tatacara pengurusan jawatankuasa kemajuan dan file5 syarat -syarat umum pelantikan 3 6 tempoh...

26
TATACARA PENGURUSAN JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG (JKKK) & JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG PERSEKUTUAN (JKKKP) 2017 KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH

Upload: domien

Post on 31-Jul-2019

243 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: TATACARA PENGURUSAN JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN file5 syarat -syarat umum pelantikan 3 6 tempoh perkhidmatan 3 7 prosedur pelantikan 4 8 surat aku janji 6 9 penamatan perkhidmatan 7

TATACARA PENGURUSAN

JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG (JKKK)

&

JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG PERSEKUTUAN

(JKKKP)

2017

KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR

DAN WILAYAH

Page 2: TATACARA PENGURUSAN JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN file5 syarat -syarat umum pelantikan 3 6 tempoh perkhidmatan 3 7 prosedur pelantikan 4 8 surat aku janji 6 9 penamatan perkhidmatan 7

ISI KANDUNGAN

NO PERKARA MUKA

SURAT

1 TUJUAN 1

2 TAFSIRAN 1

3 TARAF PERKHIDMATAN 2

4 KUASA MELANTIK 2

5 SYARAT-SYARAT UMUM PELANTIKAN 3

6 TEMPOH PERKHIDMATAN 3

7 PROSEDUR PELANTIKAN 4

8 SURAT AKU JANJI 6

9 PENAMATAN PERKHIDMATAN 7

10 PROSEDUR PENAMATAN PERKHIDMATAN 7

11 PEMANGKUAN JAWATAN 8

12 KADAR ELAUN DAN KEMUDAHAN 8

13 PROSEDUR PEMBAYARAN ELAUN 9

14 MESYUARAT BULANAN 10

15 PENUBUHAN BAHARU 11

16 STRUKTUR ORGANISASI 11

17 FUNGSI UTAMA 12

18 PENUTUP 22

Page 3: TATACARA PENGURUSAN JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN file5 syarat -syarat umum pelantikan 3 6 tempoh perkhidmatan 3 7 prosedur pelantikan 4 8 surat aku janji 6 9 penamatan perkhidmatan 7

LAMPIRAN

NO

PERKARA

MUKA

SURAT

A BORANG PERMOHONAN JAWATAN PENGERUSI JKKK / JKKKP 24

B SENARAI PENGISIAN PENGERUSI / SETIAUSAHA BAHARU 28

C SENARAI PENGISIAN AHLI BAHARU 29

LAPORAN PRESTASI PEMBAYARAN ELAUN JKKK / JKKKP

D1 : PENGERUSI 30

D D2 : SETIAUSAHA 31

D3 : PENGENDALIAN MESYUARAT 32

D4 : KEHADIRAN MESYUARAT 33

E KRITERIA PENUBUHAN JKKK / JKKKP BAHARU 34

Page 4: TATACARA PENGURUSAN JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN file5 syarat -syarat umum pelantikan 3 6 tempoh perkhidmatan 3 7 prosedur pelantikan 4 8 surat aku janji 6 9 penamatan perkhidmatan 7

1. TUJUAN

Penyediaan tatacara ini adalah bagi membolehkan Kerajaan Negeri, Pejabat /

Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri (PPN / JPP) dan Agensi Pembayar

KKLW melaksanakan urus tadbir Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan

Kampung (JKKK) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung

Persekutuan (JKKKP) secara cekap, telus dan seragam.

2. TAFSIRAN

2.1 “Anggota JKKK / JKKKP” terdiri daripada Pengerusi, Setiausaha dan

maksimum tiga belas (13) Ahli Jawatankuasa.

2.2 “Ahli JKKK / JKKKP” adalah individu yang dilantik selain Pengerusi dan

Setiausaha.

2.3 “Pihak Berkuasa Melantik” merujuk kepada penyandang sesuatu

jawatan yang diberi kuasa untuk melantik anggota JKKK dan JKKKP.

Pihak Berkuasa Melantik boleh menurunkan kuasa kepada pegawai

bawahannya dengan kebenaran secara bertulis.

2.4 JKKK adalah jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri dan

JKKKP oleh Kerajaan Persekutuan. Jawatankuasa ini tidak termasuk

Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR) di bawah

kawal selia FELDA dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan

Kampung Orang Asli (JKKKOA) di bawah JAKOA.

2.5 “Agensi Pembayar” merujuk kepada pihak yang diputuskan oleh

Pegawai Pengawal Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

(KKLW) untuk melaksanakan pembayaran elaun JKKK dan JKKKP.

1

Page 5: TATACARA PENGURUSAN JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN file5 syarat -syarat umum pelantikan 3 6 tempoh perkhidmatan 3 7 prosedur pelantikan 4 8 surat aku janji 6 9 penamatan perkhidmatan 7

3. TARAF PERKHIDMATAN

3.1 Anggota JKKK / JKKKP adalah individu yang dilantik untuk berkhidmat

secara sukarela sebagai pemudahcara dan penghubung antara Kerajaan

dengan masyarakat. Penyandang bukan berstatus penjawat awam.

3.2 Penjawat awam boleh dilantik sebagai Anggota JKKK / JKKKP tertakluk

dengan kebenaran Ketua Jabatan masing-masing. Surat kebenaran

tersebut hendaklah dikemukakan kepada Pihak Berkuasa Melantik untuk

tujuan pelantikan.

4. KUASA MELANTIK

4.1 Kuasa melantik Anggota JKKK adalah seperti berikut :

PIHAK BERKUASA MELANTIK

NEGERI

PENGERUSI

SETIAUSAHA AHLI

JAWATANKUASA

Johor, YAB Menteri Besar

Pengerusi

Perak

JKKK

Pahang

YAB Menteri Besar

Pegawai

Daerah

Negeri YAB Menteri Besar

Pegawai

Sembilan Daerah

Kedah

YAB Menteri Besar

YB Setiausaha

Kerajaan Negeri

Perlis,

Melaka, YAB Ketua Menteri / Menteri Besar

Terengganu

Sabah Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Luar Bandar

Sarawak

YB Setiausaha Residen Pegawai

Kerajaan Negeri

Bahagian

Daerah

4.2 Kuasa melantik Anggota JKKKP adalah YB Menteri Kemajuan Luar

Bandar dan Wilayah.

2

Page 6: TATACARA PENGURUSAN JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN file5 syarat -syarat umum pelantikan 3 6 tempoh perkhidmatan 3 7 prosedur pelantikan 4 8 surat aku janji 6 9 penamatan perkhidmatan 7

5. SYARAT-SYARAT UMUM PELANTIKAN

5.1 Warganegara Malaysia.

5.2 Berumur 21 tahun ke atas dan tidak melebihi :

a) 69 tahun mengikut tarikh lahir bagi jawatan Pengerusi; dan

b) 65 tahun mengikut tarikh lahir bagi jawatan Setiausaha dan Ahli.

5.3 Keutamaan bagi kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf

dengannya atau sekurang-kurangnya tamat Darjah Enam.

5.4 Pemastautin di kampung berkenaan.

5.5 Tidak muflis.

5.6 Tiada rekod jenayah.

5.7 Sihat mental dan fizikal.

5.8 Bebas daripada penyalahgunaan dadah.

5.9 Mempunyai aliran pemikiran dan daya kepimpinan yang dapat diterima

oleh masyarakat setempat dan pemimpin tempatan.

5.10 Mengamalkan nilai integriti dan kepimpinan yang berwibawa.

5.11 Syarat-syarat lain yang akan ditetapkan dari semasa ke semasa oleh

Pihak Berkuasa Melantik.

6. TEMPOH PERKHIDMATAN

Tempoh perkhidmatan bagi Anggota JKKK / JKKKP adalah selama dua (2) tahun.

3

Page 7: TATACARA PENGURUSAN JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN file5 syarat -syarat umum pelantikan 3 6 tempoh perkhidmatan 3 7 prosedur pelantikan 4 8 surat aku janji 6 9 penamatan perkhidmatan 7

7. PROSEDUR PELANTIKAN

7.1 Pengerusi JKKK

(a) Pihak Berkuasa Melantik hendaklah mengumumkan kekosongan

jawatan kepada penduduk setempat bagi mendapatkan

pencalonan. Pemimpin tempatan boleh mengemukakan sekurang-

kurangnya tiga (3) pencalonan.

(b) Calon hendaklah mengemukakan borang permohonan yang

lengkap serta dokumen yang diperlukan seperti di LAMPIRAN A

kepada Pihak Berkuasa Melantik.

(c) Pemilihan calon yang sesuai boleh dilaksanakan melalui kaedah

temuduga atau saringan oleh Jawatankuasa Pemilihan JKKK

Peringkat Daerah / Bahagian yang dipengerusikan oleh Pegawai

Daerah / Residen Bahagian. Ahli-ahli Jawatankuasa Pemilihan

adalah terdiri daripada Ahli Parlimen / Penyelaras Parlimen, Ahli

Dewan Undangan Negeri (ADUN) / Penyelaras Dewan Undangan

Negeri (DUN), Penghulu Tertinggi / Kanan dan / atau Pegawai

Agama / Pegawai Polis (mengikut kesesuaian).

(d) Senarai Pengerusi yang diluluskan Pihak Berkuasa Melantik seperti

di LAMPIRAN B dikemukakan kepada KKLW pada bulan

Disember (tahun sebelum) dan Jun (tahun semasa) untuk tujuan

penyaluran elaun. Satu salinan wajib dihantar kepada Agensi

Pembayar untuk tujuan persediaan awal pembayaran.

7.2 Setiausaha dan Ahli JKKK

(a) Calon dikenalpasti oleh Pejabat Daerah / Pejabat Residen untuk

diperakukan.

4

Page 8: TATACARA PENGURUSAN JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN file5 syarat -syarat umum pelantikan 3 6 tempoh perkhidmatan 3 7 prosedur pelantikan 4 8 surat aku janji 6 9 penamatan perkhidmatan 7

(b) Senarai calon yang telah diperakukan diangkat kepada Pihak

Berkuasa Melantik untuk kelulusan pelantikan.

(c) Senarai Setiausaha dan Ahli yang diluluskan Pihak Berkuasa

Melantik seperti di LAMPIRAN B dan LAMPIRAN C dikemukakan

kepada KKLW pada bulan Disember (tahun sebelum) dan Jun

(tahun semasa) untuk tujuan penyaluran elaun. Satu salinan wajib

dihantar kepada Agensi Pembayar untuk tujuan persediaan awal

pembayaran.

7.3 Pengerusi JKKKP

(a) Pemimpin tempatan mengemukakan sekurang-kurangnya tiga (3)

pencalonan.

(b) Calon hendaklah mengemukakan borang permohonan yang

lengkap serta dokumen yang diperlukan seperti di LAMPIRAN A

kepada Pejabat / Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri (PPN

/ JPP).

(c) Pemilihan calon yang sesuai boleh dilaksanakan melalui kaedah

temuduga atau saringan oleh Jawatankuasa Pemilihan Pengerusi

JKKKP yang dipengerusikan oleh Pegawai PPN / Pengarah JPP

dan ahlinya terdiri daripada Pegawai KKLW Negeri, Ahli Parlimen /

Penyelaras Parlimen dan ADUN / Penyelaras DUN serta Pentadbir

Mukim.

(d) Senarai calon yang telah ditemuduga dan melepasi saringan akan

diangkat untuk perakuan Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan

Negeri (MTPNg).

(e) Senarai Pengerusi yang telah diperakui oleh Pengerusi MTPNg

seperti di LAMPIRAN B dikemukakan kepada Pihak Berkuasa

Melantik untuk kelulusan pelantikan dan pembayaran elaun.

5

Page 9: TATACARA PENGURUSAN JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN file5 syarat -syarat umum pelantikan 3 6 tempoh perkhidmatan 3 7 prosedur pelantikan 4 8 surat aku janji 6 9 penamatan perkhidmatan 7

7.4 Setiausaha dan Ahli JKKKP

(a) Calon dikenalpasti oleh Pejabat PPN / JPP dan dikemukakan

kepada Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri (MTPNg)

untuk diperakukan.

(b) Senarai Setiausaha dan Ahli yang telah diperakui oleh Pengerusi

MTPNg seperti di LAMPIRAN B dan LAMPIRAN C dikemukakan

kepada Pihak Berkuasa Melantik untuk kelulusan pelantikan dan

pembayaran elaun.

8. SURAT AKU JANJI

8.1Anggota JKKK / JKKKP yang dilantik perlu menandatangani Surat Aku Janji

untuk menyerahkan semula dokumen-dokumen rasmi JKKK / JKKKP

dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja sekiranya tidak dilantik semula atau

ditamatkan perkhidmatan. Dokumen-dokumen tersebut adalah

sepertimana berikut :

(a) buku akaun bank;

(b) penyata kewangan;

(c) rekod inventori;

(d) aset (kekal / mudah alih);

(e) Buku Profail Kampung;

(f) fail-fail pentadbiran, kewangan dan biro-biro; dan

(g) senarai lain-lain jawatan yang disandang semasa dilantik sebagai

Pengerusi / Setiausaha JKKK / JKKKP.

8.2 Kegagalan mematuhi para 8.1 di atas membolehkan Pihak Berkuasa

Melantik membuat laporan kepada Pihak Berkuasa Keselamatan untuk

mengambil tindakan selanjutnya.

6

Page 10: TATACARA PENGURUSAN JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN file5 syarat -syarat umum pelantikan 3 6 tempoh perkhidmatan 3 7 prosedur pelantikan 4 8 surat aku janji 6 9 penamatan perkhidmatan 7

9. PENAMATAN PERKHIDMATAN

Perkhidmatan Anggota JKKK / JKKKP boleh ditamatkan oleh Pihak Berkuasa

Melantik atas sebab-sebab berikut:

(a) melanggar mana-mana syarat pelantikan seperti di para 5;

(b) mengalami kecacatan kekal atau diperakukan oleh pengamal perubatan

Kerajaan bahawa anggota berkenaan tidak berupaya menjalankan tugas;

(c) tidak melaksanakan tugas atau menunjukkan prestasi yang tidak

memuaskan;

(d) mencemar nama baik Jabatan / Kerajaan Persekutuan;

(e) meletak jawatan; dan

(f) atas kepentingan perkhidmatan.

10. PROSEDUR PENAMATAN PERKHIDMATAN

10.1 Anggota JKKK / JKKKP yang perlu ditamatkan perkhidmatan atas sebab

sebab seperti di para 9 hendaklah dikemukakan kepada Pihak Berkuasa

Melantik untuk mendapatkan keputusan.

10.2 Keputusan penamatan hendaklah dimaklumkan secara rasmi kepada

Anggota JKKK / JKKKP. Sebarang rayuan hendaklah dikemukakan

kepada Pihak Berkuasa Melantik untuk pertimbangan muktamad.

10.3 Anggota JKKK / JKKKP yang telah ditamatkan perkhidmatan, meletak

jawatan atau meninggal dunia hendaklah serta-merta dimaklumkan

kepada Pihak Berkuasa Melantik dan Agensi Pembayar bagi tujuan

pemberhentian pembayaran elaun.

10.4 Sebarang pertukaran Anggota JKKK / JKKKP untuk mengisi kekosongan

sepertimana di para 10.3 perlu mengikut prosedur sebagaimana di para 7.

7

Page 11: TATACARA PENGURUSAN JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN file5 syarat -syarat umum pelantikan 3 6 tempoh perkhidmatan 3 7 prosedur pelantikan 4 8 surat aku janji 6 9 penamatan perkhidmatan 7

11. PEMANGKUAN JAWATAN

11.1 Semasa tempoh kekosongan jawatan Pengerusi, Setiausaha boleh

memangku tugas-tugas Pengerusi sehingga jawatan tersebut diisi.

11.2 Semasa tempoh kekosongan jawatan Setiausaha, mana-mana Ahli

Jawatankuasa boleh memangku tugas-tugas Setiausaha sehingga

jawatan tersebut diisi.

11.3 Jika berlaku kekosongan secara serentak kepada kedua-dua jawatan

Pengerusi dan Setiausaha, mana-mana Ahli Jawatankuasa boleh

memangku tugas-tugas Pengerusi dan Setiausaha sehingga jawatan

tersebut diisi.

11.4 Setiausaha / Ahli Jawatankuasa yang memangku jawatan Pengerusi /

Setiausaha tidak akan dibayar sebarang elaun.

12. KADAR ELAUN DAN KEMUDAHAN

Kadar elaun bulanan JKKK / JKKKP yang terletak di bawah tanggungjawab

KKLW adalah seperti berikut:

JENIS ELAUN KADAR ELAUN

Pengerusi RM900 sebulan

Setiausaha RM300 sebulan

Pengendalian Mesyuarat RM100 sebulan

Kehadiran Mesyuarat RM50 sekali sebulan

(Ahli sahaja)

RM25 sehari dan tidak melebihi

Kemudahan Wad Kelas Dua dan 14 hari setahun

Rawatan Pesakit (RM20 bagi bayaran caj kemasukan

(JKKKP sahaja) wad hospital kerajaan kelas dua dan

RM5 bagi caj rawatan pesakit)

8

Page 12: TATACARA PENGURUSAN JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN file5 syarat -syarat umum pelantikan 3 6 tempoh perkhidmatan 3 7 prosedur pelantikan 4 8 surat aku janji 6 9 penamatan perkhidmatan 7

13. PROSEDUR PEMBAYARAN ELAUN

13.1 Satu akaun khas (Akaun Amanah) di bawah Seksyen 9 Akta Acara

Kewangan 1957 perlu diwujudkan oleh Agensi Pembayar (Kerajaan

Negeri) bagi tujuan:

(a) penerimaan dan pembayaran elaun JKKK / JKKKP; dan

(b) pemantauan prestasi perbelanjaan.

13.2 Pengurusan akaun khas (Akaun Amanah) hendaklah mematuhi tatacara

kewangan semasa yang berkuatkuasa.

13.3 Naziran terhadap proses pembayaran elaun JKKK / JKKKP hendaklah

dilaksanakan dari semasa ke semasa untuk memastikan pematuhan

terhadap tatacara kewangan semasa yang berkuatkuasa dan dibayar

kepada Anggota JKKK / JKKKP yang telah diluluskan pelantikan sahaja.

13.4 Pembayaran elaun Pengerusi dan Setiausaha JKKK / JKKKP hendaklah

dilaksanakan secara Electronic Fund Transfer (EFT) pada setiap 24hb

bulan semasa.

13.5 Pembayaran elaun Pengendalian Mesyuarat, Kehadiran Mesyuarat serta

Kemudahan Wad Kelas Dua dan Rawatan Pesakit adalah berdasarkan

tuntutan. Segala tuntutan bayaran berserta dokumen lengkap yang telah

disahkan oleh Pihak Berkuasa Melantik hendaklah dikemukakan kepada

Agensi Pembayar bagi tujuan pembayaran dalam tempoh tujuh (7) hari

bekerja.

13.6 Laporan prestasi pembayaran elaun JKKK / JKKKP hendaklah

dikemukakan kepada KKLW secara bulanan oleh Agensi Pembayar

seperti di LAMPIRAN D1-D4.

9

Page 13: TATACARA PENGURUSAN JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN file5 syarat -syarat umum pelantikan 3 6 tempoh perkhidmatan 3 7 prosedur pelantikan 4 8 surat aku janji 6 9 penamatan perkhidmatan 7

14. MESYUARAT BULANAN

14.1 Semua JKKK / JKKKP hendaklah mengadakan mesyuarat bulanan secara

tetap. Laporan aktiviti JKKK / JKKKP hendaklah dibentangkan dalam

mesyuarat bulanan dan dikemukakan kepada Pihak Berkuasa Melantik

dan KKLW untuk tujuan pemantauan prestasi.

14.2 Semasa ketiadaan Pengerusi JKKK / JKKKP, ahli-ahli mesyuarat boleh

melantik Setiausaha / Ahli Jawatankuasa untuk mempengerusikan

mesyuarat.

14.3 JKKK / JKKKP digalakkan menjemput pegawai-pegawai Jabatan / Agensi

Kerajaan atau individu-individu tertentu sekiranya perlu. Status mereka

adalah sebagai turut hadir.

14.4 Korum mesyuarat adalah dua pertiga (2 / 3) daripada keanggotaan JKKK /

JKKKP. Mesyuarat adalah sah sekiranya korum berkenaan mencukupi

dan layak dibayar Elaun Pengendalian Mesyuarat dan Elaun Kehadiran

Mesyuarat.

14.5 Minit Mesyuarat hendaklah dikemukakan kepada Penghulu Mukim / Pejabat

Daerah / Kerajaan Negeri bagi JKKK dan Pentadbir Mukim / Jajahan bagi

JKKKP untuk tujuan semakan dan pengesahan, sebelum tuntutan

pembayaran Elaun Pengendalian Mesyuarat dan Elaun Hadir Mesyuarat

dibuat sepertimana para 13.5.

14.6 Ahli JKKK / JKKKP (tidak termasuk Pengerusi dan Setiausaha) yang hadir

mesyuarat sahaja layak dibayar Elaun Kehadiran Mesyuarat.

14.7 Segala tuntutan Elaun Pengendalian Mesyuarat dan Elaun Kehadiran

Mesyuarat pada tahun semasa hendaklah diselesaikan selewat-lewatnya

pada 31 Mac tahun hadapan.

10

Page 14: TATACARA PENGURUSAN JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN file5 syarat -syarat umum pelantikan 3 6 tempoh perkhidmatan 3 7 prosedur pelantikan 4 8 surat aku janji 6 9 penamatan perkhidmatan 7

15. PENUBUHAN BAHARU

15.1 Pihak Berkuasa Melantik yang bercadang menubuhkan JKKK / JKKKP

baharu perlu mengemukakan perkara-perkara berikut untuk pertimbangan

KKLW, iaitu:

(a) asas justifikasi cadangan penubuhan baharu;

(b) Buku Profil Kampung mengikut format Sistem Profil Kampung

Peringkat Nasional (SPKPN);

(c) Pelan Persempadanan Kampung; dan

(d) Perakuan Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri (MTPnG)

(bagi JKKKP sahaja).

15.2 Pihak Berkuasa Melantik perlu memastikan cadangan penubuhan

kampung yang akan ditadbir JKKK / JKKKP memenuhi kriteria-kriteria

yang ditetapkan sebagaimana di LAMPIRAN E.

15.3 KKLW akan menimbangkan permohonan yang lengkap berdasarkan asas-

asas justifikasi, kriteria-kriteria yang ditetapkan dan kelulusan peruntukan

tambahan oleh Kementerian Kewangan.

16. STRUKTUR ORGANISASI

16.1 Keanggotaan JKKK / JKKKP adalah terdiri daripada seorang (1) Pengerusi,

seorang (1) Setiausaha dan 13 Ahli Jawatankuasa.

16.2 Keanggotaan JKKK / JKKKP hendaklah diwakili oleh golongan belia dan

wanita sekurang-kurangnya 30% daripada keseluruhan anggota.

16.3 Setiap ahli JKKK / JKKKP hendaklah mengetuai biro-biro seperti berikut:

11

Page 15: TATACARA PENGURUSAN JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN file5 syarat -syarat umum pelantikan 3 6 tempoh perkhidmatan 3 7 prosedur pelantikan 4 8 surat aku janji 6 9 penamatan perkhidmatan 7

(a) Pembangunan / Timbalan Pengerusi;

(b) Keselamatan;

(c) Kewangan / Bendahari;

(d) Ekonomi dan Pelaburan;

(e) Sosial dan Kebudayaan;

(f) Pendidikan dan Inovasi;

(g) Agama dan Sivik;

(h) Kebajikan dan Kesejahteraan;

(i) Belia, Sukan dan Rekreasi;

(j) Teknologi Maklumat dan Komunikasi;

(k) Hal Ehwal Wanita;

(l) Kesihatan; dan

(m) Kebersihan, Alam Sekitar dan Keceriaan.

* Perbezaan nama biro dibenarkan mengikut kesesuaian lokaliti dan populasi

kaum.

17. FUNGSI UTAMA

17.1 Merancang dan melaksanakan pelan pembangunan kampung dengan

penglibatan komuniti setempat menggunakan pendekatan bottom up

approach ke arah mewujudkan kampung yang maju makmur dan

sejahtera.

17.2 Fungsi utama Pengerusi, Setiausaha dan Ahli / Ketua Biro adalah

sepertimana berikut :

(a) Fungsi Pengerusi

Sebagai ketua dan pemimpin jawatankuasa di peringkat

kampung yang bertanggungjawab dalam merancang,

menggunakan sumber-sumber yang ada, menyatupadukan

12

Page 16: TATACARA PENGURUSAN JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN file5 syarat -syarat umum pelantikan 3 6 tempoh perkhidmatan 3 7 prosedur pelantikan 4 8 surat aku janji 6 9 penamatan perkhidmatan 7

penduduk serta membina kehidupan masyarakat kampung yang

sejahtera. Secara khusus tugasnya adalah seperti berikut:

(i) bertanggungjawab kepada Pejabat Pembangunan Jajahan /

Zon / Penghulu / Pentadbiran Daerah / Residen;

(ii) mempengerusikan mesyuarat JKKK / JKKKP sekurang-

kurangnya sekali sebulan;

(iii) membentuk biro-biro dan menentukan pengagihan tugas-

tugas JKKK mengikut biro-biro;

(iv) memantau perkembangan biro-biro dan memastikan

kesempurnaan pelaksanaannya;

(v) menghadiri mesyuarat yang berkaitan di peringkat mukim,

daerah dan negeri;

(vi) menjadi penasihat kepada pertubuhan sukarela, pertubuhan

bukan kerajaan (NGO) dan badan-badan sosial yang ada di

kampung;

(vii) mendukung hasrat dan dasar-dasar Kerajaan serta

menyampaikannya kepada penduduk;

(viii) menyampaikan maklumat, memberi penjelasan dan

mengambil tindakan mengenai arahan-arahan Kerajaan;

(ix) menjadi penghubung antara penduduk kampung dengan

Kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan;

(x) membantu penduduk kampung menyelesaikan masalah

yang berkaitan dengan tanah dan melaporkan kepada

13

Page 17: TATACARA PENGURUSAN JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN file5 syarat -syarat umum pelantikan 3 6 tempoh perkhidmatan 3 7 prosedur pelantikan 4 8 surat aku janji 6 9 penamatan perkhidmatan 7

Pejabat Tanah jika terdapat tanah-tanah Kerajaan di dalam

kampung yang telah diceroboh;

(xi) menyedia dan mengemukakan laporan tahunan keseluruhan

pelaksanaan aktiviti JKKK / JKKKP selewat-lewatnya pada

31 Disember setiap tahun kepada pihak Setiausaha

Kerajaan Negeri / Pejabat Pembangunan Negeri / Jabatan

Pembangunan Persekutuan; dan

(xii) menerima dan melaksanakan tugas yang diserahkan dari

semasa ke semasa.

(b) Fungsi Setiausaha

(i) Membantu Pengerusi dalam melaksanakan tugas dan

tanggungjawab kesetiausahaan dalam institusi JKKK atau

JKKKP.

(ii) Mengeluarkan surat panggilan mesyuarat.

(iii) Menguruskan tempat dan keperluan mesyuarat.

(iv) Menyedia dan mengedarkan minit mesyuarat termasuk

mengemukakannya kepada Setiausaha Kerajaan Negeri

bagi JKKK dan kepada JPP atau PPN bagi JKKKP.

(v) Memaklumkan keputusan mesyuarat kepada pihak yang

berkenaan / Jabatan dan mendapatkan maklum balas

daripada pihak berkenaan.

(vi) Menyimpan selamat minit mesyuarat, rekod dan dokumen

JKKK / JKKKP.

14

Page 18: TATACARA PENGURUSAN JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN file5 syarat -syarat umum pelantikan 3 6 tempoh perkhidmatan 3 7 prosedur pelantikan 4 8 surat aku janji 6 9 penamatan perkhidmatan 7

(vii) Membantu Pengerusi menyelia dan mengatur tugas-tugas

setiap biro dalam JKKK / JKKKP.

(viii) Mengemaskini maklumat dalam bilik gerakan JKKK atau

JKKKP setiap tahun.

(ix) Menyelenggara bilik gerakan supaya sentiasa dalam

keadaan selamat, bersih, ceria dan teratur.

(c) Fungsi Biro

(i) Biro Pembangunan

Merancang dan menyelaras Pelan Tindakan Kemajuan

dan Keselamatan Kampung mengikut keutamaan.

Membantu pelaksanaan projek-projek pembangunan

kampung dari semasa ke semasa.

Memantau program / aktiviti pembangunan yang

dirancang oleh Kerajaan dan JKKK / JKKKP berjalan

lancar.

Memberi maklumbalas kepada agensi terlibat mengenai

projek-projek yang dikenalpasti bermasalah untuk

tujuan penambahbaikan.

Memberi maklumbalas kepada pihak Kerajaan

berkaitan kesan (impak) projek ke atas kumpulan sasar.

Mendokumenkan segala maklumat mengenai projek

atau aktiviti yang telah dijalankan untuk tujuan rujukan.

15

Page 19: TATACARA PENGURUSAN JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN file5 syarat -syarat umum pelantikan 3 6 tempoh perkhidmatan 3 7 prosedur pelantikan 4 8 surat aku janji 6 9 penamatan perkhidmatan 7

(ii) Biro Keselamatan

Mengawasi dan melaporkan kepada pihak berkuasa

mengenai kegiatan individu atau kumpulan yang boleh

mengancam keselamatan dan keamanan kampung.

Mengadakan aktiviti dan taklimat bersama agensi

keselamatan bagi meningkatkan pengetahuan

masyarakat setempat.

Mengawal selia harta awam di kampung supaya

sentiasa dalam keadaan baik dan boleh digunakan.

Memberi kesedaran kepada penduduk kampung untuk

menjaga dan menghargai semua harta atau

kemudahan awam.

Mengatur program keselamatan kampung seperti Skim

Rondaan Kampung (SRS) atau Rukun Tetangga (RT).

(iii) Biro Kewangan

Menjalankan tugas sebagai Bendahari.

Menyediakan laporan kewangan JKKK / JKKKP yang

telah disemak dan disahkan oleh dua (2) orang

penyimpan kira-kira.

Menyimpan selamat akaun kewangan JKKK / JKKKP.

16

Page 20: TATACARA PENGURUSAN JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN file5 syarat -syarat umum pelantikan 3 6 tempoh perkhidmatan 3 7 prosedur pelantikan 4 8 surat aku janji 6 9 penamatan perkhidmatan 7

Mengagihkan elaun kehadiran mesyuarat yang

disalurkan ke akaun JKKK / JKKKP.

Menguruskan bajet JKKK / JKKKP.

(iv) Biro Ekonomi dan Pelaburan

Menggerakkan program / aktiviti ekonomi melalui

kerjasama / bantuan kerajaan / swasta kepada

penduduk kampung.

Menyelaras dan memantau aktiviti / program ekonomi

yang dilaksana secara kerjasama.

Mengenalpasti sumber-sumber yang berpotensi

mengikut keutamaan dan menyediakan kertas

cadangan.

Menyediakan laporan kewangan program / aktiviti yang

telah dilaksanakan.

Menyediakan laporan kejayaan program / aktiviti

ekonomi.

(v) Biro Sosial Dan Kebudayaan

Mengadakan aktiviti yang dapat memupuk, menggalak

serta meningkatkan semangat bekerja, bermuafakat

dan tolong menolong di kalangan masyarakat.

Meningkatkan kerjasama penduduk kampung dengan

mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan

masyarakat.

17

Page 21: TATACARA PENGURUSAN JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN file5 syarat -syarat umum pelantikan 3 6 tempoh perkhidmatan 3 7 prosedur pelantikan 4 8 surat aku janji 6 9 penamatan perkhidmatan 7

Menyelaras program berbentuk kesenian dan

kebudayaan yang disertai penduduk kampung.

Mengatur / menerima kunjungan / lawatan berbentuk

kebudayaan.

(vi) Biro Pendidikan Dan Inovasi

Memupuk budaya ilmu dan menguruskan latihan di

kalangan penduduk kampung berasaskan keperluan

penduduk.

Meningkatkan kerjasama dengan institusi pendidikan

Kerajaan Persekutuan dan badan bukan Kerajaan

dalam usaha untuk mempertingkatkan kecemerlangan

pendidikan.

Mendapatkan maklumat daripada jabatan-jabatan

Kerajaan Persekutuan, badan bukan Kerajaan dan

swasta mengenai peluang-peluang latihan kemahiran

dan kemajuan kerjaya untuk disebarkan kepada

penduduk kampung.

Menguruskan bantuan pendidikan kepada pelajar

kampung yang cemerlang.

(vii) Biro Agama Dan Sivik

Memelihara kesucian agama Islam sebagai agama

rasmi negara.

Memelihara keharmonian beragama dalam masyarakat

berbilang kaum.

Merancang penganjuran majlis / kelas agama.

18

Page 22: TATACARA PENGURUSAN JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN file5 syarat -syarat umum pelantikan 3 6 tempoh perkhidmatan 3 7 prosedur pelantikan 4 8 surat aku janji 6 9 penamatan perkhidmatan 7

Mengimarah rumah-rumah ibadat.

Menjaga kebersihan tanah perkuburan.

(viii) Biro Kebajikan Dan Kesejahteraan

Menjalin kerjasama dan memberi khidmat kebajikan

kepada penduduk kampung.

Mengenal pasti jenis-jenis bantuan daripada mana-

mana agensi untuk membantu penduduk kampung

yang dhaif membuat permohonan.

Mewujudkan tabung kebajikan kampung seperti khairat

kematian.

Mengenalpasti dan membela penduduk yang dhaif,

Orang Kelainan Upaya (OKU) dan uzur.

Membantu aktiviti kenduri kampung.

(ix) Biro Belia, Sukan Dan Rekreasi

Merancang dan melaksanakan program-program

kemasyarakatan dengan penglibatan tenaga belia.

Memberi galakan kepada semua lapisan masyarakat

terutama golongan belia untuk bergiat dalam sukan

bagi melahirkan generasi yang sihat.

Menyediakan peralatan dan kemudahan sukan untuk

keperluan masyarakat kampung.

19

Page 23: TATACARA PENGURUSAN JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN file5 syarat -syarat umum pelantikan 3 6 tempoh perkhidmatan 3 7 prosedur pelantikan 4 8 surat aku janji 6 9 penamatan perkhidmatan 7

Mengenalpasti penduduk kampung yang berpotensi

untuk diketengahkan sebagai ahli sukan.

Mengatur / menerima kunjungan / lawatan berbentuk

kesukanan dengan pelbagai pihak.

(x) Biro Teknologi Maklumat Dan Komunikasi

Menggalakkan penggunaan teknologi maklumat kepada

masyarakat kampung terutama golongan belia.

Mengetuai, menyelaras dan mengemaskini segala

maklumat terperinci profil kampung di dalam sistem

profail kampung.

Mempromosi kampung melalui blog atau laman

sesawang.

Membantu masyarakat kampung dalam aktiviti online e-

Kerajaan seperti pendaftaran pemilih dan sebagainya.

(xi) Biro Hal Ehwal Wanita

Mengadakan aktiviti yang dapat menggalakkan

permuafakatan di kalangan wanita di kampung.

Memastikan kepentingan golongan wanita di kampung

tidak terabai terutama golongan ibu tunggal.

Mewujudkan kerjasama dengan:

- Amanah Ikhtiar Malaysia untuk membantu ahli-ahli

mendapat modal memulakan perniagaan.

20

Page 24: TATACARA PENGURUSAN JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN file5 syarat -syarat umum pelantikan 3 6 tempoh perkhidmatan 3 7 prosedur pelantikan 4 8 surat aku janji 6 9 penamatan perkhidmatan 7

- Bahagian Kemajuan Masyarakat (KEMAS) untuk

membantu ahli-ahli dalam hal ekonomi rumah

tangga.

(xii) Biro Kesihatan

Menggalakkan amalan gaya hidup sihat di kalangan

penduduk kampung.

Membantu agensi kerajaan yang berkaitan menjalankan

kegiatan khidmat nasihat dan penguatkuasaan undang-

undang mencegah wabak penyakit berjangkit.

Mewujudkan jaringan kerjasama dengan pihak klinik

kesihatan untuk memudahkan pelaksanaan program

kesihatan seperti kempen kebersihan dan kesihatan,

derma darah dan lain-lain aktiviti yang bersesuaian.

(xiii) Biro Kebersihan, Alam Sekitar Dan Keceriaan

Menggalakkan penduduk kampung menjaga

kebersihan persekitaran dan kemudahan awam.

Menganjur aktiviti gotong royong secara berkala

melibatkan semua lapisan masyarakat.

Mengadakan kerjasama dengan agensi Kerajaan

berkaitan pemuliharaan alam sekitar.

Memastikan persekitaran kampung di dalam keadaan

ceria dan menarik.

21

Page 25: TATACARA PENGURUSAN JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN file5 syarat -syarat umum pelantikan 3 6 tempoh perkhidmatan 3 7 prosedur pelantikan 4 8 surat aku janji 6 9 penamatan perkhidmatan 7

18. PENUTUP

Tatacara pengurusan JKKK / JKKKP ini hendaklah digunapakai di semua negeri

bagi mewujudkan keseragaman pelaksanaannya di semua peringkat dan ianya

adalah selaras dengan hasrat Kerajaan untuk melaksanakan transformasi ke

atas JKKK / JKKKP.

22

Page 26: TATACARA PENGURUSAN JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN file5 syarat -syarat umum pelantikan 3 6 tempoh perkhidmatan 3 7 prosedur pelantikan 4 8 surat aku janji 6 9 penamatan perkhidmatan 7