tamadun islam dan asia tenggara

35
Persamaan Dan Perbezaan Antara Tamadun

Upload: nui-hitayu

Post on 23-Oct-2015

102 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

SEMOGA BERMANFAAT

TRANSCRIPT

Page 1: Tamadun Islam Dan Asia Tenggara

Persamaan Dan

Perbezaan Antara Tamadun

Page 2: Tamadun Islam Dan Asia Tenggara

Persamaan :

Persamaan - wujudnya budaya dan nilai-nilai sejagat yang dikongsi bersama antara mereka

Dalam setiap tamadun – semua ini diamalkan oleh masyarakat sebagai satu budaya & nilai hidup

Page 3: Tamadun Islam Dan Asia Tenggara

Perbezaan:

Perbezaan – wujud ekoran asas pembinaan tamadun yang berbeza – paling asas agama

Page 4: Tamadun Islam Dan Asia Tenggara
Page 5: Tamadun Islam Dan Asia Tenggara

Politik dan kerajaanPolitik dan kerajaan

Sistem kepimpinan yang baik mampu membawa sesebuah tamadu ke tahap yang lebih tinggi.

Falsafah tamadun-tamadun tradisional amat menekankan persoalan moral atau akhlak sebagai dasar sesebuah kerajaan.

Peranan dan tanggungjawab kerajaan dijelaskan melalui peranan dan tanggungjawab seseorang raja.

Sifat-sifat pemerintah yang saksama dan adil merupakan tema utama tamadun-tamadun silam.

Page 6: Tamadun Islam Dan Asia Tenggara

Dalam tamadun Cina, tulisan Mozi, Laozi, Kung- Fu Zi, Mengzi dan beberapa tokoh-tokh yang lain sangat menekankan perkara ini.

Dalam tamadun India, Kautilya membincangkan ciri0ciri kepimpinan yang saksama dan adil.

Dalam tamadun Islam, al-Farabi, al-Mawardi, al-Ghazali dan Ibin Khaldun turut menumpukan perhatian kepada persoalan yang sama.

Kesetiaan kepada raja dan perlindungan yang diberikan elh raja kepadarakyat merupakan dimensi penting kerajaan dalam tamadun-tamadun tradisioanal.

Page 7: Tamadun Islam Dan Asia Tenggara

EkonomiEkonomi Antara persoalan utama mengenal sikap tamadun-

tamadun terhadap ekonomi ialah,

“Bagaimanalah bentuk budaya ekonomi serta nilai yang mendasari struktur ekonomi dalam sesebuah

tamadun?”

Nilai murni yang harus mendasari amalan ekonomi ialah elemen etika dan akhlak, unsur hal-halam dan lain-lain.

Dalam perkara ini, ajaran Buddhisme menjelaskan wujud konsep hak-hak kehidupan sebagaimana yang termaktub dalam salah satu daripada Lapan Jalan Mulia.

Page 8: Tamadun Islam Dan Asia Tenggara

Dalam ajaran Islam,prinsip yang berkaitan dengan halal dan halam mempunyai hubungan yang rapat dengan persalan akhlak.

Hakikat ini menjelaskan bahawa wujud kegiatan ekonomi yang boleh mempertingkatkan tahapmoral manusia sebagaimana juga wujud kegiatan ekonomi yang boleh merosakkan moral manusia.

Konsep “wang”, “laba”, “ganjaran”, “pasaran” dan sebagainya sangat dipengaruhi oleh pertimbangan-pertimbangan moral.

Bagaimanupun, kenyataan ini bukanlah bermakna tidak terdapat penipuan, rasuah atau bentuk-bentuk penyelewengan yang lain seperti yang berlaku dalam kegiatan ekonomi moden.

Page 9: Tamadun Islam Dan Asia Tenggara

Kesihatan dan Kesihatan dan KesejahteraanKesejahteraan

Konsep kesihatan dalam tamadun-tamadun tradisonal tidak berpisah daripada pandangan semesta sesebuah agama.

Sifat penting dalam konsep kesihatan tamadun-tamadun tradisioanal ialah pandangan dan pendekatan holistiknya.

Holistik bermakna suatu pandangan yang mengakui bahawa kesihatan seseorang dipengaruhi oleh alam sekitarnya yang lebih luas, lebih menyeluruh dan saling berhubungan.

Mengubati penyakit, menurut konsep holistik bermakna memulihkan keseimbangan seseorang dan malalui proses ini dapat dipulihkan keharmonian dalam tubuh badan pesakit dan seterusnya keseimbangan dalam kehidupannya.

Page 10: Tamadun Islam Dan Asia Tenggara

Konsep-konsep kehidupan dan pencapaian matlamat hidup dalam tamadun-tamadun tradisional mempunyai beberapa ciri persamaan.

Memahami persamaan dan perbezaan antara satu tamadun dengan tamadun yang lain seharusnya mendorng kita untuk lebih bersikap terbuka ke arah mewujudkan keharmonian sejagat.

Kesimpulanya, mengetahui persoalan-persoalan dasar berkaitan dengan ilmu ketamadunan membuka ruang kepada seluruh manusia untuk berinteraksi secara positif kearah kehidupan yang lebih saksama.

Page 11: Tamadun Islam Dan Asia Tenggara

Alam Sekitar

Hidup secara harmoni dengan alam sekitar merupakan satu prinsip yang diterima oleh semua agama.

Berdasarkan ajaran sesetengah agama, alam sekitar dilihat sebagai penjaga alam sekitar.

Bagi Islam, Buddhisme dan Kristian, memelihara alam sekitar bermakna menggunakan anugerah Tuhan secara bertanggungjawab.

Dalam tamadun tertentu pula, alam sekitar itu disembah.

Page 12: Tamadun Islam Dan Asia Tenggara

Persamaan Alam Sekitar Kebanyakan tamadun bersetuju alam sekitar penting

dan perlu dijaga untuk hidup bersama dengan manusia

Confusius – alam perlu dijaga agar tidak menjejaskan kehidupan secara keseluruhan

Masyarakat Jepun tradisional – unsur alam diberi penghormatan secara berlebihan – sembah batu adan pokok anggap ada kuasa ketuhanan – “kami”

Islam juga lebih jelas kepentingan menjaga alam sekitar kerana ia adalah kurniaan Allah yang digunakan untuk faedah dan kepentingan hidup manusia

Page 13: Tamadun Islam Dan Asia Tenggara

Sungguhpun terdapat perbezaan pandangan

ini, namun tamadun-tamadun secara

umumnya tidak memusnahkan alam sekitar

kerana masyarakat yang bertamadun tinggi

adalah masyarakat yang tidak rakus dan

tamak sehingga sanggup memusnahkan alam

sekitarnya kerana kegiatan untuk menimbun

kekayaan.

Page 14: Tamadun Islam Dan Asia Tenggara

Keluarga

Unsur keluarga amat dititikberatkan dalam semua tamadun.

Keluarga sentiasa dianggap sebagai unit asas dalam sesuatu masyarakat.

Keluargalah yang membentuk asas kepada masyarakat, tidak kira dari aspek sistem nilai dan budaya, kekuatan politik dan pemerintahan, penerapan nilai dan ilmu pengetahuan dan sebagainya.

Keluarga menjadi asas bagi setiap hieraki dalam masyarakat.

Page 15: Tamadun Islam Dan Asia Tenggara

Persamaan KekeluargaanSemua tamadun menekankan pembinaan nilai &

etika yang baik - penting dalam sebuah masyarakat yang bertamadun.

Ajaran Islam, Buddha, Konfusian berbeza namun pandangan hampir sama dalam membicarakan hal kekeluargaan dan kemasyarakatan

Agama Confucius meletakkan lima hubungan asas antara manusia dengan manusia (konsep li):-

Anak patuh pada ibu bapaAdik patuh pada abang Isteri patuh pada suamiMurid patuh pada guruRakyat patuh pada raja

Page 16: Tamadun Islam Dan Asia Tenggara

Islam juga menyeru kepada perkara yang sama – pentingkan kekeluargaan – berdasarkan al-Quran – hubungan anak dan ibu bapa berdasarkan hak & tanggungjawab

Tamadun India juga mementingkan institusi kekeluargaan – pembinaan keluarga mempunyai matlamat untuk membentuk sistem sokongan yang berbentuk fizikal & kerohanian serta penerus keturunan

Page 17: Tamadun Islam Dan Asia Tenggara

Perbezaan KekeluargaanPerbezaan Kekeluargaan

Hieraki tersebut boleh bercorak sosial ataupun bercorak politik, mahupun bercorak ekonomi, cuma yang berbeza antara tamadun ialah tahap cengkaman dan hubungan intim dalam keluarga, tahap patuhnya anak kepada ibubapa, tahap kawalan ibubapa dan lain-lain.

Misalnya:ajaran Kung Fu-Zi - menganjurkan kesetiaan dan

pertalian yang erat melalui konsep kekeluargaan. ajaran Islam - mementingkan kasih sayang dan

hormat-menghormati.

Page 18: Tamadun Islam Dan Asia Tenggara

MasyarakatKehidupan masyarakat sangat penting dan

berpengaruh dalam menentukan personaliti dan identiti seseorang manusia.

Masyarakat juga dapat memastikan bahawa nilai-nilai dan norma-norma murni dalam masyarakat sentiasa dihormati.

Di samping itu, masyarakat dapat memberi sokongan moral, material dan psikologikal kepada anggota-anggotanya.

Pengasingan individu dan masyarakat jarang wujud dalam masyarakat tradisional.

Kedua-dua pihak berpegang pada nilai-nilai moral tertentu lazimnya bersumberkan agama atau kepercayaan.

Page 19: Tamadun Islam Dan Asia Tenggara

Bagaimanapun, ini bukanlah bermakna seseorang itu tidak mempunyai identiti tersendiri dalam masyarakat tradisional.

Dalam sejarah tamadun manusia, dapat diperhatikan bagaimana identiti seseorang dan kemantapan masyarakat mencapai keseimbangan dalam beberapa tradisi tertentu seperti Islam dan Buddhisme.

Page 20: Tamadun Islam Dan Asia Tenggara

Persamaan Kemasyarakatan

Masyarakat juga dilihat sebagai unit penting dalam setiap tamadun kerana ???

Masyarakat adalah sistem sokongan yang penting bagi seseorang individu

Tamadun Islam – ikatan masyarakat bukan setakat sesama kerabat tetapi sesama agama dan sesama manusia (orang Islam dan bukan Islam)

Mementingkan ikatan kasih sayang, bertolak ansur ketika berhubungan dalam masyarakat- mementingkan golongan lelaki dan wanita – sama rata( egalitarian)

Tidak wujud kelas hamba – semua manusia sama – takwa yang membezakan

Page 21: Tamadun Islam Dan Asia Tenggara

Tamadun Cina – pembentukan masyarakat banyak dipengaruhi sistem kekeluargaan mereka - kuasa bapa atau lelaki adalah penting

Sistem kekerabatan berasaskan hubungan darah penting dalam pembentukan masyarakat Cina – sistem kelas dalam amsyarakat ditentukan oleh tahap pendidikan & kemahiran

Page 22: Tamadun Islam Dan Asia Tenggara

Tamadun India – masyarakat juga memainkan peranan penting – berbeza dengan tamadun lain – masyarakat mempunyai peraturan-peraturan yang ketat

Sistem sosial dalam masyarakat – sistem kasta yang rigid – penentuan kasta diwarisi oleh nenek moyang

Zaman awal perkembangan Tamadun India – sistem kasta tentukan pekerjaan dan layanan kepada individu – pengaruhi semua aktiviti

Konsep dharma diberikan penekanan penting dalam hubungan sesama anggota dalam masyarakat

Page 23: Tamadun Islam Dan Asia Tenggara

Perbezaan Kekeluargaan & Kemasyarakatan

Ajaran agama-agama lain menyeru untuk mewujudkan suasna harmoni dalam hubungan kekeluargaan dan masyarakat seperti Confusius sedangkan agama Islam matlamatnya lebih jauh lagi iaitu untuk mendapat keredhaan & keberkatan Allah s.w.t

Page 24: Tamadun Islam Dan Asia Tenggara

 Ilmu Pengetahuan dan Pendidikan

Umumnya, semua tamadun memberi penekanan terhadap ilmu, cuma bidang dan tahappenekanannya yang berbeza.

Dalam tamadun-tamadun tradisional, matlamat utama pendidikan adalah untuk pembinaan sifat-sifat mulia seseorang melalui proses pengajaran ilmu.

Menyedari akan perkara tersebut, dimensi rohani diberi penekanan penting dalam konsep pendidikan Islam, Kristian, Hinduisme dan agama-agama yang lain.

Manusia perlu mengetahui dan menguasai dirinya dahulu sebelum mampu menguasai persekitaran luaran melalui pengetahuannya tentang alam.

Page 25: Tamadun Islam Dan Asia Tenggara

Persamaan PendidikanSemua tamadun pentingkan pendidikan yang bertujuan

untuk membentuk peribadai seseorang individuOleh itu tugas menyampaikan ilmu -tanggungjawab

muliaDimensi inner being diberi kepentingan dalam konsep

pendidikan Islam, Ristian, Hindu dan agama-agama lainTransformasi dalaman mestilah dilakukan atau berlaku

pada seseorang sebelum dia menguasai persekitaran luarannya – perlu tahu bagaimana transformasi berlaku dan apakah elemen-elemen yang dipentingkan

Islam- konsep tauhidBudhha & beberapa ajaran Hindu – transformasi sifat

dapat dicapai melalui proses mencari diri sendiri

Page 26: Tamadun Islam Dan Asia Tenggara

Perbezaan PendidikanPerbezaan Pendidikan

Cuma cara transformasi ini berlaku berbeza dari satu tradisi ke tradisi yang lain.

Islam - tauhid memainkan peranan penting dalam transformasi manusia

Buddha & beberapa aliran ajaran Hindu - transformasi sifat dapat dicapai malalui proses mengenal diri sendiri seperti Ashrama dharma.

Page 27: Tamadun Islam Dan Asia Tenggara

Persamaan Idea Intelektual Juga dapat dtinjau melalui idea para intelektual

dalam tamadun masing-masing.Walaupun berbeza tamadun namun menyuaraan

pendapat yang sama dalam beberapa perkara penting seperti soal kerajaan, sistem pemerintahan, masyarakat dan sebagainya.

Dalam memperkatakan mengenai kerajaan : Misalnya, sejak awal Tamadun Greek dan Yunani

telah lahir idea tentang penubuhan kerajaan dan sistem pemerintahan yang baik iaitu demokrasi oleh tokoh Socrates dan Plato.

Page 28: Tamadun Islam Dan Asia Tenggara

Dalam Tamadun Cina pula, Tokoh falsafah Kung Fu Tze – memperkenalkan

Kod 17 sebagai satu kod etika atau panduan bagi melahirkan pemimpin yang baik

dan bertanggungjawab. Idea yang terkandung dalam Kod 17 adalah

menyentuh aspek-aspek tanggungjawab golongan pemerintah dan pegawai kerajaan secara khusus seperti amanah, jujur, mementingkan rakyat dari diri sendiri, sanggup berkorban, dan tidak mengamalkan rasuah.

Page 29: Tamadun Islam Dan Asia Tenggara

Tokoh Islam dari Tamadun Islam seperti Abu Nasir al-Farabi atau al-Ghazali.

Beliau mempunyai idea melahirkan kerajaan yang baik dan bertanggungjawab.

Menurut Abu Nasir al-Farabi - pemerintah memainkan peranan bagai mewujudkan sebuah pemerintahan yang

baik melalui sikap pemimpin yang telus, amanah, dan jujur

sebagai syarat penting kepada kewujudan kerajaan yang diingini.

Tamadun India – Kautilya turut membincangkan ciri-ciri kepimpinan yang saksama dan adil.

Page 30: Tamadun Islam Dan Asia Tenggara

Persamaan Teologi Persamaan Teologi ( Agama )( Agama )

Teologi adalah aspek tamadun spritual yang penting bagi sesebuah masyarakat.

Semua agama menekankan konsep ketuhananCth : agama Islam, Kristian, Yahudi dan

Hindusisme percaya konsep monoteismeAgama Yahudi, Kristian dan Islam – beberapa

aspek-aspek tertentu sama seperti dari

segi hidup selepas mati dan balasan di akhirat, konsep syurga , neraka,

hari perhitungan dan pembalasan.

Page 31: Tamadun Islam Dan Asia Tenggara

Buddhisme bukanlah satu doktrin agama ataupun metafizik tetapi lebih merupakan sebuah ajaran moral dan etika.

Konsep Buddhisme sama dengan Hinduisme – kelahiran semula & karma.

Maksud karma – konsep yang berkaitan dengan pembalasan yang setimpal dengan usaha dan perlakuan manusia.

Semua agama mempunyai doktrin & amalan-amalan tertentu dalam agama yang perlu dilaksanakan oleh pengikut-pengikutnya.

Page 32: Tamadun Islam Dan Asia Tenggara

Perbezaan Teologi ( Agama )Dalam ajaran Buddhisme tidak

membincangkan mengenai konsep ketuhanan sebaliknya membincangkan perilaku-perilaku yang sepatutnya diamalkan oleh manusia untuk melepasi kesengsaraan hidup dan mencapai pembebasan diri ataupun nirwana.

Manifestasi ketuhanan dalam setiap agama adalah berbeza walaupun setiap agama percaya tentang ketuhanan.

Page 33: Tamadun Islam Dan Asia Tenggara

Cthnya : agama Kristian konsep monoteisme diterjamahkan berdasarkan konsep triniti.

Agama Islam : berdasarkan Allah s.w.t yang tunggal dan tidak boleh dikaitkan dan disekutukan dengan manusia ataupun benda.

Begitu juga asosiasi nabi-nabi tertentu juga berbeza dalam agama Yahudi, Kristian dan Islam.

Agama Hindu: membolehkan tuhan digambarkan dengan pelbagai bentuk dan penjelmaan dewa sehingga melahirkan pelbagai patung untuk disembah.

Page 34: Tamadun Islam Dan Asia Tenggara

Wujud perbezaan agama Hindu dan Buddhisme tentang konsep reinkarnasi ataupun penjelmaan semula kerana konsep ini hanya terdapat dalam agama Hindu.

Reinkarnasi – seseorang itu akan menjelma semula selepas kematiannya tetapi dalam bentuk-bentuk yang berbeza dan tidak semestinya dalam bentuk manusia.

Setiap agama juga ada institusi keagamaan sendiri.

Mempunyai peranan yang sama dalam masyarakat

Sebagai tempat ibadah & upacara keagamaan

Page 35: Tamadun Islam Dan Asia Tenggara

TERIMA KASIH ^^