tajuk1

14
KPLI KPLI Pengurusan GERKO

Upload: salbinarabi

Post on 07-Sep-2015

223 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Tajuk1.ppt

TRANSCRIPT

  • KPLIPengurusan GERKO

  • Apakah kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan???Sejauhmanakah Institusi anda telah memainkan peranannya untuk memenuhi hasrat FPK???Apakah peranan yang telah anda mainkan???

  • Pengenalan Kepada Gerak Kerja KokurikulumKonsep dan Matlamat

    Gerak Kerja Kokurikulum (GERKO) adalah aktiviti-aktiviti yang bercorak pendidikan yang dikendalikan di dalam atau di luar bilik darjah yang menyediakan pengalaman-pengalaman pembelajaran.

    Aktiviti-aktiviti kokurikulum meliputi unit beruniform, sukan dan persatuan .

    Pada asasnya, gerak kerja kokurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum sekolah dan setiap pelajar wajib melibatkan diri.

    Aktiviti-aktiviti kokurikulum merupakan penyokong kepada pencapaian akademik.

  • Matlamat Pendidikan.

    adalah penting untuk menyemai, memupuk dan menanam perasaan kekitaan atau espirit de corps di antara pelajar berbagai keturunan yang mempunyai latar belakang dan cara hidup yang berlainan. Ia juga bertujuan melatih pelajar supaya bersikap bertanggungjawab. Kegiatan ini juga boleh melatih mereka berdisiplin, berdikari dan berkemahiran dalam sesuatu lapangan yangmereka sertai (Laporan JK Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran, 1979)

  • Sebagai satu bidang pendidikan, penglibatan semua pelajar adalah perlu dan berasaskan kepada anggapan:

    semua murid harus mempunyai perseimbangan antara perkembangan mental (akademik)dengan perkembangan sahsiah yang bersepadu (sosial, jasmani dan rohani)

    semua murid mempunyai minat dan bakat yang boleh dimajukan.

    semua murid boleh dididik dan boleh pula mendidik diri sendiri.

    sekolah bertanggungjawab bagi melahirkan murid-murid untuk keperluan masyarakat dan negara.

    masyarakat juga bertanggungjawab dan memainkan peranan mereka dalam mendidik murid-murid, termasuklah pendidikan kemasyarakatan.

  • Peningkatanminat, bakat dan kemahiran murid disiplin murid suasana sekolah yang lebih menarik penglibatan ibu bapa dan masyarakat

    Pengukuhaninteraksi dan integrasi murid (pengayaan) yang dipelajari dalam bilik darjah

    Perseimbanganperkembangan mental dan sahsiah

    Pengisianmasa lapang muridMatlamat Lain yang boleh dirumuskan:

  • Matlamat khusus pendidikan Kokurikulum :

    Menyemai perasaan muhibah, perpaduan dan integrasi nasional di kalangan generasi muda.

    Menggalakkan peningkatan disiplin pelajar.

    Memperkenalkan pengalaman yang menyeluruh dan keseimbangan dengan pendidikan formal.

    Menanam, memupuk dan memberi latihan awal dari aspek kepimpinan, sahsiah dan kemasyarakatan di kalangan pelajar.

    Menyumbangkan usaha membina iklim, budaya dan tempat belajar yang menarik dan menyeronokkan.

  • Matlamat khusus pendidikan Kokurikulum :

    Menwujudkan perimbangan antara perkembangan intelek dengan perkembangan jasmani, rohani dan emosi.

    Mengisi masa lapang dengan berfaedah.

    Menyemai nilai-nilai pendidikan dalam gerak kerja kokurikulum.

  • Objektif pendidikan Kokurikulum :

    Dapat membantu pelajar membina dan menanamkan sifat-sifat seperti berikut :

    Percaya kepada TuhanBeradab dan bertatasusilaTaat BertanggungjawabJujurDapat mengawal diri dan emosiTolong-menolongMenjaga kebersihanKasih sayangBertimbang rasa dan bertolak ansurBercita-cita

  • Objektif pendidikan Kokurikulum :

    Dapat membantu pelajar membina dan menanamkan sifat-sifat seperti berikut :

    GembiraMempunyai keyakinan diri dan cekal hatiBerfikiran tajam, logik dan rasionalBerdikariBerkreatif

  • Strategi pelaksanaan seperti berikut:

    memberi :

    wajaran yang sesuai kepada gerak kerja kokurikulum supaya kurikulum dan gerak kerja kokurikulum boleh saling melengkapi dalam proses pendidikan di sekolah.

    penghargaan kepada murid dan pihak lain, dari semasa ke semasa.

    menambahkan lagi bilangan dan mempelbagaikan gerak kerja kokurikulum, dengan tujuan memberi peluang kepada semua murid melibatkan diri dengan aktif secara individu, kumpulan dan beramai-ramai.

    Melibatkan :

    murid dari semua kaum ( di mana yang sesuai) untuk tujuan pemupukan perpaduan.

    murid dan pihaksekolah dalam gerak kerja khidmat masyarakat

    PIBG, guru-guru dan murid-murid dalam perancangan dan pelaksanaan gerak kerja kokurikulum

    Merancang dengan teliti gerak kerja kokurikulum bagi menetapkan matlamat yang dikehendaki.

    Merekod dan menilai kemajuan gerak kerja kokurikulum yang dijalankan.

    Mengadakan pertandingan dengan melibatkan semua murid.

    Penyeliaan dan penilaian yang sistematik secara berterusan

  • Bidang tugas guru dalam sesebuah persatuanMemberi panduan, nasihat, bimbinganMemastikan polisi KPM, PPD, JPN dan sekolah dilaksanakan dgn berkesanPenasihat kpd mesyuarat j/k dan mesyuarat agongHadir dan mainperanan secara aktif semasa latihan, perjumpaan, perkhemahan dll aktiviti persatuanPengantara antara pihak pentadbiran dgn pelajar

  • Menurut pandangan anda (berdasarkan pengalaman bertugas di IPT), apakah faktor yang akan menjadi pemangkin utama kejayaan sesebuah persatuan?

  • Faktor pemangkin kejayaan sesebuah persatuanKomitmen guru/pensyarah penasihatPemantauan, perhatian, polisi dan sokonagn moral serta kewangan dari pentadbir.Kerjasama persatuan induk, masyarakat setempat dan agensi luar.Budaya sekolah dan budaya masyarakat setempatKomitmen, sokongan moral serta kewangan drpd ibubapaKomitmen, kesungguhan dan kerjasama drpd pelajar yg menyertai sesebuah persatuan