tasawuf perbandingan

7
TASAWUF PERBANDINGAN ( IUS 4163) TAJUK: Al - Ghaibah & Al - Hudur PENSYARAH: Dr. Syed Hadzrullathfi Syed Omar NAMA PELAJAR: Ahmad Hafiy Bin Saifuzzaman NO MATRIK: 034800

Upload: ahmadhafiysaifuzzaman

Post on 10-Jan-2017

109 views

Category:

Spiritual


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tasawuf perbandingan

TASAWUF PERBANDINGAN( IUS 4163)

TAJUK:Al - Ghaibah & Al - Hudur

PENSYARAH:Dr. Syed Hadzrullathfi Syed Omar

NAMA PELAJAR:Ahmad Hafiy Bin Saifuzzaman

NO MATRIK:034800

Page 2: Tasawuf perbandingan

• Ghaibah dan Hudur Berbeza pada lafaz dan perkataan namun dari mempunyai makna yang berkait antara satu sama lain.

• Ghaibah Mengingati Allah ataupun sesuatu yang berkaitan dengan-Nya dengan sangat yakin sehingga tidak sedar atau hilang ingatan terhadap diri sendiri.

• HudurKeyakinan dan perasaan yang kuat di dalam hati kerana mengingati Allah ataupun sesuatu yang berkaitan dengan-Nya sehingga perkara lain tidak dapat menganggunya.

TAKRIF GHAIBAH & HUDUR

Page 3: Tasawuf perbandingan

CONTOH GHAIBAH

• Diriwayatkan bahawa Rabi’ bin Haitsam pergi ke rumah Ibnu Mas’ud r.a. Dalam perjalanannya dia telah melalui sebuah kedai tukang besi. Lalu dia telah melihat api yang sedang membakar besi. Lalu dia terus pengsan. Maka setelah beliau sedar beliau telah ditanya mengenai keadaannya itu. Lalu beliau menjawab : “Aku pengsan kerana memikirkan bagaimana keadaan ahli neraka di neraka nanti.” (kerana membayangkan akibat - akibat yang bakal diterima oleh pendosa yang dibakar api).

• Diriwayatkan dari Ali bin al - Husain. Ketika beliau sedang sujud, tiba - tiba rumahnya telah terbakar dan dia sama sekali tidak bepaling dari solatnya. Lalu apabila ditanya tentang keadaannya yang demikian itu beliau menjawab : “Aku lebih takut terhadap api yang besar (api neraka) , lebih dari api yang sedang membakar itu.”.

• Diriwayatkan Abu Hafs an-Naisabury al-Haddad sedang bekerja di kedainya. Tiba - tiba dia mendengar seseorang sedang membaca ayat al Quran. Lalu dia meletakkan tangannya ke dalam bara api dan menariknya kembali sambil memegang bara api yang sedang membakar. (langsung tidak merasa panas).

Page 4: Tasawuf perbandingan

CONTOH HUDUR

• Seseorang yang mengalami al – Hudur atau kehadiran hati bersama Allah

mempunyai tanda, iaitu perasaan yakinnya seperti seorang guru yang sedang

mengajar di hadapannya. Ketika merasa yaqin bahawa guru sedang berada di

depannya.

• Dan antara kesannya adalah perubahan sikapnya yang menjadi baik, akhlaknya

indah. Sikap baiknya bukan lagi perlu diusahakan melainkan menjadi

pakaiannya, dan hilanglah keburukan.

Page 5: Tasawuf perbandingan

Mengutamakan al- Ghaibah

• 1. Ibnu ‘Atha’

• 2. Hussin bin Mansur

• 3. Abu Bakar al-Shibli

• 4. Bandar bin al-Hussin

• 5. Abu Hamzah al- Baghdadi

• 6. Samnun al- Muhib R.A

• 7. Sebahagian kumpulan daripada Iraq

Page 6: Tasawuf perbandingan

Mengutamakan al- Hudhur

• 1. al- Harith al-Muhasibiy

• 2. al- Junaidi

• 3. Sahl bin Abdullah

• 4. Abu Hafs al-Haddad

• 5. Hamdun al-Qassar

• 6. Abu Muhammad al-Jariri

• 7. al-Hasary

• 8. Muhammad bin Khafif

Page 7: Tasawuf perbandingan

Kesimpulan• Lafaz al – Ghaibah & al - Hudur berbeza tetapi makna dari istilah tasawufnya adalah sama.

• Orang yang merasakan kesedaran tentang Allah SWT, dia juga adalah orang yang hilang kesedaran terhadap dirinya sendiri. Sama ada secara sedar atau lalai ( iaitu lalai terhadap diri sendiri kerana kita asyik terhadap Allah SWT ).

• Sebagai contoh yang jelas, pada suatu hari seorang Syeikh menyuruh anak muridnya ke Masjid untuk menunaikan solat. Ketika solat berjemaah hendak ditunaikan beliau telah pergi meninggalkan masjid tanpa disedari anak muridnya. Maka seseorang murid itu ‘merasa yakin’ bahawa syaikh berada bersamanya sepanjang solat, jadi dia memperbaiki dan bersungguh menjaga solatnya. Sedangkan Syeikh tersebut tidak berada disitu. Jika seseorang dapat ‘merasa yakin’ seolah-olah syeikh bersamanya selama waktu sholat dan mempunyai kedudukan yang sama tatkala syeikh tidak ada, atau apa yang boleh dilihat olehnya mempunyai kekuatan yang sama dengan apa yang tersembunyi darinya, maka inilah yang disebut sebagai ‘kehadiran hati’ (hudur) bersama syeikhnya atau ‘tidak kehadiran’ (ghaibah) bersama yang lain. Justeru inilah yang dikatakan bahawa yang dimaksudkan dengan kehadiran (hudur) dan tidak kehadiran (ghaibah) mempunyai makna yang sama walaupun kelihatan bertentangan satu sama lain.