tamadun india

28
tamadun india disediakan untuk : ustaz johari tarikh :20 september 2013 ahli kumpulan no matrik hareedharan a/l tharumahputhiran af131pg004ktt thamby a/l munandy pf131pg029ktt dhurgashiniy a/p manirajan

Upload: durga-karthik

Post on 04-Jan-2016

189 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

TITAS

TRANSCRIPT

Page 1: Tamadun India

tamadun indiadisediakan untuk : ustaz johari

tarikh :20 september 2013

ahli kumpulan no matrik

hareedharan a/l tharumahputhiran af131pg004ktt

thamby a/l munandy pf131pg029ktt

dhurgashiniy a/p manirajan

sugannia a/p rajasegaram

Page 2: Tamadun India

Bil Tajuk Muka surat1. Penghargaan 3

2. Objektif 4

3. Tamadun India 5

4. Aspek-Aspek Ketamadunan India 6 Agama dan Kepercayaan 6-8

Ilmu Pengetahuan Dan Sains 9

Aspek Bahasa 10

Kesusasteraan dan Kesenian 11

5. Pengaruh Tamadun India Di Asia Tenggara

12-13

6. Islam Dalam Tamadun India 14-15

7. Kesimpulan 16

8. Rujukan 17

ISI KANDUNGAN

Page 2

Page 3: Tamadun India

PENGHARGAAN

Selamat sejahtera dan kami bersyukur kepada Tuhan kerana telah menyiapkan kerja khusus Titas.Tajuk yang kami memilih ialah “Tamadun India”.Folio ini amat penting kepada kami kerana ia merupakan sebahagian daripada kerja khusus Titas.Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada individu penting yang banyak membantu kami menyiapkan kerja khusus.Pertama sekali kepada pensyarah kami Ustaz Johari kerana beliau telah banyak memberi bimbingan dan semangat kepada kami dan pelajar lain.Beliau juga memberikan tunjuk ajar kepada kami sepanjang kami menyiapkan folio ini.Selain itu,kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama berhempas pulas dalam menyempurnakan kerja khusus ini.Bantuan kalian dari segi informasi terkini mengenai kerja khusus juga amat kami hargai.

Page 3

Page 4: Tamadun India

OBJEKTIF

Objektif kerja kursus pendek ini ialah pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut. Tugas tersebut ialah menyatakan secara jelas unsur-unsur dalam tamadun india untuk membina kesejahteraan masyarakatnya dan kesan yang boleh dilihat di Malaysia. Sepanjang saya menyiapkan tugasan ini, saya mendapati topik ini agak mudah kerana terdapat banyak maklumat mengenai tamadun india di internet serta sumber-sumber yang lain. Bagi unsur yang terdapat dalam tamadun india, saya mendapati sistem sosial dalam tamadun ini agak sukar untuk dijelaskan.Seperti yang kita sedia maklum, tamadun india terkenal dengan sistem kastanya.Hal ini demikian kerana sistem kasta lebih banyak membawa kesan yang negatif.

Walaubagaimanapun, saya telah banyak menimba ilmu baru sepanjang saya menyiapkan tugasan ini.Melalui tugasan ini, saya sedikit sebanyak telah mendalami pengetahuan tentang tamadun india.

Page 4

Page 5: Tamadun India

TAMADUN INDIA

Tamadun India juga merupakan antara peradaban terkenal di dunia.Iadianggap sebuah peradaban yang unik kerana mempunyai kesinambungan pelbagai tradisi kebudayaan yang berevolusi dalam suatu jangka masa yang amat panjang.Malah hamper kesuluruhan unsur tamadun India berkait rapat dengan aspek spiritual.Justeru itu bidang muzik,senibina,drama,falsafah,sastera,tarian dan lain-lain lagi amat penting dalam evolusi masyarakat India.Agama Hindu merupakan asas kepada pembinaan tamadun India.

Menurut R. Rajakrishnan dan M. Rajarantheran bahawa tamadun awal India bermula di Lembah Indus sejak 4500 tahun dahulu dengan kewujudan dua kota terkenal iaitu Mohenjodarodan Harappa (R. Rajakrishnan dan M. Rajantheran, 1994 : 2).Oleh kerana tamadun ini melalui satu jangka masa yang agak panjang,beberapa unsur budaya,nilai dan sebagainya telah menyerap ke dalam kebudayaan India seperti kepentingan pengorbanan,keluarga bersekutu,konsep aturan kosmik,hiraki social (varna) dan bahasa Sanskrit.

Page 5

Page 6: Tamadun India

ASPEK-ASPEK KETAMADUNAN INDIAMeneliti tentang ketamadunan India,terdapat beberapa unsur atau ciri penting seperti unsur kepercayaan dan beberapa pencapaian dalam pelbagai ilmu pengetahuan seperti yang akan diperjelaskan dibawah;

AGAMA DAN KEPERCAYAAN

Tamadun India mewarisi tiga agama utama di dunia iaitu Hindu,Buddha dan Jaina.Secara umumnya Hindu merupakan salah satu agama tertua di dunia dan khususnya di India.Pengasas sebenar agama Hindu tdak dapat dipastikan.Namun ada pendapat menyebut bahawa ia disebarkan oleh bangsa Aryan yang menakluk Lembah Indus ppada kira- kira tahun 1500 SM.

Perkataan Hindu adalah berasal daripada perkataan Sungai Sindhu (Indus),yang terletak di bahagian timur laut India.Oleh kerana orang Parsi menyebut negara India dengan panggilan Tanah Di Seberang Sindhu dan dari sinilah ia berkembang dengan panggilan Hindu (N.M Idaikkadar, 1979 : 1).Hasil asimilasi sosial di antara bangsa Aryan dan golongan Dravidian telah melahirkan sattu bentuk kepercayaan atau penyembahan tiga dewa atau Trimurthi yang dikenali dengan Brahma (Tuhan Pencipta),Vishnu (Tuhan Pelindung) dan Siva (Tuhan Pemusnah).

Kepercayaan Hindu mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri,yang disebut sebagai karma,reinkarnasi dan kasta.Penganut Hindu mempunyai kepercayaan terhadap Karma iaitu tindakan manusia terhadap hidup (John B. Chethimattam, 1971 : 48).Doktrin ini menyatakan bahawa tindakan-tindakan yang dilakukan oleh seseorang dalam kehidupannya yang terdahulu akan menentukan kehidupannya akan datang.Reinkarnasi bermaksud proses kelahiran semula manusia selepas mati.Ia merupakan satu proses yang berulang-ulang sehingga roh bertemu dengan penciptanya (N. M Idaikkadar, 1979 : 17).Roh manusia dikatakan sebagai Nirvana.

Page 6

Page 7: Tamadun India

Sementara pegangan Kasta pula dipercayai telah diperkenalkan oleh orang-orang Aryan melalui empat kasta iaitu Brahmin (para ahli agama),Kysatriya (para pahlawan),vaisya (para pedagang) dan Sundra (orang kebanyakkan dan hamba).Pada peringkat awal,perkembangan system kasta adalah merujuk kepada warna kulit yang cerah,Ksyatria berwarna kemerahan.Vaisya berwarna kekuningan dan Sundra adalah berwarna gelap.Mereka dilarang bergaul dan berkahwin dengan kasta yang berlainan.Sistem kasta dianggap dapat meningkatkan perpaduan,menentukan keamanan dan pengkhususan bidang pekerjaan.Pengaruh kasta ini mempunyai kesan yang mendalam terhadap penghidupan masyarakat India hingga kini.

Ada juga di kalangan masyarakat India yang menganut kepercayaan Buddha,yang diasaskan oleh Siddhartha Gauthama iaitu anak kepada seorang penganut Hindu.Perkataan Buddha juga dikenali sebagai yang beroleh Nur,Yanag Sedar atau Yang Cemerlang.Gauthama dilahirkan pada 563SM di Kapilavastu, daerahTimur Laut India.Walau pun berasal dari kasta Ksyatria,namun beliau meninggalakan kemewahan hidup istana untuk mendampingi golongan biasa.Melaui pertapaannya di bawah pokok Bodhi di Bodhgaya,beliau dikatakan telah menerima ilham dan seterusnya mengasaskan ajaran Buddha.

Ajaran Buddha ialah penderitaan adalah akibat angkara perbuatannya sendiri dan jalan penyelesaiannya adalah melalui jalan kebenaran.Ajaran Buddha juga membantah keras sistem kasta,sebaliknya memperjuangkan persamaan taraf di kalangan manusia.

Sementara agama Jaina pula diasaskan oleh Nata-Putta Vardhamana yang terkenal dengan Mahavira (599SM-527SM),bermaksud pahlawan besar dan merupakan anak kepada seorang golongan bangsawan.Oleh kerana bosan dengan kemewahan hidup dan gaya berpoyo-poyo,Mahavira telah mengasingkan diri untuk mencari kebenaran.

Page 7

Page 8: Tamadun India

Ajaran Jaina dianggap masih tidak terpisah dengan ajaran Hindu.Inti anjarannya ialah menjelaskan bahawa kewujudan ruh pada jasad.Ruh wujud pada semua jirim seperti batu,api dan angin.Penyeksaan diri pula merupakan jalan untuk mengawal nafsu.Penganut Jaina mengamalkan lima sumpah iaitu jangan membunuh,jangan bercakap bohong,jangan mencuri,menolak semua nikmat kebendaan dan mengamalkan kesucian.

Page 8

Page 9: Tamadun India

ILMU PENGETAHUAN DAN SAINS

Perkembangan ilmu pengetahuan telah mencapai tahap yang agak tinggi dalam tamadun India.Malah terdapat beberapa bidang ilmu yang berasal dari tamadun India telah dipinjam dan digunakan oleh para sarjana tamadun lain.Tamadun India juga telah mencapai banyak kecemerlangan dalam aspek ilmu pengetahuan sains sama ada dalam bidang matematik,astronomi,fizik,kimia dan perubatan.

Antara sumbangannya dalam bidang matematik ialah melalui bidang geometri,yang diamalkan dalam upacara agama seperti upacara pengorbanan.Konsep geometri diperlukan untuk membuat perkiraan bagi menentukan tempat yang sesuai untuk sesuatu upacara pengorbanan.Walau bagaimanapun terdapat perselisihan pendapat sama ada tamadun India menerima pengaruh tamadun Yunani atau sebaliknya dalam bidang matematik dan ilmu sains.Perkembangan system angka dalam tamadun India juha dilihat menjadi asas penting dalam perkembangan ilmu Matematik (Wan Fuad, 1996 : 79-83).

Selain angka sifar,tamadun India juga telah menemui system perpuluhan yang digunakan sehingga kini.Brahmagupta merupakan ahli matematik India yang pertama memperkenal dan menggunakan konsep sifar secara berkesan (Sivachandralingam, 1998 : 432).Selain itu perkembangan ilmu astronomi dan calendar juga berlaku dalam tamadun India kerana masyarakatnya begitu percaya dengan konsep ramalan atau disebut sebagai Janmakundali.Ia juga berkait dengan upacara pengorbanan.Malah calendar matahari telah dicipta untuk mengenal musim,tahun,bulan dan hari.

Selain itu,tamadun India juga dikatakan telah mencapai kelainan dalam bidang fizik dan kimia melalui perkembangannya.Tamadun India juga memperlihat kemahiran yang tinggi dalam pembuatan logam.Ia terbukti dengan penghasilan menara besi di Delhi (Iron Pillar Of Delhi) pada abad ke-5 SM dengan ketinggian tujuh meter dan tanpa karat.Ilmu perubatan serta beberapa karya perubatan juga turut dihasilkan dalam tamadun India.

Page 9

Page 10: Tamadun India

ASPEK BAHASA

Pencapaian bahasa dalam tamadun India dapat dilihat melalui dua kategori utama iaitu bahasa Indo-Arya dan bahasa Dravida.Bahasa Indo-Arya terdiri daripada bahasa Sanskrit,Hindu,Urdu,Punjabi,Oriya,Kashmiri,Assam,Bengali,Marathi,Sindhi dan Rajasthani.Seamentara bahasa Dravida pula merangkumi bahasa Tamil,Telugu,Malayalam, Kannada,Brahui,Kui,Kolami,Parji,Gadaba dan Gondi.Sehingga kini terdapat lebih daripada 700 jenis bahasa di India.Namun hanya 14 sahaja yang diiktiraf oleh perlembagaan India.Antaranya ialah bahasa Hindi,Punjabi,Urdu,Telugu,Tamil,Gujrati,Kannada,Malayalam,Oriya,Kashmiri,Marathi, dan Sanskrit.

Page 10

Page 11: Tamadun India

KESUSASTERAAN DAN KESENIAN

Manuskrip karya kesusasteraan dalam tamadun India dibahagikan kepada Kesusasteraan Indo-Arya dan Kesusasteraan Dravida.Kesusasteraan Indo-Arya merupakan hasil kesusasteraan tertua dalam tamadun India,yang berasaskan kesusasteraan Sanskrit yang diwarisi dari sat generasi ke satu generasi secara lisan.Sementara Kesusasteraan Dravida pula dikatakan bertanggungjawab memartabatkan keunggulan empat tradisi kesusasteraan tamadun India iaitu Tamil,Telugu,Malayalam dan Kannada.

Sementara dalam aspek kesenian pula,tamadun India juga telah mencapai ketamadunnya terutama dalam seni bina,muzik,tarian dan drama.Seni batu telah mencapai kegemilangannya pada zaman Dinansti Maurya,dengan ketinggian kemahiran serta kehalusan pertukangan batu.Antara tarian yang popular ialah Bharata Natyam,Kathak,Kathakkal dan Manipuri (R.Rajakrishnan, 1994 : 169).Antara ciri utama yang membezakan tarian tamadun India dengan tarian tamadun-tamadun lain adalah melalui penggunaan mudra,iaitu simbol tangan.Tujuan drama adalah untuk memberikan hiburan seperti drama Sakunala,Mudraraksa,Marcchakatika dan Mattavilasa yang dipersembahkan sehingga mengambil masa belasan hari.

Page 11

Page 12: Tamadun India

PENGARUH TAMADUN INDIA DI ASIA TENGGARA

Tamadun India mempunyai pengaruh yang besar terhadap tamadun dunia.Antara aspek penting dalam melihat pengaruh tamadun India ialah kemunculan beberapa kerajaan di Asia Tenggara.Kerajaan pertama ialah Funan,didirikan oleh seorang Brahmin dari India bernama Kaundinya.Selain Funan,satu lagi kerajaan penting ialah Angkor dan rajanya ialah Suryavarman II,telah bertanggungjawab membina Angkor Watt yang ditujukan khas untuk Dewa Vishnu.Sementara di Kepulauan Indonesia pula,kerajaan Srivijaya telah muncul sebagai pusat keagamaan,ilmu pengetahuan dan kebudayaan India di Rantau Asia Tenggara.

Menurut George Coedas,terdapat empat perkara penting dalam melihat pengaruh Tamadun India di Rantau Asia Tenggara iaitu konsep Diraja yang bersifat Hindu atau Buddha,penulisan sastera yang menggunakan bahasa Sanskrit sebagai bahasa utama,kepercayaan seperti dalam Hikayat Ramayana dan Mahabratha,cerita-cerita berbentuk teladan dari Purana dan Jataka serta pengalaman Dharmasastra iaitu hokum-hukum agama Hindu yang juga di sebut sebagai Undang-Undang Manu (D.G.E Hall, 25).Antara Negara yang banyak menerima pengaruh tamadun India termasuklah Indonesia,Indo Cina,Thailand dan Malaysia.

Chandi Borobodor (Abdul Rahman, 1990 :16) di Pulau Jawa merupakan bukti kukuh tentang peranan Dinasti Sailanderan dalam institusi pendidikan Buddha di Indonesia.Manakala penyembahan Linga dan Kuil Siva di Vietnam membuktikan pengaruh agama Saivisme dan ajaran Brahmanisme pula berkembang di Kampuchea,Indo Cina.Ia diperkukuhkan lagi dengan pembinaan Angkor Watt oleh Raja Jayavarman II.

Page 12

Page 13: Tamadun India

Pengaruh tamadun India di Thailand pula jenis kelihatan melalui bidang kesenian,kesusateraan dan kepercayaan.Misalnya dalam istiadat pertabalan Rja Thai, mazmur-mazmur Tevaram dari tamadun India sering diucapkan.Cerita Ramayana juga amat popular di kalangan masyarakat Thailand.Malah bahasa Thailand juga banyak meminjam perbendaharaan dari Manusmiriti dan Dharmasastra dari tamadun India.Sementara pengaruhnya di Malaysia pula dibuktikan dengan kewujudan kerajaan Hindu di Lembah Bujang,Kedah sebelum kedatangan Islam.Malah pengaruhnya masih wujud dalam bahasa,kesusasteraan,kebudayaan dan adat resam sesetengah masyarakat di Malaysia hingga kini.

Page 13

Page 14: Tamadun India

ISLAM DALAM TAMADUN INDIA

Zaman Pertengahan (1200-1750M) dalam era ketamadunan India juga dikenali sebagai Zaman Islam,sebagai hasil perkembangan dan penyebaran Islam ke wilayah tersebut.Zaman ini juga dibahagikan kepada beberapa pecahan kecil yang saling berkaitan di antara satu sama lain.Dalam period ini Islam telah meletakkan asasnya bermula abad ke-8M lagi melalui kejayaan Muhammad al-Qasim menguasai wilayah Sind pada 706M / 67M. Bermula dari sini Islam telah berkembang ke India melaui jalan perdagangan darat dan laut serta Asia Tengah sebagai medan utama dalam proses Islamisasi ini.Meskipun kehadiran Islam telah Berjaya mewujudkan satu kuasa dominan di bahagian Utara,namun ianya tidak menhalang kewujudan kuasa-kuasa tempatan Hindu di bahagian Selatan.

Menjelang abad ke-11,Islam telah berjaya mendominasi ketamadunan India termasuklah Dinasti Sabuktigin (1004-1186M),Kerajaan Ghori (1186-1289M),Kerajaan Khilji (1289-1321M) dan Kerajaan Moghul (1527-1857M).Kerajaan Sabuktigin merupakan pemerintahan Islam yang pertama di India dan telah mencapai tahap kecemerlangan semasa pemerintahan Sultan Mahmud al-Ghaznawi sehingga dianugerahkan gelaran Yamin al-Daulah oleh pemerintahan Kerajaan Abbasiyah.Ini secara tidak langsung menjadikan asas penting kea rah penguasaan Islam terutamanya di bahagian utara India.

Dinasti Moghul pula merupakan zaman akhir dominasi Islam di India.Kecemerlangan kepimpinan Maharaja Akhbar membolehkan tamdun Islam muncul sebagai asas dalam perkembangan ketamadunan di India.Elemen-elemen Islam dari Timur Tengah telah berjaya dibawa masuk ke India dan diasimilasikan dengan elemen-elemen tempatan sehingga melahirkan satu kebudayaan Indo-Islam.Sesungguhnya sumbangan Islam amat besar dan bermakna di India dalam tempoh yang agak panjang sehinggalah kemunculan kuasa Eropah.Sumbangan Islam amat besar khususnya dalam bidang kesenian dan senibina, muzik, tatacara berpakaian, ilmu pengetahuan,kesusasteraan,ekonomi,ketenteraan dan lain-lain lagi.

Page 14

Page 15: Tamadun India

Unsur senibina Islam dalam tamadun India sangat terikat dengan senibina Timur Tengah terutama Parsi.Sejak zaman Sultan Mahmud al-Ghaznawi lagi aspek senibina sangat diberi perhatian terutama dalam senibina masjid,misalnya Masjid Quwat al-Islam di Delhi.Zaman kecemerlangan perkembangan senibina Islam di India terutamanya di zaman pemerintahan Babur,Humayun dan Shah Jahan.Namun pada zaman Akbar,gabungan senibina Parsi dan Hindu semakin ketara selaras dengan dasar Akbar yang menggabungkan penganut Islam dan Hindu.

Terdapat beberapa masjid penting seperti Masjid Chata Sona,Masjid Mora Sona dan Masjid Qadar Rasul di Gaur,Benggala,Masjid Adina di Pandua,Masjid Ahmadabad dan beberapa lagi.Terdapat juga senibina pintu gerbang yang sangat tinggi mutu keseniannya seperti Pintu Gerbang Kemenangan (Buland Darwaza) di Fathpur Sikri,Jahan Mahal dan Hidola Mahal di Mandu dan Jahangari di Agra.

Islam yang berkuasa selama sepuluh abad di India telah memberi sumbangan yang amat besar terutama dalam bidang ilmu pengetahuan.Pencapaian kecemerlangan seni bina Islam di India dibuktikan dengan pembinaan Taj Mahal yang menjadi symbol keagungan ke seluruh pelusuk dunia hingga kini.

Tamadun India telah banyak mencapai zaman keagungan dengan mencipta budaya dan teknologi yang tersendiri.Namun apa yang membezakan di antara tamadun India dengan tamadun lain ialah mengenai doktrin Hinduisme yang membahagikan manusia kepada empat kasta.Pengaruh kasta ini mempunyai kesan yang mendalam kepada empat kasta.Pengaruh kasta ini mempunyai kesan yang mendalam kepada masyarakat India hingga kini.Meskipun tamadun India kini telah lenyap,kesan daripada Hinduisme ini masih mencengkam masyarakat India sehingga kini.

Page 15

Page 16: Tamadun India

KESIMPULAN

Sememangnya setiap tamadun mempunyai sejarah dan ciri-cirinya yang tersendiri.Malah kriteria yang dimiliki oleh sesuatu tamadun itu juga adalah sebagai symbol kemantapan,kecemerlangan dan kegemilangan yang melambangkan identity dan keistimewaannya.Kewujudan kepelbagaian ragam dan sifat bagi sesuatu tamadun bukanlah suatu yang menjadi penghalang kearah mewujudkan proses interaksi di antara tamadun meski piun berbeza dari segi anutan kepercayaan atau pun budaya.

Pembangunan dan tamadun yang diimpikan bersama perlulah dibangunkan dengan nilai-nilai agama dan kerohanian bagi mempastikan ianya sejajar dan memenuhi tuntutan hidup manusia secara keseluruhannya.

RUJUKAN

Page 16

Page 17: Tamadun India

N.M Idaikkadar (1979). Latar Belakang Kebudayaan Hindu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka

R.Rajakrisnan dan M. Rajantheran (1994). Penghantar Tamadun India. Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.

Sen, K. M (1991). Hinduism. London : Penguin Book.

Shellaber, W.G., (1964). Hikayat Seri Rama

Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayudurai

Lecthumanan (1998). Tamadun dunia. Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Chethimattam, John B. (1971). Patterns Of Indian Thought.London: Geoffre Chaman

Harison, Brian (1966). Asia Tenggara Suatu Sejarah Ringkas. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Lamb, Alaistair Indian Influence in Ancient southest Asia dalam A.L Basham (1981). The Wonder That Was India. Calcutta: Ruppa and Co.

Page 17

Page 18: Tamadun India

Page 18