talian atas voltan rendah

Upload: amirul-rasyid

Post on 14-Apr-2018

1.138 views

Category:

Documents


42 download

TRANSCRIPT

  • 7/30/2019 Talian Atas Voltan Rendah

    1/3

    SESALUR ATAS VOLTAN RENDAH (SAVR)

    1. SAVR adalah kerja-kerja yang dilakukan pada Voltan Rendah (VR) mengikut prosidur,langkah-langkah keselamatan dan jenis alatan yang dibenarkan dalam system TNB. Ia

    membekalkan voltan kepada pengguna melalui talian atas dan kabel bawah tanah (VR). Kerha-

    kerja SAVR meliputi:

    a) Merentang atau menegang talian baru jenis ANC atau Bare Wire.

    b) Menggorek, menanam dan menggantikan tiang kayu kepada tiang konkrik spun.c) Menyambung talian yang putus.

    d) Memasang Black Box atau fius-fius.e) Membuat dan menanam stay wire serta alatannya.

    f) Menarik dan menukar servis baru kerumah pengguna.g) Memasang neutral link dan cut out kepada pengguna.

    h) Sistem lampu jalan.i) Menjalankan kerja-kerja Breakdown.

    j) Memotong dahan-dahan pada talian atas (rentis).

    Bahan-bahan yang biasa digunakan

    i) Penyangkok (J-Hook)

    Digunakan untuk menahan dan menyokong penetap tamatan dan pencebgkam gantungan(suspension clamp).

    ii) Pencengkam gantungan (suspension clamp)

    Digunakan pada dawai pengantungan atau neutral bersalut tanpa menyebabkan berlakunya

    kerosakkan pada penebat.

    iii) Penetap tamatan (Dead end Clamp)

    Digunakan untuk menahan tegangan kabel pada tiang tamatan, pembahagian dan tiang sudutdimana sudut peralihannya melebihi 30darjah.

    Terdapat tiga saiz yang dibekalkan bergantung pada saiz dawai penggantungan atau neutral25mm, 70mm, dan 120mm.

    iv) Pengikat nylon hitam (nylon tape)

    Pengikat nylon hitam digunakan untuk mengikat kembali teras pengalir kedawai pengantungan

    atau neutral disetiap tempat dimana pengalir tersebut terombak keluar daripada gumpalanyaapabila pemasangan bahan-bahan dibuat pada talian.

    vi) Penyambung Bertebat Piercing (Insulation Piercing Conductor) IPC.

  • 7/30/2019 Talian Atas Voltan Rendah

    2/3

    IPC digunakan untuk mendapatkan keterusan sambungan elektrik diantara talian utama denganpengalir tee-off. Pelit sesentuh bergerigi yang disediakan dapat menembusi terus pada penebat

    pengalir bagi mendapatkan sambungan elektrik yang baik tanpa perlu membuan salutan kabel. IPC digunakan untuk menyambung pelbagai saiz pengalir fasa dan dawai neutral adalah seperti

    berikut:

    IPC 185-120mm / 185-95mm

    IPC 185-120mm / 25-16mm

    IPC 120mm / 70mm

    IPC 95-70mm / 95-70mm

    IPC 95-70mm / 25-16mm

    IPC 25-16mm / 25-16mm

    Alat untuk menguji ialah

    Test cop

    Voltage indicator (penguji voltan rendah)

    Jenis wayar voltan rendah : 3x 185

    3x 953x 16 (paling banyak digunakan untuk sqmbungan 3 fasa)

    1x16 (sambungan untuk 1 fasa)

    Terdapat 3 jenis tiang yang biasanya digunakan didalam Tenaga Nasional Berhad untukmenyokong talian elektrik voltan rendah iaitu:

    Tiang konkrit

    Tiang konkrit spun Tiang keluli

    9 meter Digunakan pada talian sesalur utama (main). Kedalam tiang yang ditanam sedalam 1.5

    meter (5kaki).i

    7.5 meter - Digunakan pada sesalur bekalan (service). Kedalam tiang yang ditanam adalah 1.2

    meter (4kaki).i

    Tiang jenis ini dibentukkan dalam keadaan bulat dan membesar hinga disebahagian pangkaltiang. Terdapat 3 saiz yang mempunyai ukuran yang berbeza iaitu:

    i) Tiang yang panjang 9m, garis pusat bahagian atas 140mm dan 260mm untuk bahagian bawah

    dan mempunyai 5lubang. Berat tiang konkrit ini ialah 400kg.

    ii) Tiang yang panjang 7.5m, garis pusat dibahagian atas 140mm dan 240mm untuk bahagianbawah dan mempunyai 5 lubang sahaja. Berat tiang konkrit ialah 320kg.

  • 7/30/2019 Talian Atas Voltan Rendah

    3/3

    iii) Tiang yang panjang 7.5m, garis pusat bahagian atas 100mm dan 175 untuk bahagian bawahdan mempunyai 4 lubang sahaja. Berat tiang konkrit ialah 120kg.

    Terdapat satu lubang punca sambungan pembumian dibahagian atas yang disediakan pada

    kedudukan 1.2m daripada hujung kepala tiang dan satu lagi lubang dibahagian bawah pada

    kedudukan 1.2m daripada hujung pangkal tiang. Lubang-lubang ini digunakan untuk melarikandawai bumi (untuk memasuk dan mengeluarkan dawai bumi telah disediakan dengan satu dawaipandu yang menghubungi diantara kedua-dua lubang tersebut) semasa kerja-kerja pembumian.