tanggungjawab warganegara

16
TANGGUNGJAWAB WARGANEGARA Malaysia secara luarannya adalah sebuah negara yang merdeka dan aman sejahtera. Namun, dari sudut dalaman Malaysia juga tidak terlepas daripada masalah-masalah seperti jenayah, sosial, vandalisme, perebutan kuasa dan sebagainya. Merujuk kepada artikel yang dikeluarkan oleh Berita Harian bertajuk ‘Rakyat Malaysia Perlu Jadi Perkasa dan Dinamik: Tuanku Abdul Halim’, Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah telah menekankan tanggungjawab rakyat daripada segi pendidikan dan nilai- nilai murni yang dituntut oleh agama. Oleh itu, dua isu penting yang berkaitan dengan titah baginda telah dikupas iaitu peranan serta tanggungjawab warganegara menjaga keselamatan negara dalam konteks amal makruf dan nahi mungkar dan tanggungjawab warganegara dalam menuntut dan menyampaikan ilmu. Kemajuan dan pembangunan sesebuah negara bergantung kepada keamanan negara tersebut. Oleh yang demikian, demi mengawal keamanan dan kedamaian negara maka terbentuklah pasukan-pasukan keselamatan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Pasukan Sukarelawan Malaysia (RELA), dan lain-lain yang diamanahkan dan dipertanggungjawabkan menjaga keamanan dan bersedia 1

Upload: nur-shafikah-ahmad-maulana

Post on 05-Dec-2014

13.204 views

Category:

Education


0 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Tanggungjawab warganegara

TANGGUNGJAWAB WARGANEGARA

Malaysia secara luarannya adalah sebuah negara yang merdeka dan aman

sejahtera. Namun, dari sudut dalaman Malaysia juga tidak terlepas daripada masalah-

masalah seperti jenayah, sosial, vandalisme, perebutan kuasa dan sebagainya. Merujuk

kepada artikel yang dikeluarkan oleh Berita Harian bertajuk ‘Rakyat Malaysia Perlu Jadi

Perkasa dan Dinamik: Tuanku Abdul Halim’, Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul

Halim Mu’adzam Shah telah menekankan tanggungjawab rakyat daripada segi

pendidikan dan nilai-nilai murni yang dituntut oleh agama. Oleh itu, dua isu penting

yang berkaitan dengan titah baginda telah dikupas iaitu peranan serta tanggungjawab

warganegara menjaga keselamatan negara dalam konteks amal makruf dan nahi

mungkar dan tanggungjawab warganegara dalam menuntut dan menyampaikan ilmu.

Kemajuan dan pembangunan sesebuah negara bergantung kepada keamanan

negara tersebut. Oleh yang demikian, demi mengawal keamanan dan kedamaian negara

maka terbentuklah pasukan-pasukan keselamatan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM),

Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Pasukan Sukarelawan Malaysia (RELA), dan lain-

lain yang diamanahkan dan dipertanggungjawabkan menjaga keamanan dan bersedia

untuk mengorbankan keselamatan diri bagi memastikan negara sentiasa berada dalam

keadaan aman dan sejahtera.

Cabaran dan peranan pemerintah atau badan-badan tertentu pada masa kini telah

banyak berubah ekoran pembangunan negara yang pesat khususnya di era globalisasi

dan dunia tanpa sempadan ini. Kini, rakyat Malaysia terdedah dengan pelbagai anasir

luar. Sehubungan dengan itu, tanggungjawab dalam menjaga kesejahteraan negara dan

menangani jenayah serta kemungkaran yang berlaku bukanlah terletak di bahu

pemerintah dan pasukan keselamatan sahaja malah ianya telah menjadi kewajipan serta

tanggungjawab yang mesti ditunaikan oleh semua warganegara Malaysia.

1

Page 2: Tanggungjawab warganegara

Malangnya apa yang berlaku pada hari ini jenayah dan kemungkaran dilakukan

secara berleluasa di dalam masyarakat kita, bahkan kebanyakan individu takut atau tidak

berani untuk menegur apatah lagi untuk mencegah walaupun ianya berlaku di depan

mata. Sebagai contoh, cuba kita lihat betapa sukarnya untuk mencegah kemungkaran

yang berlaku dalam keluarga sendiri. Adakah kita mampu mencegah anak dan isteri kita

daripada melakukan dosa-dosa besar seperti meninggalkan solat fardhu, bercakap

bohong, terlibat dengan penagihan dadah dan seumpamanya.

Seterusnya, adakah kita mampu menasihati atau mencegah jiran-jiran kita atau

saudara mara kita daripada melakukan berbagai kemungkaran sama ada dari sekecil-

kecilnya hinggalah sebesar-besarnya kesalahan. Lantaran kurangnya atau tiadanya

peranan yang dimainkan oleh kita semua maka tidak hairanlah kejadian jenayah dan

kemungkaran meningkat dengan ketara.

Pada suatu ketika dahulu, negara kita dipenuhi dengan suasana masyarakat

penyayang yang dipupuk oleh nenek moyang kita. Jika kita kenang dan renung kembali

sejarah hidup bermasyarakat yang diamalkan oleh generasi terdahulu maka kita akan

insaf betapa murni dan bijaknya mereka menjaga kita. Contohnya, apabila sesorang

melihat sesuatu kesalahan yang dilakukan maka mereka akan segera menegur atau

memarahi tanpa mengira siapa dan anak siapa. Bahkan, ibu bapa juga akan

dimaklumkan dan anak yang nakal itu akan mendapat habuan seperti dimarahi atau

dipukul oleh ibu bapa. Keadaan ini akan menyebabkan anak-anak tidak berani

melakukan kesalahan walaupun di belakang ibu bapa mereka kerana mereka sedar

bahawa semua orang akan mengambil berat terhadap mereka. Tidak timbul langsung

perasaan takut untuk menegur atau seperti pepatah "tidak mahu menjaga tepi kain

orang". Namun, berbeza sama sekali dengan pemikiran sesetengah ibu bapa pada zaman

moden ini di mana konsep tegur menegur seolah-olah tidak lagi relevan dalam

kehidupan mereka malahan si penegur pula yang akan dimaki dan dihina.

2

Page 3: Tanggungjawab warganegara

Faktor lain yang menyebabkan jenayah dan kemungkaran berleluasa di negara

kita ialah para ibu bapa pada hari ini telah mengabaikan konsep mendidik anak-anak

yang berlandaskan syariah dan perintah Rasullullah bagi yang beragama Islam dan

berlandaskan ajaran masing-masing bagi yang bukan beragama Islam. Setiap agama

sudah pasti menggalakkan nilai-nilai murni dan melarang perkara yang salah. Pastinya

keingkaran atau keengganan daripada mematuhi perintah Rasulullah itu mengundang

kepada kehancuran institusi keluarga, masyarakat dan negara.

Tanpa kita sedari bahawa rupa-rupanya inilah perkara yang menjadi punca

kepada segala permasalahan jenayah dan gejala sosial yang tak pernah kunjung

hentinya. Sebab itulah walaupun berbagai program dilakukan oleh kerajaan bagi

menangani situasi ini namun sudah pasti tanpa melakukan segala perintah, akur kepada

larangan Allah dan Rasul-Nya serta patuh kepada ajaran masing-masing maka mustahil

kemakmuran dan keamanan yang diidamkan akan dapat dikecapi. Fakta juga

membuktikan bahawa institusi kekeluargaan adalah merupakan penentu kepada

kesejahteraan masyarakat dan negara.

Dalam usaha pasukan keselamatan menangani kejadian jenayah dalam negara

ini, maka berbagai perancangan dan usaha sedang dan akan dilaksanakan, antaranya

menambah keanggotaan dan kelengkapan logistik serta meningkatkan profesionalisme

pasukan. Setiap warganegara juga boleh bersama-sama membantu pihak keselamatan

melalui pelbagai kaedah seperti menyalurkan maklumat menerusi talian rakan COP,

bekerjasama dengan pasukan keselamatan, mematuhi undang-undang dan sebagainya.

Semua anggota pasukan keselamatan juga harus bekerja dengan lebih professional, jujur,

amanah serta menghindarkan diri dari perkara-perkara mungkar seperti rasuah bagi

memastikan Malaysia sentiasa aman dan sejahtera

3

Page 4: Tanggungjawab warganegara

Kemakmuran dan keamanan yang sedang kita kecapi ini tidak mustahil akan

hilang sekiranya jenayah dan masalah sosial tidak kita bendung bersama, begitu juga

dengan sikap suka mementingkan diri sendiri, sombong, suka menyebar fitnah,

menghasut dan menjaja keburukan orang lain. Semua perkara ini, boleh membawa

kepada permusuhan dan menggugat keharmonian dalam masyarakat mahupun negara.

Sebagai warganegara Malaysia, kita juga mempunyai tanggungjawab dalam

menuntut dan menyampaikan ilmu. Kepentingan melaksanakan dan mematuhi

tangggungjawab ini adalah penting bagi menjamin kemajuan dan keamanan negara.

Setiap warganegara perlu menuntut ilmu bagi menambah pengetahuan dan mengelakkan

kita daripada mudah ditipu serta mampu bersaing dengan negara-negara luar tidak kira

ilmu atau pengetahuan dunia mahupun akhirat. Namun, kita juga perlu mengamalkan

apa yang telah kita pelajari agar ilmu tersebut tidaklah disia-siakan begitu sahaja bak

kata pepatah Islam ‘ilmu tanpa amal umpama pohon yang tidak berbuah’.

Ilmu yang penting sebagai warganegara Malaysia ialah tentang ideologi negara yang

mengandungi falsafah pembangunan dan negara bangsa iaitu Rukun Negara. Pengetahuan

tentang lima prinsip rukun negara ini adalah asas kepada seseorang untuk menjadi warganegara

Malaysia yang setia dan cintakan negara. Lima prinsip rukun negara tersebut adalah,

kepercayaan kepada tuhan, kesetiaan kepada raja dan negara, keluhuran perlembagaan,

kedaulatan undang-undang dan kesopanan dan kesusilaan. Justeru, setiap warganegara perlu

menghayatinya, mematuhi, dan menjadikannya sebagai pegangan. Hal ini kerana melalui Rukun

Negara, banyak pengajaran yang boleh dipelajari dan bertindak sebagai benteng pertahanan

negara daripada pengaruh luar yang negatif

4

Page 5: Tanggungjawab warganegara

Kini, semangat patriotisme dikalangan remaja juga dilihat masih kurang kerana

mereka masih tidak memahami erti sebenar kemerdekaan. Menurut seniman veteran,

Datuk Aziz Sattar yang dipetik daripada artikel bertajuk ‘Kalangan remaja kurang

semangat patriotisme’, bertarikh 31 Ogos 2010 dalam Utusan Melayu, “ramai di

kalangan remaja masih tidak dapat membayangkan bagaimana keperitan pejuang

kemerdekaan terdahulu mendapatkan kemerdekaan negara. Kebanyakan remaja hanya

mengetahui nama pejuang kemerdekaan seperti Tok Bahaman, Mat Kilau, Tok Gajah

dan sebagainya tetapi tidak mengetahuinya secara mendalam.” Kita tidak seharusnya

membiarkan perkara ini berterusan kerana boleh menyebabkan remaja lupa akan jasa

pejuang kemerdekaan dan nenek-moyang mereka yang bergadai nyawa

mempertahankan tanah air. Mereka lahir dalam keadaan negara yang aman sehingga

mereka tidak mengambil peduli perkara tersebut.

Pihak sekolah seharusnya memainkan peranan dalam memberitahu bagaimana

negara ini mencapai kemerdekaan. Ia perlu disampaikan bukan sahaja melalui akademik

malahan secara praktikal supaya ilmu, pengetahuan dan maklumat tersebut berjaya

disampaikan seterusnya memberi kesan di dalam jiwa remaja. Tayangan video atau

pementasan teater merupakan salah satu cara mempertontonkan keadaan sebenar negara

sebelum mencapai kemerdekaan dan perlu dilakonkan sendiri oleh pelajar terutamanya

menjelang bulan kemerdekaan. Remaja kini bakal menjadi pemimpin akan datang dan

jika mereka tiada semangat patriotisme itu pasti keadaan negara menjadi kucar-kacir.

Oleh itu, kita sebagai warganegara perlu menitikberatkan kepentingan ilmu kepada

semua pelajar.

5

Page 6: Tanggungjawab warganegara

Kekurangan ilmu agama juga menjadi penyebab ramai rakyat Malaysia

terutamanya anak gadis sanggup terbabit dalam gejala sosial biarpun berpelajaran tinggi.

Anak-anak masa kini tidak mendapat pendidikan agama secukupnya daripada keluarga

mahupun dari institut pengajian. Meskipun mempunyai segulung ijazah, ia masih belum

menjamin masa depan mereka supaya tidak terbabit dengan gejala sosial yang boleh

menggugat kesejahteraan negara. Ajaran ilmu agama adalah lebih penting daripada

segala-galanya. Oleh itu, anak-anak haruslah diajar mengenai agama sejak kecil

sehinggalah ke pusat-pusat pengajian tinggi agar mereka sentiasa diperingatkan dan

mengamalkannya kerana kemajuan sesebuah negara bergantung kepada keharmonian

sesebuah institusi kekeluargaan.

Pendidikan awal untuk remaja menjadi agenda penting dalam mendidik peribadi

golongan itu. Sekurang-kurangnya, mereka dapat memahami bahaya atau ancaman akan

datang. Terdapat pelbagai jenis pendidikan yang boleh diperolehi kini yang meliputi

pelbagai aspek kehidupan seperti pendidikan agama, akademik, sosial dan sebagainya.

Setiap rakyat Malaysia terutamanya remaja perlu mengambil peluang yang ada untuk

mendapatkan pendidikan yang disediakan. Contohnya, program ‘1CiTiZEN’ yang

memberikan pengetahuan tentang baik buruknya penggunaan internet terhadap diri

sendiri, masyarakat dan negara. Dalam program ini, peserta didedahkan dengan cara

penggunaan internet yang betul, kesan penggunanaan internet dan langkah-langkah

keselamatan dalam menangani bahaya atau ancaman daripada jenayah siber. Tanpa

pengetahuan dan ilmu tentang penggunaan internet ini pelbagai masalah akan timbul

seterusnya merugikan negara.

6

Page 7: Tanggungjawab warganegara

Kesibukan ibu bapa yang bekerja siang dan malam juga merupakan salah satu

punca mengapa anak-anak mereka tidak mendapat pendidikan yang sempurna ketika

meningkat dewasa. Seharusnya, ibu bapa menjadi kawan rapat kepada anak mereka dan

berkongsi masalah serta memantau pelajaran mereka. Ibu bapa juga harus mengawal

penggunaan internet kerana tanpa pengawasan, ia boleh membinasakan masa depan

anak. Pastikan anak-anak menggunakan internet untuk tujuan pelajaran dan mencari

sumber-sumber maklumat yang baik kerana laman sosial kini memberi lebih banyak

impak negatif kepada golongan remaja jika tidak dipantau. Jadi tidak hairan pelbagai

masalah bangkit daripada penggunaannya. Kebanyakan ibu bapa membenarkan anak

mereka menggunakan Internet tanpa had dan kawalan.

Setiap warganegara Malaysia mempunyai peranan dan tanggungjawab yang

perlu dilaksanakan baik dari segi diri sendiri, keluarga, masyarakat, dan negara. Tidak

kiralah apa jua bidang yang kita ceburi, laksanakanlah tugas yang digalas dengan penuh

tanggungjawab, jujur, cekap, dan berintegriti. Keamanan dan kemakmuran yang kita

kecapi dan nikmati sekarang adalah hasil daripada pengorbanan yang dilakukan oleh

pejuang tanah air yang mempunyai semangat patriotik yang tinggi dan teguh. Justeru itu,

tanggungjawab kita sebagai warganegara perlu juga dijalankan dengan berkesan

berlandaskan nilai murni dan etika luhur di bawah garis panduan yang telah ditetapkan

oleh agama, budaya, Rukun Negara dan matlamat negara. Tanggungjawab ini juga

hendaklah selaras dengan aspirasi untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang

sepenuhnya bermoral dan beretika, yang mana warganegaranya kukuh dalam nilai

agama dan kejiwaan dan didorong oleh tahap etika yang tinggi. Kita juga harus sentiasa

berusaha untuk mencapai kejayaan yang lebih tinggi dan muncul sebagai yang terbaik

agar dunia menghormati kita.

7

Page 8: Tanggungjawab warganegara

RUJUKAN

1. Arifin Ngah (2004). “Tangisan Bangsaku”. Edisi pertama. Cheras, Kuala

Lumpur: Utusan Publications and Distributors.

2. http://e-kiosk.ikim.gov.my/downloadarticle.asp?id=700

3. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?

y=2010&dt=0831&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pahang&pg=wp_02.htm

4. http://w1.bharian.com.my/bharian/articles/

RakyatMalaysiaperlujadiperkasadandinamik_TuankuAbdulHalim/Article/

5. Prestariang (2011). “1CiTiZEN Student Quick Reference”. Edisi pertama.

Cyberjaya, Selangor: Prestariang Systems Sdn. Bhd.

6. Tan Yao Sua (2010). “Isu bahasa, etnik dan pembinaan negara bangsa dalam

sistem pendidikan Malaysia”. Edisi pertama. Pulau Pinang: Penerbit Universiti

Sains Malaysia,

7. Zahrul Akmal Damin, Fauziah Ani, Lutfan Jaes, Khairunesa Isa, dan Harliana

Halim (2012). “UWS10103 Kenegaraan dan Pembangunan Mutakhir Malaysia”.

Edisi pertama. Parit Raja, Batu Pahat, Johor: Penerbit UTHM.

8

Page 9: Tanggungjawab warganegara

LAMPIRAN

Rakyat Malaysia Perlu Jadi Perkasa dan Dinamik: Tuanku Abdul Halim

2012/04/11 - 15:38:48 PM

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah

bertitah rakyat Malaysia perlu menjadi warga yang perkasa dan dinamik bagi

memastikan negara mencapai status negara maju menjelang 2020.

"Bukan sahaja tinggi penguasaan ilmu pengetahuan dan kemahiran tetapi juga tinggi

nilai akhlak, moral dan etikanya," titah baginda pada Istiadat Pertabalan baginda sebagai

Yang di-Pertuan Agong ke-14 di Istana Negara hari ini.

Istiadat kali ini melakar sejarah penting bagi Seri Paduka Baginda kerana ini adalah kali

kedua baginda ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong, selain adalah Yang di-

Pertuan Agong pertama yang ditabalkan di Istana Negara baharu di Jalan Duta di sini.

Tuanku Abdul Halim dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong kelima pada 1970 semasa

berusia 42 tahun dan kini empat dekad kemudian, baginda ditabalkan sekali lagi sebagai

Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada usia 84.

Seri Paduka bertitah: "Negara tidak akan maju jika rakyatnya tidak berilmu dan

kemajuan pula tidak bererti jika nilai-nilai yang positif diketepikan oleh penghuninya."

Titah baginda, tidak ada negara di dunia ini yang mampu mencapai kemajuan dan

mencipta kejayaan dengan hanya bergantung kepada inisiatif kerajaan semata-mata

tanpa sokongan dan peranan yang dimainkan rakyat.

"Maka jadilah insan yang mulia sebagaimana yang dituntut oleh agama, iaitu insan yang

berilmu dan berpekerti mulia serta sedar dan patuh terhadap tanggungjawabnya kepada

negara," titah baginda.

9

Page 10: Tanggungjawab warganegara

Tuanku Abdul Halim bertitah rakyat negara bukan sahaja ingin menjadikan Malaysia

sebagai sebuah negara maju pada tahun 2020 tetapi terus menjadikan negara ini kekal

maju dan dihormati dunia.

"Persaingan global yang perlu dihadapi hari ini begitu kompetitif dan serba mencabar.

Justeru, setiap dari rakyat Malaysia perlu bersedia untuk menggalas tanggungjawab dan

melaksanakan peranan masing-masing dengan sepenuh hati," titah baginda.

Baginda juga menyeru seluruh rakyat supaya bersatu padu, berganding bahu dan

bekerjasama rapat dengan kerajaan bagi memastikan negara terus maju, aman dan

harmoni.

"Perkukuhkah diri dan pikullah tanggungjawab kita sebagai warga yang benar-benar

cintakan tanah air. Sesungguhnya Malaysia adalah hak, lambang maruah dan kedaulatan

bersama. Untuk itu, masa depan negara kita haruslah dicorak dan diadun oleh kita

semua," titah baginda.

"Kemajuan daripada segi kebendaan sahaja belum cukup untuk menjadikan kita satu

bangsa yang kuat. Kita perlu menjaga dan mengamalkan ciri-ciri hidup masyarakat yang

berbudi bahasa.

"Kemajuan fizikal yang diimbangi dengan nilai hidup berbudi bahasa akan mengangkat

tamadun bangsa, menjulang agama dan negara. Beta menyeru seluruh rakyat Malaysia

agar menjaga tatasusila dan ciri-ciri hidup ketimuran yang sekian lama telah diamalkan

selama ini," titah baginda.

Menyentuh mengenai kepimpinan negara dan pertabalannya sebagai Yang di-Pertuan

Agong buat kali kedua, baginda bertitah: " Sesungguhnya juga, setelah lebih empat

dekad berlalu seperti yang sudah dipertentukan oleh Yang Maha Kuasa, dan tertulis

dengan kehendak-Nya jua, pemerintahan Beta pada kali dahulu dan kali kedua ini,

berpeluang menerima khidmat daripada dua Perdana Menteri yang mempunyai pertalian

darah.

10

Page 11: Tanggungjawab warganegara

"Pertamanya semasa zaman pentadbiran Allahyarham Tun Abdul Razak. Kini pula pada

kala tampuk kerajaan di bawah pimpinan anakandanya, yakni Yang Amat Berhormat

Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak," titah baginda.

Baginda bertitah rakyat negara ini perlu bersyukur kerana negara sejak dahulu sehingga

hari ini mengecap nikmat kemakmuran disebabkan adanya kesinambungan pimpinan

kerajaan yang berhemah, cekap lagi berwawasan.

"Begitulah juga kita bertuah kerana rakyat daripada pelbagai latar belakang kehidupan,

bangsa dan agama, dapat kekal hidup rukun damai," katanya.

Tuanku Abdul Halim juga bersyukur kerana dapat menyaksikan kemajuan negara ini

dan menyedarkan baginda betapa bertuahnya Malaysia dan rakyatnya yang sentiasa

dilimpahi rahmat kejayaan, walaupun dunia keliling dilanda pelbagai kemelut politik

dan ekonomi.

Baginda bertitah kesejahteraan hidup yang dinikmati ini "bukanlah datang secara

bergolek. Ia pastinya telah direncana, disusun dan dilaksanakan oleh kerajaan dengan

usaha begitu gigih daripada kepimpinan lalu kepada kepimpinan semasa."

Tuanku Abdul Halim bertitah falsafah utama kerajaan yang berlandaskan gagasan

1Malaysia 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' amat sesuai pada saat yang

mencabar ini kerana untuk mengurus sebuah negara yang kompleks seperti Malaysia

memerlukan kerjasama semua pihak.

"Paling utama harus ada kesefahaman di setiap lapisan dan kelompok (masyarakat),"

titah baginda.

BERNAMA

11

Page 12: Tanggungjawab warganegara

Statistik Jenayah Siber dan Kerugian yang Ditanggung Kerajaan.

12