tawajud wujud tasawuf muqaran

12
TAJUK: AL-TAWAJUD, AL WAJD DAN AL-WUJUD NAMA PENSYARAH: PROF. MADYA DR. SYED HADZRULLATHFI BIN SYED OMAR NAMA PELAJAR: SITI AISHAH BINTI OTHMAN (035091) IJAZAH SARJANA MUDA USULUDDIN SEMESTER 7

Upload: nurshahirah17

Post on 16-Apr-2017

191 views

Category:

Internet


0 download

TRANSCRIPT

TAJUK:AL-TAWAJUD, AL WAJD DAN AL-WUJUD

NAMA PENSYARAH:PROF. MADYA DR. SYED HADZRULLATHFI BIN SYED

OMAR

NAMA PELAJAR:SITI AISHAH BINTI OTHMAN (035091)

IJAZAH SARJANA MUDA USULUDDINSEMESTER 7

DEFINISI AL-TAWAJUD- Menggunakan al-wajd dengan sengaja

untuk menghasilkan al-wujud- Menggunakan perasaan hati untuk

menghasilkan rasa hati yang di buat-buat- Contoh: rasa sedih, suka, khusyuk, rasa

kasih dan sebagainya.- Usaha atau ikhtiar seseorang itu untuk

menimbulkan perasaan hati terhadap makna-makna tauhid.

- -

Al-wajd itu ialah perasaan hati tentang keagungan dan kebesaran Allah SWT dan ia tidak akan di rasai dengan hati yang kosong secara tiba-tiba

Sesuatu yang berlaku adalah hasil daripada seruan dan paksaan yang tidak di namakan sebagai al-wajd bahkan ia di namakan sebagai al-tawajud

CONTOH AL-TAWAJUD DAN AL-WAJD

1- Melihat sesuatu perkara dan sengaja buat-buat rasa sedih (ia dinamakan al-tawajud), tetapi jika rasa sedih itu sebenar-benarnya (ia dinamakan al-wajd).2-Buat-buat rasa kasih kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW itu ( ia dinamakan al-tawajud), jika rasa kasih dan rindu itu hadir dengan sebenar-benarnya ( ia dinamakan al-wajd).3-Mendengar alunan Qasidah (ia dinamakan al-tawajud), tetapi jika rasa sedih itu hadir dengan kesedaran hati yang sebenar-benarnya (ia dinamakan al-wajd).

Al-tawajud dan al-wajd tidak akan memasuki pada hati yang kosong

Seseorang itu akan melalui al-tawajud terlebih dahulu sebagai latih tubi untuk mencapai tahap al-

wajd.

عليه الله صلى الله رسول قالفتباكوا: تبكوا لم فإ�ن فأبكوا وسلم

Jadi, perlu kepada latihan al-tawajud untuk menghasilkan al-wajd

Perasaan hati yang sebenar tidak akan timbul tanpa ada rasa ingin

Ia tidak akan menimbulkan rasa al-wajd tanpa ada rasa al-tawajud

Tujuannya supaya kita dapat meniru orang yang mempunyai sifat al-wajd

Sekiranya perasaan al-wajd itu semata-mata ingin membangkitkan perasaan tabi’i, maka itu bukanlah tanda-tanda

sifat ahli tariqah. Sifat ahli tariqah adalah untuk menimbulkan perasaan

hati yang ingin kepada Allah SWT, bukan perasaan tabi’i.

DEFINISI AL-WAJD

Al-wajd ialah perkara-perkara kerohanian yang menyentuh hati seseorang yang sebelum ini tiada.

Ia merupakan kesan daripada penyaksian, pemahaman dan keyakinan seseorang terhadap keagungan dan kebesaran Allah SWT melalui kesan daripada melihat makhluk yang

hadir di sekelilingnya.

Rasa hati yang sebenar-benarnya ialah apabila Allah mencampakkan dalam hati seseorang untuk mengenali-Nya.

TANDA-TANDA KEBENARAN AL-WAJD DALAM HATI SESEORANG

Perasaan itu disusuli dengan faedah atau manfaat yang berhubung kait dengan tauhid.

Menambah keyakinan secara zauqi

Al-wajd dapat menimbulkan kesedaran hati yang mendalam dan berkekalan terhadap keagungan Allah SWT.

DEFINISI AL-WUJUD

ثم نفسه يظل�م أو س(وءا يعمل ومنيما رح� غفو(را الله د� يج� الله ر� يستغف�

Rasa kewujudan Allah SWT ketika al-wajd itu berbeza antara satu sama lain berdasarkan kepada nama-nama Allah SWT yang di

tajallikan kepadanya dan berpandu kepada kesedaran atau persediaan hati seseorang

Menimbulkan rasa kewujudan Allah SWT dalam kesedaran hati kita kesan daripada penerimaan al-wajd.

KESIMPULAN

AL-TAWAJUD (Permulaan)

AL-WAJD(Perantaraan)

AL-WUJUD(Tujuan Terakhir)

والله ...أعلمجزيال ...شكرا