teknik modifikasi tingkah laku
DESCRIPTION
kmklkTRANSCRIPT
Teknik modifikasi tingkah laku Intervensi yang boleh menguruskan
masalah disiplin di dalam bilik darjah. Menggunakan prinsip peneguhan. Tingkah laku murid ditentukan oleh
akibat yang bakal diterima selepas tingkah laku ditunjukkan.
Akibat memainkan peranan penting dalam menentukan tingkah laku.
Teori peneguhan menyatakan:- Tingkah laku dipengaruhi oleh akibat. Tingkah laku dikekalkan, dibentuk,
dilemahkan berdasarkan akibat yang diberikan.
Tingkah laku yang diberi ganjaran akan diulangi, tidak diberi ganjaran akan lupus. Peneguhan positif lebih baik daripada
dendaan.
Contoh 1 : Sekiranya kamu menyiapkan kerja dengan senyap selama 20 minit, guru akan beri masa 5 minit untuk rehat.
Bising semasa membuat kerja yang diberi. (tingkah laku yang tidak diingini)
Buat kerja dengan senyap diberi rehat. (tingkah laku diigini + peneguhan positif)
Lapan peringkat peneguhan (Larrivee, 2005)
Peringkat Peneguh
1 Bahan makanan
2 Barangan
3 Token
4 Aktiviti
5 Keistimewaan
6 Pengiktirafan rakan
7 Perakuan guru
8 Kepuasan kendiri
Sistem modifikasi tingkah laku yang berstruktur
Guru perlu mengadakan satu bentuk sistem modifikasi yang formal dan berstruktur.
Mengikut Larrivee (2005), terdapat 2 sistem modifikasi tingkah laku yang digunakan.
1) Sistem kontrak tingkah laku2) Sistem token
Sistem kontrak tingkah laku
• Dibentuk selepas mendapat persetujuan diantara guru dengan murid.
• Untuk memastikan keberkesanan kontrak guru harus,
- Menerangkan rasional dan langkah yang perlu - Meminta bantuan pihak-pihak yang lain - Menetapkan matlamat jangka panjang
• Sekiranya anda menyiapkan kerja yang diberi dalam masa 15 minit guru akan beri gula-gula. Dan bukannya, sekiranya anda tidak menyiapkan kerja yang diberi dalam masa 15 minit guru akan merotan.
• Terdapat 2 jenis kontrak.
1. Kontrak Sosial - Untuk mengubah tingkah laku sosial murid.2. Kontrak Akademik - Membantu masalah tingkah laku akademik murid.
Sistem Token
• Berfungsi seperti wang yang dapat ditukar dengan barangan yang disukai.
• Biasanya digunakan dalam kelas-kelas pemulihan atau pendidikan khas.
Langkah-langkah Sistem Token
1. Senaraikan tingkah laku yang spesifik.2. Pilih token (senang dicari dan digunakan).3. Kekerapan token yang diberikan4. Siapakah yang memberi token?5. Senaraikan peneguhan atau ganjaran yang
akan diterima melalui token.6. Tetapkan masa untuk menukar token supaya
boleh mendapatkan ganjaran
• Peneguhan akan ditetapkan oleh diri sendiri.• Murid bertanggugjawab terhadap tingkah
laku yang ditunjukkan.• Murid mendapat ganjaran tertentu
berdasarkan tingkah laku yang ditunjukkan.
KESIMPULAN
Sebagai kesimpulannya, guru harus memahami konsep pengurusan masalah
disiplin bilik darjah di samping mengenal pasti peranan yang perlu dimainkan
oleh guru dalam menangani masalah disiplin. Untuk memastikan perjalanan
p&p berjalan lancar seperti yang dirancang, guru perlu memahami situasi bilik
darjah dan latar belakang murid yang hendak diajar. Langkah-langkah
pencegahan dan intervensi perlu diambil untuk membantu guru dalam
menghadapi masalah disiplin di dalam bilik darjah. Dengan pengurusan bilik
darjah yang lancar, guru dapat memastikan murid-murid mendapat peluang
untuk memperoleh hasil pembelajaran yang dirancang.