teks syarahan

Upload: anati-azizan

Post on 16-Oct-2015

2.192 views

Category:

Documents


89 download

DESCRIPTION

syarahan sekolah rendah

TRANSCRIPT

  • 5/26/2018 TEKS SYARAHAN

    1/25

    PERPADUAN ASAS KECEMERLANGAN NEGARA

    Berikut adalah teks syarahan pemenang pertandingan syarahan BahasaMalaysia sekolah saya.

    Yang mulia Tuan Pengerusi majlis, barisan panel hakim yang adil lagibijaksana, guru-guru dan murid-murid yang dihormati sekalian. Salamsejahtera saya ucapkan. Pada pagi yang mulia ini, izinkan sayamenyampaikan sebuah syarahan bertajuk Perpaduan Asas Kecemerlangan

    Negara.

    Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai rakyat pelbagaikaum, agama, kebudayaan serta mengamalkan cara hidup yang berbeza.Oleh itu, perpaduan negara merupakan matlamat yang amat penting

    dalam setiap dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan, sama ada dalambidang ekonomi, sosial mahupun politik.

    Perpaduan amatlah penting dalam pembangunan dan pentadbiran negarakerana ia merupakan asas untuk mengekal dan mempertahankankebebasannya sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat.

    Saudara-saudari yang dihormati sekalian,Menerusi perpaduan yang kukuh, tahap pencapaian ekonomi negara dapatdipertingkatkan supaya taraf hidup rakyat akan bertambah maju di samping

    mewujudkan suasana politik yang stabil.

    Perpaduan yang kukuh dan kuat merupakan pemangkin kepadakecemerlangan negara. Dengan wujudnya perpaduan dan negara yangaman damai, kita mampu mencapai kejayaan dalam pelbagai bidang.Kejayaan yang dicapai membolehkan kita menjadi bangsa yang bermaruahdan berdikari.

    Saudara-saudari yang dihormati,Sekiranya perpaduan rakyat rapuh dan lemah, negara akan terdedahkepada pelbagai ancaman dan masalah. Rakyat yang berpecah-belah dantidak bersatu-padu akan menyebabkan huru-hara, rusuhan, pergaduhankaum dan sebagainya. Keadaan ini pasti akan menjejaskan kedaulatan,ekonomi serta kestabilan negara.

    Kita harus belajar dari peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969 yang pernahmelanda negara ini agar pisang tidak berbuah dua kali. Perpaduan rakyatnegara ini telah tergugat akibat peristiwa pahit itu.

    Sebagai langkah untuk menyatu-padukan rakyat negara ini, kerajaan telahmelancarkan Rukun Negara pada 31 Ogos 1970 sempena ulang tahun ke-13kemerdekaan negara.Prinsip-prinsip yang terkandung di dalam Rukun Negara merupakan kunci

  • 5/26/2018 TEKS SYARAHAN

    2/25

    untuk memelihara serta mengekalkan keharmonian dan perpaduan kaumnegara ini.

    Rakyat negara ini harus berusaha untuk membentuk satu bangsa yangbersatu padu, setia dan cinta akan negara.

    Saudara-saudari yang dihormati sekalian,

    Perpaduan Asas Kecemerlangan Negara

    Sebagai warganegara Malaysia yang tercinta, kita harus menjadikanperpaduan rakyat sebagai teras dan landasan hidup bermasyarakat dinegara ini.

    Negara ini adalah tanggungjawab kita. Perpaduan negara ini adalah

    tanggungjawab kita bersama. Kecemerlangan dan kejayaan negara pastimenjadi kemegahan kita semua. Maka itu, kita harus sentiasa bersatu-padudan hidup dalam berharmoni.

    Akhir kata, izinkan saya mengakhiri syarahan saya dengan pantun berikut.

    Tasik Chini dipenuhi bunga,Ada cerita terdapat naga;Negara diancam huru-hara,Perpaduan dengan Rukun Negara

    Sungai Pahang berjela-jela,Naik rakit merentas desa;Demi rakyat negara tercinta,Perpaduan tonggak 1 Malaysia.

  • 5/26/2018 TEKS SYARAHAN

    3/25

    BAHASA ITU WAHANA PERPADUAN.

    Yang kurik itu kundi,Yang merah itu saga,Yang cantik itu budi,Yang indah itubahasa.Terima kasih kepada saudara/i pengerusi majlis, kepada barisan

    panel hakim yang arif lagibijaksana, pensyarah-pensyarah yang dihormatidan rakan-rakan seperjuangan sekalian.

    Selamat petang dan salam sejahtera.

    Berdirinya saya disini dengan penuh iltizam adalah untuk memberikankupasanberpandukan tajuk syarahan saya iaitu BAHASA ITU WAHANAPERPADUAN.

    Bahasa menurut kamus dewan bahasa adalah sistem lambang bunyi suarayangdipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompokmanusia. Wahana pulabermaksud saluran atau perantaran yangmemungkinkan sesuatu dilakukan ataudisampaikan. Manakala, perpaduanadalah keadaan atau hal berpadu iaitu persatuan.Dalam konteks ini, konsepbahasa atau perpaduan merujuk kepada bahasa Malaysia ataubahasakebangsaan yakni Bahasa Melayu. Persoalannya, mengapakah bahasaitudikatakan alat atau medium untuk merapatkan perpaduan antara rakyatdalam negara ini?Bagaimanakah cara untuk merealisasikan konsep ini?Marilah bersama-sama saya,merungkai persoalan ini satu per satu denganlebih teliti dan lagi mendalam.

    SIDANG HADIRIN SEKALIAN,

    Indahnya, bahasa melayu begitu halus sehingga menusuk kalbu. Daripadabanyakfaktor, bahasa muncul sebagai faktor yang dominan dan daripadabegitu banyak bahasa,bahasa melayu telah dipilih sebagai bahasakebangsaan dan seterusnya menjadi wahanaperpaduan masyarakatmajmuk di negara gilang-gemilang ini. Sejarah membuktikan bahawabahasa melayu telah diterima sebagai lingua francaatau bahasa komunikasiutama sejak zaman kesultanan melayu Melaka pada abad ke-15lagi.Menurut Masariah (2003), bahasa ini digunakan secara meluas dalambidangperdagangan dan hubungan diplomatik yang berlaku antaranegara-negara pada masa itu.Dalam kitab sejarah melayu, disebutkanbahawa para pedagang bertungkus lumusmempelajari bahasa melayuuntuk menguasainya bagi memudahkan mereka berurusandenganpemimpin dan juga masyarakat tempatan yang telah lama menggunakanbahasa ini.

  • 5/26/2018 TEKS SYARAHAN

    4/25

    Memandangkan bahasa melayu telah digunakan sekian lama sebagaibahasa rasmi,bahasa komunikasi dan persuratan, maka bahasa melayutelah dipersetujui dan disepakatibersama oleh pemimpin pelbagai kaum dinegara ini agar menjadi bahasa kebangsaan bagipersekutuan Malaysiayang merdeka pada tahun 1957. Bahasa melayu telah dinobatkansebagai

    bahasa kebangsaan sejak merdeka lagi apabila perkara ini termaktubdalamperkara 152 perlembagaan Malaysia sehingga sekarang menjadipenyatuan masyarakatnegara di bawah bumbung integrasi. Sebagaicontohnya, surat-surat rasmi kerajaanataupun swasta dikeluarkanmenggunakan bahasa melayu. Malah, borang-borangpendaftaran jugadiperbuat sedemikian.Siva Rubini a/p S Sivaguru Teks Syarahan 2012

    HADIRIN YANG SAYA MULIAKAN,

    Dalam sektor pendidikan pula, bahasa melayu digunakan sebagaibahasapenghantar dalam sistem persekolahan tidak kira sama ada sekolahkebangsaan ataupunsekolah jenis kebangsaan. Perkara ini telahdilaksanakan mulai tahun 1983 berdasarkanLaporan Razak. Tambahan pula,asas-asas pelajaran seperti 3M iaitu membaca, menulisdan mengiradititikberatkkan disamping memberi pendidikan untuk pembinaan sahsiahdiriserta pemupukan kemahiran berfikir. Tumpuan dan penekanan adalahuntuk menjuruskanpelajarpelajar kearah pemupukan semangatkewarganegaraan. Bahasa melayu telah menjadi asas pembinaan negarabangsa Malaysia yangmerdeka. Menurut, Professor Dr Teo Kok Seong,

    maruah bangsa Malaysia terletak padamartabat bahasa melayu yangmenjadi lambang kedaulatan pemerintahan dan negara. Halini keranabahasa melayu telah mendukung peranan penting sebagai bahasaperadabandan tamadun tinggi pada suatu ketika dahulu. Pada zamankesultanan melayu Melaka,bahasa melayu digunakan secara meluas dalampelbagai bidang seperti undang-undang.Ironisnya, di Malaysia kita tidakperlu menjadi seperti Bismarck dan Machiavelli yangmembina negarabangsa mereka dan kuku besi, helah dan darah. Memartabatkanbahasamelayu kebangsaan harus dijadikan sebagai ramuan dalamkehidupan rakyat sejati ini.

    SIDANG DEWAN SEKALIAN,

    Disini saya ingin menegaskan bahasa penggunaan bahasa kebangsaanbergantungpada sikap individu terhadap bahasa terbabit. Dari semasa kesemasa, pelbagai kegiatanharus diadakan untuk meningkatkan kesedarandan keyakinan masyarakat tentang bahasakebangsaan sebagai bahasaperpaduan kita. Penggunaanya akan memperkukuhkanperpaduan kaum,sebaliknya peminggiran bahasa akan menyebabkan

    kemantapanperpaduan kaum akan berkurang. Akhir kata dari saya, anak

  • 5/26/2018 TEKS SYARAHAN

    5/25

    jati negeri Pahang untukmenjadi bangsa yang dihormati dan disegani,bahasa perlulah dijulang tinggi.Sekian, terima kasih.

  • 5/26/2018 TEKS SYARAHAN

    6/25

    SATU MALAYSIA PEMANGKIN PERPADUAN

    Cincin suasa cincin pusaka,Disimpan rapi dalam peti;

    Cintai negara sayangi bangsa,

    kekalkan perpaduan tanpa sangsi.

    Pantun empat kerat ini membuka tirai syarahan saya pada pagi ini.Salam bahagia dan sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis,Yang Berbahagia Tuan Pengetua, barisan hakim yang arif dan berdiri di ataspaksi keadilan, guru-guru dan tidak dilupakan hadirin sekalian yang sayamuliakan. SATU MALAYSIA PEMANGKIN PERPADUAN, demikianlahbunyinya tajuk syarahan yang akan saya sampaikan pada pagi yang muliaini.

    Hadirin sekalian,

    Kalau kita dapat menyatukan masyarakat menjadi satu rakyat dengan satuimpian, kita akan jadikan Malaysiasebuah negara lebih kuat, gagah perkasa

    dan Berjaya. Begitulah kata Dato seri najib tun razak selaku perdana

    menteri Malaysia keenam negara kita yang faham akan secara realitinyamasyarakat berbilang keturunan dan agama di negara ini perlu bersatu bagimenjadikan Malaysia sebuah negara yang kukuh.

    Konsep 1Malaysia merupakan konsep yang berpaksikan bumi nyata dan

    realiti sebenar rakyat pelbagai kaum di negara ini. 1Malaysia diwujudkandengan tujuan untuk menyediakan satu forum yang bebas dan terbuka bagimembincangkan tentang perkara yang benar-benar dekat di hati kitasebagai satu bangsa. Matlamat 1Malaysia adalah untuk mengekalkan danmeningkatkan perpaduan di dalam kepelbagaian yang selama ini menjadikekuatan kita dan akan kekal sebagai bekalan terbaik kita untuk masahadapan.

    Sebanyak lapan nilai yang tidak saling eksklusif telah diperkenalkan dalamkonsep satu Malaysia ini. Budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati,

    penerimaan, kesetian, meritokrasi, pendidikan dan integriti, kelapan-lapannilai ini telah menjadi asas kepada satu Negara satu bangsa.

    Para hadirin,

    Kesetiaanadalah penting kerana ia adalah asas kepada kepercayaan.Contohnya sebagai kawan, anda setia kepada kawan anda tak kisah darisegi keturunan dan keagamaan, kerana kesetiaan tersebut akan membinakepercayaan. Satu ikatan peribadi antara anda dengan seorang yang lain.

    Dengan adanya kepercayaan antara kawan, maka wujudlah keharmoniandi antara jiran memandangkan jiran kita kawan kita. Semangat kejiranan

  • 5/26/2018 TEKS SYARAHAN

    7/25

    yang kukuh penyumbang kepada keamanan masyarakat. Tambahan pula,KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA begitulah bunyinya prinsip keduarukun Negara kita. Semua rakyat dituntut setia kepada raja dan negara.Yang di Pertuan Agong merupakan ketua negara yang menyimbolkanpenyatuan rakyat.

    Perbezaan yang agak ketara di antara toleransi dan penerimaan. Apabilakita menyebut toleransi, mungkin kita tidak berapa suka akannnya, tetapitetap menerimanya kerana kita tiada pilihan. Tetapi jika kita bercakap darisegi penerimaan, ia memperlihatkan keadaan pemikiran bahawa kitamenerima sepenuhnya sesuatu secara positif. Penerimaan dari segi kitabersedia untuk menerima sebarang perkara. Jika kita sanggup menerimasebarang perkara, kita mengambil perkara tersebut dengan kerelaan, makadengan kepastian kita akan dapat melihat kepada semua perkara secaralebih positif. Oleh hal yang sedemikian, dengan nilai penerimaan ini, kita

    sebagai rakyat Malaysia patut menerima konsep satu Malaysia secara positif.

    Pendidikandan pengetahuan adalah prasyarat penting untuk mana-mananegara mencapai kejayaan dan disepanjang sejarah kita telah melihathanya empayar yang berteraskan akal yang terus wujud, khususnya dalamkonteks semasa. Sebuah empayar yang terbina daripada kekuatan tenteratidak bertahan dan tidak mampu bertahan. Pendidikan yang disepadukandengan nilai, kita akan memiliki sebuah masyarakat yang bukan sahajadapat menempatkan pendidikan dan pengetahuan di mercu segala yanglain malah dapat menghayati erti perpaduan yang dikecapi selama ini.

    Saudara-saudari,

    'Satu Malaysia' - bukanlah suatu 'nyanyian perang' (battle cry). Ia jugabukannya suatu pernyataan slogan yang kosong. Kita mesti sama-samamenghayati kepentingan 'Satu Malaysia' dalam keadaan dan perkaitannyadengan suasana sedia ada. Tidak ada satu bangsa hebat di dunia ini yangmampu mencapai klimaks kehebatan dengan bangsanya yang berpecah-belah dan tidak ampuh. Ini fakta sejarah yang tidak mungkin mampudinafikan. Susur sahaja kehebatan tamadun dunia apa sekalipun, ia bermula

    dengan 'cita-cita kebernegaraan' yang dikongsi bersama.

    Justeru, generasi muda Malaysia khususnya perlu membina 'fikrahSatu Malaysia' yang sejujur-jujurnya. Kita perlu banyak meninggalkan syakwasangka. Kita perlu meruntuhkan kefahaman prejudis yang merosakkan.Kita perlu bersangka baik antara satu sama lain. Kita perlu mempunyai yakindiri bahawa tempat dan langit terbaik yang kita miliki ada di bumibertuah Malaysia ini. Semua rakyat Malaysia perlu menganggap diri merekaadalah bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak dalam satu nada dansatu matlamat. Ciri-ciri demografi seperti negeri, daerah, kaum, agama dan

    budaya wajar dihindari bagi menwujudkan satu bangsaMalaysia yangberfikiran terbuka serta ingin memajukan negara secara bersama.

  • 5/26/2018 TEKS SYARAHAN

    8/25

    Perpaduan yang sedia terjalin antara kaum di negara ini perlu diperkukuhkanlagi dengan menganggap kita adalah rakyat Malaysia danbangsa Malaysia. Keadaan ini akan dapat mewujudkan suasana negara

    yang aman, harmoni, selesa, keselamatan yang terjamin dan memberikemakmuran kepada negara. Rakyat perlu memahami bahawa negarayang mempunyai kestabilan dan keselamatan yang terjamin akan memberiperkembangan ekonomi yang pesat. Oleh itu rakyat akan dapat menikmatilimpahan daripada kerancakan ekonomi negara.

    Para hadirin yang saya hormati,

    Sebagai rumusan, setelah 52 Merdeka, rakyat Malaysia yang terdiri daripadapelbagai kaum, agama, budaya dan adat resam memerlukan satu misi bagi

    memajukan negara secara bersama. Konsep Satu Malaysia yangdiperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri adalah langkah yang amatbertepatan dengan suasana untuk menyatakan impian satu bangsa satuNegara.

    Sekian terima kasih.

  • 5/26/2018 TEKS SYARAHAN

    9/25

    BAHASA JIWA BANGSA.

    Andai patah sayap rajawali,bertongkat jua saya ke mari,bukan kerana ingin bermimpi,

    tetapi untuk membawa anda semua menyelami mauduk pidato yang berbunyiBahasa Jiwa Bangsa.

    Sambutlah Salam Sejahtera,Salam Satu Malaysia. Semarak kasih,sekalung budi TuanPengerusi Majlis,barisan panel hakim yang arif lagi berkarisma,penjaga masa setiapada saat dan ketikanya,dif-dif kehormat,seterusnya para hadirin pencetus revolusiminda yang saya muliakan.

    Sebelum kaki mengorak langkah lebih jauh,izinkan saya mendefinisikan tajuk pidatosaya. Menurut kamus Bahasa Malaysia keluaran Dewan Bahasa dan

    Pustaka. Bahasa ditakrifkan sebagai sistem lambang bunyi suara. Jiwa pulamerupakan roh atau nyawa. Seterusnya Bangsa dapat didefinisikan sebagai j enismanusia daripada satu asal keturunan.

    Secara konotosinya Bahasa Jiwa Bangsa juga membawa maksud milik mutlaksesuatu bangsa yang menjadi identiti kebangsaan.Sesungguhnya Bahasa itumenunjukkanjati diri sesuatu bangsa.Kekuatan bahasa itu juga membuktikan kuatnya sesuatu bangsa itu sendiri.

    Yang kurik itu kundi.

    Yang merah itu saga,Yang baik itu budi,Yang indah itu bahasa.

    Demikianlah indahnya pantun Melayu yang menggambarkan betapabersungguh-sungguhnya nenek moyang kita menjaga adab dan pergaulanterutamanya dalam aspek pertuturan.

    Hadirin yang dihormati sekalian,

    Apakah wasilah terpenting untuk membentuk bangsa Malaysia? Jawapannya jelasBahasa Kebangsaan kerana Bahasa Jiwa Bangsa . Hal ini bermakna bahasa apayang kita daulatkan, bahasa itulah yang membentuk jiwa kita sekaligus memercikkanjati diri kebangsaan.

    Persoalannya kini, mengapakah hanya bahasa kebangsaan yang dinobatkansebagai alat pemersatuan bangsa? Perlu dinyatakan di sini, hanya bahasakebangsaan yang dapat menitiskan semangat satu bangsa, menyerapkan rohsebangsa, senegara dan menyemarakkan jati diri kebangsaan.

  • 5/26/2018 TEKS SYARAHAN

    10/25

    Tidak melayu hilang di duniaKata-kata keramat Laksamana HangTuah inimungkin hanya tinggal retorik semata-mata sekiranya bangsa Melayu tidak menjagakeunggulan ataupun integriti bangsa dan bahasanya.

    Hadirin warga dewan yang dimuliakan,

    Pidato saya pada hari ini akan mengupas dua komponen utama yakni perananBahasa Kebangsaan ke arah memartabatkan negara di mata dunia.Komponenpertama, bahasa kebangsaan bahasa perpaduan.Sejarah telah membuktikanbahawa Bahasa Melayu telah menjadi Bahasa Lingua Franca bagi negara-negaradi kepulauan Melayu. Hal ini telah menjadi kebanggaan kita untuk memartabatkanBahasa Melayu.

    Pada amnya,proses evolusi Bahasa Melayu berkembang selaras dengan tarafpembangunan yang dicapai oleh negara dan rakyat. Pada masa kini, Dasar

    Bahasa Kebangsaan telah mengiktiraf Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa rasmiyang digunakan dalam setia purusan. Tidak cukup dengan itu,dasar pendidikan kitajuga menetapkan bahawa Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama.Dengan adanya dasar-dasar ini,kita bukan sahaja dapat memastikanBahasa Kebangsaan termaktub dalam perlembagaan,tetapi dapat dihayati dandiamalkan secara meluas oleh masyarakat.

    Warga pendengar yang budiman,

    Pidato ini tiada selingan iklan,lantaran itu,izinkan saya membawa hadirin sekalian

    kepada komponen pidato saya yang kedua iaitu bahasa kebangsaan sebagaibahasa ilmu dan bahasa kemajuan.

    Bahasa juga berperanan sebagai bahasa sosial,bahasa ekonomi,bahasapentadbiran dan bahasa peradaban moden. Bahasa Kebangsaan juga sebagaiwadah terpenting untuk membentuk keperibadian bangsa Malaysia. Sekiranyadiabaikan ini bermakna kita telah tergelincir daripada gerabak pembentukanbangsa Malaysia.

    Bahasa Kebangsaan juga adalah milik semua rakyat tanpa mengira

    kaum,agama,budaya dan bahasa ibunda. Sekiranya ini dilakukan secarabersama,maka gagasan 1 Malaysia yang dicetuskan oleh Perdana Menterikita YAB Dato.Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak boleh kita jayakan.

    Hadirin yang dimuliakan,

    Dalam meredah arus globalisasi kini,Media massa berperanan penting dalammengembangkan Bahasa Melayu agar identiti kita sebagai bangsa Melayu dikenalioleh masyarakat di seantero dunia. Sebagai rakyat Malaysia, kita harusmengamalkan Bahasa Melayu dalam apa jua perkara agar kita dapat menaikkan

    taraf Bahasa Kebangsaan kita seiring dengan bahasa-bahasa lain di dunia.

  • 5/26/2018 TEKS SYARAHAN

    11/25

    Hadirin sekalian,

    Sebelum saya menamatkan bait-bait bicara saya,izinkan saya menghadiahkanserangkap pantun,

    Sedap makan kacang kelisa,Buah peria pahit dan maung,Bahasa menggabungkan etnik bangsa,Satu Malaysia sama bernaung.

    Justeru,gunakanlah bahasa yang santun, buktikan bahawa kita merupakanmasyarakat yang bertamadun, kaya dengan budi bahasa dan memiliki minda kelaspertama. Bahasa Kebangsaan harus didaulatkan. Inilah sikap dan pemikiran yangamat diperlukan untuk mencapai Wawasan 2020. Secara konklusinya, Bahasa JiwaBangsa jelas menunjukkan bahawa Bahasa Melayu itu menjadi nadi penggerak yang

    amat penting untuk menzahirkan identiti diri kita. Bahasa ibunda sewajarnyadipraktikkan agar tidak akan pupus ditelan zaman. Akhir sekali,bahasa itulah yangmenunjukkan bangsa.

    Sekian terima kasih....... Salam perpaduan Salam 1 Malaysia.

    Bahasa Jiwa Bangsa

  • 5/26/2018 TEKS SYARAHAN

    12/25

    BAHASA MELAYU TONGGAK PERPADUAN BANGSA MALAYSIA.

    Bismilahhiramannirahim

    Kalau tidak kerana bintang,

    Tak akan bulan kelihatan tinggi ,Kalau tidak kerana pidato,Tak akan saya berada disini.

    Datang bahtera dari Medan ,Singgah sebentar di laluan Kerai,Salam satu Malaysia saya hulurkan ,Kepada warga dewan pembuka tirai.

    Assalamualikum W.B.H

    Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis ,barisan panel Hakim yang arif lagibijaksana yang sedang menjunjung mahkota keadilannya ,penjaga masayang sentiasa peka dengan detak jamnya, para perserta yang saya kagumiserta hadirin dan hadirat yang saya hormati.

    Jauh berlayar si pedagang Cina ,Singgah di Melaka menjual sutera .

    Bahasa melayu bahasa perantara ,Tonggak utama perpaduan negara

    Hadirin dan hadirat yang dihormati

    Cogan kata Hidup Muafakat Membawa Berkat merupakan antaracogan kata yang dicipta untuk menyedarkan orang ramai akan peripentingnya muafakat dalam kehidupan masyarakat yang berbilang kaumseperti di negara kita. Kata orang, permuafakatan bererti perpaduan. Situasiini dapat dihuraikan oleh bidalan bersatu teguh bercerai roboh. Keadaan inimembawa kebaikan dan kejayaan kepada seluruh anggota masyarakatberkenaan. Sesungguhnya, negara yang memiliki masyarakat majmuk sepertiMalaysia berpaksikan pada perpaduan untuk meneruskan kelangsungan

    keharmonian di dalam negara. Saya yakin bahawa perpaduan pentingdalam sesebuah negara. Dalam usaha melonjak status negaraberpendapatan tinggi dan bagi merealisasikan dasar transformasi kerajaan,soal perpaduan tidak boleh dipandang enteng kerana bukan mudah untukmembina identiti bangsa dan mendaulatkan maruah bangsa. Usahamembina negara bangsa yang bersatu padu ini sebenarnya boleh dilakukanjika setiap rakyat mengerti akan kepentingan bahasa kebangsaan sebagaitonggak perpaduan setiap rakyat di Malaysia. Oleh itu, izinkan saya untukmenjelaskan dengan lebih terperinci tentang wacana ilimiah kita pada hariini yang bertajuk Bahasa Melayu Tonggak Perpaduan Bangsa Malaysia.

  • 5/26/2018 TEKS SYARAHAN

    13/25

    Hadirin yang dirahmati,

    Sebagai pembuka tirai perbincangan yang pertama, adalah baik jikakita menelusuri akar-akar cerucuk sejarah sebelum terbentangnya hamparanindah negara Malaysia. Apabila memorabilia ini membawa kita ke ratusan

    tahun yang lampau, nyatalah bahawa Bahasa Melayu sudah berfungsisebagai lingua franca yang didefinisikan sebagai bahasa perantaraanantara masyarakat pada zaman itu.Hal ini dapat dibuktikan dengan jelasapabila kita meneliti catatan ilmuwan Inggeris seperti R.O. Winsted yangmenunjukkan bahawa Bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasaperdagangan yang mengeratkan hubungan masyarakat yang berkunjungke Melaka ketika itu. Daripada golongan pendeta sehinggalah ke golonganbiasa, setiap insan di Melaka ketika itu berkomunikasi dengan bahasatercinta kita yang tidak lapuk dek hujan tak lekang dek panas. Tidak lain dantidak bukan,sudah tentulah Bahasa Melayu. Nah, apa lagi yang kita

    pertikaikan tentang kemampuan bahasa kebangsaan kita sebagai wadahperpaduan? Berdasarkan perkara ini, jelaslah bahawa hamparan sejarahjelas membuktikan bahawa bahasa Melayu mampu menjadi bahasaperpaduan yang cemerlang di dunia.

    Hadirin yang dihormati,

    Melalui bahasa Melayu, sebarang konfrantasi, buruk sangka dan salahfaham antara kaum dapat dikikis dengan mudah. Saya suka untukmeminjam kata-kata pujangga pendeta Zaaba yang berbunyi bahasa

    menunjukkan bangsa. Apabila kita melihat masyarakat bertutur dalambahasa Melayu, sudah terang lagi bersuluh bahawa mereka ialah bangsaMalaysia. Daripada kata-kata hikmat tersebut, saya sangat percaya bahawabahasa Melayu sedikit sebanyak akan mengurangkan semangat kecinaan,kemelayuan ataupun keindiaan.

    Haiya, ini balang mana ada halga, dia punya bau saya macam mau

    pengsan ahTambi, itu worang mau roti satu, kari ikan kapla satu

    Pelatlah dengan pengaruh bahasa natif,asalkan setiap kaum di

    Malaysia dapat bermesra dan bertukar-tukar maklumat dan fikiran hanyadengan menggunakan bahasa Melayu. Langkah Dewan Bahasamemasukkan entri perkataan baharu setiap kali edisi baharu terbitmerupakan langkah yang patut dipuji kerana perkataan pinjaman daripadabahasa Cina dan India yang mengalami proses kemalaysiaan

    sememangnya dapat mewujudkan perpaduan. Apa yang penting, setiapkaum di Malaysia tidak akan kekok untuk berbicara dalam bahasakebangsaan. Apabila tidak kekok berbicara, sudah tentulah juga tidak kekokuntuk bermesra. Apabila sudah bergaul mesra, nyatalah bahawa perpaduandalam kalangan masyarakat majmuk itu akan terbina kukuh di bawah

    payung Satu Malaysia. Berdasarkan hujah ini, nyatalah bahawa bahasa

  • 5/26/2018 TEKS SYARAHAN

    14/25

    Melayu itu merupakan medium untuk mewujudkan perpaduan dalamkalangan masyrakat di Malaysia.

    Hadirin yang dikasihi,

    Dalam lautan ilmu yang memenuhi pustaka di Malaysia, sudah tentulahbahasa Melayu turut menjadi bahasa penyebaran ilmu pengetahuan.Berdasarkan data yang saya peroleh daripada Arkib Negara, saya amatkagum dengan pencapaian bahasa Melayu kerana hampir 800 buah bukuilmiah ditulis dalam bahasa Melayu oleh rakyat Malaysia sendiri. Untukpengetahuan hadirin, ilmu pengetahuan merupakan perkara yang sangatpenting untuk memupuk perpaduan. Masarakat yang tidak berilmu ibaratmasyarakat yang tidak bertamadun. Apabila tidak bertamadun, sudahtentulah masyarakat bertindak membuta-tuli mengikut hati dan naluri. Olehitu, sudah tentulah kucar-kacir akan menodai keamanan sesebuah negara.

    Saya juga ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan ribuanterima kasih dan segunung pernghargaan kepada Kementerian PelajaranMalaysia kerana mengembalikan mandat kepada bahasa Melayu dalampengajaran Sains dan Matematik. Sesungguhnya, langkah ini dapatmerapatkan jurang pendidikan antara murid-murid di luar bandar dan dikawasan bandar. Dalam soal keharmonian, sudah tentulah kita tidakmahukan sebarang jurang bertatah di dalam kehidupan masyarakat. Padapendapat saya, jurang itu boleh memecahbelahkan perpaduan. Apabilabahasa Melayu kembali dalam pengajaran subjek kritikal ini, sudah tentulahjurang itu dapat dirapatkan. Ketika jurang pendidikan itu dirapatkan, sudah

    tentulah perpaduan dapat dipupuk dari alam persekolahan lagi. Selain dasarbaharu itu, usaha Kementerian Pelajaran Malaysia melaksanakan programMemartabatkan Bahasa Melayu, memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMBMI)dilihat sebagai wahana yang sangat utama untuk menjadi tonggakperpaduan. Pengisiannya jelas menunjukkan bahawa betapa prihatinnyapihak kerajaan terhadap kedaulatan bahasa Melayu dan betapa arifnyakerajaan tentang peranan bahasa Melayu sebagai tonggak perpaduan.

    Hadirin yang dirahmati,

    Sebagai penutup tirai wacana ilmu kita pada hari ini, saya suka inginmengingatkan kepada khalayak hari ini bahawa rakyat yangmemperlekehkan bahasa kebangsaan akan merosakkan perpaduan yangkita kecapi selama ini. Tidak keterlaluan saya katakan bahawa insan inilahanasir yang menodai kebahagiaan kita di bawah berkat Satu Malaysia. Olehitu, sayangilah bahasa Melayu kita, hormatilah bahasa kebangsaan kitakerana bahasa Melayu tonggak perpaduan bangsa.

    Sekian, terima kasih.

  • 5/26/2018 TEKS SYARAHAN

    15/25

    "FUNGSI BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEBANGSAAN, BAHASA RASMI,

    BAHASA PERPADUAN, BAHASA PENGANTAR, BAHASA ILMU DAN BAHASA

    KOMUNIKASI RAKYAT MALAYSIA.

    Pucuk manis permatang budi,

    pucuk purut digetus rusa;Yang manis bernama budi,

    Yang indah bernama bahasa.

    Terima kasih saudara pengerusi majlis. Yang berbahagia Tuan Haji AbdulRahman bin Abdullah, pengarah Institut Humaniora Malaysia, kombinasi parajuri yang arif lagi bijaksana sebagai penegak keadilan, penjaga masa yangbudiman, para pensyarah, dan seterusnya hadirin-hadirat warga dewanyang saya kasihi sekalian. Assalamualaikum Warohmatullahi Wabarokatuhdan salam sejahtera pembuka bicara.

    Berdirinya saya di atas persada indah dalam Dewan Wawasan ini, tidak laindan tidak bukan, kerana ingin menyampaikan sebuah pidato yang bertajuk,"Fungsi Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, Bahasa Rasmi, BahasaPerpaduan, Bahasa Pengantar, Bahasa Ilmu dan Bahasa Komunikasi Rakyat

    Malaysia. Sebagaimana bervisinya nama dewan yang mul ia ini, demikianjuga visi yang akan saya tunjuk kepada tuan-tuan betapa bahasa Melayu,sebagaimana bahasa-bahasa lain juga, mempunyai fungsinya yangtersendiri.

    Sebelum lancang menuju ke muara, sebelum kata membelah bicara,sebelum isi menyusur hujah, izinkan saya mendefinisikan frasa yang membinatajuk pidato agar hadirin terbuka minda, agar hakim tidak terpinga-pinga,dan saya petah berkata-kata, seperti kata orang dahulu kala;

    Yang buta tidak teraba-raba,Yang pekak tidak tertanya-tanya,Yang kecil tidak terambin-ambin,

    Yang pendek tidak tertinjau-tinjau.

    Menurut Kamus Dewan (2006), istilah fungsi bolehlah didefinisikan sebagai

    tugas atau peranan. Manakala maksud bahasa pula ialah satu sistemlambang-lambang yang arbitrari, mempunyai makna dan difahamimaknanya, dan digunakan oleh sekelompok masyarakat dalam komunikasimereka. Daripada maksud tersebut dapat dirumuskan bahawa bahasa ialahalat komunikasi yang ada makna dan difahami oleh semua anggota dalammasyarakatnya. Merujuk negara Malaysia, penggunaan bahasa Melayudalam pelbagai bidang dapat difahami oleh setiap orang, dan lebih-lebih

    lagi, mereka yang berstatus warganegara Malaysia.

  • 5/26/2018 TEKS SYARAHAN

    16/25

    Di Malaysia, bahasa Melayu menjadi Bahasa Kebangsaan dan sekali gusberfungsi sebagai bahasa rasmi negara. Bahasa Kebangsaan dapatditakrifkan sebagai bahasa yang diterima dan digunakan oleh pendudukdalam sesebuah negara. Bahasa kebangsaan bagi negara Malaysia ialahbahasa Melayu. Pentakrifan bagi bahasa rasmi adalah bahasa yang

    digunakan dalam segala urusan pentadbiran kerajaan. Selain dua fungsibahasa tersebut, bahasa Melayu juga berfungsi sebagai bahasa perpaduan,bahasa pengantar, bahasa ilmu dan bahasa komunikasi yang akandijelaskan dalam hujah nanti. Persoalannya sekarang, bagaimanakahbahasa Melayu dapat berfungsi sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi,bahasa perpaduan, bahasa pengantar, bahasa ilmu dan bahasa komunikasidi Malaysia yang rakyatnya pelbagai kaum? Persoalan inilah akan saya

    jawab satu persatu dalam wacana, Fungsi Bahasa Melayu sebagai Bahasa

    Kebangsaan, Bahasa Rasmi, Bahasa Perpaduan, Bahasa Pengantar, Bahasa

    Ilmu dan Bahasa Komunikasi Rakyat Malaysia.

    Tuan hakim yang bijaksana lagi arif.

    Wacana saya yang pertama, fungsi bahasa Melayu sebagai bahasakebangsaan. Tuan-tuan dan Puan-puan, ingatlah, bahasa Melayu mestiperkasa dalam negara Malaysia untuk kepentingan kebangsaan. Semangatperjuangan menuntut kemerdekaan di Tanah Melayu tercetus apabila jiwarakyat telah timbul kesedaran untuk jadi bangsa berdaulat. Salah satu caramenjadi bangsa berdaulat ialah dengan memerintah sendiri negara tanpadikuasai atau ditunjuki oleh penjajah. Setelah tercapainya kemerdekaan,

    Persekutuan Tanah Melayu memilih bahasa Melayu sebagai bahasakebangsaan. Fungsi ini telah termaktub dalam Bahagian 12 Am dan Pelbagai152 fasal (1) Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang menyebutbahawa, "Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah ditulisdalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukan dengan undang-undang oleh parlimen." Maka terbuktilah bahawa bahasa Melayumerupakan lambang kebebasan dan kedaulatan negara daripadabelenggu penjajahan. Ditinjau dalam sejarah kerajaan-kerajaan Melayuterdahulu, bahasa Melayu menjadi bahasa lingua franca. Ia digunakan olehsemua kaum untuk semua urusan pentadbiran dan perdagangan.

    Sebagai sebuah negara yang pesat membangun, amat wajar sekaliMalaysia mempunyai satu bahasa kebangsaan kerana bahasa kebangsaanmemberi gambaran akan status sesuatu bangsa. Bangsa yang bermaruahmempunyai bahasa kebangsaan sendiri, menggunakan bahasa sendiri danbangsanya mempunyai identiti kebahasaan sendiri. Oleh itu, untuk memupuksifat sayangkan bahasa kita, pelbagai kempen telah diadakan seperti "CintaiBahasa Kita", "Bahasa Jiwa Bangsa" dan sebagainya. Rakyat dari pelbagaikaum akan dapat mengenali dan mendekatkan diri dengan bahasakebangsaan. Justeru, bahasa Melayu dengan segala sifatnya dapat menjadi

    pembakar semangat kebangsaan di negara ini dan menjadi satu tunggakpembinaan negara merdeka serta identiti rakyat. Kita tidak mahu bahasa

  • 5/26/2018 TEKS SYARAHAN

    17/25

    Melayu dipinggirkan sebagaimana tersirat dalam Akta Pelajaran 1996 danseterusnya dinafikan fungsi sebagai bahasa ilmu Sains dan Matematik olehDr. Mahathir Mohamed.

    Wacana saya yang kedua, fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi

    negara. Selain dipilih sebagai bahasa kebangsaan, bahasa Melayu jugaberfungsi sebagai bahasa rasmi negara kita. Maksud bahasa rasmi ialahbahasa utama yang digunakan dalam segala urusan pentadbiran danacara rasmi negara. Contohnya, bahasa Melayu digunakan dalam sistempendidikan negara, urusan surat-menyurat, mesyuarat dan pentadbirannegara. Cuba kita renung, bukakan mata, celikkan minda, dalammesyuarat-mesyuarat kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri, dipersidangan-persidangan, seminar-seminar, di parlimen, bahkan dalamperbicaraan di mahkamah, mesti diutamakan penggunaan bahasa Melayu.Penggunaan bahasa selain bahasa Melayu adalah menyalahi Artikel 152

    Perlembagaan Malaysia. Sesiapa yang membelakangkan penggunaanbahasa Melayu dalam urusan rasmi negara, termasuk pemimpin negarasekalipun, mereka adalah penjenayah negara yang mesti dihukum. Denganhujah itu, terbukti lagi jelas dan nyata, betapa penting bahasa Melayumemainkan peranan dalam urusan pentadbiran negara.

    Para hadirin yang dihormati sekalian.

    Wacana saya yang ketiga, fungsi bahasa Melayu sebagai bahasaperpaduan rakyat Malaysia. Bahasa perpaduan bermaksud bahasa yang

    digunakan sebagai tali pengikat kemuafakatan antara anggota masyarakat,sama ada dalam kalangan satu etnik mahupun antara etnik. Hal ini kerana,masyarakat kita adalah masyarakat majmuk yang berbeza kepercayaan,amalan, budaya, agama dan bahasa. Bahasa Melayu dapat memainkanperanan sebagai penyatu kepelbagaian tersebut melalui penggunaanbersama, atau satu bahasa untuk satu negara. Kerajaan menggalakkanrakyat menggunakan bahasa Melayu dalam semua komunikasi awam danterbuka agar tidak timbul syak wasangka antara satu sama lain. Apabilapenggunaan bersama bahasa Melayu di tempat terbuka sudah menjadiamalan, maka akan wujud kemesraan, kepercayaan, hormat dan rasa

    selamat. Rasa kemesraan, rasa kepercayaan, rasa hormat dan rasa selamatmerupakan antara faktor yang membina perpaduan antara kaum. Denganitu, dapatlah kita melahirkan bangsa yang bersatu dan menganggapMalaysia sebagai negara milik bersama.

    Pemilihan satu bahasa kebangsaan bertujuan mencari suatu lambangpenyatuan atau perpaduan. Ia memainkan peranan mengurangkan jurangperkauman, mengeratkan hubungan setiap lapisan masyarakat dalamsegala bidang, bukan hanya dari segi politik, agama, perindustrian, ekonomi,kesukanan, perubatan, pendidikan malahan juga dalam komunikasi awam.

    Tugas bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan akan dapat diperkasakanmelalui perlembagaan negara, sistem pendidikan, dasar-dasar yang

  • 5/26/2018 TEKS SYARAHAN

    18/25

    dilaksanakan dan pelbagai aktiviti kempen. Justeru, ayuh, mari kita terusperjuangan yang telah lama digerakkan oleh pemimpin terdahulu demimengangkat darjat bahasa Melayu sebagai bahasa lingua franca, bahasayang menyatupadukan rakyat peJbagai kaum dalam semua bidang, bak

    kata perpatah, di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung, atau berat

    sama dipikul, ringan sama dijinjing.

    Hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian,

    Wacana saya yang keempat, fungsi bahasa Melayu sebagai bahasapengantar dalam sistem pendidikan negara. Yang dimaksudkan sebagaibahasa pengantar pendidikan ialah bahasa yang digunakan sebagai alatperhubungan dalam pengajaran dan pembelajaran. Oleh sebab Malaysiamempunyai masyarakat berbilang bangsa, dasar pendidikan negaraberusaha menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama

    dalam sistem pendidikan, sama ada di sekolah mahupun pusat-pusatpengajian tinggi. Bahasa Melayu yang berfungsi sebagai bahasa pengantardalam pendidikan membuktikan keupayaan bahasa Melayu sebagai alatmenyampaikan pelbagai ilmu untuk digunakan bagi memajukan diri,masyarakat dan negara. Penggunaannya secara tidak langsungmencerminkan ciri-ciri bangsa Malaysia yang menolak perkauman atauketidakadilan dalam sistem pendidikan. Hal ini adalah kerana masyarakatMelayu dan bukan Melayu yang fasih bertutur dalam bahasa Melayu akanmendapat laba yang sama rata, di samping dapat menunjukkan ciri'keMalaysiaan'. Sehingga kini rakyat Malaysia yang mendapat pendidikan

    rendah, menengah dan universiti dalam bahasa Melayu berjaya meraihanugerah hingga peringkat antarabangsa. Malah, ramai rakyat Malaysiayang bekerja dengan syarikat-syarikat antarabangsa, baik syarikat yangberoperasi dalam negara mahupun syarikat yang beroperasi di luar negara.Beberapa universiti di luar negara seperti di Britain, Amerika Syarikat, Russia,Thailand, Korea, Republik Rakyat China dan sebagainya menawarkan kursusmajor dan minor bahasa Melayu kepada mahasiswa masing-masing.Kedudukan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan diperkukuhkan lagidengan pembinaan kerusi-kerusi pengajian Melayu di luar negara dan jugapembinaan Dasar Bahasa Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan.

    Bahasa Melayu kini berada di atas landasan sempurna sebagai bahasapengantar pendidikan. Justeru, dapat kita merumuskan bahawa bahasaMelayu mampu menjadi bahasa pengantar dalam pengajaran danpembelajaran di sekolah dan institusi pendidikan tinggi.

    Wacana saya yang kelima, fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.Bahasa Melayu adalah bahasa i1mu di Sekolah-sekolah termasuk di maktab-maktab perguruan dan universiti-universiti. Bahasa IImu pula ialah bahasakomunikasi yang bermaksud bahasa sebagai alat penyebaran,penyampaian dan penerimaan maklumat. Sebagai bahasa i1mu, bahasa

    Melayu banyak merakam pelbagai ilmu pengetahuan dalam pelbagaibidang yang ditulis oleh pakar bidang berkenaan. Salah satu tujuan

  • 5/26/2018 TEKS SYARAHAN

    19/25

    penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ialah untukmemperkasakan bahasa Melayu. Justeru, kursus-kursus yang ditawarkandisampai dan dirakam dalam bahasa Melayu, termasuk ilmu dalam bidangSains dan Teknologi. Sehingga kini, UKM telah mengeluarkan ramai graduandalam bidang Sains dan teknolog dan sedang berkhidmat di pasaran. Telah

    sekian ramai doktor perubatan dan ahli kimia dikeluarkan dan khidmatmereka ibarat duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan pakar-pakaryang mendapat pendidikan dari negara Barat. Khidmat mereka pulamenetaskan tenaga-tenaga khidmat yang lain.

    Jauh sebelum itu, fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu terserlah dalambidang keagamaan seperti dalam bidang penyebaran ilmu agama Hindu-Buddha dan kemudian Islam. Tanah Melayu seperti Lembah Bujang misalnyamerupakan pusat penyebaran agama Hindu-Buddha ke seluruh dunia.Setelah kedatangan Islam, bahasa Melayu terus kekal sebagai bahasa ilmu

    menyebar ajaran agama Islam. Walaupun agama Islam turut membawabahasa Arab, namun penyebaran Islam di Asia Tenggara adalahmenggunakan bahasa Melayu tulisan Jawi. Fungsi itu ternyata kekalsehingga kini agama Islam tersebar di Asia Tenggara dalam bahasa Melayu.Sebagai bahasa ilmu, bahasa Melayu mesti terus berperanan menjanapemikiran dan ilmu-ilmu baharu kepada masyarakat. Jika berlakukekurangan hendaklah ditambah, jika berlaku kebocoran hendaklahditampal kerana sudah menjadi kebiasaan tidak semua bahasa adalahlengkap dan sempurna. Perbendaharaan katanya perlu diperluaskan.Istilahnya perlu dilengkapkan. Setiap objek dan konsep dalam pelbagai

    bidang ilmu hendaklah dilengkapi dengan bahasa Melayu. Hal ini bertujuanuntuk memperkasakan lagi bahasa Melayu dan menjadikan Malaysiasebagai pusat kecemerlangan pendidikan di Asia Tenggara. Sehingga kinitelah banyak istilah dan konsep ilmu diserapkan ke dalam bahasa Melayu.Misalnya, istilah dalam bidang anatomi, mikrobiologi, fisiologi, biokimia,ginekologi dan sebagainya.

    Bahasa Melayu bolah menjadi bahasa ilmu kerana mempunyai ciri-cirikeintelektualan bahasa. Keintelektualan bahasa bermaksud keupayaanbahasa dalam menyampaikan buah fikiran, hujah, pendapat dengan tepat

    dan dapat dilenturkan dengan mudah. Bahasa Melayu juga boleh menjadibahasa i1mu kerana mempunyai ciri-ciri kesempurnaan bahasa iaitukestabilan seperti sistem pembentukan istilah atau konsep, dan peraturanseperti ejaan, sebutan, pemakaian, tatabahasa dan lain-lain lagi. Satu lagiciri kesempurnaan bahasa ialah kelenturan, di mana bahasa Melayu mudahmenyesuaikan diri dengan persekitaran dan perubahan yang berlaku darimasa ke semasa.

    Wacana saya yang terakhir, fungsi bahasa Melayu sebagai bahasakomunikasi masyarakat. Bahasa Melayu merupakan bahasa komunikasi

    kerana ia dituturkan oleh semua orang dalam pelbagai lapisan masyarakat.la merupakan bahasa ibunda dan bahasa utama di Malaysia, digunakan

  • 5/26/2018 TEKS SYARAHAN

    20/25

    oleh semua golongan masyarakat, tidak kira di desa atau di kota, golongankaya ataupun miskin. Oleh sebab itu, mesej dapat disampaikan denganmudah, tepat dan difahami oleh semua golongan masyarakat.

    Sebagaimana yang telah ketahui umum bahawa bahasa Melayu, pada

    zaman penjajahan, telah menjadi bahasa lingua franca di setiap pelusukNusantara. Bahasa Melayu telah tersebar luas dari Malaysia, Indonesia,Filipina, Singapura hinggalah ke Brunei. Berdasarkan catatan sejarahpengembara yang melawat semenanjung Tanah Melayu dan kepulauan laindi Nusantara, seperti I-Shing, Ibn Batuta, Antonio Fegafeta dan ramai lagi,terbukti bahawa bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa utamauntuk berkomunikasi seawal kurun yang ke-7 Masihi.

    Kini, dengan adanya kecanggihan alat media dan komunikasi, maklumatdapat disampaikan melalui siaran-siaran radio, televisyen, internet, SMS, e-

    mail dan lain-lain lagi. Berkomunikasi, lisan mahupun tulisan, adalah sutukeperluan kepada setiap individu dan berkau pada setiap hari. Kini ramaiyang berkomunikasi menggunakan bahasa Melayu untuk tujuan melahirkanpendapat atau perasaan, adalah bukti fungsi bahasa Melayu sebagaibahasa komunikasi yang penting di negara ini. Dengan kata lain, bahasaMelayu berperanan sebagai bahasa komunikasi apabila seseorang individumengalami perkongsian idea, maklumat dan perasaan dengan orang lainsama ada melalui pertuturan mahupun tulisan. Dengan berbahasa Melayu,komunikasi antara manusia sejagat berlangsung dengan baik. Ia jugamemudahkan penyampaian dan penerimaan maklumat. Senario ini telah

    memberikan satu manifestasi yang jelas, iaitu bahawa bahasa Melayuberperanan sebagai bahasa komunikasi di Malaysia.

    Justeru, dengan hujah dan huraian keenam-enam fungsi bahasa Melayu itutadi, konklusinya di sini ialah pertama, bahasa Melayu sebagai bahasakebangsaan akan memartabatkan lagi bahasa ibunda kita sendiri. Yangkedua, sebagai bahasa rasmi, bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasautama dalam segala urusan pentadbiran dan acara rasmi negara. Yangketiga, fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan menjadi wahanaperpaduan bagi menyatupadukan rakyat berbilang kaum di negara kita.

    Seterusnya yang keempat, bahasa Melayu sebagai bahasa pengantarmenjadi wahana penyebaran i1mu di semua peringkat institusi pendidikan,dan sebagai lambang bahasa pengantar untuk memberi dan menimba ilmusejagat. Rumusan seterusnya ialah bahasa Melayu sebagai bahasa ilmudapat membina keintelektualan bangsa kerana keupayaannyamenyampaikan buah fikiran, hujah, pendapat dan sebagainya dalamsemua bidang ilmu. Dan yang terakhir, bahasa Melayu sebagai bahasakomunikasi, menjadi lambang pertuturan semua golongan masyarakat samaada yang tinggal desa atau di kota, mahupun golongan kaya ataupun

    golongan miskin, atau pentadbir mahupun rakyat.

  • 5/26/2018 TEKS SYARAHAN

    21/25

    Hadirin dan hadirat sekalian.

    Setelah frasa demi frasa tajuk pidato saya ini dikupas, maka dapatlah sayamenutup rumusan bahawa bahasa Melayu memikul tanggungjawab yangbesar dalam mengangkat martabat bahasa dan bangsa di tanah air

    tercinta ini. Oleh sebab itu, segala fungsi bahasa Melayu iaitu sebagaibahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa perpaduan, bahasa pengantar,bahasa ilmu dan bahasa komunikasi perlu terus didaulatkan agarkeperkasaan bahasa Melayu kekal dan dikagumi.

    Sebelum saya mengundur diri, saya menyusun sepuluh jari memohon maafsekiranya ada terkasar bahasa, tersalah kata, tersilap sebut atau tercanggahgerak tangan, mulut, kepala dan mata. Saya mengakhiri pidato saya inidengan serangkap pantun;

    Alang-alang menyeluk pekasam,Biar sampai ke pangkal lengan;

    Alang-alang bahasa dijulang,Biar kekal sepanjang zaman.

    Sekian, Wabillahi Taufik WaJhidayah Wasalamualaikum WarohmatullahiWabarokatuh

  • 5/26/2018 TEKS SYARAHAN

    22/25

    KE ARAH PENGISIAN WAWASAN PENDIDIKAN

    Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

    Yang mulia saudara pengerusi majlis, yang dihormati Tuan Pengetua,

    pensyarah penasihat, tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

    Berhubung tajuk bakal dibentangkan, Isu pengisian yang akan dihurai,Dalam konteks wawasan pendidikan, Satu agenda yang belum selesai.

    "Ke arah pengisian wawasan pendidikan", begitulah bunyinya tajuk pidatoyang akan saya sampaikan pada pagi ini.

    Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

    Wawasan 2020 merupakan satu cita-cita besar untuk mengangkat maruah,martabat dan harga diri bangsa Malaysia. Perdana Menteri Malaysia, YangAmat Berhormat Dato' Seri Dr. Mahathir b. Mohamad, ingin mewujudkansebuah negara yang maju menjelang tahun 2020. Beliau telah mengajakseluruh rakyat Malaysia memandang masa hadapan bangsa dan negarasecara optimistik. Hasrat ini telah disuarakan oleh beliau dalam pem-bentangan kertas kerja beliau yang berjudul "Malaysia Melangkah keHadapan", dalam Majlis Perdagangan Malaysia yang telah diadakan pada28 Februari 1991.

    Kini ungkapan Wawasan 2020 sudah begitu biasa didengar kerana amatkerap diperkatakan. Kementerian Pendidikan juga beriring dengan jenterakerajaan dan swasta yang lain bergerak ke arah mengisi sembilan cabaranWawasan 2020, kerana sebahagian besar daripada cabaran-cabaran ituberkait rapat secara langsung dengan pendidikan.

    Hadirin dan hadirat sekalian,

    Memang telah banyak diperkatakan oleh orang tentang Wawasan 2020 danpengisian wawasan pendidikan daripada berbagai-bagai aspek. Tetapi

    adakah semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau denganalam pendidikan, benar-benar faham, dapat menerima dan menghayatisepenuhnya wawasan pendidikan kita? Saya ingin mengambil kesempatanini untuk memperkatakan beberapa isu yang berkait rapat dengan pengisianwawasan pendidikan yang perlu kita fahami dan hayati bersama.

    Memperkatakan tentang reformasi pendidikan, Kementerian Pendidikantelah banyak memperkenalkan dan melaksanakan reformasi secara berdikit-dikit, berperingkat-peringkat sejak awal tahun 60-an lagi mengikut keperluansemasa. Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979) menjadi landasan utama

    untuk mewujudkan reformasi pendidikan secara besar-besaran. Maka lahirlahKBSR dan KBSM. Reformasi ini telah banyak mencetuskan perubahan dan

  • 5/26/2018 TEKS SYARAHAN

    23/25

    pembaharuan dalam pendidikan keseluruhannya. Selain turut mencorakkanprofesion perguruan, persekitaran pembelajaran, pengurusan dankepimpinan pendidikan kita.

    Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

    Walaupun kita dapat melihat hasil ujian UPSR, PMR dan SPM, tetapi menghelanafas para penggubal sistem, menggeleng kepala para cerdik pandai dandiam seribu bahasa para tok guru, apabila mendapati sistem pendidikan kitamasih belum dapat mengatasi beberapa masalah lama, masalah lapukyang berlaku tahun demi tahun.

    Murid-murid di sekolah rendah, terutamanya di sekolah kebangsaan, masihlemah dalam mata pelajaran Matematik dan penguasaan bahasa Inggeris.Bilangan pelajar yang mengambil mata pelajaran Sains Tulen masih juga

    tidak meningkat. Pelajar luar bandar masih juga ketinggalan dalampencapaian akademik dan belum mampu menguasai kemahiran berfikir.

    Di dalam bilik darjah pula, beberapa konsep yang diperkenalkan melaluiKBSR dan KBSM masih belum dilaksanakan seperti yang diharapkan. Konsepkesepaduan masih belum dipraktikkan sepenuhnya. Nilai-nilai murni masihgagal diterap, kalau tidak, masakan hari-hari dipaparkan di dada akhbarberita tentang penglibatan para remaja, khususnya para pelajar dalamkegiatan yang tidak bermoral. Menteri Pendidikan Malaysia, Dato' Dr.Sulaiman Daud mengesahkan seramai 2 230 orang murid sekolah rendah

    dan menengah di seluruh negara terlibat dalam penyalahgunaan dadah.Dato' Leo Michael Toyad pula menyebut seramai 138 358 orang murid atausebanyak 98.2% daripada 140 678 pelajar sekolah menengah di seluruhnegara dikenal pasti terlibat dengan salah laku jenayah dan tabiat buruk.

    Di samping itu, pengajaran guru-guru masih lagi tidak berpusatkan murid,alat bantu mengajar juga jarang digunakan. Penilaian Berasaskan KemajuanSekolah tidak dilaksanakan dengan penuh prihatin. Mengapakah semua iniberlaku? Apakah yang terjadi dengan kursus-kursus. yang telah diberikankepada guru-guru selama ini?

    Para hadirin sekalian,

    Kita harus sedar bahawa pembaharuan dan perubahan perlu berlaku demitanggungjawab kita dalam menyelesaikan agenda wawasan pendidikan ini.Namun begitu terdapat di kalangan sesetengah guru amat negatif terhadapsebarang perubahan yang bertujuan menambahbaikkan sesuatu keadaan.Berbagai-bagai kenyataan yang negatif dan pasif disuarakan. Sebenarnyaindividu-individu ini tidak ada keupayaan untuk berubah, tidak sanggupmelaksanakan perubahan dan tidak dapat berfikir secara objektif bahawa

    dia perlu berubah.

  • 5/26/2018 TEKS SYARAHAN

    24/25

    Kita harus mengikis sikap "tidak mahu memulakan sesuatu" dan "tidakberupaya" ini di kalangan pendidik jika kita mahu mengecapi nikmatwawasan pendidikan kita. Kita tidak mahu menyaksikan berapa puluh jongpun masuk, anjing tetap bercawat ekor. Air sungai lagi berubah inikan pulamanusia. Kalaulah air sungai itu diempangkan sudah tentu banyak

    perubahan berlaku secara besar-besaran.

    Tuan-tuan dan puan-puan,

    Guru harus bersikap proaktif, kreatif, imaginatif, dan inovatif. Sekolahsepatutnya mementingkan pemuafakatan antara kakitangannya, ibu bapa,dan murid-murid. Semua pihak mesti berasa bertanggungjawab danmempunyai semangat kesepunyaan. Keputusan seharusnya datangdaripada golongan guru kerana gurulah sebenarnya pelaksana pendidikan.Dengan yang demikian dapatlah para guru melakukan sesuatu kerja itu

    hingga ke tahap kesempurnaan.

    Kerja berpasukan boleh menggerakkan kita ke arah mencapai "zerodefect' atau tanpa cacat apabila menangani masalah disiplin pelajar,penyalahgunaan dadah, ponteng sekolah dan lain-lain lagi. Apa yang perludititikberatkan ialah berfokus kepada proses berterusan supayamenampakkan kemajuan. Teladanilah orang-orang Jepun. Merekamengamalkan dan mempercayai konsep "synergy", iaitu tidak adaperbez'aan status antara pekerja. Semuanya sama penting dalam menujukemajuan negara. Kini, mereka telah mendahului negara-negara lain dalam

    kemajuan.

    Untuk mencapai keadaan tanpa cacat yang diingini, kita perlu sentiasapeka terhadap kualiti. Setiap orang harus bertanggungjawab menghasilkankerja yang berkualiti. Kita tidak akan dapat menghasilkan murid-murid tahunenam mencapai kejayaan 100% dalam UPSR jika murid-murid kita tidakdididik dengan baik secara berterusan. Sebarang kelemahan perlu dibaikisegera agar murid-murid kita tidak mendapat kerugian. Bayangkanlahbetapa rugi dan malangnya mereka apabila terus-menerus belajar selamaenam tahun tanpa dibaiki kesalahan dan kelemahan mereka.

    Bagaimanakah jika anak kita berada di tempat mereka?

    Para hadirin sekalian,

    Demikianlah cabaran-cabaran yang perlu kita hadapi untuk mencapaiwawasan pendidikan. Sebagai pendidik, kita perlu faham dan menghayatiwawasan pendidikan dan apa yang perlu dilakukan untuk mengisi wawasanitu.

    Arak-arak kelapa puan,

    Tidak puan kelapa bali,

  • 5/26/2018 TEKS SYARAHAN

    25/25

    Mereka mengharap kepada tuan-tuan,

    Tidak tuan siapa lagi?

    Yakinlah jika kita dapat mengisi wawasan kita, maka dengan sendirinya hasildaripada pendidikan kita akan lahir generasi baru yang akan dapatmembina sebuah negara Malaysia yang serba maju. Agenda ini barubermula dan masih jauh daripada penyelesaian. Umpama pisau di tangankanan, mentimun di tangan kiri, kini terserah kepada kita semua untukmenentukan penyelesaiannya.

    Tuan-tuan dan puan-puan,

    Setakat ini pidato saya pada pagi ini. Semoga apa yang saya sampaikan

    tadi boleh mendatangkan manfaat kepada kita semua. Sebelum sayamengundur diri, saya memohon ampun dan maaf sekiranya terdapatkesilapan dan keterlanjuran budi bicara.

    Sekian, terima kasih.