taklimat garis panduan pencalonan darjah …€¦ · mesyuarat jawatankuasa pencalonan kakitangan...

17
TAKLIMAT GARIS PANDUAN PENCALONAN DARJAH KEBESARAN BINTANG DAN PINGAT PERSEKUTUAN DAN NEGERI - NEGERI BAGI KAKITANGAN UMS

Upload: others

Post on 15-Jul-2020

21 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: TAKLIMAT GARIS PANDUAN PENCALONAN DARJAH …€¦ · Mesyuarat Jawatankuasa Pencalonan Kakitangan UMS Untuk Darjah Kebesaran Bintang Dan Pingat Persekutuan Dan Negeri-Negeri Bil.1/2011

TAKLIMAT GARIS PANDUAN PENCALONAN DARJAH KEBESARAN BINTANG DAN PINGAT

PERSEKUTUAN DAN NEGERI-NEGERI BAGI KAKITANGAN UMS

Page 2: TAKLIMAT GARIS PANDUAN PENCALONAN DARJAH …€¦ · Mesyuarat Jawatankuasa Pencalonan Kakitangan UMS Untuk Darjah Kebesaran Bintang Dan Pingat Persekutuan Dan Negeri-Negeri Bil.1/2011

1•TUJUAN

2• LATAR BELAKANG

3•TERMA RUJUKAN

4•KRITERIA UMUM

5•KRITERIA-KRITERIA KHUSUS

6•CARTA ALIR PENCALONAN

7•BORANG PENCALONAN

Page 3: TAKLIMAT GARIS PANDUAN PENCALONAN DARJAH …€¦ · Mesyuarat Jawatankuasa Pencalonan Kakitangan UMS Untuk Darjah Kebesaran Bintang Dan Pingat Persekutuan Dan Negeri-Negeri Bil.1/2011

Garis panduan ini adalah untuk menjelaskankriteria-kriteria bagi pencalonan Darjah KebesaranBintang dan Pingat Persekutuan dan Negeri-Negeri Bagi Kakitangan UMS.

Page 4: TAKLIMAT GARIS PANDUAN PENCALONAN DARJAH …€¦ · Mesyuarat Jawatankuasa Pencalonan Kakitangan UMS Untuk Darjah Kebesaran Bintang Dan Pingat Persekutuan Dan Negeri-Negeri Bil.1/2011

Garis panduan ini adalah berdasarkan Panduan

Pencalonan Darjah Kebesaran Bintang dan Pingat

Persekutuan dan Negeri-Negeri di dalam Malaysia.

Oleh itu, panduan ini dipanjangkan dan disesuaikan

untuk memberi panduan dan maklumat mengenai asas-

asas dan kaedah pencalonan, jenis-jenis pengurniaan,

serta syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan

agar proses pencalonan berjalan dengan lancar dan

teratur.

Page 5: TAKLIMAT GARIS PANDUAN PENCALONAN DARJAH …€¦ · Mesyuarat Jawatankuasa Pencalonan Kakitangan UMS Untuk Darjah Kebesaran Bintang Dan Pingat Persekutuan Dan Negeri-Negeri Bil.1/2011

sambungan

Pemakaian garis panduan ini telah dipersetujui dalam

Mesyuarat Jawatankuasa Pencalonan Kakitangan UMS

Untuk Darjah Kebesaran Bintang Dan Pingat

Persekutuan Dan Negeri-Negeri Bil.1/2011 yang

bersidang pada 04 Ogos 2011.

Mesyuarat Pihak Berkuasa Pengurusan Universiti

(PBPU) yang bersidang pada 06 Oktober 2011 Bil.

13/2011 Kali Ke-138 telah bersetuju dengan pemakaian

garis panduan ini.

Page 6: TAKLIMAT GARIS PANDUAN PENCALONAN DARJAH …€¦ · Mesyuarat Jawatankuasa Pencalonan Kakitangan UMS Untuk Darjah Kebesaran Bintang Dan Pingat Persekutuan Dan Negeri-Negeri Bil.1/2011

NAMA JAWATANKUASA

Jawatankuasa Pencalonan Kakitangan UMS Untuk Darjah Kebesaran

Bintang Dan Pingat Persekutuan Dan Negeri-Negeri.

FUNGSI

a) Meneliti laporan pencalonan kakitangan berdasarkan kriteria yang

telah ditetapkan, dan;

b) Membuat pemilihan dan pengesahan pencalonan kakitangan untuk

dikemukakan kepada pihak penganjur.

BIDANG KUASA

Mengusulkan nama untuk pencalonan kakitangan berdasarkan

kriteria yang telah ditetapkan

Page 7: TAKLIMAT GARIS PANDUAN PENCALONAN DARJAH …€¦ · Mesyuarat Jawatankuasa Pencalonan Kakitangan UMS Untuk Darjah Kebesaran Bintang Dan Pingat Persekutuan Dan Negeri-Negeri Bil.1/2011

sambungan

KEAHLIAN JAWATANKUASA (bermesyuarat sekurang-kurangnya setahun sekali, ataupun

tertakluk kepada persetujuan Pengerusi pada bila-bila masa yang difikirkan perlu)

(a) Pengerusi : Naib Canselor

[Pengerusi Ganti : Mana-mana Timbalan Naib Canselor yang dilantik oleh Pengerusi]

(b) Ahli :

(i) Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)

(ii) Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan, Inovasi & Pembangunan)

(iii) Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni)

(iv) Pendaftar

(v) Bendahari

(vi) Ketua Pustakawan

(c) Setiausaha : Ketua BPG, Jabatan Pendaftar

(d) Urus Setia : Ketua, Seksyen Governan & Dasar, BPG, Jabatan Pendaftar

Pengerusi boleh dari masa ke semasa, menjemput mana mana pihak untuk menjadi

ahli atau menghadiri aktiviti Jawatankuasa atas sebab tertentu

Page 8: TAKLIMAT GARIS PANDUAN PENCALONAN DARJAH …€¦ · Mesyuarat Jawatankuasa Pencalonan Kakitangan UMS Untuk Darjah Kebesaran Bintang Dan Pingat Persekutuan Dan Negeri-Negeri Bil.1/2011

1. Seseorang pegawai yang dicalonkan boleh terdiri daripada

warganegara atau bukan warganegara Malaysia.

2. Seseorang pegawai yang ingin dicalonkan (calon) hendaklah

terdiri daripada mereka yang telah memberikan sumbangan

yang signifikan di peringkat negara atau negeri atau telah

memberi perkhidmatan dengan cemerlang kepada Universiti.

3. Keutamaan hendaklah diberikan kepada calon-calon yang

telah berkhidmat lebih daripada 10 tahun dalam perkhidmatan

awam, kecuali dinyatakan dalam borang pelawaan pencalonan

oleh penganjur.

Page 9: TAKLIMAT GARIS PANDUAN PENCALONAN DARJAH …€¦ · Mesyuarat Jawatankuasa Pencalonan Kakitangan UMS Untuk Darjah Kebesaran Bintang Dan Pingat Persekutuan Dan Negeri-Negeri Bil.1/2011

sambungan

3. Seseorang calon mestilah mempunyai rekod perkhidmatan yang

bersih, iaitu telah melepasi tapisan keutuhan yang merangkumi dua

komponen berikut:

i. Lulus Tapisan Keutuhan SPRM;

ii. Telah mengisytiharkan harta; dan,

iii. Bebas daripada sebarang tindakan tatatertib.

4. Seseorang calon mestilah mempunyai purata markah Laporan

Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) tidak kurang daripada 85% selama

tiga tahun berturut-turut (tahun semasa dan 2 tahun sebelumnya).

Page 10: TAKLIMAT GARIS PANDUAN PENCALONAN DARJAH …€¦ · Mesyuarat Jawatankuasa Pencalonan Kakitangan UMS Untuk Darjah Kebesaran Bintang Dan Pingat Persekutuan Dan Negeri-Negeri Bil.1/2011

sambungan

5. Seseorang calon mestilah mempunyai ciri-ciri personaliti unggul (toweringpersonality), yang mempunyai pengetahuan, kemahiran dan kualiti peribadicemerlang seperti berikut:

i. Disiplin diri – dinilai dari segi keupayaan daya kawal diri, mental dan fizikal iaitumempunyai integriti yang tinggi, mematuhi peraturan, menunaikan janji danbersifat sabar;

ii. Ketrampilan – dinilai dari aspek penampilan pegawai iaitu dari segi caraberpakaian dan zahiran personaliti yang merangkumi pemikiran yang rasional,berpandangan jauh, bersifat terbuka, dan yakin;

iii. Hubungan Dengan Pegawai Atasan – dinilai dari segi jalinan hubungan antarapegawai dengan pegawai atasan termasuk hormat-menghormati, boleh diharap(reliable) dan mesra; dan,

iv. Hubungan Dengan Rakan Sekerja – dinilai dari segi jalinan hubungan antarapegawai dengan rakan sekerja dan kakitangan bawahan (peers andsubordinates) dan kebolehan pegawai mewujudkan suasana kerja yangharmoni dan selesa serta menyesuaikan diri dalam semua keadaan.

6. Keutamaan diberikan kepada calon-calon yang pernah menerima

anugerah-anugerah peringkat UMS seperti APC/ AI, Anugerah Penyelidikan

dan lain-lain anugerah yang berkaitan.

Page 11: TAKLIMAT GARIS PANDUAN PENCALONAN DARJAH …€¦ · Mesyuarat Jawatankuasa Pencalonan Kakitangan UMS Untuk Darjah Kebesaran Bintang Dan Pingat Persekutuan Dan Negeri-Negeri Bil.1/2011

sambungan

7. Pencalonan hendaklah dikemukakan oleh orang lain(bukan oleh individu yang dicalonkan) dan perlu disahkanoleh Ketua Jabatan masing-masing (sekiranya KetuaJabatan yang dicalonkan, hendaklah disahkan olehjawatan yang lebih tinggi dari Ketua Jabatan. Contohnya:Dekan – Oleh TNCA).

Page 12: TAKLIMAT GARIS PANDUAN PENCALONAN DARJAH …€¦ · Mesyuarat Jawatankuasa Pencalonan Kakitangan UMS Untuk Darjah Kebesaran Bintang Dan Pingat Persekutuan Dan Negeri-Negeri Bil.1/2011

• Seperti dalam buku garis panduan yang diedarkan “A”

Page 13: TAKLIMAT GARIS PANDUAN PENCALONAN DARJAH …€¦ · Mesyuarat Jawatankuasa Pencalonan Kakitangan UMS Untuk Darjah Kebesaran Bintang Dan Pingat Persekutuan Dan Negeri-Negeri Bil.1/2011

Seperti dalam buku garis panduan yang

diedarkan ‘B’

Page 14: TAKLIMAT GARIS PANDUAN PENCALONAN DARJAH …€¦ · Mesyuarat Jawatankuasa Pencalonan Kakitangan UMS Untuk Darjah Kebesaran Bintang Dan Pingat Persekutuan Dan Negeri-Negeri Bil.1/2011

• Seperti di Jadual ‘C’

Page 15: TAKLIMAT GARIS PANDUAN PENCALONAN DARJAH …€¦ · Mesyuarat Jawatankuasa Pencalonan Kakitangan UMS Untuk Darjah Kebesaran Bintang Dan Pingat Persekutuan Dan Negeri-Negeri Bil.1/2011

Tarikh Pencalonan DKBP Persekutuan dan Negeri-Negeri

BIL. NEGERI/WILAYAH TARIKH PENCALONAN

1. PERSEKUTUAN Ogos - November

2. WILAYAH PERSEKUTUAN Julai - September

3. JOHOR April – Julai

4. KEDAH Januari - April

5. KELANTAN Mei – Jun

6. MELAKA Mei – Jun

7. NEGERI SEMBILAN Julai – Ogos

8. PAHANG Januari – Mei

9. PERLIS November - Januari (tahun seterusnya)

10. PERAK November - Januari (tahun seterusnya)

11. PULAU PINANG Disember – Februari (tahun seterusnya)

12. SABAH Mei – Jun

13. SARAWAK Mei – Jun

14. SELANGOR Jun – Ogos

15. TERENGGANU Januari – April

Page 16: TAKLIMAT GARIS PANDUAN PENCALONAN DARJAH …€¦ · Mesyuarat Jawatankuasa Pencalonan Kakitangan UMS Untuk Darjah Kebesaran Bintang Dan Pingat Persekutuan Dan Negeri-Negeri Bil.1/2011

Takwin Aktiviti Pencalonan Kakitangan UMS

untuk DKBP Persekutuan dan Negeri-Negeri bagi

BIL. AKTIVITI/PERKARA TARIKH

1. Penubuhan & Mesyuarat Pertama Jawatankuasa 04 Ogos 2011

2. Perakuan terimapakai garis panduan oleh PBPU 06 Oktober 2011

3. Taklimat garis panduan 6 Disember 2011

4. Penerimaan borang cadangan pencalonan

kakitangan daripada JSPIU

Pada atau sebelum

30 Disember 2011

5. Semak dan tapis borang pencalonan yang diterima

mengikut kriteria yang ditetapkan

02 – 06 Januari 2012

6. Mesyuarat pengesahan pencalonan oleh JK

Pencalonan DKBP UMS

Minggu kedua Januari

2012 (tertakluk kepada jadual

Pengerusi)

7. Mengemukakan senarai nama calon yang disahkan

oleh JK Pencalonan DKBP UMS kepada KPTM atau

terus kepada penganjur (Persekutuan/Negeri)

Mengikut tarikh yang

ditetapkan oleh KPTM

atau pihak penganjur

(Persekutuan/Negeri)

Page 17: TAKLIMAT GARIS PANDUAN PENCALONAN DARJAH …€¦ · Mesyuarat Jawatankuasa Pencalonan Kakitangan UMS Untuk Darjah Kebesaran Bintang Dan Pingat Persekutuan Dan Negeri-Negeri Bil.1/2011

17

SEKIAN

TERIMA KASIH

BAHAGIAN PENTADBIRAN & GOVERNANS JABATAN PENDAFTAR

: 088-320000 (ext.1089), : 088-320243, : [email protected]