tdp

Upload: hilmi-rahman

Post on 06-Jan-2016

221 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

n,mn

TRANSCRIPT

Pengenalan Perkataan Teater berasal dari perkataan 'THEATRON' yang membawa maksud tempat menonton pada zaman Yunani (greek tua). Secara khususnya teater adalah satu kesenian persembahan yang dilakonkan di hadapan penonton secara langsung menggunakan kombinasi pertuturan, gerak isyarat, muzik, tarian, bunyi dan sebagainya. Sebuah karya teater terbentuk apabila wujud di dalamnya dimensi dan sudut yang lebih mendalam. Hal ini kerana, Imaginasi dan kreativiti manusia menjadikan seni itu memiliki nilai estetika yang tersendiri sehingga dapat diterjemahkan dalam suatu bentuk lakonan sehingga dapat dinikmati oleh masyarakat tanpa mengira batasan umur.Oleh kerana teater merupakan satu seni gabungan imaginasi ke alam realiti yang diterjemahkan dalam bentuk lakonan, teater mestilah menyentuh perasaan dan juga mesti melibatkan perasaan, kosentrasi, kestabil emosi, kesungguhan, bakat dan minat. Oleh demikian, akan wujud satu seni persembahan yang menarik dan dapat memberi satu nilai-nilai norma yang terdapat dalam kehidupan manusia. Selain itu juga perkara yang penting dalam teater ialah mesti mempunyai cerita, pelakon, penonton dan tempat.Sabagai tambahan, teater juga merupakan satu cermin atau gambaran masyarakat realiti. Bertindak sebagai satu bentuk persembahan lakonan yang menghiburkan, namun setiap persembahan teater tersirat dengan pelbagai nilai dan kritikan yang dipersembahkan kepada penonton secara langsung dan tidak langsung. Oleh yang demikian, teater dan nilai pengajaran dan kemasyarakatan memang tidak boleh dipisahkan.Akhir sekali, teater perlulah merangsang pemikiran penonton agar dapat mendalami nilai dan dapat menyentuh perasaan terhadap sesuatu isu. Oleh yang demikian, teater amat sesuai digunakan dalam pendidikan kerana dapat membawa isu yang sudah wujud, ataupun belum wujud kerana boleh dibawa ke dalam kelas secara terus melalui sesi pengajaran yang diadakan supaya dapat mewujudkan proses KBKK iaitu kemahiran berfikir secara kritis dan keratif. Selain itu juga, teater dapat membina peribadi seseorang individu kerana dapat membawa keyakinan diri, membina mod, emosi dan aksi. Ini jelas sekali berketepatan dengan falsafah pendidikan kebangsaan yang ingin mewujudkan insan yang cemerlang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sosial.

1.0 Konsep Seni teater pada asalnya merupakan hasil dari sebuah proses yang berkembang dari waktu ke waktu sehingga sesuai dengan perkembangan pemikiran, mental dan spritual masyarakat pada hari ini. Ruang dalam teater adalah ruang untuk manusia membaca tanda-tanda kehidupan, baik kehidupan di masa lampau, sekarang atau yang akan datang, dimana sebuah ruang boleh berfungsi berfungsi sebagai cerminan norma kehidupan dan juga nilai-nilai murni serta pengajaran. Bagi konsep teater dalam pendidikan yang diguna pakai pada hari ini, wujud konsep yang berpadukan kepada konsep British, iaitu merujuk kepada teater kanak-kanak yang menggunakan bahan daripada kurikulum atau isu semasa sebagai tema dalam pengajaran dan pembelajaran. Konsepnya adalah seperti berikut:

Sering dipersembahkan oleh kumpulan teater professional atau pelakon guru

Perlu merangsang dan menyentuh perasaan penonton terhadap sesuatu isu

Menggunakan bahan daripada kurikulum dan isu semasa sebagai tema

Konsep teater dalam pendidikan

Matlamat utama pementasan adalah untuk merangsang pelajar dalam pemahaman isi pembelajaran disamping sebagai hiburan Mesti menghiburkan supaya dapat mengekalkan tumpuan dan minat penonton walaupun hiburan bukan matlamat utama

Tidak hanya di dilaksanakan untuk kanak-kanak sahaja, tetapi dilaksanakan juga pada penonton dewasa

2.0 Jenis Teater adalah suatu kegiatan manusia yang secara sedar menggunakan tubuh sebagai alat atau media utama untuk menyatakan rasa dan perasaan bagi diwujudkan dalam suatu karya seni. Di dalam menyatakan rasa dan perasaan, karyanya itu adalah alat atau media utama yang ditunjang oleh unsur gerak, unsur suara, dan bunyi, serta unsur rupa. Oleh yang demikian, wujud jenis-jenis teater yang dibahagi mengikut kategorinya. Antaranya adalah teater boneka, teater muzikal, teater gerak, teater daramatik dan teater puisi. 2.1 Teater boneka

Boneka sering dipakai untuk menceritakan legenda atau kisah-kisah keagamaan

Berbagai jenis boneka dimainkan dengan cara yang berbeza. -Boneka tangan dipakai di tangan -boneka tongkat digerakkan dengan tongkat yang dipegang dari bawah. -Marionette, atau boneka tali, digerakkan dengan cara menggerakkan kayu silang tempat tali boneka diikatkan.

wayang kulit, wayang dimainkan di belakang layar nipis dan disinari cahaya lampu yang menciptakan bayang

Teater boneka

Boneka Bunraku dari Jepun mampu melakukan banyak gerakan sehingga memerlukan tiga dalang untuk menggerakkannya. Dalang berpakaian hitam dan duduk besetentang di depan penonton. Dalang utama akan mengendalikan kepala dan lengan kanan manakala pencerita bernyanyi dan menceritakan kisahnya.

2.2 Teater muzikal

2.3 Teater Gerak

2.4 Teater Dramatik

2.5 Teater Puisi

3.0 Aktiviti teater

3.1 Main Peranan

Pelajar melakonkan watak yang dipilih berdasarkan cerita atau situasi yang ditetapkan. Untuk menjayakannya, dia dikehendaki menghayati watak tersebut melalui aksi dan laras bahasa yang sesuai.

Contoh:a. Watak Petani yang budiman.b. Situasi Situasi gembira.

3.2 Simulasi

Aktiviti yang dipindahkan daripada alam nyata di luar bilik darjah ke dalam bilik darjah. Keadaan sebenar diwujudkan di dalam bilik darjah melalui perubahan persekitaran serta lakonan. Situasi yang dilakonkan berdasarkan pemerhatian, pengalaman dan pembacaan yang dilakukan oleh pelajar.

Contoh:Membeli setem di pejabat pos.

3.3 Dialog

Pelajar akan membaca dan membina skrip dialog mengikut peranan yang ditetapkan dengan bahasa, intonasi, nada, gaya dan aksi yang sesuai. Aktiviti ini dapat dilakukan secara kumpulan ataupun individu.

3.4 Teater Membaca

Guru memilih skrip drama yang baik. Pelajar akan membaca dengan lancar serta menggunakan sebutan, nada intonasi dan gaya yang betul berdasarkan cerita serta melakukan gerakan yang sesuai dengan isi dan suasana cerita.

3.5 Boneka

Dalam aktiviti ini guru boleh menggunakan berbagai-bagai jenis boneka yang melambangkan watak-watak tertentu. Dengan menggunakan boneka, pelajar memainkan peranan dan menimbulkan situasi yang sesuai dengan jalan cerita. Penggunaan boneka adalah melalui pergerakannya serentak dengan lafaz, iringan skrip dan iringan bunyi-bunyian. Aktiviti ini menggunakan gerak-geri, sarung tangan, topeng, pepatung dan gambar.

3.6 Improvisasi

Lakonan secara spontan yang mengisahkan kejadian, peristiwa atau situasi sebenar dalam kehidupan seharian. Aktiviti ini dijalankan dalam kumpulan kecil, iaitu antara dua hingga lima orang sahaja. Pelajar diberi masa yang pendek, iaitu antara 10 hingga 15 minit untuk berfikir dan menyusun dialog untuk dilahirkan secara spontan.

3.7 Mimos

Lakonan yang mengutamakan gerak laku seluruh anggota dan ekspresi muka bagi menyampaikan idea, cerita, perasaan dan emosi pelakon tanpa dialog. Mimos boleh dilakukan secara individu atau secara kumpulan.

3.8 Pantomin

Satu bentuk lakonan yang skripnya tidak dilafazkan oleh pelakon tetapi dibaca oleh pelajar lain serentak dengan aksi pelakon. Oleh itu, pelakon dan pembaca skrip mestilah bersama-sama menghayati skrip tersebut sebelum dilakonkan. Lakonan jenis ini dapat memberikan peluang kepada pelajar berlakon dengan penuh yakin tanpa memikirkan masalah menghafal dialog.

Contoh:Peristiwa Malam Kemerdekaan Negara.

4.0 Rancangan pengajaran harian

5.0 Kekuatan bahan bantu mengajar yang disediakan

Bahan bantu mengajar merpakan salah satu elemen yang dapat membantu kelancaran pengajaran dan pembelajaran seorang guru dalam bilik darjah. Selain itu juga,bahan bantu mengajar juga bertujuan untuk memudahkan dan menjimatkan masa penyampaian isi pengajaran. Perkara ini penting bagi menjadikan proses pembelajaran dan pengajaran lebih bermakna, menarik dan guru dapat menerangkan konsep dengan tepat.Antara kekuatan yang kami kenal pasti untuk bahan bantu mengajar yang kami sediakan ialah bahan yang bantu mengajar bersifat maujud. Hal ini penting kerana, setiap bahan yang disediakan mestilah bersifat nyata bagi melahirkan dorongan daya kreativiti, baik kepada guru mahupun pelajar. Kekuatan yang kedua pula ialah, bahan bantu mengajar ini dapat menarik perhatian dan mewujudkan aktiviti yang berpusatkan murid. hal ini kerana, aktiviti yang dirancangkan di dalam rancangan pengajaran harian, menggunakan alat bantu mengajar bagi mencapai objektif pada hari tersebut disamping wujud aktiviti yang menarik kerana berpusatkan kepada murid.Selain itu juga, bahan yang teah disediakan ini juga mempunyai kekuatan yang amat positif kerana dapat memberi satu pengalaman baharu kepada murid. Hal ini penting kerana, setiap aktiviti yang dijalankan mestilah memberi sedikit banyak pengalaman kepada murid agar dapat dipraktikkan pada masa yang formal ataupun tidak formal.Akhir sekali, bahan bantu mengajar amatlah penting sekali kerana dapat mewujudkan interaksi dan kerjasama antara murid dengan guru dan murid dengan murid. ini demikian, daripada bahan bantu mengajar yang disediakan, dapat dilihat bahawa wujud interaksi dalam penggunaanya kerana melibatkan sosial murid yang menekankan aspek lisan iaitu kemahiran mendengar dan bertutur dengan menggunakan bahan bantu mengajar yang telah dibina.

6.0 Kelemahan bahan bantu mengajar yang disediakan

Rujukan Perpustakaan Negara Malaysia (1992), Kemahiran Berbahasa KBSR, Percetakan Rina Sdn. Bhd.Dr Ali Mahmood, En Mashudi Bakri, En Lokman Abd Wahid, Dr Seman Salleh, Munsyi Zainal Abidin Kassim (2006), Pengenalan Pendidikan Bahasa Melayu, Meteor Doc. Sdn Bhd.Siti Hajar Abdul Aziz (2009), Bahasa Melayu 2, Oxford Fajar Sdn. Bhd Faziah Binti Sulaiman Et All (2006), Modul Kursus Pendek Kelolaan Institut Improvisasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu Jabatan Pengembangan Kebudayaan Bahasa Melayu IPG Kampus Bahasa Melayu.Modul Kursus Pendek Kelolaan Institut Bercerita Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu Jabatan Pengembangan Kebudayaan Bahasa Melayu IPG Kampus Bahasa Melayu.

Refleksi Muhammad farid bin mohd yatim 910916-02-5199Alhamdulillah dan bersyukur ke hadrat Allah Taala kerana dengan limpah rahmatnya saya dapat menyiapkan tugasan bagi mata pelajaran PSE 3104 Iaitu Teater Dalam Pendidikan . Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang membantu saya kerana memberikan saya tunjuk ajar bagi saya menyiapkan tugasan ini.Pada awal mendapat soalan, pandagan saya mengenai tugasan ini ialah agak susah bagi saya untuk melaksanakan tugasan ini. Tapi Alhamdulillah dengan tunjuk ajar daripada pensyarah dan rakan-rakan yang tidak jemu memberikan komitmen yang tinggi, tugasan ini dapat dilaksanakan.Antara perkara yang saya dapat pelajari daripada tugasan ini ialah, saya dapat mengaplikasikan teater dalam pendidikan. Hal ini kerana, jika saya wujudkan perkara ini saya akan dapat menjdikan pengajaran yang kreatif kerana akan wujud pengajaran yang bermakna dan lebih menarik.Selain itu, saya juga dapat mempelajari cari menyediakan rancangan pengajaran harian dengan mengaplikasikan elemen didik hibur berdasarkan kurikulum baharu iaitu Kurikulum Standart Sekolah Rendah dengan memasukkan teater dalam pengajaran dan pembelajaran disamping menyediakan aktiviti yang berpusatkan murid.Antara kekangan yang saya perolohi pula ialah dari segi mengaturkan langkah-langkah mengajar kerana perlu memasukkan elemen teater dalam rancangan pengajaran harian yang disediakan. Hal ini kerana, pengurusan waktu akan menjadi pokok utama dalam menyediakan langkah-langkah mengajar kerana akan melaksanakan aktiviti secara berkumpulan.

Setelah bertungkus lumus, akhirnya tugasan ini Berjaya dilaksanakan tanpa sebarang masalah. Saya dapat mempelajari banyak perkara sewaktu menyiapkan tugasan ini. Terima kasih kepada pensyarah pembimbing iaitu Cik Wan Norlidza Wan Mohd Zain serta rakan-rakan yang banyak membantu saya dalam melaksanakan tugasan ini. Sekian terima kasih.

JADUAL PELAKSANAAN KERJA KURSUSMATA PELAJARAN : TEATER DALAM PENDIDIKAN NAMA PELAJAR : MUHAMMAD FARID BIN MOHD YATIM MUHAMAD FIRDAUS ISMAIL BIN MAHMAD FUADKUMPULAN : PPISMP SEM.5CPENSYARAH PEMBIMBING : CIK WAN NORLIDZA WAN MOHD ZAIN TARIKHPERKARA YANG DIBINCANGKANCATATAN

28.2.2013Menerima soalan kerja kursus dan penerangan cara untuk melaksanakan kerja kursus oleh pensyarah.

1.3.2013Mula mengumpul maklumat dan membuat draf kasar.

3.3.2013Mula menaip kerja kursus.

11.3.2013Menghantar draf untuk diperiksa

22.3.2013membetulkan kesalahan

BORANG REKOD KOLABORASIMATA PELAJARAN : TEATER DALAM PENDIDIKAN NAMA PELAJAR : MUHAMMAD FARID BIN MOHD YATIM MUHAMAD FIRDAUS ISMAIL BIN MAHMAD FUADKUMPULAN : PPISMP SEM.5CPENSYARAH PEMBIMBING : CIK WAN NORLIDZA WAN MOHD ZAIN

TARIKHPERKARA DIBINCANGKANKOMENT/TANGAN

28.2.2013Menerima soalan kerja kursus dan penerangan cara untuk melaksanakan kerja kursus oleh pensyarah.

4.3.2013Berbincang dengan pensyarah untuk konsep serta aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan perkara yang diminta soalan

11.3.2013Menghantar draf penuh kerja kursus untuk diperiksa.

13