tacem 012 set_c

25
MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 74 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “C” PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “C” – KERTAS 012/1 DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN 1 Ulasan atau rumusan mesti ada nilai dan huraian yang jelas/tepat dan berkaitan dengan teks. 2 Ulasan atau rumusan yang mempunyai nilai sahaja, boleh diterima tetapi mempengaruhi markah. 3 Ulasan atau rumusan yang mempunyai huraian sahaja, tidak boleh diterima (tiada markah). 4 Bagi setiap huraian isi rumusan mestilah berkaitan dengan cerita dalam teks atau petikan. 5 Penyataan nilai tidak boleh sama dengan yang terdapat dalam teks. Cari sinonim nilai tersebut. 6 Ulasan atau rumusan tentang nilai tidak boleh menggunakan kata nafi, (tidak, bukan). TEKNIK I. D. C. D. {Ingat Dua Cari Dua} TEKNIK I. D. C. D. {Ingat Dua Cari Dua} merupakan kaedah talian hayat yang berbentuk empat (4) lajur tetingkap idea bagi mengingat dua maklumat penting ketika membuat ulasan atau merumus cerita daripada petikan atau teks yang disediakan. Empat (4) lajur tetingkap idea ini juga boleh diubah suai mengikut cita rasa dan kemampuan murid-murid untuk mengingat atau menghafal maklumat tersebut. Lihat cara atau teknik penggunaan empat (4) lajur tetingkap idea yang dimaksudkan di bawah ini. Bagi (Kata Bilangan Tingkat atau Penanda Wacana) dan (Kata Bantu) murid-murid mesti mengingatnya atau menghafalnya sementara, (Aspek Nilai) dan huraian (Idea Teks / Idea Petikan) murid-murid mesti mencarinya sendiri berpandukan teks/petikan tertentu. Pilih “TETINGKAP 1atau “TETINGKAP 2untuk membuat ulasan atau merumus kamu itu. TETINGKAP 1: APLIKASI EMPAT LAJUR TETINGKAP IDEA – INGAT DUA CARI DUA { I. D. C. D. } Kata Bilangan Tingkat (Murid Mesti Ingat) Kata Bantu (Murid Mesti Ingat) Aspek Nilai (Ditentukan Daripada Teks) Huraian {Idea Teks / Petikan} (Keterangan Tentang Aspek Nilai) Antaranya ... kita haruslah Kedua ... kita patutlah Ketiga ... kita mestilah Keempat ... kita hendaklah Kesimpulannya ... kita wajarlah TETINGKAP 2: APLIKASI EMPAT LAJUR TETINGKAP IDEA – INGAT DUA CARI DUA { I. D. C. D. } Penanda Wacana (Murid Mesti Ingat) Kata Bantu (Murid Mesti Ingat) Aspek Nilai (Ditentukan Daripada Teks) Huraian {Idea Teks / Petikan} (Keterangan Tentang Aspek Nilai) Antaranya ... kita mestilah Selain itu ... kita patutlah Seterusnya ... kita haruslah Oleh itu ... kita hendaklah Akhirnya ... kita wajarlah TIP ATAU PANDUAN MEMAHAMI, MENGULAS ATAU MERUMUS BAHAGIAN “C” 74

Upload: md-ramli-sabran

Post on 02-Jun-2015

562 views

Category:

Documents

1 download

TRANSCRIPT

Page 1: TACEM 012 Set_C

MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 74 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “C”

PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “C” – KERTAS 012/1 DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN

1 Ulasan atau rumusan mesti ada nilai dan huraian yang jelas/tepat dan berkaitan dengan teks. 2 Ulasan atau rumusan yang mempunyai nilai sahaja, boleh diterima tetapi mempengaruhi markah. 3 Ulasan atau rumusan yang mempunyai huraian sahaja, tidak boleh diterima (tiada markah). 4 Bagi setiap huraian isi rumusan mestilah berkaitan dengan cerita dalam teks atau petikan. 5 Penyataan nilai tidak boleh sama dengan yang terdapat dalam teks. Cari sinonim nilai tersebut. 6 Ulasan atau rumusan tentang nilai tidak boleh menggunakan kata nafi, (tidak, bukan).

TEKNIK I. D. C. D. {Ingat Dua Cari Dua} TEKNIK I. D. C. D. {Ingat Dua Cari Dua} merupakan kaedah talian hayat yang berbentuk empat (4) lajur tetingkap idea bagi mengingat dua maklumat penting ketika membuat ulasan atau merumus cerita daripada petikan atau teks yang disediakan. Empat (4) lajur tetingkap idea ini juga boleh diubah suai mengikut cita rasa dan kemampuan murid-murid untuk mengingat atau menghafal maklumat tersebut. Lihat cara atau teknik penggunaan empat (4) lajur tetingkap idea yang dimaksudkan di bawah ini. Bagi (Kata Bilangan Tingkat atau Penanda Wacana) dan (Kata Bantu) murid-murid mesti mengingatnya atau menghafalnya sementara, (Aspek Nilai) dan huraian (Idea Teks / Idea Petikan) murid-murid mesti mencarinya sendiri berpandukan teks/petikan tertentu.

Pilih “TETINGKAP 1” atau “TETINGKAP 2” untuk membuat ulasan atau merumus kamu itu.

TETINGKAP 1:

APLIKASI EMPAT LAJUR TETINGKAP IDEA – INGAT DUA CARI DUA { I. D. C. D. }

Kata Bilangan Tingkat (Murid Mesti Ingat)

Kata Bantu (Murid Mesti Ingat)

Aspek Nilai (Ditentukan Daripada Teks)

Huraian {Idea Teks / Petikan} (Keterangan Tentang Aspek Nilai)

Antaranya ... kita haruslah

Kedua ... kita patutlah

Ketiga ... kita mestilah

Keempat ... kita hendaklah

Kesimpulannya ... kita wajarlah TETINGKAP 2:

APLIKASI EMPAT LAJUR TETINGKAP IDEA – INGAT DUA CARI DUA { I. D. C. D. }

Penanda Wacana (Murid Mesti Ingat)

Kata Bantu (Murid Mesti Ingat)

Aspek Nilai (Ditentukan Daripada Teks)

Huraian {Idea Teks / Petikan} (Keterangan Tentang Aspek Nilai)

Antaranya ... kita mestilah

Selain itu ... kita patutlah

Seterusnya ... kita haruslah

Oleh itu ... kita hendaklah

Akhirnya ... kita wajarlah

TIP ATAU PANDUAN MEMAHAMI, MENGULAS ATAU MERUMUS BAHAGIAN “C”

74

Page 2: TACEM 012 Set_C

MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 75 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “C”

PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “C” – KERTAS 012/1 DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN

UNIT 1 KELUARGAKU SAYANG Rujukan Buku Teks: Tahun 4

PENULISAN KBSR / UPSR Bahagian 2: Hargai Pengorbanan Ibu Bapa Tulis lima nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.

Panjangnya jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.

“Jangan tinggalkan ibu, Mukhris. Kasihanilah ibu. Kepada siapakah ibu akan mengadu hal kalau Mukhris tiada?” Sungguh berat hati Mak Huda untuk melepaskan anaknya pergi. “Mukhris telah mengambil kata putus, ibu. Mukhris tetap akan ke bandar. Telah lama kita hidup dalam kesusahan. Mukhris teringin sangat mengikut jejak rakan-rakan yang telah berjaya. Kalau Mukhris terus di sini, tentu nasib kita tidak akan berubah.” Mukhris telah bulat hati untuk meninggalkan kampung halamannya. Dia benar-benar mahu mengubah nasib keluarganya. Di bandar, Mukhris menumpang di rumah sahabat karibnya. Dia telah mendapat kerja di sebuah restoran. Dengan gaji yang tidak seberapa namun, Mukhris tahu berjimat cermat. Dia bertekad untuk membuka gerai makanan sendiri. Akhirnya dia telah berjaya mengusahakan sebuah restoran di bandar raya. Keuntungan daripada perniagaannya berlipat ganda dan hidupnya semakin mewah. Dia amat bersyukur dengan rezeki pemberian Allah kepadanya. Kemewahan hidup yang dikecapnya membuatkan Mukhris lebih pemurah dan dermawan. Ibunya turut mengecapi kesenangan yang dimiliki oleh anak tunggalnya itu. Mukhris baru pulang menunaikan ibadah Haji bersama-sama ibunya yang tersayang. Sejuk hati seorang ibu dapat mengandungkan anak seperti Mukhris.

Kata Bilangan Tingkat

(Murid Mesti Ingat)

Kata Bantu (Murid Mesti Ingat)

Aspek Nilai (Ditentukan Daripada Teks)

Huraian {Idea Teks / Petikan} (Keterangan Tentang Aspek Nilai)

Antaranya ... kita haruslah bertanggungjawab menjaga dan menyayangi ibu Kedua ... kita patutlah berwawasan berjaya dalam era kehidupan Ketiga ... kita mestilah bijaksana mengubah nasib keluarga Keempat ... kita hendaklah ringan tulang berjaya membuka restoran Kesimpulannya ... kita wajarlah penyayang menjaga dan mengasihi ibu

PANDUAN MENENTUKAN ASPEK NILAI DAN HURAIAN

75

Page 3: TACEM 012 Set_C

MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 76 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “C”

PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “C” – KERTAS 012/1 DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN

UNIT 2 KELUARGAKU BERWAWASAN Rujukan Buku Teks: Tahun 4

PENULISAN KBSR / UPSR Bahagian 1: Pendidikan untuk Masa Depan Tulis lima nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.

Panjangnya jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.

Aleesya sedang sibuk mengemas dan memasukkan buku latihan, buku aktiviti dan alat tulis yang perlu dibawanya ke sekolah, esok. Setelah selesai berkemas, ibunya memanggil Aleesya untuk berbicara sesuatu tentang dirinya.

Ibu Aleesya Ibu Aleesya Ibu Aleesya Ibu Aleesya Ibu Aleesya Ibu Ayah Aleesya Ayah Ibu Aleesya

: : : : : : : : : : : : : : : :

Aleesya, sudah kamu kemaskan buku dan alat tulis untuk ke sekolah esok? Sudah, saya sudah kemaskan dan masukkannya ke dalam beg ibu. Mari duduk dekat ibu. Ibu ada sesuatu nak beritahu Aleesya malam ini. Baiklah, ibu. Ibu perhatikan, Aleesya amat ceria malam ini. Ya, ibu. Saya berasa sangat ceria kerana sudah tidak sabar-sabar rasanya untuk ke sekolah pagi esok. Boleh ibu tanya satu soalan? Boleh, ibu. Ibu hendak bertanya tentang cita-cita Aleesya. Apabila Aleesya besar nanti, Aleesya hendak jadi apa? Saya mahu jadi doktor, ibu. Wah, seronoknya hati ibu mendengar jawapan Aleesya. Bertuah benar ibu dapat anak yang bercita-cita besar! Ayah dan ibu telah berbincang, kami telah belikan Aleesya insurans pelajaran. Insurans pelajaran? Insurans pelajaran tu apa, ayah? Simpanan untuk masa depan pelajaran dengan syarikat insurans yang diiktiraf oleh pihak kerajaan. Ayah mencarum di syarikat insurans itu atas nama Aleesya dengan kadar caruman sebanyak RM50.00 sebulan. Apabila Aleesya mencapai usia 18 tahun dan akan melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian tinggi, Aleesya akan menerima wang dua puluh peratus daripada akaun tersebut. Terima kasih, ayah. Terima kasih, ibu kerana mengambil berat tentang Aleesya.

Kata Bilangan Tingkat

(Murid Mesti Ingat) Kata Bantu (Murid Mesti Ingat)

Aspek Nilai (Ditentukan Daripada Teks)

Huraian {Idea Teks / Petikan} (Keterangan Tentang Aspek Nilai)

Antaranya ... kita haruslah bertanggungjawab terhadap pelajaran Kedua ... kita sepatutnya bersopan santun hormat akan ibu bapa Ketiga ... kita mestilah berdedikasi kesungguhan dalam pelajaran Keempat ... kita hendaklah keazaman merelisasikan cita-cita murni Natijahnya ... kita amat wajar berpandangan jauh merancang masa depan

76

Page 4: TACEM 012 Set_C

MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 77 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “C”

PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “C” – KERTAS 012/1 DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN

UNIT 3 SEKOLAHKU BERJASA Rujukan Buku Teks: Tahun 4

PENULISAN KBSR / UPSR Bahagian 1: Pemimpin Kecil di Sekolahku Tulis lima nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.

Panjangnya jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.

Selamat sejahtera guru-guru dan murid-murid yang saya kasihi. Pada minggu lepas, setiap kelas telah memilih ketua kelas masing-masing. Pemilihan dilakukan dengan cara pengundian. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada ketua kelas yang telah dilantik. Ketua kelas yang terpilih ini merupakan murid yang mempunyai kriteria kepemimpinan dan berwibawa. Saya pasti mereka akan berjaya melaksanakan tanggungjawab yang diberikan dengan cekap, amanah dan tegas. Sekiranya terdapat sebarang masalah di dalam kelas, ketua kelas haruslah mengadukan hal tersebut kepada guru kelas atau kepada guru disiplin. Oleh itu, ketua kelas perlu berani dan tegas melaksanakan amanah yang diberikan. Saya berharap agar ketua kelas dapat memastikan setiap peraturan dipatuhi oleh murid-murid. Peraturan di sekolah tidak dapat kita laksanakan sekiranya tidak mendapat kerjasama semua murid. Oleh itu, setiap murid mesti menanamkan semangat untuk bekerjasama dengan ketua kelas masing-masing. Akhir kata, saya amat berharap agar semua murid menghormati ketua kelas seperti mana kamu menghormati pengawas sekolah ini. Sekian, terima kasih.

Kata Bilangan Tingkat

(Murid Mesti Ingat)

Kata Bantu (Murid Mesti Ingat)

Aspek Nilai (Ditentukan Daripada Teks)

Huraian {Idea Teks / Petikan} (Keterangan Tentang Aspek Nilai)

Antaranya ... kita haruslah berfikiran rasional memilih calon ketua kelas Kedua ... kita patutlah berhemah tinggi mempunyai daya kepimpinan Ketiga ... kita mestilah ketabahan berani dan tegas bertindak Keempat ... kita hendaklah berdisiplin mematuhi peraturan sekolah Konklusinya ... kita wajarlah berganding bahu menjalin semangat kerjasama

PANDUAN MENENTUKAN ASPEK NILAI DAN HURAIAN

77

Page 5: TACEM 012 Set_C

MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 78 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “C”

PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “C” – KERTAS 012/1 DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN

UNIT 4 MINGGU KOKURIKULUM Rujukan Buku Teks: Tahun 4

PENULISAN KBSR / UPSR Bahagian 1: Hari Kantin Tulis lima nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.

Panjangnya jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.

Pada 11 April 2012, Sekolah Kebangsaan Kampong Bahagia, Teluk Intan telah mengadakan Hari Kantin. Tujuan Hari kantin diadakan adalah untuk mengumpul dana bagi membeli dan menambah koleksi buku di pusat sumber sekolah. Hari Kantin pada tahun ini telah dirasmikan oleh wakil Pegawai Pelajaran Daerah Hilir Perak, Encik Abdul Rahman bin Shaari. Program Hari Kantin ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan terutama daripada kalangan ibu bapa murid, kakitangan sekolah yang berhampiran dan penduduk setempat. Awal pagi lagi, para guru serta murid-murid yang bertugas untuk menjual makanan serta menyiapkan segala peralatan yang akan digunakan untuk permainan telah hadir. Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan bersempena dengan Hari Kantin pada tahun ini. Beberapa siri pertandingan telah dilangsungkan. Pertandingan ini terbuka kepada semua kelab dan persatuan. Pertandingan yang dianjurkan telah dapat memupuk semangat kerjasama dalam kalangan anggota persatuan. Pelbagai hadiah yang menarik telah disediakan oleh pihak pengajur. Antara pertandingan yang telah dijalankan pada hari tersebut termasuklah pertandingan gerai tercantik, sukaneka, koir, kawat kaki, melukis dan mewarna. Pihak Kementerian Kesihatan, Kementerian Pengangkutan dan Bomba Daerah Hilir Perak turut mengadakan pameran.

Kata Bilangan Tingkat

(Murid Mesti Ingat)

Kata Bantu (Murid Mesti Ingat)

Aspek Nilai (Ditentukan Daripada Teks)

Huraian {Idea Teks / Petikan} (Keterangan Tentang Aspek Nilai)

Antaranya ... kita haruslah prihatin berusaha mencari dana Kedua ... kita sepatutnya komitmen hadir merasmikan program Ketiga ... kita mestilah bekerjasama matlamat program tercapai Keempat ... kita hendaklah bertanggungjawab hadir lebih awal ke sekolah Akhirnya ... kita wajarlah bermuafakat pupuk semangat kerjasama

PANDUAN MENENTUKAN ASPEK NILAI DAN HURAIAN

78

Page 6: TACEM 012 Set_C

MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 79 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “C”

PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “C” – KERTAS 012/1 DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN

UNIT 5 SENTIASA BERHEMAH KITA SELAMAT Rujukan Buku Teks: Tahun 4

PENULISAN KBSR / UPSR Bahagian 1: Awas, Banjir Tulis lima nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.

Panjangnya jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.

Orang ramai yang tinggal di kawasan rendah dan sering dinaiki air diingatkan supaya sentiasa berjaga-jaga berikutan hujan lebat pada masa ini. Setakat ini, beberapa buah kampung di daerah Perak Tengah, mukim Kampung Gajah telah dinaiki air. Antaranya termasuklah Kampung Pulau Juar, Kampung Selat Pulau dan Kampung Ayer Mati. Penduduk kampung tersebut dinasihati supaya sentiasa berwaspada dan mematuhi segala arahan daripada pihak yang berkuasa. Utamakanlah keselamatan diri dan hargailah nyawa ahli keluarga masing-masing. Berpindahlah segera jika diarahkan berbuat demikian dan simpanlah dokumen-dokumen penting di tempat yang selamat. Kanak-kanak pula dinasihati agar tidak bermain air. Ibu bapa dan ahli keluarga hendaklah sentiasa mengawasi anak-anak kerana “malang tidak berbau”. Di sesetengah tempat pula, arus air banjir terlalu deras. Arus ini dapat menghanyutkan apa-apa sahaja dalam sekelip mata. Pihak polis, bomba dan penyelamat telah menyediakan beberapa buah bot untuk mebawa penduduk kampung berpindah ke tempat yang lebih selamat.

Kata Bilangan Tingkat

(Murid Mesti Ingat)

Kata Bantu (Murid Mesti Ingat)

Aspek Nilai (Ditentukan Daripada Teks)

Huraian {Idea Teks / Petikan} (Keterangan Tentang Aspek Nilai)

Antaranya ... kita haruslah berwaspada terhadap bencana banjir

Kedua ... kita sepatutnya taat perintah berpindah apabila diarahkan

Ketiga ... kita mestilah prihatin menyimpan dokumen penting

Keempat ... kita hendaklah bertanggungjawab mengawasi anak-anak

Akhir sekali ... kita sewajarnya bekerjasama memindahkan mangsa banjir

PANDUAN MENENTUKAN ASPEK NILAI DAN HURAIAN

79

Page 7: TACEM 012 Set_C

MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 80 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “C”

PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “C” – KERTAS 012/1 DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN

UNIT 5 SUKAN DAN KESIHATAN Rujukan Buku Teks: Tahun 5

PENULISAN KBSR / UPSR Bahagian 1: Kesihatan Asas Kesejahteraan Tulis lima nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.

Panjangnya jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.

Kesihatan diri anugerah paling berharga kepada seseorang. Sekiranya kita menjaga kesihatan diri, kita akan dapat menghindarkan diri daripada serangan penyakit. Malah, tubuh atau fizikal kita akan cergas dan minda atau mental kita menjadi cerdas. Tubuh kita memerlukan zat makanan yang utama seperti karbohidrat, protein, vitamin, lemak dan garam galian. Oleh yang demikian, kita perlu mengamalkan cara pemakanan yang seimbang. Apatah lagi, makanan yang seimbang dapat memperkukuh sistem pertahanan diri kita daripada serangan penyakit. Selain itu, kesihatan diri juga dapat dijaga melalui pelbagai aktiviti riadah. Aktiviti riadah sememangnya agak sukar dilakukan oleh sesetengah orang. Hal ini demikian kerana mereka selalu menjadikan kesibukan sebagai alasan. Akibatnya, tubuh badan mereka menjadi lemah dan selalu sakit. Oleh sebab itu, jadikanlah amalan pemakanan seimbang dan riadah yan secukupnya sebagai budaya hidup kita. Sesungguhnya, aktiviti sedemikian pasti akan menjadikan kita sihat dan sejahtera sepanjang masa.

Kata Bilangan Tingkat

(Murid Mesti Ingat)

Kata Bantu (Murid Mesti Ingat)

Aspek Nilai (Ditentukan Daripada Teks)

Huraian {Idea Teks / Petikan} (Keterangan Tentang Aspek Nilai)

Antaranya ... kita haruslah bersyukur anugerah kesihatan yang baik

Kedua ... kita sepatutnya bijaksana menjauhi jangkitan penyakit

Ketiga ... kita mestilah mempraktikkan pemakanan yang seimbang

Keempat ... kita hendaklah prihatin melakukan aktiviti riadah

Kesimpulannya ... kita amat wajar berdedikasi amalkan gaya hidup sihat

PANDUAN MENENTUKAN ASPEK NILAI DAN HURAIAN

80

Page 8: TACEM 012 Set_C

MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 81 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “C”

PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “C” – KERTAS 012/1 DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN

UNIT 6 KEPENGGUNAAN Rujukan Buku Teks: Tahun 5

PENULISAN KBSR / UPSR Bahagian 3: Pengguna Bermaklumat Perbelanjaan Berhemat Tulis lima nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.

Panjangnya jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.

Setiap hari sebelum ke sekolah, ibu bapa kita pasti akan memberikan sejumlah wang saku. Ada kalanya, ibu bapa akan membawa kita ke pusat beli-belah untuk membeli pelbagai barangan keperluan. Semuanya ini memerlukan wang. Persoalannya, adakah kita berbelanja dengan bijak? Adakah kita berbelanja mengikut keperluan ataupun sekadar menurut nafsu? Biasanya, perasaan kita akan berubah-ubah ketika hendak membuat pilihan untuk membeli sesuatu barangan. Oleh itu, kita perlu berfikir sebelum membuat keputusan. Jadilah seorang pengguna yang bijak. Pada hari ini, kita dapat melihat iklan yang terlalu banyak. Peniaga berlumba-lumba mempromosikan barangan mereka. Mereka berusaha menarik perhatian pengguna terutamanya kanak-kanak dan golongan remaja supaya barangan mereka laris di pasaran. Kebiasaannya iklan yang berwarna-warni akan menarik perhatian para pengguna. Slogan yang menarik akan mempengaruhi kita untuk membeli barangan itu. Ada iklan yang memuji pengguna sehingg a kita berasa istimewa dan beruntung. Bahasa yang digunakan juga sangat menarik. Diskaun dan pelbagai tawaran turut diberikan. Akhirnya, kita akan berasa yakin bahawa barangan itu begitu berkualiti. Jadi, berbelanjalah secara berhemat. Jangan ikutkan perasaan. Berfikirlah dengan teliti kerana jika kita berbelanja mengikut nafsu, kita akan rugi. Bak kata pepatah “ikut hati mati, ikut rasa binasa” dan “ingat sebelum kena, jimat sebelum habis”.

Kata Bilangan Tingkat

(Murid Mesti Ingat)

Kata Bantu (Murid Mesti Ingat)

Aspek Nilai (Ditentukan Daripada Teks)

Huraian {Idea Teks / Petikan} (Keterangan Tentang Aspek Nilai)

Antaranya ... kita haruslah bertanggungjawab memberikan wang saku Kedua ... kita sepatutnya berfikiran matang berbelanja mengikut keperluan Ketiga ... kita mestilah berwaspada terhadap iklan atau promosi Keempat ... kita hendaklah berjimat-cermat tidak mudah terpengaruh Konklusinya ... kita wajarlah berdisiplin berbelanja secara berhemah

PANDUAN MENENTUKAN ASPEK NILAI DAN HURAIAN

81

Page 9: TACEM 012 Set_C

MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 82 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “C”

PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “C” – KERTAS 012/1 DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN

UNIT 7 KESUSASTERAAN Rujukan Buku Teks: Tahun 5

PENULISAN KBSR / UPSR Bahagian 3: Berundur Sebelum Terlajak Tulis lima nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.

Panjangnya jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.

Penduduk Kampung Pepulut bersepakat untuk menjadikan Si Selabau sebagai umpan untuk menangkap seekor harimau jantan yang sering mengganggu penduduk kampung semasa mereka menoreh getah. Si Selabau terpilih sebab susuk tubuhnya yang pejal dan tanduknya yang tajam. Si Selabau berasa gementar namun, dia terpaksa menerima hajat orang kampung terhadapnya. Hatinya tidak rela untuk menjadi umpan Si Belang durjana itu. Tiba masanya, Si Selabau di bawa ke tengah belantara. Dia ditambat pada sebatang pokok tualang. Orang kampung pula bersembunyi di atas ran bersebelahan pokok tualang itu. Tatkala harimau tiba, Si Selabau berpura-pura mati. Si Belang tidak berselera apabila melihat Si Selabau sudah tidak bernyawa itu. Ketika harimau membelakangi Si Selabau, Si Selabau dengan secepat kilat menanduk perut Si Belang. Si Selabau bertekad untuk menghapuskan Si Belang yang tidak berkeperikemanusian itu. Disebabkan Si Belang itulah, dirinya menjadi taruhan. Tanduknya yang tajam telah menyebabkan perut Si Belang cedera teruk. Si Belang berguling-guling kesakitan. Akhirnya, Si Belang maut di tangan Si Selabau. Orang kampung yang melihat kejadian itu berasa hairan akan ketangkasan Si Selabau. Mereka berasa terharu. Si Selabau telah berjaya menyelesaikan masalah orang yang menghantui penduduk Kampung Pepulut. Si Selabau telah berjaya melakukan tanggungjawabnya. Kisah kekuatan Si Selabau tersebar ke seluruh kampung. Si Selabau terus menjadi sebutan sebagai lagenda dan wira kampung tersebut.

Penanda Wacana

(Murid Mesti Ingat)

Kata Bantu (Murid Mesti Ingat)

Aspek Nilai (Ditentukan Daripada Teks)

Huraian {Idea Teks / Petikan} (Keterangan Tentang Aspek Nilai)

Antaranya ... kita haruslah bersatu hati bagi menyelesaikan masalah Selain itu ... kita sepatutnya berani bertindak kerana kebenaran Seterusnya ... kita mestilah panjang akal untuk mengelirukan musuh Oleh itu ... kita hendaklah tangkas strategi menewaskan musuh Kesimpulannya ... kita wajarlah keazaman keupayaan melakukannya

PANDUAN MENENTUKAN ASPEK NILAI DAN HURAIAN

82

Page 10: TACEM 012 Set_C

MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 83 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “C”

PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “C” – KERTAS 012/1 DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN

UNIT 8 PERTANIAN Rujukan Buku Teks: Tahun 5

PENULISAN KBSR / UPSR Bahagian 1: Buah Seribu Khasiat Tulis lima nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.

Panjangnya jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.

Ketibaan kami disambut oleh Encik Halili bin Haji Mohammad Isa, iaitu pengusaha Ladang Buah Naga Kampung Lekir, Sitiawan, Perak. Beliau memberikan taklimat tentang ladang tersebut sebelum membawa kami melawat ke sekitar ladang. Menurut Encik Halili, pada masa ini, buah naga mendapat permintaan yang tinggi di pasaran tempatan. Buah naga ini juga mempunyai penggemarnya yang tersendiri. Selain rasanya yang enak, buah naga juga banyak khasiatnya. Untuk menghasilkan buah naga yang bermutu tinggi, tanaman ini ditanam secara organik tanpa menggunakan baja kimia ataupun racun serangga perosak. Encik Halili mengusahakan ladang buah naga ini bersama-sama isterinya, Puan Nur Lailie. Semasa lawatan tersebut, kami dapat melihat sendiri keunikan buah naga. Kulit buahnya yang seakan-akan sisik ular dan berwarna merah menyala menarik perhatian kami. Kami juga berpeluang menikmati keenakan buah naga segar yang baru dipetik. Encik Halili dan Puan Nur Lailie menjamu kami dan melayan kami dengan mesra. Sebelum pulang, kami dibekalkan dengan jus buah naga oleh Puan Nur Lailie. Walaupun lawatan ini agak singkat tetapi banyak memberikan manfaat dan ilmu pengetahuan kepada kami.

Penanda Wacana

(Murid Mesti Ingat)

Kata Bantu (Murid Mesti Ingat)

Aspek Nilai (Ditentukan Daripada Teks)

Huraian {Idea Teks / Petikan} (Keterangan Tentang Aspek Nilai)

Antaranya ... kita haruslah kemesraan menyambut ketibaan kami

Selain itu ... kita sepatutnya berketrampilan menceburi bidang pertanian

Seterusnya ... kita mestilah berwawasan berjaya mengusahakan ladang

Oleh itu ... kita hendaklah baik hati dihidangkan buah naga segar

Kesimpulannya ... kita wajarlah pemurah dihadiahi jus buah naga

PANDUAN MENENTUKAN ASPEK NILAI DAN HURAIAN

83

Page 11: TACEM 012 Set_C

MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 84 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “C”

PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “C” – KERTAS 012/1 DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN

UNIT 9 KEBUDAYAAN MALAYSIA Rujukan Buku Teks: Tahun 5

PENULISAN KBSR / UPSR Bahagian 1: Kebudayaan Negara Kebanggaan Kita Tulis lima nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.

Panjangnya jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.

Kepada adindaku, Ainaa Sofia, di tanah air, semoga sihat sejahtera. Apa khabar adinda dan keluarga? Kakanda di perantauan, sihat sejahtera. Apakah aktiviti adinda sekarang? Adinda yang kakanda sayangi, Kakanda di sini sedang sibuk melibatkan diri dalam aktiviti kebudayaan yang dianjurkan oleh pihak universiti. Mahasiswa di sini akan mengadakan pameran warisan seni dan kebudayaan negara masing-masing. Persatuan Pelajar Malaysia juga akan menyertai pameran tersebut. Kakanda berharap agar adinda dapat menghantar maklumat dan gambar-gambar tentang warisan seni dan kebudayaan yang terdapat di negara kita. Kakanda memerlukan maklumat tentang Wayang Kulit dan Dikir Barat yang diwarisi oleh keluarga kita. Maklumat ini adinda boleh peroleh dari Pak Long Mohd Zain. Maklumat serta gambar-gambar berkenaan adalah untuk memperkenalkan satu daripada warisan negara kita di pameran tersebut. Semua maklumat dan gambar-gambar itu nanti adinda e-melkan sahaja kepada kekanda. Bantuan daripada adinda, kekanda dahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Setakat ini dahulu daripada kakanda di kejauhan. Salam mesra teramat rindu bersulam sayang buat adinda dan keluarga di Kota Bharu. Sekian, terima kasih.

Penanda Wacana

(Murid Mesti Ingat)

Kata Bantu (Murid Mesti Ingat)

Aspek Nilai (Ditentukan Daripada Teks)

Huraian {Idea Teks / Petikan} (Keterangan Tentang Aspek Nilai)

Antaranya ... kita haruslah penyayang doakan kesejahteraan keluarga Selain itu ... kita sepatutnya proaktif bergiat cergas dalam pelajaran Seterusnya ... kita mestilah kerjasama menghantar bahan/maklumat Oleh itu ... kita hendaklah mempromosikan kebudayaan & kesenian negara Kesimpulannya ... kita wajarlah penghargaan berterima kasih atas bantuan

PANDUAN MENENTUKAN ASPEK NILAI DAN HURAIAN

84

Page 12: TACEM 012 Set_C

MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 85 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “C”

PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “C” – KERTAS 012/1 DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN

UNIT 9 JAUH PERJALANAN LUAS PANDANGAN Rujukan Buku Teks: Tahun 6

PENULISAN KBSR / UPSR Bahagian 3: Merakamkan Kisah Perjalanan Tulis lima nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.

Panjangnya jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.

Kawasan rekreasi Sungai Perak, Teluk Intan kelihatan begitu sesak sejak pukul 7:00 pagi lagi. Banyak orang berkunjung ke situ bagi menyaksikan acara pertandingan Memancing Udang Galah Peringkat Kebangsaan. Suasana di tepi sungai amat meriah sekali. Peserta dan pengunjung yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan peringkat umur menambah seri suasana pagi itu. Beberapa orang petugas media elektronik sibuk membuat persiapan untuk menjayakan siaran lintas langsung. Di sekitar tepi sungai pula, pihak petugas yang terdiri daripada pasukan Bomba dan Penyelamat, Polis Diraja Malaysia mengawasi lokasi pertandingan. Para pengadil kelihatan sudah bersedia di khemah berhampiran jeti yang baru siap dibina. Para pengadil mudah dikenali kerana mereka memakai jaket pantul cahaya. Para peniaga juga tidak melepaskan peluang keemasan untuk menambah pendapatan menerusi jualan makanan dan minuman. Terdapat sebuah gerai yang istemewa, gerai ini menjual Piza Udang Galah. Gerai ini memang menjadi tumpuan para pengunjung walaupun harga piza itu agak mahal sedikit. Lebih kurang 20 buah bot yang membawa para pemancing sudah bersiap sedia untuk memulakan pertandingan. Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak akan merasmikan acara gilang-gemilang ini tepat pada pukul 8:45 pagi.

Penanda Wacana

(Murid Mesti Ingat)

Kata Bantu (Murid Mesti Ingat)

Aspek Nilai (Ditentukan Daripada Teks)

Huraian {Idea Teks / Petikan} (Keterangan Tentang Aspek Nilai)

Antaranya ... kita haruslah sokongan moral memancing udang galah Selain itu ... kita sepatutnya semangat muhibah pengunjung pelbagai kaum Seterusnya ... kita mestilah berdedikasi rakaman siaran lintas langsung Oleh itu ... kita hendaklah bertanggungjawab mengawasi keselamatan awam Kesimpulannya ... kita wajarlah ringan tulang berniaga makanan & minuman

PANDUAN MENENTUKAN ASPEK NILAI DAN HURAIAN

85

Page 13: TACEM 012 Set_C

MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 86 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “C”

PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “C” – KERTAS 012/1 DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN

UNIT 10 SEJARAH SUMBER PENGAJARAN Rujukan Buku Teks: Tahun 6

PENULISAN KBSR / UPSR Bahagian 1: Cerita Teladan Tulis lima nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.

Panjangnya jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.

Pokok beringin pokoklah saka, Subur tumbuhnya berdaun lebat; Laksamana Cheng Ho pergi ke Melaka, Dua negara setuju bersahabat. Cantik nian bunga angsana, Cantik juga bunga siantan; Sultan Mansur Shah ke negara China, Membawa misi erat persahabatan. Nira dibuat gula melaka, Buat kuih menjamu jiran; Panglima terbilang anak Melaka, Keliling dunia hadapi cabaran.

Bunga lengkuas bungalah kantan, Dibuat ramuan hidangan puteri; Munsyi Abdullah pergi ke Kelantan, Ilmu pengetahuan tujuan dicari. Bakul diletak di dalam talam, Penuh berisi buah peria; Anak Malaysia di serata alam, Membawa misi keamanan dunia.

Penanda Wacana

(Murid Mesti Ingat)

Kata Bantu (Murid Mesti Ingat)

Aspek Nilai (Ditentukan Daripada Teks)

Huraian {Idea Teks / Petikan} (Keterangan Tentang Aspek Nilai)

Antaranya ... kita haruslah hubungan erat menjalin mesra persahabatan Selain itu ... kita sepatutnya berwawasan hubungan baik dua negara Seterusnya ... kita mestilah ketabahan sanggup mengelilingi dunia Oleh itu ... kita hendaklah bijaksana rajin berusaha menuntut ilmu Kesimpulannya ... kita wajarlah keharmonian memelihara keamanan dunia

PANDUAN MENENTUKAN ASPEK NILAI DAN HURAIAN

86

Page 14: TACEM 012 Set_C

MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 87 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “C”

PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “C” – KERTAS 012/1 DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN

UNIT 11 SERBA TAHU Rujukan Buku Teks: Tahun 6

PENULISAN KBSR / UPSR Bahagian 1: Pelik tetapi Benar Tulis lima nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.

Panjangnya jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.

KAJANG, Sabtu, 10 Mac 2012 – SK Saujana Impian, 43000 Kajang, Selangor telah menyertai Kem Lestari Alam Sekitar di Taman Alam, Kuala Selangor. Kedatangan mereka ke Taman Alam telah disambut oleh pegawai perhubungan awam taman tersebut. Sebelum memulakan lawatan, beliau telah menjelaskan beberapa peraturan yang perlu dipatuhi oleh para peserta. Antaranya, mereka tidak boleh merosakkan tumbuh-tumbuhan dan memetik bunga-bungaan yang ada di kawasan persekitaran taman. Mereka dilarang membuang sampah sarap di merata-rata tempat. Mereka juga dilarang membuat bising semasa berada di kawasan taman. Murid-murid yang menyertai kem tersebut berasa sungguh seronok sekali apabila dapat meneropong burung yang berhijrah daripada menara pandang jauh. Berbagai-bagai jenis burung singgah dan hinggap di kawasan hutan bakau Taman Alam. Burung-burung ini terpaksa terbang beribu-ribu kilometer untuk mencari makanan dan tempat perlindungan kerana perubahan cuaca di negara asalnya. Burung-burung ini akan kembali semula ke negara asalnya apabila musim dan cuaca berubah. Spesies burung ini datang dari seluruh dunia, iaitu dari Australia, Jepun, China dan lain-lain lagi. Peserta kem juga dapat menghayati keindahan alam yang belum tercemar di Taman Alam, Kuala Selangor ini.

Penanda Wacana

(Murid Mesti Ingat)

Kata Bantu (Murid Mesti Ingat)

Aspek Nilai (Ditentukan Daripada Teks)

Huraian {Idea Teks / Petikan} (Keterangan Tentang Aspek Nilai)

Antaranya ... kita haruslah menimba ilmu melalui lawatan sambil belajar Selain itu ... kita sepatutnya berbudi bahasa menyambut tetamu yang hadir Seterusnya ... kita mestilah berdisiplin mengikut peraturan tertentu Oleh itu ... kita hendaklah menjaga kebersihan tidak membuang sampah Kesimpulannya ... kita wajarlah mencintai alam sekitar menyaksikan keindahan alam

PANDUAN MENENTUKAN ASPEK NILAI DAN HURAIAN

87

Page 15: TACEM 012 Set_C

MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 88 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “C”

PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “C” – KERTAS 012/1 DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN

UNIT 13 CIPTAAN SAINS MEMUDAHKAN MANUSIA Rujukan Buku Teks: Tahun 6

PENULISAN KBSR / UPSR Bahagian 1: Sains dalam Kehidupan Tulis lima nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.

Panjangnya jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.

Hari ini Izatul berasa sangat gembira sekali kerana ibu bapanya telah memenuhi permintaannya. Ayahnya telah bersetuju melanggan perkhidmatan internet di rumah mereka. Ayahnya mengajar Izatul cara-cara menggunakan perkhidmatan internet secara berhemah. Izatul mendengar dengan teliti penerangan ayahnya itu. Ibu Izatul juga menasihati Izatul supaya bijak membahagikan masa semasa melayari internet. Izatul juga menggunakan kemudahan internet untuk mendapatkan maklumat tentang pelajaran. Izatul tahu dan sedar bahawa pada bulan September nanti dia bakal menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Ayah juga mengajar Izatul cara-cara menghantar e-mel kepada kakaknya yang sedang menuntut di Universiti Kaherah, Giza, Mesir. Izatul berasa sungguh gembira apabila kakaknya membalas e-melnya itu. Ayah mengingatkan Izatul supaya berhati-hati ketika menghantar dan menerima e-mel. Izatul juga dinasihati agar tidak membuka e-mel atau mesej yang diterima daripada orang yang tidak dikenali. Perkara ini dikuatiri kerana berkemungkinan mesej tersebut mengandungi virus komputer yang berbahaya dan dapat merosakkan sistem komputer. Izatul berjanji akan menjadi pengguna internet yang bijak dan beretika.

Penanda Wacana

(Murid Mesti Ingat)

Kata Bantu (Murid Mesti Ingat)

Aspek Nilai (Ditentukan Daripada Teks)

Huraian {Idea Teks / Petikan} (Keterangan Tentang Aspek Nilai)

Antaranya ... kita haruslah rasional memasang kemudahan internet Selain itu ... kita sepatutnya bertanggungjawab mengajar menggunakan internet Seterusnya ... kita mestilah berfikiran matang mengurus masa dengan baik Oleh itu ... kita hendaklah hubungan silaturahim menghantar e-mel kepada kakak Kesimpulannya ... kita wajarlah bijaksana melayari internet secara beretika

PANDUAN MENENTUKAN ASPEK NILAI DAN HURAIAN

88

Page 16: TACEM 012 Set_C

MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 89 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “C”

PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “C” – KERTAS 012/1 DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN

UNIT 15 SATU PENEROKAAN Rujukan Buku Teks: Tahun 6

PENULISAN KBSR / UPSR Bahagian 1: Bijak Berkomunikasi Tulis lima nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.

Panjangnya jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.

Hadirin yang dihormati, Budaya gemar membeli barangan buatan luar negara bukanlah suatu fonemena baharu dalam masyarakat negara kita. Meskipun kempen “Belilah Barangan Buatan Malaysia” dilancarkan untuk menggalakkan masyarakat membeli barangan buatan tempatan, namun pemikiran individu yang masih beranggapan bahawa barangan buatan luar negara lebih baik dan lebih berkualiti menyebabkan kempen ini gagal mencapai sasarannya.

Pelbagai rangkaian kempen telah diadakan bertujuan untuk meningkatkan pendapatan dan pengeluaran industri barangan tempatan dan mengurangkan pengaliran wang ke luar negara. Sikap pengguna yang memandang rendah terhadap barangan keluaran tempatan perlulah dikikis kerana mutu barangan buatan Malaysia sudah setanding dengan mutu barangan buatan luar Negara. Sikap biar papa asalkan bergaya ini perlulah dikikis. Selagi ada golongan yang tidak mahu mengubah sikap mereka, selagi itulah kempen-kempen yang dijalankan oleh kerajaan tidak mencapai hasrat dan matlamat yang diidam-idamkan.

Penanda Wacana

(Murid Mesti Ingat)

Kata Bantu (Murid Mesti Ingat)

Aspek Nilai (Ditentukan Daripada Teks)

Huraian {Idea Teks / Petikan} (Keterangan Tentang Aspek Nilai)

Antaranya ... kita haruslah berbangga kualiti barangan tempatan

Selain itu ... kita sepatutnya menghargai barangan buatan Malaysia

Seterusnya ... kita mestilah bijaksana membuat perbandingan kualiti

Oleh itu ... kita hendaklah wawasan cemerlang meningkatkan mutu barangan

Kesimpulannya ... kita wajarlah berfikiran rasional yakin kualiti barangan sendiri

PANDUAN MENENTUKAN ASPEK NILAI DAN HURAIAN

89

Page 17: TACEM 012 Set_C

MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 90 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “C”

PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “C” – KERTAS 012/1 DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN

LATIHAN 16 TEMA: KELUARGA NILAI MURNI / PENGAJARAN

MODUL TACEM UPSR (BAHAGIAN “C”) Tajuk 16: Kakak yang Rajin Tulis lima nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.

Panjangnya jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.

Zetty merupakan anak sulung dalam keluarganya. Dia seorang kakak yang baik hati dan penyayang. Dia sering membimbing dan mengasuh adik-adiknya. Zetty juga sangat rajin membantu ibu dan ayahnya di rumah. Apabila ibunya memasak, Zetty akan menjaga adiknya yang masih kecil. Adik-adiknya amat manja dengan Zetty. Dia juga ringan tulang membantu adik-adiknya menyiapkan kerja sekolah.

Di sekolah, Zetty sangat disenangi oleh rakan-rakannya kerana sikapnya yang baik hati dan peramah. Bukan sahaja pintar tetapi Zetty juga seorang yang berdisiplin. Setiap hari dia membersihkan kelasnya bersama-sama rakannya. Kelas Enam Bestari sentiasa ceria dan bersih. Zetty juga sangat gemar sekali belajar secara berkumpulan. Mereka berbincang dan menyelesaikan masalah pembelajaran bersama-sama. Zetty dan kawan-kawannya mempunyai azam yang tinggi untuk memperoleh kejayaan cemerlang dalam pelajaran. Merekalah yang bakal mengharumkan nama sekolah.

KBT / PW

(Murid Mesti Ingat)

Kata Bantu (Murid Mesti Ingat)

Aspek Nilai (Ditentukan Daripada Teks)

Huraian {Idea Teks / Petikan} (Keterangan Tentang Aspek Nilai)

berbangga kualiti barangan tempatan

menghargai barangan buatan Malaysia

bijaksana membuat perbandingan kualiti

wawasan cemerlang meningkatkan mutu barangan

berfikiran rasional yakin kualiti barangan sendiri

PANDUAN MENENTUKAN ASPEK NILAI DAN HURAIAN

90

Page 18: TACEM 012 Set_C

MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 91 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “C”

PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “C” – KERTAS 012/1 DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN

LATIHAN 17 TEMA: KELUARGA NILAI MURNI / PENGAJARAN

MODUL TACEM UPSR (BAHAGIAN “C”) Tajuk 17: Membersihkan Kawasan Rumah Tulis lima nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.

Panjangnya jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.

Nasrul Haq dan keluarganya selalu bekerjasama membersihkan kawasan rumah mereka. Ayahnya memesin rumput. Ibunya pula sedang mencuci longkang dan menyapu sampah. Kakaknya biasanya mengelap tingkap sementara Nasrul Haq mengutip botol kosong dan tin-tin kosong untuk mengelakkan pembiakan nyamuk. Bapanya pula mengumpulkan rumput yang telah dimesin dan sampah sarap untuk ditanam. Mereka berbuat demikian bagi mengelakkan pembakaran terbuka. Amalan melakukan pembakaran terbuka akan mencemarkan alam sekitar.

Di samping itu, bapa Nasrul Haq menjual surat khabar lama, botol dan tin kosong kepada pihak kilang kitar semula. Selain dapat memelihara alam sekitar, hasil jualan itu dimasukkan ke dalam tabung Nasrul Haq dan kakaknya. Selain itu, ibunya juga menanam pelbagai jenis bunga di halaman rumah mereka. Halaman yang cantik dapat menceriakan rumah mereka. Bau bunga yang wangi akan menyegarkan udara di persekitarannya. Mereka sekeluarga amat gembira kerana rumah mereka bersih dan ceria.

KBT / PW

(Murid Mesti Ingat)

Kata Bantu (Murid Mesti Ingat)

Aspek Nilai (Ditentukan Daripada Teks)

Huraian {Idea Teks / Petikan} (Keterangan Tentang Aspek Nilai)

berbangga kualiti barangan tempatan

menghargai barangan buatan Malaysia

bijaksana membuat perbandingan kualiti

wawasan cemerlang meningkatkan mutu barangan

berfikiran rasional yakin kualiti barangan sendiri

PANDUAN MENENTUKAN ASPEK NILAI DAN HURAIAN

91

Page 19: TACEM 012 Set_C

MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 92 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “C”

PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “C” – KERTAS 012/1 DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN

LATIHAN 18 TEMA: KELUARGA NILAI MURNI / PENGAJARAN

MODUL TACEM UPSR (BAHAGIAN “C”) Tajuk 18: Pengalaman di Dusun Datuk Tulis lima nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.

Panjangnya jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.

Saya dan kakak bergegas menuju ke perhentian bas. Hari ini saya telah berjanji dengan datuk untuk pulang ke kampung. Tiga jam setengah menempuh perjalanan, akhirnya kami sampai di Kampung Gajah. Ketibaan kami disambut oleh datuk dan nenek. Seterusnya kami dipelawa makan tengah hari bersama-sama. Selepas berehat untuk menghilangkan penat, datuk mengajak kami bersiap untuk pergi ke dusun. Dalam perjalanan ke dusun buah-buahan itu, kami dapati manggis, langsat dan durian berbuah sungguh lebat.

Setibanya kami di dusun, saya terus mengait buah manggis yang sudah masak. Kakak memasukkan buah-buah manggis itu ke dalam bakul. Kami makan buah manggis yang masih segar dari dusun pada petang itu. Selepas itu, kami menolong datuk mengutip buah durian. Banyak juga buah durian yang gugur pada petang itu. Menurut kata datuk, buah-buahan di dusun datuk menjadi pada tahun ini. Datuk menjual buah-buahan itu di warungnya di pekan Kampung Gajah. Saya dan kakak membantu datuk menjual buah-buahan itu sepanjang cuti sekolah.

KBT / PW

(Murid Mesti Ingat)

Kata Bantu (Murid Mesti Ingat)

Aspek Nilai (Ditentukan Daripada Teks)

Huraian {Idea Teks / Petikan} (Keterangan Tentang Aspek Nilai)

berbangga kualiti barangan tempatan

menghargai barangan buatan Malaysia

bijaksana membuat perbandingan kualiti

wawasan cemerlang meningkatkan mutu barangan

berfikiran rasional yakin kualiti barangan sendiri

PANDUAN MENENTUKAN ASPEK NILAI DAN HURAIAN

92

Page 20: TACEM 012 Set_C

MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 93 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “C”

PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “C” – KERTAS 012/1 DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN

LATIHAN 19 TEMA: MASYARAKAT NILAI MURNI / PENGAJARAN

MODUL TACEM UPSR (BAHAGIAN “C”) Tajuk 19: Berkunjung ke Ekspo Kebudayaan Tulis lima nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.

Panjangnya jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.

Salamudin dan kawan-kawannya bercadang hendak pergi ke ekspo kebudayaan yang sedang berlangsung di bandaraya Klang. Mereka ingin menyaksikan pameran kebudayaan suku kaum yang terdapat di negara kita. Di samping itu, mereka juga hendak mengambil nota dan gambar tentang kebudayaan sesuatu kaum yang dipamerkan dalam ekspo seminggu itu.

Abang Salamudin bersetuju menghantar mereka ke tempat pameran dengan keretanya. Setibanya di tempat pameran, mereka terus mencatat nota dan meminta izin mengambil gambar warisan kebudayaan sesuatu kamu seperti hasil kraf tangan, alat muzik dan pakaian tradisional yang dipamerkan di gerai-gerai tersebut. Hampir empat jam setengah mereka meneroka ilmu dari satu gerai ke satu gerai. Banyak maklumat baharu yang mereka telah peroleh. Ada sesetengah gerai yang menghadiahi mereka cenderamata seperti penanda buku, pemegang kunci dan sapu tangan. Salamudin dan kawan-kawannya berasa amat berbaloi sekali berkunjung ke ekspo kebudayaan yang diadakan di bandaraya Klang pada tahun ini.

KBT / PW

(Murid Mesti Ingat)

Kata Bantu (Murid Mesti Ingat)

Aspek Nilai (Ditentukan Daripada Teks)

Huraian {Idea Teks / Petikan} (Keterangan Tentang Aspek Nilai)

berbangga kualiti barangan tempatan

menghargai barangan buatan Malaysia

bijaksana membuat perbandingan kualiti

wawasan cemerlang meningkatkan mutu barangan

berfikiran rasional yakin kualiti barangan sendiri

PANDUAN MENENTUKAN ASPEK NILAI DAN HURAIAN

93

Page 21: TACEM 012 Set_C

MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 94 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “C”

PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “C” – KERTAS 012/1 DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN

LATIHAN 20 TEMA: MASYARAKAT NILAI MURNI / PENGAJARAN

MODUL TACEM UPSR (BAHAGIAN “C”) Tajuk 20: Lawatan Sambil Belajar Tulis lima nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.

Panjangnya jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.

Mengikuti program lawatan sambil belajar bersama-sama pihak sekolah mahupun keluarga dapat menambahkan ilmu pengetahuan. Sebagai contoh, jika ke negeri Melaka, kita akan dapat melihat kesan bersejarah seperti Kota A Famosa dan Bangunan Stadhuys. Aktiviti makan angin boleh memberi ketenangan jiwa setelah penat belajar. Jika kita berpeluang menyaksikan keindahan Pulau Langkawi, hati akan rasa terhibur. Perasaan kita juga akan menjadi tenang. Emosi yang tenang dapat memudahkan kita mengulang kaji pelajaran dengan lebih berkesan.

Mengikuti sesi lawatan sambil belajar bermakna kita juga telah menggunakan masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah dan bermanfaat. Jika kita tidak turut serta, berkemungkinan juga kita akan bercampur gaul dengan budak-budak nakal. Kesannya, kita terjebak dalam kegiatan yang tidak sihat seperti melepak dan berpelesiran. Demikianlah serba sedikit faedah yang dapat diperoleh apabila mengikut lawatan sambil belajar. Bak kata pepatah Melayu jauh berjalan, luaslah pengalaman kita. Oleh itu, sertai Cuti-cuti Malaysia.

KBT / PW

(Murid Mesti Ingat)

Kata Bantu (Murid Mesti Ingat)

Aspek Nilai (Ditentukan Daripada Teks)

Huraian {Idea Teks / Petikan} (Keterangan Tentang Aspek Nilai)

berbangga kualiti barangan tempatan

menghargai barangan buatan Malaysia

bijaksana membuat perbandingan kualiti

wawasan cemerlang meningkatkan mutu barangan

berfikiran rasional yakin kualiti barangan sendiri

PANDUAN MENENTUKAN ASPEK NILAI DAN HURAIAN

94

Page 22: TACEM 012 Set_C

MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 95 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “C”

PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “C” – KERTAS 012/1 DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN

LATIHAN 21 TEMA: KOMSAS NILAI MURNI / PENGAJARAN

MODUL TACEM UPSR (BAHAGIAN “C”) Tajuk 21: Sang Arab Berlumba Lari dengan Sang Kura-kura Tulis lima nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.

Panjangnya jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.

Sang Arnab dan Sang Kura-kura menyertai pertandingan larian. Sang Kancil pula dilantik menjadi pengadil dalam acara tersebut. Sang Arnab yakin akan memenangi pertandingan tersebut kerana Sang Arnab dapat berlari pantas. “Aku pasti dapat mengalahkan kura-kura dengan mudah sahaja,” katanya dengan perasaan bangga dan besar diri. Pada hari yang dinanti-nantikan, semua haiwan di dalam hutan keluar untuk menyaksikan pertandingan tersebut. “Satu, dua, tiga lari ...” jerit Sang Kancil. Pertandingan larian pun bermula. Sang Arnab berlari dengan sekuat-kuat hatinya meninggalkan Sang Kura-kura yang berjalan terkedek-kedek di belakang. Di pertengahan jalan, Sang Arnab berasa letih dan berehat seketika. Akibatnya Sang Arnab berasa mengantuk sehingga tertidur. Dia tahu Sang Kura-kura pasti tiba lambat. Tanpa disedarinya, hari telah pun petang. Dia terus berlari menuju ke garisan penamat. Malang sungguh nasib Sang Arnab, pada ketika itu, Sang Kura-kura sudah sampai di garisan penamat. Sang Kura-kura memenangi pertandingan itu. Sang Arnab berasa malu kepada Sang Kura-kura. Akhirnya Sang Arnab meminta maaf kepada Sang Kura-kura kerana memperkecil kemampuannya.

KBT / PW

(Murid Mesti Ingat)

Kata Bantu (Murid Mesti Ingat)

Aspek Nilai (Ditentukan Daripada Teks)

Huraian {Idea Teks / Petikan} (Keterangan Tentang Aspek Nilai)

berbangga kualiti barangan tempatan

menghargai barangan buatan Malaysia

bijaksana membuat perbandingan kualiti

wawasan cemerlang meningkatkan mutu barangan

berfikiran rasional yakin kualiti barangan sendiri

PANDUAN MENENTUKAN ASPEK NILAI DAN HURAIAN

95

Page 23: TACEM 012 Set_C

MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 96 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “C”

PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “C” – KERTAS 012/1 DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN

LATIHAN 22 TEMA: KOMSAS NILAI MURNI / PENGAJARAN

MODUL TACEM UPSR (BAHAGIAN “C”) Tajuk 22: Si Janggut dan Sang Musang Berkawan Baik Tulis lima nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.

Panjangnya jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.

Si Janggut dan Sang Musang berkawan baik. Mereka selalu mencari makanan bersama-sama. Pada masa lapang, mereka amat gemar bercucuk tanam. Mereka menanam sawi, terung, timun, kacang panjang, petola dan jagung. Suatu petang ketika mereka asyik menyiram sayur-sayuran yang mereka tanam, Si Janggut berkata, “Apabila tanaman kita ini mengeluarkan hasilnya bolehlah kita tuai dan jual di pasar nanti. Dapatlah kita keuntungannya.” Sang Musang menambah, “Apa kata kita menternak pula? Tak payahlah kita keluar berburu lagi.” Si Janggut membisu seketika memikirkan ledakan idea sahabatnya itu. “Betul juga kata kamu, Sang Musang. Hasil jualan itu nanti kita beli anak-anak ayam dan anak-anak itik. Lebih banyaklah keuntungan yang kita peroleh hasil daripada jualan sayur-sayuran dan ternakan yang kita usahakan.” kata Si Janggut dengan nada yang girang. Setelah mereka menjual sayur-sayuran tersebut, mereka pun membeli anak-anak ayam dan anak-anak itik. Apabila ternakannya sudah besar, Si Janggut dan Sang Musang tidak lagi berburu. Mereka sudah ada bekalan makanan yang banyak dan mencukupi..

KBT / PW

(Murid Mesti Ingat)

Kata Bantu (Murid Mesti Ingat)

Aspek Nilai (Ditentukan Daripada Teks)

Huraian {Idea Teks / Petikan} (Keterangan Tentang Aspek Nilai)

berbangga kualiti barangan tempatan

menghargai barangan buatan Malaysia

bijaksana membuat perbandingan kualiti

wawasan cemerlang meningkatkan mutu barangan

berfikiran rasional yakin kualiti barangan sendiri

PANDUAN MENENTUKAN ASPEK NILAI DAN HURAIAN

96

Page 24: TACEM 012 Set_C

MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 97 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “C”

PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “C” – KERTAS 012/1 DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN

LATIHAN 23 TEMA: SEKOLAH NILAI MURNI / PENGAJARAN

MODUL TACEM UPSR (BAHAGIAN “C”) Tajuk 23: Sani Murid yang Cergas dan Cerdas Tulis lima nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.

Panjangnya jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.

Sani bangun apabila jam locengnya berbunyi pada pukul 6:00 pagi. Dia melipat selimut dan mengemas katilnya. Dia menguruskan bilik tidurnya sendiri sebelum ke sekolah kerana dia mahu berdikari. Selepas bersarapan pagi, Sani bersalaman dengan ayah dan ibunya. Dia membaca buku karangan semasa menanti ketibaan bas sekolah di hadapan rumahnya. Dia sentiasa ingat akan pesanan ibunya supaya jangan berebut-rebut ketika menaiki bas.

Semasa tiba di sekolah, dia bertemu dengan Cikgu Khairuddin. Sani mengucapkan salam kepada Cikgu Khairuddin. Sani bersahabat baik dengan Morgan, Swee Tee dan Kuldip Singh. Mereka berempat saling membantu serta bekerjasama dalam bidang pelajaran dan kokurikulum. Pada setiap petang Rabu, mereka menjalani latihan badminton bersama-sama di sekolah. Sani akan menyiapkan kerja rumah yang diberi oleh gurunya sebelum dia tidur. Setiap tahun, Sani terpilih menerima anugerah kecemerlangan akademik. Ayah dan ibunya berasa bangga dan bersyukur mempunyai anak yang berbudi bahasa dan cemerlang dalam pelajaran.

KBT / PW

(Murid Mesti Ingat)

Kata Bantu (Murid Mesti Ingat)

Aspek Nilai (Ditentukan Daripada Teks)

Huraian {Idea Teks / Petikan} (Keterangan Tentang Aspek Nilai)

berbangga kualiti barangan tempatan

menghargai barangan buatan Malaysia

bijaksana membuat perbandingan kualiti

wawasan cemerlang meningkatkan mutu barangan

berfikiran rasional yakin kualiti barangan sendiri

PANDUAN MENENTUKAN ASPEK NILAI DAN HURAIAN

97

Page 25: TACEM 012 Set_C

MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 98 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “C”

PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “C” – KERTAS 012/1 DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN

LATIHAN 24 TEMA: SEKOLAH NILAI MURNI / PENGAJARAN

MODUL TACEM UPSR (BAHAGIAN “C”) Tajuk 24: Hari Keluarga Anjuran PIBG Tulis lima nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.

Panjangnya jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.

Hadirin yang dihormati sekalian, Pada pagi yang menceriakan ini, bersyukur kita kerana dapat berkumpul dan bersua muka di padang sekolah ini untuk sama-sama menjayakan program Hari Keluarga anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah ini yang julung-julung kali diadakan. Hari Keluarga yang dianjurkan ini banyak memberi impak positif seperti dapat merapatkan hubungan silaturahim antara ibu bapa dengan guru-guru dan murid-murid sekolah. Selain itu, program ini juga boleh memupuk keakraban antara murid dengan guru dan ibu bapa. Saya selaku wakil murid sangat berbangga melihat kerjasama erat antara ibu bapa dan guru terjalin. Ibu bapa dan guru-guru berganding bahu menjayakan program ini. Mudah-mudahan kerjasama ini berterusan dan bersama-sama menaikkan nama sekolah bagi mencapai prestasi cemerlang dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Saya juga amat terharu dengan sambutan ibu bapa yang sanggup meluangkan masa hadir ke sekolah untuk sama-sama memeriahkan program ini. Kepada guru-guru pula setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kerana telah bertungkus lumus merangka program ini.

98