tadbir urus, komunikasi dan pembangunan organisasi · 2011-04-07 · 121 laporan tahunan 2010...

24
119 TADBIR URUS, KOMUNIKASI DAN PEMBANGUNAN ORGANISASI LAPORAN TAHUNAN 2010 121 Tadbir Urus 124 Rencana: Pelaksanaan Akta Bank Negara Malaysia 2009 130 Komunikasi 133 Pembangunan Organisasi 138 Rencana: Tanggungjawab Sosial Korporat 142 Struktur Organisasi TADBIR URUS, KOMUNIKASI DAN PEMBANGUNAN ORGANISASI

Upload: others

Post on 03-Mar-2020

22 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

119

TAD

BIR

UR

US,

KO

MU

NIK

ASI

DA

N P

EMB

AN

GU

NA

N O

RG

AN

ISA

SILA

POR

AN

TA

HU

NA

N 2

010

121 Tadbir Urus

124 Rencana: Pelaksanaan Akta Bank Negara Malaysia 2009

130 Komunikasi

133 Pembangunan Organisasi

138 Rencana: Tanggungjawab Sosial Korporat

142 Struktur Organisasi

TADBIR URUS, KOMUNIKASI DAN PEMBANGUNAN ORGANISASI

120TA

DB

IR U

RU

S, KO

MU

NIK

ASI D

AN

PEMB

AN

GU

NA

N O

RG

AN

ISASI

LAPO

RA

N TA

HU

NA

N 2010

121

LAPO

RA

N T

AH

UN

AN

201

0

TADBIR URUS, KOMUNIKASI DAN PEMBANGUNAN ORGANISASI

Tahun 2010 merupakan tahun pertama beroperasinya Akta Bank Negara Malaysia 2009 (Akta), yang berkuat kuasa pada 25 November 2009. Dengan kuasa dan autonomi yang sewajarnya diberikan kepada Bank, Akta tersebut memperkukuh rangka kerja tadbir urus dengan kebertanggungjawaban dan ketelusan yang lebih tinggi. Untuk memastikan Bank melaksanakan peranan dan tanggungjawabnya dengan berkesan mengikut mandatnya, tumpuan terus diberikan ke arah mengukuhkan kapasiti dan keupayaan organisasi, termasuk dalam bidang pengurusan strategik, pengurusan risiko, komunikasi dan pembangunan tenaga mahir.

TADBIR URUS

Satu aspek utama Akta ialah penginstitusian rangka kerja tadbir urus yang lebih teguh, dengan memperkukuh fungsi pengawasan Lembaga Pengarah. Seperti yang diperuntukkan dalam Akta, dua jawatankuasa Lembaga baharu, iaitu Jawatankuasa Tadbir Urus Lembaga dan Jawatankuasa Risiko Lembaga, ditubuhkan pada tahun 2010. Sama seperti Jawatankuasa Audit Lembaga yang sedia ada, ahli-ahli Jawatankuasa Lembaga baharu ini terdiri daripada Pengarah-pengarah bukan eksekutif (lihat rencana 'Pengoperasian Akta Bank Negara Malaysia 2009').

Jawatankuasa Tadbir Urus Lembaga, yang mengadakan lima mesyuarat pada tahun 2010, telah mengemukakan beberapa saranan kepada Lembaga Pengarah tentang pelbagai isu berkaitan dengan belanjawan dan rancangan urusan Bank, serta pelantikan anggota Jawatankuasa Dasar Monetari, Jawatankuasa Penasihat Syariah dan Jawatankuasa Eksekutif

Kestabilan Kewangan. Proses tadbir urus ini terus dipertingkatkan dengan merangkumi mekanisme untuk menilai prestasi Lembaga Pengarah, Jawatankuasa-jawatankuasa Lembaga Pengarah dan ahli-ahli lembaga dalam pelaksanaan peranan dan tanggungjawab mereka dengan berkesan.

Jawatankuasa Risiko Lembaga mengadakan tiga mesyuarat pada tahun itu untuk membincangkan pengurusan risiko keseluruhan di Bank dan meluluskan Rangka Kerja Pengurusan Risiko Organisasi yang baharu, termasuk rangka kerja Risiko Operasi dan Risiko Kewangan. Jawatankuasa Audit Lembaga, yang mengadakan empat mesyuarat pada tahun 2010, mengkaji semula dan membincangkan hal berkaitan fungsi dan aktiviti Jabatan Audit Dalaman untuk memastikan penilaian yang bebas dan objektif ke atas kawalan dalaman, proses tadbir urus dan langkah pengurusan risiko Bank. Pada tahun itu, Jawatankuasa Audit Lembaga telah membincangkan dapatan audit dalaman dan tindakan pemulihan yang perlu diambil, dan menyediakan pengawasan untuk memastikan sistem kawalan dalaman Bank terus dipertingkatkan supaya kekal berkesan untuk mengurangkan risiko utama. Sehubungan ini, semua saranan audit yang penting telah dilaksanakan dengan baik.

Pengurusan Risiko

Tadbir Urus Pengurusan RisikoStruktur tadbir urus risiko Bank bertujuan untuk memastikan pengurusan yang berkesan terhadap pelbagai jenis risiko sambil memenuhi objektif strategik organisasi. Pengurusan risiko diawasi oleh beberapa jawatankuasa dan

Lembaga Pengarah

Jawatankuasa AuditLembaga

Jawatankuasa TadbirUrus Lembaga

Jawatankuasa RisikoLembaga

Rangka Kerja Tadbir Urus BNM

122TA

DB

IR U

RU

S, KO

MU

NIK

ASI D

AN

PEMB

AN

GU

NA

N O

RG

AN

ISASI

LAPO

RA

N TA

HU

NA

N 2010

peranan pelengkapnya dikaitkan melalui rangka kerja tadbir urus pengurusan risiko yang teguh.

Lembaga Pengarah dan Jawatankuasa Risiko LembagaLembaga Pengarah dan Jawatankuasa Risiko Lembaga (Board Risk Committee, BRC) mempunyai fungsi pengawasan menyeluruh dalam struktur tadbir urus rangka kerja pengurusan risiko. Lembaga Pengarah menyediakan hala tuju strategik tentang pengurusan risiko Bank dan memastikan Bank mengenal pasti risiko utamanya dan menyediakan sistem dan sumber yang sesuai untuk menguruskan risiko ini. BRC, yang terdiri daripada pengarah bukan eksekutif Bank, membantu Lembaga Pengarah menyediakan pengawasan bebas dalam pengurusan risiko. Di samping itu, Jabatan Pengurusan Risiko melapor terus kepada BRC.

Jawatankuasa Pengurusan Risiko, Jawatankuasa Pengurusan Risiko Operasi dan Jawatankuasa Pengurusan Risiko KewanganObjektif Jawatankuasa Pengurusan Risiko (Risk Management Committee, RMC) adalah untuk menangani isu risiko strategik, mengawasi pengurusan risiko dan memacu budaya pengurusan risiko dalam Bank. RMC memastikan semua risiko penting diurus dan dikurangkan dengan sewajarnya, dan memastikan amalan pengurusan risiko yang sesuai terkandung dalam operasi Bank. RMC disokong oleh dua jawatankuasa, iaitu Jawatankuasa Pengurusan Risiko Operasi dan Jawatankuasa Pengurusan Risiko Kewangan yang membantu RMC mengenal pasti risiko operasi dan kewangan kepada Bank dan memastikan supaya risiko tersebut diurus dengan sebaiknya.

Meningkatkan rangka kerja Pengurusan RisikoBagi menangani landskap yang berubah pantas, pada tahun 2010, Bank telah mempertingkat rangka kerja Pengurusan Risiko Organisasi semasa dengan mewujudkan rangka kerja pengurusan risiko yang proaktif, praktikal dan teguh, yang terdiri daripada rangka kerja Pengurusan Risiko Operasi (Operational Risk Management, ORM) dan Pengurusan Risiko Kewangan (Financial Risk Management, FRM). Rangka kerja ini masing-masing memanfaatkan usaha sedia ada untuk memupuk budaya pengurusan risiko yang kukuh dalam Bank

dengan terus menggalakkan amalan pengurusan risiko yang praktikal dan teguh. Rangka kerja ORM menggariskan pengurusan keseluruhan risiko operasi di Bank, dengan menggalakkan prosedur dan amalan pengurusan risiko operasi yang kukuh dan berkesan untuk menangani peristiwa yang mungkin berlaku yang boleh mengakibatkan kesan buruk, antaranya, kepada pencapaian mandat dan matlamat Bank. Rangka kerja FRM menggariskan berbilang aspek pengurusan risiko kewangan dalam konteks Bank dan memberikan penekanan kepada pengenalpastian yang tepat pada masanya dan pengurusan risiko kewangan yang berkesan.

Pertahanan tiga barisan (The three linesof defence) Konsep pertahanan tiga barisan amat ditekankan dalam rangka kerja baharu untuk menginstitusikan amalan pengurusan risiko yang berkesan dalam semua bidang dalam Bank, dengan memberikan kejelasan kepada peranan, tanggungjawab dan kebertanggungjawaban dalam membuat keputusan, selain mekanisme kawalan dalam amalan tadbir urus pengurusan risiko.

Barisan pertahanan pertama merujuk kepada jabatan-jabatan yang bertanggungjawab untuk mengenal pasti, menilai, mengurangkan dan melaporkan risiko dalam bidang urusan masing-masing. Ini bermaksud jabatan-jabatan perlu mempunyai pemahaman strategik dan yang arif dengan risiko yang diambil dan bertanggungjawab untuk memastikan kawalan pengurangan yang sewajarnya disediakan.

Barisan pertahanan kedua ialah fungsi Jabatan Pengurusan Risiko yang memegang peranan pengawasan dan penasihat kepada jabatan-jabatan. Barisan kedua mencabar secara aktif penilaian dan inisiatif yang dilaksanakan oleh jabatan-jabatan dengan berinteraksi dengan pemilik risiko dan menggabungkan risiko dalam seluruh Bank kepada pelbagai jenis risiko.

Fungsi pengurusan risiko juga merangkumi `Pemilik Dasar Risiko´ yang menguruskan risiko rentas lintang khusus yang dikongsi di seluruh Bank, sebagai contoh risiko manusia, risiko keselamatan maklumat dan risiko undang-undang. Pengurusan risiko bagi rizab antarabangsa dalam bidang utama pasaran, kredit dan operasi juga dipantau oleh bahagian Pengurusan Risiko Perbendaharaan di Jabatan Operasi Pelaburan dan Pasaran Kewangan.

123

TAD

BIR

UR

US,

KO

MU

NIK

ASI

DA

N P

EMB

AN

GU

NA

N O

RG

AN

ISA

SILA

POR

AN

TA

HU

NA

N 2

010

Barisan pertahanan ketiga merujuk kepada fungsi audit dalaman yang memberi jaminan bebas dan mengesahkan keberkesanan pelaksanaan rangka kerja pengurusan risiko.

Meningkatkan amalan, alat dan metodologi Pengurusan RisikoSejajar dengan konsep pertahanan tiga barisan ini dan untuk mengukuhkan budaya pengurusan risiko, Bank menerima pakai pendekatan atas ke bawah (top-down) dan bawah ke atas (bottom-up) untuk mengklasifikasikan kelas risiko yang berlainan, mengenal pasti mereka yang bertanggungjawab terhadap risiko di seluruh organisasi dan membolehkan tindakan pengurangan (mitigation actions) disampaikan dengan berkesan. Pendekatan atas ke bawah memberi penekanan kepada risiko strategik dan prestasi keseluruhan Bank dan membolehkan risiko organisasi yang mempunyai kesan ketara terhadap reputasi Bank dinilai. Pendekatan bawah ke atas menyediakan platform untuk isu risiko pada peringkat jabatan dikenal pasti dan diurus dengan sewajarnya dan untuk memastikan pihak Pengurusan Kanan sentiasa maklum akan risiko operasi harian di Bank.

Bank juga menggunakan alat pengurusan risiko yang berkesan untuk memudahkan pengurusan risiko, seperti metodologi Penilaian Kendiri Kawalan Risiko (Risk Control Self Assessment, RCSA). RCSA merupakan teknik yang komprehensif untuk menguruskan risiko, khususnya risiko operasi dalam jabatan, dan didasarkan pada andaian bahawa jabatan bertanggungjawab menguruskan risikonya sendiri. Ia merupakan usaha berterusan untuk memudahkan pemprofilan risiko untuk memastikan pengenalpastian sistematik dan pengurusan risiko dalam Bank. Penambahbaikan RCSA diperkenalkan pada tahun 2010 melalui penggunaan eRCSA, sistem yang dibangunkan untuk membolehkan penyenggaraan repositori risiko seluruh Bank, untuk menjelaskan barisan kebertanggungjawaban risiko, di samping menanam budaya pengurusan risiko pada semua peringkat dalam Bank. Sistem ini memudahkan analisis risiko dan memastikan kualiti data yang lebih baik dan terkini. Ketekalan data juga bertambah baik dengan adanya taksonomi risiko yang dipertingkat bagi mewujudkan pemahaman yang seragam mengenai terminologi risiko. Sebagai sebahagian daripada penambahbaikan berterusan dalam kawalan semasa, prosedur pengemukaan yang jelas tentang peristiwa risiko juga telah dirumus bagi mengukuhkan proses tadbir urus.

Mengukuhkan kesediaan Pengurusan Kesinambungan PerniagaanBank meneruskan usahanya untuk meningkatkan kesediaan dan keupayaan tindak balas bagi menangani gangguan urusan. Salah satu daripada inisiatif utama bagi Pengurusan Kesinambungan Perniagaan (Business Continuity Management, BCM) pada tahun 2010 ialah penubuhan Kumpulan Kerja BCM yang bertanggungjawab membangunkan rangka kerja BCM bersepadu yang merangkumi pelaksanaan tadbir urus dan proses yang wajar. Ia juga bertujuan meningkatkan penyelarasan dan kerjasama dalam seluruh industri, dan membangunkan pengujian BCM dalam seluruh industri untuk Bank dan sektor kewangan. Di samping itu, Pasukan Pengurusan Krisis telah meluluskan tempoh masa yang lebih singkat bagi pemberitahuan Ujian Bersama sebagai sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan kesediaan Bank mengendalikan situasi krisis.

Prospek Pengurusan RisikoAmalan pengurusan risiko memastikan Bank cukup bersedia menghadapi cabaran yang dijangka dan tidak dijangka memandangkan landskap operasi yang tidak menentu dan pantas berubah. Bank kekal komited untuk terus mengukuhkan keupayaan pengurusan risikonya bagi memastikan risiko diurus dengan wajar sepanjang pelaksanaan fungsinya.

Sejajar dengan ini, beberapa inisiatif yang dirancang sedang dilaksanakan untuk mempertingkat pendekatan pengurusan risiko, termasuk mengukuhkan penilaian risiko reputasi yang dihadapi oleh Bank, usaha kerjasama untuk mengaitkan hasil penilaian risiko dengan perancangan strategik dan perancangan sumber bagi memastikan matlamat strategik dicapai. Selain itu, peningkatan selanjutnya alat pengurusan risiko melalui pembangunan Penunjuk Risiko Utama dan Pelaporan Insiden, serta peningkatan budaya pengurusan risiko melalui usaha seperti bengkel yang dikendalikan untuk semua jabatan, penyertaan dalam pameran pengetahuan (knowledge fairs) di seluruh Bank dan interaksi lain juga sedang dilaksanakan.

Melangkah ke hadapan, Bank juga akan terus mengembangkan amalan pengurusan risikonya, kawalan dalaman dan perancangan BCM. Ini akan memastikan Bank dilengkapi secukupnya dengan kapasiti dan keupayaan yang sesuai untuk menangani risiko dan menghadapi

124TA

DB

IR U

RU

S, KO

MU

NIK

ASI D

AN

PEMB

AN

GU

NA

N O

RG

AN

ISASI

LAPO

RA

N TA

HU

NA

N 2010

Pelaksanaan Akta Bank Negara Malaysia 2009

PendahuluanBank Negara Malaysia telah melalui peralihan yang lancar daripada rangka kerja perundangan di bawah Akta Bank Negara Malaysia 1958 kepada Akta Bank Negara Malaysia 2009 apabila Akta yang baharu itu dikuatkuasakan pada 25 November 2009. Akta baharu itu memperuntukkan Bank dengan kuasa dan autonomi yang diperlukan bagi memenuhi mandatnya secara berkesan dalam menggalakkan kestabilan monetari dan kestabilan kewangan yang kondusif bagi pertumbuhan ekonomi Malaysia yang mampan. Sejajar dengan keperluan Akta baharu itu, keupayaan keinstitusian Bank telah diperkukuh melalui pengenalan rangka kerja dan amalan tadbir urus yang lebih mantap.

Mandat BankTujuan penubuhan Bank diperuntukkan dengan jelas dalam matlamat utamanya, untuk menggalakkan kestabilan monetari dan kestabilan kewangan yang kondusif bagi pertumbuhan ekonomi Malaysia yang mampan. Akta juga memperuntukkan fungsi utama Bank seperti yang berikut:(i) merumuskan dan mengendalikan dasar monetari di Malaysia;(ii) mengeluarkan mata wang di Malaysia;(iii) mengawal selia dan menyelia institusi kewangan yang tertakluk kepada undang-undang yang

dikuatkuasakan oleh Bank;(iv) mengadakan pengawasan ke atas pasaran wang dan pasaran pertukaran asing;(v) menjalankan pengawasan ke atas sistem pembayaran;(vi) menggalakkan sistem kewangan yang kukuh, progresif dan merangkumi semua;(vii) memegang dan menguruskan rizab luar negara Malaysia;(viii) menggalakkan rejim kadar pertukaran asing yang selaras dengan asas ekonomi negara; dan(ix) bertindak sebagai penasihat kewangan, jurubank dan ejen kewangan Kerajaan.

Dalam melaksanakan matlamatnya dan menjalankan fungsinya, Bank hendaklah mengambil kira kepentingan negara.

Kestabilan Monetari Jawatankuasa Dasar Monetari (Monetary Policy Committee, MPC) telah ditubuhkan pada tahun 2002 bagi merumuskan dasar monetari dan dasar bagi penjalanan operasi dasar monetari. Akta baharu ini menubuhkan Jawatankuasa ini dan memberikan ia autonomi dalam merumus dasar monetari. MPC telah bermesyuarat sebanyak enam kali sepanjang tahun ini menurut jadual yang disiarkan oleh Bank. Bagi memastikan perbincangan tentang dasar monetari dan proses membuat keputusan yang cekap lagi mantap, tatacara bagi MPC telah dipertingkatkan. Setiap mesyuarat MPC diadakan selama dua hari dan terdiri daripada dua sesi untuk memastikan masa yang mencukupi bagi pembentangan, perbincangan dan pertimbangan serta membuat keputusan. Pada sesi pertama, anggota MPC dimaklumkan tentang perkembangan ekonomi, monetari dan kewangan terkini serta huraian mengenai isu-isu dasar monetari yang relevan, jitu dan terkini. Ini diikuti pula dengan sesi kedua yang membincangkan isu-isu dan keputusan yang dibuat oleh MPC dan juga penyediaan Pernyataan Dasar Monetari. Anggota MPC juga boleh meminta supaya penyelidikan atau huraian khusus dibuat dan hasilnya untuk dibentangkan pada mesyuarat MPC.

Pembentukan Jawatankuasa BaharuMenurut peruntukan Akta ini, Bank telah mempertingkat rangka kerja dan amalan tadbir urus melalui penubuhan dan pelaksanaan beberapa jawatankuasa. Anggota jawatankuasa ini dipilih daripada kalangan individu yang memiliki kepakaran dan pengalaman yang relevan dan dilantik dengan mengambil kira keperluan untuk pelbagai kompetensi. Anggota jawatankuasa ini adalah seperti yang berikut:

125

TAD

BIR

UR

US,

KO

MU

NIK

ASI

DA

N P

EMB

AN

GU

NA

N O

RG

AN

ISA

SILA

POR

AN

TA

HU

NA

N 2

010

Dalam menjalankan fungsinya di bawah Akta, jawatankuasa-jawatankuasa tersebut dipandu oleh bidang tugas atau undang-undang kecil masing-masing yang menetapkan amalan, fungsi, peranan dan tanggungjawab serta kebertanggungjawaban anggota jawatankuasa tersebut dalam membuat keputusan.

Kestabilan KewanganDi samping penubuhan Jawatankuasa Eksekutif Kestabilan Kewangan (Jawatankuasa Eksekutif), Bank telah melaksanakan beberapa inisiatif untuk mewujudkan rangka kerja operasi menurut mandat kestabilan kewangan di bawah Akta ini. Ini termasuk:

Jawatankuasa Eksekutif Kestabilan Kewangan

Tanggungjawab Utama

Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz (Gabenor)

Dato’ Muhammad bin Ibrahim

(Timbalan Gabenor)

Tan Sri Dato’ Sri Dr. Wan Abdul Aziz bin Wan

Abdullah

Encik Jean Pierre Sabourin

Dato’ Johan Raslan

Encik Philip Koh Tong Ngee

Memutuskan tentang tindakan yang

dicadangkan oleh Bank untuk:

mengeluarkan perintah kepada entiti

yang tidak dikawal selia oleh Bank atau

pihak berkuasa penyeliaan yang lain;

memberikan bantuan mudah tunai

kepada:

(i) entiti yang tidak dikawal selia oleh

Bank;

(ii) subsidiari atau cawangan institusi

kewangan Malaysia di luar negeri;

memberikan bantuan modal kepada

institusi kewangan;

bagi maksud untuk mencegah atau

mengurangkan risiko terhadap kestabilan

kewangan.

Majlis Penasihat Syariah Tanggungjawab Utama

Dr. Mohd Daud Bakar (Pengerusi)

Dato’ Dr. Abdul Halim Ismail (Timbalan Pengerusi)

Tun Abdul Hamid Haji Mohamad

Tan Sri Datuk Sheikh Ghazali Abdul Rahman

Sahibus Samahah Dato’ Haji Hassan Haji Ahmad

Dr. M. Anwar Ibrahim

Prof. Dr. Ashraf Md. Hashim

Prof. Madya Dr. Engku Rabiah Adawiah Engku Ali

Prof. Madya Dr. Mohamad Akram Laldin

Dr. Aznan Hassan

Dr. Rusni Hassan

Menentukan hukum Syarak bagi

perniagaan kewangan Islam dan

mengeluarkan keputusan;

Menasihati Bank mengenai isu Syariah

yang berkaitan dengan aktiviti atau

transaksi Bank;

Menasihati mana-mana institusi

kewangan Islam atau mana-mana orang

lain mengenai perniagaan kewangan

Islam menurut mana-mana undang-

undang bertulis;

Mengeluarkan keputusan apabila

diminta oleh mahkamah atau

penimbang tara.

126TA

DB

IR U

RU

S, KO

MU

NIK

ASI D

AN

PEMB

AN

GU

NA

N O

RG

AN

ISASI

LAPO

RA

N TA

HU

NA

N 2010

Mengukuhkan pengaturan dalaman kestabilan kewangan dan proses membuat keputusanBank telah memperkukuh pengaturan keinstitusian dan tadbir urus dalamannya untuk memastikan pelaksanaan fungsi kestabilan kewangan yang berkesan. Jawatankuasa Dasar Kestabilan Kewangan (Financial Stability Policy Committee, FSPC) terus berfungsi sebagai forum dalaman peringkat tinggi Bank yang bertanggungjawab untuk memantau dan menghindarkan risiko terhadap kestabilan sistemik. Untuk tujuan itu, FSPC boleh melaksanakan langkah kehematan makro atau mengenakan tindakan khusus untuk menyelesaikan masalah dalam sesebuah institusi seperti yang diperlukan bagi menangani risiko terhadap kestabilan kewangan yang telah dikenal pasti. FSPC juga bertanggungjawab untuk (i) mengemukakan cadangan khusus kepada Jawatankuasa Eksekutif tentang tindakan, campur tangan dan penyelesaian yang wajar menurut Seksyen 38 Akta, dan (ii) memantau pelaksanaan tindakan yang diluluskan sepertimana yang diarahkan oleh Jawatankuasa Eksekutif. FSPC juga bertanggungjawab bagi keputusan menggunakan Seksyen 98 Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2011 dan boleh mengeluarkan pemberitahuan mengenai sesebuah institusi anggota yang tidak berdaya maju kepada Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) untuk penyelesaian. Selain itu, Bank juga sedang membangunkan rangka kerja kestabilan sistemik yang akan menambah baik struktur dasar dan penyelidikan sedia ada bagi mengenal pasti kesalinghubungan, keseimbangan dan penyelarasan yang diperlukan antara bidang dasar utama dalam Bank bagi tujuan kestabilan kewangan. Rangka kerja kestabilan sistemik bertujuan terutamanya, untuk menggalakkan lebih tumpuan, liputan dan kepaduan yang lebih besar antara berhemat makro, berhemat mikro dan dasar pengurusan krisis untuk menyokong pelaksanaan mandat Bank yang berkesan demi kestabilan kewangan. Rangka kerja ini juga akan membantu mengukuhkan tadbir urus dan proses dalaman Bank serta berfungsi sebagai alat pengurusan prestasi untuk memantau keberkesanan Bank secara menyeluruh dalam mencapai mandat kestabilan kewangannya. Sungguhpun pengendalian dasar monetari yang berkesan mengandaikan sistem kewangan yang stabil dan kukuh sebagai mekanisme penyampaian yang berkesan, kestabilan kewangan yang berterusan memerlukan dasar monetari dan keadaan makroekonomi yang berkesan dan teguh. Memandangkan kestabilan monetari dan kewangan sangat saling bergantung, pelaksanaan dasar yang cekap dalam kedua-dua bidang ini adalah sangat penting bagi mencapai pertumbuhan ekonomi yang mampan. Dalam hal ini, Bank telah memperkenalkan proses organisasi dalaman yang memastikan penyelarasan yang berkesan terhadap dasar kestabilan kewangan yang mungkin memberikan kesan yang lebih luas kepada keadaan makroekonomi dan monetari. Untuk tujuan itu, Bank telah mewujudkan satu forum bersama MPC-FSPC bagi membincangkan dasar kehematan makro yang mempunyai implikasi yang lebih luas terhadap ekonomi. Forum bersama ini membolehkan Bank menguruskan interaksi yang kompleks dan keseimbangan dasar antara mandat yang saling memperkukuh ini secara berkesan. Pada tahun 2010, forum bersama ini telah mengadakan satu mesyuarat untuk membincangkan dan memutuskan tentang tindak balas dasar terhadap perkembangan dalam sektor isi rumah dan pasaran harta.

Kerjasama dengan pihak berkuasa penyeliaan lainMenyedari pentingnya aliran maklumat yang tepat pada masanya dan tindak balas dasar yang terselaras, Seksyen 40 Akta memberikan kuasa kepada Bank, sebagai pihak berkuasa bagi kestabilan kewangan, untuk membuat perkiraan dengan pihak berkuasa penyeliaan lain dan menyelaraskan langkah kestabilan kewangan dengan pihak tersebut. Seterusnya, peruntukan itu juga memberikan kuasa kepada Bank, jika perlu, untuk mendapatkan atau berkongsi apa-apa maklumat atau dokumen dengan pihak berkuasa penyeliaan. Bank berbincang dan berinteraksi dengan pihak berkuasa lain, seperti Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan PIDM, secara berkala dan pada masa ini sedang mengkaji semula memorandum persefahaman dengan badan-badan ini, khususnya dalam bidang pengawasan dan penyeliaan bagi memudahkan pengenalpastian tindak balas awalan yang tepat pada masanya terhadap risiko sistemik dalam struktur dan rangka kerja kebertanggungjawaban yang jelas,

127

TAD

BIR

UR

US,

KO

MU

NIK

ASI

DA

N P

EMB

AN

GU

NA

N O

RG

AN

ISA

SILA

POR

AN

TA

HU

NA

N 2

010

yang selaras dengan perundangan semasa. Usaha juga sedang dilakukan untuk mengadakan memorandum persefahaman yang baharu dengan agensi pengawalseliaan lain, seperti Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), memandangkan industri koperasi semakin penting dalam landskap kewangan domestik dan juga dengan pihak berkuasa penyeliaan di rantau ini untuk menyokong pemantauan dan penyeliaan yang berkesan terhadap institusi kewangan yang aktif pada peringkat rantau. Pengawasan pasaran wang dan pasaran pertukaran asingPasaran wang dan pasaran pertukaran asing yang berfungsi dengan teratur dan diyakini adalah sangat penting untuk fungsi dasar monetari dan kestabilan kewangan. Sehubungan dengan itu, Seksyen 43 (1) Akta memberikan kuasa kepada Bank untuk mengeluarkan kaedah-kaedah, kod, piawaian, prinsip atau garis panduan bagi maksud mengawal selia, membangunkan, atau menyenggarakan keadaan yang teratur atau integriti pasaran wang dan pertukaran asing atau pasaran bagi derivatif yang berkaitan dengan mata wang, sekuriti dan instrumen kewangan lain yang diurusniagakan dalam pasaran-pasaran ini. Tanggungjawab pengawasan Bank termasuklah pengawalan, penyeliaan dan pengawasan pengendalian pasaran dalam pasaran-pasaran ini. Bank pada masa ini sedang memuktamadkan skop pengawalseliaan untuk pasaran wang, pasaran pertukaran asing dan pasaran bagi derivatif yang berkaitan dengan mata wang, sekuriti dan instrumen kewangan lain yang diurusniagakan dalam pasaran-pasaran ini. Ini termasuklah kajian semula yang komprehensif terhadap perkiraan ketika ini bagi penyertaan dalam pasaran-pasaran ini, pentadbiran dan penguatkuasaan peraturan-peraturan dan kod etika yang relevan dan terpakai kepada peserta pasaran dan peranan organisasi pengawalseliaan sendiri dalam memupuk keyakinan serta urus niaga yang teratur dan telus dalam pasaran-pasaran ini. Bank dan SC juga dalam proses mengkaji semula Memorandum Persefahaman yang sedia ada untuk memasukkan, antara lain, perkiraan pengawalan bersama bagi memberikan tanggungjawab yang jelas dan mekanisme kerjasama bagi pengawalan derivatif atau instrumen kewangan dalam pasaran wang yang berada di bawah penyeliaan dan pengawasan pihak berkuasa penyeliaan. Penambahbaikan rangka kerja untuk memberikan bantuan mudah tunaiBagi menyokong dan mempertingkatkan kuasa dan fl eksibiliti yang diberikan kepada Bank di bawah Akta untuk memberikan bantuan mudah tunai kecemasan yang bertujuan untuk mencegah kejutan keinstitusian atau mudah tunai pasaran daripada mengancam kestabilan sistemik, rangka kerja bantuan mudah tunai kecemasan (Emergency Liquidity Assistance, ELA) yang sedia ada sedang diperkukuh dan diselaraskan dengan keperluan baharu di bawah Akta. Rangka kerja yang dipertingkat bagi pemberian ELA ini bertujuan untuk memastikan keberkesanan berterusan fungsi Bank sebagai pemberi pinjaman usaha akhir (termasuk pengukuhan perkiraan dalaman bagi penyelarasan penilaian daya maju institusi yang memerlukan bantuan mudah tunai) dan memastikan mekanisme operasi, tadbir urus dan kebertanggungjawaban yang sepadan. Lembaga Pengarah dan Jawatankuasa Lembaga Pengarah Di bawah rangka kerja perundangan yang baharu, Lembaga Pengarah Bank terus bertanggungjawab dalam mengawasi pengurusan Bank dan sentiasa mengkaji semula prestasi Bank dalam melaksanakan mandatnya. Sepanjang tahun 2010, Lembaga Pengarah telah mengadakan dua belas mesyuarat untuk membincangkan pelbagai aspek urusan dan hal ehwal Bank, termasuk meluluskan belanjawan dan rancangan urusan Bank, undang-undang kecil bagi MPC dan Jawatankuasa Lembaga Bank. Dalam melaksanakan fungsi pengawasannya, Lembaga Pengarah dibantu oleh tiga Jawatankuasa Lembaga. Setiap Jawatankuasa Lembaga terdiri daripada tiga anggota Pengarah bukan eksekutif dan ditadbir urus oleh undang-undang kecil masing-masing sebagaimana yang diluluskan oleh Lembaga Pengarah. Pengerusi Jawatankuasa Lembaga dilantik daripada seorang anggota Jawatankuasa Lembaga berkenaan. Jawatankuasa Lembaga adalah seperti yang berikut:

128TA

DB

IR U

RU

S, KO

MU

NIK

ASI D

AN

PEMB

AN

GU

NA

N O

RG

AN

ISASI

LAPO

RA

N TA

HU

NA

N 2010

Jawatankuasa Tadbir Urus Lembaga Tanggungjawab Utama

Tan Sri Datuk Amar Haji Bujang bin Mohd. Nor

(Pengerusi);

Tan Sri Dato’ Seri Dr. Sulaiman bin Mahbob;

Encik Chin Kwai Yoong

Mengkaji semula keberkesanan

dan mencadangkan prinsip dan

amalan tadbir urus Bank;

Mengkaji semula mandat

Bank dari semasa ke semasa

dan mencadangkan kepada

Lembaga Pengarah;

Mencadangkan anggota

kepada pelbagai jawatankuasa

penting seperti MPC,

Jawatankuasa Eksekutif dan

Majlis Penasihat Syariah (MPS);

Memeriksa dan memberikan

syor tentang belanjawan dan

rancangan urusan Bank.

Jawatankuasa Audit Lembaga Tanggungjawab Utama

Datuk Oh Siew Nam (Pengerusi);

Tan Sri Datuk Amar Haji Bujang bin Mohd. Nor;

Dato’ N. Sadasivan

Membantu Lembaga Pengarah

dalam pengawasannya

terhadap integriti akaun dan

penyata kewangan Bank,

keberkesanan sistem kawalan

dalaman, pelaksanaan

fungsi audit dalaman serta

pematuhan terhadap

keperluan perundangan dan

pengawalseliaan.

Jawatankuasa Risiko Lembaga Tanggungjawab Utama

Dato’ N. Sadasivan (Pengerusi);

Datuk Oh Siew Nam;

Tan Sri Dato’ Seri Dr. Sulaiman bin Mahbob

Membantu Lembaga Pengarah

dalam pengawasan terhadap

kajian semula dan pengurusan

risiko operasi Bank.

129

TAD

BIR

UR

US,

KO

MU

NIK

ASI

DA

N P

EMB

AN

GU

NA

N O

RG

AN

ISA

SILA

POR

AN

TA

HU

NA

N 2

010

Sejak penubuhannya, Jawatankuasa Tadbir Urus Lembaga (Board Governance Commitee, BGC) telah bermesyuarat sebanyak lima kali untuk membincangkan pelbagai isu mengenai amalan tadbir urus dalam Bank. BGC telah mengemukakan cadangan untuk pelantikan anggota MPC serta anggota Jawatankuasa Eksekutif dan MPS. BGC juga membuat cadangan mengenai isu-isu yang berkaitan dengan belanjawan dan rancangan urusan Bank serta mekanisme penilaian untuk menilai prestasi Lembaga Pengarah, Jawatankuasa Lembaga dan setiap anggota Lembaga Pengarah dalam melaksanakan peranan dan fungsi masing-masing. Jawatankuasa Audit Lembaga (Board Audit Commitee, BAC) telah mengadakan mesyuarat sebanyak empat kali sepanjang tahun 2010 untuk membantu Lembaga Pengarah mengawasi pelaporan kewangan, persekitaran kawalan dalaman dan pematuhan terhadap keperluan perundangan dan pengawalseliaan Bank. BAC mengawasi Jabatan Audit Dalam Bank dan meluluskan rancangan audit, skop kerja dan keperluan sumbernya. BAC juga mengkaji semula penemuan audit dalaman dan mencadangkan tindakan yang perlu diambil oleh pihak Pengurusan bagi memastikan tindakan pembetulan yang tepat pada waktunya. Selain itu, BAC meninjau laporan audit oleh Jabatan Audit Negara, termasuk penemuan mereka dan apa-apa tindakan pembetulan yang perlu diambil oleh Bank.

Jawatankuasa Risiko Lembaga (Board Risk Commitee, BRC) telah mengadakan mesyuarat sebanyak tiga kali pada tahun 2010 untuk mengkaji semula pengurusan risiko organisasi yang dihadapi oleh Bank, termasuk risiko kerugian kewangan, gangguan terhadap operasi, kegagalan untuk mencapai objektif Bank atau risiko sampingan yang lain, yang boleh memberikan tanggapan negatif terhadap reputasi Bank. Dalam hal ini, BRC telah mengkaji semula dan mengesyorkan rangka kerja Pengurusan Risiko Operasi (Operational Risk Management, ORM) dan Pengurusan Risiko Kewangan (Financial Risk Management, FRM) yang baharu untuk kelulusan Lembaga Pengarah. Rangka kerja ORM dan FRM telah diluluskan oleh Lembaga Pengarah, masing-masing pada bulan November 2010 dan Januari 2011. Pembentukan kedua-dua rangka kerja ini ialah sebahagian daripada penambahbaikan secara menyeluruh terhadap rangka kerja Pengurusan Risiko Organisasi Bank yang bertujuan untuk mengukuhkan lagi pendekatan Bank dalam menguruskan risiko yang dihadapi oleh Bank, dengan mengambil kira cabaran-cabaran baharu dalam melaksanakan mandat sebagai bank pusat.

KesimpulanMelangkah ke hadapan, kuasa yang ada pada Bank di bawah Akta bersama-sama dengan rangka kerja tadbir urus yang diperkukuh akan memastikan Bank berada pada kedudukan yang baik untuk melaksanakan peranan dan tanggungjawab dalam memelihara kestabilan monetari dan kestabilan kewangan bagi memberikan khidmat yang terbaik kepada ekonomi Malaysia pada tahun-tahun yang akan datang.

130TA

DB

IR U

RU

S, KO

MU

NIK

ASI D

AN

PEMB

AN

GU

NA

N O

RG

AN

ISASI

LAPO

RA

N TA

HU

NA

N 2010

sebarang cabaran yang mendatang. Rangka kerja pengurusan risiko yang mantap dan teguh bukan hanya menyokong kestabilan Bank pada masa keadaan ekonomi yang baik, tetapi juga memelihara kredibilitinya pada masa krisis.

Kawalan DalamanJabatan Audit Dalaman (Internal Audit Department, IAD) membantu Jawatankuasa Audit Lembaga (Board Audit Committee, BAC) mencapai matlamatnya dengan menyediakan penilaian yang bebas dan objektif berhubung dengan keadaan sistem kawalan dalaman Bank. IAD melapor terus kepada BAC dan adalah bebas daripada aktiviti urusan Bank dan tidak memikul apa-apa tanggungjawab urusan atau operasi. Untuk memastikan pelaksanaan perancangan audit yang komprehensif dan teguh bagi setiap tugasan audit, IAD bekerjasama dengan Jabatan Pengurusan Risiko dan Jabatan Pengurusan Strategik untuk mengenal pasti dan menilai risiko tersirat, mengkaji semula isu dan kebimbangan utama, dan menilai fungsi kawalan risiko dalam aktiviti penting dan proses teras Bank.

Rangka kerja pengauditan dalaman Bank yang berasaskan risiko meliputi kajian semula aktiviti penting dan proses teras Bank secara holistik serta fungsi kawalan risiko bagi menentukan kekerapan dan liputan audit yang akan dikendalikan. Penarafan audit keseluruhan ditentukan berdasarkan penilaian persekitaran kawalan bagi bidang yang dikaji semula. Penarafan keutamaan audit juga disediakan bagi isu audit khusus yang dibangkitkan berdasarkan kepentingan dan risikonya, yang dikemukakan kepada pihak Pengurusan Kanan yang sewajarnya dan Jabatan Pengurusan Risiko. Kajian semula dijalankan serentak terhadap kelompok jabatan-jabatan yang terbabit dalam proses teras khusus Bank serta kelompok jabatan-jabatan yang mengendalikan aktiviti penting yang serupa. Ini bagi memastikan risiko, yang ada antara jabatan-jabatan yang relevan dalam proses teras dan risiko utama yang tersirat dalam aktiviti penting merentas jabatan-jabatan, dinilai dengan sewajarnya. IAD memberikan laporan kemas kini berjadual bagi dapatan dan penilaiannya kepada BAC dan pihak Pengurusan Kanan. Di samping itu, Jabatan Audit Negara menyediakan pengawasan berkala terhadap pengendalian dan liputan audit IAD.

KOMUNIKASI

Inisiatif komunikasi Bank pada tahun 2010 tertumpu pada beberapa bidang penting termasuk prospek ekonomi, kestabilan monetari serta kemantapan dan daya tahan sektor kewangan. Perbincangan dan interaksi strategik telah dimulakan oleh Bank dengan pihak Kerajaan, media, industri kewangan, penganalisis dan ahli ekonomi, wakil industri dari sektor benar ekonomi dan orang ramai. Perbincangan dan interaksi ini diadakan melalui pelbagai saluran, termasuk sidang akhbar, mesyuarat, dialog dan jerayawara. Strategi sedemikian meningkatkan lagi pemahaman tentang peranan Bank dalam menggalakkan kestabilan makroekonomi yang penting bagi pertumbuhan yang mampan, memastikan keteguhan dan daya saing sistem kewangan, di samping membangunkan sektor kewangan yang efektif dan efisien.

Laporan Tahunan – platform utama bagi penilaian prospek ekonomi dan membantu meningkatkan pemahaman yang lebih baik mengenai perkembangan dan dasar yang mempengaruhi ekonomi dan sektor kewangan

Sesi perbincangan dan interaksi dengan pelbagai pihak berkepentingan telah diadakan sempena penerbitan Laporan Tahunan, dan Laporan Kestabilan Kewangan dan Sistem Pembayaran 2009 yang diadakan pada awal tahun. Sepanjang tahun ini, Bank mengadakan pertemuan yang berterusan dengan wakil daripada industri perkilangan, perkhidmatan, pembinaan dan perlombongan, untuk berbincang tentang perkembangan terkini dan isu yang dihadapi oleh industri, dan mendapatkan pandangan mereka tentang prestasi dan prospek industri. Pertemuan sebegini memberikan pemahaman yang berharga kepada Bank berhubung dengan isu yang mempengaruhi sektor utama ekonomi dan prospek keseluruhan ekonomi Malaysia.

Komunikasi dasar monetariPernyataan Dasar Monetari merupakan medium utama untuk menyampaikan keputusan dasar monetari. Keputusan Bank mengembalikan kadar dasar ke paras yang lebih wajar pada awal tahun bertujuan mengurangkan risiko ketakseimbangan kewangan yang mungkin timbul dan memastikan kemampanan pertumbuhan ekonomi disampaikan dan dijelaskan terutamanya melalui Pernyataan

131

TAD

BIR

UR

US,

KO

MU

NIK

ASI

DA

N P

EMB

AN

GU

NA

N O

RG

AN

ISA

SILA

POR

AN

TA

HU

NA

N 2

010

Dasar Monetari yang diwartakan selepas setiap mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari. Ini diperkukuh dengan perbincangan dan interaksi bersama industri, penganalisis dan ahli ekonomi. Usaha komunikasi menitikberatkan pemahaman bahawa dalam tempoh mengembalikan dasar monetari pada kedudukan yang wajar, dasar monetari kekal akomodatif dan teras dasar adalah untuk mengelakkan ketakseimbangan kewangan yang mungkin muncul dan menggugat kestabilan ekonomi. Aktiviti komunikasi ini mendorong penyelarasan yang teratur dalam pasaran wang dan kadar pinjaman dalam ekonomi serta pemahaman yang lebih baik oleh pihak berkepentingan tentang kewajaran di sebalik dasar monetari Bank.

Kekukuhan dan peranan sektor kewanganPada tahun ini, inisiatif komunikasi turut tertumpu pada langkah untuk memastikan keutuhan sektor kewangan, dan memastikan sektor ini terus memainkan peranan perantaraan yang efektif dan efisien dalam ekonomi. Komunikasi berkenaan dengan usaha yang diambil bagi menangani kebimbangan tahap hutang isi rumah juga dilaksanakan.

Berhubung dengan kewangan Islam, liputan meluas diberikan kepada pembangunan dalam sektor ini. Komunikasi lanjut dan aktiviti promosi dilaksanakan di bawah inisiatif Pusat Kewangan Islam Antarabangsa Malaysia (Malaysia International Islamic Finance Centre, MIFC) untuk memantapkan lagi kedudukan Malaysia sebagai peneraju Pusat Kewangan Islam Antarabangsa. Tumpuan juga diberikan pada tawaran nilai kewangan Islam dalam menyumbang kepada kestabilan kewangan dan kerelevanannya yang semakin tinggi dalam sistem kewangan global. Usaha-usaha ini mengukuhkan lagi jenama MIFC.

Sektor kewangan Malaysia mencapai kedudukan yang lebih tinggi apabila Forum Ekonomi Dunia memberikan penarafan kepada sektor tersebut lima takuk lebih tinggi ke kedudukan ke-17 dalam indeks pembangunan kewangan, iaitu penarafan tertinggi dalam kalangan ekonomi sedang pesat membangun.

Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk membina keyakinan dalam sistem kewangan, had insurans deposit bank dinaikkan kepada RM250,000 berkuat kuasa pada 31 Disember 2010. Bagi mengukuhkan lagi perlindungan pengguna, sistem perlindungan

juga dilanjutkan kepada pemegang polisi insurans dan takaful. Sehingga kini, skim jaminan deposit menyeluruh ini tidak pernah lagi dituntut.

Peluasan jangkauan komunikasi Bank yang berterusan kepada pihak berkepentinganPada tahun ini, usaha berterusan untuk berbincang dan berinteraksi dengan pelbagai pihak berkepentingan dilaksanakan sebagai sebahagian daripada inisiatif Bank untuk meningkatkan kesedaran tentang kemudahan pembiayaan serta tahap celik kewangan pengguna.

Dengan peranan pembangunan Bank yang lebih luas ini, usaha komunikasi diteruskan untuk meningkatkan akses kepada pembiayaan PKS, memandangkan kepentingan sektor ini dalam menyokong pertumbuhan ekonomi dan guna tenaga. Dengan kerjasama Persatuan Bank-bank Dalam Malaysia, Credit Guarantee Corporation dan SME Corporation Malaysia (SME Corp), Bank bersama pertubuhan PKS dan dewan perniagaan di seluruh negara telah melatih pegawai-pegawai berkenaan yang menguruskan Meja Pertanyaan Pembiayaan PKS di pejabat masing-masing, serta memberikan khidmat nasihat kepada ahli mereka. Kira-kira 60 tenaga pengajar daripada 15 pertubuhan PKS dan dewan perniagaan akan dilatih pada 2011. Usaha turut dilaksanakan untuk mengalakkan pembiayaan mikro di seluruh negara melalui ikatan strategik dengan Jabatan Perumahan dan Kerajaan Tempatan, SME Corp dan Bank Simpanan Nasional. Ini disokong oleh kira-kira 100 jerayawara, dengan pameran, seminar dan bengkel, mempromosikan perkhidmatan perbankan khas untuk PKS dan perusahaan mikro, serta memberikan pendidikan kepada orang ramai, guru dan pelajar, tentang kepentingan amalan pengurusan kewangan berhemat dalam kehidupan seharian.

Di samping itu, Bank menganjurkan dialog dengan pelbagai pertubuhan dan dewan perniagaan untuk memaklumkan perkembangan terkini tentang akses kepada pembiayaan bagi PKS dan juga menyertai sesi perbincangan dan interaksi yang dianjurkan oleh ABM dengan organisasi perniagaan di beberapa negeri. Usaha yang berterusan juga diambil oleh Bank untuk memudahkan interaksi antara institusi perbankan dengan industri tertentu.

Jangkauan pendidikan kewangan dan khidmat nasihat kepada orang ramai terus menjadi agenda penting Bank. Saluran penyampaian

132TA

DB

IR U

RU

S, KO

MU

NIK

ASI D

AN

PEMB

AN

GU

NA

N O

RG

AN

ISASI

LAPO

RA

N TA

HU

NA

N 2010

diluaskan melalui pengenalan perkhidmatan kaunter bergerak ke pekan-pekan kecil, bermula di negeri Selangor. Untuk pertama kalinya, Bank menjalinkan kerjasama strategik dengan persatuan pengguna untuk menyampaikan maklumat dan pengetahuan kewangan kepada orang ramai. Usaha lain untuk meningkatkan celik kewangan turut dilaksanakan oleh Bank melalui kerjasama dengan Ahli Parlimen serta dewan dan persatuan perniagaan untuk memaklumkan dan menyampaikan maklumat kewangan yang berguna di kawasan masing-masing. Pada tahun itu, Bank juga menyampaikan pemberitahuan melalui media dan telefon bimbit tentang hal berkaitan dengan kebimbangan dan perhatian orang ramai seperti penipuan kewangan dan skim pengambilan deposit secara haram.

Bagi menggalakkan celik kewangan dan pengurusan kewangan yang mantap untuk golongan muda dan peminjam baharu, Program ``Pengurusan Wang Ringgit Anda´´ (POWER!) telah dilancarkan pada bulan Januari 2011, dipacu oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK). Matlamat program adalah untuk memperkasakan golongan ini supaya dapat menguruskan kewangan dengan berkesan, dan seterusnya menyumbang ke arah perlindungan pengguna kewangan yang lebih baik serta sektor isi rumah yang lebih berdaya tahan.

Hasil daripada kesedaran yang lebih tinggi berhubung dengan perkhidmatan Pusat Hubungan Bersepadu (Integrated Contact Centre, ICC) Bank Negara Malaysia (terdiri daripada BNMLINK, BNMTELELINK dan Unit Pengurusan Aduan dan Khidmat Nasihat), jumlah kes yang mendapatkan perkhidmatan ini mencecah 293,388 pada tahun 2010, iaitu peningkatan sebanyak 15.6% berbanding dengan tahun 2009.

Bank juga sering berbincang dengan sektor perbankan dan insurans berhubung dengan cara untuk memberikan standard perkhidmatan yang lebih tinggi kepada orang ramai. Pelbagai dialog dianjurkan dengan institusi kewangan berhubung dengan pengurusan aduan dan isu berkaitan pengguna bagi memastikan pelanggan dilayan dengan sewajarnya dan diberikan perkhidmatan yang bertambah baik.

Usaha Bank untuk berinteraksi dan berbincang dengan orang ramai dilengkapkan dengan perkhidmatan AKPK dan Biro Pengantaraan Kewangan (Financial Mediation Bureau, FMB).

Pada tahun itu, AKPK telah memberikan khidmat nasihat kepada lebih daripada 30,000 pelanggan di seluruh negara, dengan separuh daripada mereka mendapat bantuan lanjut melalui program pengurusan hutang AKPK. Program ini menyediakan rancangan pembayaran balik hutang mengikut kemampuan masing-masing bagi membantu peminjam yang bermasalah membayar balik hutang tertunggak mereka kepada institusi kewangan. FMB pula membantu lebih daripada 2,100 pelanggan bagi menyelesaikan hal perbankan dan insurans dengan penyedia perkhidmatan kewangan mereka secara percuma. Perkhidmatan yang diberikan oleh agensi-agensi ini terus memudahkan orang ramai untuk menjadi lebih berpengetahuan dan dapat mengawal keadaan kewangan mereka dengan lebih baik.

Sebagai sebahagian daripada proses perumusan dasar bagi perlindungan kecederaan anggota dan kematian pihak ketiga yang dicadangkan, Bank telah mengadakan satu siri perbincangan dengan pihak berkepentingan yang berkenaan. Hasil daripada perbincangan ini, terdapat maklum balas yang membina dan sokongan terhadap usaha Bank untuk merumus rangka kerja perlindungan motor baharu yang holistik termasuk langkah-langkah untuk menambah baik proses penyelesaian tuntutan secara keseluruhan.

Peningkatan akses kepada komunikasi dalam talianDengan perubahan pesat teknologi memberikan kesan terhadap saluran komunikasi, contohnya melalui media dalam talian yang semakin penting, Bank meneruskan usahanya untuk menyediakan jangkauan lebih luas kepada orang ramai melalui laman sesawangnya. Susulan pengubahsuaian pada tahun 2009 dan pengenalan segmen pengisian baharu, laman sesawang kini menyediakan maklumat yang lebih jelas berhubung dengan fungsi pengawalan, pengawalseliaan dan perkembangan Bank. Mencerminkan hal ini, terdapat peningkatan bilangan pengunjung unik (unique visitors), kunjungan laman sesawang dan kunjungan halaman; iaitu lebih daripada dua juta pengunjung (+31%), 5.4 juta kunjungan laman sesawang (+26%) dan kira-kira 13.8 juta kunjungan halaman (+7%).

Buletin Perangkaan Bulanan telah disemak dan mempunyai format baharu di laman sesawang Bank. Laporan ini memberikan laporan kemas kini

133

TAD

BIR

UR

US,

KO

MU

NIK

ASI

DA

N P

EMB

AN

GU

NA

N O

RG

AN

ISA

SILA

POR

AN

TA

HU

NA

N 2

010

kepada pembacanya berhubung dengan keadaan monetari dan kewangan dengan cara yang ringkas lagi padat.

Bank juga menggunakan saluran media sosial, seperti Facebook dan Twitter, untuk meningkatkan saluran interaksi dengan pihak berkepentingan. Saluran baharu ini telah membantu meningkatkan kunjungan laman sesawang Bank dan membuka laluan untuk jangkauan yang lebih luas kepada pihak berkepentingan.

Interaksi berterusan dengan kakitangan untuk meningkatkan prestasiMemupuk semangat berpasukan dan kerjasama dalam kalangan kakitangan telah menjadi agenda penting dalam program komunikasi dalaman Bank untuk berinteraksi dan memotivasikan mereka bagi memacu produktiviti dan kecemerlangan. Bank memberikan penekanan utama terhadap sistem nilainya kerana ia merupakan asas kepada kelancaran urusan Bank, tingkah laku profesional kakitangannya dan interaksi antara mereka dengan pihak berkepentingan. Pada tahun itu, Bank telah memperkukuh nilai bersama terasnya dengan memulakan satu siri program interaksi. Tema nilai bersama telah digabungkan dalam Pameran Pengetahuan, Majlis Makan Malam Tahunan dan acara yang dianjurkan di Bank bersempena Piala Dunia FIFA 2010 lantas memberikan pesertanya pengalaman dan pemahaman yang sama tentang nilai-nilai bersama Bank.

Cabaran komunikasi bagi tahun 2011Melangkah ke hadapan, persekitaran operasi dijangka kekal mencabar, menyebabkan pihak berkepentingan meletakkan harapan yang lebih tinggi terhadap peranan Bank dalam ekonomi dan sistem kewangan.

Dalam keadaan yang tidak menentu, Bank perlu terus memberikan pandangan dan perspektif yang tepat pada masanya tentang prospek ekonomi, inflasi dan perkembangan monetari dan kewangan lain yang penting. Inisiatif komunikasi juga akan dilaksanakan untuk memberikan lebih kejelasan berhubung dengan Rangka Tindakan Sektor Kewangan, khususnya dalam mengetengahkan peranan sektor kewangan sebagai pemudah cara dan pemacu dalam menyokong transformasi ekonomi Malaysia kepada ekonomi berpendapatan tinggi dan bernilai tambah tinggi.

Sejajar dengan keperluan untuk meluaskan jangkauan perkhidmatan LINK kepada orang ramai di luar bandar dan kawasan terpencil, Kaunter Bergerak

BNMLINK (Mobile LINK) akan diperkenalkan pada bulan Jun 2011. Hubungan strategik dengan persatuan pengguna juga akan diperkukuh untuk memudahkan usaha meningkatkan keupayaan kewangan pengguna, menggalakkan rangkuman kewangan dan mengukuhkan keyakinan orang ramai terhadap industri perkhidmatan kewangan. Usaha akan terus diambil untuk menganjurkan lebih banyak jerayawara bagi meningkatkan pemahaman orang ramai tentang hal ehwal kewangan dan dengan itu menambah baik keupayaan kewangan masing-masing.

Dengan landskap komunikasi dalam talian yang pesat berubah dan dengan masyarakat yang menuntut lebih banyak kandungan dalam talian, Bank akan turut meluaskan saluran penyampaiannya termasuk akses melalui peranti mudah alih dan memanfaatkan kemajuan teknologi komunikasi.

PEMBANGUNAN ORGANISASI

Hala Tuju dan Fokus StrategiBank terus memenuhi mandatnya meskipun persekitaran yang lebih mencabar pada tahun 2010. Melalui proses pengurusan strategik yang teguh, matlamat dan hasil strategik Bank disampaikan ke seluruh organisasi, membolehkan wujudnya bina upaya dan kapasiti yang berkesan untuk menangani cabaran semasa dan masa hadapan.

Mencapai hasil strategik BankBank telah menyempurnakan kitaran penuh proses pengurusan strategik pada tahun 2010 yang merangkumi perancangan strategik, pelaksanaan dan kajian semula strategi bagi Pelan Urusan Bank 2009-2011. Khususnya, proses kajian semula telah menyediakan platform yang penting bagi memudahkan perbincangan yang terfokus oleh pihak pengurusan untuk menilai pencapaian hasil Bank, untuk mengutamakan aktiviti penting, serta untuk mengenal pasti dan menangani risiko dan cabaran yang dihadapi oleh Bank. Pihak Pengurusan Kanan diberikan laporan penilaian separuh tahun yang komprehensif tentang kemajuan hasil strategik Bank, pelan tindakan dan isu penting yang mempengaruhi pencapaian hasil ini. Keteguhan proses pengurusan strategik ini akan terus ditingkatkan dengan penyepaduan proses penilaian risiko.

Pada tahun itu, penjajaran dan pengutamaan aktiviti yang lebih besar dicapai dalam proses perancangan dan penyediaan belanjawan utama

134TA

DB

IR U

RU

S, KO

MU

NIK

ASI D

AN

PEMB

AN

GU

NA

N O

RG

AN

ISASI

LAPO

RA

N TA

HU

NA

N 2010

Bank. Ini dicapai melalui kerjasama lebih erat dalam fungsi pengurusan risiko, strategik dan kewangan, serta audit, teknologi dan perancangan sumber manusia.

Sejajar dengan pembentukan Rangka Tindakan Sektor Kewangan yang baharu, Persidangan Pengurusan Kanan (Senior Management Conference, SMC) pada tahun 2010 adalah berteraskan pemahaman tentang sistem kewangan pada masa hadapan yang akan menyokong peralihan Malaysia kepada ekonomi bernilai tambah tinggi. SMC turut menyediakan platform untuk perbincangan mendalam dan interaksi berhubung dengan isu yang mempengaruhi kejayaan pelaksanaan Rangka Tindakan Sektor Kewangan. Ini bagi memastikan sistem kewangan akan terus menyokong pertumbuhan ekonomi serta bertindak sebagai pemangkin kepada aspirasi Malaysia untuk menjadi negara berpendapatan tinggi dan bernilai tambah tinggi.

Membina Tenaga Kerja Berprestasi TinggiPengurusan tenaga mahir yang berteraskan rangka kerja pengurusan modal insan bersepadu terus kekal sebagai satu daripada keutamaan tertinggi Bank. Strategi modal insan yang bermatlamatkan penyediaan bekalan tenaga mahir disasarkan kepada usaha mengukuhkan kebolehan dan keupayaan dalaman Bank. Bank meneruskan pelaburan jangka panjangnya untuk membina bekalan kepimpinan dengan memastikan proses yang mantap diambil pakai dalam mengkaji semula dan memadankan peranan dan fungsi tenaga mahir sedia ada. Ini telah dilaksanakan melalui Pusat Profil Kepimpinan, serta menarik tenaga mahir berkaliber tinggi yang mempunyai potensi untuk memikul tanggungjawab yang lebih besar.

Satu pencapaian utama dalam tahun 2010 ialah pelaksanaan inisiatif Tangga Pakar Risiko dan Aktuari (Risk and Actuarial Specialist Ladders). Kumpulan profesional dalam bidang ilmu yang kritikal ini merupakan kelompok asas penting yang menyokong tonggak pemikiran bagi seluruh Bank khususnya, dan juga sektor kewangan amnya. Untuk memastikan bahawa kumpulan profesional ini terus berkhimat, Bank melaksanakan satu strategi ganjaran dinamik yang didorong oleh pasaran dan inovasi.

Proses melengkapi tenaga mahir baharu dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan sikap yang betul untuk berjaya memperoleh momentum melalui Program Eksekutif Baharu untuk Bank

Pusat yang berjaya disempurnakan bagi empat kelompok eksekutif baharu dalam tahun 2010. Melalui program ini, kakitangan berkenaan dapat memahami dengan lebih mendalam pelbagai fungsi yang terdapat dalam Bank, serta memupuk hubungan kerja yang erat dengan rakan setara dan rakan sekerja di seluruh Bank. Program ini membentuk asas mantap yang boleh memperkasakan kakitangan tersebut pada masa akan datang dan menggalakkan penglibatan di Bank.

Memperkukuh struktur organisasiBank telah mula memperkemas jawatan yang memerlukan persijilan kemahiran serta pengetahuan teknikal pada peringkat diploma dengan memperkenalkan Kelompok Perjawatan Kumpulan Bukan Eksekutif dan Rangka Kerja Kemajuan Kerjaya. Di samping itu, satu Model Keterampilan Kelakuan turut juga dibangunkan bagi jawatan yang terlibat dalam memupuk tingkah laku dan sikap yang selari dengan nilai-nilai murni Bank.

Pembangunan bekalan tenaga mahir yang berterusanUntuk memastikan kumpulan pengganti kepimpinan Bank kekal kukuh dan bersedia, Bank terus melabur dalam pemprofilan dan pembangunan tenaga mahirnya. Proses pemprofilan yang berstruktur serta teguh diikuti oleh maklum balas dan pembangunan kepimpinan yang terfokus akan meningkatkan kesesuaian kerja untuk jawatan yang kritikal, mengukuhkan keupayaan kepimpinan dan mewujudkan suasana organisasi yang sihat. Sambil memastikan bahawa pengurusan penggantian akhirnya memenuhi keperluan Bank, aspirasi individu turut diberikan pengiktirafan untuk menggalakkan motivasi dan mengekalkan staf yang berterusan.

Sungguhpun Bank memberi penekanan kepada pembangunan kakitangannya yang sedia ada, namun satu kumpulan penting yang menyumbang kepada tenaga mahir Bank pada masa depan ialah pemegang biasiswa Bank. Dalam tahun 2010, 84 orang pelajar cemerlang diberikan biasiswa untuk mengikuti program pengajian pra-universiti dan sarjana muda dalam pelbagai bidang yang relevan dengan fungsi perbankan pusat.

Keazaman Bank untuk menyumbang secara positif kepada pembangunan negara terus direalisasikan melalui Anugerah Biasiswa

135

TAD

BIR

UR

US,

KO

MU

NIK

ASI

DA

N P

EMB

AN

GU

NA

N O

RG

AN

ISA

SILA

POR

AN

TA

HU

NA

N 2

010

tahun 2010, jumlah kakitangan meningkat 0.9% kepada 2,734 berbanding dengan 2,709 pada penghujung tahun 2009. Kadar susutan kekal stabil pada paras empat peratus disebabkan terutamanya oleh persaraan dan peletakan jawatan. Nisbah kakitangan eksekutif berbanding dengan bukan eksekutif juga stabil dan kekal hampir pada 3:2.

Orientasi masa akan datangUntuk sentiasa mengekalkan prestasi yang unggul dalam mengatur srategi, serta semua elemen yang penting berhubung kait dengan modal insan, Bank telah memulakan proses memperkemas amalan pengurusan modal insan dengan cadangan penggabungan Jawatankuasa Pengetahuan dan Pembelajaran ke dalam Jawatankuasa Pengurusan Modal Insan. Ini akan mewujudkan usaha-usaha penyelesaian yang lebih bersepadu dengan memberi tumpuan kepada respon yang memenuhi keperluan aset Bank paling berharga iaitu warga kerjanya.

Rancangan masa depan Bank turut merangkumi pemerkasaan kakitangan untuk memiliki pelan pembangunan peribadi mereka dengan menyediakan dokumen komprehensif yang dikenali sebagai Manual Penasihat Pembangunan (Development Advisor Manual, DA) atau panduan yang akan mengandungi pelbagai pilihan pembangunan. DA ini merupakan asas yang akan memperkaya usaha pembangunan individu bagi kakitangan Bank sebagai pelajar urus kendiri (self-directed learner) dan juga akan mendorong serta meningkatkan intervensi pembelajaran dan pembangunan semua kakitangan berdasarkan tahap sasaran mereka dalam Model Terampil Kelakuan Bank juga akan memperkenalkan maklumat komprehensif tentang peluang kerjaya dalam portal Sumber Manusia Bank. Apabila mengetahui maklumat tentang pelbagai laluan kerjaya, kakitangan Bank akan lebih bersedia dan proaktif dalam pilihan kerjaya mereka dalam Bank. Ciri ini akan mewujudkan lagi peluang ke arah pembelajaran dalam talian apabila Bank memanfaatkan platform IT untuk memungkinkan penyelesaian pembelajaran berkonsepkan 'pada bila-bila masa, di mana-mana jua'.

Satu lagi fokus dalam tahun 2011 adalah untuk menarik, mengekalkan serta memotivasikan kakitangan melalui strategi ganjaran dinamik. Ini adalah bertujuan untuk memastikan amalan ganjaran Bank kekal relevan dan berdaya saing. Walaupun Bank membuat pemantauan tahunan

Kijang Emas. Anugerah ini diberikan hanya kepada pelajar yang mempamerkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Bagi tahun 2010, lima pelajar cemerlang dalam negara dianugerahkan biasiswa tersebut dan mereka diberikan kebebasan untuk mengikuti sebarang bidang pengajian di mana-mana institusi pengajian tinggi terkemuka dunia. Dengan semangat untuk menabur bakti kepada negara, pelajar ini dikehendaki kembali ke Malaysia setelah tamat pengajian untuk berkhidmat kepada negara. Sejak diwujudkan pada tahun 2005, biasiswa berprestij ini telah dianugerahkan kepada 32 pelajar cemerlang yang telah dan sedang mengikuti pelbagai disiplin pengajian, seperti perubatan, kejuruteraan, ekonomi, undang-undang, sains aktuari, genetik, biokimia, seni bina, psikologi dan perakaunan.

Untuk membantu pelajar berbakat yang menghadapi masalah kewangan, Bank telah menganugerahkan 20 biasiswa di bawah program 'Anugerah Biasiswa untuk Sekolah Menengah' kepada pelajar yang mempamerkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah. Biasiswa ini bukan sahaja membolehkan mereka untuk meneruskan pengajian di sekolah menengah malah mewujudkan sumber yang berpotensi membekalkan tenaga mahir untuk Bank pada masa akan datang.

Menguruskan keluk prestasiSebagai organisasi yang didorong oleh prestasi, Bank terus meningkatkan tahap prestasi dalam usahanya untuk mencapai kecemerlangan. Sementara tenaga mahir yang berprestasi cemerlang diberikan insentif melalui ganjaran yang berdasarkan prestasi, Bank turut mengambil langkah menguruskan secara berkesan kakitangan yang mempunyai prestasi kerja yang kurang memuaskan melalui Program Penambahbaikan Prestasi (Performance Improvement Programme). Program ini dilaksanakan dengan kebertanggungjawaban bersama jabatan-jabatan di Bank.

Jumlah kakitanganWalaupun jabatan-jabatan di Bank mengambil langkah untuk merasionalkan dan menyelaraskan semula fungsi dan peranan mereka, setiap usaha dibuat untuk mengoptimumkan impak gabungan teknologi, proses penambahbaikan serta tenaga kerja yang lebih kompeten. Menjelang akhir

136TA

DB

IR U

RU

S, KO

MU

NIK

ASI D

AN

PEMB

AN

GU

NA

N O

RG

AN

ISASI

LAPO

RA

N TA

HU

NA

N 2010

program pengambilan kakitangan baharu untuk mengurangkan tempoh mencapai kompetensi dan menghasilkan pegawai bank pusat yang `siap sedia´, yang boleh membuat peralihan yang lancar di tempat kerja.

Untuk memenuhi tuntutan pembelajaran bagi keperluan pembangunan pekerja berpengetahuan, serta memberi fokus pada impak positif ke atas prestasi setiap bahagian, usaha terus diberikan ke arah meningkatkan ketersediaan penyelesaian pembelajaran yang dirumus khas. Hasilnya, bilangan keseluruhan penyelesaian yang dirumus khas berasaskan `atas permintaan´ untuk menangani keperluan pembangunan meningkat lebih daripada 100% dalam tahun 2010.

Membangunkan persekitaran yang kondusif untuk pembelajaran, perkongsian dan penimbaan pengetahuanSebagai sebahagian daripada strategi Bank dalam memperkayakan pengetahuan dan mengupayakan persekitaran untuk pembelajaran dan pertumbuhan, inisiatif telah dilaksanakan untuk mengukuhkan persekitaran pengurusan pembelajaran dan pengetahuan Bank melalui pelbagai saluran, seperti pameran pengetahuan (K-Fair) tahunan serta penglibatan dengan pihak Pengurusan Kanan melalui wadah seperti Bual Bicara dengan Pengurusan Kanan (Conversations with Senior Management, CoSM) dan siri Central Banking Tea Talks, yang terus mendapat sambutan menggalakkan. K-Fair tahunan terus menjadi satu daripada platform utama dalam menggalakkan penimbaan pengetahuan dan budaya pembelajaran arah kendiri dalam kalangan kakitangan Bank.

Bank telah diiktiraf sebagai Pusat Kecemerlangan kerana peranannya dalam merangsang pembelajaran dan pertumbuhan pada tahun 2010. Selain dijadikan penanda aras kepimpinan dalam bidang pengurusan pembelajaran dan pengetahuan oleh organisasi antarabangsa dan dalam negeri, permintaan lebih tinggi dapat dilihat terhadap Program Pembelajaran Utama Bank Negara Malaysia pada tahun 2010. Trend positif ini memberikan dorongan ke arah kerjasama yang lebih erat dengan rakan strategik, baik di dalam mahupun di luar negara seperti Toronto Leadership Centre, Tabung Kewangan Antarabangsa (International Monetary Fund, IMF) dan Jawatankuasa Sistem Pembayaran dan Penyelesaian (Committee on Payment and Settlement Systems, CPSS).

terhadap trend gaji pasaran am dan amalan saraan, pelarasan berkala dan semakan gaji turut juga dilaksanakan bagi memastikan pampasan dalam bentuk kewangan yang sepadan dengan nilai kerja yang kian berubah mengikut masa sebagai tindak balas kepada perubahan dalam keperluan urusan Bank.

Membangunkan Tenaga Kerja Bank melalui Pengurusan Pembelajaran dan Pengetahuan Untuk memastikan Bank kekal dalam kedudukan yang baik untuk berhadapan dengan pelbagai cabaran, penekanan terus diberikan kepada usaha menjana tenaga mahir yang mempunyai kompetensi yang diperlukan untuk memberikan khidmat yang efektif kepada Bank. Dalam tahun 2010, usaha bersepadu dilaksanakan untuk meningkatkan lagi pembangunan tenaga kerja Bank. Ini melibatkan dua teras strategi utama, iaitu meningkatkan penjajaran pengurusan pembelajaran dan pengetahuan bagi keperluan urusan Bank, serta membina persekitaran yang kondusif untuk memupuk pembelajaran dan pertumbuhan yang lebih teguh.

Penjajaran yang lebih baik untuk memenuhi keperluan urusan BankUntuk memastikan penjajaran yang lebih baik untuk memenuhi keperluan urusan Bank, perkemasan selanjutnya dibuat terhadap analisis keperluan pembelajaran dan pengetahuan (learning and knowledge needs analyses, LKNA) Bank supaya lebih komprehensif. LKNA yang lebih berstruktur dilaksanakan dalam tahun 2010 dan ini membentuk asas bagi intervensi pembangunan serta mempercepat masa pencapaian kompetensi tenaga kerja Bank. Bank terus menyokong pembangunan tenaga kerjanya dan ini dicerminkan oleh peningkatan pelaburan pembelajaran bagi tahun 2010, iaitu sebanyak 12% daripada jumlah gaji kakitangan (10% dalam tahun 2009).

Untuk melengkapkan usaha Bank dalam memastikan bekalan tenaga mahir yang lebih mantap, Bank memfokuskan usahanya ke arah menambah baik Rangka Tindakan Pembangunan Kepimpinan. Kualiti dan keupayaan kumpulan kepimpinan dalam Bank dikukuhkan lagi melalui kesedaran kendiri yang lebih mendalam mengenai kekuatan kepimpinan dan keperluan pembangunan, sambil menekankan bimbingan dan mentoring di tempat kerja serta penganjuran program untuk meningkatkan lagi penglibatan kakitangan. Di samping itu, perhatian juga diberikan kepada perancangan

137

TAD

BIR

UR

US,

KO

MU

NIK

ASI

DA

N P

EMB

AN

GU

NA

N O

RG

AN

ISA

SILA

POR

AN

TA

HU

NA

N 2

010

Kepimpinan Bank terus menerajui dan menaja inisiatif pembangunan modal insan melalui penyertaan aktif mereka sebagai tenaga pengajar dan pakar bidang dalam pelbagai inisiatif dan program utama pembelajaran dan pengetahuan. Bank turut menerima pengiktirafan daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) untuk program Sijil Undang-Undang Islam (Certificate in Islamic Law, CIL) yang dianjurkan bersama dengan UIAM. Pada akhir tahun 2010, program ini telah melahirkan 60 pemegang sijil sejak dimulakan pada tahun 2008.

Melangkah ke hadapan, Bank akan terus berpegang teguh pada komitmennya untuk menyediakan persekitaran yang berdaya saing bagi pembangunan tenaga mahir. Sebahagian besar fokus pada tahun berikutnya akan ditumpukan kepada pembelajaran masa sebenar melalui konsep pembelajaran di tempat kerja.

Program Kerjasama Teknikal dengan Agensi LuarPada tahun 2010, Bank telah menerima sejumlah 112 permintaan daripada bank pusat dan agensi antarabangsa lain untuk mengkaji strategi serta sistem yang telah menyumbang kepada kejayaan pembangunan sistem kewangan Malaysia. Peningkatan ketara dalam aktiviti perkongsian ilmu seumpama ini telah mewujudkan peluang kepada Bank untuk berinteraksi dengan bank pusat dari Asia, Asia Tengah, benua Afrika dan Timur Tengah. Pelbagai topik telah dibincangkan, dan bidang yang paling menarik minat ialah kewangan Islam, kestabilan kewangan, pembangunan PKS dan pembiayaan mikro, serta pembangunan organisasi.

Bank juga terus menawarkan pelbagai program pembelajaran antarabangsa di bawah naungan Program Kerjasama Teknikal Malaysia (Malaysian Technical Cooperation Programme, MTCP) tajaan Kerajaan. Program yang ditawarkan merangkumi Kursus Asas Pengawalseliaan Perbankan, Kursus Kewangan Islam Peringkat Pertengahan bagi Pengawal Selia Kewangan dan Kursus Perbankan Pusat.

Dalam bidang kewangan Islam, Bank telah menganjurkan program bina upaya kepada pengawal selia kewangan (114 peserta dari 36 negara), contohnya usaha sama yang berterusan dengan Bank Pembangunan Islam (Islamic Development Bank, IDB). Program bina upaya berhubung dengan kewangan Islam ini

telah dianjurkan di Kuala Lumpur dan Jordan. Satu bengkel Rangka Kerja Pengawalan dan Penyeliaan untuk Institusi Kewangan Islam juga diadakan di Bishkek untuk pegawai National Bank of Kyrgyz Republic di bawah naungan MTCP, sebagai sebahagian daripada inisiatif bantuan teknikal Kerajaan. Program ini memberikan tumpuan kepada pelbagai aspek industri perkhidmatan kewangan Islam, cabaran berkaitan dengan kewangan Islam pada peringkat global dan rangkaian penyelesaian yang baharu. Seminar dan dialog yang diadakan sepanjang tahun 2010 bertujuan untuk meningkatkan lagi kualiti dan kuantiti pengawal selia dan para profesional yang kompeten, yang diperlukan oleh industri kewangan Islam yang berkembang pesat.

Satu lagi bina upaya antarabangsa yang diberikan penekanan adalah dalam bidang rangkuman kewangan. Objektif menyokong bina upaya bagi penggubal dasar dan pengamal pembiayaan mikro adalah untuk menyumbang kepada agenda global dalam membangunkan sistem kewangan yang lebih terangkum bagi membolehkan golongan yang kurang mendapat perhatian menggunakan perkhidmatan kewangan untuk meningkatkan punca pendapatan mereka. Bank telah menganjurkan program Penasihat Rangkuman Kewangan (Financial Inclusion Advisers, FIA) di Kuala Lumpur, dengan kerjasama Japan International Cooperation Agency, dan juga di Uganda dengan kerjasama Bank of Uganda dan Alliance for Financial Inclusion. Lebih daripada 100 peserta dari lapan negara Afrika menyertai pelbagai dialog yang telah dianjurkan dan berkongsi pengalaman negara dan model baharu pembiayaan mikro. Dialog tersebut tertumpu kepada isu semasa termasuk bentuk baharu institusi kewangan mikro, produk dan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan golongan yang kurang mendapat perhatian, pendidikan kewangan, tingkah laku pasaran selain keperluan terhadap penyelarasan yang lebih baik antara agensi Kerajaan, pengawal selia dan peserta pasaran dalam membangunkan sistem kewangan yang lebih terangkum. Sehubungan itu, Bank juga menganjurkan bengkel berkaitan dengan data rangkuman kewangan, iaitu inisiatif yang diterajui oleh Alliance for Financial Inclusion.

Selain kewangan Islam dan rangkuman kewangan, Bank juga mengendalikan program

138TA

DB

IR U

RU

S, KO

MU

NIK

ASI D

AN

PEMB

AN

GU

NA

N O

RG

AN

ISASI

LAPO

RA

N TA

HU

NA

N 2010

Tanggungjawab Sosial Korporat

Tanggungjawab Sosial Korporat (Corporate Social Responsibility, CSR) sentiasa menjadi sebahagian penting dalam mandat Bank. Sejak beberapa tahun yang lalu, Bank telah menjalankan pelbagai inisiatif CSR, termasuk program biasiswa khas Bank Negara Malaysia, inisiatif menyokong karyawan muda serta Program Graduan yang bertujuan untuk mempertingkat peluang pekerjaan bagi graduan-graduan yang menganggur. Pada tahun 2008, Persatuan Sukarelawan Bank Negara Malaysia atau `Sukarelawan BNM’ telah ditubuhkan untuk memberikan satu landasan kepada kakitangan Bank melaksanakan inisiatif jangkauan (outreach) dalam mendekati segmen-segmen sasaran dalam masyarakat.

1. Sukarelawan BNM Penubuhan Sukarelawan BNM adalah untuk membolehkan kakitangan Bank melaksanakan aktiviti sosial yang berfaedah, secara tidak langsung mewujudkan keseimbangan antara kerja dengan kehidupan, juga pada masa yang sama, mengembangkan kemahiran kepimpinan, meningkatkan moral dan pembinaan sahsiah kakitangan. Dengan moto ’Lakukan Perubahan’, para sukarelawan menggerakkan usaha mereka untuk menyumbang ke arah kemajuan masyarakat yang kurang bernasib baik seperti golongan miskin tegar, kaum wanita dan kanak-kanak yang terpinggir, golongan kurang upaya, warga emas, serta mereka yang mengalami penderitaan disebabkan masalah kesihatan atau bencana alam. Ini semua dilaksanakan melalui penyertaan langsung dan sukarela dalam projek khidmat masyarakat dan sumbangan kewangan.

Pelbagai aktiviti dirancang dan dilaksanakan pada tahun 2010 untuk memberi manfaat kepada golongan yang terpinggir dan kurang bernasib baik, serta meningkatkan kesedaran umum tentang celik kewangan dan penjagaan kesihatan. Semangat kesukarelawanan tidak terbatas di kalangan kakitangan Bank sahaja, tetapi juga kepada anggota keluarga dan rakan taulan. Cawangan Bank di seluruh negara juga turut serta secara aktif dalam program ini dengan mengenal pasti dan membantu golongan terpinggir di kawasan-kawasan terpencil yang tidak dapat dijangkau oleh ibu pejabat Bank di Kuala Lumpur. Antara program-program yang dilaksanakan oleh kumpulan Sukarelawan BNM ialah:

Program Celik KewanganProgram Celik Kewangan (PCK) dirangka bagi mendidik kumpulan kecil dalam masyarakat mengenai pengetahuan asas kewangan seperti tabungan, perbelanjaan, pelaburan, pengurusan hutang, perancangan perbelanjaan dan pembiayaan mikro. Program ini dijalankan setiap bulan dengan kerjasama Pertubuhan Bukan Kerajaan (PBK) Generasi Gemilang dengan menyasarkan golongan miskin yang kebanyakannya terdiri daripada ibu tunggal. Sukarelawan BNM juga merancang untuk terus mempergiatkan lagi usaha kesedaran kewangan kepada masyarakat di sekitar Sri Pantai dan Prima Selayang pada tahun 2011.

Sebagai sebahagian daripada program lanjutan PCK sepanjang bulan Ramadan pada tahun 2010, Sukarelawan BNM telah menemani keluarga yang mengambil bahagian dari Sri Pantai, pergi membeli-belah di sebuah pasar raya besar tempatan. Setiap keluarga diberikan wang sebanyak RM150 untuk membeli makanan, pakaian dan barangan rumah. Memandangkan para peserta telah diberikan empat sesi taklimat berkaitan dengan Pengurusan Kewangan Peribadi sebelum sesi membeli-belah,satu penilaian telah dijalankan selepas aktiviti membeli-belah bagi menilai pemahaman peserta mengenai pengurusan kewangan tersebut.

Pemberian Bantuan MakananSukarelawan BNM juga telah bekerjasama dengan Pertubuhan Tindakan Wanita Islam (PERTIWI) untuk membekalkan makanan berkhasiat dan air minuman bersih secara percuma kepada pelbagai masyarakat miskin yang melarat di pusat bandar secara berkala. Selain menyumbang wang untuk membekalkan makanan, sekumpulan enam hingga lapan Sukarelawan BNM turut membantu mengedarkan makanan yang disediakan oleh PERTIWI pada setiap petang Jumaat

139

TAD

BIR

UR

US,

KO

MU

NIK

ASI

DA

N P

EMB

AN

GU

NA

N O

RG

AN

ISA

SILA

POR

AN

TA

HU

NA

N 2

010

selama 12 minggu berturut-turut. Makanan telah dihantar dengan menggunakan `van makanan’ ke kawasan-kawasan yang ditentukan di kawasan Chow Kit, di sekitar Dayabumi dan Masjid India.

Sumbangan dan Derma untuk Mangsa Bencana AlamSukarelawan BNM juga telah membantu menyalurkan derma bagi membantu mangsa bencana alam pada tahun itu. Salah satu daripada inisiatif ini membabitkan kerjasama dengan Muzium dan Galeri Seni BNM untuk mengeluarkan semula siri `Huruf’ karya Ahmad Zakii Anwar untuk dijual sebagai cetakan edisi terhad. Hasil daripada jualan tersebut disumbangkan kepada Dana Gempa Bumi Haiti. Sukarelawan BNM juga mengutip dan mengagihkan wang derma untuk rakyat Pakistan yang terjejas akibat banjir dan tanah runtuh pada tahun 2010. Sukarelawan BNM turut bekerjasama dengan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia pada tahun 2010 bagi menyumbang bantuan untuk mangsa bencana alam di negara-negara Asia Tenggara seperti Indonesia (letusan gunung berapi dan tsunami), Myanmar dan Filipina (taufan dan puting beliung) serta Thailand dan Vietnam (banjir).

Program Tuisyen di Rumah OpahSekumpulan Sukarelawan BNM memberikan tuisyen Matematik dan Bahasa Inggeris dua kali seminggu kepada anak-anak yatim di Rumah Opah di Klang. Selain itu, derma dikutip untuk membeli bahan bacaan dan peralatan pembelajaran untuk anak-anak yatim ini. Matlamat program ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan anak-anak ini dengan cara yang menyeronokkan dan interaktif. Kejayaan program tuisyen ini telah diteruskan di rumah anak yatim lain di Puchong.

Lawatan Penuh Keriangan ke `Lost World of Tambun´ bersama Kanak-kanak Kurang Bernasib BaikSeramai 36 Sukarelawan BNM menganjurkan rombongan bersama-sama 50 kanak-kanak kurang bernasib baik daripada Pertubuhan Kebajikan Ehsan AshShakur di Rawang ke `Lost World of Tambun´ pada bulan April 2010. Setiap sukarelawan memberikan perhatian khusus kepada kanak-kanak di bawah jagaan mereka. Ikatan persahabatan yang terjalin antara sukarelawan dengan kanak-kanak yang diraikan menjadikan lawatan ini sangat bermakna kepada semua yang terbabit. Sukarelawan BNM terus berhubung dengan kanak-kanak tersebut melalui surat bagi mengekalkan persahabatan yang istimewa ini dan memupuk perhubungan yang telah dibina.

Kesedaran HIV/AIDS Sempena dengan Pameran Pengetahuan Bank 2010, Sukarelawan BNM dengan kerjasama Pusat Pembangunan Modal Insan Bank dan Majlis AIDS Malaysia telah mengadakan pameran untuk kakitangan Bank menambah pengetahuan mereka mengenai masyarakat HIV+ di Malaysia dan bagaimana golongan ini dapat dibantu. Satu ucapan oleh Presiden Majlis AIDS Malaysia, Datuk Mohd. Zaman Khan telah dianjur untuk memberikan kesedaran kepada kakitangan Bank mengenai HIV/AIDS dan juga cara untuk membantu mengurangkan keaiban dan diskriminasi yang dihadapi oleh golongan yang terlibat.

2. Program Graduan Program Graduan 500 atau lebih dikenali sebagai `GP500’ merupakan satu program yang dikendalikan oleh Bank bagi mempertingkat peluang pekerjaan kepada 500 graduan menganggur daripada keluarga yang kurang bernasib baik. Peningkatan peluang untuk mendapatkan pekerjaan dilaksanakan melalui peningkatan kemahiran dan latihan semasa kerja bersama majikan yang bereputasi daripada pelbagai industri untuk jangka waktu satu hingga dua tahun. Syarikat-syarikat di seluruh negara melalui persatuan masing-masing telah bekerjasama dengan Bank bagi memberikan peluang kepada para graduan yang terbabit untuk memajukan diri melalui program pegawai sangkut. Sepanjang program tersebut, Bank telah menganjur, menyusun dan mengubah suai program pembangunan yang tertumpu pada usaha meningkatkan kemahiran analitik, kemahiran berkomunikasi dan keusahawanan dalam usaha mempertingkat kemahiran para peserta yang terbabit. Selain itu program lain yang berkaitan dengan peningkatan diri, kaunseling dan motivasi juga turut disediakan.

140TA

DB

IR U

RU

S, KO

MU

NIK

ASI D

AN

PEMB

AN

GU

NA

N O

RG

AN

ISASI

LAPO

RA

N TA

HU

NA

N 2010

Setelah lebih dari setahun pelaksanaan program ini, sebanyak 432 graduan daripada 500 graduan yang terbabit telah berjaya mendapat pekerjaan. Kebanyakan mereka mendapat tawaran pekerjaan daripada syarikat-syarikat tempat mereka menjalani latihan atau memperoleh jawatan tetap dengan pelbagai majikan yang lain. Kejayaan GP500 telah mendorong Bank untuk terus melaksanakan program ini pada tahun 2011 dengan tambahan 200 graduan yang masih belum mendapat pekerjaan.

3. Program Biasiswa Khas Bank Negara Malaysia Selain biasiswa tahunan Bank yang dianugerahkan kepada pelajar terbaik yang memenuhi syarat-syarat Bank, Bank Negara Malaysia juga menganugerahkan biasiswa khas Kijang Emas pada peringkat pengajian tinggi bagi memupuk tenaga mahir yang amat diperlukan oleh negara. Pada peringkat menengah pula, anugerah ini diberikan untuk membantu pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Biasiswa Kijang Emas Sebagai sebahagian daripada usaha untuk memupuk tenaga mahir yang amat diperlukan oleh negara, Bank menawarkan lima anugerah yang berprestij setiap tahun kepada pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan mereka dapat melanjutkan pengajian dalam bidang pilihan masing-masing. Semenjak diwujudkan pada tahun 2005, biasiswa berprestij ini telah dianugerahkan kepada 32 pelajar terbaik yang telah berpeluang untuk melanjutkan pengajian dalam pelbagai bidang, seperti perubatan, kejuruteraan dan ekonomi. Peringkat pengajian mereka adalah dari peringkat A-Level sehingga ke peringkat yang tertinggi iaitu Doktor Falsafah (PhD).

Anugerah Sekolah Menengah Sejumlah 20 anugerah ditawarkan setiap tahun kepada pelajar terpilih daripada Tingkatan 4 yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan PMR. Anugerah ini diberikan kepada mereka yang tergolong dalam keluarga berpendapatan rendah sebagai inisiatif untuk menggalakkan mereka supaya berjaya dengan cemerlang dalam bidang akademik. Salah seorang pelajar daripada program ini menjadi penerima Biasiswa Kijang Emas pada tahun 2010, sementara empat pelajar lagi telah berjaya memperoleh biasiswa Bank untuk mengikuti program A-Level sejak tahun 2010.

4. Inisiatif Menyokong Karyawan Muda MalaysiaSejak tahun 1962, Bank telah memainkan peranan penting dalam pembangunan seni di Malaysia. Sejak awal koleksinya, ramai karyawan telah menawarkan pelbagai karya seni mereka kepada Bank. Kini, Bank terus mendapatkan karya seni daripada pelbagai pihak seperti para karyawan, galeri serta pusat lelongan secara sistematik, dan seterusnya menyokong keseluruhan industri melalui pembabitan yang aktif dalam setiap sektor pasaran seni.

Sokongan Bank sangat penting kerana pasaran seni di Malaysia masih terlalu kecil dan memerlukan pelaburan yang khusus daripada organisasi yang mampu memberikan sumbangan. Pembukaan sebuah galeri seni bertaraf dunia oleh Bank pada tahun 2011, yang menempatkan sebahagian besar koleksi utama Bank, akan seterusnya menyokong sektor yang baru tumbuh ini dan memberikan landasan baharu untuk pameran karya-karya yang akan datang. Galeri seni yang baharu ini meliputi kawasan seluas 2,010 meter persegi dengan fl eksibiliti untuk menyediakan ruang yang besar atau bersesuaian untuk mengadakan sebarang pameran. Bagi menggalakkan taraf yang tinggi dalam penghasilan karya seni, Bank melalui Anugerah Kijang tahun 2004 menganjurkan pertandingan seni terbuka bagi menggalakkan karyawan di Malaysia menghasilkan karya yang unggul untuk menambah koleksi kekal Bank. Sejak tahun 2006, Muzium Mata Wang Bank telah menganjurkan `Undangan Seni’ yang memperkenalkan karyawan-karyawan muda dan sedang meningkat kepada industri kewangan.

141

TAD

BIR

UR

US,

KO

MU

NIK

ASI

DA

N P

EMB

AN

GU

NA

N O

RG

AN

ISA

SILA

POR

AN

TA

HU

NA

N 2

010

tentang pembangunan organisasi dan bina upaya, dengan memberikan tumpuan kepada tadbir urus, pengurusan tenaga mahir, pengurusan risiko dan pemodenan bank pusat. Bank juga terus meluaskan kerjasama teknikalnya secara dua hala dengan menandatangani Memorandum Persefahaman bersama beberapa bank pusat dan agensi pada tahun 2010. Melangkah ke hadapan, kerjasama teknikal antarabangsa Bank akan terus memberikan penekanan kepada betapa pentingnya berkongsi pengetahuan tentang amalan perbankan pusat, serta membina hubungan kerjasama dengan bank pusat lain dari negara membangun dalam berhadapan dengan globalisasi dan integrasi serantau.

Perluasan Infrastruktur Teknologidalam Menyokong Produktiviti dan Prestasi PerniagaanTahun 2010 menyaksikan lanjutan perluasan dan permodenan kepada prasarana dan kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) bagi menyokong dan menampung operasi Bank. Pelaksanaan dan penyelesaian teknologi yang efisyen dan berdaya tahan telah dikenalpasti sebagai inisiatif strategik dalam menyokong Bank untuk mencapai matlamat yang dikehendaki. Menyedari operasi-operasi utama Bank sangat bergantung kepada ICT, pihak Bank telah meneruskan inisiatif untuk mengoptimumkan penggunaan teknologi dan melindungi aset maklumat kritikal di samping memastikan amalan kesinambungan perniagaan yang mampan untuk memberi nilai optimum kepada pihak dalaman dan luar yang berkepentingan.

Menerajui usaha perluasan prasarana ini ialah operasi Pusat Data baharu yang moden dan berkawalan tinggi yang dilengkapi dengan rangkaian telekomunikasi berprestasi tinggi yang menghubungkan sistem-sistem Bank di ibu pejabat, Pusat Data dan Pusat Gerak Pulih. Pelaksanaan rangkaian telekomunikasi tiga penjuru ini merupakan yang pertama di Malaysia, dan ianya direka bentuk bagi menjamin perkhidmatan rangkaian prasarana yang berprestasi tinggi, kukuh dan terkawal.

Kejayaan pemindahan perkhidmatan ICT dan operasi-operasi penting ke Pusat Data yang baharu merupakan asas kepada usaha Bank untuk meneruskan tranformasi teknologi ke arah keupayaan `penawaran berdasarkan permintaan´. Keupayaan ini boleh memenuhi keperluan perniagaan dengan berkesan,

khususnya untuk pelaksanaan yang dinamik dan pantas bagi mencapai objektif yang telah ditentukan. Antara inisiatif yang sedang dilaksanakan untuk menyokong dan menjajarkan pembangunan ICT dengan keperluan Bank ialah pewujudan persekitaran ICT yang dimayakan bagi memantapkan sokongan dan memenuhi keperluan yang meningkat terhadap ruang tambahan yang optimum, keperluan kuasa pengkomputeran dan rangkaian telekomunikasi.

Infrastruktur Pusat Gerak Pulih yang sedia ada telah juga dinaik taraf lagi untuk menyokong ketersediaan yang tinggi dan daya tahan sistem yang dipertingkatkan untuk mengekalkan supaya keupayaan ICT di Pusat Gerak Pulih setara dengan Pusat Data. Peningkatan ini adalah untuk aplikasi kritikal yang menyokong operasi perniagaan dalam bidang penjelasan cek, pembayaran serta penyelesaian dan perbendaharaan.

Sebagai menyokong agenda Bank dalam pembangunan pasaran kewangan dan operasi pengurusan rizab, dua penyelesaian yang menjadi pemangkin utama telah dibangunkan dan dilaksanakan dalam tahun 2010. Terbitan Sukuk 1Malaysia dan pembentukan perdagangan pasaran bon runcit telah dipermudah melalui peningkatan Sistem Pendepositan Sekuriti Tanpa Skrip (SSDS). Di samping itu, Sistem Operasi Perbendaharaan (TERAS) juga telah dipertingkat untuk menyokong operasi pengurusan rizab yang sedang berkembang dan meningkatkan kecekapan operasi.

Melangkah ke hadapan, Bank sentiasa meninjau penggunaan teknologi-teknologi yang terkini untuk mengalakkan peningkatan penggunaan perkhidmatan ICT, terutamanya dalam memudahkan penyebaran maklumat. Dengan penerapan teknologi baharu, adalah sangat penting langkah keselamatan, pengawasan dan kawalan yang mencukupi dilaksanakan bagi menangani ancaman keselamatan. Sehubungan dengan itu, kajian semula yang kerap, kawalan keselamatan yang lebih kukuh dan pengurangan risiko sedang dilaksanakan sebagai sebahagian dari proses untuk melindungi aset ICT dan aset maklumat Bank. Usaha ini, bersama dengan pemodenan infrastruktur ICT Bank akan menjurus kepada peningkatan tahap kesediaan ICT Bank dan juga sejajar dengan keseluruhan pengurusan kesinambungan perniagaan Bank.

142TA

DB

IR U

RU

S, KO

MU

NIK

ASI D

AN

PEMB

AN

GU

NA

N O

RG

AN

ISASI

LAPO

RA

N TA

HU

NA

N 2010

142TA

DB

IR U

RU

S, KO

MU

NIK

ASI D

AN

PEMB

AN

GU

NA

N O

RG

AN

ISASI

LAPO

RA

N TA

HU

NA

N 2010

BA

NK

NEG

AR

A M

ALA

YSI

ASt

rukt

ur

Org

anis

asi

Abu

Has

san

Als

hari

bin

Yaha

ya

Setia

usah

a Le

mba

ga P

enga

rah

Suha

imi b

in A

li

Peja

bat

Gab

enor

Abu

Has

san

Als

hari

bin

Yaha

ya

Kom

unik

asi S

trat

egik

Dat

o' M

ohd

Razi

f bi

n A

bd. K

adir

TIM

BA

LAN

GA

BEN

OR

Shar

iffud

din

bin

Kha

lidC

hung

Che

e Le

ong

Uni

t Pr

omos

i MIF

CPe

ngur

usan

Ris

iko

Peny

iasa

tan

Kha

s

Wan

Moh

d N

azri

bin

Wan

Osm

an

Peris

ikan

Kew

anga

n

Baka

rudi

n bi

n Is

hak

PEN

OLO

NG

GA

BEN

OR

S. A

bd. R

ashe

ed b

in S

. Abd

. Gha

fur

Pem

bang

unan

Sek

tor

Kew

anga

n

Kam

ari Z

aman

bin

Juh

ari

Kew

anga

n Pe

mba

ngun

an d

an E

nter

pris

Ahm

ad H

izza

d bi

n Ba

haru

ddin

Perb

anka

n Is

lam

dan

Tak

aful

Che

ah K

im L

ing

Das

ar S

iste

m P

emba

yara

n

Mar

zuni

sham

bin

Om

ar

PEN

OLO

NG

GA

BEN

OR

Moh

d. A

dhar

i bin

Bel

al D

in

Mod

al In

san

Stra

tegi

k

Arli

na b

inti

Arif

f

Pusa

t Pe

mba

ngun

an M

odal

Insa

n

Tunk

u A

lizak

ri bi

n Ra

ja M

uham

mad

Alia

s

Peng

urus

an S

trat

egik

Aliz

ah b

inti

Ali

Perk

hidm

atan

IT

Jess

ica

Che

w C

heng

Lia

n

PEN

OLO

NG

GA

BEN

OR

Perk

hidm

atan

Per

niag

aan

Wan

g*

Mad

elen

a bi

nti M

oham

ed

Pem

anta

uan

dan

Peng

awas

an K

ewan

gan

Moh

d Za

bidi

bin

Md

Nor

Das

ar K

ewan

gan

Prud

en

Koi

d Sw

ee L

ian

Kon

sum

er d

an A

mal

an P

asar

an

Don

ald

Josh

ua J

agan

atha

n

PEN

OLO

NG

GA

BEN

OR

Yap

Lai K

uen

Peny

elia

an In

sura

ns d

an T

akaf

ul

Peny

elia

an P

erba

nkan

Peny

elia

an K

ongl

omer

at K

ewan

gan

Che

Zak

iah

bint

i Che

Din

Mar

ina

bint

i Abd

ul K

ahar

Nor

Asl

aini

bin

ti M

ohd

Nas

ir

Pent

adbi

ran

Peng

awal

an d

an P

enye

liaan

Uni

t Pe

rkhi

dmat

an S

umbe

r M

anus

ia

Abu

Has

san

Als

hari

bin

Yaha

ya

Kew

anga

n

Azm

i bin

Abd

Ham

id

Perk

hidm

atan

Kor

pora

t

PEN

OLO

NG

GA

BEN

OR

Nor

Sha

msi

ah b

inti

Moh

d Yu

nus

TIM

BA

LAN

GA

BEN

OR

Dat

o’ M

uham

mad

bin

Ibra

him

TIM

BA

LAN

GA

BEN

OR

Dat

o' O

oi S

ang

Kua

ng

PEN

ASI

HA

T K

HA

S

Dat

o’ M

ohd

Nor

bin

Mas

hor

Pena

siha

t Pr

ojek

LEM

BA

GA

PEN

GA

RA

H

Chu

ng C

hee

Leon

g

Setia

usah

a Ja

wat

anku

asa

Jaw

atan

kuas

a R

isik

o L

emb

aga

Don

ald

Josh

ua J

agan

atha

n

Setia

usah

a Ja

wat

anku

asa

Jaw

atan

kuas

a Ta

db

ir U

rus

Lem

bag

a

Tan

Nya

t C

huan

Setia

usah

a Ja

wat

anku

asa

Tan

Nya

t C

huan

Aud

it D

alam

Jaw

atan

kuas

a A

ud

it L

emb

aga

GA

BEN

OR

Tan

Sri D

r. Ze

ti A

khta

r A

ziz

Wan

Han

isah

bin

ti W

an Ib

rahi

m

Pent

adbi

ran

Pert

ukar

an A

sing

Ram

li bi

n Sa

ad

Peng

urus

an d

an O

pera

si M

ataw

ang

Jere

my

Lee

Eng

Hua

t

Und

ang-

Und

ang

LIN

K d

an P

ejab

at W

ilaya

h

Mio

r M

ohd

Zain

bin

Mio

r M

ohd

Tahi

r

Kes

elam

atan

Perk

hidm

atan

Pen

guru

san

Har

ta

Lim

Foo

Tha

i

Peja

bat

Peng

urus

an S

LK

Muh

amm

ad F

awzy

bin

Ahm

ad

Muz

ium

dan

Gal

eri S

eni B

ank

Neg

ara

Mal

aysia

Adn

an Z

ayla

ni b

in M

oham

ad Z

ahid

Ope

rasi

Pel

abur

an d

an P

asar

an K

ewan

gan

Nor

zila

bin

ti A

bdul

Azi

z

PEN

OLO

NG

GA

BEN

OR

Dr.

Sukh

dave

Sin

gh

PEN

OLO

NG

GA

BEN

OR

Dr.

Nor

hana

bin

ti En

dut

Ana

lisis

dan

Str

ateg

i Mon

etar

i

Fraz

iali

bin

Ism

ail

Ekon

omi

Naz

rul H

isya

m b

in M

ohd

Noh

Ant

arab

angs

a

Perk

hidm

atan

Per

bank

an P

usat

Perk

hidm

atan

Sta

tistik

Toh

Hoc

k C

hai

Berk

uat

kuas

a 1

Mac

201

1*A

kan

ditu

buhk

an k

emud

ian