teater natrah – pementasan amal yayasan aids malaysiateater natrah – pementasan amal yayasan...

1
Teater Natrah – Pementasan Amal Yayasan AIDS Malaysia Sejarah telah terpahat pada penghujung lembaran 2010 yang lalu apabila buat julung kalinya, Yayasan AIDS Malaysia telah menjalin kerjasama dengan Istana Budaya untuk menganjurkan pementasan amal Teater Natrah yang dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya bermula dari 25 November hingga 5 Disember 2010. Teater Natrah merupakan hasil nukilan pengarah filem dan teater tersohor negara, Pn Eirma Fatima yang membariskan pelakon ternama antaranya adalah Maya Karin, Remy Ishak, Susan Lancaster, Datin Paduka Umie Aida, Datin Sofia Jane, Liana Jasmay, Nabila Huda, Aaron Aziz, Fizz Fairuz dan ramai lagi. Pementasan kali ini merupakan kesinambungan daripada pementasan pertama teater Natrah yang telah dipentaskan pada tahun 2009. Teater ini dipentaskan sekali lagi pada tahun 2010 bagi memenuhi permintaan yang tinggi peminat teater tanah air. Teater Natrah memaparkan rentetan kehidupan Nadra Maarof, atau nama Belandanya, Maria Bertha Heartogh. Anak gadis ini menjadi mangsa perebutan hak penjagaan antara Che Aminah, ibu angkat Natrah yang telah membesarkannya mengikut ajaran Islam serta Nor Louisenya dan Sarjan Adrianus Petrus Hertogh, ibu bapa kandung Natrah yang berketurunan Belanda dan menganut ajaran Katolik. Konflik hidup Natrah dirumitkan lagi dengan episod percintaan antara Natrah dan Mansor Adabi. Polemik Natrah telah mencetuskan ketegangan di antara umat Islam dengan pentadbir kolonial sehingga terjadi rusuhan besar yang mengorbankan nyawa dan memusnahkan harta benda di Singapura. Yayasan AIDS Malaysia turut menganjurkan Malam Amal Di Raja Teater Natrah pada 26 hb November 2010. DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah telah berkenan untuk mencemar duli bagi menghadiri pementasan teater berkenaan. Kehadiran DYMM telah disambut oleh barisan Pemegang Amanah Yayasan AIDS Malaysia yang diterajui oleh Professor Dr Adeeba Kamarulzaman selaku Pengerusi Yayasan dan juga oleh Datuk Mohd Zaman Khan sebagai Presiden Majlis AIDS Malaysia.

Upload: others

Post on 22-Jan-2021

16 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Teater Natrah – Pementasan Amal Yayasan AIDS MalaysiaTeater Natrah – Pementasan Amal Yayasan AIDS Malaysia Sejarah telah terpahat pada penghujung lembaran 2010 yang lalu apabila

Teater Natrah – Pementasan Amal Yayasan AIDS Malaysia

Sejarah telah terpahat pada penghujung lembaran 2010 yang lalu apabila buat julung kalinya, Yayasan AIDS Malaysia telah menjalin

kerjasama dengan Istana Budaya untuk menganjurkan pementasan amal Teater Natrah yang dipentaskan di Panggung Sari, Istana

Budaya bermula dari 25 November hingga 5 Disember 2010.

Teater Natrah merupakan hasil nukilan pengarah filem dan teater tersohor negara, Pn Eirma Fatima yang membariskan pelakon

ternama antaranya adalah Maya Karin, Remy Ishak, Susan Lancaster, Datin Paduka Umie Aida, Datin Sofia Jane, Liana Jasmay,

Nabila Huda, Aaron Aziz, Fizz Fairuz dan ramai lagi. Pementasan kali ini merupakan kesinambungan daripada pementasan pertama

teater Natrah yang telah dipentaskan pada tahun 2009. Teater ini dipentaskan sekali lagi pada tahun 2010 bagi memenuhi permintaan

yang tinggi peminat teater tanah air.

Teater Natrah memaparkan rentetan kehidupan Nadra Maarof, atau nama Belandanya, Maria

Bertha Heartogh. Anak gadis ini menjadi mangsa perebutan hak penjagaan antara Che

Aminah, ibu angkat Natrah yang telah membesarkannya mengikut ajaran Islam serta Nor

Louisenya dan Sarjan Adrianus Petrus Hertogh, ibu bapa kandung Natrah yang berketurunan

Belanda dan menganut ajaran Katolik. Konflik hidup Natrah dirumitkan lagi dengan episod

percintaan antara Natrah dan Mansor Adabi. Polemik Natrah telah mencetuskan ketegangan

di antara umat Islam dengan pentadbir kolonial sehingga terjadi rusuhan besar yang

mengorbankan nyawa dan memusnahkan harta benda di Singapura.

Yayasan AIDS Malaysia turut menganjurkan Malam Amal Di Raja Teater Natrah pada 26 hb

November 2010. DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah telah berkenan untuk mencemar duli bagi

menghadiri pementasan teater berkenaan. Kehadiran DYMM telah disambut oleh barisan Pemegang Amanah Yayasan AIDS Malaysia yang

diterajui oleh Professor Dr Adeeba Kamarulzaman selaku Pengerusi Yayasan dan juga oleh Datuk Mohd Zaman Khan sebagai Presiden

Majlis AIDS Malaysia.