tatacara permohonan - selamat datang ke … seluruh malaysia, education malaysia seluruh dunia dan...

5
TATACARA PERMOHONAN URUSAN KENAIKAN PANGKAT PPPT

Upload: vunhan

Post on 03-Mar-2019

224 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: TATACARA PERMOHONAN - Selamat Datang ke … seluruh Malaysia, Education Malaysia seluruh dunia dan semua PPPT yang sedang melanjutkan pelajaran di seluruh dunia. Buku Tatacara Permohonan

TATACARA PERMOHONAN URUSAN KENAIKAN PANGKAT PPPT

Page 2: TATACARA PERMOHONAN - Selamat Datang ke … seluruh Malaysia, Education Malaysia seluruh dunia dan semua PPPT yang sedang melanjutkan pelajaran di seluruh dunia. Buku Tatacara Permohonan

ISI�KANDUNGAN� � � � � � � � � MUKA�SURAT�� �

� � � � � � � � � � � �

�MANUAL�PENGGUNA�URUSAN�KENAIKAN�PANGKAT�(DOKUMEN/�PERMOHONAN)�–�eSiS�

Pendahuluan� � � � � � � � � � � 1�

Tatacara��Kemaskini�Dokumen�Kriteria�Kecemerlangan� � � � � � 3�

Tatacara�Menambah�item�dokumen�penilaian� � � � � � � 7�

Tatacara�Memuatnaik�Dokumen�� � � � � � � � 9�

Tatacara�Memohon�Pengesahan�Dokumen� � � � � � � 13�

Tatacara�Pengesahan�Dokumen�� � � � � � � � 17�

Tatacara�Pengisian�Borang�Permohonan�� � � � � � � 19�

Tatacara�Pengisian�Surat�Akuan�Pinjaman� � � � � � � 24�

Tatacara�Semakan�Dokumen� � � � � � � � � 26�

Tatacara�Pengisian�Borang�Sumbangan�Dan�Pembangunan�Diri�(SPD)� � � � 30�

Tatacara�Pencalonan�Pengadil� � � � � � � � � 34�

Tatacara�Semakan�Permohonan�� � � � � � � � 35�

Kemaskini�Dokumen� � � � � � � � � � 36�

Memadam�Dokumen� � � � � � � � � � 38�

Page 3: TATACARA PERMOHONAN - Selamat Datang ke … seluruh Malaysia, Education Malaysia seluruh dunia dan semua PPPT yang sedang melanjutkan pelajaran di seluruh dunia. Buku Tatacara Permohonan

i

“  BUKU  TATACARA PERMOHONAN URUSAN KENAIKAN PANGKAT PPPT”

Bahagian Kecemerlangan Profesional, Jabatan Pengajian Politeknik ingin merakamkan penghargaan yang tidak terhingga atas sokongan dan komitmen dari semua pihak bagi menjayakan Buku Tatacara Permohonan Urusan Kenaikan Pangkat PPPT ini.

Komitmen dari semua pihak pada tahap yang maksimun membolehkan sistem permohonan kenaikan pangkat secara atas talian dapat dilaksanakan dengan jayanya. Bagi memudahkan permohonan kenaikan pangkat yang bermula sejak 2009 yang dilakukan secara manual, kini e-SIS telah menambah satu lagi modul iaitu Permohonan Kenaikan Pangkat secara atas talian.

Buku Tatacara Permohonan Urusan Kenaikan Pangkat PPPT dibina bagi memberi panduan kepada Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi di seluruh dunia untuk membuat permohonan kenaikan pangkat melalui sistem e-SIS. Ini adalah termasuk PPPT yang berkhidmat di Jabatan Pengajian Tinggi , Jabatan Pengajian Politeknik, Jabatan Pengajian Kolej Komuniti, Politeknik seluruh Malaysia ,Kolej Komuniti seluruh Malaysia, Education Malaysia seluruh dunia dan semua PPPT yang sedang melanjutkan pelajaran di seluruh dunia.

Buku Tatacara Permohonan Urusan Kenaikan Pangkat PPPT ini akan membantu pemohon untuk memuat naik dokumen kriteria kecemerlangan sejajar dengan elemen yang telah dibentuk di dalam Buku Garis Panduan Kenaikan Pangkat Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi –Edisi Calon (versi 3).

Sebarang Komen atau cadangan amat dialu-alukan daripasa semua pihak agar Buku Tatacara Permohonan Urusan Kenaikan Pangkat PPPT ini ditambah baik dari semasa ke semasa.

Bahagian Kecemerlangan Profesional Jabatan Pengajian Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Galeria PJH Aras 5, Jalan P4W Perseiaran Perdana Presint 4 62100 Putrajaya

03 – 8891 9093 / 9095

03 – 8891 9304

[email protected]

PENGHARGAAN

Page 4: TATACARA PERMOHONAN - Selamat Datang ke … seluruh Malaysia, Education Malaysia seluruh dunia dan semua PPPT yang sedang melanjutkan pelajaran di seluruh dunia. Buku Tatacara Permohonan

ii

PENAUNG Datuk Haji Mohlis Bin Jaafar

Ketua Pengarah

PENGERUSI Tn Hj Mohd Ghaus Bin Ab Kadir

Pengarah Kanan (Akademik)

PENGARAH Tn. Hj Azizi Bin Lin

Bahagian Kecemerlangan Profesional

PENULIS Md.Irzali Bin Mohamad

Mohd Sahran @ Awang Bin Mohidin Nurul Izza Binti Mahadan Nor Masita Binti Sulaiman

Bahagian Kecemerlangan Profesional

PENGATURCARA Mohd Sahran @ Awang Bin Mohidin (BKPro)

Azmi Bin Ayup (PKB) Mohd Faidzul Bin Abdul Rahman (PKB)

Mazudi Bin Ramthan (PSMZA) Nasrulhadi Bin Hisham @ Hassan (PKT)

Md.Irzali Bin Mohamad (BKPro)

PEREKA GRAFIK Mohd Sahran @ Awang Bin Mohidin

Md.Irzali Bin Mohamad

SENARAI AHLI JAWATANKUASA

Page 5: TATACARA PERMOHONAN - Selamat Datang ke … seluruh Malaysia, Education Malaysia seluruh dunia dan semua PPPT yang sedang melanjutkan pelajaran di seluruh dunia. Buku Tatacara Permohonan

iii

BUKU TATACARA PERMOHONAN URUSAN KENAIKAN PANGKAT PPPT

TUJUAN Buku Tatacara Permohonan Urusan Kenaikan Pangkat PPPT disediakan dengan bertujuan:

Sebagai panduan kepada calon untuk memuatnaik dokumen kriteria kecemerlangan berpandukan elemen yang telah dibangunkan   di   dalam   “   Buku Garis Panduan Kenaikan Pangkat Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi – Edisi Calon Versi 3”  ke  dalam  eSIS.

Memberi panduan kepada calon untuk mengemaskini dokumen kriteria kecemerlangan, membuat pengesahan dokumen kriteria kecemerlangan, mengisi borang permohonan kenaikan pangkat, mengisi borang akuan pinjaman pendidikan, mengisi maklumat Sumbangan dan Pembangunan Diri, melantik pengadil untuk proses penilaian dan membuat semakan permohonan kenaikan pangkat.

LATARBELAKANG Kerajaan telah melaksanakan Skim Perkhidmatan PPPT melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 33 Tahun   2007   :   “Skim   Perkhidmatan   Pegawai   Pendidikan   Pengajian   Tinggi”   dengan   menawarkan  opsyen kepada semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah yang berkhidmat di Jabatan Pengajian Tinggi, Jabatan Pengajian Politeknik, Jabatan Pengajian Kolej Komuniti, Politeknik dan Kolej Komuniti.

Pada masa kini Bahagian Kecemerlangan Profesional selaku Urusetia Kesepakaran menghadapi pelbagai cabaran yang kompleks berikutan dengan perkembangan dunia teknologi maklumat dan dunia tanpa sempadan. Persekitaran ini menuntut satu sistem permohonan di atas talian yang lebih inovatif supaya dapat memenuhi atau melangkaui ekspektasi dan kehendak kementerian dan calon permohonan kenaikan pangkat. Kaedah ini juga memberi kesan kepada penggunaan sumber khususnya sumber kewangan yang terhad kekangan masa supaya dapat digunakan pada tahap yang paling minimum. Kaedah permohonan dan memuatnaik dokumen kriteria kecemerlangan ini telah digunakan sepenuhnya pada kohort 1/2013. Dengan wujudnya Buku Tatacara Permohonan Urusan Kenaikan Pangkat PPPT ini diharap dapat membantu calon menggunakan sistem eSIS dengan lebih mudah dan dapat menjimatkan wang dan masa. Calon dinasihatkan untuk menggunakan pelayar internet seperti Google Chorme , Mozilla Firefox atau Safari untuk paparkan yang baik. Ia bagi memastikan proses memuatnaik dokumen dapat dilakukan tanpa sebarang masalah. Adalah menjadi hasrat kami untuk membantu pemohon untuk membuat permohonan pemangkuan kenaikan pangkat dengan lebih sistematik. Diharapkan dengan buku panduan ini dapat melicinkan proses permohonan pemangkuan kenaikan pangkat pegawai pendidikan pengajian tinggi diseluruh Malaysia.