tarian tradisional

15
PENDAHULUAN Negara Malaysia mempamerkan keunikan masyarakatnya yang terdiri daripada pelbagai kaum yang mengamalkan pelbagai budaya dan menganuti pelbagai agama. Walaupun wujud kepelbagaian budaya dan agama, penduduk Malaysia hidup dalam suasana harmoni. Pelbagai kaum menjadikan Malaysia Malaysia sebuah negara yang kaya dengan kepelbagaian budaya dan warisan bangsa. Tarian tradisional merangkumi beberapa tarian yang mengikut etnik dan ada juga yang mewakili kenegerian. Antara daya penarik ialah tarian tradisional pelbagai kaum. Tarian-tarian ini bukan sahaja dijadikan sebagai hiburan tetapi turut mencerminkan budaya sesuatu bangsa. 1

Upload: siti-zarina

Post on 30-Nov-2015

163 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

projek sivik

TRANSCRIPT

Page 1: TARIAN TRADISIONAL

PENDAHULUAN

Negara Malaysia mempamerkan keunikan masyarakatnya yang terdiri daripada pelbagai kaum yang mengamalkan pelbagai budaya dan menganuti pelbagai agama. Walaupun wujud kepelbagaian budaya dan agama, penduduk Malaysia hidup dalam suasana harmoni.

Pelbagai kaum menjadikan Malaysia Malaysia sebuah negara yang kaya dengan kepelbagaian budaya dan warisan bangsa. Tarian tradisional merangkumi beberapa tarian yang mengikut etnik dan ada juga yang mewakili kenegerian. Antara daya penarik ialah tarian tradisional pelbagai kaum. Tarian-tarian ini bukan sahaja dijadikan sebagai hiburan tetapi turut mencerminkan budaya sesuatu bangsa.

1

Page 2: TARIAN TRADISIONAL

TARIAN TRADISIONAL DI MALAYSIA

Tarian Melayu

Masyarakat Melayu yang terdiri daripada pelbagai etnik mempunyai pelbagai tarian mengikut negeri. Antara tarian tradisional yang sangat popular ialah :

1. Tarian Asyik2. Tarian Zapin3. Tarian Kuda Kepang

Tarian Cina

1. Tarian Singa2. Tarian Naga3. Tarian Kipas

2

Page 3: TARIAN TRADISIONAL

TARIAN ASYIK

Tarian Asyik adalah sejenis tarian klasik (daerah) Kelantan yang pada asalnya dipersembahkan di istana (Raja-Raja Kelantan). Barisan penarinya ialah kalangan dayang istana. Tarian Asyik selalunya dipersembahkan pada hari perkahwinan, iaitu malam berinai dan malam berinai besar di istana.

Kini, Tarian Asyik dipersembahkan juga pada hari temasya negeri dan negara. Dari segi sejarah (Hikayat Pattani), Raja Kuning iaitu Raja Perempuan, yang memerintah Pattani pada 1644, ada menyimpan 12 penari istana yang menyanyi dan menari dipanggil Asyik.

Menurut maklumat daripada Wikipedia Bahasa Melayu, Asyik bererti kekasih, oleh itu tarian ini bersesuaian dengan gerak-geri bersifat lemah lembut dan penuh dengan ketertiban. Tarian ini dimulai dengan 10 penari masuk ke dewan tarian terlebih dulu, lalu duduk bersimpuh dengan tertibnya. Kemudian tampillah Puteri Asyik dan mereka pun mula menari.

Asal usul

Tarian ini dihikayatkan daripada seorang raja yang memelihara seekor burung kesayangannya di istana. Suatu hari beliau mendapati burungnya terlepas dari sangkar, lalu diikut burung itu ke hutan belantara dengan harapan untuk mendapatkannya semula. Selepas

3

Page 4: TARIAN TRADISIONAL

bertahun-tahun burung kesayangannya masih tidak dapat diambil kembali, lalu raja berkenaan kembali ke istana dengan penuh kekecewaan.

Bagi menghilangkan rindunya terhadap burung itu, raja terbabit memerintahkan supaya mencipta satu tarian yang meniru gerak-geri burung kesayangannya. Untuk tujuan berkenaan, maka kumpulan dayang istana terpaksa menari di depan baginda dan ternyata baginda begitu asyik dengan persembahan berkenaan meskipun ketika itu raja masih terkenangkan burungnya.

Alat Muzik & Pakaian

Alat muzik yang mengiringi Tarian Asyik ialah gedombak asyik sebanyak 11 jenis, selain gambang dan rebab. Tiga alat muzik utama ini mesti ada untuk mengiringi tarian berkenaan. Di samping gerak-geri dan pakaian berseri, Tarian Asyik menarik minat masyarakat seluruhnya. Pakaiannya adalah serupa dengan Mak Yong iaitu berbaju pendek (warna merah), kain sarong dan satu kain panjang digantung pada bahu dan dilepaskan hingga ke pinggang. Pada bahagian pinggang penari memakai pending (sejenis tali pinggang) dan Puteri Asyik pula dimestikan memakai canggar di sanggulnya.

4

Page 5: TARIAN TRADISIONAL

TARIAN ZAPIN

Zapin merupakan tarian Melayu yang berasaskan kesenian Arab–Parsi yang telah disesuaikan dengan kesenian Melayu. Zapin bermaksud “gerak kaki” daripada perkataan ‘al–Zafn’. Tarian Zapin bercorak persembahan atau pertunjukkan. Gerak tarinya berasaskan langkah kaki penarinya. Banyak tarian Melayu ciptaan baru mengambil rentak zapin sebagai irama tarian. Pada permulaan hanya golongan lelaki yang menyertai tarian ini. Tapi kini ia telah dimodifikasi dengan penyertaan golongan wanita.

Zapin menumpukan pada langkahan kaki dengan posisi kaki selalu tertutup dan tidak merendah. Kebanyakan posisi badan selalu bergerak seperti ombak mengalun. Posisi tangan tidak diperlihatkan secara jelas misalnya motif memetik bunga, tangan kanan mahupun kiri berada di bawah bahu. Kebiasaannya, senikata yang dinyanyikan dalam lagu untuk tarian ini diselitkan dengan kalimat berunsur keagamaan seperti “salam” dan “assalamualaikum”, kata– kata nasihat dan pujian kepada kebesaran agama dan kesempurnaan budi pekerti.

Pakaian & Alat Muzik dalam Tarian Zapin

Sungguhpun Zapin mempunyai pengaruh Arab–Parsi, tetapi dari segi pakaian, penari–penari memakai pakaian Melayu selengkapnya iaitu bagi lelaki berkain samping dan bersongkok dan wanita memakai kurung beserta kain sarong.Alat muzik utama yang digunakan bagi mengiringi tarian zapin ialah gambus, rebana, gendang dan marakas. Petikan gambus untuk

5

Page 6: TARIAN TRADISIONAL

membawakan lagu, sementara rentak gendang atau rebana menentukan rentak dan pecahan tari. Antara lagu zapin ialah Lancang Kuning, Zapin Asli, Gendang Rebana dan lain–lain.

TARIAN KUDA KEPANG

Tarian Kuda Kepang merupakan sejenis tarian rakyat Melayu traditional. Tarian ini ialah tarian warisan budaya Jawa dengan pengaruh Islam. Ciri Jawa itu jelas pada pakaian penari-penari dan unsur Islam jelas pada jalan cerita itu semasa ditarikan iaitu mengisahkan peperangan Rasulullah dan para sahabat. Dikatakan bahawa tarian ini diperkenalkan oleh pendakwah Islam sebagai cara menarik penduduk setempat agar datang beramai-ramai menyaksikan persembahan mereka. Pendakwah akan menyampaikan dakwah mereka sebelum atau selepas persembahan.

Tarian Kuda kepang amat digemari oleh penduduk Johor, terutamanya dari keturunan Jawa. Kuda kepang ini biasanya dibuat dari anyaman yang dibentuk seperti seekor kuda tanpa kaki. Ia diperbuat daripada buluh yang dianyam atau kulit binatang yang diwarnakan untuk menjadi lebih menarik.

Lazimnya terdapat 10 hingga 15 orang penari bagi setiap kumpulan penari kuda kepang yang biasanya akan mempunyai seorang ketua. Pada peringkat awalnya, semua gerak geri penari adalah atas arahan dayang yang menggunakan tali untuk mengawal permainan. Tarian ini biasanya dipertunjukkan di majlis-majlis keramaian untuk memeriahkan lagi suasana seperti sewaktu menyambut orang-orang kenamaan, meraikan majlis perkahwinan dan di hari-hari perayaan. Pada masa dahulu terdapat banyak pantang larang bagi mereka yang menonton persembahan kuda kepang seperti tidak mencaci penarinya atau akan menimpa musibah.

6

Page 7: TARIAN TRADISIONAL

Asal usul

Terdapat berbagai pendapat mengenai asal usul tarian ini. Ada pendapat yang mengaitkan asal usulnya dengan Wali Songo yang hidup di Tanah Jawa pada abad ke-15. Dalam usaha mengembangkan Islam di kawasan pedalaman di Jawa, Wali Songo menghadapi kesulitan untuk mendekati orang-orang di sana. Beliau mendapat idea untuk menari-nari sambil menunggang kuda. Setelah waktu berlalu, kuda-kuda itu ditukar dengan kulit binatang atau buluh bagi menggantikan kuda sebenar. Ada pula yang berpendapat asal usul tarian ini ada kaitan dengan Saidina Ali. Untuk meniru gerak langkah bala tentera Saidina Ali maka lahirlah tarian kuda kepang.

7

Page 8: TARIAN TRADISIONAL

TARIAN SINGA

Tarian Singa adalah sebahagian daripada tarian tradisional dalam adat warisan masyarakat Cina, yang mana penari akan meniru pergerakan singa dengan menggunakan kostum singa. Kostum singa itu dimainkan oleh dua penari iaitu seorang memainkan di bahagian hadapan dengan menggerakan kepala kostum, manakala pasangan penari akan memainkan bahagian belakang kostum singa tersebut. Kedua-dua penari itu akan bergerak seakan-akan singa di atas pentas yang disediakan. Tarian singa ini akan diiringi oleh gong, dram, dan dentuman mercun yang dikatakan akan membawa tuah.

Sejarah singa dianggap sebagai pelindung dalam kebanyakan adat orang Asia, terutamanya bagi mereka yang berketurunan orang Cina. Namun tarian ini lebih terkenal sebagai warisan orang Cina, kerana dikatakan sejarahnya bermula lebih 1,000 tahun lalu. Dua tarian singa yang amat popular ialah "Tarian Singa Utara" dan "Tarian Singa Selatan".

Tarian singa Utara adalah berasal dari bahagian utara China yang menggunakan tarian ini sebagai hiburan diraja. Kostum singa tersebut menggunakan warna merah, jingga,(hijau dan kuning bagi kostum singa betina. Tarian Singa Utara ini mempunyai lebih banyak pergerakan akrobatik dan bertujuan sebagai hiburan.Tarian Singa Selatan menjadi lambang yang mempunyai ciri-ciri yang berkaitan dengan alam sekitar. Tarian ini selalu dipersembahkan sebagai istiadat ataupun upacara untuk membuang semangat jahat dan dipersembahkan sebagai upacara meminta tuah. Tarian Singa Selatan menggunakan pelbagai warna. Kepala kostum mempunyai mata yang lebih besar daripada Singa Utara, dan mempunyai cermin serta sebatang tanduk di hadapan kepalanya.Mata singa itu pula berwarna hitam bersama-sama

8

Page 9: TARIAN TRADISIONAL

warna putih atau merah bersama-sama warna putih. Hal ini bertujuan untuk menunjukkan sifat singa yang garang.

TARIAN NAGA

Tarian naga ialah tarian dan persembahan tradisional dalam budaya Cina. Sepertilah tarian singa, tarian naga sering dipersembahkan pada musim perayaan. Orang Cina selalu menyebut "Keturunan Naga" sebagai lambang identiti etnik.

Pada fikiran orang Cina, naga adalah sejenis hidupan yang menguntungkan. Naga mewakili kekuatan yang tiada bandingan yang boleh menghilangkan nasib buruk dan mencegah jenayah. Oleh sebab itu, sejak zaman nenek moyang semasa mereka merayakan Tahun Baru Cina, atau memimpin prosesi untuk menyambut seorang dewa, bahkan ketika ada bencana alam atau bencana peribadi berlaku, mereka akan mengadakan tarian naga untuk berdoa supaya mendapat berkat dari syurga.

Dalam tarian ini, sepasukan orang Cina memegang sebatang "naga" — iaitu imej naga Cina — dengan tiang. Penari-penari hadapan mengangkat, mencelup, membidas, dan menyapu kepala naga, yang boleh memiliki ciri-ciri animasi yang dikawal oleh seorang penari dan kadang-kala dikawal untuk mengeluarkan asap dari alat-alat piroteknik. Pasukan tarian meniru apa yang dipercayai sebagai gerakan semangat sungai ini secara berbelok-belok dan beralun-alun.Gerakan-gerakan dalam persembahan ini secara tradisinya melambangkan peranan-peranan naga yang menunjukkan kuasa dan maruah. Tarian naga ialah satu acara utama sambutan Tahun Baru Cina.

Tung Chung Shu, seorang ilmuwan terkenal pada tahun-tahun awal Dinasti Han Barat, menulis sebuah buku "Ch'un-Ch'iu Fan-lu". Di dalam buku itu terdapat maklumat tentang tarian

9

Page 10: TARIAN TRADISIONAL

hujan selama musim semi kekeringan. Tarian itu menglibatkan sejumlah besar daripada anak laki-laki, pemuda, laki-laki setengah baya, duda dan orang tua. Setelah tiga hari mengikhlaskan pantang, Warna kostum naga menutupi mereka, dan menghadap ke empat arah, mereka menari-nari dan berdoa kepada Tuhan. Menurut falsafah lima elemen (logam, kayu, air, api dan tanah) popular selama Dinasti Han, banyak objek yang berpadanan dengan ekspresi daripada lima elemen. Untuk alasan ini, dansa naga datang dalam lima warna: hijau, merah, kuning, putih dan hitam. Yang membezakan naga dengan lima warna ialah tradisi rakyat pada tahun-tahun awal dinasti Han. Bagaimanapun, pada hari ini kita hanya dapat melihat naga emas dan naga hijau.

Sekarang, sebagai hasil daripada usaha-usaha orang Cina di luar negeri China bagi mengekalkan dan mempromosikan budaya tarian naga, persembahan ini telah menjadi terkenal di seluruh dunia. Dalam masa beberapa dekad, oleh sebab kombinasi daripada rakyat popularisasi adat dan promosi oleh tentera korps hiburan, tarian naga telah menjadi persembahan secara terbuka yang penting bagi kumpulan persembahan tradisional yang disajikan dalam sambutan Tahun Baru Cina.

10

Page 11: TARIAN TRADISIONAL

TARIAN KIPAS

Tarian ini pula merupakan satu jenis tarian yang memerlukan 9 orang ahli, di mana 7 wanita dan 2 lelaki. Jenis tarian ini menunjukkan bahawa kipas cina mempunyai erti yang sebati dalam masyarakat cina di mana dewa-dewi pada masa lalu sentiasa menjadikan kipas sebagai alat keperluan. Tarian ini juga sebagai simbolik kerana angin juga merupakan elemen penting dalam masyarakat cina yang mempercayai “ Fung shui” iaitu suatu kepercayaan masayarakat cina umumnya tentang suatu pentanda yang baik dan buruk terhadap sesuatu kehidupan di tempat mereka. Oleh itu, jenis tarian ini dimainkan supaya tarian ini boleh membawa kebaikan atau “Fung Shui” yang baik kepada seluruh anggota masyarakat.

Peralatan & Pakaian Tarian Kipas

Alat muzik tradisional China ialah seruling buluh kerana buluh banyak di negara China. Kedatangan orang Mongol membawa satu lagi alat muzik iaitu ‘hu-Chin’ atau kecapi Mongol yang dmainkan secara menggesek (seperti menggesek biola). Dinasti Yuan telah memberi satu sumbangan kepada perkembangan muzik China iaitu sumbangan irama lagu yang baru dengan gabungan lagu dan kecapi. Peralatan yang digunakan ialah kipas yang bewarna terang. Kipas tersebut mempunyai banyak jenis, ada yang berkain panjang,berbulu-bulu, ada yang diperbuat daripada buluh dan kertas juga.

11

Page 12: TARIAN TRADISIONAL

Kostum yang dipakai oleh penari Tarian Kipas Cina ialah Ceongsam, Samfu dan pakaian tradisional Cina yang lain.

12