tatabahasa kata ganti nama
Embed Size (px)
TRANSCRIPT

TATABAHASA
KATA GANTI NAMA DIRI

KATA GANTI NAMA DIRI PERTAMA
Saya / akuDakuKami – sipenutur dan temannya apabila bercakap
dengan pihak kedua.Contoh: Siti dan Nini berkata kepada Lia,” Kami baru sahaja balik dari sekolah.
Kita – sipenutur dan orang yang mendengarnya.Contoh: Kita mesti belajar bersungguh-sungguh.

KATA GANTI NAMA DIRI
Beta – raja/sultanContoh: “Laksanakan perintah beta itu dengan segera,” Raja Melaka bertitah.
PatikContoh: Segala perintah tuanku akan patik laksanakan.” Kata Hang Tuah.
Hamba- Contoh: “Hamba telah banyak melihat corak hidup manusia,” kata pengembara itu kepada Bendahara Melaka.

Kata Ganti Nama Diri Kedua
AwakAnda – digunakan untuk diri orang kedua
yang tidak bersemuka seperti dalam iklan.Contoh: Anda dikehendaki mendaftar segera.
Engkau - bercakap dengan orang yang rapat atau berdoa kepada Tuhan.Contoh : Engkaulah yang maha berkuasa.
Dikau - dalam sajakKamu

Kata Ganti Nama Diri Kedua
Tuanku – (tunggal) – digunakan apabila bercakap dengan sultan.
Contoh : “ Ampun tuanku, sembah patik harap diampun”, kata Tun Perak kepada Sultan Melaka.
Kalian ( ramai) Contoh: “ Mengapakah kalian ingin
berjumpa saya?”, kata ketua kampung kepada anak buahnya.

Kata Ganti Nama Diri Ketiga
Dia / ia ( tunggal) – Digunakan untuk orang biasa pada umumnya.
-nya – ditulis serangkai dengan perkataan sebelumnya,
Beliau – digunakan untuk orang yang dihormati seperti pemimpin dan guru.
Baginda – digunakan untuk kerabat diraja.Mereka – (ramai) – digunakan jika bilangan
orang lebih daripada seorang.

Arahan:
Sediakan sehelai kertas untuk menulis jawapan bagi setiap soalan.
Semak jawapan di akhir sesi.

Latihan
1. Perdana Menteri berkata bahawa ____ akan bersara.A. diaB. beliauC. ia

2. “ Marilah ____ pergi ke rumah Nora”, kata Amin kepada Ahmad.
A. kamiB. kitaC. mereka

3. "Esok __________ akan berangkat ke Tanjung Pura," titah Sultan kepada Datuk Bendahara.
A betaB patikC hambaD tuanku

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai berdasarkan gambar di bawah.
4 Ibu berkata kepada saya, "Ambillah __________ baju yang kamu suka".
A apa-apaB mana-manaC siapa-siapaD bila-bila

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
5. Saya, Ah Seng dan Samy pergi ke bandar. __________ pergi dengan kereta sewa.
A kitaB KamiC KamuD Mereka

6. __________ sudah berangkat ke taman bunga bersama-sama permaisuriA IaB DiaC BagindaD Tuan hamba

7. "Baju baru itu warna __________?"
tanya Kamilah kepada Wahida.
A apaB bilaC manaD siapa

8 "Janganlah __________ berdukacita, serahkan kepada patik untuk menguruskannya," sembah panglima itu kepada sultan.
A patikB tuankuC bagindaD tuan hamba

9. Roslee dan Maniam berkata,"Bukan
__________ yang menconteng dinding itu, cikgu.“
A sayaB kamiC kamuD beliau

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai berdasarkan gambar di bawah.
10. "Biarlah __________ seorang menentang Jebat derhaka itu, tuanku," kata Hang Tuah kepada sultan.
A betaB patikC hambaD baginda

11. "__________ akan berangkat bersama- sama dengan Sultan Melaka esok," kata Tun Ali kepada Tun Setia.
A BetaB PatikC HambaD Tuanku

12. "Menjunjung titah, __________. Patik akan mencari bunga gul bakawali itu sampai dapat." sembah panglima itu kepada baginda sultan.A betaB patikC tuankuD baginda

13. Alia dan Alina adik beradik kembar. __________ berdua sama pintar.
A MerekaB KamuC Dia

14. Sebagai rakyat Malaysia, __________ mesti menyokong segala usaha murni para pemimpin untuk memajukan negaraA kitaB betaC patikD hamba

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai berdasarkan gambar di bawah.
15. "Biarlah __________ yang menentang penjahat- penjahat itu," kata ketua hulubalang kepada Sultan.
A patikB hambaC tuankuD adinda

16. "Marilah __________ sama-sama membantu mereka yang ditimpa kesusahan," kata Encik Hassan sebelum mengakhiri ucapannya.
A kitaB sayaC kamiD mereka

17. "__________ akan berangkat bersama-sama dengan Dato' Bendahara?" tanya Hang Setia kepada Hang Nadi.A PatikB HambaC TuankuD Tuan hamba

18. "__________ hendak bersiram," titah Sultan Mahmud kepada pengawal-pengawalnya.
A BetaB PatikC HambaD Baginda

19. "Tuanku Sultan menitahkan para pengawal istana supaya segera menghadap __________," kata seorang pegawai istana.
A betaB patikC hambaD baginda

20. __________ telah meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya semasa dalam perjalanan pulang ke kampung.
A DiaB KitaC Awak

21. Ali, Hafiz, dan Akmal telah didenda kerana __________ tidak menyiapkan kerja yang diberi oleh cikgu.
A kitaB kamiC kalianD mereka

22. Dalam ucapannya, __________ meminta para pelajar agar dapat meningkatkan pencapaian dalam pelajaran.
A merekaB sayaC beliau

23. "Sungguh __________ tidak menyangka, tuan hamba sanggup menderhaka," titah baginda dengan murkanya.
A betaB tuankuC patikD baginda

24. Putera mahkota yang berjiwa rakyat itu sentiasa disenangi oleh rakyat __________.
A betaB patikC tuankuD baginda

25. Dengan pengalaman yang ada pada dirinya, __________ telah dipilih sebagai wakil rakyat di kawasan __________
A dia ... SayaB beliau ... KamiC engkau ... aku

26. "Saya memohon maaf kerana sentiasa menyusahkan __________ selama ini," kata Puan Hasnah kepada Puan Hamidah.
A awakB merekaC diaD kita

27. Walaupun Pak Cik Sudin dan keluarganya tidak kaya, __________ hidup bahagia.
A diaB kitaC kamiD mereka

28. Sultan Pahang berkenan menganugerahkan bintang-bintang kebesaran kepada pemimpin yang berjasa pada Hari Keputeraan __________.A diaB betaC beliauD baginda

29. "Biar __________ yang menyelesaikan masalah serangan lanun itu," kata Panglima Ali kepada Sultan Melaka.A akuB betaC sayaD patik

30. "__________lah yang menyediakan persalinan itu kepada laksamana, tuanku," kata inang kepada sultan.
A BetaB HambaC PatikD Tuan hamba

31.
Sudah lama ibu saya ingin mengenali __________ dengan lebih dekat lagi,"kata Syam kepada Nurul.
A diB kitaC andaD awak

32.
Pengawas peperiksaan meminta __________ berkumpul dan beratur sebelum masuk ke dalam dewan.
A kamiB akuC bagindaD saya

33.
Murid-murid Tahun Lima Elit dinasihati oleh guru besar kerana __________ membuat bising semasa perhimpunan pagi.
A diaB kalianC beliauD mereka

34.
Apa pendapat __________, sekiranya kita berlima pergi berguru dengan Adi Putra di sebuah gua yang tidak jauh dari Melaka?" tanya Hang Kasturi kepada Hang Tuah.
A patikB tuankuC hambaD tuan hamba

35.
"__________ dikehendaki berhati-hati semasa menyeberangi jalan raya yang sibuk itu," pesan ibu kepada adik.
A DiaB andaC KamuD Hamba

36.
"__________ mesti sampai di kaki Gunung Tahan sebelum matahari terbenam," kata Encik Rahman kepada peserta-peserta ekspedisi itu.
A KalianB BeliauC AwakD Anda

37.
Norman telah dipilih menjadi ketua darjah kerana_____ seorang yang rajin.
A diaB beliauC engkau

38.
Marilah __________ ke perpustakaan sekarang," kata Rizal kepada Anuar.
A kitaB kamiC kamuD mereka

39.
Peristiwa sedih itu sering mengganggu fikiran __________.
A iaB diaC nyaD kalian

40.
"Masa menjawab sudah tamat, __________ dikehendaki berhenti menulis dan kertas jawapan akan dipungut sekejap lagi," kata ketua pengawas kepada para pelajar.
A kitaB kalianC kami

Semak jawapan:
Jawapan
KELUAR