tbe a(2016)
Post on 24-Feb-2018
253 views
Embed Size (px)
TRANSCRIPT
7/24/2019 TBE A(2016)
1/260
Pengenalan Muamalat Islam 1
BAHAGIAN
A
ASAS TAKAFUL DAN
TAKAFUL PERUBATAN &
KESIHATAN
7/24/2019 TBE A(2016)
2/260
2 Amalan Asas Takaful
7/24/2019 TBE A(2016)
3/260
Pengenalan Muamalat Islam 3
BAB A1
PENGENALAN MUAMALAT ISLAM
PENGENALAN
Bermula dengan Nabi Adam a.s., risalah suci mengesakan Allah s.w.t.telah diwahyukan dan seterusnya diperkembangkan sepanjang masa.
Nabi Muhammad s.a.w. sebagai Rasul terakhir telah menutup segala
kerasulan para anbiya dengan termaktubnya satu sistem hidupdengan peraturan tertib Ilahi dengan penuh saksama lagi sempurna.
Dalam bahasa Arab, kata dasar bagi perkataan Islam yangbermaksud berserah diri atau patuh menggambarkan penyerahansejati yang terkandung di dalamnya makna kata kerja aslama.
Agama Islam mencakupi satu sistem kesempurnaan hidup lagi
menyeluruh ke atas setiap aspek kehidupan manusia. Pada dasarnya,Islam adalah ajaran tauhid yang sama telah diperturunkan wahyu Ilahikepada semua Nabi terdahulu, bermula dari Nabi Adam, Nuh,Ibrahim, Ismail, Daud, Musa, Isa dan seterusnya Nabi akhir zaman,Muhammad s.a.w.
Allah telah menyempurnakan agama Islam melalui junjungan besarNabi Muhammad s.a.w. sebagaimana firman Allah s.w.t. di dalam al-Quran:Pada hari ini, telah Ku sempurnakan bagimu agama kamu
dan telah Ku cukupkan nikmatKu kepada kamu dan telah Kuredhai Islam itu menjadi agama untuk kamu(Al-Quran, 5:3).
A1.1 PENGENALAN SYARIAH
1.1.1 Objektif Syariah
Syariahadalah intipati peraturan Islam, di mana makna asal Syariah
ialah jalan ke sumber mata air. Ia merangkumi keseluruhanundang-undang dan peraturan yang mengawal aspek kehidupan
7/24/2019 TBE A(2016)
4/260
4 Amalan Asas Takaful
manusia yang melangkaui aspek-aspek perundangan, politik,perniagaan, perbankan, keluarga dan juga masyarakat. Objektifutama Syariah ialah untuk memastikan sekalian manusiamelaksanakan suruhanNya (kebaikan) serta menjauhi laranganNya
(kejahatan). Istilah maruf (kebaikan) merujuk kepada semua kualitiamalan kehidupan yang diterima baik oleh manusia sejagat,sementara istilah munkar merujuk kepada semua kualiti amalan
kehidupan yang dianggap keji dan dikutuk masyarakat.
1.1.2 Konsep AdDeen (Syariah)
Sumber: Kitab Mughni al-Muhtaj (Imam Shafii); Kitab al-Mughni(Imam Hanafi); Kitab Bidayat al-Mujtahi (Imam Malik)
Dilihat dari perspektif yang paling asas, konsep Islam merangkumitiga komponen utama iaitu Akidah (kepercayaan), Syariah(undang-
undang) dan Akhlak (kod moral/adab).
Akidah bermaksud suatu set kepercayaan atau pegangan. Melihat dari
perspektif Islam, Akidah bermaksud ketetapan hati secara pasti dan
ISLAM
SYARIAHAKIDAH AKHLAK
IBADAT MUAMALAT JINAYAT
POLITIK SOSIAL
MUNAKAHAT
EKONOMI
7/24/2019 TBE A(2016)
5/260
Pengenalan Muamalat Islam 5
iman yang teguh terhadap Allah s.w.t., para Malaikat, para Rasul,Hari Kiamat, kitab-kitab dan percaya kepada Qadadan Qadar.
Syariah atau undang-undang Islam juga dikenali sebagai Fiqh. Fiqh
adalah perundangan Islam yang berkait rapat dengan hukum yangditetapkan oleh Allah s.w.t. mengenai cara hidup / amalan, moral /adab dan perundangan sosial dalam Islam. Cabang ilmu Fiqh
termasuklah Ibadat, Muamalat, Munakahat and Jinayat;
Fiqh Ibadat
Ibadah iaitu hukum-hakam yang berkaitan dengan hubunganmanusia dengan Allah. Ia merangkumi amalan / perbuatan
mensucikan diri seperti solat, haji, puasa, zakat, jihad dan bentuk-bentuk ibadah lain. Kesemua aturan hubungan tersebutmemperjelaskan tanggungjawab individu dan komuniti terhadapAllah s.w.t.
Fiqh Muamalat
Bidang ini adalah berkaitan dengan aturan perhubungan sesama
manusia dalam urusan harta benda, kotrak / perjanjian, organisasiperniagaan, sekuriti hutang dan kesolvenan, hak pemilikan,
pemberian / hadiah, warisan dan wakaf (pemberian sebahagianharta seseorang atas dasar sukarela, kekal dan tidak bolehdibatalkan, sama ada tanah atau barangan kepada jalan Allah).
Fiqh Munakahat
Bidang ini menyentuh tentang ketentuan atau aturan yangberkaitan dengan hubungan seseorang dalam keluarga sepertiperkahwinan, perceraian, pewarisan harta, hak penjagaan dan
perkara-perkara lain yang berkaitan dengannya. Secarakonvensionalnya, bidang ini mempunyai persamaan denganundang-undang persendirian.
7/24/2019 TBE A(2016)
6/260
6 Amalan Asas Takaful
Fiqh Jinayat
Bidang ini adalah berkaitan dengan jenayah dan hukuman;merangkumi jenayah persetubuhan tanpa nikah (zina), mencuri
(sariqah), merompak, lanun dan menyamun, dan jenayah-jenayahlain yang tertakluk di bawah hukum hudud.
Dalam ilmu teologi dan falsafah Islam, akhlak merujuk kepada adat
kebiasaan, budi pekerti dan adab. Ia merangkumi perangai, resam,tabiat, akhlak, moral atau sifat seseorang. Akhlak juga meliputitingkah laku, sikap dan etika kerja seseorang Muslim yang boleh
mempengaruhi segala tindakannya.
1.1.3 Hukum Mandatori (Hukum Taklifi)
Hukum Taklifi ialah ketentuan Allah s.w.t. yang menuntut seseorangMuslim melakukan atau meninggalkan suatu perbuatan atau
berbentuk pilihan untuk melakukan atau tidak melakukan suatuperbuatan.Mengikut ajaran Islam,setiap perbuatan seseorang Muslimhendaklah berlandaskan lima rukun (al-Ahkam al-Khamsah)berikut:
Wajib (Iijab)
Wajib bermaksud suatu perkara yang diperintahkan oleh syaraksecara keras kepada seseorang Muslim untuk melaksanakannya.Contohnya: menunaikan solat dan berpuasa di bulan Ramadhan.
Dari sudut teknikal, ia merupakan perintah dari Allah s.w.t.mengikut aturan dan tatacara yang tertentu.
Sunat (Mandub)
Sunat adalah suatu perkara yang diperintahkan oleh Allah s.w.t.
kepada seseorang Muslim untuk mengerjakannya, namun tidakdikenakan siksa bagi yang meninggalkannya. Ia bermaksud orangyang melaksanakan perintahNya akan mendapat pahala dan
meninggalkannya tidak mendapat dosa. Contohnya: memberiderma atau sedekah kepada mereka yang memerlukan.
7/24/2019 TBE A(2016)
7/260
Pengenalan Muamalat Islam 7
Haram
Haram bermaksud perkara yang dituntut secara tegas oleh syarakuntuk tidak mengerjakannya, mengikut aturan dan tatacara yang
tertentu. Contoh perbuatan haram ialah menyalahgunakan hartamilik orang lain.
Makruh
Makruh adalah perkara yang dituntut oleh syarak untukmeninggalkannya namun tidak begitu keras. Dengan lain
perkataan, perkara yang dilarang melakukan tapi tidak disiksabagi yang mengerjakan. Contoh perbuatan makruh ialahberhutang tanpa dokumen yang sah (tidak direkodkan).
Harus (Mubah)
Mubah adalah perkara yang dibebaskan syarak untuk memilihuntuk mengerjakannya atau meninggalkannya, dan orang yangmelaksanakannya maupun yang meninggalkannya tidak mendapat
pahala atau dosa. Contohnya, semua bentuk kontrak / perjanjianadalah dibenarkan kecuali ia dibuktikan sebaliknya.
1.1.4 Sumber-sumber Utama dan Sokongan Syariah
No. Sumber Utama Keterangan
i. Al-Quran Al-Quran adalah kata-kata dari Allahs.w.t. yang diturunkan kepada Nabi
Muhammad s.a.w. dalam bentuk wahyuuntuk dijadikan pedoman kepada seluruh
umat manusia. Al-Quran merupakansatu-satunya mukjizat tertinggi yang
menjadi sumber rujukan utama dalamperundangan Islam dan masyarakat
Muslim seluruhnya. Al-Quran adalahsumber lengkap dan muktamad dalam
7/24/2019 TBE A(2016)
8/260
8 Amalan Asas Takaful
menentukan sahnya setiap obligasi
udang-undang. Al-Quran dijadikansumber panduan yang lengkap danmenyeluruh, dan ia hendaklah diterima
pakai dan dilaksanakan seluruhnya.
ii. Sunnah Sunnahsecara harfiah bermaksudkaedah yang merangkumi sesuatuyang diriwayatkan oleh Rasulullah s.a.w.
berupa perkataan (qawl), perbuatan (fil)dan ketetapan (taqrir).
Sebarang amalan yang datangnya dari
hasrat dan disandarkan kepadaRasulullah s.a.w adalah juga merupakaninspirasi dan ilham dari Allah s.w.t.
Istilah Sunnahperlu dibezakan dengan
Hadis, di mana hadis berupa kata-kataatau ucapan Rasulullah s.a.w.
No. Sumber
Sokongan
Keterangan
i. Ijma(kesepakatan
pendapat)
Ijmaialah kesepakatan pendapat ulamadi kalangan masyarakat Islam di zamanselepas kewafatan Rasulullah s.a.w,dalam menyelesaikan masalah berkaitan
kedudukan perundangan Islam.
Dari sudut perlaksanaannya, Ijmakmerupakan persetujuan perundanganoleh para ulama (mujtahid) apabila
kaedah penyelesaian masalah tidakdiperolehi melalui rujukan al-Quran danSunah. Para ulamaperlu mencapai kata
sepakat perundangan ketika sesuatupermasalahan itu timbul.
7/24/2019 TBE A(2016)
9/260
Pengenalan Muamalat Islam 9
ii Qiyas
(kesimpulansecara
perbandingan)
Qiyasbermaksud membandingkan dan
mencari persamaan dari sudutperundangan atas perkara yang baruterjadi, yang secara jelasnya tidak
terdapat dalam al-Quran ataupun Hadis.Dengan lain perkataan, para ulama akanmerujuk kepada al-Quran dan Sunnah
perkara yang serupa dengan itu, dankemudiannya membuat kesimpulan /
ketetapan dengan membandingkan diantara permasalahan yang baru terjadi
dengan perkara yang telah ada hukumsebelumnya.
Secara amnya, Qiyas adalah lanjutankepada bidang Syariah berkaitan
permasalahan / kes terdahuludibandingkan dengan permasaalahan /
kes terbaru, disebabkan kes terbarumempunyai sebab dan akibat serta kesanyang sama dengan kes terdahulu.
iii Maslahah
(kepentinganumum)
Maslahah(pertimbangan kepentingan
umum) merupakan suatu konsep dalamperundangan Islam t