tawaran, oktober 2019dan badan kerajaan untuk terlibat dalam perdagangan pelepasan, dan mekanisme...

42
Tawaran, Oktober 2019

Upload: others

Post on 31-Dec-2019

15 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tawaran, Oktober 2019dan badan kerajaan untuk terlibat dalam perdagangan pelepasan, dan mekanisme pasaran untuk mengawal dan mengurangkan pelepasan yang mencemarkan dengan menyediakan

Tawaran, Oktober 2019

Page 2: Tawaran, Oktober 2019dan badan kerajaan untuk terlibat dalam perdagangan pelepasan, dan mekanisme pasaran untuk mengawal dan mengurangkan pelepasan yang mencemarkan dengan menyediakan

Tawaran MMT 2

Ringkasan Eksekutif ...................................................... 3

Pengenalan ................................................................ 3

Mata wang Kripto dan Kesan Ekonominya ............................ 4

Cabaran Perlombongan Mata Wang Kripto ........................... 5

Masalah Perlombongan Dan Penyelesaian.......................... 10

Penyelesaian Masalah Token Perlombongan Mudah Alih .......... 10

Misi Token Perlombongan Mudah Alih ................................ 12

Faktor Pelaris Unik Dan Teknologi .................................. 14

Teknologi Terpaten Dan Kelebihan ................................... 15

Model Perniagaan, Aliran Hasil Dan Skim Pendapatan ........... 21

Model ..................................................................... 21

Aliran Hasil .............................................................. 22

Skim Pendapatan ........................................................ 23

Ciri Token Perlombongan Mudah Alih Dan Pakej Pembelian ... 25

Model Hasil MMTN ....................................................... 27

Seni Bina Teknikal Token Perlombongan Mudah Alih ............ 31

Produk Masa Depan ..................................................... 32

Batu Penanda ............................................................ 33

Nota Akhir ................................................................ 35

Nota Perundangan ...................................................... 36

Pasukan ................................................................... 37

Page 3: Tawaran, Oktober 2019dan badan kerajaan untuk terlibat dalam perdagangan pelepasan, dan mekanisme pasaran untuk mengawal dan mengurangkan pelepasan yang mencemarkan dengan menyediakan

Tawaran MMT 3

Ringkasan Eksekutif

Pengenalan

Token Perlombongan Mudah Alih (MMTN, Mobile Mining

Token) sedang mengejar ke arah penstrukturan semula infrastruktur

perlombongan mata wang kripto secara global, dipacu untuk

menyelesaikan isu-isu umum termasuklah kecekapan rendah,

penggunaan sumber yang sangat banyak dan pencemaran alam

sekitar.

Menggunakan teknologi yang dipatenkan pada tahun 2019,Token

Perlombongan Mudah Alih (MMT, Mobile Mining Token)

menawarkan penyelesaian yang bergantung kepada pengintegrasian

peralatan cekap tenaga dalam rantaian proses pengeluar kuasa,

membolehkan penggunaan dan penstabilan sepenuhnya grid besar,

dengan ketaranya memperbaik kecekapan perlombongan dan

mengurangkan pengeluaran CO2 per unit mata wang kripto yang

dilombong.

Gugusan yang dicipta oleh MMT akan diuruskan menerusi Apl Token

Perlombongan Mudah Alih tak terpusat (dApp).

Token Perlombongan Mudah Alih berfokus pada tiga bahagian

pembangunan yang utama:

1. Penggunaan teknologi untuk meningkatkan kapasiti

penjanaan utama;

2. Pencarian rakan kongsi dan penskalaan projek di wilayah

utama, termasuklah negara-negara membangun;

3. Membina infrastruktur bersepadu dalam konteks

“Gandingan sektor”.

Tawaran token bagi Projek Token Perlombongan Mudah Alih akan

mengutip dana untuk menggunakan teknologi baru dan perlahan-

lahan meningkatkan kecekapan perlombongan mata wang kripto.

Page 4: Tawaran, Oktober 2019dan badan kerajaan untuk terlibat dalam perdagangan pelepasan, dan mekanisme pasaran untuk mengawal dan mengurangkan pelepasan yang mencemarkan dengan menyediakan

Tawaran MMT 4

Mata wang Kripto dan Kesan Ekonominya

Teknologi blockchain dan mata wang kripto, kuasanya dikaitkan dengan perkembangan sistem kewangan yang terkini. Hari ini, ia mempunyai kedudukan yang penting dalam ekonomi global dan dikenali sebagai kelas aset baru, berbeza daripada instrumen kewangan tradisional. Kualiti dan ciri-ciri unik aset kripto, seperti penyahpusatan, halangan kemasukan yang rendah, pembayaran merentas sempadan yang pantas dan kerahsiaan, membolehkannya bertindak sebagai asas inovasi ekonomi, terutamanya di negara-negara membangun. Walau bagaimanapun, tidak seperti mata wang fiat, yang dikeluarkan oleh bank-bank pusat pada kos yang sangat minimal, mata wang kripto memerlukan sumber yang sangat besar dan perkakasan mahal untuk menyelesaikan teka-teki kriptografi, menjadikannya sangat tidak cekap jika dibandingkan dan juga mengekang inovasi ekonomi di kawasan di mana ia paling diperlukan. Oleh itu, dalam satu aspek, peningkatan ekonomi global memerlukan kemajuan teknologi yang dimungkinkan oleh mata wang kripto, tetapi daripada sisi lainnya pula, kos kemasukan yang tinggi, keperluan sumber dan kesan alam sekitar yang berkait dengan perlombongan kripto memerlukan penyelesaian segera. Token Perlombongan Mudah Alih, menerusi penggunaan teknologi berpaten yang terulung, menyediakan penyelesaian kepada beberapa cabaran industri yang utama.

Page 5: Tawaran, Oktober 2019dan badan kerajaan untuk terlibat dalam perdagangan pelepasan, dan mekanisme pasaran untuk mengawal dan mengurangkan pelepasan yang mencemarkan dengan menyediakan

Tawaran MMT 5

Cabaran Perlombongan Mata Wang Kripto

Buat masa sekarang, Bukti Kerja (PoW, Proof of Work) Mata Wang Kripto membentuk 93.78% daripada jumlah bilangan mata wang kripto dalam pasaran, dan 92% daripada jumlah permodalan pasaran pada bulan Jun 20191. Tenaga elektrik yang digunakan untuk perlombongan mata wang kripto kini menyaingi jumlah penggunaan daripada beberapa negara (seperti yang ditunjukkan di bawah).

2

1 https://cryptodigestnews.com/pos-staking-and-150-returns-reality-or-crypto-myth-bb7af75700cd

2 https://www.bbc.com/news/technology-48853230

Page 6: Tawaran, Oktober 2019dan badan kerajaan untuk terlibat dalam perdagangan pelepasan, dan mekanisme pasaran untuk mengawal dan mengurangkan pelepasan yang mencemarkan dengan menyediakan

Tawaran MMT 6

Penggunaan tenaga elektrik berkaitan perlombongan mata wang kripto kini lebih tinggi berbanding sebelumnya (64.63 TWh), manakala kos tenaga elektrik terus meningkat pada kadar yang pantas.

3

Malangnya, penggunaan tenaga elektrik ini bukanlah masalah terbesar – tetapi atas fakta bahawa kebanyakan kemudahan perlombongan kripto terletak di wilayah (terutamanya di China) yang sebahagian besarnya bergantung pada penjanaan kuasa berasaskan arang batu4.

3 https://www.cbeci.org/ 4 https://www.wired.com/story/bitcoins-climate-impact-global-cures-local/

Page 7: Tawaran, Oktober 2019dan badan kerajaan untuk terlibat dalam perdagangan pelepasan, dan mekanisme pasaran untuk mengawal dan mengurangkan pelepasan yang mencemarkan dengan menyediakan

Tawaran MMT 7

Satu penyelidikan baru, “Cap Kaki Karbon Bitcoin”, diterbitkan dalam Jurnal Sains Joule, menganggarkan penjanaan tenaga elektrik ini mengakibatkan pelepasan 22 Mt CO2 ke atmosfera setiap tahun. Suatu ironi yang pahit, di mana teknologi paling maju, menjanjikan ketercapaian kewangan global, tetapi bergantung pada kaedah penjanaan kuasa yang sudah lapuk dan berbahaya pada alam sekitar. Tambahan pula, penggunaan tenaga yang tinggi ini telah membawa kepada suatu kenyataan bahawa penghasilan mata wang kripto pada tahun 2019 telah mencapai satu peringkat rendah yang serius.

Keberuntungan Perlombongan USD/Hari untuk THash/s5

5 https://bitinfocharts.com/comparison/bitcoin-mining_profitability.html#2y

tCarta Sejarah Keberuntungan Perlombongan Bitcoin

Keberuntungan Perlombongan USD/Hari untuk 1 THash/s

Page 8: Tawaran, Oktober 2019dan badan kerajaan untuk terlibat dalam perdagangan pelepasan, dan mekanisme pasaran untuk mengawal dan mengurangkan pelepasan yang mencemarkan dengan menyediakan

Tawaran MMT 8

Menurut pakar3, harga pulang modal untuk perlombongan bitcoin kini berkisar antara $3,550 hingga $4,350. Angka ini adalah berasaskan pada tarif elektrik yang bersamaan dengan 5.5 sen per kilowatt jam (kWh). Selain itu, berdasarkan data yang diterbitkan oleh BTC.com, menjelang pertengahan tahun 2019, kesukaran perlombongan Bitcoin mencapai kemuncaknya sebanyak 9.06 trilion (T) pada ketinggian blok 584,640.

Kesukaran yang semakin meningkat memaksa penggunaan perkakasan berkuasa tinggi dan lebih banyak lagi tenaga. Oleh itu, industri berhadapan dengan pelbagai masalah teknologi dan ekonomi yang perlu diselesaikan: 1. Terdapat suatu keperluan yang jelas ketara untuk

memperkenalkan teknologi perlombongan baru yang dapat mengurangkan penggunaan tenaga elektrik

2. Adalah perlu untuk meningkatkan keberuntungan penjanaan bagi

memastikan industri mempunyai sumber untuk merancakkan pembangunan

Page 9: Tawaran, Oktober 2019dan badan kerajaan untuk terlibat dalam perdagangan pelepasan, dan mekanisme pasaran untuk mengawal dan mengurangkan pelepasan yang mencemarkan dengan menyediakan

Tawaran MMT 9

3. Adalah penting untuk mengurangkan kerosakan alam sekitar

yang diakibatkan oleh perlombongan mata wang kripto

4. Terdapat suatu keperluan untuk menjadikan perlombongan kripto lebih menyeluruh dengan merendahkan halangan kemasukan dan memperbaik kemampanan

5. Infrastruktur perlombongan kripto memerlukan reformasi bagi

menyerlahkan potensinya untuk kebebasan dan ketercapaian ekonomi global

Menyelesaikan isu-isu tersebut memerlukan sebuah projek yang menyepadukan dengan cekapnya perlombongan mata wang kripto ke dalam aliran teknologi sedia ada supaya dapat mengurangkan kerosakan alam sekitar, menstabilkan sistem tenaga dan menangani masalah tambahan.

Page 10: Tawaran, Oktober 2019dan badan kerajaan untuk terlibat dalam perdagangan pelepasan, dan mekanisme pasaran untuk mengawal dan mengurangkan pelepasan yang mencemarkan dengan menyediakan

Tawaran MMT 10

Masalah Perlombongan Dan Penyelesaian

Token Perlombongan Mudah Alih yakin bahawa perlombongan

kripto masa depan haruslah cekap dan menyeluruh, dan

pasukannya berbangga dengan hakikat bahawa teknologi yang

dipatenkannya bukan sahaja mengurangkan kos tenaga dan

pelepasan gas berbahaya tetapi juga bermanfaat buat penaja

projek.

Penyelesaian Masalah Token Perlombongan Mudah Alih

Masalah Penyelesaian MMT

Menjelang tahun 2019, keberkesanan perlombongan yang dilakukan menggunakan teknologi tradisional telah menurun dengan ketaranya.

Token Perlombongan Mudah Alih telah membangunkan dan mempatenkan penyelesaian berteknologi yang menawarkan pendekatan yang pada dasarnya berbeza kepada perlombongan mata wang kripto. Ia membolehkan pengurangan yang cukup besar dalam penggunaan tenaga elektrik dan meningkatkan keseluruhan daya pengeluaran sistem untuk bukan sahaja mencegah daripada kerosakan alam sekitar tetapi juga menjadikan perlombongan kripto lebih terbuka dan menyeluruh.

Perlombongan mata wang kripto menggunakan sejumlah besar sumber.

Kelebihan utama Token Perlombongan Mudah Alih adalah keupayaannya mengurangkan penggunaan tenaga elektrik global bagi penjanaan mata wang kripto.

Pengurangan yang ketara dalam penggunaan tenaga elektrik dimungkinkan melalui sistem penyejukan revolusioner, juga menggunakan semula tenaga elektrik yang digunakan bagi memastikan dapat menghasilkan perkhidmatan sampingan untuk penstabilan grid dan penjanaan kuasa terma.

Page 11: Tawaran, Oktober 2019dan badan kerajaan untuk terlibat dalam perdagangan pelepasan, dan mekanisme pasaran untuk mengawal dan mengurangkan pelepasan yang mencemarkan dengan menyediakan

Tawaran MMT 11

Perlombongan kripto amat membahayakan alam sekitar dengan pembebasan 22 megatan karbon dioksida ke atmosfera setiap tahun.

Token Perlombongan Mudah Alih khususnya telah menolak penggunaan tenaga elektrik berasal daripada bahan api fosil dan hanya menggunakan tenaga boleh dibaharui sahaja dalam operasi pengeluarannya.

Teknologi yang digunakan membolehkan penurunan ketara dalam pembebasan karbon per unit mata wang kripto yang dilombong.

Penyelesaian teknologi Token Perlombongan Mudah Alih akan membantu industri tenaga di negara-negara membangun memenuhi perjanjian alam sekitar globalnya, dan penurunan pelepasan CO2 akan mengiktiraf MMT sebagai peserta proaktif di bawah Protokol Kyoto.

Perlombongan tidak menyeluruh bagi majoriti komuniti mata wang kripto.

Seperti yang terbukti tahun ini, perlombongan kripto telah menjadi perniagaan syarikat besar. Penggemar kripto telah diketepikan dan tidak lagi mendapat manfaat daripada perlombongan mata wang kripto kerana peralatan mahal dan kesukaran yang meningkat.

Token Perlombongan Mudah Alih membangunkan struktur ternyahpusat terbuka kepada komuniti kripto, membolehkan pengguna untuk menentukan arah tuju pasaran sekali lagi.

Masalah ini akan selesai dengan mengeluarkan token yang memberi hak akses untuk memasang peralatan perlombongan dan mencipta aplikasi mudah yang membolehkan penyertaan dalam operasi perlombongan menerusi skrin telefon pintar.

Infrastruktur mata wang kripto kekal tidak dimajukan.

Hari ini, infrastruktur perlombongan kripto wujud secara berasingan daripada rantaian proses yang tersedia sekarang. Sebarang percubaan untuk menyepadukan kapasiti penjanaan ke dalam grid telah menjadi tidak efektif.

Token Perlombongan Mudah Alih awalnya mencipta peralatan yang tertumpu pada kendalian dalam rangkaian sedia ada, dan menyokong perkhidmatan

Page 12: Tawaran, Oktober 2019dan badan kerajaan untuk terlibat dalam perdagangan pelepasan, dan mekanisme pasaran untuk mengawal dan mengurangkan pelepasan yang mencemarkan dengan menyediakan

Tawaran MMT 12

tambahan untuk memenuhi permintaan dalam pasaran penjanaan haba dan kuasa.

Ini membolehkan MMT mencipta infrastruktur yang mana blockchain wujud bersama dengan sistem semasa.

Objektif utama Token Perlombongan Mudah Alih adalah untuk membentuk gugusan tenaga yang dapat mengatasi yang tradisional daripada segi kesenangan dan kecekapan, bersama-sama dengan menyediakan akses mudah ke perlombongan kripto dan melabur dalam teknologi perlombongan untuk pengguna biasa.

Misi Token Perlombongan Mudah Alih

Misi Token Perlombongan Mudah Alih adalah untuk membina semula infrastruktur perlombongan mata wang kripto secara global berdasarkan teknologi inovatif untuk menyepadukan penjanaan ke dalam rantaian teknologi dan ekonomi sedia ada. Pencapaian misi Token Perlombongan Mudah Alih akan menyumbang kepada penciptaan dan pembangunan infrastruktur tenaga global yang boleh menyokong ekonomi baru dan bersih serta memberi manfaat kepada planet ini. Untuk mencapai daya pengeluaran maksimum dan untuk mencapai kejayaan dengan Token Perlombongan Mudah Alih, kami sasarkan untuk menyampaikan:

1. Rantai teknologi yang akan membolehkan pemasangan

peralatan penjanaan dalam bahagian dengan nilai tambahan yang ketara, meningkatkan penstabilan grid, meningkatkan kecekapan tenaga dan membekalkan haba berpatutan untuk komuniti kediaman.

2. Token utiliti yang akan menyediakan pengguna akses kepada

satu set peralatan efektif, membolehkannya menyumbang ke arah

Page 13: Tawaran, Oktober 2019dan badan kerajaan untuk terlibat dalam perdagangan pelepasan, dan mekanisme pasaran untuk mengawal dan mengurangkan pelepasan yang mencemarkan dengan menyediakan

Tawaran MMT 13

pembangunan sistem dan meraih akses untuk menjana kapasiti gugusan industri. Token akan bertindak sebagai kayu ukur bagi penyertaan dalam projek ini, pengagihan mata wang kripto yang dilombong dan pajakan kapasiti penjanaan.

3. Sistem kawalan elektronik ternyahpusat sepenuhnya yang

telus kepada semua peserta dalam sistem. Ini akan direalisasikan menerusi pembangunan APL Token Perlombongan Mudah Alih – platform yang bertujuan untuk mengurus penyertaan dalam projek. Menggunakan aplikasi ini penaja akan dapat menguruskan kewangan mereka dengan fleksibelnya dan menyertai dalam projek menerusi pembelian dan jualan Token Perlombongan Mudah Alih dan mata wang kripto.

Selain itu, projek Token Perlombongan Mudah Alih menyasarkan untuk menongkah ke hadapan dengan penyelidikan dalam pembangunan dan penyelenggaraan teknologi pusat data dan penjanaan kuasa, dengan matlamat untuk tidak hanya meningkatkan kecekapan dan kebergantungan pada sumber tenaga boleh dibaharui, tetapi juga melindungi alam sekitar dengan menyingkirkan penggunaan tenaga elektrik daripada bahan api fosil.

Page 14: Tawaran, Oktober 2019dan badan kerajaan untuk terlibat dalam perdagangan pelepasan, dan mekanisme pasaran untuk mengawal dan mengurangkan pelepasan yang mencemarkan dengan menyediakan

Tawaran MMT 14

Faktor Pelaris Unik Dan Teknologi

Token Perlombongan Mudah Alih mempunyai beberapa usul-usul unik berdasarkan pendekatan yang berbeza pada asasnya untuk menjana mata wang kripto, dan dilindungi oleh paten dan pengetahuan. Teknologi penyejukan yang dipatenkan itu menjadikan projek Token Perlombongan Mudah Alih berlokasi bebas,

membolehkannya untuk membina kapasiti penjanaan ke dalam rantaian teknologi loji kuasa di pelbagai negara, termasuklah yang beriklim tropika dan khatulistiwa. Model Perniagaan Mudah Suai untuk peserta projek membolehkan mereka mencipta strategi dan model pendapatan mereka sendiri untuk dimanfaatkan daripada perlaksanaan projek.

Selain itu, rantaian teknologi yang akan memungkinkan perlombongan kripto neutral-karbon akan membolehkan institusi dan badan kerajaan untuk terlibat dalam perdagangan pelepasan, dan mekanisme pasaran untuk mengawal dan mengurangkan pelepasan yang mencemarkan dengan menyediakan insentif ekonomi di bawah Protokol Kyoto. Tambahan lagi, Perisian Ladang Kawalan Jauh 100% MMT akan menjadikannya sangat mudah untuk mencipta sistem

ternyahpusat sepenuhnya iaitu telus kepada semua peserta, membolehkan mereka mengawasi, mengurus dan mengawal selia sumber mereka untuk penyertaan dalam projek ini.

Page 15: Tawaran, Oktober 2019dan badan kerajaan untuk terlibat dalam perdagangan pelepasan, dan mekanisme pasaran untuk mengawal dan mengurangkan pelepasan yang mencemarkan dengan menyediakan

Tawaran MMT 15

Akhir sekali, Pusat Data Gandingan Tenaga Dikontenakan Token Perlombongan Mudah Alih adalah serba boleh, mudah suai dan

serasi sepenuhnya dengan standard industri, membolehkannya untuk bekerja sebagai elemen penstabilan dan penyejukan bersama dengan pengeluar kuasa sedia ada.

Antara lain, peralatan bertindak sebagai pemasangan perindustrian berkualiti tinggi dengan hayat perkhidmatan sehingga 20 tahun, memerlukan kos penyelenggaraan minimum.

Teknologi Terpaten Dan Kelebihan

Paten

Token Perlombongan Mudah Alih telah menjalankan kerja penyelidikan yang penting, dan telah mempatenkan penyelesaian berteknologi inovatif yang akan memperkuasakan matlamat projek. Pada tahun 2019, syarikat mengambil paten untuk teknologi dengan impak ketara pada perlombongan kripto dan menyelesaikan isu-isu berkait dengan sistem tenaga. Paten itu diperoleh daripada Pejabat Paten Austria (Osterreichisches Patentamt) dan ianya dijamin sah dalam bidang kuasa utama di seluruh dunia.

Page 16: Tawaran, Oktober 2019dan badan kerajaan untuk terlibat dalam perdagangan pelepasan, dan mekanisme pasaran untuk mengawal dan mengurangkan pelepasan yang mencemarkan dengan menyediakan

Tawaran MMT 16

6 Paten itu membolehkan penggunaan tenaga penuh (penjanaan semula) dan penstabilan grid besar, dan menghidupkan prinsip “Gandingan Sektor” (Sektorkopplung). Gandingan sektor melibatkan penyepaduan kemudahan yang menggunakan tenaga (pemanasan, penyejukan, pengangkutan dan industri dsb.) dengan sektor bekalan tenaga. Disebabkan ini, paten membolehkan perlombongan kripto dengan cara yang lebih cekap dan membolehkan penjualan perkhidmatan tenaga tanpa membelanjakan pengeluarannya. Keberuntungan proses ini adalah berkali-kali ganda lebih tinggi daripada perlombongan tradisional. Paten itu memberikan Token Perlombongan Mudah Alih perniagaan penting dan kelebihan daya saing menerusi perlindungan awam hak intelektualnya dan membolehkan syarikat mempromosikan ‘tenaga bersepadu’ sebagai kaedah mampan untuk meningkatkan kecekapan tenaga dan mengurangkan pembebasan CO2.

Pusat Data Gandingan Tenaga Yang Dikontenakan

Berdasarkan pada teknologi terpaten yang disebutkan sebelum ini, Token Perlombongan Mudah Alih telah membangunkan sebuah sistem bermodul bagi unit perlombongan kripto.

6 Paten Nr. 520915 “Vorrichtung zur Kiihlung von Hochleistungsrechnern - Oder Schaltungen mit

Temperaturregelung”

Page 17: Tawaran, Oktober 2019dan badan kerajaan untuk terlibat dalam perdagangan pelepasan, dan mekanisme pasaran untuk mengawal dan mengurangkan pelepasan yang mencemarkan dengan menyediakan

Tawaran MMT 17

Unit Token Perlombongan Mudah Alih terdiri daripada kontena ISO (laut) standard yang dilengkapi dengan perkakasan perlombongan dan sistem penyejukan perendaman yang memperbaik penggunaan tenaga dan mengakibatkan peningkatan kuasa hashing. Selain itu, sokongan untuk pengawalan jauh membolehkan penyelesaian MMT menjadi terlaksana dengan lancarnya pada skala global, berlokasi bebas.

7

Dalam sistem penyejukan rendaman dua litar terpaten Token Perlombongan Mudah Alih, komponen elektrik yang tenggelam dalam takungan cecair pemindahan haba dielektrik, yang merupakan konduktor haba yang lebih baik daripada udara. Perkakasan yang diletakkan ke dalam sistem penyejukan terendam mendapat manfaat daripada suhu simpang rendah, mengakibatkan peningkatan prestasi dan kebolehpercayaan umum tanpa adanya perubahan suhu atau bintik panas. Oleh kerana sistem penyejukan adalah pasif dan tidak melekat pada perkakasan, tiada bahagian berlebihan memerlukan perkhidmatan ataupun sambungan.

8

7 7Susun Atur Sistem: Kontena 40″

8 The cooling system layout

Page 18: Tawaran, Oktober 2019dan badan kerajaan untuk terlibat dalam perdagangan pelepasan, dan mekanisme pasaran untuk mengawal dan mengurangkan pelepasan yang mencemarkan dengan menyediakan

Tawaran MMT 18

Kelebihan penyejukan rendaman:

● Kecekapan dan penjimatan tenaga yang lebih tinggi (>40% daripada

keseluruhan penjimatan tenaga elektrik); ● Mengurangkan modal dan perbelanjaan operasi; ● Prestasi

meningkat; ● Kebolehpercayaan

perkakasan meningkat;

● Operasi tepat dalam ruangan tertutup dan persekitaran ekstrem (panas, lembap dsb.);

● Impak alam sekitar dikurangkan Kajian telah menunjukkan bahawa teknologi Token Perlombongan Mudah Alih boleh membantu menjimatkan sehingga 95% daripada tenaga yang digunakan untuk penyejukan dan dialihkan kepada penggunaan lain yang lebih produktif.

Page 19: Tawaran, Oktober 2019dan badan kerajaan untuk terlibat dalam perdagangan pelepasan, dan mekanisme pasaran untuk mengawal dan mengurangkan pelepasan yang mencemarkan dengan menyediakan

Tawaran MMT 19

Perisian Ladang Kawalan Jauh – Apl Token Perlombongan Mudah Alih

Apl Token Perlombongan Mudah Alih Apl berasaskan blockchain ternyahpusat yang dicipta untuk menguruskan aset mata wang kripto pengguna dan akses kemudahan penjanaan projek – bertindak sebagai sebuah pusat kawalan sistem pintar. Bersama dengan Token Perlombongan Mudah Alih, apl ini menyokong Bitcoin, Ethereum, USDT, Bitcoin Cash, Litecoin, dsb.

Menggunakan Apl Token Perlombongan Mudah Alih ini, pengguna mempunyai keupayaan untuk membuat transaksi segera dan melombong mata wang kripto pada kemudahan terpajak Token Perlombongan Mudah Alih – menjadikan apl kedua-duanya, sebuah alat pengurusan aset dan hab penjanaan pendapatan. Apl Token Perlombongan Mudah Alih ini juga menyokong keselamatan pelbagai tahap, memastikan perlindungan data

kewangan, infrastruktur dan maklumat peribadi, semua ini sementara tetap mengekalkan ketelusan operasi. Tahap keselamatan pertama adalah protokol Kenal Pelanggan Anda

(KYC, Know Your Customer), yang mana adalah mandatori dan mencegah sebarang kebarangkalian penggunaan kripto yang menyalahi undang-undang. Tahap keselamatan kedua terdiri daripada prosedur Anti

Pengubahan Wang Haram (AML, Anti Money Laundering), memastikan bahawa semua transaksi adalah telus dan sah. Rangkaian Token Perlombongan Mudah Alih ini direka bentuk untuk penggunaan yang telus dan mudah, supaya pengguna tanpa pengalaman sebelumnya atau yang bukan celik teknologi juga boleh menyertai dalam operasi perlombongan kripto dan perkhidmatan berkaitan.

Page 20: Tawaran, Oktober 2019dan badan kerajaan untuk terlibat dalam perdagangan pelepasan, dan mekanisme pasaran untuk mengawal dan mengurangkan pelepasan yang mencemarkan dengan menyediakan

Tawaran MMT 20

Perlombongan Neutral-CO2 & Pengawasan Alam Sekitar

Penyelesaian teknologi Token Perlombongan Mudah Alih direka bentuk untuk menyediakan sokongan secukupnya untuk perlombongan mata wang kripto yang mesra alam.

Token Perlombongan Mudah Alih berbangga dengan hakikat bahawa ianya menyokong penjanaan kripto neutral-karbon, menjadikannya boleh capai, lebih selamat dan sensitif pada persekitaran. Dengan pacuan ini, Token Perlombongan Mudah Alih telah menjadi syarikat pertama dalam bidang perlombongan kripto yang menggalas tanggungjawab mengurangkan pembebasan CO2.

Token Perlombongan Mudah Alih percaya bahawa keseluruhan industri menjana kuasa seharusnya dibina semula atas prinsip baru yang memastikan pembangunan teknologi blockchain tidak memberi impak negatif kepada alam sekitar. Dalam usaha menjayakannya, Token Perlombongan Mudah Alih komited untuk menerbitkan laporan tahunan untuk menunjukkan jumlah pelepasan karbon dioksida yang dikurangkan hasil kepada teknologi inovatifnya. Selain itu, projek itu juga merancang untuk kerap menerbitkan data mengenai audit persekitaran bagi kapasiti penjanaannya, membandingkannya dengan penanda aras industri. Berdasarkan pengiraannya, dalam tahun pertama operasi, peralatan Token Perlombongan Mudah Alih akan mengurangkan pelepasan

CO2 sebanyak 2,200 tan, menghasilkan hasil ketara yang boleh memberi impak terhadap kesejahteraan hidupan generasi hadapan.

Page 21: Tawaran, Oktober 2019dan badan kerajaan untuk terlibat dalam perdagangan pelepasan, dan mekanisme pasaran untuk mengawal dan mengurangkan pelepasan yang mencemarkan dengan menyediakan

Tawaran MMT 21

Model Perniagaan, Aliran Hasil Dan Skim Pendapatan

Model

Model perniagaan Token Perlombongan Mudah Alih adalah berdasarkan pada proses yang lebih berkarakter perusahaan tradisional daripada projek mata wang kripto. MMT mempunyai sumber hasil yang sangat telus, bergantung pada hasil daripada peralatan penjanaan dan paten berdaftar, membolehkan penyepaduan perkakasan perlombongan kripto menjadi rantaian kuasa entiti dan perniagaan sedia ada. Model ekonomi Token Perlombongan Mudah Alih adalah berdasarkan pada perancangan operasi jangka-panjang dan pendekatan saintifik terhadap perlombongan mata wang kripto, yang membolehkan penjanaan hasil yang ketara dan keupayaan ubah skala bagi pertumbuhan permodalan perniagaan. Faktor penstabilan tambahan adalah bahawa Token Perlombongan Mudah Alih mewakili barisan perniagaan baru untuk usaha yang berjaya dalam sektor sebenar yang berpengalaman dalam membekal dan mengendalikan peralatan serupa. Jesteru, tindakan persediaan yang perlu disiapkan adalah sama dengan penubuhan kemudahan pengeluaran tradisional:

1) Dana yang diterima akan diperuntukkan untuk membeli peralatan yang mana akan diterapkan dalam aliran proses sedia ada bagi syarikat-syarikat penjanaan kuasa dan bekalan. 2) Rancangan penskalaan dibangunkan untuk projek ini dan direka bentuk untuk memastikan bahawa skim aliran proses yang berjaya menjadi standard industri. 3) Model perniagaan yang telus dicipta, yang menjadikannya tidak mustahil untuk menentukan dengan jelas peringkat

Page 22: Tawaran, Oktober 2019dan badan kerajaan untuk terlibat dalam perdagangan pelepasan, dan mekanisme pasaran untuk mengawal dan mengurangkan pelepasan yang mencemarkan dengan menyediakan

Tawaran MMT 22

pembangunan perniagaan dan faedah yang diterima oleh semua peserta.

Aliran Hasil

Peralatan MMT – Kontena Perlombongan, dibina atas teknologi terpaten, akan menjana hasil dalam tiga bahagian:

1. Perlombongan mata wang kripto; 2. Penstabilan keupayaan penjanaan pengeluar kuasa; 3. Bekalan tenaga terma diserap sewaktu operasi

Setiap bahagian ini boleh dilaksanakan secara teknologinya dan mempunyai pasaran jualan yang sudah mantap. Disebabkan oleh Kontena Perlombongan akan diletakkan pada tapak penjanaan kuasa, peralatan akan dibina ke dalam infrastruktur sedia ada, dengan itu mengurangkan kos. Ketika ini, skop kerja berkaitan dengan pembangunan teknologi dan unjuran ekonomi untuk Token Perlombongan Mudah Alih telah selesai.

Page 23: Tawaran, Oktober 2019dan badan kerajaan untuk terlibat dalam perdagangan pelepasan, dan mekanisme pasaran untuk mengawal dan mengurangkan pelepasan yang mencemarkan dengan menyediakan

Tawaran MMT 23

Skim Pendapatan Untuk melombong mata wang kripto pada kemudahan Token Perlombongan Mudah Alih, pengguna hanya perlu membeli pakej khusus, dan setiap pakej mendapat sejumlah saham tertentu dalam keupayaan penjanaan. Untuk meningkatkan penyertaan dalam projek dan menerima pendapatan tambahan, pengguna boleh meluaskan portfolio produk atau perkhidmatan mereka menerusi Apl Token Perlombongan Mudah Alih (dengan mendapatkannya di pasaran dengan mata wang kripto yang disokong atau Token Perlombongan Mudah Alih). Semua pengedaran mata wang kripto akan dinilai setiap hari dan statistik lain, seperti keupayaan penjanaan, akan dapat dilihat dalam Apl Token Perlombongan Mudah Alih.

Menggunakan Aplikasi blockchain MMT, mana-mana pengguna boleh menukar atau mengeluarkan Token Perlombongan Mudah Alih untuk mata wang kripto lain dalam beberapa minit sahaja. Dompet Apl Token Perlombongan Mudah Alih tidak mempunyai syarat baki minimum dan pengeluaran adalah serta-merta, bergantung hanya pada masa pengesahan transaksi. Dengan kefleksibelan yang diberikan oleh apl, yang mana akan tersedia di Google Play dan App Store, pengguna akan dapat mengurus kewangan mereka dengan mudahnya dan mengawal selia penyertaan mereka dalam projek Token Perlombongan Mudah Alih.

Page 24: Tawaran, Oktober 2019dan badan kerajaan untuk terlibat dalam perdagangan pelepasan, dan mekanisme pasaran untuk mengawal dan mengurangkan pelepasan yang mencemarkan dengan menyediakan

Tawaran MMT 24

Page 25: Tawaran, Oktober 2019dan badan kerajaan untuk terlibat dalam perdagangan pelepasan, dan mekanisme pasaran untuk mengawal dan mengurangkan pelepasan yang mencemarkan dengan menyediakan

Tawaran MMT 25

Ciri Token Perlombongan Mudah Alih Dan Pakej Pembelian

Token Perlombongan Mudah Alih akan dikeluarkan pada Blockchain Ethereum dengan bekalan awal sebanyak 1,250,000,000 token, dan akan menjadi asas ekonomi projek dan satu-satunya token yang digunakan untuk pengagihan pendapatan perlombongan.

Nama token: Token Perlombongan Mudah Alih

Simbol Saham: MMTN

Standard Token: Ethereum - ERC20 serasi

Perpuluhan Token: 2

Harga Token 1 MMTN = 1 μBTC (0.000001 BTC)

Bekalan Token 1,250,000,000.000

Penerimaan Kewarganegaraan: Seluruh Dunia (Menurut Bidang Kuasa)

1 MMTN membawa harga 1 μBTC pada hari 1 (satu) Pelancaran awal Aplikasi blockchain MMT. Harga dan nilai belian balik akan dipinda setiap hari dalam Apl MMT. Pakej pembelian daripada Apl Token Perlombongan Mudah Alih akan membiayai pemerolehan dan pemasangan kontena perlombongan baru, sementara pemilik pakej akan menerima saham keupayaan penjanaan untuk melombong mata wang kripto.

Page 26: Tawaran, Oktober 2019dan badan kerajaan untuk terlibat dalam perdagangan pelepasan, dan mekanisme pasaran untuk mengawal dan mengurangkan pelepasan yang mencemarkan dengan menyediakan

Tawaran MMT 26

Mata wang kripto yang dijana menerusi Gugusan Perlombongan Mudah Alih akan diagihkan sebagai pendapatan kepada

penggunanya mengikut perkadaran pakej dan saham penjanaan yang dimilikinya. Token MMTN yang diagihkan itu akan dimasukkan ke dalam dompet pengguna dalam apl MMT setiap hari atau setiap minggu, dan boleh, pada bila-bila masa, ditukarkan kepada mata wang kripto yang disokong, yang kemudiannya boleh dikeluarkan atau didagangkan di pasaran bebas. Semua pendapatan token MMTN akan diagih dan diberikan mengikut peraturan berikut: 75% - Baki Pengeluaran Pengguna 25% - Baki Pembelian Semula Pengguna 5% - Pelarasan Pengurusan Token 1. Baki Pengeluaran Pengguna – baki ini akan tersedia setiap masa buat pengguna untuk ditukarkan dalam mata wang kripto

yang disokong (BC, ETH dll.) dan pengeluaran.

2. Baki Pembelian Semula Pengguna – baki ini akan tersedia untuk pembelian semula dalam pakej Perlombongan baru atau sebarang produk lain yang ditawarkan dalam Aplikasi blockchain MMT.

3. Pelarasan Pengurusan Token – baki ini menjamin

pengawalseliaan sendiri harga asal token MMTN dan nilai kenaikan dari masa ke masa. Sejumlah tertentu Token akan hangus pada setiap pengagihan token pendapatan perlombongan oleh Aplikasi blockchain MMT kepada Pengguna.

Page 27: Tawaran, Oktober 2019dan badan kerajaan untuk terlibat dalam perdagangan pelepasan, dan mekanisme pasaran untuk mengawal dan mengurangkan pelepasan yang mencemarkan dengan menyediakan

Tawaran MMT 27

Berdasarkan unjuran jualan dan senario pasaran semasa, Token Perlombongan Mudah Alih menjangkakan pendapatan bulanan sehingga 3-8%. Dengan ciri-ciri tambahan penjanaan hasil ditawarkan pada platform, pendapatan boleh mencecah sehingga 9.5% setiap bulan. Sehinggalah, semakin projek itu berkembang, saham kontena perlombongan yang menjana keupayaan dipajak untuk menjana token MMTN akan menjadi swakekal.

Page 28: Tawaran, Oktober 2019dan badan kerajaan untuk terlibat dalam perdagangan pelepasan, dan mekanisme pasaran untuk mengawal dan mengurangkan pelepasan yang mencemarkan dengan menyediakan

Tawaran MMT 28

Model Hasil MMTN

Baki Seorang pengguna membeli pakej yang bersamaan dengan 5,000 EUR – pendapatan perlombongan yang diperolehnya daripada pajakan keupayaan penjanaan akan dipindahkan pada rantaian dalam token MMTN secara terus ke dalam dompet ERC20 dalam Apl MMT. Pengguna mengagihkan hasil yang diperoleh sebanyak 75/25, mengikut perkadaran yang dijelaskan dalam skim pendapatan. Mengikut pengiraan, dengan menyimpan MMTN dalam dompetnya dan tidak mengeluarkan hasil itu, pengguna juga boleh meraih kenaikan harga token asal.

Pembelian Semula Seorang pengguna membeli satu pakej yang bersamaan dengan 5,000 EUR dan mula

menerima hasil 7 hari selepas pembelian, sebahagiannya pergi ke dompet pembelian semula dalam Apl MMT. Pada hari terakhir setiap bulan, baki pembelian semulanya dimasukkan ke dalam “Sindiket Kontena Perlombongan Mudah Alih”, di mana, berdasarkan bilangan token yang dilaburkan semula, dia berhak menerima bahagian dalam pendapatan yang diperoleh menerusi penggunaan Kontena Perlombongan Mudah Alih baru.

Page 29: Tawaran, Oktober 2019dan badan kerajaan untuk terlibat dalam perdagangan pelepasan, dan mekanisme pasaran untuk mengawal dan mengurangkan pelepasan yang mencemarkan dengan menyediakan

Tawaran MMT 29

Atau jika pendapatan perlombongan MMTN dijana secukupnya dalam baki ini – pengguna boleh memilih dan membeli pakej baru sendiri. “Sindiket Kontena Perlombongan Mudah Alih” dibentuk untuk semua penyumbang yang mempunyai baki pembelian semula positif dan mejana hasil baru dalam token MMTN setiap hari.

Pelarasan Pengurusan Token

Dengan setiap transaksi daripada Kontrak Pintar kepada pengguna (ketika mengagihkan pendapatan), beberapa % Token MMTN hangus untuk menjamin kestabilan dan kenaikan harga. Dengan menurunkan bekalan token dan menetapkan Permodalan Pasaran, harga token MMTN akan secara sendirinya menaik.

Saluran Hasil Sampingan

Page 30: Tawaran, Oktober 2019dan badan kerajaan untuk terlibat dalam perdagangan pelepasan, dan mekanisme pasaran untuk mengawal dan mengurangkan pelepasan yang mencemarkan dengan menyediakan

Tawaran MMT 30

Setiap pengguna yang berdaftar pada platform dan membeli pakej dibenarkan merujuk yang lain untuk memperoleh pendapatan sampingan berdasarkan rujukan yang dibuat. Juga sebaik sahaja haba terhasil secukupnya dalam bentuk tenaga daripada Gugusan Kontena Perlombongan, bonus tertentu akan dikeluarkan kepada Pengguna dan ini boleh menjadi aliran penjanaan hasil untuk peserta Sistem MMT. Perkara sama juga diguna pakai – sebaik sahaja Sistem MMT memindahkan operasinya pada Blockchain-nya sendiri (Sebagaimana penerangan batu penanda peta tuju) dan mula menjual tenaga elektrik menerusi pemancangan dan nod induk. Maka, sebagai projek pengiraan awal, menjelang akhir tahun pertama, pelabur seharusnya dapat menerima:

1. Kira-kira 9% hasil bulanan

daripada pakej, pembelian semula dan penjanaan rujukan

2. Keuntungan kenaikan harga token MMTN kira-kira 165% menjelang bulan 12 sejak dilancarkan.

Page 31: Tawaran, Oktober 2019dan badan kerajaan untuk terlibat dalam perdagangan pelepasan, dan mekanisme pasaran untuk mengawal dan mengurangkan pelepasan yang mencemarkan dengan menyediakan

Tawaran MMT 31

Seni Bina Teknikal Token Perlombongan Mudah Alih

Seni bina teknikal Token Perlombongan Mudah Alih adalah sistem yang serba lengkap, di mana sebarang peruntukan dan transaksi antara peserta direkodkan pada blockchain. Ini membolehkan penilaian segera terhadap keberkesanan semua elemen dalam sistem dan penambahbaikan berterusan teknologi. Parameter ekonomi berkaitan pemerolehan dan operasi satu Kontena Perlombongan seperti yang disenaraikan di bawah:

Keupayaan pengeluaran pengilang peralatan boleh menghantar 6 Kontena Perlombongan dalam tempoh yang munasabah. Selepas permulaan dan penyiapan awal, kemudahan yang menjana akan dipajak kepada pemegang token tetapi tidak lewat daripada 7 Oktober 2019. Kontena Perlombongan akan dikonfigurasikan untuk pemilihan boleh suai mata wang kripto untuk perlombongan, berdasarkan potensi pendapatan maksimum. Penjanaan mata wang kripto daripada operasi kemudiannya akan diagihkan antara pemegang token dan Kolam Token Perlombongan Mudah Alih, yang akan mengumpulkan dana untuk mengembangkan perniagaan dan memperoleh Kontena Perlombongan baru.

Page 32: Tawaran, Oktober 2019dan badan kerajaan untuk terlibat dalam perdagangan pelepasan, dan mekanisme pasaran untuk mengawal dan mengurangkan pelepasan yang mencemarkan dengan menyediakan

Tawaran MMT 32

Sebarang hasil yang diperoleh daripada penstabilan dan jualan haba juga akan diperuntukkan kepada Kolam Token Perlombongan Mudah Alih untuk operasi skala.

Produk Masa Depan

Pasukan Token Perlombongan Mudah Alih sedang melabur masa dan penyelidikan ke dalam melancarkan produk penjanaan pendapatan baru yang tersedia buat semua pengguna dApl MMT (Aplikasi Ternyahpusat) untuk pembelian.

Produk akan membantu pembelian pakej berkaitan dengan tenaga boleh dibaharui, sistem arbitraj, projek pertanian dan tenaga mampan antara lainnya. Pasukan juga meneroka perlaksanaan Kontena Perlombongan Mudah Alih berkenaan tanah pertanian untuk memanfaatkan haba yang terhasil dalam proses penanaman. Pengalaman sedia ada pasukan dalam sektor tenaga membuka pintu baru untuk Token Perlombongan Mudah Alih, dan pelbagai patennya memudahkan pengembangan pasaran menerusi pembaharuan infrastruktur global menggunakan peralatan perindustrian yang boleh dipercayai dan dicari-cari. Tidak lama lagi, Token Perlombongan Mudah Alih bercadang untuk fokus kepada tiga bahagian utama pembangunan:

➔ Perlaksanaan teknologi pada grid untuk mencipta keupayaan penjanaan utama;

➔ Pencarian rakan kongsi dan penskalaan projek ke wilayah-wilayah utama, termasuk negara-negara membangun;

➔ Membina infrastruktur bersepadu dalam rangka konsep “Gandingan Sektor”.

Page 33: Tawaran, Oktober 2019dan badan kerajaan untuk terlibat dalam perdagangan pelepasan, dan mekanisme pasaran untuk mengawal dan mengurangkan pelepasan yang mencemarkan dengan menyediakan

Tawaran MMT 33

Matlamat hebat Token Perlombongan Mudah Alih yang digariskan adalah berdasarkan pelan strategik terperinci dan pemahaman jelas mengenai langkah-langkah, tugasan dan cabaran-cabaran yang pasukan telah bersiap untuk tangani.

Batu Penanda

Selepas pelancaran awal aplikasi Token Perlombongan Mudah Alih, usaha akan ditumpukan kepada membangunkan aplikasi ternyahpusat sepenuhnya, yang akan menyokong dengan bebasnya aliran pengguna dan pengalaman berkaitan dengan pembelian dan penjanaan pendapatan dalam token MMTN, juga proses pengagihan token dan proses pengeluaran. Token Perlombongan Mudah Alih akan menjejak skim perlaksanaan berikut:

Fasa #1 – Pembangunan & Ujian Sistem Penyejukan Projek Token Perlombongan Mudah Alih menyampaikan Pusat Data Gandingan Tenaga Terkontena siap guna dan menawarkan pengehosan di lokasinya sendiri. Kelebihan Saingan: Perlombongan berlaku berhampiran zon bekalan, jadi kos tenaga jauh lebih rendah daripada tempat lain.

Page 34: Tawaran, Oktober 2019dan badan kerajaan untuk terlibat dalam perdagangan pelepasan, dan mekanisme pasaran untuk mengawal dan mengurangkan pelepasan yang mencemarkan dengan menyediakan

Tawaran MMT 34

H1 2018: Sistem Penyejukan telah direka, dibangunkan dan diuji secara meluas. H2 2018: Penghantaran pertama sistem penyejukan kepada syarikat tenaga telah selesai dan teknologi telah diuji dalam keadaan perindustrian. H1 2019: Teknologi yang menyokong Kontena Perlombongan MMT telah dipatenkan. H2 2019: Projek Token Perlombongan Mudah Alih yang dilancarkan untuk membiayai dan mempromosikan teknologi yang dibangunkan.

Fasa #2 – Lesen Dan Automasi H1 2020:

1. dApl Mudah Alih dilancarkan di App store dan Play store. 2. Automasi lengkap proses dApl Sistem MMT yang dikuasakan

oleh Penyepaduan perisian Farm God. 3. Pemerolehan lesen tenaga 4. Perlaksanaan teknologi Kontena Perlombongan pada grid

untuk mencipta keupayaan penjanaan utama.

H2 2020: Penskalaan teknologi menerusi penubuhan tapak baru untuk kontena perlombongan tambahan.

Fasa #3 – Implementasi Projek “Gandingan Sektor”

Token Perlombongan Mudah Alih akan menyatukan penjanaan tenaga elektrik, penstabilan grid, perlombongan kripto dan bekalan tenaga terma untuk kawasan kediaman dalam satu gelung tertutup tunggal.

Page 35: Tawaran, Oktober 2019dan badan kerajaan untuk terlibat dalam perdagangan pelepasan, dan mekanisme pasaran untuk mengawal dan mengurangkan pelepasan yang mencemarkan dengan menyediakan

Tawaran MMT 35

Pusat data kontena akan didirikan dan sambungan akan disediakan kepada zon kediaman untuk memenuhi permintaan penggunaan tenaga mereka. Kesemua pusat data ini akan dibekalkan secara eksklusifnya dengan tenaga elektrik daripada sumber tenaga boleh dibaharui (MMT menyediakan pemanasan musim sejuk dengan menggunakan semula haba sisa dan penyejukan musim panas dengan menukarkan haba sisa menggunakan penyejuk serapan). Dengan cara ini, Token Perlombongan Mudah Alih juga membuat sumbangan aktif terhadap pengurangan pelepasan CO2. Kelebihan Saingan: Kos tenaga elektrik akan menjadi kurang daripada 2ct/kWh.

H1 2021: Ujian dan pengenalan pasaran perkhidmatan sokongan berkait dengan penstabilan sistem tenaga dan bekalan tenaga haba dengan penglibatan rakan kongsi daripada industri utama. H2 2021:

1. Kemasukan (Penerobosan Pasaran) Token Perlombongan Mudah Alih ke dalam pasaran wilayah utama dan pasaran baru muncul.

2. Pengeluaran Blockchain peribadi berskala membolehkan TPS (Transaksi per saat) yang tinggi, transaksi yang betul-betul segera dengan yuran rangkaian yang hampir percuma. Beberapa pilihan telah dipertimbangkan, termasuk blockchain Nano, di mana Nod Induk adalah padanan tepat untuk penyertaan dalam aliran hasil daripada Penjualan Tenaga oleh Sistem MMT.

Nota Akhir

Token Perlombongan Mudah Alih menyasarkan untuk mencipta ekosistem era baru, pengurusan tenaga ternyahpusat yang memanfaatkan perlombongan kripto untuk menjana hasil buat semua peserta.

Page 36: Tawaran, Oktober 2019dan badan kerajaan untuk terlibat dalam perdagangan pelepasan, dan mekanisme pasaran untuk mengawal dan mengurangkan pelepasan yang mencemarkan dengan menyediakan

Tawaran MMT 36

Penggunaan paten perkakasan dan teknologi terkemuka industri membolehkan MMT untuk bukan hanya menggunakan sumber tenaga boleh dibaharui dan mengurangkan impak alam sekitar, tetapi juga membebaskan tenaga mampan kembali ke dalam sistem mikro projek pertanian dan penanaman. Awalnya, Token Perlombongan Mudah Alih menyasarkan untuk mencipta blockchain-nya sendiri, yang membolehkan

penskalaan dan pengembangan global yang selanjutnya, juga akan meminimumkan kos transaksi dan akan menjamin pengembangan bebas bagi penggunaan MMTN.

Nota Perundangan

Aplikasi dan sistem Blockchain Token Perlombongan Mudah Alih adalah berdasarkan Teknologi Lejar Teragih (DLT, Distributed Ledger Technology). Sistem MMT membolehkan pengguna untuk turut serta dan membiayai perlombongan Mudah Alih menerusi kontena Perlombongan Mudah Alih. Syarikat Sole, berdiri di belakang projek ini berkeupayaan untuk Terima pengambilan klien dan mengagihkan Token Utiliti kepada para peserta sebagai pendapatan Perlombongan dalam bentuk Token Serasi MMTN ERC-20. Syarikat yang mengendalikan perniagaan ini dan memegang lesen ialah “Atlas International Investments and Trust Kommanditbolag”. Syarikat yang sama telah diberikan hak penuh untuk mengambil dan menggunakan semua paten yang diterangkan dalam dokumen ini untuk mengimplementasikan teknologi dan proses mereka dengan Sistem MMT.

Page 37: Tawaran, Oktober 2019dan badan kerajaan untuk terlibat dalam perdagangan pelepasan, dan mekanisme pasaran untuk mengawal dan mengurangkan pelepasan yang mencemarkan dengan menyediakan

Tawaran MMT 37

Pasukan

Pasukan pengurusan

Eugen Rosenmeier

Pengasas

Eugen mengasaskan VCI International Network pada tahun 2018. Beliau memulakan kerjayanya dalam bidang insurans pada tahun 2004, dan sejak daripada itu telah membantu 7 syarikat daripada 7 sektor berbeza mencapai perolehan daripada 1.3 Mio.€ naik kepada 35 Mio.€ dalam 12 bulan pertama. Syarikat-syarikat ini aktif dalam bidang insurans, hartanah, perundingan pengurusan, pemasaran Facebook, pelan pencen syarikat, pemasaran rangkaian dan mata wang kripto. Beliau berusia 34 tahun, sudah berkahwin dan seorang ayah yang bahagia.

Page 38: Tawaran, Oktober 2019dan badan kerajaan untuk terlibat dalam perdagangan pelepasan, dan mekanisme pasaran untuk mengawal dan mengurangkan pelepasan yang mencemarkan dengan menyediakan

Tawaran MMT 38

Vladimir Galabov

Pengasas

Vladimir Galabov ialah seorang usahawan yang sentiasa merebut peluang, sangat fokus mencipta peluang dan membina perkongsian yang strategik. Beliau meraih pengalaman keusahawanan pertamanya dalam industri restoran, di mana beliau telah aktif selama 7 tahun. Pada tahun 2015 beliau memutuskan untuk melihat lebih dekat pada pasaran yang sedang sohor kini dan memulakan kerjayanya dalam industri pemasaran dalam talian, di mana beliau mengkhususkan diri dalam automasi pemasaran dan strategi menubuhkan pasukan. Pada tahun 2016, beliau menumpukan pada mata wang kripto dan mula meraih pengetahuan dan pengalaman dalam industri ini. Selepas bekerja untuk syarikat berbeza, menubuhkan pasukan di serata dunia dan menghasilkan berjuta-juta perolehan dengan pasukannya, Vladimir memutuskan untuk menganalisis industri itu dan cabarannya bagi membolehkan untuk mencari dan menyampaikan penyelesaian yang lebih baik. Vladimir Galabov berusia 37 tahun dan tinggal di Bulgaria.

Page 39: Tawaran, Oktober 2019dan badan kerajaan untuk terlibat dalam perdagangan pelepasan, dan mekanisme pasaran untuk mengawal dan mengurangkan pelepasan yang mencemarkan dengan menyediakan

Tawaran MMT 39

Andre Kämpfer

Pengasas Bersama

Andre ialah seorang jurulatih dan pakar jualan dan telah bekerja dalam bidang jualan selama 24 tahun. Beliau memulakan kerjayanya sebagai broker insurans klasik dan dengan cepatnya menjadi pakar dalam insurans kesihatan peribadi dan pelaburan pintar. Dalam masa jualan aktifnya, jumlah jualannya dalam kedua-dua bidang dengan kumpulan yang berlatih sendiri mencapai jumlah melebihi daripada 100 juta Euro. Beliau telah terlibat dengan Teknologi Blockchain sejak tahun 2014 dan secara eksklusifnya sejak tahun 2015. Jualan dan membimbing adalah minatnya. Beliau berumur 44 tahun dan dalam perhubungan yang bahagia.

Page 40: Tawaran, Oktober 2019dan badan kerajaan untuk terlibat dalam perdagangan pelepasan, dan mekanisme pasaran untuk mengawal dan mengurangkan pelepasan yang mencemarkan dengan menyediakan

Tawaran MMT 40

Uwe Meyr

Pengasas Bersama

Uwe bekerja untuk VCI dalam Pengurusan Jualan. Beliau memulakan kerjaya bebasnya pada tahun 2005 sewaktu berusia 23 tahun. Beliau memulakan perniagaannya sendiri dalam industri perkhidmatan kewangan dan mengasaskan agensi pembrokerannya dengan beberapa pekerja. Sepanjang tahun-tahun itu, Uwe telah menjana beberapa juta jualan untuk pelbagai syarikat. Sejak tahun 2015, beliau telah bekerja dengan teknologi Blockchain dan Bitcoin, daripada itu dia memutuskan untuk berhenti daripada perniagaan pembrokerannya dan mendedikasikan diri sepenuhnya kepada mata wang kripto. Uwe berusia 37 tahun, sudah berkahwin dan bapa kepada seorang anak perempuan.

Page 41: Tawaran, Oktober 2019dan badan kerajaan untuk terlibat dalam perdagangan pelepasan, dan mekanisme pasaran untuk mengawal dan mengurangkan pelepasan yang mencemarkan dengan menyediakan

Tawaran MMT 41

Pasukan Penasihat

Claus Hinterecker

Jurutera Mekatronik dan pengilang loji

pereka bersama sistem ASIC COOLING terpaten

Claus ialah pemaju pelbagai teknologi baru dan terpaten, seperti loji bio-diesel terkontena, Sistem Penyejukan Perubatan Kecemasan - "EMCOOLS AG", pirolisis wap oksigen-air bertekanan. Hinterecker GmbH ialah pengganti Otto Berger Steelworks. Berusia 53 tahun, bapa kepada seorang anak perempuan.

Page 42: Tawaran, Oktober 2019dan badan kerajaan untuk terlibat dalam perdagangan pelepasan, dan mekanisme pasaran untuk mengawal dan mengurangkan pelepasan yang mencemarkan dengan menyediakan

Tawaran MMT 42

Christian Raunegger

Usahawan dan

Malaikat

Perniagaan

Pereka Bersama

sistem ASIC

COOLING terpaten

Christian ialah Usahawan dan pengasas syarikat dalam pelbagai sektor. Pencapaiannya termasuk:

Rakan kongsi dalam Penswastaan Kupon di Republik Czech- dan Slovak

Pakar Biometrik dan Pereka Sistem Pengenalan Wajah terkemuka

Pembangunan Projek Pertanian untuk Kerajaan Azerbaijan.

Pakar perlombongan kripto & Blockchain. Berusia 54 tahun, bapa kepada 4 orang anak.

Hak Cipta 2019 MMT