tanda aras harga global minyak sawit mentah · 2019-08-22 · perdagangan ekuiti, bon, dan kontrak...

20
Tanda Aras Harga Global Minyak Sawit Mentah Tanda Aras Harga Global Minyak Sawit Mentah Didagangkan di Bursa Malaysia FCPO Niaga Hadapan Minyak Sawit Mentah

Upload: others

Post on 14-Feb-2020

17 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tanda Aras Harga Global Minyak Sawit Mentah · 2019-08-22 · perdagangan ekuiti, bon, dan kontrak hadapan komoditi serta pasaran opsyen, di samping ... • Fi tender akan dipaparkan

BURSA0908_FKLI Product Brochure•Open: h209mm X w200mm •Close: h209mm X w100mm

Tanda Aras Harga Global Minyak Sawit MentahTanda Aras Harga GlobalMinyak Sawit Mentah

Didagangkan di Bursa Malaysia

FCPONiaga Hadapan Minyak Sawit Mentah

Page 2: Tanda Aras Harga Global Minyak Sawit Mentah · 2019-08-22 · perdagangan ekuiti, bon, dan kontrak hadapan komoditi serta pasaran opsyen, di samping ... • Fi tender akan dipaparkan

BURSA0908_FKLI Product Brochure•Open: h209mm X w200mm •Close: h209mm X w100mm

Setiap pelabur mempunyai matlamat yang berbeza, dan pendekatan anda untuk mencapai matlamat tersebutbergantung kepada keinginan risiko/pulangan pelaburan anda.

Anda boleh mengenal pasti anda jenis pelabur yang mana satu dalam carta ini dan di samping produk yang terdapat dalam brosur ini, anda juga boleh mempertimbangkan produk-produk lain untuk dimasukkan dalam portfolio anda.

ANDA JENIS PELABUR YANG MANA SATU?

Page 3: Tanda Aras Harga Global Minyak Sawit Mentah · 2019-08-22 · perdagangan ekuiti, bon, dan kontrak hadapan komoditi serta pasaran opsyen, di samping ... • Fi tender akan dipaparkan

SIAPAKAH BURSA MALAYSIA DERIVATIVES (BMD)?

Bursa Malaysia Berhad, yang ditubuhkan pada tahun 1964, menawarkan ekuiti, derivatif, bon serta perkhidmatan/produk Islam, dan mengendalikan bursa kewangan antarabangsa di Labuan.

Bursa Malaysia Derivatives Berhad (BMD), sebuah subsidiari Bursa Malaysia Berhad yang ditubuhkan pada tahun 1993, dan menyediakan, mengendalikan serta menyelenggarakan perdagangan ekuiti, bon, dan kontrak hadapan komoditi serta pasaran opsyen, di samping khidmat penyelesaian. Kedua-dua Bursa Malaysia Berhad dan juga BMD dikawal selia di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan Malaysia dan beroperasi di bawah pemantauan Suruhanjaya Sekuriti, serta ditadbir urus oleh Akta Pasaran dan Perkhidmatan Modal 2007.

Pada tahun 2009, Chicago Mercantile Exchange (CME) telah memperoleh 25% kepentingan BMD, manakala 75% lagi dipegang oleh Bursa Malaysia Berhad. Pada tahun 2010, produk BMD dihijrahkan ke platform perdagangan elektronik CME Globex® agar lebih terserlah dan mudah diakses oleh pedagang antarabangsa.

1

Page 4: Tanda Aras Harga Global Minyak Sawit Mentah · 2019-08-22 · perdagangan ekuiti, bon, dan kontrak hadapan komoditi serta pasaran opsyen, di samping ... • Fi tender akan dipaparkan

APAKAH DERIVATIF?Derivatif ialah instrumen kewangan yang digunakan untuk mengurus pendedahan seseorang dalam pasaran hari ini yang begitu mudah berubah. Nilai produk derivatif bergantung pada dan terhasil daripada instrumen yang menjadi asasnya, seperti komoditi, kadar faedah, indeks atau saham.

Dengan kata lain, derivatif kontrak kewangan ialah nilai yang dikaitkan dengan jangkaan pergerakan harga masa hadapan aset yang menjadi asas produk derivatif berkaitan. Derivatif digunakan sebagai alat dalam usaha pencarian harga, perlindungan nilai, membuat spekulasi dan arbitraj.

WHAT ARE FUTURES AND OPTIONS?

Kontrak hadapan dan opsyen ialah produk derivatif yang sebahagian besarnya diperdagangkan di pelbagai bursa. Kontrak hadapan ialah perjanjian di antara dua pihak untuk membeli atau menjual instrumen yang menjadi asas produk derivatif ini pada suatu masa hadapan tertentu, pada harga yang ditetapkan secara khusus pada hari ini.

Opsyen pula memberi hak kepada pemegang/pembeli tetapi pemegang/pembeli berkenaan tidak wajib membeli atau menjual kuantiti tertentu instrumen asas ini pada harga yang ditetapkan dalam tempoh yang ditentukan secara khusus dengan membayar premium.

2

Page 5: Tanda Aras Harga Global Minyak Sawit Mentah · 2019-08-22 · perdagangan ekuiti, bon, dan kontrak hadapan komoditi serta pasaran opsyen, di samping ... • Fi tender akan dipaparkan

FCPONIAGA HADAPAN MINYAK SAWIT MENTAH MALAYSIA KINI TERSENARAI DI CME GLOBEX• Akses Global• Pendedahan kepada minyak makan dan lemak yang paling banyak dikeluarkan dan dieksport • Tanda aras harga global untuk minyak makan• Kontrak Komoditi Niaga Hadapan yang diiktiraf dan boleh dagang di seluruh dunia• Pengguna kontrak yang pelbagai

FCPO TICKER CODE• CME Globex® : BMD\FCPO\kod bulan kontrak yang relevan Contoh : BMD\FCPO\MAR14

• Bloomberg : KOA Comdty CT (Go)

• Thomson Reuters : <1FCPO> + <Kod Bulan> + <Kod Tahun> Contoh : <1FCPO3> Kontrack DEC3

• ICE Data Services : F: FCPO\Mnn , yang M ialah kod bulan dan nn ialah nombor tahun Example : F: FCPO\F14

3

Page 6: Tanda Aras Harga Global Minyak Sawit Mentah · 2019-08-22 · perdagangan ekuiti, bon, dan kontrak hadapan komoditi serta pasaran opsyen, di samping ... • Fi tender akan dipaparkan

BURSA0908_FKLI Product Brochure•Open: h209mm X w200mm •Close: h209mm X w100mm

4

1APAKAH FCPO?

FCPO ialah kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) dalam Ringgit Malaysia (“RM”) yang didagangkan di Bursa Malaysia Derivatives, memberi peserta pasaran tanda aras harga global bagi Pasaran MSM sejak Oktober 1980 dalam Bursa Niaga Hadapan Komoditi. Dengan rekod prestasi yang mengagumkan selama lebih daripada 30 tahun, harga FCPO di Bursa Malaysia Derivatives telah menjadi titik rujukan bagi pemain pasaran dalam industri minyak makan dan lemak.

Saiz Kontrak: Setiap kontrak FCPO adalah bersamaan dengan 25 tan metrik

Penyelesaian: Kontrak ini adalah kontrak boleh serah secara fizikal

Page 7: Tanda Aras Harga Global Minyak Sawit Mentah · 2019-08-22 · perdagangan ekuiti, bon, dan kontrak hadapan komoditi serta pasaran opsyen, di samping ... • Fi tender akan dipaparkan

BURSA0908_FKLI Product Brochure•Open: h209mm X w200mm •Close: h209mm X w100mm

2

1. Akses Global FCPO didagangkan secara elektronik melalui CME GLOBEX®, sebuah platform dagangan elektronik global. Akses kepada CME Globex® adalah mudah dan membolehkan pedagang individu dan profesional di seluruh dunia untuk mengakses kesemua produk Bursa Malaysia Derivatives.

2. Mengurus Risiko HargaSyarikat perladangan, penapisan, pengeksport dan pengilang boleh menggunakan FCPO untuk mengurus risiko dan melindung nilai daripada risiko pergerakan harga MSM yang tidak menentu dalam pasaran fizikal.

3. Membuat Spekulasi Pergerakan Harga

Pedagang boleh menggunakan FCPO untuk mendapatkan pendedahan leveraj kepada pergerakan harga MSM.

4. Dapatkan pendedahan segera kepada Pasaran Komoditi

Melalui FCPO, pengurus dana global, penasihat dagangan komoditi dan pedagang perusahaan boleh menjadi sebahagian daripada pasaran komoditi yang aktif.

5

MENGAPA BERDAGANG DALAM FCPO?

Page 8: Tanda Aras Harga Global Minyak Sawit Mentah · 2019-08-22 · perdagangan ekuiti, bon, dan kontrak hadapan komoditi serta pasaran opsyen, di samping ... • Fi tender akan dipaparkan

BURSA0908_FKLI Product Brochure•Open: h209mm X w200mm •Close: h209mm X w100mm

3Pemberitahuan Tender• Peserta dengan pemegang jualan bulan terkini boleh menghantar Pemberitahuan Tender untuk serahan MSM semasa tempoh tender (1hb – 20hb bulan terkini).• Pemberitahuan Tender hendaklah diserahkan kepada Pusat Penjelasan sebelum 12:00 tengah hari untuk pemprosesan pada hari yang sama.

Resit Simpanan e-Negotiable (e-NSR)• Penjual yang berhasrat untuk mendapatkan penilaian MSM untuk serahan kepada pasaran mestilah menyerahkan MSM ke Pepasangan Tangki Pelabuhan yang diluluskan oleh Bursa.• Selepas penilaian MSM, pemilik Pepasangan Tangki Pelabuhan hendaklah mengeluarkan e-NSR.

Nasihat Tender dan Peruntukan Serahan• Pusat Penjelasan akan memperuntukkan e-NSR kepada Peserta Penjelasan Pembelian masing-masing pada asas berkadar dan seterusnya memperuntukkan e-NSR pada asas rawak di peringkat pelanggan.

Tempoh Sekatan Tender• Sekatan untuk penutupan kedudukan kontrak bulan terkini dijalankan satu hari perniagaan sebelum Tempoh Tender bermula dan berlanjutan hingga Tempoh Tender berakhir.

Kitaran Tender dan Pembayaran• Fi tender akan dipaparkan dalam akaun penjual dan pembeli pada Hujung Hari tender.• Kitaran serahan tender FCPO ialah dua hari perniagaan Peserta Pembeli akan membayar jumlah tender dan Peserta Penjual akan menerima bayaran dua hari perniagaan selepas tender.• e-NSR akan dikeluarkan kepada Pembeli selepas bayaran diterima.

6

SERAHAN FIZIKAL DAN PROSES TENDER

Page 9: Tanda Aras Harga Global Minyak Sawit Mentah · 2019-08-22 · perdagangan ekuiti, bon, dan kontrak hadapan komoditi serta pasaran opsyen, di samping ... • Fi tender akan dipaparkan

BURSA0908_FKLI Product Brochure•Open: h209mm X w200mm •Close: h209mm X w100mm

Margin Permulaan hendaklah didepositkan dengan Broker Niaga Hadapan berlesen anda sebelum memulakan dagangan. Semua deposit mata wang untuk Margin Permulaan adalah tertakluk pada kadar potongan seperti yang ditentukan oleh Bursa Malaysia Derivatives Clearing dari semasa ke semasa.

Walaupun, Margin Perubahan adalah dalam Ringgit Malaysia (RM), Margin Permulaan diterima dalam bentuk mata wang lain seperti yang tersenarai di bawah:

• Ringgit Malaysia (RM)

• Dolar AS (USD)

• Pound British (GBP)

• Euro (EUR)

• Dolar Hong Kong (HKD)

• Yen Jepun (JPY)

• Renminbi China (RMB)

• Dolar Singapura (SGD)

• Dolar Australia (AUD)

Sila rujuk kepada Broker Niaga Hadapan berlesen anda mengenai bentuk cagaran lain yang diluluskan.

4MARGIN DAN MATA WANG

DILULUSKAN

7

Page 10: Tanda Aras Harga Global Minyak Sawit Mentah · 2019-08-22 · perdagangan ekuiti, bon, dan kontrak hadapan komoditi serta pasaran opsyen, di samping ... • Fi tender akan dipaparkan

BURSA0908_FKLI Product Brochure•Open: h209mm X w200mm •Close: h209mm X w100mm

8

Senario 1 – Perlindungan Nilai Syarikat PerladanganSebuah syarikat perladangan menghasilkan 20,000 TM sebulan (240,000 TM setahun). Disebabkan oleh kelembapan ekonomi global, syarikat perladangan menjangkakan permintaan MSM yang lebih rendah. Kontrak FCPO Bursa Malaysia Derivatives membenarkan syarikat perladangan melindung nilai sehingga 2 tahun ke hadapan dengan menjual kontrak niaga hadapan.

Syarikat perladangan membuat keputusan untuk melindung nilai 50% daripada pengeluarannya sehingga 6 bulan ke hadapan pada FCPO Bursa Malaysia Derivatives.

Pada April 2018, pedagang menjual 400 kontrak atau 10,000 TM setiap bulan sehingga Sept 2018.

Syarikat perladangan memperoleh RM 25.82 juta daripada jualan niaga hadapan 6 bulan ke hadapan dengan menggunakan kontrak FCPO Bursa Malaysia Derivatives.

5 CONTOHDAGANGAN

Perhatian:(i) Margin Awal perlu didepositkan dengan Broker Niaga Hadapan sebelum mula berdagang.(ii) Kedudukan terbuka bergantung pada mark-to-market (nilai saksama) yang mungkin memerlukan deposit margin tambahan.(iii) Kos transaksi telah dikecualikan dalam contoh ini.

Apr 18 3,568 3,510 58 580 ribuMei 18 3,517 3,225 292 2.92 jutaJun 18 3,510 2,848 662 6.62 jutaJul 18 3,497 3,065 432 4.32 jutaOgos 18 3,477 2,862 615 6.15 jutaSep 18 3,459 2,936 523 5.23 juta

Untung / (Rugi) Bersih 25.82 juta

Page 11: Tanda Aras Harga Global Minyak Sawit Mentah · 2019-08-22 · perdagangan ekuiti, bon, dan kontrak hadapan komoditi serta pasaran opsyen, di samping ... • Fi tender akan dipaparkan

BURSA0908_FKLI Product Brochure•Open: h209mm X w200mm •Close: h209mm X w100mm

9

Senario 2 – Perlindungan Nilai PenapisanSebuah syarikat penapisan MSM Malaysia menerima tempahan untuk menghantar 10,000 tan metrik minyak sawit diproses. Walau bagaimanapun, ia hanya mempunyai MSM yang mencukupi untuk memenuhi 80% daripada transaksi ini dan menghadapi kekurangan 2,000 tan metrik. Ia ke pasaran fizikal untuk menampung kekurangan ini tetapi tidak dapat mencari penjual dalam pasaran menaik. Oleh sebab pasaran menjangkakan harga yang lebih tinggi, beliau mengutamakan pembelian pada harga semasa untuk melindungi margin keuntungan beliau.

Syarikat ke Bursa Malaysia Derivatives dan membeli 80 kontrak FCPO (80 kontrak x 25 tan metrik per kontrak = 2,000 tan metrik) pada harga lazim. Beliau kini telah mengunci harga belian dengan berkesan dan akan menunggu proses tender untuk menerima serahan MSM.

Senario 3 – MengarbitrajArbitraj ialah membeli komoditi dalam satu pasaran dan pada masa yang sama menjualnya di pasaran lain pada harga yang lebih tinggi, untuk mendapatkan keuntungan dari perbezaan harga sementara di antara kedua-dua pasaran.

Pedagang Kelapa Sawit melihat peluang arbitraj antara pasaran di Malaysia dan pasaran di luar negara:

a) Pasaran di Malaysia menjual kontrak niaga hadapan Minyak Sawit Mentah pada harga MYR 2,450 /TMb) Pasaran di luar negara menjual kontrak niaga hadapan minyak Sawit Mentah pada harga USD 600 /TM (Contoh kadar pertukaran ialah USD / RM4.20)

Pedagang memutuskan untuk membeli 1 kontrak niaga hadapan Minyak Sawit Mentah dari pasaran Malaysia dan menjual 1 kontrak niaga hadapan Minyak Sawit Minyak mentah pasaran luar negara:

Keuntungan Arbitraj = RM 2,520 (USD 600 x 4.2) - RM 2,450 = RM 70 / TM = 1 kontrak (25TM x RM70) = RM 1,750

Perhatian:(i) Margin Awal perlu didepositkan dengan Broker Niaga Hadapan sebelum mula berdagang.(ii) Kedudukan terbuka bergantung pada mark-to-market (nilai saksama) yang mungkin memerlukan deposit margin tambahan.(iii) Kos transaksi telah dikecualikan dalam contoh ini.

Untung / (Rugi) Bersih 214,000

214,000

0

U/R untuk 80 Kontrak

(RM/TM)

U/R bersih

(RM/TM)

Harga Jualan (RM/TM)

Bulan

107

0

2,298

2,191

Oct-18

Aug-18

Page 12: Tanda Aras Harga Global Minyak Sawit Mentah · 2019-08-22 · perdagangan ekuiti, bon, dan kontrak hadapan komoditi serta pasaran opsyen, di samping ... • Fi tender akan dipaparkan

10

BURSA0908_FKLI Product Brochure•Open: h209mm X w200mm •Close: h209mm X w100mm

10

Senario 4 - Manfaat daripada Pasaran MenurunMerujuk kepada pengeluaran buah sawit yang tinggi tahun ini, Fairuz menjangkakan harga MSM akan jatuh. Untuk memperoleh keuntungan daripada pasaran menurun, beliau boleh menggunakan kontrak Niaga Hadapan FCPO dengan cara berikut:

Kontrak Niaga Hadapan Minyak Sawit Mentah (FCPO) didagangkan pada RM2,360

Senario: FCPO dijangka JATUH Langkah 1: Jual satu kontrak FCPO pada RM2,360

Dengan andaian FCPO menurun ke RM2,340 Langkah 2: Beli satu kontrak FCPO pada RM2,340Untung kasar FCPO: RM500 (RM 25 x 20)

Beliau juga boleh menggunakan strategi yang sama (jualan singkat) untuk mana-mana petunjuk lain semasa pasaran menurun.

Senario 5 – Manfaat daripada Pasaran Menaik Anda melihat peningkatan harga Minyak Mentah lazimnya dicerminkan dalam peningkatan harga MSM. Beliau menjangkakan harga Minyak Mentah akan meningkat. Untuk memperoleh keuntungan daripada pasaran menaik, beliau boleh menggunakan kontrak FCPO dengan cara berikut:

Kontrak Niaga Hadapan Minyak Sawit Mentah (FCPO) didagangkan pada RM2,360

Senario: FCPO dijangka MENINGKAT Langkah 1: Beli satu kontrak FCPO pada RM2,360

Dengan andaian FCPO meningkat ke RM2,400 Langkah 2: Jual satu kontrak FCPO pada RM2,400Untung kasar FCPO: RM1,000 (RM25 x 40)

Beliau juga boleh menggunakan strategi yang sama untuk mana-mana penunjuk lain semasa pasaran menaik.

Perhatian:(i) Margin Awal perlu didepositkan dengan Broker Niaga Hadapan sebelum mula berdagang.(ii) Kedudukan terbuka bergantung pada mark-to-market (nilai saksama) yang mungkin memerlukan deposit margin tambahan.(iii) Kos transaksi telah dikecualikan dalam contoh ini.

APAKAH KEMUDAHAN LAIN

YANG DITAWARKAN?

Page 13: Tanda Aras Harga Global Minyak Sawit Mentah · 2019-08-22 · perdagangan ekuiti, bon, dan kontrak hadapan komoditi serta pasaran opsyen, di samping ... • Fi tender akan dipaparkan

BURSA0908_FKLI Product Brochure•Open: h209mm X w200mm •Close: h209mm X w100mm

11

6APAKAH KEMUDAHAN LAIN

YANG DITAWARKAN?

a. Tukaran Posisi Berkaitan (EFRP) EFRP merujuk kepada persetujuan antara 2 pihak

yang posisi niaga hadapannya ditukar kepada posisi berkaitan atau sebaliknya. Posisi berkaitan termasuk tunai atau fizikal, swap, derivatif OTC atau posisi niaga hadapan lain.

Posisi berkaitan mesti melibatkan komoditi atau aset kewangan yang menjadi mendasari kontrak niaga hadapan, atau derivatif, produk sampingan atau produk berkaitan yang mempunyai darjah kolerasi yang munasabah kepada komoditi atau aset kewangan yang mendasari kontrak niaga hadapan.

b. Dagangan Pukal Boleh Runding (NLT) NLT ialah kemudahan dagangan luar pasaran yang

membenarkan Peserta Dagangan (TP) atau klien untuk mengurus dan membuat transaksi tempahan bagi tetapan saiz yang besar di luar sistem dagangan. NLT membenarkan dagangan besar ditetapkan pada harga tunggal dan meminimumkan impak harga dan tangguhan masa semasa melakukan transaksi tempahan bersaiz besar di Bursa.

Page 14: Tanda Aras Harga Global Minyak Sawit Mentah · 2019-08-22 · perdagangan ekuiti, bon, dan kontrak hadapan komoditi serta pasaran opsyen, di samping ... • Fi tender akan dipaparkan

BURSA0908_FKLI Product Brochure•Open: h209mm X w200mm •Close: h209mm X w100mm

12

Derivatif Ekuiti• Niaga Hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FKLI)

• Opsyen atas Niaga Hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI

(OKLI)

• Niaga Hadapan Saham Tunggal (SSFs)

• Niaga Hadapan Indeks Mini FTSE Bursa Malaysia Mid 70

(FM70)

Derivatif Kewangan• Niaga Hadapan Kadar Ditawarkan Antara Bank KL 3-Bulan

(KLIBOR) (FKB3)

• Niaga Hadapan Sekuriti Kerajaan Malaysia 3-Tahun

(FMG3)

• Niaga Hadapan Sekuriti Kerajaan Malaysia 5-Tahun

(FMG5)

Derivatif Komoditi• Niaga Hadapan Minyak Sawit Mentah (FCPO)

• Opsyen atas Niaga Hadapan Minyak Sawit Mentah (OCPO)

• Niaga Hadapan Minyak Sawit Mentah USD (FUPO)

• Niaga Hadapan Minyak Sawit Isirung Mentah (FPKO)

• Niaga Hadapan Emas (FGLD)

• Niaga Hadapan Timah (FTIN)

Senarai produk ditawarkan setakat Januari 2019. Sila rujuk senarai penuh produk yang ditawarkan di www.bursamalaysia.com

7 APAKAH PRODUK LAIN YANG KAMI TAWARKAN?

Page 15: Tanda Aras Harga Global Minyak Sawit Mentah · 2019-08-22 · perdagangan ekuiti, bon, dan kontrak hadapan komoditi serta pasaran opsyen, di samping ... • Fi tender akan dipaparkan

BURSA0908_FKLI Product Brochure•Open: h209mm X w200mm •Close: h209mm X w100mm

8MEMULAKANPERDAGANGAN

Langkah 1Buka Akaun Dagangan Niaga Hadapan dengan Broker Niaga Hadapan berlesen di Bursa Malaysia Derivatives.

Langkah 2Deposit Margin Permulaan dengan Broker Niaga Hadapan anda.

Langkah 3 Mula Berdagang FCPO

Bagaimanakah saya ketahui lebih lanjut? Sila hubungi Broker Niaga Hadapan pilihan anda yang akan menasihati dan memberikan maklumat terkini kepada anda dengan sewajarnya. Anda juga boleh menghadiri pelbagai seminar pendidikan yang tersenarai di laman web BursaMKTPLC’s website (www.bursamarketplace.com).

13

Page 16: Tanda Aras Harga Global Minyak Sawit Mentah · 2019-08-22 · perdagangan ekuiti, bon, dan kontrak hadapan komoditi serta pasaran opsyen, di samping ... • Fi tender akan dipaparkan

BURSA0908_FKLI Product Brochure•Open: h209mm X w200mm •Close: h209mm X w100mm

Page 17: Tanda Aras Harga Global Minyak Sawit Mentah · 2019-08-22 · perdagangan ekuiti, bon, dan kontrak hadapan komoditi serta pasaran opsyen, di samping ... • Fi tender akan dipaparkan

BURSA0908_FKLI Product Brochure•Open: h209mm X w200mm •Close: h209mm X w100mm

Page 18: Tanda Aras Harga Global Minyak Sawit Mentah · 2019-08-22 · perdagangan ekuiti, bon, dan kontrak hadapan komoditi serta pasaran opsyen, di samping ... • Fi tender akan dipaparkan

BURSA0908_FKLI Product Brochure•Open: h209mm X w200mm •Close: h209mm X w100mm

Page 19: Tanda Aras Harga Global Minyak Sawit Mentah · 2019-08-22 · perdagangan ekuiti, bon, dan kontrak hadapan komoditi serta pasaran opsyen, di samping ... • Fi tender akan dipaparkan

BURSA0908_FKLI Product Brochure•Open: h209mm X w200mm •Close: h209mm X w100mm

Page 20: Tanda Aras Harga Global Minyak Sawit Mentah · 2019-08-22 · perdagangan ekuiti, bon, dan kontrak hadapan komoditi serta pasaran opsyen, di samping ... • Fi tender akan dipaparkan

BURSA0908_FKLI Product Brochure•Open: h209mm X w200mm •Close: h209mm X w100mm

Penafian

Brosur ini telah disediakan bertujuan untuk memberikan maklumat umum sahaja. Maklumat yang terkandung dalam brosur ini bukan merupakan nasihat undang-undang, kewangan atau pelaburan ataupun membuat sebarang cadangan berkaitan dengan produk dan perkhidmatan yang disebut di sini.

Walaupun segala usaha telah diambil untuk memastikan ketepatan maklumat dalam brosur ini, Bursa Malaysia tidak menjamin atau mewakili, sama ada secara nyata atau tersirat tentang ketepatan atau kelengkapan maklumat di sini. Bursa Malaysia tidak menerima sebarang liabiliti terhadap apa jua keputusan pelaburan atau dagangan yang dibuat berdasarkan maklumat ini. Anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat bebas untuk setiap pelaburan dan/atau dagangan.

BURSA MALAYSIA BERHAD (30632-P)

Exchange Square Bukit Kewangan 50200 Kuala Lumpur Malaysia

Tel: +(603) 2034 7000 Fax: +(603) 2026 3584Email: [email protected]

www.bursamalaysia.com