teknolgi matemtik

29
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA HBEF2303 Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan BACHELOR OF TEACHING (PRIMARY EDUCATION) WITH HONOUR NAMA : SHAHARUDIN BIN MOHD AMIN NO. MATRIKULASI : 820123065319001 NO. KAD PENGENALAN : 820123-06-5319 NO. TELEFON : 0105432142 PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN PAHANG

Upload: niaga-qaseh

Post on 15-Feb-2016

226 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

MATE

TRANSCRIPT

Page 1: teknolgi matemtik

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBEF2303

Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan

BACHELOR OF TEACHING (PRIMARY EDUCATION)

WITH HONOUR

NAMA : SHAHARUDIN BIN MOHD AMIN

NO. MATRIKULASI : 820123065319001

NO. KAD PENGENALAN : 820123-06-5319

NO. TELEFON : 0105432142

PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN PAHANG

SEMESTER SEPTEMBER 2014

Page 2: teknolgi matemtik

1.0 ISI KANDUNGAN M/S

2.0 PENGENALAN 2

3.0 ARTIKEL-ARTIKEL PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM 3

PENGAJARAN MATEMATIK

4.0 CABARAN GURU-GURU DALAM PENGGUNAAN 6

TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

MATEMATIK

5.0 AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 10

MENGGUNAKAN TEKNOLOGI

5.1 Justifikasi Penggunaan Teknologi Maklumat dan 15

Komunikasi Dalam Aktiviti Pengajaran

6.0 PENUTUP 19

7.0 RUJUKAN 20

1

Page 3: teknolgi matemtik

2.0 PENGENALAN

Teknologi diciptakan dan digunakan sebagai pemudahcara urusan seharian.

Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi semakin ketara sekali pada abad ke-21

ini. Namun begitu, penggunaan teknologi ini dalam bidang pendidikan bukan suatu benda

yang baru. Penggunaan komputer dalam pendidikan misalnya telah lama diamalkan

terutamanya di negara barat. Ini kerana, perkembangan teknologi lebih cepat di sana

berbanding di negara kita. Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer telah mula

diperkenalkan semenjak tahun 50-an yang lalu dimana antara perisian yang awal

dibangunkan ialah simulasi penerbangan pesawat oleh pakar sains di Massachusetts Institute

of Technology, Amerika Syarikat. Perisian ini digunakan bertujuan melatih juruterbang

mengendalikan pesawat pada masa itu. Kini, dengan adanya pelbagai teknologi seperti

komputer, telefon pintar dan kemudahan internet yang semakin meluas capaiannya memberi

banyak kebaikan dalam bidang pendidikan.

Perkembangan dunia teknologi juga telah membawa banyak perubahan dan memberi

impak yang besar di dalam bidang pendidikan di negara kita. Bermula pada tahun 1993,

Kementerian Pendidikan Malaysia telah mula membekalkan set komputer ke sekolah-sekolah

bersama-sama perisian. Ia sebagai satu langkah untuk menjalankan kaedah pembelajaran

menggunakan komputer. Ia disusuli dengan penubuhan sekolah-sekolah bestari pada tahun

1998. Kini, pelbagai langkah dalam meningkatkan penggunaan teknologi maklumat dan

komunikasi telah dijalankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dengan memperluaskan

rangkaian jalur lebar melebihi 10000 buah sekolah di bawah projek 1 Bestarinet,

mewujudkan persekitaran pembelajaran maya ( Vle ), menjalankan kursus-kursus dalam

meningkatkan kemahiran guru-guru dan pelbagai lagi.

Kini, pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknologi tidak lagi bergantung

hanya pada satu-satu peranti sahaja seperti dahulu. Peredaran masa menyebabkan bidang

teknologi dan komunikasi mengalami satu revolusi yang begitu ketara sekali. Perkembangan

kaedah pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknologi didorong dengan

perkembangan dan kemunculan teknologi-teknologi komunikasi dan maklumat yang semakin

canggih dan pelbagai guna. Daripada era kemunculan komputer, yang bersaiz besar

sehinggalah ia boleh dibawa ke mana-mana sahaja dan kini telefon pintar memainkan

peranan yang cukup besar bukan sahaja sebagai alat perhubungan bahkan juga sebagai alat

untuk hiburan dan mencari maklumat. Capaian internet yang semakin berkembang di negara

2

Page 4: teknolgi matemtik

kita, juga merupakan satu faktor yang menyebabkan kaedah pembelajaran ini semakin

berkembang di negara kita.

Dahulu, proses pengajaran dan pembelajaran banyak berlaku dengan menggunakan

bahan-bahan seperti buku sahaja. Kini proses pencarian maklumat boleh dilakukan dengan

mudah dan dimana-mana sahaja dengan adanya kemudahan internet. Pengenalan pelbagai

bahan pengajaran dan pembelajaran yang didapati daripada internet seperti laman web,

forum, dan sebagainya membolehkan guru atau murid mengakses tanpa mengira masa dan

tempat.

Oleh yang demikian, semua guru haruslah memanfaatkan ICT sebagai satu cara

meningkatkan kualiti pembelajaran di negara kita seperti yang terkandung di dalam Pelan

Pembangunan Pendidikan Malaysia.

3.0 ARTIKEL-ARTIKEL PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM

PENGAJARAN MATEMATIK

Perkembangan teknologi memberi banyak cabaran dalam pendidikan pada masa kini.

Tahap kualiti masyarakat masa hadapan bergantung kepada generasi masa kini yang akan

mengambil alih peranan pemimpin yang akan silih berganti. Kerajaan melalui Kementerian

Pendidikan Malaysia memberi penekanan dalam penggunaan teknologi yang terkini agar

segala maklumat dapat disalurkan dengan berkesan.

Penggunaan komputer, bahan elektronik, projektor, kamera, video digital, telefon

pintar dan sebagainya di dalam bilik darjah adalah satu langkah ke arah mengintegrasikan

penggunaan teknologi dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Kini, proses pengajaran

dan pembelajaran boleh dijalankan dengan pelbagai cara dan juga medium. Pelbagai media

pengajaran boleh diterapkan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang menjadikan sesi

pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan menyeronokkan.

Menurut Pisapa pada tahun 1996, integrasi teknologi maklumat dan komunikasi

(TMK) dalam pengajaran dan pembelajaran bermaksud penggunaan teknologi dalam

pembelajaran untuk memperkenalkan, menambah dan memperkukuhkan kemahiran. Guru

perlu mengintegrasikan teknologi untuk memberi nilai tambah kepada aktiviti pengajaran

dan pembejaran. Matlamat utama penggunaan teknologi ini adalah membantu murid-murid

3

Page 5: teknolgi matemtik

memperkembangkan kebolehan mereka dari segi mengguna, mengurus dan memahami

teknologi. Pada masa yang sama akan membantu mereka merasai pembelajaran yang terkini

dan menyeronokkan.

Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi seperti komputer, telefon pintar,

internet dalam pengajaran Matematik dapat memperkembangkan lagi tajuk-tajuk yang diajar.

Menurut Cockroft dalam kajian yang dilakukan pada tahun 1982, penggunaan komputer

dapat memperbaiki kualiti pengajaran Matematik bahkan ia juga mengubah kepentingan

sesuatu tajuk dalam silibus Matematik.

Dalam satu kajian yang dilakukan oleh Funkhouser pada tahun 1993, mendapati

bahawa pelajar-pelajar yang menggunakan komputer dalam matematik mempunyai sikap

yang lebih positif dan berupaya menyelesaikan masalah-masalah yang lebih kompleks.

Dapatan kajian yang dilakukan oleh beliau juga mendapati bahawa perisian komputer yang

digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dapat membantu pelajar konsep

matematik dengan lebih mudah dan berkesan. Pencapaian pelajar-pelajar juga meningkat dan

mereka dapat mengingati dan menyimpan maklumat dalam ingatan dalam jangka masa yang

panjang.

Satu kajian yang dijalankan oleh Safuan & Fong pada tahun 2003, mendapati

penggunaan media elektronik menjadikan pengajaran guru lebih menarik dan berkesan. Satu

lagi kajian yang dijalankan oleh Rozhan pada tahun 2009, beliau berpendapat bahawa

penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran membolehkan pelajar mudah

memahami konsep yang diajar. Seorang guru harus mengambil peluang dengan

perkembangan teknologi ini untuk diaplikasikan di dalam pengajaran dan pembelajaran

Pengunaan alatan teknologi seperti komputer dan projektor membolehkan guru

memaparkan contoh-contoh yang pelbagai dan menarik. Tajuk-tajuk seperti wang, bentuk

dan sebagainya membolehkan guru-guru Matematik memaparkan visual yang lebih jelas dan

ia akan menarik minat murid-murid terhadap pengajaran guru. Ini akan membantu murid-

murid lebih cepat faham dan seterusnya mengalami pembelajaran yang bermakna. Menurut

kajian yang dijalankan oleh Robin J. Ittigson, Edd dan John G. Zewe pada tahun 2004,

penggunaan teknologi dalam kelas Matematik memberi pemahaman kepada pelajar apa yang

disampaikan oleh guru.

4

Page 6: teknolgi matemtik

Penggunaan teknologi juga akan meningkatkan lagi keberkesanan pengajaran dan

pembelajaran yang dijalankan oleh guru. Penggunaan CD Rom dan courseware-courseware

akan menarik perhatian murid-murid dan secara tidak langsung mewujudkan suasana

pembelajaran yang menyeronokkan. Dapatan ini telah dibuktikan oleh satu kajian yang

dijalankan oleh Robin J. Ittigson, Edd dan John G. Zewe pada tahun 2004, melalui

petikannya :

‘Technology empowers learners with tools to enhance their learning

styles and make concepts understandable and interesting.’

Bahan-bahan multimedia interaktif yang dibangunakan dengan memasukkan elemen-elemen

multimedia seperti audio, video, animasi, dan teks secara tidak langsung akan menarik minat

murid-murid dan seterusnya membantu mereka mengukuhkan kefahaman mereka terhadap

sesuatu konsep. Tidak dinafikan bahawa, terdapat beberapa topik dalam Matematik berkesan

dengan penggunaan bahan bantu komputer. Tajuk seperti nombor, pecahan, perpuluhan, masa

dan waktu, dan bentuk dan ruang dapat diaplikasikan dengan mudah dengan menggunakan

bahan multimedia.

Penggunaan telefon bimbit tidak lagi terhad untuk panggilan telefon sahaja. Telefon

bimbit juga boleh digunakan untuk menerima dan menghantar e-mail, khidmat penghantaran

ringkas ( SMS ), khidmat pesanan multimedia ( MMS ) dan juga digunakan untuk hiburan

seperti mendengar muzik, menonton video dan sebagainya. Kini, perkembangan telefon

bimbit semakin pantas dengan kemunculan pelbagai jenis telefon pintar. Telefon pintar ialah

sebuah telefon bimbit yang dibina menggunakan landasan pengkomputeran dan mempunyai

keupayaan capaian yang canggih berbanding telefon bimbit yang biasa. ( Harian Metro,

08/05/2012 ). Android merupakan satu sistem pengoperasian yang begitu popular bagi

pengguna telefon pintar. Di dalam sistem pengoperasian ini mempunyai banyak aplikasi yang

bleh dimuat turun secara percuma. Di antara aplikasi-aplikasi ini, terdapat aplikasi yang boleh

dijadikan bahan pengajaran untuk Matematik sekolah rendah seperti Math Training for Kids.

Penggunaan telefon pintar dalam pembelajaran sebenarnya memberi banyak kebaikan.

Daripada kajian-kajian yang dijalankan mendapati m-pembelajaran yang menggunakan

telefon pintar sangat efektif. Satu dapatan daripada kajian yang dijalankan oleh Saran,

Cagility dan Seferoglu pada tahun 2008, menunjukkan bahawa m-pembelajaran yang

menggunakan telefon mudah alih telah meningkatkan kemahiran murid-murid melalui

penggunaan bahan berbentuk multimedia. Ahmad Sobri (2010), pula menyatakan bahawa

5

Page 7: teknolgi matemtik

penggunaan alat mudah alih lebih mudah dan ia menjadikan pembelajaran berlaku di mana-

mana sahaja dan pada bila-bila masa berbanding dengan penggunaan buku nota. Jadi,

pembelajaran menggunakan teknologi ini akan membantu guru-guru dan murid-murid dan

secara tidak langsung proses pengajaran dan pembelajaran tidak lagi terbatas di dalam kelas

sahaja.

Dapatan-dapatan ini jelas bahawa pengajaran menggunakan teknologi memberi

banyak kebaikan kepada semua guru dan murid-murid. Semua guru seharusnya

memanafaatkan dengan perkembangan teknologi hari ini dengan mengaplikasikan di dalam

aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

4.0 CABARAN GURU-GURU DALAM PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi memberikan cabaran yang besar

dalam bidang perguruan. Tidak dinafikan, kebanyakkan guru sekolah berada di dalam

keadaan selesa menggunakan kaedah lama dalam pengajaran mereka. Kebanyakkan guru

Matematik lebih banyak menggunakan papan putih dan buku teks dalam pengajaran mereka

sekarang. Namun, kaedah ini tidak lagi sesuai dengan perkembangan dunia teknologi

terutamanya melibatkan matapelajaran Matematik. Sebaliknya, guru harus bijak

menggunakan pelbagai teknologi yang ada seperti komputer, telefon pintar dan ditambah

dengan kemudahan internet yang mudah didapati membolehkan guru menggunakannya

sebagai alat dalam pengajaran dan pembelajaran.

Perkembangan dunia teknologi maklumat dengan adanya penggunaan komputer

dalam bidang pendidikan memudahkan maklumat diakses, disimpan dan disebarkan dengan

pantas. Penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran bertujuan meningkatkan mutu dan

mempelbagaikan cara penyampaian dengan penggunaan komputer, internet, perisian-perisian

pembelajaran dan sebagainya. Dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan

dengan menggunakan alat-alat teknologi, sudah tentu guru akan menghadapi pelbagai

cabaran akan terpaksa dihadapi.

Semua maklum, murid-murid terdiri mempunyai pelbagai perbezaan baik dari latar

belakangnya, tingkah lakunya mahupun kecerdasan mereka. Begitu juga dalam penggunaan

teknologi maklumat ini, sudah tentu mereka juga mempunyai pelbagai perbezaan

6

Page 8: teknolgi matemtik

pengetahuan. Ada di antara murid-murid yang boleh menggunakan komputer dan dapat

mengakses maklumat dengan baik dan mungkin ada sebahagian daripada mereka tidak

mengguasai penggunaannya. Ini antara satu cabaran yang akan dihadapi oleh guru-guru

semasa melaksanakan pengajaran menggunakan teknologi sebagai alat pengajaran.

Kebanyakan perisian pendidikan yang dibangunkan memerlukan interaktif dua hala antara

guru dan murid. Pengajaran menggunakan teknologi tidak dapat dilaksanakan jika murid-

murid tidak tahu dan takut menggunakannya. Oleh yang demikian, guru harus bijak

merancang pengajaran mereka dengan penglibatan murid secara aktif walaupun menyedari

perbezaan penguasaan di kalangan murid-murid mereka.

Kepentingan internet dalam kehidupan manusia tidak boleh dinafikan lagi. Baik

golongan dewasa mahupun kanak-kanak, menjadikan internet sebagai alat komunikasi,

hiburan juga mencari maklumat. Semua sudah maklum bahawa internet merupakan satu

sumber pencarian maklumat yang meluas. Guru-guru dan murid-murid boleh menjadikan

internet ini sebagai sumber mencari bahan untuk pengajaran dan pembelajaran, bahan rujukan

dan pelbagai lagi. Melalui portal-portal pendidikan yang boleh dilayari bila-bila masa

hendaklah dimanafaatkan sepenuhnya oleh semua guru dan juga murid. Namun begitu,

internet juga mempunyai keburukan yang membawa kesan buruk terutamanya kepada murid-

murid. Internet memudahkan pengguna mengakses sebarang maklumat tanpa halangan.

Pelbagai bahan yang terkandung di dalam sumber pencarian ini sama ada berbentuk ilmiah

tetapi juga perkara-perkara negatif seperti bahan ponografi, berita-berita fitnah dan pelbagai

lagi. Ini merupakan satu cabaran kepada guru-guru dalam menggunakan internet sebagai satu

sumber pencarian maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran mereka. Guru perlu

menekankan etika kepada murid-murid mereka dalam pencarian maklumat dalam internet. Ini

bagi mengelakkan murid-murid mereka mengakses perkara-perkara yang tidak sepatutnya.

Sekatan terhadap web-web yang tidak bermoral perlu dilakukan bagi menyekat murid-murid

mengaksesnya. Ini antara tindakan yang boleh dilakukan oleh guru-guru bagi mengelakkan

murid-murid daripada melayari web-web yang tidak bermoral.

Pada masa kini, kekurangan perisian pembelajaran yang dibekalkan oleh Kementerian

Pendidikan Malaysia merupakan satu cabaran kepada guru-guru Matematik bagi

melaksanakan pengajaran menggunakan teknologi. Berbeza ketika pelaksanaan PPSMI

dahulu , banyak perisian-perisian pembelajaran Matematik dibekalkan kepada sekolah-

sekolah. Bahan-bahan pembelajaran yang banyak terdapat di dalam internet juga

kebanyakkannya tidak dikemaskini dan masih mengikut sukatan yang lama. Selain itu juga,

7

Page 9: teknolgi matemtik

kebanyakkan bahan pembelajaran Matematik di dalam internet banyak dibina dari luar

negara. Terdapat perbezaan bukan sahaja dari segi bahasa tetapi juga isi pembelajarannya.

Faktor ini merupakan satu cabaran pada guru dalam menggunakan perisian pembelajaran

semasa melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran.

Satu laporan akhbar Utusan Malaysia bertarikh, 20 Oktober 2012, penggunaan telefon

pintar di dunia telah mencecah 1 bilion orang. Manakala laporan daripada akhbar yang sama

iaitu bertarikh 3 September 2013, melaporkan bahawa penggunaan telefon pintar di Malaysia

telah meningkat ke 63 peratus berbanding 47 peratus tahun sebelumnya. Ia merupakan satu

perkembangan yang agak positif. Telefon pintar ini bukan hanya digunakan sebagai satu alat

komunikasi dan hiburan bahkan guru boleh mengunakannya sebagai satu alat di dalam proses

pengajaran dan pembelajaran. Larangan membawa telefon bimbit ke sekolah yang dikenakan

kepada murid-murid merupakan satu cabaran kepada guru dalam melaksanakan proses

pengajaran dan pembelajaran menggunakan peranti ini. Guru terpaksa mencari alternatif agar

penggunaan telefon pintar dapat digunakan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran

kerana ia membawa banyak kebaikan. Pelbagai kandungan aplikasi berkaitan Matematik

yang boleh dimuat turun secara percuma boleh digunakan semasa aktiviti pengajaran dan

pembelajaran di dalam kelas. Kebanyakkan murid mempunyai telefon pintar. Maka, ia akan

memudahkan guru-guru semasa melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran

berbanding dengan menggunakan alat teknologi yang lain.

Cabaran yang lain yang dihadapi oleh guru dalam melaksanakan pengajaran

berasaskan teknologi ialah perkembangan teknologi dan aplikasi-aplikasi yang terlalu pantas.

Perkembangan ini memberi satu cabaran yang besar kepada guru-guru. Sebagai contoh, jika

dahulu, kita sudah membiasakan diri menggunakan Window XP, Window 7 kini dengan

kemunculan Window 8 menyebabkan ramai pengguna menghadapi kesukaran pada

permulaan. Namun begitu, tidak dinafikan, terdapat guru-guru yang menghadapi masalah

dalam menggunakan teknologi terutamanya guru-guru yang telah berumur. Untuk menerajui

pendidikan masa hadapan, setiap guru perlu memahirkan diri dengan teknologi maklumat dan

komunikasi. Guru perlu sentiasa meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka dalam

menggunakan teknologi ini bagi menjadikan teknologi ini sebagai alat pengajaran dan

pembelajaran mereka.

Cabaran yang terakhir yang dihadapi oleh guru-guru sudah tentu berkaitan dengan

kekangan masa. Penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran memerlukan

8

Page 10: teknolgi matemtik

masa yang agak panjang bagi guru menyediakannya. Persediaan perlu dilakukan dari aspek

penyediaan bahan pengajaran dan juga penyediaan alat yang ingin digunakan sebelum

pengajaran dimulakan. Ada di antara tajuk yang memerlukan guru Matematik

memperuntukan masa yang agak panjang dalam penyediaan bahan dan ada juga tajuk yang

memudahkan guru menyediakan bahan seperti tajuk nombor, wang dan bentuk.

Kebanyakkan guru tidak menafikan bahawa penggunaan teknologi dalam pengajaran

memberi banyak kebaikan kepada murid-murid. Namun begitu, dengan bilangan waktu

mengajar yang banyak, ditambah dengan tugas-tugas perkeranian yang dihadapi oleh guru

masa kini, kebanyakkan guru merasa sukar untuk membuat persediaan yang mantap dalam

melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknologi.

Pembelajaran abad ke-21 menuntut guru berubah cara pengajaran mereka dari

berbentuk tradisional ke arah pembelajaran berasaskan teknologi. Perkembangan teknologi

masa kini perlu dilihat dari sudut positif. Terapkan penggunaan alat-alat teknologi ini semasa

pengajaran dan pembelajaran kerana ia akan menjadikan proses pembelajaran lebih seronok

dan bermakna kepada murid-murid.

9

Page 11: teknolgi matemtik

5.0 AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN

TEKNOLOGI

Kini, penekanan mula diberikan kepada penggunaan teknologi dalam pengajaran dan

pembelajaran. Teknologi Maklumat dan Komunikasi ( TMK ) merupakan salah satu Elemen

Merentas Kurikulum ( EMK ) telah ditekankan penggunaannya apabila Kurikulum

Standard Sekolah Rendah ( KSSR ) diperkenalkan. Penggunaan teknologi akan mengubah

iklim pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Jika dahulu, corak pengajaran tradisional

lebih banyak diterapkan di dalam kelas, kini dengan perkembangan teknologi ini, guru dapat

mengaplikasikan semasa pengajaran dan pembelajaran. Suasana pengajaran menjadi lebih

aktif dan menyeronokkan.

Berikut adalah contoh satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran Matematik menggunakan

teknologi sebagai bahan bantu mengajar:

Matapelajaran : Matematik

Tahun : 5 Bestari

Masa : 8.45 pagi - 9.45 pagi

Tajuk : Bentuk dan Ruang

Bidang Pembelajaran : Gabungan Bentuk Dua Dimensi

Objektif : Menentukan perimeter bentuk 2D

Hasil Pembelajaran : Di akhir proses pengajaran dan pembelajaran, murid-murid

dapat :

- Mengukur perimeter gabungan dua bentuk 2D

Bahan Bantu Mengajar : Buku Tulis, Pembaris, Komputer, Projektor, Internet

10

Page 12: teknolgi matemtik

Aktiviti :

Set Induksi : ( proses ingat kembali dan rangsangan kepada murid-murid )

1. Setiap murid dikehendaki duduk di depan komputer. Murid-murid akan

bermain satu permainan di dalam laman web.

http://pbskids.org/curiousgeorge/games/i_love_shapes/i_love_shapes.html

2. Cara – permainan

murid-murid dikehendaki memungut bentuk berdasarkan contoh rajah yang

diberikan

3. Murid-murid akan diberi masa untuk bermain.

4. Guru akan bersoal-jawab dengan murid-murid bentuk-bentuk yang telah

mereka pungut.

Antara muka permainan Kandungan Permainan Kandungan Permainan

Langkah 1 : Mengenal konsep perimeter

1. Guru memberi arahan kepada semua murid untuk mengukur permukaan buku

tulis. Murid-murid bebas mengukur dengan cara masing-masing.

2. Guru berbincang dengan murid-murid ukuran bacaan yang mereka perolehi.

3. Guru menyuruh murid-murid membuka satu laman web.

http://www.bgfl.org/bgfl/custom/resources_ftp/client_ftp/ks2/maths/perimeter_and_area/index.html

11

Page 13: teknolgi matemtik

Antara muka web

4. Murid-murid dikehendaki membaca nota penerangaan tentang konsep

perimeter pada laman web.

5. Guru membimbing murid-murid memahami konsep perimeter. Kemudian,

guru menyuruh murid-murid mengukur semula permukaan buku tadi. Guru

berbincang ukuran perimeter buku yang murid-murid perolehi.

6. Murid-murid dikehendaki menjawab beberapa soalan pada laman web tadi.

Contoh soalan dalam laman web

12

Page 14: teknolgi matemtik

Langkah 2 : Mengukur perimeter bentuk 2D tanpa dinyatakan ukuran sepenuhnya

1. Guru papar pada layar satu contoh soalan. Guru berbincang dengan murid-murid

untuk mencari perimeter rajah tersebut.

2. Murid-murid dikehendaki menjawab soalan di laman web tadi.

Langkah 3 : Mengukur perimeter dengan gabungan dua bentuk 2D

1. Guru papar pada layar satu contoh soalan. Guru berbincang dengan murid-

murid untuk mencari perimeter rajah tersebut.

2. Guru menunjukkan cara mencari perimeter bagi rajah tersebut.

13

Page 15: teknolgi matemtik

3. Aktiviti diulang dengan contoh rajah yang lain.

4. Murid-murid dikehendaki menjawab soalan di laman web yang sama seperti langkah 1 dan 2

Penutup : Rumusan Pelajaran Hari Ini

1. Guru papar contoh beberapa soalan dan menyoal kepada murid-murid perimeter setiap rajah.

2. Guru memberi lembaran kerja sebagai latihan di rumah

14

Page 16: teknolgi matemtik

5.1 Justifikasi Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Dalam Aktiviti

Pengajaran

Saya telah membina satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan tajuk

bentuk dan ruang. Saya telah mereka satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan

memberi fokus kepada penggunaan teknologi untuk mencapai hasil pembelajaran yang

ditetapkan. Hasil pembelajaran yang ingin dicapai oleh murid-murid ialah dapat mengira

perimeter bagi gabungan 2 bentuk 2D.

Teknologi yang digunakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran ini ialah

komputer dan projektor. Selain itu juga, saya akan menggunakan laman web dan Power Point

sebagai bahan untuk menyampaikan konsep dan juga menunjukan contoh-contoh soalan.Oleh

yang demikian, akses internet sangat penting dalam menjalankan aktiviti pengajaran dan

pembelajaran ini kerana keseluruhan pengajaran kali ini lebih banyak menggunakan laman

web.

Aktiviti pengajaran ini dicadangkan diadakan di makmal komputer kerana setiap

murid akan menggunakan komputer sepenuhnya sepanjang sesi pengajaran ini dijalankan.

Berikut secara ringkas bagaimana aktiviti pengajaran dijalankan dengan menggunakan

teknologi maklumat dan komunikasi :

Pada set induksi, murid-murid akan bermain satu permainan di laman web iaitu

http://www.bgfl.org/bgfl/custom/resources_ftp/client_ftp/ks2/maths/perimeter_and_area/

index. html. Dalam permainan ini, murid-murid akan memungut bentuk-bentuk berdasarkan

contoh bentuk yang diberi. Kemudian, selepas tamat tempoh yang ditetapkan, guru akan

bersoal-jawab dengan murid-murid, bentuk-bentuk yang mereka telah pungut. Ia sebagai

satu aktiviti ingat kembali nama-nama bentuk. Aktiviti yang dijalankan sangat mudah dan ia

akan menarik dan merangsang minat murid-murid untuk mempelajari tajuk ini.

Pada langkah pertama, guru akan menerangkan konsep perimeter kepada murid-

murid. Namun sebelum itu, murid-murid dikehendaki mengira ukuran permukaan buku.

Murid-murid akan mengukur ikut cara masing-masing dan guru akan bertanya beberapa

orang murid ukuran yang mereka perolehi. Dalam menerangkan konsep mengira perimeter,

murid-murid dikehendaki membuka satu laman web . Alamat bagi laman web tersebut ialah http://www.bgfl.org/bgfl/custom/resources_ftp/client_ftp/ks2/maths/perimeter_and_area/index.html

15

Page 17: teknolgi matemtik

Di dalam web, terdapat penerangkan bagaimana mengira perimeter beserta ditunjukkan

contoh gambarajah. Guru akan membantu murid-murid memahami konsep mengira

perimeter.

Dengan penerangan yang jelas beserta contoh gambarajah cara mengira perimeter di dalam

laman web tersebut, murid-murid akan mudah faham tentang konsep mengira perimeter.

Kemudian, murid-murid akan menjawab soalan-soalan sebagai penambah kefahaman dalam

mengira perimeter.

Contoh soalan

Pada langkah kedua, murid-murid akan diterangkan cara mengira perimeter berdasarkan

bentuk-bentuk 2D yang tidak diberi ukuran sepenuhnya.

Di dalam langkah ini, guru akan memaparkan contoh-contoh soalan dengan menggunakan

Power Point dan dipancarkan di hadapan kelas dengan projektor. Guru akan berbincang

dengan murid-murid cara mengira perimeter. Kemudian, murid-murid akan menjawab

soalan-soalan di laman web seperti langkah pertama tadi.

16

Page 18: teknolgi matemtik

Contoh soalan

Di dalam langkah ketiga pula, murid-murid akan dibimbing untuk mengira perimeter

dengan gabungan 2 bentuk 2D. Guru akan memberi penerangan terperinci dengan

menggunakan Power Point.

Power Point yang digunakan oleh guru sebagai penerangan

17

Page 19: teknolgi matemtik

Kemudian, murid-murid akan menjawab soalan di laman web yang sama seperti langkah 1 dan 2.

Contoh soalan di laman web melibatkan mengira perimeter gabungan 2 bentuk 2D

Secara keseluruhannya, penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam

aktiviti pengajaran dan pembelajaran tajuk bentuk dan ruang ini sangat menyeluruh. Bermula

daripada set induksi sehinggalah langkah ketiga, penggunaan teknologi ini bertujuan

membantu murid-murid memahami cara mengira perimeter dengan mudah. Penggunaan

teknologi ini akan menarik minat murid dan juga akan mewujudkan suasana pembelajaran

yang menarik dan menyeronokkan.

Penggunaan laman web akan memudahkan murid-murid untuk memahami konsep

mendapatkan perimeter. Terdapat penerangan mengenai konsep bagaimana mengira

perimeter dan dibantu dengan gambarajah yang jelas. Ia akan memudahkan murid-murid

memahaminya. Selain itu juga, penerangan yang jelas juga diberi dengan menggunakan

Power Point. Murid-murid juga boleh menjawab soalan-soalan yang disediakan di dalam

laman web tersebut. Ia memudahkan guru untuk menyediakan soalan-soalan bagi penilaian.

Oleh yang demikian, pada pendapat saya, penggunaan teknologi maklumat dan

komunikasi seperti yang dinyatakan pada setiap langkah pengajaran membantu murid-murid

mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan. Pengajaran akan lebih menyeronokkan dan

murid-murid akan terlibat secara aktif.

18

Page 20: teknolgi matemtik

6.0 PENUTUP

Perkembangan teknologi memberi kesan yang besar dalam kehidupan manusia. Jika

kita tidak berubah, masih lagi menggunakan teknologi yang lama, kita akan tertinggal

berbanding dengan manusia yang bijak mengambil peluang dengan perkembangan teknologi

sekarang. Penekanan penggunaan teknologi dalam pendidikan merupakan satu langkah yang

diambil ke arah mewujudkan masyarakat berteknologi dan dapat bersaing dalam

perkembangan dunia teknologi pada masa akan datang.

Begitu juga dengan profesion keguruan, guru perlu bijak mengambil pelauang dengan

perkembangan teknologi ini. Sudah tiba masanya, perkembangan teknologi ini menuntut

semua guru agar mengubah cara pengajaran tradisional ke arah pengajaran yang lebih moden

dengan menggunakan teknologi sebagai medium penyampaian dan aktiviti dalam pengajaran.

Ia bertujuan melahirkan pelajar-pelajar yang celik teknologi agar mereka dapat bersaing

dalam dunia teknologi akan datang.

Selain itu, sewajarnya guru mengaplikasikan penggunaan teknologi dalam pengajaran

dan pembelajaran mereka kerada daripada pelbagai dapatan kajian menjelaskan bahawa

penggunaan teknologi seperti komputer, telefon pintar, internet, perisian-perisian

pembelajaran dan pelbagai lagi memberi banyak kebaikan kepada guru dan juga murid-

murid.

Namun begitu, dalam mengaplikasikan penggunaan teknologi dalam pengajaran, guru

harus bijak menghadapi cabaran-cabaran yang datang terutamanya dengan kemunculan

pelbagai teknologi yang semakin tidak terkawal dan juga dengan penggunaan internet yang

tiada sekatan. Bimbingan yang berterusan perlu dilakukan oleh semua guru agar

murid-murid menggunakan teknologi-teknologi yang sedia ada ke arah perkara-perkara

yang positif. Kegagalan guru menanganinya akan membawa kesan buruk bukan sahaja

kepada murid-murid tetapi juga kepada profesion keguruan.

Sewajarnya, sudah tiba masanya, teknologi diaplikasikan secara menyeluruh di dalam

aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Ia bukan sahaja memberi manafaat kepada guru dan

murid tetapi akan juga merealisaikan hasrat negara untuk menjadi sebuah negara yang maju.

19

Page 21: teknolgi matemtik

7.0 RUJUKAN

Goh Boon Cheng. ( 2009 ). Pengurusan Teknologi Maklumat dalam Pendidikan. Puchong :

Penerbit Multimedia Sdn. Bhd.

Kamal, S. A. B. S. Y., & Tasir, P. M. D. Z. (2008). Pembelajaran Masa Depan: Mobile

Learning (M-Learning) di Malaysia.

Ng Wai Kong. 2002. ICT dan Pengajaran. Pulau Pinang : Penerbit Universiti Sains

Malaysia.

Omar Zakaria, Shaifol Bahary Sulaiman, Hassan Omar, & Azman Abdullah. (2014). HBEF

Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan. Selangor : Meteor Doc Sdn. Bhd.

20