tajuk 7 mengubah sikap dan tingkahlaku melalui komunikasi

23
1 MENGUBAH SIKAP DAN TINGKAH LAKU UNIT PELAJARAN 7 MENGUBAH SIKAP DAN TINGKAH LAKU MELALUI KOMUNIKASI HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini anda diharapkan dapat: 1. Menjelaskan apakah yang dikatakan sikap dan tingkah laku. 2. Menghuraikan sekurang-kurang satu teori sikap dan satu teori tingkah laku. 3. Membincangkankan faktor-faktor yang membawa kepada perubahan sikap dan tingkah laku. 4. Menghuraikan hubungan sikap dan tingkah laku. 5. Mengaplikasikan pendekatan komunikasi dalam mengubah tingkah laku murid. PENDAHULUAN Antara peranan utama guru ialah mengubah sikap dan tingkah laku murid. Untuk melakukan tugas ini bukanlah sesuatu yang mudah. Ia memerlukan kemahiran, ketahanan jiwa, iltizam yang tinggi, kesungguhan dan yang paling penting lagi ialah ilmu dan kemahiran dalam mengubah sikap dan tingkah laku. Ramai guru yang beranggapan bahawa sikap dan tingkahlaku itu adalah sama. Oleh itu, jika sikap berubah, maka berubahlah tingkah laku dan begitu jugalah sebaliknya. Sebenarnya, tanggapan seperti ini tidaklah tepat. Kajian-kajian membuktikan bahawa ada kalanya sikap telah berubah tetapi tingkah lakunya masih kekal sedangkan ada juga kalanya sikap tidak berubah tetapi tingkah lakunya telah berubah. APAKAH SIKAP? Chaney dan Martin (2000) menyatakan sikap adalah menyentuh tentang suka atau tidak suka terhadap sesuatu seperti orang, objek atau situasi manakala Guirdham (1990), menyatakan sikap sebagai kecenderongan untuk menyukai atau tidak menyukai sesuatu objek, orang atau situasi. Pearson dan rakan-rakan (2011) dan Devito (2009) mendefinisikan sikap sebagai kesediaan untuk bertindak secara baik atau tidak terhadap seseorang, objek, idea, atau situasi. Trenholm dan Jensen (2009) pula menyatakan sikap sebagai penilaian umum terhadap objek rangsangan. Berdasarkan kepada definisi-definisi di atas, dapatlah dirumuskan bahawa sikap mempunyai hubungan dengan kecenderongan untuk menyukai atau tidak menyukai sesuatu sama ada manusia, benda, peristiwa, pekerjaan dan malah segala-galanya. Contohnya, jika kita mengatakan kita suka akan seseorang, itu adalah sikap kita terhadapnya. Maka, tercetuslah sikap positif atau negatif terhadapnya. Oleh itu, sikap mesti dikaitkan dengan sesuatu objek. Jika tidak, ianya tidak membawa apa-apa makna (Pride & Ferrell, 1989). Ia tidak kira sama ada

Upload: -

Post on 27-Oct-2015

129 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

Page 1: TAJUK 7 Mengubah Sikap Dan Tingkahlaku Melalui Komunikasi

  1  MENGUBAH SIKAP DAN TINGKAH LAKU

UNIT PELAJARAN 7

MENGUBAH SIKAP DAN TINGKAH LAKU MELALUI KOMUNIKASI

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir unit ini anda diharapkan dapat:

1. Menjelaskan apakah yang dikatakan sikap dan tingkah laku. 2. Menghuraikan sekurang-kurang satu teori sikap dan satu teori tingkah laku. 3. Membincangkankan faktor-faktor yang membawa kepada perubahan sikap dan tingkah

laku. 4. Menghuraikan hubungan sikap dan tingkah laku. 5. Mengaplikasikan pendekatan komunikasi dalam mengubah tingkah laku murid.

PENDAHULUAN

Antara peranan utama guru ialah mengubah sikap dan tingkah laku murid. Untuk melakukan tugas ini bukanlah sesuatu yang mudah. Ia memerlukan kemahiran, ketahanan jiwa, iltizam yang tinggi, kesungguhan dan yang paling penting lagi ialah ilmu dan kemahiran dalam mengubah sikap dan tingkah laku. Ramai guru yang beranggapan bahawa sikap dan tingkahlaku itu adalah sama. Oleh itu, jika sikap berubah, maka berubahlah tingkah laku dan begitu jugalah sebaliknya. Sebenarnya, tanggapan seperti ini tidaklah tepat. Kajian-kajian membuktikan bahawa ada kalanya sikap telah berubah tetapi tingkah lakunya masih kekal sedangkan ada juga kalanya sikap tidak berubah tetapi tingkah lakunya telah berubah.

APAKAH SIKAP? Chaney dan Martin (2000) menyatakan sikap adalah menyentuh tentang suka atau tidak suka terhadap sesuatu seperti orang, objek atau situasi manakala Guirdham (1990), menyatakan sikap sebagai kecenderongan untuk menyukai atau tidak menyukai sesuatu objek, orang atau situasi. Pearson dan rakan-rakan (2011) dan Devito (2009) mendefinisikan sikap sebagai kesediaan untuk bertindak secara baik atau tidak terhadap seseorang, objek, idea, atau situasi. Trenholm dan Jensen (2009) pula menyatakan sikap sebagai penilaian umum terhadap objek rangsangan.

Berdasarkan kepada definisi-definisi di atas, dapatlah dirumuskan bahawa sikap mempunyai hubungan dengan kecenderongan untuk menyukai atau tidak menyukai sesuatu sama ada manusia, benda, peristiwa, pekerjaan dan malah segala-galanya. Contohnya, jika kita mengatakan kita suka akan seseorang, itu adalah sikap kita terhadapnya. Maka, tercetuslah sikap positif atau negatif terhadapnya. Oleh itu, sikap mesti dikaitkan dengan sesuatu objek. Jika tidak, ianya tidak membawa apa-apa makna (Pride & Ferrell, 1989). Ia tidak kira sama ada

Page 2: TAJUK 7 Mengubah Sikap Dan Tingkahlaku Melalui Komunikasi

  2  MENGUBAH SIKAP DAN TINGKAH LAKU

                       

                             Perasaan  

objek itu boleh dilihat atau tidak, hidup atau mati dan sebagainya. Contohnya sikap terhadap seks, agama, politik, buku dan sebagainya.

Sikap berakar umbi pada tingkahlaku dan emosi kita (Weaver dlm. Chaney dan Martin, 2000). Satu huraian klasik tentang sikap ialah proses pengorganisasian motivasi, emosi, persepsi dan kognitif yang tidak mudah luntur terhadap sesetengah aspek persekitaran kita. Oleh itu, sikap dipengaruhi oleh keperluan, perasaan dan kepercayaan kita (Guirdham, 1990).

Kadangkala kita dapati sikap individu seseorang bertentangan dengan kehendak budaya dan masyarakat. Sikap masyarakat pula berakar umbi dari budaya masyarakat itu sendiri. Contohnya, sikap masyarakat terhadap kaum wanita. Ada Negara seperti U.S.A meletakkan kaum wanita setara dengan kaum lelaki. Ini bermakna, apa juga yang dilakukan oleh kaum lelaki, boleh dilakukan oleh kaum wanita dan menerima gaji yang sama seperti kaum lelaki. Sebaliknya, di sesetengah Negara kaum wanita tidak diberikan kebebasan yang sama seperti lelaki. Contohnya, di Arab Saudi, Libya dan Kenya kaum wanita tidak dibenarkan memandu kereta dan digalakkan tinggal di rumah untuk menguruskan rumah tangga dan hanya menjadi subordinat kepada kaum lelaki.

Teori Sikap

Huraian klasik tentang sikap telah menghasilkan teori yang dinamakan sebagai Teori Tiga Komponen (Tri-component Theory) yang mengatakan bahawa sikap itu mengandungi tiga komponen utama iaitu kepercayaan (beliefs) yang terangkum dalam komponen kognitif, perasaan (feelings), terangkum dalam komponen afektif dan kecenderongan bertindak (action tendencies) yang terletak di dalam komponen conatif. Hubungan antara ketiga-tiga faktor ini adalah bertindan lapis tetapi tidak sama (Guirdham, 1990). Lihat gambar rajah 7.1 di bawah:

Rajah 7.1 = Sikap

Kepercayaan (komponen kognitif)

Kepercayaan  

Andaian    

 

 

 

                 

Niat  

Page 3: TAJUK 7 Mengubah Sikap Dan Tingkahlaku Melalui Komunikasi

  3  MENGUBAH SIKAP DAN TINGKAH LAKU

Komponen kepercayaan ini terbahagi kepada dua, pertama, apa yang seseorang itu percaya sebagai fakta kepada sesuatu situasi (kepercayaan informasi) dan, kedua, apa yang ia percaya sebagai merit, demerit, betul, salah, faedah atau kos dalam situasi yang berbeza-beza. Itulah kepercayaan evaluatif iaitu hasil penilaiannya terhadap sesuatu (Guirtham, 1990). Komponen ini berkait dengan pengetahuan, pandangan, keyakinan dan bagaimana ia mempersepsikan objek itu. Contohnya, Ketua Pengarah Pelajaran (KPP) percaya bahawa terdapat ramai guru yang kurang terlatih (kepercayaan informasi) dan bagi meningkatkan kecekapan, kemahiran dan pengetahuan mereka, mereka perlu mengikuti kursus-kursus pedagogi dan kepimpinan (kepercayaan evaluatif). Kombinasi maklumat-maklumat ini mempengaruhi sikap KPP berkenaan terhadap situasi dan dengan itu beliau mencadangkan penambahan belanjawan tahunan untuk latihan dalam perkhidmatan guru-guru.

Perasaan (komponen afektif)

Ia merujuk kepada perasaan seseorang secara menyeluruh atau penilaian terhadap sesuatu situasi. Ini termasuklah perasaan rasa senang atau tidak terhadap sesuatu objek, suka atau tidak, dan minat atau tidak. Komponen ini boleh diukur dengan menggunakan skala “sangat lemah” kepada “sangat kuat” atau “ sangat tidak suka” kepada “sangat suka” dan sebagainya lagi (Guirdham, 1990). Dalam kes guru kurang latihan tadi, mungkin KPP merasakan/menilainya “sangat tidak memuaskan” atau “tidak memuaskan” dan merasakan perlunya latihan kemahiran diberikan kepada guru-guru.

Conation

Ia merujuk kepada kecenderongan untuk bertindak dengan sesuatu cara yang konsistan dengan sikap (Guirdham, 1990). Ia adalah perilaku atau komponen tindakan. Komponen ini menunjukkan intensity sikap iaitu kuat atau lemahnya kecenderongan bertindak atau berperilaku terhadap objek sikap itu. Sebagai contoh, dalam kes guru-guru yang kurang latihan tadi, selaku KPP, beliau bersedia untuk meluluskan belanjawan bagi melatih guru-guru.

Sikap adalah dipelajari atau dicari, bukan dibawa lahir. Sesetengah sikap begitu mudah dikenalpasti seperti sikap terhadap wang, kesihatan dan pekerjaan kerana ia berkait rapat dengan nilai-nilai personal individu dan kepentingannya. Seperkara lagi yang boleh menunjukkan sikap seseorang itu dengan jelas ialah apabila ia mempunyai penglibatan diri yang tinggi dengan sesuatu perkara atau kegiatan seperti persatuan, sukan dan sebagainya. Kesan penglibatan tinggi dalam sesuatu kegiatan ini terhadap sikap, dapat dijelaskan oleh Teori Penilaian Sosial (Social Judgement Theory) yang diasaskan oleh Sherif. Menurutnya, seseorang yang mempunyai penglibatan tinggi terhadap sesuatu situasi atau isu dan mempunyai pendapat yang jelas mengenainya akan berkecenderongan untuk menolak kebanyakan pandangan terhadap isu tersebut dan hanya menerima sebahagian kecil sahaja. Inilah yang disebutnya sebagai a narrow latitude of acceptance and a wide latitude of rejection (Guirdham, 1990).

Sebaliknya, ada pula sikap yang sukar di kenalpasti kerana ianya tidak menonjol dan terpendam. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh kurangnya kepentingan diri terhadap isu atau

Page 4: TAJUK 7 Mengubah Sikap Dan Tingkahlaku Melalui Komunikasi

  4  MENGUBAH SIKAP DAN TINGKAH LAKU

situasi tersebut, pengetahuan yang sedikit mengenainya dan tidak mempunyai kaitan rapat dengan nilai-nilai yang dipegangnya.

Perlu diingat bahawa tidak semua sikap bermula dari pengumpulan maklumat atau fakta dan perasaan. Ada kalanya komponen afektif itu lebih menonjol. Contohnya, sikap menggemari sesuatu jenis makanan. Kita tidak memulakannya dengan mencari sebanyak mungkin maklumat mengenai makanan itu tetapi memadai mencuba memakannya sekali dan terus sahaja menggemarinya. Lantaran itu kita terus menyukai makanan itu dan cuba mendapatkannya selalu.

PEMBENTUKAN DAN PERUBAHAN SIKAP

Pakar-pakar psikologi mengatakan bahawa pembentukan sikap seseorang itu dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti pengaruh emosi, jangkaan terhadap imbuhan atau dendaan, keinginan untuk mencontohi sikap mereka yang kita hormati dan sanjungi, untuk mengotakan apa yang dikata dan apa yang dibuat.

Kesan Pendedahan Berterusan

Pengalaman merupakan asas penting dalam pembentukan sikap. Sekiranya kita didedahkan atau didengarkan untuk pertama kalinya terhadap sesuatu objek, kita akan membentuk sikap terhadapnya. Apabila pendedahan itu berlaku secara berulang-ulang kali, ianya sudah cukup untuk memperkukuhkan sikap kita terhadapnya. Fenomena ini disebut sebagai kesan pendedahan (exposure effect). Contoh yang paling ketara ialah bagaimana kita didedahkan dengan iklan-iklan melalui billboard di sepanjang jalan atau lebuhraya yang kita lalui. Mungkin pada pertama kali kita lihat iklan itu, kita tidak begitu pedulikannya, tetapi semakin kerap kita melepasinya, semakin ingat kita kepada barangan yang diklankan itu dan akhirnya kita cuba mendapatkan maklumat tentang barangan itu atau terus sahaja pergi membelinya di kedai.

Kita membentuk sikap positif terhadap barangan itu kerana kita tidak terancam atau ia tidak menimbulkan kebencian kepada kita atau tidak menyebabkan kita meluat, takut atau sakit. Sebaliknya, kalau perasaan-perasaan tadi berlaku, kita akan memberikan sikap negatif. Demikian jugalah halnya dalam pendidikan. Sekiranya seorang murid itu sering didedahkan dengan sesuatu ilmu secara berterusan, berkemungkinan besar akan Berjaya menarik minatnya terhadap bidang ilmu berkenan. Apatah lagi sekiranya guru itu menggunakan kaedah pengajaran yang menarik dn kreatif. Menurut kajian-kajian yang dibuat, kesan pendedahan yang berterusan ini bukan hanya terhad kepada manusia sahaja, malahan binatang ( Hall, 1983).

Teori Peneguhan

Teori ini diasaskan oleh Don Byrne dan menyatakan bahawa sikap boleh dibentuk dan salah satu caranya ialah melalui imbuhan dan hukuman. Dalam kontek ini orang berkenaan akan melakukan tindakbalas terhadap objek sikap dan tindakbalas sikap ini sama ada terhadap imbuhan atau hukuman yang diberikan. Persetujuan dan persamaan antara kedua-dua belah pihak (pemujuk dan sasarannya) adalah antara contoh imbuhan manakala pertentangan

Page 5: TAJUK 7 Mengubah Sikap Dan Tingkahlaku Melalui Komunikasi

  5  MENGUBAH SIKAP DAN TINGKAH LAKU

merupakan contoh hukuman. Korelasi tinggi antara persetujuan dan tarikan atau kesukaan (liking) berlaku semata-mata kerana persetujuan secara umumnya, merupakan imbuhan kepada pihak yang satu lagi. Sebarang tingkahlaku daripada seseorang yang dirasakan memberi imbuhan kepada kita, akan menyebabkan kita menyukainya. Contohnya, lawak jenaka, sikap suka mendengar, hormat dan perihatin. Kajian-kajian juga mendapati semakin besar imbuhan yang dirasakan seseorang, semakin kuat tindakbalas sikapnya terjadi.

Lazimnya, ramai guru-guru yang menggunakan kaedah peneguhan seperti ini dalam pengajaran mereka. Contohnya, guru bersetuju dengan pendapat murid dan memberikan pujian kepadanya, menjanjikan hadiah kepada murid sekiranya dapat menjawab soalan dengan betul atau memberikan gula-gula kepada mereka. Sebaliknya, sekiranya murid-murid itu gagal akan diberikan hukuman seperti memarahinya, mencerca, diarahkan berdiri di atas kerusi, membuat latih tubi dan kerja rumah yang banyak dan sebagainya lagi.

Teori Dissonance

Teori ini menyatakan bahawa seseorang itu akan merasakan tidak tenang dan tidak senang sekiranya ideanya berada dalam keadaan konflik antara satu sama lain atau dengan tingkah lakunya. Perkara ini berlaku mungkin disebabkan oleh membuat keputusan yang terlalu berhati-hati dan hilang kawalan diri. Dengan adanya dissonance ini, seseorang itu akan cuba mengurangkan ketidakselesaan psychologi itu dan semakin kuat dissonance itu semakin tinggi keinginannya untuk mengurangkannya. Kita mengurangkan dissonance dengan cara menukar elemen yang paling sedikit halangannya untuk berubah dan menukar sikap apabila dissonance itu tinggi. Kajian-kajian membuktikan apabila dissonance itu tinggi, perubahan sikap lebih mudah berlaku (Guirdham, 1990). Didapati juga bahawa perubahan sikap lebih mudah dilakukan melalui interaksi interpersonal dan perbualan berbanding dengan melalui persembahan dan periklanan kerana dengan interaksi interpersonal membolehkan agen perubahan atau guru mendapatkan maklumat sama ada orang itu semakin meningkat dissonannya ataupun sebaliknya.

Komunikasi Pemujukan dan Pendedahan Maklumat

Satu lagi kaedah yang baik dalam mengubah sikap ialah melalui komunikasi pemujukan. Pemujukan merupakan kegiatan yang dilakukan oleh seseorang atau organisasi atau sesiapa saja bagi mempengaruhi orang lain tanpa menggunakan kuasa. Tujuan mempengaruhi ialah untuk mengubah sikap. Kajian-kajian mendapati perubahan tingkah laku tidak mungkin berpanjangan sekiranya sikap dan kepercayaan tidak berubah (Guirdham, 1990). Contohnya, seseorang anak hanya akan mengubah tingkah lakunya selagi ianya diperhatikan. Ia mungkin melakukan sembahyang sekiranya ayah dan ibunya memerhatikannya, tetapi tidak melakukannya apabila ayah dan ibunya tidak memerhatikan beliau.

Dalam mengubah sikap khalayak sasaran, komunikasi pemujukan memberi tumpuan kepada komponen kognitif sikap. Ini bermakna, sasaran didedahkan dengan maklumat mengenai objek tersebut dan diharapkan dengan bertambahnya maklumat yang ada pada mereka akan menyebabkan sikap mereka terhadap objek itu akan berubah.

Page 6: TAJUK 7 Mengubah Sikap Dan Tingkahlaku Melalui Komunikasi

  6  MENGUBAH SIKAP DAN TINGKAH LAKU

Pemujukan berlaku dimana-mana sahaja dan pada bila-bila masa. Bermula dari sekecil-kecilnya seperti memujuk diri sendiri higgalah kepada pemujukan terhadap masyarakat dan Negara. Iklan-iklan, umpamanya, melakukan pemujukan dalam bentuk yang begitu luas. Penaja-penaja iklan tersebut khususnya badan-badan perniagaan, sanggup membelanjakan berjuta-juta ringgit dan menggunakan pelbagai jenis media semata-mata untuk memujuk masyarakat supaya menggunakan produk atau perkhidmatan yang disediakannya. Proses pemujukan juga sering berlaku dalam usaha mendamaikan pertelingkahan antara individu dan malah antara Negara. Selain itu, ahli-ahli politik juga turut menggunakan kaedah pemujukan ini dalam usaha untuk mempengaruhi khalayak sasaran mereka. Penggunaan kata-kata yang menarik, pujukan-pujukan yang berbentuk tawaran dan janji-janji serta pembuktiannya, menyebabkan sasaran terpengaruh dan mengubah sikap mereka.

Guru juga boleh mengaplikasikan kaedah komunikasi pemujukan ini dalam mengubah sikap murid. Dedahkan sebanyak mungkin maklumat kepada murid mengenai sesuatu objek tadi bagi menambahkan pengetahuan (kognitif) mereka. Semakin banyak mereka tahu mengenai objek (subjek) itu, semakin kuat potensi untuk mengubah sikap mereka sama ada positif mahupun negatif. Apa yang pentingnya ialah apakah hasil dan faedah yang boleh mereka perolehi daripada objek itu kerana kajian-kajian menunjukkan bahawa kita membentuk sesuatu sikap terhadap sesuatu objek kerana kita percaya bahawa ia akan memberi faedah kepada kita dan menolak sesuatu yang tidak akan mendatangkan apa-apa pulangan. Dari segi pemujukannya, selain daripada menggunakan bahasa yang menarik, janji-janji (umpamanya, mempunyai masa depan yang cerah) penonjolan faedah dan pembuktian-pembuktian (umpamanya mereka yang berjaya dalam pelajaran dan kerjaya), aspek motivasi belajar juga perlu diterapkan kepada mereka.

Selain itu kejayaan komunikasi pemujukan bergantung juga kepada beberapa aspek yang lain seperti 1) Ciri-ciri sumber 2) Ciri-ciri mesej, dan 3) Ciri-ciri khalayak (Hall, 1983).

1) Ciri-ciri Sumber: Antaranya adalah; a. Mempunyai pengetahuan tinggi tentang subjek yang diperkatakan. Umpamanya,

guru mestilah mempunyai pengetahuan yang baik tentang kandungan subjek yang diajar dan tidak menimbulkan keraguan dalam kalangan murid-muridnya.

b. Mempunyai prestij, kredibiliti dan keboleh percayaan yang tinggi. Seorang guru yang mempunyai prestij, kredibiliti dan tahap keboleh percayaan yang tinggi lebih berupaya meyakinkan dan mengubah sikap anak muridnya kerana murid menjadikannya sebagai role model. Kredibiliti sering dikaitkan dengan kepakaran, keboleh percayaan sebagai sumber maklumat, motif dan niat sumber yang dipersepsikan oleh penerima maklumat.

c. Mempunyai personaliti yang menarik dan disukai seperti peramah dan mudah bergaul, jujur dan ikhlas.

d. Tingkahlaku bukan lisan seperti senyuman, kontak mata, sentuhan (yang dibenarkan mengikut sistem moral masyarakat), ketepatan masa, pakaian, jarak, ketulinan

Page 7: TAJUK 7 Mengubah Sikap Dan Tingkahlaku Melalui Komunikasi

  7  MENGUBAH SIKAP DAN TINGKAH LAKU

perwatakan (perwatakan biasa selari dengan apa yang dilafaskan/dikomunikasikan) dan sebagainya.

2) Ciri-ciri Mesej a. Mesej hendaklah jelas dan dihuraikan dengan baik. Tujuannya, supaya ia mudah

difahami. b. Kaitkan subjek itu dengan aspek-aspek emosi supaya lebih berupaya menarik

perhatian. c. Gunakan rayuan-rayuan yang bersesuaian (rayuan emosi, menakut-nakutkan, dll). d. Mesej khusus atau umum.

3) Ciri-ciri Khalayak a. Tahap pendidikan – tahap pendidikan seseorang mempengaruhi cara dan gaya ia

berfikir. b. Keperluan – Orang yang mempunyai keperluan terhadap sesuatu (barangan atau

perkhidmatan) lebih mudah untuk dipengaruhi untuk menggunakan barangan atau perkhidmatan itu berbanding dengan mereka yang tidak memerlukannya. Keperluan juga sering dikaitkan dengan factor umur. Umpamanya, orang tua mempunyai keperluan yang berbeza dengan remaja dan kanak-kanak.

c. Jantina – Faktor jantina memainkan peranan penting dalam mempengaruhi sikap seseorang. Kajian membuktikan bahawa wanita lebih mudah dipujuk berbanding dengan lelaki. Kajian-kajian juga membuktikan bahawa wanita lebih mudah dipengaruhi sekiranya isu-isu itu berkait dengan keperluan wanita.

d. Aspek psikologi – Dissonance, kestabilan emosi, kewarasan berfikir dan membuat pertimbangan membantu seseorang menentukan sikapnya dan membuat perubahan sikap. Kajian-kajian mendapati bahawa mereka yang mempunyai tahap dissonance yang tinggi lebih mudah untuk dipengaruhi.

e. Tahap pengetahuan dan kecerdasan serta minat mengenai perkara tersebut. Sekiranya kita mempunyai pengetahuan yang banyak dan minat yang tinggi tentang sesuatu perkara kajian-kajian membuktikan bahawa kita lebih mudah untuk mengubah sikap terhadapnya. Terdapat juga kajian-kajian yang menunjukkan mereka yang mempunyai esteem diri yang rendah lebih mudah untuk dipengaruhi berbanding dengan mereka yang mempunyai esteem diri yang tinggi (Guirdham, 1990).

Halangan Kepada Perubahan Sikap

Sebagai mana yang dinyatakan, melakukan perubahan sikap bukanlah sesuatu yang mudah. Manusia bukanlah pasif atau menerima apa sahaja yang dilontarkan kepadanya. Mereka menilai apa yang dikatakan dan mungkin menghasilkan hujah-hujah balas terhadap kita. Terdapat banyak halangan-halangan dalam melakukan perubahn sikap, antaranya;

a. Tekanan atau desakan yang keterlaluan – Tekanan atau desakan yang berterusan

dan keterlaluan terhadap seseorang boleh menyebabkan ia menimbulkan tindak

Page 8: TAJUK 7 Mengubah Sikap Dan Tingkahlaku Melalui Komunikasi

  8  MENGUBAH SIKAP DAN TINGKAH LAKU

balas, jemu, kecewa dan menentang informasi atau pujukan yang dilakukan terhadapnya. Ini kerana ia merasakan tekanan yang berlebihan itu telah menyebabkan hak-haknya dicerobohi atau diganggu. Oleh yang demikian, untuk mewujudkan perubahan sikap adalah lebih wajar menggunakan desakan yang berpatutan.

b. Persepsi yang negatif - Persepsi negatif terhadap sumber menyebabkan kesukaran bagi penerima untuk menerima maklumat yang disampaikan. Dengan itu, perubahan sikap tidak mungkin akan berlaku.

c. Prasangka – Prasangka merupakan sikap negatif terhadap orang lain. Prasangka terhadap sumber menyebabkan kita sukar menerima pandangan dan idea beliau.

d. Kurangnya faktor–faktor pendorong atau rangsangan- Dalam teori S-R kita telah menyatakan betapa seseorang itu terdorong untuk melakukan tindakbalas kerana adanya sesuatu rangsangan. Rangsangan itu mungkin berbentuk material seperti wang dan barangan dan bukan material seperti kesihatan, pengetahuan, keseronokan dan prestij. Oleh itu, mereka yang tidak dapat melihat akan rangsangan-rangsangan itu tidak akan bersedia untuk mengubah sikap dan tingkah laku.

e. Kurang motivasi diri – Motivasi diri merupakan faktor penolak (pushing factor) yang amat penting untuk menggerakkan seseorang individu. Orang yang mempunyai motivasi diri yang tinggi sanggup melakukan apa sahaja demi untuk mendapatkan sesuatu yang dihajati atau diingininya. Seorang tokoh falsafah barat, Nietche telah memperkenalkan konsep will power sebagai faktor penting yang mendorong seseorang itu untuk melakukan sesuatu. Menurutnya, semakin kuat will power yang ada pada seseorang itu semakin tinggilah keyakinan diri untuk berjaya. Menurut Teori Hirarki Keperluan Maslow pula, manusia mempunyai lima tahap keperluan yang perlu dipenuhi secara berperingkat-peringkat iaitu bermula dari yang paling asas hinggalah kepada yang paling tinggi. Tahap-tahap keperluan itu ialah 1. keperluan fisiologikal (makan, minum, tempat tinggal, pakaian dan seks juga dianggapnya sebagai keperluan asas) 2. Keperluan Keselamatan 3. Keperluan sosial (menjadi anggota masyarakat dan berkasih sayang antara satu sama lain) 4. Keperluan esteem kendiri (maruah) dan, 5. Keperluan pencapaian diri. Sekiranya seseorang itu mempunyai motivasi diri yang tinggi untuk memenuhi semua keperluan ini, ia akan terus melakukan perubahan sikap dan meningkatkan jati diri.

f. Kurang pengetahuan – Perkara ini telahpun dinyatakan lebih awal. Semakin banyak pengetahuan seseorang mengenai sesuatu objek, semakin tinggilah kemungkinan baginya untuk mengubah sikap, sama ada positif mahupun negatif. Contohnya, seorang lelaki yang baru berkenalan dengan seorang wanita. Pada peringkat permulaan perkenalan itu lelaki tadi mungkin tidak mempunyai apa-apa perasaan terhadap wanita itu. Setelah semakin lama mereka berkenalan dan semakin banyak yang diketahui tentang satu sama lain khususnya tentang sikap dan tingkah laku baik mereka, maka, kedua-duanya bersetuju untuk menjadi pasangan kekasih dan seterusnya mendirikan rumahtangga. Sebaliknya, jika maklumat yang diperolehi itu hanyalah mengenai perangai-perangai buruk dan jijik tentang satu sama lain,

Page 9: TAJUK 7 Mengubah Sikap Dan Tingkahlaku Melalui Komunikasi

  9  MENGUBAH SIKAP DAN TINGKAH LAKU

hubungan inteem antara kedua-duanya mungkin tidak wujud dan malah mungkin mencetuskan prasangka dan kutukan terhadap satu sama lain.

g. Takut pada perubahan – Takut kepada perubahan merupakan halangan besar dalam perubahan sikap. Pakar-pakar pengurusan mendapati antara faktor utama yang menjadi penghalang kepada inovasi adalah sikap negatif terhadap inovasi itu sendiri. Pekerja sering menyatakan bahawa kaedah lama yang diamalkan adalah baik dan tidak memerlukan apa-apa pembaharuan. Sebenarnya mereka takut akan pembaharuan itu kerana dikhuatiri ia akan menyebabkan terjejasnya kedudukan mereka, tidak upaya melaksanakan agenda pembaharuan itu khususnya apabila ia berkait dengan penggunaan teknologi moden dan telah begitu selesa dengan apa yang ada. Lantara itu, mereka menentang pembaharuan dan perubahan dan begitu bersikap negative terhadapnya.

h. Tidak nampak keperluan untuk berubah – Perubahan sikap amat sukar berlaku dalam keadaan dimana kita tidak nampak apa perlunya mengubah sikap khususnya bagi mereka yang merasa selesa dengan apa yang ada dan berpegang secara membuta tuli kepada “rezeki secupak tak jadi segantang”.

i. Wujudnya counterarguments – Kajian-kajian mendapati sekiranya terdapat banyak alasan-alasan balas terhadap sesuatu pemujukan untuk perubahan sikap, perubahan sikap itu sukar untuk berlaku. Alasan-alasan balas ini sering menjadi penghalang kepada pemujukan kerana ia digunakan untuk mempertahankan pandangan dan pendapat mereka (Hall, 1983).

Tingkah Laku Setelah kita memperkatan agak panjang lebar tentang sikap, ada baiknya kita bincangkan juga tentang tingkahlaku dan hubungkaitnya dengan sikap. Tingkah laku di definisikan sebagai tindakan atau tindak balas sesuatu objek atau organism, biasanya sehubungan dengan persekitarannya. Ia bersifat a) sedar atau separa sedar b) Nyata atau terselindung c) rela atau tidak d) sejadi atau dipelajari (http://ms.wikipedia.org/wiki/Tingkah-laku, 5/9/2011). Tingkah laku dikategorikan sebagai bersifat biasa, luar biasa, boleh diterima dan tidak boleh diterima atau baik dan tidak baik. Penerimaan sesuatu tingkahlaku itu dilakukan berdasarkan kepada norma dan nilai masyarakat dan untuk mengawalnya melalui kawalan sosial. Lewis Beaker (2001) mendefinisikan tingkahlaku sebagai sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar. Ia adalah manifestasi sebarang sikap yang berasaskan nilai-nilai tertentu. Tingkah laku juga merangkumi aktiviti, aksi, prestasi, bertindak balas, tindakan dan reaksi. Dari segi teknik pula, ia termasuk aktiviti yang melibatkan otot-otot, kelenjar (glandular) dan aktiviti elektrik oleh setiap organ. Pada dasarnya, tingkah laku adalah apa sahaja yang diperkatakan atau yang dilakukan oleh individu (Martin & Pear, 2003). Menurut Carl Rogers (1999), seseorang individu bertingkah laku mengikut persepsi diri sendiri dan keadaan. Sekiranya individu itu mempunyai konsep kendiri yang positif , maka ia berupaya berinteraksi dan bertindak dengan lebih yakin (http://dmaza.blogsport.com/2010/06/maksud-definisi-tingkahlaku.html, 5/9/2011). Islam mempunyai pandangan yang berbeza dengan sarjana-sarjana barat berhubung dengan tingkah laku ini. Ini jelas sepertimana yang dinyatakan oleh Imam Al Ghazali bahawa tingkah

Page 10: TAJUK 7 Mengubah Sikap Dan Tingkahlaku Melalui Komunikasi

  10  MENGUBAH SIKAP DAN TINGKAH LAKU

laku manusia mempunyai tujuan agama dan kemanusiaan. Menurutnya lagi, tingkah laku manusia mempunyai ciri-ciri:

a. Berasaskan dorongan dan tujuan. b. Dorongan atau motivasi itu berasal dari dalam diri manusia itu sendiri. c. Motivasi diri itu boleh dirangsang oleh rangsangan-rangsangan luar atau dalam yang

berkait dengan keperluan-keperluan fisiologi atau emosi seperti perasaan lapar, dahaga, cinta, kasih sayang dan takut kepada Allah.

d. Motivasi akan mendorong seseorang melakukan sesuatu. e. Tingkahlaku yang timbul adalah berkait dengan perasaan dan kesedaran terhadap satu-

satu situasi itu. f. Interaksi sentiasa berlaku secara terus menerus antara satu motivasi dan tingkahlaku. g. Tingkah laku manusia terbahagi kepada dua pendapat iaitu i) manusia dipengaruhi oleh

motivasi dan kegopohan serta kelakuannya, dan ii) manusia lebih dipengaruhi oleh pemikiran yang rasional (http://dmaza.blogsport.com/2010/06/maksud-definisi-tingkahlaku.html, 5/9/2011)

Hubungan Sikap dan Tingkah Laku Menurut Hall (1983), kadang-kadang sikap dan tingkah laku agak tidak konsistan. Ini bermakna ada kalanya sikap seseorang sudahpun berubah tetapi tingkah lakunya masih kekal atau ada kalanya sikapnya masih kekal tetapi tingkah lakunya telahpun berubah. Ada juga kalanya sikap memang menentang sesuatu tetapi pada tingkah lakunya sebaliknya pula yang berlaku, atau tingkah lakunya menentang sesuatu, tetapi sikapnya tidak begitu. Oleh itu, dengan hanya melihat kepada sikap seseorang, sukar untuk meramal tingkah lakunya dalam situasi tertentu. Malahan, perbezaan antara pemikiran dan citarasa sering berlaku atau tidak selari. Seseorang mungkin menyatakan “baik” terhadap sesuatu tetapi cita rasanya tidak begitu. Jadi, tingkah laku verbal seseorang tidak memberikan isyarat sikap sebenarnya terhadap sesuatu objek. Walaupun begitu, tokoh-tokoh dan pakar-pakar psikologi bersetuju dan bersependapat bahawa sikap dan tingkahlaku masih mempunyai hubungan. Sikap masih boleh meramalkan sebahagian tingkah laku dan tingkah laku juga mempunyai pengaruh terhadap sikap. Namun, hubungan itu ada kalanya begitu kuat dan ada kalanya amat lemah. Menurutnya Hall lagi hubungan antara sikap dan tingkah laku mungkin lemah disebabkan oleh faktor-faktor a) situasi b) konflik antara sikap c) kebarangkalian untuk menyatakan satu sikap dalam pelbagai cara dan d) kepentingan relatif sesuatu sikap dalam kehidupan seseorang.

a. Situasi Katakanlah anda sentiasa mempunyai sikap membenci amalan rasuah. Anda tidak pernah sesekali menyokong perbuatan itu dan apatah lagi untuk melakukannya. Malahan anda selalu menghasilkan tulisan-tulisan dan mengadakan ceramah-ceramah yang menentang amalan rasuah. Ditakdirkan, suatu hari anda terpaksa pergi ke Negara lain atas tugas penting. Anda memang sedia maklum yang amalan rasuah di Negara berkenaan begitu berleluasa. Ketika ingin mencopkan passport di bahagian imigresyen lapangan terbang Negara itu, pegawai imigresyennya tidak mahu mencop passport anda sehinggalah anda menghulurkan sedikit wang imbuhan (rasuah) kepadanya.

Page 11: TAJUK 7 Mengubah Sikap Dan Tingkahlaku Melalui Komunikasi

  11  MENGUBAH SIKAP DAN TINGKAH LAKU

Dalam situasi ini, anda terpaksa merasuah pegawai tersebut walaupun ianya bertentangan dengan sikap anda. Contoh kedua, ketika anda berada di luar Negara dan menginap di rumah kawan, beliau telah menyuruh anda memakan sejenis makanan harian mereka. Selepas anda makan, rakan anda itu bertanya “macam mana rasa makanan ini?” Anda akan menjawab “sedap” walaupun anda merasakan tidak sedap demi untuk menjaga hati rakan anda itu. Jelas di sini faktor situasi yang menjadikan sikap dan tingkah laku anda bertentangan dan tidak konsistan.

b) Konflik antara sikap Konflik antara sikap-sikap yang ada pada kita mungkin juga menjadi penyebab kepada ketidak selarasan antara sikap dan tingkahlaku. Contohnya, anda amat berpegang teguh kepada sikap tidak mahu mencampuri hal orang lain atau jaga tepi kain orang. Dalam masa yang sama anda juka berpegang kepada sikap suka menolong orang yang terinaya. Tiba-tiba anda terdengar tangisan, jeritan yang kuat dan meminta tolong dari rumah jiran anda. Apabila anda tinjau, anda dapati yang suaminya sedang memukul isterinya dan mengancam untuk membunuh isterinya itu. Ini membuatkan anda berada dalam keadaan celaru. Sekiranya anda tolong, tingkah laku anda akan bertentangan dengan sikap anda. Sebaliknya, kalau anda biarkan, sikap anda itu bertentangan dengan tingkah laku anda.

c) Kebarangkalian untuk menyatakan satu sikap dalam berbagai cara

Kita boleh menunjukkan sikap kita dengan berbagai cara dan kaedah. Contohnya, anda mungkin seorang yang tidak suka menonton perlawanan bola sepak di stadium dan tidak mengambil tahu tentang perlawanan bola sepak yang sedang berlangsung. Tetapi apabila berlaku kemalangan kepada pasukan bola sepak Negara anda, anda adalah orang yang pertama menghulurkan bantuan dan menawarkan pelbagai kemudahan kepada pemain-pemain tersebut.

d) Kepentingan relatif sesuatu sikap terhadap seseorang Kekuatan dan kepentingan sesuatu sikap, impaknya terhadap kehidupan seseorang,

membantu untuk menentukan sejauh mana ia menguasai atau mengawal tingkah laku. Contohnya, dua orang manusia mungkin berkongsi sikap bahawa kualiti pengangkutan awam perlu diperbaiki. Namun begitu, sikap seorang daripada mereka yang sering menggunakan pengangkutan awam lebih kuat dari seorang lagi yang setiap hari menggunakan kereta sendiri.

Sikap dan Tingkah Laku Murid Setelah kita memperkatakan tentang sikap dan tingkah laku secara umum, cuba kita melangkah setapak lagi dengan membincangkan tentang sikap dan tingkah laku murid serta kaedah untuk mengubah sikap dan tingkah laku negatif mereka melalui pendekatan komunikasi. Sebagai seorang guru pastinya kita mengharapkan murid-murid kita mempunyai sikap dan tingkah laku positif seperti rajin belajar dan bekerja, berakhlak mulia seperti patuh kepada guru dan ibu

Page 12: TAJUK 7 Mengubah Sikap Dan Tingkahlaku Melalui Komunikasi

  12  MENGUBAH SIKAP DAN TINGKAH LAKU

bapa, sayang kepada keluarga, rakan-rakan, guru dan masyarakat, pembersih, amanah, jujur, dan sebagainya lagi. Namun, kerap kali guru berhadapan dengan pelbagai sikap dan tingkah laku negatif murid seperti ponteng sekolah, pengotor, suka bergaduh dan membuli rakan-rakan, pemalas, khianat, tidak sopan dan sebagainya lagi. Mari kita bincangkan apakah punca-punca terjadinya sikap dan tingkah laku negatif ini dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah. Punca-punca Sikap dan Tingkah Laku Pelajar Kajian-kajian psikologi membuktikan bahawa sikap dan tingkah laku seseorang terbina atas pelbagai sebab. Antaranya ialah;

a. Pengaruh ibu bapa Ibu bapa merupakan antara manusia yang paling awal didedahkan dan berinteraksi dengan seorang kanak-kanak. Merekalah yang sepatutnya bertanggung jawab dalam membentuk personaliti, sahsiah dan tingkah laku anak-anak. Namun, ada antara ibu bapa yang tidak begitu mengambil berat tentang pembentukan personality, sahsiah dan tingkah laku anak-anak mereka. Malahan, anak-anak ini dibiarkan membesar tanpa asuhan dan bimbingan yang sewajarnya. Maka, anak-anak ini menghadapi masalah besar dalam mencari identity dan membentuk sikap dan tingkah laku yang bersesuaian dengan nilai dan norma masyarak

b. Sikap keluarga tentang disiplin Dalam mendidik anak-anak ada keluarga yang begitu mengongkong dan mengawal anak-anak (autocratic family) dan ada juga keluarga yang terlalu memberikan kebebasan kepada anak-anak mereka (leisure faire family). Bagi keluarga yang terlalu mengongkong dan mengawal anak-anak ini, antara risiko yang dihadapi ialah anak-anak kerap terganggu emosinya, kurang berfikiran terbuka dan kurang kemampuan untuk mempertahankan ideanya atau berhujah kerana ia sering tidak diberi peluang untuk berbuat demikian. Ini menjadikannya kurang matang dan kadangkala timbul pemberontakan atau sekiranya ia mendapat peluang untuk melakukan sesuatu, ia akan melakukannya dengan sepuas-puasnya sehingga boleh menimbulkan masalah lain. Bagi keluarga leisure faire, mereka terlalu memberikan kebebasan terhadap anak-anak sehingga kadangkala langsung tiada kawalan atau bimbingan terhadap sikap dan tingkahlaku anak-anak. Ini menyebabkan mereka sering terjebak dan membentuk sikap dan tingkah laku liar dan merbahaya seperti ketagihan dadah, merokok, minum arak, vandalisms, mencuri dan sebagainya lagi (Mohd Taib Ariffin dan Rosli Mohammed, 2001)

c. Hubungan anggota keluarga Corak interaksi dan komunikasi kekeluargaan mempunyai pengaruh yang amat besar terhadap sikap dan tingkah laku anak-anak. Keluarga yang dapat mewujudkan perasaan kasih sayang, hormat menghormati, mesra dan prihatin dapat membentuk sahsiah, sikap dan tingkah laku positif dalam kalangan anggota keluarga mereka manakala sikap ibu bapa dan anggota keluarga yang individualistik, tidak berdisiplin, terlalu bebas dan kurang berinteraksi sesama mereka, kerap membawa kearah pembentukan sikap dan tingkah laku buruk dalam kalangan anggota keluarga itu terutamanya anak-anak (Mohd Taib Ariffin dan Rosli Mohammed, 2001).

Page 13: TAJUK 7 Mengubah Sikap Dan Tingkahlaku Melalui Komunikasi

  13  MENGUBAH SIKAP DAN TINGKAH LAKU

d. Pembentukan (shaping) Shaping merupakan teknik pembentukan tingkah laku yang belum terdapat pada seseorang individu dan pembentukan itu berlaku secara perlahan-lahan atau beransur-ansur dari tingkah laku lama ke tingkah laku baru. Proses pembentukan ini kerap diamalkan oleh masyarakat dalam mengubah tingkah laku atau sikap sama ada ke arah yang positif mahupun ke arah yang negatif. Umpamanya, seseorang penagih itu tidak terus menjadi penagih tetapi dilakukan melalui pembentukan oleh mereka yang sudah menjadi penagih. Pada awalnya mungkin ianya diajar menghisap rokok. Setelah beberapa lama ianya merokok, diajar pula mencuba untuk menyedut dadah atau menghidu gam. Kemudian, ditingkatkan kekerapannya dan seterusnya wujudlah ketagihan dadah kepadanya.

e. Faktor keluarga Kadang-kadang terdapat keluarga yang terlalu memanjakan anak. Mungkin pada peringkat awalnya kemanjaan yang berlebihan itu diberikan bertujuan untuk menunjukkan kasih sayang, keperhatinan, keikhlasan dan keluhuran hati ibu bapa terhadap anak-anak. Kerana itu setiap kehendak dan kemahuannya diikutkan tanpa diselidik terlebih dahulu dan jika ia melakukan kesalahan dan kesilapan tidak pernah ditegur atau dimarahi. Ini menjadikan anak terlalu bergantung kepada ibu bapa dan tidak boleh berdikari. Apabila anak ini membesar, permintaan dan tuntutannya juga terhadap ibu bapa turut “membesar” dan pada waktu itu ibu bapa tidak lagi berkemampuan untuk melayan setiap tuntutan dan permintaan itu. Maka, berlakulah krisis antara kedua belah pihak. Anak mungkin bersikap kurang ajar, degil, perampus dan terdapat beberapa kes di Negara ini yang anak sanggup membunuh ayah dan ibunya sendiri semata-mata kerana kedua-dua orang tuanya itu dapat dapat memenuhi permintaannya. Satu lagi fenomena ialah ibu bapa selalu bertengkar, bergaduh dan melakukan kekasaran seperti memukul, mencederakan dan malah membunuh pasangannya. Anak-anak pula berada dalam ketakutan dan emosi yang tidak seimbang. Mereka kecewa, marah melihat ibu bapa mereka dan selalunya terikut-ikut dengan tingkah laku kedua-dua ibu bapa mereka. Tingkah laku ini akan dibawa ke sekolah dan menjadi masalah pula kepada guru-guru.

f. Perceraian Banyak kajian yang dibuat mendapati antara sebab utama kenapa pelajar dan kanak-kanak menghadapi masalah sikap dan salah laku disebabkan oleh perceraian ibu bapa mereka. Peranan mendidik anak-anak ini tertanggung kepada satu pihak sahaja iaitu ayah atau ibu. Apabila ayah atau ibu ini berkahwin dengan orang lain, anak-anak ini mempunyai sama ada ayah atau ibu tiri atau kedua-duanya sekali. Biasanya, anak-anak ini tidak dapat menyesuaikan diri dengan ibu atau bapa tiri dan menyebabkan timbulnya berbagai masalah. Kebarangkalian seterusnya yang akan berlaku ialah tugas dan tanggung jawab mendidik dan membesarkan anak-anak ini berpindah kepada orang lain seperti datuk dan nenek atau ayah dan ibu angkat. Malahan, ada juga yang menjadi kanak-kanak terbiar dan kutu rayau. Kehidupan trajis kanak-kanak seperti ini mengganggu dan mencengkam emosi mereka. Mereka hidup dalam keadaan yang terumbang ambing, tanpa adanya bimbingan dan

Page 14: TAJUK 7 Mengubah Sikap Dan Tingkahlaku Melalui Komunikasi

  14  MENGUBAH SIKAP DAN TINGKAH LAKU

panduan hidup yang baik dan kukuh. Di sekolah mereka ini juga sering menjadi masalah kepada guru dan sukar untuk membentuk sikap dan tingkah laku positif.

g. Faktor sekolah dan bilik darjah Sepatutnya sekolah memainkan peranan penting dan menjadi tapak asas dalam membentuk sikap dan tingkah laku pelajar. Namun, ada kalanya sekolah kurang berjaya memainkan peranan ini. Antara sebabnya ialah sekolah yang terlalu besar menyebabkan sukar untuk mengawal tingkah laku murid. Selain itu, suasana bilik darjah yang tidak terurus dengan baik seperti kurang bersih, panas, sempit, kurang ceria dan kawalan kelas yang lemah, mengganggu proses pembentukan disiplin dan sahsiah murid. Sikap sesetengah guru juga boleh menyumbang kepada sikap dan tingkah laku murid. Ada sesetengah guru yang tidak mengindahkan dan tidak ambil hal tentang tingkah laku dan sikap buruk murid mereka. Malahan, sikap sesetengah guru yang sombong, tidak perihatin, sambil lewa, malas, panas baran dan tidak menyenangkan murid menyumbang kepada pembentukan sikap dan tingkah laku buruk murid.

h. Rakan sebaya Rakan sebaya mempunyai pengaruh yang tidak kurang kuatnya terhadap tingkah laku remaja. Kajian-kajian yang dibuat menunjukkan hubungan remaja dengan rakan sebaya ada kalanya lebih kuat dari hubungan dengan keluarga atau ibu bapa mereka. Sekiranya mereka tidak pandai memilih rakan, mereka akan terjebak dengan sikap dan tingkah laku buruk rakan-rakan mereka seperti mencuri, menghisap dadah, vandalisme, merokok, merempit, bohsia dan bergaduh.

i. Media massa Banyak kajian-kajian yang membuktikan media massa mempunyai pengaruh yang kuat terhadap kanak-kanak dan golongan remaja. Menurut Bandura, kanak-kanak belajar melalui pemerhatian dan perkara yang mereka lihat sama ada melalui surat khabar, televisyen, filem dengan meniru aksi-aksi yang ditonton. Dengan perkembangan teknologi komunikasi dewasa ini menjadikan media massa lebih berpengaruh dan kuat. Manusia, termasuk remaja dan kanak-kanak begitu mudah menghantar dan mengakses pelbagai maklumat melalui internet, talipon bimbit dan sebagainya termasuklah aksi-aksi lucah dan perbuatan dan tingkahlaku tidak sopan. Mereka teransang, terikut-ikut dan mencuba tingkah laku yang ditonton dan akhirnya terus-terusan terperangkap dengannya.

j. Komunikasi tidak berkesan Menurut Abdullah Hassan dan Ainon Mohd (2006), dalam kontek sekolah, komunikasi ialah proses bagaimana guru berkongsi pengalaman dengan murid-muridnya dan begitu juga dengan sebaliknya. Guru seharusnya dapat berkomunikasi dengan baik bagi membolehkan murid menerima proses pembelajaran dengan baik dan berkesan. Tetapi, apabila guru gagal berbuat demikian, murid menjadi bosan untuk belajar dan timbul tingkah laku negatif seperti tidur dalam kelas, gelisah, tidak memberikan tumpuan dan bersembang dengan rakan-rakan, melakukan kerja-kerja lain dan mengganggu rakan lain yang ingin belajar. Ini menggang komunikasi guru dan menjadikan ia lebih tidak berkesan. Selain itu, bahasa yang digunakan oleh guru semasa berkomunikasi turut mempengaruhi keberkesanan komunikasinya. Menurut Abdullah Hassan dan Ainon

Page 15: TAJUK 7 Mengubah Sikap Dan Tingkahlaku Melalui Komunikasi

  15  MENGUBAH SIKAP DAN TINGKAH LAKU

Mohd lagi, guru yang tidak professional menggunakan bahasa yang tidak sesuai untuk berkomunikasi dengan murid. Bahasa merupakan salah satu alat yang penting untuk mengawal tingkahlaku murid-murid di dalam dan di luar bilik darjah. Dalam komunikasi yang berkesan, guru seharusnya menggunakan bahasa yang positif supaya murid-murid tidak memberontah. Bahasa yang kasar dan negatif menyebabkan murid-murid membenci guru-guru tersebut dan akhirnya bertindak negatif.

k. Kaedah dan bahan pengajaran yang tidak sesuai Kaedah pengajaran yang baik, sesuai dan menarik menyebabkan murid dapat memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap proses pengajaran itu dan begitulah sebaliknya. Begitu juga dengan bahan-bahan pengajaran yang digunakan. Sekiranya bahan-bahan itu menarik dan mencabar, murid tidak akan merasa bosan. Guru juga harus bersedia untuk mengubah pendekatannya dalam pengajaran dan pembelajaran dan menitikberatkan pembaharuan yang berkesan. Kebosanan menyebabkan murid-murid menimbulkan pelbagai masalah seperti yang dinyatakan di atas. Kerana itu, mempelbagaikan kaedah, teknik dan strategi pengajaran dan pembelajaran boleh menarik minat murid-murid untuk belajar . Sebaliknya, kaedah yang tidak menarik dan membosankan boleh mengikis minat dan bakat semula jadi yang ada pada setiap pelajar.

l. Keperihatinan guru Sikap sesetengah guru yang kurang terhadap murid-murid mereka boleh menyebabkan murid-murid berasa benci dan marah terhadap guru tersebut. Terdapat juga guru yang pilih kasih dalam melayan murid-murid sehingga ada diantara mereka yang merasa tersisih dan terbiar. Sebaliknya mereka yang mendapat layanan baik dan diberi keutamaan oleh guru, merasakan diri mereka setahap lebih tinggi dan baik daripada rakan-rakan mereka yang lain dan kadangkala menjadi pembuli pula. Antara sebab lain kenapa berlaku pengabaian terhadap murid oleh pihak guru ialah kesibukan guru itu sendiri. Guru mempunyai komitmen yang terlalu banyak di luar dan mereka berada di sekolah hanya pada waktu-waktu tertentu sahaja. Dengan itu, murid-murid menghadapi kesukaran untuk bertemu dan berbincang dengan guru. Lantas menimbulkan reaksi dan tingkah laku negatif daripada murid-muridnya.

m. Faktor baka Pakar-kakar psikologi bersetuju bahawa sikap dan tingkahlaku ada kalanya diwarisi dari ibu bapa atau datuk moyang kita. Malahan Islam telah awal-awal lagi menyarankan salah satu faktor yang perlu diambilkira dalam memilih calon pasangan hidup ialah keturunan. Pepatah Melayu juga ada menyebut “kalau dari benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau”. Ini menunjukkan bahawa faktor genetik begitu penting dalam mempengaruhi sikap dan tingkah laku zuriat yang dilahirkan (Nazirmuddin Ahmad, Mohd Taib Ariffin, Marinah Awang dan Azita Yonus, 2005).

n. Kesihatan murid Murid-murit yang sakit tidak akan dapat menumpukan perhatian terhadap pengajaran dan pembelajaran. Jadi, mereka tertinggal dalam pelajaran dan tidak dapat menyudahkan kerja-kerja yang diberikan oleh guru. Bagi mendapatkan jalan pintas, mereka meniru atau ada diantaranya yang mengupah rakan-rakan lain untuk membuat tugasan itu. Mereka juga pasif di dalam kelas dan kadang-kadang boleh mengganggu

Page 16: TAJUK 7 Mengubah Sikap Dan Tingkahlaku Melalui Komunikasi

  16  MENGUBAH SIKAP DAN TINGKAH LAKU

proses pengajaran dan pembelajaran guru. Mereka juga mungkin ponteng sekolah. Semua ini boleh mengubah sikap dan tingkahlaku mereka ke arah yang lebih buruk.

o. Peranan dan kepimpinan guru Kepimpinan guru yang baik boleh membentuk sikap, personaliti dan tingkah laku murid-murid ke arah yang lebih positif dan berwibawa. Kemampuan guru mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif, kreatif, aktif, menarik dan menggilap potensi dan memotivasi murid, dapat mencorakkan mereka seperti mana yang diimpikan oleh Negara dan masyarakat kerana guru itu sentiasa menjadi “role model” kepada murid-murid. Sebaliknya, guru yang tidak kreatif, kurang berilmu, menunjukkan komitmen yang rendah, tidak berwibawa, boleh menyebabkan pelajar-pelajar bersikap dan bertingkah laku negatif.

Mengubah Sikap dan Tingkah Laku Pelajar Seperti mana yang dinyatakan, mengubah sikap dan tingkah laku bukanlah merupakan suatu perkara yang mudah. Ada sesetengah sikap dan tingkah laku memakan masa bertahun-tahun untuk mengubahnya dan ada juga yang langsung tidak boleh diubah. Kita telahpun membincangkan faktor-faktor yang menjadi penghalang kepada perubahan sikap di bahagian awal bab ini. Justeru itu, dalam mengubah sikap, ia memerlukan pendekatan yang sesuai, usaha yang berterusan dan iltizam yang kuat. Dalam kontek komunikasi, beberapa pendekatan ini sering digunakan dalam mengubah sikap dan tingkah laku khususnya pelajar-pelajar.

a. Pemujukan Secara umumnya, di awal bab ini, kita telahpun membincangkan peranan pemujukan dalam mengubah sikap dan tingkah laku. Kini, kita pergi kepada yang lebih khusus dengan melihat bagaimana pemujukan ini boleh diaplikasikan di sekolah-sekolah oleh para guru dalam usaha mengubah sikap dan tingkah laku buruk murid-murid mereka. Dalam melaksanakan kegiatan pemujukan terhadap murid-murid, guru boleh mengaplikasikan strategi penggunaan bahasa dan imbuhan sebagai rangsangan dan motivasi terhadap pelajar. Abdullah Hassan dan Ainon Mohd (2006) telah menggaris-kan beberapa kaedah penggunaan bahasa yang berbentuk pujukan dalam berkomunikasi dengan murid-murid. Pertama, gunakan bahasa yang mendukung dan positif terhadap murid. Sekiranya mereka berjaya menjawab soalan-soalan yang dikemukakan atau mereka telah melakukan sesuatu yang baik untuk sekolah sama ada yang berkait dengan hal-hal akademik mahupun kokurikulum, berilah pujian kepada mereka. Seelok-eloknya pujian itu dibuat di hadapan rakan-rakan dan guru-guru supaya pelajar-pelajar ini dapat merasakan kebolehan, peranan dan sumbangan mereka diiktiraf oleh guru-guru dan sekolah. Dalam masa yang sama ingatkanlah pelajar-pelajar lain supaya mencontohi rakan-rakan mereka itu. Teori-teori pengurusan menyarankan sekiranya kita ingin memuji dan menghargai kaki tangan kita, puji dan hargailah mereka di hadapan publik atau pekerja-pekerja lain, tetapi kalau kita ingin mengkritik mereka, kritiklah secara bersendirian. Ini kerana pujian itu boleh meningkatkan motivasi dan rangsangan kepada seseorang dan mungkin juga kepada yang mereka menyaksikannya. Sebaliknya, kritikan di hadapan umum boleh menjatuhkan maruah dan air muka seseorang.

Page 17: TAJUK 7 Mengubah Sikap Dan Tingkahlaku Melalui Komunikasi

  17  MENGUBAH SIKAP DAN TINGKAH LAKU

Demikian jugalah keadaannya dengan pelajar-pelajar, sekiranya mereka mendapat pujian terutamanya di hadapan rakan-rakan dan guru-guru, mereka akan terus berusaha untuk mencapai sesuatu yang lebih baik sedangkan kritikan di hadapan orang ramai pula boleh menjatuhkan maruah, air muka dan motivasi mereka. Menurut Abdullah Hassan dan Ainon Mohd. (2006), bahasa yang positif dan mendukung boleh menyebabkan timbulnya perasaan: 1. Jiwa murid berasa sihat, segar dan nyaman. 2. Murid berasa diri mereka diberi kepercayaan penuh oleh guru. 3. Batin murid berasa tenang dan tenteram. 4. Murid berasa yakin kepada diri sendiri 5. Murid berasa dirinya seorang yang istimewa. 6. Mereka berasa selamat dan serba selesa menjadi diri mereka sendiri. 7. Mereka berasa seronok dan suka dengan kehadiran guru mereka. 8. Mereka berasa guru mereka memahami diri, fikiran dan perasaan mereka dengan

sepenuhnya. 9. Mereka berasa dunia ini terbentang luas. Seperti mana yang telah dinyatakan di awal bab ini, antara ciri-ciri penting dalam pemujukan ialah menyatakan faedah yang boleh diperolehi daripada sesuatu objek atau rangsangan itu. Pelajar mungkin tidak nampak apakah faedahnya mereka melakukan sesuatu. Maka, timbul persoalan di fikiran mereka, apakah faedah dan pentingnya aku melakukan perkara ini? Oleh itu guru, perlu menyatakan dan menjelaskan kenapa kita mahukan pelajar kita melakukan sesuatu atau bersikap dan bertingkah laku demikian rupa. Perkara ini mesti dilakukan secara berulang-ulang sebagai satu usaha pengukuhan seperti mana juga yang dilakukan oleh pengiklan-pengiklan kerana manusia mudah lupa dan kurang memberi tumpuan terhadap sesuatu. Tetapi, sekiranya ia diperingatkan berulang-ulang kali, sedikit sebanyak perkara itu akan lekat di ingatan mereka. Memberikan persetujuan terhadap sesuatu cadangan atau idea pelajar juga merupakan satu imbuhan. Katakanlah kepada pelajar “ini idea bagus”, “pandangan seperti inilah yang cikgu nanti-nanti”, “ya! Ini satu pandangan baru”, “ini satu idea hebat” dan sebagainya lagi. Jangan sesekali memperkecilkan atau menghina pandangan murid seperti mengata “ini pandangan bodoh”, “idea macamtu dalam longkangpun boleh dapat”, “orang gilapun boleh bagi idea seperti itu” dan sebagainya lagi. Dengan berbuat demikian, kita mematikan semangat, minat, keinginan untuk menyumbangkan idea, motivasi diri dan kreativiti mereka. Malahan, ia boleh menjadikan murid bersikap defensif dan pasif (Abdullah Hassan dan Ainon Mohd., 2006)

b. Perhubungan Awam Pendekatan perhubungan awam juga tidak kurang pentingnya dalam mengubah sikap dan tingkah laku. Kajian-kajian membuktikan bahawa pendekatan perhubungan awam berupaya mewujudkan kesan yang berpanjangan kerana tumpuannya banyak kepada pembinaan hubungan erat (rapport), understanding, persetujuan bersama, kerjasama dan suasana harmoni. Ia boleh diaplikasikan dengan beberapa cara. Antaranya, ialah guru mestilah menunjukkan sikap mahu menolong dan mengambil berat tentang murid-murid mereka. Perihatin dan mengambil tahu tentang masalah dan perubahan-

Page 18: TAJUK 7 Mengubah Sikap Dan Tingkahlaku Melalui Komunikasi

  18  MENGUBAH SIKAP DAN TINGKAH LAKU

perubahan yang berlaku kepada murid-murid, boleh menyumbang kepada perubahan sikap dan tingkah laku mereka kepada yang lebih baik. Kenalilah setiap murid kita secara lebih dekat dengan mendapatkan maklumat-maklumat penting dan latar belakang setiap mereka dan keluarga mereka. Sebaik-baiknya kenali keluarga mereka. Tujuannya ialah untuk mewujudkan hubungan baik dan saling kenal mengenal antara guru, murid-murid dan keluarga mereka. Dengan cara demikian, sekiranya wujud masalah, boleh diselesaikan dengan cara yang lebih baik dan harmoni. Kebelakangan ini, kita lihat guru-guru tidak lagi begitu dihormati seperti mana suatu ketika dahulu. Dahulu, guru-guru merupakan pemimpin pendapat di kawasan tempat ia mengajar. Ibu bapa dan murid mengenali guru-guru dengan baik dan begitu juga sebaliknya. Hubungan baik antara pihak-pihak yang terlibat ini ternyata dapat menyelesaikan banyak masalah termasuklah masalah-masalah disiplin, prestasi murid yang lemah atau merosot, mendapatkan kerja sama dan penglibatan setiap pihak dan hormat menghormati antara satu sama lain serta tiadanya campur tangan berlebihan ibu bapa terhadap urusan sekolah. Contohnya, antara campur tangan berlebihan ibu bapa itu ialah sekiranya guru memukul anak mereka, tanpa ada runding bicara, mereka terus sahaja membawa perkara itu ke peringkat atasan atau melaporkannya kepada polis, walaupun sebenarnya guru itu cuba mendisiplinkan dan mengubah tingkahlaku buruk muridnya itu. Oleh itu, membina hubungan melalui kegiatan-kegiatan perhubungan awam sekolah dan guru-guru adalah penting bagi mewujudkan hubungan baik, saling faham memahami dan kerja sama antara kedua-dua belah pihak dan yang paling penting lagi ialah dapat membina imej positif sekolah. Akibat dari itu, pelajar berasa seronok belajar di sekolah itu, bangga dan sayang terhadap sekolah dan guru dan patuh kepada peraturan-peraturan sekolah. Dengan itu, masalah salah laku dan disiplin seperti melakukan vandalisme, ponteng kelas, membuang sampah merata-rata dan sikap individualistik dapat dikurangkan.

c. Imbuhan Peneguhan melalui pemberian imbuhan dan hukuman boleh juga dilaksanakan dalam mengubah sikap dan tingkah laku murid. Umpamanya, pelajar yang rajin membaca buku dianugerahkan “hadiah nilam” oleh pihak sekolah. Pelajar cemerlang pula dianugerahkan dengan hadiah-hadiah kecemerlangan termasuklah dari segi pencapaian ko-kurikulum dan sahsiah diri. Sementara itu, di dalam kelas, guru boleh memberikan sesuatu hadiah kepada pelajar yang dapat menjawab soalan dengan baik atau menunjukkan prestasi yang meningkat. Mereka juga boleh dilantik sebagai pengawas dan ketua darjah. Tujuannya adalah sebagai pengiktirafan terhadap pencapaian cemerlang mereka. Ini akan membantu menyemarakkan lagi semangat dan usaha pelajar-pelajar berkenaan untuk terus membaca dan mencapai kecemerlangan dan dalam masa yang sama dapat menimbulkan semangat dan keinginan rakan-rakan mereka yang lain untuk turut merebut hadiah-hadiah tersebut di masa-masa akan datang. Sebaliknya, pelajar yang nakal, jahat dan sering melanggar peraturan sekolah patut diberikan hukuman yang setimpal mengikut peruntukan-peruntukan yang diberikan oleh Kementerian Pelajaran. Pihak sekolah tidak seharusnya menyembunyikan atau menutup kesalahan-kesalahan merdeka kerana ia akan menimbulkan masalah yang

Page 19: TAJUK 7 Mengubah Sikap Dan Tingkahlaku Melalui Komunikasi

  19  MENGUBAH SIKAP DAN TINGKAH LAKU

lebih serius di masa-masa yang akan datang. Mereka akan menyangkakan bahawa setiap kesalahan yang mereka lakukan akan terus di tutup oleh pihak sekolah dan bebas dari sebarang hukuman. Lebih parah lagi apabila mereka ini mempengaruhi rakan-rakan lain untuk mengikuti jejak langkah mereka dan akhirnya mewujudkan kumpulan-kumpulan salah laku dan samseng. Setelah tamat pengajian, mereka menjadi lebih aktif melakukan kegiatan-kegiatan salah laku dan menjadi lebih ganas dan menimbulkan masalah kepada masyarakat dan Negara.

d. Modeling Modeling bermaksud menjadi contoh atau model. Ia merupakan satu teknik terapeutik yang berlaku apabila klien memerhatikan tingkah laku orang lain dan meniru tingkah laku tersebut. Selain ibu bapa dan adik beradik, guru adalah golongan yang paling banyak bergaul dan berinteraksi dengan murid. Sikap, tingkah laku dan percakapan guru sepatutnya banyak mempengaruhi sikap, tingkah laku dan gaya percakapan murid. Sekiranya guru sering bercakap kotor, kurang sopan, memaki hamun murid dan suka memukul mereka, ada kemungkinan pelajar-pelajar juga akan terikut-ikut stail itu. Kerana itu, pepatah Melayu ada menyebut “kalau guru kencing berdiri, murid pula kencing berlari”. Sebaliknya, kalau guru sentiasa bercakap secara bersopan, lemah lembut, berbudi bahasa, pengasih dan mengamalkan ciri-ciri akhlak mulia yang lain, sedikit sebanyak murid-muridnya akan terikut-ikut juga tingkah laku dan sifat-sifat mulia itu.

e. Berikan Maklumat Atau Pengetahuan Yang Lebih Banyak Di awal-awal bab ini kita telahpun menyebut bahawa semakin banyak seseorang mengetahui mengenai sesuatu objek atau perkara, akan turut mempengaruhi sikap dan tingkah lakunya terhadap objek atau perkara itu. Contohnya, “keberanian” dalam menggunakan computer. Bagi mereka yang tidak mengetahui bagaimana mahu menggunakan computer, pastinyalah menyimpan sikap negatif terhadap computer. Berbeza dengan mereka yang mempunyai banyak maklumat tentang komputer termasuklah cara-cara penggunaannya, kemudahan-kemudahan yang diberikannya, kecekapan kerja, ciri-ciri keselamatan maklumat, penjimatan masa, tenaga dan sebagainya, akan membentuk sikap yang begitu positif terhadapnya. Kerana itu pepatah Melayu menyebut “tak kenal maka tak cinta”. Oleh itu, guru haruslah bersedia untuk mendedahkan maklumat-maklumat yang membina dan berfaedah kepada pelajar-pelajar agar mereka benar-benar faham dan dapat membentuk sikap dan tingkah laku positif terhadapnya. Bukan hanya sekadar “melepaskan batuk di tangga”. Guru boleh bertanya kepada dirinya sendiri “kenapa murid aku tidak suka subjek-subjek matematik dan sains sedangkan mendapat markah yang tinggi dalam subjek-subjek geografi dan sejarah?”. Antara sebab utamanya ialah kerana mereka tidak tahu dan tidak faham. Antara kaedah membina kefahaman itu ialah penjelasan atau penerangan yang baik dan sistematik, tidak mengelirukan dan mengadakan latih tubi sebagai proses pengukuhan. Setelah mereka jelas dan memahaminya dengan baik, wujudlah minat dan cita rasa positif terhadap subjek-subjek berkenaan.

Page 20: TAJUK 7 Mengubah Sikap Dan Tingkahlaku Melalui Komunikasi

  20  MENGUBAH SIKAP DAN TINGKAH LAKU

f. Kaunseling Biasanya pelajar-pelajar yang mempunyai masalah sikap dan tingkah laku di sekolah, turut mempunyai masalah di rumah seperti perceraian ibu bapa, pergaduhan dalam keluarga, masalah disiplin dan komunikasi kekeluargaan. Dalam kajiannya di negeri Kedah dan Perlis, Mohd Taib Ariffin mendapati wujudnya hubungan antara ketagihan dadah dalam kalangan remaja dengan corak komunikasi kekeluargaan. Kebanyakan mereka yang didapati menjadi penagih dadah itu datangnya daripada keluarga yang berbentuk leisure faire, autokratik dan keluarga yang bermasalah. Masalah di luar rumah juga kerap kali mempengaruhi sikap dan tingkahlaku pelajar di sekolah. Krisis dan pergaduhan dengan rakan-rakan sebaya, pengaruh kawan-kawan yang rosak akhlaknya, pengaruh media massa terutamanya internet, buku-buku lucah, televisyen, surat khabar dan sebagainya lagi turut menyumbang kepada sikap dan tingkahlaku buruk murid-murid. Kajian Mohd Taib Ariffin yang berjodol Penggunaan Café Siber Dalam Kalangan Masyarakat mendapati bahawa pengunjung utama Café Siber ialah mereka yang berusia diantara 12 hingga 30 tahun. Salah satu tujuan utama mereka ke café siber ialah untuk berhibur. Ini termasuklah melayari laman-laman fornografi, kartoon yang memaparkan aksi-aksi ganas dan berbagai jenis game. Mereka meniru aksi-aksi ini dan terbawa-bawa ke sekolah. Dalam keadaan seperti ini, kaunseling pelajar mesti dilakukan. Kaunselor boleh memanggil pelajar-pelajar yang bermasalah dan gunakanlah pendekatan komunikasi pemujukan dan mendengar secara aktif dalam berhadapan dengan mereka. Mereka juga boleh dihantar berkursus. Perlu diingat, kaunselor mestilah mematuhi etika kaunseling dengan tidak membocorkan sebarang maklumat mengenai tingkah laku dan sikap pelajar-pelajar ini kepada sesiapapun kecuali mereka yang berkenaan dan berhak sahaja. Sebarang pendedahan maklumat seperti ini akan mengecewakan murid-murid itu dan mungkin mereka akan bertindak balas dengan bermacam-macam cara seperti melakukan vandalisme, membalas dendam dan sebagainya lagi.

g. Sikap Terbuka Bersikap terbuka merupakan satu prasyarat penting dalam mengubah sikap. Orang yang mengamalkan sikap terbuka, sentiasa bersedia untuk mendengar pandangan orang lain termasuk murid-muridnya. Ia juga perupakan orang yang penyabar, pendengar yang aktif, bertimbang rasa dan dapat menerima kritikan, teguran dan nasihat orang lain dengan hati yang terbuka. Antara sikap murid yang tidak begitu digemari oleh guru ialah sikap defensif. Apabila ditanya tentang sesuatu perbuatan salah laku mereka, murid-murid akan memberikan berbagai alasan dan sebab mengapa mereka melanggar peraturan sekolah. Bagi seorang guru yang bersikap tertutup, dia tidak bersedia untuk mendengar alasan dan jawapan murid-murid dan terus sahaja menjatuhkan hukuman kepada mereka. Dengan cara demikian tidak akan dapat menghapuskan sikap degil murid-murid, malah ia akan menguatkan lagi sikap itu, di mana mereka menjadi lebih degil (Abdullah Hassan dan Ainon Mohd.,2006). Tetapi, guru yang bersikap terbuka, bukan hanya bersedia mendengar alasan dan jawapan murid-murid malahan membuat pertimbangan secara rasional dan berhemah. Sikap seperti ini dapat memberi tarikan dan kesedaran kepada murid.

Page 21: TAJUK 7 Mengubah Sikap Dan Tingkahlaku Melalui Komunikasi

  21  MENGUBAH SIKAP DAN TINGKAH LAKU

h. Dorongan atau Motivasi Memotivasi murid bukanlah satu perkara yang mudah untuk dilakukan. Ia memerlukan kesabaran yang tinggi, ketenangan dan banyak menggunakan kata-kata pujian dan positif. Kalau kita tidak puas hati dengan kerja atau tugasan yang dibuat oleh murid itu, janganlah terus memarahinya tetapi gunakan ungkapan-ungkapan atau kata positif yang dapat merangsangnya untuk memperbaiki kerja-kerjanya itu. Contohnya, “ oh! Ini dah bagus, tapi kalau kamu perbaiki sedikit lagi, cikgu percaya yang kamu boleh mendapat markah yang baik”. Apabila murid-murid dapat menjawab soalan, pujilah mereka dan katakanlah “bagus”, “baik”, “cantik” dan sebagainya. Apabila murid tidak dapat menjawab soalan, jangalah marahkan mereka secara melulu tetapi tanyalah secara bijaksana apakah masalah murid itu dan mintalah kerjasamanya untuk memberi tumpuan semasa guru mengajar. Dengan cara demikian, guru menanamkan dan menyuburkan perasaan untuk terus mencuba dan menyumbangkan idea pada diri murid-murid. Selain itu murid-murid berasa seronok, puas hati, dan yakin pada diri sendiri. Sekiranya dapat diamalkan, inilah antara pendekatan yang baik dalam pengajaran dan pembelajaran.

i. Meleter atau membebel Terdapat sesetengah guru yang suka meleter ataupun membebel dalam mengubah sikap dan tingkah laku murid-muridnya. Perbuatan ini amat tidak disukai oleh mereka. Ia boleh menimbulkan perasaan benci dan marah terhadap guru. Oleh itu, meleteri atau membebeli murid bukanlah satu pendekatan yang baik dalam mengubah sikap dan tingkah laku. Sebaik-baiknya elakkanlah dari menggunakan pendekatan ini.

j. Mengugut Atau Menakut-nakutkan Mengugut atau menakut-nakutkan merupakan satu kaedah yang sering juga digunakan dalam mengubah sikap dan tingkahlaku pelajar. Guru memberikan ancaman kepada murid jika enggan mematuhi arahannya akan dikenakan tindakan atau hukuman. Contohnya “Jika kamu tiadak hantar tugasan ini besok, kamu akan dihukum berdiri di atas meja selama setengah jam”. Oleh kerana takutkan tindakan dan hukuman itu, murid-murid melakukan apa yang disuruh oleh gurunya dalam keadaan yang tidak selesa, terpaksa dan dan ketakutan. Pendekatan ini juga bukanlah suatu pendekatan yang baik kerana kadang kala ia menimbulkan masalah. Ia mungkin boleh menimbulkan perasaan marah dan dendam terhadap guru. Sebaik-baiknya, elakkanlah dari menggunakan ugutan atau menakut-nakutkan murid.

k. Paksaan Di sekolah, guru mempunyai kuasa yang kuat terhadap pelajar. Mereka boleh mengarahkan atau memaksa murid-murid untuk melakukan sesuatu selagi ia tidak bertentangan dengan matlamat pengajaran dan pembelajaran serta etika perguruan. Malahan, menggunakan paksaan merupakan salah satu teknik komunikasi guru dalam mengubah dan membentuk tingkah laku dan sikap pelajar. Arahan dalam bentuk paksaan sama ada secara lembut atau kasar, tentunya akan dipatuhi kerana orang yang memaksa itu mempunyai kuasa. Namun begitu, pelajar yang menerima paksaan itu menerimanya dalam keadaan yang berbagai-bagai. Harus diingat bahawa paksaan boleh menyebabkan pelajar menimbulkan reaksi yang negatif seperti marah dan dendam terhadap guru, meluat, rasa kurang senang dan

Page 22: TAJUK 7 Mengubah Sikap Dan Tingkahlaku Melalui Komunikasi

  22  MENGUBAH SIKAP DAN TINGKAH LAKU

kadang kala melakukan kekasaran kepada guru. Kajian-kajian juga membuktikan bahawa perubahan sikap dan tingkah laku yang berlaku akibat paksaan sukar untuk bertahan lama. Apabila ada sahaja peluang untuk kembali ke sikap dan tingkah laku lama, mereka akan melakukan tingkah laku lama itu. Selain itu, arahan yang berbentuk paksaan, melahirkan rasa takut, perasaan rendah diri, pasif, dendam dan lain-lain lagi. Pelajar yang sentiasa takut, pasif dan rendah diri, sukar untuk menjadi cemerlang dan menyerlah. Oleh itu, kalaupun guru terpaksa menggunakan paksaan terhadap murid, hendaklah berhati-hati dan jadikan ia tindakan atau pendekatan terakhir.

PENUTUP Informasi, hasrat dan keinginan, cita rasa dan perasaan, arahan dan pujukan serta lain-lain lagi disampaikan melalui komunikasi. Ini termasuklah juga pendidikan dan pembentukan sikap dan tingkah laku. Membentuk dan mengubah sikap dan tingkah laku bukanlah merupakan satu proses yang mudah. Ia memerlukan kebijaksanaan, kesabaran, iltizam dan dedikasi yang tinggi, matlamat yang jelas dan kerjasama setiap pihak yang terlibat khususnya guru. Guru seharusnya mampu mengaplikasikan pelbagai cara dan pendekatan dalam membentuk, mencorakkan dan memodifikasi sikap dan tingkah laku pelajar supaya Negara dapat melahirkan golongan remaja dan masyarakat yang berakhlak dan beretika mulia. Hanya dengan demikian sahaja, Negara boleh dibangunkan dengan jaya dan cemerlang.

1. Bincangkan apakah yang dikatakan sikap dan tingkah laku? 2. Huraikan satu teori sikap dan satu teori yang berkait dengan tingkah laku. 3. Anda mempunyai seorang murid yang suka menipu dan ponteng sekolah. Huraikan

lima kaedah yang boleh anda gunakan dalam mengubah sikap dan tingkah lakunya. 4. Bezakan dan bandingkan keluarga ciri-ciri leisure faire dengan keluarga autokratik. 5. Huraikan tiga faktor yang mempengaruhi sikap dan tingkah laku seseorang.

Bibliografi

Abdullah Hassan dan Ainon Mohd. (2006). Kemahiran Interpersonal Untuk Guru. Batu Caves. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Bostrom, R. (1983). Persuasion. Englewood, New Jersey. Prentice-Hall, Inc. Devito, J. A. (2009). Human Communication: The Basic Course. New York. Pearson Education, Inc. Guirdham, M. (1990). Interpersonal Skills at Work. New York. Prentice-Hall Inc. Hall E. (1983). Psychology Today: An Introduction. New York. Random House. Nazirmuddin Ahmad, Mohd Taib Ariffin, Marinah Awang dan Azita Yonus@Ahmad. (2005). Pengantar Etika. Kuala Lumpur, Pustaka Salam Sdn. Bhd. Pearson, J., Nelson, P., Titsworth, S. dan Harter, L. (2011). New York. McGraw-Hill. Pride, W. M. and Ferrell, O. C. (1998). Marketing. Boston. Houghton Miffin Company. Trenholm, S. and Jensen, A. (2009). New York. Oxford University Press.

Page 23: TAJUK 7 Mengubah Sikap Dan Tingkahlaku Melalui Komunikasi

  23  MENGUBAH SIKAP DAN TINGKAH LAKU

Tubbs, S. and Moss, S. (2010), Human Communication: Principles and Contexts. New York. McGraw-Hill Higher Education. Tarmizi Ramadhan’s Blog: http://ms.wikipedia.org/wiki/Tingkah-laku (3 Sept. 2011). http://dmaza.blogsport.com/2010/06/maksud-definisi-tingkahlaku.html (3 Sept. 2011).