teknik menjawab sains upsr
Embed Size (px)
DESCRIPTION
teknik sains upsrTRANSCRIPT
-
TEKNIK MENJAWAB SOALAN SAINS UPSR
Panduan dan Teknik menjawab soalan Sains
Bahagian A dan Bahagian B
-
Pengenalan Pada Kertas Sains
Kertas soalan peperiksaan ini terdiri daripada satu kertas sahaja. Masa yang
diperuntukkan untuk menjawab soalan
ini ialah satu jam lima belas minit.
Kertas ini terbahagi dua bahagian, iaitu Bahagian A dan Bahagian B
-
Pengenalan Pada Kertas Sains
Bahagian A terdiri daripada 30 soalan. Soalan ini dalam bentuk aneka pilihan
atau objektif. Masa dicadangkan untuk
menjawab soalan ini ialah 45 minit.
Bahagian B terdiri daripada 5 soalan berstruktur dan masa yang dicadangkan
untuk menjawab soalan ini ialah 30 minit.
-
Panduan Menjawab Soalan
Baca soalan sekurang-kurangnya dua kali untuk memahami kehendak soalan.
Pertanyaan soalan dalam Kertas Sains ini tidak secara terus. Sebaliknya calon
dikehendaki menjawab berdasarkan
maklumat yang diberi.
-
Panduan Menjawab Soalan
Kaitkan maklumat-maklumat tersebut dengan fakta dalam bidang penyiasatan
yang disoal.
Tandakan jawapan Bahagian A di kertas soalan dahulu sebelum memindahkan
jawapan tersebut dengan menghitamkan
kertas jawapan yang diberi.
-
Panduan Menjawab Soalan
Calon perlu berhati-hati menandakan jawapan pada kertas jawapan (OMR)
Pastikan jawapan tersebut sama dengan jawapan yang anda pilih di kertas soalan
-
Panduan Menjawab Soalan
INGAT !! Pastikan anda dapat skor yang baik bagi kertas Bahagian A ini.
Bahagian A menyumbang 60% daripada markah keseluruhan kertas Sains UPSR
-
Jenis-Jenis Soalan
Fakta
Urutan
Istilah
Kaedah
Pengelasan
Prinsip / Konsep
Tafsiran
Terjemahan
Ekstrapolasi
Aplikasi
-
Fakta
Menguji pengetahuan calon tentang fakta seperti ciri , sifat
atau fenomena.
-
Contoh soalan
Ketiga-tiga pereka cipta di atas memberi sumbangan dalam bidang
A Pengangkutan
B Komunikasi
C Angkasa lepas
D Pembinaan
Alexander Graham Bell
Samual FB Morse
Guglielmo Marconi
Jawapan: B
-
Urutan
Menguji pengetahuan calon tentang proses , aliran atau
tertib, pergerakan fenomena
berhubung dengan masa,
kesinambungan dan
perkembangan.
-
Contoh soalan
Susun mengikut urutan kejadian objek dalam Sistem suria bermula dari ia berada di angkasa lepas hinggalah jatuh ke Bumi.
A Meteor Meteroid Meteorit
B Meteroid Meteorit Meteor
C Meteroid Meteor Meteorit
D Meteorit Meteor Meteroid
Jawapan: C
-
Istilah
Menguji pengetahuan calon tentang definisi, maksud,
makna atau simbol yang
berkaitan dalam soalan.
-
Contoh soalan
Apakah yang dimaksudkan dengan siratan makanan ?
A Hubungan makanan antara setiap hidupan
B Keupayaan hidupan untuk terus hidup walaupun terdapat banyak rintangan
C Gabungan dalam bentuk makanan antara setiap hidupan
D Cara makanan diagih-agihkan kepada setiap hidupan
Jawapan: C
-
Kaedah
Menguji pengetahuan calon tentang cara, pendekatan dan
teknik bagi mengenal pasti
jawapan yang betul.
-
Contoh soalan
Sebuah kubus mempunyai sisi 4 cm. Berapakah isi padu kubus tersebut selepas dipotong separuh daripada keseluruhannya ?
A 16 cm
B 32 cm
C 64 cm
D 128 cm
Jawapan: B
-
Pengelasan
Menguji pengetahuan calon tentang jenis, kumpulan, set
atau bidang yang terlibat
dalam soalan berkenaan.
-
Contoh soalan
Antara berikut, objek yang manakah tidak boleh dikelaskan dalam
kumpulan yang sama dari segi
sumber asas objek tersebut ?
A C
B D
Jawapan: A
-
Prinsip / Konsep
Menguji pengetahuan calon tentang hukum dan prinsip
sains.
-
Contoh soalan
Pernyataan berikut boleh menerangkan tentang pembentukkan bayang-bayang objek kecuali
A cahaya bergerak lurus
B cahaya boleh dibiaskan
C cahaya tidak boleh menembusi objek legap
D cahaya boleh diselerakkan
Jawapan: B
-
Tafsiran
Menguji pemahaman calon tentang maklumat yang diberi dengan meminta
calon membuat rumusan atau
kesimpulan daripada data dalam
soalan. Calon juga diuji tentang
sesuatu idea secara menyeluruh.
-
Contoh soalan
Jadual di atas menunjukkan perubahan suhu air yang telah direkodkan dalam satu penyiasatan. Antara berikut, penyataan yang manakah boleh mewakili maklumat dalam jadual di atas ?
I Tenaga haba telah dibebaskan
II Perubahan keadaan bahan mulai berlaku pada minit ke 25
III Proses penyejatan telah berlaku
A III sahaja C I dan III sahaja
B I dan II sahaja D I, II dan III
Masa/minit 5 10 15 20 25 30
Suhu/ c 50 33 20 8 0 0
Jawapan: B
-
Terjemahan Menguji pemahaman calon tentang
maklumat / data / fakta yang diberikan
dan biasanya memerlukan calon
menyatakan maksud atau memindahkan
data daripada satu bentuk ke bentuk
yang lain. Data / maklumat yang diberi
boleh jadi dalam bentuk jadual, graf,
simbol atau gambar rajah.
-
A C
B D
Contoh soalan
Antara berikut, yang manakah boleh dikaitkan dengan sifat cahaya di atas ?
Jawapan: C
-
Ekstrapolasi
Menguji pemahaman calon tentang kesan / akibat / implikasi
daripada sesuatu tindakan. Calon
biasanya diminta membuat
ramalan berdasarkan maklumat
yang terdapat dalam soalan.
-
Contoh soalan
Antara berikut bola yang manakah akan bergerak lebih jauh apabila menuruni landasan ?
Jawapan: D
-
Aplikasi
Menguji keupayaan calon menggunakan pengetahuan dan
pemahaman fakta untuk
dihubungkaitkan dengan situasi baru
khususnya berlatarbelakangkan
kehidupan seharian.
-
Contoh soalan
Mengapakah kereta lumba lebih rendah berbanding kereta lain ?
A Lebih laju
B Bentuk yang menarik
C Tidak mudah terbalik
D Menjimatkan perbelanjaan
Jawapan: C
-
TIPS MENJAWAB SOALAN - BAHAGIAN B
Bagi soalan Bahagian B, istilah-istilah yang digunakan perlu diketahui oleh para
calon kerana telah dipelajari di bilik
darjah. Misalnya, apakah inferens?
Apakah kesimpulan? Apakah hipotesis?
Apakah pemboleh ubah? Dan pelbagai
lagi.
-
TIPS MENJAWAB SOALAN - BAHAGIAN B
Adalah dicadangkan calon memperuntukkan masa sebanyak 45 minit untuk menjawab
soalan Bahagian A dan 30 minit untuk
menjawab soalan Bahagian B.
Semak jawapan anda sebelum menghantar kepada pengawas peperiksaan.
-
Tips Menjawab Soalan - Bahagian B
Soalan berstruktur sentiasa bermula dengan sesuatu perenggan yang
mempunyai maklumat tertentu.
Fahamkan segala maklumat yang diberikan dalam perenggan itu sebelum
menjawab.
-
Bentuk Soalan
Pada asasnya terdapat 4 bentuk utama yang digunakan dalam pertanyaan soalan Kertas
Sains.
Bentuk-bentuk soalan itu ialah:
i. Eksperimen
ii. Rajah/Gambar Rajah/Jadual/Maklumat
iii. Padanan
iv. Kemahiran matematik
-
Eksperimen
Hampir keseluruhan soalan yang dikemukakan adalah berasaskan
eksperimen atau uji kaji. Untuk
menjawab soalan seperti ini, calon
hendaklah memerhati dengan teliti dan
memahami dengan teliti perkembangan
eksperimen tersebut.
-
Rajah/Gambar Rajah/Jadual/Maklumat
Sekurang-kurangnya 20 soalan dalam Bahagian A dan semua soalan Bahagian B pada peperiksaan disertakan rajah/gambar rajah/jadual/maklumat. Untuk menjawab soalan seperti ini, para calon perlu memahami maklumat yang diberi menerusi rajah/gambar rajah/jadual/maklumat tersebut.
-
Padanan
Selain daripada soalan yang berbentuk eksperimen atau rajah, ada juga soalan
yang mengemukakan maklumat dalam
bentuk padanan atau gandingan. Para calon
dikehendaki memilih padanan yang sesuai
sebagai jawapannya. Soalan bentuk ini
lebih menguji kepada aplikasi konsep sains
atau tokoh yang terlibat dalam bidang sains.
-
Kemahiran matematik
Terdapat juga soalan dalam Kertas Sains ini memerlukan calon menguasai
kemahiran matematik. Soalan yang
dikemukakan biasanya melibatkan aspek
pengiraan. Pengiraan ini meliputi
pengiraan isi padu, keluasan, panjang,
masa dan sebagainya.
-
Tips Menjawab Soalan - Bahagian B
Kata Kunci Kemahiran Proses Sains
Membuat Inferens
Meramal
Membuat Hipotesis
Mentafsir Maklumat/ Data
Mengawal Pemboleh Ubah
Pemerhatian
Pola dan Corak
Hubungan
Kesimpulan
-
Kata Kunci Soalan
Membuat Inferens
Perhatikan fenomena / kejadian yang berlaku (menggunakan
deria)
Fikirkan sebab berlakunya kejadian / fenomena (menggunakan minda )
Penerangan dari pemerhatian utama atau sebab terjadi demikian
-
Kata Kunci Soalan
Meramal
Apakah yang akan berlaku .?
Ramalkan apakah yang akan berlaku ?
Menjangkakan apa yang akan berlaku
pada masa akan datang berdasarkan
pengalaman / pengetahuan atau data-data
/ maklumat yang terbukti kesahihannya.
-
Tip-tip untuk menjawab
Kaji keputusan atau pemerhatian yang diberi
Tentukan sama ada soalan meminta meramal keputusan akan datang / keputusan yang
sebelumnya
Lihat pola yang ada ( jika ada jadual atau graf diberi )
Cari susunan pola yang berurutan
Daripada susunan pola tentukan jawapan anda
-
Kata Kunci Soalan
Mengawal Pemboleh Ubah
Nyatakan / cadangkan
maklumat yang perlu
-
Tip-tip untuk menjawab
Senaraikan semua pemboleh ubah yang terlibat dalam
eksperimen
Kenal pasti jenis pemboleh ubah
-
Tip-tip untuk menjawab Pemboleh Ubah dimanipulasikan
Perkara yang diubah-ubah pada mulanya seperti saiz, bentuk, bilangan, suhu dan sebagainya.
Pemboleh Ubah bergerak balas
Perkara yang bertindak balas berikutnya setelah diubah-ubah pemboleh ubah manipulasi atau hasil keputusan eksperimen yang perlu dicatat
Pemboleh ubah dimalarkan
Perkara yang perlu ditetapkan/ dikawal agar tidak mempengaruhi keputusan eksperimen nanti atau faktor-faktor lain yang boleh menpengaruhi keputusan eksperimen selain daripada pemboleh ubah yang dimanipulasikan
-
Kata Kunci Soalan
Mentafsir Maklumat
Apakah tajuk eksperimen ?
Tajuk penyiasatan
Tujuan eksperimen
Tujuan penyiasatan
Nyatakan pola / corak
-
Tip-tip untuk menjawab
Kaji semua maklumat yang dikumpulkan / diberi
Kenal pasti pola / corak maklumat
Fahamkan apa sebenarnya maklumat-maklumat tersebut
Tentukan perkaitan antara maklumat-maklumat itu
-
Kata Kunci Soalan
Hipotesis
Kesimpulan
Rumusan
Hubungan
Apakah perkaitan.. ?
Nyatakan perkaitan .
Membuat Hipotesis
-
Tip-tip untuk menjawab
Kenal pasti pemboleh ubah dimanipulasi
Kenal pasti pemboleh ubah bergerak balas
Nyatakan hubungan / perkaitan
-
Kata Kunci Soalan
Soalan yang menggunakan pengetahuan dan pemahaman
fakta untuk dihubungkan dengan
situasi baru khususnya
berlatarbelakangkan kehidupan
seharian.
Soalan-soalan Aplikasi
-
Rumusan
Rumusan ada kaitan dengan membuat kesimpulan, tetapi rumusan lebih
ringkas penerangannya dan masih
menggunakan data yang dicatat.
-
Contoh soalan
Berat
baja (g)
30 40 50 60 70 80 90
Bilangan
buah
mangga
yang
dihasilkan
10
15
22
24
24
24
20
Nyatakan rumusan berdasarkan maklumat dalam jadual
diatas.
Jawapan:
Bilangan buah mangga yang dihasilkan paling
banyak jika menggunakan baja dari 60g hingga 80g.