t1 pengertian etnik_budaya_bangsa

32
HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA SECARA UMUM 1

Upload: rosmahiza-ramli

Post on 29-Jul-2015

1.014 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA SECARA UMUM

1

Pengenalan

- Malaysia telah berjaya keluar drp kumpulan negara mundur kpd negara sedang membangun dan kini menuju ke arah status negara maju (cita-cita dlm Wawasan 2020).

- Malaysia pernah melalui pelbagai peristiwa pahit yang menjejaskan hubungan etnik sejak zaman penjajahan sehingga selepas merdeka (Peristiwa 13 Mei 1969)

2

- Daripada pengalaman pahit tsb, pengajaran penting yg diperoleh ialah:

1. Kemajuan ekonomi shj tidak lengkap sekiranya tidak disertai kestabilan politik.

2. Kestabilan politik shj tidak memadai tanpa pembangunan ekonomi yg seimbang.3. Pembangunan ekonomi dan kestabilan politik perlu berjalan dgn lancar dan seimbang agar tidak wujud kepincangan sehingga menimbulkan konflik.

3

Keseimbangan : melibatkan agihan habuan ekonomi yg saksama & perkongsian kuasa pemerintahan yg matang.

Persoalannya1. Apakah faktor yg boleh membawa keseimbangan?2. Apakah perkara yg perlu dipertahankan atau dipelihara untuk menjamin keseimbangan secara berterusan?

Usaha berterusan untuk memupuk dan mengekalkan hubungan etnik yg harmonis

4

KEPENTINGAN MEMAHAMI HUBUNGAN ETNIK

1. Malaysia merupakan sebuah negara berbilang kaum yg pernah menghadapi konflik etnik.2. Hubungan etnik berkait rapat dengan seluruh struktur sosial masyarakat dan memberi pemahaman tentang darjah pluralisme sosial dan kebudayaan, punca konflik serta sejauhmana struktur masyarakat bersifat kolonial.3. Hubungan etnik mencerminkan perkembangan sejarah dan kemampuan sosioekonomi sesebuah negara.

5

4. Hubungan etnik mencerminkan darjah dan sumber ketegangan sosial dlm sesebuah masyarakat.5. Melalui hubungan etnik juga dapat difahami isu prasangka dan diskriminasi di sesebuah negara serta gambaran peranan faktor personaliti dalam menentukan tingkah laku ahli masyarakat.6. Hubungan etnik penting dalam memahami kesan pengindustrian di sesebuah negara (kesan pengindustrian dan perubahan sosial).7. Hubungan etnik mempengaruhi dasar sosial dan perancangan sosial sesebuah negara.

6

- Keharmonian Hubungan Etnik di Malaysia tidak bergantung semata-mata kpd keadaan berbaik-baik antara pelbagai kumpulan etnik tetapi juga antara kumpulan kelas sosial yg berbeza (pekerja/kelas menengah/golongan yg kaya drp pelbagai kumpulan)

- HE merupakan satu ciri penting yg mencorakkan sistem sosial Malaysia walaupun tahap perpaduan nasional di negara kita sukar diukur, namun negara luar melihat Malaysia sbg negara yg berjaya mewujudkan HE yg harmonis

7

KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK

8

KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK

Tiga konsep penting yg ditumpukan ialah: Masyarakat, Budaya, dan Perpaduan

Masyarakat- Menurut Roucek & Warren (1979): Masyarakat - sebagai “satu kumpulan manusia” yang berhubung secara tetap dan tersusun dalam menjalankan aktiviti secara kolektif dan merasakan bahawa mereka adalah hidup bersama. Terdapat perhubungan terus menerus di kalangan mereka yang masih hidup dan kekal selama berabad- abad.

9

- Satu kumpulan / kelompok manusia yang hidup saling berorganisasi, berbincang,

bekerjasama dalam mengatur kerja secara kolektif, mampu menyatukan

buah fikiran dan tindakan sehingga terjalin hubungan antara satu sama lain

serta lahir satu sistem yang dinamakan sebagai kebudayaan.

Ciri-ciri utama masyarakat:a) berkelompok;b)berbudaya;c) mengalami perubahan;d)berinteraksi (dalaman & dgn pihak luar)

10

e) mempunyai kepimpinan; danf) mempunyai aturan sosialnya (susun lapis, kelas,

status dan kasta)

Konsep Etnik / Kaum- Satu kelompok yang boleh dikaji hubungan persaudaraan

mereka melalui nenek moyang yang sama. Etnik boleh didefinisikan sbg sekelompok manusia yg mengamalkan budaya yg hampir seragam, termasuk adat resam, pakaian, bahasa, & kegiatan ekonomi.

- Konsep ‘kelompok etnik’ digunakan untuk merujuk kepada golongan yg berbeza dari segi kebudayaan.

11

- Etnik sering berbeza berdasarkan ciri budaya seperti adat resam, pola keluarga, pakaian, pandangan tentang kecantikan, orientasi politik, kegiatan ekonomi, & hiburan.

Konsep Suku - kelompok masyarakat yg membentuk rumpun bangsa (cth: dalam rumpun Kadazandusun terdapat sub etnik seperti Tatana, Bisaya, Lotud, Kimaragang, dll)

12

Konsep Bangsa / Nasion- Mempunyai maksud yg lebih luas dan terbentuk berasaskan gagasan ras atau etnik yg sedia ada- Menurut John Stuart Mill : Bangsa - Rumpun manusia yg terikat oleh rasa taksub bersama & lebih rela bekerjasama sesama mereka, berbanding dengan rumpun bangsa yg lain. Lazimnya terjalin oleh kesamaan bahasa, kesatuan wilayah, budaya, sejarah & agama.- Bangsa Malaysia sbg “bangsa idaman” yg kita kehendaki. Pembentukan bangsa Malaysia berteraskan hubungan etnik yg harmonis.

13

Konsep Masyarakat Majmuk.

- Menurut J.S.Furnivall: Masyarakat majmuk terdiri drp pelbagai kaum yg mempunyai kebudayaan, agama, bahasa dan adat resam yg tersendiri. Walaupun mereka (pelbagai kaum) berganding bahu di bawah sistem politik yg sama, tetapi kehidupan mereka adalah berasingan; interaksi sosial dalam kalangan mereka amat kurang dan hubungan mereka amat terbatas dan pembahagian tugas dilakukan atas garis-garis ras.

14

- Asas sosial sesuatu masyarakat majmuk ialah campuran pelbagai kelompok manusia. Dari segi politik pula masyarakat majmuk timbul akibat dominasi penjajah.

- Satu lagi ciri masyarakat majmuk ialah ketiadaan / kelemahan azam sosial bersama (common social will) yg merupakan satu set nilai yg dipersetujui anggota masyarakat bagi mengawal dan memberi panduan kepada tingkah laku sosial.

15

Konsep Kelas Sosial

- Konsep ini berkaitan dengan kedudukan sesuatu kelompok dalam masyarakat. Dalam kehidupan sehari-hari, segolongan individu yg mempunyai kedudukan yg sama dari segi kuasa, politik, kekayaan, pendapatan, martabat, pekerjaan atau hubungan dengan punca-punca pengeluaran.

Cth: Masyarakat Kapitalis terbahagi kepada dua golongan:1. Bourgeoisie : yg memiliki punca-punca pengeluaran,

pengagihan dan pertukaran.2. Proletariat : yg tidak memiliki perkara di atas hanya tenaga

kerja sahaja

16

Konsep Institusi Sosial

- Sebagai konsep utama dalam memahami masyarakat dan kebudayaan. Konsep ini berkait rapat dengan pola tingkah laku yg telah menjadi kebiasaan atau suatu pola hubungan sosial yg mempunyai suatu matlamat sosial yg tertentu.

Cth: Institusi sosial yg utama: Institusi keluarga, institusi politik, institusi agama, institusi pelajaran dll.

17

Konsep Jarak Sosial

- Satu perasaan pemisahan / pemisahan sosial yg benar-benar wujud di antara individu-individu, individu dengan kelompok atau kelompok dengan kelompok. Istilah ini digunakan untuk menganalisis hubungan dalam sesuatu kelompok atau di antara kelompok.

- Jarak sosial berkait rapat dengan interaksi dan persefahaman antara kelompok. Semakin besar jarak sosial di antara dua kelompok, maka semakin kurang hubungan atau interaksi dan persefahaman antara kedua-duanya.

18

Konsep Mobiliti Sosial

- Merupakan satu proses perubahan individu atau kelompok dari satu lapisan sosial kepada lapisan sosial yg lain dalam satu sistem stratifikasi sosial. Mobiliti sosial berkait rapat dengan struktur sosial sesuatu masyarakat.

- Dalam sistem yg lebih terbuka, peluang untuk mobiliti sosial adalah lebih terbuka. Sebaliknya dalam sistem tertutup seperti dalam sistem kasta yg bercorak tradisi, mobiliti sosial jarang sekali berlaku.

19

- Konsep Etnik membentuk konsep etnisiti dan etnosentrisme

Etnisiti :merujuk kpd rasa kekitaan sesuatu kumpulan etniktertentu. Wujudnya satu kebudayaan atau sub budayayg jelas dan dapat menyatukan anggotanya berasaskansatu sejarah, nilai, sikap dan tingkah laku yg sama.

20

Etnosenterisme:

- Satu sikap atau kepercayaan bahawa kebudayaan sendiri adalah lebih baik dan lebih tinggi nilainya daripada kebudayaan kelompok lain.

- Sesuatu kelompok dikatakan ‘etnosentrik’ apabila mereka menilaikan kebudayaan lain berdasarkan standard dan nilai kebudayaan sendiri dan menganggap kebudayaan lain mempunyai nilai yg lebih rendah.

- Etnosentrisme membayangkan keengganan / ketidakmampuan sesuatu kelompok untuk menghargai pandangan kelompok daripada kebudayaan masyarakat yg lain.

- Selagi manusia menjadi ‘etnosentrik’, selagi itulah mereka akan melihat kelompok lain berdasarkan stereotaip yg sedia ada (biasanya yg bersifat negatif)

21

- Walau bagaimanapun Etnosentrisme berfungsi penting dalam mengukuhkan unsur budaya sesuatu masyarakat dan mengukuhkan perpaduan di antara anggota sesuatu kelompok masyarakat. Cth: Ketaatan kepada budaya dan kelompok diterjemahkan dalam ketaatan kepada parti – dapat mengatasi konflik politik dalam sesuatu kelompok masyarakat.

Konsep Ras dan Rasisme

Ras: Kelompok manusia yang mempunyai persamaan dari segi ciri-ciri fizikal (warna kulit dll). Ciri-ciri fizikal

tersebut ditentukan oleh baka yang diwarisi dari generasi ke generasi cth: Mongoloid, Negroid dan Austroloid.

22

- Pd dasarnya, ras boleh dikatakan sbg kelompok sosial yg mempunyai tanda pengenalan kolektif berasaskan ciri-ciri fizikal-biologikal yg nyata seperti warna kulit, warna mata, warna rambut dsbnya. Ciri yg paling ketara untuk membezakan kumpulan manusia ialah warna kulit.

- Ras juga merujuk kepada satu kelompok manusia yg menganggap diri dan / atau dianggap oleh kelompok lain sebagai berbeza drp kelompok mereka berasaskan dasar perbezaan fizikal yg tidak dpt diubah dan sifat2 ini berkaitan dgn sifat2 atau kebolehan moral & intelek mereka.

23

Konsep Diskriminasi

- Ditakrifkan sbg pandangan, pemikiran dan kepercayaan negatif oleh seseorang atau sekelompok etnik terhadap anggota atau kelompok etnik lain yg mempengaruhi perilaku pihak yg berpandangan negatif.

- Diskriminasi ialah perbuatan membandingbezakan seseorang individu atau sesuatu kelompok etnik lain berasaskan ciri-ciri etnik semata-mata.

- Merupakan manifestasi prasangka yg wujud dlm kalangan kumpulan etnik dan mudah berlaku apabila wujud prejudis & stereotaip dlm sesebuah masyarakat.

- Diskriminasi berlaku dlm banyak bentuk (individu atau kumpulan etnik) dan mencapai tahap tertinggi apabila melibatkan pembuangan kerja, serangan fizikal secara terbuka atau percubaan penghapusan sesebuah kumpulan etnik.

24

Konsep BudayaKonsep Budaya

-- Kebudayaan : ditakrifkan Sebagai satu Kebudayaan : ditakrifkan Sebagai satu keseluruhan cara hidup manusia keseluruhan cara hidup manusia (yg (yg merangkumi cara bertindak, berkelakuan merangkumi cara bertindak, berkelakuan dan berfikir). Kebudayaan meliputi hasil-hasil dan berfikir). Kebudayaan meliputi hasil-hasil kehidupan kelompok yg bercorak kebendaan kehidupan kelompok yg bercorak kebendaan dan dan bukan kebendaan. Kebudayaan berbeza bukan kebendaan. Kebudayaan berbeza dari dari satu masyarakat ke masyarakat yg lain, satu masyarakat ke masyarakat yg lain, namun namun beberapa aspek yg sama didapati beberapa aspek yg sama didapati wujud dalam wujud dalam kalangan semua masyarakat kalangan semua masyarakat (seperti bahasa, (seperti bahasa, objek-objek kebendaan, objek-objek kebendaan, amalan agama, sistem amalan agama, sistem kekeluargaan, nilai kekeluargaan, nilai kesenian dll). Persamaan kesenian dll). Persamaan tersebut dikatakan tersebut dikatakan sebagai pola kebudayaan sebagai pola kebudayaan sejagat.sejagat.

25

-- Perubahan merupakan sifat yg penting Perubahan merupakan sifat yg penting bagi bagi sesuatu kebudayaan.sesuatu kebudayaan.

-- Terdapat dua peranan utama bagi Terdapat dua peranan utama bagi pembentukan pembentukan sesuatu budaya:sesuatu budaya:

1.1. Membina imej negara ke arah Membina imej negara ke arah mewujudkan mewujudkan

keperibadian serta identiti.keperibadian serta identiti.2.2. Memupuk kesedaran kebangsaan Memupuk kesedaran kebangsaan

& & kenegaraan bercirikan kenegaraan bercirikan kerohanian, kerohanian, kemanusiaan, kemanusiaan, spiritual, & mental.spiritual, & mental.

Ciri-ciri penting sesuatu budaya:Ciri-ciri penting sesuatu budaya:1.1. Dipelajari.Dipelajari.2.2. Dikongsi.Dikongsi.3.3. Bersifat sejagat.Bersifat sejagat.

26

4.4. DiwarisiDiwarisi5.5. Berubah-ubahBerubah-ubah6.6. Mempunyai unsur simbolikMempunyai unsur simbolik7.7. Adanya pandangan semesta (Adanya pandangan semesta (world world viewview))

-- Terdapat perbezaan budaya antara satu Terdapat perbezaan budaya antara satu masyarakat dgn masyarakat yg lain. Manusia itu masyarakat dgn masyarakat yg lain. Manusia itu

sendiri yg membentuk budaya dan sendiri yg membentuk budaya dan perkembangan budaya akan mengikut perkembangan budaya akan mengikut perkembangan masyarakat itu sendiri.perkembangan masyarakat itu sendiri.

27

KONTRAK SOSIAL- Merupakan satu persetujuan yg dicapai di antara

pelbagai kaum untuk mencapai sesuatu matlamat yang dapat menjaga kepentingan semua pihak.

- Cth: Di Malaysia, kontrak sosial antara kaum Melayu, Cina dan India tentang perkara penting dalam perlembagaan (kedudukan Raja-raja Melayu, Hak Istimewa Melayu, Hak kerakyatan, Islam sebagai agama rasmi dan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

28

• Konsep Nasion -Negara bangsa. Pembinaan negara bangsa umumnya boleh disamakan dgn integrasi nasional.

•Kepentingan pembentukan nasion: - untuk memastikan nasion itu terus kekal dalam keadaan sepadu, sejahtera & tenteram. Negara adalah tumpuan kesetiaan nasion. Pengukuhan negara memerlukan penyertaan dan dukungan komuniti etnik yg memberikan kesetiaannya.

29

MODEL PEMBENTUKAN NASION

Cth: Model Asimilasi, Model Integrasi, Model Akomodasi Politik / penyelesaian politik, Model Amalgamasi dll.

APAKAH MODEL YG SESUAI BAGI NEGARA MALAYSIA ?- Malaysia - penduduknya terdiri drp pelbagai kaum.

Sebelum merdeka, org Melayu, Cina & India tidak berkongsi ‘satu pengalaman penderitaan & kegembiraan yg sama pd masa lampau’.

- Kesan dasar ‘pecah dan perintah’ oleh British, sistem ekonomi duaan & pengasingan pendidikan menyukarkan perpaduan kaum dicapai.

30

- Pembentukan nasion Malaysia tidak melalui proses asimilasi tetapi mengekalkan identiti kepelbagaian yg

dibentuk melalui pelbagai dasar seperti dasar pendidikan & bahasa kebangsaan.

Menurut Tun Abdul Razak (PM ke-2) ‘Dasar kerajaan mengenai perpaduan negara bukanlah

melalui proses asimilasi tetapi melalui integrasi iaitu melalui penyesuaian bersama pelbagai kebudayaan & ciri-ciri sosial yg diterima oleh semua bangsa dlm negara’.

- Identiti, hak & budaya hidup sesuatu kelompok etnik tidak dihapuskan tetapi disuburkan.

31

- Komposisi bangsa menjadi asas utk memahami keadaan politik, ekonomi & sosial di Malaysia.

- Tidak semua permasalahan masyarakat majmuk boleh diselesaikan semata-mata dgn kaedah penyelesaian politik tetapi juga bergantung kpd faktor-faktor lain seperti kemajuan ekonomi, keadilan sosial & sosiobudaya.

32