teks majlis penutup bulan patriotik

3
TEKS MAJLIS PENUTUP BULAN PATRIOTIK - Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera, salam 1 Malaysia. - Yang Berusaha, En Hamdan bin Mohd Noor, GPK Hem En. Ahmad Mujor bin Mohd Salehuddin, GPK KOKO, Pn Norlida binti Aminuddin, guru-guru, dan murid-murid yang dikasihi sekalian. Hati-hati membuka peti, Peti pusaka zaman berzaman; 56 tahun janji ditepati, Malaysia merdeka penuh keamanan. Alhamdulillah setinggi ucapan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah rahmat-Nya pada pagi yang penuh barakah ini, kita diberi kesempatan untuk sama-sama berkumpul bagi Majlis Sambutan Penutup Bulan Patriotik peringkat Sekolah dengan penuh kedamaian dan keamanan. Kedamaian dan keamanan ini sebagai tanda bahawa negara ini berada dalam kestabilan politik dan kita mampu berkongsi muafakat untuk hidup bersama . Sesungguhnya sambutan ini diadakan sebagai tanda bahawa para guru dan pelajar sekolah ini dapat seiring dan sederap melangkah, dengan semangat kesungguhan yang berkobar-kobar dan beriiltizam tinggi untuk menjadi warganegara yang patriotik. Tahniah diucapkan kepada Panitia Pendidikan Sivik, Kajian Tempatan, Pendidikan Islam dengan kerjasama panitia-panitia lain berserta pihak pengurusan sekolah kerana telah berjaya menjalankan pelbagai program membabitkan murid seperti pertandingan mewarna, deklamasi sajak, fesyen merdeka dan banyak lagi. Keputusan bagi setiap pertandingan telah pun diketahui. -Majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berusaha , En Hamdan bin Mohd Noor, GPK 1, SK Senawang untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan. -Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan sebentar tadi.

Upload: jebatn9

Post on 21-Oct-2015

51 views

Category:

Documents


21 download

DESCRIPTION

Panduan Pengacaraan

TRANSCRIPT

Page 1: Teks Majlis Penutup Bulan Patriotik

TEKS MAJLIS PENUTUP BULAN PATRIOTIK

- Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera, salam 1 Malaysia.

- Yang Berusaha, En Hamdan bin Mohd Noor, GPK Hem En. Ahmad Mujor bin Mohd Salehuddin,

GPK KOKO, Pn Norlida binti Aminuddin, guru-guru, dan murid-murid yang dikasihi sekalian.

Hati-hati membuka peti,Peti pusaka zaman berzaman;

56 tahun janji ditepati,Malaysia merdeka penuh keamanan.

Alhamdulillah setinggi ucapan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah rahmat-Nya pada pagi yang penuh barakah ini, kita diberi kesempatan untuk sama-sama berkumpul bagi Majlis Sambutan Penutup Bulan Patriotik peringkat Sekolah dengan penuh kedamaian dan keamanan. Kedamaian dan keamanan ini sebagai tanda bahawa negara ini berada dalam kestabilan politik dan kita mampu berkongsi muafakat untuk hidup bersama . Sesungguhnya sambutan ini diadakan sebagai tanda bahawa para guru dan pelajar sekolah ini dapat seiring dan sederap melangkah, dengan semangat kesungguhan yang berkobar-kobar dan beriiltizam tinggi untuk menjadi warganegara yang patriotik.

Tahniah diucapkan kepada Panitia Pendidikan Sivik, Kajian Tempatan, Pendidikan Islam dengan kerjasama panitia-panitia lain berserta pihak pengurusan sekolah kerana telah berjaya menjalankan pelbagai program membabitkan murid seperti pertandingan mewarna, deklamasi sajak, fesyen merdeka dan banyak lagi. Keputusan bagi setiap pertandingan telah pun diketahui.

-Majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berusaha , En Hamdan bin Mohd Noor, GPK 1, SK Senawang untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

-Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan sebentar tadi.

-Majlis seterusnya diteruskan dengan persembahan murid

Page 2: Teks Majlis Penutup Bulan Patriotik

Penutup acara:

Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara. Pihak majlis mohon mengambil kesempatan

waktu di penghujung ini untuk mengucapkan ribuan kalungan bunga terima kasih kepada semua pihak

yang terlibat dalam memastikan Majlis Penutup Bulan Patriotik peringkat sekolah ini dapat dilangsung

dengan meriahnya. Terima kasih juga diucapkan kepada semua murid atas kerjasama yang diberikan

bagi mengharmonikan majlis ini.

-Semua murid dan guru diminta berdiri dan sama-sama menyanyikan tiga buah lagu iaitu

1.1 Malaysia

2.Tanggal 31

3. Negaraku

Saya akhiri majlis ini dengan lafaz yang mulia,

Wabillahi Taufik Walhidayah.

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.