tahap tekanan akademik dan kerisauan pelajar mempelajari

7
Pertanikn J. Soc. Sci. & Hum. 9(2): 87-93 (2001) ISSN: 0128·7702 © Universiti Putra Malaysia Press Tahap Tekanan Akademik dan Kerisauan Pelajar Mempelajari Komponen Teras Kemahiran Hidup RAHIL HJ MAHYUDDIN, ZAlDATOL AKMALIAH LOPE PIHIE & NORAJ'J FAUZIAH YAACOB' Fakulti Pengajian Pendidikan, Universili Putra Mala)lSia, 43400 UPM, Serdang, Selangor *Sekolah Bahasa dan Pemikiran Saintifik Universiti Ulara Malaysia 06010 Sin/ok, Kedah, Malaysia Keywords: Kemahiran Hidup, Kemahiran Manipulatif, stres, komponen teras ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap tekanan dan kerisauan pelajar dalam rnempelajari komponen teras mata pelajaran Kemahiran Hidup. Seramai 146 responden menjadi subjek kajian. Kebanyakannya atau 76.7% rnerupakan pelajar sekolah menengah, selebihnya rnerupakan pelajar pendidikan guru dalam bidang pendidikan vokasional. Stres diukur dengan menggunakan item yang telah dibentuk sendiri oleh pengkaji dengan nilai alpha 0.68. Pelajar didapati paling stres apabila merasa bersalah kerana gagal mencapai apa yang diharapkan, dan merasa resah apabila menunggu keputusan ujian Kemahiran Hidup. Beberapa dapatan berbentuk kualitatif berkaitan dengan faktor yang menyebabkan stres dan kerisauan dibincangkan. Penyelidik telah menyenaraikan beberapa cadangan yang praktikal untuk menangani tekanan akademik pelajar Kemahiran Hidup. Proses pengajaran-pembelajaran komponen Kemahiran Manipulatif dan Perdagangan dan Keusahawanan perlu diperbaiki untuk mengurangkan stres pelajar. ABSTRACT The purpose of this study was to identify stress and anxiety level of students in learning the core component of the Living Skills (Kemahiran Hidup) subject. Most of the subjects (76.7%) were secondary school students, the others were university student teachers majoring in vocational education. Stress was measured by using items developed by the researchers. Students felt most stressed when they fele guilty because they failed to achieve what was expected of them, and felt uneasy while waiting for the living skills examination results. Several qualitative research findings related to factors contributing LO stress and anxiety were discussed. The researchers had listed several practical recommendations to handle students academic stress in learning the living skills subject. The teaching and learning process for manipulative skills as well as the commerce and entrepreneurship components need to be improved to reduce students' stress. LATAR BEIAKANG Kemahiran Hidup merupakan satu mata pelajaran teras dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Mata pelajaran ini bertujuan membekalkan pelajar dengan kemahiran asas untuk membolehkannya mengendalikan hidup secara produkti[ dalam dunia teknologi dan perdagangan yang kompleks dan sentiasa berubah. Mata pelajaran ini dirancang L1ntuk mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Negara iaitu untuk mewluudkan insan yang seimbang dan harmonis dan segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Mata pelajaran ini lerbahagi kepada ciua iaitu bahagian teras dan bahagian pilihan. Bahagian teras mengandungi empat komponen wajib untuk semua pelajar. Bahagian pilihan pula mengandungi tiga komponen, dan pelajar dikehendaki memilih satu daripada tiga komponen tersebut. Sejak diperkenalkan, bahagian teras Kemahiran Hidup merangkumi aspek Kemahiran

Upload: trinhkhanh

Post on 15-Jan-2017

230 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tahap Tekanan Akademik dan Kerisauan Pelajar Mempelajari

Pertanikn J. Soc. Sci. & Hum. 9(2): 87-93 (2001) ISSN: 0128·7702© Universiti Putra Malaysia Press

Tahap Tekanan Akademik dan Kerisauan Pelajar MempelajariKomponen Teras Kemahiran Hidup

RAHIL HJ MAHYUDDIN, ZAlDATOL AKMALIAH LOPE PIHIE &NORAJ'J FAUZIAH YAACOB'

Fakulti Pengajian Pendidikan, Universili Putra Mala)lSia,43400 UPM, Serdang, Selangor

*Sekolah Bahasa dan Pemikiran SaintifikUniversiti Ulara Malaysia

06010 Sin/ok, Kedah, Malaysia

Keywords: Kemahiran Hidup, Kemahiran Manipulatif, stres, komponen teras

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap tekanan dan kerisauan pelajar dalam rnempelajarikomponen teras mata pelajaran Kemahiran Hidup. Seramai 146 responden menjadi subjekkajian. Kebanyakannya atau 76.7% rnerupakan pelajar sekolah menengah, selebihnya rnerupakanpelajar pendidikan guru dalam bidang pendidikan vokasional. Stres diukur dengan menggunakanitem yang telah dibentuk sendiri oleh pengkaji dengan nilai alpha 0.68. Pelajar didapati palingstres apabila merasa bersalah kerana gagal mencapai apa yang diharapkan, dan merasa resahapabila menunggu keputusan ujian Kemahiran Hidup. Beberapa dapatan berbentuk kualitatifberkaitan dengan faktor yang menyebabkan stres dan kerisauan dibincangkan. Penyelidik telahmenyenaraikan beberapa cadangan yang praktikal untuk menangani tekanan akademik pelajarKemahiran Hidup. Proses pengajaran-pembelajaran komponen Kemahiran Manipulatif danPerdagangan dan Keusahawanan perlu diperbaiki untuk mengurangkan stres pelajar.

ABSTRACT

The purpose of this study was to identify stress and anxiety level of students in learning the corecomponent of the Living Skills (Kemahiran Hidup) subject. Most of the subjects (76.7%) weresecondary school students, the others were university student teachers majoring in vocationaleducation. Stress was measured by using items developed by the researchers. Students felt moststressed when they fele guilty because they failed to achieve what was expected of them, and feltuneasy while waiting for the living skills examination results. Several qualitative research findingsrelated to factors contributing LO stress and anxiety were discussed. The researchers had listedseveral practical recommendations to handle students academic stress in learning the living skillssubject. The teaching and learning process for manipulative skills as well as the commerce andentrepreneurship components need to be improved to reduce students' stress.

LATAR BEIAKANG

Kemahiran Hidup merupakan satu matapelajaran teras dalam Kurikulum BersepaduSekolah Menengah (KBSM). Mata pelajaran inibertujuan membekalkan pelajar dengankemahiran asas untuk membolehkannyamengendalikan hidup secara produkti[ dalamdunia teknologi dan perdagangan yang kompleksdan sentiasa berubah. Mata pelajaran inidirancang L1ntuk mencapai hasrat FalsafahPendidikan Negara iaitu untuk mewluudkan

insan yang seimbang dan harmonis dan segiintelek, rohani, emosi dan jasmani.

Mata pelajaran ini lerbahagi kepada ciuaiaitu bahagian teras dan bahagian pilihan.Bahagian teras mengandungi empat komponenwajib untuk semua pelajar. Bahagian pilihanpula mengandungi tiga komponen, dan pelajardikehendaki memilih satu daripada tigakomponen tersebut.

Sejak diperkenalkan, bahagian terasKemahiran Hidup merangkumi aspek Kemahiran

Page 2: Tahap Tekanan Akademik dan Kerisauan Pelajar Mempelajari

Rahil Hj. Mahyuddin, Zaidatol Akmaliah Lope Pihie & Noran Fauziah Yaacob

Manipulatif, Perdagangan dan Keusahawanan,dan Kekeluargaan. Tetapi sejak rahun 1996komponen reka cipta relah diperkenalkan dalamKemahiran Hidup. Komponen ini diperkenalkanuntuk melahirkan pelajar yang lebih kreatif,inovatif dan inventif dalam pengeluaran sesuatuproduk teknologi. Reka cipta adalah penghasilansesuatu projek atau barangan baru ataupengubahsuaian datam bidang teknologi untukmemcnuhi kehendak pengguna. Projek yangdihasilkan pelajar adalah daripada idea yangtersendiri atau diubah suai dan berpotensi untukdipasarkan. Menurut Banafi Kamal:

"Kurikulum Reka cipta menekankan pemikirananalitikal, kritikal, lateral dan inventif ke arahmcnghasilkan sesuatu reka cipta yang bergunadalam bentuk konkrit dan berfungsi"

(1996)

Berikut diterangkan penjelasan terperinci 3lagi komponen teras Kemahiran Hidup. Ketiga­tiga teras ini merupakan fokus kajian inL

Kemahiran Manipulatif

Kemahiran Manipulatif membekalkan pelajardengan pengetahuan dan kemahiran praktisdalam bidang teknologi. Tujuannya adalah untukmembolehkan pelajar berfungsi secara berkesandalam masyarakal yang berorientasikan teknologikhususnya di tempat tinggal dan di tempatbeke:rja kelak. Komponen ini merangkumi teknikopcrasi, alatan elektromekanikal yang mudah,teknologi bahan dan aspek kuantitatif. Antaraaktiviti yang dijalankan oleh pelajar ialah kerja­buat-sendiri yang mudah berkaitan denganbinaan, pemasangan, penyenggaraan, baik pulih,ullsur-unsur pengurusan diri, dan perkebunan.Aspek pengiraan kos digabungjalinkan dalampembinaan projek.

Perdagangan dan Keusahawanan

Perdagangan dan Keusahawanan membekalkanpelajar dengan pengetahuan dan kemahiran asasperniagaan dan keusahawanan yang menekankanamalan perniagaan termasuk aspek kewangandan simpan kira, pengurusan perniagaan, etikadalam perniagaan, dan pengeluaran. Pe1ajarjuga dibekalkan dengan pengetahuan dankemahiran mengenai konsumerisme. Tujuannyaadalah untuk memupuk sikap berdikari, yakindiri, semangat ingin tahu, ingin men cuba dantidak berputus asa, meningkatkan inisiatif, daya

mereka cipta serta berkeupayaan mengenal pastipeluang perniagaan, menggunakan peluangperniagaan dengan bijaksana dan bertindaksebagai pengguna dan pengeluar yangbertanggungjawab.

Keheluargaan

Komponen Kekeluargaan membekalkan pelajardengan kemahiran interaksi an tara individudengan keluarganya dan masyarakat. Bagimembolehkan pelajar melakukan interaksi ini iaterlebih dahulu perlu mengetahui danmemahami pelbagai aspek dirinya sendiri.Melalui perkembangan diri, ia dapat wt~ud danmengukuhkan perhubungan mesra dengankeluarganya serta masyarakat sekelilingnya. Olehyang demikian Komponen Kekeluargaandibahagikan kepada tiga aspek iaitu PeningkatanKendiri, Kesejahteraan Keluarga, danKeharmonian Hidup Bermasyarakat. Kemahiranyang dibekalkan adaJah untuk membantu pelajarmenguruskan hal-hal peribadinya denganberkesan, mengamalkan sikap yangbertanggungjawab dan meSTa serta berinteraksisecara bersopan santun dengan orang lain sepertiahli keluarga, rakan sebaya, dan guru, sesuaidengan nilai masyarakat.

Memandangkan komponen KemahiranHidup begitu terasing anrara satu dengan laindan juga di~ar secara berasingan maka satukajian yang dapat mengenal pasti tahap kelisauandan tekanan pelajar semasa mengikuti matapelajaran ini dianggap wajar dijalankan. Setakalini belum ada lagi kajian yang dijalankan untukmeninjau tahap kerisauan dan tekanan pelajarterhadap mata pelajaran Kemahiran Hidup,walaupun ianya telah diperkenalkan sejak 10tahun lalu. Menurut Russel dan Hattie (1991)terdapat banyak literatur berkaitan dengantekanan yang dialami remaja berpunca daripadapihak sekolah. Sekolah sebagai penyumbangutama rasa lertekan pelajar perlu diberi perhatianmemandangkan kebanyakan masa seorangpelajar diluangkan untuk mengikuti pelajaranberben tuk akademik. Antara faktor dalam aspeksekolah lermasuklah guru. Guru mengalamistres kerana bebanan kerja dan berhadapandengan pelajar yang agresif (Hui dan Chan1996) dan apabi!a guru dikehendaki mengajarpeIbagai komponen dalam Kemahiran Hidupyang sebahagiannya asing bagi guru itu, secaratidak langsung mungkin akan mempengaruhilahap keupayaan pelajar untuk belajar mata

88 PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 9 No.2 2001

Page 3: Tahap Tekanan Akademik dan Kerisauan Pelajar Mempelajari

T<lhap Tekanan Akademik dan Kerisauan Pelajar Mempelajari Komponen Teras Kemahiran Hidup

pelajaran Kemahiran Hidup. Jadi adalahmembimbangkan sekiranya perasaan [ekanan inibetul-belul wujud disebabkan faktor berkaitandengan tekanan akademik.

Russel dan Hattie (1991) juga mendapatidalam kajian mereka bahawa tekanan rakansehaya, tekanan ibu bapa, kepentingan sekolahdan ketakutan pada kegagalan merupakan 4faktor yang signifikan untuk menyumbangkepada lekanan akademik. Di samping itu pelajarjuga menghadapi tekanan terhadap gredakaclemik, masa yang tidak mencukupi untukmenyempurnakan keperluan kendiri, dankebimbangan berkaitan dengan kehidupan masahadapan (Glenn & Rottman 1988). Akhir sekali,dapatanJegede (1996) mendapati pelajar melihatkebimbangan mendapal markah yang rendahdalam peperiksaan merupakan satu faktor yangamal menekankan mereka. Pelajaran KemahiranHidup sebenarnya membebankan pelajar keranalerlalu banyak komponen yang perlu digabung.jalinkan.

Tujuan kajian ini ialah unluk mengenal pastilahap tekanan dan kerisauan pelajar dalamrnempelajari sernua komponen teras dalamKemahiran Hidup.

Kajian ini cuba menjawab soalanpenyelidikan berikut:a. Apakah tahap stres peJajar sekolah dan

universiti dalarn mempelajari KernahiranHidllp?

b. Adakah terdapal perbezaan tahap slresmengikul kategori pelajar?

c. Apakah lahap kerisauan pelajar mengikutkomponen Kemahiran Hidup tertentu?

d. Apakah faktor yang menyumbang kepadakerisauan dalam mempelajari KemahiranHidup?

METODOLOGI

Kajian ini adalah berbentuk unJauan yangmenggunakan soal selidik yang terbahagi kepada3 bahagian, iaitu, pertama mengandungimaklumat peribadi pelajar; kedua, soal selidikuntuk mengukur stres dengan nilai kepercayaan0.68 dan ketiga, soal selidik mengukur lahapkerisauan akadernik pelajar. Empat belas itemdibina untuk mengukur stres dan bagi setiapitem, responden diberi 4 pilihan iaitu, "tidakpemah", "kadang-kadang". "selalu" dan "amatselalu". Skor 1 diberi untuk "tidak pernah",skor 2 untuk "kadang·kadang", skor 3 untuk"selalu" dan skor 4 untuk "amal selalu". Prosedur

skor ini digunakan untuk menentukan tahapSlres iaitu SkOT tinggi untuk tahap stres yangLinggi dan skor rendah unluk tahap sebaliknya.Untuk mengukur tahap kerisauan, pelajardiminta menyatakan sejauh mana 'kerisauan'telah mereka alami dalam mempe1ajari setiapkornponen KH secara spesifik. Skala berikutdigunakan untuk rnengukur kerisauan, iaitu skor1 untuk sangat "tidak merisaukan ", skar 2 untuk"tidak merisaukan", skor 3 untuk "merisaukan"dan skor 4 untuk "sangal merisaukan".

Daripada 14 item yang dibentuk untukmengukur tahap Slres, nilai Cronbach Alphamenunjukkan tiga item adalah berbezaberbanding sebelas item yang lain untukmengukur stres. Dengan mengeluarkan tigaitem itu, nilai alpha yang pada mulanya ialah0.57 meningkat kepada 0.68. Akhirnya lIntukanalisis pengukuran stres, sebelas item sahajadigunakan. KH rnerupakan salah satu matapelajaran baru yang diperkenalkan dalam KBSMdan bebanan mempelajari komponen yangpelbagai dalam satu pelajaran mungkinmenimbulkan lahap kerisauan yang tinggi danselerusnya me1ibatkan lekanan (Benjamin & Walz1987). Oleh kerana itll, kajian ini mendapatikedua~dua instrumen (stres dan kerisauan) amatrelevan untuk mengukur kedua-duapembolehubah itu dalam mempelajari KH.

Skala Likerl digunakan untuk mengukurstres dan tahap kerisauan akademik. Item dalamsoal selidik digubal berdasarkan konstruk umumuntllk mcngukur stres dan kerisauan. Soal selidikini dibina sendiri oleh pengkaji khusus un tukKH. Seterusnya item ini dikaitkan dengan matapelajaran KH untuk mengukur tahap stres dankerisauan mempelajari mala pelajaran tersebut.

Dari segi sampelan, jumlah pel<uar sekolahyang menjadi reSpOndeIl ialah J10 orang dan 36yang lain merupakan pelajar·pelajar pendidikanvokasional, sebuah universiti tempatan. Duakumpulan pelajar ini dipilih untuk rnenjelaskansarna ada kedua-dua kumpulan ini secaraberasingan rnengalami kerisauan dan stresapabila mengikuti peI~aran KH. Fokus kajianini hanyalah untuk meninjau sarna ada wujudperasaan risau dan stres apabila mengikuti malapelajaran RH, dan sampel pelajar universitiyang dipilih merllpakan bakal guru yang akanmengajar mata pelajaran KH di sekolah.

Data dikumpul dengan menggunakanpembantu penyelidik yang pergi ke sembilansekolah di kawasan Hulu Langat. Sekolah dipilih

PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 9 No.2 2001 89

Page 4: Tahap Tekanan Akademik dan Kerisauan Pelajar Mempelajari

Rahil Hj. Mahyuddin, Zaidatol Akma1iah Lope Pihie & Noran Fauziah Yaacob

secara rawak. Data dianalisis denganmenggunakan pengaturcaraan statistical packagefor the Social Science (SPSS). statistik deskriptif(min, peratus dan sisihan lazim) digunakanuntuk menginterpretasi data.

DAPATAN KAJIAN

Bahagian ini melaporkan pelbagai aspek dapatankajian ini yang mengandungi tahap stres dankomponen kurikulum Kemahiran Hidup yangmenimbulkan tahap kerisauan yang tinggi.Kajian ini juga menerangkan faktor-faktorkerisauan. Jadual 1 menunjukkan responsterhadap sebelas item yang mengukur stres.Berdasarkan respons tersebut, pelajar didapatiberada dalam kategori paling sLres apabila berasabersalah kerana gagal mencapai apa yangdiharapkan. Kedua, mereka berasa amat resahapabila menunggu keputllsan ujian KemahiranHidup.

STRES DAN KATEGORI PElAJAR

Apabila dianalisis mengikut kategori pclajar,kedua-dua kumpulan dad aspek persepsi skorstres menunjukkan tidak ada perbezaansignifikan terhadap stres daJam mempelajari RH.Skar min untuk pelajar pendidikan guruuniversiti ialah 23.82 dan pel ajar sekolahmenengah ialah 24.00.

KERISAUAN DALAM KOMPONENKEMAHlRAN mDUP

Daripada lima komponen Kemahiran Hidup,dapatan keseluruhannya menunjukkan pelajarpaling risau dalam Kemahiran Manipulatif,diikuti dengan Perdagangan dan Keusahawanan,Ekonomi Rumah Tangga, Kekeluargaan danSains Pertanian. Rajah 2 menunjukkan responterhadap kelima-lima komponen int.

JADUAL IStalistik deskriptif temang item stres

Item

1. Saya selalu berasa kecewa.

2. Saya rasa tertekan kerana jangkaanprestasi terlalu tinggi.

3. Saya rasa bersalah kerana tidakmencapai apa yang dijangkakan.

4. Saya rasa ibu bapa mengharapkan A sahaja.

5. Saya sentiasa berasa letih dari segi fizikal.

6. Saya semiasa berasa Jetih dari segi mental.

7. Sara sentiasa rasa cepat naik darah.

8. Saya sering lupa walaupun untuk perkara biasa.

9. Saya berasa gelisah apabila menunggukeputllsan ujian KH.

Tidak Kadang Kerap Palingpernah ~kadang (dalam Kerap

peratus)

12.3 69.9 15.1 2.1

17.8 58.2 21.2 2.1

9.6 38.4 41.8 9.6

19.9 31.5 29.5 18.5

19.9 64.4 12.3 2.7

24.7 63.0 11.0 0.7

19.2 63.7 12.3 4.1

6.8 69.9 19.2 2.7

17.8 31.5 36.3 13.0

10. Saya rasa terganggu apabila melakukan sesua[ukerja KH dalam satu masa. 11.6 42.5 28.1 17.1

11, Saya berasa gelisah apabila memikirkan apakah 36.3 44.5yang akan dilakukan seterusnya dalam KH.

Peringatan: Peratus tidak menunjukkan 100% sebab "missing value".

15.3 2.7

90 PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 9 No.2 2001

Page 5: Tahap Tekanan Akademik dan Kerisauan Pelajar Mempelajari

Tahap Tekanan Akademik dan Kerisauan Pelajar Mempelajari Komponen Teras Kemahimn Hidup

jADUAL 2Statistik deskriptif kerisauan untuk mempelajari komponen Kemahiran Hidup

Komponen Sangat risal1 Risau Tidak risau SangatTidak risau

% % % %Kemahiran Manipulatif 10.4 56.9 27.1 5.6Perdagangan & Keusahawanan 23.4 42.8 29.0 4.8Ekonomi Rl1mah Tangga 4.8 38.6 44.1 12.4Kekeluargaan 4.1 26.9 53.1 15.9Sains Pertanian 0.7 11.0 42.1 41.4

Analisis perbandingan skor peratusan untukkelima-lima komponen mengikut kategoripelajar, menunjukkan pelajar sekolah menengahpaling risau dalam Perdagangan danKeusahawanan, diikuti dengan KemahiranManipulatif, Sains Pertanian. Ekonomi RumahTangga dan Kekeluargaan. Bagi pel~ar universitipula. mereka lebih risau dalam KemahiranManipulatif. diikuti dengan Perdagangan danKeusahawanan, Sains Pertanian, Ekonomi RumahTangga dan Kekeluargaan. Didapati kedua-duakumpulan pelajar menunjukkan mereka palingrisau dalam mempelajari komponen KemahiranManipulatif dan Perdagangan dan Keusahawanank:bih daripada komponen lain. lni keranakomponen Kemahiran Manipulatif adalah luasdan memerlukan latihan yang mendalam untukmenguasai kemah iran teknik operasi, alatanelektronik. teknologi bahan dan aspek kuantitatif(pengiraan kos). Pelajar terpaksa melakukanaktiviti sendiri yang memerlukan keupayaanberfikir secara kreatif untuk menyempurnakanprojek.

Dalam mempelajari komponen Perdagangandan Keusahawanan, kandungan si1abus adalah1uas. Aspek yang dipelajari termasuk asasperniagaan, simpan kira dan kemah irankeusahawanan yang banyak memerlukankefahaman konsep dan fakta yang bolehmengelirukan pelajar, terutama bagi mereka yangpertama kali mengikuti komponen ini di sekolahdan juga di universiti.

Bagi komponen lain, apa yang dipelajariadalah berkaitan dengan pengalaman dalamkehidupan seharian, seperti yang terdapat dalamkomponen kekeluargaan di mana perhubungansesama insan, peningkatan kendiri, kesejahteraankeluarga dan keharmonian hidup bermasyarakat.

Respondenjuga ditanya tentang sebab-sebabmereka suka atau tidak suka mempelajari mata

pelajaran Kemahiran Hidup. Kebanyakanresponden (95%) memberi sebab yangkebanyakannya berkait dengan perasaan risau.Faktor-faktor yang menyebabkan risau diutarakandalam bahagian perbincangan berikut.

PERBINCANGAN

Stres, mengikut definisi bererti tekanan ke atasindividu oleh apa juga situasi sarna ada positifatau negatif. Dalam kajian ini didapati pelajarsekolah mahupun pelajar universiti mengalamistres sarna ada kerap, paling kerap dan kadang­kadang dalam situasi mempelajari KemahiranHidup dan juga semasa ujian. Antara puncastres ialah rasa bersalah kerana gaga] mencapaiapa yang dijangkakan sena rasa gelisahmenunggu kepulusan ujian. Selain iLU stres dikalangan pelajar-pelajar adalah kerana perasaankecewa, letih dari segi fizikal dan mental, keraplupa serta perasaan tertekan kerana harapanyang dikenakan ke alas mereka amat tinggi.Stres di ka1angan pelajar sekolah atau universitiseperti ini adalah sejagat. Literatur menyatakanstres di kalangan pelajar sering berpunca darisegi akademik. Russel dan Hattie (1991),Benjamin & Walz (1987) serta jegede (1996)menyokong pemyataan tersebut apabila antarahasil dapatan mereka ialah pelajar mengalamistres kerana takut gagal dalam peperiksaan,mendapat gred rendah. kandungan kursus yangsukar, serta perasaan tertekan hasil harapan yangtinggi daripada ibu bapa serta rakan sebaya.

Mengikut Benjamin dan Walz (1987),apabila pelajar itu terlalu risau. ia menimbulkankeadaan stres. Antara yang ditekankan sebagaipunca risau ialah kandungan kursus akademik.Dalam kajian ini, didapati bahawa komponenkursus Kemahiran Hidup yang menimbulkankerisauan ia1ah Kemahiran Manipu1atif dandiikuti dengan Perdagangan dan Keusahawanan,

PenanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 9 No.2 2001 91

Page 6: Tahap Tekanan Akademik dan Kerisauan Pelajar Mempelajari

Rahil Hj. Mahyuddin, Zaidatol Akmaliah Lope Pihie & Noran Fauziah Yaacob

Ekonomi Rumah Tangga. Sains Pertanian danKckeluargaan. Antara sebab pelajar sekolahrisau ialah mereka tidak berminat (30%) dalammata pclajaran Kemahiran Hidup terutama sekalidalam komponen Menjahit dan Peflukangan.Dlla pUllih lima peraLUs mendapati sukarmengikul pengajaran guru sebab carapcnyampaian amat membosankan. Disebabkansukar memahami pengajaran, terdapat 23%meoyatakan mala pelajaran Kemahiran Hidupadalah sukar. Lapan belas peratus menyatakantcrlalu banyak fakla yang harus diingati danmcmbosankan.

Scbab-sebab lain yang membuatkan merekarisau ialah kelidakupayaan mengingat apa yangdipclajari. Dapatan ini adaJah konsisten dengandapatan yang diutardkan oleh Jegede (1996).Schab kerisauan yang lain lermasuklahkctidaktentcraman emosi kerana persekitaranrumah yang bising. lidak cukup masa, tidakboleh menumpukan perhatian. lemah, tidakcukup tidur, kabur serta tidak menguasaikemah iran asas dalam mata pelajaran.

Bagi peJaja l ' pendidikan guru pula, kerisauandalam Kursus Kemahiran Hidup boleh dikailkandengan kurang pengetahuan asas dan jugadibebankan dengan ujian yang kerap dan inimembu3tkan mereka merasa terlalu banyakbah an yang hendak dipelajari dan selalu berasakurang yakin pada diri sendiri.

Walaupun begitu sebahagian kecil pelajarmemberi maklum balas yang positif seperlimengalakan mala pelajaran/kursus KemahiranHidup adalah senang, menyeronokkan danrelevan dalam hidup seharian. Mereka sukakanaspek praktikal sebab mencabar kreativiti mereka.Bagi pelajar pendidikan guru pula kursusuniversiti dapat membentuk keyakinan diri.

,"Valallpun begitu kerisauan dan stres dikalangan pel ajar ini mungkin kerana tidakmempunyai strategi mengalasi masalah yangberkesan. Oleh itu beberapa strategi untukmengatasi stres ini hanIs difikirkan.

CADANGAN

Antara cadangan untuk mengurangkan stres dankerisauan ialah:

a. Menggalakkan penglibalan pelajar dalampcngajaran-pembelajaran bilik darjahterulama sekali komponen Perdagangan danKeusahawanan dan Kemahiran Manipulatif.Kurangkan aspek penilaian berbentuk

sumatif dan lebihkan formatif supaya pelajardapal mengekalkan kemahiran yangdipelajari bagi setiap komponen denganberkesan.

b. Membina perhubungan positif an tara guru­pelajar. Gunt digaJakkan menyelesaikanmasalah pelajar dengan menunjukkankepekaan, kemesraan dan memaparkan sifatmenerima serta memahami. Dalam seliapkomponen yang diajar, guru hendaklahberkemampuan membina perhubungan ini.Oleh itu untuk mewujudkan suasana iniguru haruslah melengkapkan diri danberupaya menguasai isi dan menggabung­jalinkan setiap komponen.

c. Guru perlu memhina kemahiran mendengarunluk meningkatkan perbincangan, denganmengadakan aktiviti untuk mengurangkanstres seperti menulis esei, membincangkantentang isu yang berkaitan dengan perasaandan perhubungan serta mengajar bagaimanamemberi respons dengan tenang. Untuk11Duan itu, guru hendaklah lebih terbnkadengan memheri maklumat ten tang apayang dijangkakan. Gurujuga perlu memberimaklum balas ten tang apa yang harnsdilakukan untuk meningkat prestasi. Antaramatlamat maklum balas ialah untukmengintegrasikan stail pengajaran­pembelajaran, meningkalkan penglibalanpelajar dan meluaskan proses pcmikirankrilikal.

d. Mewujudkan inokulasi stres iaitumemberilahu pelajar terlebih dahululentang kesukaran yang mereka akan lemuidan alami. Pelajar harus menguruskankaunseling rakan sebaya dan mewujudkankumpulan membantu diri sendiri untukmempelajari Kemahiran Hidup.

e. Pihak Kemenlerian perIu merancangkurikulum Kemahiran Hidup yang lebihmantap, supaya wujud fleksibiliti dalampemilihan komponen Kemahiran Hidup danmenentukan apa yang harus menjadi terasdi sekolah tertentu. Daripada tujuh bidangkomponen, pihak sekoJah tenlukan apakahbidang teras mengikut kemampuan sekolah.Pihak sekolah perlu menentukan kombinasikomponen yang lebih sesuai unluk pelajarmereka. Dicadangkan adakan penilaian yangdibenluk oleh pihak sekolah dan bukanpenilaian umum. Ini mungkin dapatmengurangkan stres. Sekolah perlu

92 PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 9 No.2 2001

Page 7: Tahap Tekanan Akademik dan Kerisauan Pelajar Mempelajari

Tahap Tekanan Akademik dan Kerisauan Pelajar Mempel~ari Komponen Teras Kemahiran Hidup

HuraianHidup

mengadakan penilaian berterusan mengikutkomponen Kemahiran Hidup yang spesifiksupaya pelajar faham ten tang iklimpengajaran·pembelajaran Kemahiran HiduptcrSebUL

f. Mcnggalakkan guru Kemahiran Hidupmenyedari bahawa pelajar yang mengikuliKemahiran Hidup sebenarnya mengalamistres. Dicadangkan guru-guru KemahiranHidup menghadiri kursus berkaitan denganstralegi menangani slres pelajar.

Dengan perancangan rapi strategipengajaran·pembelajaran tersebut. pelajarmungkin boleh mempunyai perasaan yangmereka ada kawalan ten tang pendidikan merekasendiri.

RUJUKANBENJAMIN, L. & C.R. WAJ.:t. 1987. Counseling Students

and Faculty for Stress Management. EricClearinghouse: Counseling and PersonnelServices, Ann Arbor, Mich.

GLEN~, G. & L. ROlTMA.1\'. 1988. Perceptions of stressin undergraduate college students. Journal ofCollege and University Student Housing 18(2): 14­20.

HUl, E.K.P. & D.W. CHAN. 1996. Teacher stress danguidance work in Hong Kong secondary schoolteachers. British jouTmzl or Guidance andCounseling 24 (2): 199 - 211.

JECEDE, O. 1996. The validity of the science studentstress inventory using a sample of South Africanhigh school studenlS. Research in Science andTechnological Education 14(1): 67-89.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN. 1992. KBSMSukatan Pelajaran KemahiranBersepadu.

KEMENTERIAI'\ PENDIDIKAN. 1996. Modul Guru: Rekacipta.

KEMENTERlAN PENDlDlKAl\·. 1996. Sukatan Pelajarandan Huraian Sukatan Pelajaran Reka cipta.

RUSSEL, J. & J. HATnE. 1991. Academic Stressamongst adolescents: An examination byEthnicity, Grade and Sex.

Ditenma: ]4 Febrnari 2000

PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 9 No.2 2001 93