taranum

34
Pemantapan Tarannum Al-Quran PENGENALAN Mukjizat teragung anugerah Allah Azzawa jalla yang diwahyukan kepada junjungan besar nabi kita, nabi Muhammmad SAW bukan sekadar dipelajari dari sudut hukum-hukum tajwid dan tafsir sahaja, bahkan ia dituntut agar dialunkan secara bertarannum. Alunan tarannum Al-Quran tidak sama dengan lagu-lagu nyanyian lain, bahkan tidak sama dengan lagu penglipur lara, syair, qasidah dan nasyid. Tidak ada kitab-kitab agama lain yang mengalunkan alunan tarannum seindah bacaan Al-Quran, kerana tarannum Al-Quran mempunyai kaedah dan prinsip hukum-hukum bacaan yang sesuai dengan kehendak ilmu tajwid dan fasohah Al- Quran. Justeru, penulisan ini berusaha untuk mengupas kaedah-kaedah penyusunan tarannum yang berkesan dan membicarakan berkaitan pengukuhan dan pemantapan persembahan bacaan Tarannum Bil Quran dengan sempurna. Kertas kerja ini juga cuba menggabungjalinkan perkaitan tajuk ini dengan penguasaan seseorang qari terhadap ilmu tajwid, fasohah dan tartil dalam pembacaan, serta keelokan suara (tahsin al-saut) dalam kemahiran bertarannum. Pentadabburan uslub-uslub Al-Quran melalui cabang ilmu ini diharapkan mencapai wawasan dunia dan akhirat sehingga segala maksud dapat difahami dan dihadamkan pada akal, hati, roh serta dapat beramal dengannya. PENGERTIAN TARANNUM Tarannum merupakan suatu ilmu atau suatu kaedah suara yang dipelbagaikan bunyi mengikut proses nada, rentak dan irama yang tertentu untuk menambahkan keelokan seni bunyi sesuatu bacaan, khususnya didalam bidang ilmu pembacaan Al- Quran. Istilah Tarannum , al-Maqaamat , al-Han dan al-Ghina di sebut seiring dalam ilmu seni suara. Sebutan Tarannum dan Maqamat agak sinonim dan sering diguna pakai dalam ilmu seni pembacaan al-Quran. Istilah Tarannum bi al-Quran yang dipopularkan penggunaannya dan difahami oleh kebanyakan masyarakat di Nusantara, menunjukkan wujud hubungan erat dengan seni memperelokkan suara dalam pembacaan ayat-ayat suci al-Quran .

Upload: nurul-shahida-mohd-azilah

Post on 12-Jan-2016

30 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

taranum

TRANSCRIPT

Page 1: taranum

Pemantapan Tarannum Al-Quran

PENGENALAN

Mukjizat teragung anugerah Allah Azzawa jalla yang diwahyukan kepada junjungan besar nabi

kita, nabi Muhammmad SAW bukan sekadar dipelajari dari sudut hukum-hukum tajwid dan tafsir

sahaja, bahkan ia dituntut agar dialunkan secara bertarannum. Alunan tarannum Al-Quran tidak

sama dengan lagu-lagu nyanyian lain, bahkan tidak sama dengan lagu penglipur lara, syair,

qasidah dan nasyid. Tidak ada kitab-kitab agama lain yang mengalunkan alunan tarannum

seindah bacaan Al-Quran, kerana tarannum Al-Quran mempunyai kaedah dan prinsip hukum-

hukum bacaan yang sesuai dengan kehendak ilmu tajwid dan fasohah Al-Quran.

Justeru, penulisan ini berusaha untuk mengupas kaedah-kaedah penyusunan tarannum yang

berkesan dan membicarakan berkaitan pengukuhan dan pemantapan persembahan bacaan

Tarannum Bil Quran dengan sempurna. Kertas kerja ini juga cuba menggabungjalinkan

perkaitan tajuk ini dengan penguasaan seseorang qari terhadap ilmu tajwid, fasohah dan tartil

dalam pembacaan, serta keelokan suara (tahsin al-saut) dalam kemahiran bertarannum.

Pentadabburan uslub-uslub Al-Quran melalui cabang ilmu ini diharapkan mencapai wawasan

dunia dan akhirat sehingga segala maksud dapat difahami dan dihadamkan pada akal, hati, roh

serta dapat beramal dengannya.

PENGERTIAN TARANNUM

Tarannum merupakan suatu ilmu atau suatu kaedah suara yang dipelbagaikan bunyi mengikut

proses nada, rentak dan irama yang tertentu untuk menambahkan keelokan seni bunyi sesuatu

bacaan, khususnya didalam bidang ilmu pembacaan Al-Quran.

Istilah “Tarannum”, “al-Maqaamat”, “al-Han” dan “al-Ghina”di sebut seiring dalam ilmu seni

suara. Sebutan “Tarannum” dan “Maqamat” agak sinonim dan sering diguna pakai dalam ilmu

seni pembacaan al-Quran. Istilah “Tarannum bi al-Quran” yang dipopularkan penggunaannya

dan difahami oleh kebanyakan masyarakat di Nusantara, menunjukkan wujud hubungan erat

dengan seni memperelokkan suara dalam pembacaan ayat-ayat suci al-Quran .

Page 2: taranum

KELEBIHAN DAN KEPENTINGAN BERTARANNUM

Banyak hadith yang menggesa umat Islam membaca al-Quran dengan berlagu, antaranya ialah:

1. Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda:

: ( ) : يتغني أن لبني أذن بشئ الله يأذن لم ص رسوالله قال يقول كان أنه عنه الله رضى هريرة أبى عن

.بالقرءان

2. Rasulullah s.a.w bersabda:

بالقرءان يتغن لم من منا ليس

Ertinya: Bukan dari kalangan kami mereka yang tidak mahu melagukan dengan bacaan Al-

Quran.

3. Ibn Bathal menceritakan bahawa galakan membaca al-Quran secara berlagu itu disokong

oleh hadith Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abdul Alla dari Muammar dari Ibn Syihab

yang berbunyi :

القرءان فى الترنم فى لنبى أذن ما

Dengan adanya qari-qari yang membaca al-quran secara berlagu dapat menambahkan lagi

kesenian dan keelokan membaca al-quran. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w.:

حسنا القرأن يزيد الحسن الصوت فإن بأصواتكم القرأن .حسنوا

Maksudnya:

“Perelokkanlah bacaan al-quran dengan suara kamu kerana suara yang elok itu lebih

menambahkan keelokan al-Quran.”

Imam al-Tabari menjelaskan bahawa tarannum atau lagu itu tidak berlaku kecuali dengan suara

yang membolehkan qari memperelok dan mengalunkan suaranya ketika membaca al-Quran.

Manakala Imam Ahmad bin Ali bin Hajar Al-Asqalani menerangkan dalam kitabnya “Fadhail al-

Quran”, bahawa membaca al-Quran secara berlagu sesuai dengan kehendak jiwa dan selaras

dengan bentuk ragam ayat al-Quran itu sendiri.

Page 3: taranum

Adalah difahamkan dari beberapa hadis sahih, bahawa sejarah tarannum bi al-Quran bermula

sejak penurunan wahyu pertama di Gua Hira’ dan Rasulullah s.a.w sendiri membaca Al-Quran

dengan baik,cantik dan elok. Baginda pernah menyuruh umatnya supaya membaca Al-Quran

dengan bertaranum, bertazyin (kaedah bertarannum) dan bertahsin (kaedah mengelokkan

suara).

3. KAITAN TAJWID, FASOHAH, TARANNUM DAN SUARA

Zaid bin Thabit RA telah menyebutkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang

bermaksud: Sesungguhnya Allah menyukai seseorang membacakan Al-Quran itu sebagaimana

ia diturunkan. Menurut hukum, bahawa membaca Al-Quran secara bertajwid itu adalah wajib

dan diberi pahala bagi pembacaanya, manakala pembacaan tanpa tajwid secara bacaan yang

salah adalah berdosa.

Setelah mendalami ilmu tajwid, secara tidak langsung pembacaan ayat Al-Quran akan menjadi

lebih jelas, sempurna dan fasih mengikut lahjah-lahjah Arabiah dan lahjah Quraniah yang

ditetapkan dalam bidang fasohah sekaligus akan menyelaraskan rentak-rentak (tartil, tadwir,

tahdir) yang menjadi sebahagian dari fasohah.

Setelah bidang fasohah dikuasai, nescaya seseorang itu akan dapat melagukan bacaan ayat Al-

Quran mengikut kaedah suara yang dipelbagaikan bunyinya mengikut proses nada, rentak dan

irama yang tertentu untuk menambahkan keelokan seni bunyi sesuatu bacaan, khususnya

bacaan Al-Quran.

Imam al-Ghazali menyatakan bahawa pembaca al-quran yang baik itu bukan saja lidahnya

menyebut kalimah-kalimah al-quran dengan betul, bahkan akalnya juga mentadabburkan makna

dan memahami pengertiannya, sementara perasaannya turut sama menghayati tuntutan al-

quran tersebut dan jiwanya khusyuk kepada Allah Taala. .

Page 4: taranum

PERSEMBAHAN TARANNUM YANG BERKESAN

Pembacaan yang mantap dan persembahan tarannum yang berkesan sangat diimpikan oleh

seorang qari dan qariah serta pencinta seni al-Quran.Pakar-pakar tarannum di dalam dan luar

negara sentiasa berusaha menggembelingkan tenaga ke arah pemantapan seni tarannum al-

quran agar ia dialunkan menepati kehendak bacaan yang diamalkan oleh Rasulullah SAW ,

para sahabat dan tabi’en serta generasi selepasNya.

Kaedah talaqqi dan musyafahah daripada guru yang mutqin dan mahir adalah merupakan

kaedah pertama dan utama untuk menyebarkan pembacaan Kalam Allah walaupun dewasa kini

kita dibanjiri oleh ledakan kemajuan ICT . Ia tidak boleh menggantikan guru dalam memberi

tunjuk ajar yang berkesan.

Dalam usaha memantapkan pembelajaran dan penguasaan tarannum tidak boleh menolak

secara total terhadap segala inisiatif yang lebih moden dalam pengajaran al-Quran melalui

media elektronik. Rancangan Mari Bertarannum yang disiarkan di TV9 merupakan salah satu

daripada usaha murni untuk mendidik generasi cilik cara mengasah bakat membaca al-Quran

dengan alunan tarannum yang pelbagai. Lebih istimewa lagi apabila proses mentahsinkan suara

diajar dengan latihan vocal .

Tuan Hj. Nik Jaafar bin Nik Ismail, seorang pakar tarannum terkemuka tanah air menggariskan

beberapa perkara penting mesti difahami oleh seseorang qari dalam usaha mencapai tahap

penguasaan tarannum yang berkesan. Perkara-perkara penting tersebut ialah sebagaimana

berikut ;

1. Memahami ilmu- ilmu Tahsin al-Saut (memperelokkan suara), ilmu tajwid, ilmu ketartilan

bacaan, fasohah dan ilmu tarannum.

Memperelokkan suara dalam pembacaan al-Quran mempunyai kaitan yang amat rapat dalam

penguasaan tarannum yang mantap. Seseorang qari mesti mengenal sifat-sifat suara yang

dimiliki bagi menyesuaikan tobaqat qarar, nawa, jawab dan jawabul jawab. Persembahan

tarannum yang berkesan dan mantap akan lebih terserlah jika suara dialunkan menepati

kesemua tingkatan-tingkatan suara tersebut termasuklah tobaqat suara yang paling tinggi iaitu

suara mustar atau otak.

Page 5: taranum

Pembacaan al-Quran secara bertajwid adalah fardu ain bagi setiap orang Islam terutamanya

seorang qari atau qariah. Seseorang qari semestinya mendalami ilmu tajwid demi memelihara

lidah dari kesalahan semasa membaca kalam Allah. Ia juga bertujuan menyelamatkan seorang

qari daripada tersasar dalam menyebut makharij al-huruf dan sifat-sifatnya.

Imam Ibnu Jazari menyatakan dalam puisi kitabnya :

ءاثم القرءان يجود ال من الزم حتم بالتجويد واألخذ

Maksudnya: Mengamalkan tajwid itu suatu kewajipan , kerana berdosa tidak memperelokkan

bacaan.

Kemampuan membaca Al-Quran dengan tartil dan fasih adalah tidak kurang pentingnya bagi

seseorang qari. Ketartilan pada setiap persembahan amat dititikberatkan bagi memenuhi

piawaian tilawah yang berkualiti tinggi sehingga memberi keinsafan kepada pembaca dan

pendengar dalam menghayati maksud ayat ,bahkan ia adalah tuntutan daripada Allah SWT

sebagaimana firman Nya:

﴿ > @يًال Aرت ت AانAرءBالق Dِل@ ت AرAو ﴾

Maksudnya: “Bacalah Al-Quran itu dengan tartil. ”

Fر@ِه@ ( AدAب وAت القBرآن@ @ فAهم عAلAى <ا عAون BونB Aك ي BهI @ن فAا JِلFهAَمA ت AلىAع Bاِه Aقر@ ) ا

Maksudnya: “Bacalah dengan perlahan dan hati-hati kerana hal itu akan membantu pemahaman

serta tadabbur terhadap Al-Quran.”

Ulama’ telah bersepakat bahawa ayat ini merupakan dasar pokok yang memerintahkan Al-

Quran dibaca dengan berhati-hati sehingga baik pengucapannya serta memenuhi ketentuan

hukum bacaan, perintah mana yang mengandungi hukum wajib.

Ironinya, keempat-empat cabang ilmu ini amat berkait rapat di antara satu sama lain yang

melahirkan kombinasi korikulum bersepadu yang mantap. Hasilnya tergubal sistem pemarkahan

dan penghakiman tilawah al-quran di Malaysia bagi menilai setiap kategori ini secara sistemetik

Page 6: taranum

demi memartabatkan persembahan tarannum yang berkualiti tinggi sesuai dengan kemuliaan

mukjizat terunggul.

2. Memahami Fungsi Tarannum Bi al-Quran.

Setiap tarannum mempunyai fungsinya yang tersendiri, ianya terbahagi kepada dua kategori

bagaimana berikut:-

1. Tarannum-tarannum yang berfungsi dengan sendiri tanpa bergantung kepada tarannum lain

iaitu seperti tarannum Bayati, tarannum Husaini, tarannum Kurdi, tarannum Saba, tarannum

Hijaz, tarannum Nahwand, tarannum Rast, tarannum Sikah, dan tarannum Jiharkah.

2. Tarannum-tarannum yang kurang berfungsi dengan sendiri tetapi lebih sesuai menumpang

lain-lain tarannum seperti tarannum Iraqi, tarannum ‘Ajami, tarannum Nawa asar atau tarannum

‘Ushaq dan tarannum Syuri.

Tarannum tersebut kurang popular, hanya dapat diminati dan dihayati oleh qari-qari yang

mempunyai kepakaran sahaja seperti As-Sheikh Muhammad Rifa’t, As-Sheikh Taha Af-Fashni,

As-Sheikh Mustafa Ismail dan sebagainya, kerana ia lebih berfungsi sebagai tarannum selingan

atau sebagai wuslah kepada mana-mana persembahan bacaan untuk menambahkan

kecanggihan tarannum.

MEMAHAMI CARA PENGHAKIMAN TILAWAH AL-QURAN

Bagi melahirkan penguasaan tarannum yang berkesan, seseorang qari juga perlu mengetahui

kaedah penilaian dan perkara-perkara yang dititikberatkan oleh jemaah hakim semasa

penghakiman. Ia adalah sebagaimana berikut.

Markah-markah dibahagikan seperti berikut:

a) Tajwid - 40 markah

b) Lagu - 25 markah

c) Suara - 15 markah

d) Fasohah -20 markah

Page 7: taranum

Tajwid (40 markah)

i. Menjaga segala hukum tajwid dengan sempurna terutama mengenai perkara-perkara yang

dihuraikan selanjutnya.

ii. Menyebut dengan betul setiap makhraj huruf seperti: sod (ص), dod (ض), to(ط), zo (ظ), fa’(

.dari segi tebal dan nipisnya) (قqaf ,(ف

iii. Menjaga hukum-hukum tarqiq dan tafkhim terutama pada huruf lamل) ( dan ra’ر)).

iv. Mad Asli (Mad Tabi’i) dan Mad Badal tetap dengan kadar panjang 2 harkat.

v. Pada Mad Munfasil boleh dibaca dengan 2 atau 4 atau 5 harakat.Setiap pembaca boleh

memilih salah satu daripada wajah yang empat itu. Sekiranya ia memilih salah satu daripadanya

hendaklah ia meneruskan bacaannya di atas wajah itu tanpa berpindah ke wajah yang lain.

Sekiranya terdapat dalam suatu ayat 2 Mad Munfasil atau lebih maka hendaklah disamakan

kadar panjang mad itu, iaitu jika dibaca dengan 2 harakat pada mad Munfasil pertama, maka

hendaklah dibaca dengan 2 harakat juga pada Mad Munfasil kedua, demikian seterusnya. Pada

Mad Muttasil bolehlah dibaca dengan kadar panjang 4 harakat atau 5 harakat atau 6 harakat

ketika waqaf.

vi. Mad Lazim Kalimi dan Harfi Muthaqqal begitu juga Mad Istifham hendaklah panjang

bacaannya dengan kadar 6 harakat.

vii. Mad Arid dibaca dengan kadar 2 atau 4 atau 6 harakat ketika waqaf sahaja.

viii. Mad Silah hendaklah dibaca dengan kadar panjang 2 harakat. Tetapi sekiranya selepas

Mad Silah terdapat sebab (yakni Hamzah) hendaklah dibaca dengan Qasar, Tawassut dan

Isyba’. Dengan itu ia termasuk di dalam bab Mad Munfasil.

ix. Ghunnah dibaca dengan kadar 2 harkat sama ada ia di dalam keadaan waqaf atau wasal.

x. Bagi musabaqah peringkat kebangsaan riwayat yang dijadikan asas pegangan ialah Riwayat

Hafas.

Page 8: taranum

Tarannum (25 markah)

i. Menggunakan maqam-maqam Arab (irama lagu Arab) dengan sekurang-kurangnya empat

jenis lagu di dalam satu-satu bacaan, tanpa mengira lagu apa yang dimulakan.

ii. Setiap lagu (maqam atau nughmah) hendaklah disempurnakan secara teratur dan beransur-

ansur (tadriji) sekurang-kurangnya empat harakat.

iii. Setiap lagu (maqam atau nughmah) hendaklah dibawa dalam tiga tingkatan (tobaqat) suara,

iaitu rendah, sederhana dan tinggi.

iv. Lagu (maqam) yang dibawa pada ayat yang akhir hendaklah sama dengan lagu yang dibawa

pada ayat pertama.

Peringatan:

Lagu yang dianggap istimewa ialah lagu yang mengandungi ciri-ciri berikut:

i. Setiap lagu yang dibawa mengandungi lebih dari empat harakat yang teratur dan tersusun.

ii. Sesuatu lagu dianggap teristimewa sekiranya lagu itu mempunyai unsur tersendiri tanpa

meniru sepenuhnya bacaaan qari yang masyhur.

iii. Dapat menyesuaikan lagu dengan kehendak makna ayat tanpa lari dari kaedah tajwid dan

usul.

iv. Membawa bunga-bunga lagu yang menarik.

v. Dapat mengawal lagu sepenuhnya ketika nyaring dan perlahan (tinggi, rendah, dan

sederhana).

vi. Menambah lagi beberapa lagu lain selain daripada lagu-lagu wajib, dengan tidak melebihi

tempoh bacaan yang ditentukan.

vii. Menggunakan empat (nughmah) di dalam bacaan.

Page 9: taranum

Suara (15 markah):

i. Bersih (kebersihan suara).

ii. Licin dan lancar (kelicinan suara).

iii. Terang, nyata dan lantang (suara yang keluar dengan nyata dan jelas serta lantang).

iv. Suara yang tidak berubah-ubah dari mula bacaan hingga ke akhirnya disebabkan tekanan

suara turun naik semasa tengah membaca.

Peringatan:

Suara yang dianggap istimewa ialah suara yang mempunyai ciri-ciri berikut:

a) Suara yang indah merdu dan dapat menghidupkan renik-renik suara.

b) Suara yang licin dan lembut serta terang dan jelas semasa tekanan suara tinggi, rendah dan

sederhana.

c) Penyesuaian suara: suara lelaki hendaklah sesuai dengan sifat-sifat kelelakiannya dan suara

wanita sesuai dengan unsur-unsur kewanitaannya.

d) Dapat mengawal suara hingga kepada tiga tingkatan (tobaqat ).

e) Dapat mengawal dengan sepenuhnya alunan suara masa nyaring dan masa perlahan.

f) Suara bergerak dan hidup.

Fasohah (20 markah):

Kesempurnaan fasahah tercapai dengan perkara-perkara berikut:

i. Cermat dan halus dalam bacaaan serta fasih dalam sebutan.

ii. Lancar menyebut perkataan-perkataan dan ayat-ayat.

Page 10: taranum

iii. Terpelihara segala harkah (baris) dan tasydid.

iv. Betul melakukan tempat waqaf dan ibtida’ termasuk Jibril dan Nabawi.

v. Bacaan menurut lahjah Arab Fasaha.

vi. Bacaan sederhana tidak terlalu cepat atau terlalu lambat.

Berpandukan tulisan Tuan Hj. Nik Jaafar bin Nik Ismail, keempat-empat bidang ilmu ini

dihuraikan dengan panjang lebar bagi seseorang qari dan pencinta seni tarannum al-Quran agar

dapat difahami secara mendalam dan mempraktikkan dalam persembahan tarannum .

PENYUSUNAN TARANNUM YANG BERKESAN

Untuk menyusun tarannum yang hendak dipersembahkan perlulah diambil kira perkara-perkara

berikut:-

1. Hendaklah terlebih dahulu memilih jenis-jenis tarannum yang bersesuaian.

Contohnya : Tarannum Bayati dan Husaini.

1.1 Sifat-sifat Tarannum Bayati

Tarannum Bayati ini mempunyai ciri-ciri dan sifat-sifatnya yang tersendiri, iaitu :

Mempunyai gerak lembut dan tegas.

Sesuai dengan tabi’i rendah dan sederhana.

Sesuai sebagai tarannum pembukaan dan penutup.

1.2 Peranan Harakat Bayati

Page 11: taranum

Untuk mempelbagaikan corak dan bunyi.

Untuk memberi tenaga dan peningkatan yang sesuai.

Untuk memberi pengukuran kepada lagu yang akan dibaca seterusnya.

Lagu-lagu Bayati ini amat menarik dengan sifatnya yang halus dan lembut, sesuai dengan

keadaan orang-orang Mesir yang berada di Lembah Nil. Peranannya dapat menenangkan jiwa

orang yang mendengarnya.

1.3 Sifat Tarannum Husaini

Mempunyai gerak cergas dan tegas.

Mempunyai kesesuaian dengan tabaqah yang lebih tinggi

1.4 Peranan Tarannum Husaini

Tarannum Husaini mempunyai peranannya yang tertentu iaitu:

Memberi tenaga kepada persembahan bacaan yang agak lembab dan lemah.

Menjadi penggerak semangat kepada harakat-harakat yang berikut.

Memberi kepuasan kepada pembaca dan pendengar.

1.5 Mengenal Harakat Husaini :

Harakat Husaini biasanya bersambung kepada harakat Bayati.

Harakat Husaini diwasalkan kepada harakat Bayati.

Harakat Husaini juga boleh dibaca dan disusun secara berasingan.

Page 12: taranum

2. Penukaran satu tarannum kepada satu tarannum yang lain, hendaklah cermat dan canggih,

termasuklah sistem wuslah dan sebagainya.

3. Penyusunan dari satu tarannum kepada satu tarannum yang lain hendaklah dipertingkatkan

kecermatannya, kehangatannya, kecanggihannya dan sebagainya.

4. Tarannum penutup hendaklah sama dengan tarannum permulaan.

MENGENAL KATEGORI TARANNUM AL-QURAN

Setiap tarannum mempunyai kategorinya yang tertentu sepertimana berikut:-

1. Kategori lembut seperti tarannum Jiharkah, Iraqi, Nahwand dan Saba.

2. Kategori sederhana seperti tarannum Bayati, Husaini, Rast, Sikah, ‘Usshaq dan Syuri.

3. Kategori keras dan tegas seperti tarannum ‘Ajami, Hijjaz dan Kurdi.

Jika seseorang qari mengenal kategori tersebut, ia boleh membantu menyenangkan

penyusunan tarannum ke dalam suatu persembahan dengan lebih tepat dan lebih berkesan lagi.

PENYUSUNAN HARAKAT LAGU YANG BERKESAN

Harakat-harakat tarannum itu hendaklah disusun secara sistematik supaya persembahan lebih

berkesan. Antara teknik penyusunan yang digunakan ialah:-

1. Harakat-harakat yang dialunkan adalah cermat, mempunyai ciri menghangatkan

persembahan serta menggunakan harakat yang canggih.

2. Harakat yang dihiasi dengan alunan lahjah arab dan gabungan lagu-lagu cabang serta gerak

suara pelbagai seperti gaya Iraqi, Kurdi dan Syuri, nakriz, bustanjar, kuflah mahur, usysyaq,

zinjiran dan mayyah.

3. Harakat yang dihiasi dengan wuslah iaitu gabungan dua bunyi atau lebih dari mana-mana

angin lagu dalam satu harakat.

Page 13: taranum

4. Harakat yang mempunyai salalim, iaitu harakat-harakat yang dialunkan mengikut sistem

tangga menurun atau menaik.

5. Harakat yang mempunyai Ikhtilalulahni, iaitu harakat-harakat yang dialunkan dengan nada

suara yang disumbangkan sama ada secara menurun atau mendaki.

Harakat-harakat tersebut perlu disusun secara sistematik dan menarik. Persembahan yang tidak

menepati teknik-teknik di atas akan menyebabkan kecacatan dan melencong dari sasaran

sebenar yang akan dicapai. Latih tubi yang berterusan dengan cara talaqqi dan musyafahah

akan memberi keberkesanan mendalam terhadap satu-satu persembahan bacaan.

PENGUKUHAN DAN PEMANTAPAN PERSEMBAHAN TARANNUM

Seorang sarjana dalam bidang Al-quran telah menampilkan lima tahap proses pembelajaran

secara berskala untuk memantapkan penguasaan persembahan tarannum secara berkesan dan

sempurna, sebagaimana berikut ;

ASPEK TARANNUM

Tahap 1 : Proses mengenal tujuh alunan tarannum dengan konkrit dan berkonsisten, tanpa

timbul lagi perasaan ragu-ragu terhadap bunyi atau melodi tarannum tersebut.

Tahap 2 : Proses memasang lagu-lagu tarannum dengan teratur dan tersusun mengikut

keutamaan berdasarkan kepada teknik pengolahan, pengurusan, perimbangan dan lain-lain.

ASPEK SUARA

Tahap 3 : Proses membetulkan cara pengendalian, pengurusan, pengolahan suara serta

kedudukan suara yang tepat pada bacaan dan juga sebutan huruf.

ASPEK TARANNUM DAN SUARA (GABUNGAN)

Tahap 4 : Proses menyambung lagu-lagu tarannum usul dengan furu', malakukan gerak

sumbang suara, kemahiran membuat qitaah, menyusun burdah sama ada burdah kasar atau

halus, jarang atau kerap, mempelbagaikan gaya dan alunan dalam sesebuah jumlah harakat

dan melatih bacaan berlahjahkan arabiah.

Page 14: taranum

Tahap 5 : Ialah proses membentuk bacaan yang lembut, cergas, tegas dan sempurna dari awal

hingga akhir.

Oleh kerana itu, seseorang yang ingin belajar tarannum dengan berkesan, mestilah melalui 5

tahap yang disebutkan dan melalui latihan yang berterusan.

TEKNIK PEMBAYANG LAGU ATAU MAQAM TARANNUM

Mohd Ali bin Abu Bakar (1997 ) mengemukakan teknik pengukuhan persembahan tarannum

dengan mengggunakan seni kata pembayang daripada syair-syair arab. Haji Qasim bin Haji

Ahmad,qari dari Kedah telah menyusun panduan bertarannum menggunakan seni kata

nasyid,berzanji dan marhaban sebagai pembayang untuk diterapkan dalam persembahan.

Seseorang qari akan cuba menghayati irama, rentak dan nada berbantukan bait-bait syair ini

untuk diterapkan dalam persembahan tarannum tertentu. Di antara bait-bait tersebut yang ialah :

1. Maqam tarannum nahawand

أشرابى # على اسَمو وبغفًالت حجابى عن أقول فى العفى بيد

أثابى # كَملت قد وقادات وقريحات وقادات وبفكرات

2. Maqam Tarannum Rast

فنجنى الزمان فسد قد رب يا

فتولنى حيلتى قلت رب يا

عفينى الصائب كِل من رب يا

اويني قد الطبيب عجز قد رب يا

شافى يا شفينى لطفك بحق

Page 15: taranum

3. Maqam Tarannum Hijaz

عالى # مقلس إنى الله رحَمة يا وجِل خائق إنى الله رحَمة يا

وإيَمانى العظَمى محبتك به العليم ألقى لىعَمِل وليس

4. Maqam Taranum Sikah)

محَمد # يا النجود نورا يا رامن أشكر من صلى

جاد # بالوصِل جاد والًالء والعَمر وأرى

PEMANTAPAN LAGU CABANG

Seorang qari yang mahir dalam selok belok lagu dan tarannum bukan sahaja dapat

mempersembahkan lagu asas mengikut rentak dan irama tertentu, tetapi mampu menguasai

lagu-lagu cabang. Menurut Tuan Hj. Nik Jaafar bin Nik Ismail , terdapat lebih tiga ratus cabang

lagu lain yang boleh diselitkan dalam persembahan lagu asas.

Mohd Ali bin Abu Bakar(1997) cuba menyusun bai-bait seni kata pembayang bagi maqam lagu

Nkris dan Usysyaq sebagaimana berikut.

(1) Maqam Lagu Nakriz

Cawangan dari lagu nahwand

اإلله # بدين وبشر فهلِل البيان عتئ بحر يناك

السَماء # سيف أنت الهدى نبي الضياء نبع أنت الهدى نبي

Page 16: taranum

(2) Maqam Lagu Usyshaq

Dari lagu nahawand

االئرين # كوكب يا محَمدا العلَمين فرحة يا محَمد

سكارى # غدونا فإنا وأشرق واليقين الهدى فهات ضللنا

بالعلى # مبشرا جاءنا محَمد على وسلَمن ربنا وصلينى

الكرماء الهى أولى لهم .والتبعين

KAEDAH LATIH TUBI YANG BERTERUSAN

Dalam usaha memantapkan suatu persembahan taraannum, seorang qari perlu menjalani

latihan-latihan berterusan mengikut potongan ayat atau surah yang pelbagai. Latih tubi tersebut

perlu mengambil kira perkara-perkara berikut :

1- Latihan mempersembahkan bacaan pada ayat-ayat pilihan ujian tilawah dengan

mempraktikkan ke semua jenis lagu dan dihiasi dengan wuslah al-mumathalah, ikhtilal al-lahn,

salalim nuzul dan su’ud serta mahattah yang canggih .

2- Latihan mempersembahkan bacaan pada ayat-ayat yang dimulakan dengan huruf

muqatho’ah dan diwakafkan dengan Mad Asli atau Mad Far‘i menerusi susunan lagu yang

pelbagai.

3- Latihan mempersembahkan bacaan pada ayat-ayat yang diwakafkan dengan Ta Marbutoh

menerusi susunan Bayati, Saba, Hijjaz, Nahwand dan Rast.

4- Latihan mempersembahkan bacaan pada ayat-ayat yang mengandungi bacaan khusus bagi

riwayat Hafs seperti bacaan imalah, tashil dan ibdal, isymam dan ikhtilas ,saktah, bacaan naqal

dan silah .

5- Latihan mempersembahkan bacaan pada ayat-ayat yang mengandungi Mad Lazim Kalimi

Muthaqqal, Harfi Muthaqqal serta Mad Istifham yang memerlukan kadar panjang bacaannya

dengan 6 harakat.

Page 17: taranum

Latihan-latihan pengukuhan dan pemantapan seperti ini diharapkan member natijah yang

terbaik bagi setiap qari dan qariah demi melahirkan generasi quranik yang berkualiti tinggi,

mahir dari sudut tajwid dan fasohah, memiliki nafas yang panjang dan mampu mengalunkan

alunan suara berlahjah Arab.

Kesimpulan

Berdasarkan penjelasan di atas, dapat dirumuskan bahawa seseorang qari yang berhasrat

mengusai persembahan tarannum bi al-Quran yang berkesan sewajarnya menitikberatkan

beberapa perkara berikut :

1- Berusaha sedaya upaya untuk memnguasai kaedah sebutan kalimah-kalimah dan mahir

menggabungkan kalimah tersebut dalam potongan ayat al-Quran mengikut lahjah Arab.

2- Mendalami ilmu tatabahasa Arab dan merujuk guru-guru yang memahami bahasa al-Quran

supaya menepati kehendak bacaan pada wakaf dan ibtida’.

3- Menerapkan tarannum yang sesuai dengan pengisian harakat yang canggih berdasarkan

kefahaman pada maksud kalimah dan potongan ayat yang akan dipersembahkan.

4- Memastikan susunan tarannum yang rapi dan tingkatan suara yang bersesuaian dengan

kemampuan nafas yang dimiliki.

5- Menghiaskan setiap harakat tarannum dengan pengisian ikhtilal, salalim, dan burdah yang

berkualiti dalam usaha mencapai persembahan yang bermutu tinggi dan mencuit jiwa

pendengar.

6- Sentiasa menjalani latih tubi yang berterusan di samping merujuk guru-guru dan pakar

tarannum secara talaqqi dan mushafahah bagi mendapat gubahan seni yang terkini dan

kontemporari kerana sifat suatu seni itu sentiasa maju dan berubah-ubah.

Page 18: taranum

Rujukkan:

1. Al-Quran al-Karim

2. Al-Hadith al-Syarif.

3. Sedek Ariffin (2009).Jurnal Darul Quran JAKIM : Kepentingan Talaqqi dan Musyafahah Dalam

Pembacaan Al-Quran. Disember 2009 . bil. Ke 13. Melaka: Percetakan Surya Sdn.Bhd.

5. Hj Nik Jaafar Nik Ismail, (2009), Buku Qaedah Tarannum ( Cara Berlagu, Darul Fikr, Kuala

Lumpur.

6. Mohd Ali Bin Abu Bakar, (1997), Seni Lagu Al-Quran Di Malaysia, Darul Fikir, Kuala Lumpur.

7. Muhammad Al-Ghazali, ( 1996 ), Bagaimana Berinteraksi Dengan Al-Quran Penerjemah

Muhammad Rivai Batubara, Selangor : Budaya Ilmu Sdn.Bhd.

8. Abu Mardhiyah,( 2004),Tajwid al-Quran. Cetakan Pertama ,Kuala Lumpur: Perniagaan

Normahs

9. Haji Qasim bin Haji Ahmad (t.t) Risalah Panduan Tarannum bi al-Quran, Kedah.

10. http://mytarannum.blogspot.com/

11. http://pcbukm.blogspot.com/2009/10/tahap-tahap-pembelajaran-ilmu- tarannum.html

12. Nota-nota Kuliah Pengajaran STTQ 2010

Page 19: taranum

Pertandingan Peringkat Antarabangsa Kali Pertama

Pertandingan Membaca al-Quran Peringkat Antarabangsa kali pertama diadakan pada 22

Ramadhan 1380 bersamaan 9 Mac 1961. Hasrat dan cita-cita untuk mengadakan majlis tilawah

al-Quran peringkat antarabangsa ini telah diluahkan oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra al-

Haj semasa majlis penutup Pertandingan Membaca al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali

Pertama.

Pertandingan membaca al-Quran peringkat antarabangsa yang dianjurkan oleh Malaysia

(Malaya pada ketika itu) ialah majlis tilawah yang julung-julung kalinya dianjurkan di dunia.

Belum ada negara yang menganjurkan majlis seumpama ini sebelumnya. Dalam majlis kali

pertama ini, sebanyak tujuh buah negara dengan 13 orang peserta telah mengambil bahagian.

Negara yang menyertai majlis kali pertama ini adalah seperti berikut :

Singapura

Brunei DS

Thailand

Sarawak

Indonesia

Filipina

Malaya

Ketika Majlis Perasmian Pertandingan Membaca al-Quran Peringkat Antarabangsa kali pertama,

YTM Tunku abdul Rahman Putra al-Haj, Perdana Menteri sedang menghadiri Persidangan

Menteri Negara-negara Komanwel di London. Oleh yang demikian YAB Tun Abdul RAzak,

timbalan Perdana Menteri ketika itu mengambil tempat beliau mengalu-alukan kedatangan

kumpulan pertama qari yang menyertai majlis ini. Dalam ucapannya, YAB Tun Abdul Razak

Page 20: taranum

telah menyebutkan bahawa Kerajaan Malaya terus menggalakkan rakyatnya membaca al-

Quran. Kursus-kursus mempelajari dan menghafaz al-Quran juga diadakan. Masjid Negara yang

sedang dibina ketika itu akan dijadikan pusat untuk tujuan tersebut.

Johan Qari dan Qariah

Sejak mula diperkenalkan, peserta negara Malaysia telah mengungguli kejuaraan majlis tilawah

al-quran peringkat antarabangsa ini. Di bahagian qari peserta Malaysia telah memenanginya

sebanyak 27 kali, manakala di bahagian qariah sebanyak 33 kali.

Penyertaan

Penyertaan majlis tilawah al-Qur’an peringkat antarabangsa pada awalnya dibuka kepada

Negara-negara asia Tenggara sahaja. Namun begitu Negara-negara di luar Asia Tenggara

menyatakan hasrat ingin mengambil bahagian.

1381H

1962M

YTm Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj telah menyatakan dukacitanya kerana belum lagi dapat

memenugi hajat beberapa buah Negara Afrika yang menyatakan keinginan mereka untuk

menyertai majlis ini. Pada masa itu juga penyertaan belum dibuka kepada near-negara Arab.

Pandangan Jawatankuasa Pusat bahwa majlis tilawah al-Qur’an peringkat antarabangsa belum

Page 21: taranum

boleh dibuka kepada Negara Arab sehinggalah mutu bacaan peserta Negara-negara bukan

Arab dapat menyaingi bacaan qari Negara Arab kalaupun tidak melebihi mereka.

1381H

1962M

Negara-negara yang mengambil bahagian dalam majlis ini menurun kepada enam buah sahaja.

Negara-negara tersebut ialah Brunei, Pakistan, Sarawak, Singapura, Thailand dan tuan rumah

Malaya. Dalam majlis ini peserta Malaya, iaitu En.Mhd Yusof bin Abdullah Berjaya menjadi

johan. Beliau yang merupakan naib johan peringkat kebangsaan mengalahkan Encik Ismail bin

Hashim, johan peringkat kebangsaan di tempat kedua.

1382H

1963M

Filipina dan Indonesia tidak mengambil bahagian kerana berselisih faham mengenai

pembentukan Negara Malaysia. Indonesia juga melancarkan konfrontasi dengan Malaysia pada

tahun tersebut. Akibatnya Republik Indonesia tidak menghantar peserta hingga tahun 1965.

Namun demikian, berkat hubungan baik dan persaudaraan antara rakyat kedua-dua Negara dan

adanya alat-alat media elektronik, maka rakyat Indonesia dapat juga mengikuti majlis tilawah

dalam tahun-tahun konfrontasi tersebut melalui Radio Malaysia dan kemudiannya siaran

Televisyen Malaysia.

Page 22: taranum

1383H

1964M

Buat kali pertama kalinya peserta qariah mengambil bahagian dalam majlis tilawah al-Qur’an

peringkat antarabangsa. Negara-negara yang menghantar peserta qariah ialah Brunei

Darussalam, Filipina, Kemboja (Kampuchea), Thailand dan Malaysia. Johan qariah dimenangi

oleh Puan Hajah Faridah binti Mat Saman dari Malaysia, naib johan dimenangi oleh Puan

Fatimah binti Abdullah dari Thailand dan tempat ketiga ialah Puan Siti Asma’ dari Kemboja.

Joahan qari dimenangi oleh peserta dari Malaysia, iaitu Encik Hassan bin Musa.

1383H

1964M

Perubahan telah berlaku bagi penyertaan peserta dari negari Sarawak, Sabah dan Singapura.

Buat kali pertamanya dari negeri-negeri tersebut dijemput menyertai majlis tilawah al-Qur’an

peringkat kebangsaan selaras dengan pembentukan Malaysia. Sebelum ini negeri-negeri

berkenaan telah menyertai mejlis ini di peringkat antarabangsa.

1384H

1965M

Page 23: taranum

Johan dan naib johan dimenangi oleh peserta Malaysia. Encik Ismail bin Hashim dan Encik

Saidin bin Abdul Rahman, kedua-duanya dari Malaysia telah mendapat markahtertinggi dan

sama jumlahnya.walau bagaimanapun Encik Ismail telah diisytiharkan menjadi johan kerana

beliau memperoleh markah lagu dan suara yang lebih tinggi daripada Encik Saidin.

Bagaimanapun, peraturan ini kemudiannya dipinda, iaitu jika timbul persamman markah, maka

markah tajwid akan dirujukkan untuk pemenang pertama. Pemenang tempat ketiga ialah Encik

Wan Hasan Kelopa dari Thailand.

11 OGOS

1966

perjanjian damai antara Kerajaan Malaysia dengan Indonesia ditandatangani dan kontrontasi

antara Malaysia dengan Indonesia tamat pada tahun 1967. Dengan pemulihan hubungan

diplomatic antara dua buah Negara dimulai pada 31 Ogos 1967, maka Indonesia mula

menyertai kembali majlis tilawah al-Qur’an peringkat antarabangsa.

1387H

1967M

Mencatat sejarah kerana penyertaan qari dan qariah dalam majlis tilawah al-Qur’an peringkat

antarabangsa mengatasi jumlah peserta peringkat kebangsaan. Sebanyak 13 buah Negara

menghantar pesertaw yang terdiri daripada 27 orang qari da 10 qariah. Negara-negara tersebut

ialah Brunei, Filipina, India, Indonesia, Iran, Kemboja, Pakistan, Malawi, Singapura, Thailand,

Turki, Vietnam Selatan dan Malaysia. Somalia tidak sempat menhantar wakilnya, sementara

Sudan hanya mengirinkan pemerhati sahaja. Pada tahun itu juga satu pembaharuan telah

Page 24: taranum

diadakan, iaitu perbarisan mengarak bendera Negara-negara peserta telah diadakan sebelum

istiadat perasmian dilakukan.

1389H

1969M

Negara menyambut ulang tahun kesepuluh majlis tilawah. Di peringkat antarabangsa, Negara-

negara yang dijemput mengirimkan peserta ialah Afganistan, Brunei, Burma, Fiji, Filipina, India,

Indonesia, Iran, Kemboja, Laos, Maldives, Nigeria, Pakista, Somalia, Singapura, Sri Lanka,

Tanzania, Thailand, Turki dan Vietnam Selatan. Sementara itu Hong Kong, Iraq, Jordan, Kuwait,

Lubnan, Mali, Magribi, Sudan, Syria, Taiwan, Tunisia dan Jerman Barat telah dijemput

menghantar pemerhati mereka.

1390H

1970M

Negara Brunei mengirim dua orang qari dan seorang qariah; Kemboja, dua qari dan seorang

qariah; Indonesia, dua qari dan seorang qariah; Singapura, dua qari dan seorang qariah;

Thailand juga dua qari dan seorang qariah; India, seorang qari dan aeorang qariah; Iran,

seorang qari sahaja; Pakistan, seorang qari; Republik Persekutuan Jerma, seorang qari dan

Malaysia, dua orang qari dan seorang qariah.

1392H

Page 25: taranum

1972M

Menarik peserta luar negeri yang paling besar berbanding sebelumnya. Sejumlah 22 negera

telah hadir dalam majlis tilawah anatarabangsa ini, anataranya yang baru ialah Yugoslavia dan

Bangladesh. Pakistan pula pertama kali menghantar peserta qariahnya. Sementara Negara-

negara yang menghantar pemerhati termasuklah Algeria, Magribi dan Qatar.

1395H

1975M

Negara yang mengambil bahagian 12 buah Negara, iaitu seramai 28 peserta termasuk tujuh

orang qariah. Pada tahun tersebut Negara-negra yang dijemput masih boleh menghantar dua

orang qari dan seorang qariah.

1396H

1976M

Penyertaan dibuka kepada peserta dari negara-negara yang menggunakan bahasa Arab

sebagai bahasa pengantar. Sebelum ini mereka tidak dibenarkan mengambil bahagian, cuma

hadir sebagai pemerhati.

Page 26: taranum

1397H

1977M

Sebanyak 17 buah negara termasuk Malaysia menyertai majlis tilawah peringkat antarabangsa.

Negara-negara berkenaan ialah Afghanistan, Arab Saudi, Bangladesh, Brunei Darussalam,

Filipina, India, Indonesia, Iraq, Iran, Jordan, Kuwait, Pakistan, Thailand, Singapura, Sri Lanka,

Somalia dan Malaysia.

1398H

1978M

Mesir ( sebelum 1971 dikenali sebagai Republik Arab bersatu) buat pertama kali menyertai

majlis tilawah anjuran Malaysia. Mesir yang selama ini menghantar hakim-hakim sahaja, tetapi

pada tahun ini telah menghantar seorang qari. Turki yang tidak mengambil bahagian sejak

beberapa tahun sebelumnya, pada tahun berkenaan telah menyertai semula dengan

menghantar seorang qari. Sebanyak 25 buah negara telah menyertai majlis tilawah pada tahun

berkenaan.

1080an

-2000

Page 27: taranum

Penyertaan negara-negara luar semakin bertambah, meliputi negara-negara Asia, Afrika,

negara-negara bekas taklukan Soviet Union serta benua Eropah dan Amerika.

Email

Print

Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan

Majlis Tilawah Yang Terawal

Pertandingan Membaca al-Quran se-Melaya pertama kali diperkenalkan oleh Pertubuhan

Kebangsaan Melayu Bersatu (Pekembar) pada 4 September 1947 yang diadakan di Masjid

Jami' Abu Bakar, Johor Baharu, Johor. Majlis ini telah dirasmikan oleh Encik Ahmad bin Yaakob,

Ketua Majlis Pertandingan Membaca al-Quran se-Malaya pada ketika itu. Dalam majlis tersebut

hanya peserta qari sahaja yang mengambil bahagian. Penyampaian hadiah telah

disempurnakan oleh Sultan Johor dalam satu majlis jamuan teh di Istana Besar Johor pada 5

September 1947.

Pada tahun 1951 pula, YTM Tunku Abdul Rahman mengambil inisiatif mengadakan

pertandingan membaca al-Quran di negeri Kedah. Majlis ini kemudiannya menjadi tradisi

tahunan di negeri jelapang padi itu. Apabila YTM TUnku menjadi Perdana Menteri selepas

negara mencapai kemerdekaan, beliau berusaha untuk menganjurkan majlis tilawah ini sebagai

acara peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Langkah awal yang diambil ialah YTM Tunku

telah menganganjurkan pertandingan membaca al-Quran antara negeri Kedah dan Johor pada

bulan Ramadhan tahun 1378 bersamaan tahun 1959.

Pertandingan Peringkat Kebangsaan Kali Pertama

Page 28: taranum

Pertandingan Membaca al-Quran Peringkat Kebangsaaan kali pertama telah diadakan pada 20

Rmadhan 1379 bersamaan 18 Mac 1960. Tarikh ini telah memahatkan satu sejarah penting

kepada negara kerana selepas tiga tahun mencapai kemerdekaan, di Stadium Merdeka, tempat

pengisytiharan negara Malaysia yang merdeka, majlis tilawah al-Quran diadakan.

Hakikatnya, majlis tilawah ini telah dapat dianjurkan oleh Kerajaan sejurus selepas merdeka,

ketika banyak urusan negara yang lain harus diselesaikan dengan segera. Ini membuktikan

keazaman Kerajaan untuk mendaulatkan al-Quran, kitab suci yang menjadu sumber segala

hukum Islam. Ini juga membuktikan betapa kuatnya hasrat dan cita-cita Kerajaan untuk

meninggikan syiar Islam yang menjadi agama rasmi bagi negara ini.

Majlis kali pertama ini disertai oleh 44 peserta dari 11 buah negeri Persekutuan Tanah Melayu.

11 peserta membaca setiap malam selama empat malam berturut-turut. Pada malam kelima

dikhaskan untuk upacara penyampaian hadiah kepada pemenang.

Pada malam bersejarah itu berlaku satu peristiwa, iaitu kebetulan keempa-empat buah lampu

limpah dari empat penjuru Stadium Merdeka tiba-tiba terpadam seketika semasa salah seorang

peserta sedang memperdengarkan bacaan. Namun demikian kelunakan suara merdu yang

mengumandangkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran terus memukau dan memecah kesepian

malam, mempesona beribu-ribu orang yang membanjiri stadium bersekarah itu. Peserta itulah

yang telah menjuarai bahagian qariah pada majlis kali pertama itu.

Tugas menyelenggarakan majlis ini diserahkan kepada sebuah jawatankuasa yang dikenali

pada masa itu sebagai Jawatankuasa Pengelola. Jawatankuasa ini terdiri daripada 15 orang ahli

yang dipengerusikan oleh YB Tuan Syed Jaafar Albar, Menteri Muda Penerangan dan

Penyiaran pada masa itu dan Encik Ahmad Nordin bin Haji Mohamad Zain, seorang pegawai

kanan Jabatan Penerangan sebagai setiausaha yang pertama. Mesyuarat Jawatankuasa

Pengelola yang merancang pelaksanaan majlis tilawah sulung ini telah mengadakan mesyuarat

pada 9 Januari 1960 di Kuala Lumpur bersana wakil-wakil Kerajaan Negeri.

Page 29: taranum

Dalam pertandingan membaca al-Quran peringkat kebangsaan yang pertama ini Encik Abdul

Hamid bin Desa seorang guru agama yang berasal dari Kedah telah menjadi johan bahagian

qari dengan mendapat 89 markah. Naib johan dimenangi oleh Encik Ishak bin ayub dari Pulau

Pinang yang mendapat 87 markah. Manakala johan qariah pula disandang oleh Cik Saodah binti

Hanafi dengan mendapat 90 markah, dan naib johan dimenangi oleh Cik Zahrah binti Awang

dari Kelantan yang mendapat markah 83 markah.

Penyertaan

Sebelum majlis peringkat kebangsaan ini diadakan, tiap-tiap negeri telah mengadakan

pertandingan membaca al-Quran di negeri masing-masing bermula daripada peringkat mukim,

daerah hinggalah ke peringkat negeri bagi memilih wakil negeri ke peringkat kebangsaan. Pada

majlis peringkat kebangsaan kali pertama, setiap negeri dibenarkan menghantar tiga orang

peserta, iaitu dua orang qari dan seorang qariah. Mulai tahun 1961, apabila pertandingan

membaca al-Quran peringkat antarabangsa dilaksanakan, wakil negeri dalam pertandingan

membaca al-Quran peringkat kebangsaan dikurangkan. Hanya johan qari dan qariah peringkat

negeri sahaja boleh mengambil bahagian.

Pada tahun-tahun berikutnya syarat-syarat penyertaan dalam majlis tilawah al-Quran peringkat

kebangsaan ini telah diperkemaskan. Mengikut peraturan yang ditetapkan pada masa ini,

peserta majlis ini hendaklah terdiri daripada :

Qari dan qariah yang mewakili negeri-negeri di Malaysia iaitu johan qari dan qariah majlis

tilawah al-Quran peringkat negeri berkenaan dan johan menunggu bahagian masing-masing,

Peserta hendaklah beragama Islam dan warganegara Malaysia,

Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada hari pertama majlis dijalankan.