tamadun tokoh

37

Click here to load reader

Upload: wan-ayuzawa

Post on 24-Jun-2015

585 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: tamadun tokoh

Pengenalan

Tamadun islam merupakan salah satu tamadun dunia yang terunggul. Kajian demi kajian telah

dilakukan dan sehingga hari ini masih lagi terdapat penemuan baru dalam tamadun islam yang masih

belum disingkap oleh masyarakat moden. Sumbangannya tidak ternilai dalam membentuk generasi

manusia yang bertamadun dan maju.

Dalam kerja khusus ini, kami akan membincangkan sumbangan intelektual islam dalam bidang

sains dan matematik iaitu dalam skop perubatan, astronomi, fizik dan biologi. Definisi Intelektual

Intelektual bermaksud golongan cerdik pandai atau golongan terpelajar. Hasil daya berfikir dan

akal budi yang tinggi golongan ini telah melahirkan pelbagai ilmu dan teori yang membolehkan

masyarakat hidup lebih beradab dan bertamadun. Bidang ilmu yang diterokai para intelektual

merangkumi ilmu sains tulen dan sains social termasuk ilmu-ilmu agama dan bukan agama. Dalam

tamadun islam terdapat ramai tokoh-tokoh intelektual yang menyumbang kepada perkembangan

tamadun islam. Antaranya ialah Ibn Sina, Ibn Khaldun, Ibn Rusyd, Al- Biruni, Al-Razi, Al- khawarizmi dan

ramai lagi.

Pencapaian Tamadun Islam Dalam Bidang Sains 1. Perubatan

Pencapaian tamadun islam dalam bidang sains perubatan berada di puncak kegemilangannya

pada zaman Bani Abasyiah. Walaupun ilmu ini berasal daripada tamadun asing iaitu Rom, tetapi umat

Islam akhirnya telah muncul sebagai tokoh-tokoh ilmu perubatan yang disegani dunia. Mereka bukan

sahaja menguasai ilmu perubatan, malah telah menyumbang sesuatu kepada bidang tersebut. Antara

pakar perubatan Islam yang terulung ialah: i. Ibnu Masiwaihi (meninggal 243 Hijrah) beliau telah banyak menghasilkan

Page 2: tamadun tokoh

kitab perubatan. ii. Ibnu As-Sahal (meninggal 255 Hijrah). Beliau menjadi pengarah rumah sakit Jundisyapur. iii. Ar-Razi (meninggal 320 Hijrah). Beliau merupakan tokoh doctor Islam yang terunggul sehingga dilantik menjadi ketua doctor-doktor di Baghdad. iv. Ali bin Abas (meninggal 428 Hijrah). Beliau dilantik menjadi doctor peribadi Khalifah Daulah Al-Buwaihiah. v.

Ibnu Sina (meninggal 428 Hijrah). Beliau lebih dikenali sebagai ahli falsafah. Namun demikian beliau juga

merupakan seorang doctor yang terkenal.

2. Farmasi Dan Kimia Ilmu farmasi dan kimia juga amat berkembang pada zaman Bani Abasyiah. Antara umat Islam yang pakar dalam bidang ini pada masa itu ialah: i.

Ibnu Baithar. Beliau telah menghasilkan tiga kitab besar iaitu Al-Mughni (berkaitan farmasi), Jami

Mufaradah Al-Adwiyah Wa Al-Aghziyah (berkaitan permakanan) Mizan at-Tib (panduan kepada doctor. ii. Rasyiduddin (meninggsl 634 Hijrah). Beliau telah mengarang kitab al- Adwiyah al- mufradah (berkaitan dengan farmasi). iii. Jubair bin Haiyan. Disamping menjadi doctor, beliau juga merupakan pakar dalam bidang astronomi. Pencapaian Tamadun Islam Dalam Bidang Matematik

Ilmu matematik dan kejuruteraan juga telah mencapai puncak kegemilangannya pada zaman

Bani Abasyiah. Pada zaman itu lahir ramai sarjana dalam kedua-dua bidang ini. Antara mereka ialah: i. Thabit bin Qurrah al-Hirani.(221-288 Hijrah). Beliau mengarang kitab Hisab al- Ahillah (matematik), Kitab fi istikhraj al- handasiah (kejuruteraan) dan lainnya. ii.

Abdul Wafa Muhammad bin Muhammmad Ismail bin Abas (meninggal 328 Hijrah). Beliau mengarang

banyak kitab matematik dan kejuruteraan. Antaranya ialah Ma Yahtaj Ilaiahi al-‘Ummal wa al-Kuttab Min

San‘ah al- Hisab (matematik dan kejuruteraan). iii. Sinan Ali Muhammad bin Hasan bin Haitham. iv. Muhammad bin Musa Al- khawarizmi

Page 3: tamadun tokoh

Tamadun Islam Dan Tokoh1. IBNU RASYD Latarbelakang •

Ibnu Rusyd atau nama lengkapnya Abu Walid Muhammad Ibnu Ahmad. •

Lahir di Kardova pada tahun 1126 dan meninggal dunia pada tahun 1198. •

Di barat beliau lebih dikenali dengan nama Averroues. • Beliau lebih terkenal sebagai ahli falsafah yang pemikirannya merintis kepada Renaissance di barat. •

Namun demikian sumbangannya dalam bidang perubatan dan biologi sangat besar. •

Beliau merupakan ahli falsafah yang paling agung pernah dilahirkan dalam sejarah Islam. • Pengaruhnya bukan sahaja berkembang luas di dunia Islam, tetapi juga di kalangan masyarakat di Eropah. Sumbangannya Dalam Tamadun Islam

Page 4: tamadun tokoh

Sebelum meninggal dunia, beliau telah menghasilkan bukunya yang terkenal Al Taysir. Buku itu telah diterjemahkan ke

dalam bahasa Latin dan bahasa Inggeris dengan judul Faclititation of Treatment. •

Sumbangan beliau bukan sahaja dalam bidang perubatan tetapi juga meliputi bidang falsafah,, ilmu kalam, falak, fiqh, muzik, kaji bintang, tatabahasa, dan nahu •

Antara karya besar yang pernah dihasilkan oleh Ibnu Rusyd termasuklah "Kulliyah fit-Thibb" yang mengandungi 16 jilid, mengenai perubatan secara umum, •

Dalam bidang perubatan pula, Ibnu Rusyd memberi penekanan tentang kepentingan menjaga kesihatan. Beberapa

pandangan yang dikemukakan dalam bidang perubatan juga didapati mendahului zamannya. Beliau pernah menyatakan

bahawa demam campak hanya akan dialami oleh setiap orang sekali sahaja. •

Kehebatannya dalam bidang perubatan tidak berlegar di sekitar perubatan umum, tetapi juga merangkum pembedahan dan fungsi organ di dalam tubuh manusia. •

Keterampilan Ibnu Rusyd dalam pelbagai bidang ini, menunjukkan bahawa beliau merupakan tokoh ilmuwan Islam yang

tiada tolok bandingannya. Malahan dalam banyak perkara, pemikiran Ibnu Rusyd jauh lebih besar dan berpengaruh jika

dibandingkan dengan ahli falsafah yang pernah hidup sebelum zamannya ataupun selepas kematiannya. 2. JABIR IBN HAIYAN Latarbelakang •

Jabir Ibnu Haiyan (750-803 masihi), juga dikenali sebagai Geber oleh orang-orang Barat. •

Beliau juga digelar sebagai “Bapa Ilmu Kimia Moden”. •

Nama penuh beliau ialah Abu Musa Jabir Ibn Hayyan. Beliau berasal dari Kufah, Iraq. •

Beliau bukan sahaja terkenal dalam bidang perubatan tetapi juga dalam bidang kimia. •

Pada peringkat awal kerjayanya, beliau pernah berguru dengan Barmaki Vizier iaitu semasa zaman Khalifah Abbasiah pimpinan Harun Ar-Rasyid.

Sumbangannya Dalam Tamadun Islam •

Sumbangan terbesar beliau ialah dalam lapangan ilmu kimia. •

Beliau cukup terkenal kerana hasil penulisan yang melebihi daripada seratus risalah yang telah diabadikan sehingga kini.

Terdapat sebanyak 22 risalah yang antaranya berkaitan dengan alkimia (Al-Kimiya dari bahasa Arab) dan ilmu kimia. •

Kajiannya dalam bidang kimia menyebabkan beliau disanjung pada zamannya. •

Page 5: tamadun tokoh

Beliau juga telah memperkenalkan model penelitian dengan cara eksperimen di dunia alkimia. Maknanya, beliau yang

menjana momentum bagi perkembangan ilmu kimia moden. Beliau juga banyak mengabdikan dirinya dengan melakukan

eksperimen dan pengembangan kaedah untuk mencapai kemajuan dalam bidang penyelidikan. •

Beliau mencurahkan daya upayanya pada proses pengembangan kaedah asas ilmu kimia dan kajian terhadap pelbagai mekanisme tindak balas kimia. •

Beliau telah berjaya menggabungkan kaedah kajian secara tradisional dengan kajian secara moden menerusi ekperimen dan makmal. •

Antara sumbangannya yang paling bermakna ialah kejayaan mencipta teori peleburan logam seperti raksa, pengewapan, penyaringan, penghabluran dan penyulingan. •

Disamping itu, beliau telah memperkenalkan beberapa istilah kimia seperti alkali, (arab: al-qali) iaitu garam kalium untuk mebuat baja, sabun dan bahan kimia. •

Antara beberapa kejayaannya yang lain dalam bidang kimia, salah satunya ialah dalam penyediaan asid nitrik, hidroklorik, sitrik, dan tartarik. •

Penekanan Jabir dalam bidang eksperimen sistematik ini diketahui umum tidak ada tandingannya di dunia. •

Oleh sebab itulah, mengapa Jabir diberi kehormatan sebagai "Bapa Ilmu Kimia Moden" oleh rakan sejawatnya diseluruh

dunia. Bahkan dalam tulisan Max Mayerhaff, disebutkan bahawa jika ingin mencari susur galur perkembangan ilmu kimia di

Eropah maka bolehlah dijejaki secara langsung pada karya-karya Jabir Ibnu Haiyan.

LATAR BELAKANG TOKOH

Nama sebenar al-Khawarizmi ialah Muhammad Ibn Musa al-khawarizmi.

Selain itu beliau dikenali sebagai Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad bin

Yusoff. Al-Khawarizmi telah dikanali di Barat sebagai al-Khawarizmi, al-

Cowarizmi, al-Ahawizmi, al-Karismi, al-Goritmi, al-Gorismi dan beberapa cara

ejaan lagi.

Beliau telah dilahirkan di Bukhara. Pada tahun 780-850M adalah zaman

kegemilangan al-Khawarizmi. al-Khawarizmi telah wafat antara tahun 220 dan

Page 6: tamadun tokoh

230M. Ada yang mengatakan al-Khawarizmi hidup sekitar awal pertengahan

abad ke-9M. Sumber lain menegaskan beliau di Khawarism, Usbekistan pada

tahun 194H/780M dan meninggal tahun 266H/850M di Baghdad.

PENDIDIKAN

Dalam pendidikan telah dibuktikan bahawa al-Khawarizmi ialah seorang

tokoh Islam yang berpengetahuan luas. Pengetahuan dan kemahiran beliau

bukan sahaja meliputi bidang syariat tapidi dalam bidang falsafah, logik,

aritmetik, geometri, muzik, kejuruteraan, sejarah Islam dan kimia.

Al-Khawarizmi sebagai guru aljabar di Eropah. Beliau telah

menciptakan pemakaian Secans dan Tangens dalam penyelidikan trigonometri

dan astronomi. Dalam usia muda beliau bekerja di bawah pemerintahan

Khalifah al-Ma’mun, bekerja di Bayt al-Hikmah di Baghdad.

Beliau bekerja dalam sebuah observatory iaitu tempat menekuni belajar

matematik dan astronomi. Al-Khawarizmi juga dipercayai memimpin

perpustakaan khalifah. Beliau pernah memperkenalkan angka-angka India dan

cara-cara perhitungan India pada dunia Islam. Beliau juga merupakan seorang

penulis Ensiklopedia Pelbagai Disiplin.

Al-Khawarizmi adalah seorang tokoh yang mula-mula memperkenalkan

aljabar dan hisab. Banyak lagi ilmu pengetahuan yang beliau pelajari dalam

bidang matematik dan menghasilkan konsep-konsep matematik yang begitu

popular sehingga digunakan pada zaman sekarang.

Page 7: tamadun tokoh

PERANAN DAN SUMBANGAN AL-KHAWARIZMI

Gelaran Al-Khawarizmi

Gelaran Al-Khawarizmi yang dikenali di Barat ialah al-Khawarizmi, al-

Cowarizmi, al-karismi, al-Goritmi atau al-Gorism. Nama al-gorism telah

dikenali pada abad pertengahan. Negara Perancis pula al-Gorism muncul

sebagai Augryam atau Angrism. Negara Inggeris pula ia dikenali sebagai

Aurym atau Augrim.

Sumbangan Al-Khawarizmi Melalui Karya

Sumbangan hasil karya beliau sendiri, antaranya ialah :

1. Al-Jabr wa’l Muqabalah : beliau telah mencipta pemakaian secans dan

tangens dalam penyelidikan trigonometri dan astronomi.

2. Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah : Beliau telah mengajukan contoh-contoh

persoalan matematik dan telah mengemukakan 800 buah soalan yang

sebahagian daripadanya merupakan persoalan yamng dikemukakan oleh

Neo. Babylian dalam bentuk dugaan yang telah dibuktikan kebenarannya

oleh al-Khawarizmi.

3. Sistem Nombor : Beliau telah memperkenalkan konsep sifat dan ia

penting dalam sistem nombor pada zaman sekarang.

Ini adalah contoh-contoh sebahagian beliau yang telah dihasilkan dalam

penulisan karya dan ia telah menjadi popular serta dipelajari oleh semua

masyarakat yang hidup di dunia ini.

Hasil Karya Al-Khawarizmi

Page 8: tamadun tokoh

Sepertimana yang telah kita ketahui, Al-Khawarizmi dapat menghasilkan karya-

karya agong dalam bidang matamatik. Hasil karya tersebut terkenal pada

zaman tamadun Islam dan dikenali di Barat.

Antara hasil karya yang telah beliau hasilkan ialah :

1. Sistem Nombor : ia telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin iaitu De

Numero Indorum.

2. ‘Mufatih al-Ulum’ : yang bermaksud beliau adalah pencinta ilmu dalam

pelbagai bidang.

3. Al-Jami wa al-Tafsir bi Hisab al-Hind : Karya ini telah diterjemahkan ke

dalam Bahasa Latin oleh Prince Boniopagri.

4. Al-Mukhtasar Fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah : Pada tahun 820M dan

ia mengenai algebra.

5. Al-Amal bi’ Usturlab’

6. Al-Tarikh

7. Al-Maqala Fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabilah.

Ketokohan al-Khawarizmi

Setiap tokoh mempunyai sifat ketokohannya yang tersendiri. Ketokohan al-

Khawarizmi dapat dilihat dari dua sudut iaitu dari bidang matematik dan

astronomi. Namun bidang matematik akan diperjelaskan secara terperinci

berbanding astronomi kerana ia melibatkan kajian yang dikaji.

Dalam bidang matematik, al-Khawarizmi telah memperkenalkan aljabar

dan hisab. Beliau banyak menghasilkan karya-karya yang masyhor ketika

zaman tamadun Islam. Antara karya-karya yang beliau hasilkan ialah ‘Mafatih

al-Ulum’. Sistem nombor adalah salah satu sumbangan dan telah digunakan

pada zaman tamadun Islam.

Page 9: tamadun tokoh

Banyak kaedah yang diperkenalkan dalam setiap karya yang dihasilkan.

Antaranya ialah kos, sin dan tan dalam trigonometri penyelesaian persamaan,

teorem segitiga sama juga segitiga sama kaki dan mengira luas segitiga, segi

empat selari dan bulatan dalam geometri. Masaalah pecahan dan sifat nombor

perdana dan teori nombor juga diperkenalkan. Banyak lagi konsep dalam

matematik yang telah diperkenalkan al-khawarizmi sendiri.

Bidang astronomi juga membuatkan al-Khawarizmi dikenali pada zaman

tamadun Islam. Astronomi dapat ditakrifkan sebagai ilmu falaq [pengetahuan

tentang bintang-bintang yang melibatkan kajian tentang kedudukan,

pergerakan, dan pemikiran serta tafsiran yang berkaitan dengan bintang].

Seawal kurun ketiga lagi lagi, al-Khawarizmi telah menghasilkan dua

buah yang salah satu daripadanyatelah diterjemahkan ke Bahasa Latin dan

memberi pengaruh besar ke atas Muslim dan orangSpanyol dan Kristian.

Penggunaan matematik dalam astronomi sebelum tamadun Islam amat

sedikit dan terhad. Ini disebabkan oleh kemunduran pengetahuan matematik

yang terhad kepada pengguna aritmetik dan geometri sahaja.

Peribadi al-Khawarizmi

Keperibadian al-Khawarizmi telah diakui oleh orang Islam dan juga Barat. Al-

Khawarizmi telah dianggap sebagai sarjana matematik yang masyhur oleh

orang Islam dan ia diperakui oleh orang Barat. Ini dapat dibuktikan bahawa

G.Sartonmengatakan “pencapaian-pencapaian yang tertinggi telah doperolehi

Page 10: tamadun tokoh

oleh orang-orang Timur....” Maka temasuklah al-Khawarizmi itu sendiri.

Al-Khawarizmi patu disanjungi kerana beliau adalah seorang yang

pintar. Menurut Wiedmann pula berkata....’ al-Khawarizmi mempunyai

personaliti yang teguh dan seorang yang bergeliga sains’. Setiap apa yang

dinyatakan oleh penulis, ini telah terbukti bahawa al-Khawarizmi mempunyai

sifat keperibadian yang tinggi dan sekaligus disanjung oleh orang Islam.

Strategi Pengislaman Sains Matematik

Pengislaman sains matematik seharusnya berlandaskan dengan beberapa

perkara iaitu, ia hendaklah berlandaskan tauhid, syariah dan akhlak. Ini

kerana ia perlu bagi tokoh-tokoh yanh beragama Islam supaya melaksanakan

setiap pekerjaan atau tugasan yang mengikut undang-undang Islam.

1. Tauhid

Tauhid merupakan landasan falsafah matematik Islam sepertimana dengan

ilmu-ilmu Islam yang lain. Mengikut matlamat Islam, semuanya Ayyatullah

[tanda-tanda Allah iaitu symbol kebesaran, kewujudan dan keEsaan Tuhan.

Ungkapan yang wujud sewajarnya mencorakkan kegiatan matematik. Setiap

falsafah dan epistemology sains matematik kita tidak harus diterima bulat-

bulat tanpa syarat.

2. Syariah

Berasaskan kepada undang-undang yang mengenali tindak tanduk masyarakat.

Keharmonian dan tanggungjawab kepada umat dan hak diri. Dari sudut ini,

ahli matematik Islam yang cuba menyelesaikan masaalah yang melibatkan

perbuatan hukum syariah seperti judi, riba dan mencabar kebenaran hakiki

daripada agama samawi untuk memperkukuhkan lagi Institusi. Oleh itu,

matematik Islam hendaklah berkembang selari dengan keperluan manusia dan

Page 11: tamadun tokoh

perkembangan ini juga harus di dalam sudut syariah.

3. Akhlak

Ciri-ciri akhlak mulia hendaklah disemaikan kedalam matematik dan juga ia

perlu dimasukkan kedalam ilmu-ilmu Islam yang lain agar manusia dapat

menerapkan nilai murni. Ilmu yang dipelajari contahnya akhlak yang terdapat

dalam bidang matematik ini adalah penemuan aljabar yang melambangkan

keadilan. Ini kerana keadilan itu dituntut oleh agama Islam itu sendiri.

Melalui asas pradigma tauhid dan sya’iyah itu dapat memperkukuhkan lagi

pembinaan akhlak.

Cabang Matematik

Antara cabang yang diperkanalkan oleh al-Khawarizmi seperti geometri,

algebra, aritmetik dan lain-lain.

Geometri

Ia merupakan cabang kedua dalam matematik. Isi kandungan yang

diperbincangkan dalam cabang kedua ini ialah asal-usul geometri dan rujukan

utamanya ialah Kitab al-Ustugusat[The Elements] hasil karya Euklid : geometri

dari segi bahasa berasal daripada perkataan yunani iaitu ‘geo’ bererti bumi

dan ‘metri’ bererti sukatan. Dari segi ilmunya pula geometri itu adalah ilmu

yang mengkaji hal yang berhubung dengan magnitud dan sifat-sifat ruang.

Geometri ini mula dipelajari sejak zaman firaun [2000SM]. Kemudian Thales

Miletus memperkenalkan geometri Mesir kepada Grik sebagai satu sains

dedukasi dalam kurun ke6SM. Seterusnya sarjana Islam telah

Page 12: tamadun tokoh

mengemaskanikan kaedah sains dedukasi ini terutamanya pada abad ke9M.

Algebra/aljabar

Ia merupakan nadi untuk matematik algebra. Al-Khawarizmi telah

diterjemahkan oleh Gerhard of Gremano dan Robert of Chaster ke dalam

bahasa Eropah pada abad ke-12. sebelum munculnya karya yang berjudul

‘Hisab al-Jibra wa al Muqabalah yang ditulis oleh al-Khawarizmi pada tahun

820M. Sebelum ini tak ada istilah aljabar.

IBNU SINA – TOKOH PERUBATAN ISLAM.

Latar Belakang Ibnu Sina

IBNU SINA yang lebih dikenali di Barat dengan nama Avicenna mempunyai nama lengkap Abu Ali al- Huseyn bin Abdullah bin Hassan Ali bin Sina. Beliau merupakan seorang yang berbangsa Parsi. Menurut Ibnu Abi Ushaybi’ah ia lahir pada tahun 375 H, di desa Afshanah dekat kota Kharmaitan Propinzi Bukhara Afghanistan.

Pelajaran pertama yang diterimanya pada zaman kanak-kanak adalah Al-Quran dan sastera yang didapati olehnya secara tidak formal. Ia mula belajar pada usia 5 tahun. Sementara itu sewaktu berumur 10 tahun , beliau telah berjaya menghafal Al-Quran. Pada masa umurnya meningkat 18 tahun Ibnu Sina telah menjadi "Doktor Di Raja". Disamping itu, Ibnu Sina jiga telah menguasai seluruh cabang ilmu pengetahuan yang ada pada waktu itu. Ilmu-ilmu agama seperti tafsir, fiqh, perbandingan agama (ushuluddin), tasawuf dan sebagainya sudah dikuasainya ketika baru berusia 10 tahun. Pada masa kecilnya, ia dibimbing dan dididik oleh Abu Abdullah Natili, seorang sahabat karib ayahnya, dan ayahnya sendiri. Antara bidang ilmu yang berjaya dikuasainya termasuklah dalam bidang falsafah, kedoktoran, geometri, astronomi, muzik, syair, teologi, politik, matematik, fizik, kimia, sastera dan kosmologi.

Ensiklopedia Kedoktoran Pertama

Pada usia 21 tahun, ketika berada di Kawarazm, ia mulai menulis karyanya yang pertama yang berjudul "Al-Majmu" yang mengandungi berbagai ilmu pengetahuan yang lengkap.Kemudian ia melanjutkan menulis buku-buku lain.Nama-nama buku yang pernah dikarang Ibnu Sina, termasuk yang berbentuk risalah ukuran kecil, dimuat dan di

Page 13: tamadun tokoh

himpun dalam satu buku besar yang berjudul "Essai de Bibliographie Avicenna" yang dihasilkan oleh Pater Dominican di Kairo.Antara yang terkandung dalam buku tersebut termasuklah buku karangan yang amat terkenal iaitu Al-Qanun Fit – Tibb.

Teori-Teori Anatomi Dan Fisiologi

Teori-teori anatomi dan fisiologi dalam buku-buku beliau adalah menggambarkan analogi manusia terhadap negara dan mikrokosmos (dunia kecil) terhadap alam semester sebagai makrokosmos (dunia besar).Misalnya digambarkan bahawa syurga kayangan adalah bulat dan bumi adalah persegi dan dengan demikian kepala itu bulat dan kaki itu empat persegi. Terdapat empat musim dan 12 bulan dalam setahun, dengan itu manusia memiliki empat tangkai dan lengan (anggota badan) mempunyai 12 tulang sendi. Hati (heart) adalah ‘pangeran’-nya tubuh manusia, sementera paru-paru adalah ‘menteri’-nya. Leher merupakan ‘jendela’-nya sang badan, manakala kandung empedu sebagai ‘markas pusat’-nya. Limpa dan perut sebagai ‘bumbung’ sedangkan usus merupakan sistem komunikasi dan sistem pembuangan.

Sementara itu "Canon of Medicine" memuatkan pernyataan yang tegas bahawa "darah mengalir secara terus-menerus dalam suatu lingkaran dan tak pernah berhenti" . Namun ini belum dapat dianggap sebagai suatu penemuan tentang srikulasi darah, kerana bangsa cina tidak membezakan antara urat-urat darah halus (Veins) dengan pembuluh nadi (arferies). Analogi tersebut hanyalah analogi yang digambarkan antara gerakan darah dan siklus alam semesta, pergantian musim dan gerakan-gerakan tubuh tanpa peragaan secara empirik pada keadaan yang sebenarnya.

Pengaruh Ibnu Sina (Avicenna)

Pengaruh Ibnu Sina sebagai seorang failasuf dan doktor perubatan dalam kebudayaan Eropah adalah luas. Buku karangannya al-Qanun Fit- Tibb (Peraturan Perubatan) terdiri daripada 14 jilid, telah dianggap sebagai himpunan perbendaharaan ilmu perubatan. Ilmu perubatan moden banyak mendapat pelajaran daripada Ibnu Sina, dari segi pengunaan ubat, diagnosis dan pembedahan.

Terjemahan Dan Bahan Rujukan al-Qanun Fit- Tibb

Pada abad ke 12 M Gerard Cremona yang berpindah ke Toledo, Sepanyol telah menterjemahkan buku Ibnu Sina ke bahasa Latin. Buku ini menjadi buku rujukan utama di universiti-universiti Eropah hingga 1500 M.

Page 14: tamadun tokoh

Bukunya telah disalin (cetak ) sebanyak 16 kali dan 15 edisi dalam bahasa Latin dan sebuah edisi dalam bahasa Yahudi (Hebrew).Disamping itu buku tersebut turut diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, Perancis , Sepanyol dan Itali . Pada abad ke 16 M , buku ini dicetak 21 kali.

Al-Qanun Fit-Tibb juga digunakan sebagai buku teks kedoktoran di berbagai universiti di Perancis. Misalnya di Sekolah Tinggi Kedoktoran Montpellier dan Louvin telah menggunakannya sebagai bahan rujukan pada abad ke 17 M. Sementara itu Prof. Phillip K. Hitpi telah menganggap buku tersebut sebagai "Ensiklopedia Kedoktoran".

Penulis- penulis Barat telah menganggap Ibnu Sina sebagai ‘Bapa Doktor’ kerana Ibnu Sina telah menyatupadukan teori perubatan Yunani Hippocrates dan Galen dan pengalaman dari ahli-ahli perubatan dari India dan Parsi dan pengalaman beliau sendiri.

Perintis Pengenalan Penyakit Saraf

Al- Qanun Fit-Tibb telah membincangkan serta mengenegahkan mengenai penyakit saraf. Buku tersebut juga telah mengajar mengenai cara-cara pembedahan dimana telah menekankan keperluan pembersihan luka. Malahan di dalam buku-buku tersebut juga dinyatakan keterangan –keterangan dengan lebih jelas di samping hiasan gambar-gambar dan sketsa-sketsa yang sekaligus menunjukkan pengetahuan anatomi Ibnu Sina yang luas.

Ibnu Sina- Sebagai Seorang Doktor.

Ibnu Sina pernah di beri gelaran sebagai "Medicorum Principal" atau "Raja Diraja Doktor" oleh kaum Latin Skolastik. Antara gelaran lain yang pernah diberikan kepadanya adalah sebagai "Raja Ubat". Malahan dalam dunia Islam, ia dianggap sebagai "Zenith", puncak tertinggi dalam ilmu kedoktoran . Ibnu Sina menjadi "Doktor Di Raja" iaitu doktor kepada Sultan Nuh 11 bin Mansur di Bukhara pada tahun 378 H/ 997 M iaitu ketika beliau berusia 18 tahun. Pada waktu itu penyakit sultan dalam keadaan parah dan tidak ada doktor lain yang berjaya mengubati baginda. Akan tetapi berkat pertolongan Ibnu Sina baginda kembali pulih.

Penemuan-Penemuan Baru

Ibnu Sina dikenali sebagai seorang saintis yang banyak memberikan saham terhadap dunia ilmu pengetahuan melalui penemuan-penemuan barunya. Antara sumbangan beliau adalah di dalam bidang geografi,

Page 15: tamadun tokoh

geologi, kimia dan kosmologi.

Bidang Geografi

Ibnu Sina merupakan seorang ahli geografi yang mampu menerangkan bagaimana sungai-sungai berhubungan dan berasal dari gunung-ganang dan lembah-lembah. Malahan ia mampu mengemukakan suatu hipotesis atau teori pada waktu itu di mana gagal dilakukan oleh ahli Yunani dan Romani sejak dari Heredotus, Aristoteles sehinggalah Protolemaious. Menurut Ibnu Sina " gunung-ganang yang memang letaknya tinggi iaitu lingkungan mahupun lapisannya dari kulit bumi, maka apabila ia diterajang lalu berganti rupa dikarenkan oleh sungai-sungai yang meruntuhkan pinggiran-pinggirannya. Akibat proses seperti ini, maka terjadilah apa yang disebut sebagai lembah-lembah."

Bidang Geologi, Kimia Dan Kosmologi

Sumbangan Ibnu Sina dalam bidang geologi , kimia serta kosmologi memang tidak dapat di sangsikan lagi. Menurut A.M.A shushtery, karangan Ibnu Sina mengenai ilmu pertambangan (mineral) menjadi sumber geologi di Eropah. Dalam bidang kimia , ia juga meninggalkan penemuan-penemuan yang bermanafaat . Menurut Reuben Levy, Ibnu Sina telah menerangkan bahawa benda-benda logam sebenarnya berbeza antara satu dengan yang lain. Setiap logam terdiri dari berbagai jenis. Penerangan tersebut telah memperkembangkan ilmu kimia yang telah dirintis sebelumnya oleh Jabbir Ibnu Hayyan , Bapa Kimia Muslim. Sebahagian daripada karyanya yang dapat dicatat disini adalah daripada :

1.Bidang logika "Isaguji", "The Isagoge", ilmu logika Isagoge.

2.Fi Aqsam al-Ulum al-Aqliyah (On the Divisions of the Rational Sciences) tentang pembahagian ilmu-ilmu rasional.

3.Bidang metafizika , "Ilahiyyat" (Ilmu ketuhanan)

4.Bidang psikologi , "Kitab an-Nayat" (Book of Deliverence) buku tentang kebahagiaan jiwa.

5. Fiad-Din yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin menjadi "Liber de Mineralibus" yakni tentang pemilikan (mimeral).

6.Bidang sastera arab "Risalah fi Asab Huduts al-Huruf" ,risalah tentang

Page 16: tamadun tokoh

sebab-sebab terjadinya huruf.

7.Bidang syair dan prosa "Al-Qasidah al- Aniyyah" syair-syair tentang jiwa manusia.

8.Cerita-cerita roman fiktif , "Risalah ath-Thayr" cerita seekor burung.

9.Bidang politik "Risalah as-Siyasah" (Book on Politics) – Buku tentang politik.

Sumbangan Ibnu Sina

Ibnu Sina telah memperkembangkan ilmu psikologi dalam perubatan dan membuat beberapa perjumpaan dalam ilmu yang dikenali hari ini sebagai ilmu perubatan psikosomatics "psychosomatic medicine". Beliau memperkembangkan ilmu diagnosis melalui denyutan jantung (pulse diagnosis) untuk mengenal pasti dalam masa beberapa detik sahaja ketidak - seimbangan humor yang berkenaan . Diagnosis melalui denyutan jantung ini masih dipratikkan oleh para hakim (doktor-doktor muslim) di Pakistan, Afghanistan dan Parsi yang menggunakan ilmu perubatan Yunani. Seorang doktor tabii dari Amerika (1981) melapurkan bahawa para hakim di Afghanistan, China, India dan Parsi sanggat berkebolehan dalam denyutan jantung di tempat yang dirasai tetapi mutunya yang pelbagai .Ini merangkumi :

a. Kuat atau denyutan yang lemah. b. Masa antara denyutan. c. Kandungannya lembap di paras kulit dekat denyutan itu dan lain-

lain lagi.

Dari ukuran-ukuran denyutan jantung seseorang hakim mungkin mengetahui dengan tepat penyakit yang dihinggapi di dalam tubuh si pesakit.

Ibnu Sina menyedari kepentingan emosi dalam pemulihan. Apabila pesakit mempunyai sakit jiwa disebabkan oleh pemisahan daripada kekasihnya , beliau boleh mendapati nama dan alamat kekasihnya itu melalui cara berikut:

Caranya adalah untuk menyebut banyak nama dan mengulanginya dan semasa itu jarinya diletakkan atas denyutan (pulse) apabila denyutan itu terjadi tidak teratur atau hampir-hampir berhenti , seseorang itu hendaklah mengulang proses tersebut. Dengan cara yang sedemikan , nama jalan , rumah dan keluarga disebutkan. Selepas itu , kata Ibnu Sina

Page 17: tamadun tokoh

"Jika anda tidak dapat mengubat penyakitnya maka temukanlah si pesakit dengan kekasihnya , menurut peraturan syariah maka buatlah".(Terjemahan). Ibnu Sina adalah doktor perubatan yang pertama mencatatkan bahawa penyakit paru-paru (plumonary tuberculosis) adalah suatu penyakit yang boleh menjangkit (contagious) dan dia menceritakan dengan tepat tanda-tanda penyakit kencing manis dan masalah yang timbul darinya. Beliau sangat berminat dalam bidang mengenai kesan akal (mind) atas jasad dan telah banyak menulis berkenaan gangguan psikologi.

Beliau telah menghasilkan 250 buah karya dan masih kekal hingga ke hari ini dan termasuklah 116 buah karyanya dalam bidang "Ilmu Perubatan. Banyak karyanya ditulis dalam bahasa Arab dan juga beberapa dalam bahasa Parsi. "Qanun Fitt Tibb" adalah karyanya yang termasyur , paling selalu dicetak di Eropah pada zaman "Renaissance". Karya Qanun itu telah mempunyai pengaruh yang asas dalam ilmu perubatan di Eropah pada zaman Renaissance dan telah menjadi buku rujukan yang utama di universiti-universiti Eropah hingga ke abad 17 M.

Penutup

Ibnu Sina meniggal dunia di Hamdan ,dalam usia 58 tahun pada bulan Ramadhan 428 H/1037 M .Ia dimakamkan di sana. Dalam rangka memperingati 1000 tanun hari kelahirannya (Fair Millenium) di Tehran pada tahun 1955 M ia telah dinobatkan sebagai "Father of Doctor" untuk selamanya-selamanya , dan di sana (Tehran) telah dibangunkan sebuah monemun sejarah untuk itu. Makam beliau di Hamdan telah di kelilingi oleh makam-makam doktor islam yang lain. Hal ini menyebabkan ahli-ahli ilmu yang terkemudian merasa megah kalau dimakamkan di tanah perkuburan di mana "zeninth" itu dimakamkan.RUJUKAN

1. Baharudin Yatim & Sulaiman Nordin. 1997. Sains Menurut Perspektif Islam: Pusat pengajian umum UKM, Bangi.

2. Baharudin Yatim & Sulaiman Nordin. 1997. Islam Al-Quran dan Ideologi Masa Kini: Pusat Pengajian Umum UKM, Bangi

3. H. Zainal Abidin Ahmad. 1974. Ibnu Sina . Bulan Bintang Jakarta

Matematik dan astronomi

Nama Al-Khwarizmi cukup harum sebagai ahli matematik Islam yang mencipta Algebra. Tanpanya mungkin dunia tidak tahu menggunakan angka kosong.

Nama penuhnya Muhammad ibn Musa Al-Khwarizmi dan berasal dari Bahgdad, Iraq. Sumbangannya dalam dunia matematik terserlah dalam kajiannya menerusi Hisab al-jabr

Page 18: tamadun tokoh

w’al-muqabala. Dari situ lahirnya perkataan algebra dan ia juga antara buku terawal menerangkan mengenai algebra. Konsep algebra diterima dalam dunia matematik Eropah.

Selain sumbangan dalam matematik, dia juga memberi banyak sumbangan dalam dunia astronomi.

Seorang lagi yang banyak memberi sumbangan dalam dunia matematik dan astronomi adalah Abu Jafar al-Khazin.

Dalam dunia astronomi, inovasinya yang terkenal adalah al Khazin adalah Zij al-Safa’ih, alat menyukat ketinggian bintang. Ia disifatkan sebagai hasil kerjanya yang terbaik. Prototaipnya pernah dibuat tetapi musnah sewaktu Jerman terbabit dalam Perang Dunia Kedua.

 

Ibn Asy Syatir juga memberi sumbangan kepada kajian astronomi dengan melahirkan Rubu’ Mujayyab. Rubu’ Mujayyab disifatkan sebagai peralatan yang mengandungi grid trigonometri sejagat.

Rubu’ Mujayyab ialah peralatan berbentuk sukuan yang digunakan untuk menghitung trigonometri dan mengukur sudut. Alat ini sebahagian daripada astrolab. Ia mempunyai bulatan ekliptik matahari dan beberapa garisan yang berkaitan dengan pengiraan waktu solat dan arah kiblat serta digunakan juga untuk mengukur ketinggian matahari atau cakerawala lain.

Perubatan

Kemajuan dunia perubatan Islam dapat dilihat menerusi kerja penyelidikan dan penemuan Ibnu Sina, Al Razzi dan Husayn Ishak Al-Ibadi yang menterjemahkan tulisan Hippocrates dan lain-lain kerja tulisan Greek

.

Page 19: tamadun tokoh

 

Razzi (860-940) dilaporkan menulis lebih 200 buku mengenai perubatan. satu daripadanya merangkumi etika perubatan dan Hawi, 25 naskhah ensaiklopedia amalan perubatan.

Ibnu Sina (980-1037) terkenal pada usia 18 tahun dan menulis 16 buku. Satu darinya Canoun, ensaiklopedia mengenai penyakit yang ada pada zamannya. Ia diterjemahkan dalam banyak bahasa.

Asas penyelidikan dan penulisan itu terbahagi kemudiannya kepada beberapa cabang sains perubatan seperti zoologi, perubatan veterinar, farmasi dan kimia. Malah perkataan kimia berasal daripada perkataan Arab al-kemia atau alchemy seperti yang dikenali selepas itu.

Sekolah perubatan terpenting waktu itu adalah di Judishapur, Iran yang selepas 738 menjadi sebahagian daripada dunia Islam. Ia menjadi pusat kepada pembelajaran perubatan dan model hospital berkenaan dibina ketika zaman Abbasiyah (749-1258)

Pelayaran dan navigasi

 

Page 20: tamadun tokoh

Ibnu Batuta nama yang cukup harum dalam dunia ketamadunan Islam. Pengembaraan bermula pada usia 20 tahun membawa kepada pelayaran sejauh 120,000 kilometer dan mengambil masa 29 tahun. Ibnu Batuta singgah di 44 negara meliputi dua benua Afrika dan Asia.

Setiap kali mengunjungi sesebuah negara atau negeri, Ibnu Batuta akan membuat catatan terperinci mengenai penduduk, pemerintah, ulama serta kezaliman yang disaksikan.

Beliau turut mencatatkan pengalamannya menempuh pelbagai cabaran seperti diserang penjahat, hampir lemas bersama kapal karam dan nyaris dihukum penggal oleh pemerintah yang zalim.

Malangnya, pencapaian Ibnu Batuta yang luar biasa itu tidak mendapat penghargaan sewajarnya apabila manuskrip catatan itu dirampas dan disembunyikan Kerajaan Perancis yang menjajah kebanyakan negeri di benua Afrika.

Manuskrip catatan beliau dipercayai disimpan di Bibliotheque Nationale, Paris menyebabkan bangsa Arab sendiri tidak dapat menghargai pencapaiannya sebagai seorang pelayar Islam yang agung.

Hakikatnya Ibnu Batuta adalah perintis pengembaraan dunia yang berjaya menguasai benua Afrika dan Asia serta pengarang yang menghasilkan karya penting dalam dunia Islam.

Seorang lagi ilmuan Islam yang menyumbang dalam dunia teknologi adalah Ibnu Firnas, mencipta kapal terbang. Cubaan untuk terbang menggunakan sepasang sayap dibuat daripada bulu dan rangka kayu tidak berhasil, tetapi idea Abbas Qasim Ibnu Firnas menjadi titik permulaan kepada industri penerbangan hingga hari ini.

Dia diiktiraf sebagai orang pertama dalam sejarah membuat percubaan terbang. Beliau juga dianggap pencetus teknologi penerbangan hingga terhasilnya kapal terbang dan luncur udara

Page 21: tamadun tokoh

(paragliding) yang membolehkan manusia terbang di angkasa.

Dunia teknologi dan inovasi

Ibnu Ismail Ibnu Al Razzaz Al Jazari (1206 SM) adalah jurutera mekanikal Islam terpenting pada zaman pertengahan. Dia juga dikenali sebagai perintis pengurusan air dan sistem hidrolik.

Dia dikenali sebagai Al Jazari sempena nama kawasan ia dilahirkan Al Jazira, nama tradisi Arab untuk kawasan utara Mesopotamia (dalam dunia moden hari ini ia terletak antara Syria dan Iraq, lebih tepat antara Tigris dan Euphrates).

Ia berkhidmat untuk Dinasti Turki di Diyarbakir sebagai ketua jurutera, jawatan yang sebelum itu dipegang bapanya.

Dia mencipta aci engkol (crankshaft) dan beberapa jam mekanikal berasaskan air dan berat. Dia menulis mengenai 60 inovasinya dalam buku yang dinamakan “Al-Jami Bain Al-Ilm Wal-Amal Al-Nafi Fi Sinat’at Al-Hiyal”.

Al-Jazari menggambarkan 50 alat mekanikal dalam enam kategori termasuk jam air (satu daripada jam ciptaannya berjaya dibina semula oleh Muzium Sains London pada 1976), kunci kombinasi, alat membasuh tangan, mesin menaikkan paras air, pam dua fungsi untuk sistem pengairan, alat penimbang statik dan pelbagai lagi. Ciptaannya juga diiktiraf sebagai robot manusia pertama dalam sejarah.

Tugas kita, bina kembali kegemilangan tamadun Islam dengan iman, ilmu dan akhlak!

Possibly related posts: (automatically generated)

PPSMI Membazirkan Wang Rakyat Kearifan Sumber Lokal Sejarah Islam Sunda Kebaikan Memberi Nama ( Dalam Islam )

IBNU HAITHAM & SUMBANGAN

Page 22: tamadun tokoh

Home

AL-MAS'UDI & SUMBANGAN

JABIR & SUMBANGAN

AL-KHAWARIZMI & SUMBANGAN

IBNU BAJJAH & SUMBANGAN

IBN AL-NAFIS & SUMBANGAN

IBNU YUNUS & SUMBANGAN

IBNU HAITHAM & SUMBANGAN

komen & Cadangan

NAMA TOKOH

Abu Ali Muhammad bin al-Hasan bin al-Haitham

al-Basri Al-Misri.

Beliau lebih dikenali dengan nama samaran Ibnu

Haitham.

Di dunia Barat beliau telah dikenali dengan

beberapa nama seperti Alhazen, Avennathan, dan

Avenetan, tetapi lebih terkenal dengan panggilan

sebagai Alhazen.

LATARBELAKANG

Dilahirkan pada 354 H bersamaan dengan 965 M,

di negeri Basrah, Iraq.

Beliau dibesarkan di bandar Basrah dan Baghdad,

dua kota yang menjadi pusat ilmu pengetahuan

Abbasiyah pada masa itu.

Di dua kota inilah beliau memulakan pendidikan

awalnya sebelum dilantik menjadi pegawai

pemerintah di bandar kelahirannya. Setelah

beberapa lama berkhidmat dengan pihak

pemerintah di sana, beliau mengambil keputusan

merantau ke Ahwaz dan Baghdad. Di perantauan

beliau telah melanjutkan pengajian dan

menumpukan perhatian pada penulisan.

Page 23: tamadun tokoh

Keintelektualan Ibnu Haitham terbukti ketika

beliau masih menjadi seorang pelajar dengan

kecenderungan beliau terhadap pelbagai bidang

ilmu. Beliau tidak jemu menimba ilmu

pengetahuan, baik agama mahupun umum seperti

ilmu matematik, fizik, astronomi, perubatan,

falsafah, mantik dan lain-lain lagi.

Beliau adalah salah seorang tokoh cendakiawan

sains yang terkenal dan termasyhur dengan

ketinggian ilmunya di tanah Arab dan di benua

Eropah pada zamannya.

Kemasyhurannya sebagai ilmuwan menyebabkan

pemerintah Bani Fatimiyah di Mesir waktu itu,

iaitu Pemerintah Khalifah Al-Hakim bin Amirillah

(386-411H/996-1021M) mengundangnya ke Mesir.

Maksud undangan Dinasti Fatimiyah itu adalah

memanfaatkan keluasan ilmu yang dimiliki oleh

Ibnu Haitham. Beliau diharapkan mampu mengatur

banjir Sungai Nil yang kerap kali melanda negeri

itu setiap tahun. Sayangnya, beliau tidak dapat

mewujudkan rancangan takungan raksasa yang

dibuatnya kerana kurang peralatan canggih yang

ada pada masa itu. Untuk melindungi dirinya dari

kemurkaan pemerintah, beliau kemudian

meninggalkan pekerjaan itu dengan berpura-pura

hilang ingatan. Sehingga pada tahun 1021 Sultan

Al- Hakim bin Amirillah telah mangkat dan dari

tarikh itulah Ibnu Haitham kembali normal dan

Page 24: tamadun tokoh

aktif dalam kegiatan ilmu.

Ibnu Haitham datang berlindung dan mengabdikan

diri di Universiti al-Azhar, dan terus menyambung

usaha ilmiahnnya dalam bidang yang cukup

saintifik. Beliau juga turut menterjemahkan buku-

buku matematik dan falak ke bahasa Arab,

terutama dari bahasa Latin.

Sebelum itu beliau telah pergi ke Andalusia

(Sepanyol), kiblat ilmu pengetahuan Eropah pada

masa itu. Di sana beliau mempelajari optik

sehingga terkenal dalam bidang optik.

Pada tahun terakhir hayat beliau, beliau kembali ke

Kaherah (Mesir) dan sebagai ahli matematik

hingga akhir hayatnya.

Ibnu Haitham meninggal dunia di Kaherah pada

tahun 1039M katika usianya 74 tahun.

SUMBANGAN IBNU HAITHAM

* TEORI HUKUM PEMBIASAN (fenomena

atmosfera)

Selama di Sepanyol, Ibnu Haitham melakukan

beberapa penyelidikan dan percubaan ilmiah

berhubung dengan bidang optik. Penemuannya

yang terkenal ialah “hukum pembiasan”, iaitu

Page 25: tamadun tokoh

hukum fizik yang menyatakan bahawa sudut

pembiasan dalam pancaran cahaya sama dengan

sudut masuk Menurut pengamatan Ibnu Haitham,

beliau berpendapat bahawa cahaya merah di kaki

langit di waktu pagi (fajar) bermula ketika

matahari berada di 19 darjah di bawah kaki langit.

Sementara cahaya warna merah di kaki langit di

waktu senja (syuruk) akan hilang apabila matahari

berada 19 darjah di bawah kaki langit selepas

jatuhnya matahari. Dalam fizik moden, hukum ini

dikenali dengan nama “hukum pembiasan Snell”

yang bersempena nama ahli fizik Belanda,

Willebrord van Roijen Snell.

*TEORI PENGLIHATAN (optik)

Dengan menggunakan kaedah matematik dan

moden fizik yang baik beliau dapat membuat

eksperimen yang teliti, Ibnu Haitham telah

meletakkan optik pada batu asas yang kukuh.

Beliau telah menggabungkan teori dan eksperimen

dalam penyelidikannya. Dalam penyelidikan, beliau

telah mengkaji gerakan cahaya, ciri-ciri bayang

dan imej dan banyak lagi fenomena optik yang

penting. Beliau telah menolak teori Ptolemy dan

Euclid yang mengatakan bahawa manusia melihat

benda melalui pancaran cahaya yang keluar dari

matanya. Tetapi menurut Ibnu Haitham, bukan

mata yang memberikan cahaya tetapi benda yang

dilihat itulah yang memantulkan cahaya ke mata

manusia.

Page 26: tamadun tokoh

*CERMIN KANTA CEKUNG DAN KANTA

CEMBUNG

Ibnu Haitham telan menggunakan mesin lathe

(larik) untuk membuat cermin kanta cekung dan

kanta cembung untuk penyelidikannya. Dengan ini

beliau telah mengkaji tentang cermin sfera dan

cermin parabolik. Beliau mengkaji Aberasi Sfera dan

memehami bahawa dalam cermin parabola kesemua

cahaya dapat tertumpu pada satu titik.

*TEORI BIASAN CAHAYA

Teori ini agak mengkagumkan, beliau telah

menggunakan segi empat halatuju pada permukaan

biasan beberapa abad sebelum Isaac Newton

memperkenalkannya di dunia Barat. Beliau juga

percaya kepada prinsip masa tersingkat bagi

rentasan cahaya (Prinsip Fermat).

*AHLI BIDANG FALSAFAH

Ibnu Haitham telah disenaraikan diantara salah

seorang ahli falsafah Aristo. Dikalangannya adalah

sahabat beliau iaitu Ibnu Sina dan al-Biruni. Ibnu

Haitham mendahului Kant lebih tujuh abad lamanya.

Teori yang dilebalkan dari Kant sebenarnya datang

dari beliau iaitu: “bahawa untuk mencapai

kebenaran hendaklah dengan mengetahui pendapat-

pendapat yang berunsur kepada kenyataan yang

dapat digambarkan dengan akal rasional”.

Page 27: tamadun tokoh

*BIDANG ASTRONOMI

Beliau melanjutkan pendapat ilmuwan Yunani

tentang proses pengubahan langit abstrak menjadi

benda-benda padat. Dalam karya astronominya,

beliau melukis gerakan planet-plenet, tidak hanya

dalam terma eksentrik dan episiklus, tetapi juga

dalam satu model fizik. Pendapatnya banya

mempengaruhi Dunia Pemikiran Barat pada zaman

Johannes Kepler. Tiga abad kemudian karya ini

ditukar dalam bentuk ikhtisar oleh astronomi

muslim iaitu Nasiruddin at-Tusi.

*BIDANG FIZIK

Dalam bidang fizik Ibnu Haitham telah mengkaji

tentang gerakan yang membawa beliau menemui

prinsip intersia dan statik. Beliau telah

mengasaskan dan menjadikan optik menjadi satu

sains baru. Banyak kajian beliau telah mendahului

dan diikuti oleh Francis Bacon, Leonardo da Vinci,

dan Johannes Kepler.

KARYA-KARYA AGUNG IBNU HAITHAM

Ibnu Haitham merupakan ilmuwan yang produktif

dan memiliki banyak karya penulisan dalam

pelbagai cabang ilmu. Beliau telah menulis tidak

Page 28: tamadun tokoh

kurang daripada 200 judul buku, namun hanya

sedikit yang terselamat. Di antaranya ialah:

Maqalah fi Istikhraj Samt al-Qiblah(penyusunan

kota), Maqalah fi hayat al-Alam(astronomi), Kitab fi

al-Minasit(kamus optik), Fi al-Maraya al-Muhriqah

bi al-Dawair(cermin yang membakar), Maqalah fi

Daw al-Qamar(cahaya dan gerakan langit), Zawahir

al-hasaq(gejala senja), Fi Kayfiyat al izlal, Fi al-Asar

Allazi al-Qamar, Fi ad-Dawar, Fi al-Makan, fi al-

Mulumar, Fi Misahat al-Mujassamah al- Mukafi, Fi

Irtifa al-Quth, semua itu adalah tentang kajian ilmu

fizik dan astronomi. Karya-karya tersebut adalah

berhubung dengan ilmu fizik dan matematik, iaitu di

antara ilmu yang sangat dikuasainya, hampir

keseluruhannya telah diterjemahkan ke dalam

bahasa-bahasa Eropah.

Ibnu Haitham juga pernah menulis empat buah

risalah tentang ilmu cahaya dan ilmu ukur. Risalah-

risalah tersebut telah diterjemahkan ke dalam

bahasa Jerman dan telah tersebar dengan meluas di

Eropah sejak tahun 1907M.

Al-Munadzir adalah satu daripada karya Ibnu

Haitham yang teragung tentang bidang kajian optik

dan buku tersebut pernah menjadi rujukan kepada

para ahli kaji optik selepasnya. Karya ini

diterjemahkan oleh Witelo pada tahun 1270M dan

kemudiannya diterbitkan oleh F. Risner pada tahun

Page 29: tamadun tokoh

1572M dengan nama Thesaurus Opticae.

KESIMPULAN

Sumbangan Ibnu Haitham kepada ilmu sains dan

falsafah amat banyak. Kerana itulah Ibnu Haitham

dikenali sebagai seorang yang miskin dari segi material

tetapi kaya dengan ilmu pengetahuan. Beberapa

pandangan dan pendapatnya masih relevan sehingga

ke hari ini. Walau bagaimanapun sebahagian karyanya

lagi telah "dicuri" dan "diceduk" oleh ilmuwan Barat

tanpa memberikan penghargaan yang sewajarnya

kepada beliau. Sesungguhnya barat patut berterima

kasih kepada Ibnu Haitham dan para sarjana Islam

kerana tanpa mereka kemungkinan dunia Eropah

masih diselubungi dengan kegelapan. Kajian Ibnu

Haitham telah menyediakan landasan kepada

perkembangan ilmu sains dan pada masa yang sama

tulisannya mengenai falsafah telah membuktikan

keaslian pemikiran sarjana Islam dalam bidang ilmu

tersebut yang tidak lagi dibelenggu oleh pemikiran

falsafah Yunani.

Setelah dikaji mengenai latarbelakang kehidupan

Ibnu Haitham, dapat kita memberi kesimpulan bahawa

Ibnu Haitham adalah seorang tokoh ilmuwan Islam

yang sangat disegani dan termasyhur pada zamannya.

Azam beliau untuk meningkat taraf hidup umat Islam

Page 30: tamadun tokoh

dan usahanya mendekatkan diri kepada Allah tidak sia-

sia. Ibnu Haitham tidak pernah puas menuntut ilmu

sehingga penghujung nafasnya yang terakhir. Berkat

hasil usaha dan ikhtiarnya beliau telah menjadi seorang

cendakiawan yang terkenal. Beliau bukan sekadar

tokoh ilmuwan sahaja, malahan beliau amat menitik

beratkan pendidikan agama sepanjang beliau menuntut

ilmu. Ibnu Haitham memainkan pengaruh yang besar di

tanah Arab dan juga seluruh dunia Barat. Beliau telah

memberikan sumbangan besar dalam dunia ilmu

pengetahuan moden. Contohnya, teori optiknya

mempengaruhi ilmuwan Eropah seperti Roger Bacon

dan Johannes Kepler. Penyelidikan ilmiahnya menjadi

asas penyelidikan yang kemudian diguna pakai dan

dikembangkan di Barat. Sebagai seorang penuntut

perlulah kita mencontohi beliau dan sebagai pendorong

semangat untuk meningkatkan mutu pembelajaran

serta mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Page 31: tamadun tokoh