teks ucapan menteri majlis perasmian maal hijrah 1432hlatest1

9
TEKS UCAPAN YB. MEJAR JENERAL DATO’ SERI JAMIL KHIR BIN HJ BAHAROM (B) MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI DI MAJLIS SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1432H/2010M PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN DI DEWAN SERBAGUNA, MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN. PADA HARI KHAMIS, 3 MUHARRAM 1432H/9HB. DISEMBER 2010 PUKUL 2.30 PETANG. 2 ن الرحيم الرحم بسمستعين وبه نلعالمين رب ا الحمد على سيدنا محمد م ة والس والصن اتبع ھداه الى يوم الدينى اله وصحبه وم وعل وبركاته ورحمة م عليكم السTerima kasih Saudara Pengacara Majlis,

Upload: tuanasmawi1

Post on 01-Jul-2015

587 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

http://twitter.com/tuanasmawi2uwww.tuanasmawi.my

TRANSCRIPT

Page 1: Teks Ucapan Menteri Majlis Perasmian Maal Hijrah 1432hlatest1

TEKS UCAPAN

YB. MEJAR JENERAL DATO’ SERI JAMIL KHIR BIN HJ BAHAROM (B) MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

DI MAJLIS SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1432H/2010M

PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN

DI DEWAN SERBAGUNA, MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN. PADA HARI KHAMIS, 3 MUHARRAM 1432H/9HB. DISEMBER 2010

PUKUL 2.30 PETANG.

2

بسم الرحمن الرحيم

الحمد � رب العالمين وبه نستعين

والص�ة والس�م على سيدنا محمد

وعلى اله وصحبه ومن اتبع ھداه الى يوم الدين

الس�م عليكم ورحمة وبركاته

Terima kasih Saudara Pengacara Majlis,

Page 2: Teks Ucapan Menteri Majlis Perasmian Maal Hijrah 1432hlatest1

3

1. Yang Berhormat Senator Dato’ Dr. Mashitah binti Ibrahim, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri 2. Yang Berbahagia Dato' Wan Mohamad Bin Dato' Sheikh Abd Aziz Ketua Pengarah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia 3. Yang Berbahagia Dato’ Che Mat bin Che Ali Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan 4. Yang Berbahagia Haji Othman bin Mustapha Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Kemajuan Islam

Malaysia 5. Yang Berbahagia Haji Anan bin C. Mohd Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan 6. Yang Berbahagia Hajah Ramlah binti Yong Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

4

7. Ahli-ahli Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan 8. Dif-dif kehormat, Dato’-Dato’, Datin-Datin, tuan-tuan, puan-puan,

rakan-rakan media dan hadirin-hadirat sekalian. 1. Alhamdulillah... bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan

izin serta limpah kurnia-Nya kita dapat sama-sama berkumpul di Dewan

Serba guna, Masjid Wilayah Persekutuan ini untuk meraikan majlis

Sambutan Maal Hijrah ke 1432H bagi peringkat Wilayah Persekutuan. Ini

bermakna sudah 1432 tahun berlakunya peristiwa perpindahan Rasulullah

SAW dan para sahabat dari Makah ke Madinah, yang mempunyai makna

amat mendalam kepada penyebaran agama Islam. Sesungguhnya

kehadiran kita semua ke majlis ini akan membuka satu lembaran baru

dalam memperkasakan lagi perpaduan dan mencapai kecemerlangan

Page 3: Teks Ucapan Menteri Majlis Perasmian Maal Hijrah 1432hlatest1

5

ummah berbekalkan semangat hijrah yang telah ditunjukkan oleh

Rasulullah S.A.W dan para Sahabat baginda Radiallahu Anhum.

2. Kalau kita mengimbau kepada sejarah awal Islam, penindasan yang

dilakukan oleh kuffar Makah terhadap Rasulullah S.A.W dan para Sahabat

baginda tidak sekali-kali melemahkan semangat atau penghalang baginda

untuk bangkit dan maju, sebaliknya tekanan itu dijadikan sebagai

pemangkin dan semangat untuk Rasulullah dan para sahabat baginda

membentuk satu ummat yang mempunyai jatidiri yang kuat serta sentiasa

bermotivasi dalam memajukan diri dan Islam itu sendiri.

3. Bermula dengan peristiwa bersejarah penghijrahan Nabi S.A.W dan

para sahabatnya dari Kota Makah ke Kota Madinah sehinggalah

6

penaklukan semula Kota Makah oleh umat Islam di Zaman Rasulullah,

kejatuhan kerajaan Rom dan Parsi di zaman pemerintahan Omar Ibn

Alkhatab, peluasan wilayah-wilayah Islam di zaman Osman Bin Affan,

penaklukan ke atas beberapa wilayah Eropah di zaman Abbasiah serta

kejatuhan Empayar Eropah ke tangan Islam di zaman Fatimiyah dan

Othmaniah, di samping penguasaan ilmu pengetahuan dalam pelbagai

bidang yang dipelopori oleh sarjana-sarjana Islam seperti Ibnu Sina, Ibnu

Khaldun, Al Farabi, Al Biruni, Al Battani, Al Khawarizmi, dan beberapa

tokoh-tokoh lain yang telah menyumbang ke arah kecemerlangan

tamaddun Islam yang terhasil dari kesedaran ingin meninggikan keagungan

Islam di mata dunia, tetapi apabila kesedaran ini telah hilang di kalangan

Page 4: Teks Ucapan Menteri Majlis Perasmian Maal Hijrah 1432hlatest1

7

umat Islam selepas itu maka kita dapat menyaksikan kejatuhan satu demi

satu tamaddun yang terbina sebelum ini.

4. Kepincangan itu menyebabkan umat Islam mula ketinggalan dalam

setiap aspek kehidupan, ketinggalan dalam penguasaan ilmu, politik dan

sosial, ekonomi, pertahanan dan sebagainya walaupun sebelum ini orang

Islamlah yang menjadi pelopor dalam semua bidang ilmu dan teknologi.

5. Ketahuilah bahawa semua ini adalah berpunca dari kelalaian kita

sendiri yang sentiasa berprasangka negatif terhadap satu sama lain serta

sentiasa berselisih faham di antara sesama kita walaupun terkadang

perkara itu hanya masalah furu’ atau perselisihan mazhab tetapi

diperbesarkan dan akhirnya api permusuhan dan kebencian mula terbit di

8

kalangan kita. Keadaan ini ditambah pula dengan sifat terlalu

mementingkan diri sendiri sehingga melahirkan golongan yang selfish

dengan izin. Mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai

kepentingan peribadi tanpa mempedulikan kesannya terhadap Islam itu

sendiri. Sesungguhnya, tidak ada yang lebih besar selain dari kesedaran

ingin memajukan Negara, kesedaran ingin menyumbang tenaga, idea,

ekonomi dan intelek ke arah pembangunan Islam.

6. Kini, Islam mengharapkan pendukung yang sanggup

mempertaruhkan jiwa dan raganya ke arah kebaikan Islam dan manusia

sejagat. Sebab itulah dalam Islam tuntutan fardhu ain dan fardhu kifayah

berjalan seiring demi menjaga kepentingan peribadi dan awam, begitu juga

Page 5: Teks Ucapan Menteri Majlis Perasmian Maal Hijrah 1432hlatest1

9

Islam sering menggalakkan agar umatnya menjadi penyumbang ke arah

sesuatu kebaikan yang dapat dimanfaatkan hasilnya oleh masyarakat Islam

khasnya dan seluruh manusia amnya.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :

" Sebaik-baik manusia itu ialah yang memberi manfaat kepada manusia

lain “

Sama ada manfaat itu dalam bidang keilmuan, ekonomi, pertahanan dan

sebagainya yang semuanya menjurus ke arah kebaikan sejagat.

Sabda Rasulullah S.A.W lagi yang bermaksud :

“Tangan yang di atas (memberi) lebih baik dari tangan yang di bawah

(menerima)”

10

Sabdanya lagi :

“ Orang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dikasihi oleh Allah dari

mukmin yang lemah “

7. Tuntutan menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran

juga menjadi suatu dasar dalam mewujudkan satu tamadun yang hebat dan

berwawasan. Dalam sejarah dunia, mana-mana bangsa atau kaum yang

membiarkan atau mengenepikan dasar ini pasti akan dilenyapkan oleh

Allah dari muka bumi ini. Di atas kesedaran inilah dalam Rancangan

Malaysia Ke 9 (RMK 9) Y.A.B Perdana Menteri kita meletakkan soal

pembangunan modal insan menjadi agenda utama dalam pembentukan

Page 6: Teks Ucapan Menteri Majlis Perasmian Maal Hijrah 1432hlatest1

11

Negara Malaysia yang maju dan berdaulat. Ini meliputi dalam soal integriti

sikap, kemampuan dan keinginan untuk bersaing, sanggup menghadapi

cabaran dan dugaan, berinovasi, mempunyai jati diri yang mantap dan

mempunyai sikap berkorban dengan mengutamakan kepentingan orang

lain lebih daripada kepentingan diri sendiri selaras dengan pendekatan “1

Malaysia: Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan” yang meletakkan

asas yang pertama dalam mewujudkan Islam yang bertamadun ialah

menjaga kepentingan umum melebihi daripada kepentingan diri sendiri.

8. Di antara modal insan yang perlu kita bina ialah golongan remaja dan

belia. Remaja hari ini adalah pemimpin di masa akan datang adalah satu

hakikat dan juga amanah yang perlu kita pikul dan jaga kerana golongan ini

adalah aset terpenting sesebuah Negara. Profesor Dr. Yusof Al-Qaradhawi

12

di dalam sebuah bukunya mengatakan :

“ Dalam sesebuah Negara, terdapat satu aset yang lebih berharga dari

emas putih (kapas), lebih berharga dari emas kuning dan lebih berharga

dari emas hitam (minyak) iaitu golongan remaja mereka “.

9. Menyedari tanggungjawab ini, saya melalui agensi-agensi di bawah

tanggungjawab saya amat menekankan dalam soal pembangunan

golongan remaja dan belia. Saya mengharapkan Jabatan Kemajuan Islam

Malaysia dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan menggiatkan lagi

usaha dalam mendidik dan membimbing `aset’ yang berharga ini agar

menjadi manusia yang berguna di masa akan datang dan menyumbang ke

Page 7: Teks Ucapan Menteri Majlis Perasmian Maal Hijrah 1432hlatest1

13

arah kesejahteraan sejagat. Program-program seperti Program Rumahku

Syurgaku (RKSK), Program Menangani Gejala Sosial (PGMS), Program

Pembangunan Keluarga Islam (PPKI) dan Program Pembangunan Sosial

(PPS) yang diadakan di beberapa buah masjid terpilih sahaja pada masa

ini perlu diperluaskan lagi ke semua masjid di seluruh Malaysia.

11. Untuk merealisasikan hasrat yang besar ini, saya berusaha untuk

menaikkan taraf jawatan pegawai-pegawai agama di zon-zon seluruh

Wilayah Persekutuan daripada Gred S44 yang ada sekarang kepada Gred

S48 supaya ia setaraf dengan tanggungjawab dan bebanan tugas yang

dipikul. Selain itu, Pegawai Tadbir Agama Daerah (PTAD) di daerah-

daerah seluruh Malaysia juga akan dinaikkan taraf daripada Gred S44

kepada Gred S48. Sebagai persediaan, Pegawai-pegawai pengambilan

14

baru akan diberi kursus selama enam bulan seperti mana kursus yang

dihadiri oleh Pegawai-pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD). Pendedahan

ini akan membekalkan mereka dengan pengurusan pentadbiran,

pengurusan kewangan dan lain-lain pengurusan ilmu.

12. Sambutan Maal Hijrah yang kita adakan saban tahun ini mudah-

mudahan akan menjadi satu wadah dalam peningkatan kualiti diri kita dari

semasa ke semasa, bukan sahaja kita hanya mendengar kisah

penghijrahan Nabi serta para Sahabatnya tetapi yang lebih penting dari itu

ialah semangat dan jatidiri yang ditonjolkan oleh Rasulullah S.A.W serta

Sahabat baginda dijadikan pemangkin dalam menjana modal insan yang

Page 8: Teks Ucapan Menteri Majlis Perasmian Maal Hijrah 1432hlatest1

15

kita harapkan sesuai dengan tema Maal Hijrah pada tahun ini iaitu “1

Malaysia 1 ummah”

13. Saya ingin mengajak tuan-tuan dan puan-puan menghayati satu kata-

kata indah yang telah ditulis oleh Dr. Aidh Abdullah Al Qarni mengenai soal

PENINGKATAN ;

` Peningkatan ilmu dengan belajar, peningkatan akal fikiran dengan banyak

pengalaman, peningkatan agama dengan ibadah, peningkatan moral

dengan pendidikan dan asuhan, peningkatan harta dengan perancangan

dan penjimatan. Jika ingin menambah kawan maka dengan akhlak yang

terpuji, menambah musuh dengan kebongkakan dan kesombongan,

menambah penyakit dengan makan berlebihan, jika ingin mempunyai

pendapat dan pandangan yang baik dengan cara bersikap kritis, teliti,

16

perlahan-lahan dan tidak tergesa-gesa, jika ingin mempunyai keteguhan

dan ketabahan hati dengan adanya berbagai musibah dan cubaan dan jika

ingin mempunyai riwayat dan nama yang baik maka dengan cara

memperbaiki kualiti diri ‘

14. Saya mengucapkan tahniah dan syabas khususnya kepada Jabatan

Agama Islam Wilayah Persekutuan dan semua yang terlibat dalam

menjayakan majlis kita pada hari ini. Pada tahun ini Jabatan Agama Islam

Wilayah Persekutuan akan melakar sejarah dengan pemberian anugerah

khas kepada masjid terbaik dan Sekolah Rendah Agama (SRA) terbaik.

Kepada Pengerusi-pengerusi Masjid dan Pengetua-pengetua Sekolah

Rendah Agama yang akan terpilih menerima anugerah diharapkan agar

Page 9: Teks Ucapan Menteri Majlis Perasmian Maal Hijrah 1432hlatest1

17

sumbangan tuan-tuan akan sentiasa berterusan dalam memartabatkan

ummah tercinta ini.

Akhirnya dengan lafaz ‘Bismillahirahmanirrahim” saya Merasmikan Majlis

Pelancaran Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Wilayah Persekutuan

bagi tahun 1432H/2010M.

Sekian, terima kasih.

كاتهوبا � التوفيق والھداية والس�م عليكم ورحمة وبر