tanggungjawab sosial korporat - ambank group

5
AMMB Holdings Berhad (223035-V) | Laporan Tahunan 2013 95 Tanggungjawab Sosial Korporat TANGGUNGJAWAB KEPADA KAWASAN PASARAN Menambah nilai kepada pasaran dan menyumbang kepada pembangunan industri secara berterusan adalah pertimbangan yang diberi keutamaan dalam produk, perkhidmatan dan inisiatif pasaran Kumpulan AmBank. Kumpulan AmBank melalui pelbagai produk, perkhidmatan dan inisiatif pasaran terus menambah nilai kepada tempat pasaran dan menyumbang kepada pembangunan industri dengan kepercayaan bahawa ini akan membawa pertumbuhan dan kemakmuran. Meneraju Inovasi, Merangsang Penyertaan Pasaran Sebagai pemimpin dalam industri perbankan Kumpulan terus menyumbang kepada tempat pasaran, terutama dari segi kepimpinan dan pasaran inovasi. Pada bulan Januari 2013, AmInvestment Bank telah dilantik sebagai Penasihat Utama, Ejen Penempatan Utama, Pengurus Penaja Jamin, Penaja Jamin Bersama dan Ejen Bersama Penempatan untuk China Automobil Parts Holdings Limited (CAP), sebuah syarikat yang berpangkalan di Wilayah Fujian, China. Kumpulan AmBank telah dilantik sebagai salah satu Pengatur Utama Bersama (“JLA”) dan Pengurus Utama Bersama (“JLM”) oleh DanaInfra Nasional Berhad (DanaInfra), bagi sekuriti pendapatan tetap mereka iaitu Bon dan Sukuk Dagangan Bursa (“ETBS”), yang disenaraikan di Bursa Malaysia Berhad (“Bursa Malaysia”) pada 8 Januari 2013. Pelancaran Program Pembiayaan Sukuk RM8 bilion Jaminan Kerajaan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia menandakan satu peristiwa bersejarah bagi pasaran modal Malaysia dengan penerbitan sulung oleh DanaInfra, secara berkesan mewujudkan kelas aset baru di Bursa untuk mengukuhkan Malaysia sebagai sukuk utama pasaran dunia. AmInvestment Bank telah dilantik sebagai Penasihat Utama Bersama/ Pengatur Utama Bersama/Pengurus Utama Bersama untuk Program Sukuk Musharakah selama 20 tahun sehingga RM2.0 bilion dalam nilai nominal oleh Westports Malaysia Sdn Bhd pada 2 Jun 2012. Ia telah distrukturkan di bawah prinsip Musharakah yang diterima secara meluas kepada kumpulan pelabur yang luas. AmInvestment Bank juga adalah Pengurus Utama Tunggal bagi penerbitan RM750 juta (USD253 juta) oleh Gulf Investment Corporation GSC, Kuwait di bawah program Nota Jangka Sederhana Sukuk Wakalah bi Istithmar 20 tahun RM3.5 bilion (USD1.18 bilion) yang sedia ada, di mana AmIslamic Bank adalah Ejen Transaksi untuk memudahkan perdagangan komoditi melalui platform dagangan Suq Al-Sila’ di Bursa Malaysia. Untuk membolehkan pelanggan- pelanggan perniagaan mengakses kedua-dua transaksi perdagangan tempatan dan antarabangsa mereka dengan pantas, Kumpulan AmBank melancarkan penyelesaian baru portal perbankan internet korporat, AmTrade pada 15 Oktober 2012. Perkhidmatan berasaskan web membolehkan penyerahan aplikasi perdagangan dan dokumen sokongan dalam talian, sekali gus memberikan kecekapan yang lebih besar dan membolehkan pertumbuhan perniagaan lebih cepat. Bahagian Pengurusan Dana (“FMD”) yang merupakan ahli AMMB Holdings Berhad melancarkan satu jenama tunggal bagi perniagaan pengurusan dana-‘AmInvest’ pada 25 Februari 2013, menggantikan tiga jenama berbeza di bawah FMD iaitu AmMutual, Pengurusan Dana dan Bahagian Pengurusan Dana AmIslamic, Kumpulan AmInvestment Bank. Jenama AmInvest akan mewakili penyelesaian pelaburan yang mematuhi kedua-dua FMD konvensional dan Shariah bagi pelabur runcit dan institusi di seluruh dunia. AmMutual atau kini dikenali sebagai AmInvest terus membawa ke pasaran rangkaian luas tema dana untuk disesuaikan dengan pelbagai minat sektor serta selera risiko. Antara dana yang diperkenalkan adalah AmDynamic Allocator (bertujuan untuk mencapai pertumbuhan modal dalam jangka sederhana dan jangka panjang dan pada masa yang sama, menyediakan pendapatan), AmConsumer Select- Capital Protected (disasarkan kepada perlindungan modal dengan pulangan yang lebih tinggi daripada kadar deposit tetap) AmTactical Bond dan AmAsia Pacific Leisure Dividend Fund (untuk pelabur yang mencari wadah pelaburan berisiko sederhana ke tinggi). AmBank meneruskan program waran berstruktur dengan 129 terbitan yang termasuk panggilan dan meletakkan waran kepada saham yang disenaraikan terutamanya di Bursa Malaysia. Buku panduan Bon Korporat Malaysia Edisi keempat telah diterbitkan pada Mei 2012, sekali lagi memberikan rujukan penting sehenti yang komprehensif kepada peserta dalam pasaran bon Malaysia. Kepimpinan Pemikiran dan Pertukaran Pengetahuan Kumpulan ini menerajui pelbagai sektor pasaran dan terus memberi penekanan terhadap perkongsian dan pertukaran pengetahuan melalui forum, taklimat dan persidangan. Ia meneruskan sesi taklimat medianya, termasuk satu siri taklimat dalam Bahasa Mandarin, untuk kemudahan kepada petutur Bahasa Mandarin, untuk melabur di saham dan niaga hadapan, dan juga untuk tinjauan pasaran bon. Untuk kali ketujuh berturut-turut, Kumpulan AmBank melalui jenama AmIslamic adalah rakan kongsi utama dalam acara IFN Asia Issuers & Investors Forum 2012. Diadakan pada 1 dan 2 Oktober untuk menengahkan isu- isu penting yang berkaitan dengan iklim ekonomi semasa di Asia dan Sebagai warga korporat yang bertanggungjawab, inisiatif dan program-program Tanggungjawab Sosial Korporat Kumpulan AmBank (“CSR”) memberi tumpuan kepada empat teras utama iaitu Kawasan Pasaran, Komuniti, Tempat Kerja dan Alam Sekitar. Aktiviti CSR dan inisiatif kami mengesahkan komitmen kami untuk memenuhi tanggungjawab sosial kami kerana kami terus menyumbang kepada masyarakat yang lebih baik, pada masa yang sama menyumbang kepada pertumbuhan, pembangunan dan kemakmuran negara.

Upload: ledieu

Post on 30-Jan-2017

363 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tanggungjawab Sosial Korporat - AmBank Group

AMMB Holdings Berhad (223035-V) | Laporan Tahunan 2013 95

Tanggungjawab Sosial Korporat

TANGGUNGJAWAB KEPADA KAWASAN PASARAN

Menambah nilai kepada pasaran dan menyumbang kepada pembangunan industri secara berterusan adalah pertimbangan yang diberi keutamaan dalam produk, perkhidmatan dan inisiatif pasaran Kumpulan AmBank.

Kumpulan AmBank melalui pelbagai produk, perkhidmatan dan inisiatif pasaran terus menambah nilai kepada tempat pasaran dan menyumbang kepada pembangunan industri dengan kepercayaan bahawa ini akan membawa pertumbuhan dan kemakmuran.

Meneraju Inovasi, Merangsang Penyertaan Pasaran

Sebagai pemimpin dalam industri perbankan Kumpulan terus menyumbang kepada tempat pasaran, terutama dari segi kepimpinan dan pasaran inovasi.

Pada bulan Januari 2013, AmInvestment Bank telah dilantik sebagai Penasihat Utama, Ejen Penempatan Utama, Pengurus Penaja Jamin, Penaja Jamin Bersama dan Ejen Bersama Penempatan untuk China Automobil Parts Holdings Limited (CAP), sebuah syarikat yang berpangkalan di Wilayah Fujian, China.

Kumpulan AmBank telah dilantik sebagai salah satu Pengatur Utama Bersama (“JLA”) dan Pengurus Utama Bersama (“JLM”) oleh DanaInfra Nasional Berhad (DanaInfra), bagi sekuriti pendapatan tetap mereka iaitu Bon dan Sukuk Dagangan Bursa (“ETBS”), yang disenaraikan di Bursa Malaysia Berhad (“Bursa Malaysia”) pada 8 Januari 2013. Pelancaran Program Pembiayaan Sukuk RM8 bilion Jaminan Kerajaan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia menandakan satu peristiwa bersejarah bagi pasaran modal Malaysia dengan penerbitan sulung oleh DanaInfra, secara berkesan mewujudkan kelas aset baru di Bursa untuk mengukuhkan Malaysia sebagai sukuk utama pasaran dunia.

AmInvestment Bank telah dilantik sebagai Penasihat Utama Bersama/Pengatur Utama Bersama/Pengurus Utama Bersama untuk Program Sukuk Musharakah selama 20 tahun sehingga RM2.0 bilion dalam nilai nominal oleh Westports Malaysia Sdn Bhd pada 2 Jun 2012. Ia telah distrukturkan di bawah prinsip Musharakah yang diterima secara meluas kepada kumpulan pelabur yang luas.

AmInvestment Bank juga adalah Pengurus Utama Tunggal bagi penerbitan RM750 juta (USD253 juta) oleh Gulf Investment Corporation GSC, Kuwait di bawah program Nota Jangka Sederhana Sukuk Wakalah bi Istithmar 20 tahun RM3.5 bilion (USD1.18 bilion) yang sedia ada, di mana AmIslamic Bank adalah Ejen Transaksi untuk memudahkan perdagangan komoditi melalui platform dagangan Suq Al-Sila’ di Bursa Malaysia.

Untuk membolehkan pelanggan-pelanggan perniagaan mengakses kedua-dua transaksi perdagangan tempatan dan antarabangsa mereka dengan pantas, Kumpulan AmBank melancarkan penyelesaian baru portal perbankan internet korporat, AmTrade pada 15 Oktober 2012. Perkhidmatan berasaskan web membolehkan penyerahan aplikasi perdagangan dan dokumen sokongan dalam talian, sekali gus memberikan kecekapan yang lebih besar dan membolehkan pertumbuhan perniagaan lebih cepat.

Bahagian Pengurusan Dana (“FMD”) yang merupakan ahli AMMB Holdings Berhad melancarkan satu jenama tunggal bagi perniagaan pengurusan dana-‘AmInvest’ pada 25 Februari 2013, menggantikan tiga jenama berbeza di bawah FMD iaitu AmMutual, Pengurusan Dana dan Bahagian Pengurusan Dana AmIslamic, Kumpulan AmInvestment Bank. Jenama AmInvest akan mewakili penyelesaian pelaburan yang mematuhi kedua-dua FMD konvensional dan Shariah bagi pelabur runcit dan institusi di seluruh dunia.

AmMutual atau kini dikenali sebagai AmInvest terus membawa ke pasaran rangkaian luas tema dana untuk disesuaikan dengan pelbagai minat sektor serta selera risiko. Antara dana yang diperkenalkan adalah AmDynamic Allocator (bertujuan untuk mencapai pertumbuhan modal dalam jangka sederhana dan jangka panjang dan pada masa yang sama, menyediakan pendapatan), AmConsumer Select-Capital Protected (disasarkan kepada perlindungan modal dengan pulangan yang lebih tinggi daripada kadar deposit tetap) AmTactical Bond dan AmAsia Pacific Leisure Dividend Fund (untuk pelabur yang mencari wadah pelaburan berisiko sederhana ke tinggi).

AmBank meneruskan program waran berstruktur dengan 129 terbitan yang termasuk panggilan dan meletakkan waran kepada saham yang disenaraikan terutamanya di Bursa Malaysia. Buku panduan Bon Korporat Malaysia Edisi keempat telah diterbitkan pada Mei 2012, sekali lagi memberikan rujukan penting sehenti yang komprehensif kepada peserta dalam pasaran bon Malaysia.

Kepimpinan Pemikiran dan Pertukaran Pengetahuan

Kumpulan ini menerajui pelbagai sektor pasaran dan terus memberi penekanan terhadap perkongsian dan pertukaran pengetahuan melalui forum, taklimat dan persidangan. Ia meneruskan sesi taklimat medianya, termasuk satu siri taklimat dalam Bahasa Mandarin, untuk kemudahan kepada petutur Bahasa Mandarin, untuk melabur di saham dan niaga hadapan, dan juga untuk tinjauan pasaran bon.

Untuk kali ketujuh berturut-turut, Kumpulan AmBank melalui jenama AmIslamic adalah rakan kongsi utama dalam acara IFN Asia Issuers & Investors Forum 2012. Diadakan pada 1 dan 2 Oktober untuk menengahkan isu-isu penting yang berkaitan dengan iklim ekonomi semasa di Asia dan

Sebagai warga korporat yang bertanggungjawab, inisiatif dan program-program Tanggungjawab Sosial Korporat Kumpulan AmBank (“CSR”) memberi tumpuan kepada empat teras utama iaitu Kawasan Pasaran, Komuniti, Tempat Kerja dan Alam Sekitar. Aktiviti CSR dan inisiatif kami mengesahkan komitmen kami untuk memenuhi tanggungjawab sosial kami kerana kami terus menyumbang kepada masyarakat yang lebih baik, pada masa yang sama menyumbang kepada pertumbuhan, pembangunan dan kemakmuran negara.

Page 2: Tanggungjawab Sosial Korporat - AmBank Group

AMMB Holdings Berhad (223035-V) | Laporan Tahunan 201396

Tanggungjawab Sosial Korporat (Samb.)

perkembangan terkini dalam pasaran kewangan Islam di rantau ini, termasuk usaha-usaha baru kerajaan, minat penerbit dan pelabur, potensi terbitan pasaran modal, serta kemas kini cukai dan kawal selia.

AmIslamic menyertai sebagai Rakan Eksklusif di Global Islamic Finance Forum (“GIFF”) 2012, bertemakan “Pengantarabangsaan Kewangan Islam: Merapatkan Ekonomi” dianjurkan untuk meletakkan Malaysia sebagai hab kewangan Islam antarabangsa. AmIslamic adalah Penaja Emas bagi acara Kuala Lumpur Islamic Finance Forum (“KLIFF”) Kesembilan yang telah diadakan dari 15-17 Oktober 2012, satu acara berprestij yang mengumpulkan sekumpulan pakar-pakar industri yang terdiri daripada pihak berkuasa kawal selia, cendekiawan Shariah, bank, pakar, pengurus Takaful dan ahli akademik untuk berkongsi pandangan dan pengalaman mereka dalam membangunkan perbankan dan kewangan Islam di seluruh dunia.

Pada 6 September 2012, AmInvestment Bank adalah penaja utama bagi acara IFR Asia Malaysian Capital Market Conference 2012, Persidangan sehari yang menyaksikan perbahasan yang menarik, perbincangan dan pertukaran pengetahuan di kalangan penceramah dan memberi tumpuan kepada bon Malaysia, pinjaman dan pasaran ekuiti pada tahun 2012-13 bersama-sama dengan permulaan baru dan peluang pensindiketan untuk institusi kewangan tempatan dan antarabangsa. Kumpulan AmBank adalah Penaja Titanium untuk acara Persidangan Tenaga Antarabangsa 2012 yang diadakan di Sarawak pada 16-18 Oktober 2012, dengan tema “Memperkasa Transformasi Lestari & Peluang di Sarawak”. Tan Sri Azman Hashim, Pengerusi, Kumpulan AmBank mempengerusikan perbincangan panel di acara International Conference on Productivity and Sustainable Inclusive Development in Asia Pacific yang diadakan pada 9 dan 10 Ogos 2012 di Taipei, Republik China.

Menambahbaik Manfaat Produk dan Perkhidmatan kepada Pelanggan

Kumpulan AmBank terus berusaha untuk memastikan penerimagunaan amalan terbaik dan pemahaman keperluan pelanggan yang lebih baik perlu apabila menyediakan penawaran pelanggan.

Untuk mempercepatkan penawaran suit produk dan perkhidmatan penukaran mata wang asing, Kumpulan AmBank mengumumkan pembentukan pakatan perniagaan strategik dengan Travelex, pakar penukaran asing terbesar di dunia pada 4 Julai 2012. Pada 30 Januari 2013 AmBank (M) Berhad dan Rakuten Online Shopping mengumumkan satu perjanjian perkongsian jangka panjang untuk melaksanakan satu siri promosi bersama pada platform e-dagang.

Sebagai sebahagian daripada komitmen Kumpulan AmBank sebagai Bank Rasmi The Royal Selangor Golf Club (“RSGC”) sebuah Mesin Deposit Tunai (“CDM”) AmBank yang baru telah dipasang dan AmBank RSGC World MasterCard dilancarkan. AmBank Rockwills Card, yang direka khas dan dipakej dengan simpanan hebat kepada pengguna dan memberi mereka peluang untuk menyumbang kepada badan amal telah dilancarkan pada 7 Ogos 2012.

Pelbagai bahagian dalam Kumpulan AmBank juga telah diiktiraf kecemerlangan mereka dalam produk dan perkhidmatan dengan beberapa anugerah. AmInvestment Bank pada 26 April 2012 memenangi enam anugerah utama di RAM League Awards KeSembilan, yang mengiktiraf kecemerlangan dalam pasaran bon dan sukuk Malaysia. Ini termasuk dua Anugerah Merit Khas “Anugerah Kecemerlangan RAM Tahun 2011” sebagai Pengurus Malaysia Terunggul 2011 untuk Pasaran Bon Korporat serta Pasaran Sukuk Korporat. Triple A Country Awards 2012, anugerah tahunan anjuran majalah The Asset telah menamakan AmInvestment Bank Berhad (“AmInvestment Bank”) sebagai Rumah Bon Domestik Terbaik, Malaysia bagi tahun keempat berturut-turut dan kali kelima sejak 2006.

Di penganugerahan Annual Alpha South East Asia Deal and Solution Award 2012 ke-enam pada 31 Januari 2013, AmInvestment Bank memenangi Urus niaga Tawaran Awam Awal Terbaik (“IPO”) Di Asia Tenggara dan Urusniaga Terbaik Di Asia Tenggara untuk Pemegang Saham Minoriti (untuk IPO USD3.1 bilion Felda Global Ventures Holdings), IPO Dual-Tersenarai Terbaik di Asia Tenggara, Urusniaga Ekuiti Terbaik Di Asia Tenggara (bagi Penawaran Ekuiti RM6.7 bilion IHH Healthcare Berhad (IHH)), Urus niaga REIT Terbaik Di Asia Tenggara, Urus niaga Paling Inovatif Di Asia Tenggara (untuk REIT RM837.5

juta IGB Corporation Berhad), Urus niaga Pembiayaan Projek Terbaik di Asia Tenggara (bagi Kertas Komersil Islam RM2.4 bilion DanaInfra Nasional dan Nota Jangka Sederhana Islam) dan Urus niaga Kewangan Islam Terbaik Di Asia Tenggara (bagi Program IMTN RM23.35 Billion + RM11 Bilion Jaminan Sukuk PLUS).

AmInvest, jenama baru untuk perniagaan pengurusan dana AMMB Holdings Berhad yang menguruskan dana konvensional dan patuh Shariah, memenangi Rumah Dana Islam Terbaik Malaysia, anugerah Rumah Sukuk dan Bon Asia Terbaik (tiga tahun dan lima tahun untuk mata wang tempatan) (Asia Asset Management’s Best of the Best Awards 2012), Syarikat Pengurusan Pelaburan Terbaik, Malaysia (World Finance Management Awards 2012) manakala AmIslamic Bank telah dianugerahkan Bank Korporat Terbaik di Asia (2012 Islamic Business & Financial Awards) pada 5 Disember 2012, dinamakan bagi tahun ketiga berturut-turut sebagai “Syarikat Pengurusan Aset Terbaik, Malaysia” (The Asset Triple A Investment Awards 2012), “Produk Dana Islam Paling Cemerlang” bagi Am-Namaa’ Asia-Pacific Equity Growth (KLIFF Awards 2012), dan anugerah yang paling didambakan dalam industri iaitu Kumpulan Dana Keseluruhan Terbaik Malaysia dan Bon Terbaik Dana MYR (lebih 5 tahun) masing-masing bagi tahun keenam dan tahun kelima berturut-turut (The Edge-Lipper Malaysia Fund Awards 2013).

Kumpulan AmBank memenangi anugerah Penyedia Perkhidmatan Terbaik-Pengurusan Risiko, Malaysia dan juga untuk Penyelesaian Pengurusan Risiko Terbaik, Malaysia daripada The Asset Triple A Transactional Banking Award 2013 (Perbendaharaan, Perdagangan dan Pengurusan Risiko), penyampaiannya diadakan di Hong Kong pada 21 Mac 2013.

Di acara 13th Consumer Relationship Management and Contact Centre Association of Malaysia (CCAM) 2012 Awards, Pusat Perhubungan AmBank memenangi Ketua Kumpulan Pusat Perhubungan Terbaik (terbuka), Profesional Sokongan Pusat Perhubungan Terbaik (di bawah 100 dudukan), Anugerah Tanggungjawab Sosial Korporat (tempat kedua), Pusat Perhubungan (Luaran) (In-House) Terbaik (tempat ketiga, di bawah 100 dudukan), dan Profesional Pusat Perhubungan

Page 3: Tanggungjawab Sosial Korporat - AmBank Group

AMMB Holdings Berhad (223035-V) | Laporan Tahunan 2013 97

Terbaik (tempat ketiga, bawah 100 dudukan).

TANGGUNGJAWAB KEPADA KOMUNITI

Kumpulan AmBank terus berhubung dengan masyarakat dengan mendekati masyarakat dengan kasih sayang dan tetap komited dalam menangani pelbagai isu-isu yang berkaitan dengan pembangunan masyarakat yang mampan. Ini termasuk mereka yang kurang bernasib baik, yang dalam kesusahan, belia, sukan, kebudayaan, dan media. Pada masa yang sama, Kumpulan juga terus menyumbang kepada perkembangan intelektual yang sihat melalui pelbagai inisiatif.

Prihatin Terhadap Golongan Kurang Bernasib Baik dan Memerlukan

Untuk tahun ketiga Program AmKasih terus menjadi platform untuk inisiatif pembangunan mampan CSR Kumpulan AmBank, di mana Kumpulan telah memperuntukkan RM1 juta setahun dalam menaja program ini. Pada 19 Mei 2012 seramai 100 keluarga dari Kuching, Sarawak menerima jumlah wang sebanyak RM104,000 di mana setiap penerima diberikan elaun sebanyak RM20 setiap keluarga setiap minggu atau RM80 sebulan selama setahun untuk membantu menampung kos barang makanan harian seperti beras, gula, tepung, susu dan minyak masak.

Antara 6 dan 13 Ogos 2012, Kumpulan AmBank melalui kelab sukan, Kelab AmBank Group (“KAG”) mengadakan acara membeli-belah tahunan dan Berbuka Puasa untuk yang kurang bernasib baik dari enam buah rumah amal dan lima buah sekolah di Kuala

Lumpur, Alor Setar, Kuching, Batu Pahat, dan Kota Bharu. Melalui inisiatif ini di bawah usaha CSR AmKasih wang tunai sebanyak RM5,000 diberikan kepada setiap rumah amal.

Pada 13 September 2012, 50 orang kanak-kanak dan belia kurang bernasib baik dari Madrasah An Nuriah Ad Dinniah, Melaka telah dijemput ke jamuan Hari Raya dan mereka juga diberi Duit Raya, pakaian seragam sekolah, kasut dan alat tulis. Sumbangan wang tunai sebanyak RM8,000 juga telah diserahkan ke rumah tersebut.

Kumpulan AmBank mengedarkan 5,400 jaket keselamatan kepada nelayan dan bot pengusaha di Kelantan dan Terengganu pada 7 November 2012. Sebanyak 1,520 jaket telah diedarkan di Marang, Terengganu pada 17-18 Mei 2013.

Kumpulan AmBank melalui KAG menganjurkan Hari Gawai untuk meraikan 50 kanak-kanak dari Yayasan LaSallian Kuching di Kuching pada 22 Mei 2013, di mana mereka telah menerima sumbangan wang tunai dan kemudian dibawa untuk membeli-belah Hari Gawai. KAG juga menganjurkan belanja Hari Kaamatan yang serupa untuk 52 orang kanak-kanak dari Rumah Anak Yatim Ar-Raudhoh dan Taman Didikan Kanak-Kanak Kurang Upaya Sri Stella di Tawau, Sabah pada 23 Mei 2013.

Pada 27 September 2012 Kumpulan AmBank menderma set kerusi baru kepada Hospital Mata Kebangsaan Tun Hussein Onn (“THONEH”) sebagai

sebahagian daripada usaha untuk memberikan keselesaan dan kemudahan kepada masyarakat. Kelab sukan Kumpulan, Kelab AmBank Group (“KAG”) menganjurkan sambutan Deepavali bagi 45 orang kanak-kanak dan remaja dari Rumah Kanak-kanak Arul Perum Jothi di Ipoh, Perak, di mana mereka telah diberikan dengan hadiah seperti pakaian seragam sekolah, beg sekolah, kasut dan stokin, manakala tilam, bantal, cadar dan peralatan elektrik disumbangkan ke rumah tersebut.

KAG turut mengadakan sambutan Tahun Baru Cina untuk 90 orang kanak-kanak dan belia dari Kuching Boy’s Home dan Kuching Children Home di Sarawak pada 23 Februari 2013. Mereka menerima paket ang pow, barang cenderahati, alat muzik, amplifier dan komputer, manakala rumah-rumah tersebut telah menerima sumbangan RM5,000 tunai setiap satu.

AmIslamic Bank telah menandatangani Memorandum Persefahaman dengan Yayasan Pelajaran MARA (“YPM”) pada 22 November 2012 untuk menaja 282 orang pelajar yang memerlukan dari seluruh Malaysia sebanyak RM250,000 bagi tahun 2012. Sebahagian daripada MOU ini adalah di bawah kerjasama dengan Program Anak Angkat AmIslamic Bank yang menyediakan bantuan kewangan untuk persekolahan kepada pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah daripada keluarga berpendapatan rendah.

AmIslamic Bank terus menyediakan bantuan dengan cara berterusan kepada golongan yang kurang bernasib baik

Tan Sri Azman Hashim dan Encik Jeff Pereira, Pengarah Urusan, Yayasan MyKasih (tengah, berbaju dan bertopi merah) bergambar bersama penerima Program Kemasyarakat AmBank-MyKasih di Sarawak.

YBhg Datuk Dali Hussain, Pengerusi, Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Pengkalan Chepa (barisan hadapan, lima dari kiri) dan Tuan Syed Anuar Syed Ali, Pengurus Besar Kanan, Komunikasi Korporat dan Pemasaran Kumpulan, Kumpulan AmBank (barisan hadapan, enam dari kiri) bersama-sama dengan nelayan dan pemilik bot di majlis di Jeti Kuala Besar, Kota Bharu, Kelantan.

Datuk Mahdi Murad, Ketua Pegawai Eksekutif, AmIslamic Bank Berhad, Tuan Syed Anuar Syed Ali, Pengurus Besar Kanan, Komunikasi Korporat dan Pemasaran Kumpulan, Kumpulan AmBank, Haji Abd Rahim Abdul Ghani, Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan), MARA, Tuan Haji Kamarul Ariffin, Ahli Lembaga Pengarah, Yayasan Pelajaran MARA dan Dr Zubir Harun, Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Pelajaran MARA.

Page 4: Tanggungjawab Sosial Korporat - AmBank Group

AMMB Holdings Berhad (223035-V) | Laporan Tahunan 201398

melalui pemberian zakat perniagaan kepada 14 pusat pungutan zakat serta 16 rumah amal dan badan-badan kebajikan di seluruh negara yang berjumlah RM1,313,553 bagi TK2012.

Menyokong Belia, Sukan dan Gaya Hidup Sihat

Kumpulan AmBank terus menyokong program-program yang menggalakan pembangunan holistik generasi muda dan merangsang daya saing dan kerja berpasukan, dan ini dapat dilihat dalam tema acara dan inisiatif yang disokong oleh Kumpulan. Kumpulan AmBank merupakan salah satu penaja bagi Mega Konvoi Kelab Pemilik MyAlza (MAOC) Buku Rekod Malaysia 2012, yang diadakan sempena Himpunan Jutaan Belia dari 23-27 Mei 2012. Ia juga penaja utama Cabaran Catur Malaysia Kumpulan AmBank ketujuh 2011, yang merupakan sebahagian daripada program Festival Catur Tahunan Malaysia 2011. Kumpulan adalah penaja Emas bagi Ipoh Starwalk 2012 diadakan pada 17 Jun 2012, yang menarik kira-kira 15,500 pejalan kaki. Kumpulan AmBank juga turut serta sebagai salah satu penaja bagi PJ Half Marathon 2012.

Kumpulan AmBank adalah Penaja Gangsa dan Bank Rasmi acara berprestij Langkawi International Mountain Bike Challenge (“LIMBC”) 2012, yang diadakan di Pulau Langkawi dari 14-20 Oktober 2012, lihat. Mantan Perdana Menteri, YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad merasmikan dan menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Dalam sukan Golf, Kumpulan AmBank, yang merupakan Bank Rasmi untuk Kelab Golf DiRaja Selangor (RSGC) menaja Kejohanan Terbuka Golf Junior Amatur RSGC AmBank kedua yang diadakan dari 4-6 Jun 2013. Bagi terus menyokong pembangunan sukan golf di kalangan belia, Kumpulan AmBank sekali lagi menyertai Kejohanan Golf Junior Antarabangsa SportsExcel AmBank 2012 dengan tajaan sebanyak RM26,860. Kumpulan AmBank juga merupakan Penaja Utama untuk Kejohanan Golf Dunia Perodua yang diadakan dari Mei-Oktober 2012.

Tanggungjawab Sosial Korporat (Samb.)

Menyokong Pendidikan, Media dan Pertumbuhan Intelek

Kumpulan AmBank sentiasa menyokong media dan Kumpulan telah menaja Anugerah Legenda Media AmBank di Malam Anugerah Naza 2012 Kelab Akhbar Kebangsaan (“NPC”) pada 12 September 2012 di mana Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak menyampaikan anugerah itu kepada bekas Ketua Pengarah RTM, Datuk Abdullah Mohammad. Sebagai sokongannya terhadap media, Kumpulan juga telah menaja RM5,000 kepada majlis anugerah Malam Wartawan Malaysia 2012 anjuran Institut Akhbar Malaysia pada 12 Jun 2013.

Kumpulan AmBank adalah salah satu penaja untuk majlis pelancaran Fifth International Journalism Fellowship 2012 anjuran Institut Akhbar Malaysia (“MPI”)yang diadakan pada 18 September 2012. Kumpulan AmBank mengambil bahagian untuk tahun ketiga belas berturut-turut dalam The Edge-Bursa Kuala Lumpur Rat Race 2012, yang diadakan pada 25 September 2012 dengan menghantar satu pasukan dan menaja RM15,000 dalam perlumbaan tahunan yang mengumpul dana untuk pertubuhan amal.

Kumpulan AmBank turut serta sebagai penganjur utama bagi Karnival Futsal dan Bola Jaring Harian Metro 2012 dibawa oleh AmBank. Kumpulan AmBank adalah salah satu daripada penaja utama acara Treasure Hunt 2012 anjuran Kelab Akhbar Kebangsaan (“NPC”) yang diadakan pada 21 April 2012.

Kumpulan AmBank menaja Hari Natal dan Pertandingan Mewarna Kembali ke Sekolah pada 15 Disember 2012 di Kuching. Melalui tajaan ini, AmBank

sebagai sebuah institusi kewangan menggalakkan anak muda untuk menyimpan, menggunakan wang hadiah sebagai dana pemula.

Tan Sri Azman Hashim, Pengerusi, Kumpulan AmBank menyampaikan Biasiswa Azman-Hashim-UIAM Ummatic buat julung kalinya kepada 10 pelajar yang terpilih daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (“IIUM”) pada 28 November 2012.

Menyokong Usaha Sosial dan Komuniti

Kumpulan AmBank merupakan Penaja Platinum bagi majlis Makan Malam Amal Ulangtahun 25 Pertubuhan Syarikat Tersenarai Berhad (“FLPC”) pada 19 Jun 2012. Sekumpulan kakitangan Jabatan Saluran Kumpulan AmBank bersama-sama memberi bantuan di SPCA Ampang dengan menyumbangkan tenaga, minat dan wang mereka secara sukarela di tempat perlindungan haiwan

Menggalakkan Kesenian dan Minat Popular

Untuk kali kelapan, dan buat kali pertama di Putrajaya, Kumpulan AmBank berjaya menganjurkan konsert AMBANG 2013 PUTRAJAYA, meraikan sambutan akhir tahun dan konsert ekstravaganza pada 31 Disember 2012. Dianjurkan dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya dan NTV7, acara kemuncak pada malam itu adalah persembahan oleh bintang-bintang seperti Dato M. Nasir, Mizz Nina, Jamal Abdillah, Dato’ Hattan, Ramli Sarip dan Hujan. Turut menghiburkan penonton adalah Kumpulan Wings, Stella Chung dan Magen. Persembahan Tarian Gangnam gaya AmBank oleh kakitangan Kumpulan AmBank sendiri menambahkan kerancakan malam tersebut. Tan Sri Azman Hashim, Pengerusi, Kumpulan AmBank juga mendendangkan beberapa buah lagu kegemaran, bersama-sama dengan The Singing Shop menyanyikan medley popular mereka. Satu pertunjukan bunga api yang hebat mengalu-alukan kedatangan Tahun Baru, yang ditonton secara langsung oleh kira-kira 500,000 penonton di Dataran Merdeka.

Majlis Makan Malam Tahunan Ke-33 Persatuan Perbankan Pelaburan Malaysia (“MIBA”) pada 12 November 2012 menyaksikan AmInvestment Bank muncul sebagai Juara Keseluruhan untuk Sukan MIBA 2012. Pasukan Tarian AmInvestment muncul tempat

Kumpulan AmBank adalah penaja Emas bagi Ipoh Starwalk 2012.

Page 5: Tanggungjawab Sosial Korporat - AmBank Group

AMMB Holdings Berhad (223035-V) | Laporan Tahunan 2013 99

ketiga dalam pertandingan tarian yang diadakan pada majlis makan malam.

Kumpulan AmBank menguasai Pertandingan Kebangsaan Ping Pong dan Boling di antara Institusi Kewangan 2012, di mana mereka muncul juara dalam Liga Boling 2012. Antara Institusi Kewangan, kategori Ladies Masters, dimenangi oleh Nurul Ain Hanzir daripada Pengurusan Risiko, Piala Bank Rakyat Kejohanan Ping Pong Antara Institusi Kewangan, kategori perseorangan Ping Pong dimenangi oleh Ong Poi Seng dan kategori Beregu Ping Pong dimenangi oleh Wong Jee Seng/Tan Ho Eng. AmFraser Securities adalah juara di Cabaran Boling Antara Syarikat Pembrokeran ke-14 2012 yang berlangsung di Kallang Bowl Singapura pada 12 Julai 2012.

TANGGUNGJAWAB KEPADA TEMPAT KERJA

Kumpulan AmBank terus memberi sokongan yang terbaik untuk memupuk kesejahteraan kakitangan, pembangunan dan pertumbuhan intelek, atas kesedaran bahawa tenaga kerja yang cergas akan dapat menambah nilai kepada Kumpulan dan masyarakat umum.

Gaya Hidup Seimbang dan Sihat

Pelbagai acara sukan dan cabaran kompetitif dianjurkan oleh Kumpulan AmBank, melalui kelab sukan, Kelab AmBank Group untuk memastikan bahawa kakitangan adalah cergas, sihat dan peka dari segi jasmani dan rohani dan pada masa yang sama mempunyai semangat persaingan sihat, yang merupakan ciri-ciri penting di tempat kerja. Acara yang dianjurkan juga membantu kakitangan berehat seketika dari kehidupan kerja mereka dan mengenali rakan-rakan mereka di luar persekitaran kerja mereka. Kakitangan mempunyai banyak peluang untuk menunjukkan kehebatan mereka dalam pertandingan dan kejohanan boling, dart, go-kart, paintball, futsal, dan snuker. Pencarian Harta Karun Tahunan Kelab AmBank Group (“KAG”), tahun ini dinamakan sebagai AmChill Out Hunt 2012 telah diadakan pada 21-22 April dan 30 Jun-1 Julai 2012. Pencarian bermula di Taman Metropolitan Kepong dengan Hotel Equatorial Cameron Highland sebagai destinasi terakhir dan 856 peserta datang dari Kuala Lumpur,

Kedah, Pulau Pinang, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Fadzlee Abbas dari AmLife memenangi trofi Tan Sri Dato’ Azman di Kejohanan Golf KAG pada 3 November 2012 yang menyaksikan seramai 104 ahli KAG mengambil bahagian. Tan Sri Azman Hashim, Pengerusi, Kumpulan AmBank sendiri telah mengambil bahagian Kejohanan tersebut yang diadakan di Impian Golf & Country Club, Kajang.

Kempen Derma Darah KAG 2012 yang berlangsung di Bangunan AmAssurance, Bangunan Kumpulan AmBank dan Menara AmBank pada bulan Oktober 2012 menyaksikan penyertaan daripada 648 kakitangan. Kumpulan AmBank melalui kelab sukan, KAG menganjurkan kempen saringan kanser payudara untuk kakitangan/suami isteri kakitangan pada 3 Disember 2012 di Menara AmBank, 10-11 Disember 2012 di Bangunan AmBank dan 18-19 Disember 2012 di Bangunan AmAssurance.

Semangat Kekeluargaan Kumpulan AmBank

Kumpulan AmBank memberi keutamaan untuk memupuk semangat bersatu hati di kalangan kakitangan dan pengurusan berjumlah 10,000 orang, kakitangan dan anggota keluarga mereka berkumpul bersama di hari keluarga di mana interaksi dalam suasana yang lebih santai dapat menjalinkan ikatan dan hubungan yang lebih erat di kalangan semua.

Pada 19 Mei 2012 lebih daripada 800 kaitangan Kumpulan AmBank Wilayah Sarawak menyambut Hari Keluarga Wilayah Sarawak di Damai Central, Kuching, yang dianjurkan sebagai pengiktirafan ke atas sumbangan mereka

kepada Kumpulan. Di samping sambutan Hari Keluarga, Majlis Penghargaan Untuk Kakitangan Yang Lama Berkhidmat di Wilayah Sarawak juga telah diadakan pada hari yang sama untuk menghargai dedikasi berterusan mereka kepada Kumpulan. Seramai 62 kakitangan telah diberi penghormatan atas sumbangan mereka, yang terdiri dari kategori 15-30 tahun bagi tahun 2010-2011.

Kemahiran Kerja dan Pembangunan Peribadi

Sila rujuk kepada seksyen Agenda Modal Insan pada halaman 87.

TANGGUNGJAWAB TERHADAP ALAM SEKITAR

Kumpulan AmBank telah memasuki tahun ke-26 penajaan unta Dromedary di Zoo Negara agar kesejahteraan unta tersebut dapat dilanjutkan bagi membolehkan generasi akan datang untuk menghargai haiwan unik ini. Selain itu, pada tahun 2012 Kumpulan juga menaja kos menaik taraf kabel keluli tahan karat di kandang unta. Setakat ini, lebih daripada RM620,000 telah disumbangkan terhadap usaha murni ini. Dalam menyokong teknologi hijau, Kumpulan terus memainkan peranannya dalam menyokong Skim Pembiayaan Teknologi Hijau Kerajaan Malaysia. Kami di Kumpulan AmBank terus bertanggungjawab terhadap alam sekitar dan mengurangkan pembaziran dengan mengamalkan kitar semula kertas, pencetakan depan-belakang, mengurangkan percetakan berwarna dan menggunakan komunikasi elektronik berbanding cetakan salinan. Bangunan Kumpulan AmBank, Menara Kumpulan AmBank dan Pusat Kepimpinan Kumpulan AmBank ditetapkan sebagai bangunan ‘dilarang merokok’ bertujuan untuk menyediakan udara bersih kepada pekerja dan pelanggan. Bangunan kami, terutamanya Bangunan Kumpulan AmBank dan Menara Kumpulan AmBank di Kuala Lumpur mempunyai kawasan kehijauan yang nyaman dan kawasan bertanaman landskap yang diwujudkan untuk menyediakan keindahan menenangkan, memberikan pengalaman perbankan yang lebih selesa dan pada masa yang masa membantu menambah oksigen di dalam atmosfera bandar.

Kakitangan dan anak-anak mereka di Hari Keluarga Kumpulan AmBank yang diadakan di Stadium Merdeka pada 9 Mac 2013.