teks ucapan ybhg. datuk haji mohammad bin mentek … ucapan bengkel kajian... · teks ucapan ybhg....

28
TEKS UCAPAN YBHG. DATUK HAJI MOHAMMAD BIN MENTEK KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN BENGKEL KAJIAN PERTENGAHAN TAHUN SKT SWCORP 2017 4 OGOS 2017 (JUMAAT) INTAN, SABAH

Upload: dinhtuyen

Post on 21-Mar-2019

327 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: TEKS UCAPAN YBHG. DATUK HAJI MOHAMMAD BIN MENTEK … Ucapan Bengkel Kajian... · teks ucapan ybhg. datuk haji mohammad bin mentek ketua setiausaha kementerian kesejahteraan bandar,

TEKS UCAPAN

YBHG. DATUK HAJI MOHAMMAD BIN MENTEK

KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN

KERAJAAN TEMPATAN

BENGKEL KAJIAN PERTENGAHAN TAHUN SKT SWCORP 2017 4 OGOS 2017 (JUMAAT)

INTAN, SABAH

Page 2: TEKS UCAPAN YBHG. DATUK HAJI MOHAMMAD BIN MENTEK … Ucapan Bengkel Kajian... · teks ucapan ybhg. datuk haji mohammad bin mentek ketua setiausaha kementerian kesejahteraan bandar,

1

Assalamualaikum Warahmatullahibarakatuh dan Salam Sejahtera

1. Alhamdulillah dapat kita berkumpul bersama-sama pada pagi ini di

Bengkel Kajian Pertengahan Tahun Sasaran Kerja Tahunan (SKT)

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam

(SWCorp) 2017. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan jutaan

terima kasih dan sekalung tahniah kepada urusetia yang telah

berjaya menganjurkan bengkel yang akan dijalankan selama tiga

(3) hari bermula hari ini.

Page 3: TEKS UCAPAN YBHG. DATUK HAJI MOHAMMAD BIN MENTEK … Ucapan Bengkel Kajian... · teks ucapan ybhg. datuk haji mohammad bin mentek ketua setiausaha kementerian kesejahteraan bandar,

2

2. Sekalung tahniah juga saya ucapkan kepada SWCorp yang telah

bersama-sama Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan

dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam mencapai SKT yang telah

ditetapkan demi mensejahterakan rakyat selaras hasrat YAB

Perdana Menteri Malaysia pada pembentangan bajet 2017 yang

lalu.

Page 4: TEKS UCAPAN YBHG. DATUK HAJI MOHAMMAD BIN MENTEK … Ucapan Bengkel Kajian... · teks ucapan ybhg. datuk haji mohammad bin mentek ketua setiausaha kementerian kesejahteraan bandar,

3

Hadirin sekalian

3. Dalam merealisasikan hasrat tersebut, Rancangan Malaysia

Kesebelas (RMKe-11) yang telah dibentangkan di Dewan Rakyat

pada 21 Mei 2015 bertemakan Pertumbuhan Berpaksikan Rakyat

boleh dijadikan sebagai panduan. Telah terkandung di dalamnya

satu teras yang mana ia difokuskan kepada Menuju Ke Arah

Pertumbuhan Hijau Bagi Meningkatkan Kemampanan Dan Daya

Tahan dan ternyata ia merupakan satu tanggungjawab yang

spesifik untuk dilaksanakan oleh KPKT khususnya Jabatan

Page 5: TEKS UCAPAN YBHG. DATUK HAJI MOHAMMAD BIN MENTEK … Ucapan Bengkel Kajian... · teks ucapan ybhg. datuk haji mohammad bin mentek ketua setiausaha kementerian kesejahteraan bandar,

4

Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) dan SWCorp. Merujuk

kepada teras tersebut, KPKT berperanan untuk mengurus sisa

secara menyeluruh iaitu melalui kawalan ke atas sisa pepejal

yang dihasilkan melalui peningkatan kadar kitar semula Negara,

penambahbaikan tapak pelupusan dan pemerolehan semula sisa

pepejal.

Page 6: TEKS UCAPAN YBHG. DATUK HAJI MOHAMMAD BIN MENTEK … Ucapan Bengkel Kajian... · teks ucapan ybhg. datuk haji mohammad bin mentek ketua setiausaha kementerian kesejahteraan bandar,

5

4. Sasaran menjadikan 22% kadar kitar semula Negara menjelang

tahun 2020 perlu diterjemahkan dengan tindakan yang proaktif

seperti yang sedang dilaksanakan iaitu Pelaksanaan Pengasigan

Sisa Pepejal di Punca dan hasilnya kita dapat lihat saban tahun

tahap kadar kitar semula Negara semakin meningkat dan

berpotensi tinggi untuk mencapai apa telah di sasarkan. Selain itu

juga, inisiatif dan usaha berinovatif perlu dikembangkan bagi

menjana sesuatu daripada sisa yang mampu memberikan nilai

ekonomi kepada Negara untuk jangka masa panjang.

Page 7: TEKS UCAPAN YBHG. DATUK HAJI MOHAMMAD BIN MENTEK … Ucapan Bengkel Kajian... · teks ucapan ybhg. datuk haji mohammad bin mentek ketua setiausaha kementerian kesejahteraan bandar,

6

5. Rome wasn’t built in a day. Dalam menyampaikan perkhidmatan

yang terbaik kepada masyarakat, Inisiatif Pembaharuan Strategik

Transformasi Penyampaian Perkhidmatan Awam (SRI PSDT)

yang telah diperkenalkan pada tahun 2013 menyasarkan

peningkatan kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan yang

disampaikan oleh Kerajaan kepada rakyat harus di titik beratkan.

Berteraskan konsep ‘doing more with less’ yang bermaksud

mencapai lebih banyak sasaran dengan sumber sedia ada dan

terhad atau menetapkan sasaran untuk meningkatkan kecekapan

Page 8: TEKS UCAPAN YBHG. DATUK HAJI MOHAMMAD BIN MENTEK … Ucapan Bengkel Kajian... · teks ucapan ybhg. datuk haji mohammad bin mentek ketua setiausaha kementerian kesejahteraan bandar,

7

dan keberkesanan perkhidmatan awam, agar Kerajaan dapat

terus memenuhi jangkaan rakyat walaupun langkah lebih

berhemat dalam perbelanjaan diambil oleh Kerajaan.

6. Perkhidmatan yang diberikan juga perlu dekat di hati masyarakat.

Komunikasi dan cara penyampaian perkhidmatan yang diberikan

perlu memenuhi kehendak yang diperlukan oleh masyarakat dan

sesuai agar setiap inisiatif yang dibuat tidak disalah ertikan dan

menjadi isu yang tidak berkaitan. Ia dapat dijayakan dengan

Page 9: TEKS UCAPAN YBHG. DATUK HAJI MOHAMMAD BIN MENTEK … Ucapan Bengkel Kajian... · teks ucapan ybhg. datuk haji mohammad bin mentek ketua setiausaha kementerian kesejahteraan bandar,

8

memahami halatuju organisasi, kementerian dan Kerajaan.

Perkara ini amat penting bagi menjadikan setiap perkhidmatan

yang diberikan adalah selari dengan hasrat yang telah dijanjikan

kepada masyarakat dan tidak terpesong kepada agenda lain.

Bagi menjadikan penyampaian perkhidmatan lebih efisien dan

berkualiti, setiap individu perlu menjalankan tugas melangkaui

tugas hakiki atau doing extra mile daripada yang telah ditetapkan.

Janganlah kita sering bertanya apakah faedah atau ganjaran

Page 10: TEKS UCAPAN YBHG. DATUK HAJI MOHAMMAD BIN MENTEK … Ucapan Bengkel Kajian... · teks ucapan ybhg. datuk haji mohammad bin mentek ketua setiausaha kementerian kesejahteraan bandar,

9

Kerajaan kepada kita sebaliknya bertanyalah apakah sumbangan

kita kepada nusa, bangsa dan Negara yang dicintai.

7. Tidak dinafikan pelbagai cabaran global yang sukar diramal kini

melanda setiap negara dan mampu memberi impak kepada

pentadbiran kerajaan dan ekonomi semasa. Namun ia tidak boleh

diambil sepenuhnya sebagai sebab untuk menjejaskan prestasi

dalam menyampaikan tanggungjawab kepada masyarakat.

Lihatlah ia sebagai cabaran dan setiap cabaran pasti ada hikmah

Page 11: TEKS UCAPAN YBHG. DATUK HAJI MOHAMMAD BIN MENTEK … Ucapan Bengkel Kajian... · teks ucapan ybhg. datuk haji mohammad bin mentek ketua setiausaha kementerian kesejahteraan bandar,

10

dan kebaikan yang akan diperolehi jika ditangani dengan penuh

dedikasi. Sebagaimana seruan YBhg. Ketua Setiausaha Negara

yang mana beliau mencadangkan agar pendekatan ‘search and

serve’ dilaksanakan dalam menyampaikan perkhidmatan iaitu

dengan cara yang cepat dan tepat bagi mengelakkan kerugian

masa dan kos kepada rakyat. Perkara-perkara yang telah

dinyatakan ini mampu menjadikan perkhidmatan awam berada di

tahap terbaik seperti yang diharapkan oleh masyarakat negara

ini.

Page 12: TEKS UCAPAN YBHG. DATUK HAJI MOHAMMAD BIN MENTEK … Ucapan Bengkel Kajian... · teks ucapan ybhg. datuk haji mohammad bin mentek ketua setiausaha kementerian kesejahteraan bandar,

11

8. Saya yakin SWCorp melalui kepimpinan Dato’ Dr. Zulkapli bin

Mohamed telah melaksanakan tugas dengan pernuh komited dan

berdedikasi selaras hasrat Kerajaan. Ini dibuktikan dengan

pencapaian dalam rumusan SKT KPKT 2016 yang mana

SWCorp telah bertanggungjawab untuk melaksanakan sebanyak

32 program dan berjaya melaksanakan 31 program daripadanya

dan hanya satu (1) program mencapai tahap 79%. Pencapaian

KPKT juga boleh dibanggakan kerana berjaya mencapai 87%

Page 13: TEKS UCAPAN YBHG. DATUK HAJI MOHAMMAD BIN MENTEK … Ucapan Bengkel Kajian... · teks ucapan ybhg. datuk haji mohammad bin mentek ketua setiausaha kementerian kesejahteraan bandar,

12

atau bersamaan dengan 638 program yang telah berjaya

mendapat skor melebihi 90%.

9. Tahun ini, saya juga percaya bahawa SWCorp mampu mengorak

langkah lebih jauh dengan program-program yang lebih fokus

dengan keseluruhan jumlah program bagi SKT SWCorp di

peringkat KPKT adalah sebanyak 26 program. Dalam

merealisasikan setiap program yang ditetapkan, perlu ada

Page 14: TEKS UCAPAN YBHG. DATUK HAJI MOHAMMAD BIN MENTEK … Ucapan Bengkel Kajian... · teks ucapan ybhg. datuk haji mohammad bin mentek ketua setiausaha kementerian kesejahteraan bandar,

13

perancangan yang strategik dan disusuli dengan komitmen yang

jitu serta kerjasama daripada semua pihak.

Hadirin sekalian

10. Saya difahamkan pada bengkel ini, pembahagian kumpulan telah

dibuat bagi memperinci dan melihat semula program-program

yang telah dirancang sebelum ini. Salain daripada 26 program di

bawah SKT KPKT, SWCorp juga mempunyai 118 program yang

diletakkan di bawah tujuh (7) fokus yang telah ditetapkan. Fokus-

Page 15: TEKS UCAPAN YBHG. DATUK HAJI MOHAMMAD BIN MENTEK … Ucapan Bengkel Kajian... · teks ucapan ybhg. datuk haji mohammad bin mentek ketua setiausaha kementerian kesejahteraan bandar,

14

fokus tersebut telah mengambil kira aspek-aspek berkaitan Visi

SWCorp iaitu Ke Arah Meningkatkan Kualiti Persekitaran yang

Bersih, Indah dan Sejahtera Menjelang 2020 di mana penekanan

perlu diberikan kepada inisiatif penguatkuasaan, kesedaran

awam serta penjimatan yang akan membantu kesedaran orang

awam di dalam menjaga kebersihan dimana secara tidak

langsung dapat mengurangkan kos penggunaan sisa pepejal. Ia

juga sejajar dengan kehendak RMKe-11 seperti yang saya

nyatakan tadi yang mana Kerajaan berharap dapat meningkatkan

Page 16: TEKS UCAPAN YBHG. DATUK HAJI MOHAMMAD BIN MENTEK … Ucapan Bengkel Kajian... · teks ucapan ybhg. datuk haji mohammad bin mentek ketua setiausaha kementerian kesejahteraan bandar,

15

penyelarasan terhadap pengurusan sisa pepejal melalui teknologi

dan dengan sisa yang dihasilkan akan mampu menjana ekonomi

Negara.

11. Dengan bajet yang terpaksa dikurangkan oleh Kerajaan, kita

harus mengambil sikap positif dan sentiasa berfikir di luar kotak

untuk menggunakan bajet tersebut dengan lebih baik dan

memperkasakan sumber-sumber pengurusan serta pentadbiran

secara efisien. Ini termasuklah mencari kaedah dalam

Page 17: TEKS UCAPAN YBHG. DATUK HAJI MOHAMMAD BIN MENTEK … Ucapan Bengkel Kajian... · teks ucapan ybhg. datuk haji mohammad bin mentek ketua setiausaha kementerian kesejahteraan bandar,

16

meningkatkan kadar kitar semula Negara melalui penyediaan

kemudahan kitar semula bagi memperluaskan penglibatan

masyarakat dalam perkara tersebut. Fokus yang telah ditetapkan

ini menunjukkan hala tuju atau way forward yang jelas yang

menunjukkan SWCorp komited dalam memberikan perkhidmatan

terbaik kepada masyarakat sepanjang penubuhannya sejak tahun

2008. Ia juga sesuatu yang boleh dibuktikan kelak setelah semua

strategi dan program telah berjaya dilaksanakan. Perkara ini perlu

dipuji dan diteruskan pada tahun akan datang agar setiap

Page 18: TEKS UCAPAN YBHG. DATUK HAJI MOHAMMAD BIN MENTEK … Ucapan Bengkel Kajian... · teks ucapan ybhg. datuk haji mohammad bin mentek ketua setiausaha kementerian kesejahteraan bandar,

17

perancangan yang dibuat saban tahun mempunyai garis panduan

bagi mengelakkan daripada terpesong atau melaksanakan

sesuatu yang kurang memberi kesan terhadap operasi dan

perkhidmatan yang diberikan oleh SWCorp.

12. Dalam menjayakan SKT yang telah ditetapkan, pelbagai cabaran

perlu ditempuhi dan ditangani sebaiknya. Dengan keadaan

ekonomi global yang tidak stabil, Kerajaan terpaksa memutuskan

agar bajet tahunan dikurangkan namun khidmat yang diberikan

Page 19: TEKS UCAPAN YBHG. DATUK HAJI MOHAMMAD BIN MENTEK … Ucapan Bengkel Kajian... · teks ucapan ybhg. datuk haji mohammad bin mentek ketua setiausaha kementerian kesejahteraan bandar,

18

kepada masyarakat tidak harus berbelah bahagi. Kesukaran bakal

ditambah dengan mentaliti dan sikap masyarakat negara ini yang

masih di takuk lama terhadap aspek kepentingan menjaga

kebersihan dalam memastikan kelestarian alam sekitar dapat

diteruskan oleh generasi akan datang. Tahap mentaliti masyarakat

perlu ditransformasikan agar ia mampu menjadikan mentaliti

masyarakat negara ini setanding dengan mentaliti masyarakat

negara maju yang lain. Walaupun begitu, tidak mustahil akan ada

desas-desus yang tidak enak yang akan diterima daripada

Page 20: TEKS UCAPAN YBHG. DATUK HAJI MOHAMMAD BIN MENTEK … Ucapan Bengkel Kajian... · teks ucapan ybhg. datuk haji mohammad bin mentek ketua setiausaha kementerian kesejahteraan bandar,

19

masyarakat akibat ekspektasi dan persepsi masyarakat yang

negatif terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh penjawat

awam. Namun setiap penjawat awam harus bersikap positif dan

sentiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik kerana ia mampu

mencerminkan keseluruhan perkhidmatan yang diberikan oleh

Kerajaan. Bak kata pepatah, “Nila setitik, rosak susu sebelanga.

Page 21: TEKS UCAPAN YBHG. DATUK HAJI MOHAMMAD BIN MENTEK … Ucapan Bengkel Kajian... · teks ucapan ybhg. datuk haji mohammad bin mentek ketua setiausaha kementerian kesejahteraan bandar,

20

Hadirin sekalian

13. Tujuh (7) bulan telah berlalu dan kini hanya tinggal beberapa bulan

sahaja lagi untuk sampai ke penghujung tahun 2017. Kita harus

lebih fokus dan menggandakan lagi usaha dalam menyampaikan

perkhidmatan terbaik kepada masyarakat kerana tanggungajwab

yang digalas merupakan amanah Yang Maha Esa dalam menjaga

kelestarian alam sekitar. Penyampaian juga perlu berevolusi iaitu

mampu berubah mengikut kesesuaian semasa yang perubahan

arus perdana. Pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan

Page 22: TEKS UCAPAN YBHG. DATUK HAJI MOHAMMAD BIN MENTEK … Ucapan Bengkel Kajian... · teks ucapan ybhg. datuk haji mohammad bin mentek ketua setiausaha kementerian kesejahteraan bandar,

21

(NBOS) perlu dilaksanakan dengan sepenuhnya agar kerjasama

di antara agensi dalam Kerajaan dapat meningkatkan kualiti

perkhidmatan yang diberikan. Sebagai contoh, dalam RMKe-11

telah menyeru agar meningkatkan penyelarasan pengurusan sisa

dibuat melalui kerjasama agensi berkaitan seperti SWCorp,

Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air

Negara (SPAN). Dengan kerjasama ini, ia mampu merealisasikan

hasrat Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang mana ia

merupakan hala tuju negara yang bakal ditentukan oleh kita agar

Page 23: TEKS UCAPAN YBHG. DATUK HAJI MOHAMMAD BIN MENTEK … Ucapan Bengkel Kajian... · teks ucapan ybhg. datuk haji mohammad bin mentek ketua setiausaha kementerian kesejahteraan bandar,

22

dapat diteruskan oleh generasi muda masa kini. Saya percaya

pelbagai program di dalam SKT yang telah dilaksanakan oleh

SWCorp namun jika masih terdapat program yang masih di tahap

yang perlu diberi perhatian, gunalah peluang yang ada selama tiga

(3) hari ini untuk bersama-sama merancang dan menyusun

strategi yang lebih dinamik demi memastikan setiap program yang

dirancang akan berjaya dengan sepenuhnya. Bukan sahaja SKT

KPKT yang perlu dititik beratkan, namun keseluruhan SKT

Page 24: TEKS UCAPAN YBHG. DATUK HAJI MOHAMMAD BIN MENTEK … Ucapan Bengkel Kajian... · teks ucapan ybhg. datuk haji mohammad bin mentek ketua setiausaha kementerian kesejahteraan bandar,

23

SWCorp perlu diambil berat dan diberi penekanan yang

maksimum agar pencapaian yang terbaik dapat diberikan.

14. Program yang telah dirancang perlu dinilai semula dari segi impak

keberkesanannya yang akan diterima di akhir pelaksanaan.

Penekanan perlu diberikan kepada program yang kurang atau

tidak berjaya dilaksanakan kerana ia mampu memberi kesan

kepada pencapaian SWCorp secara keseluruhannya. Setiap fokus

mempunyai tahap keberkesanan dan cabaran yang bakal

Page 25: TEKS UCAPAN YBHG. DATUK HAJI MOHAMMAD BIN MENTEK … Ucapan Bengkel Kajian... · teks ucapan ybhg. datuk haji mohammad bin mentek ketua setiausaha kementerian kesejahteraan bandar,

24

ditempuhi. Penggemblengan idea dan input dari setiap individu

dalam bengkel ini amat perlu agar kerjasama sebagai satu

pasukan dapat diterapkan seterusnya melahirkan program yang

berimpak tinggi kepada setiap fokus yang telah ditetapkan dan

segala kekurangan dapat diatasi sebaiknya. Henry Ford, pengasas

Syarikat Ford Motor ada mengatakan:

Coming together is the beginning, keeping together is

process and working together is success (Henry Ford).

Page 26: TEKS UCAPAN YBHG. DATUK HAJI MOHAMMAD BIN MENTEK … Ucapan Bengkel Kajian... · teks ucapan ybhg. datuk haji mohammad bin mentek ketua setiausaha kementerian kesejahteraan bandar,

25

Penutup

Para hadirin sekalian

15. Saya berharap agar bengkel yang akan dijalankan ini akan

memberi manfaat sepenuhnya dalam mencapai SKT yang telah

ditetapkan pada tahun ini. Ambillah kata-kata YAB Perdana

Menteri dalam ucapan Laporan Tahunan Program Transformasi

Negara 2016 pada May 2017 yang lalu.

Page 27: TEKS UCAPAN YBHG. DATUK HAJI MOHAMMAD BIN MENTEK … Ucapan Bengkel Kajian... · teks ucapan ybhg. datuk haji mohammad bin mentek ketua setiausaha kementerian kesejahteraan bandar,

26

Sekali kita melangkah ke hadapan,… kita tidak akan berpatah

pulang dan berbalik haluan,… Sebaliknya, kita hanya ada

satu pilihan sahaja,… untuk terus mara, terus berjaya dan

terus mencapai kemenangan…

Page 28: TEKS UCAPAN YBHG. DATUK HAJI MOHAMMAD BIN MENTEK … Ucapan Bengkel Kajian... · teks ucapan ybhg. datuk haji mohammad bin mentek ketua setiausaha kementerian kesejahteraan bandar,

27

16. Akhir kata, dengan lafaz bismillahi rahmani rahim, saya dengan ini

merasmikan Bengkel Kajian Pertengahan Tahun SKT SWCorp

2017.

Dengan itu saya akhiri dengan lafaz wabillahi taufiq walhidayah

wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.