tempang

4
Tempang Pitteriah Abdullah Hafizi melangkah longlai masuk ke dalam Kelas 4 Sains 1. Buku yang dipegang diletak di atas meja. Sambil itu matanya meliar memerhatikan kawan-kawan yang sedang berbual di luar kelas. Sudah makan? tanya Raja mengejutkan Hafizi yang asyik memandang ke luar kelas. Dua biji capati bersama kuah kari diletak di hadapan Hafizi. Belum lapar lagilah! ujarnya. Raja mengambilnya lalu disimpan di dalam laci meja. Loceng berbunyi menandakan kelas akan bermula sebentar lagi. Semua murid dikehendaki beratur di hadapan muka pintu kelas. Cuma Hafizi tidak berganjak dari tempat duduknya. Dia tidak boleh berdiri terlalu lama kerana kaki kirinya pendek sebelah. Dia melahirkan cacat. Dia akan terjatuh kalau berdiri terlalu lama. Pada pagi ini ada mata pelajaran Pendidikan Jasmani, Hafizi hanya mampu melakukan senaman ringan, dia tidak dapat menyertai rakan-rakannya yang sedang rancak bermain bola sepak di padang. Kalau turut bermain bola dia akan ditertawakan oleh rakan-rakan terutama Kamil dan kumpulannya yang terlalu benci akan Hafizi. Hafizi sendiri pun tidak tahu sebabnya Kamil terlalu membencinya. Mungkin kerana Hafizi cacat. (Halaman 87) Hai, budak tempang! Jangan tunjuk lagak di sini. Jangan kau ingat, kau bijak dan pandai dalam semua mata pelajaran, orang akan suka kepada kau. Menyampah aku tengok muka kau, tahu tak?jerkah Kamil. Apa ni, Kamil? Kau jangan nak bual hal dengan aku. Kau nampak penumbuk aku! jerkah Raja sambil mengacu penumbuk ke muka Kamil. Kalau kau berani kita lawan saja, cabar Kamil. Aku tak takutlah. Kau ingat kau tu kuat sangat! Raja menyahut cabaran itu. Eh, apa bising-bising ni? tegur Cikgu Ridzuan, guru disiplin sekolah. Apabila melihat Cikgu Ridzuan yang sedang berjalan menghampiri mereka, Kamil dan kumpulannya pun berundur dari itu. Kenapa, Raja? tanya Cikgu Ridzuan. Tak ada apa-apa, cikgu, jawab Raja ringkas. Kenapa, Hafizi? Mereka mengganggu awak lagi? tanya Cikgu Ridzuan sambil memandang ke arah Hafizi. Tidak, cikgu! jawab Hafizi sambil bangun. Kalau begitu pergi masuk ke kelas, arah Cikgu Ridzuan lalu meninggalkan mereka berdua. Memang tak serik Si Kamil ni, hari tu dia kena denda oleh Cikgu Ridzuan, hari ni nak cari gaduh lagi. Kali ni aku akan ajar dia habis-habisan. Biar dia tahu siapa Raja, sungut Raja sambil menarik tangan Hafizi supaya bangun. Sudahlah tu, usah dilayan perangai Si Kamil tu. Kau bukannya tak tahu perangainya. Suka buat kecoh! kata Hafizi perlahan.

Upload: aaron054

Post on 27-Jan-2016

231 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

antologi

TRANSCRIPT

Page 1: Tempang

Tempang

Pitteriah Abdullah

Hafizi melangkah longlai masuk ke dalam Kelas 4 Sains 1. Buku yang dipegang diletak di atas meja. Sambil itu matanya meliar memerhatikan kawan-kawan yang sedang berbual di luar kelas.

“Sudah makan?” tanya Raja mengejutkan Hafizi yang asyik memandang ke luar kelas. Dua biji capati bersama kuah kari diletak di hadapan Hafizi.

“Belum lapar lagilah!” ujarnya. Raja mengambilnya lalu disimpan di dalam laci meja.

Loceng berbunyi menandakan kelas akan bermula sebentar lagi. Semua murid dikehendaki beratur di hadapan muka pintu kelas. Cuma Hafizi tidak berganjak dari tempat duduknya. Dia tidak boleh berdiri terlalu lama kerana kaki kirinya pendek sebelah. Dia melahirkan cacat. Dia akan terjatuh kalau berdiri terlalu lama. Pada pagi ini ada mata pelajaran Pendidikan Jasmani, Hafizi hanya mampu melakukan senaman ringan, dia tidak dapat menyertai rakan-rakannya yang sedang rancak bermain bola sepak di padang. Kalau turut bermain bola dia akan ditertawakan oleh rakan-rakan terutama Kamil dan kumpulannya yang terlalu benci akan Hafizi. Hafizi sendiri pun tidak tahu sebabnya Kamil terlalu membencinya. Mungkin kerana Hafizi cacat. (Halaman 87)

“Hai, budak tempang! Jangan tunjuk lagak di sini. Jangan kau ingat, kau bijak dan pandai dalam semua mata pelajaran, orang akan suka kepada kau. Menyampah aku tengok muka kau, tahu tak?” jerkah Kamil.

“Apa ni, Kamil? Kau jangan nak bual hal dengan aku. Kau nampak penumbuk aku! ” jerkah Raja sambil mengacu penumbuk ke muka Kamil.

“Kalau kau berani kita lawan saja,” cabar Kamil. “Aku tak takutlah. Kau ingat kau tu kuat sangat!” Raja menyahut

cabaran itu. “Eh, apa bising-bising ni?” tegur Cikgu Ridzuan, guru disiplin

sekolah. Apabila melihat Cikgu Ridzuan yang sedang berjalan menghampiri mereka, Kamil dan kumpulannya pun berundur dari itu.

“Kenapa, Raja?” tanya Cikgu Ridzuan. “Tak ada apa-apa, cikgu,” jawab Raja ringkas.“Kenapa, Hafizi? Mereka mengganggu awak lagi?” tanya Cikgu

Ridzuan sambil memandang ke arah Hafizi. “Tidak, cikgu!” jawab Hafizi sambil bangun. “Kalau begitu pergi masuk ke kelas,” arah Cikgu Ridzuan lalu

meninggalkan mereka berdua.

Page 2: Tempang

“Memang tak serik Si Kamil ni, hari tu dia kena denda oleh Cikgu Ridzuan, hari ni nak cari gaduh lagi. Kali ni aku akan ajar dia habis-habisan. Biar dia tahu siapa Raja,” sungut Raja sambil menarik tangan Hafizi supaya bangun.

“Sudahlah tu, usah dilayan perangai Si Kamil tu. Kau bukannya tak tahu perangainya. Suka buat kecoh!” kata Hafizi perlahan.

Semasa Hafizi dan Raja berjalan ke kelas, Kamil sudah pun menunggu mereka berdua di muka pintu. Sebaaik sahaja Hafizi masuk, Kamil terus menolak Hafizi sehingga terjatuh. (Halaman 89)

Kawan-kawan Kamil ketawa riang apabila melihat Hafizi tersungkur ke lantai. Raja segera mengangkat Hafizi. Ingin saja ditumbuknya muka Kamil tetapi dihalang oleh Hafizi.

“Kalau dia kaki samseng kita jangan terikut-ikut perangai seperti dia, Raja!” Hafizi mengingatkan dengan geram bercampur marah. Dia malu diperlakukan sedenikian rupa.

“Jangan lupa tunjuk baiklah, Si Tempang.” Kamil terus menghina Hafizi.

“Tatapi dia tidak busuk hati seperti kau, Kamil!” sampuk Mei Ling.

“Kau jangan masuk campur Mei Ling, kau tu perempuan,” bentak Kamil.

“Kenapa? Kau ingat aku takut? Nanti aku beritahu Cikgu Ridzuan, kau tahulah nanti,” ugut Mei Ling. Kamil dan kawan-kawan terus duduk di tempat masing-masing apabila melihat Cikgu Lee menuju ke arah mereka.

“Kejayaan tidak dapat diukur dengan pangkat dan darjat, kaya atau miskin, cacat atau sempurna. Kalau ingin berjaya harus berusaha keras. Kalau tidak, sesiapa saja akan gagal,” jelas Cikgu Lee, guru mata pelajaran Sains. Kesempatan 10 minit terakhir sering digunakan olehnya untuk memberi motivasi dan kesedaran diri kepada semua murid.

“Contohnya seperti Hafizi, walaupun dia cacat, tidak boleh bersukan dan bergerak cergas seperti kita, tetapi dia seorang murid yang pintar. Awak ingat kepintaran itu boleh dicapai tanpa berusaha?” ujar Cikgu Lee sambil memandang ke arah Kamil. Kamil menjeling tajam ke arah Hafizi.

“Tidak kira apa-apa agama sekalipun yang kita anuti, kita tidak diajar untuk menghina orang lain. Perbuatan itu adalah salah sama sekali!” sambung Cikgu Lee.

Hafizi memandang ke arah kaki kirinya. “Aku tidak pearnah menyesal dilahirkan begini, mengapa orang lain pula (Halaman 90) yang bersusah hati melihat kepincangan diriku,” bisik hati Hafizi.

Hafizi menunggu Pak Mat, pemandu keluarganya yang selalu mengambilya pulang dari sekolah.

“Tak balik lagi?” tanya Raja yang duduk di sebelah Hafizi.

Page 3: Tempang

“Pak Mat tak datang lagi. Ingatkan kau dah balik tadi,” jawab Hafizi. Raja menggeleng-geleng.

“Esok kau pergi tak?” “Tengoklah dulu!”“Bukannya selalu kita pergi berkelah,” pujuk Raja lagi. Kereta

Proton Perdana berwarna putih berhenti di hadapan mereka berdua. Pintu kereta ditarik perlahan-lahan.

“Jom aku hantar kau balik,” ajak Hafizi sambil menarik tangan Raja.

“Aku tunggu bas saja.” “Marilah!” ajak Hafizi lagi. Raja tidak mampu menolak pelawaan

itu setelah berkali-kali digesa oleh Hafizi.“Walaupun kau cacat Fizi, tetapi kau anak orang berada. Ada

kereta besar. Datang dihantar dan balik pila dijemput, tak seperti aku,” kata Raja merendah diri.

“Mungkin ini kelebihan yang dianugerahi Allah kepadaku, Raja. Bagaimanapun aku tidak memandang kepada semua ini. Kaya atau miskin, cacat atau sempurna sama saja” ujur Hafizi sambil menepuk bahu Raja.

Keesokan harinya program berjalan seperti yang dirancangkan oleh murid-murid Kelas 4 Sains 1. Itu pun setelah dia memujuk ayahnya berkali-kali malah datang pun dihantar oleh Pak Mat. Mereka diawasi oleh dua orang guru, Cikgu Lee dan Cikgu Ridzuan.

Hafizi hanya melihat kawan-kawannya yang sedang mandi-manda di dalam kolam. Hilai ketawa meraka sesekali mengejutkan Hafizi daripada lamunan.(Halaman 91)

“Tolonggg!!!” jerit Raja sambil menggapai tangan ke arahnya. Mereka semua berlari ke arah Raja.

“Kenapa,Raja?” tanya Cikgu Lee. “Kamil lemas, cikgu!” jawab Raja sambil menunjuk ke arah

tempat Kamil mandi tadi. Sebaik sahaja mendengar kata-kata Raja, Hafizi terus terjun ke dalam kolam. Dia menyelam mencari Kamil di dasar kolam. Tak sampai pun lima minit, Hafizi timbul kembali bersama Kamil yang sudah pun kelemasan. Diheretnya Kamil ke tebing kolam. Cikgu Ridzuan dan Cikgu Lee cuba menolong Hafizi mengangkat Kamil ke atas darat. Raja segera memberi pertolongan cemas. Sebagai ketua pasukan Bulan Sabit Merah, serba sedikit Raja diajar memberi bantuan pernafasan dari mulut ke mulut. Mujurlah Kamil berjaya diselamatkan.

“Terima kasih, Raja, kerana menyelamatkan aku!” ucap Kamil sambil memegang tangan Raja.

“Bukan aku yang menyelamatkan kau, tetapi si cacat yang sering kauhina dan kau permainkan setiap hari,” jawab Raja sambil meninggalkan Kamil. Kamil memandang Hafizi. Dia berasa teramat

Page 4: Tempang

malu kerana selama ini dia sering mengejek dan mempermain-mainkan Hafizi.

“Maafkan aku, Hafizi,” ucap Kamil.“Sudahlah, aku tidak pernah menyimpan dendam atas segala

perbuatan kau. Lupakanlah semua itu Kamil,” ujar Hafizi sambil menepuk bahu Kamil.

“Kau telah menolongku, Hafizi,” ucap Kamil dengan rasa kesal.“Itu sudah menjadi tanggungjawabku sebagai seorang manusia.

Aku harus menolong kau yang sedang dalam kecemasan,” sambing Hafizi yang hendak berlalu dari situ.

“Betul tu,” sampuk Cikgu Lee. Hafizi mematikan langkah. (Halaman 92)

Kamil memandang ke arah Hafizi dengan perasaan penuh bersalah, tetapi mulutnya terkunci untuk berkata-kata.

“Walau apa pun kekurangan yang ada pada seseorang itu, kita tidak patut membencinya. Kita sebagai manusia sama saja. Setiap orang ada kekurangan dan kelebihan.” Cikgu Lee memberi kata-kata nasihat.

“Ma ... maafkan saya, Fizi,” ujar Kamil dengan tertahan-tahan. Dia mendekati Hafizi sambil menghulurkan tangan. Dia semakin sebak apabilaterasa tangannya digenggam erat.

Tempang, 2007. Penerbit Mega Setia Emas Sdn. Bhd.

(Halaman 93)