tajwid

11
Kita zuriat Adam, bukan zuriat Iblis Allah mengulangi kisah Adam dan Iblis di beberapa tempat dalam al-Quran. Barangkali bagi mereka yang kurang memahami al-Quran akan menganggap itu adalah pengulangan biasa yang tidak memberikan apa-apa impak yang berlainan. Sebenarnya, sudah pasti tidak! Al-Quran adalah kitab yang tersusun dengan segala mukjizat yang membuktikan kebesaran Allah Yang Menurunkannya. Pengulangan cerita itu disebabkan faktor-faktor tersendiri yang menuntut kisah Adam dan Iblis itu dibangkitkan semula. Kisah tersebut adalah tonggak panduan kepada kehidupan manusia atas muka bumi ini. Kisah Adam dan Iblis diketahui oleh semua Muslim, bahkan ia juga terkandung dalam Bible. Ringkas ceritanya Iblis yang enggan memberikan penghormatan kepada Adam seperti mana yang Allah perintahkan. Bahkan dia mempertikaikan arahan tersebut. Lantas dia dihukum kufur dan dilaknat. Sementara Adam yang ditempatkan di syurga, kemudiannya telah ditipu oleh Iblis yang menyebabkan dia melanggar arahan Allah agar jangan mendekati pokok larangan. Kesannya, dia dihukum dengan ditempatkannya di atas muka bumi namun disertai dengan keampunan dan rahmat Allah. Firman Allah dalam Surah al-Baqarah, ayat 34-37: (maksudnya) Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada malaikat: Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam”, lalu mereka semua tunduk melainkan Iblis; dia enggan dan takbur, dan menjadilah dia daripada golongan yang kafir. Dan Kami berfirman: Wahai Adam! Tinggalah engkau dan isterimu dalam syurga, dan makanlah daripada makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai, dan janganlah kamu berdua hampiri pokok ini; (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu daripada golongan zalim. Setelah itu maka syaitan menggelincirkan mereka berdua dari syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan dari nikmat yang mereka telah berada dalamnya dan Kami berfirman: Turunlah kamu! sebahagian kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati).

Upload: fuad663329

Post on 25-May-2015

3.719 views

Category:

Economy & Finance


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: tajwid

Kita zuriat Adam, bukan zuriat Iblis

Allah mengulangi kisah Adam dan Iblis di beberapa tempat dalam al-Quran. Barangkali bagi mereka yang kurang memahami al-Quran akan menganggap itu adalah pengulangan biasa yang tidak memberikan apa-apa impak yang berlainan.

Sebenarnya, sudah pasti tidak! Al-Quran adalah kitab yang tersusun dengan segala mukjizat yang membuktikan kebesaran Allah Yang Menurunkannya. Pengulangan cerita itu disebabkan faktor-faktor tersendiri yang menuntut kisah Adam dan Iblis itu dibangkitkan semula. Kisah tersebut adalah tonggak panduan kepada kehidupan manusia atas muka bumi ini.

Kisah Adam dan Iblis diketahui oleh semua Muslim, bahkan ia juga terkandung dalam Bible. Ringkas ceritanya Iblis yang enggan memberikan penghormatan kepada Adam seperti mana yang Allah perintahkan. Bahkan dia mempertikaikan arahan tersebut. Lantas dia dihukum kufur dan dilaknat. Sementara Adam yang ditempatkan di syurga, kemudiannya telah ditipu oleh Iblis yang menyebabkan dia melanggar arahan Allah agar jangan mendekati pokok larangan. Kesannya, dia dihukum dengan ditempatkannya di atas muka bumi namun disertai dengan keampunan dan rahmat Allah. Firman Allah dalam Surah al-Baqarah, ayat 34-37: (maksudnya) Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada malaikat: Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam”, lalu mereka semua tunduk melainkan Iblis; dia enggan dan takbur, dan menjadilah dia daripada golongan yang kafir. Dan Kami berfirman: Wahai Adam! Tinggalah engkau dan isterimu dalam syurga, dan makanlah daripada makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai, dan janganlah kamu berdua hampiri pokok ini; (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu daripada golongan zalim. Setelah itu maka syaitan menggelincirkan mereka berdua dari syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan dari nikmat yang mereka telah berada dalamnya dan Kami berfirman: Turunlah kamu! sebahagian kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati). Kemudian Nabi Adam menerima dari Tuhannya beberapa kalimah (kata-kata pengakuan taubat yang diamalkannya), lalu Allah menerima taubatnya; sesungguhnya Allah, Dia lah Yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani.

Pada mereka yang tidak faham kisah ini mungkin menganggap adanya ‘double standard dalam hukuman Tuhan terhadap dua makhluknya yang berbeza. Setiap mereka telah melakukan satu kesalahan, tetapi yang satu dihukum begitu berat sehingga kiamat, sementara satu yang lain dihukum dengan hukuman yang tidak kelihatan terlalu berat, bahkan diampun dan dirahmati. Sekali pandang tanpa penelitian, mungkin ada yang tersalah anggap, seakan Iblis memang sengaja hendak dihukum demikian rupa, sedangkan Adam pula diampunkan, padahal sama-sama melakukan satu kesalahan.

PenderhakaanSebenarnya tidak! Sama sekali tidak sama antara kesalahan Iblis dan Adam. Iblis menderhakai Allah atas kesombongan dan ketakburan. Dia bukan sahaja tidak taat kepada arahan Allah, tetapi dia mencabar peraturan atau hukum yang telah Allah tetapkan. Dia menganggap hukum itu tidak wajar, sekaligus dia mencabar kemutlakan hak Allah dalam menetapkan hukum. Sementara Adam melakukan penderhakaan disebabkan kecuaian, kesilapan dan mengikut perasaan sehingga melupai hukum. Dalam Surah al-A’raf, Allah menceritakan bagaimana jawapan Iblis terhadap

Page 2: tajwid

penderhakaannya, firman Allah: (maksudnya): Apakah yang menghalangmu untuk sujud ketika Aku perintahkanmu? Iblis menjawab: Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (Wahai Tuhan) jadikan daku daripada api, sedangkan dia Engkau jadikan dari tanah. (ayat 12). Namun Adam yang juga bersalah tidak pernah mencabar peraturan Allah. Adam tidak pernah menyatakan bahawa kewujudan pokok berkenaan di syurga amat tidak sesuai dan boleh mengelirukan maka dia tidak patut dianggap bersalah. Tidak pula Adam mempertikaikan mengapa Iblis itu diwujudkan dan diberi peluang menggodanya. Sebaliknya, dengan penuh keinsafan dan perasaan kehambaan akur atas kesalahan diri lantas memohon keampunan dan taubat. Dalam Surah al-A’raf juga Allah menyebut: (maksudnya) Dengan sebab itu dapatlah dia (Iblis) menjatuhkan mereka berdua (ke dalam larangan) dengan tipu dayanya. Setelah mereka memakan (buah) pohon itu, terdedahlah kepada mereka berdua aurat masing-masing, dan mereka mulailah menutupnya dengan daun-daun (daripada) syurga lantas Tuhan mereka menyeru mereka: Bukankah Aku telah melarang kamu berdua dari pokok itu, dan aku katakan kepada kamu, bahawa syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata? Mereka berdua berkata: Wahai Tuhan kami, Kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalaulah Engkau tidak mengampunkan kami dan kasihani kami, nescaya kami tergolong daripada orang-orang yang rugi. (ayat 22-23).

Kesalahan memang kesalahan. Namun titik tolak kesalahan dan sikap atas kesalahan amat berbeza antara Iblis dan Adam. Iblis bukan sahaja menderhaka, bahkan mempertikaikan atau meremehkan peraturan Allah. Sedangkan Adam dan isterinya, apabila melakukan dosa, menginsafi diri dan memohon keampunan Allah atas dosa tersebut. Justeru itu, hukuman Allah ke atas dua makhluknya itu tidak sama disebabkan perbezaan nilai kesalahan, bukan kerana Tuhan itu menghukum secara double standard.

Kisah Iblis dan Adam diulang berkali-kali dalam al-Quran agar kita mengambil pengajaran dalam kehidupan. Setiap ulangan ada isu dan pengajarannya yang tersendiri. Kita seperti bapa kita Adam, terdedah kepada salah dan silap, cuai dan alpa yang akhirnya menjerumuskan kita ke dalam dosa. Namun, seperti mana bapa kita Adam, kita tidak akan mempertikaikan hukum atau peraturan yang Allah tetapkan. Kita akui kelemahan diri, tanpa kita menghalalkan kesalahan dan dosa dengan alasan yang menunjukkan kita meremehkan hukum Tuhan. Kita bukan Iblis yang apabila berdosa bersikap takbur dan enggan akur atas kelemahan diri, sebaliknya menuding kesalahan kepada peraturan yang Allah tetapkan. Sesiapa yang bertindak seperti Iblis, maka dia menjadi kafir. Sementara sesiapa yang bersikap seperti Adam, maka dia mendapat keampunan Tuhannya. Allah menceritakan kisah bapa kita Adam, agar kita mencontohinya apabila melakukan kesalahan. Melakukan kesalahan bukan perkara yang paling menimbulkan kemurkaan Allah, tetapi enggan akur dan bertaubat itulah membawa kemurkaan besar di sisi-Nya. Kita anak Adam, teladani sikap bapa kita. Sabda Nabi SAW. Semua anak Adam melakukan kesalahan. Sebaik-baik yang melakukan kesalahan itu ialah mereka yang bertaubat (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah, dinilai hasan oleh al-Albani).

KafirKisah Adam dan Iblis menjadi paksi dalam banyak episod kehidupan insan. Sebab itu dalam Islam sesiapa yang membuat dosa dan menghalalkan tindakannya maka dia menjadi kafir. Sementara sesiapa yang membuat dosa namun tidak menghalalkannya maka dia dianggap sebagai seorang fasik (ahli dosa), namun tidak membawa kepada kufur. Melainkan jika dia bertaubat. Ini seperti sesiapa yang tidak berpuasa Ramadan tanpa sebab yang diizinkan oleh syarak, maka dia berdosa dan menjadi fasik. Namun jika dia menghalalkan perbuatannya itu seperti menyatakan ‘bagi aku tidak salah jika aku tidak berpuasa pun’, atau dia mempertikaikan hukum seperti dia menyatakan ‘syariat puasa itu tidak sesuai atau tidak ada sebarang faedah untuk kita ikut’ maka dia menjadi kafir, terkeluar dari Islam. Ini kerana dia mempertikaikan atau mencabar Allah Yang Maha Agong. Perbuatan yang seperti itulah yang dilakukan oleh Iblis lalu dihukum kufur oleh Allah. Sama juga dengan pelaku dosa. Jika seseorang berzina maka dia berdosa dan fasiq (fasik). Namun, jika

Page 3: tajwid

menghalalkan perbuatan zina seperti menyatakan ‘apa salahnya jika suka sama suka’, atau dia menyatakan ‘jika pasangan dah rela, mana boleh berdosa’, atau menyebut ‘zina macam sedekah, jika orang bagi tidak salah kita mengambilnya’ maka pengucap ungkapan-ungkapan yang seperti ini terkeluar dari Islam. Ini kerana dia telah mempertikaikan hukum Allah dan mencabar apa yang telah ditetapkan-Nya. Dia seperti Iblis, yang mempertikaikan arahan Allah. Melainkan jika dia hilang akal atau gila atau apa sahaja yang menunjukkan dia tidak bermaksud mempertikaikan, atau meremehkan hukum Allah sama sekali

Saya amatlah terkejut apabila ada ‘orang politik’ yang sanggup menyamakan zina yang dia akui melakukannya dengan sedekah yang disuruh oleh Islam. Sanggup dia menghalalkan perbuatannya yang buruk itu atas alasan dia diumpan oleh orang lain, maka itu baginya macam sedekah yang jika ‘diberi boleh diambil’. Alangkah buruk perbuatan dan akidahnya. Dia samakan perkara yang Allah murka dengan perkara yang Allah suka. Apa yang lebih pelik, tidak pula kedengaran dengan jelas tokoh-tokoh agama dalam kem politik ‘si celupar itu’ mengulas perkara ini. Padahal ramai di kalangan mereka yang begitu tangkas dan cepat bertindak jika ada ucapan-ucapan yang menyalahi agama dibuat oleh musuh-musuh politik mereka. Bahkan ucapan yang masih lagi samar dan boleh diberi maksud yang berbagai-bagai pun dibantai sampai tidak cukup tanah. Tiba-tiba apabila kena giliran sahabat sendiri yang mengucapkan perkataan yang buruk lagi parah itu, ramai yang menyepi diri. Tiada yang berani menyuruh dia bertaubat dan menarik balik secara terbuka, bukan menyuruh orang lain ‘berbahasa’ untuknya. Di mana isu-isu agama dan moral yang diperkatakan selama ini? Ternyata, hukuman politik berbau agama tidak sama dengan pendirian agama mengenai isu politik. Bukan saya ingin bermusuh dengan sesiapa. Kolum saya ini telah mengambil risiko menegur rakyat dan pemerintah. Apakah mereka hanya dapat terima apabila saya menegur pemerintah, tetapi membantah jika mereka ditegur? Atau apakah mereka hanya berani menegur pemerintah dan mendiamkan diri apabila kesalahan itu dibuat oleh ‘geng sendiri’? Sabda Nabi saw: Sesungguhnya yang membinasakan mereka yang terdahulu dari kamu adalah; apabila orang yang berkedudukan mencuri maka mereka biarkan, jika orang yang lemah mencuri maka mereka laksanakan hukuman ke atasnya. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Berbalik kepada kisah Adam dan Iblis. Kisah ini menjadi teras dalam akidah Islam. Islam agama yang akur bahawa insan sentiasa terdedah kepada dosa dan kesalahan. Selagi mana insan insaf bahawa kesalahan itu berpunca daripada kelemahan dirinya sendiri, dia mempunyai ruang untuk kembali dan bertaubat kepada Allah. Namun apabila insan yang melakukan dosa itu sombong dan bongkak dengan merasakan dia tidak bersalah atas perbuatannya, maka tempatnya bersama dengan Iblis yang menghuni tetap neraka yang amat dahsyat. Firman Allah dalam Surah Sad: (maksudnya) (setelah selesai kejadian Adam) maka sujudlah sekalian malaikat, semuanya sekali, – Melainkan Iblis; dia berlaku sombong takbur (mengingkarinya) serta menjadilah dia dari golongan yang kafir. Allah berfirman: Hai lblis! apa yang menghalangmu dari turut sujud kepada (Adam) yang Aku telah ciptakan dengan kekuasaanKu? Adakah engkau berlaku sombong takbur, ataupun engkau dari golongan yang tertinggi? Iblis menjawab: Aku lebih baik daripadanya; Engkau (Wahai Tuhanku) ciptakan daku dari api, sedang dia Engkau ciptakan dari tanah. Allah berfirman: Kalau demikian, keluarlah engkau daripadanya, kerana sesungguhnya engkau adalah makhluk yang diusir dan sesungguhnya engkau ditimpa laknatKu terus menerus hingga ke hari kiamat!. Iblis berkata: Wahai Tuhanku! jika demikian, berilah tempoh kepadaku hingga ke hari mereka dibangkitkan (hari kiamat). Allah berfirman: Dengan permohonanmu itu, maka sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh, hingga ke hari yang termaklum. Iblis berkata: Demi kekuasaanmu (Wahai Tuhanku), aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hambaMu (zuriat Adam) yang dibersihkan. Allah berfirman: Maka Akulah Tuhan Yang sebenar-benarnya, dan hanya perkara Yang benar Aku firmankan – Demi sesungguhnya! Aku akan memenuhi neraka jahannam dengan jenismu dan dengan orang-orang yang menurutmu daripada zuriat-zuriat Adam (yang derhaka) semuanya. (ayat 73-85).

Page 4: tajwid

Setiap kita ini ada kelemahan diri dan kesalahan yang kita lakukan. Namun sebagai insan yang merupakan zuriat Adam, kita sentiasa akur atas kelemahan dan kesalahan, inginkan keampunan serta memohon kemaafan Tuhan selalu. Kita tidak akan mempertikaikan apa yang telah Allah nyatakan dalam kitab-Nya al-Quran atau dalam sunnah yang sahih daripada Nabi Muhammad saw Jika kita gagal melaksanakan perintah Allah, atau melanggar larangannya kita akan akui kelemahan diri, memohon agar dikurniakan taubat yang ikhlas. Sama sekali kita tidak kata hukum Allah tidak baik. Atau tidak sesuai. Atau halal dan haram itu sama sahaja. Atau, bagiku perkara yang Allah haramku itu tidak haram. Tidak! Sama sekali tidak! Hanya pengikut Iblis yang mengucapkan seperti itu. Kita akan menyebut apa yang Allah ajar: (maksudnya) Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. (Surah al-Baqarah, ayat 286)

Oleh MOHD. RADZI MOHD. ZIN

Hassan Azhari

AYAT di atas menekankan kepentingan mempelajari kaedah pembacaan al-Quran yang betul mengikut ilmu tajwid.

Apabila bercakap mengenai ilmu tajwid, antara nama yang sering meniti di bibir sebahagian besar umat Islam di Malaysia ialah Datuk Hassan Azhari, 80, atau dikenali juga sebagai Ustaz Hassan.

Penulis masih teringat cara beliau memuncungkan bibir untuk sebutan isymam dan pelbagai mimik muka dalam rancangan Mukaddam yang popular di RTM1 sekitar awal tahun 1980.

Sebenarnya, penglibatan anak kelahiran Mekah ini dalam bidang pengajian al-Quran di Malaysia bermula sejak awal penghijrahannya dari Mekah ke Selangor ketika berusia lapan tahun.

Bagaimanapun, antara khidmat beliau yang amat wajar diberi penghargaan adalah penglibatan beliau sebagai hakim tilawah al-Quran baik di peringkat kebangsaan mahu pun antarabangsa.

Atas keikhlasan menabur bakti itulah, anak pasangan Azhari Abdul Khaliq juga tokoh agama terkenal di Selangor dan Fatmah Abdul Hakim ini diberi anugerah pada tilawah antarabangsa ke- 50 yang lalu kerana telah 50 kali bertugas sebagai hakim tilawah. Ia boleh disamakan dengan sambutan

Page 5: tajwid

Jubli Emas sebagai hakim tilawah antarabangsa. Di peringkat kebangsaan pula, Hassan telah menjadi hakim selama 51 tahun iaitu sejak ia mula diperkenalkan.

Sesungguhnya ia adalah satu rekod yang luar biasa dan sukar digugat oleh mana-mana orang di dunia ini. Walaupun kepakarannya dalam ilmu tajwid sudah terserlah, Hassan masih terus menimba ilmu.

Beliau menggunakan kesempatan bertemu dengan para hakim tajwid luar negara terutama Mesir untuk memperbaiki bacaan.

“Semakin saya mempelajari al-Quran saya merasakan ilmu yang saya miliki adalah terlalu sedikit dan tidak ada tamatnya.

“Saya tidak pernah mengatakan diri saya cukup pandai. Malahan masih ada kekurangan pada saya, maka saya selalu mempelajari (ilmu tajwid) dari semasa ke semasa,” kata beliau membuka bicara.

Dibesarkan dalam suasana dan persekitaran keluarga dan masyarakat Arab yang berilmu dan beragama memudahkan lagi beliau menguasai ilmu agama dan juga kemahiran membaca al-Quran.

Beliau mempelajari al-Quran secara formal sejak kecil di Mekah iaitu di peringkat rendah di Madrasah Dar al-Ulum, Mekah. Antara guru al-Quran beliau di sini ialah Sheikh Yasin al-Fadani dan di Masjidil Haram, gurunya ialah Sheikh Ismail Tamim (salah seorang imam masjid di Mekah).

BertallaqqiBagaimanapun, pengajian bertallaqqi dengan Sheikh Ismail tidak sempat sehingga khatam kerana beliau terpaksa meninggalkan Mekah mengikuti bapanya yang menetap di Malaya selepas dilantik sebagai guru agama oleh Kerajaan Negeri Selangor ketika itu.

Takdir Allah, Sheikh Ismail kemudian datang ke Malaysia dan ini membuka peluang kepada Hassan menyambung pengajian yang terhenti sebelum ini.

Selain itu, beliau juga mempelajari al-Quran secara tidak formal melalui guru-guru agama dari Indonesia dan Patani.

Berkat didikan ibu bapa dan kesungguhan menuntut ilmu, dalam usia 10 tahun beliau menghafaz 10 juzuk al-Quran di bawah bimbingan Sheikh Ismail.

Pengajian beliau sekali lagi terhenti apabila gurunya terpaksa kembali ke Mekah apabila tentera Jepun masuk ke Malaya.

Menjadi pakar dalam bidang al-Quran bukanlah mudah. Selain perlu mempunyai tahap pengetahuan bahasa Arab yang baik, seseorang itu perlu juga memiliki ilmu tajwid yang mantap, mempunyai kemahiran bertarannum dan mempunyai suara yang merdu.

Gabungan ‘ramuan’ ini bagaimanapun ada pada Hassan walaupun beliau lebih dikenali sebagai pakar ilmu tajwid. Buktinya, beliau pernah muncul sebagai Johan Tilawah al-Quran Se-Malaya ketika berusia 23 tahun. Ia diadakan di Masjid Jamek Abu Bakar, Johor Bahru pada 4 September 1947.

Bakat seninya ibarat ‘kuah tumpah ke nasi’. Sebabnya, bapa beliau amat berkemahiran dalam ilmu qasidah manakala ibunya pula bersuara merdu dan lunak serta berkebolehan menyanyikan lagu marhaban serta berkebolehan memukul tabla.

Page 6: tajwid

Walaupun sudah memiliki kemahiran dalam ilmu tajwid, Hassan masih merasa ia belum mencukupi. Ini menyebabkan beliau kembali semula ke Mekah untuk menyambung pengajian al-Quran secara tidak formal selama enam tahun.

Selain di Mekah, Mesir juga menjadi destinasi beliau menuntut ilmu al-Quran. Sebabnya di sana, ilmu agama dan al-Quran banyak disampaikan di masjid-masjid secara percuma. Namun, Hassan lebih selesa bertemu secara terus (talaqqi) dengan guru sama ada di rumah atau di tempat lain.

Menurut Hassan, pengajian tarannum dan qiraat bermula di Mesir pada tahun 1948. Gurunya dalam tarannum antaranya ialah Sheikh Saiyid Mahmud Lutfi Amir dan Sheikh Mahmud Amin Tantawi.

“Antara guru qiraat saya ialah Sheikh Mahmud al-Bukhari dan Sheikh Muhammad Abdul Samad al-Jambi,” tambah beliau.

Pada awal penglibatannya sebagai hakim, Hassan berkata, beliau diberi tugas di bahagian lagu dan suara.

“Pada peringkat awal dulu, hakim tilawah cuma empat orang. Setiap seorang kena menjaga aspek lagu, suara, tajwid dan fasahah manakala seorang lagi menjadi Pengerusi Jemaah Hakim.

“Ini agak menyukarkan kerana kita tidak boleh memberi tumpuan dalam bahagian tertentu. Namun, alhamdulillah kini kaedah penghakiman adalah lebih teratur,” katanya.

Disebabkan keahlian dalam bidang al-Quran, beliau turut dijemput sebagai hakim tilawah di luar negara seperti Mekah, Mesir, Dubai dan Iran selain rantau ASEAN meliputi Indonesia, Brunei, Thailand dan Singapura.

Bilangan anak muridnya pula tentulah tidak dapat dibilang. Namun, antara mereka yang berjaya dalam tilawah al-Quran ialah Fasihah Hashim, Datuk Mohammad Hasri, Hanbali Abdul Salam dan Shafie Kati.

Menurut Hassan, pada awal tilawah diadakan bidang lagu tidak begitu dipentingkan kerana walaupun boleh membaca satu lagu sudah mencukupi.

Katanya, kira-kira tiga empat tahun selepas itu barulah diperkenalkan harakat lagu yang terbahagi kepada empat tingkatan (tabaqah).

“Selepas 10 tahun, lagu-lagunya semakin dipelbagaikan sehingga ada lagu jawab selain lagu seperti bayati, sikah, soba, nahwand, ras, hijaz, a’ajam dan asas lagu tawayih selain pecahan lagu jaharka dan kurdi,” jelasnya.

Hassan menambah, untuk menjadi ahli lagu seseorang itu mesti mempunyai mutu suara yang baik selain nafas yang panjang.

“Lagu pun kena ikut kepada ayat al-Quran. Kalau ia menceritakan tentang azab Allah seperti neraka, maka lagunya kena berbentuk sedih,” katanya.

Ditanya tentang sesetengah pandangan yang menolak membaca al-Quran secara berlagu, Hassan berkata, menurut mazhab Syafie ia dibolehkan dengan syarat jangan salah semasa membaca.

Dalam hal ini, Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang tidak berlagu dengan al-Quran, maka bukanlah dia daripada golongan kami”. (riwayat Abu Daud)

Page 7: tajwid

Sebab itulah al-Quran yang mengandungi cahaya, hidayah, petunjuk dan penjelasan itu perlu dipelajari kaedah membacanya dengan betul agar makhraj hurufnya disebut dengan tepat dan mengikut lahjah Arab.

Hassan juga meminati bidang seni suara iaitu nasyid. Selain mahir bermain alat muzik nasyid seperti gendang, tabla, gambus dan sebagainya beliau berkebolehan mencipta lagu nasyid.

Malah beliau mempunyai kumpulan nasyid yang ditubuhkan sebelum tahun 1950 iaitu ‘Firqah al-Sahra’ dan ‘Firqah al-Hilal’ yang diketuai oleh anak didiknya, Habibah Yaakob.

Dianggarkan lebih 70 lagu nasyid pernah dicipta setakat ini. Antara lagu nasyid ciptaan beliau yang popular satu masa dahulu adalah Nahnu Abna’u al-Amal, Kalamun Qadimun La Yamalluhu Sana’hu, Quran Pimpinan Manusia dan Harapan Negara.

Atas sumbangan dan khidmat dalam bidang pembacaan al-Quran, Hassan dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 1423H bersamaan tahun 2002 selain beberapa anugerah seperti Tokoh Guru Agama Negeri Selangor tahun 1989 dan Tokoh Maal Hijrah Wilayah Persekutuan pada tahun 1990.

Ditanya mengenai formula menarik masyarakat mempelajari ilmu tajwid, Hassan berkata, jangan mengajar ilmu ini banyak-banyak untuk mengelak murid jadi jemu.

“Satu hari satu hukum pun cukup dan kita bagi misal (contoh) dulu. Ilmu tajwid ini luas sampai mati pun tidak akan habis kita mempelajarinya,” kata beliau.

Di sebalik kehebatan beliau dalam bidang al-Quran, Hassan tidak pernah meninggi diri dan sentiasa mudah mesra dengan sesiapa walaupun baru pertama kali bertentang mata.

Pesanan beliau, jika terlalu sibuk dengan urusan harian, bacalah sekurang-kurangnya tiga atau empat ayat al-Quran dalam sehari kerana ini juga menjadikan kita sebagai insan yang hampir kepada al-Quran, tambahan pula membaca al-Quran adalah ibadat.