tema 1.docx

20
TEMA 1 : MASYARAKAT SOALAN 1 : MASYARAKAT FEUDAL ENGLAND DAN JEPUN MEMPUNYAI CORAK KEHIDUPAN YANG UNIK PADA ABAD KE-16 DAN 17. BANDINGKAN. PENGENALAN Sistem feudal ditakrifkan sebagai sebuah kerajaan tempatan yang ditadbir oleh individu tertentu dan bukan wakil kerajaan pusat. Dalam sistem feudal, kedudukan seseorang individu adalah mengikut sistem kelas bersusun lapis mengikut hierarki. Negara Jepun dan England mengamalkan sistem feudal pada abad ke 16 dan 17 . Pemerintah Jepun pada abad ke 17 berada di bawah kekuasaan Keshogunan Tokugawa. Di England pula berada di bawah pemerintahan monarki baru. Amalan sistem feudal di kedua-dua pemerintahan ini mempunyai keunikan tersendiri. ISI-ISI PENTING Dalam susun lapis masyarakat feudal di England dan Jepun pada abad ke 17, raja mempunyai kedudukan yang tertinggi. Raja pada masa itu sangat dihormati dan merupakan lambang perpaduan. Raja juga sering dikaitkan dengan agama dan kepercayaan. Raja England merupakan ketua gereja Kristian. Manakala Maharaja Jepun merupakan Tuhan Matahari. Malahan pada masa itu, Raja England merupakan pemerintah berkuasa mutlak. Sebaliknya Maharaja Jepun hanya memerintah dari segi teori sahaja. Hal ini kerana Maharaja Jepun telah menyerahkan tanggungjawab memerintah kepada Shogun sejak tahun 1192. Menjelang abad ke-17, Shogun Tokugawa memerintah Jepun bagi pihak Maharaja. Maharaja tinggal terpencil dan terpisah di Kyoto dengan dikelilingi oleh pegawai istana. Kedua-dua sistem feudal ini mempunyai golongan pembesar. Golongan bangsawan di England dikenali sebagai Lord. Di negara Jepun, pembesar dikenali sebagai Daimyo. Kedudukan bangsawan di England terbahagi kepada beberapa lapisan seperti bangsawan kelas pertama, bangsawan kelas kedua dan bangsawan kelas ketiga. Pembahagian berkaitan dengan keluasan tanah yang dimiliki. Manakala di negara Jepun terdapat seorang ketua Daimyo yang dikenali sebagai Shogun. Daimyo-daimyo pula dibahagi kepada 3 golongan iaitu Daimyo Fudai, Daimyo Shimpan dan Daimyo Tozama. Daimyo Fudai merupakan ahli keluarga Tokugawa dan sekutunya. Mereka membantu Tokugawa menguasai pemerintahan dan dikurniakan tanah di bahagian tengah dan utara Honshu. Daimyo Shimpan dikenali sebagai rumah bersaudara yang terdiri daripada saudara-mara keluarga Tokugawa. Daimyo

Upload: anonymous-dbefdukejw

Post on 01-Feb-2016

318 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: TEMA 1.docx

TEMA 1 : MASYARAKAT

SOALAN 1 : MASYARAKAT FEUDAL ENGLAND DAN JEPUN

MEMPUNYAI CORAK KEHIDUPAN YANG UNIK

PADA ABAD KE-16 DAN 17. BANDINGKAN.

PENGENALAN

Sistem feudal ditakrifkan sebagai sebuah kerajaan tempatan yang ditadbir oleh individu tertentu dan bukan wakil kerajaan pusat. Dalam sistem feudal, kedudukan seseorang individu adalah mengikut sistem kelas bersusun lapis mengikut hierarki. Negara Jepun dan England mengamalkan sistem feudal pada abad ke 16 dan 17 . Pemerintah Jepun pada abad ke 17 berada di bawah kekuasaan Keshogunan Tokugawa. Di England pula berada di bawah pemerintahan monarki baru. Amalan sistem feudal di kedua-dua pemerintahan ini mempunyai keunikan tersendiri.

ISI-ISI PENTING

Dalam susun lapis masyarakat feudal di England dan Jepun pada abad ke 17, raja mempunyai kedudukan yang tertinggi. Raja pada masa itu sangat dihormati dan merupakan lambang perpaduan. Raja juga sering dikaitkan dengan agama dan kepercayaan. Raja England merupakan ketua gereja Kristian. Manakala Maharaja Jepun merupakan Tuhan Matahari. Malahan pada masa itu, Raja England merupakan pemerintah berkuasa mutlak. Sebaliknya Maharaja Jepun hanya memerintah dari segi teori sahaja. Hal ini kerana Maharaja Jepun telah menyerahkan tanggungjawab memerintah kepada Shogun sejak tahun 1192. Menjelang abad ke-17, Shogun Tokugawa memerintah Jepun bagi pihak Maharaja. Maharaja tinggal terpencil dan terpisah di Kyoto dengan dikelilingi oleh pegawai istana.

Kedua-dua sistem feudal ini mempunyai golongan pembesar. Golongan bangsawan di England dikenali sebagai Lord. Di negara Jepun, pembesar dikenali sebagai Daimyo. Kedudukan bangsawan di England terbahagi kepada beberapa lapisan seperti bangsawan kelas pertama, bangsawan kelas kedua dan bangsawan kelas ketiga. Pembahagian berkaitan dengan keluasan tanah yang dimiliki.

Manakala di negara Jepun terdapat seorang ketua Daimyo yang dikenali sebagai Shogun. Daimyo-daimyo pula dibahagi kepada 3 golongan iaitu Daimyo Fudai, Daimyo Shimpan dan Daimyo Tozama. Daimyo Fudai merupakan ahli keluarga Tokugawa dan sekutunya. Mereka membantu Tokugawa menguasai pemerintahan dan dikurniakan tanah di bahagian tengah dan utara Honshu. Daimyo Shimpan dikenali sebagai rumah bersaudara yang terdiri daripada saudara-mara keluarga Tokugawa. Daimyo Tuzama pula dikenali sebagai Daimyo luar di mana

Page 2: TEMA 1.docx

mereka merupakan musuh Shogun Tokugawa yang terdiri daripada suku-suku Barat. Mereka juga dilarang mengumpul kekayaan demi mengelakkan mereka menjadi terlalu kuat dan mengancam kedudukan Shogun. Oleh itu sistem pembesar feudal di Jepun sangat berbeza dengan sistem pembesar feudal di England.

Di negara Jepun, Daimyo memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya dalam bidang pentadbiran. Golongan Daimyo menguasai dan mentadbir daerah-daerah yang diberikan oleh Shogun kepada mereka. Manakala kedudukan bangsawan di England mengalami kemerosotan dengan kemunculan monarki baru. Raja monarki baru mampu mengawal golongan bangsawan. Hal ini kerana mereka tidak bergantung sepenuhnya kepada ketenteraan yang dibekalkan bangsawan kerana raja mempunyai tentera upahan. Namun begitu Raja masih lagi memerlukan sokongan golongan bangsawan . Raja telah memberi gelaran-gelaran kepada golongan bangsawan seperti Lord , Earl dan Duke justeru kesetiaan bangsawan terhadap raja dapat dikekalkan. Di Jepun pula, Shogun telah memberi tanah kepada daimyo untuk mendapatkan sokongan dan kesetiaan.

Kedua-dua sistem feudal ini mempunyai golongan ketenteraan. Di England golongan tentera dikenali sebagai Knight. Di Jepun golongan tentera dikenali sebagai Samurai. Knight dan Samurai ini berkhidmat kepada pembesar. Golongan Knight di England mempunyai hak untuk mengutip cukai daripada penduduk di bawah penguasaan mereka. Sebaliknya golongan Samurai Jepun tidak mempunyai tanah. Oleh itu, kekayaan golongan Knight diukur berdasarkan jumlah tanah yang dimiliki tetapi kekayaan golongan samurai diukur berdasarkan jumlah beras yang dimiliki. Satu lagi perbezaan antara Knight dan Samurai ialah golongan Knight di England adalah buta huruf dan hanya menawarkan perkhidmatan mereka dalam bidang ketenteraan. Sebaliknya golongan Samurai merupakan golongan yang paling berpendidikan dalam sistem feudal. Pemilikan ilmu dianggap perkara mulia dalam kalangan pahlawadi Jepun. Semasa zaman keamanan Tokugawa, Samurai melibatkan diri dalam aktiviti kesenian seperti tarian Kabuki.

Masyarakat petani merupakan golongan yang penting dalam sistem feudal di Jepun dan England. Di England golongan petani dikenali sebagai Freeman dan Villein, manakala golongan petani Jepun dikenali sebagai Nomin. Di England golongan petani tidak mempunyai tanah dan hanya mengusahakan tanah milik tuan tanah. Sebagai balasannya , tuan tanah akan memberi mereka perlindungan dan jaminan keselamatan. Sebaliknya petani di Jepun mempunyai kedudukan yang tertinggi dalam kalangan rakyat jelata. Mereka memiliki tanah sendiri . Golongan petani akan membayar sewa kepada tuan tanah dengan menyerahkan sebahagian daripada hasil pertanian. Di samping itu, petani juga diperlukan untuk menawarkan khidmat buruh kepada tuan tanah. Manakala petani di Jepun terpaksa membayar cukai yang tinggi. Kebiasaannya petani Jepun menyerahkan 50% daripada hasil keluaran sebagai cukai tahunan kepada daimyo. Petani juga memberi beras kepada Samurai untuk mendapat jaminan keselamatan.

KESIMPULAN

Terdapat perbezaan dan persamaan dalam sistem feudal yang menjadi amalan di Jepun dan England. Kedua-dua sistem feudal mempunyai keunikan masing-masing.

Page 3: TEMA 1.docx

SOALAN 2 : BANDINGKAN CIRI-CIRI MASYARAKAT FEUDAL DI

ENGLAND DAN JEPUN PADA ABAD KE-16 DAN 17

PENGENALAN :

Sistem Feudal ditakrifkan sebagai sebuah kerajaan tempatan yang ditadbir oleh individu tertentu dan kedudukannya adalah mengikut kelas bersusun lapis mengikut hieraki. Masyarakat feudal adalah masyarakat yang tinggal dalam sesuatu komuniti dan terikat dengan aturan yang ditetapkan oleh pemerintah ke atas golongan yang diperintah. Kedua-dua golongan ini hidup berdasarkan keturunan dan saling memerlukan antara satu sama lain. Masyarakat feudal di England memperlihatkan Raja mempunyai kuasa mutlak dan berada di kedudukan teratas, diikuti oleh Count (Bangsawan) , Lord (Tuan Tanah) , Manor dan Serf (Petani) manakala masyarakat feudal di Jepun meletakkan Maharaja pada kedudukan tertinggi dan mempunyai kuasa yang tidak terbatas dan mewakilkan kuasa baginda kepada keluarga Syogun dan dibantu oleg Daimyo serta Samurai. Jelasnya, terdapat beberapa perbandingan ciri antara masyarakat feudal England dan Jepun pada abad ke-16 dan 17.

ISI-ISI PENTING

ENGLAND JEPUN1. Kedudukan Raja

Munculnya sistem pemerintahan monarki mutlak di England pada abad ke-16 dan 17. Raja mempunyai kuasa mutlak dalam bidang pentadbiran, perundangan  dan kehakiman. Raja juga mempunyai kedudukan tertinggi dalam susun lapis masyarakat. Seseorang raja mengambil langkah seperti yang dilakukan oleh Raja Henry VII untuk mengukuhkan kedudukannya .

1. Kedudukan Maharaja

Maharaja dianggap sebagai pemerintah keduniaan dan kerohanian. Maharaja Jepun dikaitkan dengan unsur ketuhanan yang bertujuan meningkatkan dan menguatkan kedudukan maharaja serta menanam kesetiaan rakyat kepada maharaja.

Maharaja berperanan sebagai ketua agama dan ketua negara. Tetapi, Maharaja tidak mempunyai kuasa pemerintahan di bawah Shogun Tokugawa. Maharaja tinggal terpencil

Page 4: TEMA 1.docx

Keadaan politik tidak stabil. Pemerintahan pusat yang lemah menyebabkan. peperangan sering berlaku antara wilayah. Kedudukan raja lemah (pemerintah pusat) kerana berkongsi kuasa dengan golongan pembesar. Golongan pembesar pula sering menentang raja.

2. Kedudukan Bangsawan

Pengaruh dan kekuasaan golongan bangsawan merosot menjelang abad ke-16 dan 17. Kedudukan raja semakin kukuh ekoran perkembangan pesat yang berlaku dalam bidang ekonomi. Penglibatan raja dalam bidang ekonomi kapitalis mengukuhkan kedudukan dan pengaruhnya. Perkembangan ini menyebabkan raja England dapat mengawal golongan bangsawan. Pegawai-pegawai pentadbir muncul apabila berlaku kemerosotan pengaruh bangsawan .

Mereka menerima gaji daripada raja kerana membantu mengendalikan pemerintahan dan pentadbiran. Mereka juga terdiri daripada rakyat biasa yang mempunyai kebolehan dan kewibawaan dalan pentadbiran .

3. Kedudukan Knight

Golongan Knight memainkan peranan dalam bidang ketenteraan. Tanggungjawab mereka adalah

dan terpisah di Kyoto dengan di kelilingi oleh pegawai istana ( Kuge )

2. 2. 2. Kedudukan Shogun.

Shogun merupakan golongan bangsawan. Kuasa pemerintah yang sebenar berada di tangan Shogun Tokugawa.  Shogun menjalankan tugas atas nama maharaja melalui dasar pecah dan perintah. Hal ini dilakukan supaya kedudukan Shogun terjamin.

Shogun telah membahagikan kawasan pemerintahan berdasarkan golongan bangsawan atau Daimyo yang menyokong dan menentangnya. Daimyo yang menyokong Shogun akan diberi tanah manakala bangsawan yang menentangnya ditempatkan di kawasan yang akan dikawal oleh sekutu Tokugawa. Kerajaan Tokugawa ini di kenali sebagai Kerajan Bakufu (ketenteraan) yang berpusat di Edo.

3. Kedudukan Samurai

Samurai merupakan kelas pahlawan (tentera). Mereka mempunyai kedudukan istemewa iaitu mempunyai nama keluarga

Page 5: TEMA 1.docx

mempertahankan raja dan golongan bangsawan daripada ancaman musuh. Mereka menerima ganjaran dalam bentuk tanah dan harta benda daripada raja dan golongan bangsawan .

Menjelang abad ke-16 dan 17 peranan dan kedudukan mereka mula berubah kerana pemerintahan England tidak perlu lagi bergantung kepada khidmat mereka untuk mempertahankan negara daripada ancaman musuh .

Raja menubuhkan pasukan tentera yang berada di bawah kawalan dan penguasaan sendiri. Perkembangan ini menyebabkan pasukan tentera tidak didominasi oleh golongan Knight sahaja malah golongan petani dan rakyat biasa juga boleh direkrut untuk berkhidmat dalam pasukan tentera.

4. Kewajipan Peribadi

Wujud hubungan peribadi antara Lord (tuan tanah) dan Vassal (penyewa tanah). Hubungan antara kedua pihak tersebut adalah berdasarkan kepada ikatan perjanjian (kontrak). Satu pihak memberi perlindungan manakala satu lagi menawarkan perkhidmatan tentera .

Berlaku perubahan dalam hubungan antara raja dengan golongan bangsawan pada abad ke16 dan 17. Kedudukan raja yang semakin kukuh menyebabkan raja tidak perlu lagi bergantung kepada

dan mempunyai dua bilah pedang. Samurai berfungsi untuk menjaga keamanan Negara dan keselamatan shogun serta daimyo. Mereka tidak dibenarkan melakukan kerja lain.

Jumlah golongan Samurai kira-kira 400, 000 orang iaitu kira-kira 6% daripada jumlah penduduk Jepun. Golongan samurai terbahagi kepada taraf tinggi, sederhana dan rendah. Samurai bertaraf tinggi tidak ramai bilangannya dan dibenarkan memiliki tanah, Samurai bersederhana merupakan Samurai berkuda manakala kelas rendah adalah Samurai berjalan kaki.

4.  

4. Kewajipan Peribadi

Dalam masyarakat feudal,  wujud hubungan peribadi antara Shogun dan Daimyo.  Shogun menyerahkan tanah kepada golongan Daimyo yang setia kepadanya. Sebagai balasan, Daimyo akan membantu shogun dalam pentadbiran dan  ketenteraan.

Dalam hal ini, kedua-dua pihak saling bertanggungjawab  terhadap kepentingan bersama, iaitu satu pihak memberikan perlindungan  manakala satu pihak lagi menawarkan perkhidmatan dalam pentadbiran dan ketenteraan.

Page 6: TEMA 1.docx

golongan bangsawan bagi mendapatkan bantuan ketenteraan . 

5. Mobiliti Sosial

Masyarakat feudal pada Zaman Pertengahan merupakan masyarakat yang bersusun lapis. Setiap lapisan mempunyai kedudukan ekonomi , politik , dan sosial yang berlainan. Perubahan dalam kedudukan sosial dan status masyarakat jarang berlaku. Setiap golongan harus melaksanakan peranan dan tanggungjawab yang telah ditetapkan.

Perubahan dalam bidang politik , ekonomi dan sosial yang berlaku pada abad ke-16 dan 17, mewujudkan mobiliti sosial dalam masyarakat. Perkembangan ini menyebabkan struktur susun lapis masyarakat turut mengalami perubahan.   Jawatan-jawatan penting dalam kerajaan yang dimonopoli oleh golongan bangsawan kini disandang oleh rakyat biasa. Ini menyebabkan muncul golongan pertengahan dan kelas menengah dalam masyarakat .

6.   Ekonomi

Masyarakat bergantung kepada tanah dan tinggal dalam komuniti kampung yang dikenali sebagai manor. Kegiatan ekonomi bergantong kepada aktiviti pertanian. Manor menjadi asas ekonomi feudalisme kerana manor

5. Mobiliti Sosial

Masyarakat feudal di Jepun pada abad ke 16 dan ke 17 terdiri daripada beberapa lapisan. Setiap lapisan dalam masyarakat feudal mempunyai kedudukan ekonomi, sosial dan politik yang berlainan.

Kedudukan dan status masyarakat ditentukan berdasarkan keturunan dan sistem kelas. Dalam hal ini, perubahan status dan mobilitI sosial dalam masyarakat feudal di Jepun yang berlaku. Umpamanya, golongan pedagang merupakan golongan yang di pandang rendah dan tidak berlaku mobiliti sosial.

6. Pemilikan Tanah.

Zaman keshogunan Tokugawa , wilayah di serahkan kepada vassal yang setia kepada shogun. Selain itu, Shogun memberikan tanah kepada tuan tanah(Daimyo ) yang setia kepadanya. Daimyo yang setia akan mengawasi gerak geri Daimyo yang di ragui

Page 7: TEMA 1.docx

yang menghasilkan makanan untuk semua lapisan masyarakat termasuk raja.

Kegiatan perdagangan tidak meluas kerana manor tidak menjalankan perdagangan dengan manor yang lain sebaliknya mereka menghasilkan barangan untuk keperluan sendiri. perkembangan ekonomi terhad dan perniagaan dkendalikan secara sistem barter.

7.   Agama

Gereja Katolik merupakan institusi yang berkuasa, mereka memiliki sebahagian besar tanah. Institusi gereja mengongkong kehidupan masyarakat pada zaman feudal.

 Pengaruh gereja Khatolik merangkumi seluruh kehidupan masyarakat. Gereja menekankan aspek kerohanian (keagamaan) dan kurang menekankan aspek duniawi.

kesetiannya.

Tokugawa Ieyasu mengambil langkah untuk merampas tanah daripada daimyo yang menentang pemerintahannya. Tanah-tanah yang di rampas diserahkan kepada tentera dan tuan tanah yang setia kepadanya.  Shogun melantik pegawai-pegawai untuk mentadbir  dan menguruskan tanah miliknya. Pegawai yang menguruskan tanah itu dikenali sebagai Gundai dan Daskan.

7. Agama

Feudalisme di Jepun dipengaruhi agama Buddha. Pada zaman Kamakura, kemerosotan kerajaan pusat dan kekacauan menyebabkan rakyat mempercayai agama Buddha untuk menjamin keselamatan mereka. Pahlawan-pahlawan juga mula mendapat ketenangan dengan melakukan meditasi kepada agama Buddha yang dikenali sebagai Zen.

KESIMPULAN

Masyarakat feudal England dan Jepun mempunyai ciri-ciri tersendiri yang merangkumi aspek sosial,ekonomi dan politik. Dalam konteks ini, di England satu pihak menawarkan perlindungan manakala satu pihak lagi menawarkan perkhidmatan. Manakala masyarakat feudal Jepun lebih ketat kerana pembahagian golongan masyarakat berdasarkan pekerjaan yang diwarisi. Malah

Page 8: TEMA 1.docx

kedudukan masyarakat Jepun diperkukuhkan semasa pemerintahan Meiji dan dianggap sebagai Raja Berpelembagaan. Maharaja dihormati dan sistem ini kekal sehingga hari ini.

Nota tambahan : Perbezaan Feudalisme di England dan Jepun

Feudalisme England dan Jepun berbeza dari segi etika. Kesetiaan dalam tamadun England berasaskan perundangan atau perjanjian bertulis

sebaliknya dalam feudalisme di Jepun, kesetiaan berasaskan kepada etika dan budi pekerti.

Dalam feudalisme Jepun,wanita boleh mewarisi harta dan mempunyai kedudukan dalam masyarakat.

Selain itu wanita harus mempunyai sifat keberanian, tabah dan kesetiaan seperti lelaki. Pahlawan Jepun menunjukkan minat yang tinggi dalam kesarjanaan dan seni. Dalam pada itu, pahlawan England adalah buta mereka hanya dikehendaki untuk

berkhidmat sebagai pahlawan. Pemilikan ilmu tidak dianggap sebagai perkara yang mulia dalam alangan pahlawan di

England

Sebahagian daripada ciri-ciri masyarakat Jepun yang masih wujud hari ini ialah warisan zaman Kamakura. Hal ini termasuklah penekanan kepada kesetiaan,berani,berjimat cermat dan seni mempertahankan diri.

Tindakan membunuh diri dianggap tindakan yang mulia apabila seseorang itu didapati bersalah. Ia dianggap jalan keluar yang mulia.

Feudalisme Jepun dipengaruhi oleh agama Buddha manakala feudalisme di England dipengaruhi agama Kristian. Pada zaman Kamakura, kemerosotan kerajaan pusat dan kekacauan menyebabkan rakyat mempercayai agama Buddha untuk menjamin keselamatan mereka.Pahlawan-pahlawan juga mula mendapat ketenangan dengan melakukan meditasi kepada agama Buddha yang dikenali sebagai Zen.

SOALAN 3. : HURAIKAN FAKTOR-FAKTOR PERKEMBANGAN MASYARAKAT

INDUSTRI DI ENGLAND DAN JERMAN PADA ABAD

KE-18 DAN 19.

PENDAHULUAN

Menjelang abad ke-18 hingga abad ke-19 , tercetus revolusi yang dikenali sebagai Revolusi Perindustrian di England dan kemudiannya di Jerman.

Revolusi Perindustrian menyebabkan England dan Jerman mengalami perubahan daripada negara pertanian kepada negara berasaskan perindustrian.

Page 9: TEMA 1.docx

Revolusi ini menyebabkan jentera digunakan secara meluas dalam sektor perkilangan. Perkembangan ini juga menyebabkan berlakunya peningkatan dalam pengeluaran dan

pertumbuhan ekonomi yang pesat.

FAKTOR-FAKTOR PERKEMBANGAN MASYARAKAT INDUSTRI DI ENGLAND

1] Pertambahan penduduk

Pertambahan penduduk menyebabkan wujudnya bekalan tenaga buruh yang mencukupi untuk sektor perkilangan.

Pertambahan penduduk mewujudkan pasaran bagi barangan keluaran kilang-kilang perindustrian.

Penghijrahan pekerja dari Ireland dan Scotland menyebabkan terdapat tenaga kerja yang ramai untuk bekerja di sektor perkilangan.

2] Kekayaan bahan mentah

Terdapat bekalan bahan mentah seperti arang batu dan bijih besi di England. Bekalan arang batu yang banyak terdapat di New Castle dan Wales. Penguasaan tanah-tanah jajahan di Asia dan Afrika turut menjamin bekalan bahan

mentah yang mencukupi dan berterusan untuk kilang-kilang perindustrian di England.

3] Kemajuan pengangkutan

Kemajuan dalam bidang pengangkutan membantu dalam pengagihan barang-barang ke seluruh negara.

Penggunaan kenderaan berkuasa wap membantu perkembangan sistem pengangkutan seperti kereta api dan kapal laut.

4] Perkembangan merkantilisme

Menjelang abad ke16 dan abad ke17, muncul kegiatan ekonomi merkantilisme di England.

Perkembangan merkantilisme menyediakan kekayaan dan modal untuk mempelopori Revolusi Perindustrian.

Sistem merkantilisme menekankan pemberian latihan kemahiran untuk pekerja-pekerja menerusi ` Dasar Perantis `. Dasar ini menyediakan ramai tenaga kerja yang mahir untuk berkhidmat dalam sektor perindustrian.

5] Modal mencukupi

Page 10: TEMA 1.docx

Terdapat modal yang mencukupi untuk pelaburan dalam sektor perindustrian di England.

England memiliki modal yang banyak yang dipusatkan di Bank of England. Kemunculan institusi perbankan menyebabkan terdapat kemudahan pinjaman bagi

membiayai projek-projek perindustrian.

6] Iklim yang sesuai untuk perindustrian

Iklim yang sesuai meransang pertumbuhan sektor perindustrian. Perkembangan perusahaan kapas di Lancashire disebabkan oleh keadaan iklim yang

sesuai. Iklim lembap sesuai untuk menjalankan kegiatan memintal dan air yang mencukupi

untuk membasuh, meluntur dan mencelup bulu yang digunakan dalam industri tekstil.

7] Kemajuan sains dan teknologi

Perkembangan pesat dalam bidang sains dan teknologi menyebabkan beberapa rekaan dan ciptaan baharu ditemui.

Penciptaan mesin-mesin baru menggalakkan perkembangan perindustrian di England. Paten diberikan kepada pencipta bagi menggelakkan orang lain meniru hasil ciptaan

mereka. Perkembangan ini menggalakkan orang ramai mencipta mesin-mesin baharu bagi

kegunaan perindustrian.

8] Kestabilan politik di England

Kestabilan politik turut menyumbang kepada pertumbuhan sektor perindustrian di England.

Pada masa itu, England tidak terlibat dalam peperangan dengan negara lain. Keadaan ini memberi ruang kepada masyarakat di England untuk menghasilkan ciptaan-

ciptaan baharu.

9] Semangat keusahawanan

Semangat keusahawanan dalam kalangan tokoh-tokoh perindustrian membantu pertumbuhan industri di England.

Semangat ini melahirkan tokoh-tokoh yang kreatif dan inovatif seperti James Watt dan Matthew Boulton.

Tokoh-tokoh ini terlibat dalam penciptaan mesin-mesin baharu dan menubuhkan syarikatsyarikat bagi memasarkan engin tersebut.

Page 11: TEMA 1.docx

Kemunculan golongan usahawan merupakan faktor yang menggalakkan perkembangan sektor perindustrian di England.

FAKTOR-FAKTOR PERKEMBANGAN MASYARAKAT INDUSTRI DI JERMAN

1] Penyatuan Jerman

Penyatuan Jerman pada 1871 oleh Otto von Bismark telah meletakkan asas yang kukuh bagi pertumbuhan sektor perindustrian di Jerman. Selepas penyatuan, Jerman muncul sebagai sebuah negara perindustrian yang unggul di Eropah.

Penyatuan Jerman ini telah membawa kepada kemajuan sistem pengangkutan dan perhubungan , kemajuan dalam ekonomi dan kestabilan politik. Keadaan ini telah meransang pertumbuhan sektor perindustrian di Jerman. Selepas tahun 1878, kerajaan mengamalkan dasar memberi perlindungan kepada sektor perindustrian.

2] Kemajuan Pertanian

Kemajuan dalam bidang pertanian meletakkan asas bagi pertumbuhan sektor perindustrian di Jerman.

Selepas penyatuan Jerman, sektor pertanian mula mengalami kemajuan dan berkembang dengan pesat melalui penerbitan karya mengenai teknologi pertanian seperti Introduction to the Knowledge of English Agriculture- Principle of Rational Agriculture pada tahun 1789 oleh Albrecht Thaer. Justus von Liebig menjalankan kajian tentang penggunaan kimia bagi meningkatkan pengeluaran hasil pertanian.

Penggunaan teknologi moden dan kaedah saintifik telah menyebabkan berlaku peningkatan dalam pengeluaran hasil pertanian.

Kerajaan turut memberi sumbangan dalam memajukan bidang pertanian melalui penubuhan sekolah pertanian dan universiti.

Institusi ini telah menjalankan kajian dalam bidang pertanian dan menawarkan mata pelajaran yang berkaitan dengan bidang pertanian.

Sebelum Perang Dunia Pertama terdapat lebih kurang 2000 buah sekolah pertanian di seluruh Jerman. Antara 1905 hingga 1912, Jerman mendahului negara-negara lain dalam pengeluaran hasil pertanian.

3] Kemajuan dalam bidang Penyelidikan

Kemajuan dalam bidang penyelidikan meransang pertumbuhan sektor perindustrian di Jerman. Banyak makmal penyelidikan telah dibina oleh syarikat kimia dan elektrik di Jerman bagi membolehkan ahli-ahli Kimia dan Fizik menjalankan kajian dan penyelidikan.

Page 12: TEMA 1.docx

Penyelidikan ini telah menyebabkan Jerman berjaya mencipta pelbagai peralatan dan inovasi baharu. Perkembangan ini telah menyebabkan Jerman muncul sebagai pemimpin dunia dalam industri kimia dan elektrik pada akhir abad ke-19.

4] Penubuhan Koperasi

Koperasi memainkan peranan dalam perkembangan sektor perindustrian di Jerman dengan memberikan bantuan kewangan kepada penduduk untuk melibatkan diri dalam perindustrian.

Kesatuan kredit juga ditubuhkan di seluruh Jerman bagi meransang pertumbuhan sektor perindustrian dan memberi bantuan kewangan kepada penduduk bandar seperti Kesatuan Kredit Schulze Delitzsch. Menjelang tahun 1911, terdapat lebih kurang 25000 buah kesatuan kredit di seluruh Jerman.

Institusi koperasi dan kesatuan kredit memainkan peranan dalam pertumbuhan sektor perindustrian di Jerman.

5] Penghapusan Sistem Guild

Penghapusan sistem guild juga menjadi salah satu faktor yang mendorong perkembangan industri di Jerman. Sebelum penyatuan Jerman, seseorang yang ingin terlibat dalam bidang perindustrian perlu mempunyai pengalaman dalam guild selama beberapa tahun. Ia merupakan syarat wajib. Sistem ini menjadi penghalang kepada perkembangan perindustrian di Jerman.

Pada tahun 1811, kerajaan bertindak menghapuskan monopoli dan keistimewaan guild melalui Peraturan 1811. Penghapusan ini telah menjadi asas bagi pertumbuhan sektor perindustrian di Jerman.

6] Penghijrahan penduduk ke bandar

Penghijrahan penduduk dari kawasan luar bandar ke bandar membantu perkembangan sektor perindustrian di Jerman. Sebelum penyatuan Jerman, tiga perempat daripada penduduk Jerman tinggal menetap di luar bandar.

Pada tahun 1871, terdapat 8 buah bandar di Jerman dengan bilangan penduduk seramai 100 ribu orang. Selepas penyatuan Jerman, proses pembandaran berkembang dengan pesat dan membawa kemunculan bandar baharu di seluruh negara seperti kawasan Ruhr, Saxony, Silesia dan Berlin.

Pertumbuhan bandar baharu dan peningkatan penduduk menyebabkan industri berkembang pesat di Jerman.

Page 13: TEMA 1.docx

7] Kekayaan bahan mentah

Perkembangan sektor perindustrian di Jerman juga disebabkan oleh kekayaan sumber bahan mentahnya seperti arang batu, bijih besi, dan bijih timah.

Kawasan perlombongan arang batu dan bijih besi yang terkenal di Jerman ialah lembah Ruhr, Lorainne dan Silesia. Sumber galian ini merupakan sumber utama dalam menggerakkan sektor perindustrian di Jerman. Pada tahun 1875, Jerman mengeluarkan 25 juta tan arang batu dan telah meningkat kepada 287 juta tan pada tahun 1913.

Pada tahun 1872, Jerman telah mengeksport bekalan bijih besi bernilai 1.92 juta tan ke negara Eropah. Menjelang tahun 1910, pengeluaran bijih besi mencecah sehingga 14.7 juta tan.

Di samping itu, bahan kimia seperti garam kalium ditemui dalam kuantiti yang besar di Jerman.Menjelang tahun 1871, Jerman menghasilkan 375000 tan garam kalium dan meningkat kepada 3.5 juta tan pada tahun 1901.

Antara tahun 1863 hingga 1865, seramai 120000 orang bekerja dalam industri perlombongan di Jerman dan terus meningkat kepada 570000 orang pada tahun 1906.

8] Kemajuan industri perkapalan.

Perkembangan pesat sektor perindustrian disebabkan oleh kemajuan dalam industri perkapalan. Industri perkapalan Jerman terletak di Breman, Hamburg, Stettin, Danzig dan Elby.

Selepas tahun 1880, berlaku peningkatan yang amat ketara dalam pembinaan kapal wap di Jerman dan ini membolehkan jumlah muatan barangan yang diangkut dapat ditingkat.

9] Kemajuan sistem pengangkutan

Perkembangan Revolusi Perindustrian disebabkan oleh kemajuan dalam bidang komunikasi dan pengangkutan. Kerajaan membangunkan perkhidmatan kereta api untuk menggalakkan pertumbuhan industri. Bagi memajukan perkhidmatan kereta api, kerajaan mengambil langkah dengan mengurangkan kadar bayaran dan tarif perkhidmatan kereta api.

Page 14: TEMA 1.docx

Landasan kereta api dibangunkan bagi memudahkan pergerakan tentera dalam mengawal keamanan negara. Selepas tahun 1879, kerajaan membeli landasan kereta api yang dimiliki oleh pihak swasta.

10] Galakan Kerajaan

Pertumbuhan pesat dalam sektor perindustrian juga disebabkan galakan yang diberikan oleh kerajaan. Kerajaan Jerman mengamalkan dasar memberi perlindungan kepada sektor perindustrian mulai tahun 1879.

Dasar ini menyebabkan berlaku pertumbuhan pesat industri antara tahun 1872 hingga 1910 dan sekali gus menyebabkan hasil pengeluaran sektor perindustrian di Jerman meningkat.

Kerajaan juga menyediakan perkhidmatan kereta api yang murah bagi meransang pertumbuhan industri. Sistem pengangkutan yang efisien menyebabkan hasil pengeluaran industri dapat di eksport ke negara-negara lain di Eropah.

11] Penubuhan Kartel

Kartel adalah sebuah persatuan yang berperanan untuk menyelaras pengurusan industri di Jerman seperti mengawal bekalan dan harga barangan bagi menjamin keuntungan. Anggota kartel akan mengadakan perjanjian bagi menentukan harga barangan yang dipasarkan.

Pertubuhan ini memainkan peranan penting dalam mengawal pasaran dan kewangan industri Jerman.

12] Kemunculan Bank

Kemunculan institusi perbankan memberi sumbangan yang besar dalam perkembangan sektor perindustrian di Jerman. Kerajaan menubuhkan bank dengan menyediakan pinjaman jangka panjang bagi meransang pertumbuhan sektor perindustrian di Jerman.

Menjelang pertengahan abad ke-19 Joint Stock Bank ditubuhkan di Jerman dengan memberi bantuan modal kepada pengusaha-pengusaha industri.

Sistem perbankan di Jerman dikawal oleh gabungan empat buah bank utama yang terdiri daripada Disconta Geseilsehaft of Stuttgart (1851), Deutsche Bank (1870), Darmstadter Bank (1870), dan Dresdener Bank (1872).

Bank-bank ini berperanan menggalakkan penggabungan perniagaan, memberi bantuan modal kepada pengusaha industri, menggalakkan pertumbuhan industri perlombongan, dan membangunkan sistem pengangkutan darat dan laut.

Kesimpulan

Page 15: TEMA 1.docx

Terdapat beberapa faktor perkembangan Revolusi Perindustrian di England dan Jerman. Revolusi ini menyebabkan berlakunya pertumbuhan ekonomi yang pesat serta

kemunculan golongan kelas pekerja dan golongan pertengahan. Revolusi ini juga membawa perubahan yang ketara dalam bidang sosial dan politik.

SOALAN 4 : HURAIKAN CIRI-CIRI MASYARAKAT INDUSTRI DI ENGLAND

DAN JERMAN PADA ABAD KE 18 HINGGA 19.

PENGENALAN

Masyarakat industri muncul selepas tercetusnya Revolusi Perindustrian di England pada abad ke 18.

Masyarakat industri menggantikan masyarakat agraria yang muncul pada zaman praindustri.

Masyarakat industri merujuk kepada masyarakat yang bergantung kepada sektor perindustrian

Masyarakat ini terlibat dalam pengeluaran barangan dan perkhidmatan dengan menggunakan mesin dan dicirikan menerusi pembahagian kerja dan bergantung kepada pengeluaran secara besar-besaran.

ISI-ISI PENTING

CIRI-CIRI MASYARAKAT INDUSTRI DI ENGLAND PADA ABAD KE 18 DAN 19

i) Kegiatan Ekonomi Kegiatan ekonomi masyarakat industri tertumpu kepada pengeluaran barangan secara

besar-besaran Mereka bergantung kepada sektor perindustrian sebagai sumber pekerjaan dan punca

pendapatan untuk menyara kehidupan Masyarakat mempunyai kemahiran dalam pengendalian mesin yang digunakan

secara meluas hingga membawa kepada pengeluaran barangan secara besar-besaran Barangan ini akan dipasarkan di peringakat domestik dan antarabangsa Pada peringkat awal, masyarakat industri di Englang bekerja di kilang-kilang tekstil

Page 16: TEMA 1.docx

Ekonomi masyarakat industri juga tertumpu dalam sektor perlombongan. Bekalan arang batu dan bijih besi yang banyak di New Castle dan Wales menyumbang kepada perkembangan industri besi dan keluli.

ii) Pengkhususan kerja Penggunaan mesin secara meluas telah menyebabkan berlakunya pengkhususan

pekerjaan. Pekerja-pekerja hanya perlu melakukan sebahagian kerja untuk menghasilkan

barangan. Keadaan ini membolehkan kos operasi dapat dikurangkan dan pengeluaran dapat

ditingkatkan.

iii) Kemunculan kelas Peningkatan dalam pengeluaran menyebabkan pekerja menerima pendapatan yang

tinggi dan ini membawa kepada kemunculan kelas iaitu kelas pekerja dan kelas kapitalis

Golongan pekerja atau golongan proletariat merujuk kepada buruh yang diperlukan untuk mengendalikan mesin-mesin seperti mesin menenun, memintal dan bekerja di lombong.

Kelas kapitalis pula merupakan pemilik kilang, tuan tanah dan juga pengusaha lombong yang kebiasaanya menindas kelas pekerja untuk meraih keuntungan yang banyak.

Campurtangan kerajaan menyebabkan kebajikan pekerja ini terjamin dan ini membawa kepada kemunculan golongan profesional daripada kalangan kelas pekerja.

iv) Mobiliti Sosial Pengkhususan kerja dalam bidang perkilangan membawa kepada pengeluaran

produk secara besar-besaran Peningkatan dalam pengeluaran akan dapat meningkatkan pendapatan pekerja. Taraf hidup golongan pekerja bertambah baik kerana mendapat pendapatan yang

tinggi. Situasi ini membawa kepada kemunculan golongan kelas menengah dalam

masyarakat yang berjuang untuk kepentingan diri dan juga hak golongan pekerja. Mobiliti sosial berlaku kerana kejayaan seseorang individu bukan ditentukan oleh

status keturunan tetapi kerana bakat dan kekayaan yang dimiliki.

v) Urbanisasi Masyarakat industri merupakan masyarakat yang tinggal di kawasan bandar dan

bekerja di sektor perkilangan

Page 17: TEMA 1.docx

Revolusi Perindustrian yang berlaku telah menyebabkan ramai penduduk luar bandar berhijrah ke bandar untuk bekerja di kilang.

Keadaan ini membawa kepada proses urbanisasi atau proses menjadi bandar khususnya di kawasan perindustrian.

Pertambahan penduduk secara mendadak berlaku di bandar dan ini mengakibatkan kesesakan di kawasan bandar perindustrian.

Antara bandar perindustrian yang mengalami proses urbanisasi di England ialah Manchester, Leeds, Liverpool dan Lyons.

vi) Perkembangan Sains dan Teknologi Masyarakat industri merupakan masyarakat yang mempunyai pengetahuan dalam

bidang sains dan teknologi. Mereka menerapkan pengetahuan dan teknologi baharu yang mereka peroleh dalam

pertumbuhan sektor perindustrian. Perkembangan ini membawa kepada lahirnya golongan saintis yang menghasilkan

mesin baru bagi kegunaan perindustrian. Antara saintis yang terkenal ialah Thomas Newcomen dan James Watt yang telah

menghasilkan mesin berkuasa wap

KESIMPULAN

Masyarakat industri di England cukup mahir dalam pelbagai bidang khususnya bidang pertanian sehingga berjaya menyumbang kepada Revolusi Perindustrian.

Perkembangan Revolusi Perindustrian di England telah membawa kepada kemunculan England sebagai kuasa imperialis pada akhir abad ke 19

CIRI-CIRI MASYARAKAT INDUSTRI DI JERMAN PADA ABAD KE 18 DAN 19

ISI-ISI PENTING

PENGENALAN Masyarakat industri merujuk kepada masyarakat yang bergantung kepada sektor

perindustrian Masyarakat ini terlibat dalam pengeluaran barangan dan perkhidmatan dengan

menggunakan mesin Masyarakat ini dicirikan menerusi pembahagian kerja dan bergantung kepada

pengeluaran secara besar-besaran Revolusi perindustrian di Jerman berlaku pada tahap kedua di Eropah iaitu selepas

Revolusi Perindustrian di England

Page 18: TEMA 1.docx

Untuk memajukan perindustrian, kerajaan Jerman telah memberi banyak modal dalam memajukan kemudahan infrastruktur seperti pengangkutan dan komunikasi.

i) Kegiatan Ekonomi

Penggunaan teknologi moden dan kaedah saintifik menyebabkan peningkatan dalam pengeluaran hasil pertanian

Contohnya masalah pembajakan tanah dapat diatasi apabila traktor dicipta bagi menggantikan kuda.

Masalah kesuburan tanah diatasi apabila formula untuk menghasilkan baja tiruan ditemui.

Ini menyebabkan hasil pengeluaran pertanian meningkat seperti oat, gandum dan ubi kentang

Aktiviti juga tertumpu dalam bidang perindustrian terutamanya apabila berlaku pertambahan pembukaan lombong arang batu dan bijih besi di Saxony dan Silesia barat Jerman

Arangbatu dan bijih besi merupakan galian utama Jerman mengeluarkan 25 juta tan arang batu dan galian ini meningkat kepada 287 tan

pada tahun 1913. Pengeluaran bijih besi juga meningkat daripada 1.5 juta pada tahun 1871 kepada 8.5

juta tan pada tahun 1900. Muncul pengusaha terkenal seperti Alfred Krupp yang mengeluarkan barangan alat

ganti dan peralatan besi. Kemajuan dalam industri kulit menyebabkan Jerman mengambilalih tempat England

dalam industri kulit pada tahun 1870-1914 Keadaan ini menyebabkan berlaku perubahan dalam kehidupan masyarakt kepada

gaya hidup yang lebih mewah Pembangunan industri tekstil tertumpu di wilayah Rhineland, Saxony danSilesia.

Berlin pula menjadi bandar pengeluar mesin-mesin tekstil Ciptaan baharu mulai berkembang di Jerman. Antaranya Syarikat Siemen dan Martin

telah meningkatkan pengeluaran keluli pada tahun 1886 daripada 0.9 juta tan kepada 13.6 juta tan.

Ini membawa kepada kemunculan kejuruteraan elektrik di Jerman. Syarikat kimia dan elektrik Jerman menjadi perintis kepada pembangunan kimia dan elektrik.

ii) Kemunculan kelas Masyarakat industri tergolong kepada dua kelas iaitu kelas kapitalis dan kelas pekerja Kelas kapitalis terdiri daripada pemilik kilang dan pengusaha lombong seperti Alfred

Krupp, Siemens dan Martin Kelas pekerja pula terdiri daripada buruh dan pekerja kilang di kilang tekstil, Kimia

dan Kejuruteraan elektrik.

iii)Perkembangan Sains dan Teknologi

Page 19: TEMA 1.docx

Teknologi yang digunakan di Jerman terdiri daripada pelbagai bahan, sumber dan bentuk

Kemajuan dalam teknik penyelidikan membolehkan Jerman menghasilkan pelbagai ciptaan baru yang membantu kelahiran industri berskala besar.

Syarikat Kimia dan elektrik Jerman memonopoli penubuhan makmal-makmal penyelidikan yang lengkap dengan ahli-ahli Kimia dan Fizik terlatih daripada universiti

Perkembangan ini menyebabkan Jerman berjaya mencipta pelbagai peralatan dan inovasi baru

Beberapa syarikat dan perbadanan Jerman telah memberi sumbangan besar mencipta teknik baru dengan menjalinkan teori penyelidikan saintifik dengan amalan kerja biasa di kilang

Menjelang abad ke 19, industri kimia dan elektrik Jerman telah memimpin dunia.

iv)Kemajuan kewangan

Industri –industri di Jerman didominasi oleh pelaburan bank dan syarikat insurans Perkembangan sistem perbankan di Jerman menggalakkan pertumbuhan perdagangan

dan perniagaan di Jerman. Pada tahun 1840an Bank of Prusia menjalankan perniagaan perbankan sebagai “joint

stock” dalam pengeluaran kredit dan menyediakan pelaburan kapital. Sistem perbankan di Jerman dikawal oleh D Bank, iaitu gabungan 4 buah bank utama

iaitu Disconto Gesellschaft of Stuttgart, Deutsche Bank, Dammstadter Bank dan Dresdener Bank.

Bantuan modal mempercepatkan perkembangan industri di Jerman pada tahun 1870an. Hal ini menggalakkan pertumbuhan industri perlombongan arang batu, keluli, kapas

dan kain bulu serta kemajuan sistem pengangkutan darat dan laut.

v) Kemajuan sistem pengangkutan

Pembinaan jalan kereta api dibina dengan pesat pada tahun 1870 hasil pembangunan industri besi dan keluli.

Firma Jerman di Bersiq menjadi pengeluar utama kereta api di Jerman. Kerajaan juga menyediakan kadar perkhidmatan kereta api yang murah untuk

menghantar besi jerman ke negara Eropah. Pada tahun 1713, eksport besi dan keluli Jerman bernilai 100 juta pound sterling.

vi)Perluasan perdagangan antarabangsa

Perkembangan pembangunan perindustrian di Jerman menyaksikan pertambahan dalam eksport sehingga menimbulkan masalah dalam memasarkan barangan dan mendapatkan sumber bahan mentah

Perindustrian di Jerman telah berkembang kepada 243.8 peratus dari tahun 1887 hingga 1912

Masalah pasaran dan bahan mentah menyebabkan Jerman terpaksa meluaskan tanah jajahan

Page 20: TEMA 1.docx

Jerman dapat menguasai kawasan di Pasifik iaitu New Guinea, Kepulauan Carolina dan juga meluaskan perdagangan dengan China

KESIMPULAN

Masyarakat Jerman merupakan masyarakat yang gigih berusaha dalam memajukan ekonomi mereka

Perkembangan perindustrian di Jerman membawa kepada kemunculan Jerman sebagai kuasa imperialis untuk mendapatkan lebih banyak bahan mentah.