tasawuf perbandingan (al mukasyafah wa al-musyahadah)

13
IUE 4163 TASAWUF PERBANDINGAN “Al-Mukasyafah dan Al-Musyahadah” MUHAMMAD KHIDHIR BIN MAT YEE (035779) Disediakan untuk : PROF. MADYA DR. SYED HADHZRULATHFI BIN SYED OMAR

Upload: baihaqi2036

Post on 15-Apr-2017

82 views

Category:

Education


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tasawuf perbandingan (al mukasyafah wa al-musyahadah)

IUE 4163 TASAWUF PERBANDINGAN

“Al-Mukasyafah dan Al-Musyahadah”

MUHAMMAD KHIDHIR BIN MAT YEE (035779)

Disediakan untuk : PROF. MADYA DR. SYED HADHZRULATHFI BIN SYED OMAR

Page 2: Tasawuf perbandingan (al mukasyafah wa al-musyahadah)

Definisi Al-Mukasyafah

• Kata asal mukasyafah daripada perkataan kasyafa bererti tersingkap. mukasyafah berarti terbukanya tirai atau hijab.

• Ulama sufi berkata, "Mukasyafah artinya jalinan secara rahasia antara dua batin." Maksudnya, mukasyafah adalah salah satu dari dua orang yang saling mencintai, yang mengetahui batin urusan dan rahsia yang satunya lagi. Jika seorang hamba sampai ke kedudukan ma'rifat, maka seakan-akan dia dapat melihat sifat-sifat kesempurnaan Allah dan keagungan-Nya,

Page 3: Tasawuf perbandingan (al mukasyafah wa al-musyahadah)

Pengertian Mukasyafah Dari Tokoh Sufi

• Al Ghazali mengatakan bahawa mukasyafah adalah sebuah pengetahuan yang didapati melalui sarana kalbu yang bersih. kasyf adalah sesuatu yang tertutup bagi manusia, tetapi tersingkap bagi seseorang seakan-akan ia melihat dengan matanya. Dengan demikian pengetahuan itu diperoleh dari sumbernya secara langsung, bukan melalui fikiran atau belajar.

• Mukasyafah adalah tersingkapnya tabir yang menjadi halangan antara sufi dengan Allah. Halangan tersebut adalah jarak antara mahluk dengan khaliknya (pencipta).

Page 4: Tasawuf perbandingan (al mukasyafah wa al-musyahadah)

• Syeikh Qaysari berpendapat mukasyafah adalah penyingkapan hijab. Secara terminologi, kasyf adalah mengetahui sesuatu makna yang tersembunyi dalam dunia realiti dibalik hijab secara wujud.

• sumber mukasyafah adalah al qalbu al insani dan pemikiran amalinya yang bercahaya yang menggunakan pendekatan rohani. Kerana qalbu manusia memiliki penglihatan, pendengaran dan sebagainya.

Sebagaimana Allah dalam firmannya : "Maka sesungguhnya tidak buta matanya, tetapi yang buta adalah hatinya yang ada di dalam dada". Dan "Allah telah menutup keatas hati mereka dan pendengarannya dan penglihatan mereka dengan tirai."

Page 5: Tasawuf perbandingan (al mukasyafah wa al-musyahadah)

• Ibn Taimiyah menjelaskan bahwa mukasyafah mempunyai dua pengertian :

• Pertama. Mukasyafah adalah keadaan di mana rohani menjadi bersih dan jernih, yang hanya dapat dicapai oleh manusia-manusia yang benar-benar beriman dan soleh sehingga tersingkap baginya hal-hal ghaib yang memang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

• Kedua. Mukasyafah adalah suatu keadaan bersih yang dicapai oleh hati. Karena kerjernihan itu, Allah SWT membuka salah satu rahasia keghaibannya. Mukasyafah termasuk bahagian dari karamah yang diyakini oleh umat islam dan ia adalah merupakan bukti kewalian.

Page 6: Tasawuf perbandingan (al mukasyafah wa al-musyahadah)

Jenis Kasyaf• KASYAF AL-HAQ Kasyaf pemberian dari Allah, di mana Allah telah membuka tabir baginya untuk melihat atau mengetahui perkara yang ghaib. Kasyaf jenis ini adalah kasyaf tanpa adanya keterlibatan makhluk jin. Contohnya kashaf para nabi, sahabat dan wali.

• KASYAF BATIN Kasyaf yang diakibatkan oleh kehadiran makhluk jin dalam tubuh seseorang itu. Tidak kira samada orang itu ada gangguan, seperti asyik atau saka, atau pernah mempelajari ilmu tertentu yang ada keterlibatan jin yang boleh menyebabkan dia kasyaf

Page 7: Tasawuf perbandingan (al mukasyafah wa al-musyahadah)

• KASYAF AWAL BATIN Kasyaf yang pada awalnya sahaja kasyaf bathil tapi bertukar menjadi kasyaf tanpa jin. Ini kerana, jin yang menyebabkan seseorang itu kasyaf telah keluar tapi orang tersebut masih lagi mempunyai kebolehan kasyaf. Ini disebabkan mata dalamnya telah terbuka tanpa ditutup.

Page 8: Tasawuf perbandingan (al mukasyafah wa al-musyahadah)

Definisi Al-Musyahadah• Dari segi bahasa: Berasal dari Syahida, Shahada yang bermaksud:

Bersaksi dan menyaksikan. • Dari segi istilah sufi: Keadaan hati, hamba merasakan dekat dengan

Allah seolah- oleh Allah berada di hadapannya. Menyaksikan Allah hubungannya erat dengan tersingkapnya tirai hijab (Mukasyafah), yang menghalangi hamba dengan Allah. Digunakan istilah seakan-akan kerana mata kepala dan nafsu tidak mampu melihat melainkan kesedaran jiwa dan hati.

• Sabda Rasulullah: Jika kamu tidak melihatNya, kamu harus yakin Dia melihatmu.

Page 9: Tasawuf perbandingan (al mukasyafah wa al-musyahadah)

Hurain Pengertian Musyahadah• Istilah Musyahadah Dalam Kitab Manhalussofi Fi Bayaani Ahli SufiMemandang akan Tuhannya pada segala zarrah daripada zarrah yang maujud di atas yang berpatutan dengan dia yang dimusyahadahkan. ‘Dan Allah Taala meliputi bagi tiap-tiap sesuatu’ Salah satu cara untuk mencapai musyahadah ialah berzikir• musyahadah disini berarti penyaksian, yang berartikan bahawa

suatu pandangan batin sebagai suatu penyaksian yang tidak diragukan.

• Untuk mencapai pada tingkatan musyahadah ini seseorang harus terlebih dahulu bersungguh-sungguh dengan sepenuh hati bagi mengamalkan ajaran-ajaran tasawuf untuk meningkatkan maqam berikutnya.

Page 10: Tasawuf perbandingan (al mukasyafah wa al-musyahadah)

Antara dalil Al-Quran :1-Dalam konteks hubungan dengan "Menyaksikan Allah" dan "Seakan-akan menyaksikan Allah", maka ada sejumlah ayat, misalnya ketika Nabi Musa as, berhasrat ingin menyaksikan dan melihat Allah. "Musa as berkata: Ya Tuhan, tampakkan diriMu padaKu, aku ingin memandangMu." Allah menjawab, "Kamu tidak bisa melihatKu." (al-A'raf 143).

2-Ayat lain menyebutkan, "Kemana pun engkau menghadap, disanalah Wajah Allah."(Al-Baqarah 115)

3-"Sesungguhnya aku hadapkan wajahku kepada Dzat yang menciptakan langit dan bumi dengan penuh kepatuhan." (Al-An'aam 79)

Page 11: Tasawuf perbandingan (al mukasyafah wa al-musyahadah)

Pengertian Musyahadah Daripada Tokoh Sufi

• Syeikh al-Qusyairi: Musyahadah ialah kehadiran al-Haq dalam hati tanpa rasa bingung atau buntu. Peringkat awal dimulai dengan Muhadarah (kehadiran hati) mukasyafah (kehadiran hati yang disertai kejelasan) musyahadah. Syeikh Amru b.Uthman al-Makki: Hakikat Musyahadah ialah cahaya-cahaya yang tajalli (penglihatan dengan mata hati kepada Allah).

• Syeikh Amru b.Uthman al-Makki: Hakikat Musyahadah ialah cahaya-cahaya yang tajalli (penglihatan dengan mata hati kepada Allah).

Page 12: Tasawuf perbandingan (al mukasyafah wa al-musyahadah)

Perkara Yang Menghalang Perjalanan Dalam Mencari Allah

• a) KASAL (Malas) malas untuk mengerjakan ibadat kepada Allah s.w.t. padahal sebenarnya dapat dan sanggup untuk melakukan ibadat tersebut.

• b) FUTUR (Bimbang/lemah pendirian) tidak memiliki tekad yang kuat karena terpengaruh oleh kehidupan duniawi.

• c) MALAL (Pembosan) cepat merasa jemu dan bosan untuk melaksanakan ibadah kerana merasa terlalu sering dilakukan, padahal tujuan belum juga tercapai. Timbulnya hal-hal tersebut di atas adalah disebabkan kurang rasa keimanan, kurang mantapnya keyakinan, dan banyak terpengaruh oleh hawa nafsunya sendiri.

Page 13: Tasawuf perbandingan (al mukasyafah wa al-musyahadah)

Kesimpulan • Perkaitan diantara mukasyafah dan musyahadah ini

adalah sesuatu yang sangat rapat. Didahului oleh maqam mukasyafah dan kemudiannya musyahadah

• Kedua-dua maqam ini adalah tanda kepada hidupnya hati seorang hamba dalam menuju kerohanian dalam mengenal allah yang tidak seumpama sesuatu.