripada syarikat berkaitan Kerajaan, program ini juga disertai oleh EKS, agensi Kerajaan dan syarikat swasta. Sejak inisiatif ini dimulakan pada bulan Mac 2009, GEMS telah berjaya melatih 5,000 siswazah. Program Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (RPL) bertujuan mengiktiraf pengalaman terdahulu dan kepakaran pekerja, serta menggalak dan memberi ganjaran terhadap pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan tenaga kerja akan diperluas. Program ini akan meningkatkan dengan ketara prospek kemajuan kerjaya tenaga kerja dengan menganugerahkan SKM kepada pekerja yang memperoleh pengetahuan, pengalaman dan kemahiran di tempat kerja tetapi tidak mempunyai latihan formal. Program ini dijangka memberi manfaat kepada lebih 60,000 pekerja setahun. Bantuan kewangan kepada pekerja untuk menjalani latihan bagi melayakkan mereka menerima SKM akan mula dilaksana pada tahun 2011. Di samping itu, bank kredit kemahiran akan ditubuhkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran untuk menyediakan pangkalan data bagi merekod latihan dan mempermudah persijilan tenaga kerja mahir.

Menaik Taraf dan Memperluas Akses kepada Kolej Komuniti

Sistem kolej komuniti di Malaysia menyediakan pendidikan lepasan menengah dalam pelbagai kursus teknikal dan vokasional mengikut Kerangka Kelayakan Malaysia. Kolej komuniti di seluruh negara yang berjumlah 59 buah memainkan peranan penting untuk menyediakan latihan peningkatan kemahiran dan latihan semula kepada masyarakat dalam pelbagai disiplin. Kolej ini juga menggalak pembelajaran sepanjang hayat kepada semua lapisan masyarakat dan kumpulan umur. Dalam tempoh Rancangan, Kerajaan akan memperkenal pendekatan yang lebih inovatif bagi kolej komuniti melalui pelaksanaan program modular yang membolehkan pelajar mengikuti pelbagai modul jangka pendek berasaskan keupayaan mereka. Modul boleh digabung untuk melayakkan pelajar dianugerahkan SKM. Hampir 70% daripada kandungan modul ini akan dilaksana secara latihan praktikal di industri atau di tempat kerja. Secara khususnya, program ini akan menyediakan peluang peningkatan kemahiran kepada pelajar yang cenderung kepada bidang teknikal atau vokasional tetapi tidak dapat melengkapkan 11 tahun pendidikan asas. Pendekatan modular yang lebih fleksibel ini akan menawarkan 135 kursus yang berlainan menjelang tahun 2015 berbanding dengan 52 pada tahun 2010. Sasaran jumlah enrolmen kolej komuniti akan meningkat daripada 31,000 pelajar pada tahun 2010 kepada 120,000 pelajar menjelang tahun 2014.

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

Menarik dan Mengekalkan Modal Insan Berkepakaran

Globalisasi telah meningkatkan mobiliti modal insan berkepakaran ke negara perindustrian yang didorong oleh upah, suasana pekerjaan dan kualiti hidup yang lebih baik. Modal insan berkepakaran tinggi berupaya menyesuaikan diri di pelbagai suasana pekerjaan di seluruh pelusuk dunia. Terdapat banyak persaingan untuk menarik dan mengekalkan modal insan berkepakaran tinggi ini. Usaha bersepadu akan diambil untuk meningkatkan daya tarikan Malaysia sebagai destinasi modal insan berkepakaran tinggi bagi warga tempatan dan asing. Malaysia juga akan secara aktif berusaha mendapatkan modal insan berkepakaran yang kritikal untuk negara.

Mempermudah Prosedur dan Menyedia Insentif Lebih Baik untuk Menarik Modal Insan Asing Berkepakaran

Kerajaan akan menambah baik prosedur semasa penggajian modal insan berkepakaran dari luar negara dengan mengurangkan kesulitan, peringkat pemprosesan dan bilangan agensi penguatkuasaan. Penambahbaikan ini bertujuan memudahkan prosedur pengeluaran permit kerja supaya lebih liberal selaras dengan amalan negara berpendapatan tinggi. Sehubungan ini, amalan semasa akan dikaji semula dan diselaraskan. Insentif dan suasana pekerjaan akan ditambah baik sebagai langkah meningkatkan lagi daya tarikan kepada modal insan asing berkepakaran. Langkah ini termasuk membenarkan modal insan asing berkepakaran bertukar kerja dengan persetujuan majikan yang didaftarkan, membawa pembantu rumah asing serta memberi kebenaran kepada pasangan untuk bekerja walaupun masih memegang pas tanggungan. Bagi meningkatkan fleksibiliti dan mobiliti modal insan asing berkepakaran, had masa visa pekerjaan akan dimansuhkan kepada mereka yang berpendapatan melebihi RM8,000 sebulan. Visa terbuka akan dikeluarkan kepada profesional asing yang berkemahiran tinggi tanpa dikaitkan atau disyaratkan bekerja dengan syarikat atau majikan tertentu. Mereka juga dibenarkan membeli unit kediaman yang berharga RM250,000 dan ke atas. Malaysia amat memerlukan peningkatan kemasukan modal insan asing berkepakaran dalam sektor perkhidmatan profesional untuk menampung kekurangan modal insan tempatan. Sehingga kini, Pertubuhan Negara negara Asia Tenggara (ASEAN) telah memeterai Peraturan Pengiktirafan Bersama bagi pengamal kejuruteraan, kejururawatan, seni bina, perubatan dan pergigian. Manakala, Rangka Kerja ASEAN Mengenai Peraturan Pengiktirafan Bersama bagi pengamal ukur bahan dan perakaunan telah ditandatangani. Usaha akan dilaksana dengan mengambil kira objektif bagi mempermudah mobiliti golongan profesional ASEAN. Menjelang tahun 2015, di bawah Perjanjian Rangka Kerja ASEAN bagi Perkhidmatan (AFAS), Malaysia bersama negara anggota ASEAN yang lain akan meliberalisasi kemasukan golongan profesional. Pembangunan industri perkhidmatan di Malaysia dapat dipertingkatkan sekiranya Malaysia berupaya menarik lebih ramai modal insan berkepakaran dalam sektor perkhidmatan profesional dari negara ASEAN yang lain.

Menjadikan Bandar Lebih Menarik kepada Modal Insan Berkepakaran

Kualiti hidup sesebuah bandar merupakan faktor utama bagi modal insan berkepakaran di peringkat global memilih destinasi untuk tinggal dan bekerja. Kuala Lumpur merupakan bandar ke-11 di Asia yang selesa untuk didiami, dan berpotensi untuk menjadi antara lima bandar terbaik. Secara umumnya, Kuala Lumpur berada dalam kedudukan istimewa sebagai bandar raya yang sangat selesa dan kosmopolitan yang merupakan mikrokosma kepada Asia. Bagi menarik modal insan berkemahiran dari luar negara, Kuala Lumpur akan digambarkan sebagai sebuah bandar raya bagi mereka yang mengutamakan kualiti dan kepelbagaian gaya hidup, bercirikan alam semula jadi, kaya dengan budaya, dan metropolis moden dengan infrastruktur canggih. Di samping itu, usaha bersepadu akan dilaksana untuk menjadikan bandar raya lain seperti Georgetown, Johor Bahru, Kuching dan Kota Kinabalu lebih menarik dan selesa untuk didiami. Inisiatif yang akan dilaksana di bandar raya tersebut termasuk peluasan ruang terbuka seperti taman, dataran awam dan laluan pejalan kaki, memulihkan waterfronts dan memperindah lokasi kesenian dan kebudayaan serta meningkatkan tahap keselamatan, kecekapan pengangkutan dan perkhidmatan penjagaan kesihatan.

Mewujudkan Kesinambungan Pembangunan Modal Insan Berkepakaran untuk Masa Hadapan

Walaupun pelbagai inisiatif telah diambil bagi menarik modal insan berkemahiran dari luar negara, mereka yang masih berada dalam sistem pendidikan belum dimanfaatkan sepenuhnya. Pelajar asing yang belajar di universiti tempatan, terutama dalam bidang kritikal merupakan potensi sumber modal insan berkemahiran. Bagi mengekalkan pelajar ini, prosedur sedia ada yang 246 mewajibkan mereka kembali ke negara asal sebaik sahaja tamat pengajian akan dikaji semula bagi memudahkan mereka bekerja di Malaysia, terutama dalam pekerjaan kritikal yang terpilih. Biasiswa akan diberi kepada pelajar terbaik dari seluruh dunia untuk melanjutkan pengajian di peringkat pasca siswazah dan pasca kedoktoran di Malaysia dalam bidang kritikal yang spesifik selaras dengan keperluan negara. Sebaik menamatkan pengajian, mereka akan diberi peluang untuk bekerja di Malaysia. Mereka yang memilih untuk tinggal dan bekerja di Malaysia akan meningkatkan bilangan modal insan berkepakaran. Dalam tempoh Rancangan, 5% daripada pelajar terbaik Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia akan disediakan biasiswa untuk melanjutkan pengajian di universiti tempatan setiap tahun. Kerajaan juga akan mengenal pasti pelajar terbaik Malaysia yang sedang belajar di universiti terbaik di luar negara dan akan menyediakan biasiswa bagi membiayai yuran pengajian tahun akhir dengan syarat mereka kembali ke tanah air. Di samping itu, langkah akan diambil untuk memastikan rakyat Malaysia yang belajar di luar negara dengan biasiswa kembali ke Malaysia sebaik sahaja menamatkan pengajian mereka.

Penglibatan Diaspora Rakyat Malaysia

Kepelbagaian dan saiz komuniti rakyat Malaysia di luar negara adalah aset unik yang boleh dimanfaatkan untuk melonjakkan Malaysia ke arah ekonomi berpendapatan tinggi. Dianggarkan lebih daripada 700,000 rakyat Malaysia bekerja dan tinggal di luar negara, kebanyakan daripada mereka adalah profesional berkemahiran tinggi. Kerajaan akan mengambil usaha yang tekal untuk mengenal pasti rakyat Malaysia yang berbakat di luar negara, untuk terlibat dengan mereka dan mendorong mereka menyumbang kepada negara melalui tindakan berikut:• Mengekalkan hubungan. Diaspora Malaysia akan dilibatkan secara aktif dalam membina dan memperkukuh hubungan mereka dengan Malaysia. Kerajaan secara aktif akan mengenal pasti, mempertemu dan membentuk jaringan. Pangkalan data diaspora yang lengkap mengandungi maklumat seperti pakar dalam sektor ekonomi utama dan latar belakang kemahiran akan diwujudkan dan diselenggara supaya mereka dilibatkan dalam bidang bersesuaian; • Mengesah dan mengiktiraf sumbangan. Anugerah dan acara yang bersesuaian akan diwujudkan untuk mengiktiraf dan meraikan pencapaian penting ahli komuniti diaspora Malaysia. Di samping itu, persatuan diaspora Malaysia akan diwujudkan bagi menyediakan peluang rangkaian melalui saluran atas talian dan pertemuan bersemuka di bandar raya yang menjadi tumpuan rakyat Malaysia di luar negara untuk menyediakan aktiviti dan peluang yang lebih besar untuk mereka menyumbang kepada negara;

•Mendapatkan idea dan nasihat. Dialog berkala akan diwujudkan antara wakil Kerajaan dengan diaspora Malaysia di bandar raya utama yang membolehkan ahli diaspora bertukar idea dan memberi input untuk penggubalan dasar terutamanya yang berkaitan teknologi dan perindustrian. Di samping itu, diaspora Malaysia terkemuka akan diiktiraf sebagai autoriti dalam bidang tertentu seperti sektor ekonomi yang utama. Mereka ini akan dirujuk dan ditawarkan untuk menganggotai lembaga penasihat; dan • Sumber pelaburan modal. Kerajaan akan menggalak diaspora Malaysia untuk melabur di Malaysia. Mengambil kira kepakaran mereka, diaspora akan ditawar untuk melabur dalam projek khusus dengan kerjasama entiti perniagaan tempatan atau agensi sektor awam melalui usaha sama.

Menubuhkan Talent Corporation bagi Membekalkan Negara dengan Modal Insan Berkepakaran yang Diperlukan

Usaha menarik pelaburan telah dijalankan oleh Lembaga Kemajuan Pelaburan Malaysia dengan jayanya, tetapi tiada agensi yang bertanggungjawab dalam menarik modal insan berkepakaran yang bertaraf dunia bagi

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

merapatkan jurang kemahiran serta membekalkan modal insan yang sangat diperlukan dari dalam dan luar negara. Oleh itu, Talent Corporation (TC) akan ditubuhkan pada tahun 2011 di bawah Jabatan Perdana Menteri dengan mandat untuk menarik, memotivasi dan mengekalkan modal insan berkemahiran yang diperlukan bagi mencapai status ekonomi berpendapatan tinggi. TC akan mempunyai tiga peranan utama: • Sebagai pemangkin. TC akan meneraju dan memacu inisiatif dalam usaha untuk menarik dan membangunkan modal insan berkepakaran bertaraf dunia melalui pengurusan modal insan berkepakaran kebangsaan dengan kerjasama sektor awam dan swasta. Inisiatif ini merangkumi usaha untuk melibatkan diaspora Malaysia, 248 mengenal pasti dan mengumpul modal insan berkepakaran yang berpotensi, dan mencungkil bakat dan mempergiat pembangunan pemimpin pelapis; • Sebagai pemudah cara. TC akan membantu industri dan sektor swasta dalam mewujud, memotivasi dan mengekalkan modal insan berkemahiran. Pihak berkepentingan dari pelbagai agensi dan syarikat akan diketemukan untuk mewujudkan keselarasan dan koordinasi kukuh kepada pengurusan modal insan berkepakaran kebangsaaan. Di samping itu, peranan ini akan dilengkapkan melalui penyediaan insentif dan sokongan untuk menghubung dan mengagih modal insan berkepakaran; dan • Sebagai penyampai. TC akan bertanggungjawab memastikan inisiatif utama negara tentang pembangunan modal insan di semua peringkat dilaksanakan bagi membangunkan dan mengekalkan modal insan berkepakaran di Malaysia dan merapatkan jurang yang besar serta menangani halangan dalam pembangunan modal insan berkepakaran. TC juga akan bertanggungjawab terhadap pelaksanaan program dan mengenal pasti program dan menilai kesan inisiatif utama pembangunan modal insan berkepakaran. Rangka Tindakan Modal Insan Berkemahiran Kebangsaan yang bersepadu akan dibangunkan oleh TC dengan kerjasama sektor awam dan swasta pada tahun 2011. Rangka tindakan ini akan mengenal pasti dan membuat unjuran keperluan modal insan berkepakaran dalam sektor ekonomi utama dari semasa ke semasa, dan membangunkan inisiatif yang khusus bagi mempercepat bekalan modal insan berkepakaran yang kritikal. Rangka tindakan tersebut akan: • Menyediakan analisis menyeluruh bagi menangani isu modal insan berkepakaran bermula daripada peringkat prasekolah hingga persaraan, dan akan dipacu oleh permintaan dengan kerjasama industri bagi memastikan kesesuaiannya dengan keperluan pasaran dan ekonomi berasaskan pengetahuan; dan • Mengandungi maklumat terperinci mengenai keseluruhan peringkat pembangunan modal insan bagi memenuhi keperluan sektor yang diberi keutamaan dan Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEAs), jurang permintaan dan penawaran modal insan semasa an pada masa akan datang serta portfolio inisiatif bersepadu untuk memastikan program dilaksana dan ditadbir urus dengan berkesan. Selaras dengan peningkatan persaingan modal insan berkepakaran di peringkat global, langkah yang proaktif diperlukan bukan sahaja untuk menarik, malahan untuk mengenal pasti modal insan asing yang berkemahiran. Pendekatan yang akan diambil adalah sama seperti pendekatan untuk menarik pelaburan langsung asing. TC akan bekerjasama dengan Jabatan Imigresen dan perwakilan Malaysia untuk merancang dan melaksana strategi secara giat untuk menarik modal insan asing dan diaspora Malaysia, terutama mereka yang berkepakaran dalam sektor ekonomi yang diberi keutamaan atau bakal siswazah dari universiti terkemuka dunia. Di samping usaha mengadakan roadshow dan festival kerjaya, Kerajaan akan melatih, mengenal pasti dan menarik modal insan asing berkepakaran tinggi bagi memenuhi kekurangan kemahiran dan pengetahuan tertentu di Malaysia. Program menarik dan mengekalkan modal insan sedia ada seperti Program Menggalak Warga Negara Malaysia yang Berkepakaran yang Bekerja Di Luar Negara Pulang Ke Malaysia dan Program Brain Gain akan digabungkan di bawah TC dan diperkukuh untuk memastikan penyelarasan yang lebih baik, lebih fokus dan memberi impak yang lebih besar. Insentif di bawah program ini akan dikaji semula dan diperluas untuk menjadikannya lebih menarik bagi kumpulan modal insan berkepakaran tinggi yang disasarkan di luar negara.

KESIMPULAN

Pembangunan modal insan merupakan elemen asas dan kritikal dalam mentransformasikan ekonomi Malaysia daripada negara berpendapatan sederhana kepada negara berpendapatan tinggi. Untuk mencapai daya saing yang tinggi di peringkat global dan ekonomi berasaskan inovasi, pendekatan yang sistematik dan menyeluruh untuk membangun, menarik dan mengekalkan modal insan berkepakaran tinggi negara diperlukan. Malaysia perlu merapatkan jurang untuk mencapai modal insan berkepakaran bertaraf dunia. Kerajaan akan

melaksanakan perubahan menyeluruh di setiap tahap pembangunan modal insan sepanjang kitaran hayat, iaitu daripada menambah baik pendidikan awal kanak kanak sehingga peningkatan kemahiran tenaga kerja sedia ada. Pembangunan dan pengukuhan kualiti guru akan diberi tumpuan untuk meningkatkan pencapaian pelajar. Sekolah dan pengetua akan dipertanggungjawab terhadap pencapaian pelajar serta diberi lebih bantuan dan autonomi sewajarnya. Dalam tempoh Rancangan, lebih penekanan akan diberi kepada latihan kemahiran bagi memastikan negara dapat membentuk modal insan yang memenuhi keperluan industri, meningkatkan produktiviti dan rantaian nilai ekonomi yang lebih tinggi. Pendidikan teknikal dan latihan vokasional akan diarusperdanakan, dan pendidikan tertiari akan dinaik taraf dengan ketara melalui pemberian autonomi yang lebih besar dan pengurusan berprestasi tinggi dengan matlamat ke arah meningkatkan kebolehpasaran siswazah dan mobiliti kerja. Dalam tempoh Rancangan, sumber akan ditumpukan kepada usaha untuk membangun serta mengekalkan modal insan terbaik bertaraf dunia. TC akan ditubuhkan dengan mandat utama untuk mengenal pasti dan membekal modal insan berkepakaran tinggi yang amat diperlukan oleh sektor ekonomi utama bagi memastikan aspirasi negara tercapai. Pada masa yang sama, usaha yang lebih gigih diambil untuk memastikan akses yang saksama kepada peluang meningkatkan kemahiran dan menyokong golongan yang amat memerlukan. Sehubungan ini, inisiatif latihan kemahiran akan ditumpukan kepada isi rumah 40% terendah serta program penambahbaikan sekolah dan inisiatif LINUS dilaksana bagi merapatkan jurang pencapaian bagi pelajar yang ketinggalan dalam pembelajaran dan meningkatkan pencapaian sekolah berprestasi rendah. Langkah ini akan memastikan setiap pelajar di Malaysia boleh berjaya. Modal insan berkemahiran tinggi merupakan asas terpenting bagi mencapai ekonomi berpendapatan tinggi. Membangun dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia untuk Malaysia amat memerlukan usaha yang tekal, terselaras dan berfokus supaya kepelbagaian dapat dimanfaatkan ke peringkat antarabangsa serta untuk memupuk, menarik dan mengekalkan modal insan berkemahiran tinggi di Malaysia.

B : Isu Semasa Pendidikan

2.1 : Wang Bantuan RM100 Kepada Pelajar

Wang Bantuan RM100 kepada Pelajar tahun 2012 dari Kementerian Pelajaran Malaysia

Wang bantuan RM100 ini diberikan lanjutan daripada janji kerajaan pada Bajet Negara yang dibentangkan pada 7 Oktober 2011 yang lalu oleh YAB Perdana Menteri Malaysia.

Matlamat pemberian wang bantuan

Matlamat pemberian wang bantuan rm100 ini ialah meringankan beban ibubapa yang terpaksa menanggung beban mengeluarkan perbelanjaan lebih bagi membeli perlatan-peralatan sekolah dan pakaian untuk anak-anak yang bakal memulakan persekolahan pada bulan Disember 2011

Siapa yang layak terima?

Wang bantuan rm100 ni layak diterima oleh ibu bapa pelajar daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Setiap pelajar akan menerima rm100 setiap seorang. Pelajar-pelajar yang layak menerima bantuan rm100 ini ialah mereka yang bersekolah di Sekolah Kerajaan, Sekolah Bantuan Kerajaan,Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Persendirian yang berdaftar dengan Kerajaan dan Sekolah Agama Negeri.

Bila wang bantuan rm100 mula dibayar

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

Ianya mula dibayar mulai 15 November 2011 dan akan berakhir pada tarikh yang akan diumumkan oleh kerajaan kelak.

Bagaimana wang ini dibayar

Wang bantuan ini dibayar dengan cara tunai kepada ibu bapa. Pihak sekolah akan mengeluarkan borang akuan penerimaan/penolakan dan setelah diisi ibu bapa perlu mengembalikannya kepada pihak sekolah.

Tanggungjawab pihak sekolah mengagihkan wang bantuan

Pelajar-pelajar yang layak menerima wang bantuan perlulah dikenalpasti dan disenaraikan . Pembayaran hendaklah dilakukan secara tunai kepada ibubapa setelah wang dikeluarkan daripada

Bank Simpanan Nasional. Wang bantuan tidak boleh diberikan dalam apa-apa bentuk seperti cek, wang pos, baucar atau lain-

lain kecuali tunai sahaja. Wang bantuan hendaklah diberikan kepada pelajar-pelajar yang layak menerima dalam tempoh 14

hari bekerja daripada tarikh wang tersebut diterima oleh pihak pentadbiran sekolah-sekolah. Pihak sekolah hendaklah memastikan ibu bapa yang telah menerima wang bantuan rm100

menurunkan tandatangan di dalam borang Akuan Penerimaan/Penolakan Bantuan dan proses ini hendaklah disaksikan oleh oleh 2 orang guru sekolah

2.2 : Pemberian Baucar RM200 Kepada Pelajar IPTA, IPTS Dan Politeknik

Kementerian Pengajian Tinggi ingin memaklumkan pelaksanaan pemberian baucar buku bernilai RM200 yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri semasa Pembentangan Bajet 2012 kepada pelajarIPTA, IPTS, Politeknik, Matrikulasi/Asasip Sains dan pelajar Tingkatan 6, seperti berikut:

Semua pelajar warga negara Malaysia yang berdaftar sebagai pelajar aktif di IPTA, IPTS dan Politeknik mengikuti pengajian pada peringkat Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan Ph.D,matrikulasi/asasi dan pengajian persediaan termasuk pelajar diTingkatan 6 secara sepenuh masa dan separuh masa di institusi pengajian tinggi dalam negeri pada Januari 2012 layak mendapat baucar buku bernilai RM200.

Pengagihan baucar buku kepada pelajar-pelajar dibuat melaluiIPTA, IPTS, Politeknik dan sekolah masing-masing dalam bulanJanuari 2012. Sila hubungi IPT dan sekolah masing-masing untuk untuk mengambil baucar berkenaan.

Semua IPT telah menyediakan senarai nama pelajar, bersertaNombor Kad Pengenalan dan Nombor Metrik / NomborPendaftaran mereka yang layak. Pelajar perlu memastikan nama, no. kad pengenalan dan cop IPT masing-masing diisikan padasetiap keping baucar yang bernilai RM50.00 setiap keping.

Baucar buku boleh ditebus di semua kedai buku yang menyertai program ini dan penyertaan kedai buku adalah terbuka kepada semua.

Baucar ini adalah untuk pembelian buku – buku akademik, jurnal, majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran berdasarkan keperluan IPT masing-masing;

Tuntutan bayaran balik baucar akan dibuat oleh kedai buku terus kepada Bank Simpanan Nasional (BSN).

Tuntutan hanya boleh dilakukan sehingga 30 April 2012;

Tempoh masa sah laku baucar buku ini adalah selama tiga bulan mulai daripada 1 Januari hingga 31 Mac 2012.

Pelajar tidak dibenarkan sama sekali menebus baucar buku ini dengan wang tunai.

2.3 : Isu Penempatan GSTT

ISU PENEMPATAN GSTT

7,079 GSTT ke jawatan tetap

PUTRAJAYA: Seramai 7,079 daripada 13,184 Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) di seluruh negara akan diserapkan dalam jawatan tetap selepas mengikuti kursus perguruan di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) terpilih, mulai Januari ini. Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong, berkata langkah itu membuktikan komitmen Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, untuk menyelesaikan isu membabitkan 13,184 guru GSST di seluruh negara.

Beliau berkata, sebenarnya seramai 1,799 daripada 13,184 guru GSTT terbabit sedang mengikuti latihan perguruan menerusi mod kursus dalam cuti (KDC) di IPGM di seluruh negara sejak beberapa bulan lalu.

“Bagaimanapun, pada hari ini (semalam), kita memutuskan untuk memberi peluang kepada 7,079 guru GSTT mengikuti latihan perguruan di IPTA dan IPGM di seluruh negara mulai Januari depan.

“Ia dilakukan selepas proses saringan permohonan daripada GSTT menerusi kaedah penyerapan di bawah Skim Perkhidmatan Pelajaran selesai,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat khas berhubung isu GSTT di pejabatnya, di sini, semalam.

Beliau berkata, daripada jumlah berkenaan, 4,433 GSTT akan mengikuti kursus Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah KPLI (DPLI) di IPTA (mulai Februari 2012). “Selebihnya akan mengikuti kursus menerusi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) serta Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) di IPGM di seluruh negara mulai 9 Januari depan,” katanya.

Mengulas lanjut, Ka Siong berkata, kementerian menolak 2,788 permohonan lain kerana GSTT terbabit gagal mengemukakan maklumat lengkap atau dokumen asal ketika menghadiri temu duga sebelum ini.

Bagaimanapun, katanya, kementerian bersedia memberi peluang membenarkan guru terbabit membuat rayuan dengan mengemukakan permohonan lengkap bersama salinan sijil asal yang sudah disahkan untuk pertimbangan semula kementerian sebelum tarikh tutup pada 26 Disember ini.

“Kementerian juga menolak permohonan 2,012 calon lain kerana tidak memenuhi syarat minimum iaitu berkhidmat sebagai GSTT sekurang-kurangnya dua tahun berturut-turut.

“Selebihnya, 916 permohonan lagi ditolak kerana berumur lebih 35 tahun iaitu melebihi had ditetapkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA),” katanya.

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

2.3 : Majlis Bahasa Inggeris

2.4 : Kementerian Kaji Wujud GPK Pendidikan Islam Di Sekolah

2.5 : Majlis Pelancaran Transformasi Pendidikan Vokasional

MAJLIS PELANCARAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN VOKASIONAL TEKS UCAPANYAB TAN SRI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSINTIMBALAN PERDANA MENTERIMERANGKAP MENTERI PELAJARAN MALAYSIA

MAJLIS PELANCARAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN VOKASIONALBERTEMPAT DI GERMAN-MALAYSIA INSTITUTE

PADA 06 JANUARI 2012

Assalamu'alaikum warahmatullahi wa barakatuh, salam sejahtera dan salam 1Malaysia.

Yang Berhormat Menteri-Menteri dan Timbalan Menteri, Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian

Yang Berbahagia Dato Sri Abd Ghafar bin Mahmud, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.

Ketua-Ketua Jabatan,

Dif-Dif Kehormat, Dato'-Dato', Datin-Datin,

Tuan-Tuan, Puan-Puan,

Seterusnya para hadirin yang dihormati sekalian

1. Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah izin dan kurniaNya, kita dapat berhimpun dalam satu majlis bersejarah yang menandakan permulaan

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

transformasi pendidikan vokasional, selaras dengan agenda yang telah digariskan dalam Rancangan Malaysia Ke Sepuluh iaitu mengarusperdanakan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan perhargaan kepada pihak penganjur dan tuan rumah iaitu German Malaysia Institut (GMI) kerana dapat menjayakan majlis yang amat bermakna ini.

2. Aspirasi Program Transformasi Kerajaan dan Model Baru Ekonomi yang berteraskan pendapatan tinggi, keterangkuman dan kemampanan berhasrat untuk merealisasikan ‘High Income Economy' atau Ekonomi Berpendapatan Tinggi. Dalam Model Baru Ekonomi yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato` Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, dinyatakan bahawa kejayaan melahirkan modal insan yang berkeupayaan untuk berinovasi dan meneroka bidang-bidang baharu bagi menjana kekayaan negara merupakan faktor yang kritikal, bagi menentukan pencapaian kemajuan dan kemakmuran masa depan negara Malaysia. Pertumbuhan ekonomi nasional menuntut peningkatan bilangan graduan dalam bidang teknikal dan vokasional.

Dato’-dato’, Datin-datin, Tuan-tuan dan Puan-puan

3. Dalam memenuhi aspirasi ini, pendidikan vokasional adalah laluan yang penting ke arah melahirkan modal insan yang berkemahiran tinggi, berpengetahuan, berinovatif dan mampu menghadapi saingan pada peringkat serantau dan juga global serta relevan dengan keperluan semasa. Dalam hal ini, penekanan terhadap penambahbaikan kualiti Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional adalah sangat penting seterusnya menyumbang kepada mencapai hasrat negara berpendapatan tinggi. Peningkatan kemahiran secara berterusan perlu dilaksana bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan. Sehubungan itu, sistem latihan kemahiran dan jalinan usahasama dengan pihak industri perlu diperkukuhkan supaya lebih responsif dan menepati keperluan serta perkembangan ekonomi negara. Untuk itu, peranan yang dinamik dari pihak yang terlibat menjadi faktor penting dalam melahirkan tenaga kerja yang kompetitif dan berdaya saing. Tugas yang paling mencabar ialah menghasilkan tenaga kerja yang dapat memenuhi kehendak industri tempatan iaitu sekurang-kurangnya 3.3 juta pekerja mahir dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Para hadirin sekalian,

4. Kementerian Pelajaran telah mengambil langkah proaktif sejak tahun 2009 lagi dengan melihat pelaksanaan pendidikan teknikal dan vokasional di negara maju dan negara serantau. Kadar purata enrolmen pelajar aliran teknikal dan vokasional di peringkat menengah atas bagi negara Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan ( OECD ) adalah 44%, berbanding hanya 10% di Malaysia. Jika kita melihat kepada negara-negara maju, pendidikan teknikal dan vokasional dianggap sebagai satu kekuatan utama dalam sistem pendidikan di semua negara ini. Sebagai contoh, di Jerman, Finland dan Austria, hampir 50 peratus hingga 80 peratus pelajarnya mengikuti pendidikan vokasional di peringkat menengah atas melalui program sepenuh masa (4 -5 tahun) dan program apprenticeship. Malahan di negara tersebut, pelajar-pelajar diberi pilihan untuk mengikuti pendidikan vokasional pada peringkat umur 14 tahun lagi. Di negara-negara serantau seperti Indonesia dan Thailand, enrolmen pelajar yang mengambil aliran ini di peringkat menengah atas mejangkau 40 hingga 60 peratus. Dalam pada itu, pendidikan vokasional di sekolah luar negara juga melibatkan On The Job Training bagi menghasilkan tenaga kerja kepada industri. Apabila tamat pengajian, pelajar mereka dianugerahkan sekurang-kurangnya sijil dan ada negara yang menawarkan sehingga peringkat diploma.

5. Melihat kepada perkembangan yang berlaku di negara maju dan negara serantau, pendidikan vokasional di Malaysia perlu dibuat perubahan besar dan segera. Jika ini tidak dilakukan, kita bimbang negara kita tidak kompetitif di peringkat global dan terus ketinggalan. Kejayaan perlu diukur bukan hanya kepada pencapaian dalam bidang akademik, tetapi definisi baru kejayaan ialah melalui bidang teknikal dan vokasional.

Dato’-dato’, Datin-datin, Tuan-tuan dan Puan-puan

6. Pendidikan vokasional di Malaysia pada masa ini sedang menuju ke arah konsep Pendidikan Untuk Semua

( Education For All ) seperti yang digariskan oleh UNESCO. Program Pendidikan Asas Vokasional ( PAV ) yang dibentuk bertujuan untuk memberi pilihan alternatif kepada murid yang cenderung kepada pendidikan bercorak hands-on dan berasaskan pekerjaan (work-based) dari peringkat menengan rendah lagi sehingga ke tahap kolej vokasional (KV) atau Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dan Swasta ( ILKS ). Sebanyak 15 buah sekolah menengah vokasional di setiap negeri telah dinaik taraf menjadi KV rintis pada tahun 2012 seperti yang disebutkan tadi. Dengan terlaksananya transformasi ini, maka aliran vokasional tidak boleh lagi dianggap sebagai pendidikan kelas kedua kerana pelajar-pelajar yang keluar nanti adalah pekerja mahir yang mempunyai kebolehpasaran kerja yang tinggi.

Hadirin sekalian,

7. Transformasi pendidikan vokasional merupakan usaha merekayasa kurikulum, institusi, pengajaran dan pembelajaran, pentaksiran, tadbir urus dan sumber manusia sehingga terbina sistem pendidikan vokasional yang baharu. Proses dilaksana menerusi lima strategi, lima inisiatif dan sebelas tindakan. Perkara ini dinyatakan dengan jelas dalam Buku Pelan Strategik Transformasi Pendidikan Vokasional yang akan dilancarkan sebentar lagi.

8. Lima strategi utama ini merangkumi: - Transformasi kurikulum pendidikan vokasional - Transformasi institusi pendidikan vokasional - Kolaborasi dengan rakan strategik dalam industri - Transformasi pentaksiran pendidikan vokasional. - Transformasi organisasi pendidikan vokasional.

9. Dalam usaha memastikan latihan kemahiran memenuhi keperluan industri, Kementerian amat menggalakkan sebarang bentuk jalinan kerjasama (MoU) antara institusi latihan KPM (PAV dan KV) dengan industri kerana dengan adanya perkongsian teknologi dan kepakaran ini secara tidak langsung dapat memantapkan lagi proses pembelajaran dan latihan para pelajar untuk menempuhi alam pekerjaan yang sebenar. Maka pada hari ini akan termeterai perjanjian persefahaman (MOU) di antara KPM dengan 11 rakan strategik iaitu industri, agensi awam, swasta serta IPTA dan IPTS. Syabas diucapkan kepada agensi awam, swasta serta IPTA dan IPTS yang terlibat.

10. Ini merupakan langkah permulaan. Saya percaya selepas ini lebih banyak agensi awam, swasta dan industri akan tampil ke hadapan untuk sama-sama terlibat dalam proses transformasi pendidikan vokasional yang sedang berlaku. Kerjasama pihak industri dalam menyediakan latihan kemahiran amat penting agar latihan melalui "work based learning" dapat diperolehi oleh pelajar. Kepakaran dan kemudahan yang ada pada kedua belah pihak dapat dikongsi bersama serta boleh mengelakkan berlakunya ketidaksesuaian bidang pekerjaan antara industri dengan institusi latihan kemahiran.

11. Di samping itu, amalan standard kualiti persekiran tempat kerja melalui konsep 5S yang berasal dari Jepun iaitu sisih, sapu, susun, seragam dan selalu amal juga telah mula diperkenalkan di sekolah menengah teknik dan vokasional oleh Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2009. Pelaksanaan konsep 5S perlu menjadi budaya dalam pengurusan tempat kerja terutama di bengkel-bengkel dan juga pejabat bagi mewujudkan suasana kerja yang kondusif dan pengurusan kerja yang lebih teratur. Inisiatif ini juga merupakan langkah ke arah transformasi persekitaran kolej vokasional supaya amalan budaya bekerja yang berkualiti diterapkan kepada pelajar KV. Kita mengharapkan graduan KV akan mengamalkan budaya ini apabila mereka bekerja atau menjalankan perniagaan nanti. Saya difahamkan 8 buah sekolah akan menerima Sijil 5S dari Malaysia Trodiction Council (MPC) pada hari ini. Sayabas diucapkan.

12. Akhir sekali saya sekali lagi mengucapkan syabas dan tahniah kepada Kementerian Pelajaran Malaysia, kementerian dan agensi-agensi lain dalam usaha menjayakan transformasi pendidikan vokasional ini. Kepada seluruh warga Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, KPM, SMT/V dan Kolej Vokasional, saya

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

mengucapkan Selamat Maju Jaya, Tingkatkanlah usaha dan bekerjalah dalam satu pasukan untuk meningkatkan kecemerlangan pendidikan vokasional demi masa depan negara. Jadikanlah usaha ini sebagai agenda penting pembangunan modal insan negara yang kita cintai.

13. Dengan lafaz Bismillah-ir Rahman-ir Rahim, saya dengan sukacitanya merasmikan Majlis Pelancaran Transformasi Pendidikan Vokasional, Kementerian Pelajaran Malaysia..

Wabillahi al-Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Sekian, terima kasih.

C : Isu Semasa Negara

3.1 : Sistem Pemerintahan Malaysia ( YDP Agong, Kabinet, Komponen )

* Nota Peringatan ;Dalam sistem-sistem parlimen seperti sistem Westminster United Kingdom, Perdana Menteri ialah ketua kerajaan, manakala Ketua Negara (Raja, Ratu, Presiden, atau Gabernor Jeneral [de facto]) yang mungkin secara rasmi merupakan ketua eksekutif memainkan peranan istiadat. Malaysia = Perdana Menteri ialah KETUA KERAJAAN, manakala KETUA NEGARA ialah Yang Di-Pertuan Agong.

Dalam sistem pemerintahan Malaysia, terdapat tiga buah badan utama iaitu:-

• Badan Perundangan.Badan ini hanya membuat undang-undang dan tidak boleh menyerahkan kuasa ini kepada mana-mana pihak dan tidak boleh mempunyai kuasa lain;

• Badan Pemerintah.Badan ini hanya menjalankan kuasa eksekutif dan tidak boleh membuat undang-undang dan penghakiman; dan;

• Badan KehakimanBadan ini hanya menjalankan penghakiman dan tidak boleh membuat undang-undang atau menjalankan kuasa eksekutif. Ketiga-tiga badan ini mempunyai kuasa, bidang tugas dan peranan masing-masing. Namun begitu, Badan Perundangan dan Badan Pemerintah berkait antara satu sama lain kerana Malaysia mengamalkan sistem kerajaan di mana ahli-ahli Badan Perundangan adalah juga Badan Pemerintah. Contohnya, Jemaah Menteri bertanggungjawab kepada Badan Perundangan (Parlimen Malaysia). Badan Kehakiman sahaja merupakan sebuah badan berasingan dan bebas daripada politik, bagi menjamin keadilan di negara ini.

Amalan pengasingan kuasa antara tiga badan utama iaitu badan perundangan [legislative], pentadbiran [executive] dan kehakiman [judiaciary] yang dipraktikkan baik di peringkat pusat atau kerajaan negeri yang diamalkan selama ini berasaskan Perlembagaan seseungguhnya telah mengukuh dan melicinkan lagi urusan pemerintahan-pentadbiran negara semenjak merdeka.

KOMPONEN UTAMA DALAM SISTEM KERAJAAN MALAYSIA

Badan PerundanganBadan Perundangan (Parlimen Malaysia) memiliki kuasa menggubal undang-undang persekutuan dan juga negeri-negeri di dalamnya. Parlimen terdiri daripada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan dua Dewan, iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat.

Parlimen adalah badan kuasa perundangan untuk persekutuan yang membuat undang-undang yang boleh dikuatkuasakan di seluruh persekutuan. Parlimen juga mengawal kewangan kerajaan. Cukai-cukai dan kadar-kadar persekutuan boleh dinaikkan hanya dengan kuat kuasa Parlimen seperti yang dinyatakan dalam undang-undang persekutuan. Semua hasil yang diperoleh hendaklah dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Persekutuan Yang Disatukan dan semua wang hanya boleh dibelanjakan dengan kuasa Parlimen. Parti yang memenangi kerusi majoriti dalam pilihan raya umum dan dapat sokongan majoriti di Dewan Rakyat akan membentuk kerajaan. Pemimpin parti majoriti yang mendapat kepercayaan sebilangan besar ahli-ahli Dewan Rakyat dilantik sebagai Perdana Menteri.

Yang di-Pertuan AgongSeri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong merupakan Ketua Negara yang mengambil keutamaan mengatasi semua orang dalam persekutuan dan tidak boleh dikenakan dakwaan dalam apa-apa juga perbicaraan dalam mana-mana mahkamah. Yang di-Pertuan Agong dipilih oleh Majlis Raja-Raja mengikut peraturan yang termaktub dalam Jadual Ketiga Perlembagaan Persekutuan. Yang di-Pertuan Agong akan memegang jawatannya selama lima tahun kecuali baginda meletakkan jawatan atau dilucutkan jawatannya oleh Raja-Raja Melayu.

Sebagai ketua utama negara, baginda mempunyai kuasa eksekutif. Baginda berkuasa memanggil, membatalkan dan membubarkan Parlimen. Dalam melaksanakan kuasa, baginda mendapat nasihat daripada Jemaah Menteri. Yang di-Pertuan Agong boleh melaksanakan tiga perkara mengikut budi bicara baginda sendiri iaitu melantik Perdana Menteri, tidak mempersetujui pembubaran Parlimen dan meminta supaya diadakan mesyuarat Majlis Raja-Raja mengenai keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-Raja. Baginda juga mempunyai kuasa pengampunan bagi semua kesalahan yang dilakukan di dalam Wilayah Persekutuan dan kesalahan-kesalahan tertentu di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri. Baginda adalah Ketua Agama bagi Wilayah Persekutuan, Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.

Dalam Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong bertanggungjawab memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak. Selain memegang tampuk

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

tertinggi dalam Angkatan Tentera Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong juga berperanan menentukan rizab orang Melayu dan bumiputera, jawatan perkhidmatan, biasiswa, bantuan keistimewaan pendidikan atau latihan, kadar permit atau lesen dan juga mengisytiharkan darurat.

Dewan NegaraDewan Negara adalah Majlis Tertinggi yang berperanan membahaskan sesuatu rang undang-undang dengan lebih terperinci. Ia juga bertanggungjawab membincangkan perkara-perkara yang menjadi kepentingan umum. Mengikut Perkara 68, Perlembagaan Persekutuan, Dewan Negara tidak mempunyai kuasa menolak sesuatu rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat sebelum dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk diperkenankan. Walau bagaimanapun, Dewan Negara boleh menangguhkan pelaksanaan sesuatu rang undang-undang itu.

Dewan Negara mempunyai 70 orang ahli yang mana 44 orang dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong daripada warganegara yang pada pendapat baginda “telah berbakti dengan cemerlangnya atau telah mencapai taraf gemilang dalam perkhidmatan awam, perdagangan, perusahaan, pertanian, kegiatan kebudayaan, perkhidmatan masyarakat atau wakil-wakil kaum yang terkecil bilangannya atau yang boleh mewakili kepentingan Orang Asli”. Wilayah Persekutuan dianggotai oleh empat orang ahli iaitu dua orang ahli mewakili Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, seorang ahli mewakili Wilayah Persekutuan Labuan dan seorang ahli mewakili Wilayah Persekutuan Putrajaya juga dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Sebanyak 26 orang lagi dipilih oleh Dewan Undangan Negeri dari 13 buah negeri di Malaysia, iaitu tiap-tiap sebuah negeri mengemukakan dua orang Senator.

Seorang Yang di-Pertua Dewan dan Timbalannya dipilih terlebih dahulu bagi mengendalikan Persidangan Dewan dari kalangan ahli-ahli sendiri. Keanggotaan Dewan ini dihadkan kepada warganegara yang berumur 30 tahun ke atas. Tempoh jawatan seseorang Ahli Dewan Negara ialah tiga tahun dan Ahli Dewan Negara boleh dilantik untuk kali kedua dan memegang jawatan Senator bagi tempoh tiga tahun lagi. Hanya dua penggal sahaja dibenarkan bagi setiap Senator memegang jawatannya. Tempoh memegang jawatan sebagai Ahli Dewan Negara ini tidaklah terjejas dengan pembubaran Parlimen. Parlimen diberi kuasa oleh Perlembagaan untuk mengubah keahliah Dewan Negara, seperti menambah bilangan ahli-ahli dewan yang dipilih oleh Dewan Undangan Negeri menjadi tiga orang, memperuntukkan supaya ahli-ahli Dewan Negara itu dipilih oleh pengundi-pengundi, atau mengurangkan jumlah ahli-ahli Dewan Negara yang dilantik.

Dewan RakyatDewan Rakyat merupakan majlis khas untuk rakyat menyuarakan hasrat dan pendapat serta mendapatkan pembelaan menerusi wakil-wakil mereka. Ahli-ahli Dewan Rakyat dipilih secara langsung oleh rakyat keseluruhannya dalam pilihan raya umum. Yang di-Pertua dan Timbalannya dipilih oleh Dewan Rakyat. Namun demikian, terdapat pula satu syarat dalam perlembagaan yang membolehkan Yang di-Pertua dipilih dari luar Dewan Rakyat. Orang yang dipilih seperti ini dianggap sebagai ahli tambahan Dewan dan satu tambahan kepada ahli yang dipilih. Keanggotaan Dewan Rakyat dihadkan kepada warganegara yang berumur 21 tahun ke atas dan tidak boleh menjadi ahli Dewan Negara. Tempoh Dewan ini ialah lima tahun. Walau bagaimanapun, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkuasa, menurut kebijaksanaannya, untuk membubarkan Parlimen sebelum tempoh tersebut iaitu setelah memperoleh nasihat dari Perdana Menteri.

Ahli Dewan Rakyat pada masa ini ialah 222 orang yang mewakili kawasan pilihan raya di seluruh Malaysia. Pecahan kerusi Dewan Rakyat adalah 153 kerusi untuk negeri-negeri di Semenanjung, 25 kerusi untuk Sabah dan 31 kerusi untuk Sarawak, sementara Wilayah Persekutuan pula 13 kerusi iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (11 kerusi), Wilayah Persekutuan Labuan (1 kerusi) dan Wilayah Persekutuan Putrajaya (1 kerusi).

BADAN PEMERINTAH (EKSEKUTIF)

Badan pemerintah atau eksekutif merupakan badan yang bertanggungjawab melaksanakan kuasa-kuasa

eksekutif mengikut Perlembagaan dan undang-undang.

Mengikut Perkara 39, Perlembagaan Persekutuan, kuasa memerintah Persekutuan Malaysia adalah terletak pada Yang di-Pertuan Agong dan tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang persekutuan dan peruntukan Jadual Kedua, kuasa ini boleh dijalankan oleh Jemaah Menteri atau mana-mana Menteri yang diberi kuasa oleh Jemaah Menteri. Tetapi Parlimen boleh dengan undang-undang memberi tugas-tugas pemerintah kepada orang lain. Timbalan Yang di-Pertuan Agong adalah Timbalan Ketua Utama Negara. Apabila berlaku kekosongan disebabkan Yang di-Pertuan Agong tidak berupaya menjalankan tugas kerana sakit, tidak berada dalam Persekutuan Malaysia lebih daripada 15 hari atau kerana sebab-sebab lain maka Timbalan Yang di-Pertuan Agong bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas Yang di-Pertuan Agong.

Jemaah MenteriJemaah Menteri merupakan badan yang menjalankan kuasa eksekutif yang dipegang oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di bawah Perkara 43, Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik barisan Jemaah Menteri untuk menasihatkan baginda dalam hal ehwal menjalankan tugas-tugasnya. Jemaah Menteri hendaklah dilantik seperti berikut:

a) Yang di-Pertuan Agong hendaklah terlebih dahulu melantik seorang daripada ahli Dewan Rakyat yang pada pendapat baginda mendapat kepercayaan sebilangan besar daripada ahli-ahli Dewan itu sebagai Perdana Menteri untuk mengetuai Jemaah Menteri; dan

b) Atas nasihat Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik Menteri-menteri lain dalam kalangan ahli-ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Majlis Raja-RajaMajlis Raja-Raja mengandungi semua Raja Melayu dan Yang di-Pertuan Agong. Tugas majlis ini seperti yang tercatat dalam Perkara 38, Perlembagaan Persekutuan adalah untuk:-

• Memilih Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi Persekutuan mengikut peruntukan-peruntukan Jadual Ketiga, Perlembagaan Persekutuan;

• Mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa-apa perbuatan, amalan atau upacara agama meliputi seluruh persekutuan;

• Mempersetujui atau tidak mempersetujui apa-apa undang-undang dan membuat atau memberi nasihat mengenai apa-apa pelantikan yang menurut Perlembagaan memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja atau yang dikehendaki dibuat oleh atau selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja.

Badan Kehakiman Badan Kehakiman adalah badan ketiga dalam sistem kerajaan Malaysia. Kuasa kehakiman ini terletak pada Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah. Kuasa Kehakiman juga terletak pada Mahkamah Agung yang mempunyai kuasa tertentu seperti yang termaktub dalam Perkara 126, 128 dan 130 Perlembagaan Persekutuan.

Fungsi Badan Kehakiman

Fungsi Badan Kehakiman bergantung pada taraf mahkamah-mahkamah seperti Mahkamah Agung, Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah. Mahkamah Tinggi terdiri daripada dua buah, iaitu Mahkamah Tinggi Malaya – sebuah bagi Semenanjung Malaysia dan sebuah lagi bagi Sabah dan Sarawak (yang dahulunya dinamakan Borneo). Mahkamah Rendah di Semenanjung, Sabah dan Sarawak terdiri daripada Mahkamah Seksyen, Mahkamah Majistret dan Mahkamah Penghulu di Semenanjung manakala, Mahkamah Adat/Negeri di Sabah dan

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

Sarawak. Di samping itu, terdapat juga Mahkamah Juvana bagi membicarakan kanak-kanak dan mereka yang di bawah umur 18 tahun. Fungsi-fungsi ini dijalankan mengikut kuasa-kuasa yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan kepada mahkamah-mahkamah tersebut.

Pelantikan Hakim

Ketua Hakim Negara, Kedua-dua Hakim Besar Malaya dan Sabah dan Sarawak serta Hakim-hakim Besar Mahkamah Persekutuan dan Hakim-hakim lain Mahkamah Tinggi adalah dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang bertindak atas nasihat Perdana Menteri, selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja. Bilangan hakim di negara ini ditentukan oleh Perlembagaan Persekutuan meskipun keanggotaan mereka boleh diubah atas titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Malaysia juga merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi berasaskan kepada sistem Persekutuan. Sehubungan dengan itu, ia bermakna negeri-negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak , Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah telah bersetuju dengan konsep penubuhan Negara Malaysia.

Setiap negeri yang terbabit telah menyerahkan sebahagian kuasa masing-masing, seperti kewangan, pertahanan, pelajaran, luar negara dan lain-lain lagi seperti mana yang telah tercatat di dalam Perlembagaan Malaysia yang di tadbir oleh Kerajaan Pusat. Ada perkara-perkara yang dijadikan kuasa negeri dan negeri akan mentadbirkan kuasa.

Sebagai sebuah negara Raja Berperlembagaan, maka diperuntukan oleh Perlembagaan institusi Yang Di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu di sembilan buah negeri dan Majlis Raja-raja. Baginda adalah diberi kuasa untuk memelihara adat istiadat orang Melayu dan Pentadbiran Agama Islam di negeri masing-masing. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, dan Wilayah-wilayah Persekutuan.

Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong juga menjadi Kepala Utama Negara dan Baginda adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Negara. Baginda akan menjalankan tugas-tugas dibawah Perlembagaan mengikut nasihat Perdana Menteri atau Jemaah Menteri . Raja-raja pula menjadi Ketua Negeri masing-masing dan menjalankan tugas mengikut nasihat Menteri-menteri Besar atau Ketua-ketua Menteri.

Struktur Parlimen Malaysia

Parlimen Malaysia merupakan lambang struktur demokrasi Kerajaan dan mencerminkan aspirasi rakyat melalui perwakilan yang dipilih. Parlimen Malaysia yang merupakan badan penggubal undang – undang tertinggi negara terdiri daripada tiga komponen utama:

1. Yang Di-Pertuan Agong 2. Dewan Negara 3. Dewan Rakyat

Kini, keahlian Parlimen Kedua Belas bertambah kepada 70 ahli bagi Dewan Negara dan 222 ahli bagi Dewan Rakyat. Parlimen Malaysia akan terus menjadi institusi yang dijunjung tinggi oleh semua rakyat Malaysia dan akan terus menjadi lambang demokrasi berparlimen negara untuk selama-lamanya.

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong

Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-14 oleh Majlis Raja-Raja.

Pemilihan itu berkuatkuasa 13 Disember 2011 untuk tempoh lima tahun. Sementara Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh yang sama, menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri.

Ini kali kedua Sultan Abdul Halim dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong. Kali pertama pada 21 September 1970 untuk tempoh lima tahun, berakhir 20 September 1975.

Sultan Abdul Halim, 83, menggantikan Tuanku Mizan Zainal Abidin yang tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13.

Senarai Kabinet Terkini (Jemaah Menteri)

Perdana MenteriDatuk Seri Najib Razak

Timbalan Perdana MenteriTan Sri Muhyiddin Yassin

Menteri di Jabatan Perdana MenteriSenator Tan Sri Dr Koh Tsu KoonDatuk Seri Mohamed Nazri Abdul AzizSenator Datuk Seri Idris JalaSenator Tan Sri Nor Mohamed YakcopSenator Datuk Seri Jamil Khir BaharomYB Senator Dato’ Palanivel a/l K. Govindasamy – Baharu

Timbalan Menteri: Datuk Liew Vui KeongTimbalan Menteri: Datuk Dr Mashitah IbrahimTimbalan Menteri: Datuk SK DevamanyTimbalan Menteri: Datuk Ahmad MaslanTimbalan Menteri: Datuk T Murugiah

Kementerian KewanganMenteri I: Datuk Seri Najib Tun RazakMenteri II: Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Timbalan Menteri: Datuk Dr Awang Adek HussinTimbalan Menteri: Senator Datuk Donald Lim Siang Chai

Kementerian PelajaranMenteri: Tan Sri Muhyiddin YassinTimbalan Menteri: Datuk Dr Wee Ka SiongTimbalan Menteri: Datuk Dr Puad Zarkashi

Kementerian Dalam NegeriMenteri: Datuk Seri Hishammuddin Tun HussienTimbalan Menteri: Datuk Wira Abu Seman YusopTimbalan Menteri: Datuk Lee Chee Leong

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

Kementerian Penerangan Komunikasi dan KebudayaanMenteri: Datuk Seri Dr Rais YatimTimbalan Menteri: Datuk Joseph Salang GandumTimbalan Menteri: Senator Datuk Maglin Dennis D”Cruz

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan AirMenteri: Datuk Seri Peter Chin Fah KuiTimbalan Menteri: Noriah Kasnon

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan WilayahMenteri: Datuk Seri Mohd Shafie ApdalTimbalan Menteri: Datuk Hasan MalekTimbalan Menteri: Datuk Joseph Entulu Belaun

Kementerian Pengajian TinggiMenteri: Datuk Seri Mohamed Khaled NordinTimbalan Menteri: Datuk Dr Hou Kok ChungTimbalan Menteri: Datuk Saifuddin Abdullah

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan IndustriMenteri: Datuk Seri Mustapa MohamedTimbalan Menteri: Datuk Mukhriz Tun Dr MahathirTimbalan Menteri: Datuk Jacob Dungau Sagan

Kementerian Sains, Teknologi dan InovasiMenteri: Datuk Seri Dr Maximus Johnity OngkiliTimbalan Menteri: Fadillah Yusof

Kementerian Sumber Asli dan Alam SekitarMenteri: Datuk Seri Douglas Uggah EmbasTimbalan Menteri: Tan Sri Joseph Kurup

Kementerian PengangkutanMenteri: Datuk Seri Kong Cho HaTimbalan Menteri: Datuk Abdul Rahim BakriTimbalan Menteri: Jelaing Mersat

Kementerian PelanconganMenteri: Dato’ Seri Dr Ng Yen YenTimbalan Menteri: Datuk Dr James Dawos

Kementerian Pertanian dan Industri Asas TaniMenteri: Datuk Seri Noh OmarTimbalan Menteri: Datuk Johari BaharumTimbalan Menteri: Chua Tee Yong

Kementerian PertahananMenteri: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid HamidiTimbalan Menteri: Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad

Kementerian Kerja RayaMenteri: Datuk Shaziman Abu MansorTimbalan Menteri: Datuk Yong Khoon Seng

Kementerian KesihatanMenteri: Datuk Seri Liow Tiong LaiTimbalan Menteri: Datuk Rosnah Rashid Shirlin

Kementerian Belia dan SukanMenteri: Datuk Ahmad Shabery CheekTimbalan Menteri: Senator Gan Ping SieuTimbalan Menteri: Datuk Razali Ibrahim

Kementerian Sumber ManusiaMenteri: Datuk Dr S SubramaniamTimbalan Menteri: Senator Datuk Maznah Mazlan

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan KepenggunaanMenteri: Datuk Seri Ismail Sabri YaakobTimbalan Menteri: Datuk Tan Lian HoeTimbalan Menteri: Datuk Rohani Abdul Karim

Kementerian Perumahan dan Kerajaan TempatanMenteri: Datuk Wira Chor Chee HeungTimbalan Menteri: Datuk Lajim Ukin

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan MasyarakatMenteri: Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul JalilTimbalan Menteri: Senator Heng Saei Kie

Kementerian Luar NegeriMenteri: Datuk Seri Anifah AmanTimbalan Menteri: A Kohilan PillayTimbalan Menteri: Datuk Richard Riot Jaem

Kementerian Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan BandarMenteri: Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal AbidinTimbalan Menteri: Datuk M Saravanan

Kementerian Perusahaan Perladangan dan KomoditiMenteri: Tan Sri Bernard Giluk DompokTimbalan Menteri: Datuk Hamzah ZainudinTimbalan Menteri: Senator Datuk G Palanivel

Perubahan Kabinet baharu ini melibatkan perubahan yang berikut:

Menteri Datuk Seri Kong Cho Ha dilantik sebagai Menteri Pengangkutan bagi menggantikan Datuk Seri Ong Tee Keat yang ditamatkan pelantikan sebagai menteri;Datuk Wira Chor Chee Heung yang sebelum ini Timbalan Menteri Kewangan pula dilantik sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, menggantikan tempat Cho Ha.

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

Timbalan Menteri Ahli Parlimen Labis Chua Tee Yong dilantik sebagai Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani;Senator Datuk Donald Lim Siang Chai sebagai Timbalan Menteri Kewangan;Senator Gan Ping Shou sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan menggantikan Datuk Wee Jeck Seng yang ditamatkan pelantikan.Senator Datuk Maglin Dennis D’Cruz dilantik sebagai Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan KebudayaanSenator Datuk G Palanivel sebagai Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komuniti;Ahli Parlimen Serian, Datuk Richard Riot sebagai Timbalan Menteri Luar Negeri.

Selain daripada pelantikan baru, terdapat juga rombakan dari segi pertukaran portfolio dalam Senarai Menteri Kabinet 2010 yang melibatkan tiga timbalan menteri iaitu: Datuk Rohani Abdul Karim dari Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan;Jelaing anak Mersat dari Kementerian Dalam Negeri ke Kementerian Pengangkutan;Datuk Lee Chee Leong dari Kementerian Luar Negeri ke Kementerian Dalam Negeri.

Ketua Hakim Negara

Hakim Besar Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria dilantik sebagai Ketua Hakim Negara berkuat kuasa 12 September ini, menggantikan Tun Zaki Tun Azmi yang mencapai umur persaraan wajib 66 tahun pada tarikh berkenaan.

3.2 : Isu Adam Adli

Adam Adli Menurunkan Bendera Perdana Menteri.

Isu Adam Adli, pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak yang menurunkan bendera Dato Seri Najib Tun Razak di PWTC. Ia berlaku ekoran ketidakpuasan hati sekumpulan golongan pelajar terhadap akta universiti AUKU. Dengan matlamat untuk memperjuangkan kebebasan akademik, Adam Adli menyatakan dia tidak akan membuat permohonan maaf kepada Perdana Menteri terhadap perbuatannya itu. Tindakannya ini mendapat kecaman pelbagai pihak yang menyifatkan tindakan itu tidak beradap dan lari daripada norma seorang pelajar yang sepatutnya sibuk menumpukan perhatian terhadap pelajaran di universiti.Tambahan lagi dia merupakan bakal pendidik. Namun terdapat segelintir juga yang menyokong usahanya itu dan menganggap perbuatannya itu sebagai berani dan terkedepan dalam menyuarakan rasa hati pelajar.

Adam digantung tiga semester

Aktivis pelajar Adam Adli Abdul Halim digantung pengajian selama tiga semester atas tuduhan mencemarkan reputasi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Penggantungan pelajar tahun ketiga jurusan Mengajar Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) peringkat sarjana muda itu berkuatkuasa serta merta.

Pelajar 22 tahun itu ditahan dan dihadapkan ke jawatankuasa tatatertib universiti berkenaan hari ini atas dakwaan terbabit dengan perhimpunan menuntut kebebasan akademik pada 17 Disember lalu.

Adam mencetuskan kegemparan apabila beliau menurunkan bendera yang tertera gambar Datuk Seri Najib

Razak di ibu pejabat Umno di Kuala Lumpur dan menggantikannya dengan kain rentang propelajar.

Beliau kemudiannya memberitahu pemberita bahawa beliau akan mengambil tindakan undang-undang untuk mencabar keputusan universiti itu.

3.3 : BR1M

Program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)

Satu program bantuan kewangan untuk rakyat Malaysia yang tinggal dalam isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan.Syarat PermohonanSeorang pemohonan yang ingin mendapatkan bantuan ini mestilah:

Warganegara Malaysia Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan jumlah

pendapatan kasar RM3000 dan ke bawah. Berkahwin Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan Bujang yang mempunyai tanggungan (dalam rumah yang sama) Warga emas (berumur 60 tahun dan ke atas) yang sebatang kara dengan jumlah pendapatan kasar

RM3000 dan ke bawah sebulan.

Untuk tujuan pendaftaran, pemohon mesti menyertakan salinan dokumen seperti berikut: Borang Pendaftaran BR1M Salinan MyKad/Kad Polis/Kad Tentera Salinan Penyata Gaji terkini (Bagi pemohon yang menerima gaji sahaja)

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

Kelayakan dan Definisi Ketua Isi Rumah

Bantuan Kewangan RM500 ini diberikan kepada ketua isi rumah atau ketua keluarga yang layak. Ketua Isi Rumah dan Ketua Keluarga dijelaskan dalam gambar di bawah.

3.4 : Program Transformasi Kerajaan, Ekonomi & Politik

Program Transformasi Kerajaan (GTP)

Program Transformasi Kerajaan (GTP) diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Razak pada bulan April 2009, dan akan diterajui oleh beliau. Dua objektif GTP adalah – pertama, untuk mentransformasikan kerajaan agar menjadi lebih efektif dalam penyampaian perkhidmatan dan bertanggungjawab atas keberhasilan yang menjadi keutamaan kepada rakyat; dan kedua, memacu Malaysia ke arah melahirkan masyarakat yang maju, bersatu-padu dan saksama dengan standard kehidupan yang tinggi untuk semua. Ini sejajar dengan misi nasional ke arah mencapai Wawasan 2020 – untuk Malaysia mencapai status negara maju sepenuhnya.

Enam NKRA telah dikenalpasti untuk menuju ke arah transformasi Kerajaan dan ianya adalah:

• Mengurangkan Jenayah • Membanteras Rasuah • Mempertingkatkan Pencapaian Pelajar • Mempertingkatkan Taraf Kehidupan Isirumah Berpendapatan Rendah • Mempertingkatkan Infrastruktur Asas Luar Bandar • Mempertingkatkan Pengangkutan Awam Bandar

Mengurangkan kadar jenayah Mengurangkan jenayah jalanan 20 peratus pada hujung 2010. Pasukan Rela dikemaskini dan diberi latihan secukupnya. CCTV ditambah untuk cegah jenayah. Percepatkan perundangan kes-kes tertangguh.

Memerangi rasuah Mengemaskini polisi, prosedur dan penguatkuasaan yang berkaitan. Tender terbuka atau tender terhad dalam semua perolehan kerajaan kecuali kes-kes tertentu.

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

Meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan Menjadikan pendidikan prasekloah sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan. Semua kanak-kanak menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira ketika melangkah ke tahun 4 sebelum hujung 2012. Menjanjikan ganjaran kepada semua pengetua dan guru besar sekolah berasaskan pencapaian sekolah masing-masing. Mengenal pasti 100 buah sekolah terdiri daripada jenis harian biasa, sekolah bestari, kluster, trust school atau sekolah berpiagam dan sekolah berasrama penuh untuk diangkat menjadi Sekolah Berprestasi Tinggi menjelang 2012.

Meningkat taraf hidup rakyat yang berpendapatan rendah Membayar semua bantuan kebajikan untuk rakyat pada tiap 1 hari bulan bagi bulan yang berkenaan bermula Januari 2010. Menambah jumlah usahawan di kalangan wanita kepada 4,000 orang menjelang tahun 2012 melalui program Amanah Ikhtiar Malaysia.

Memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman Membina jalan luar bandar berjumlah 1,500km sebelum penamat 2012. Memastikan kesemua rakyat di semenanjung tinggal tidak melebihi 5km dari kemudahan jalan berturap. Meningkatkan liputan bekalan air sehingga 90% di Sabah dan Sarawak pada penghujung tahun 2012. Meningkatkan liputan bekalan elektrik di Sabah dan Sarawak kepada 95% pada akhir tahun 2012. Memberi bekalan elektrik 24 jam kepada 7,000 rumah Orang Asli di Semenanjung pada akhir tahun 2012.

Menambah baik pengangkutan awam dalam jangka masa sederhana Meningkatkan bilangan pengguna pengangkutan awam daripada 16% kepada 25% pada penghujung tahun 2012. Menambah 35 set “4-car-train” yang beroperasi untuk laluan LRT Kelana Jaya menjelang penghujung 2012.

Program Transformasi Ekonomi (ETP)

Pengenalan

Program Transformasi Ekonomi merangkumi Model Baru Ekonomi (MBE), 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA), lapan Inisiatif Pembaharuan Strategik (SRI) dan 131 Projek Penggerak Ekonomi (EPP).

Perdana Menteri juga telah melancarkan dokumen Pelan Hala Tuju ETP di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 25 Oktober 2010. Kandungan Pelan Hala Tuju ETP ini turut merangkumi 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) iaitu :

1. Minyak, gas & tenaga2. Minyak sawit3. Perkhidmatan kewangan4. Pelancongan5. Perkhidmatan perniagaan6. Elektronik dan elektrikal7. Pemborongan & peruncitan8. Pendidikan9. Penjagaan kesihatan10. Kandungan & infrastruktur komunikasi11. Pertanian12. Greater Kuala Lumpur

Program Transformasi Ekonomi (ETP) juga bersandarkan Model Baru Ekonomi (NEM).

Program Transformasi Politik

KUALA LUMPUR – Pengumuman kerajaan untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 dan beberapa akta lain yang dianggap lapuk bukan sahaja mencatat sejarah baru tetapi turut merubah landskap politik negara sepanjang 2011.

Keputusan itu mengejutkan banyak pihak, khususnya barisan pembangkang yang terkesima dan mati akal dengan langkah berani Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang hanya mengambil masa dua tahun untuk menunaikan janjinya bagi melaksanakan Program Transformasi Politik (PTP) negara.

Tanggal 15 September menjadi titik permulaan transformasi politik negara yang dilakukan Najib apabila beliau mengumumkan pemansuhan ISA, Akta Buang Negeri 1959, dan kajian semula yang membabitkan Akta Kediaman Terhad 1933, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 serta Seksyen 27 Akta Polis 1967, semasa menyampaikan perutusan khas sempena sambutan Hari Malaysia.

ISA akan digantikan dengan dua undang-undang baru yang sesuai dan dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat pada sesi Mac tahun depan.

Kata Najib, dua akta baru yang akan menggantikan ISA bakal mewujudkan perseimbangan antara hak asasi individu, kebebasan sivil dan menjaga keamanan awam.

Langkah itu juga, kata Perdana Menteri membolehkan Malaysia mengamalkan sistem demokrasi yang progresif dengan lebih baik dan dihormati negara lain. Pada Oktober, pemansuhan Akta Buang Negeri 1959 diluluskan Dewan Rakyat tanpa sebarang pindaan selepas akta itu yang telah 34 tahun tidak diguna pakai, diyakini sudah lapuk dan tidak boleh digunakan lagi.

Ini diikuti dengan pemansuhan Akta Kediaman Terhad 1933, yang mana serentak itu Najib turut mengumumkan pembebasan kesemua 125 individu yang ditahan mengikut akta itu dengan serta-merta manakala lebih 200 waran yang belum diserahkan dibatalkan.

Menurut Najib, pemansuhan akta itu dan beberapa akta lain merupakan sebahagian daripada permulaan PTP

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

negara dan pelengkap kepada Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang dilaksanakan kerajaan. Kesungguhan kerajaan melaksanakan proses transformasi politik itu menurut Perdana Menteri tidak dipengaruhi atau didesak mana-mana pihak, sama ada dari dalam mahupun luar.

“Tiada siapapun yang mempengaruhi kita, tiada siapapun yang mendesak kita.

Kerajaan ini membuat keputusan atas kehendak dan fikrah sendiri dengan memulakan proses islah dan penambahbaikan,” katanya.

Beliau berkata teras utama PTP mengambil kira aspirasi nasional ke arah sebuah Malaysia moden, demokratik, progresif lagi maju dan memiliki demokrasi yang berfungsi.

Ia juga bertujuan menyeimbangkan keperluan keselamatan nasional dan kebebasan individu dengan mengambil kira kemajmukan negara, yang kompleks sifatnya, dan ancaman keganasan global pasca tragedi 11 Sept 2001, katanya. Transformasi politik Najib juga jelas kelihatan melalui pendekatan matang pentadbiran beliau berdepan gesaan badan bukan kerajaan dan desakan daripada pembangkang, berhubung kebebasan mengadakan perhimpunan termasuk perhimpunan haram 9 Julai — Bersih 2.0.

Seiring dengan semangat ‘merasai denyut nadi rakyat’, Najib dilihat berjaya meneruskan momentum transformasi politiknya apabila berupaya menggantikan pertentangan dengan dialog, sekatan dengan keterbukaan, dan mengatasi authoritarian dengan demokrasi.

Buktinya langkah kerajaan membentangkan Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011 bagi menggantikan Seksyen 27 Akta Polis yang bertujuan membenarkan warganegara menganjurkan dan menyertai perhimpunan secara aman dan tanpa senjata.

Rang undang-undang yang diluluskan Dewan Rakyat pada hujung bulan lepas adalah satu daripada usaha kerajaan melakukan transformasi terhadap kerangka undang-undang sedia ada berhubung hak perlembagaan warganegara untuk berhimpun.

Turut diluluskan bulan lepas ialah usul untuk memansuhkan tiga Proklamasi Darurat yang diisytiharkan pada tahun 1966, 1969 dan 1977.

Usul yang dibentangkan Najib itu bertujuan membatalkan tiga proklamasi yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan selepas keadaan darurat dan kini dimansuhkan kerana ancaman keselamatan seumpamanya tidak lagi wujud.

Selaras dengan kesungguhan Perdana Menteri untuk melaksanakan PTP fasa kedua dengan pemansuhan tiga Proklamasi Darurat itu, seramai 36 orang tahanan di bawah Ordinan Darurat dibebaskan.

Tidak terhenti di situ, ruang demokrasi turut dibuka Najib kepada golongan mahasiswa apabila kerajaan memutuskan untuk meminda Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1974 bagi membolehkan pelajar yang mencapai umur 21 tahun menyertai parti politik.

Mengumumkan perkara itu semasa membentangkan usul memansuhkan Proklamasi Darurat, Najib berkata keputusan itu dibuat kerana kerajaan percaya kepada kematangan dan kebijaksanan para mahasiswa.

“Dengan itu bagi menghormati hak Perlembagaan mahasiswa dan mahasiswi negara yang telah mencapai umur baligh undang-undang atau ‘age of majority’, kerajaan akan pinda Seksyen 15 AUKU 1974 bagi membenarkan mereka menjadi ahli parti politik,” katanya.

Penuntut universiti bagaimanapun ditegah sama sekali membawa politik kepartian ke dalam kampus.

Langkah itu, dilihat banyak pihak mampu mengembalikan keyakinan sebahagian pengundi muda yang sebelum ini lebih cenderung kepada agenda pembangkang.

Biarpun langkah-langkah transformasi Najib mungkin diterjemah sesetengah pihak sebagai strategi kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi, namun tidak dapat dinafikan pembaharuan yang dibawakan anak sulung Tun Abdul Razak Hussein ini akan kekal menjadi legasinya sebagai Perdana Menteri Malaysia keenam. – BERNAMA

3.5 : Bajet 2012

Semasa Bajet 2011 (Belanjawan 2011) yang lepas kerajaan memperkenalkan konsep Bajet Rakyat kerana pada masa itu Perdana Menteri Malaysia yang juga Menteri Kewangan, YAB Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Haji Abdul Razak mengalu-alukan sumbangan buah fikiran atau pandangan daripada rakyat. Dalam Bajet 2012 ini pula kerajaan sekali lagi meneruskan kesinambungan konsep sebelumnya. Menterjemahkannya sebagai ‘Belanjawan Transformasi untuk Semua Rakyat Malaysia’, sasaran Bajet 2012 ini adalah berusaha mencapai keseimbangan yang bakal memberikan kebaikan kepada pelbagai pihak. Beberapa aspek yang diberi keutaamaan termasuklah janji kerajaan untuk memastikan terdapat keadilan sosial di samping mengukuhkan ekonomi bagi kesejahteraan jangka panjang untuk semua selaras dengan prinsip 1Malaysia iaitu Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

BAJET 2012

Jumlah bajet – RM232.8 bilionPerbelanjaan Operasi – RM181.6 bilionPerbelanjaan Pembangunan – RM51.2 bilion

Peruntukan rancakkan pembangunanKerajaan memperuntukan RM978 juta untuk merancakkkan pembangunan untuk lima projek: (1) lebuh raya JB-Nusa Jaya, (2) muzium warisan Taiping, (3) projek agropolitan Besut, (4) projek tandan sawit Lahad Datu dan (5) bekalan air Samalaju.

Kereta hibridPengecualian sepenuhnya duti import dan duti eksais bagi mengimport kereta hibrid serta elektrik akan dilanjutkan sehingga 2013.

RM1 bilion untuk sekolahKerajaan akan wujudkan RM1 bilion untuk penambahkaikan sekolah. RM500 juta diberikan pada sekolah kebangsaan. Manakala RM100 juta diperuntukkan masing-masing kepada sekolah jenis kebangsaan (Cina), sekolah jenis kebangsaan (Tamil), sekolah mubaligh, sekolah agama bantuan kerajaan dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

FELDA Global Ventures HoldingsPeneroka Felda akan terima “durian runtuh”. Jumlahnya akan diumumkan sebelum Felda GVH disenarai di Bursa Malaysia sebelum pertengahan 2012. Penyenaraian dilakukan dalam dalam usaha mengumpul dana menjadikan

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

Felda syarikat konglomerat global.RM400 juta diperuntuk untuk naik taraf infrastuktur bekalan air di kawasan Felda terpilih.

Yuran sekolahKerajaan memansuhkan yuran pendidikan rendah dan menengah di semua sekolah kerajaan. Ini termasuk pemansuhan bayaran bagi kegiatan ko-kurikulum, insurans takaful dan sebagainya. Semua ini bermula penggal sekolah tahun depan.

PencenSeramai 600,000 pesara kerajaan akan menikmati kenaikan pencen tahunan sebanyak 2 peratus. Umur wajib bersara dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun.

Kakitangan awamKerajaan akan wujud lebih banyak mata gaji. Ini bermakna, penjawat awam akan mendapat gaji maksimun lebih tinggi, sehingga kepada 37.7 peratus.Kakitangan awam akan mendapat kenaikan gaji antara RM80 hingga RM320.

PolisRM200 juta peruntukan khas akan diberikan untuk perbelanjaan pembangunan polis, meliputi projek perumahan anggota, penambahbaikan balai dan pusat latihan.

Keluarga tenteraRM3,000 akan diberi secara one off kepada angggota keluarga, duda dan balu anggota berjumlah 62,000 orang.

Subsidi

Beras – Bagi setiap kilogram beras super tempatan, harga asal RM2.40, rakyat hanya bayar RM1.80. Subsidi kerajaan 60 sen.

Gula – bagi setiap kilogram gula, harga asal RM2.50, rakyat hanya bayar RM2.30. Subsidi kerajaan berjumlah 20 sen.

Minyak masak – harga RM4.75, rakyat hanya bayar RM2.50 Tepung – harga asal RM1.90, rakyat bayar RM1.35

Skim rumah pertamaKerajaan cadangkan had maksimum harga rumah Skim Rumah Pertamaku dinaikkan daripada RM220,000 kepada RM400,000.

Skim Amanah Rakyat 1MalaysiaSkim ini dibuka kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah yang akan memanfaatkan 100,000 isu rumah. Pelabur boleh mohon pinjaman RM5,000 dengan tempoh bayaran balik lima tahun.

Subsidi rumahKerajaan akan memberikan subsidi RM20,000 untuk pembelian Program Rumah Mesra Rakyat. Mereka yang tidak memiliki rumah atau tinggal di rumah usah boleh dapatkan pembiayaan untuk membeli rumah berharga RM65,000 dengan harga RM45,000. RM200 juta diperuntukkan untuk program ini.

Teksi persendirian

Pengecualian 100 peratus duti eksais dan cukai jualan ke atas pembelian teksi baru buatan tempatan.

Pengecualian bayaran balik duti eksasis dan cukai jualan ke atas teksi yang berusia lebih tujuh tahun yang dijual atau tukar milik.

Memansuhkan cukai jalan ke atas teksi bajet milik persendirian. Pemberian bantuan RM3,000 bagi melupuskan teksi lama berusia lebih tujuh tahun tetapi kurang 10

tahun. Bagi teksi berusia 10 tahun dan ke bawah, bantuan RM1,00 akan diberikan.

Perlindungan kepada gelandangan

Kerajaan menyediakan pusat khidmat sosial dikenali Anjung Singgah sebagai perlindungan sementara kepada gelandangan sekitar Kuala Lumpur.

Seramai 1,400 orang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan 250 dengan Anjung Singgah.

Simpanan persaraan – KWSPCaruman majikan dinaikkan daripada 12 peratus kepada 13 peratus bagi pencarum yang menerima gaji bulanan RM5,000 dan ke bawah. Langkah ini akan memanfaatkan seramai 5.3 juta pencarum KWSP.

Pinjaman TEKUNMenteri kewangan mencadangkan peruntukan TEKUN ditambah sekali ganda daripada RM120 juta kepada RM300 juta.

Bonus Penjawat AwamTambahan bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM 500 ringgit untuk penjawat awam dan bayaran bantuan RM500 ringgit kepada pesara kerajaan. Bayaran ini akan dibuat bersekali dengan gaji bulan Disember 2011.

Meringankan Kos Sara Hidup

Bantuan RM500 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ringgit dan ke bawah. Pemberian ini melibatkan peruntukan sebanyak 1.8 bilion ringgit.

Untuk menerima bantuan ini, ketua isi rumah yang layak hendaklah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri sebagai agensi pelaksana. Bantuan ini akan disalurkan melalui bank dan Pejabat Pos;

Bantuan persekolahan RM100 ringgit diberi kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah dari Tahun Satu hingga Tingkatan Lima di seluruh negara.

Pemberian baucar buku bernilai RM200 ringgit kepada semua pelajar warganegara Malaysia di institusi pengajian tinggi awam dan swasta tempatan, matrikulasi serta pelajar tingkatan enam di seluruh negara.

Rancangan Tebatan Banjir

Kerajaan akan melaksanakan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Perlis, Perak dan Johor dengan kos satu bilion ringgit.

Di Perlis, dua projek RTB iaitu naik taraf empangan Timah Tasoh Fasa 2 dan melebar serta mendalam Sungai Arau akan dilaksanakan.

Di Perak, tiga projek RTB di Sungai Kerian, Sungai Kurau dan Kolam Bukit Merah. Manakala bagi Johor, projek RTB akan dilaksanakan di bandar dan Sungai Segamat.

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

Jika dibandingkan dengan Bajet 2011, bajet 2012 ini pada saya lebih mengambil kira kepentingan pelbagai pihak, sama ada kakitangan awam, swasta mahupun rakyat secara umumnya. Diharap Dewan Rakyat akan meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2012 (Bajet 2013) pada persidangan akan datang.

D : Teori Pendidikan

4.1 : Taksonomi Bloom

Taksonomi bloom mula diperkenalkan oleh Benjamin Bloom pada tahun 1956. Taksonomi bloom mengkategorikan kemahiran dan objektif yang ingin dicapai oleh pelajar kepada 3 domain iaitu kognitif, afektif dan psikomotor.

1)Domain kognitif digunakan untuk mengukur kemahiran intelektual.

2)Domain afektif digunakan untuk mengukur kemahiran generik, yang telah diterapkan kepada pelajar melalui penglibatan pelajar dalam persatuan-persatuan dan juga dalam pelbagai perbincangan secara berkumpulan seperti dalam kursus rekabentuk sistem dan sebagainya.

3)Domain psikomotor pula bertujuan mengukur kemahiran praktikal dan teknikal. Kemahiran ini diterapkan melalui proses latihan industri, ujikaji makmal dan juga lawatan teknikal.

Kemahiran kognitif merupakan domain taksonomi yang digunakan untuk mengukur kemahiran intelektual berdasarkan satu hirarki kognitif yang disusun dari aras rendah hingga ke aras tinggi iaitu aras pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.Taksonomi ini diperkenalkan pada tahun 1956 oleh Benjamin S. Bloom untuk tujuan pendidikan.

Pada asalnya, domain kognitif Taksonomi Bloom dibahagikan kepada enam aras. Namun, sekitar tahun 1990-an, terdapat beberapa perubahan telah dilakukan secara berperingkat. Antara perubahan yang telah dilaksanakan ialah perubahan terminologi. Sebagai contoh, tema pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian ditukarkan kepada mengingat, memahami, mengaplikasi, menganalis, menilai dan membina.

1. Pengetahuan (Knowledge)Mengingat kembali, mengenal idea, fakta asas, definisi teori, hukum, tarikh, peristiwa dan lain-lain daripada pembelajaran yang lepas.Contoh: Nyatakan, terangkan, namakan, labelkan.

2. Pemahaman (Comprehension)Mengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada satu bentuk yang lain, menyatakan idea-idea utama dalam ayat sendiri, menterjemah, memberi contoh kepada konsep, menterjemah draf.Contoh: Pilih, terangkan, tulis semula.

3. Aplikasi (Application)Menggunakan maklumat dalam situasi yang baru, termasuk menyelesaikan masalah menggunakan prinsip, kaedah, hukum, teori, formula. Membina graf daripada data, dan lain-lain.Contoh: Selesaikan, ramalkan, cari, kesilapan, bina alat.

4. Analisis (Analysis)Memecahkan sesuatu yang kompleks kepada yang kecil, membezakan fakta daripada pendapat, kaitan kenal di antara bahagian, kenali struktur organisasi.Contoh: Bezakan, pasti, pilih.

5. Sintesis (Synthesis)Menyepadu, mencantum idea menjadi satu, usaha tersendiri, menyelesaikan masalah, membuat ramalan, membuat klasifikasi.Contoh: Bina, hasilkan, susun, kembangkan.

6. Penilaian (Evaluation)Membuat pertimbangan termasuk memberi rasional atas alasan dalaman atau luaran, menafsir dan mengkritik.Contoh: Pilih, berikan alasan, kritikan, buktikan.

E : Lain-Lain

5.1 : SPP

SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN (SPP)

Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) ditubuhkan pada 1 Januari 1974 melalui penguatkuasaan Akta A193 dan P.U.(B)556/1973. SPP merupakan agensi/jabatan di bawah pentadbiran Jabatan Perdana Menteri. Menteri yang bertanggungjawab ke atas SPP ialah Yang Berhormat Senator Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon.

SEJARAH Penubuhan SPP adalah hasil daripada syor yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Diraja mengenai perkhidmatan perguruan yang ditubuhkan bagi mengkaji perkhidmatan guru-guru, gaji-gaji dan syarat-syarat perkhidmatan mereka serta lain-lain kakitangan sekolah (lebih dikenali dengan nama Suruhanjaya Diraja Aziz) yang telah mengemukakan perakuan supaya sebuah Suruhanjaya Perkhidmatan berasingan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), ditubuhkan bagi Perkhidmatan Pelajaran.

Pada 1 September 1973 hingga 30 November 1973, SPP ditempatkan di Tingkat 9, Bangunan U.M.B.C. di Jalan Maharajalela, Kuala Lumpur. Pada ketika itu, bangunan tersebut adalah merupakan ruang pejabat yang disewa bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Pada 1 Disember 1973 pula, dengan persetujuan Jabatan Pos dan Kementerian Kerja Raya, SPP telah berpindah ke Tingkat 6, Rumah Persekutuan, Kuala Lumpur. Dalam tempoh masa tersebut, Jawatankuasa Ruangan Pejabat Kerajaan dan Kementerian Kerja Raya telah bersetuju untuk membina sebuah bangunan khas untuk SPP.

Pada pertengahan tahun 1975, SPP telah berpindah ke bangunan baru tersebut yang terletak di Jalan Spooner (kini dikenali sebagai Jalan Cenderawasih), Kuala Lumpur.

Seterusnya pada tahun 1988, SPP telah berpindah ke bangunan Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. SPP telah berpindah ke Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya mulai tahun 1999 hingga kini.

Bagi melancarkan urusan pelantikan dan perkhidmatan pendidikan di negeri Sarawak, maka urus setia cawangan Sarawak telah ditubuhkan secara rasminya pada 16 Julai 1976 berdasarkan kepada Education Act 1961

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

(Extension to Sarawak Order 1976). Urusan perkhidmatan pendidikan di negeri Sarawak hanya dilaksanakan berdasarkan kepada peraturan-peraturan Persekutuan sepenuhnya selepas 1 Julai 1978 iaitu setelah berkuatkuasa Laporan Jawatankuasa Kabinet. Sebelum tarikh tersebut, peraturan-peraturan yang digunapakai adalah berasaskan kepada Perintah Am Negeri, Pekeliling-Pekeliling dan Peraturan-Peraturan yang digunapakai pada masa itu.

Urus setia cawangan Sabah pula telah ditubuhkan pada 1 Oktober 1977 bagi tujuan yang sama iaitu melancarkan urusan perkhidmatan pendidikan di negeri Sabah. Bagi urusan kenaikan pangkat dan tindakan tatatertib ianya dikendalikan secara terus oleh ibu pejabat SPP di Putrajaya. Pada peringkat awal penubuhan SPP, keanggotaan Anggota Suruhanjaya terdiri daripada seorang Pengerusi dan empat (4) orang Anggota. Mulai tahun 1978, jawatan Timbalan Pengerusi diwujudkan. Kini, keanggotaan semasa SPP ialah seorang Pengerusi, seorang Timbalan Pengerusi dan 24 orang Anggota. Sepanjang penubuhannya, seramai 8 orang Pengerusi dan 9 orang Timbalan Pengerusi telah dilantik. Dalam tempoh yang sama, seramai 11 orang Setiausaha telah menerajui SPP selaku Ketua Jabatan.

VISI SPP

Menjadi Suruhanjaya Perkhidmatan Yang Terbaik

MISI SPP

Memberi Perkhidmatan Yang Berkualiti Dalam Urusan Pengambilan Dan Perkhidmatan Bagi Anggota Perkhidmatan Pelajaran

OBJEKTIF SPP

Melaksanakan kuasa-kuasa di bawah Perkara 144 (1) Perlembagaan Persekutuan dari segi pelantikan, urusan

perkhidmatan dan kawalan tatatertib dan naik pangkat Anggota Perkhidmatan Pelajaran dengan cekap dan berkualiti bagi memenuhi keperluan sektor pendidikan

PENGERUSITAN SRI DR ZULKURNAIN BIN HAJI AWANG

TIMBALAN PENGERUSIDATO' HAJI DANGIRAN BIN HAJI MUSTAPA

5.2 : JPA

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA)

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) ialah sebuah jabatan kerajaan Malaysia yang merancang, membangun, dan mengurus sumber manusia untuk perkhidmatan awam. Dengan kata yang lain, jabatan ini adalah seolah-olah Bahagian Sumber Manusia dalam sebuah syarikat swasta. Mulai daripada 1 Oktober 1998, JPA melaksanakan MS ISO 9000 dan diiktirafkan dengan sistem kualiti tersebut pada 21 Ogos 1999.

Objektif

Menjadi agensi yang berprestasi tinggi dalam membekalkan sumber tenaga manusia yang berupaya memberi perkhidmatan yang cemerlang melalui penggubalan dasar dan pengurusan sumber manusia dengan menepati ciri-ciri kualiti seperti berikut:

Cepat dalam semua tindakan; Layanan mesra kepada pelanggan; Menepati masa yang dijanjikan; Telus dalam semua peringkat pengurusan; Adil dan saksama dalam pertimbangan; Menentukan perkhidmatan dan maklumat mudah diperolehi (availability) dan boleh dipercayai

(reliability); dan Menepati undang-undang, dasar dan peraturan.

Misi Menjadi penasihat utama kepada Kerajaan dalam urusan personel sektor awam. Menggubal dasar personel sektor awam termasuk pengambilan, penempatan, kenaikan pangkat,

latihan, gaji, elaun, kemudahan, faedah persaraan, gantirugi kemalangan, suasana kerja, motivasi, insentif dan penghargaan.

Merancang keperluan tenaga manusia sektor awam yang berkualiti. Menentukan saiz dan struktur yang optimum. Menguruskan hubungan majikan dan pekerja ke arah mengujudkan suasana yang harmonis.

Fungsi

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

Fungsi Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia termasuk: Menjadi penasihat utama kepada Kerajaan Malaysia dalam urusan sumber manusia sektor awam (di

bawah tanggungjawab Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam); Merancang keperluan tenaga manusia sektor awam; Menggubal dasar sumber manusia sektor awam, termasuk pengambilan, penempatan, kenaikan

pangkat, latihan, gaji, elaun, kemudahan, faedah persaraan, ganti rugi kemalangan, suasana kerja, motivasi, insentif, dan penghargaan (di bawah tanggungjawab Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan)); dan

Menguruskan hubungan majikan dan pekerja ke arah mewujudkan suasana yang harmonis (di bawah tanggungjawab Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi)).

Sejarah

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia bermula sebagai Pejabat Perjawatan Tanah Melayu di Singapura pada 22 Ogos 1934. Dengan pembentukan Malayan Union pada tahun 1946, pejabat itu berpindah ke Kuala Lumpur. Pejabat Perjawatan Persekutuan kemudian ditubuhkan pada 1 Julai 1954 melalui percantuman Pejabat Perjawatan Tanah Melayu, Cawangan Perkhidmatan Pejabat Ketua Setiausaha, serta Bahagian Perjawatan Perbendaharaan Persekutuan.

Pada tahun 1967, Pejabat Perjawatan Persekutuan menukarkan nama kepada Pejabat Perjawatan Malaysia dan kemudian 15 Ogos 1968 menukarkan nama semula lagi kepada Jabatan Perkhidmatan Awam. Nama jabatan ini telah dikekalkan sejak masa itu.

Ketua Jabatan

01 Jul 2010 - (Kini) Tan Sri Abu Bakar Bin Haji Abdullah

5.3 : Sorotan Peristiwa 2011

Sorotan Peristiwa 2011

1-Gempa Bumi Di Jepun.

Paparan peristiwa penting tahun 2011 dimulakan dengan kejadian gempa bumi yang melanda Jepun. Gempa dengan kekuatan 8.9 pada Skala Richter merupakan yang paling buruk berlaku di Jepun dalam tempoh 140 tahun. Akibat kekuatan gempa ini telah berlaku kejadian Tsunami yang bukan sahaja memusnahkan harta benda dan kerosakan awam tetapi juga telah melumpuhkan sistem pentadbiran Jepun secara keseluruhannya. Kejadian ini juga mengakibatkan loji nuklear di Sendai, Timur Laut Jepun mengalami kebocoran radioaktif dan ia menimbulkan kebimbangan penduduk tempatan dan dunia terutama di bahagian Asia akan kejadian pencemaran radiasi. Terdapat juga khabar angin yang menyatakan jangkitan radiasi telah berlaku terhadap produk-produk makanan terutama makanan laut daripada Jepun dan ia menimbulkan panik terhadap perusahaan makanan di Jepun oleh kalangan penduduk tempatan dan penduduk dunia.

2-Demonstrasi Di London.

Demonstrasi yang berlaku di London merupakan satu lagi peristiwa bersejarah yang berlaku pada tahun 2011. Ia bermula di kota London dan kemudian merebak sekitar Birmingham, Bristol dan Liverpool. Demonstarsi ini terjadi ekoran tindakan polis menembak mati seorang pemuda berumur 29 tahun dalam keadaan berbalas tembakan.

Demonstrasi ini juga telah menyebabkan salah seorang pelajar Malaysia di sana, Asyraf Haziq Rosli, 20 tahun cedera akibat ditumbuk dan dipukul oleh orang yang tidak dikenali. Lebih malang lagi untuk pelajar berkenaan, dalam keadaan cedera dia telah dirompak tanpa mampu melakukan apa-apa. Kejadian ini telah dirakam dan tersebar di laman video popular Youtube, lalu mendapat perhatian banyak pihak daripada seluruh dunia. Perdana Menteri Britain, David Cameron telah menyampaikan permohonan maaf terhadap apa yang berlaku kepada pelajar berkenaan.

3-Kebangkitan Di Timur Tengah.

Tahun 2011 juga menyaksikan kebangkitan di Timur Tengah akibat rakyat yang tidak berpuashati dengan pemerintahan di negara-negara terlibat. Dikenali juga sebagai Arab Spring, ia bermula di Tunisia diikuti Mesir dan Syria. Yang paling popular dan dikenali, Hosni Mubarak yang telah memerintah Mesir secara diktator selama 30 tahun akhirnya meletakkan jawatan atas desakan yang dibuat oleh rakyat. Demonstrasi ini juga telah mengakibatkan industri pelancongan dan ekonomi Mesir lumpuh.

4-Kematian Muammar Gaddafi.

Seorang lagi pemimpin diktator yang dikenali ramai, Muammar Gaddafi telah digulingkan dalam penentangan berdarah yang berlaku di Libya. Kolonel Muammar Abu Minyar al-Gaddafi telah dilahirkan pada 1942 dan merupakan presiden yang memerintah Libya semenjak 1969. Berasal daripada keluarga petani, Muammar Gadaffi menerima pendidikan rendah agama dan sekolah persediaan Sebha di Fezzan. Daripada sinilah Gadaffi mengasaskan kumpulan revolusi untuk merampas kepimpinan negara Libya. Menjadikan peritiwa Presiden Gamal Abdel Nasser di Mesir menjatuhkan kerajaan monarki sebagai inspirasi, Gadaffi telah memulakan aktiviti politiknya secara aktif. Mendapat gelaran sebagai “Pemimpin Besar Dan Pengasas Revolusi” pada peringkat awal pemerintahannya, Gadaffi telah memansuhkan sistem kerajaan beraja di Libya.

Terdapat pelbagai versi cerita mengenai kerajaan yang diperintah oleh Gadaffi ini. Pemerintahan Gadaffi sering melaungkan yang Libya adalah diperintah oleh rakyat dan monopolinya terhadap kuasa politik tidak melampau dan tidak zalim seperti diktator lain. Dikalangan negara barat dan Amerika beliau dikenali dengan kelantangan suaranya dalam memperjuangkan isu hak dan keadilan serta mengkritik pimpinan barat kerana isu diskriminasi terhadap Islam. Ini menjadikan Barat terkadang tidak selesa dengan pemimpin negara pengeluar minyak di Utara Afrika ini.

Gadaffi akhirnya mati di tempat kelahirannya sendiri di bandar Sirte. Beliau dibunuh dengan kejam dan dimalukan oleh mereka yang membencinya. Mayatnya diarak dan dipamerkan kepada seluruh rakyat Libya sebelum dikebumikan di tempat yang dirahsiakan.

5-Perkahwinan Diraja British.

Satu lagi peristiwa bersejarah pada tahun 2011 adalah apabila Putera William melangsungkan perkahwinan diraja bersama pasangannya Kate middleton. Perkahwinan pasangan diraja ini mendapat liputan meluas media diseluruh dunia. Putera William merupakan anak kepada mendiang Puteri Diana bersama Putera Charles. Setelah perkahwinan itu, mereka dikurniakan gelaran Duke of Cambridge dan Duchess of Cambridge masing-

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

masing untuk putera Williams dan Kate middleton. Selain itu putera William juga dikurniakan gelaran Earl of Strathearn dan Baron Carrickfergus. Antara yang dijemput hadir ke majlis tersebut ialah Yang Dipertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

6-Malaysia Airlines Dan Air Asia Bekerjasama.

Isu dan topik syarikat penerbangan kebangsaan, Malaysia Airlines System Berhad (MAS) terus menjadi antara topik yang hangat diperkatakan pada 2011. Lebih mengejutkan apabila syarikat penerbangan kebangsaan mengumumkan akan bekerjasama dengan syarikat penerbangan tambang murah, Air Asia. Perkara ini berlaku apabila Khazanah Nasional, pemilik saham terbesar dalam Malaysia Airlines membenarkan sebanyak 20.5 peratus sahamnya dimiliki oleh Tan Sri Tony Fernandes dan juga Dato Kamarudin Meranun melalui syarikat Tune Air Berhad. Kemudian telah dibentangkan Rangka Kerja Kolaborasi Komprehensif (CCF) bagi menyelaras tindakan yang akan membolehkan kedua-dua gergasi penerbangan ini bekerjasama dari segi logistik dan strategik.

Perkara ini telah menimbulkan kontroversi dan menjadi isu hangat apabila dikatakan terdapat penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa ketika semua proses ini berlaku. Banyak lagi yang saya ingin tulis mengenai topik ini, namun saya bukan dalam kapasiti yang dibenarkan kerana saya merupakan salah seorang kakitangan syarikat berkenaan. Mungkin satu masa saya akan menceritakan daripada perspektif saya sendiri mengenai aspek pengurusan dan kepimpinan di Malaysia Airlines itu sendiri.

7-Tuduhan Rasuah Terhadap Dato’ Seri Dr Khir toyo.

Isu rasuah melibatkan mantan Menteri Besar Selangor, Dato Seri Dr Khir Toyo menjadi antara topik yang menjadi perhatian ramai kerana ia dianggap sebagai kes berprofile tinggi membabitkan kenamaan negara. Mahkamah telah menjatuhkan hukuman penjara selama setahun selepas beliau didapati bersalah atas tuduhan mendapatkan untuk beliau dan isterinya dua lot tanah dan sebuah banglo bernilai RM6.5 juta dengan harga RM3.5 juta, empat tahun lalu. Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki yang memutuskan hukuman itu turut mengarahkan perlucutan hak terhadap hartanah tersebut. Kes ini turut mengundang kontroversi kerana Dato’ Seri Dr Khir Toyo merupakan Menteri Besar dan mempunyai kepentingan ketika membeli hartanah terbabit.

8-Pasukan Bola Sepak Malaysia cemerlang di Sukan Sea.

Detik manis dicipta pada 2011 kerana kejayaan skuad bola sepak memenangi pingat emas di Sukan Sea Jakarta, Indonesia sekaligus mempertahankan emas pada Sukan Sea yang lalu. Menariknya pertandingan adalah melibatkan pasukan Indonesia yang merupakan tuan rumah pada acara berkenaan. Dengan sokongan padu lebih 100 ribu penyokong Indonesia di Stadium Gelora Bong Karno, seolah rahmat dan rezeki untuk Malaysia apabila anak buah Ong Kim Swee disuntik semangat dan begitu yakin diri bagi mempertahankan kejuaraan dimana ia merupakan detik yang sangat berharga dalam sejarah bola sepak tanah air.

9-Kematian Presiden Korea Utara, Kim Jong Il.

Tahun 2011 diakhiri dengan kematian Presiden Korea Utara, Kim Jong Il. Serangan jantung dikenalpasti punca yang menyebabkan kematiannya pada usia 69 tahun. Amat dikenali dengan program senjata nuklearnya sewaktu pemerintahan, Jong-Il mencuri tumpuan dunia apabila cuba bangkit untuk menjadi kuasa dunia baru melalui program persenjataannya.

Ketika menjadi Presiden Korea Utara pada awal dan lewat 1990-an, beliau menyaksikan ratusan ribu rakyatnya maut akibat kebuluran, dan masalah kekurangan makanan berterusan sehingga ke hari ini dan adalah dianggarkan satu pertiga daripada kanak-kanak Korea Utara terbantut tumbesarannya akibat kekurangan zat makanan. Kebanyakan peruntukan kewangan disalurkan untuk pembangunan program ketenteraan dan menguatkan barisan pertahanan kerajaan. Beliau telah menemui sumber untuk meneruskan program senjata

nuklear yang berkesudahan dengan ujian letupan nuklear pada Oktober 2006 dan Mei 2009. Anak lelaki bongsu Jong-Il, Kim Jong-Un akan mengisi kekosongan jawatan presiden seterusnya menjadi pemimpin dan pemerintah tinggi tentera di Korea Utara.