teks pengaraca majlis penutupan bulan kemanusiaan & kemerdekaan sesi petang

4
TEKS PENGACARA MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEMANUSIAAN DAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH SMK MERBAU (2014) (SESI PETANG) Master of Ceremony (MC): 1. NOOR AZIATI BINTI MOHD ZIN 2. NOR HAYATI BINTI KAMISMAN ATURCARA TEKS PENGACARA PENGACARA Kata-kata aluan oleh pengacara majlis Jalur Gemilang bendera bertuah Rakyat Malaysia berasa megah Hidup bahagia tiada resah Kerana negara merdeka sudah Jalur Gemilang lambang bersatu Merah, kuning, putih dan biru Bulan bintang menghiasi penjuru Empat belas negeri menjadi padu Yang Berusaha Cik Ang Siew Jin, Pengetua Kanan SMK Merbau, Yang Dihormati Pn. Tang Cheng Mun, Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik, Yang Dihormati En. Saun Bin Angkut @ George, Penolong Kanan Petang, Pn. Yeo Sung Ming, Ketua Bidang Kemanusian, rakan- rakan guru serta para pelajar yang dikasihi sekalian. Assalamualaikum, salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia . Selamat datang ke Majlis Penutupan Karnival Kemanusiaan dan Kemerdekaan peringkat sekolah tahun 2014. Hayati Nyanyian lagu -Negaraku -Lagu sekolah Bagi memulakan majlis kita pada petang ini, diminta semua guru dan para pelajar untuk berdiri tegak bagi menyanyikan lagu NEGARAKU serta diikuti dengan lagu sekolah ILMU MENJULANG KEHIDUPAN . Hayati Ikrar Seterusnya, bagi menyemarakkan lagi semangat patriotik kita sempena Majlis Sambutan Penutupan Karnival Kemanusiaan dan Kemerdekaan yang ke-57 ini, dijemput Saudara Carlson Francis daripada 1 Anggerik untuk mengetuai lafaz ikrar. Dengan segala hormatnya dipersilakan. Terima kasih atas lafaz ikrar itu tadi. Aziati Bacaan Doa Seterusnya, majlis menjemput Saudara Mohd Azizul Hafiz bin Mohammad dari 1 Bakawali untuk memimpin bacaan doa bagi memberkati lagi majlis kita pada petang ini. Dengan segala hormatnya dipersilakan. Aziati Perutusan YAB Perdana Menteri Seterusnya majlis mempersilakan En. Zaidin bin Eden bagi membacakan perutusan kemerdekaan daripada Perdana Menteri kita, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Najib bin Tun Abdul Razak. Dengan segala hormatnya dipersilakan. Terima kasih diucapkan kepada En. Zaidin bin Eden atas penyampaian perutusan itu tadi. Hayati Ucapan Pengetua Seterusnya majlis menjemput Puan Pengetua SMK Merbau, Cik Ang Siew Jin bagi menyampaikan ucapan perasmian penutupan Karnival Kemanusiaan dan Kemerdekaan pada tahun 2014 ini. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. Terima kasih diucapkan kepada Puan Pengetua, Cik Ang Siew Hayati Aziati NHK/2014

Upload: hayati5823

Post on 12-Dec-2015

1.221 views

Category:

Documents


67 download

DESCRIPTION

mc

TRANSCRIPT

Page 1: Teks Pengaraca Majlis Penutupan Bulan Kemanusiaan & Kemerdekaan Sesi Petang

TEKS PENGACARA MAJLIS PENUTUPANBULAN KEMANUSIAAN DAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH

SMK MERBAU (2014)(SESI PETANG)

Master of Ceremony (MC):1. NOOR AZIATI BINTI MOHD ZIN2. NOR HAYATI BINTI KAMISMAN

ATURCARA TEKS PENGACARA PENGACARAKata-kata aluan olehpengacara majlis

Jalur Gemilang bendera bertuahRakyat Malaysia berasa megahHidup bahagia tiada resahKerana negara merdeka sudah

Jalur Gemilang lambang bersatuMerah, kuning, putih dan biruBulan bintang menghiasi penjuruEmpat belas negeri menjadi padu

Yang Berusaha Cik Ang Siew Jin, Pengetua Kanan SMK Merbau, Yang Dihormati Pn. Tang Cheng Mun, Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik, Yang Dihormati En. Saun Bin Angkut @ George, Penolong Kanan Petang, Pn. Yeo Sung Ming, Ketua Bidang Kemanusian, rakan-rakan guru serta para pelajar yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum, salam sejahtera dan ‘Salam 1 Malaysia’.

Selamat datang ke Majlis Penutupan Karnival Kemanusiaan dan Kemerdekaan peringkat sekolah tahun 2014.

Hayati

Nyanyian lagu -Negaraku-Lagu sekolah

Bagi memulakan majlis kita pada petang ini, diminta semua guru dan para pelajar untuk berdiri tegak bagi menyanyikan lagu ‘NEGARAKU’ serta diikuti dengan lagu sekolah ‘ILMU MENJULANG KEHIDUPAN’.

Hayati

Ikrar Seterusnya, bagi menyemarakkan lagi semangat patriotik kita sempena Majlis Sambutan Penutupan Karnival Kemanusiaan dan Kemerdekaan yang ke-57 ini, dijemput Saudara Carlson Francis daripada 1 Anggerik untuk mengetuai lafaz ikrar. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih atas lafaz ikrar itu tadi.

Aziati

Bacaan Doa Seterusnya, majlis menjemput Saudara Mohd Azizul Hafiz bin Mohammad dari 1 Bakawali untuk memimpin bacaan doa bagi memberkati lagi majlis kita pada petang ini. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Aziati

Perutusan YAB Perdana Menteri

Seterusnya majlis mempersilakan En. Zaidin bin Eden bagi membacakan perutusan kemerdekaan daripada Perdana Menteri kita, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Najib bin Tun Abdul Razak. Dengan segala hormatnya dipersilakan. Terima kasih diucapkan kepada En. Zaidin bin Eden atas penyampaian perutusan itu tadi.

Hayati

Ucapan Pengetua

Seterusnya majlis menjemput Puan Pengetua SMK Merbau, Cik Ang Siew Jin bagi menyampaikan ucapan perasmian penutupan Karnival Kemanusiaan dan Kemerdekaan pada tahun 2014 ini. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Hayati

NHK/2014

Page 2: Teks Pengaraca Majlis Penutupan Bulan Kemanusiaan & Kemerdekaan Sesi Petang

Terima kasih diucapkan kepada Puan Pengetua, Cik Ang Siew Jin atas ucapan beliau sebentar tadi. Semoga ucapan beliau itu tadi dapat menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan kita semua pada hari ini.

Aziati

Persembahan Gendang 24 Musim

Majlis akan diteruskan lagi dengan persembahan-persembahan oleh para pelajar SMK Merbau.

Persembahan yang pertama dimulakan dengan persembahan Gendang 24 Musim. Kumpulan ini adalah di bawah pimpinan En. Danny Alvin Lim.Dengan segala hormatnya, majlis mempersilakan.

Terima kasih atas persembahan yang menarik dan bersemangat sebentar tadi.

Aziati

Gamelan Seterusnya, majlis akan diserikan lagi dengan persembahan kumpulan Gamelan SMK Merbau. Kumpulan ini dipimpin oleh En. Peter Jampie Anak Kilat. Untuk pengetahuan semua, gamelan merupakan himpunan alat muzik yang biasanya menonjolkan metalofon, gendang, dan gong yang dibawa dari Indonesia. Gamelan ini wujud di Malaysia melalui perkahwinan dan juga penjajahan. Majlis dengan segala hormatnya, mempersilakan.

Terima kasih atas persembahan itu tadi.

Aziati

Hayati

Tarian Ngajat Majlis diteruskan lagi dengan persembahan tarian ngajat. Kumpulan tarian telah dibimbing oleh Cik Wilma Bennet.Majlis dengan sukacitanya mempersilakan.

Terima kasih atas persembahan sebentar tadi.

Hayati

Kuiz Terbuka Sejarah Kemerdekaan Sesi 1

Acara seterusnya ialah Kuiz Terbuka Slot Pertama. Dengan ini majlis diserahkan kepada Pn. Norain binti Nawawi. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Pn. Norain binti Nawawi dan tahniah kepada pelajar-pelajar yang menang.

Hayati

Penyampaian Hadiah Sesi 1

Sekarang tibalah masanya untuk majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang bagi setiap pertandingan yang dianjurkan sepanjang sambutan Karnival Kemanusiaan dan Kemerdekaan yang lalu. Dengan ini, dijemput Ketua Bidang Kemanusiaan, Pn. Yeo Sung Ming untuk mengiringi Puan Pengetua, Cik Ang Siew Jin bagi menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Cik Ang Siew Jin atas penyampaian hadiah itu tadi.

Hayati

Drama – (Di sini Lahirnya Sebuah Cinta)

Acara kita akan terus disemarakkan lagi dengan persembahan-persembahan daripada para pelajar kita yang sungguh berbakat.

Persembahan seterusnya ialah persembahan drama yang bertajuk Di sini Lahirnya Sebuah Cinta yang dipimpin oleh Pn. Michelle Bong. Majlis dengan ini mempersilakan.

Terima kasih atas persembahan yang begitu menarik sebentar tadi.

Aziati

NHK/2014

Page 3: Teks Pengaraca Majlis Penutupan Bulan Kemanusiaan & Kemerdekaan Sesi Petang

Persembahan pelajar Tingkatan 6

Hadirin sekalian,

Acara kita pada petang ini diteruskan lagi dengan persembahan daripada pelajar-pelajar tingkatan 6. Demikianlah tadi sebuah persembahan di bawah pimpinan Cik Yeo Sook Moi dan telah dijayakan oleh pelajar-pelajar tingkatan 6 Rendah. Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

Aziati

Nasyid (Alaf Baru Islam)

Majlis diteruskan lagi dengan menjemput Kumpulan Nasyid Alaf Baru Islam untuk membuat persembahan. Kumpulan telah dibimbing oleh Ustaz Zulfadhli Al-Fahmi bin Abdul Hamid.Majlis dengan sukacitanya mempersilakan.

Terima kasih atas persembahan sebentar tadi.

Aziati

Hayati

Tarian Rampaian Sarawak

Majlis hari ini terus diwarnai pelbagai persembahan-persembahan yang menarik dan istimewanya dipersembahkan sendiri oleh pelajar-pelajar kita yang terdiri daripada pelbagai agama dan suku kaum. Perpaduan inilah yang akan menjamin kemerdekaan negara Malaysia kita yang tercinta ini.

Bagi mewarnai lagi majlis kita pada hari ini, majlis dengan ini mempersilakan persembahan Tarian Rampaian Sarawak di bawah kelolaan dan pimpinan Cik Morecca Anak Anggo dan Cik Rosmaida binti Mohd Resdi.Majlis mempersilakan.

Terima kasih atas persembahan sebentar tadi.

Hayati

Aziati

Persembahan Sajak

Seterusnya, majlis menjemput Adik Karren Admond, Isaac Anderson dan Loretta Nayan untuk mendeklamasikan sebuah sajak kemerdekaan bertajuk “Pejuangku”. Persembahan ini telah dibimbing oleh Cik Norly Emilia binti Ramly.Majlis mempersilakan.

Penuh semangat sajak yang dideklamasikan tadi, terima kasih diucapkan.

Aziati

Penyampaian Hadiah Sesi 2

Seterusnya, majlis dengan ini sekali lagi menjemput Ketua Bidang Kemanusiaan Pn. Yeo Sung Ming untuk mengiringi Puan Pengetua, Cik Ang Siew Jin bagi menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Terima kasih diucapkan kepada Cik Ang Siew Jin atas penyampaian hadiah itu tadi.

Aziati

Kuiz TerbukaSejarah Sesi 2

Seterusnya, majlis sekali lagi menjemput Pn. Norain binti Nawawi untuk mengendalikan Kuiz Terbuka Sejarah Slot Ke-2.

Terima kasih kepada Pn. Norain binti Nawawi dan tahniah kepada pelajar-pelajar yang telah berjaya menjawab soalan-soalan sebentar tadi. Bagi pelajar yang tidak berpeluang untuk menjawab, cuba lagi pada tahun hadapan.

Hayati

Cat Walk Seterusnya, kita akan menyaksikan persembahan yang dinanti-nantikan iaitu “Cat Walk” pakaian tradisional yang akan diperagakan oleh pelajar-pelajar daripada pelbagai etnik di SMK Merbau. Dengan ini, majlis menjemput Pn. Angelina Angela Anak Belon untuk meneruskan acara.Dipersilakan.

Hayati

NHK/2014

Page 4: Teks Pengaraca Majlis Penutupan Bulan Kemanusiaan & Kemerdekaan Sesi Petang

Terima kasih atas persembahan “Cat Walk” itu tadi. Aziati

Nyanyian medleyLagu Patrotik

-Di sini Lahirnya Sebuah Cinta

-Warisan-Jalur Gemilang

Baiklah, acara kita pada petang ini diteruskan lagi dengan nyanyian beramai-ramai. Para guru dan pelajar diminta untuk berdiri. Sambil menyanyi marilah kita sama-sama mengibarkan bendera “Jalur Gemilang”. Lagu yang akan dinyanyikan bersama ialah lagu tema hari kebangsaan kita pada tahun ini iaitu “Di sini Lahirnya Sebuah Cinta”, “Warisan” dan “Jalur Gemilang”

Terima kasih atas nyanyian itu tadi.

Aziati

Hayati

Laungan Kemerdekaan

Seterusnya, bagi menaikkan lagi semangat patriotik kita pada hari ini, majlis mempersilakan En. Muhammad Raffizan bin Omar untuk mengetuai laungan keramat “MERDEKA” sebanyak 7 kali. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada En. Muhammad Raffizan bin Omar atas laungan kemerdekaan yang sungguh bersemangat itu tadi.

Hayati

Aziati

Nyanyian-Ibu Pertiwiku

Bagi mengakhiri majlis sambutan penutupan Karnival Kemanusiaan dan Kemerdekaan yang ke-57 ini, sekali lagi dijemput para guru dan pelajar untuk berdiri tegak bagi menyanyikan lagu “IBU PERTIWIKU”.

Terima kasih kami ucapkan atas kerjasama dan semangat anda semua untuk menjayakan majlis sambutan penutupan Karnival Kemanusiaan dan Kemerdekaan yang ke-57 tahun ini. Dengan ini, maka tamatlah majlis kita dan semoga berjumpa lagi pada tahun hadapan. Sebelum bersurai, diminta kerjasama para pelajar untuk memastikan tiada sampah yang ditinggalkan di dewan ini.

Sekian, terima kasih.

Aziati

Ratio:-Aziati = 15x

Hayati = 14x

NHK/2014