teks-pengacara-majlis-hari-guru skkj 2014.doc

14
SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2014 SK KELEBANG JAYA, CHEMOR ATUR CARA 2.30 ptg - Nyanyian Lagu Negaraku - Bacaan doa - Bacaan Perutusan Menteri Pendidikan - Bacaan Perutusan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia - Ucapan Wakil Murid Petang - Ucapan Guru Besar - Penyerahan Banner dan Folio Hari Guru - Ikrar guru - Nyanyian Lagu ‘Kami Guru Malaysia’ - Nyanyian Lagu Tema Hari Guru 2014 3.30 ptg - Ucapan Alu-aluan Majlis Sanjungan Budi Sejambak Kasih - Ucapan yang dirai - Persembahan - Penyampaian Hadiah - Majlis Send off 4.00 ptg - Rehat Murid/Jamuan Pot Luck Guru 4.30 ptg - Sukaneka - Penyampaian Hadiah 1

Upload: samadalkhir-ben-alias

Post on 25-Sep-2015

258 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2014

SK KELEBANG JAYA, CHEMOR

ATUR CARA

2.30 ptg-Nyanyian Lagu Negaraku

-Bacaan doa

-Bacaan Perutusan Menteri Pendidikan

-Bacaan Perutusan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

-Ucapan Wakil Murid Petang-Ucapan Guru Besar-Penyerahan Banner dan Folio Hari Guru

-Ikrar guru

-Nyanyian Lagu Kami Guru Malaysia

- Nyanyian Lagu Tema Hari Guru 20143.30 ptg-Ucapan Alu-aluan Majlis Sanjungan Budi Sejambak Kasih

-Ucapan yang dirai

-Persembahan

-Penyampaian Hadiah

-Majlis Send off

4.00 ptg-Rehat Murid/Jamuan Pot Luck Guru4.30 ptg-Sukaneka

-Penyampaian Hadiah

-Bersurai

Mengumumkan........perarakan masuk guru-guru SK Kelebang Jaya ke DewanSemua murid diminta memberikan tepukan yang bergemuruh kepada barisan guru kita yang dikasihi.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.Bunga tanjung di tengah pekan,

Tiupan bayu mencelah suria,

Kalimah nan agung saya mulakan,

Salam sejahtera menambah ceria.Yang berusaha,

En. Ayub b. Don

-Guru Besar SK Kelebang Jaya

yang amat dikasihi,

Yang dihormati,_________________________

-Yang Dipertua PIBG (jika ada)En. Mohd Dali b. Bakar

- Penolong Kanan PentadbiranEn. Abdul Karim b. Mohd

-Penolong Kanan HEM

Pn. Nordi bt. Hasan

-Penolong Kanan Kokurikulum

En. Md Rashidi b. Md Tahir

-Penolong Kanan Petang

Yang dirai En. Shamshul Bahri b. ______________________, En. Mohd Jusmiaisal b. ___________________, dan En. Khairuddin b. _____________________________Kakitangan sekolahDan seterusnya rakan-rakan guru yang dikasihi sekalian.Hadirin sekalian,

16 Mei, adalah merupakan tarikh keramat sambutan Hari Guru di seluruh negara. Menyedari hakikat bahawa tiada guru, tiadalah murid, tiada murid maka tiadalah guru, maka pada hari ini kita berkumpul untuk menjayakan Hari Guru diperingkat sekolah dengan cara kita.

Acara pada hari ini dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku. Hadirin diminta berdiri dan menyanyi dengan penuh semangat sebagai lambang kecintaan kita kepada negara.

Ikan merah dijual di pekan,

Syukur gembira dapat sebaldi,

Cuaca cerah turut mengizinkan,

Pohonlah doa ke hadrat Ilahi.

Bagi memberkati majlis ini, dijemput Ustaz Mohammad Azril untuk memimpin bacaan doa.

Dipersilakan...

Amin amin ya rabbal alamin. Semoga dengan bacaan doa itu tadi, majlis ini akan berjalan dengan lancar dan dirahmati.Seterusnya tidak lengkap rasanya majlis kita pada hari ini sekiranya kita tidak mendengar perutusan serta amanat daripada Menteri Pendidikan kita sendiri iaitu Y.A.B. Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd. Yassin, yang akan dibacakan oleh ________________________________________________________

Dengan ini dipersilakan

Mekar melati diapit kejora,

Kuntuman tersemat, jadi pamitan,

Tersentuh hati mendengar bicara,

Ungkapan azimat jadi ingatan.Tanpa membuang masa majlis dengan ini menjemput _______________________________________________________ untuk membaca perutusan daripada Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, YBhg. Datuk Dr. Khair bin Mohamad Yusof.

Dipersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih.Majlis diteruskan dengan ucapan oleh Wakil Murid Petang SKKJ, iaitu _____________________________________________________. Dipersilakan dengan segala hormatnya.

Demikianlah tadi ucapan yang disampaikan oleh Wakil Murid Petang SKKJ.

Tidak lengkap rasanya majlis ini tanpa mendengar amanat dan ungkapan keramat daripada Guru Besar kita yang dikasihi. Dengan ini dipersilakan En. Ayub b. Don, Guru Besar SK Kelebang Jaya untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan....Tumbuh selirat bunga melati,

Mari direnjis dalam jambangan,

Ucapan tersirat seribu erti,

Semoga majls menjadi kenangan.

Semoga para guru akan terus berjuang mendidik anak bangsa dengan tekun dan sabar dalam menghadapi karenah murid yang pelbagai.

Seterusnya majlis penyerahan Banner dan Folio Hari Guru yang akan dilaksanakan oleh ___________________________________________________________ bagi ________________________________________________________________________

Sesungguhnya, inilah simbolik untuk melambangkan kerjasama saling memberi dan menerima, susah dan senang sama dirasa.Hadirin yang dihormati sekalian, sambutan Hari Guru tidak akan lengkap tanpa mendengar laungan Ikrar Guru, nyanyian lagu Guru Malaysia dan nyanyian lagu Tema Hari Guru. Dengan ini, majlis mempersilakan semua guru untuk bersama-sama naik ke atas pentas bagi melafazkan Ikrar dan menyanyikan lagu Guru Malaysia serta lagu Tema Hari Guru yang akan diketuai oleh ______________________________________________________________________________Menghilau laksana pokok kiambang

Di dalam kali tumbuh melata,

Setahun sekali nyanyian berkumandang,

Berbakat sekali guru-guru kita.Terima kasih cikgu.

Murid-murid diminta bersama-sama melaungkan ungkapan ini sebanyak tiga kali.______________________________________________________________________________Ucapan Alu-aluan Majlis Sanjungan Budi Sejambak Kasih.Hadirin sekalian,Seterusnya pada hari ini juga, SK Kelebang Jaya akan mengucapkan selamat menjalankan tanggungjawab yang baru kepada tiga orang guru kita yang akan menaburkan bakti serta khidmat mereka di tempat baru. Guru-guru tersebut adalah

En. ____________________________________________,

En. ____________________________________________

dan En. __________________________________________

Sekarang dipersilakan dengan segala hormat dan takzimnya, ___________________________________________ untuk menyampaikan amanat dan pesanannya yang terakhir sebelum meninggalkan kita semua.

Tuai padi antara masak,

Esok jangan layu-layuan,

Intailah kami sementara nampak,

Esok jangan rindu-rinduan.Tidak lengkap rasanya majlis Sanjungan Budi Sejambak Kasih ini tanpa mendengar ucapan daripada Guru Besar kita yang dikasihi. Dengan ini dipersilakan En. Ayub b. Don, Guru Besar SK Kelebang Jaya untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan....Majlis mengucapkan terima kasih.

Majlis akan diserikan lagi dengan beberapa persembahan yang akan disampaikan oleh murid-murid dari Tahun Tiga dan Tahun Dua. Persembahan-persembahan murid ini adalah dibawah kelolaan dan seliaan Cik Afifah dan Pn. Rajeswari. Tanpa melengahkan masa, majlis dengan ini menjemput persembahan dari ______________________________________________________________________________

Terima kasih.

Seterusnya majlis menjemput persembahan dari

______________________________________________________________________________

Terima kasih.

Akhir sekali adalah persembahan yang akan dijayakan oleh

______________________________________________________________________________

Terima kasih.

Hadirin sekalian,

Bagi menghargai jasa En. _______________________________, En. _____________________________ dan En. ________________________________ yang pernah menabur bakti dan jasa mereka di SK Kelebang Jaya, majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah dan cenderamata. Dengan ini, diminta En. ________________________________________ bagi mengiringi Guru Besar En Ayub b. Don untuk menyampaikan hadiah dan cenderamata kepada guru-guru berkenaan.En. ________________________________________,

En. ________________________________________Dan En. ________________________________________

Indah selendang kebaya nyonya,

Sekali imbas puteri kayangan,

Usah dipandang pada harganya,

Ingatan ikhlas tanda kenangan.

Batang selasih permainan budak,

Mari ditambat di hujung titi,

Bercerai kasih bukannya talak,

Kerana tamat tempoh berbakti.

Hadirin sekalian, majlis diteruskan lagi dengan Acara Send Off.

_____________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

Demikianlah tadi selesai sudah majlis perasmian sambutan hari guru. Seterusnya saya serahkan majlis ini kepada guru yang bertugas untuk pengumuman yang berikutnya.

Kalau ada jarum yang patah,

Jangan disimpan di bawah saji,Kalau ada silap dan salah,

Jangan dikutuk diumpat keji.Pohon kuini dahannya patah,

Di situ tempat bermain kenari,

Sampai di sini kata bernoktah,

Izinkan saya mengundur diri.

Sekian, wassalamualaikum wbt.

11