tahap bacaan asas

Upload: qammarul-anuar-mohamed

Post on 08-Mar-2016

288 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

aa

TRANSCRIPT

  • Konsep MembacaMelibatkan dua unsur/elemen

    1. Menterjemahkan simbol dan melafazkan simbol (kemahiran mekanis/ bacaan mekanis), dan 2. Memahami simbol (kemahiran mental/ bacaan mentalis)

  • Proses MembacaPengamatanPengecamanPendiskriminasian

    PemahamanPenilaian

    Bacaan MekanisBacaan Mentalis

  • KESEDIAAN MEMBACA

    BACAAN ASAS

    BACAAN PERTENGAHAN BACAAN MAJU

  • Faktor-faktor yangMempengaruhi Kebolehan Membaca

  • 1. Bahan Bacaan Kosa kataPanjang pendek ayat Isi kandungan Struktur ceritaPenggunaan dan Organisasi bahan grafik

  • 3. Faktor Psikologi

    (a) Minat dn Motivasi

    (b) Konsep diri

  • 2. Pembaca/Murid

    i. Faktor Intelektual/Mental

    (a) Kecerdasan (b) Pengetahuan dan Pengalaman sedia ada (c) Kebolehan bahasa

  • 4. Faktor Fizikal(a) Daya Pendengaran

    (b) Daya Penglihatan

  • 5. Faktor Persekitaran/Sosial Persekitaran di rumah

    (b)Persekitaran di sekolah

  • Faktor Intelektual

    KecerdasanPengetahuan dan Pengalamana sedia adaKebolehan bahasamurid kecerdasan tinggi lebih upaya membaca dengan berkesan

    beri kesan kepada:. beri perhatian. mengingat . mengekalkan. menggunakan pemikiran tinggi

    lebih ketara kepada pelajar sekolah menengah

    kurang tepat jika diambil sebagai indeks kepada kebolehan membaca kerana dilihat dari aspek penggunaan bahasa dan kosa katamembantu pertumbuhan dan penguasaan murid dalam membaca

    diperoleh secara langsung dan tidak langsung

    kalau terbatas akan membawa masalah dalam pembelajaran membaca

    perlu diluaskan dan dipelbagaikan untuk memudahkan murid meningkatkan kebolehan membacahubungan antara kebolehan bahasa dengan kejayaan membaca amat ketara

    berkait rapat dengan kemahiran mendengar dan bertutur (lisan)

    murid yang lemah dalam kemahiran lisan menghadapi masalah dalam pembelajaran membaca

    menyediakan asas yang kukuh untuk berkomunikasi, membaca dan menulis

    perlu digalakkan murid menggunakan bahasa semaksimum yang boleh di dalam kelas

  • Faktor Psikologi

    Minat dan MotivasiKonsep Dirimemupuk kebolehan membacafaktor penentu tingkatkan kebolehan membaca - kemahiran membaca dipelajari berterusan dan bergantung kepada daya usaha sendiribahan menarik dapat menarik murid membaca, walaupun sukarmotivasi tinggi boleh menggerakkan murid dalam kegiatan membacatanggungjawab guru mendorong, menyemai dan memupuk minat membacaperlu sediakan iklim membaca: tunjukkan kepentingan mem- baca sebagai kegiatan harian sediakan seberapa banyak bahan bacaan, seperti buku, majalah, surat khabar dll. galakkan murid bercerita dan berkongsi maklumat/ pengalaman daripada pembacaan individu pilih bahan, alatan, teknik, kaedah p & p sesuai dengan kebolehan murid beri ganjaran sama ada dalam bentuk bahasa atau perlakuansatu set kepercayaan dan sikap seseorang individu dipercayai ada dalam dirinya

    boleh mempengaruhi kebolehan membaca murid

    Kajian Harris dan Sipay (1980) pembaca yang lemah mempunyai konsep diri yang negatif manakala pembaca yang berjaya mempunyai konsep diri yang positif

    Murid yang mempunyai konsep diri yang negatif kurang yakin dengan kebolehan diri dan berperasaan rendah diri.

  • Daya Penglihatan

    sangat perlu dalam pembacaan melihat dan mengecam kata/ lambang-lambang pembaca lemah bermasalah untuk membuat diskriminasi huruf atau perkataan

    Daya Pendengaran mempengaruhi pencapaian bacaan ketidakupayaan mendengar dengan baik dan jelas memberi kesan:

    makna perkataan diskriminasi bunyi kata boleh kesan ketajaman pendengaran murid. (Menurut Roe, Stoodt dan Burns, 1978)

    kerap meminta supaya penerangan diulang pengucapan yang tidak jelas membuka mulut apabila mendengar menyengetkan kepala apabila mendengar kebolehan mengeja lemah tidak memberi perhatian penuh nanah/air keluar dari telinga selalu demam meninggikan suara apabila membaca

    Faktor Fizikal

  • Faktor Persekitaran

    Persekitaran Di Rumah

    - pentingnya peranan ibu bapa mengembangkan kemahiran membaca- faktor-faktor berikut memainkan peranan dalam proses meningkatkan kebolehan murid membaca:- peringkat pendidikan ibu bapa minat ibu bapa emosi dalam keluarga corak interaksi/ komunikasi sikap terhadap pembelajaran sosioekonomi sosioemosi - tidak stabil . sekat pemusatan perhatian . lemah daya ingatan . konsep diri rendah . kurang harga diri . tidak berminat / bermotivasi

    Persekitaran Di Sekolah guru, rakan dan ekologi bilik darjah mempengaruhi kebolehan membaca Menurut Pearson dan Johnson, 1978, kegiatan guru yang berikut dapat mempengaruhi kefahaman bacaan murid: cara guru menyediakan murid untuk pembelajaran bacaan pemilihan bahan dan alatan jenis-jenis soalan yang disoal contoh model dari segi perlakuan dalam kelas jenis-jensi maklum balas yang diberikan suasana pengajaran dan pembelajaran yang diwujudkan Jenis-jenis dorongan dan pengukuhan yang digunakan

  • Tahap Bacaan Asas

  • peringkat penting dalam pengajaran bacaanperingkat mendirikan asas membaca setelah murid sedia menerima pengajaran dan pembelajaran bacaanperingkat murid diperkenalkan dengan bentuk, bunyi dan sebutan huruf, suku kata, perkataan dan ayat-ayat.

  • peringkat ini perlu dibina dengan kukuh supaya kemahiran membaca dapat diasaskan dengan mantapuntuk menjayakan peringkat ini, pendekatan, kaedah, teknik dan bahan-bahan pengajaran yang sesuai perlu diberikan dipertimbangkan yang wajarstrategi guru perlu dirancang dengan rapi bagi menimbulkan minat dan kesegaran untuk murid belajar membaca

  • Kaedah Abjad

    juga dikenali sebagai huruf atau kaedah mengejaProsedurnya:perkenalkan huruf besar dan kecil dari Aa Z zmurid kenal dan hafal kenal huruf vokalbentuk suku kata (ba bi bu bo be )bentuk perkataan ( babu, bubu )

  • mengeja perkataanSebut huruf satu persatu dan sebut perkataanb, a, b, u = babuSecara suku kataba, bu = babuFikirkan kebaikan dan kelemahan kaedah ini.

  • Kaedah Fonik

    memberikan penekanan pada bunyi huruf

    gambar digunakan untuk menarik minat murid

  • Prosedurnya:

    memperkenalkan bunyi huruf bukan nama hurufmurid dilatih membunyikan huruf-huruf secara terasingmurid dilatih membunyikan huruf-huruf dan digabungkan dengan bunyi huruf yang lain

  • bunyi-bunyi huruf itu dicantumkan menjadi suku katabunyi-bunyi suku kata dicantumkan menjadi perkataannama huruf diperkenalkan kemudian.

    Fikirkan kebaikan dan kelemahan kaedah ini.

  • Kaedah Seluruh Perkataan

    juga dikenali sebagai kaedah pandang sebutlebih bermakna kerana perkataan secara tersendiri bermakna dan murid memahami apa yang dibacaelak rasa bosan

  • Prosedurnya:

    memperkenalkan seluruh perkataan beserta gambar (gambar dilabelkan dengan perkataan)murid sebut perkataan dengan mengenali gambarmurid mengenali perkataan dan boleh menyebutnyamurid diajar nama-nama huruf yang membentuk perkataan Fikirkan kebaikan dan kelemahan kaedah ini.

  • Kaedah Ayat

    Prosedurnya:memperkenalkan ayat atau beberapa ayat ( dengan atau tanpa gambar)

    membaca frasa-frasa daripada ayat tersebut

  • menyebut perkataan-perkataan daripada frasa/ayatmenyebut dan mengenal suku katamenyebut dan mengenal hurufmembunyikan huruf-huruf

  • Pendekatan A

    pendekatan menggunakan kaedah campuran yang memberatkan cerakinankegiatan prabacaan diperlukan pada peringkat awal yang aktiviti fizikal (pendengaran dan penglihatan)kemudian murid didedahkan pada bahan bacaan yang mudah menggunakan kaedah seluruh perkataan

  • bacaan mekanis ditekankankaedah suku kata dan kaedah huruf atau kaedah bunyi digunakan sebagai kaedah sokongansewaktu membunyikan suku kata, hanya huruf konsonan awal sahaja ditekankan dan seterusnya digabungkan dengan bunyi vokaldalam pengenalan huruf-huruf, penekanan pada bunyi huruf itu dan pengenalan pada nama huruf dibuat secara tidak langsung, selepasnya dikuasaiaktiviti pengukuhan diadakan dalam bentuk permainan secara berkumpulan, berpasangan atau perseorangan

  • Ciri-ciri Pendekaatan A

    bahan yang dibaca harus difahami dan sebutannya dibetulkan melalui aktiviti lisanpengenalan kepada seluruh perkataan didahulukan untuk mengaitkan lambang dengan konseppada peringkat tertentu, pengecaman simbol huruf-huruf diberatkan melalui kaedah suku kata dan kaedah huruf/bunyi untuk pengecaman yang lebih teliti

  • bahan bacaan di peringkatkan mengikuti senang susah pengecaman simbol grafiknyapemilihan perkataan berdasarkan kepada benda-benda di sekeliling yang diketahui oleh muridaktiviti pengukuhan yang mirip kepada bahan yang dibaca untuk setiap murid diadakanpada keseluruhannya, pendekatan ini memberatkan pengabungjalinan aspek-aspek kemahiran lisan dan menulis.

  • Pendekatan Bpendekatan ini berasaskan kaedah fonik yang digabungkan dengan kaedah suku kata, serta dibantu oleh kaedah pandang sebut - tujuannya untuk menjelaskan makna perkataan yang dipelajari dan memperlihatkan susunan bunyi dalam perkataan yang bermakna

  • pada peringkat awal, murid diperkenalkan dengan lambang huruf terus dengan bunyi yang dihasilkan oleh benda-benda seperti kereta

    pelajaran seterusnya dijalankan secara cerakinan atau binaan

  • Ciri-ciri Pendekatan BWarna merah ialah warna penting yang digunakan pada huruf awal pada suku kata atau perkataan yang perlu dibunyikan dahulu; memudahkan murid mencantumkan suku kata dan merupakan huruf atau bunyi huruf baru diperkenalkan

  • Barisan titik-titik digunakan antara dua huruf atau suku kata bagi menandakan bunyi huruf yang pertama hendaklah disambungkan dengan bunyi huruf yang kedua dalam satu nafas (emak; kan)Huruf Besar diajarkan secara menyanyi dengan menyebut nama-nama huruf besar dan kecil bersama-sama

  • Pergerakan mata digunakan untuk membina kemahiran membaca dari kiri ke kanan dengan menggunakan kayu penunjuk (guru) dan jari telunjuk (murid)Aktiviti tulisan sebagai aktiviti lanjutan (pengukuhan) seperti menulis bentuk huruf yang telah dipelajari dengan krayon atau plastisin dan melukis corak-corak dari huruf yang telah dipelajari

  • Nyanyian: Huruf vokal dan suku kata diperkukuhkan melalui aktiviti nyanyian____________________________________aiuma mimusa sisukakikunaninu____________________________________ Murid digalakkan membina perkataan dengan mencantumkan suku kata yang telah dipelajari

  • Pendekatan Cdinamakan Pendekatan Bunyi Kata kerana pendekatan ini berdasarkan hal-hal yang berikut: (a) sistem ejaan bahasa Melayu sistematik dan fonemik (b) suku kata dalam bahasa Melayu jelas dan mudah (c) perkataan-perkataan yang digunakan pada permulaan pendekatan ini telah pun diketahui maknanya oleh kebanyakan murid

  • mencadangkan murid diperkenalkan kepada bunyi beberapa huruf vokal dan konsonan, kemudian terus membunyikan suku kata dan perkataan yang bermakna dalam satu atau dua pelajarancara ini membolehkan murid membaca beberapa perkataan dengan cepat serta faham apa yang dibaca

  • Contoh langkah-langkah untuk pelajaran 1 atau 2mulakan dengan memperkenalkan bunyi dua atau tiga huruf vokal: a , i , u dengan menggunakan kad imbasan, buat latihan membunyikan huruf ini beberapa kali dan berselang-seli

  • perkenalkan bunyi satu huruf konsonan, misalnya k dengan menggunakan kad imbasan, buat latihan beberapa kali supaya murid dapat membunyikan lambang itu dengan jelas gabungkan bunyi huruf konsonan k itu dengan huruf vokal supaya menjadi suku kata: ka ki kuUlang sebutan suku-suku kata ini beberapa kali dan berselang seli

  • cantumkan suku-suku kata itu supaya menjadi beberapa perkataan yang bermaknaka + ki = kakiku + ku = kukuulang sebutan ini beberapa kali, kemudian gabungkan perkataan-perkataan itu menjadi frasa atau ayat yang bermaknakaki kukuku kakikuku kaki ku

  • kemudian adakan permainan mencantumkan huruf-huruf menjadi suku kata, menjadi perkataan dan ayat

    murid boleh menulis perkataan atau ayat di mana perlu sebagai pengukuhan

  • Bacaan Mekanis

    bacaan kuat atau nyaringkemahiran bahasa yang pragmatik kerana kerap digunakan dalam pelbagai aktiviti dan kerjayafokus\penekanan diberikan kepada penyebutan yang betul\baku, juga kepada tanda-tanda baca dan intonasi mengikut teksboleh dikuasai hanya melalui pengajaran dan latihan yang formal dan teratur

  • Bacaan mekanis digunakan sebagai satu teknik untuk:

    meningkatkan kemahiran murid membaca,mengesan kesukaran-kesukaran spesifik/ khusus dalam bacaan,mengukur pencapaian murid dalam bacaan, dan membantu teknik pengajaran lisan, khususnya dalam aspek latihan penyebutan bunyi dan latihan pengucapan

  • Aspek-aspek penting dalam bacaan mekanis:

  • 1. Suara dan Penyebutan

    bacaan keseluruhannya hendaklah diperdengarkan dengar jelaspenyebutan bunyi hendaklah betul mengikut Bahasa Melayu bakumembaca mengikut nada yang sesuai dan intonasi yang betulmembaca dengan kualiti suara yang menarikmembaca tanpa takut atau gentar

  • 2. Kelancaran

    membaca dengan lancar tanpa sekat-sekatmembaca mengikut unit-unit makna/ pemikiran/ frasa yang betulmembaca mengikut tanda-tanda baca dengan betulmembaca dengan kadar kelajuan yang sesuai

  • 3. Kefahaman

    membaca dengan yakin dan menunjukkan kefahaman mengenai bahan yang dibacamembaca mengikut maksud teks/penulis. Misalnya, menyampaikan kenyataan, berita, fakta dan seumpamanya dengan jelas dan menyampaikan maksud penulis seperti marah, simpati, sedih, suka, takut dan seumpamanya dengan betulmembaca dengan intonasi yang betul mengikut makna dalam teks menggunakan tanda-tanda baca dengan betul dan berkesan

  • Bacaan yang tidak digalakkan tidak mengikut tanda-tanda bacaintonasi salahterlalu laju atau gopohmengikut dialek bahasa tempatan, daerah atau negerimengikut pelat atau telor bahasa ibunda bukan bahasa Melayu bakutersekat-sekat atau gagapmeninggalkan, menggantikan, mengulang, menambahkan, atau membalikkan perkataan, suku kata atau fonemmengeja dahulu sebelum membaca

  • Kebolehan Bacaan Bahan- bermaksud senang sukarnya murid membaca sesuatu bahan bacaan- boleh membantu guru menyediakan bahan yang sesuai untuk muridnya berdasarkan objektif pengajaran.

  • Kebolehan Bacaan Bahan: 1. Tahap bacaan bebas

    murid dapat membaca bahan yang diberikan dengan lancar dan tepat, tanpa bantuan atau bimbingan guru

    murid membaca dan memahami makna perkataan, ayat-ayat serta keseluruhan teks bersendirian

  • Kebolehan Bacaan Bahan: 2.Tahap bacaan pengajaran

    Murid memerlukan bantuan atau bimbingan guru untuk membaca.

    Murid menghadapi beberapa masalah/ kesukaran dalam bacaan dan memahami teks, walaupun kebanyakan daripada isi bahan bacaan dapat dikuasainya.

  • Kebolehan Bacaan Bahan: 3.Tahap bacaan kecewa

    Murid menghadapi banyak masalah dalam bacaan dan pemahaman.Murid banyak melakukan kesalahan, membaca dengan lambat dan tidak memahami teks. Bahan bacaan terlalu susah dan mendatangkan kekecewaan dalam percubaan membaca.