takaful myelite pa - takaful-malaysia.com.my · terma-terma dan syarat-syarat di dalam halaman ini...

17
DUTI SETEM DIBAYAR SIJIL INDUK UNTUK Takaful myElite PA NO. SIJIL : PMB-P0007709-10-BRO-15

Upload: lydat

Post on 16-Sep-2018

500 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

DUTI SETEM

DIBAYAR

SIJIL INDUK UNTUK Takaful myElite PA

NO. SIJIL : PMB-P0007709-10-BRO-15

STMAB/Takaful myElite PA/V02(BM)/09-2018

Page 1 of 17

Sijil Induk ini dikeluarkan untuk melindungi pelanggan-pelanggan Pemilik Sijil Induk yang dipelawa oleh Kami untuk menyertai Takaful myElite PA yang diuruskan oleh Kami, atas pertimbangan terhadap bayaran sumbangan yang diperlukan dan akan berkuat kuasa pada Tarikh Permulaan sebagaimana yang dinyatakan di dalam Halaman Maklumat Sijil Induk. Terma-terma dan syarat-syarat di dalam halaman ini dan halaman berikutnya, apa-apa pindaan atau endorsemen atau lampiran yang dimasukkan semasa dikeluarkan atau pada masa akan datang akan menjadi sebahagian daripada Sijil Induk ini.

Di dalam Sijil Induk ini jika konteksnya menyatakan jantina maskulin hendaklah dianggap sebagai termasuk

jantina feminin dan begitu juga perkataan tunggal dianggap sebagai banyak/ramai dan sebaliknya, dan

perkataan-perkataan dan pernyataan di bawah dianggap mempunyai maksud berikut:

1.1 “KEMALANGAN" bermaksud suatu peristiwa tertentu yang berlaku secara tiba-tiba, tidak disengajakan,

tidak dijangka, luar biasa dan berlaku pada masa dan tempat yang dapat dikenal pasti, bebas daripada

semua sebab-sebab lain, menjadi punca utama kecederaan anggota badan.

1.2 "KECEDERAAN ANGGOTA BADAN AKIBAT KEMALANGAN" bermaksud kecederaan anggota badan yang

berlaku semasa Tempoh Perlindungan Takaful yang merupakan kesan langsung akibat yang tidak

disengajakan, luaran, keganasan dan boleh dilihat dan yang semata-mata dan bebas dari apa-apa sebab

lain yang menyebabkan tuntutan kematian atau hilang upaya atau kerugian. Ini termasuk kecederaan

anggota badan yang berlaku akibat pendedahan kepada unsur-unsur bahaya semula jadi. Ini tidak

termasuk apa-apa penyakit, jangkitan bakteria atau virus, (melainkan ini adalah kesan langsung akibat

Kecederaan Anggota Badan Akibat Kemalangan) keadaan yang berlaku secara semulajadi atau proses

kemerosotan atau akibat daripada apa-apa sebab yang berlaku secara beransur-ansur.

1.3 "TINDAKAN KEGANASAN" bermaksud tindakan, termasuk tetapi tidak terhad kepada penggunaan

kekerasan atau keganasan, oleh orang perseorangan atau sekumpulan orang, sama ada secara sendiri

atau bagi pihak atau berkaitan dengan mana-mana organisasi atau kerajaan yang dilakukan untuk tujuan

atau sebab-sebab politik, agama, ideologi, atau etnik termasuk niat untuk mempengaruhi mana-mana

kerajaan dan / atau menyebabkan orang awam atau sebahagian orang awam berada dalam ketakutan.

1.4 "ANAK" merujuk kepada anak kandung / anak angkat yang sah / anak tiri Peserta yang belum berkahwin yang telah mencapai umur tiga puluh (30) hari tetapi tidak melebihi sembilan belas (19) tahun pada hari jadi berikutnya. Beliau bergantung kepada Peserta dari segi kewangan. Bagi anak yang mendaftar sebagai pelajar sepenuh masa di institusi pengajian yang diiktiraf dan bukan bekerja berpenghasilan, umur maksimum yang dibenarkan adalah dua puluh tiga (23) tahun pada hari jadi berikutnya.

1.5 "SUMBANGAN" merujuk kepada jumlah yang perlu dibayar seperti yang dinyatakan di dalam Halaman

Maklumat Sijil atau dalam endorsemen berikutnya yang dikeluarkan oleh Kami.

1.6 "TANGGUNGAN" bermaksud mana-mana orang yang berikut: a) Pasangan kepada Peserta

b) Anak kepada Peserta

1. MAKSUD AM

STMAB/Takaful myElite PA/V02(BM)/09-2018

Page 2 of 16

1.7 "TARIKH KUAT KUASA" merujuk kepada hari pertama Tempoh Perlindungan Takaful yang mana perlindungan Orang Yang Dilindungi di bawah Sijil Induk ini telah berkuat kuasa seperti yang dinyatakan dalam Halaman Maklumat Sijil atau di dalam endorsemen berikutnya yang dikeluarkan oleh Kami.

1.8 "DANA TAKAFUL AM" atau "DTA" bermaksud akaun pemegangan Peserta yang mana Sumbangan selepas pemotongan apa-apa Yuran Wakalah di bawah Sijil Induk ini akan dikreditkan. Semua manfaat seperti yang dinyatakan dalam Sijil Induk ini dan hasil pembatalan akan dibayar daripada akaun ini. Jika DTA tidak mencukupi untuk pembayaran manfaat, Kami akan menyediakan pinjaman secara Qardh. Qardh akan dibayar balik apabila pulangan DTA kembali kepada kedudukan lebihan dan sebelum sebarang lebihan diagihkan.

1.9 "HOSPITAL" bermaksud sebuah institusi yang ditubuhkan dan didaftarkan sewajarnya sebagai Hospital untuk penjagaan dan rawatan orang yang sakit dan cedera yang merupakan pesakit katil berbayar, dan yang: (a) mempunyai kemudahan untuk diagnosis dan pembedahan besar;

(b) menyediakan perkhidmatan kejururawatan 24 jam sehari oleh jururawat berdaftar dan bertauliah;

(c) di bawah penyeliaan Pakar Perubatan; dan

(d) bukan sebuah klinik; tempat untuk penagih alkohol atau penagih dadah, rumah rawatan, rumah

rehat atau pemulihan atau rumah untuk orang tua atau institusi yang serupa.

1.10 "SIJIL INDIVIDU" bermaksud dokumen yang mengandungi maklumat terperinci tentang perlindungan

Takaful yang disediakan kepada Orang Yang Dilindungi di bawah Sijil Induk ini.

1.11 "PEMILIK SIJIL INDUK" merujuk kepada Bank Islam Malaysia Berhad.

1.12 "PENGAMAL PERUBATAN" bermaksud seseorang yang berkelayakan dan berlesen untuk mengamalkan perubatan barat dan semasa memberikan rawatan tersebut mengamalkannya mengikut skop perlesenan dan latihan di kawasan geografi profesion tersebut diamalkan, tetapi tidak termasuk doktor, pakar perubatan atau pakar bedah yang merupakan Orang Yang Dilindungi itu sendiri.

1.13 "PESERTA" bermakna pelanggan Pemilik Sijil Induk yang layak seperti yang dinamakan dalam Halaman Maklumat Sijil yang telah menerima jemputan Kami untuk menyertai Sijil Induk ini.

1.14 "TEMPOH PERLINDUNGAN TAKAFUL" yang berkaitan dengan mana-mana Orang Yang Dilindungi bermaksud satu (1) tahun kalendar bermula pada Tarikh Kuat Kuasa seperti yang dinyatakan di dalam Halaman Maklumat Sijil. Setiap Tempoh Takaful yang berikutnya adalah satu (1) tahun dari ulang tahun sijil kepada ulang tahun sijil yang berikutnya.

1.15 "HILANG UPAYA KEKAL" merujuk kepada mana-mana syarat yang disenaraikan dalam Jadual Manfaat. Keadaan itu mestilah berterusan tanpa gangguan untuk tempoh enam (6) bulan dan disahkan oleh Pengamal Perubatan yang dilantik oleh Kami dan tiada harapan untuk sembuh.

1.16 "ORANG YANG DILINDUNGI" bermaksud Orang Yang Dilindungi di bawah Sijil Induk ini. Selain Peserta, Orang Yang Dilindungi yang lain dalam satu-satu Sijil Individu tidak boleh melebihi satu (1) Pasangan dan tiga (3) Anak.

1.17 "QARDH" bermaksud pinjaman yang disediakan oleh Kami jika jumlah di dalam DTA telah digunakan sepenuhnya. Pinjaman akan diberikan tanpa faedah.

1.18 "PASANGAN" bermaksud pasangan yang berkahwin secara sah dengan Peserta dan yang telah mencapai usia di antara lapan belas (18) tahun pada hari jadi berikutnya dan tujuh puluh (70) tahun pada hari jadi berikutnya, kedua-dua peringkat umur termasuk pada Tarikh Kuat Kuasa.

STMAB/Takaful myElite PA/V02(BM)/09-2018

Page 3 of 16

1.19 "JUMLAH PERLINDUNGAN" bermaksud jumlah perlindungan yang berkaitan dengan manfaat-manfaat yang disediakan dalam Halaman Maklumat Sijil.

1.20 "TABARRU” bermaksud derma untuk tujuan bukan komersial dan digunakan untuk membantu Orang Yang Dilindungi yang lain semasa musibah bagi tujuan perpaduan, persaudaraan dan kerjasama di kalangan Orang Yang Dilindungi.

1.21 "TAKAFUL" merujuk kepada satu skim bantuan bersama untuk semua Peserta yang berasaskan prinsip-prinsip persaudaraan, perpaduan dan kerjasama di mana setiap Peserta bersetuju untuk menyumbang sejumlah dana atas dasar Tabarru’ ke dalam dana risiko untuk menyediakan bantuan kewangan dan bantuan kepada Orang Yang Dilindungi, Peserta atau benefisiari apabila berlaku peristiwa-peristiwa yang telah ditetapkan.

1.22 "WAKALAH" merujuk kepada kontrak Syariah di mana Anda melantik Kami untuk melabur dan menguruskan Sumbangan dalam DTA bagi pihak Anda. Sebagai pulangan, Anda membenarkan Kami untuk memotong sejumlah Sumbangan sebagai Yuran Wakalah bagi perkhidmatan yang diberikan.

1.23 "KITA” atau "KAMI" merujuk kepada Syarikat Takaful Malaysia Am Berhad.

2.1 KONTRAK

Sijil Induk ini, MCIP, Sijil Individu, Halaman Maklumat Sijil dan segala perakuan bertulis berkenaan dan /

atau penyata yang melengkapkan Sijil Induk ini bersama-sama dengan sebarang endorsemen yang dibuat

oleh Kami, akan membentuk keseluruhan kontrak di antara Pemilik Sijil Induk, Peserta, Orang Yang

Dilindungi dan Kami. Semua kenyataan yang dibuat akan menjadi pernyataan dan bukannya jaminan. Jika

terbukti bahawa kenyataan yang dibuat oleh Pemilik Sijil Induk, Peserta atau Orang Yang Dilindungi adalah

palsu, Kami boleh mengisytiharkan bahawa kontrak itu tidak sah.

Jika terdapat apa-apa perubahan yang dibuat kepada kontrak itu, ia perlu dibuat secara bertulis,

diluluskan dan ditandatangani oleh pegawai yang diberi kuasa oleh Kami.

2.2 SYARAT-SYARAT PENYERTAAN DAN KELAYAKAN

Mereka yang layak dilindungi untuk perlindungan Takaful di bawah Sijil Induk ini adalah pelanggan semasa

dan bakal pelanggan Pemilik Sijil Induk beserta Tanggungan mereka yang dijemput oleh Kami untuk

menyertai Sijil Induk ini.

2.3 WILAYAH GEOGRAFI

Semua manfaat yang disediakan dalam Sijil Induk ini adalah sah di serata dunia, dua puluh empat (24) jam

sehari.

2. SYARAT-SYARAT AM

STMAB/Takaful myElite PA/V02(BM)/09-2018

Page 4 of 16

2.4 SALAH NYATA / PENIPUAN

Perlindungan Takaful kepada mana-mana Orang Yang Dilindungi akan menjadi tidak sah jika maklumat yang diberikan adalah tidak benar dalam mana-mana perkara atau jika fakta penting yang mempengaruhi risiko tidak dinyatakan dengan betul atau ditinggalkan, atau jika perlindungan yang telah diterima melalui apa-apa salah nyata, salah nyataan atau penyelindungan (maklumat), atau mana-mana penipuan atau tuntutan yang ditokok tambah, atau membuat apa-apa perisytiharan atau pernyataan yang palsu.

2.5 BUKTI UMUR

Bukti umur Orang Yang Dilindungi diperlukan oleh Kami sebelum apa-apa manfaat dibayar di bawah Sijil Induk ini kecuali maklumat ini pernah disahkan oleh Kami sebagai benar.

2.6 SILAP NYATA UMUR

Jika pada umur sebenar, Orang Yang Dilindungi tidak layak untuk dilindungi di bawah Sijil Induk ini, perlindungannya akan dianggap sebagai tidak sah dan liabiliti Kami akan terhad kepada pemulangan sumbangan yang dibayar tanpa keuntungan.

2.7 PEMBAHAGIAN LEBIHAN

Kami akan melabur dan menguruskan GTF selaras dengan Syariah. Sebarang lebihan daripada GTF sebagaimana yang ditentukan oleh Kami akan digunakan untuk menyelesaikan semua Qardh yang terhutang kepada Kami. Baki lebihan yang dikira selepas membuat semua bayaran di atas kemudian akan disimpan di dalam GTF untuk menyediakan dan mengadakan peruntukan bagi tuntutan yang tidak memuaskan.

2.8 BAYARAN UNTUK AMAUN KECIL

Bagi apa-apa amaun yang patut dibayar dan akan dibayar kepada Peserta yang kurang daripada Ringgit Malaysia Dua Puluh Lima (RM25.00) termasuk tetapi tidak terhad kepada amaun daripada tuntutan, Kami akan melaksanakan hak-hak Kami untuk menderma sejumlah wang kepada badan amal sepertimana yang diluluskan oleh Badan Penasihat Syariah Kami. Walau bagaimanapun, jika Peserta memutuskan sebaliknya, Peserta dikehendaki mengemukakan permohonan rasmi kepada Kami.

2.9 TEMPOH MEMBUAT KEPUTUSAN

Jika Peserta tidak berpuas hati dengan Sijil Individunya atas apa-apa sebab-sebab, Peserta boleh kembalikannya kepada Kami dalam tempoh lima belas (15) hari dari tarikh penerimaan Sijil Individu. Kami akan membatalkan perlindungan Orang Yang Dilindungi dan membayar balik kepada Peserta semua Sumbangan yang telah dibayar dalam Sijil Individu beliau.

2.10 SUMBANGAN DAN TEMPOH TANGGUH

Kadar Sumbangan tidak dijamin. Kami mungkin akan menyemak semula kadar Sumbangan pada masa akan datang sekiranya pengalaman tuntutan yang merugikan. Semakan kadar tersebut akan dilaksanakan kepada semua Orang Yang Dilindungi tanpa mengira pengalaman tuntutan mereka. Jika terdapat sebarang semakan kadar, Pemilik Sijil Induk akan diberitahu oleh Kami sekurang-kurangnya enam puluh (60) hari sebelum ia dikuat kuasakan. Kadar Sumbangan yang telah disemak hanya akan dilaksanakan pada Ulang Tahun Sijil seterusnya. Ulang Tahun Sijil daripada mana-mana Halaman Maklumat Sijil ertinya satu (1) tahun selepas tarikh kuat kuasa dan setiap tahun berikutnya. Peserta perlu membayar Sumbangan dalam tempoh tangguh enam puluh (60) hari dari tarikh matang bagi setiap Sumbangan. Jika Sumbangan itu masih tidak dibayar selepas tempoh tangguh, Sijil Individu Peserta akan luput tanpa sebarang perlindungan Takaful, manfaat atau nilai.

STMAB/Takaful myElite PA/V02(BM)/09-2018

Page 5 of 16

2.11 NOTIS

Sebarang surat-menyurat, notis, permintaan, arahan yang diperlukan oleh Kami mesti dibuat secara bertulis.

2.12 PERUBAHAN RISIKO

Peserta atau Orang Yang Dilindungi hendaklah dengan segera memberitahu Kami secara bertulis jika terdapat sebarang perubahan penting pada pekerjaan, perniagaan atau tugas-tugas Orang Yang Dilindungi dan membayar sebarang Sumbangan tambahan.

2.13 PEMBATALAN SIJIL INDUK

Sijil Induk ini sama ada secara keseluruhan atau berkenaan dengan mana-mana Orang Yang Dilindungi boleh dibatalkan oleh Kami pada bila-bila masa dengan memberi notis empat belas (14) hari melalui surat berdaftar yang dihantar kepada alamat terakhir Pemilik Sijil Induk yang diketahui dengan syarat bahawa pembatalan tersebut tidak akan menjejaskan hak-hak berkenaan dengan kecederaan kepada mana-mana Orang Yang Dilindungi sebelum ini. Begitu juga, Pemilik Sijil Induk boleh membatalkan Sijil Induk ini pada bila-bila masa dengan memberi notis empat belas (14) hari kepada Kami. Dalam keadaan tersebut, tiada bayaran balik sumbangan akan dibuat kepada Peserta.

2.14 PENAMAAN

2.14.1 Peserta yang berumur enam belas (16) tahun ke atas boleh menamakan sesiapa sahaja untuk menerima manfaat yang perlu dibayar sekiranya berlaku kematian kepada Orang Yang Dilindungi, sama ada sebagai wasi atau sebagai benefisiari di bawah Hibah bersyarat. Penamaan itu hendaklah disaksikan oleh seseorang selain daripada penama itu sendiri dan yang sihat pemikirannya dan telah mencapai umur lapan belas (18) tahun.

2.14.2 Peserta boleh membatalkan dari masa ke semasa apa-apa penamaan dan / atau untuk menamakan penama lain dengan notis bertulis yang diterima dan didaftarkan oleh Kami.

2.14.3 Jika Peserta telah menamakan lebih daripada seorang penama, manfaat yang perlu dibayar, jika ada, hendaklah dibayar kepada penama yang masih hidup pada masa kematian Orang Yang Dilindungi dalam bahagian yang sama melainkan jika dinyatakan sebaiknya oleh Peserta; dan pembayaran itu hendaklah disifatkan sebagai suatu pelepasan yang sah daripada liabiliti Kami berhubung dengan Orang Yang Dilindungi di bawah Sijil Induk ini.

2.14.4 Apabila berlaku kematian mana-mana penama selepas kematian Orang Yang Dilindungi tetapi sebelum apa-apa pembayaran manfaat, Kami akan membayar manfaat kepada:

(i) Pentadbir harta pusaka Peserta jika penama adalah wasi; atau

(ii) Pentadbir harta pusaka penama yang mati jika penama adalah benefisiari di bawah Hibah

bersyarat.

2.14.5 Jika tiada penamaan yang berkuat kuasa apabila berlaku kematian Orang Yang Dilindungi, manfaat yang perlu dibayar hendaklah dibayar kepada wasi atau pentadbir harta pusaka Peserta yang sah. Jika tiada wasi atau pentadbir harta pusaka Peserta yang sah pada masa pembayaran manfaat, Kami boleh membayar kepada pihak menuntut yang wajar sehingga jumlah maksimum yang dibenarkan di bawah Undang-Undang Malaysia, dan baki, jika ada, akan dibayar kepada orang yang dinamakan sebagai wasi atau pentadbir harta pusaka Peserta yang sah mengikut perintah mahkamah yang diterima oleh Kami nanti.

STMAB/Takaful myElite PA/V02(BM)/09-2018

Page 6 of 16

2.15 PINDAAN

Kami berhak untuk mengubah terma-terma dan peruntukan Sijil Induk ini pada mana-mana Ulang Tahun Sijil. Tiada perubahan untuk Sijil Induk ini atau Halaman Maklumat Sijil akan sah melainkan diluluskan, disokong dan ditandatangani oleh pegawai yang diberi kuasa oleh Kami.

2.16 TIADA PERTIKAIAN

Kami tidak akan mempertikaikan kesahan apa-apa tuntutan di bawah Sijil Induk ini selepas satu (1) tahun dari Tarikh Kuat kuasa Tempoh Perlindungan Takaful yang pertama, melainkan jika terdapat penipuan.

2.17 PEMBERITAHUAN, PROSEDUR DAN PENYELESAIAN TUNTUTAN 2.17.1 Notis bertulis tentang sebarang kejadian yang mungkin menimbulkan tuntutan hendaklah

dikemukakan kepada Kami secepat yang mungkin dan dalam apa-apa perkara (kecuali Manfaat

Pendapatan Harian semasa di Hospital) tidak lewat daripada empat belas (14) hari dari tarikh

kemalangan yang menyebabkan kecederaan atau kerugian berkenaan. Untuk Manfaat

Pendapatan Harian semasa di Hospital, notis bertulis mengenai sebarang kemasukan di Hospital

yang melibatkan perbelanjaan yang boleh dituntut hendaklah dikemukakan bersama-sama

dengan dokumen sokongan kepada Kami dalam masa tiga puluh (30) hari dari tarikh permulaan

kemasukan di Hospital tersebut.

2.17.2 Peserta hendaklah mendapatkan dan bertindak atas nasihat perubatan atau pembedahan secepat

mungkin.

2.17.3 Orang Yang Dilindungi mungkin diperlukan untuk menjalani pemeriksaan perubatan selanjutnya

atas perbelanjaan Kami.

2.17.4 Kami hanya akan membayar manfaat sekiranya apa-apa sijil perubatan dan bukti lain yang mungkin

Kami perlukan dapat diserahkan apabila diminta atas perbelanjaan Peserta.

2.17.5 Kami akan memotong sebarang jumlah yang terhutang kepada Kami sebelum membuat apa-apa

bayaran manfaat. Pembayaran tersebut, jika ada, akan dibayar kepada penama yang dinamakan

mengikut terma-terma dan syarat-syarat Sijil Induk ini.

2.17.6 Untuk pembayaran manfaat di bawah Manfaat Hilang Upaya Kekal akibat Kemalangan, apabila

Peserta memberikan Kami satu resit atau discaj, liabiliti Kami untuk yang berkenaan akan

berkurangan mengikut jumlah wang yang dibayar atau tamat jika manfaat penuh telah dibayar.

2.17.7 Kami berhak untuk menolak tuntutan jika Kami tidak berpuas hati dengan bukti yang sedia ada

untuk mengesahkan sama ada:

(i) identiti Orang Yang Dilindungi; atau

(ii) keadaan kerugian.

2.17.8 Sekiranya berlaku Kecederaan Badan Akibat Kemalangan yang mengakibatkan kematian, Kami

berhak untuk membuat pemeriksaan bedah siasat yang akan ditanggung oleh Kami.

STMAB/Takaful myElite PA/V02(BM)/09-2018

Page 7 of 16

2.18 SIJIL, MAKLUMAT DAN KETERANGAN

Semua sijil, maklumat, laporan perubatan dan bukti yang diperlukan oleh Kami hendaklah disediakan atas perbelanjaan Peserta, dan dalam bentuk yang Kami perlukan. Dalam apa jua keadaan, semua notis, yang Kami perlukan daripada Peserta atau Orang Yang Dilindungi hendaklah secara bertulis dan dialamatkan kepada Kami. Orang Yang Dilindungi hendaklah, atas permintaan dan perbelanjaan Kami, mengemukakan kepada Kami pemeriksaan perubatan apabila diperlukan.

2.19 KEHILANGAN

Apabila Kami sudah berpuas hati dengan kehilangan Orang Yang Dilindungi dan bukti yang dikemukakan mencukupi dan membuatkan Kami beranggapan secara pasti bahawa Orang Yang Dilindungi telah mengalami Kecederaan Badan Akibat Kemalangan yang menyebabkan kematian, Kami akan membayar tuntutan di bawah Manfaat Kematian Akibat Kemalangan dan Manfaat Khairat Kematian.

Walau bagaimanapun, pada bila-bila masa selepas Kami membayar manfaat dan Orang Yang Dilindungi kemudiannya didapati hidup, bayaran manfaat tersebut hendaklah dipulangkan kepada Kami.

2.20 PENAMATAN PERLINDUNGAN

Perlindungan ke atas mana-mana Orang Yang Dilindungi di bawah Sijil Induk ini akan tamat secara automatik apabila mana-mana satu (1) kejadian yang berikut berlaku:

2.20.1 pembatalan perlindungan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah fasal "PEMBATALAN SIJIL INDUK INI" di atas; atau

2.20.2 berlaku kematian Orang Yang Dilindungi; atau 2.20.3 penerimaan tuntutan Manfaat Hilang Upaya Kekal Akibat Kemalangan di mana jumlah manfaat

terkumpul yang perlu dibayar di bawah ini dan semua tuntutan lain yang dibayar adalah sama dengan Jumlah Perlindungan pada Manfaat Hilang Upaya Kekal Akibat Kemalangan; atau

2.20.4 Orang Yang Dilindungi mencapai umur tujuh puluh lima (75) tahun pada hari jadi akan datang pada Ulang Tahun Sijil; atau

2.20.5 untuk Anak Peserta, apabila dia mencapai umur sembilan belas (19) tahun hari jadi berikutnya atau dua puluh empat (24) tahun hari jadi berikutnya jika masih menuntut di institusi pengajian tinggi sepenuh masa, pada mana-mana Ulang Tahun Sijil; atau

2.20.6 Sijil Individu diluputkan atau ditamatkan dalam apa-apa cara lain.

Untuk perkara 2.20.2 dan 2.20.3 di atas, bila perlindungan mana-mana Orang Yang Dilindungi ditamatkan, perlindungan kepada semua Orang Yang Dilindungi lain yang dikeluarkan di bawah Sijil Individu yang sama juga akan ditamatkan secara automatik pada tarikh yang sama. Sebarang Sumbangan yang dibayar atau diterima selepas penamatan Sijil Induk ini atau penamatan perlindungan pada mana-mana Orang Yang Dilindungi tidak akan mewujudkan sebarang liabiliti, melainkan Kami akan mengembalikan Sumbangan tersebut tanpa keuntungan.

STMAB/Takaful myElite PA/V02(BM)/09-2018

Page 8 of 16

2.21 FASAL TIMBANG TARA

Semua perbezaan yang timbul daripada Sijil Induk ini hendaklah dirujuk kepada keputusan seorang Penimbang Tara yang akan dilantik secara bertulis oleh pihak dalam percanggahan atau jika mereka tidak mencapai persetujuan dengan seorang Penimbang Tara kepada keputusan dua orang Penimbangtara seorang dilantik secara bertulis oleh setiap pihak dalam masa satu bulan selepas diminta untuk berbuat demikian oleh salah satu pihak atau dalam kes Penimbang Tara tidak bersetuju dengan seorang Pengadil yang dilantik secara bertulis oleh Penimbang Tara sebelum membuat rujukan. Pengadil akan duduk bersama Penimbang Tara dan mempengerusikan mesyuarat mereka dan membuat Keputusan hendaklah menjadi syarat duluan kepada apa-apa hak tindakan terhadap Kami. Jika Kami boleh menolak liabiliti kepada Pemilik Sijil Induk atau Peserta bagi sebarang tuntutan dan tuntutan itu tidak boleh dalam tempoh dua belas (12) bulan dari tarikh penafian tuntutan itu telah dirujuk kepada timbangtara di bawah peruntukan-peruntukan yang terkandung di sini maka tuntutan untuk tujuan dan maksud disifatkan sebagai telah diabaikan dan tidak boleh dituntut selepas itu.

2.22 TAKAFUL SEMULA

Kami mempunyai budi bicara untuk mendapatkan takaful semula (insurans semula) yang mencukupi daripada mana-mana sumber yang Kami anggap sesuai untuk manfaat Orang Yang Dilindungi.

2.23 FASAL PENGECUALIAN SEKATAN

Kami tidak boleh disifatkan sebagai memberi perlindungan atau bertanggungjawab untuk membayar sebarang tuntutan atau manfaat seperti yang terkandung dalam Sijil Induk ini sehinggakan peruntukan perlindungan itu, pembayaran tuntutan atau manfaat tersebut akan mendedahkan Kami kepada:

2.23.1 apa-apa sekatan atau larangan di bawah resolusi Bangsa-Bangsa Bersatu; atau

2.23.2 sekatan perdagangan atau ekonomi, undang-undang atau peraturan-peraturan:

2.23.2.1 Kesatuan Eropah; atau

2.23.2.2 United -Kingdom; atau

2.23.2.3 Amerika Syarikat; atau

mana-mana negara kepada negara-negara di atas; atau

2.23.3 mana-mana undang-undang atau peraturan-peraturan dalam Negara.

2.24 UNDANG-UNDANG Sijil Induk ini dan semua hak, kewajipan dan liabiliti yang timbul di bawah Sijil Induk ini, hendaklah ditafsirkan, ditentukan dan dikuat kuasakan selaras dengan Undang-Undang Malaysia.

STMAB/Takaful myElite PA/V02(BM)/09-2018

Page 9 of 16

Semasa Sijil Induk ini berkuat kuasa, dan tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syaratnya, Kami akan

memberi manfaat berikut kepada Orang Yang Dilindungi seperti yang dinyatakan di dalam Halaman Maklumat

Sijil:

3.1. MANFAAT KEMATIAN AKIBAT KEMALANGAN

Apabila bukti yang sewajarnya diterima dan disahkan bahawa kematian Orang Yang Dilindungi Akibat

Kemalangan, Kami akan membayar Jumlah Perlindungan Manfaat Kematian Akibat Kemalangan secara

sekaligus.

Dengan syarat bahawa:

3.1.1 Kematian Orang Yang Dilindungi berlaku dalam tempoh dua belas (12) bulan dari tarikh peristiwa itu; dan

3.1.2 Sekiranya Orang Yang Dilindungi adalah seorang Anak pada tarikh kematian, Jumlah Perlindungan bagi Manfaat Kematian Akibat Kemalangan akan dikurangkan kepada 50% daripada jumlah yang ditunjukkan dalam Halaman Maklumat Sijil. Setelah bayaran penuh jumlah yang disemak semula daripada Jumlah Perlindungan bagi Manfaat Kematian Akibat Kemalangan, Sijil Individu akan ditamatkan secara automatik.

3.1.3 Kami menerima pemberitahuan kematian disertakan dengan bukti bertulis kematian; dan 3.1.4 Jumlah terkumpul kedua-dua manfaat yang perlu dibayar kepada mana-mana Orang Yang Dilindungi

di bawah Manfaat Kematian Akibat Kemalangan dan Manfaat Hilang Upaya Kekal Akibat Kemalangan tidak boleh melebihi jumlah seratus peratus (100%) daripada Jumlah Perlindungan bagi Manfaat Kematian Akibat Kemalangan.

3.2. MANFAAT KHAIRAT KEMATIAN

Apabila Orang Yang Dilindungi meninggal dunia akibat Kemalangan, Kami akan membayar Manfaat

Khairat Kematian yang berkenaan dengan Orang Yang Dilindungi seperti yang ditunjukkan dalam Halaman

Maklumat Sijil, sebagai tambahan kepada Manfaat Kematian Akibat Kemalangan.

Dengan syarat bahawa Kami menerima pemberitahuan kematian yang berkaitan disertakan dengan bukti

bertulis kematian Orang Yang Dilindungi.

3.3 MANFAAT HILANG UPAYA KEKAL AKIBAT KEMALANGAN.

Apabila bukti yang sewajarnya diterima dan disahkan bahawa Orang Yang Dilindungi mengalami mana-

mana Hilang Upaya Kekal akibat Kemalangan dan sebelum Ulang Tahun Sijil di mana dia mencapai umur

tujuh puluh lima (75) tahun pada hari jadi berikutnya, Kami akan membayar manfaat atau manfaat-

manfaat yang sesuai dengan Hilang Upaya Kekal tersebut mengikut Jadual Manfaat di bawah.

3. MANFAAT

STMAB/Takaful myElite PA/V02(BM)/09-2018

Page 10 of 16

3.3.1 JADUAL MANFAAT

Perkara

KEILATAN KEKAL

PEMBAYARAN TUNTUTAN MENGIKUT % DARIPADA

JUMLAH PERLINDUNGAN ATAS MANFAAT HILANG UPAYA KEKAL

AKIBAT KEMALANGAN

1. Kehilangan dua anggota badan 100

2. Kehilangan kedua-dua belah tangan, atau kesemua jari dan kedua-dua ibu jari

100

3. Kehilangan keseluruhan penglihatan kedua-dua belah mata

100

4. Lumpuh keseluruhan 100

5. Kecederaan yang menyebabkan terlantar kekal sakit di katil

100

6. Kehilangan bahagian lengan di bahu 100

7. Kehilangan bahagian lengan antara bahu dan paras siku

100

8. Kehilangan bahagian lengan di paras siku 100

9. Kehilangan bahagian lengan antara paras siku dan pergelangan tangan

100

10. Kehilangan tangan di pergelangan tangan 100

11. Kehilangan kaki

(a) Di pinggul 100

(b) Di antara lutut dan pinggul 100

(c) Di bawah lutut 100

12. Mata: Kehilangan

(a) Kedua-dua belah mata 100

(b) Penglihatan sebelah mata kecuali daya persepsi kepada cahaya

50

(c) Kanta sebelah mata 50

13. Kehilangan empat jari dan ibu jari sebelah tangan 50

14. Kehilangan empat jari 50

15. Kehilangan ibu jari

(a) Dua ruas 25

(b) Satu ruas 10

16. Kehilangan jari telunjuk

(a) Tiga ruas 10

(b) Dua ruas 8

(c) Satu ruas 2

17. Kehilangan jari tengah

(a) Tiga ruas 6

(b) Dua ruas 4

(c) Satu ruas 2

18. Kehilangan jari manis

(a) Tiga ruas 5

(b) Dua ruas 3

(c) Satu ruas 2

19. Kehilangan jari kelingking

(a) Tiga ruas 4

STMAB/Takaful myElite PA/V02(BM)/09-2018

Page 11 of 16

(b) Dua ruas 3

(c) Satu ruas 2

20. Kehilangan metakarpus

(a) Pertama atau kedua (tambahan) 3

(b) ketiga, keempat atau kelima (tambahan) 2

21. Kehilangan jari kaki

(a) Kesemuanya 15

(b) Jari kaki yang utama, kedua-dua ruas 5

(c) Jari kaki yang utama, satu ruas 2

(d) Selain daripada ibu jari kaki yang utama dan jika lebih daripada satu jari kaki hilang, setiap satu

1

22. Kehilangan pendengaran:

(a) Kedua-dua belah telinga 75

(b) Sebelah telinga 15

23. Kehilangan daya pertuturan 50

Apa-apa bentuk kecacatan kekal yang tidak dinyatakan dalam Jadual Manfaat akan dinilai mengikut

budi bicara mutlak Kami, dan mana-mana bahagian daripada Jumlah Perlindungan atas Manfaat

Hilang Upaya Kekal akibat kemalangan akan dibayar mengikut apa-apa kadar pampasan yang pada

pendapat Kami adalah selaras dengan peruntukan dalam Jadual Manfaat.

3.3.2 SYARAT UNTUK PEMBAYARAN MANFAAT

3.3.2.1 Hilang Upaya Kekal hendaklah berlanjutan dalam tempoh dua belas (12) bulan dari tarikh

kejadian tersebut.

3.3.2.2 Jika Orang Yang Dilindungi adalah Anak pada tarikh tuntutan, Jumlah Perlindungan atas

Manfaat Hilang Upaya Kekal akan dikurangkan kepada 50% daripada jumlah yang

ditunjukkan dalam Halaman Maklumat Sijil. Setelah bayaran penuh jumlah yang disemak

semula daripada Jumlah Perlindungan atas Manfaat Hilang Upaya Kekal Akibat

Kemalangan, Sijil Individu akan ditamatkan secara automatik.

3.3.2.3 Tuntutan yang dibuat di bawah Manfaat Hilang Upaya Kekal Akibat Kemalangan akan

menyebabkan pengurangan dengan jumlah yang sama pada Jumlah Perlindungan pada

Manfaat Kematian Akibat Kemalangan.

3.3.2.4 Jumlah terkumpul manfaat yang dibayar kepada mana-mana Orang Yang Dilindungi di

bawah Manfaat Hilang Upaya Kekal akibat Kemalangan dan Manfaat Kematian Akibat

Kemalangan diambil bersama-sama tidak boleh melebihi jumlah seratus peratus (100%)

daripada Jumlah Perlindungan di Manfaat Hilang Upaya Kekal Akibat Kemalangan.

3.4. MANFAAT KECEDERAAN AKIBAT RAGUT

Apabila bukti yang sewajarnya diterima dan disahkan bahawa Orang Yang Dilindungi mengalami

kecederaan yang disebabkan oleh kejadian ragut, Kami akan membayar Jumlah Perlindungan pada

Manfaat Kecederaan Akibat Ragut seperti yang termaktub dalam Halaman Maklumat Sijil secara

sekaligus. Tiada bayaran selanjutnya akan dibuat berkenaan dengan manfaat yang dilindungi ini bagi apa-

apa tuntutan yang berikutnya yang berlaku dalam Tempoh Perlindungan Takaful yang sama.

STMAB/Takaful myElite PA/V02(BM)/09-2018

Page 12 of 16

3.5. MANFAAT PENDAPATAN HARIAN SEMASA DI HOSPITAL

Apabila bukti yang sewajarnya diterima dan disahkan bahawa disebabkan Orang Yang Dilindungi

dimasukkan ke Hospital Akibat Kemalangan dan atas cadangan Pengamal Perubatan berdaftar, Kami akan

membayar Jumlah Perlindungan bagi Manfaat Pendapatan Harian Semasa Di Hospital seperti yang

termaktub dalam Halaman Maklumat Sijil pada setiap hari dia di dalam wad.

Jumlah agregat Manfaat Pendapatan Harian Semasa Di Hospital dibayar kepada Orang Yang Dilindungi hendaklah terhad kepada maksimum tiga puluh (30) hari dalam Tempoh Perlindungan Takaful yang sama.

Kami tidak akan membayar apa-apa tuntutan sekiranya Orang Yang Dilindungi terlibat secara langsung atau tidak

langsung dengan mana-mana daripada yang berikut:-

4.1. peperangan, pencerobohan, tindakan musuh asing, permusuhan (sama ada peperangan diisytiharkan

atau tidak), perang saudara, pemberontakan, revolusi, penderhakaan atau rampasan kuasa, mogok,

rusuhan, kekecohan awam, kebangkitan ketenteraan atau pemberontakan, apabila Orang Yang Dilindungi

mengambil bahagian di dalamnya.

4.2. Perbuatan Keganasan disebabkan oleh penggunaan nuklear, kimia atau senjata biologi, peranti atau

bahan sebagai satu cara kekerasan, keganasan atau pemusnah besar-besaran atau bagaimana jua pun

diedarkan atau digabungkan, apabila Orang Yang Dilindungi mengambil bahagian di dalamnya.

4.3. tidak siuman, bunuh diri (sama ada siuman atau tidak siuman), kecederaan diri yang disengajakan atau

sebarang percubaan melakukannya.

4.4. kesan atau pengaruh dadah atau alkohol.

4.5. kecacatan atau kelemahan fizikal atau mental yang sedia ada.

4.6. pembunuhan atau serangan yang diprovokasi.

4.7. semasa penerbangan di dalam pesawat sebagai anak kapal, kecuali hanya sebagai penumpang yang

membayar tambang dalam pesawat perkhidmatan penumpang yang berlesen.

4.8. semasa melakukan atau cuba melakukan apa-apa perbuatan menyalahi undang-undang atau jenayah,

penyertaan, percubaan, atau bertindak sebagai pembantu kepada, apa-apa jenayah yang melibatkan niat

atau tindakan jenayah secara sengaja.

4.10 semasa mengambil bahagian dalam sukan profesional dan / atau aktiviti berbahaya termasuk tetapi tidak

terhad kepada memburu, mendaki gunung, hoki ais, bermain polo, menunggang kuda berhalangan, sukan

musim sejuk, berlumba layar, meneroka gua, mengembara gua, berakit redah jeram, terjun udara, terjun

tebing, terjun lelabah, lompatan luncur air, aktiviti dalam-air yang melibatkan penggunaan alat

pernafasan, seni mempertahankan diri atau tinju, aktiviti udara seperti payung terjun, luncur layar dan

luncur angin atau penyertaan dalam sebarang bentuk perlumbaan atau pertandingan selain daripada

menggunakan kaki.

4. PENGECUALIAN

STMAB/Takaful myElite PA/V02(BM)/09-2018

Page 13 of 16

4.10. Individu seperti juruterbang, krew penerbangan dan anggota bomba semasa menjalankan tugas mereka

atau semasa bertugas, nelayan, pelumba motor profesional, ahli sukan profesional, pemunggah kargo,

pekerja perobohan bangunan, penyelam, joki, pekerja pembalakan, pelombong, anak-anak kapal

penyelamatan marin, individu yang terlibat secara langsung dalam membuat atau mengendalikan bahan

letupan, kakitangan dalam angkatan tentera, penebang pokok, pencuci tingkap bangunan tinggi dan

pekerjaan berbahaya yang lain.

4.11. Orang Yang Dilindungi semasa menggunakan jentera dipacu oleh kuasa mekanikal sebagai alat

perdagangan.

4.12. Tenaga nuklear atau radioaktif dalam apa jua bentuk termasuk tetapi tidak terhad kepada pengionan

radiasi daripada atau pencemaran radioaktif daripada apa-apa bahan api nuklear atau bahan buangan

nuklear atau dari pembakaran bahan api nuklear atau bahan senjata nuklear.

Anda boleh membuat pertanyaan atau permintaan untuk mengakses atau membetulkan Data Peribadi Anda

atau menghadkan pemprosesan Data Peribadi anda pada bila-bila masa dengan mengemukakan pertanyaan

atau permintaan itu kepada Kami melalui e-mel kepada [email protected]. Kami akan menyimpan

maklumat peribadi anda hanya selama yang perlu untuk memenuhi tujuan yang baginya ia dikumpulkan atau

untuk mematuhi keperluan dasar undang-undang atau peraturan dalaman.

AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010

2010

STMAB/Takaful myElite PA/V02(BM)/09-2018

Page 14 of 16

Kami percaya Peserta seharusnya mendapat perkhidmatan yang berbudi bahasa, adil dan cepat. Jika terdapat

sebarang keadaan apabila perkhidmatan Kami tidak memenuhi jangkaan Peserta, sila hubungi Kami dengan

menggunakan maklumat di bawah ini dan berikan Nombor Sijil / Nombor Tuntutan dan Nama Orang Yang

Dilindungi:

1. Pertama dengan Jabatan atau orang yang Peserta berurusan dengan pihak Kami dan bagaimana Peserta

ingin masalah itu diselesaikan.

2. Kedua jika masalah ini tidak dapat diselesaikan dengan cara yang memuaskan hati Peserta, Peserta boleh

membuat aduan bertulis secara rasmi kepada:

Unit Khidmat Pelanggan (CSU) Suite 1B-3A, Level 3A, Blok 1B, Plaza Sentral Jalan Stesen Sentral 5 50470 Kuala Lumpur Waktu Operasi : Isnin hingga Jumaat 9:00 pagi -5:30 petang Tel: 1300 82 0022 E-mel: [email protected]

3. OMBUDSMAN PERKHIDMATAN KEWANGAN ATAU BANK NEGARA MALAYSIA

Jika Anda/Orang Yang Dilindungi tidak berpuas hati dengan maklum balas Kami atau keputusan unit pengurusan aduan Kami, Anda/Orang Yang Dilindungi boleh menghantar aduan sama ada kepada Ombudsman Perkhidmatan Kewangan (OPK) atau BNMTELELINK, Bank Negara Malaysia (BNM) di alamat berikut antara enam (6) bulan daripada keputusan Kami.

Ombudsman Perkhidmatan Kewangan (664393P) Level 14, Main Block, Menara Takaful Malaysia No. 4, Jalan Sultan Sulaiman 50000 Kuala Lumpur Tel: 603 2272 2811 Fax : 603 2272 1577 E-mail: [email protected] Website: www.ofs.org.my BNM Laman Informasi Nasihat dan Khidmat (LINK) Ground Floor, Blok D, Bank Negara Malaysia Jalan Dato’ Onn 50480 Kuala Lumpur Tel: 1-300-88-5465 (LINK) Fax: 03-2174 1515 E-mail: [email protected]

PROSEDUR ADUAN

STMAB/Takaful myElite PA/V02(BM)/09-2018

Page 15 of 16

Pihak yang menuntut adalah bertanggungjawab untuk memastikan bahawa tuntutan itu adalah untuk manfaat

di bawah Sijil Induk ini. Sebarang perbezaan dalam definisi skop perlindungan mengikut seperti yang dinyatakan

dalam Sijil Induk ini.

Disenaraikan di bawah adalah beberapa dokumen yang diperlukan untuk menyokong bukti tuntutan:

Tuntutan Kematian Akibat Kemalangan (termasuk Manfaat Khairat Kematian)

(A) Borang Tuntutan

(B) Salinan sijil kematian si mati

(C) Salinan permit pengebumian

(D) Salinan kad pengenalan pihak menuntut

(E) Laporan Polis

(F) Kenyataan Pakar Perubatan yang merawat (pilihan kecuali diminta oleh Kami)

(G) Sijil Asal Pelan Takaful (jika ada)

(H) Salinan bukti hubungan

Tuntutan Hilang Upaya Kekal Akibat Kemalangan

(A) Borang Tuntutan

(B) Salinan kad pengenalan pihak menuntut

(C) Salinan surat pemberhentian kerja daripada majikan (pilihan kecuali diminta oleh Kami)

(D) Laporan Panel Lembaga Perubatan

(E) Laporan Polis

(F) Laporan perubatan daripada doktor pakar yang merawat

Tuntutan Manfaat Kecederaan Akibat Ragut

(A) Borang Tuntutan

(B) Salinan kad pengenalan pihak menuntut

(C) Laporan Polis

Tuntutan Manfaat Pendapatan Harian Semasa di Hospital

(A) Borang Tuntutan

(B) Salinan kad pengenalan pihak menuntut

(C) Nota discaj atau resit wad atau apa-apa pernyataan / bil yang dikeluarkan oleh pihak hospital

(D) Laporan Polis jika dimasukkan ke hospital adalah disebabkan Kemalangan

(E) Laporan perubatan daripada hospital jika jumlah bil melebihi RM500

BORANG TUNTUTAN DAN DOKUMEN SOKONGAN (SALINAN MESTI DISAHKAN)

STMAB/Takaful myElite PA/V02(BM)/09-2018

Page 16 of 16

Pihak yang menuntut hendaklah menghantar borang tuntutan yang lengkap bersama-sama dengan dokumen-

dokumen sokongan yang berkaitan kepada:

Unit Khidmat Pelanggan (CSU)

Suite 1B-3A,

Level 3A, Blok 1B,

Plaza Sentral

Jalan Stesen Sentral 5

50470 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Isnin hingga Jumaat 9:00 pagi -5:30 petang

Tel: 1300 30 3007

E-mel: [email protected]

untuk Kami memproses tuntutan.