tanda baca..group

15
TANDA BACA Menurut Md. Sidin Ahmad Ishak, et. al, tanda baca ialah satu kaedah dan matlamatnya adalah untuk memandu pembaca mendengar dan mengikuti sesuatu penulisan. Sebahagian daripada sifatnya adalah sebagai peraturan manakala sebahagian lagi adalah untuk menyampaikan rasa atau perasaan. Aspek rasa merupakan suatu cabang seni. Oleh itu, tanda baca bersifat sains dan seni. Walaubagaimanapun, penulis tidak digalakkan menumpukan aspek seni atau rasa semata-mata tetapi kedua-duanya perlu digunakan secara berimbang. Terdapat beberapa jenis tanda baca yang digunakan di dalam sesuatu penulisan. ( Md. Sidin Ahmad Ishak, 1998). Antaranya adalah seperti berikut:- a) Tanda Elipsis (…) Tanda elipsis merupakan suatu tanda baca (…) yang digunakan dalam kalimat terputus-putus, misalnya, “Tidak … sekali pun tidak mungkin ia melukai hati ibunya”. Tanda elipsis juga digunakan untuk menunjukkan bahawa dalam suatu kalimat atau naskah ada bahagian yang dihilangkan. Contohnya, “Desakan … pertambahan penduduk di beberapa negara sedang berkembang menyebabkan mereka dengan terpaksa atau tidak disedari mengabaikan asas-asas ekologinya”. Apabila bahagian yang dihilangkan tersebut mengakhiri suatu kalimat, perlu digunakan empat buah titik, iaitu tiga titik untuk menandai penghilangan teks dan satu untuk menandai akhir kalimat, misalnya, “Kendatipun akhirnya diketahui banyak memiliki kelemahan, namun sistem pemikiran Keynesian

Upload: lucyyana2113

Post on 02-Jul-2015

295 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tanda Baca..Group

TANDA BACA

Menurut Md. Sidin Ahmad Ishak, et. al, tanda baca ialah satu kaedah dan matlamatnya adalah

untuk memandu pembaca mendengar dan mengikuti sesuatu penulisan. Sebahagian daripada

sifatnya adalah sebagai peraturan manakala sebahagian lagi adalah untuk menyampaikan rasa

atau perasaan. Aspek rasa merupakan suatu cabang seni. Oleh itu, tanda baca bersifat sains dan

seni. Walaubagaimanapun, penulis tidak digalakkan menumpukan aspek seni atau rasa semata-

mata tetapi kedua-duanya perlu digunakan secara berimbang. Terdapat beberapa jenis tanda baca

yang digunakan di dalam sesuatu penulisan. ( Md. Sidin Ahmad Ishak, 1998). Antaranya adalah

seperti berikut:-

a) Tanda Elipsis (…)

Tanda elipsis merupakan suatu tanda baca (…) yang digunakan dalam kalimat terputus-putus,

misalnya, “Tidak … sekali pun tidak mungkin ia melukai hati ibunya”. Tanda elipsis juga

digunakan untuk menunjukkan bahawa dalam suatu kalimat atau naskah ada bahagian yang

dihilangkan. Contohnya, “Desakan … pertambahan penduduk di beberapa negara sedang

berkembang menyebabkan mereka dengan terpaksa atau tidak disedari mengabaikan asas-asas

ekologinya”. Apabila bahagian yang dihilangkan tersebut mengakhiri suatu kalimat, perlu

digunakan empat buah titik, iaitu tiga titik untuk menandai penghilangan teks dan satu untuk

menandai akhir kalimat, misalnya, “Kendatipun akhirnya diketahui banyak memiliki kelemahan,

namun sistem pemikiran Keynesian merupakan mazhab pemikiran ekonomi paling besar yang

diterima masyarakat ilmuwan ….”. ( Prof. Komaruddin, 2000)

b) Tanda Garis Miring (/)

Tanda garis miring ialah suatu tanda baca ( / ) yang digunakan sebagai pengganti kata atau,

setiap, tiap, dan per. Tanda baca ini juga digunakan di dalam nombor yang terdapat pada surat

dan alamat serta berperanan sebagai penandaan masa dalam satu tahun yang dibahagi dalam dua

tahun takwim. Contohnya:

i. PSKU/134/96

ii. Tan Sri/Dato’/Tuan/Puan

Page 2: Tanda Baca..Group

c) Tanda Sengkang atau Dash (-)

Tanda sengkang menunjukkan pemisahan unsur dalam ayat, lebih kuat daripada koma, atau

disebut supercoma. Sengkang juga boleh mengambil peranan kurungan apabila keterangan itu

tidak bersinambungan dengan ayat utama. Kurungan tidaklah terlalu mengambil berat

keterangannya tetapi jika sengkang digunakan, keterangan itu diambil berat. Tanda sengkang

digunakan untuk memisahkan keterangan bagi sesuatu idea atau satu siri idea dan menggantikan

pengulangan nama penuh penulis dalam sesuatu penulisan. Tanda sengkang juga digunakan bagi

menunjukkan gangguan aliran fikiran penulis, pembicara, dan sebagainya, yang terhenti,

berpindah-pindah, atau berubah-ubah. Selain itu, tanda baca ini berperanan untuk

memperkenalkan satu perkataan atau sekumpulan perkataan yang hendak dibuat penegasan.

Tanda sengkang juga digunakan dalam sesuatu penulisan bagi menyisipkan perkataan, frasa, atau

klausa untuk penegasan atau untuk maksud tertentu dan boleh juga digunakan bagi

menggantikan perkataan hingga. Di samping itu, tanda baca jenis ini digunakan untuk

pemberhentian secara mendadak terutamanya bagi ayat yang digunakan semasa memberikan

ucapan. Hal ini kerana, dengan meletakkan sengkang, penulis ingin memberitahu dengan lebih

banyak lagi maklumat tetapi dia tidak meneruskan hasratnya kerana baginya hal itu sudah sedia

dimaklumi dan tidak perlu dihuraikan lagi. Peranan khayalak di sini adalah untuk mengisi

maklumat itu sendiri lebih-lebih lagi tentang perkara yang memalukan. Sengkang boleh juga

digunakan bersama tanda baca yang lain dan untuk menunjukkan dialog yang terputus-putus.

Contohnya:-

i. Dia berharap dapat menyempurnakan wasiat ibunya – mendirikan sebuah masjid –

sebelum dia meninggal dunia.

ii. Novel yang dibaca olehnya itu meninggalkan berbagai-bagai kesan pada dirinya – sedih,

gembira, marah, kesal.

iii. Oktober – November.

iv. Kakak ipar saya – kenapa saya masih berada di rumah ketika dia datang? – menuntut

hutangnya lagi daripada saya.

v. Saya – tidak bermaksud – buat – macam itu.

Page 3: Tanda Baca..Group

d) Tanda Koma (,)

Koma berasal daripada perkataan Yunani, kooma, yang bermaksud tidur nyenyak. Tanda koma

ialah tanda baca yang sangat penting dan diperlukan ketika menyenaraikan tiga unsur atau lebih.

Tanda koma ini digunakan bagi mengasingkan kata yang berturut-turut dalam satu ayat. Tanda

koma juga digunakan di belakang kata seru dan untuk menandakan tempat berhenti sebentar.

Tanda koma biasanya digunakan di belakang kata penghubung pada awal ayat dan juga untuk

memisahkan unsur-unsur dalam ayat yang berbeza-beza. Tanda baca ini juga digunakan sebelum

tanda penutup kata ( ” ) dan pembuka kata ( “ ) dalam cakap ajuk. Tanda koma ini tidak

digunakan untuk memisahkan anak kalimat dari induk kalimat apabila anak kalimat tersebut

mengiringi induk kalimat. Tanda koma juga tidak digunakan untuk memisahkan petikan

langsung dari bahagian lain yang mengiringinya dalam kalimat apabila petikan langsung itu

berakhir dengan tanda tanya atau tanda seru. Contoh ayat yang menggunakan tanda koma ialah

seperti berikut:

i. Ali, Muthu dan Chong tidak pernah datang ke mari.

ii. Nicholas merupakan seorang yang pemurah, baik hati, rajin tetapi pemarah.

iii. “ Terima kasih”, jawab Encik Roslan.

iv. Amboi, cantiknya baju kamu!

e) Tanda Kurung ( )

Tanda baca ini digunakan untuk mengapit keterangan atau penjelasan tambahan serta mengapit

keterangan atau penjelasan sumber bahan. Tanda kurung juga digunakan bagi mengapit angka

atau huruf senarai. Di samping itu, digunakan dalam ayat untuk menyertakan penjelasan yang

dikira penting tetapi jika tidak dibuat di dalam kurungan kelancaran ayat akan terganggu.

Fungsinya sama dengan tanda baca sengkang jenis berkembar. Contoh ayat ialah seperti berikut:

i. Isu Dasar Ekonomi Baru (DEB) tidak pernah diperkatakan lagi sejak dari tahun 1989.

(Dalam setiap penulisan singkatan atau akronim, penggunaan yang pertama mesti secara

penuh dan barulah diikuti singkatan atau akronimnya untuk digunakan seterusnya.)

ii. ( Hashim Abdul Hamid, 1995)

Page 4: Tanda Baca..Group

iii. Filem lakonan Azean tidak popular (walaupun dia pernah dianugerahi Anugerah Panca

Delima), tetapi di kalangan penuntut universiti, filem-filem lakonannya sering menjadi

rujukan kajian.

f) Tanda Kurung Siku [ ]

Tanda kurungan siku mengapit huruf, kata, atau kelompok kata sebagai pembetulan atau

tambahan kepada kalimat atau bahagian kalimat yang ditulis oleh orang lain. Tanda ini menjadi

isyarat bahawa kesalahan itu memang terdapat di dalam naskhah asal dan boleh juga digunakan

untuk mencelah dalam petikan langsung. Oleh itu, ingatlah, apabila kita menemui kurungan siku

dalam sesuatu petikan, itu ialah celahan yang dibuat pengarang kedua. Pendeknya kurungan siku

digunakan untuk memuatkan penjelasan, pembetulan, pemanjangan, dan komentar dalam petikan

langsung. Tanda kurungan siku juga boleh digunakan untuk membezakan kurungan dengan

kurungan siku. Jika sudah ada kurungan biasa, kurungan siku boleh digunakan; begitulah

sebaliknya. Huruf pertama di dalam kurungan dan kurungan siku jika masih dalam ayat asal

ialah huruf kecil. Tetapi jika selepas noktah, huruf besar digunakan dan ada noktah di dalam

kurungan. Contoh penggunaannya ialah:

i. Prof. Ali: [Rupert] Murdoch merupakan perancang media terbesar di Asia apabila dia

membeli Star TV. Hal ini telah disuarakan oleh Perdana Menteri [Datuk Seri Dr.

Mahathir Mohamad] baru-baru ini.

g) Tanda Penyingkat (‘)

Tanda penyingkat digunakan untuk menghilangkan bahagian kata atau nombor. Contohnya:

i. Malam ‘kan tiba jua.

ii. Dia ‘dah tiba

iii. ‘90

Page 5: Tanda Baca..Group

h) Tanda Petik (“ ”)

Tanda petik berfungsi untuk mengapit cakap ajuk, petikan langsung dan dialog. Tanda petik ini

juga digunakan bagi mengapit judul rencana, karangan, esei, makalah, puisi, dan bab buku.

Selain itu, tanda petik juga boleh digunakan untuk mengapit istilah ilmiah atau perkataan yang

tidak berdiri sebagai komponen ayat, sebaliknya berdiri sebagai makna tersendiri. Pengikat kata

tidak boleh muncul selepas kolon, tetapi sebelum kolon, kecuali pengikat kata itu digunakan

untuk ayat selepas kolon. Terdapat beberapa peraturan yang diambil kira semasa menggunakan

tanda baca ini. Antaranya ialah seperti terletak di luar koma dan noktah, ada permulaan dan ada

akhiran. Bagi petikan yang lebih daripada satu para, tanda petik pada awal ayat paragraf pertama.

Ini adalah untuk dialog dan ucapan. Petikan langsung yang bukan dialog dan kurang daripada

empat baris dibuat pengikat kata; jika lebih, dibuat inden berasingan. Untuk puisi, ada pendapat

yang mengatakan bahawa jika lebih daripada dua baris, buat inden. Jika tidak pun, buat

pemisahan dengan garis condong. Tanda petik penutup tidak perlu pada paragraf pertama, tetapi

hanya perlu dibuat tanda petik pembuka pada permulaan paragraf kedua dan seterusnya, dan

tanda petik penutup pada ayat terakhir, paragraf yang terakhir. Contoh ayat ialah seperti berikut:

i. Dr. Osman menyifatkan pembangkang sebagai “degil dan tidak tahu adab” kerana enggan

mematuhi larangan mengadakan rapat umum.

ii. Ali berkata, “Jangan letak kasut di situ.”

iii. Sudahkah anda membaca manuskrip “Seniman Jalanan”?

i) Tanda Petik Tunggal (‘ ’)

Tanda petik pula digunakan dalam ungkapan yang sudah ada tanda petik. Tanda baca jenis ini

juga digunakan untuk mengapit terjemahan atau penjelasan sesuatu kata yang tidak

menggunakan kurungan. Contoh penggunaan tanda petik tunggal dalam ayat ialah seperti

berikut:

i. “Dia membaca puisi ‘Di Hujung Malam’ dalam sayembara itu.”

ii. Quite trading ‘dagangan lengang’

Page 6: Tanda Baca..Group

j) Tanda Seru

Tanda seru adalah untuk menunjukkan tanda hairan dan juga tanda seruan. Penggunaan ini

bergantung pada kadar tekanannya. Jika tekanannya rendah, cukuplah dengan noktah. Desakan

memerlukan tanda seru tetapi permintaan bersahaja tidak memerlukan tanda seru. Dalam

keadaan apa sekalipun, cukuplah satu tanda seruan, bukan dua atau tiga sebagaimana yang kerap

dilakukan oleh sesetengah penulis baru. Mereka menyangka itulah kaedah untuk

menggambarkan ekspresi yang dimaksudkan. Tanda seru terletak sebelum pengikat kata. Kalau

nama dalam petikan itu sudah ada tanda seru, tidaklah perlu lagi tanda seru yang kedua walaupun

ayatnya berbentuk tekanan. Contoh ayat ialah seperti berikut:

i. Amboi, cantiknya dia!

ii. Berhenti!

iii. “Jangan datang ke sini lagi!”

iv. Tolong jangan bising!

v. Wah, perbuatan awak sungguh melampau!

k) Tanda Tanya/Soal (?)

Tanda tanya merupakan salah satu tanda baca yang menggunakan simbol (?) semasa menulis

sesuatu ayat dalam penulisan. Tanda tanya biasanya digunakan pada akhir ayat tanya.

Contohnya, ada burung di dalam rumah ini?. Ayat tersebut pada mulanya berasal daripada ayat

penyata yang diulang semula untuk menunjukkan rasa tidak percaya. Dalam ayat tanya yang

menggunakan tanda pengikat kata, tanda soal diletakkan sebelum pengikat kata. Namun begitu,

sekiranya ayat yang diajuk memang ayat tanya, tanda soal tersebut tidak perlu digunakan

sebanyak dua kali di dalam ayat yang sama. Ayat tanya yang hanya memerlukan reaksi segera,

bukan jawapan daripada orang lain, tidak memerlukan tanda soal. Tanda tanya juga diperlukan

dalam soalan retorik, iaitu soalan yang tidak memerlukan jawapan. Tanda tanya atau tanda soal

tidak semestinya menjadi noktah kerana peranannya boleh menjadi koma, iaitu huruf yang

mengikutinya hanya huruf kecil. Selain itu, tanda soal boleh digunakan dalam ayat yang

mengemukakan siri pertanyaan tetapi tidak dianggap berperanan sebagai noktah kerana

peranannya cuma sebagai koma. Tanda soal itu boleh digantikan dengan koma tetapi sekiranya

ayat itu tidak berbentuk pertanyaan, penutupnya ialah noktah. Tanda soal boleh diletakkan di

Page 7: Tanda Baca..Group

dalam kurungan dan sengkang. Setelah tanda soal digunakan, noktah atau koma tidak perlu

diletakkan lagi. Di samping itu, tanda tanya diperlukan untuk menyatakan bahagian kalimat yang

disangsikan atau didapati kekurangan bukti tentang kebenarannya. Contoh ayat yang

menggunakan tanda baca tersebut ialah:

i. Bilakah cuti semester awak akan bermula ?

ii. Apakah faktor yang menyebabkan peristiwa 13 Mei berlaku?

iii. Siapakah Tuhan pada pandangan kamu?

iv. “Siapa datang, Karim?” laung emak dari dapur.

v. “Apakah yang kamu lihat?” tanya Jimmy.

l) Tanda Titik/Noktah (.)

Tanda noktah biasanya digunakan pada akhir ayat pelengkap dan berperanan sebagai penamat

ayat perintah. Tanda baca ini juga digunakan sebagai penamat ayat tanya yang berbentuk retorik,

yang tidak memerlukan jawapan. Fungsi tanda noktah juga ialah diperlukan sebagai penamat

ayat tanya dalam ragam cakap pindah, kependekan nama, memisahkan ringgit dan sen serta

untuk menulis peratus. Contohnya:

i. Majlis Sukan Negara menganjurkan Malam Anugerah Sukan Negara pada setiap tahun.

ii. Berhenti.

iii. Dia bertanya kenapa saudara datang ke mari.

iv. T.S. Lanang, P.Ramlee

v. RM28.10

vi. 5.11 peratus

m) Tanda Noktah Bertindih/Kolon (:)

Tanda noktah bertindih digunakan untuk menambahkan penjelasan dalam sesuatu ayat dan untuk

menggantikan maksud “iaitu”. Selain itu, tanda baca jenis ini juga digunakan untuk memisahkan

watak dengan dialog dalam sesuatu perbualan, nisbah, judul kecil daripada judul besar, jam dan

minit serta berperanan bagi menerangkan sesuatu dalam ayat. Apabila dua klausa bebas

Page 8: Tanda Baca..Group

digabungkan dalam satu ayat, kolon digunakan. Klausa kedua itu berperanan sebagai penerang,

penjelas, atau ilustrasi bagi klausa pertama. Maksudnya, ikatan antara kedua-dua komponen

begitu erat: saling memerlukan. Contoh ayat ialah seperti berikut:

i. Kamu mesti belajar bersungguh: Jika tidak berpelajaran, kita akan dipandang hina oleh

orang lain.

ii. Kita mesti membantu orang yang dalam kesusahan: sikap yang disukai oleh masyarakat.

iii. Jurulatih: Apakah perasaan awak setelah dipilih untuk mengikuti Program Latihan

Khidmat Negara ini?

iv. 2:3 (dua nisbah tiga)

v. Di dalam beg ini ada:

a) Buku

b) Pen

c) Payung

d) Sarang pensil

e) Botol air

n) Semikolon/Koma Bertitik (;)

Banyak orang menyamakan semicolon dengan fungsi kolon dan sebaliknya. Semikolon

digunakan untuk memisahkan dua klausa apabila kedua-duanya mempunyai taraf yang

seimbang. Klausa pertama menerangkan satu idea; klausa kedua menerangkan idea yang lain.

Semikolon dalam ayat begini adalah untuk menggantikan kata hubung dan. Semikolon juga

digunakan untuk memisahkan dua atau beberapa klausa utama yang biasanya disambung oleh

dan, tetapi, atau, namun, dan lalu. Peranan tanda baca ini juga untuk memisahkan klausa utama

yang dimulai dengan kata hubung juga, walau bagaimanapun, malah, di samping itu, oleh yang

demikian, sesungguhnya, dan lain-lain. Ada kalanya noktah digunakan tetapi semikolon juga

boleh digunakan sekiranya kita mahu mewujudkan pertalian yang berterusan antara dua ayat atau

klausa. Selain itu, semikolon adalah untuk memisahkan klausa yang lebih daripada satu terdapat

dalam satu ayat dan juga untuk memisahkan keterangan yang bersiri, yang berlainan kategori,

sekiranya keterangan itu dipisahkan oleh koma. Semikolon juga boleh digunakan dalam

Page 9: Tanda Baca..Group

penyenaraian sumber rujukan dalam nota kaki. Contoh ayat yang menggunakan tanda baca jenis

semikolon ini ialah:

i. Berbual memesrakan perhubungan; bergurau mengeratkan persahabatan; jadikanlah

kedua-duanya amalan dalam pergaulan.

ii. Restoran Rozie ditutup pada bulan puasa; Hotel Holiday Inn tetap dibuka.

iii. Seminar Etika akan diadakan tidak lama lagi; oleh itu, semua AJK dikehendaki

menyiapkan kerja masing-masing.

iv. Masakan ini dihasilkan daripada berbagai-bagai resepi; ada yang berasal dari Siam, ada

yang diambil daripada resepi Cina, dan ada yang bercita rasa Melayu.

v. 21. Nik Safiah Karim (ed), Tinta Kenangan, Kuala Lumpur: Jabatan Pengajian Melayu,

1993; Nik Safiah Karim et al.,

Huruf Besar

Huruf besar biasanya digunakan pada huruf pertama pada awal setiap ayat dan juga sebagai

huruf pertama petikan langsung. Huruf besar juga digunakan sebagai huruf pertama dalam

ungkapan yang berhubung dengan kitab suci dan nama Allah, termasuk kata ganti nama Allah.

Digunakan juga sebagai huruf pertama gelaran kehormatan, keturunan, dan keagamaan yang

diikuti oleh nama orang, digunakan sebagai huruf pertama untuk nama jawatan dan pangkat yang

diikuti nama orang serta digunakan pada awal kata nama khas. Huruf besar selalu digunakan

sebagai huruf pertama nama bangsa, suku bangsa, dan bahasa. Selain itu, digunakan juga sebagai

huruf pertama bagi nama rasmi badan, lembaga pemerintah, serta nama dokumen rasmi kecuali

kata hubung. Contoh ayat ialah seperti berikut:

i. Rumah itu di atad bukit.

ii. Yang Maha Pengasih.

iii. Semoga Engkau mendengar doa kami.

iv. Nabi Muhamad S.A.W

v. Profesor Ahmad Hashim.

vi. Dewan BAhasa dan Pustaka.

vii. Bangsa India

Page 10: Tanda Baca..Group

Huruf Condong

Huruf condong digunakan untuk menulis nama buku, majalah dan surat khabar. Huruf condong

juga digunakan untuk menegaskan atau mengkhususkan huruf, bahagian perkataan, atau

kelompok perkataan. Selain itu, huruf condong juga berperanan untuk menulis nama ilmiah atau

ungkapan asing kecuali yang telah disesuaikan ejaannya. Apabila menyelitkan perkataan asing

seperti bahasa Inggeris, India, Cina dan sebagainya, huruf condong perlu digunakan bagi

perkataan tersebut. Contohnya, pelakon itu menuturkan kata-kata Hamlet: To be or not to be. Di

samping itu, huruf condong ini juga digunakan dalam ungkapan menyatakan sambungan, di

bawah teks: Bersambung ke hlm. 23.

Rujukan

Md. Sidin Ishak, et al. 1998. Strategi Bahasa: Panduan Nahu dan Retorik untuk Penulisan.

Universiti Malaya: Kuala Lumpur.

Prof. Komaruddin Dra. Yooke Tjuparmah S. Komaruddin. 2000. Kamus Istilah: Karya Tulis

Ilmiah. PT Bumi Aksara: Jakarta.