syair si burung nuri
DESCRIPTION
falsafah dan logika melayuSyair si burung nuriNORAFIZA BINTI ARPAI JEA 080080TRANSCRIPT
AKADEMI PENGAJIAN MELAYU
UNIVERSITI MALAYA
50603 LEMBAH PANTAI,
KUALA LUMPUR
FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU
(JXEA 1104)
SEMESTER 1 2008/2009
AKADEMI PENGAJIAN MELAYU
(APM)
NORAFIZA BINTI ARPAI
JEA 080080
SYAIR SI BURUNG NURI
Tersebut pula suatu cerita setelah sampai akan janjinya Hairan segala di dalam cita Dengan petua kata gurunya Baharulah kami mendengar warta Ia beramal dengan yakinnya Nuri konon tahu berkata Kerana cempaka gila hatinya
Mimpi bersunting cempaka kasturi Makrifat itu dengan sentosa Rupanya indah bersari-sari sehari semalam nuri puasaMalamnya hampir siang hari Hikmatnya itu nama rakjasa Adinda kejut seorang diri Siapa kena rosak binasa
Kurus kering akan tubuhnya Nuri pun sangat badannya lemah Daripada sangat menahankan rindunya Makrifatkan cempaka tiada salahTak sedar akan makan minumnya Nyatalah cempaka hatinya gila Mengenangkan cempaka dalam mimpinya Seperti pelantarkan hatinya gila
Terbanglah murai dengan malunya Kesana sini hatinya bercinta Sampailah datang kepada istana Kepada gambir cempaka berkataSi burung nuri segera katanya Rinduku tiada mendapat nyata Adakah kita akan diterimanya Hanya nuri di hati beta
Terbanglah nuri dengan malunya Ayuh kekanda muda cumbuan Merah padam warna mukanya Bukannya sahaya benakkan tuanKe sana sini membawa dirinya Jikalau abang melayang ke awan Hendak mencari penutup malunya Padan seorang tanggung rawan
Melayang kesisi awan yang biru Terbang nuri dengan berahinya Sampailah digunung mahameru Kesana sini penghibur hatinyaHinggap di pohon cabangnya geru Terkenangkan adinda budi bahasanya Disanalah tempat nuri berguru Sukar dicari akan gantinya
Nuri bertapa dipohon kayu Tinggallah cempaka hatinya rawan Ilmunya tajam sudah rebayu Air matanya juga berhamburanJikalau terkena cempaka layu Ia berfikir saktinya rawan Sekalian anggota berasa sayu Lalu masuk ke dalam peraduan
PENGENALAN
Syair merupakan sejenis puisi berlagu yang berbentuk puisi dalam sastera melayu lama.Ia berasal dari Parsi dan telah dibawa masuk ke Nusantara bersama-sama dengan kedatangan islam. Syair telah diubahsuai mengikut kesesuaian bahasa melayu klasik ketika itu. Kata syair berasal dari bahasa arab,’syu’ur’ yang bererti perasaan. Dari kata ‘syu’ur’ muncul kata ‘syiur’yang bererti secara umumnya ialah puisi.Syair disampaikan dalam bentuk rangkap dan menjadi kegemaran masyarakat melayu lama pada ketika dahulu. Hamzah Fansuri telah menghasilkan syair yang bersifat melayu dan tidak lagi mengacu kepada tradisi sastera syair di negara Arab.Syair bahasa Arab yang tertua tercatat di Aceh iaitu catatan di batu nisan Sultan Malik Al-Saleh yang ditemui pada 1297M ,manakala syair dalam bahasa melayu pula tercatat di batu bersurat Minye Tujuh. Yang ditemui di Aceh, Indonesia pada 1380M,bersamaan 781 hijrah yang menggunakan Bahasa Melayu Klasik bercampur dengan Bahasa Sansekerta dan Bahasa Arab. Antara ciri-ciri syair ialah terdiri daripada empat baris serangkap tetapi ada juga yang dihasilkan dalam dua dan tiga baris serangkap.syair tidak mempunyai pembayang maksud,ini berbeza dengan pantun .Setiap baris dalam syair mempunyai makna yang berkaitan dengan baris-baris terdahulu .Sebuah syair biasanya menceritakan kisah tertentu . Bilangan perkataan dalam setiap baris adalah sama iaitu empat perkataan dan lapan hingga 12 suku kata dalam satu baris . Syair boleh terdiri daripada syair romantik,sejarah,ibarat, dan keagamaan. Fungsi syair ialah sebagai hiburan yang berunsurkan tauladan,kegiatan keagamaan,media komunikasi majlis,media penyampai pengajaran dan lain-lain.
SINOPSIS
Syair Si Burung Nuri adalah syair alegori yang dikatakan dikarang oleh Paduka Rorde yang selesai ditulis pada 8 Ogos 1827.Pensyair tidak mengemukakan watak manusia biasa sebaliknya menggunakan dua jenis makhluk yang berbeza iaitu burung yang mewakili golongan lelaki dan bunga yang mewakili golongan wanita.Burung Nuri dikatakan mempunyai kedudukan yang istemewa dalam hierarki keluarga burung.Diceritakan pada suatu malam Burung Nuri telah bermimpi akan Bunga Cempaka yang sangat menawan dan mempunyai wajah yang ayu.Setelah Burung Nuri terjaga dari tidur,ingatannya pada Bunga Cempaka sangat kuat.Burung Nuri telah menceritakan mimpinya itu kepada burung-burung yang lain dan menyuruh salah seekor daripada burung- burung itu pergi melamar Bunga Cempaka bagi pihaknya.Namun lamaran tersebut ditolak kerana dirinya sudah berpunya. Burung Nuri berasa malu namun tetap dengan pendiriannya untuk memiliki Bunga Cempaka walaupun mengetahui Bunga Cempaka sudah berpunya.Tanpa berfikir panjang Burung Nuri telah terbang ke Gunung Mahameru untuk bertemu dengan Buruna Kedidi lalu menuntut ilmu makrifat atau dikenali sebagai ilmu pengasih iaitu bertujuan untuk menundukkan Bunga Cempaka.Setelah selesai menuntut ilmunya itu,ilmu itu terus ditujukan kepada Bunga Cempaka.Akhirnya Bunga Cempaka berasa sangat rindu dan sering terkenangkan Burung Nuri,keadaan ini berlaku agak lama tanpa pengetahuan Indera Laksana,iaitu kekasih Bunga Cempaka.Mereka sering melakukan perkara yang ditegah oleh Allah.Akhir syair ,burung Nuri telah meninggalkan Bunga Cempaka keseorangan dan terus terbang ke Pulau Pari
Dalam syair Si Burung Nuri ini jelas mengemukakan dan memperlihatkan perilaku
orang-orang pada ketika itu sudah tidak lagi mengendahkan tentang dosa yang dilakukan
dan melakukan perkara yang dimurkai oleh Allah,serta menegaskan seseorang itu
melakukan sesuatu yang diingini tanpa berfikir secara rasional terlebih dahulu.Agama
Islam dengan tegasnya menolak taklid secara melulu dan sebaliknya mewajibkan
penggunaan akal fikiran dalam segala hal yang bersandarkan kepada aqidah dan syariah
Rasulullah SAW.Dosa ialah balasan buruk kerana melakukan larangan dan meninggalkan
perintahNya.Faktor yang mendorong seseorang dalam syair ini melakukan dosa tersebut
ialah kerana lelaki itu tetap ingin memiliki wanita itu walaupun mengetahui wanita
tersebut merupakan milik orang dengan mengamalkan ilmu makrifat agar wanita itu
tunduk kepadanya.
Selain itu kurangnya pengetahuan tentang agama juga merupakan faktor seseorang
itu melakukan dosa kerana mereka tidak mengetahui azab yang bakal diterima dan hanya
mengikut nafsu semata-mata. Ini dapat dilihat dalam syair ini yang menyatakan Burung
Nuri(lelaki) pergi menuntut ilmu makrifat untuk menundukkan Bunga
Cempaka(wanita)dan mereka telah melakukan perkara di luar batasan.Ilmu makrifat atau
ilmu pengasih adalah untuk menundukkan seseorang.Ilmu tersebut menimbulkan masalah
yang besar kerana telah kehilangan tujuannya yang benar dan membawa kekecauan
dalam kehidupan manusia.
Ilmu itu seolah-olah ada tetapi pada hakikatnya merupakan hasil dan keraguan
sehingga ciri keraguan dan dugaan diletakkan ke tahap saintifik dalam metologi ilmu dan
keraguan dianggap sebagai alat epistemologi yang sah untuk memperoleh kebenaran.Ilmu
makrifat juga merupakan ilmu sihir yang perlu dihindarkan kerana ilmu tersebut
membelakangkan aqidah islam.Agama Islam menolak segala bentuk khurafat,sihir,tilik
menilik dan segala perbuatan yang tidak bersandarkan pada akal yang terpimpin.
Kita seharusnya berusaha untuk mendapatkan apa yang diingini itu tercapai .Segala
rintangan dan dugaan haruslah ditempuhi dengan akal secara rasional untuk mencapai
apa yang diimpikan.Daripada sudut pandangan penggunaan akal sebagai asas falsafah,
tiada agama lain selain agama Islam yang meletakkan akal manusia di tempat yang paling
tinggi (Mahmud Hamdi Zaqzuq 1989;86 ).Allah memuliakan manusia dan
melebihkannya daripada makhluk-makhluknya yang lain dengan mengurniakan akal
untuk berfikir yang mana baik dan yang mana buruk.Agama Islam meletakkan akal
sebagai aqidah dan pertanggungjawaban manusia.
Mengabaikan penggunaan akal dianggap sebagai satu kesalahan yang besar atau satu
dosa seperti mana yang ditegaskan dalam Al-Quran ,surah Al-Muluk ayat 10-11, jelas
bahawa Al-Quran menyeru manusia supaya menggunakan akal fikiran dan hal ini akan
dihisab kelak.Sesuai dengan penegasan dalam surah Al-Isra ayat 36.Dosa terbahagi
kepada dua iaitu dosa besar dan dosa kecil.Dosa besar bermaksud kesalahan yang
dikenakan hukuman tertentu di dunia dan azab di akhirat.Dosa kecil pula bererti
kesalahan yang diberi peruntukkan hukuman di dunia.Namun dosa kecil yang berulang
dilakukan berkemungkinan boleh menjadi dosa besar.
Kita sebagai mikrokosmos yang menghuni alam ini perlu merendah diri dan
menjauhkan diri dari dosa agar kehidupan kita dirahmati Allah.Ini jelas dibuktikan dalam
Al-Quran surah Al-Hajj ayat 18 yang menyatakan ‘tidakkah engkau tahu bahawa siapa
yang ada di langit dan siapa yang ada di bumi bersujud kerana Allah,juga matahari,
bulan. binatang, gunung-ganang, pohon-pohon yang melata dan banyak diantaranya
manusia ,tetapi banyak (di antara manusia) yang pantas mendapatkan azab(disebabkan
kekufuran dan kemasiatan)Dan ingatlah bahawa barangsiapa dihinakan Allah tidak
seorang pun yang memuliakannya.Sungguh Allah berbuat apa saja yang
dikehendakiNya.Jika seseorang itu tidak bertaubat dengan apa yang dilakukan maka
seseorang itu akan menerima pembalasan yang telah dijanjikan olehNya.Perbuatan yang
salah boleh diperbaiki dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi. Ini demikian kerana
Allah maha pengampun dan menerima taubat para umatnya.
PENUTUP
Kesimpulannya syair Si Burung Nuri menjelaskan bahawa manusia pada ketika itu tidak
takut pada dusa dan azab daripada Allah sehingga sanggup melakukan apa sahaja untuk
memenuhi nafsu mereka.Tanpa berfikir panjang seseorang itu sanggup melakukan apa
sahaja bagi mendapatkan sesuatu yang diingini walaupun mengetahui perkara yang
dilakukan itu salah di sisi undang-undang,khasnya undang-undang islam.Kita perlu
berusaha bersungguh-sungguh walaupun terpaksa meharungi pelbagai rintangan. untuk
berjaya.Ini demikian kerana sebuah kejayaan itu amat bermakna jika dengan usaha yang
datangnya dari diri sendiri.
SUMBER RUJUKAN
Awang Sariyan,2007,Falsafah Dan Logika Melayu,
Jabatan Bahasa Melayu,Akademi Pengajian melayu
Universiti Malaya
Hahsim Bin Haji Musa,2001,Falsafah Logik Teori Nilai.Suatu Pengenalan. Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya
Wahyunah Abd Ghani,2007, Syair Si Burung Nuri ,
Dewan Bahasa Dan Pustaka,Kuala Lumpur
Http://en.wikipedia.org/wiki/list_Of _hikayat
Http://ms.wikipedie,org/wiki/sastera _bermula _dengan _syair si burung nuri
Http.dbp.gov.my/klikdbp67mei7.pdf